kami bantah dlp.pdf · dalam bahasa inggeris kepada pelajar-pelajar tahun 1, tahun 4, ......

148

Upload: phungcong

Post on 23-Mar-2019

258 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Page 2: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb
Page 3: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb
Page 4: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Page 5: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Page 6: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Diterbitkan oleh:

Rumah GAPENA, JKR 734, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, MALAYSIA

Persatuan Penterjemah Malaysia171-A, Jalan Maharajalela, Kampung Attap, 50150 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, MALAYSIA

© Abdullah Hassan & Zainal Abidin BorhanCetakan Pertama 2016

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian dan kandungan buku ini dalam apa-apa bentuk dengan apa-apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, mekanikal, rakaman atau cara-cara lain tanpa mendapat izin bertulis daripada penerbit.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Abdullah Hassan, -1942Kami Bantah DLP / Editor: Abdullah Hassan, Zainal Abidin Borhan.ISBN 978-967-0685-94-61. Education--Malaysia. 2. Education change--Malaysia.3. Education and state--Malaysia. 4. Education planning--Malaysia.I. Abdullah Hassan, 1942-. II. Zainal Abidin Borhan, 1953-.379.595

Page 7: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kandungan

Warkah Rayuan kepada Perdana Menteri Malaysia ix

1. Rayuan Kepada Perdana Menteri Menolak DLP 1Profesor Emeritus Dato’ Isahak Haron, Felo Penyelidik Kanan, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

2. PPPPPM Membantah Pelaksanaan DLP atau Program Dwibahasa 6

Dato’ Haji Abdul Raof b. Hussin Presiden Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

3. Pendirian KGMMB Terhadap DLP dan HIP 21Dato’ Haji Mohamad Sabri bin Haji Mohd Arsad, Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat

4. Sebab DLP Tidak Patut Dilaksanakan 30Prof. Emeritus Shaharir Mohd Zain Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP)

Page 8: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kami Bantah DLP

vi

5. Kedaulatan Bahasa Melayu 36Dato' Zainal Abidin Borhan Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan Malaysia

6. Bahasa Melayu dalam Pendidikan Sains dan Matematik 45

Profesor Dato' Mohd Yusof Hj Othman Felo Kanan, Institut Islam Hadhari, UKM

7. Peranan Bahasa dalam Pembinaan Insan dan Pembangunan Negara 51

Datuk Dr. Awang Sariyan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka

8. Program Dwibahasa Menggugat Pembangunan Pendidikan Malaysia 57

Profesor Zaharani Ahmad Timbalan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka

9. Isu Dual Language Programme 66Prof. Emeritus Abdullah Hassan Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia

10. Resolusi GAPENA Mengenai 'HIP' dan 'DLP' Cadangan 'PADU' dan 'PEMANDU' 72

Profesor Dr. Datuk Wira Abdul Latiff Abu Bakar Ketua I GAPENA

11. Pembentukan Negara Bangsa Perlu Menggunakan Bahasa Melayu 75

Dr. Mohamad Saleeh Rahamad Ketua I, Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)

12. Mengapa Kami Bantah Program “DLP dan HIP” 79Kamal Shukri Abdullah Sani, Timbalan Presiden, Persatuan Linguistik Malaysia

Page 9: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kandungan

vii

13. ABIM Kecam Usaha Mengembalikan PPSMI Melalui Pintu Belakang 93

Muhammad Faisal Abdul Aziz Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

14. Hentikan Program Dwibahasa DLP 96Mohammad Fazril bin Mohd Saleh Presiden, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia

15. Perpaduan Melalui Pemisahan: Bahasa Melayu 2016 100

SN Muhammad Haji Salleh

16. Bahasa Melayu Sekali Lagi Terumbang-Ambing 106SN Baha Zain

17. Makcik Melur, Anaknya dan DLP 118 SN Dato' Anwar Ridhwan

18. Bahasa Melayu Pupus Jika Tiada Pengurusan Baik 121Profesor Teo Kok Seong Universiti Kebangsaan Malaysia EXCO Majlis Profesor Negara

19. Melestarikan Bahasa Sebagai Identiti Bangsa 124Ramlee Wahab

Senarai Kehadiran 129

Kehadiran Mesyuarat 131

Page 10: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb
Page 11: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Warkah Rayuan kepada Perdana Menteri Malaysia

YAB Dato’ Seri Najib Bin Tun Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia,Pejabat Perdana Menteri,Aras 4, Blok Barat,Bangunan Perdana Putra,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62502 PUTRAJAYA

25 November 2015

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Najib Bin Tun Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia,

Kami mendoakan YAB Dato’ Seri sentiasa diberi oleh Allah swt kesihatan dan kebijaksanaan dalam mentadbirkan negara, Amin.

Adapun kami, Prof. Emeritus Abdullah Hassan dan Dato’ Zainal Abidin Borhan, mewakili rakan-rakan kami, dalam 34 persatuan dengan ribuan ahli, yang menyumbang pemikiran dan cadangan secara berpersatuan dan secara individu, ingin menyampaikan cadangan, pendirian dan bantahan kami terhadap Dual Language Programme (DLP) dan Highly Immersive Programme (HIP), bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, seperti berikut:

1. Kami merayu kepada YAB Dato’ Seri supaya Program Dwi-Bahasa (Dual-Language Programme) bagi mengajar Sains, Matematik, Teknologi Reka Bentuk dan ICT dalam usaha meningkatkan kemahiran murid dalam Bahasa Inggeris mulai 2016 itu dibatalkan. Kami berpendapat, pendekatan ini tidak wajar kerana guru dan pelajar tidak mahir dalam bahasa Inggeris bagi menjalankan aktiviti

Page 12: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kami Bantah DLP

x

pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris. Juga langkah ini akan mencacatkan prestasi pelajar dalam menguasai mata pelajaran penting ini.

2. Kami juga merayu kepada YAB Dato’ Seri supaya mengenakan satu moretorium secara serta merta selama 15 tahun, terhadap isu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris melalui Sains, Matematik, Teknologi Reka Bentuk dan ICT ini. Pendekatan ini salah. Pertimbangan hendaklah dibuat bagi mencari kaedah lain yang sesuai. Moretorium ini akan membolehkan pakar dalam bidang ini mencari kaedah yang sesuai, dan tidak sekadar mengharapkan usaha mengajar mata pelajaran ini dalam bahasa Inggeris oleh guru yang tidak ada kompetensi mengajarkannya. 3. Kami mencadangkan bagi menampung kekurangan guru berkompetensi mengajar bahasa Inggeris ini dilatih sebaik-baiknya. Untuk itu sebuah institusi pendidikan guru bahasa Inggeris yang menggunakan pendekatan “immersive” sepenuhnya digunakan. Kami yakin ini dapat menampung keperluan kita, dan tidak perlu mengimport penutur asli dari mana-mana negara bagi menjadi guru. 4. Tubuhkan sebuah universiti bahasa asing seperti yang dilakukan oleh The Peoples’ Republic of China dan Korea. Mereka masing-masing menubuhkan Beijing University for Foreign Studies, dan Hankuk University for Foreign Studies. Ini dapat menampung keperluan lain seperti calon bagi memegang jawatan diplomat, pentadbiran dan juga eksekutif dalam korporat tempatan dan antara bangsa.

5. Buat pengkategorian murid dan sekolah dengan teliti supaya kita dapat mengajarkan bahasa Inggeris dengan lebih terancang. Murid yang maju dapat diajar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, dan dapat maju ke tahap lebih tinggi seperti yang diperlukan. Murid yang belum mempunyai sebarang kemahiran bolehlah bermula dari awal dalam kelas bahasa Inggeris sebagai bahasa asing. Guru untuk murid bahasa Inggeris sebagai bahasa asing tidak perlu mempunyai kemahiran tinggi.

Page 13: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Warkah Rayuan kepada Perdana Menteri Malaysia

xi

6. Istilah Bahasa Melayu tidak boleh digantikan dengan istilah Bahasa Malaysia. Bahasa Melayu mempunyai himpunan maklumat yang kaya dari segi sejarah, budaya dan sastera yang lebih 2000 tahun. Bahasa Malaysia yang bermula pada 1969, tidak ada himpunan ilmu dan maklumat ini.

7. Sementara itu rancangan khusus untuk Bahasa Melayu akan juga dijalankan bagi memartabatkan bahasa Melayu, seperti: menyebar luaskan Bahasa Melayu Tinggi, memperbanyakkan buku ilmu dan sastera dalam bahasa Melayu.

8. Usaha penterjemahan buku ilmu juga akan diberi perhatian serius supaya bahasa Melayu akan mendapat pengisian sewajarnya sebagai sebuah Bahasa Kebangsaan.

Sekianlah kami majukan permohonan dan cadangan kami untuk pertimbangan YAB Dato’ Seri. Kami bersedia bekerjasama dalam menjayakan rancangan penting begini untuk negara.

Yang benar

Profesor Emeritus Abdullah HassanEditor, Kami Bantah DLP Dato’ Zainal Abidin BorhanPengerusi, Badan Bertindak Isu Pendidikan Kebangsaan

Salinan kepada1. YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi,

Timbalan Perdana Menteri Malaysia

2. YB Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia

3. YB Dato' Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia

Page 14: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb
Page 15: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Rayuan Kepada Perdana Menteri Menolak DLP

YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia.

Yang Amat Berhormat,

Per: Program Dual-Language Program (DLP), Kementerian Pendidikan.

Saya mendapat tahu, melalui pengumuman bajet 2016 yang YAB bentangkan di Parlimen baru-baru ini, bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan Program Dual-Language Program (DLP) di mana mata pelajaran Matematik, Sains, Teknologi Reka Bentuk dan ICT akan diajar dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 di 300 buah sekolah sebagai sebuah ‘projek rintis’.

Tujuan program DLP ini, mengikut Laporan Pemandu yang mengesyorkannya, adalah sebagai langkah bagi mengatasi kelemahan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar.

Profesor Emeritus Dato’ Isahak Haron,Felo Penyelidik Kanan,

Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

1

Page 16: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kami Bantah DLP

2

Program DLP ini nampaknya sama seperti program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) 2003 – 2011 dulu. Seperti kerajaan sendiri akui, PPSMI adalah satu ‘eksperimen’ yang terbukti gagal, bukan saja bagi meningkatkan pembelajaran Sains dan Matematik pelajar, bahkan juga gagal bagi meningkatkan pembelajaran dan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar secara signifikan; ini bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb.

Bekas YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, waktu beliau mengumumkan pemansuhan PPSMI (2009) dan balik menggunakan Bahasa Malaysia untuk Sains dan Matematik secara beransur-ansur, menyatakan bahawa 3 juta pelajar kita telah menjadi ‘mangsa’ dasar PPSMI. (Berita Harian 9 Ogos, 2009).

Kajian-kajian kami tentang kesan PPSMI dalam dua fasa (data 2007 – 2010) juga menunjukkan kesan negatif dasar PPSMI ini terhadap pembelajaran Matematik dan Sains pelajar Tahun 5 dan Tingkatan 2. Purata lebih 75% pelajar ‘sukar faham’ pengajaran guru apabila guru mengajar Matematik dalam BI; dan hampir 80% sukar memahami Sains. Mereka juga sukar memahami buku teks dan buku kerja dalam BI yang dibekalkan kepada mereka.

Akibatnya, prestasi pelajar dalam sains dan matematik lemah; tinggi peratus gagal ujian-ujian Matematik dan Sains yang kami berikan, dan ujian-ujian lain di sekolah, UPSR, PMR dan SPM. Kemahiran Bahasa Inggeris pelajar juga tidak dapat ditingkatkan secara signifikan melalui PPSMI.

Kesan buruk PPSMI juga ternyata, iaitu merosotnya prestasi pelajar Malaysia dalam sains dan matematik dalam ujian-ujian antarabangsa TIMMS 2007 dan 2011 dan ujian PISA 2012. Pelajar Malaysia berada pada kedudukan satu per tiga di bawah dalam kalangan 60 negara yang mengambil bahagian, berbanding

Page 17: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Rayuan Kepada Perdana Menteri Menolak DLP

3

dengan kedudukan 10 terbaik pelajar Malaysia dalam Ujian TIMMS 1999 dan 2003, sebelum PPSMI.

Kesan yang parah adalah merosotnya bilangan dan peratus pelajar yang memilih aliran Sains Tingkatan 4, menjadi hanya antara 26-28% (2012-13), berbanding dengan lebih 40% sebelum PPSMI. Oleh sebab itu, PPSMI bukan dasar yang bijak untuk memupuk pembelajaran dan minat Sains dan Teknologi dalam kalangan pelajar kita, terutama pelajar Bumiputera. Ini strategi yang buruk dalam pembangunan modal insan.

Kesimpulan dan cadanganMenggunakan pengajaran Sains, Matematik, Teknologi Reka Bentuk dan ICT dalam Bahasa Inggeris (DLP - ala PPSMI) untuk meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris pelajar adalah pendekatan yang salah dan tidak berkesan seperti yang terbukti dalam PPSMI. Kelemahan pembelajaran BI tidak boleh diatasi melalui pengajaran S&M dan Teknologi dalam BI. Ia akan melemahkan pembelajaran S&M dan Teknologi sebahagian besar pelajar kita, dan tidak juga meningkatkan BI mereka.

Pendekatan yang yang munasabah adalah dengan menggubal program dan pendekatan alternatif yang fleksibel bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran-dan-pembelajaran Bahasa Inggeris di berbagai peringkat dan tujuan: dari prasekolah hingga ke universiti. Sejak dulu lagi saya sentiasa menyokong usaha, program, bengkel dan bahan baru untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran-dan-pembelajaran BI. Usaha ini perlu berterusan secara lebih terancang dan besar, melibatkan pelbagai pihak: Kementerian Pendidikan, PPD, sekolah, universiti dan Institut Pendidikan Guru, dsb. Perlu ada R & D oleh pelbagai pihak ini secara besar-besaran.

Saya sendiri, bersama rakan-rakan di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, sedang menjalankan kajian menggunakan

Page 18: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kami Bantah DLP

4

pendekatan dan modul alternatif yang kami panggil English in Context for Content (ECC) untuk meningkatkan PdP BI, bermula di sekolah rendah. Kami percaya asas yang kukuh di sekolah rendah, terutama di Sekolah Kebangsaan, akan memudahkan dan mempercepatkan pembelajaran BI di peringkat menengah dan seterusnya. Kami berpendapat salah satu sebab murid SK lemah BI adalah kerana kaedah mengajar TESL di SK kurang sesuai. Pendekatan ‘communicative English’ yang digunakan sejak lebih 20 tahun lalu nampaknya tidak berkesan. Pendekatan ‘phonics’ (yang diambil dari UK) untuk murid Tahun 1 – 3 sekarang juga nampaknya kurang berkesan untuk meningkatkan 2R, kerana ia tidak berdasarkan keperluan dan konteks murid di sekolah rendah kita.

TESL di Sekolah Kebangsaan perlu pendekatan, kaedah dan bahan pengajaran-pembelajaran yang functional, terutama dengan keperluan dan konteks kebanyakan pelajar Melayu di SK. Kami percaya ada banyak lagi alternatif untuk mengajar BI (TESL) kepada pelajar kita. Ini perlu digalakkan dan diteruskan.

Buku teks dan bahan-bahan latihan BI perlu ditukar dan bahan-bahan bacaan tambahan berbentuk print dan multimedia perlu ditambah untuk memberi lebih banyak peluang murid membuat pelbagai latihan membaca dan menulis (2R) dan menggunakan Bahasa Inggeris di sekolah rendah.

Kelab Bahasa Inggeris boleh diadakan untuk pelbagai aktiviti kokurikulum bagi pelajar menggunakan BI misalnya, menonton CD, berlakon, bersoal-jawab, bermain pelbagai permainan bahasa (language games, komputer, dsb). dalam masa tambahan.

Kesan paling buruk program DLP ini ialah ia akan memecahkan sistem pendidikan kebangsaan, yang kerajaan cuba bangunkan sebagai satu sistem pendidikan negara seperti dalam Pelan Induk Pendidikan (2013-2025) yang berasaskan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar semua mata pelajaran, di samping

Page 19: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Rayuan Kepada Perdana Menteri Menolak DLP

5

itu meningkatkan keberkesanan pengajaran-dan-pembelajaran Bahasa Inggeris supaya pelajar menguasai BI secukupnya. Sistem pendidikan kebangsaan dalam Pelan Induk ini akan memupuk perpaduan generasi muda.

Saya bimbang DLP ini akan mengakibatkan seperti kata pepatah Melayu, ‘apa yang dikendong ciciran, apa yang dikejar tidak dapat’.

Rayuan saya

Saya merayu kepada YAB Dato’ Seri supaya Dual-Language Program untuk mengajar Sains, Matematik, Teknologi Reka Bentuk dan ICT dalam Bahasa Inggeris bagi meningkatkan Kemahiran Bahasa Inggeris mulai 2016 itu dibatalkan.

Page 20: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

PPPPPM Membantah Pelaksanaan DLP atau Program Dwibahasa

Pengenalan

Projek rintis DLP (Dual Language Programme) dan HIP (High Immersive Programme) akan dilaksanakan mulai 2016. Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (PPPPPM), membantah program dwibahasa ini sekeras-kerasnya. Ada sepuluh rasionalnya.

Pertama

Bahawa pelaksanaan Program Dwibahasa (DLP) ini, tidaklah terancang dengan rapi. Ia berasaskan kepada persepsi dan prasangka melulu, dan tidak dirundingkan dengan golongan pendidik, cendekiawan profesional, pejuang-pejuang bahasa, tokoh-tokoh sasterawan Negara, NGO-NGO Melayu, Kesatuan dan Persatuan Guru, Pengetua dan Guru Besar dan guru-guru, pendidik-pendidik yang akan dipertanggungjawabkan melaksanakan program ini. Ia dimonopoli oleh barisan dan ahli korporat yang tidak mempunyai latar belakang, roh dan kredibiliti pendidikan yang antaranya tersedia punyai prasangka

Dato’ Haji Abdul Raof b. HussinPresiden

Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

2

Page 21: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

PPPPPM Membantah Pelaksanaan DLP atau Program Dwibahasa

7

buruk terhadap kedaulatan dan keupayaan Bahasa Melayu. Ini bercanggah dengan kehendak supaya Bahasa Melayu itu menjadi Bahasa Kebangsaan, bahasa Ilmu, bahasa rasmi sebagai yang termaktub dalam Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan.

Maka dengan ini PPPPPM membantah keras dan menolak Program Dwibahasa (DLP) ini. Program ini, sama sahaja dengan PPSMI yang dijalankan pada 2013 dan dimansuhkan pada 8 Julai 2009. PPSMI memangsakan tiga juta pelajar dan petaka berganda ini tidak wajar diulang oleh kerajaan dan Kementerian Pendidik Malaysia.

Walau bagaimanapun PPPPPM menyokong sepenuhnya hasrat kerajaan dan KPM untuk meningkatkan dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris. PPPPPM tidak menafikan akan peranan Bahasa Inggeris dan peri pentingnya Rakyat Malaysia menguasainya. Perlu ditegaskan tuduhan bahawa kami menentang kepentingan BI adalah tidak masuk akal.

PPPPPM juga ingin menegaskan bahawa usaha-usaha untuk meningkatkan dan memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris mesti dilaksanakan melalui pengajaran bahasa Inggeris, dan tidak mengganggu mata pelajaran lain. Perbetulkan kaedah pengajaran, pedagogi, lakukan rombakan kurikulum Bahasa Inggeris, tingkatkan kepakaran guru Bahasa Inggeris, lengkapkan infrastruktur pengajarannya, tambah masa pengajaran, dan wujudkan persekitaran yang kondusif. Jangan diserahkan tugas itu kepada guru bukan pakar bidang dan yang tidak menguasai bahasa Inggeris.

KeduaPPPPPM juga membantah DLP kerana berasaskan kepada dapatan kajian ilmiah oleh Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA), pelaksanaan PPSMI amat negatif.

Iaitu, tahap kompetensi guru dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik menggunakan bahasa Inggeris

Page 22: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kami Bantah DLP

8

adalah rendah dan implikasinya dalam pembangunan modal insan adalah negatif.

Kajian ini dibuat bermula 1 Jun dan berakhir 31 Disember 2008 oleh PEMBINA dengan usaha sama lapan buah universiti, iaitu Universiti Putra Malaysia, Universiti Perguruan Sultan Idris, Universiti Sains Malaysia, Universiti Utara Malaysia, Universiti Teknologi Mara Malaysia, Universiti Teknologi Mara Sarawak, Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Teknologi Malaysia, dengan dipengerusikan oleh Dato Haji Abdul Ghani Othman, Mantan Menteri Besar Johor, diketuai oleh Dato’ Haji Abdul Raof Hussin, Mantan Pengarah Eksekutif PEMBINA, dan Ketua Penyelidik Prof. Dr. Mohd. Sahandri Gani Hamzah, kini Timbalan Naib Canselor, Universiti Perguruan Sultan Idris serta 53 orang kaki tangan akademik Universiti dan Pegawai PEMBINA.

Kajian yang DijalankanKajian dijalankan di Sekolah Rendah (SR) dan Sekolah Menengah (SM) di seluruh negara, meliputi bandar, pinggir bandar, Luar Bandar, pulau dan pendalaman, termasuk SK Orang Asli.

Sampel kajian terdiri daripada 90 buah SR, iaitu 58 SK, 10 SK Felda, 5 SK Pulau, 3 SK ORANG ASLI, 2 SK Pendidikan Khas, 7 SJKC dan 5 SJKT.

Bagi SM, sampel kajian terdiri daripada tujuh puluh 70 buah sekolah, meliputi 44 SMK, 5 SMK FELDA, 4 SMK Agama, 4 Sekolah Berasrama Penuh (SBP), 5 MRSM, 4 SM Teknik dan 4 SMK Conforming.

Bagi SR, Kajian dibuat terhadap murid-murid Tahun 5 (kohort 2, 2004 PPSMI) bagi subjek Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.

Bagi SM, kajian dibuat terhadap pelajar-pelajar Tingkat 4, bagi Subjek Sains dan Matematik (Aliran Sastera), Matematik

Page 23: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

PPPPPM Membantah Pelaksanaan DLP atau Program Dwibahasa

9

Tambahan, Fizik 1, Fizik 2, Kimia 1 dan Kimia 2, (Aliran Sains Tulin) dan Bahasa Inggeris.

Seramai 553 orang guru dipilih sebagai sampel kajian, iaitu 186 guru SR dan 367 guru SM. Pengetua atau Penolong Kanan 70 orang dan Guru Besar 90 orang. Jumlah kesemuanya seramai 713 orang.

Jumlah murid sampel kajian, ialah 15, 089 orang yang terdiri daripada 5404 kawasan bandar (35.8%), Luar Bandar 9388 (62.2%), sekolah pendalaman 109 (0.7%) dan SK Pulau 188 orang (1.3%).

Dapatan Kajian tentang Aspek Guru

Penguasaan Bahasa Inggeris guru-guru PPSMI amatlah kritikal dan gagal menyampaikan Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan. Didapati 74 guru SK (39.3%) dan 93 guru SM (25.3%) gagal dalam Penilaian Tahap Profisiensi Bahasa Inggeris.

Terdapat 3 guru BI (1.6%) SK yang tidak berkelayakan atau tidak mempunyai opsyen BI atau 9 orang (4.8%) opsyen kedua dalam bidang Sains atau Matematik mengajar subjek PPSMI.

Pada keseluruhannya, kompetensi guru-guru PPSMI adalah pada tahap sederhana (min=5.79). Penggunaan bahasa bercampur aduk dan menggila.

Dwibahasa – Bahasa Melayu atau ibunda melebihi BI

Dwibahasa – Bahasa Inggeris melebihi BM atau ibunda

Tidak dapat guru menggunakan BI sepenuhnya.

Kecekapan guru dalam mengendali dan menggunakan Teknologi Komputer dan ICT juga pada tahap lemah.

Page 24: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kami Bantah DLP

10

Dapatan Kajian tentang Aspek MuridDaripada 12 mata pelajaran yang diuji, didapati bahawa murid-murid di kawasan bandar mengatasi rakan-rakan mereka di kawasan Luar Bandar dalam 10 mata pelajaran (kecuali mata pelajaran Fizik 1 dan Kimia 1) dengan perbezaan markah purata antara 3.30 hingga 19.73.

Perbandingan Prestasi Murid Tahun 5 Sekolah Rendah Mengikut Lokasi Bandar-Luar Bandar)

Bil. Mata Pelajaran Bandar Luar Bandar Perbezaan Lebih / Kurang

1 Bahasa Inggeris 71.57 59.74 -11.83

2 Sains 67.92 56.31 -11.61

3 Matematik 52.41 49.11 -3.30

Perbandingan Prestasi Murid Tingkatan 4 Sekolah Menengah Mengikut Aliran Sastera Dan Aliran Sains Mengikut Lokasi Bandar-Luar Bandar)

Bil Mata Pelajaran Bandar Luar Bandar Perbezaan Lebih / Kurang

1 Bahasa Inggeris (A. Sastera)

45.07 41.47 -3.67

2 Sains (A. Sastera) 36.23 33.48 -2.75

3 Matematik (A. Sastera)

63.75 44.02 -1973

4 Bahasa Inggeris (A. Sains)

48.38 38.01 -10.37

5 Fizik 1 (A. Sains) 42.47 43.20 +0.73

6 Fizik 2 (A. Sains) 51.62 46.09 -5.53

7 Kimia 1 (A. Sains) 46.41 44.61 -1.80

8 Kimia 2 (A. Sastera)

68.05 60.91 -7.14

9 Matematik Tambahan (A. Sains)

55.00 53.40 -1.60

Page 25: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

PPPPPM Membantah Pelaksanaan DLP atau Program Dwibahasa

11

Status Pelaksanaan PPSMI dan Sumbangannya Terhadap Peningkatan Bahasa Inggeris Murid-Murid

Sekolah Rendah: Didapati sumbangan dan korelasinya adalah rendah bagi mata pelajaran Sains, iaitu ia hanya berjaya MENYUMBANGKAN peningkatan pencapaian Bahasa Inggeris sebanyak 0.7 peratus sahaja. Sementara untuk Matematik, tiada sumbangan terhadap peningkatan Bahasa Inggeris.

Sekolah Menengah Aliran Sastera: Bagi mata pelajaran Sains dan Matematik sumbangan dan korelasinya rendah. Di mana bagi Matematik hanya berjaya menyumbangkan peningkatan pencapaian Bahasa Inggeris sebanyak 1.0 peratus dan 0.6 peratus bagi Sains.

Sekolah Menengah Aliran Sains: Hanya 2 mata pelajaran sahaja yang menunjukkan ada korelasi dan sumbangan rendah, iaitu Kimia 2 dan Matematik Tambahan. Di mana, jumlah kedua-dua mata pelajaran ini hanya menyumbangkan sebanyak 0.9 peratus, iaitu 0.6 peratus bagi Kimia 2 dan 0.3 peratus bagi Matematik Tambahan.

Oleh itu dapatan melalui analisis regresi berganda, jelaslah bahawa sumbangan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris hanya mampu menyumbangkan pada tahap paling minimum, iaitu kurang daripada 4 peratus kepada peningkatan pencapaian Bahasa Inggeris secara keseluruhannya. Dari segi perkiraan “cost-benefit analysis” dalam konteks pelaburan pendidikan jangka masa panjang, amalan PPSMI tidak menguntungkan dan sebaliknya membantut tahap kecerdasan murid serta merugikan generasi akan datang. Dengan ini disarankan supaya diberhentikan dasar PPSMI. Ianya juga harus diterokai pendekatan alternatif pengajaran Bahasa Inggeris cara lain yang lebih konkrit dan praktikal, iaitu dengan menggubal dan menambahbaikkan kurikulum dan pedagogi mata pelajaran Bahasa Inggeris itu sendiri.

Page 26: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kami Bantah DLP

12

Perbandingan Skor Min Ujian dalam Bahasa Inggeris dengan Ujian dalam Bahasa Melayu atau Dwibahasa

Secara perbandingan pencapaian murid dalam mata pelajaran Sains dan Matematik (9 kali ujian) yang diuji dalam Bahasa Inggeris dan diuji dalam Bahasa Melayu atau dwi bahasa peringkat Sekolah Rendah, Sekolah Menengah Aliran Sastera dan Sekolah Menengah Aliran Sains menunjukkan pencapaian murid yang menjawab soalan dengan menggunakan medium soalan dwibahasa lebih baik atau mengatasi pencapaian mereka yang menggunakan medium Bahasa Inggeris dengan kelebihan skor min antara 6.94 hingga 16.45. Justeru itu adalah jelas bahawa penggunaan dwibahasa atau Bahasa Melayu dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta ujian lebih digemari murid dan mereka dapat membuktikan penguasaan yang lebih baik dalam Bahasa Melayu. Dengan ini ditegaskan bahawa mata pelajaran Sains dan Matematik amat bertepatan untuk dikendalikan dalam Bahasa Melayu di peringkat SK dan menengah, dan bahasa ibunda di SRJKC dan SRJKT.

Ketiga

PPPPPM membantah DLP ini kerana berasaskan kepada analisis kajian oleh Jemaah Nazir KPM sendiri, yang menunjukkan kegagalan PPSMI, iaitu, Analisis Pencapaian Murid Kohort 2 (2003-2009) SK dalam ujian peperiksaan Peringkat sekolah: mata pelajaran Matematik mengikut gred purata mata pelajaran (GPMP), bagi 56 SK, yang meliputi 1942 orang murid.

Kajian oleh Jemaah Nazir Persekutuan KPM dengan jelas mendapati sesungguhnya pelaksanaan PPSMI menimbulkan kesan buruk kepada murid-murid yang tergolong dalam kategori sederhana dan lemah di dalam ketiga-tiga mata pelajaran, iaitu Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. PPSMI telah dan akan membunuh minat, semangat dan keghairahan murid-murid

Page 27: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

PPPPPM Membantah Pelaksanaan DLP atau Program Dwibahasa

13

untuk belajar Sains dan Matematik sejak di peringkat Sekolah Rendah lagi.

Buktinya, analisis sampel terhadap keputusan peperiksaan yang diambil oleh Jemaah Nazir Persekutuan ke atas 1942 murid tahun 5 kohort 2 (2004) dari 56 buah SK seluruh negara, menunjukkan bahawa pencapaian mereka semakin merosot, malah ada yang dengan drastik merudum apabila mereka naik ke tahun yang lebih tinggi, iaitu di Tahun 2 (2005), Tahun 3, (2006), Tahun 4 (2007), Tahun 5 (2008) dan dijangka berterusan di Tahun 6 (2009).

