kami di pusat rawatan islam al

5
Kami di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah sering bertemu dengan pesakit- pesakit yang mempunyai masalah kemurungan klinikal atau “clinical depression”. Ada pesakit yang telah murung bertahun-tahun lamanya dan ada juga yang baru MENDAPAT tahu bahawa perasaan sedih yang mereka alami selama ini bukannya perasaan sedih biasa, tetapi ia disebabkan oleh kemurungan klinikal. Terdapat pelbagai punca kemurungan bagi setiap pesakit, antaranya, faktor luaran yang sangat besar seperti kematian suami atau ahli keluarga yang tersayang sehingga ke perkara- perkara yang mungkin dipandang remeh oleh orang lain seperti kegagalan mendapat “straight” A di dalam peperiksaan. Saya turut pernah berjumpa dengan pesakit yang murung selepas melahirkan anak sehinggakan si ibu murung itu tidak mahu melihat bayi dia sendiri kerana si ibu tersebut merasakan beliau tidak mampu menjadi ibu yang baik untuk bayi tersebut. Di sini kita harus tahu membezakan antara kemurungan klinikal dengan perasaan sedih biasa yang turut dialami oleh semua orang dari semasa ke semasa. Perasaan sedih yang berpanjangan boleh membawa kepada kemurungan klinikal tetapi orang yang bersedih atau murung oleh sebab sesuatu perkara tidak semestinya mengalami kemurungan klinikal. Malah, perasaan sedih merupakan perasaan yang normal bagi semua orang. Cuma, kita harus mengawal perasaan tersebut daripada mengawal dan menjejaskan pemikiran serta kehidupan kita. Anggaplah apa-apa perkara yang menyedihkan kita itu merupakan satu ujian daripada Allah swt, seperti firman-Nya ; “Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ’Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang- orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” - Surah Al- Ankabut Ayat 2-3 Kemurungan turut tidak mengenal usia, jantina, bangsa, agama dan status sosioekonomi seseorang. Dari orang dewasa sehingga kanak-kanak, penyakit mental ini boleh menyerang sesiapa sahaja. Menurut Kajian Morbiditi dan Mortaliti Kebangsaan 2006, daripada 14,000 orang peserta kajian yang mengalami masalah kesihatan mental, didapati bahawa 20% daripada peserta tersebut merupakan kanak-kanak dan hanya 11% merupakan pesakit dewasa. Selain itu, anggaran kasar oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati bahawa daripada 10 orang penduduk Malaysia, seorang mempunyai penyakit mental. Dan, majoriti pesakit-pesakit mental di Malaysia adalah terdiri daripada pesakit kemurungan klinikal. Dari segi pecahan jantina pula, penyakit kemurungan merupakan penyakit ketiga tertinggi di kalangan kaum Hawa manakala di kalangan kaum Adam, kemurungan merupakan penyakit yang kesepuluh paling tinggi daripada semua jenis penyakit. Penyakit kemurungan klinikal sebenarnya satu penyakit yang kerap berlaku di seluruh dunia dan menurut World Health Organization (WHO), jumlah pesakit kemurungan klinikal ini akan bertambah dari tahun ke tahun di semua negara, tidak kira sama ada negara-negara maju dan juga

