rawatan anai anai

7
Anai-Anai Anai-anai merupakan serangga perosak yang amat penting dari segi ekonomi. Anai-anai makan segala kayu dan bahan yang berasaskan celulose. Anai-anai boleh dibahagikan kepada 3 jenis utama iaitu, anai-anai bawah tanah, anai-anai kayu kering dan anai-anai kayu basah. Anai-anai bawah tanah banyak mendatangkan kerosakan kepada harta benda manusia. Adalah dilaporkan bahawa sebanyak USD1.5 Bilion di belanjakan untuk rawatan anai-anai di Amerika setiap tahun. Spesis yang biasa terdapat adalah Coptotermes Formosus, Coptotermes Curvignathus, Globitermes Sulphureus, Macrotermes Gilvas dan Microtermes Distans. Ada pelbagai cara bagi merawat kawasan yang terlibat dengan serangan serangga anai-anai. Antara kaedah yang digunakan adalah : Soil Treatment (Rawatan Tanah) - bagi bangunan yang belum dibina Corrective Soil Treatment (Rawatan Pemulihan Tanah) bagi bangunan yang telah siap dibina Baiting System (Sistem Pengumpanan) PROSES SOIL TREATMENT Proses ini dijalankan sebelum pembinaan. Ia juga dikenali sebagai rawatan tanah. Bancuhan racun akan mengikut sukatan yang telah ditetapkan. Peralatan seperti mesin pam (Power Sprayer) akan digunakan untuk semburan. Kaedah semburan ini juga akan dibuat samada di dalam dan di luar bangunan yang terlibat dengan kesan serangan anai-anai. Peralatan tambahan seperti Gun Sprayer juga diperlukan untuk kerja-kerja semburan.

Upload: atika-berahim

Post on 08-Aug-2015

358 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Rawatan anai-anai yang biasa dilakukan pada bangunan

TRANSCRIPT

Page 1: Rawatan Anai Anai

Anai-AnaiAnai-anai merupakan serangga perosak yang amat penting dari segi ekonomi. Anai-anai makan segala kayu dan bahan yang berasaskan celulose. Anai-anai boleh dibahagikan kepada 3 jenis utama iaitu, anai-anai bawah tanah, anai-anai kayu kering dan anai-anai kayu basah.

Anai-anai bawah tanah banyak mendatangkan kerosakan kepada harta benda manusia. Adalah dilaporkan bahawa sebanyak USD1.5 Bilion di belanjakan untuk rawatan anai-anai di Amerika setiap tahun.  Spesis yang biasa terdapat adalah Coptotermes Formosus, Coptotermes Curvignathus, Globitermes Sulphureus, Macrotermes Gilvas dan Microtermes Distans.

Ada pelbagai cara bagi merawat kawasan yang terlibat dengan serangan serangga anai-anai. Antara kaedah yang digunakan adalah :

Soil Treatment (Rawatan Tanah) - bagi bangunan yang belum dibina Corrective Soil Treatment (Rawatan Pemulihan Tanah) – bagi bangunan yang telah

siap dibina Baiting System (Sistem Pengumpanan)

PROSES SOIL TREATMENT

Proses ini dijalankan sebelum pembinaan. Ia juga dikenali sebagai rawatan tanah. Bancuhan racun akan mengikut sukatan yang telah ditetapkan. Peralatan seperti mesin pam (Power Sprayer) akan digunakan untuk semburan.

Kaedah semburan ini juga akan dibuat samada di dalam dan di luar bangunan yang terlibat dengan kesan serangan anai-anai. Peralatan tambahan seperti Gun Sprayer juga diperlukan untuk kerja-kerja semburan.

Page 2: Rawatan Anai Anai

CORRECTIVE SOIL TREATMENT

Corrective Soil Treatment dilakukan dengan menyuntik racun ke dalam tanah.Kaedah suntikan adalah salah satu kaedah rawatan tanah yang paling berkesan bagi mengawal pembiakan anai-anai daripada terus merebak.

Ia menjadi pilihan yang paling sesuai kerana bahan kimia anti anai-anai yang disuntik mampu bertahan dengan lebih lama dibawah lantai sesebuah bangunan.

Jangka masa bahan anti anai-anai yang disuntik dapat bertahan lebih lama di antara 3 hingga 5 tahun.