Keempat

Kajian Kesan PPSMI di Sekolah Rendah dan Menengah Fasa 2) DI yang diketuai oleh Profesor Emeritus Dato’ Isahak Haron cuba mencari jawapan sejauh manakah tercapainya dua matlamat utama Dasar PPSMI, yang diputuskan oleh Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002, itu, bagi:

a. meningkatkan pembelajaran dan prestasi pelajaran dalam Sains dan Matematik, yang diajar dalam Bahasa Inggeris.

b. meningkatkan pembelajaran dan kemahiran pelajar berbahasa Inggeris.

Oleh itu kajian oleh Prof Dato’ Dr. Isahak dan kumpulannya cuba mencari jawapan kepada soalan seperti tersebut:

a. Sejauh manakah pembelajaran dan prestasi pelajar dalam Sains dan Matematik bertambah lebih baik dengan menggunakan bahasa pengantar Bahasa Inggeris dan

b. Sejauh manakah dasar ini turut meningkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.

Page 28: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kami Bantah DLP

14

Hasil kajian Fasa 1 didapati bahawa penggunaan BI untuk Sains dan Matematik telah melemahkan lagi pembelajaran dan prestasi pelajar dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut, kerana lebih 75% pelajar sukar memahami Sains dan Matematik dalam BI. Hanya 10% hingga 15% sahaja guru mengguna BI sepenuhnya, kerana rata-rata penguasaan BI guru juga rendah. Akibatnya pembelajaran dan prestasi pelajar dalam Sains dan Matematik, terutama di SK dan SMK merosot teruk. Penguasaan pelajar dalam BI juga tidak meningkat secara signifikan. Sementara kajian Fasa 2 untuk murid Tahun 5 dan Tingkatan 2 (Jan 2008, Feb 2009, Ogos 2009, Februari 2010 dan Julai 2010) didapati :

a. Hanya 10-12% sahaja guru yang dapat menggunakan Bahasa Inggeris.

b. Hanya 6.2% dan 9.1% murid Tahun 5 menyatakan mereka ‘senang’ belajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris.

c. Bagi pelajar Tingkatan 2, purata hanya 11.8% menyatakan ‘senang’ belajar Sains dan 15.4% belajar Matematik dalam BI.

Kesimpulannya, mengikut Profesor Dato’ Dr. Isahak Haron, kajian mereka merumuskan kedua-kuda matlamat asalnya, iaitu untuk meningkatkan pengetahuan pelajar dalam Sains dan Matematik tidak tercapai, bahkan mengakibatkan merosot teruk. Matlamat kedua untuk Meningkatkan Bahasa Inggeris juga tidak kesampaian. Bak kata pepatah, ‘Yang dikendong berciciran, dan yang dikejar tidak dapat.’

Kelima

Berasaskan kepada Hasil Ujian Antara bangsa - TIMMS 2007 dan PISA 2012 prestasi murid Malaysia menjunam.

Didapati bahawa kesan negatif PPSMI dapat ditunjukkan juga dalam hasil ujian antara bangsa TIMMS 2007 dan 2011, dan

Page 29: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

PPPPPM Membantah Pelaksanaan DLP atau Program Dwibahasa

15

PISA 2012. Kedudukan Malaysia jatuh menjunam ke nombor corot, iaitu kedudukan dalam kumpulan satu per tiga di bawah, berbanding dengan prestasi dan kedudukan pelajar Malaysia di Tangga 10 terbaik daripada 58 negara lain dalam ujian TIMMS 1999 dan 2003 sebelum Dasar PPSMI dilaksanakan (Prof Dato’ Dr. Isahak Haron).

Keenam

Kajian tentang Keberkesanan PPSMI oleh Prof. Datin Dr. Juriah Long (UKM) pada 2004. Juga mendapati pelaksanaan PPSMI memberi kesan negatif kepada keputusan pelajar.

Berdasarkan kajian ke atas pelajar Tingkatan 2, di 242 Sekolah Menengah di seluruh negara, meliputi 7,236 pelajar, 701 guru Sains dan 707 guru Matematik didapati hasil dapatan hampir sama trendnya dengan hasil kajian PEMBINA, Jemaah Nazir Persekutuan (KPM) dan Universiti Pendidikan Sutan Idris oleh Isahak Haron.

Kesimpulannya, hasil PPSMI mengakibatkan bilangan pelajar yang berkualiti tinggi amat terhad. Mereka yang berpencapaian rendah mendominasikan dalam arus perdana pendidikan. Ini akan memberi kesan berpanjangan hingga ke peringkat tertiari di mana bilangan pelajar aliran Sains, Matematik dan Teknikal akan merosot, terutama pelajar Melayu jika DASAR DWIBAHASA dilaksanakan.

Ketujuh

Pelaksanaan program dwi bahasa (DLP) itu tidak adil dan mewujudkan jurang prestasi sains dan matematik UPSR antara SK, SJKC DAN SJKT.

Dasar pelaksanaan DLP yang berbeza antara SK, SJKC dan SJKT akan menyebabkan jurang prestasi Sains dan Matematik Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) murid-murid SK

Page 30: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kami Bantah DLP

16

seluruhnya, terutama murid-murid Melayu bertambah jarak dan kritikal. KPM tidak berani menyentuh SJKC dan SJKT kerana akan ditentang oleh masyarakat Cina dan India yang cintakan bahasa mereka, bahasa Mandarin dan bahasa Tamil. SJKC dan SJKT akan berterusan mengajar dalam bahasa ibunda. Jikalau Dasar DLP ini dilaksanakan, pengalaman kegagalan PPSMI akan berulang kepada murid-murid SK di mana prestasi Sains dan Matematik murid-murid SK jauh lebih rendah dari SJKC.

Kelapan

Kementerian Pendidikan Malaysia sudah tersalah prioriti antara lulus BI dengan gagal sains, matematik dan teknikal. Apakah keutamaan KPM?

PPPPPM membantah DLP kerana KPM tersalah langkah, tersasar prioriti utama, iaitu untuk mencapai Pelaksanaan Dasar 60% Aliran Sains dan Teknologi: 40% Aliran Sastera yang dilaksanakan oleh KPM mulai 2001 dan akan tercapai pada 2010. Mengikut data dan fakta pada 2001 jumlah peratus pelajar yang mengambil aliran Sains dan Teknikal ialah 34.19% berbanding dengan sasaran yang telah ditetapkan pada 2001, iaitu 37.0% (kekurangan 2.81%). Malangnya, akibat Dasar PPSMI kini, pada 2015 matlamat ini bukan sahaja gagal dicapai, malah bertambah merundum kepada 28.0% sahaja. Andainya, DLP diteruskan Malaysia akan hadapi krisis ketandusan siswazah Sains dan Teknikal untuk menampung keperluan negara.

Kesembilan

Pelaksanaan DLP menggagalkan dan bertentangan dengan dasar memartabatkan Bahasa Melayu. PPPPPM membantah pelaksanaan DLP kerana ia akan menggagalkan matlamat MBMMBI. Dasar MBMMBI adalah bagi melahirkan masyarakat yang berupaya menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, sebagaimana yang digariskan dalam Pelan Pembangunan

Page 31: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

PPPPPM Membantah Pelaksanaan DLP atau Program Dwibahasa

17

Pendidikan Malaysia 2013-2025. Matlamat ini akan dicapai melalui strategi berikut:

Strategi 1: Mentransformasikan Kurikulum Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

Strategi 2: Memantapkan Kompetensi Guru Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

Strategi 3: Menempatkan Guru Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris Mengikut Opsyen.

Strategi 4: Menggunakan Khidmat Pakar, Perunding dan Pembantu Guru.

Strategi 5: Memperluas Penggunaan Bahan dan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) dalam PdP Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Strategi 6: Memperluaskan Publisiti dan Kempen Pengukuhan Bahasa.

Strategi 7: Meningkatkan Penyertaan Murid dalam Aktiviti Bahasa di Luar Bilik Darjah.

Strategi 8: Melaksanakan Pentaksiran dan Pelaporan Keperihalan Pencapaian Murid.

Malangnya, sehingga kini pelaksanaan MBMMBI gagal mencapai matlamatnya setelah berjalan selama 10 tahun. Amat mendukacitakan, tidak ada kemajuan yang signifikan terhadap usaha untuk Martabatkan Bahasa Malaysia. Pelbagai inisiatif dilakukan terhadap BI tetapi tidak ada sebarang inisiatif diberikan kepada sekolah dan guru Bahasa Malaysia. Misalnya guru-guru Bahasa Inggeris diberikan Kursus Pro-ELT, dan kepada mereka yang beroleh (2, Cambridge Placement Test (CPT) akan dapat ganjaran RM 5,000.00 dan c1 beroleh RM 3,000.00. Juga untuk BI diberikan Peruntukan Khas kepada sekolah serta diimportkan

Page 32: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kami Bantah DLP

18

Guru Penutur Jati dengan berjuta ringgit diperuntukkan. Malang sekali kepada MBM, tidak ada sebarang Peruntukan Khas diberikan kepada sekolah, melainkan Peruntukan Per Kapita Subjek Bahasa Melayu sahaja.

Kesepuluh

Dasar DLP bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152 (1), 152 (6) Akta Bahasa Kebangsaan 1963 / 1967. Penyata Razak 1956, Penyata Rahman Talib 1960, Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996 (AKTA 550).

Pada hakikatnya DLP adalah bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan perkara 152(1) yang memperuntukkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan hendaklah digunakan sebagai bahasa rasmi dan perkara 152 (6) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan perkara ini. “Maksud rasmi”, ertinya apa-apa jua maksud Kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam”.

Bertentangan dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967: Bahasa Kebangsaan sebagai Bahasa Rasmi telah diperuntukkan di bawah Seksyen 2, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67. Akta 32) seperti berikut:

“Kecuali sebagaimana diperuntukkan dalam Akta ini dan tertakluk kepada perlindungan yang terkandung dalam Perkara 152(1) perlembagaan berhubung dengan mana-mana bahasa lain dan bahasa mana-mana kaum lain dalam Malaysia, bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud-maksud rasmi”.

Bertentangan dengan Akta Pendidikan 1996 “Bahasa Kebangsaan adalah Bahasa Pengantar Utama. Seksyen 17, Akta Pendidikan 199 menetapkan Bahasa Kebangsaan sebagai Bahasa Pengantar Utama seperti berikut:

Page 33: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

PPPPPM Membantah Pelaksanaan DLP atau Program Dwibahasa

19

1. Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini.

2. Jikalau bahasa pengantar utama di sesuatu institusi pendidikan adalah selain daripada bahasa kebangsaan, maka bahasa kebangsaan adalah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib di institusi pendidikan.

Peruntukan subseksyen 17(1) bermakna pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung di dalam kelas hendaklah secara utamanya dijalankan dalam Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu, kecuali bagi Sekolah Jenis Kebangsaan.

High Immersive Programme (HIP)

PPPPPM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan MENYOKONG DAN MENERIMA SEPENUHNYA Program Imersif Tinggi BM dan BI (HIP) yang dicadang pakai oleh Kementerian Pendidikan kerana Program ini bukanlah merupakan suatu perkara baru. Kementerian Pendidikan telah pun melaksanakan sebelum dan sejak SURAT PEKELILING IKHTISAS Bil. 1/1999, KP (BS) 8591/Jilid XV/ (1) bertarikh 4 Januari 1999 dikeluarkan.

Melalui Pekeliling ini semua sekolah dikehendaki menjalankan aktiviti sokongan Bahasa Inggeris bagi tujuan menambahkan masa pendedahan pelajar kepada bahasa tersebut. Oleh kerana peruntukan masa pengajaran Bahasa Inggeris dalam jadual waktu adalah terhad dan tidak mungkin dapat ditambah tanpa menjejaskan masa untuk mata pelajaran lain, maka penambahan masa pendedahan ini dikehendaki dilakukan

Page 34: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kami Bantah DLP

20

melalui aktiviti-aktiviti sokongan di luar bilik darjah, aktiviti ko-kurikulum dan ko-akademik. KPM berharap, melalui aktiviti ini bukan sahaja bertujuan untuk mempertingkatkan motivasi pelajar tetapi juga mengubah sikap pelajar supaya pembelajaran Bahasa Inggeris dapat dimaksimumkan dan berjaya meningkatkan prestasi akademik, keupayaan menulis, membaca dan keyakinan bertutur dengan lancar dalam Bahasa Inggeris.

Antara aktiviti yang perlu, dijalankan adalah, “Story Telling, Choral Speaking, Choral Reading, debate, English Bulleting Board, A Word a Day, A Proverb a Week, persembahan semasa perhimpunan, projek bacaan, lawatan, lakunan, Jazz, Chants, Poetry Recital, Drama dan Sketsa, Daily News Recap. Air Wares, Spelling Bee, Readathon, Dear (Drop Everything and Read) Project, English Quiz, Language Games, Corridor of Knowledge dan lain-lain.

Maka, PPPPP YAKIN dengan adanya Program Imersif Tinggi BM dan BI (HIP) ini, penguasaan Bahasa Inggeris akan terjamin meningkat. Lantaran tidak perlu lagi Kementerian Pendidikan melaksanakan Program Dwibahasa Pengajaran Pembelajaran Sains Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Page 35: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Pendirian KGMMB Terhadap DLP dan HIP

Pengenalan

Bajet 2016 memperuntukkan RM135 juta kepada MBMMBI dan sebanyak RM38.5 juta daripada jumlah bajet itu akan digunakan untuk DLP dan HIP. DLP iaitu Program Dwi Bahasa atau Dual Languange Programme dan HIP iaitu Program Imersif Tinggi atau High Immersive Programme adalah program yang akan dilaksanakan pada tahun 2016 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi Gelombang Kedua PPPM 2013-2025. Program ini akan dilaksanakan di sekolah secara berperingkat-peringkat. DLP pula merupakan program pengukuhan bahasa Inggeris melalui Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) mata pelajaran Matematik, Matematik Tambahan, Matematik S (Pra-Universiti), Sains, Kimia, Fizik, Biologi, Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) dan Reka Bentuk & Teknologi (RBT). HIP pula adalah program peningkatan Bahasa Inggeris yang akan dilaksanakan dalam komuniti sekolah dengan tujuan meningkatkan keyakinan dan sikap positif pelajar terhadap bahasa Inggeris.

Dato’ Haji Mohamad Sabri bin Haji Mohd Arsad, Presiden

Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat

3

Page 36: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kami Bantah DLP

22

DLP akan dilaksanakan berasaskan beberapa kriteria antaranya sumber sekolah yang mencukupi, guru yang kompeten serta sokongan ibu bapa. Untuk tujuan rintis atau permulaan, sekolah rendah hanya melibatkan Tahun 1 dan Tahun 4, manakala sekolah menengah melibatkan Tingkatan 4. Rintisan akan dijalankan di 300 buah sekolah di seluruh negara mulai awal persekolahan 2016. Sekolah-sekolah tersebut akan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran Sains dan Matematik.

Pendirian KGMMBHIP merupakan program yang sesuai dilaksanakan kerana program ini bersifat komuniti sekolah dan dilihat mampu meningkatkan keyakinan dan sikap positif murid-murid terhadap bahasa Inggeris. Namun, DLP dilihat oleh KGMMB sebagai program yang sama seperti PPSMI, yang gagal menyelesaikan masalah penguasaan bahasa Inggeris malah memberi kesan buruk kepada sebilangan besar pelajar dan gagal ke arah perpaduan dan pembentukan identiti nasional.

Konvensyen UMNO Johor 2006, membantah PPSMI di sekolah-sekolah kerana dasar tersebut menyebabkan bangsa Melayu hilang identiti dan jati diri. PPSMI juga sentiasa menjadi isu utama dan ditentang dalam seminar anjuran pelbagai pihak seperti DBP, Gapena, Persatuan Linguistik Malaysia, Persatuan Perterjemah Malaysia, Persatuan Sejarah Malaysia, KGMMB dan lain-lain persatuan.

DLP Melanggar Perkara 152 dalam PerlembagaanDLP sebenarnya menafikan fungsi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar, Bahasa Rasmi dan bahasa perpaduan yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, Perkara 152.

Kedudukan bahasa Melayu diperkukuhkan lagi melalui Akta Bahasa Kebangsaan 1967 yang menetapkan bahasa itu

Page 37: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Pendirian KGMMB Terhadap DLP dan HIP

23

sebagai bahasa rasmi tunggal. Pindaan dalam Akta Perlembagaan 1971 pula menetapkan status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak boleh dipersoalkan. Mereka yang berbuat demikian boleh didakwa di bawah Akta Hasutan 1984. Bahasa rasmi ini juga tidak boleh dipinda tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu.

Bahasa Melayu adalah bahasa asal penduduk asal Malaysia. Bertepatan dengan kedudukannya sebagai bahasa asal maka amat wajar bahasa ini menjadi bahasa pertuturan dan komunikasi pelbagai kaum di Malaysia. Bahasa Melayu mudah dipelajari dan menjadi bahasa perpaduan. Bahasa ini pernah menjadi bahasa ilmu dan lingua franca di Nusantara. Untuk menguasai Tanah Melayu, pegawai British seperti Thomas Stanford Raffles mempelajari bahasa Melayu. Para pedagang juga mempelajari bahasa Melayu untuk tujuan perdagangan. Namun, apabila penjajah menguasai Tanah Melayu mereka cuba mengubah sistem yang ada termasuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama.

Penjajahan menjadikan orang-orang Melayu serba-serbi ketinggalan. Sistem pendidikan Inggeris tidak membantu perkembangan dan kemajuan bangsa Melayu. Pendidikan anak-anak Melayu hanya di peringkat rendah sahaja dan orang Melayu gagal bekerja di sektor awam. Sektor tersebut berjaya memberi kelebihan kepada bukan Melayu dan meminggirkan Melayu. Perjuangan KPGMS, Pertubuhan Melayu serta tokoh-tokoh sejati Melayu, membawa perubahan kepada kedudukan bahasa Melayu. KPGMS adalah singkatan bagi Kesatuan Persekutuan Guru Melayu Semenanjung. Kesatuan ini ditubuhkan lebih awal sedikit daripada UMNO dalam tahun yang sama iaitu 1946. Pada tahun 1954 namanya ditukar kepada Kesatuan Persekutuan Guru Melayu Persekutuan Tanah Melayu (KPGMPTM) dan mulai 1968 dikenali pula sebagai Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB).

Page 38: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kami Bantah DLP

24

Bahasa Melayu dimartabatkan dan bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar bukan sahaja di sekolah menengah malah di universiti. Bilangan anak-anak Melayu yang menuntut di universiti bertambah. Begitu juga anak-anak Melayu yang berjaya menjawat jawatan di sektor awam juga bertambah. Lanskap kemajuan dan penguasaan orang Melayu terutama dalam sektor awam jelas kelihatan apabila dasar pendidikan mesra Melayu yang berasaskan bahasa Melayu dilaksanakan. Ini dibicarakan oleh Roslan Saadon, dalam tesis Doktor Falsafah beliau bertajuk “Perjuangan Guru-Guru Melayu Pulau Pinang 1920-1980: Manifestasi Pemikiran dan Kepimpinan Guru”yang diserahkan kepada Universiti Sains Malaysia, pada tahun 2015. Jelas, bahasa Melayu memperkukuh kedudukan dan kemajuan bangsa Melayu malah menjadi bahasa perpaduan untuk masyarakat Malaysia yang bersifat majmuk.

Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu ini terbukti melalui penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1970. Universiti tersebut berjaya menghasilkan lebih 450 tesis Ph.D. dan lebih 2,000 tesis MA dan M.Sc yang menggunakan bahasa Melayu. Hal ini menjawab bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa pengantar bagi pelbagai bidang ilmu di pusat pengajian tinggi. Rujuk Anwar Ridhwan, “Memasyarakatkan Persuratan Melayu”, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu, 28-30 Oktober 2011, Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 6; Hasilnya, ratusan ribu ahli ilmu, birokrat, teknokrat, profesional dan tenaga pembangunan negara dalam pelbagai bidang terhasil dari sistem pendidikan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Awang Sariyan juga mengakui bahawa penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengembangan ilmu menjadikan proses pengilmuan masyarakat lebih berkesan. Bahasa Melayu mengisi erti pendemokrasian pendidikan dengan memainkan peranan sebagai alat menyampaikan pelbagai ilmu kepada pelbagai kaum dan lapisan masyarakat melalui bahasa yang satu. Ini sudah dibicarakan oleh Awang Sariyan, “Pemartabatan

Page 39: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Pendirian KGMMB Terhadap DLP dan HIP

25

Bahasa Kebangsaan Dalam Pembinaan Negara Bangsa”, Syarahan Bahasa anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara dan Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang, 23 Februari 2010, hlm. 12-13.

DLP Bercanggah dengan 6 Aspirasi Murid PPPM

Dua daripada enam Aspirasi Murid dalam PPPM iaitu kemahiran dwibahasa dan pembentukan identiti nasional akan tergugat melalui pelaksanaan program ini. Sistem pendidikan negara yang diperkukuhkan lagi dengan PPPM jelas membawa murid mencapai 6 Aspirasi iaitu memperoleh pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, membentuk etika dan kerohanian, dan membentuk identiti nasional. Persoalan yang timbul ialah apabila program DLP dilaksanakan, hanya melibatkan sekolah dan kelas terpilih. Usaha meningkatkan bahasa Inggeris tidak berlaku secara menyeluruh kepada semua murid yang berhak menikmatinya. Justeru, DLP bukan program yang sesuai untuk memastikan kemahiran dwibahasa diperoleh oleh semua murid, tetapi program lain perlu difikirkan yang lebih sesuai dan bersifat menyeluruh.

Identiti nasional agak kurang jelas apabila sebilangan besar masyarakat Malaysia masih menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi. Mereka mengetepikan bahasa Melayu dan kurang selesa apabila berkomunikasi dalam bahasa rasmi tersebut, sedangkan bahasa Melayu merupakan satu daripada identiti dan jati diri bangsa Malaysia. Mereka mengaku sebagai orang Malaysia, bangga sebagai warganegara Malaysia tetapi enggan dan terasa rendah diri dalam menuturkan bahasa Melayu. Bahasa Melayu bukan sahaja bertindak sebagai alat perpaduan, malah bahasa yang perlu dibanggakan oleh semua rakyat di Malaysia. Amat memalukan apabila ditanya soalan berbahasa Melayu, jawapannya diberi dalam bahasa Inggeris. Hal ini kerap terpapar dalam televisyen terutama ketika seseorang diwawancara atau diminta memberi komen atau pendapat. Apabila DLP ini

Page 40: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kami Bantah DLP

26

dijalankan ia akan memberi ruang yang besar kepada golongan yang tidak gemar menggunakan bahasa Melayu mengikuti program tersebut dan terus kekal dengan persepsi rendah mereka terhadap bahasa Melayu. Perkara ini akan memberi kesan negatif kepada usaha memartabatkan bahasa Melayu (MBM) dan memperkukuh identiti nasional.

DLP Bukan Penyelesaian Kegagalan Penguasaan Bahasa Inggeris

Isu utama kegagalan penguasaan bahasa Inggeris perlu dikenal pasti terlebih dahulu sebelum memikirkan alternatif dalam menyelesaikannya. Kajian menunjukkan bahawa pengajaran guru yang berkesan menjadi penentu kepada pencapaian pendidikan. Berdasar sistem sekolah terbaik di dunia, menambah baik kaedah pengajaran dalam bilik darjah adalah cara terbaik meningkatkan pencapaian pelajar (Sanders & Rivers, 1996). Mantan Menteri Pelajaran YB Tan Seri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Mohd Yassin juga pernah menyatakan;

“…tenaga pengajar yang kreatif dan inovatif…tidak sekadar dapat meningkatkan kefahaman pelajar tetapi mampu membina minat untuk subjek yang diajar…”

KGMMB melihat isu utama ialah mata pelajaran bahasa Inggeris itu sendiri, persepsi dan minat murid. Program yang pelbagai akan menimbulkan kecelaruan, hilang fokus dan bakal mengundang isu lain. DLP yang meletakkan penggunaan bahasa Inggeris dalam subjek Matematik dan Sains bakal mengundang masalah penguasaan subjek tersebut sebagaimana yang berlaku semasa pelaksanaan PPSMI dahulu. Justeru, tumpuan dan fokus perlu diberi kepada subjek itu sendiri yang melibatkan kompetensi guru, kaedah pengajaran guru dan komitmen guru. Guru berprestasi tinggi menjadi penentu kepada pencapaian sekolah seperti yang dinyatakan oleh Sanders & Rivers dan

Page 41: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Pendirian KGMMB Terhadap DLP dan HIP

27

mantan Menteri Pelajaran perlu dijadikan asas untuk membaiki keadaan.

Isu kedua yang penting dan juga amat disedari oleh KPM ialah sikap dan tanggapan pelajar terhadap bahasa Inggeris. Pelajar kurang berkeyakinan, sentiasa bimbang dalam menggunakan bahasa Inggeris dan tidak berminat untuk mempelajari subjek tersebut. Tidak hairanlah jika Program Imersif Tinggi (HIP) diperkenalkan oleh KPM. Program ini amat bersesuaian kerana ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan dan sikap positif pelajar di peringkat komuniti sekolah. Pelbagai program dalaman yang bersesuaian dan menjurus kepada pencapaian objektif memperkasa bahasa Inggeris (MBI) dapat dijalankan.

Dalam hal ini KGMMB ingin mencadangkan satu subjek baharu Literature in Education tanpa peperiksaan diwujudkan bertujuan menimbulkan keyakinan dan minat pelajar untuk mempelajari bahasa Inggeris. Subjek ini mendedahkan para pelajar dengan kemahiran berbahasa Inggeris melalui kegiatan sastera, lakonan, nyanyian, muzik dan sebagainya. Masa bahasa Inggeris tidak ditambah tetapi mengambil dua masa atau lebih daripada masa sedia ada. Pelajar digalakkan berlakon, bernyanyi dan bermain berdasarkan tema atau kemahiran yang ingin diajar pada hari tersebut. Guru bertindak sebagai fasilitator dan motivator untuk menggalakkan pelajar terlibat menggunakan bahasa Inggeris tanpa mementingkan sistem bahasa dan sebagainya. Apa yang dipentingkan para pelajar bercakap dan cuba memperkaya perbendaharaan kata melalui aktiviti yang dijalankan dalam subjek tersebut. Tugas guru bukan memperbetul bahasa tetapi menggalakkan mereka bercakap dan yakin diri apabila menggunakan bahasa Inggeris. Kajian menunjukkan bahawa sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik melibatkan nyanyian dan lakonan serta main peranan yang berpusatkan murid sepenuhnya mampu meningkatkan objektif pembelajaran (Deen Jack, 2012).

Page 42: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kami Bantah DLP

28

Di Mana Impak Pelbagai Program Bahasa Inggeris?

KPM telah melaksanakan pelbagai program bahasa Inggeris dalam Gelombang 1 PPPM seperti Literasi BI di bawah Linus 2.0, Oral Proficiency for Secondary Schooll (OPS-English), Program Peningkatan Penguasaan Bahasa Inggeris Sekolah Menengah (PPPBISM) dan Program Penutur Jati. Malah bagi memastikan para guru bahasa Inggeris kompten, mereka dikehendaki menduduki Peperiksaan CPT Test dan Kursus Pro-ELT. Malah satu ketika dahulu guru-guru bahasa Inggeris diberikan elaun tambahan sedangkan tugas mengajar bahasa Inggeris itu adalah tugas mereka. Mereka dilatih dan digajikan untuk mengajar subjek tersebut.

Pelbagai program dilaksanakan, namun masih belum menunjukkan impak yang positif penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar terutama luar bandar. Apapun program atau dasar yang dijalankan, impaknya tetap sama malah mengundang kecelaruan, kesibukan dan hilang tumpuan utama guru untuk mengajar. Guru sibuk dengan pelbagai program yang datang bagai cendawan tumbuh selepas hujan namun tugas dan matlamat hakiki terabai. Program yang diwujudkan sepatutnya meningkatkan kompeten dan motivasi guru serta menjadikan guru lebih berkesan tetapi sebaliknya. Guru gagal menjadi agen perubahan dan peningkatan pelajar dalam penguasaan bahasa Inggeris. Justeru, KPM perlu melihat semula isu yang melibatkan subjek itu sendiri seperti kaedah dan pendekatan, kandungan subjek, kompeten guru, sumber PdP, persekitaran pelajar dan sikap pelajar itu sendiri.

Kemampuan Pelaksanaan

Mewujudkan program mudah tetapi melaksanakan program tidak semudah yang disangka. Apatah lagi program yang akan dijalankan tidak melalui kajian dan perancangan yang

Page 43: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Pendirian KGMMB Terhadap DLP dan HIP

29

teliti. DLP melibatkan pelbagai sumber tambahan, guru yang kompeten dan sokongan ibu bapa. Persoalan yang timbul adakah sumber mencukupi dan guru cukup kompeten untuk mengajar Matematik dan Sains menggunakan bahasa Inggeris. Jangan sampai DLP memberi gangguan kepada sumber dan bebanan guru sedia ada. DLP memungkinkan terbentuk kelas dengan bilangan yang kecil iaitu seminima 15 orang. Hal ini akan menjadikan sesetengah kelas menjadi besar dan ini pastinya membebankan guru. Persoalan seterusnya ialah adakah para ibu bapa benar-benar bersetuju dengan program yang dilaksanakan. Adakah para ibu bapa juga menyedari kemampuan sekolah berbanding aspirasi mereka untuk melaksanakan DLP.

KesimpulanSebagai kesimpulan, KPM tidak perlu melaksanakan DLP kerana ia bercanggah dengan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam semua sistem pendidikan negara baik di peringkat sekolah mahupun pengajian tinggi. Perancangan yang kurang rapi dan tiadanya kajian lengkap akan menjadikan program yang dijalankan bakal menemui kegagalan. PPSMI yang pernah dijalankan suatu ketika dahulu menjadi bukti kegagalan pengajaran & pembelajaran Matematik & Sains menggunakan bahasa Inggeris di samping telah melibatkan kos yang amat besar. Bagi tujuan memperkukuh bahasa Inggeris sepatutnya kaedah pengajaran perlu dikemas kini dan diperkasa, bukannya dengan cara menjadikan Sains dan Matematik sebagai mangsa korban. Bahasa ibunda amat penting dan berkesan dalam mempelajari dan menguasai pelajaran Sains dan Matematik (Resolusi UNESCO, 1951: 691). Sebaliknya, KPM perlu memikirkan kaedah dan pendekatan yang sesuai terhadap subjek itu sendiri dalam memantapkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar di Malaysia terutama di luar bandar.

Page 44: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Sebab DLP Tidak Patut Dilaksanakan

Pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah, atas nama PPSMI, sudah tidak menjadi dasar Kementerian sejak 2011 akan tiada lagi di mana-mana Sekolah Kebangsaan awam mulai 2021. Itulah maksud penghapusan PPSMI secara pendaratan lembut yang diisytiharkan oleh menteri Pelajaran pada tahun 2010 dahulu. Pelaksanaan DLP mulai 2016 ini umpama kapal terbang yang sedang melakukan pendaratan itu kini sudah dirampas di udara oleh segerombolan pengganas dan pengkhianat bahasa dan diimplikasikan juga sebagi pengganas dan pengkhianat bangsa, yang diketuai oleh PEMANDU dan disekongkoli oleh beberapa orang tokoh pejuang cita-bahasa Inggeris dan dipermudahkan perampasan itu oleh MTEN.