Upload: vellan-raj

Post on 01-Oct-2015

20 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

murungan

TRANSCRIPT

Kami di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah sering bertemu dengan pesakit-pesakit yang mempunyai masalah kemurungan klinikal atau clinical depression. Ada pesakit yang telah murung bertahun-tahun lamanya dan ada juga yang baruMENDAPATtahu bahawa perasaan sedih yang mereka alami selama ini bukannya perasaan sedih biasa, tetapi ia disebabkan oleh kemurungan klinikal. Terdapat pelbagai punca kemurungan bagi setiap pesakit, antaranya, faktor luaran yang sangat besar seperti kematian suami atau ahli keluarga yang tersayang sehingga ke perkara-perkara yang mungkin dipandang remeh oleh orang lain seperti kegagalan mendapat straight A di dalam peperiksaan. Saya turut pernah berjumpa dengan pesakit yang murung selepas melahirkan anak sehinggakan si ibu murung itu tidak mahu melihat bayi dia sendiri kerana si ibu tersebut merasakan beliau tidak mampu menjadi ibu yang baik untuk bayi tersebut.Di sini kita harus tahu membezakan antara kemurungan klinikal dengan perasaan sedih biasa yang turut dialami oleh semua orang dari semasa ke semasa. Perasaan sedih yang berpanjangan boleh membawa kepada kemurungan klinikal tetapi orang yang bersedih atau murung oleh sebab sesuatu perkara tidak semestinya mengalami kemurungan klinikal. Malah, perasaan sedih merupakan perasaan yang normal bagi semua orang. Cuma, kita harus mengawal perasaan tersebut daripada mengawal dan menjejaskan pemikiran serta kehidupan kita. Anggaplah apa-apa perkara yang menyedihkan kita itu merupakan satu ujian daripada Allah swt, seperti firman-Nya ;Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.-Surah Al-Ankabut Ayat 2-3Kemurungan turut tidak mengenal usia, jantina, bangsa, agama dan status sosioekonomi seseorang. Dari orang dewasa sehingga kanak-kanak, penyakit mental ini boleh menyerang sesiapa sahaja. Menurut Kajian Morbiditi dan Mortaliti Kebangsaan 2006, daripada 14,000 orang peserta kajian yang mengalami masalah kesihatan mental, didapati bahawa 20% daripada peserta tersebut merupakan kanak-kanak dan hanya 11% merupakan pesakit dewasa. Selain itu, anggaran kasar oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati bahawa daripada 10 orang penduduk Malaysia, seorang mempunyai penyakit mental. Dan, majoriti pesakit-pesakit mental di Malaysia adalah terdiri daripada pesakit kemurungan klinikal. Dari segi pecahan jantina pula, penyakit kemurungan merupakan penyakit ketiga tertinggi di kalangan kaum Hawa manakala di kalangan kaum Adam, kemurungan merupakan penyakit yang kesepuluh paling tinggi daripada semua jenis penyakit.Penyakit kemurungan klinikal sebenarnya satu penyakit yang kerap berlaku di seluruh dunia dan menurut World Health Organization (WHO), jumlah pesakit kemurungan klinikal ini akan bertambah dari tahun ke tahun di semua negara, tidak kira sama ada negara-negara maju dan juga negara-negara yang membangun seperti negara Malaysia. Malah, WHO turut mendakwa penyakit mental ini lebih banyak menimpa manusia daripada penyakit hipertensi dan kencing manis! Selain itu, kemurungan merupakan punca utama bagi kes-kes bunuh diri di seluruh dunia . Apa yang lebih merisaukan menurut WHO, jumlah kematian akibat daripada kes bunuh diri adalah jauh lebih tinggi daripada jumlah kematian akibat daripada penyakit batuk kering (Tuberculosis) di rantau Asia Pasifik.Punca-punca KemurunganAntara punca-punca kemurungan adalah seperti berikut: Masalah keluarga yang kronik yang menyebabkan ahli keluarga rasa tertekan, tersisih dan kurangMENDAPATkasih sayang yang secukupnya. Masalah rumah tangga contoh suami yang berlaku curang terhadap isteri atau tragedy seperti berlaku penceraian Faktor genetic atau keturunan di mana ada ahli keluarga yang turut mengalami masalah kesihatan mental Kehilangan sesuatu atau seseorang yang sangat rapat dan amat disayangi sehinggakan si pesakit sentiasa teringat-ingat atau terbayang-bayang insan yang disayangi tersebut. Selalunya kehilangan tersebut terjadi secara tanpa disangka-sangka seperti kematian atau penceraian Perubahan keadaan