Kaedah pencegahan anai-anai ini melalui suntikan racun ke dalam tanah sekeliling kediaman. Lubang di gerudi sedalam 1 kaki, jarak antara lubang-lubang dengan dinding lebih kurang 3 – 6 inci manakala jarak dari lubang ke lubang yang lain sekitar 18 inci. Peralatan untuk menyuntik bahan kimia anti anai-anai dikenali dengan nama injector. Peralatan ini wajib diperlukan untuk semua kerja-kerja suntikan. Sebanyak 5 liter racun akan disuntik ke dalam lubang untuk menyebarkan bancuhan racun terus kedalam tanah. Setelah disuntik, lubang akan di tampal mengikut warna simen asal. Dengan kaedah ini, laluan dan habitat koloni anai-anai akan musnah sama sekali. Kaedah rawatan kawalan anai-anai dengan cara suntikan ini perlu dilakukan ke setiap lubang-lubang yang dibuat. Biasanya lubang-lubang akan dibuat dengan menggunakan mesin gerudi (hammer drill) yang

Page 3: Rawatan Anai Anai

berkuasa.

Page 4: Rawatan Anai Anai

Selain daripada kos yang diperlukan lebih murah daripada sistem kaedah pengumpanan anai-anai, ramai yang memilih kaedah suntikan sebagai pilihan terakhir untuk mereka.

Sistem kawalan anai-anai dengan kaedah suntikan juga menyediakan jaminan selepas rawatan selesai dilakukan. Tiada kos tambahan diperlukan berbanding dengan sistem kaedah pengumpanan anai-anai.Kos rawatan yang diperlukan hanya sekali sahaja dan jika dalam tempoh jaminan (waranti) masih terdapat serangan baru, rawatan percuma akan diberikan tanpa melibatkan kos dan caj tambahan.

Walaupun kaedah suntikan memberikan kesan yang lebih baik dari sistem pengumpanan namun keburukannya pula terdapat beberapa kecacatan kekal pada lantai sesebuah bangunan. Tetapi pengguna tidak bimbang kerana terdapat beberapa peralatan tambahan yang masih boleh digunakan untuk mengelakan kecacatan pada bahagian lantai yang ditebuk.

Skill dan kemahiran menggunakan peralatan tambahan ini juga diperlukan untuk memastikan lantai yang ditebuk tidak kelihatan rosak dan cacat. Kemahiran menampal dan menutup semula lubang-lubang yang telah ditebuk dan disuntik juga perlu dilakukan dengan lebih teliti.

SISTEM PENGUMPANAN

Kaedah terkini ialah kaedah pengumpanan. Pengguna boleh melakukannya sendiri di rumah dengan belanja yang berpatutan. Caranya mudah sahaja, cuma tampalkan kotak umpan Termites DIY di sepanjang 'lumpur terowong atau jalan anai-anai (terowong anai anai) atau tempat anai-anai berkumpul (biasanya di bawah kotak, kayu dan lain-lain).

Anai-anai menyukai umpan ini, mereka akan bawa balik ke sarang, biar anai-anai makan dan berbagi racun umpan kepada semua anai-anai dalam sarangnya. Setelah 21 hari, didapati lebih banyak bahagian umpan yang telah dimakan, dan tidak ada anai-anai di dalam kotak, itu berarti sarang anai-anai sudah berjaya dihapuskan.

Page 5: Rawatan Anai Anai

VIDEOVideo ini menunjukkan kerja-kerja Pest Control untuk membunuh punca pembiakan anai-anai. Kaedah yang digunakan untuk menghapuskan kesemua kloni anai-anai ialah Kaedah Rawatan Tanah. Dalam bahasa Pest Control ia dikenali dengan nama Corrective Soil Treatment (C.S.T).

Kerja-kerja ini memerlukan beberapa peralatan khas. Di antara keperluan untuk melakukan kerja-kerja kawalan anai-anai adalah seperti mesin gerudi untuk menebuk lubang. Mesin Pam untuk mengepam racun kesetiap lubang dengan menggunakan alat yang dipanggil injector. Beberapa peralatan tambahan lain seperti simen dan lain-lain seperti yang ditunjukkan didalam video ini.

Rawatan untuk Kawalan serangga Anai-Anai kaedah C.S.T lebih berkesan kerana racun yang ditanam dibawah lantai akan bertahan lebih lama.