DLP diusahakan konsep, matlamat dan strategi pelaksanaannya oleh segerombolan swa-pendabik bijak bestari negara (seorang pemimpin BBK yang terkenal dengan sikapnya yang cita-Inggeris, seorang penyemu ilmuwan di persada dunia korporat dan yang lainnya tokoh-tokoh korporat) dan tidak melibatkan pelbagai

Prof. Emeritus Shaharir Mohd Zain Pengerusi

Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP)

4

Page 45: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Sebab DLP Tidak Patut Dilaksanakan

31

pihak pemegang tagan pendidikan. Pemegang tagan yang dimaksudkan itu ialah seperti pembuat dasar pendidikan negara di bawah Kementerian Pendidikan (yang tentunya melibatkan bahagian penyelidikan Kementerian Pendidikan dan Pusat Kurikulum), KSTI, DBP, ITBM, BBK (badan bukan kerajaan) yang terpilih) seperti GAPENA, persatuan pendidik/pendidikan, persatuan guru-guru sains dan matematik, persatuan-persatuan ilmuwan sains dan matematik, tokoh-tokoh ilmuwan terpilih dan sebagainya.

DLP dirasionalkan keperluan dan kepentingannya dari segi ekonomi dan homoeconomicus sahaja sedangkan pendidikan, terutamanya pendidikan sekolah dalam sains dan matematik sekalipun (setengah sarjana mutakhir menegaskan lebih-lebih lagi), sebahgaian besarnya perlu dilihat daripada aspek pendidikan am seperti keinsanan dan aspek yang bukan dipacu oleh homoeconomicus yang cukup bermasalah itu (mengikut sarjana Barat sekalipun).

DLP dirasionalkan supaya Malaysia tidak ketinggalan dalam penguasaan bahasa Inggeris demi tidak ketinggalan dalam daya saing ekonomi dan perdagangan negara. Lalu diberi contoh bagaimana Vietnam dan Jepun pun kononnya sudah mengubah dasar bahasanya sehingga menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan pendidikan sains dan matematik di Vietnam dan bahasa rasmi syarikat Toyota. Ini data yang amat boleh dipertikaikan bukan sahaja keesahannya, tetapi lebih-lebih-lagi tafsiran terhadapnya. Pertamanya, dua buah negara ini memang pun ketinggalan tahap kefasihan bahasa Inggeris berbanding dengan Malaysia sehingga kini pun. Namun, kenapa kita sentiasa kalah kepada Jepun dalam segala aspek, dan Vietnam pantas lonjakan ekonominya dan pelajar Vietnam (yang dipaparkan soalan dalam bahasanya dan menjawab dalam bahasanya) sentiasa mengatasi jauh daripada lonjakan ekonomi Malaysia (yang tinggi penghayatan bahasa Inggerisnya) dan prestasi pelajar

Page 46: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kami Bantah DLP

32

Malaysia (yang disogok dengan soalan dlm bahasa Inggeris dan terpaksa menjawab dalam bahasa Inggeris) dalam Olimpiad subjek sains dan matematik sejak puluhan tahun dahulu hingga kini. Begitu juga dengan prestasi pelajar Malaysia dalam PISA dan TIMMS; terkebelakang daripada negara-negara yang tidak menggunakan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikannya, dan kefasihan pelajar Malaysia berbahasa Inggeris lebih baik daripada pelajar-pelajar negara tersebut. Kedua, data PEMANDU tentang Vietnam dan Jepun di atas itu tidak tepat, seleweng atau disalah-tafsirkan olehnya sahaja.

DLP dirasionalkan sebagai ubat untuk mengatasi pengangguran dengan memaparkan data-data yang ditafsirkan pengangguran di semua peringkat di Malaysia ini adalah disebabkan tahap kefasihan bahasa Inggeris calon berkenaan. Ini sengaja diada-adakan kerana sebab utamanya ialah ekonomi kita sendiri. Adakah negara yang berbahasa Inggeris sepenuhnya tiada kadar pengangguran yang tinggi? Adakah negara yang bahasa Inggerisnya lebih rendah daripada kita mempunyai kadar pengangguran yang lebih teruk drp kita? Jawaban kepada kedua-dua soalan ini tidak memihak kepada PEMANDU

DLP dirasionalkan kononnya tidak bertentangan dengan dasar pendidikan negara dan dasar baharu yang menggantikan PPSMI, iaitu MBMMBI (Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris), dan tidak juga bertentangan dengan perlembagaan negara fasal 152 (tentang status bahasa Melayu). Alasan DLP tidak bertentangan dengan dasar pendidikan negara ialah keputusan mahkamah terhadap kes saman anak Menteri Besar Perak Lwn Kerajaan Malaysia pada 2009 dahulu yang tidak menyebelahi dakwaan anak Menteri Besar itu. Namun ini bukan keputusan mahkamah tertinggi, dan hingga kini pun ramai ilmuwan dan peguam yang merasakan hujah mahkamah itu tidak tepat. Satu daripada hujah hakim berkenan bahawa PPSMI tidak menjadikan bahasa Melayu di sekolah sebagai

Page 47: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Sebab DLP Tidak Patut Dilaksanakan

33

bahasa rasmi dan bahasa dominan di sekolah memang boleh disanggah. Anak Menteri Besar tidak membuat rayuan kerana antara lainnya kerajaan sudah pun mengisytiharkan akan mulai memansuhkan PPSMI pada 2011, dan beliau tidak menduga “perampasan udara” seperti yang diperihalkan dalam (1) di atas akan berlaku. Alasan kononnya DLP tidak bertentangan dengan MBMMBI, malah program DLP dikatakan dalam Laporan PEMANDU untuk MTEN dibuat di bawah MBMMBI adalah benar-benar satu penipuan atau silap mata sahaja. Masakan DLP tidak bertentangan dengan MBMMBI jika “pendaratan lembut” itu pun pastinya tidak berlaku? Maknanya dengan DLP, sekurang-kurangnya bahasa Melayu akan tersisih di 300 buah sekolah pilihan Pemandu itu. MBMMBI menjanjikan bahasa Inggeris tidak akan menjadi bahasa pengantar dalam sains dan matematik di semua sekolah kebangsaan awam mulai 2021. Dengan DLP, matlamat utama MBMMBI ini sudah pasti tidak akan tercapai kerana sudah dipencong oleh DLP.

Usaha kerajaan menjadikan 300 buah sekolah pilihan Pemandu sebagai program printis bagi penilaian DLP amat tidak menepati kehendak konsep program rintis. Sekolah yang dipilih oleh Pemandu itu pastinya bukan pilihan rambang sebaliknya hamper pastinya dari kalangan sekolah yang kini masih melaksanakan dasar PPSMI dalam penerbangan sekolah itu untuk mendarat ke destinasi yang tiada lagi PPSMI pada 2021 nanti, tetapi sudah dirampas udara untuk tidak mendarat langsung. Apakah tujuannya kajian rintis DLP sebegini? Mana sekolah kawalannya (dalam konteks kajian rintis yang diperlukan sekolah sedemikian itu). Kita boleh menjangka kajian rintis di 300 buah sekolah ini akan berjaya seperti yang dikehendaki oleh pembuat dasar DLP itu, dan ini akan dijadikan bukti kehebatan DLP untuk diperluaskan lagi ke sekolah lain lagi dan jika kebebalan ini bertapak di kalangan kuasawan pendidikan negara maka DLP akan menjadi dasar seluruh negara. Segala penyakit PPSMI dahulu akan hidup subur lagi! Meranalah sebahagian besar

Page 48: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kami Bantah DLP

34

pelajar dan guru-guru sekolah…. Terjunlah negara dalam kancah kelongkangan pendidikan sains dan matematik lagi sekali.

DLP di negara maju seperti di Amerika Syarikat dilakukan dengan andaian pelajar sekolah itu belum lagi dapat memahami penjelasan ilmu sains dan matematiknya dalam bahasa bukan bahasa ibundanya. Di sinilah bahasa Sepanyol umpamanya digunakan dalam pengajaran sains dan matematik sekolah di California umpamanya. Pada masa yang sama, pelajar ini diajar bahasa negaranya (bahasa Inggeris) dengan sebaik mungkin hingga tidak lama pelajar itu sudah boleh menerima penjelasan konsep dalam sains dan matematik sekolah itu dalam bahasa negara, bahasa Inggeris. DLP yang seanalog dengan ini yang sepatutnya dilakukan di Malaysia mengenangkan memang ada sekitar 10 % pelajar sekolah (jika menggunakan statistik sekolah yang masih menggunakan PPSMI) yang tidak dapat memahami bahasa Melayu bahasa negara ini). Ini bermakna bahasa Melayu dalam MBMMBI itu perlu dimartabatkan sehingga pelajar di 300 buah sekolah ini tidak perlu lagi diajar dalam bahasa Inggeris selepas sekolah rendahnya. Malangnya DLP yang hendak dilaksanakan mulai 2016 itu ialah memartabatkan bahasa Inggeris dalam pendidikan sains dan matematik sama seperti dalam PPSMI dahulu sahaja.

Pembuat dasar DLP tidak faham dan tidak mahu faham fakta (kerana cita-Inggerisnya) bahawa tiadanya Negara Maju, kecuali Singapura, yang meminggirkan bahasanya sendiri sehebat mereka meminggirkan bahasanya sendiri. Mereka juga tidak faham dan tidak juga mahu faham “bahasa jiwa bangsa”, “terpinggir bahasa menyingkirkan bangsa”, dan “bahasa penemu ilmu”. Mereka bermimpi dengan mula tidur tidak “membaca” bahawa bangsanya boleh maju dengan menjunjung bukan bahasanya tetapi menyingkirkan bahasanya lalu dicipta berbagai helah untuk mewujudkan kembali PPSMI menerusi DLP.

Page 49: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Sebab DLP Tidak Patut Dilaksanakan

35

DLP akan mewujudkan satu lagi jurai penciptaan jurang perbezaan sosioekonomi, impian dan pandangan hidup di kalangan rakyat Malaysia akibat teranutnya nilai-nilai keinsanan yang berbeza hasil daripada pendedahan bahasa yang berbeza dalam pendidikannya. Andaian bahasa itu neutral (tidak berperanan) terhadap pembinaan keinsanan seseorang yang besar kemungkinan dianuti oleh gerombolan pembuat DLP itu hanya kebebalannya sahaja. Yang lainnya tentunya berpendapat, jikalau pun ada nilai dalam bahasa, nilai dalam bahasa Inggeris itu lebih baik daripada yang ada dalam bahasa-bahasa lain, terutamanya bahasa Melayu, kerana keterpesonaan tersasar dan ketaksuban mereka kepada kebudayaan berbahasa Inggeris.

Page 50: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kedaulatan Bahasa Melayu

Perlaksanaan Dual Language Programme (DLP) dan High Immersive Programme (HIP) pada 1 Januari 2016 adalah satu penghinaan kepada kedaulatan Bahasa Melayu dan kedaulatan Wasiat Raja-Raja Melayu pada 1957 yang meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa negara. Perlaksanaan DLP dan HIP menghina seluruh semangat yang terkandung dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Akta Pendidikan 1996, khasnya Perkara 17 dan 18. PADU dan PEMANDU telah secara sengaja dan halus mencipta satu situasi dan persepsi kepada rakyat dan warganegara bahawa Bahasa Melayu tidak semakin penting dan sepele di dalam sistem pendidikan masa kini dan akan datang di negara ini. Kementerian Pendidikan terperangkap dengan persepsi tersebut dan tanpa segan dan silu mahu melaksanakannya mulai 2016, dengan tidak menyedari tentang peri kedaulatan Bahasa Melayu dulu, kini dan selamanya.

Bahasa Melayu telah didaulatkan dan berdaulat semenjak dua ribu tahun lalu apabila wujudnya pelbagai kerajaan Melayu awal pada masa itu seperti Funan, Champa atau Kembayat

Dato' Zainal Abidin BorhanKetua Eksekutif

Yayasan Karyawan Malaysia

5

Page 51: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kedaulatan Bahasa Melayu

37

Negara, Kutei Kertanegara dan sebagainya. Kedaulatan tersebut berterusan sehingga ke zaman kerajaan atau kesultanan Pasai, Perlak, Melaka, Inderagiri, Rokan, Tungkal, Johor dan Johor-Riau, Patani, Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak, Brunei, Sambas, Pontianak, Deli, Acheh, dan lain-lain. Kedaulatan Bahasa Melayu berasal-usul, didaulatkan oleh raja-raja dan rakyat Melayu di mana jua di Alam Melayu.

Para seniman rakyat seperti Tok Dalang, Tok Selampit, Awang Batil, dan lain tukang cerita, pemantun, tukang syair, turut mendaulatkan Bahasa Melayu. Pantun Melayu sebagai contoh, merupakan bukti empirikal dari zaman lalu ke masa kini. Para pemantun terus berpantun sehingga kini mencipta metafora yang puitis lagi sarat makna malah berbahasa dengan aras tinggi. Syair-syair seperti Syair Siti Zubaidah dan Syair Perang Makassar serta lain-lain syair juga bukti empirikal kedaulatan Bahasa Melayu pada masa itu hingga masa kini.

Lagi bukti emperikal dapat disaksikan melalui pelbagai prasasti dan batu bersurat serta ribuan naskhah tulisan Jawi, Kawi dan Rencong yang ditulis, dikarang dan disalin oleh para pujangga Melayu, di bawah payungan dan penaungan raja-raja Melayu. Terdapat ribuan bukti empirikal naskhah Melayu yang tersebar di seluruh dunia. Di Perpustakaan Negara Malaysia sahaja terdapat 4,000 naskhah Melayu di dalam pelbagai bidang. Kedaulatan Bahasa Melayu semakin mengukuh dan mantap apabila agama Islam berkembang di Alam Melayu yang disebarkan oleh para mubaligh atau pendakwah yang juga merupakan para pedagang yang berniaga di Alam Melayu. Sebahagian besar kosa-kata Arab terserap sebagai kosa-kata Melayu mengganti kosa-kata Sanskrit. Bahasa Melayu didaulatkan sebagai lingua franca di Alam Melayu oleh para pedagang yang datang dari seluruh penjuru alam, baik dari Eropah, India, China dan Arab. Surat-surat dari para pedagang asing kepada raja-raja di Alam Melayu ditulis dalam Bahasa Melayu.

Page 52: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kami Bantah DLP

38

Pada zaman penjajahan British di Tanah Melayu, Bahasa Melayu terus berdaulat di kalangan para agamawan bagi memantapkan perkembangan agama Islam dalam kalangan orang Melayu melalui sekolah-sekolah agama atau madrasah atau pondok. Kitab-kitab agama dalam bahasa Arab diterjemahkan ke Bahasa Melayu yang kemudian disebut kitab kuning atau kitab Jawi bagi memudahkan pendidikan keagamaan tersebut. Bahasa Melayu seperti bahasa-bahasa lain mempunyai hubungan yang amat organik dengan kebudayaan, identiti dan jati diri serta agama Islam. Bahasa berfungsi sebagai wahana terpenting pembinaan sebuah masyarakat dan kebudayaan serta membolehkan setiap anggota masyarakat memiliki kesedaran sosial dan kesedaran kebangsaan dalam bernegara.

Kemunculan alat cetak dan penerbitan surat khabar dan majalah sebagai wahana yang memberi ruang kepada penerbitan cerpen dan sajak, juga penerbitan novel-novel, di samping menerbitkan kembali karya agung dan karya klasik Melayu, serta penerbitan buku ‘Sejarah Alam Melayu’ karangan Cikgu Abdul Hadi Hassan, mendedahkan anak-anak Melayu kepada jati diri sosial dan kebangsaan mereka. Kesedaran ini meluas dan merebak menjadi kesedaran kebangsaan atau semangat kebangsaan Melayu. Kesedaran kebangsaan ini beriringan dengan kemunculan para pejuang kebangsaan Melayu yang menulis di dalam akhbar dan majalah bagi menyalurkan ide dan gagasan kebangsaan mereka. Penulisan sejarah dan gagasan menentang penjajah dan kemerdekaan dalam Bahasa Melayu memikat seluruh rakyat Melayu bagi menyokong perjuangan para pejuang kemerdekaan. Maka kemerdekaan yang tercapai adalah kerana berkatnya kedaulatan Bahasa Melayu oleh rakyat Tanah Melayu.

Kedaulatan Bahasa Melayu berterusan melalui penubuhan kolej atau maktab perguruan seperti Kolej Melayu Melaka (1911-1922), Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka (1935 sehingga sekarang), Maktab Perguruan Sultan

Page 53: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kedaulatan Bahasa Melayu

39

Idris (1922) dan Maktab Bahasa. Kesemuanya berperanan melahirkan guru-guru Melayu bagi mengajar di sekolah-sekolah baik rendah mahu pun menengah. Zainal Abidin Bin Ahmad atau Za’ba memainkan peranan penting mendaulatkan Bahasa Melayu dengan menghasilkan buku-buku tatabahasa Melayu yang terkenal iaitu ‘Pelita Bahasa Melayu’ dan ‘Ilmu Mengarang Melayu’ pada tahun 1930-an. Para guru lulusan MPSI amat aktif dalam pergerakan kebangsaan dengan bergerak melalui parti politik. Seorang tokoh guru yang terkenal Cikgu Datuk Mohd Nor Ahmad dari Pulau Pinang, pada tahun 1956 telah menyeru teman-teman seperjuangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaya supaya keluar dari UMNO lantaran lambatnya Perdana Menteri Tengku Abdul Rahman menubuhkan sekolah Menengah Melayu. Cikgu Mohd Nor juga selaku pimpinan KPGMS (Kesatuan Pergerakan Guru-Guru Melayu Semenanjung) telah menyeru semua ahlinya menderma dengan memotong satu peratus dari gaji mereka kepada penubuhan Kursi Pengajian Melayu apabila Jabatan Pengajian Melayu ditubuhkan pada 1953 di Universiti Malaya Singapura. Pemegang pertama Kursi berkenaan ialah Profesor Dr. Mohd Taib Osman pada 1979. Guru-guru sekolah Melayu berani mengorbankan kedudukan dan jawatan demi bagi mendaulatkan dan memartabatkan BM.

Kedaulatan Bahasa Melayu terus bersinar memancar dengan Penyata Pelajaran Razak (1956), penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (1956), Penyata Pelajaran Rahman Talib (1960), Sekolah Menengah Melayu (1956), Maktab Perguruan Bahasa (1958), Akta Pelajaran 1960/1996, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967, Dasar Bahasa Kebangsaan 1970, Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971, dan Universiti Kebangsaan Malaysia 1970. Namun apa yang lebih penting adalah gerakan rakyat yang mendaulatkan Bahasa Melayu melalui pelbagai persidangan dan kongres khasnya Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu. Perkara 152 Perlembagaan

Page 54: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kami Bantah DLP

40

Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah mengkanunkan bahawa Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Persekutuan. Bahasa Melayu didaulatkan dengan perlembagaan dan perundangan. Bahasa Melayu adalah sebahagian daripada tonggak kenegaraan, di samping Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, agama Islam agama Persekutuan, Perlembagaan dan Undang-undang dan kewarganegaraan.

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia mengkanunkan bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen. Dengan syarat bahawa, (a) tiada sesiapa boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (bagi apa-apa maksud, lain daripada maksud rasmi), atau daripada mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain; dan, (b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menyentuh hak kerajaan Persekutuan atau hak kerajaan Negeri bagi memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain dalam Persekutuan. Fasal (6) pula menyatakan bahawa maksud rasmi ertinya apa-apa jua maksud kerajaan sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam.

Akta Pendidikan 1996 Perkara 17 menyatakan bahawa Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28. Manakala Perkara 18 menyatakan tentang kurikulum kebangsaan hendaklah digunakan untuk semua sekolah di dalam sistem pendidikan kebangsaan. Sekolah kebangsaan ditakrif oleh Akta berkenaan sebagai sekolah yang sepenuhnya berbahasa pengantar dalam bahasa kebangsaan, manakala bahasa Inggeris menjadi mata pelajaran wajib.

Page 55: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kedaulatan Bahasa Melayu

41

Tindakan Kerajaan melaksanakan DLP dan HIP melalui Kementerian Pendidikan Malaysia memperlekehkan kedaulatan Bahasa Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia Perkara 152 (6) khasnya takrifan rasmi. Sekolah Kebangsaan mahu pun sekolah Menengah Kebangsaan adalah institusi rasmi yang dipertanggungjawabkan kepada satu lagi institusi rasmi iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia. Saya amat pasti kerajaan dan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri serta Birokrasi yang mendokong pihak yang memerintah sekarang ini termasuk yang dahulu, merupakan institusi yang rasmi seperti mana yang dimaktubkan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Perkara 152 (2a) menyatakan tidak ada sesiapa yang boleh dilarang dari belajar dan menggunakan bahasa lain dalam apa jua maksud, melainkan yang rasmi. Saya berpendapat bahawa pengajaran dan pembelajaran sistem pendidikan kebangsaan di sekolah kebangsaan dan menengah kebangsaan adalah hal yang rasmi. Saya berkeyakinan makna rasmi seperti yang termaktub di dalam Perkara 152 (6) amat jelas, dan tidak bermaksud dan berkonotasi rasmi-rasmian di dalam upacara-upacaraan semata-mata. Begitu juga Perkara 152 (2b) yang menyatakan berkenaan penggunaan bahasa kaum-kaum lain di negara ini. Saya tidak pasti ada kaum atau suku atau puak di negara ini yang secara fitrah dan semula jadi semenjak dilahirkan dari perut ibunya bertutur bahasa Inggeris. Saya pasti orang Iban secara fitrah bertutur bahasa/ dialek Iban, yang kemudiannya belajar bahasa Inggeris.

Adalah tidak wajar kerajaan Persekutuan Malaysia melalui Kementerian Pendidikan mendidik warganegaranya dari peringkat sekolah rendah hingga menengah, tidak menghormati salah satu komponen terpenting proses kenegaraan dan pembangunan negara bangsa. Maka pada pendapat saya PADU dan PEMANDU bertanggungjawab meneruskan kegagalan proses kenegaraan

Page 56: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kami Bantah DLP

42

dan pembinaan negara bangsa. Semenjak Merdeka kita berjaya membentuk sebuah negara, kita berjaya mendidik rakyat menghafal lagu Negaraku, mengenal Jalur Gemilang, mengenal Yang Di-Pertuan Agong, menghafal RUKUN NEGARA, tetapi kita barangkali gagal mengikat rasa kesepaduan dan kesatuan melalui Bahasa Melayu untuk pembinaan negara bangsa. Setelah berjaya meletakkan rasa kesepaduan dan kesatuan melalui Sistem Pendidikan Kebangsaan pada 1970, dimunculkan PPSMI pada 2002 bagi meruntuhkan Sistem yang sedang mantap, kemudian diubah kepada MBMMBI bagi mengendurkan isu PPSMI. Kini telah diperkenalkan pula DLP dan HIP untuk kedua kalinya meruntuhkan Sistem Pendidikan Kebangsaan yang sedia termaktub dalam Akta Pendidikan 1996. Apakah ini satu usaha halus bagi meruntuhkan jiwa merdeka dan diganti dengan jiwa hamba, atau satu usaha bagi meminggirkan teras kebangsaan iaitu bangsa Melayu dan Bahasa Melayu.

Perlaksanaan DLP dan HIP juga menghina dan membantutkan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Dalam tempuh penubuhan DBP pada 1956 dan UKM pada 1970 telah terbina dan terhimpun korpus sains dan teknologi di dalam BM. Korpus ini amat penting dalam mewujudkan budaya ilmu dan pandangan dunia berteraskan sains dan teknologi di kalangan warganegara Malaysia khasnya orang Melayu dan Bumiputera. Apakah PADU dan PEMANDU tidak menyedari perkembangan ini atau sengaja mentulikan diri. Apakah pihak Menteri Pendidikan tidak sedar akan perkembangan ini. Dengan melaksanakan DLP, seperti juga PPSMI dahulu, ia meranapkan korpus tersebut, budaya saintifik yang berasaskan kebijaksanaan tempatan dimusnahkan oleh bangsa sendiri.

Saya berkeyakinan bahawa dengan terdidiknya semua anak bangsa di dalam bahasa Melayu dalam bidang sains dan teknologi akan mempercepatkan penguasaan ilmu tersebut untuk mereka membawa negara ini ke masa depan dengan lebih maju, lebih

Page 57: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kedaulatan Bahasa Melayu

43

progresif, lebih kreatif dan lebih berdaya saing. Ilmu yang dapat dicerap dan difahami dalam bahasa sendiri adalah lebih efektif dan berkesan untuk proses pembudayaan ilmu dan pengilmuan berbanding dalam bahasa asing seperti bahasa Inggeris. Bukti empirikal cukup banyak di sekeliling kita, banyak negara maju dan mencipta teknologi dan ilmu sains dalam bahasa mereka sendiri, seperti Jepun, Korea, Russia, German, Perancis, Norway, Finland, Italy, China, Turkey dan lain-lain. Apakah PADU dan PEMANDU dan hatta kerajaan sendiri tidak menyedarinya? Atau buat tidak faham, mungkin ada kepentingan lain. Maka sedarlah, bahawa pembinaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua peringkat pendidikan akan mempercepatkan peranan pendidikan bagi mencerdaskan, memandaikan dan membijaksanakan semua anak bangsa Malaysia. Melaksanakan DLP dan HIP secara terpilih akan menjadikan pendidikan di negara ini sebagai pendidikan yang elitis yang meluaskan jurang antara yang di bandar dengan di luar bandar. Pendidikan yang elitis akan memperluaskan jarak ketidaksamarataan dan ketidaksaksamaan.

PEMANDU telah mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan bahawa mata pelajaran Sains, Matematik, Rekabentuk dan Teknologi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, sebagi mata pelajaran wajib dalam bahasa Inggeris, manakala Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, Sains Tambahan, Grafik Komunikasi Teknikal, Asas Kelestarian, Rekabentuk, Sains Komputer dan Sains Sukan juga dalam bahasa Inggeris, walaupun ini adalah mata pelajaran elektif. Sekolah yang terlibat telah ditetapkan walaupun melaksanakannya dengan sukarela dengan sokongan ibu bapa. Manakala yang diajar dalam Bahasa Melayu adalah Sejarah, Geografi, Pengajian Islam, Pendidikan Moral, Muzik, Pendidikan Kesihatan, Sains Pertanian, Kemahiran Hidup, Ekonomi, Perdagangan, Prinsip Perakaunan, Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Pengajian Syariah Islam,

Page 58: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kami Bantah DLP

44

dan Pandangan Dunia Islam boleh diajar dalam Bahasa Melayu. Persoalan yang hendak ditimbulkan adalah, di mana kedudukan dan status sekolah ini di dalam takrifan Akta Pendidikan 1996. Apakah ia sekolah kebangsaan atau jenis kebangsaan atau sekolah swasta. Seandainya sekolah DLP ini adalah sekolah kebangsaan, maka ia bercanggah dengan Akta berkenaan dan menyalahi takrif rasmi Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Program DLP dan HIP yang dilaksanakan kepada 300 sekolah mulai 2016 ini adalah usaha bagi menghidupkan kembali PPSMI. Peruntukan bagi melaksanakan program ini sudah pun dicadangkan oleh Belanjawan 2016. Saya berkeyakinan bahawa pada satu ketika yang terdekat program juga boleh berubah menjadi dasar, yang bakal merombak sistem pendidikan kebangsaan. Barangkali dunia akan mentertawakan kita kerana pendekatan menatap program seperti ini dibuat secara ‘sekejap ada sekejap tiada, ibarat seperti biskut Oreo’, ‘flip-flop’.

Pendekatan dan seluruh pentaakulan berasaskan kepentingan ekonomi, menjadi pemain global bukan jaguh kampung, dan sebagainya. Pentaakulan sedemikian menampakkan permainan halus kepentingan kelompok kapitalis atau pemodal dengan tidak memikirkan kepentingan warganegara terbanyak yang berpendapatan rendah di bandar dan di luar bandar. PADU dan PEMANDU memberi contoh HONDA mewajibkan bahasa Inggeris kepada para pekerjanya, tetapi PADU dan PEMANDU tidak pula menyebut bahawa Jepun maju dengan bahasa Jepun bukannya bahasa Inggeris. Begitu juga PADU dan PEMANDU memberi contoh bahawa Vietnam akan memperkenalkan bahasa Inggeris, tetapi tidak pula menyatakan pelaburan di sana meningkat kerana upah buruh murah. Menampakkan hujah kepentingan ekonomi dan kapitalisme lebih diutamakan atas nama pelan transformasi ekonomi. Barangkali mereka telah loya dengan hujah pembentukan kenegaraan dan pembinaan negara -bangsa.

Page 59: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Bahasa Melayu dalam Pendidikan Sains dan Matematik

Pendahuluan

Allah SWT juga berfirman dalam surah Ibrahim ayat 4 yang bermaksud (Abdullah Basmeih 2010),

‘dan Kami tidak mengutuskan seorang Rasul, melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka.’

Mengajar sains dan matematik dalam bahasa asing merupakan suatu musibah besar yang bukan sahaja menjejaskan pendidikan sains dan matematik, malah akan merencat proses pembinaan jati diri, nilai patriotik kepada negara dan proses pembangunan negara dalam acuannya sendiri.

Bahasa Melayu dalam Pendidikan Sains dan Matematik

Pelajar sukar memahami fenomena tabii alam yang ingin dipelajari dalam bahasa asing. Dalam masa yang sama sains yang

Profesor Dato' Mohd Yusof Hj OthmanFelo Kanan, Institut Islam Hadhari, UKM

6

Page 60: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kami Bantah DLP

46

pada asalnya mudah difahami menjadi sukar kerana karenah memahami bahasa asing. Kaedah yang terbaik adalah dengan guru menerangkan proses sains seperti makan, minum, daya, tenaga, laju, lajak, kilas dan sebagainya dalam bahasa yang difahami pelajar. Guru juga perlu berusaha memahamkan kepada pelajar kenapa suatu objek jatuh apabila dilepaskan daripada suatu ketinggian, pokok memerlukan air untuk membesar, pokok memerlukan cahaya matahari untuk membesar, kabel tembaga mengalirkan elektrik, plastik tidak mengalirkan haba dan sebagainya. Kegagalan menjelaskan fenomena tabii alam ini dengan baik menyebabkan pengetahuan sains dan matematik terbantut.

Fenomena tabii alam yang ingin dijelaskan oleh seorang guru boleh dalam skala makro seperti peredaran bumi, bulan, matahari dan bintang-bintang yang lain; atau skala mikro atau nano seperti zarah asas, misalnya elektron, proton, elektron dan sebagainya; atau alam klasik seperti gerakan objek di alam ini, perubahan dan peningkatan suhu dan sebagainya. Boleh pula fenomena tersebut berbentuk hidupan seperti dalam sains biologi, atau tindak balas unsur-unsur dalam alam seperti sains kimia atau interaksi alam jasadi seperti dalam sains fizik.