sekeliling yang drastik dan yang sangat berbeza dengan cara hidup terdahulu pesakit. Terutamanya apabila perubahan tersebut berlaku tanpa sokongan ahli keluarga atau rakan yang rapat. Perkara ini kerap terjadi di kalangan pelajar universiti yang melanjutkan pelajaran di luar negara yang mempunyai perbezaan yang sangat ketara dari segi cuaca, makanan, bahasa, agama dan budaya Perasaan rendah diri yang keterlaluan di dalam diri pesakit sehinggakan mereka tidak mempunyai sebarang keyakinan untuk melakukan sesuatu. Mereka berasakan apa-apa yang mereka kerjakan tidak sebagus orang lain dan pasti akan gagal Masalah yang terlalu berat untuk dipikul dan diselesaikan turut boleh menyebabkan seseorang itu terjerumus ke masalah kemurungan. Antaranya seperti masalah kewangan yang meruncing sehingga menyebabkan bankrap atau muflisKemurungan Dari Aspek BiologiBeberapa kajian telah mendapati bahawa ada perbezaan di antara otak mereka yang disahkan mengalami kemurungan klinikal dengan mereka yang tidak. Antara perbezaan utama adalah saiz 'hippocampus', iaitu satu bahagian kecil otak manusia yang sangat penting untuk menyimpan memori manusia. Saiz 'hippocampus' di kalangan pesakit kemurungan didapati lebih kecil berbanding dengan mereka yang tidak pernah murung. 'Hippocampus' yang kecil bermakna kurangnya reseptor hormon serotonin. Serotonin merupakan satu hormon otak yang diperlukan sebagai 'ubat penenang' semulajadi. Oleh itu, kebanyakan ubat utama untuk masalah kemurungan klinikal merupakan ubat yang bertindak dengan meninggikan jumlah serotonin di dalam otak.Tanda-tanda KemurunganSelalunya, tanda-tanda kemurungan hanya dapat disedari apabila masalah tersebut sudah pun lama berlaku dan sudah pun menjejaskan kehidupan pesakit tersebut. Hampir kesemua pesakit depression ini pasti mengalami masalah mood rendah hampir pada setiap masa. Pesakit turut hilang minat atau tidak berasa seronok apabila melakukan hobi mereka atau apa-apa perkara yang mereka gemari sebelum dilanda kemurungan. Malah, mereka akan lebih suka untuk menyendiri di bilik tanpa melakukan apa-apa dan lebih suka untuk tidur sepanjang hari. Ahli keluarga juga akan mendapati si pesakit tersebut akan mula tidak mahu untuk menguruskan diri sendiri seperti mandi, menukar pakaian atau mengemas diri.Pesakit kemurungan turut selalu berasa cemas tanpa sebab (anxiety), berasa tidak selesa di khalayak ramai, mudah marah, rasa bersalah tidak bertempat, sentiasa gelisah dan berasakan tidak berupaya langsung untuk mengubah keadaan diri. Malah, mereka akan mula mengalami penurunan (atau penambahan) berat badan, selalu sakit-sakit, selera makan meningkat (atau menurun) dan rasa sentiasa penat. Jikalau pesakit tersebut tidak mendapat sebarang bantuan atau sokongan, dikhuatiri pesakit kemurungan ini akan mula mempunyai perasaan untuk mencederakan diri sendiri ataupun yang lebih serius lagi, mempunyai rancangan untuk membunuh diri.Rawatan Moden Untuk KemurunganMenurut Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), rawatan atau bantuan yang sewajarnya membantu hampir 85% peratus pesakit kemurungan klinikal di Malaysia. Setelah pesakit disahkan mempunyai kemurungan klinikal, pesakit selalunya diberi rawatan moden seperti sesi-sesi kaunseling, terapi atau pengambilan ubat anti-kemurungan yang berterusan. Namun, selalunya pesakit kemurungan terpaksa bergantung kepada ubat anti-kemurungan sepanjang hayat. Malah, ramai pesakit yang memerlukan gabungan rawatan kaunseling, terapi dan ubat anti-kemurungan untuk mampu hidup normal seperti orang lain.Hakikatnya, rawatan-rawatan moden ini tidak berkesan jikalau ahli keluarga dan sahabat terdekat tidak memberi sokongan atau bantuan kepada si pesakit. Ahli keluarga dan sahabat harus memantau akan keadaan pesakit murung ini dari masa ke masa. Perhatian ini akan menunjukkan kepada pesakit bahawa mereka masih disayangi dan diperlukan.Di dalam Al-Quran turut ada suruhan Allah swt untuk menyayangi insan lain.Dan sayangilah manusia sebagaimana Allah sayang kepadamu. Dan janganlah kamu berbuat bencana di muka bumi sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat bencana.