Sekiranya guru menggunakan rujukan dalam bahasa asing, dia perlu terjemahkan ke bahasa yang dapat difahami oleh pelajarnya. Pelajar yang mampu berinteraksi dengan fenomena biologi, kimia atau fizik yang dicerapi atau diterangkan oleh gurunya akan mampu meningkatkan pengetahuan saintifik mereka. Sekiranya guru menggunakan bahasa asing yang kaya dengan maklumat saintifik, tetapi tidak difahami oleh pelajarnya, pengajaran sains dan matematik tidak akan bermakna. Malah pelajar mungkin tidak memahami apa-apa pun. Inilah yang menyebabkan sebahagian pelajar merasakan pelajaran sains dan matematik amat membosankan dan menjemukan. Pelajar kurang minat untuk belajar sains bukan kerana pengetahuan sains sukar

Page 61: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Bahasa Melayu dalam Pendidikan Sains dan Matematik

47

dipelajari, tetapi kerana mereka gagal memahami fenomena alam dalam bahasa asing yang diterangkan oleh guru mereka. Akibatnya hasrat negara untuk meramaikan pelajar beraliran sains terjejas.

Negara maju seperti Jepun, United Kingdom, Perancis, Korea dan sebagainya menjadikan kegiatan terjemahan buku sebagai aktiviti asas dan utama mereka. Setelah bahan yang ditulis oleh sarjana tersohor diterjemahkan ke bahasa ibunda mereka, sarjana mereka mengulas, mengkritik, menokok tambah, dan membangunkan pemikiran baru ke atas pemikiran awal sarjana asing tadi. Dengan cara begini, sarjana tempatan lebih kreatif dan berinovasi untuk menghasilkan karya-karya sains dan teknologi dalam acuan mereka sendiri. Kekangan menguasai bahasa asing bukanlah kekangan mereka berkarya. Malah sarjana mereka berkarya dalam bahasa yang mampu memberikan sumbangan ilmu kepada umat mereka sendiri.

Hari ini negara mempunyai banyak institusi pendidikan tinggi yang menawarkan kursus sains dan matematik. Negara juga mempunyai ramai cendekiawan berbahasa Melayu sehingga ke ijazah doktor falsafah dan bergelar profesor dalam bidang sains dan matematik. Sebahagian mereka tersohor di peringkat antarabangsa. Tetapi kenapa kita masih ketandusan korpus ilmu sains dan matematik dalam bahasa Melayu? Sedangkan isu yang berhubung dengan bahasa Melayu terabadi dalam Perlembagaan Negara.

Persoalan seterusnya adalah bolehkah bahasa Inggeris diajar melalui pengajaran sains dan matematik? Jawapannya tak boleh....! Sebabnya pengajaran bahasa memerlukan sastera, nahu, tata bahasa, budaya, dan nilai keinsanan. Semua ini tidak berlaku sewaktu seseorang belajar sains dan matematik.

Pengajaran bahasa Melayu memerlukan pelajar didedahkan dengan cerita-cerita rakyat seperti Hikayat Awang Sulung Merah

Page 62: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kami Bantah DLP

48

Muda, Hikayat Malim Deman, nobel tempatan seperti Desa Pingitan. Begitu juga dengan peribahasa, sajak, pantun, seloka, syair dan sebagainya yang penuh dengan nilai budaya Melayu. Mereka juga perlu tahu tentang sejarah Melayu secara sepintas lalu. Perkara yang sama juga berlaku dalam pengajaran bahasa asing. Semua perkara ini tidak ada dalam pengajaran sains dan matematik yang memisahkan pengajarannya dengan nilai budaya, sastera, citra bangsa dan sebagainya. Dengan demikian sekiranya pengajaran sains dan matematik digunakan sebagai wahana untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris seseorang pelajar.... ia akan gagal!!!

Guru sains dan matematik pula adalah orang yang tidak arif dalam bahasa Inggeris dan juga bahasa Melayu. Mereka hanya pengguna bahasa, bukan pembangun bahasa. Bahasa yang mereka gunakan dalam menyampaikan pengetahuan sains dan matematik adalah bersifat objektif, ringkas, tanpa sastera, kadang-kadang berbentuk formula atau rumus (bahasa matematik), graf dan jadual. Apakah mereka ini diharapkan untuk membangunkan bahasa Inggeris pelajar? Apakah bukan suatu kezaliman apabila kita meminta mereka yang tidak arif tentang bahasa untuk mengajar bahasa, apatah bahasa asing!!! Inilah bebanan yang tidak sewajarnya berlaku kepada guru sains dan matematik. Ini tidak bererti guru sains dan matematik tidak peka dengan nilai, budaya, sastera dan citra masyarakat. Tetapi mereka bukan pakar dalam bidang bahasa!!!

Kesimpulan

Sains dan matematik mempunyai sejarahnya tersendiri di alam Melayu. Begitu juga sejarah sains dan matematik peradaban lain. Yang menjadikan bangsa Melayu itu unik dalam sejarah dan peradaban mereka kerana, salah satunya, adalah nilai yang terdapat dalam bahasa Melayu tersebut.

Page 63: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Bahasa Melayu dalam Pendidikan Sains dan Matematik

49

Sains dan matematik hanyalah wahana untuk pembangunan sesebuah negara dan tamadun. Sains dan matematik penting, tetapi tidak memberikan hala tuju tertentu ke manakah pembangunan itu perlu dibangunkan. Apakah pembangunan itu sekadar untuk meningkatkan taraf hidup dan nilai ekonomi rakyat tempatan? Benarlah sekalilah analisis Harry R. Lewis (2007) tentang ‘Excellance without a soul’ (‘Kecemerlangan tanpa roh’), ‘Does Liberal Education Have a Future?’ (‘Apakah pendidikan liberal mempunyai masa depan’), ‘How a Great University Forgot Education’ (‘Bagaimana universiti tersohor mengabaikan pendidikan’). Perkara yang sama telah dinyatakan oleh Steve Mullar (Ulin, 1980) dengan menyebut ‘The failure to rally around a set of values means that universities are turning out potentially highly skilled barbarians’ (‘Kegagalan dalam membangunkan set nilai (kemanusiaan) bererti universiti bertukar menjadi tempat untuk melahirkan para penyangak yang mahir’). Begitu juga dengan pandangan Fritjoh Capra (1982) tentang pembangunan sains dan teknologi yang membawa kepada kerosakan alam dan sistem sosial manusia; Buncker Roy (1990) menyebut sistem pendidikan kini hanya melahirkan insan yang ‘uneducated literates’ (‘insan cerdik tetapi tidak arif ’) dan ramai lagi ahli pendidikan dan psikologi yang sealiran dengan mereka.

Mengajar sains dan matematik dalam bahasa asing hanya mengesahkan bahawa bahasa Melayu tidak mampu menjadi bahasa ilmu, setidak-tidaknya bahasa Melayu tidak mampu menjadi bahasa persuratan untuk sains dan matematik. Sekiranya bahasa Melayu adalah bahasa yang boleh mengungkapkan apa sahaja ilmu yang ada pada hari ini, sudah pastilah bahasa Melayu mampu untuk mendidik warganya dalam membangunkan apa saja ilmu termasuk sains dan teknologi. Kalau bahasa Melayu tidak mampu menjadi bahasa ilmu, apa peranan negara, khususnya Kementerian Pendidikan dan para ilmuwan negara (ingat! bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan negara; Perkara

Page 64: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kami Bantah DLP

50

3(1) Perlembagaan Persekutuan) dalam memastikan bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu dan bahasa persuratan dalam apa sahaja bidang ilmu.

Usaha mestilah dilakukan oleh semua pihak dengan sungguh-sungguh untuk memastikan bahasa Melayu dimartabatkan, diberi nilai, diutamakan, dihormati, diangkat darjat, disanjung, diagungkan dan dicemerlangkan. Ini perlu dilakukan dengan membangunkan semua bidang ilmu dalam bahasa tersebut, di samping galakan yang sungguh-sungguh diberikan untuk menghasilkan karya besar dalam bahasa Melayu. Mereka yang berkarya dalam bahasa tersebut perlu diberi pengiktirafan sewajarnya.

‘Mengajar sains dan matematik dalam bahasa asing (Inggeris).... mencacatkan pembelajaran.’

‘Mengajar bahasa asing (Inggeris) melalui sains dan matematik.... merosakkan bahasa.’

Page 65: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Peranan Bahasa dalam Pembinaan Insan dan Pembangunan Negara

Pendahuluan

Tidak ada orang yang siuman yang tidak mengiktiraf peranan bahasa dalam kehidupannya, namun tahap pengiktirafan itu berbeda-beda menurut pemahaman dan kesedaran masing-masing. Orang yang memahami bahasa sekadar sebagai alat perhubungan mungkin tidak mengaitkan bahasa dengan jati diri dan oleh itu beranggapan bahawa yang penting ialah kemajuan yang diperoleh meskipun tidak berasaskan bahasanya sendiri. Maka itu pernah dizahirkan kata-kata seperti “Tidak hilang semangat cinta saya kepada bangsa semata-mata kerana saya menggunakan bahasa asing atau mencadangkan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris”. Untuk menolak pandangan bahawa bahasa menjadi salah unsur kemajuan bangsa, sebagaimana dalam ungkapan “Maju bahasa majulah bangsa”, ada yang mengetengahkan slogan “Maju bangsa majulah bahasa”. Kalangan yang mengaitkan bahasa dengan jati diri bangsa berpegang pada peranan bahasa sebagaimana yang terungkap dalam kata hikmat “Bahasa jiwa bangsa”, “Bahasa

Datuk Dr. Awang Sariyan Ketua Pengarah

Dewan Bahasa dan Pustaka

7

Page 66: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kami Bantah DLP

52

tidak dijual beli”, “Bahasa menunjukkan bangsa” dan beberapa yang lain. Syarahan ini bertitik tolak daripada isu yang dasar, iaitu yang berkaitan dengan hakikat bahasa dan hakikat diri insan menurut kerangka falsafah dan kemudian pertaliannya dalam proses pengasasan dan pengembangan tamadun serta  pembinaan negara.

Merancang Pemerkasaan Bahasa Melayu

Pastilah usaha merancang bahasa Melayu sebagai bahasa tamadun bangsa dan negara untuk waktu mendatang memerlukan waktu dan kaedah yang serapi-rapinya. Perlu ada sesi khas untuk sumbang saran pelbagai pihak dan perlu ada pendokumentasian strategi perancangan itu, sebagai pelan tindakan yang menerjemahkan Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Namun, dalam syarahan ini saya sekadar mencatat beberapa fikiran umum yang mudah-mudahan dapat membantu sedikit banyaknya perancangan bahasa Melayu dalam tempoh setengah abad mendatang.

Perancangan yang berkaitan dengan taraf dan peranan bahasa Melayu

1. Peruntukan undang-undang tentang taraf dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu perlu dipertegas dalam pelaksanaan dan penguatkuasaannya. Kita telah mempunyai undang-undang yang utuh dalam soal dasar bahasa, terutamanya dengan pemaktubannya dalam Perlembagaan Persekutuan dan beberapa akta, khususnya Akta Bahasa Kebangsaan, Akta Pendidikan dan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka. Yang penting diberi perhatian untuk memastikan kedudukan dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu dan bahasa tonggak tamadun keseluruhannya ialah aspek pelaksanaan dan pemantauannya. Mekanisme penguatkuasaan dan tindakan

Page 67: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Peranan Bahasa dalam Pembinaan Insan dan Pembangunan Negara

53

perlu dirancang dengan rapi agar sikap tidak menghormati bahasa kebangsaan dipandang serius oleh semua pihak, sama dengan seriusnya tindakan kepada orang yang melanggar undang-undang negara yang lain. Amatlah ironis halnya apabila penguatkuasaan undang-undang pembuangan sampah yang tidak menentu dan kesalahan lalu lintas, misalnya, diberi perhatian, tidak ada pula undang-undang melanggar peruntukan Perlembagaan negara yang berkaitan dengan dasar bahasa atau akta pendidikan yang memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama.

2. Taraf dan peranan bahasa Melayu perlu diperluas ranah penggunaannya. Mana-mana pengecualian yang tidak munasabah tidak harus wujud lagi dalam Akta Bahasa Kebangsaan atau akta-akta lain, misalnya pengecualian penggunaan bahasa Melayu dalam sistem kehakiman. Demikian juga, kedudukan bahasa Melayu dalam bidang ekonomi (termasuk perdagangan). Beberapa undang-undang yang berkaitan dengan bidang perdagangan yang selama ini ‘menyekat’ penguatkuasaan penggunaan bahasa Melayu disebabkan akta yang berkaitan telah ‘luput tarikh’ (sebilangannya diaktakan sebelum atau pada awal kemerdekaan) hendaklah segera dipinda dan dimasukkan unsur penguatkuasaan penggunaan bahasa Melayu ke dalam akta pindaan itu.

3. Taraf dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar pendidikan sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 17(1) Akta Pendidikan 1996 hendaklah dikuatkuasakan dalam sistem pendidikan negara. Langkah mengembalikan pengajaran mata pelajaran sains dan matematik dan subjek teknikal dalam bahasa Melayu sesudah PPSMI dimansuhkan hendaklah disegerakan dan disusuli dengan pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama di

Page 68: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kami Bantah DLP

54

peringkat tingkatan enam, matrikulasi dan pengajian tinggi. Bahasa Melayu sebagai salah subjek wajib, termasuk di IPTS sebagaimana yang ditetapkan dalam akta tersebut hendaklah dilaksanakan. Malah Pelan Memartabatkan Bahasa Kebangsaan di IPT yang dilancarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi pada tahun 2011 mestilah digerakkan perancangan dan pelaksanaannya dengan serius dan ikhlas oleh semua pemimpin IPT di negara ini.

4. Pengayaan khazanah ilmu dalam bahasa Melayu untuk pelbagai lapisan khalayak perlu dijadikan agenda negara. Dewan Bahasa dan Pustaka, Institut Terjemahan dan Buku Negara, Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) yang menggemblengkan penerbit institusi pengajian tinggi dan institusi penyelidikan dan badan-badan lain digerakkan secara bersinergi agar untuk dapat benar-benar memenuhi tanggungjawab sosial dalam penyediaan dan penerbitan karya ilmu untuk kelompok dewasa, remaja dan kanak-kanak, dalam bentuk cetakan mahupun elektronik. Perlu ada dana yang khusus untuk menjayakan agenda memperkaya khazanah ilmu dalam bahasa Melayu.

5. Perlu ditubuhkan jabatan atau unit audit bahasa yang memantau penguatkuasaan dasar bahasa, terutama dalam bidang pentadbiran. Sebagai langkah proaktif, Dewan Bahasa dan Pustaka telah memulakan Program Audit Bahasa Melayu di semua kementerian kerajaan pusat dan kerajaan negeri dengan menilai dua aspek utama, iaitu peratusan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa urusan rasmi sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 152 Perlembagaan persekutuan dan aspek mutu bahasa yang digunakan. Dalam fasa seterusnya, Program Audit Bahasa Melayu digerakkan dalam sektor ekonomi dan perdagangan, bermula dengan audit bahasa di syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Page 69: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Peranan Bahasa dalam Pembinaan Insan dan Pembangunan Negara

55

6. Dewan Bahasa dan Pustaka yang diaktakan sebagai badan perancangan bahasa dan sastera kebangsaan hendaklah diberi wewenang sebagaimana yang seharusnya. Bidang kuasa dan tujuan DBP ditubuhkan untuk memajukan dan mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu tidak harus terganggu oleh perubahan semasa yang bertentangan dengan Akta DBP sendiri. Dewan Bahasa dan Pustaka perlu diberi wewenang untuk memenuhi tujuan-tujuan badan itu ditubuhkan sebagaimana yang terkandung dalam Akta Dewan Bahasa dan Pustaka dengan tidak terlalu terikat oleh kehendak semasa pihak tertentu yang bertentangan dengan peranan DBP agar dapat memenuhi amanah menjayakan misi memajukan dan mengembangkan bahasa dan persuratan negara.

Perancangan yang berkaitan dengan pemupukan bahasa Melayu tinggi

1. Sebagai bahasa tonggak tamadun, usaha bersepadu melalui semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan serta swasta perlu dirancang untuk membudayakan atau memasyarakatkan bahasa Melayu tinggi. Langkah Kerajaan mengadakan Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni merupakan langkah positif yang dapat dimanfaatkan untuk turut membudayakan penggunaan bahasa yang baik dan santun. Mudah-mudahan komponen “bahasa Melayu tinggi” dapat diintegrasikan dalam pelaksanaan kempen tersebut. Konsep bahasa sebagai “warisan tidak tampak” atau “warisan tidak ketara” sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005 perlu dikembangkan dan direalisasikan dalam kehidupan masyarakat.

2. Media, baik media cetak mahupun media elektronik perlu meningkatkan peranannya dalam pembudayaan bahasa Melayu tinggi. Kita barangkali memang tidak dapat

Page 70: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kami Bantah DLP

56

membendung fenomena bahasa rojak, slanga dan segala bentuk bahasa yang mewakili realiti sosial yang ada. Namun, dengan mengupayakan penyajian program-program yang dapat memasyarakatkan bahasa Melayu tinggi, bahasa Melayu dapat bertahan sebagai bahasa yang mewakili budaya tinggi.  Dengan demikian tidaklah menular fenomena “sekerat ular sekerat belut” (seperti yang diistilahkan oleh Tan Sri Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim) dalam penggunaan bahasa bagi tujuan yang rasmi. Yang sungguh-sungguh kita bimbangi ialah kegagalan masyarakat menempatkan ragam bahasa yang betul pada konteks dan situasinya. Sebagaimana kita tidak mengharapkan bahasa yang baku digunakan dalam komunikasi sehari-hari tidak rasmi, maka tidak harus kita terima penggunaan bahasa ragam kolokial dalam urusan rasmi dan ilmiah.

Page 71: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Program Dwibahasa Menggugat Pembangunan Pendidikan Malaysia

Pendahuluan

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) telah menggariskan tiga objektif utama yang ingin dicapainya, iaitu (i) memahami prestasi dan cabaran semasa, (ii) mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas, dan (iii) menggariskan transformasi sistem pendidikan yang komprehensif merangkumi perubahan penting dalam Kementerian. Dalam upaya mencapai objektif ini, dua aspirasi penting yang saling melengkapi yang berteraskan keberhasilan menjadi panduan dan sasaran pencapaiannya, iaitu aspirasi sistem dan aspirasi murid. Bagi aspirasi sistem, lima keberhasilan yang ingin dicapai yang merangkumi keberhasilan akses, kualiti, ekuiti, perpaduan, dan kecekapan. Manakala bagi asipirasi murid pula melibatkan enam keberhasilan, iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, dan identiti nasional.

Sebagai sebuah pelan tindakan yang berasaskan transformasi, ada kalanya inisiatif atau program yang dilaksanakan itu tidak disenangi oleh pihak yang berkepentingan, seperti guru,

Profesor Zaharani Ahmad Timbalan Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka

8

Page 72: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kami Bantah DLP

58

pentadbir sekolah, ibu bapa dan juga murid. Program terbaharu yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang mencetuskan polimik dalam kalangan pihak yang berkepentingan, khususnya ibu bapa, badan bukan kerajaan (NGO) dan pejuang bahasa adalah Program Dwibahasa (PDB) (Dual Language Program (DLP)) yang dirangka di bawah inisiatif Memartabat Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Kertas ini cuba meneliti dan menilai kesan pelaksanaan PDB ke atas dua aspirasi penting dalam sistem pendidikan negara seperti yang tertera dalam PPPM, iaitu aspirasi sistem yang melibatkan keberhasilan ekses dan ekuiti, serta aspirasi murid yang menjurus kepada keberhasilan pengetahuan, kemahiran berfikir dan kemahiran dwibahasa. Setelah diteliti dan dianalisis secara mendalam, PDB yang diperkenalkan dan bakal dilaksanakan oleh KPM pada tahun 2016 didapati bertentangan dan bercanggah dengan aspirasi sistem dan aspirasi murid, seperti yang digariskan dalam PPPM. Oleh hal yang demikian, PDB ini wajar dibantah dan ditolak pelaksanaannya.

Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Abad ke-21 menyaksikan kedatangan era globalisasi. Melalui globalisasi bahasa Inggeris diterima masuk oleh golongan elit di negara ini sebagai bahasa pembangunan atau bahasa kemajuan bangsa dan negara dalam semua bidang (Hassan 2007). Mereka beranggapan perkembangan ilmu di pentas global perlu dikuasai dengan cepat. Usaha penterjemahan ilmu ke dalam bahasa Melayu dikatakan membuang masa, tenaga dan dana kerana ilmu tersebut boleh diperolehi hanya dengan menggunakan ‘hujung jari anda’. Sehubungan itu, golongan elit ini berpandangan rakyat Malaysia perlu menguasai bahasa Inggeris dengan baik sekiranya mereka ingin kekal bersaing dalam dunia ekonomi

Page 73: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Program Dwibahasa Menggugat Pembangunan Pendidikan Malaysia

59

di peringkat antarabangsa kerana bahasa tersebut adalah bahasa ilmu dan lingua franca di peringkat global. Dengan kata lain, selain daripada fasih dalam bahasa Melayu, para pelajar juga perlu menguasai bahasa Inggeris dengan baik dan memuaskan.

Namun, pencapaian sebelum ini menunjukkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar sangat lemah, walaupun bahasa Inggeris sudah diajar sebagai satu mata pelajaran wajib sejak di peringkat sekolah rendah lagi. Kegagalan ini telah mendorong pihak kerajaan melaksanakan dasar PPSMI pada tahun 2003. Secara sekilas pandang dasar PPSMI ini dikatakan tidak menggugat bahasa Melayu kerana mata pelajaran yang terlibat hanya dua sahaja iaitu, Matematik dan Sains. Namun, apabila peringkat pengajian semakin meningkat ternyata jumlah mata pelajaran yang dikendalikan dalam bahasa Inggeris semakin bertambah, dan akhirnya di peringkat pengajian tinggi keseluruhan kursus yang dikendalikan itu disampaikan dalam bahasa Inggeris kecuali kursus dalam Fakulti Sastera dan Pengajian Islam sahaja.

Setelah berjalan beberapa tahun, dasar PPSMI yang bermatlamat untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar didapati gagal mencapai objektifnya. Beberapa kajian yang dilakukan oleh tokoh pendidikan dan tokoh bahasa menunjukkan bahawa PPSMI tidak berjaya meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris para pelajar, malah kesan sampingan yang dibawanya lebih membimbangkan kerana penguasaan ilmu sains dan matematik pelajar turut menurun (Juriah et al. 2005, Ishak 2009, Nor Hashimah 2009). Dasar ini gagal kerana kebanyakan guru sains dan matematik itu mempunyai tahap penguasaan bahasa Inggeris yang rendah. Selain itu, murid juga menghadapi kesukaran untuk memahami ilmu sains dan matematik kerana penguasaan bahasa Inggeris mereka sangat lemah (Juriah et al. 2005, Ishak 2009, Nor Hashimah 2009). Kegagalan PPSMI dan kemudaratan pelaksanaannya telah dihujah dan dibahas dengan mendalam oleh tokoh pendidikan,

Page 74: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kami Bantah DLP

60

tokoh bahasa, ahli sains dan matematik serta budayawan negara dalam buku yang membantah PPSMI yang bertajuk “Mengapa Kami Bantah Edisi Kedua” (Abdullah 2009).

Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memantapkan Bahasa Inggeris (MBMMBI)

Setelah menyedari dasar PPSMI itu gagal, maka pada tahun 2010 dasar ini ditamatkan dan diganti dengan satu dasar baru yang dikenali sebagai MBMMBI. Dalam buku Dasar Pendidikan Kebangsaan (2012) digariskan lima pernyataan penting tentang dasar MBMMBI ini, iaitu (i) MBMMBI bermaksud mengangkat martabat bahasa Melayu pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia, (ii) tujuan utama Memartabatkan Bahasa Melayu (MBM) adalah untuk mengembalikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa, (iii) tujuan utama Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBI) adalah supaya bahasa komunikasi antarabangsa ini dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global, (iv) matlamat MBMMBI adalah untuk melahirkan murid yang fasih dan yakin menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, dan (v) penguasaan murid dalam kedua-dua bahasa tersebut diharapkan berada pada tahap tinggi. Penguasaan bahasa ialah penguasaan secara sistematik, iaitu penguasaan bahasa secara keseluruhan bukannya setakat penguasaan lisan sahaja.

Program Dwibahasa: Penjenamaan Semula PPSMI

PDB ialah satu program di bawah inisiatif MBMMBI yang menggalakkan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran STEM (Science, Technology, Engineering, Mathematics)

Page 75: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Program Dwibahasa Menggugat Pembangunan Pendidikan Malaysia

61

dikendalikan dalam bahasa Inggeris. Empat mata pelajaran yang terlibat adalah matematik, sains, reka bentuk dan teknologi, dan teknologi maklumat dan komunikasi. Program ini diusulkan setelah dua sesi makmal diadakan oleh PEMANDU bersama dengan beberapa pihak yang berkepentingan. Program ini dikatakan sejajar dengan tahap Gelombang ke-2 PPPM (2016-2020) yang melaksanakan perubahan struktur sistem pendidikan bagi meningkatkan profisiensi dengan cara menawarkan lebih masa pendedahan bahasa Inggeris.

PDB ini merupakan suatu usaha penjenamaan semula PPSMI, malah lebih teruk lagi kerana pelaksanaannya melibatkan dua mata pelajaran tambahan, iaitu reka bentuk dan teknologi, dan teknologi maklumat dan komunikasi. Namun, bagi pihak PEMANDU, kedua-duanya adalah berbeza atas alasan bahawa PPSMI itu merupakan satu dasar pendidikan (2003-2009) yang wajib dipatuhi oleh semua sekolah awam, manakala DLP pula adalah berbentuk program yang bersifat sukarela dan terbuka kepada sekolah untuk membuat pilihan.

PDB Menghalang Keberhasilan Akses

Keberhasilan pertama dalam aspirasi sistem pendidikan negara seperti yang digariskan dalam PPPM adalah keberhasilan akses, iaitu kesediaan memberi hak kepada setiap murid mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing. Masalah kedudukan geografi, tahap sosioekonomi, perbezaan gender tidak lagi menjadi penghalang kepada murid untuk mendapat peluang pendidikan yang sama. Kesemarataan jelas terserlah apabila semua murid ini mengikuti kurikulum dan sukatan pelajaran yang sama bagi semua mata pelajaran.

Namun, apabila PDB diperkenalkan, sudah pasti hak kesemarataan ini tidak boleh dipertahankan lagi kerana

Page 76: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kami Bantah DLP

62

pelaksanaan PDB itu sendiri bersifat selektif dan terbatas kepada beberapa buah sekolah terpilih sahaja. Bagaimana kesamarataan boleh diwujudkan, jika di peringkat dasar lagi sudah berlaku perbezaan dan pengasingan yang mewujudkan dua jenis sekolah kebangsaan yang berbeza. Walaupun sesetengah golongan menghujahkan kurikulum yang digunakan adalah sama dan cuma bahasa pengantarnya saja yang berbeza, namun ketidaksamarataan tetap wujud kerana pelajar tidak mendapat akses kepada peluang pendidikan yang sama. Misalnya, pada tahun satu hingga tiga seseorang pelajar itu mempelajari STEM dalam bahasa Inggeris, kemudian keluarganya berpindah ke daerah lain dan kebetulan sekolah di situ mengendalikan mata pelajaran STEM dalam bahasa Melayu. Ketidaksamarataan mendapat akses pendidikan yang sama tentunya mendatangkan masalah kepada pelajar. Pengajaran dan pembelajaran yang berbeza bukan sahaja menyukarkan dan mengelirukan, malah boleh membunuh semangat dan motivasi pelajar untuk mendalami ilmu sains dan matematik itu sendiri.

Kesan yang lebih ironis dan tragis adalah jika sekiranya ketidaksamarataan itu wujud dalam dua sekolah yang berhubungan yang dilalui oleh kumpulan pelajar yang sama, iaitu antara sekolah rendah yang awal dengan sekolah menengah berikutnya. Misalnya, Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi memilih pengajaran STEM dalam bahasa Melayu, manakala Sekolah Menengah Bandar Baru Bangi memilih bahasa Inggeris. Keadaan sebaliknya juga boleh berlaku, iaitu di peringkat rendah pengajaran dan pembelajaran dibuat dalam bahasa Inggeris, tetapi di peringkat menengah mata pelajaran yang sama dikendalikan dalam bahasa Melayu. Apakah yang akan terjadi kepada kumpulan pelajar ini? Apakah Kementerian tidak nampak perkara ini? Satu cara penyelesaian yang mudah, akhirnya Kementerian akan mengeluarkan arahan agar kedua-duanya memilih bahasa Inggeris. Namun, kajian sebelum ini jelas menunjukkan bahawa

Page 77: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Program Dwibahasa Menggugat Pembangunan Pendidikan Malaysia

63

para pelajar tidak mampu untuk mengikuti pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, dan kebanyakan pelajar menyatakan mereka sukar memahami sains dan matematik yang disampaikan dalam bahasa Inggeris berbanding dalam bahasa Melayu (Juriah et al. 2005, Ishak 2009). Kegagalan keberhasilan akses kemudiannya membawa kepada kegagalan keberhasilan ekuiti.

PDB Melebarkan Keberhasilan Ekuiti

PDB memisahkan pelajar aliran sains itu kepada dua kelompok, iaitu aliran sains berpengantar bahasa Melayu dan aliran sains berpengantar bahasa Inggeris, tidak mungkin jurang ini dapat dirapatkan. Seperti yang diketahui umum, dari segi penyebaran geografinya, aliran yang pertama itu tentunya melibatkan pelajar di luar bandar, manakala aliran yang kedua itu berada di bandar. Aspirasi keberhasilan ekuiti yang berhasrat untuk merapatkan jurang tidak akan kesampaian malah akan menjadi semakin melebar, terutamanya jurang persepsi. Baru-baru ini Perdana Menteri sendiri telah melabelkan bijak pandai yang tidak menguasai bahasa Inggeris diibaratkan sebagai ‘jaguh kampung’. Dalam konteks ini, pelajar yang cemerlang dalam STEM yang beraliran bahasa Melayu akan dilabelkan sebagai jaguh kampung, dan gelaran ini memberikan gambaran yang negatif dan menghina pelajar Melayu yang berada di luar bandar.

PDB Membantutkan Pemerolehan Pengetahuan Murid

Setelah diperbahaskan aspirasi sistem, kita meneliti pula aspirasi murid yang ternyata lebih penting dalam konteks melakukan transformasi kepada kemenjadian pelajar untuk masa depan. Keberhasilan pertama bagi aspirasi murid ialah penguasaan ilmu pengetahuan. Selain daripada menguasai kemahiran asas, seperti literasi dan numerasi, setiap murid perlu menguasai mata

Page 78: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kami Bantah DLP

64

pelajaran penting yang berkait rapat dengan perkembangan ilmu pengetahuan, iaitu mata pelajaran STEM. Kepentingan STEM memang dinyatakan dengan jelas dalam PPPM, dan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, bahasa pengantar yang digunakan adalah bahasa Melayu, seiring dengan dasar MBMMBI. Pengajaran STEM tidak dikendalikan dalam bahasa Inggeris kerana kajian sebelum ini menunjukkan bahawa PPSMI bukan sahaja gagal meningkatkan pencapaian bahasa Inggeris malah turut menurunkan pencapaian murid dalam mata pelajaran sains dan matematik itu sendiri (Juriah et al. 2005, Ishak 2009, Nor Hashimah 2009). Seperti yang telah ditegaskan, fakta ini mendorong kerajaan menamatkan PPSMI dan menggantikannya dengan MBMMBI, dan penggantian ini adalah satu langkah yang bijak.

PDB Merencatkan Kemahiran Berfikir Murid

Dari sudut pendidikan, sebelum seseorang murid itu mampu menguasai kemahiran peringkat berfikir tinggi seperti membuat analisis, sintesis dan penilaian, para pelajar itu perlu menguasai tahap yang lebih rendah, seperti pengetahuan, pemahaman dan pengaplikasian. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik, apabila pengetahuan dan pemahaman pelajar itu lemah, seperti yang dihujahkan di atas, mana mungkin kemahiran berfikir aras tinggi boleh dilakukan oleh pelajar-pelajar ini. Asas kepada kemahiran pembentukan pemikiran aras tinggi adalah penguasaan ilmu. Jika ilmu asas tidak dikuasai tidak mungkin pelajar itu mampu untuk membuat penilaian tentang ilmu tersebut, apatah lagi untuk menghasilkan ilmu baharu yang lebih baik.

Kesimpulan

Cadangan KPM untuk melaksanakan PDB pada tahun 2016 perlu dibantah dan dihalang kerana pelaksanaannya yang

Page 79: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Program Dwibahasa Menggugat Pembangunan Pendidikan Malaysia

65

secara tergesa-gesa didapati menyalahi dan melanggar aspirasi sistem pendidikan negara seperti yang digariskan dalam PPPM 2013-2025. Andai kata terbukti PDB berjaya meningkatkan pencapaian bahasa Inggeris pelajar, seperti yang dihajatkan, pelaksanaannya tetap dibantah kerana kesan sampingan yang dibawanya menggugat aspirasi sistem pendidikan negara yang jauh lebih penting dan utama berbanding dengan penguasaan bahasa Inggeris. Sebaliknya, jika PDB ini gagal, seperti apa yang dialami oleh PPSMI, maka kerosakan yang dibawanya lebih dahsyat kerana bak kata pepatah Melayu “Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran”.

Page 80: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Isu Dual Language Programme

Pengenalan

Pertama, Jangan ada orang yang memikirkan kita menolak pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris. Persatuan Penterjemah bukan saja bersetuju dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris, bahkan akan turut memberi sokongan di mana perlu. Yang kita tolak hanyalah program DLP. Persatuan Penterjemah Malaysia atau PPM menolak DLP, khususnya cara mengajarkannya melalui sains, matematik, rekabentuk dan teknologi, dan ICT. Namun PPM menerima HIP (High Immersive Programme) sebagai sebuah aktiviti dalam mengajar bahasa.

PPM menolak DLP atas rasional berikut

1. Menggunakan mata pelajaran Sains, Matematik, Teknologi Reka Bentuk dan ICT bagi meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris pelajar adalah pendekatan yang salah. Ini sudah terbukti tidak berkesan seperti yang terlihat dalam pelaksanaan PPSMI. Kelemahan pembelajaran BI tidak boleh diatasi melalui pengajaran

Prof. Emeritus Abdullah Hassan Presiden

Persatuan Penterjemah Malaysia

9

Page 81: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Isu Dual Language Programme

67

Sains, Matematik, dan Teknologi Maklumat dalam Bahasa Inggeris. Ini sangat jelas pada tahap “common sense” pun, bahawa guru sains dan matematik kita, dengan sedikit kekecualian, tidaklah mempunyai kompetensi mengajar bahasa Inggeris. Keadaan ini sangat buruk di sekolah-sekolah luar bandar. Pengajaran mata pelajaran hendaklah dikekalkan dalam bahasa Melayu seperti sekarang, kerana itu ternyata lebih berkesan. Bukti kesan negatif ini sudah dibicarakan oleh Profesor Emeritus Dato’ Isahak Haron dan Dato Raof Husin.

2. Menggunakan bahasa Inggeris bagi mengajarkan sains, matematik, teknikal dan teknologi maklumat juga tidak dapat diterima. Alasannya mudah. Para pelajar masih belum menguasai bahasa Inggeris, mereka sudah diajar dalam bahasa Inggeris. Mustahil mereka mudah belajar. Malah murid ini lebih mudah belajar apabila mata pelajaran ini disampaikan dalam bahasa ibunda,

Kategori Murid Samada TESL atau TEFL

Kita tidak membezakan murid kita kepada kategori yang diperlukan. Secara umum, ada yang mempelajari bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua atau TESL dan lebih ramai lagi yang berada pada tahap mempelajari bahasa Inggeris sebagai Bahasa Asing atau TEFL. Guru, bahan dan kaedah yang digunakan tidak sama. Mengajarkan satu jenis bahasa Inggeris, adalah umpama menggunakan “one size fits all”. Ini adalah sangat menjengkelkan. Bahkan itulah yang menimbulkan persepsi yang salah. Akibatnya penyelesaian yang dicadangkan juga sangat tidak sesuai.

Secara umumnya kita dapat melihat dua kategori murid:

a. Pelajar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua

b. Pelajar bahasa Inggeris sebagai bahasa asing

Page 82: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kami Bantah DLP

68

Tidak ada pelajar bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama atau bahasa ibunda. Mungkin ada segelintir, dan bilangannya elok kita dapatkan untuk kepentingan pelaksanaan rancangan mengajar bahasa Inggeris.

Memahami isu ini penting. Apabila kita sering membuat penilaian yang salah. Umpamanya, kita mahu pelajar kita menuturkan bahasa Inggeris sebagai penutur asli atau native speaker. Maka kita import native speaker of English mengajar bahasa Inggeris. Ini tidak perlu. Itu mustahil dapat dilakukan. Pada hal murid kita hanya perlu belajar bahasa Inggeris sebagai bahasa asing. Gurunya tidak perlu penutur bahasa asli. Bahkan untuk bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, kita tidak memerlukan guru native speaker.

Mengajar Ilmu Melalui Bahasa Ibunda Lebih Berkesan

Pada tahun 1972, sebuah kajian dilakukan di Ireland terhadap penggunaan bahasa Gaelik iaitu bahasa ibunda mereka untuk mengajarkan matematik kepada kanak-kanak sekolah rendah. Dapatan kajian tersebut membuktikan bahawa kanak-kanak yang diajarkan matematik melalui bahasa Gaelik itu dapat memahami pelajarannya dengan cepat dan berkesan. Pada masa yang sama kanak-kanak yang diajarkan pelajaran yang sama melalui bahasa Inggeris menunjukkan kefahaman yang rendah. Terbukti bahawa mengajarkan matematik dengan menggunakan bahasa ibunda itu adalah lebih berkesan daripada menggunakan bahasa pinjaman.

Di samping penduduk Ireland, penduduk Wales dan Scotland juga mempunyai penduduk yang berlainan asal daripada England. Mereka berasal daripada bangsa Celtic yang menuturkan bahasa Gaelik. Mereka bukan orang Inggeris, tetapi sudah lama ditakluki oleh bangsa, bahasa dan budaya Inggeris. Tetapi dalam tahun 60-an dan 70-an, ramai antara mereka menyedari bahawa mereka itu bukan Inggeris. Lalu timbullah kebangkitan yang di

Page 83: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Isu Dual Language Programme

69

kalangan penduduk negeri tersebut untuk mewujudkan kembali identiti mereka sebagai orang Celtic, suatu bangsa lain daripada Inggeris. Bagi kita yang pernah melawat negara Britain, dan pernah pula melawat negeri Wales, akan tentu teringat papan tanda yang terpampang di tepi lebuh raya waktu memasuki negeri Wales. Kita akan disambut dengan “Gome Imru”. Selamat Datang ke Wales. Sekiranya kita datang dari England, lebuh raya akan membawa kita ke “Caberfied” bukan Cardiff. Dari masa itu timbullah pergerakan untuk menghidupkan semula bahasa Gaelik (Welsh) di kalangan penduduk Wales. Tokoh yang paling terkenal di Wales menghidupkan semula bahasa Gaelik ini ialah Lilian Jones. Lilian Jones adalah seorang pegawai pendidikan. Beliau dan sekumpulan ahli masyarakat terdidik di negeri Wales merasakan mereka telah hilang identiti sebagai orang Wales setelah berlaku proses pengInggerisan mereka melalui pendidikan dalam bahasa Inggeris. Walaupun mereka menerima hakikat bahawa bahasa Inggeris itu memberi mereka potensi ekonomi yang baik, tetapi hati kecil mereka masih mengatakan identiti mereka sebagai orang Wales perlu ditegakkan.

Bahasa Inggeris dan Jati Diri

Kita dapat melihat apa yang dialami oleh sebuah negara yang menggunakan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikannya. Dalam “The Role of Language Planning in Education in Singapore” Anne Pakir (1994) menyatakan apabila pada tahun 60-an hingga 80-an, ibu bapa diberi pilihan untuk menghantar anak mereka belajar di sekolah Inggeris, Mandarin, Melayu, atau Tamil. Aliran Melayu dan Tamil akhirnya “dried up” atau tandus.

Dua puluh lima tahun kemudian barulah kelihatan apa kesannya bahasa Inggeris itu terhadap identiti belia Singapura, khususnya kaum Cina. Pada 27 Julai 1997, Goh Chok Tong berucap di televisyen Singapura dalam rancangan “Addressing

Page 84: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kami Bantah DLP

70

the Nation.” Ucapan itu sangat menarik. Beliau menyatakan kebimbangan terhadap masyarakat belia Singapura pada masa itu. Beliau mengatakan, setelah 25 tahun diberi pendidikan bahasa Inggeris, maka mereka sudah mula melihat beberapa perubahan yang sedikit membimbangkan. Beliau berkata, lebih kurang bermaksud “Belia kita sekarang tidak tebal lagi Cinanya. Hanya dari segi biologi mereka Cina. Dari segi budaya mereka sudah menjadi Barat. Mereka mudah sekali menyesuaikan diri dengan Barat apabila dihantar belajar ke negeri Britain dan Amerika …. Ada yang terus memilih untuk tinggal di sana, dan kalau pulang pun membawa teman hidup dari sana …..”

Perkara ini bertambah ketara apabila Dr. Chang Han Yin dari Jabatan Sosiologi Universiti Nasional Singapura membuat suatu kajian di kalangan pelajar universitinya, bagi meninjau perubahan nilai dan identiti. Ringkasnya, 8 daripada 10 pemudanya mengharapkan mereka itu dilahirkan sebagai Caucasius, bukan sebagai orang Asia.

Tamadun Nukelus dan Pinggiran

Keaslian minda kita pun hilang. Sepandai-pandai orang yang belajar melalui bahasa pinjaman itu tidak akan mampu membina minda seasli penutur asli bahasa pinjaman itu. Minda masyarakat yang dididik melalui bahasa pinjaman akan menjadi minda pinggiran kepada minda masyarakat bahasa pinjaman. Minda pinggiran ini juga menjadi pinggiran kepada minda bangsanya sendiri. Minda pinggiran itu akan sentiasa memandang rendah kepada minda bangsanya, tetapi ia tidak pula tergolong kepada minda pusat bahasa pinjaman itu. Dia akan hanya menjadi minda yang tercabut daripada minda bangsanya, tetapi tidak pula diterima sepenuhnya ke dalam minda bahasa pinjaman.

Page 85: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Isu Dual Language Programme

71

Cadangan

Pertama. Pengajaran ilmu hendaklah dilaksanakan dalam Bahasa Kebangsaan kerana ia memudahkan difahami dan tidak melibatkan pembelajaran bahasa asing.

Kedua: Pengajaran Bahasa Inggeris hendaklah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Murid hendaklah dibahagiakan kepada yang dapat mempelajari Bahasa Inggeris sebagai bahasa Kedua (TESL) atau bahasa Inggeris sebagai Bahasa Asing (TEFL).

Ketiga: Wujudkan Institut Perguruan Khas untuk Guru Bahasa Inggeris, dan mereka hendaklah diberi latihan immersif supaya kompetensi mereka tidak diragui bagi mengajarkan Bahasa Inggeris.

Keempat: Wujudkan University for Foreign Language Studies seperti yang dilakukan oleh China dan Korea. Ini dapat melatih dan membekalkan lulusan untuk pasaran syarikat perdagangan atau korporat samada di Malaysia atau di luar negara.

Kelima: Pengajaran Bahasa dan Budaya Melayu Tinggi hendaklah ditingkatkan bagi menjamin penguasaan dan penggunaan Bahasa Melayu Tinggi dan intelektual.

Keenam: Beri dana yang mencukupi bagi meningkatkan buku yang ditulis dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu bagi memudahkan pembelajaran ilmu melalui bahasa Melayu.

Page 86: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Resolusi GAPENA Mengenai 'HIP' dan 'DLP' Cadangan 'PADU' dan

'PEMANDU'

Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) telah mengadakan dua sesi Persidangan Meja Bulat pada 29 September 2015 di Rumah GAPENA di Jalan Belfield dan pada 18 Oktober 2015 di Hotel Midah, Kuala Lumpur.

Berdasarkan perbincangan meja bulat pada 29 September 2015 yang dihadiri beberapa pertubuhan, maka GAPENA telah pun menghantar nota bantahan kepada pihak PADU dan PEMANDU, menolak perlaksanaan High Immersion Programme (HIP) dan Dual Language Programme (DLP) di dalam pengajaran dan pembelajaran di waktu persekolahan. GAPENA juga telah dengan tegas menyatakan pendapatnya sewaktu berkunjung hormat kepada Menteri Pendidikan baru-baru ini di Putrajaya.

Maka begitu juga keputusan dari persidangan meja bulat yang diadakan pada 18 Oktober 2015, sekali lagi semua pertubuhan Melayu yang hadir menolak perlaksanaan HIP dan DLP. Persidangan meja bulat ini menegaskan Bahasa Inggeris

Profesor Dr. Datuk Wira Abdul Latiff Abu Bakar Ketua I

GAPENA

10

Page 87: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Resolusi GAPENA Mengenai 'HIP' dan 'DLP' Cadangan 'PADU' dan 'PEMANDU'

73

itu penting seperti mana pentingnya penguasaan Bahasa Russia, German, Perancis, Mandarin, Jepun, Korea, Hindi, Arab dan lain-lain bahasa di dunia.

GAPENA berpendapat bahawa perlaksanaan program HIP dan DLP adalah satu tindakan yang memperlekehkan terkanunnya Perlembagaan Persekutuan Malaysia khasnya Perkara 152 (6) yang menjelaskan maksud rasmi. Sekolah Rendah mahu pun Sekolah Menengah adalah institusi rasmi dipertanggungjawabkan kepada satu lagi institusi rasmi iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia, maka perlaksanaan PPSMI dan kini HIP dan DLP bercanggah dengan peranan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan si peringkat rasmi. Adalah tidak wajar Kerajaan Persekutuan Malaysia melalui Kementerian Pendidikan mendidik warganegaranya dari peringkat sekolah rendah untuk tidak menghormati salah satu komponen terpenting proses kenegaraan dan pembangunan negara bangsa. PADU dan PEMANDU bertanggungjawab meneruskan kelangsungan kegagalan proses kenegaraan dan pembinaan negara bangsa.

Perlaksanaan HIP dan DLP juga membina dan membantutkan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Dalam tempoh penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 1956 serta Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1970 telah terbina korpus sains dan teknologi di dalam Bahasa Melayu. Korpus ini amat penting dalam mewujudkan budaya ilmu dan pandangan dunia yang berteraskan sains dan teknologi di kalangan warganegara Malaysia khasnya dari kalangan orang Melayu dan Bumiputera. GAPENA berkeyakinan bahawa dengan terdidiknya semua anak bangsa di dalam Bahasa Melayu di dalam bidang sains dan teknologi akan mempercepatkan penguasaan ilmu tersebut untuk mereka membawa negara ke masa depan yang lebih maju, lebih progresif, lebih kreatif dan lebih berdaya saing. Ilmu yang dapat dicerap dan difahami

Page 88: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kami Bantah DLP

74

dalam bahasa sendiri adalah lebih baik dan amat berkesan untuk proses pengilmuan berbanding melalui bahasa asing seperti Bahasa Inggeris. Pembinaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar si semua peringkat pendidikan akan mempercepat peranan pendidikan untuk mencerdaskan, memandaikan dan membijaksanakan semua anak-anak bangsa.

Program HIP dan DLP yang dilaksanakan kepada 300 sekolah mulai 2016 adalah usaha untuk menghidupkan kembali PPSMI. Walaupun ditanggapi sebagai satu program bukannya dasar, namun GAPENA berkeyakinan pada satu peringkat program juga akan berubah menjadi dasar yang flip-flop atau sekejap ada sekejap tiada dari segi bahasa pengantar di sekolah. GAPENA berpendapat negara ini tidak serius dalam pembinaan negara bangsa dan kenegaraan lantaran pendekatan yang diambil lebih menjurus kepada kepentingan ekonomi dan kepentingan para pemodal yang memangsakan kepentingan warganegara terbanyak yang berpendapatan rendah di bandar dan di luar bandar. PADU dan PEMANDU memberi contoh Honda akan mewajibkan Bahasa Inggeris kepada seluruh pekerjanya, tetapi PADU dan PEMANDU tidak pula menyebut bahawa Jepun maju dengan Bahasa Jepun bukannya Bahasa Inggeris. Begitu juga PADU dan PEMANDU memberi contoh Vietnam mula memperkenalkan sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris, tetapi tidak pula menyebut meningkatnya pelaburan di sana kerana upah buruh murah.

Maka dengan ini GAPENA berpendirian bahawa HIP dan DLP perlu dibatalkan demi kepentingan anak-anak bangsa Malaysia. berikan peluang kepada anak-anak bangsa untuk maju dalam acuan mereka sendiri bukannya dalam acuan orang lain. Maju dalam acuan sendiri adalah lebih bermaruah dan tinggi dari segi nilai harga diri.

Page 89: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Pembentukan Negara Bangsa Perlu Menggunakan

Bahasa Melayu

Cadangan pelaksanaan dual language programme (DLP) di 300 sekolah yang dikatakan “bersetuju” dengan sistem itu tidak wajar diteruskan. Kenapakah sistem pendidikan kita ditentukan oleh segelintir ibu bapa elit bandar yang bernaung di bawah PAGE, Pemandu dan PADU? Bukankah kesatuan guru yang lebih berwibawa dalam soal ini telah menolak DLP? Bukankah ini juga melanggar Akta Pendidikan 1996 dan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan?

Pelbagai hujah telah diberikan oleh penentang sistem Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan matematik dalam Inggeris (PPSMI) dahulu. Pelbagai penyelidikan juga telah dijalankan oleh beberapa kumpulan yang semuanya mendapati PPSMI merupakan projek yang gagal. Kini timbul pula DLP yang ternyata lebih teruk daripada PPSMI, dan perlu dihentikan. Jika PPSMI hanya mengajarkan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (yang terbukti telah gagal teruk dari segi pencapaian ilmu dalam kalangan murid tetapi hanya “berjaya” dari segi penggunaan dan pembaziran berjuta-juta ringgit untuk

Dr. Mohamad Saleeh Rahamad Ketua I,

Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)

11

Page 90: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kami Bantah DLP

76

dinikmati syarikat pembekal tertentu), DLP pula menambah subjek untuk diajarkan dalam bahasa Inggeris, iaitu subjek Sains, Matematik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Reka Bentuk dan Teknologi.

Apakah matlamat sistem ini? Kalau matlamatnya untuk mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar, bukan itu subjek yang sesuai. Peningkatan penguasaan bahasa Inggeris lebih sesuai dilakukan dengan kaedah pengajaran bahasa Inggeris yang lebih baik, penyediaan guru yang benar-benar terlatih serta berkemampuan, dan penggunaan bahan sastera atau bahan bacaan yang banyak menggunakan bahasa bukannya dengan subjek teknikal yang tidak banyak menggunakan bahasa selain simbol dan angka.

Kalau matlamatnya untuk menyampaikan ilmu yang kritikal itu dengan mudah disebabkan kebanyakan buku ilmu teknikal terbit dalam bahasa Inggeris, tentulah alasan ini tidak tepat juga. Bukankah lebih mudah ilmu yang sukar disampaikan dalam bahasa ibunda atau yang mudah difahami berbanding dengan bahasa yang sukar difahami, apatah lagi dengan kekangan dari segi guru yang berkeupayaan. Kalau guru terkial-kial menggunakan bahasa Inggeris, bagaimanakah mereka dapat memberikan ilmu dengan cara yang santai dan menyeronokkan dalam bahasa Inggeris? Pengajaran dan pembelajaran bukannya suatu sistem mekanikal tetapi lebih bersifat manusiawi. Oleh itu, kelenturan dan kemahiran guru dalam komunikasi merupakan aset penting dalam pengajaran yang berkesan.

Walaupun dalam DLP itu dikatakan hanya sekolah yang benar-benar bersetuju dan mempunyai keupayaan sahaja yang terpilih, itu hanya teori yang muluk-muluk di atas kertas. Sekiranya sesebuah sekolah telah dipilih untuk pelaksanaan bagi memenuhi kuota 300 sekolah nescaya pihak sekolah tidak akan berani membantah. Akhirnya bukan persetujuan yang menjadi asas pemilihan sekolah tetapi paksaan.

Page 91: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Pembentukan Negara Bangsa Perlu Menggunakan Bahasa Melayu

77

Lagipun, sistem pendidikan kita perlu mengambil kira asas keadilan. Dengan mewujudkan dua sistem (aliran Melayu dan aliran Inggeris) walaupun bagi subjek tertentu, akan wujudlah kasta dalam dunia pendidikan kita. Bukan sahaja kasta berbahasa Inggeris akan lebih banyak menerima peruntukan malahan status mereka juga akan lebih tinggi daripada aliran Melayu. Akhirnya semua sekolah akan bergerak ke arah bahasa Inggeris, dan akibatnya hasrat pemimpin dan rakyat terdahulu yang mahu mewujudkan sebuah negara bangsa akan musnah.

Pembinaan sebuah negara bangsa perlu mempunyai satu sistem nilai sepunya yang dihormati bagi tujuan mengikat persaudaraan dalam perasaan saling menghormati. Ikatan yang hegemonik sifatnya tentulah aspek budaya; dan dalam konteks ini, bahasa Melayulah sarananya. Identiti sebuah negara bangsa ditandai bahasanya kerana itulah pakaian yang mengandungi nilai dalaman yang sangat berpengaruh. Komunikasi dan persefahaman perlu dibina dalam bahasa yang sama. Seandainya bahasa Melayu terpinggir, akan identiti nasional kita akan hilang.

Sudah terbukti bahawa sebelum sistem pendidikan negara ini menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya, orang Melayu mahupun bumiputera lain yang menempuh kesukaran untuk menjadi manusia kelas menengah. Mereka sukar untuk melakukan anjakan kehidupan lantaran kekurangan dari segi wang dan peluang. Tetapi setelah penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia yang dilahirkan daripada cetusan idea para cendekiawan nasionalis Melayu, ramai orang Melayu dapat menapak ke tingkat kelas menengah. Mereka inilah yang berjaya melahirkan anak-anak yang berkedudukan tinggi bagi memenuhi matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bermatlamat menghapuskan jurang ekonomi antara kaum.

Ternyatalah bahawa dengan bahasa Melayu ilmu akan lebih mudah direbut oleh semua orang kerana kita sememangnya lahir dan hidup dalam ruang Melayu. Ilmu yang disampaikan

Page 92: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kami Bantah DLP

78

dalam bahasa asing akan mengalami perjalanan yang sukar kerana penuntut terpaksa melepasi halangan bahasa dahulu sebelum memasuki dunia ilmunya.

Perlu ditegaskan bahawa asas pembentukan tamadun negara ini ialah Melayu. Maka orang Melayu yang menjadi penguasa wajib mempertahankan unsur ini dalam segenap lapangan kehidupan. Jika bukan kita yang mempertahankan bahasa Melayu, siapakah yang mahu menoleh ke arah bahasa Melayu? Terpinggirnya bahasa Melayu nanti akan menyaksikan tercicirnya bangsa Melayu malah bumiputera lain yang lebih mesra berbahasa Melayu.

Page 93: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Mengapa Kami Bantah Program “DLP dan HIP”

Persatuan Linguistik Malaysia membantah keras soal selidik dalam talian oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) mengenai tanggapan berkaitan bahasa Inggeris yang dipercayai untuk meraih sokongan dan telah digunakan sebagai dalil yang kononnya kukuh, disokong oleh majoriti rakyat Malaysia bagi mencadangkan agar kerajaan melaksanakan “Dual Language Programme” (DLP) dan “High Immersive Programme” (HIP)” yang sebenarnya lebih kepada Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dijenamakan semula atau diberi “baju baharu”. Jelas kepada kita bahawa PPSMI yang dimansuhkan pada tahun 2009 kelihatan cuba dibawa masuk melalui “pintu belakang”. Didapati soal selidik oleh PEMANDU berkenaan tidak pun mematuhi tatacara penyelidikan sebenar dan terdedah kepada pelbagai manipulasi dan mudah mengelirukan. Penulis sendiri telah berjaya mengisi borang dalam talian itu beberapa kali dan mendapati soalan-soalannya berat sebelah apabila tiada penjelasan dan soalan yang begitu umum ditanya kepada orang

Kamal Shukri Abdullah Sani,Timbalan Presiden,

Persatuan Linguistik Malaysia

12

Page 94: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kami Bantah DLP

80

ramai dengan latar belakang yang pelbagai atau dijuruskan dan terarah untuk mencapai objektif seperti yang “dihajatkan” oleh pengendalinya.

Seperti yang telah dinyatakan soalan yang disediakan boleh mengelirukan dan kelihatan berat sebelah, cuba memihak kepada bahasa Inggeris. Pengumuman tentang soal selidik tersebut juga hanya ditemui dalam akhbar berbahasa Inggeris iaitu “Malay Mail” dan “The Star” yang umumnya dibaca oleh mereka yang mahir berbahasa Inggeris dan kebanyakannya sudah pastilah yang “terpelajar” dan penghuni bandar. Soalan hanya memerlukan jawapan ya atau tidak yang perlu diklik oleh pelayar sesawang atau web soal selidik tersebut. Ingin ditegaskan di sini bahawa tidak semua program berkaitan dengan dasar memerlukan kajian dibuat kepada orang ramai sebelum dilaksanakan (..seperti dahulu..tidak pun dibuat kajian apabila PPSMI mahu dilaksanakan atau tidak). Antara soalan yang dikemukakan ialah apakah penguasaan atau kemahiran berbahasa Inggeris itu penting? Sudah pasti semua orang yang rasional akan menjawab penting. Malah secara jujur saya sendiri pun akan menjawab penting tetapi ini tidak bermakna saya bersetuju agar bahasa Inggeris digunakan untuk mengajar sains dan matematik atau apa-apa mata pelajaran lain-lain. Mengakui akan kepentingan sesuatu bahasa tidak bererti kita mahu menggunakannya dalam semua ranah kehidupan kita. Saya juga pernah belajar bahasa Jepun dan menguasai bahasa Jepun khususnya bagi tujuan komunikasi, mengakui akan kepentingan bahasa Jepun tetapi saya juga tidak mahu semua mata pelajaran sains di Malaysia misalnya diajarkan dalam bahasa Jepun sedangkan bahasa Melayu lebih merakyat dan terbukti mampu mengajarkan sains serta lebih mudah difahami. Soal istilah banyak dalam bahasa Inggeris bukanlah perkara besar yang tidak boleh atau tidak pernah diatasi. Bagi Bahasa Jepun misalnya, cukuplah kita menguasai bahasa Jepun dengan mempelajarinya dalam bahasa Jepun sehingga mahir untuk ke universiti di Jepun. Puluhan ribu graduan kita telahpun

Page 95: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Mengapa Kami Bantah Program “DLP dan HIP”

81

lulus daripada universiti Jepun dan universiti berbahasa Inggeris di luar negara hasil daripada Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Dasar Pandang ke Timur. Janganlah kita nafikan hakikat ini atau pura-pura lupa pula. Satu soalan lagi oleh PEMANDU ialah pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris tidak menjejaskan bahasa Melayu. Bagi masyarakat umum atau orang awam pastinya tidak dapat melihat kesan daripada jawapan bagi soalan ini jika mereka memilih untuk mengklik jawapan “tidak” menjejaskan. Apatah lagi berdasarkan iklan soal selidik yang disiarkan dalam Malay Mail dan The Star yang dapat kita agak sikap dan mentality mereka yang dijangka lebih positif terhadap bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu. Majoriti kumpulan “anglophile” pastinya lebih selesa dengan akhbar berbahasa Inggeris berbanding yang berbahasa Melayu. Jika selama ini bahasa Melayu mengajari anak-anak kita sains, matematik dan seumpamanya, tiba-tiba diganti dengan bahasa Inggeris, tidakkah jelas peranan bahasa Melayu sebagai bahasa sains dan teknologi juga telah “dirampas” oleh bahasa Inggeris? Tidakkah dengan ini peranan bahasa Melayu telah terjejas? Adakah mereka yang terlibat mencadangkan DLP tersebut telah “benak dan gelap hatinya” sehingga tidak dapat melihat apa-apa lagi selain bahasa Inggeris, bahasa Inggeris dan bahasa Inggeris? Tetapi yang diganggu-gugatnya ialah sains, matematik, teknologi maklumat dan lain-lain. Kami yang membicarakan dan memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu termasuk bagi bidang sains dan teknologi juga tidak lupa akan kepentingan penguasaan bahasa Inggeris. Tetapi hanya sebagai alat atau kemahiran bahasa untuk memudahkan membuat rujukan dan sebagainya. Satu lagi perkara penting ialah sejauh manakah pula capaian soal selidik ini melalui internet di kampung-kampung atau kawasan pedalaman? Apakah cakupan capaian ini sudah boleh dipercayai dan kesahannya tinggi lalu dengan mudahnya dibuat kesimpulan bahawa majoriti rakyat Malaysia bersetuju DLP dilaksanakan seperti yang dinyatakan oleh Datuk Seri Idris Jala dalam tulisannya dalam Berita Harian bertarikh 9 November

Page 96: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kami Bantah DLP

82

2015? Begitu mudah kesimpulan dibuat dengan soal-selidik kira-kira enam soalan yang mengelirukan, berat sebelah, mudah dimanipulasi dan dalam masa beberapa minggu sahaja, maka satu keputusan besar pun dibuat sedangkan fasa pemansuhan PPSMI pun baru sahaja berada di hujungnya. Jelaslah bahawa soalan selidik melalui internet tersebut diragui akan kesahan dan kebolehpercayaannya. Pihak tertentu seolah-olah tidak sabar-sabar lagi untuk mengembalikan PPSMI yang boleh mengundang pelbagai andaian negatif akibat hasil yang tidak berbaloi dengan pelaburan yang telah dicurahkan dahulu?. Masalahnya ialah tentang penguasaan atau kemahiran berbahasa Inggeris. Lihatlah kurikulumnya, kaedah atau pedagogi, bahan bantu, tenaga pengajar dan segala yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris. Bukannya dengan mengganggu-gugat mata pelajaran lain, apatah lagi meneropong dan membawa kembali PPSMI yang jelas dibuktikan gagal dengan kejayaan yang tidak berbaloi iaitu tidak sampai pun 2% berbanding pelaburan untuknya yang berbilion-bilion. Apabila hanya majoriti ahli korporat dan pakar ekonomi yang menjadi anggota PEMANDU bagi membuat keputusan tentang dasar pendidikan negara, maka bolehkah diandaikan bahawa mereka telah mengambil kira akan perkara berikut dan tidak berat sebelah serta sentiasa mengutamakan falsafah pendidikan kebangsaan, falsafah dan dasar bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan, bahasa Melayu sebagai bahasa sains dan teknologi, citra dan jati diri negara, pembinaan negara bangsa dan seumpamanya yang secara jelas tidak menampakkan langsung unsur-unsur keberuntungan dari segi kewangan dan material?