-Surah Al-Qashash Ayat 77Perasaan diperlukan dan disayangi akan banyak membantu pesakit untuk menghadapi cabaran hidup seharian mereka. Malah, pemantauan oleh ahli keluarga dan rakan-rakan turut penting untuk mengesan apa-apa kemerosotan keadaan pesakit dan untuk mengesan jika pesakit ingin mencederakan diri sendiri ataupun membunuh diri.Rawatan Kemurungan Menggunakan Al-quranDaripada pengalaman saya, ramai pesakit kemurungan yang datang berubat di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah mengalami perubahan positif yang ketara selepas menerapkan rawatan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran. Firman Allah swt dalam surah Al-Araaf ayat 204;Dan apabila dibacakan al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat.-Surah Al-Araaf Ayat 204Pesakit yang mengamalkan pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran secara konsisten setiap hari akan mendapati pemikiran dan perasan mereka akan menjadi lebih positif dan lebih tenang. Malah, dengan izin Allah swt ramai pesakit yang telah beransur-ansur dikurangkan dos ubat anti-kemurungan selepas mengamalkan rawatan perubatan Al-Quran ini. Dan ada juga yang sudah tidak perlu mengambil ubat tersebut untuk mengawal mood mereka dan pemikiran mereka.Selain itu, ramai juga yang kemurungan disebabkan oleh gangguan-gangguan makhluk halus sama ada yang datang sebagai saka atau pun yang dihantar melalui sihir. Gangguan-gangguan ini seringkali mempengaruhi pemikiran dan perasaan pesakit sehinggakan pesakit akan berasa sangat tertekan, sedih dan merasakan diri mereka sangat tidak berguna dan hanya menyusahkan orang lain. Apabila pesakit terpengaruh dengan gangguan-gangguan makhluk halus tersebut, berlakulah kemurungan teruk dan perubahan personaliti yang boleh dikesan oleh ahli keluarga.Maka, setiap pesakit kemurungan yang datang berubat, akan diperiksa terlebih dahulu jikalau ada sebarang gangguan makhluk halus. Perawat Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah akan mengeluarkan gangguan tersebut sekiranya ada dan seterusnya memberikan ayat-ayat berikut untuk mereka amalkan dan seterusnya disertai dengan doa kepada Allah untuk memohon penyembuhan. Ayat-ayat tersebut adalah: Surah Muhammad Ayat 21 hingga 32 Surah Thahaa Ayat 120 hingga 135 Surah Az Zumaar Ayat 59 hingga 75 Surah An Nahli Ayat 81 hingga 89Kaedah amalan ayat-ayat Al-Quran tersebut ialah, pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Muhammad tiga kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu surah Thahaa tiga kali pada waktu siang. Pembacaan ini hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah swt untuk penyembuhan. Selepas membaca dua surah pertama tadi, pesakit hendaklah mengulang amalan-amalan tersebut dengan surah-surah yang seterusnya.Pesakit haruslah ingat bahawa apa-apa penyembuhan hanyalah dengan izin daripada Allah swt. Oleh itu, kita janganlah berputus asa dan sentiasalah berdoa kepada Allah swt..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.-Surah Yusuf Ayat 12PenutupKesimpulannya, apabila ada rakan-rakan atau ahli keluarga yang mengaku menghadapi kemurungan, kita tidak seharusnya memandang remeh akan isu tersebut. Dan jangan pula kita membuat pelbagai persepsi negatif atau prejudis terhadap mereka yang kemurungan. Di kalangan rakyat Malaysia, penyakit mental sering dikaitkan dengan tanggapan negatif dan perkara yang sangat memalukan untuk diakui. Kita harus berfikiran terbuka dan positif untuk mereka ini supaya pesakit kemurungan klinikal ini mendapat sokongan dan bantuan yang sepatutnya untuk mengharungi dugaan hidup ini. Bersikap prejudis dan menjauhkan diri daripada mereka yang kemurungan sebaliknya akan menyebabkan pesakit tersebut akan terus dilanda kemurungan dan mungkin menyebabkan mereka hilang pertimbangan dan lalu membunuh diri.Buat sesiapa di luar sana yang berasakan dirinya mungkin ada kemurungan, carilah bantuan dan ingatlah akan firman Allah swt :Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman-Surah Al-Imran Ayat 139Masalah berkaitan Emosional Penyakit Kemurungan Penyakit Bipolar Masalah Panik Fobia (Ketakutan) Penyakit Was-was (Obsessive Compulsive Disorder: OCD)