Seperkara lagi, suka diperingatkan bahawa perkara dasar dalam Perlembagaan sebenarnya tidaklah perlu ditanya kepada orang ramai. Misalnya, kita tidak perlu mendapatkan sokongan orang ramai melalui internet sama ada mahu dibina masjid atau tidak di kawasan orang Islam. Kedudukan dan peranan bahasa Melayu sudah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan

Page 97: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Mengapa Kami Bantah Program “DLP dan HIP”

83

Persekutuan. Pembinaan negara bangsa dan jati diri negara ini tidak sama dan tidak boleh disamakan dengan negara lain seperti England, Amerika, Perancis, Jerman, India, Korea Selatan, China atau Jepun. Kekuatan sesuatu bahasa hanya terjamin dan wujud hanya apabila bahasa berkenaan dan dalam konteks negara kita ialah bahasa Melayu mendukung ilmu dan teknologi. Tidak wajar bahasa Melayu dihadkan bagi bidang-bidang tertentu sahaja tetapi bagi bidang sains dan teknologi digunakan bahasa lain.

Bahasa Melayu sudah terbukti sebagai bahasa ilmu, bahasa diplomatik dan bahasa perdagangan antarabangsa sejak abad ke-14 belas lagi dengan penghasilan pelbagai karya antaranya dalam bidang undang-undang dan pentadbiran, bukannya karya kesusasteraan sahaja. Malah Tanah Melayu pada masa itu turut menjadi tumpuan pedagang Eropah, Asia Barat, India dan China sebagai pasaran global yang menggunakan bahasa Melayu bagi hubungan diplomatik melalui surat-menyurat berbahasa Melayu dan bertulisan jawi antara raja-raja dan pembesar Melayu dengan raja dan pembesar di Eropah.

Anak bangsa Malaysia sebelum era PPSMI (2003-2009), lebih mudah memahami bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu seperti dibuktikan selama lebih 20 tahun (1980-2003) dan mereka tetap cemerlang dalam pelajaran sehingga ke peringkat universiti dan dalam kerjaya. Lebih lima juta orang pelajar telah menjalani Dasar Pendidikan Kebangsaan dalam bahasa Melayu dengan bilangan pelajar bukan Melayu tetap banyak meraih kejayaan cemerlang, ijazah kepujian kelas pertama di peringkat universiti. Pada ketika itu juga ribuan buku rujukan khususnya bagi bidang sains dan teknologi di universiti berbahasa Inggeris kerana buku rujukan berbahasa Melayu masih terhad bilangannya. Kini keadaannya telah berubah. Walaupun masih belum mencukupi dan perlu diteruskan lagi tetapi jumlah penerbitannya boleh dibanggakan hasil usaha Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM).

Page 98: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kami Bantah DLP

84

Dapatan kajian antaranya oleh DBP, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Pembina dan lain-lain ketika pelaksanaan PPSMI pada tahun 2003 hingga 2009 mendapati banyak keciciran berlaku iaitu lebih daripada 80,000 orang pelajar pelbagai kaum, yang terbanyak pelajar Melayu. Secara logik dan mudah untuk difahami, bagaimanakah pelajar hendak memahami kandungan mata pelajaran tersebut sedangkan bahasa yang digunakan ialah bahasa Inggeris, bukan bahasa dalam persekitaran kehidupan seharian mereka?

Bertambah malang lagi didapati juga berlaku kemerosotan yang ketara kemasukan pelajar bagi jurusan sains khususnya bagi kelas menengah atas (Tingkatan 4,5 dan 6), matrikulasi, asasi dan fakulti-fakulti tertentu di universiti seperti farmasi dan seumpamanya.

Rasionalkah kita mengulang kembali program yang telah terbukti gagal? Walaupun dengan nama yang lain iaitu DLP dan HIP tetapi kita tidak dapat “menipu” bahawa unsur PPSMI ada di dalamnya, malah lebih dahsyat lagi daripada PPSMI kerana membabitkan bukan sahaja mata pelajaran berunsur sains dan matematik tetapi juga sains komputer, teknologi maklumat serta mata pelajaran ikhtisas seperti ekonomi, pengurusan perniagaan, perakaunan dan lain-lain. Bagi mata pelajaran asas juga meliputi matematik, matematik tambahan, fizik, kimia, biologi dan melibatkan hampir semua mata pelajaran teknikal. Hancurlah bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu bagi bidang ini yang pernah digunakan selama lebih 20 tahun dahulu dengan penuh kejayaan. Kejayaan bahasa Melayu antara lain boleh dirujuk dalam tulisan Datuk Dr. Awang Sariyan dalam Ceritera Kejayaan Bahasa Melayu, terbitan bersama-sama Persatuan Linguistik Malaysia dan DBP (PLM dan DBP:2002).

PEMANDU, “Parent Action Group for Education Malaysia” (PAGE) dan “Performance and Delivery Unit” (PADU)

Page 99: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Mengapa Kami Bantah Program “DLP dan HIP”

85

khususnya perlu sedar bahawa pencipta teknologi baharu selama ini dan sehingga kini adalah negara-negara yang menggunakan bahasa kebangsaan sendiri seperti England, Amerika Syarikat, Jerman, Perancis, Rusia, China, Jepun, Korea Selatan dan lain-lain. Diakui bahawa negara tersebut juga sedar bukan sahaja akan kepentingan bahasa Inggeris, malah bahasa-bahasa lain juga tetapi mereka tetap mengajarkan anak bangsa dengan bahasa kebangsaan sendiri. Belum ada negara yang merdeka daripada penjajah tetapi terus menggunakan bahasa Inggeris atau Perancis sebagai bahasa penghantar pendidikan, pentadbiran, perdagangan dan lain-lain telah “mendepani” atau mempelopori penciptaan teknologi mendahului negara-negara seperti Jepun, Jerman, China dan seumpamanya. Negara tersebut misalnya di Afrika Tengah dan Selatan, negara kepulauan, Filipina dan lain-lain.

Pelaksanaan DLP dan HIP akhirnya nanti akan mengakibatkan antara lain, bahasa Melayu dipinggirkan secara langsung dan tidak langsung, menjadi bahasa pilihan kedua atau hanya bagi sekolah di luar bandar sahaja dan sistem pendidikan kita sendiri “menghalalkan” wujudnya kasta, antara dua darjat, dan seterusnya kerana terpesona dan tidak mahu “dipinggirkan” daripada arus perdana, tidak mahu menjadi “kelas kedua”, bahasa Melayu tidak mustahil akan pupus daripada pilihan dan juga pupus sebagai bahasa ilmu seperti terbukti akan nasib bahasa Melayu di negara jiran terdekat kita sendiri iaitu Singapura. Sejarah dan realiti di Singapura memang sesuai dan memungkinkan mereka memilih bahasa Inggeris sebagai bahasa perpaduan dan bahasa penghantar pendidikan. Walaupun Singapura mempunyai 4 bahasa rasmi iaitu Inggeris, Mandarin, Melayu dan Tamil tetapi pada hakikatnya kita jelas bahasa apakah yang dominan di sana dan mengapa. Dengan majoriti bangsa Tionghua dan minoritinya bangsa Melayu, India dan bangsa lain, maka kelihatan wajar untuk mengutamakan bahasa Inggeris di samping Mandarin. Kendatipun begitu kita juga tahu

Page 100: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kami Bantah DLP

86

bahawa lagu kebangsaan Singapura masih dalam bahasa Melayu iaitu “Majulah Singapura” dan arahan kawat bagi angkatan tentera dan polisnya masih dalam bahasa Melayu dan Perdana Menterinya masih mewarisi kecekapan berucap dalam bahasa Melayu. Sudah pasti sejarah, realiti dan jati diri kita tidak sama dengan Singapura, apatah lagi dengan England, Amerika, India dan China. Adakah kita juga perlu “hanyut” tanpa citra dan jati diri sendiri? Banyak pemimpin dan orang kita menyebut tentang jati diri, tetapi sedarkah mereka apa maksud jati diri itu atau sekadar menjadi burung kakak tua yang pandai berkata-kata?

Adakah kita mahu melihat fenomena bahasa Melayu di negara kita serupa seperti di Singapura? Cukupkah bahasa Melayu sekadar digunakan dalam arahan kawat anggota RELA, di pasar ikan, di warung-warung di bawah pokok tetapi di kompleks mega, di bursa saham, di bank-bank perdagangan, di hotel-hotel, di bilik pameran BMW, Bentley, Rolls Royce, di bilik-bilik kuliah universiti, hanya bahasa Inggeris digunakan dan bahasa Melayu cuma menempel di tepi-tepi longkangnya dalam perbualan siswa-siswa dari kawasan pedalaman? Kesan PPSMI yang masih parah bukannya sembuh malah semakin parah dan berganda! Jika dahulu Portugis dan Belanda menghantar armada dengan kapal perang, peluru dan meriam untuk menakluk kita, kini cukuplah menghantar seorang sahaja pelajar (yang belum tentu niatnya untuk belajar), maka bahasa Melayu akan terbuang dengan segera dari dewan kuliah di universiti awam kita. Jika kita ingin mahir berbahasa Jepun misalnya, adakah kita akan belajar bahasa Jepun atau kita belajar sains dan matematik dalam bahasa Jepun?

Jika kita terus-terusan mengambil bahasa Inggeris sebagai bahasa perpaduan atau bahasa penghantar pendidikan, ini merupakan satu kepelikan dan malang yang seolah-olah menunjukkan bahawa negara kita seolah-olah baharu wujud dalam vakum atau kekosongan dan seolah-olah tiada apa-apa sejarah, sebarang warisan, budaya dan sebagainya sehingga

Page 101: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Mengapa Kami Bantah Program “DLP dan HIP”

87

terpaksa menjadi umang-umang, meminjam bahasa orang lain sepenuhnya sebagai bahasa ilmu dan lebih memalukan sebagai bahasa perpaduan?

Jika begitu keadaannya kita telah tidak berlaku adil terhadap bahasa Melayu, bahasa rasmi, bahasa kebangsaan negara kita sendiri yang mempunyai sejarahnya yang panjang sejak awal abad ketujuh Masihi lagi di kepulauan Melayu ini. Latar sejarah, budaya, warisan dan jati diri negara kita sesungguhnya berbeza daripada Singapura dalam banyak hal, apatah lagi negara lain walaupun mungkin terdapat beberapa persamaan kecil dengan Pulau Temasik tersebut. Singapura sendiri tidak dapat memadam sejarah Temasiknya dan hakikat kewujudannya di tengah-tengah kepulauan Melayu di nusantara sejak sekian lama ini sehingga mewajarkan Singapura mengabsahkan serta menerima bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa rasminya walaupun penggunaannya agak terhad seperti dalam lagu kebangsaan “Majulah Singapura” sejak sekian lama dan belum diubah sehingga kini.

Kita mungkin sukar untuk memutar kembali sejarah, namun kita tidak boleh dengan mudah menafikan kebaikannya jika kita mewajibkan satu bahasa penghantar pendidikan sebagai bahasa perpaduan segala bangsa di Malaysia. Namun secara tersurat dan tersirat kita tentu maklum akan kelebihan satu bahasa penghantar pendidikan untuk semua walaupun sentiasa ada hujah pro dan kontranya terutama jika dilihat dengan kaca mata emosional dan kepentingan tertentu. Seperti yang pernah dihujahkan kita tidak boleh menafikan kelebihan satu bahasa untuk perpaduan khususnya dalam konteks negara kita yang sehingga hampir 60 tahun merdeka masih lagi berbicara soal perpaduan yang kadang kala cukup memanaskan dewan yang dingin sekalipun. Sepatutnya kita berbicara bagaimanakah untuk menambah lagi kepustakaan ilmu berbahasa Melayu bagi bidang sains dan teknologi, berapakah dana untuk industri penterjemahan, apa lagi karya ilmu yang perlu diterjemah

Page 102: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kami Bantah DLP

88

dan seumpamanya. Bersama-samalah kita merenung sejarah negara yang hampir enam dekad mencapai kemerdekaan ini. Kita masih perlu dan tidak habis-habis bercakap tentang perpaduan, seolah-olah menggambarkan kita belum bersatu padu sepenuhnya atau perpaduan kita masih rapuh dan boleh berkecai pada bila-bila masa?

Mungkin ada yang berkata bahawa kita mempunyai pelbagai bangsa dan kaum. Justeru dengan segala kepelbagaian dan kerencaman inilah sebenarnya menagih kita untuk bersikap lebih rasional dan mengutamakan negara dan perpaduan dengan dasar satu bahasa perpaduan iaitu bahasa Melayu, selari dengan titah baginda Sultan Johor tempoh hari, dan bukannya bahasa Inggeris seperti cubaan pihak tertentu yang mengambil kesempatan, menangguk di air keruh dan memutarbelitkan atau mengelirukan orang lain pada masa tersebut. PLM memang menjunjung tinggi titah Baginda Sultan Johor yang mencadangkan kita mengambil iktibar daripada Singapura yang berjaya menyatupadukan rakyatnya dengan dasar atau asasnya satu bahasa sebagai bahasa perpaduan iaitu bahasa Inggeris. Ya, tentunya bahasa Inggeris dalam konteks Singapura. Tetapi negara kita Malaysia tidak boleh disamakan dengan Singapura. Titah Baginda dalam konteks yang asal tentunya tidak wajar dilihat secara literal, bermaksud kita perlu satu bahasa penghantar, maksudnya bukan dua, bukan tiga dan tentulah atas faktor sejarah, warisan, budaya, realiti dan sebagainya bahasa Melayu yang paling wajar dan sesuai untuk Malaysia kerana “kita” bukannya Singapura. Sebagai “analogi bodoh” bolehkah kita katakan bahawa kerana banyak orang Jepun memakai kot ketika berbasikal ke tempat kerja, maka kita juga wajar meniru orang Jepun dengan memakai kot ketika berbasikal walaupun di bawah sinaran matahari pagi yang terik untuk ke pejabat?

Bagaimanapun, sistem pendidikan negara kita sudah direncanakan sedemikian rupa dan kita warisi sehingga kini kerana tidak menukarnya selepas 10 tahun merdeka seperti perjanjian

Page 103: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Mengapa Kami Bantah Program “DLP dan HIP”

89

semasa merdeka. Justeru tidak perlulah lagi kita menambah satu lagi aliran berupa DLP/HIP yang mewujudkan kembali aliran Inggeris yang bakal menambah kerencaman sedia ada dan sekali gus berupaya mewujudkan pertembungan menang kalah dengan aliran kebangsaan yang bukan kerana tidak kukuhnya bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu atau tidak bernilainya ekonomi bahasa Melayu itu, tetapi lebih kerana pengaruh psikologi dan imperialisme bahasa Inggeris sedangkan banyak orang tidak sedar bahawa banyak perkataan dalam bahasa Inggeris itu berasal daripada bahasa lain khususnya Arab, Perancis, Latin, Belanda, Seltik, Jerman, Scandinavia, Eropah Timur dan lain-lain.

Sebagai sedikit pencerahan biarlah kita meneliti sedikit tentang keadaan ekonomi yang turut menjadi salah satu indikator kemajuan sesebuah negara atau penduduk negara yang masih terus menggunakan bahasa Inggeris yang kononnya dikatakan satu-satunya “the language of science and technology” dan juga bahasa Perancis (..agaknya “the language of Concorde (airoplane) and bullet train”..). Negara-negara seperti Tanzania, Cameroon, Sierra Leone, Zaire, Habsyah, Congo, Niger, Nigeria, Madagaskar dan Chad masih menggunakan bahasa Perancis dan Inggeris sebagai bahasa utama di samping bahasa sendiri, bahasa Kreol. Pariti kuasa beli rakyat negara tersebut cuma antara USD500 hingga USD800 dan kadar kemiskinan rakyatnya kira-kira 70% sementara kadar pengangguran kira-kira 30%. Filipina pula begitu hebat menggunakan bahasa Inggeris dan kira-kira 86.2 juta rakyatnya dikatakan fasih berbahasa Inggeris berbanding kita tetapi kira-kira 40% rakyatnya masih hidup dalam kemiskinan dengan kadar pengangguran kira-kira 11% dan dikatakan melebihi kadar di negara Indonesia yang berpenduduk sebanyak kira-kira 240 juta orang dengan kadar kemahiran berbahasa Inggeris jauh lebih rendah berbanding dengan Filipina.

Merujuk negara-negara di Eropah khususnya yang menggunakan bahasa sendiri seperti Finland (Bahasa Finnish) dengan penduduk kira-kira 5 juta orang, pariti kuasa belinya

Page 104: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kami Bantah DLP

90

sangat tinggi iaitu USD27,300. Sweden pula (Bahasa Swedish) dengan penduduk kira-kira 9 juta orang pariti kuasa beli sebanyak USD26,800. Negara Itali (Bahasa Itali) dengan penduduk sebanyak 58 juta orang mempunyai pariti kuasa beli sebanyak USD26,800. Negara Jerman (Bahasa Jerman) mempunyai penduduk sebanyak 83 juta orang dan pariti kuasa belinya kira-kira USD27,600. Seterusnya negara Perancis (Bahasa Perancis) dengan penduduk sebanyak 61 juta memiliki pariti kuasa beli sebanyak USD27,500. Negara Denmark (Bahasa Denmark) yang kecil dengan penduduk cuma kira-kira 6 juta orang, pariti kuasa belinya USD31,200. Belanda (Bahasa Belanda) juga tidak ketinggalan, dengan penduduk berjumlah 17 juta orang pariti kuasa belinya ialah USD28,600. Luxembourg (Bahasa Luxembourgish, dan Bahasa Perancis serta Jerman kerana etnik utamanya golongan Seltik berketurunan Perancis dan Jerman) pula mempunyai penduduk kira-kira 500,000 orang sahaja, pariti kuasa beli ialah USD55,100. Austria (Bahasa Jerman sebab etnik terbesar ialah Jerman iaitu kira-kira 90%) dengan penduduk lebih 8 juta, pariti kuasa beli ialah USD30,000. Switzerland (Bahasa Jerman, Perancis, Itali, Romanch kerana etnik utama ialah Jerman (65%), Perancis (18%), Itali (10%), Romanch (1%), dengan penduduk sebanyak 8 juta orang, pariti kuasa beli tinggi iaitu USD32,800.

Norway (Bahasa Norway) dengan penduduk sebanyak 5 juta orang pariti kuasa beli ialah USD37,700. Sepanyol (Bahasa Sepanyol) mempunyai penduduk sebanyak kira-kira 40 juta orang mempunyai pariti kuasa beli USD22,000. Belgium (Bahasa Belanda dan Perancis kerana etnik utamanya ialah keturunan Belanda dan Perancis) berpenduduk sebanyak 11 juta orang dan pariti kuasa beli ialah USD29,000. Portugal (Bahasa Portugis) berpenduduk sebanyak 11 juta orang dan pariti kuasa beli ialah USD18,000. Di Asia pula, Korea Selatan dengan penduduk kira-kira 50 juta orang, pariti kuasa beli ialah USD18,000, manakala Jepun dengan penduduk sebanyak 130 juta orang,

Page 105: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Mengapa Kami Bantah Program “DLP dan HIP”

91

pariti kuasa beli ialah USD28,000. Manakala Malaysia dengan penduduk kira-kira 26 juta dan pariti kuasa beli USD10,000 hanya mendahului sedikit daripada Thailand yang berpenduduk sebanyak 66 juta orang dan pariti kuasa beli sebanyak USD8,000.

Fakta di atas antara lain menjelaskan bahawa menggunakan bahasa kebangsaan sendiri dalam pendidikan dan pentadbiran negara tidak memufliskan mana-mana negara atau menyebabkan negara mundur dari segi pembangunan atau kemajuan. Malaysia sendiri melaksanakan Dasar Pelajaran Kebangsaan dalam sistem pendidikan negara dengan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar sehingga di peringkat universiti (1983-2003) dan telah dimanfaatkan oleh lebih 5.5 juta pelajar yang mengisi tenaga kerja profesional, korporat dan teknokrat negara di samping para pemimpin sendiri dan akhirnya tidak boleh kita nafikan bahawa itulah antara penyumbang utama menjadikan negara kita seperti keadaan sekarang. Pengisian ilmu dan kemajuan telah merakyat kerana tidak dibolot atau dimonopoli oleh golongan tertentu sahaja. Kita dapat melihat negara “umang-umang” yang berterusan menggunakan bahasa negara maju, sama ada Inggeris atau Perancis (bekas penjajahnya), bahasa yang kononnya dianggap bahasa sains dan teknologi tetap tidak maju-maju sehingga kini atau mendepani kemajuan negara-negara lain yang menggunakan bahasa sendiri. Bilakah kamu semua akan insaf wahai semua “anglophile”? Cukuplah kita terjajah dengan budaya dan sebagainya, janganlah pula fikiran kita terjajah dengan menganggap segala yang berbau Inggeris itulah yang terbaik dan bahasa Melayu itu tidak berpotensi, tidak bernilai langsung sebagai bahasa ilmu sains dan teknologi, sebagai bahasa ekonomi dan perdagangan, bahasa perundang-undangan. Bahasa Melayu hanya sesuai sebagai bahasa di pasar ikan, di pasar tani dan di pasar malam dan untuk mengajar senaman atau menanam ubi kayu sahaja? Malang sungguh orang yang berfikiran begitu. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada mereka akan potensi besar bahasa Melayu yang juga merupakan kurniaan

Page 106: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kami Bantah DLP

92

Allah kepada bangsa Melayu dan umat di nusantara ini. Bahasa Melayu yang telah berperanan besar di kepulauan di sebelah timur ini telah mengalami proses perancangan yang sistematik dengan pengisian sebagai bahasa ilmu dan berkembang dengan begitu pesat dan boleh dibanggakan dalam tempoh yang singkat, bermula dengan tertubuhnya Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1956 dan tentu tidak wajar dibandingkan dengan perkembangan bahasa Inggeris yang telah mengambil masa beratus tahun.

Iktibar daripada kemajuan negara-negara yang telah dinyatakan, sejarah dan warisan serta realiti dan fakta, bahasa Melayulah dan bukannya bahasa lain yang sepatutnya dijulang sebagai bahasa bagi membina tamadun ilmu termasuk sains dan teknologi di negara ini di samping membina jati diri dan negara bangsa pada masa kini dan bagi generasi masa hadapan. Marilah bersama-sama kita mengambil pengajaran daripada Surah Ibrahim ayat ke-4 yang maksudnya: “Kami tidak mengutus seorang rasul pun, melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya ia dapat memberikan penjelasan dengan terang kepada mereka. Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan memberikan petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dialah Tuhan Yang Maha Kuasa Lagi Maha Bijaksana.”

Page 107: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

ABIM Kecam Usaha Mengembalikan PPSMI Melalui Pintu Belakang

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada laporan yang dibuat oleh Performance Management & Delivery Unit (PEMANDU) dan Education Performance and Delivery Unit (PADU) dalam mencari mekanisme untuk memperkasa penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah.

Antara cadangan yang telah diketengahkan adalah untuk melaksanakan Program Dwi-Bahasa (DLP) untuk membolehkan beberapa mata pelajaran diajar dalam bahasa Inggeris bagi sekolah-sekolah tertentu. Menurut laporan tersebut mata pelajaran Sains, Matematik, dan Reka Bentuk dan Teknologi/ Teknologi Maklumat dan Komunikasi adalah mata pelajaran yang wajib untuk diajar menggunakan Bahasa Inggeris.

Menurut laporan tersebut, program DLP tersebut akan dilaksanakan untuk pelajar Tahun 1 dan Tahun 4 untuk Sekolah Kebangsaan dan Tingkatan 1 untuk Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) bermula tahun 2016 yang akan melibatkan 300 sekolah rintis.

Muhammad Faisal Abdul Aziz Setiausaha Agung

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

13

Page 108: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kami Bantah DLP

94

ABIM menegaskan program DLP yang dicadangkan ini adalah satu usaha terancang untuk mengembalikan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains Matematik dan Bahasa Inggeris (PPSMI) yang terbukti gagal dan terpaksa dimansuhkan oleh kerajaan secara rasmi pada tahun 2012.

PEMANDU dan PADU adalah badan yang dirujuk serta dianggap mempunyai “autoriti” dalam merangka sesebuah dasar. Justeru sebarang cadangan ataupun dasar yang dikemukakan akan dijadikan sebagai rujukan ataupun narasumber. Oleh itu ABIM menuntut pihak PEMANDU dan PADU memastikan sebarang cadangan yang ingin diutarakan khususnya dalam bidang pendidikan sejajar dengan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Dalam konteks DLP, PEMANDU dan PADU WAJIB merujuk dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) sepertimana yang telah diputuskan semenjak tahun 2009.

Dasar MBMMBI yang diputuskan kerajaan telah menetapkan kesemua Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan akan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk semua subjek bermula 2016 melainkan pelajar tingkatan enam.

Cadangan yang diutarakan menerusi laporan tersebut juga seolah-olah bertujuan untuk membezakan kelas golongan pelajar di Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) yang akhirnya akan menghasilkan generasi pelajar yang “caca merba” terutama dari sudut tahap pemahaman sesuatu mata pelajaran.

ABIM turut menegaskan pandangan bahawa mata pelajaran sains dan matematik perlu diajar melalui pengantar Bahasa Inggeris sudah disangkal oleh banyak kajian ilmiah sama ada dalam negara mahupun kajian di peringkat antarabangsa.

Page 109: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

ABIM Kecam Usaha Mengembalikan PPSMI Melalui Pintu Belakang

95

Selain itu, pemimpin dari kalangan pertubuhan bukan kerajaan, ahli bahasa dan golongan cendekiawan sebelum ini telah menegaskan bahawa usaha untuk memperkukuh penguasaan Bahasa Inggeris perlu dipertingkatkan tetapi tidak dengan menggantikan bahasa pengantar dari Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris.

Justeru, ABIM menyatakan bahawa masalah kelemahan penguasaan Bahasa Inggeris bukan terletak kepada faktor bahasa pengantar yang diguna dalam sistem pendidikan, tetapi ialah pendekatan pengajaran yang digunakan.

Dalam perkembangan berkaitan, ABIM juga menuntut semua pihak melihat dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) ini secara menyeluruh yang turut menekankan hasrat besar untuk memastikan pelajar sekolah menguasai Bahasa Melayu dengan baik.

Justeru itu, selain memperkukuh bahasa Inggeris, dasar MBMMBI tersebut perlu melihat keperluan untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagi memastikan bahasa tersebut menjadi bahasa komunikasi, bahasa ilmu dan bahasa pentadbiran dalam usaha kita membina sebuah negara bangsa yang kukuh dan bersatu padu.

Page 110: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Hentikan Program Dwibahasa DLP

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada Kenyataan Media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato’ Sri Dr. Khair Mohamad Yusof pada 28 Oktober yang lalu berjudul “Inisiatif Peningkatan Kemahiran Bahasa Inggeris Murid di Bawah PPPM 2013-2025”.

Berdasarkan kenyataan media ini, PKPIM mewakili suara golongan pelajar dan mahasiswa di Malaysia menyatakan kekesalan kami atas tindakan kerajaan khususnya KPM yang tidak konsisten dalam menentukan polisi pendidikan anak bangsa. Isu ini adalah terkait dengan pelaksanaan Program Dwibahasa (Dual-Language Program) yang merupakan suatu program “pengukuhan Bahasa Inggeris” di mana sekolah diberikan peluang menawarkan pengajaran dan pembelajaran subjek Sains, Matematik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan Rekabentuk dan Teknologi dalam dua bahasa sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

Program yang telah dinyatakan peruntukan sebanyak RM 38.5 juta dalam pembentangan BAJET 2016 yang lalu ini jelas bercanggah dengan keputusan Jemaah Menteri dan KPM

Mohammad Fazril bin Mohd SalehPresiden,

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia

14

Page 111: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Hentikan Program Dwibahasa DLP

97

yang telah disepakati pada Julai 2009 untuk memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) secara “soft-landing” dan pada 2010 menetapkan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI). Kerajaan di bawah KPM juga telah berjanji untuk memansuhkan PPSMI secara menyeluruh dan dilakukan berperingkat-peringkat bermula 2011 sehingga tahun 2021.

Malang sekali, atas nama MBMMBI, program mirip PPSMI dilaksanakan semula atas jenama baharu “Dual Language Program” yang memang menumpukan pengajaran dan pembelajaran subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam bahasa Inggeris. Apa sebenarnya kehendak KPM ini? KPM sudahpun membuat keputusan untuk memansuhkan dasar PPSMI tetapi belum sempat pemansuhan selesai sudahpun dimulakan kembali program yang serupa?

Sebagai generasi muda yang peduli dengan masa depan generasi kami, kami mendesak KPM segera menghentikan projek DLP ini. Kami meragui “niat murni” kerajaan yang menjustifikasikan program ini dengan pelaksanaan anjakan 9 PPPM tentang penglibatan golongan pemegang taruh dalam pendidikan. PKPIM langsung tidak dirujuk atau diminta pendapat dalam isu ini sedangkan kami adalah salah sebuah pertubuhan pelajar peringkat nasional yang mewakili suara dan kepentingan pelajar di Malaysia.

Menurut maklumat yang kami terima, DLP diabsahkan dengan kajian PEMANDU tentang dasar bahasa dalam sistem pendidikan negara dan keperluan semasa bagi mempersiap generasi pelajar mendepani dunia global. Tanpa menafikan kepentingan Bahasa Inggeris dan keperluan menguasainya, kami katakan hujah-hujah PEMANDU tidak jauh berbeza dengan hujan-hujah para pendokong PPSMI. Lebih mengecewakan lagi,

Page 112: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kami Bantah DLP

98

apabila projek DLP yang diumumkan ini hanyalah mengulang skrip sama PPSMI, cuma dicanangkan dengan jenama baharu sahaja.

Oleh yang demikian, dalam mendapatkan penjelasan berhubung isu ini, kami menuntut KPM memberikan penjelasan tentang beberapa perkara berhubung pelaksanaan DLP:

1. Adakah KPM berniat mengembalikan semula dasar PPSMI dengan jenama baharu? Adakah KPM khianat kepada janji memansuhkan PPSMI?

2. Tiga syarat ditetapkan untuk DLP boleh dilaksanakan di sekolah-sekolah iaitu sumber yang mencukupi, kesediaan guru dan sokongan daripada ibu bapa. Sila perincikan tiga syarat ini dengan mengeluarkan data-data berkaitan sumber yang diperlukan dan kondisi kesediaan guru yang bagaimana diperlukan.

3. Menurut KPM, 300 buah sekolah rintis telah dikenal pasti untuk memulakan program ini (termasuk High-Immersive Program - HIP). Bagaimana 300 buah sekolah rintis ini dikenal pasti? Apa kriterianya? KPM harus keluarkan senarai 300 buah sekolah ini dan pihak kami akan selidiki guru besar dan pengetuanya.

4. Sejauh mana campur tangan PEMANDU dalam agenda baharu DLP ini? Di manakah prinsip dan hak membuat keputusan oleh KPM dalam isu berkaitan pendidikan anak bangsa? Jika begitu, baik Menteri dan Ketua Pengarah KPM mengundurkan diri dan beri ruang kepada PEMANDU meneraju pendidikan anak bangsa Malaysia.

5. Dalam hiruk-pikuk skandal nasional politik dan ekonomi di Malaysia, kami ingin bertanya bagaimanakah

Page 113: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Hentikan Program Dwibahasa DLP

99

unjuran perbelanjaan peruntukan RM 38.5 Juta untuk projek ini?

PKPIM mengharapkan agar KPM bersikap telus dalam isu ini. Bukan niat kami untuk membangkang projek kerajaan, tetapi kegusaran kami adalah berasas demi kepentingan anak bangsa Malaysia yang dicintai. Kami menanti jawapan daripada Menteri Pendidikan dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Tuntasnya, kami tidak akan sama sekali bersetuju dengan agenda DLP ini dan mohon kerajaan hentikan tindakan menjadikan pelajar-pelajar kita sebagai “tikus makmal”.

Page 114: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Perpaduan Melalui Pemisahan: Bahasa Melayu 2016

Sudah pun dikenal ramai: Bahasa ialah khazanah suatu bangsanya yang paling tua. Bahasa ini tercipta oleh moyang sesuatu bangsa, dan dibina kata demi kata, frasa dan ungkapan, oleh leluhur lelaki dan perempuan, moyang nelayan dan petani, moyang peramu di hutan dan juga moyang di rumah yang mengasuh anak dan memasak di tanah.

Selama ribuan tahun bahasa ini berkembang, sedikit demi sedikit. Kini bahasa ini sudah menjadi bahasa keempat terbesar di dunia – dan digunakan serta diiktiraf sebagai bahasa yang canggih oleh tidak kurang daripada 300, 000,000 manusia di beberapa buah negara, terutama di Asia Tenggara. Sementara itu bahasa ini juga sudah dijadikan bahasa kebangsaan di 4 buah negara dan sebagai alatan pengajaran yang utama di sekolah dan universiti. Maka selama 50 tahun lebih bahasa ini dibina dan dijadikan bahasa ilmu dan penyelidikan. Untuk bidang agama Hindu, Budha dan Islam usianya mendekati di antara 1500-2000 tahun, suatu jangka waktu yang panjang.

SN Muhammad Haji Salleh

15

Page 115: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Perpaduan Melalui Pemisahan: Bahasa Melayu 2016

101

Tapi pada bulan November 2015 kita dikejutkan bahawa akan ada suatu cabang baharu kepada sistem pendidikan kebangsaan yang kita anggap sudah mantap setelah 58 tahun merdeka. Yang ingin diperkenalkan itu ialah sesuatu yang tidak baru, suatu aliran yang telah pun kita tinggalkan lebih 50 tahun yang lalu, kerana dianggap sebagai melawan jati diri dan meniadakan bahasa Melayu yang tua itu. Aliran baru ini berteraskan bahasa Inggeris yang mengajar pelajarnya dalam bahasa itu. Suatu lagi cadangan ialah apa yang dikenali sebagai `Immersion Program’ yang juga tiada penerangan atau pemerian. Walaupun penerangan yang jelas belum ada tetapi dananya sudah diperuntukkan dalam Belanjawan 2016. Kesimpulan kita ialah bahawa dengan dana, (dan kita faham bahawa negara ini tidak bergerak dengan kesedaran sejarah, kebanggaan bangsa atau jati diri, tetapi dengan wang) maka dengan peruntukan rancangan yang tidak pasti bentuknya akan dimulakan dan aliran kebangsaan yang sudah pun digandakan dengan bahas Cina akan seterusnya ditigakan dengan bahasa Inggeris. Nampaknya negara mencari perpaduan dengan membahagi-bahagikan aliran dan Bahasa anak-anaknya. Kesimpulan yang dibuat tanpa ahli bahasa dan pendidikan secara meluas dan saksama ialah bahawa bahasa Melayu tidak dapat menyatupadukan warga Negara Malaysia. Oleh itu ditambahlah Inggeris kepada bahasa yang ada untuk mencapai perpaduan. Pada dasarnya logika ini tidak dapat diterima akal sihat. Tambahan pula kita sudah saksikan bahawa pelajar-pelajar beraliran kebangsaan dan Cina sangat berlainan peribadi serta nilainya. Budaya yang dikandungi dua bahasa itu sangat berlainan. Saya rasa bukanlah suatu budaya kebangsaan bersama yang dituju pendidikan aliran Cina atau Inggeris. Di sebaliknya, untuk membina suatu bangsa yang berpadu malah suatu sistem tunggal harus di wujudkan, supaya pelajar dapat belajar dalam sekolah-sekolah yang sama konsep dan praktik pendidikannya. Inilah yang kita lihat di Indonesia, di Thailand, Vietnam dan ratusan negara yang lain. Yang tunggal

Page 116: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kami Bantah DLP

102

itu menyatukan, yang berbeza itu memisahkan. Dan dalam keadaan di mana baru-baru ini terjadi peristiwa dan perbalahan berdasarkan ras kita malah perlu mencari jalan tunggal untuk membina bangsa Malaysia yang tunggal pula.

Kita bertanya: Mengapakah perlu diwujudkan suatu rancangan baru setelah sekitar 50 tahun sistem kebangsaan kita mulakan? Dari jauh, kita dengar sebab kononnya dibuat suatu kajian (yang agak senyap-senyap) dan dengan cepat membuat kesimpulan bahawa ibu bapa di negara ini inginkan aliran bahasa Inggeris sebagai satu lagi bahasa pengantar. Kajian itu tidak diserahkan kepada penyelidik di bidang ini untuk diteliti, tetapi dimajukan terus kepada kerajaan. Kajian yang tidak berjejak kepada persampelan yang luas, yang seharusnya mengambil kira pelajar di Limbang, Pulau Batik, Weston, Machang dan Bera, tidak dapat dijadikan dasar untuk merancang masa depan pendidikan kebangsaan kita. Tambahan pula, telah ada kajian yang meluas, dan mengambil kira kepentingan pelajar-pelajar di pedalaman dan di kota, yang menunjukkan bahawa kebanyakan rakyat sudah bersetuju dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sistem pendidikan kita, termasuk untuk bidang sains dan matematik. Dan ditunjukkan juga oleh suatu kajian lainnya, apabila bahasa Melayu digantikan dengan Inggeris dalam dua bidang ini, maka dengan serta merta pemahaman menjunam jatuh, dan penguasaan ilmu dalam dua bidang dalam sama menderita. Sebabnya tidak susah untuk dimengertikan - untuk belajar Matematik dan Sains kita perlukan bahasa yang kita fahami dengan baik. Sekiranya kita harus belajar sesuatu bahasa baru (dan yang rumit dan asing pula) serta memahaminya dulu, maka harapan untuk mendapatkan ilmu ini sangat agak tipis. Bahasa baru ini perlu dikuasai dulu dan akan mengambil beberapa tahun. Sementara itu kita sudah pun punyai bahasa ibunda dan kebangsaan yang dikuasai dan dikenal baik. Kita selalu diingatkan oleh dapatan UNESCO: bahasa yang paling baik dan efisien untuk mendapatkan ilmu ialah bahasa ibunda.

Page 117: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Perpaduan Melalui Pemisahan: Bahasa Melayu 2016

103

Sangat masuk akal. Tetapi tidak masuk akal kepada mereka yang mencadangkan suatu bahasa asing yang lain lagi.

***Mengadakan dua atau tiga aliran ialah membagikan bangsa – seperti yang dilakukan sekarang. Tujuan kita yang selama untuk menyatupadukan bangsa Malaysia tidak mungkin tercapai dengan membahagikannya. Sudahlah politik kita berdasarkan ras, pendidikan kita juga sudah lama mempraktikkan pembahagian begini. Dengan menambahkan lagi perbezaan dan jurusan maka inilah resipi untuk perbalahan.

Kita cukup sedih dan cuba menerka motif pencadang aliran baru ini. Kita bertanya apakah pencadangnya faham akan makna dan kesan kebangsaan terhadap apa yang dicadangkan itu? Apakah mereka pernah merasakan bahawa sebuah negara itu wajib mempunyai sebuah jati diri tunggal yang dikongsikan oleh semua bangsa dan suku dalam negara itu? Apakah dengan menambah aliran bahasa Inggeris maka pelajar-pelajar akan nanti bergabung sebagai warga yang bersatu padu? Apakah mereka mengerti bahawa bahasa Melayu itu tumbuh di Nusantara ini dan melukis jiwa, nilai dan falsafah manusia di sini? Pernahkah mereka melihat sejarah panjang bahasa Melayu sebagai lingua franca yang tua yang digunakan selama beribu tahun? Dan apakah mereka maklum hakikat bahawa bahasa Melayu ialah bahasa keempat terbesar di dunia?

***Beberapa tahun yang lalu oleh sebab nyamuk seekor, kelambu hendak dibakar, kini kerana nyamuk yang seekor itu juga maka kampung dan negeri hendak dimusnahkan.

Masalahnya ialah nyamuk seekor ini. Sebenarnyalah kita tidak berjaya membunuhnya, dan kini kita biarkan masa depan bahasa dan perpaduan kita dibunuh.

Page 118: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kami Bantah DLP

104

Nyamuk ini ialah kegagalan kita mengajar bahasa Inggeris di sekolah dan universiti dengan baik dan berjaya. Hingga hari ini kita tidak berjaya berbuat demikian. Baiklah kita perhatikan nyamuk ini.

Saya daripada aliran Inggeris, dan bersetuju bahawa pelajar harus mengusai bahasa antarabangsa ini. Tapi bahasa kebangsaan ialah bahasa kita dan wajib menjadi bahasa pendidikan dan penyatu negara.

Sekiranya kita tidak berjaya mengajar bahasa Inggeris, banyak negara lain yang sudah pun lama menghasilkan pelajar yang dapat bercakap dan menulis dalam bahasa itu. Ke sanalah kita harus carikan contohnya. Kita terlalu melihat ke Singapura. Singapura ialah negara baru dan negara peniaga. Sejarah, saiz, kepentingannya sangat berlainan. Malaysia pula ialah sebuah Negara yang bersejarah panjang, yang mempunyai budayanya sendiri dan yang ingin dikembangkan untuk masa depan bersama. Daripada suatu bahasa yang tunggal kita akan dapat suatu jati diri bersama, yang unik, dan dari jati diri akan muncul kebanggaan dan maruah bangsa, di depan bangsa-bangsa lainnya.

Bahasa Inggeris membina bangsa Inggeris, seperti juga bahasa Jepun membina bangsa Jepun. Dan bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan Malaysia akan membina bangsa Malaysia. Hidung kita berbentuk lain dan kulit kita juga lain warnanya. Nilai kita disimpan dalam konsep budi bahasa dan kemampuan merasakan masalah dan serta keperluan orang lain. Persaingan sengit bukanlah ciri budaya kita. Kita cukup bahagia dengan berkongsi cara dan tujuan bersama.

Ramai orang tidak sedar bahawa bahasalah yang membentuk cara kita berlagak, memberi rupa kepada adat istiadat dan malah keseluruhan kehidupan. Konsep-konsep seperti terhutang budi, budi bahasa terletak kepada istilah dan

Page 119: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Perpaduan Melalui Pemisahan: Bahasa Melayu 2016

105

dalam bingkai maknanya. Dan kita pun berfikir dalam bingkai itu. Bahasa itu kita sendiri. Kalau kita buangkan Bahasa ini bermakna kita tidak sayangkan diri.

Tentang menyayangi bahasa Abdullah Munsyi, seorang pengarang dan pemikir yang bukan pun berdarah Melayu, berkata, dalam pengenalan kepada Sejarah Melayu yang dieditnya “jikalau engkau belajar akan kitab ini sampai engkau faham sekali akan bahasanya dan ertinya ... engkau telah pandai akan bahasanya ... barang siapa yang tiada mengendahkan bahasanya seperti kelakuan orang Melayu itu, maka itulah tinggal dalam bodoh dan menjadi bangsa yang kecil adanya. Maka jikalau engkau hendak mengetahui akan sebabnya barang siapa yang membuangkan bahasanya itu maka akan menjadi bangsa kecil dan hina, maka inilah sebabnya”. Karya ini dianggap sebagai membawakan contoh-contoh bahasa yang halus, tepat dan indah.

Page 120: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Bahasa Melayu Sekali Lagi Terumbang-Ambing

Apabila hendak meninggalkan tahun 2015 untuk menemui tahun baharu 2016, sekali lagi kedudukan dan peranan BM dipermasalahkan. Aneh betul. Di buminya sendiri ia ditolak ke sana sini seperti bahan permainan. Kita sepatutnya senantiasa ghairah dan optimis terhadap perkembangan BM atau bahasa kebangsaan (BK) di mana ia telah berakar sejak ribuan tahun dahulu, dan ditindas oleh penjajah selama 400 tahun. Hanya apabila merdeka baru ia dapat digerakkan semula untuk berfungsi sebagai bahasa pengucapan modern, tetapi sekali lagi menerima kecelakaan; dan kali ini di tangan pemimpinnya sendiri.

Apakah akar sejarah BM serta tradisinya diremehkan, dan visi masa depannya dicabar sekali lagi oleh beberapa orang tokoh pedagang, kelompok elit yang bersekongkol dengan sejumlah birokrat awam dan pemimpin politik?

Beginikah caranya bangsa-bangsa yang maju teknologi serta ekonominya (Jepun, China, Korea, Jerman, Norway, Sweden, Denmark dan Perancis misalnya) memetai kemajuan teknologi dan ekonominya, iaitu dengan merendahkan peranan bahasa ibunda di negaranya?

SN Baha Zain

16

Page 121: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Bahasa Melayu Sekali Lagi Terumbang-Ambing

107

Bagaimana mungkin kita tidak bersikap kecewa serta sangsi apabila pada 7 September 2015 yang lalu akhbar The Star menyiarkan berita tentang PEMANDU (Performance Management and Development Unit) di bawah Jabatan Perdana Menteri, sedang melakukan soal selidik dalam talian tentang “proficiency” , iaitu kemahiran berbahasa Inggeris. Tujuh soalan yang dikemukakan oleh PEMANDU kepada pembaca seolah-olah memancing anggota masyarakat, terutama para Anglophile (orang yang kagum terhadap bahasa, gaya hidup dan budaya Inggeris) mengulangi tuntutan supaya pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran di sekolah (seperti Sains dan Matematik) dilaksanakan dalam bahasa Inggeris.

Cuba imbas kembali kontroversi PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) yang dipaksakan oleh kerajaan pada 2003. Dasar tersebut telah ditentang hebat oleh kaum penulis, ahli pendidik, guru, ilmuwan dan mahasiswa sehingga digugurkan. Nah! akhir-akhir ini hal yang serupa dihidupkan semula dalam bentuk yang lebih lunak, tetapi akibatnya berkemungkinan lebih murasakkan.

Salah satu soalan yang nampak mesra dan jujur dikemukakan oleh PEMANDU, tetapi sedikit dungu dan mengandungi muslihat, ialah kira-kira begini terjemahannya:

“Apakah saudara fikir menggunakan bahasa Inggeris dalam sabjek lain mengurangi kepentingan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan?”

Jawabnya mudah sahaja: memang mengurangi kepentingan bahasa kebangsaan apabila BM itu tidak digunakan dalam semua sabjek untuk mendidik kepandaian dan watak generasi muda, sesuai dengan martabat bahasa Melayu (BM) yang sudah termaktub dengan jelas sebagai BK dan bahasa rasmi dalam Perlembagaan Malaysia. Dengan status rasmi itu, BM sewajarnya digunakan dalam sistem pendidikan negara kecuali sabjek Bahasa Inggeris atau bahasa ibunda yang lain. Kalau tidak

Page 122: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kami Bantah DLP

108

apakah maknanya BM itu menjadi BK dan bahasa rasmi dalam Perlembagaan Malaysia

BM malah harus diperkasa dan diperkayakan dari waktu ke waktu supaya menjadi kemaskini selalu untuk menyampaikan apa jua disiplin ilmu pengetahuan seraya mendidik akhlak, akal budi dan watak generasi muda yang bakal mengurus negara dan memimpin bangsa.

Pendidikan di sekolah itu bukan sekadar untuk mengajar anak-anak supaya pandai mengira bilah mancis api, dan kemudian pandai menghitung wang ringgit apabila bekerja atau menjadi kaya raya. Pendidikan adalah proses membina anak bangsa supaya bijak membaca, menulis, bertutur dan mengira; berakhlak, berakal budi, dan memperjuangkan kedaulatan perlembagaan, cita-cita kebangsaan serta tanah airnya. Bukan untuk tujuan sandang pangan, status dan gengsi, darjat dan kemewahan kelas-kelas tertentu atau individu-individu terpilih sahaja. Hasil daripada sekalian pendidikan sekolah itu akan membezakan watak serta keperibadian warga negara Malaysia daripada warga negara lain.

Apakah BM sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi hanya simbol dan hiasan perlembagaan sahaja? Jadi apa muslihatnya mengemukakan soalan di atas kepada pembaca dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris?

Jikalau BM tidak digunakan secara meluas dalam pendidikan mata pelajaran penting seperti Sains dan Matematik di sekolah rendah dan menengah, bererti BM akan sukar digunakan untuk mengajar puluhan sabjek lain yang berasaskan sains dan matematik (kimia, fizik, biologi, teknologi, kejuruteraan, ekonomi, perakaunan, statistik, astronomi, seni bina, geografi, dan puluhan lain lagi). Akibat selanjutnya BM tidak akan berkembang maju sebagai bahasa ilmu pengetahuan di peringkat tinggi walaupun diucapkan oleh 30 juta penduduk.

Page 123: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Bahasa Melayu Sekali Lagi Terumbang-Ambing

109

Demikianlah yang terjadi pada banyak bahasa etnik atau suku bangsa Indonesia seperti bahasa Bali, Aceh, Sunda, dan Jawa, kerana tidak digunakan seluas-luasnya bagi mengajar ilmu pengetahuan di sekolah walaupun ada puluhan atau ratusan juta penuturnya setiap hari. Bahasa nasionalnya, Bahasa Indonesia, menjadi bahasa pengantar pendidikan serta ilmu, dan bahasa pemersatuan bagi 17,000 pulau dan aneka rupa suku bangsanya. Bahasa-bahasa sukuan seperti bahasa Bali dan bahasa Aceh itu hidup terbatas di daerah masing-masing sahaja.

Sesiapa yang berfikir tentu boleh faham tentang implikasinya, apatah lagi orang yang berpelajaran kecuali pertanyaan di atas sengaja hendak memancing jawapan tertentu yang dicari-cari bagi menghalalkan program pendidikan dalam bahasa Inggeris.

Dalam kata lain kita seolah-olah secara halus mahu meminggirkan BM; menjadikannya hidup segan, mati tak mahu kalaupun tidak berniat untuk membunuhnya. Entah siapa pernah berkata: “Kalau mahu membunuh sesuatu bangsa itu bunuhlah bahasanya terlebih dahulu.”

Kesangsian dan kebimbangan yang terbit daripada soal-selidik PEMANDU itu betul-betul menjadi kenyataan apabila YAB Perdana Menteri pula, dua minggu selepas itu, mengumumkan dalam ucapan Bajet 2016 bahawa kerajaan akan memperkenalkan Program Imersif Tinggi atau HIP (Highly Immersive Program) dan Program Dwi-Bahasa (Dual Language Program) bagi kepentingan kecekapan berbahasa Inggeris dan berbahasa Melayu. Apakah maknanya HIP itu; dan bagaimana menerapkannya? Barangkali guru-guru dan pemimpin politik sahaja yang lebih mengetahuinya.

Program Dwi Bahasa pula membolehkan sekolah-sekolah dan ibu bapa memilih bahasa apa yang hendak digunakan di sekolah. Dalam kata lain BM tidaklah mesti menjadi bahasa pengantar wajib bagi semua sabjek di sekolah tertentu kecuali sabjek BM sendiri dan sejumlah yang lain.

Page 124: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kami Bantah DLP

110

Kalau sudah begitu tentu sekali sekolah-sekolah, terutama di bandar di mana ramai dihuni oleh golongan menengah, elit dan masyarakat bukan Melayu, terutama Anglophile atau pengagum tegar bahasa Inggeris, akan menolak BM sebagai bahasa pengantar (terutama dalam Sains dan Matematik) seperti yang dikempenkan oleh sejumlah kelas menengah dan elit bandar sejak kontroversi PPSMI pada awal 20-an.

Mereka ini tidak berhenti-henti bersuara dan mempengaruhi tokoh-tokoh kenamaan, pedagang kapitalis, dan pegawai tinggi kerajaan supaya bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar bagi anak-anak mereka kerana tidak percaya kepada BM.

Bayangkan apa akan wujud dalam sistem pendidikan kebangsaan di tanah air kita ini apabila dasar baharu (Program Dwi-bahasa) dilaksanakan. Sudahlah kita ada sekolah kebangsaan, dan sekolah jenis kebangsaan di samping yang swasta di negara ini, nanti akan ada pula dua jenis atau aliran di sekolah kebangsaan dalam sistem pelajaran kebangsaan itu sendiri.

Nasihat apakah yang diberikan oleh PEMANDU dan rakan sekutunya PADU (Education Performance and Delivery Unit) kepada Perdana Menteri tentang hala tuju pendidikan yang harus dilalui bagi menjayakan Program Transformasi Ekonomi? Apakah salah satu caranya ialah dengan menggeser status quo BM untuk memberi ruang lebih besar kepada bahasa Inggeris? Memang boleh dibuat kalau pemimpin kerajaan Barisan Nasional memutuskannya, tetapi kurang masuk akal dan tidak bijaksana.

Warga negara Malaysia yang waras otaknya, berpandangan jauh tentang usaha memajukan ekonomi seraya membentuk keperibadian bangsa, dan perpaduan generasi akan datang, tidak menentang kecekapan atau profisensi berbahasa Inggeris. Malahan mahir berbahasa asing lain pun (Arab, Mandarin, Perancis atau Jerman misalnya) patut digalakkan andainya pelajar mampu dan mendapat peluang, tetapi bukan sampai

Page 125: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Bahasa Melayu Sekali Lagi Terumbang-Ambing

111

mengucilkan kedudukan penting BM dalam mata pelajaran utama dalam sistem pendidikan negara.

Mengapa setiap kali bercakap tentang kepentingan industri perkhidmatan bagi kemajuan ekonomi; pengangguran graduan; kecekapan modal insan; kelemahan pegawai berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, dan kekurangan produktiviti dan pendapatan yang rendah, maka BM dipersalahkan lalu sekali lagi mahu dihukum dan dikurangi peranan dan statusnya di sekolah?

Kenapa tidak persalahkan kegagalan kita berikhtiar memberikan jawapan yang tepat, berkesan serta tuntas terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua selama sebelas tahun diajar di sekolah kalau kita percaya bahawa bahasa Inggeris itu adalah lampu Aladin ajaib yang mampu memenuhi segala keinginan yang muluk-muluk?

Di negara maju yang manakah yang mengajar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua sejak tahun satu sehingga tamat sekolah menengah? Di negara manakah yang mengajar setengah sabjek dalam bahasa rasmi atau kebangsaan, dan setengah lagi dalam bahasa Inggeris? Negara manakah yang memberi kebebasan kepada sekolah kerajaan untuk memilih bahasa apa yang ibu bapa suka sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran penting seperti Matematik dan Sains? Pertanyaan-pertanyaan ini penting untuk kita membanding dan mempelajari kejayaan sesebuah negara.

Pengkritik Program Dwi-Bahasa bukanlah Anglofobia (anti bahasa Inggeris), malah menerima baik usaha-usaha untuk memperhebat kemahiran mendengar, membaca, bertutur, menulis dan menterjemah dalam bahasa Inggeris. Tak ada masalah dalam hal ini. Silakan ajar anak-anak kita biar pintar dan fasih menggunakan bahasa Inggeris, tetapi bukan sampai mengurangi peranan serta status quo BM vis-à-vis bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan kebangsaan.

Page 126: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kami Bantah DLP

112

Kedaulatan BM dan pendidikan dalam BM ini sudah menjadi sebahagian daripada cita-cita perjuangan kemerdekaan para nasionalis sejak zaman penjajahan Inggeris. Apakah rakyat yang sudah dimerdekakan; menjadi kelas menengah yang senang lenang hari ini bertukar menjadi sombong bagai kacang yang lupakan kulit; dan memandang rendah terhadap warisan bangsanya? Apakah Husin Onn, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Ismail dan puluhan pemimpin UMNO, PAS, dan Sosialis dahulu memperjuangkan kemerdekaan tanpa bercita-cita memerdekakan BM?

Ketaksuban terhadap bahasa Inggeris mengelirukan akal sihat kita untuk berfikir secara waras. Apakah bahasa Inggeris menjamin segala-galanya tentang kesejahteraan hidup individu, rakyat dan bangsa; tentang daya kreativiti dan inovasi, malah tentang akhlak, watak dan kebijaksanaan manusia?

Ingatilah kembali peristiwa skandal kewangan terbesar yang mula-mula melanda negara ini pada awal 80-an sehingga mengorbankan nyawa seorang pegawai bank yang tidak berdosa? Bukankah peristiwa busuk itu melibatkan professional dan tokoh-tokoh korporat yang berpelajaran tinggi dalam bahasa Inggeris, dan cukup petah berbahasa Inggeris?

Kita tak rela lagi melihat BM itu hidup sebagai lambang kemegahan di mulut sahaja tetapi tidak digunakan oleh tokoh-tokoh korporat, politik, elit dan kelas menengah terutama pada waktu dan tempat-tempat yang rasmi, apatah lagi dalam institusi pendidikan kebangsaan. Bahasa Kebangsaan bukan hanya untuk berkomunikasi di pasar-pasar tani, di warung-warung tepi jalan atau untuk kempen politik sewaktu datang pilihan raya.

Apakah susah sangat memahami hal ini atau fikiran mereka sudah sangat tertawan sehingga terperangkap dengan sikap mental sempit dan tohor bahawa bahasa Inggeris itu kunci emas bagi menentukan segala kejayaan, kecemerlangan dan maruah

Page 127: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Bahasa Melayu Sekali Lagi Terumbang-Ambing

113

seseorang atau sesuatu negara bangsa? Minda yang tertawan ini adalah saki baki daripada beban sejarah yang dipikulkan oleh penjajah Inggeris ke dalam rohani dan fikiran bangsa kita sejak bertahun-tahun lamanya sehingga sangat sukar dikikis.

Seseorang individu misalnya mungkin nampak moden, hebat dengan kedudukan rasmi serta deretan titel di depan atau di belakang namanya, tetapi belum tentu dia seorang yang berfikiran maju atau visionary sehingga bertindak secara mekanikal apabila diarah oleh atasannya.

Kemahiran pelbagai bahasa memang aset besar, tetapi sekali lagi janganlah sampai mengucilkan kedudukan BM sebagai bahasa ilmu. Malahan PEMANDU dalam perancangannya untuk melakukan transformasi Malaysia patut merangka strategi baru bagaimana memperkasa BM sebagai sebahagian yang penting dalam kehidupan birokrasi awam, kebudayaan, ekonomi dan transformasi Malaysia.

Transformasi dan ekonomi negara itu untuk apa kalau tidak untuk martabat kehidupan jasmani, rohani, nilai-nilai baik kebudayaan dan keperibadian manusianya? Membina jambatan pun adalah bertujuan untuk kepentingan lalu lintas dan kemudahan manusia. Apatah lagi sesuatu gagasan dan dasar yang melibatkan ratusan ribu pelajar setiap tahun dengan kesan kemasyarakatan yang berpuluhan tahun lamanya.

Kesan dan dampak transformasi terhadap keseluruhan kesejahteraan sosial dan nilai-nilai budaya dan warisan harus diperhitungkan sekali bersama-sama penambahan wang dalam saku dan kantung negara sebagai ukuran darjat rakyat dan sesuatu bangsa.

Sekalian persoalan tentang buruk baik peranan bahasa Inggeris dan BM telah diperdebatkan sewaktu PPSMI dipaksakan pada 2003 dahulu sehingga orang berarak menunjuk perasaan di atas jalan raya. Kenapa kali ini hal yang serupa dibangkitkan lagi?

Page 128: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kami Bantah DLP

114

Apakah ada muslihat keuntungan perniagaan bagi puak-puak tertentu atau untuk faedah politik di sebaliknya, yakni untuk menarik undi popular di kawasan-kawasan bandar dan pinggir bandar?

Politik bukan segala-galanya, dan rakyat biasa ingin hidup aman tenteram, dan sangat ingin melihat dengan jelas ke mana hendak kita tuju. Janganlah bermain banyak sangat dengan politik kalau kita ingin rakyat produktif dalam kehidupan normalnya setiap hari.

Dasar pendidikan dan bahasa yang lebih bertujuan kepentingan ekonomi, dan tidak memperhitungkan kesan-kesan buruk baiknya terhadap nilai-nilai budaya, kemasyarakatan dan nilai-nilai kemanusiaan hanya memperlihatkan betapa sikap mental yang materialistik telah mendominasi orientasi tindakan pemimpin-pemimpin birokrasi di negara ini. Mereka terlalu melihat kepada angka-angka statistik dan data dalam penyelidikan di bilik-bilik selesa berhawa dingin, tetapi hilang sentuhan dengan pemikiran, perasaan dan hasrat rakyat apabila membuat tafsiran lalu memandai-mandai menentukan apa yang sebaiknya untuk rakyat. Kenapa sewaktu merangka DLP itu pihak-pihak yang berkepentingan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka dan badan-badan bukan kerajaan yang berkaitan tidak ditinjau pendapat serta pendiriannya?

Pertanyaan selainnya ialah apakah usaha-usaha untuk meningkatkan “proficiency” dalam bahasa Inggeris, terutamanya di sekolah, sudah habis diikhtiarkan sekalian pendekatan dan caranya dalam pelbagai kegiatan persekolahan yang menjengkau selama sebelas tahun dari sekolah rendah ke menengah atas?

Perlulah juga diinsafi sedalam-dalamnya bahawa kemahiran berbahasa Inggeris itu memang sangat membantu kalau mahu menimba ilmu pengetahuan, baik secara formal atau tidak formal, dan berkomunikasi di kalangan antarabangsa, tetapi tidaklah pula bermakna ia syarat mutlak, mahu tidak mahu,

Page 129: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Bahasa Melayu Sekali Lagi Terumbang-Ambing

115

untuk individu atau bangsa menjadi kaya raya, berilmu, kreatif dan inovatif, bijaksana dan terhormat. Siapakah tokoh-tokoh jutawan yang tergolong dalam sepuluh terhebat di Malaysia? Mereka bukanlah peribadi-peribadi yang terdidik di institusi pendidikan tinggi berbahasa Inggeris di London School of Economics atau di Harvard Business School.

Mereka adalah peribadi-peribadi yang berdaya usahawan, mempunyai impian dan visi yang luar biasa, pintar mengurus dan merangsang semangat pekerja, bijak memanfaatkan bakat-bakat profesional; dan tentu sekali memiliki sifat watak yang berani menghadapi risiko dan krisis. Jenis manusia usahawan berfikiran kreatif, bersemangat gigih serta rajin berusaha yang seperi inilah yang sangat perlu dibina di kalangan generasi muda; bukan manusia bermentaliti menerabas (ingin cepat naik, cepat kaya dan cepat terkenal) atau yang impiannya hanya untuk makan gaji dengan pekerjaan kolar putih yang stabil.

Orang tidak boleh kaya raya dengan sekelip mata kecuali melalui pilih kasih, rasuah atau loteri. Potensi, bakat, fikiran kreatif dan inovatif, kepercayaan diri dan disiplin harus disemai dan dididik pada diri pelajar dan anak-anak muda kita bersama-sama dengan kemahiran berkomunikasi secara lisan dan tulisan. Sifat-sifat peribadi yang seperti ini lebih menjamin kejayaan generasi muda bagi faedah kecemerlangan ekonomi negara.

Sejauh mana kita telah meneliti sekian faktor ini dalam sistem pendidikan kita selain daripada kemahiran berbahasa dan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris?

Mari juga kita lihat bukti nyata di depan mata kita sendiri pada hari ini. Begitu ramai profesional dan tokoh-tokoh korporat berusia di bawah lima puluhan sekarang bertanggungjawab menjayakan syarikat-syarikat GLC serta GLIC dengan cemerlangnya. Mereka menjadi ahli Lembaga Pengarah, Pengarah Urusan, Pengarah Eksekutif, CEO, Pengurus dan beberapa yang

Page 130: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kami Bantah DLP

116

lain menjadi tokoh politik, usahawan dan pensyarah universiti. Mereka adalah pelajar-pelajar yang mengikuti sekolah rendah dan menengah dalam aliran berbahasa Melayu dari darjah satu sehingga tamat tingkatan lima pada tahun-tahun 70-an, 80-an dan 90-an selepas sijil MCE ditamatkan pada tahun 1978.

Ramai di antara mereka ini selepas sijil SPM berangkat ke United Kingdom menuntut di institusi pengajian tinggi yang terkenal di Northingham, Leeds, Canterbury, Lloughburer, Cambridge, Oxford; London School of Economics; dan sejumlah yang lain ke Amerika Syarikat di Ann Arbor, Michigan, Minnesota, Wisconsin, Iowa, Ohio, New York, California, Yale dan Harvard. Jadi bukan kerana bahasa pengantar Inggeris dalam sabjek-sabjek penting di sekolah rendah dan menengah di negara ini yang menghantar mereka jauh ke universiti ternama beraliran Inggeris di seberang laut itu.

Lagipun kita tak perlu membiayai puluhan ribu pelajar lepasan menengah setiap tahun untuk menuntut di institusi ternama di seberang laut kerana Malaysia sudah memiliki banyak universiti serta ramai profesor yang ahli dan cukup berwibawa.

Sorotlah ke belakang dan kaji dengan teliti contoh peristiwa lalu supaya anak-anak kita terdidik dengan baik dan berpandangan luas; tidak seperti kuda andung yang hanya melihat satu arah di depan muka sahaja. Apakah faktor-faktor keluarga, persekitaran, persekolahan, dan pendekatan khusus yang digunakan bagi memungkinkan mereka berjaya di universiti-universiti ternama di United Kingdom, Australia dan Amerika Syarikat walaupun terdidik sepenuhnya di Malaysia dalam bahasa pengantar Melayu kecuali dalam mata pelajaran bahasa Inggeris? Kenapa kita gagal mencelikan pandangan terhadap kenyataan ini?

Janganlah sering bereksperimen dengan pendekatan dan struktur baru sehingga memperjudikan nasib dan keperibadian bangsa kita. Ketetapan bajet tahun 2016, khususnya tentang

Page 131: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Bahasa Melayu Sekali Lagi Terumbang-Ambing

117

Program Dwi-bahasa (Dual Language Program) bukan memberi kesan pada tahun itu sahaja, tetapi memberi kesan jauh bertahun-tahun kemudian; sampai kepada zaman depan pada 2030-an tatkala pelajar-pelajar yang berkenaan menjadi pegawai dan pemimpin negara.

Apa-apa yang dicetak pada otak dan watak murid-murid sekolah hari ini akan memberikan kesannya kepada bangsa pada satu atau dua dekad akan datang. Berfikirlah secara bertanggungjawab agar bahasa kebangsaan atau BM tidak menjadi bahasa kelas kedua di tanah airnya sendiri; dan mereka yang hari ini memegang kuasa mentadbir atau memerintah harus dari sekarang meraba hati nuraninya untuk berasa berdosa.

Walau bagaimanapun, cerdik pandai kita mesti juga selalu menyoal masalah perancangan dan pembangunan bahasa Melayu. Masalah ini memerlukan dialog dan pandangan yang rasional serta membina supaya kita tidak mengulangi pelbagai kelemahan oleh kerana kelalaian sehingga ada orang lain hilang kepercayaan terhadap BM dan mengambil kesempatan untuk memperlekeh bahasa kebangsaan negara.

Selesai menulis ayat-ayat di atas pada 1 November 2015, Ahad, jam 3.30 petang, saya berasa muak dan bosan kerana mengulangi semula perbahasan-perbahasan lama lebih sedekad yang lalu sewaktu menentang PPSMI. Saya lalu duduk mengadap kaca TV, dan kebetulan terbuka siaran berita NHK yang menyiarkan ucapan pucuk pimpinan, Presiden dan Perdana Menteri (Korea, Jepun dan China). Begitu selesai perundingan kemuncak antara mereka di Seoul. di atas pentas yang sama, di hadapan para diplomat dan ratusan media antarabangsa, ketiga-tiganya bergilir berucap dalam bahasanya sendiri -- bahasa Korea, Jepun dan Mandarin -- dengan lancar dan tenang, tanpa tergeliat lidah, kerana mereka masing-masing bangga dengan kedaulatan politik serta harga diri bangsanya.

Page 132: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Makcik Melur, Anaknya dan DLP

Sejak sebulan kebelakangan ini Makcik Melur tidak lena tidur. Dia resah memikirkan nasib masa depan anaknya. Dia menghantar anaknya bersekolah kebangsaan. Bagi Makcik Melur, di mana-mana negara pun, sekolah aliran kebangsaan negara itulah yang terbaik. Tetapi sekarang anaknya diminta belajar beberapa mata pelajaran dalam bahasa Inggeris.

Makcik Melur rasa dia masih waras. Dia bayangkan sekolah taraf kebangsaan di lain-lain negara. Di Jepun, sekolah Jepunlah. Di Korea, sekolah Korealah. Di Siam, sekolah Siamlah. Di Vietnam, sekolah Vietnamlah. Mana mungkin di negara-negara itu ada suatu sistem pendidikan lain yang lebih mulia daripada sekolah bertaraf kebangsaan.

Sedar amat Makcik Melur, yang dia tidak sekali-kali anti bahasa Inggeris. Mana boleh anti bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain. Hang Tuah sendiri, yang Makcik Melur tahu, menguasai dua belas bahasa. Lagipun Allah ciptakan manusia di bumi ini berbangsa-bangsa, masing-masing dengan bahasa mereka.

SN Dato' Anwar Ridhwan

17

Page 133: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Makcik Melur, Anaknya dan DLP

119

Resah Makcik Melur memikirkan masa depan pelajaran anaknya. Selama ini anaknya tidak ada masalah mencerap ilmu di sekolah, sebab ilmu itu disampaikan dalam bahasa Melayu, bahasa ibundanya. Makcik Melur percaya semua kanak-kanak di dunia mudah menerima ilmu melalui bahasa ibunda yang mereka betul-betul fahami dan hayati.

Sebab itu, fikir Makcik Melur lagi, sekolah-sekolah di Cina, Jepun, Korea, Perancis, Itali, Sepanyol, Vietnam, Thai dan sebagainya tidak guna bahasa Inggeris. Masing-masing negara gunakan bahasa kebangsaan mereka untuk mendidik para pelajar anak bangsa.

Satu daripada tujuan utama pendidikan ialah menjadikan seseorang pelajar itu berilmu. Kalau anak Makcik Melur dan rakan-rakan sekolahnya boleh mendapat ilmu melalui bahasa Melayu, apa sebab anaknya harus belajar sesuatu ilmu itu melalui bahasa Inggeris pula? Macam mana kalau anaknya dan rakan-rakannya kurang memahami bahasa Inggeris? Ilmu tidak dapat, bahasa Inggerispun ‘broken’ – Makcik Melur gunakan perkataan ‘broken’ yang pernah didengarnya.

Makcik Melur tidak puas hati juga dengan nasib bahasa Melayu dalam tangan orang-orang Melayu yang berkuasa dan berjawatan. Mengapa negara lain boleh mendaulatkan bahasa kebangsaan mereka, tetapi tidak di sini? Ada yang macam tidak kisah dengan nasib bahasa sendiri, hendak sakit sakitlah, hendak berkubur berkuburlah.

Anak Makcik Melur sudah belajar bahasa Inggeris selama sebelas tahun. Enam tahun di sekolah rendah, lima tahun di sekolah menengah. Kalau kaedah pengajaran dan pembelajarannya ditambahbaik, atau ditambah masa belajarnya sedikit lagi, akan lebih bagus bahasa Inggeris anaknya. Bagi Makcik Melur, yang sakit itu bahasa Inggeris. Jadi apa perlu pindahkannya ke mata pelajaran sains, matematik dan teknologi?

Page 134: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kami Bantah DLP

120

Anak-anak saudara Makcik Melur dulu semuanya sekolah Melayu, kemudian masuk UKM. Di sana kuliah-kuliah dalam bahasa Melayu. Boleh pula mereka jadi pakar matematik, doktor perubatan atau jurutera. Mereka boleh menyambung pelajaran lebih tinggi di luar negara dengan bahasa Inggeris, sebab mereka sudah ada asas bahasa Inggeris.

Begitulah juga, pada fikiran Makcik Melur, yang berlaku kepada para pelajar di Siam, Vietnam dan Indonesia. Pendidikan mereka melahirkan ahli matematik, sains dan teknologi melalui bahasa mereka. Banyak yang jadi doktor, gunakan bahasa mereka sendiri, kerana pesakit mereka gunakan bahasa yang mereka faham.

Kusut juga fikiran Makcik Melur memikirkan apa perlunya program ala PPSMI hendak dihidupkan semula. Mak cik Melur diberitahu sekarang ini sekolah-sekolah hadapi kekurangan pelajar aliran sains akibat dasar PPSMI dahulu. Matlamat 60:40 (Sains:Sastera) juga merudum kepada 28:72 sekarang akibat PPSMI.

Makcik Melur sangat hairan dengan segelintir orang Melayu yang masih memperjuangkan PPSMI. Seolah-olah mereka tiada jati diri, rasa cinta dan hasrat memekarkan bahasa Melayunya kurniaan Tuhan ini. Lebih buruk lagi, seolah-olah bahasa Inggeris itu penentu rezeki, bukan Tuhan.

Kadang-kadang Makcik Melur terfikir yang hodoh-hodoh. Jangan-jangan usaha hendak hidupkan PPSMI semula ini ada agenda halus dan tersembunyi. Lebih-lebih lagi yang cuba dijuarai oleh orang-orang bukan Melayu. Mereka seolah-olah hendak biarkan sebahagian besar pelajar Melayu di luar bandar, pedalaman dan pulau tidak berjaya kuasai sains, matematik dan teknologi – kerana tidak diajar dalam bahasa Melayu yang mereka faham. Jadi mereka akan kekal mundur sebagai bumiputera yang tersisih dan terbuang di tanah air sendiri.

Page 135: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Bahasa Melayu Pupus Jika Tiada Pengurusan Baik

Pengurusan bahasa Melayu yang tidak baik kini akan mengakibatkan kepupusannya dalam masa singkat, yakni satu dasawarsa saja. Ia tidak akan lenyap, tetapi ia akan berubah taraf daripada bahasa besar kepada yang sebaliknya. Oleh sebab homogenisasi budaya yang melanda seluruh dunia memperlihat kepentingan penggunaan bahasa Inggeris, beberapa negara didapati cepat menyerah kalah kepada fenomena ini, dengan meninggalkan bahasa sendiri bagi digantikan dengan sebuah bahasa antarabangsa utama itu.

Nampaknya, Malaysia tidak terkecuali. Dengan saranan Program Dwibahasa yang akan menggunakan bahasa Inggeris untuk pendidikan bidang sains dan teknologi serta teknologi maklumat dan komunikasi, walaupun untuk sekolah yang ingin dan mampu sahaja, ia akan memperlihat permulaan kemerosotan bahasa Melayu yang tidak dapat dibendung lagi.

Ini adalah kerana penggunaan bahasa Inggeris dalam program ini tidak memperlihat keadaan saling melengkapi

Profesor Teo Kok Seong Universiti Kebangsaan Malaysia EXCO Majlis Profesor Negara

18

Page 136: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kami Bantah DLP

122

dengan bahasa Melayu, sebaliknya ia mewujudkan situasi persaingan antara kedua-duanya. Dengan kuasa yang ada pada bahasa Inggeris, melalui imperialismenya di seluruh dunia, ia akan dengan dengan mudah dan cepat meranapkan dan menghapuskan bahasa yang bersiang dengannya.

Malangnya persaingan ini diwujudkan dalam sistem pendidikan negara oleh kita sendiri. Kita mahu jalan mudah dan cepat bagi menyerap ke dalam dunia saintifik yang berbahasa Inggeris. Dalam hal ini, tidak dapat dinafikan bahasa Inggeris adalah jambatan wajib bagi meraih kemajuan. Namun, adakah ini satu-satu caranya?

Dalam keadaan bahasa Melayu yang bertaraf bahasa saintifik moden dengan kemampuan bukan sahaja memandaikan anak bangsa, tetapi berupaya juga memajukan negara, ia yang juga mampu memberi pengertian warisan yang terbaik kepada rakyat Malaysia, sepatutnya dijadikan wahana utama yang tunggal dalam sistem pendidikan negara dan lain-lain.

Bahasa negara sendiri, lebih-lebih lagi yang terbina sifatnya, walaupun tidak mempunyai nilai antarabangsa, adalah bahasa yang bukan sahaja mampu melindungi pertalian sejarah, ia juga afdal sekali bagi mendukung identiti nasional. Ini bukan sahaja disedari dan diinsafi banyak negara yang mengutamakan kedaulatan politik sebagai negara merdeka dan mementingkan kebebasan budaya yang menitikberatkan warisan bangsa sendiri.

Antaranya Rusia dan Jerman di barat dan China, Jepun dan Korea di timur, yang tidak pun beralih kepada bahasa Inggeris dalam usaha meraih kemajuan dalam dunia yang mementingkannya. Yang mereka lakukan adalah mempertingkat pengetahuan dan penguasaan bahasa itu melalui pendidikan bahasa itu sendiri.

Inilah yang sepatutnya dilakukan di Malaysia. Untuk ini, Program Imersi Bahasa Inggeris yang ikut disarankan itu

Page 137: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Bahasa Melayu Pupus Jika Tiada Pengurusan Baik

123

hendaklah diterima. Ia memastikan peningkatan kemahiran berbahasa Inggeris yang dilakukan hanya melalui mata pelajaran itu sendiri.

Natijah yang ingin disampaikan di sini adalah jangan kita sesekali meminggirkan bahasa kita sendiri yang mempunyai modal linguistik yang agam untuk tujuan kemajuan kita di dalam dan di luar negara. Sehubungan ini, bahasa Melayu hendaklah digunakan sebagai satu-satunya wahana untuk semua bidang penting, baik dalam pendidikan ataupun lain-lain.

Apabila bahasa Melayu tidak digunakan dalam semua bidang penting, ia bukan sahaja akan kehilangan istilah, pola wacana dan lingkungan gaya dalam kesemua itu. Tetapi yang lebih menyedihkan lagi ia akan ikut kehilangan kandungan yang tidak dapat diperkata atau diungkapkan lagi dalam semua bidang itu.

Sikap kita penting dalam pelestarian bahasa Melayu yang merupakan bahasa negara kita. Sikap ini merujuk kepada cara kita melihat bahasa kita dan berasa tentangnya. Sudah tentu ia hendaklah bangga sifatnya. Lebih penting lagi daripada semua ini adalah bahasa Melayu hendaklah selalu digunakan, khususnya dalam segala kegiatan budaya tinggi, termasuklah bidang pendidikan pada semua peringkat.

Dalam konteks ini, bahasa Melayu tidak akan sesekali merosakkan sistem pendidikan negara amnya dan bidang sains dan teknologi serta teknologi maklumat dan komunikasi khasnya. Ia juga tidak akan membinasakan pembinaan peradaban kita. Oleh itu, janganlah kita sesekali menghukumnya dengan meminggirkannya untuk akhirnya menghapuskannya daripada keupayaan mengungkapkan segala urusan serius dalam kehidupan kita.

Page 138: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Melestarikan Bahasa Sebagai Identiti Bangsa

Malaysia, sebagai sebuah negara bangsa, wujud sebagai sebagai negara yang mengamalkan demokrasi dan berperlembagaan. Manakala, bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi mengikut Fasal (1) Perkara 152 dalam Perlembagaan ada memperuntukkan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. Ini jelas sudah termaktub dan tiada sebarang cabaran atau pengkhianatan ke atas kedaulatannya. Bagaimanapun, bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua akan tetap terpelihara juga, tetapi tidak sampai menggugat kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, khususnya di dalam bidang sains dan teknologi.

Kita percaya, ahli dan aktivis, pakar dan intelektual bahasa Melayu di negara ini tidak mungkin menolak kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi di peringkat domestik mahupun antarabangsa. Umum tahu dan menyedari, Malaysia sebagai bekas tanah jajahan British, bahasa kolonial ini telah lama wujud tertanam, membenih, berakar dan menunjangi pemikiran segelintir bangsa elit dan para pemimpin Melayu, walaupun negara telah mencapai kemerdekaan lebih daripada 50 tahun. Golongan Melayu ini masih tegar mempertahankan dan

Ramlee Wahab

19

Page 139: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Melestarikan Bahasa Sebagai Identiti Bangsa

125

mempamerkan gaya hidup kebaratan yang jelasnya mereka ini telah dihinggapi sindrom ‘minda tertawan’.

Kelemahan bangsa Malaysia di dalam penguasaan bahasa Inggeris adalah meliputi wilayah yang besar di kawasan-kawasan luar bandar dan daerah pedalaman. Manakala di bandar-bandar besar dan kota metropolitan, masyarakatnya lebih terdedah kepada arus kemodenan, maka penguasaan dan penggunaan bahasa Inggeris sedemikian penting dan meluas, khususnya untuk urusan perniagaan. Perlu diketahui bahawa, penggunaan bahasa Inggeris yang meluas di kalangan masyarakat bandar tersebut biasanya lebih mencakupi kemahiran berkomunikasi. Dengan itu, ternyata ada jurang besar antara masyarakat bandar dan kampung di dalam penguasaan bahasa Inggeris, misalnya di dalam urusan percakapan dan perbualan harian.

Apa yang jelas, kelemahan ini dapat diatasi dengan diusahakan oleh pihak kerajaan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pengajaran bahasa Inggeris itu sendiri; sudut latihan perguruan, sukatan pelajaran, bahan pengajaran dan pembelajaran, peningkatan prasarana dan kemudahan serta kaedah penyampaiannya. Seandainya keperluan menambah guru bahasa Inggeris itu mendesak, maka keutamaan diberikan kepada guru-guru tempatan yang sudah pencen dan masih boleh menyumbangkan jasa.

‘Dual Language Programme’ bukanlah suatu alternatif terbaik atau suatu kaedah paling sempurna untuk meningkatkan pemahaman dan kemahiran para pelajar di dalam menguasai bahasa Inggeris secara lisan ataupun tulisan. Tambahan pula, program DLP ini mahu menjadikan subjek Sains dan Matematik sebagai ‘kuda tunggangan’ di mana secara tidak langsung dwibahasa akan digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Apa yang boleh kita fahamkan ialah, DLP ini masih di peringkat percubaan dan amat mirip kepada ‘Dasar Pengajaran dan Pembelajaran

Page 140: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kami Bantah DLP

126

Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris’ (PPSMI) yang telah dimansuhkan mulai tahun 2012. Dilaporkan, program DLP ini menggunakan anggaran 300 buah sekolah di sekitaran Wilayah Persekutuan dan Kuala Lumpur sebagai projek rintis sekali gus makmal ujikaji dan bakal memperluaskan lagi wilayah kekuasaan dengan sokongan guru, ibu bapa dan para pelajar.

Pemimpin yang berprinsip dan berkredibiliti akan mengutamakan kepentingan majoriti, sedar bahawa rakyat telah mengundi dan memberikan mandat kepada mereka untuk memikul tanggungjawab mentadbirkan pelbagai urusan negara secara ‘bersih, cekap dan beramanah’. Isu-isu seperti bahasa Melayu khususnya selain agama Islam sebagai agama rasmi yang telah termaktub di dalam perlembagaan hendaklah dipelihara dan dilindungi tanpa berkompromi. Sementelahan pula kekuatan semangat ‘keluhuran perlembagaan’ ini telah dinyatakan secara jelas di dalam prinsip ketiga Rukun Negara.

Page 141: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

127

YAB Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia,Pejabat Perdana Menteri,Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62502 PUTRAJAYA.

Tarikh : 3 November 2015 21 Muharam 1437

YAB Dato’ Sri,

PERNYATAAN PENDIRIAN SASTERAWAN NEGARA TERHADAP ISU PENGGUNAAN DWIBAHASA DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

Dengan hormatnya kami merujuk perkara yang tersebut di atas.

2. Merujuk ucapan YAB Perdana Menteri pada Pembentangan Bajet 2016 di Parlimen pada 23 Oktober 2015, kami berasa amat dukacita dan sekali gus tidak bersetuju dengan keputusan memperkenalkan Program Dwibahasa (Dual Language Programme) dalam sistem pendidikan kebangsaan.

3. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sudah sangat mantap digunakan di sekolah-sekolah, dan terbukti telah melahirkan jutaan pelajar yang menyumbang secara berkesan terhadap kemajuan ekonomi di Malaysia yang kita anggap cukup maju.

4. Kami tidak menentang usaha meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris, tetapi jangan sampai melucutkan kedudukan dan martabat bahasa Melayu dalam mata pelajaran utama seperti Matematik dan Sains dan sebagainya.

5. Kami berpendapat masalah pokoknya adalah bahawa bahasa Inggeris tidak diajarkan dengan berkesan dan menghasilkan pelajar yang mahir dalam bahasa ini apabila mereka selesai dalam pengajian.

Page 142: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kami Bantah DLP

128

6. Kita harus sedar bahasa kita ialah wadah dan khazanah jati diri yang mengandungi nilai-nilai baik di dalamnya. Dengan menurunkan terajunya sebagai bahasa utama yang dapat menyatukan semua bangsa di Malaysia, kita juga menurunkan tugasnya untuk menyatukan rakyat seluruhnya.

7. Kami khuatir bahawa program dwibahasa yang hendak dilaksanakan akan menciptakan dua golongan manusia, iaitu yang berbahasa Inggeris dan berbahasa Melayu, dan kesannya ialah penciptaan dua kelas yang berlainan di negara ini.

8. Malah inilah waktunya kita harus bergerak cepat menyatupadukan semua bangsa dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaanlah yang dapat menjalankan tugas ini.

9. Kami menyerukan agar kerajaan mempertimbangkan kembali keputusan yang telah dibuat demi perpaduan bangsa dan pelanjutan budaya dan ilmu yang terkandung dalam bahasa kebangsaan kita.

Sekian. Terima kasih.

1. YBhg. SN Profesor Emeritus Dr. Muhamad bin Haji Salleh

2. YBhg. SN Dato’ Noordin bin Hassan

3. YBhg. SN Dato’ Dr. Mohd. Anuar bin Haji Rethwan

4. YBhg. SN Dato’ Dr. Haji Ahmad Kamal bin Abdullah

5. YBhg. SN Dato’ Dr. Baharuddin bin Zainal

6. YBhg. Dato’ Dr. Zurinah binti Hassan

Page 143: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Yang berikut merupakan pertubuhan bukan kerajaan dan Sasterawan Negara yang hadir dalam Persidangan Meja Bulat pada 29 Oktober 2015 di DBP dan menolak program dwibahasa dalam sistem pendidikan negara:

Badan-Badan Bukan Kerajaan

1. Gabungan Penulis Nasional (GAPENA)2. Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan

Malaysia (NUTP)3. Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu Berhad

(MTEM)4. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)5. Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM)6. Persatuan Penulis Budiman Malaysia7. Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM)8. Yayasan Usman Awang9. Yayasan Karyawan Malaysia10. Persatuan Penterjemah Malaysia11. Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)12. Ziarah Karyawan13. Persatuan Linguistik Malaysia (PLM)14. Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI)15. Kumpulan Sasterawan Kavyan16. Persatuan Lembaga Peradaban Melayu (ADAB)17. Persatuan Penulis Johor (PPJ)18. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)19. Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan20. Seniman Paksi Rakyat (PAKSI)

Page 144: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kami Bantah DLP

130

21. Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI)22. Persatuan Aktivis E-sastera Malaysia23. Persatuan Sejarah Malaysia24. Ikatan Persuratan Melayu Melaka (IPM)25. Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP)26. Persatuan Sasterawan NUMERA27. Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia28. Persatuan Warisan dan Sejarah Pulau Pinang29. Persatuan Folklor Malaysia30. Persatuan Alumni Suluh Budiman31. Persatuan Penulis Budiman Malaysia (BUDIMAN)32. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)33. Persatuan Penulis Melaka (PENAMA)34. KESATUAN GURU-GURU MELAYU MALAYSIA

BARAT (KGMMB), tidak hadir tetapi menyatakan kebersamaannya dengan kumpulan ini dan bersama dalam perjuangannya.

Individu

35. Yang Berbahagia SN Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh

36. Yang Berbahagia SN Dato’ Dr. Anwar Ridhwan37. Yang Berbahagia SN Dato’ Dr. Haji Ahmad Kamal

Abdullah38. Yang Berbahagia SN Dato’ Baharuddin Zainal

Page 145: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

KEHADIRAN MESYUARAT BADAN BERTINDAK ISU PENDIDIKAN KEBANGSAAN

TARIKH : 1 DISEMBER 2015

MASA: 4.00 PETANG

TEMPAT: RUMAH GAPENA, JALAN BEFIELD, KUALA LUMPUR

Bil. Nama No. Telefon E-mel

1. Yang Berbahagia Datuk Zainal Abidin bin Borhan Ketua II GAPENA

019-3812696 [email protected]

2. Tuan Haji Hamzah bin Hamdani GAPENA

019-3855047 [email protected]

3. Yang Berbahagia Datuk Baharuddin bin Zainal Sasterawan Negara

010-2555686 [email protected]

4. Yang Berbahagia Profesor Emeritus Dr. Shaharir bin Md. Zain Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP)

012-2361967 [email protected]

5. Encik Mohd Nizam bin Mashar Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu Berhad (MTEM)

016-2184458 [email protected]

6. Yang Berbahagia Prof. Emeritus Dr. Abdullah bin Hassan Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia

016-6611530 [email protected]

7. Yang Berbahagia Datuk Dr. Hasan bin Mad Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu

016-3639393 [email protected]

Page 146: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb

Kami Bantah DLP

132

8. Yang Berbahagia Dr. Mohamaed Saleeh bin Rahamad @Ahmad Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)

019-3514940 [email protected]

9. Yang Berbahagia Dato’ Haji Ab. Raof bin Hussin Presiden Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

012-3669746 [email protected]

10. Yang Berbahagia Datuk Dr. Yahya bin Baba Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia

012-3318113 [email protected]

11. Encik Amiruddin bin Md Ali Hanafiah Pengerusi Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM)

017-8843965 [email protected]

12. Encik Mohd. Hafezi bin Abdul Hamid Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

017-3450301 [email protected]

13. Yang Berbahagia Datuk Dr. Awang bin Sariyan

012-7201056 [email protected]

14. Yang Berbahagia Prof. Datuk Wira Abdul Latiff bin Abu Bakar Ketua I GAPENA

019-6196720 [email protected]

15. Yang Berbahagia Prof. Emeritus Isahak bin Haji Haron

019-2520591 [email protected]

16. Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Teo Kok Seong

013-3694060 /013-3180123

[email protected] /[email protected]

17. Tuan Haji Abdul Aziz bin Mohamad Ali GAPENA

019-3196560 /03-21442412

18. Encik Abdul Ghani bin Abu

019-2076970 [email protected]

Page 147: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb
Page 148: Kami Bantah DLP.pdf · dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, ... bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah, (kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb