kajian tindakan sains sekolah rendah ipgm

Upload: shafiq-subahir

Post on 02-Apr-2018

630 views

Category:

Documents


30 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Kajian Tindakan Sains Sekolah Rendah IPGM

    1/7

    MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TAHUN 5 DALAM TAJUK KITARAN AIRDENGAN MENGGUNAKAN PAKEJ PEMBELAJARAN

    SYU POWER WATER WHEEL

    Oleh :

    Nur Syuhada Binti Sobri & Wan Mazlan Bin Wan MudaInstitut Pendidikan Guru

    Kampus Dato Razali Ismail

    ABSTRAKTujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengatasi masalah kesukaran muridmenguasai Tajuk Kitaran Air Tahun 5. Berdasarkan refleksi pengajaran danpembelajaran, didapati murid tidak dapat menguasai dan kurang pemahaman dalamtajuk ini. Penglibatan dan minat murid juga kurang memuaskan. Alat kajian yang dipilihuntuk membuktikan masalah ini secara sainstifik adalah ujian pra, keputusan ujian OTI,borang pemerhatian, borang soal selidik, serta temu bual. Kajian yang dijalankanadalah kajian tindakan berbentuk Mix-method iaitu gabungan antara kajian kualitatif dankuantitatif serta menggunakan responden persempelan bertujuan. Kumpulan sasaranterdiri daripada 5 orang murid Tahun 5 Intan iaitu 4 orang perempuan serta seoranglelaki. Tindakan yang dijalankans adalah menggunakan Pakej Pembelajaran Syu PowerWater Wheel yang menggabungkan tiga item iaitu Roda Kitaran Air, TokenCemerlang dan Smart Interactive Quiz (SIQ) menggunakan perisian Power Point.Instrumen yang diguna bagi mengumpul data adalah ujian pra dan pasca, pemerhatian,soal selidik serta temubual. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan markah muriddalam ujian pra dan pos sebanyak 56%. Hasil pemerhatian membuktikan peningkatanpenglibatan murid sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Keputusan soal selidikdan temubual positif apabila responden semakin meminati subjek sains. Pelbagaicadangan dikemukakan bagi kajian lanjutan.(Kata kunci: Pakej Pembelajaran, , penglibatan, minat, Syu Power Water Wheel)

    PENGENALAN

    Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dalam proses pengajaran dan pembelajaranamat penting. Sesuatu proses pengajaran itu akan lebih bermakna kepada murid jikaguru menggunakan BBM. Rashidi Azizan (1995) berpendapat bahawa penggunaan alatbantu mengajar juga memberi peluang kepada pelajar memperolehi pengetahuanmelalui penggunaan pelbagai deria, iaitu deria penglihatan (contoh ABM: carta, foto,OHP), deria sentuh (contoh ABM: model, spesimen biologi), dan deria pendengaranserta penglihatan (contoh ABM: radio, televisyen, pita rakaman, video, filem, komputer).Fungsi utama ABM adalah untuk memudahkan para pelajar memahami isi pengajaran.

    Semasa pengkaji berpraktikum di Sekolah Kebangsaan Kepong, pengkaji telahmembuat satu refleksi selepas sesi pengajaran bagi Topik Kitaran Air Tahun 5.Pengkaji mendapati terdapat segelintir murid tidak dapat menguasai topik ini. Pengkajitelah membuat tinjauan masalah bagi mengenal pasti punca murid gagal dalammenjawab solan yang telah pengkaji berikan.

    Sewaktu proses penerangan diberikan kepada para pelajar, pengkaji mendapatiada segelintir pelajar yang kurang memberi tumpuan serta melakukan kerja lain.Penglibatan para pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kali ini amat

  • 7/27/2019 Kajian Tindakan Sains Sekolah Rendah IPGM

    2/7

    mengecewakan. Pengkaji sedar bahawa kaedah pengajaran kali ini kurang menarikserta tidak berjaya mencuri tumpuan semua pelajar untuk turut terlibat secara aktif.Menurut kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (2002)menunjukkan guru kerap kali terikat dengan kaedah pengajaran yang lama iaituberpusatkan guru tanpa memberi peluang kepada murid menggunakan penglibatandomain pengetahuan, afektif dan psikomor. Pengkaji telah melaksanakan satu intervensi

    untuk merawat masalah ini iaitu dengan mengaplikasikan Pakej Pembelajaran SyuPower Water Wheel. Pakej ini telah menggabungkan 3 item iaitu Roda Kitaran Air,Token Cemerlang; dan Smart Interactive Quiz (SIQ) menggunakan perisian MicrosoftPower Point.

    Kajian ini penting untuk membantu murid khususnya Tahun 5 dalam menguasaitajuk Kitaran Air. Selain itu, kajian ini juga ingin melihat peningkatan penglibatan muriddalam sesi pengajarn dan pembelajaran serta bagi memupuk minat murid dalam matapelajaran sains.

    METODOLOGI

    Reka bentuk kajian ini adalah kajian tindakan secara kualitatif dan kauntitatif

    berdasarkan model Kurt Lewin (1946). Model ini dipilih kerana ianya mudah difahamidan diikuti serta memberikan pengkaji idea yang jelas tentang bagaimana untukmenjalankan kajian ini. Model ini telah menyarankan empat langkah bagi menjalankankajian tindakan iaitu refleksi, merancang, bertindak dan memerhati.

    Kajian ini dimulakan dengan pengkaji mengenal pasti masalah yang dihadapiserta menganalisisnya secara kualitatif dan kuantitatif dengan merefleks. Pengkaji telahmencari punca yang menyebabkan murid tidak memberi perhatian sewaktu P&P.Langkah kedua adalah merancang. Setelah pengkaji menganalisis data serta mengenalpasti masalah murid, pengkaji telah merancang satu intervensi bagi mengatasi masalahtersebut. Pengkaji telah merancang untuk menggunakan pakej pembelajaran bagimembantu responden menguasai tajuk Kitaran Air. Bagi gelungan bertindak, pengkajitelah mengaplikasikan pakej pembelajaran Syu Power Water Wheel. Pakej

    pembelajaran ini menggabungkan tiga item iaitu Roda Kitaran Air, Token Cemerlangdan Smart Interactive Quiz. Setelah itu, pemerhatian dijalankan bagi menilaikeberkesanan intervensi ini.

    Seramai lima orang responden tahun 5 Intan dari Sekolah Kebangsaan Kepong

    telah dipilih dalam kajian ini. Responden ini terdiri daripada 4 pelajar perempuan dan

    seorang pelajar lelaki dari kelas 5 Intan. Kelas 5 Intan merupakan kelas ke-2 dari 4

    kelasTahun 5 di sekolah ini. Sekolah ini telah mengamalkan sistem streaming class

    iaitu menempatkan para pelajar berdasarkan pencapaian masing-masing. Secara

    umumnya, kelima-lima responden ini menunjukkan tingkah laku bermasalah serta

    kurang terlibat sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Responden juga dipilh

    berdasarkan keputusan ujian pra serta ujian OTI yang rendah.

    Data kajian ini dikumpul dan dianalisis menggunakan empat instrumen iaitu ujiapra dan pasca, pemerhatian, soal selidik dan temu bual. Ujian pra dan pasca digunakan

    untuk melihat perbezaan pencapaian responden sebelum dan selepas intervensi

    diaplikasikan. Pemerhatian pula dilaksanakan secara berstruktur bagi melihat

    peningkatan penglibatan responden sewaktu sesi p&p. Instrumen ketiga dan keempat

    iaitu soal selidik serta temu bual pula digunakan untuk mengukur minat murid

  • 7/27/2019 Kajian Tindakan Sains Sekolah Rendah IPGM

    3/7

    mempelajari subjek sains sebelum dan selepas menggunakan pakej pembelajaran Syu

    Power Water Wheel.

    DAPATAN KAJIAN

    Objektif 1 : Keberkesanan penggunaan pakej pembelajaran Syu Power WaterWheeldalam peningkatan pembelajaran murid.

    Analisis data Ujian Pra dan Pasca menunjukkan bahawa pakej pembelajaran SyuPower WaterWheelterbukti berkesan dalam peningkatan pembelajaran murid.

    Jadual 1:Analisis Keputusan Ujian Pra dan Pasca

    Responden Ujian Pra (%) Ujian Pasca (%)

    A 40 90B 40 100C 40 100D 40 80E 30 100MIN 38 94

    Objektif 2 : Meningkatkan penglibatan murid dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran dengan menggunakan pakej pembelajaran Syu

    Power Water Wheel.

    Analisis borang pemerhatian menunjukkan bahawa penggunaan pakej pembelajaran

    Syu Power Water Wheel terbukti berkesan dalam peningkatan penglibatan murid

    sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran.

    Jadual 2:Analisis Kekerapan Tingkah Laku Penglibatan Murid

    Tingkah Laku MuridSemasa Guru

    Mengajar

    Pengajaran KaedahTradisional

    Pengajaran PakejPembelajaran SyuPower Water Wheel

    i) Memberi tumpuansepenuhnya terhadapproses pengajaran danpembelajaran.

    16% 96%

    ii) Tidak mengganggurakan ketika guru

    sedang mengajar.

    32% 100%

    iii) Mengangkat tanganuntuk menjawab soalanyang diberi secarasukarela.

    20% 96%

    1v) Tampil ke hadapansecara sukarela untukmelaksanakan tugasanyang diberi oleh guru.

    4% 96%

  • 7/27/2019 Kajian Tindakan Sains Sekolah Rendah IPGM

    4/7

    v) Tidak bercakapdengan rakan lain halyang tiada kaitandengan tugasan.

    20% 92%

    vi) Tidak membuat kerjalain.

    16% 100%

    Objektif 3 : Membantu memupuk minat murid dalam mempelajari sains dengan

    menggunakan pakej pembelajaran Syu Power Water Wheel.

    Analisis data soal selidik membuktikan bahawa penggunaan pakej pembelajaran Syu

    Power Water Wheel terbukti berkesan bagi memupuk minat murid dalam mempelajari

    sains.

    Jadual 3:

    Analisis Soal Selidik Minat Murid

    Selain soal selidik, pengkaji juga telah mengaplikasikan instrumen temubual. Temubual

    telah dilaksanakan secara dua peringkat iaitu sebelum dan selepas intervensi

    dijalankan. Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan sistem koding.Transkrip jawapan responden diinterpretasikan untuk mengeluarkan tema dan jawapan

    yang berkaitan dengan objektif kajian, Kod-kod tema temubual bagi kajian ini adalah

    seperti di bawah.

    Bil. ItemPengajaran Kaedah

    TradisionalPengajaran Pakej

    PembelajaranSyu Power Water

    Wheel

    YA TIDAK YA TIDAK1. Saya minat belajar sains. 1 (20%) 4 (80%) 5 (100%) 0 (0%)2. Saya tidak mengantuk ketika

    pengajaran dijalankan.1 (20%) 4 (80%) 5 (100%) 0 (0%)

    3. Saya tidak merasa bosan ketika

    mempelajari subjek ini.

    0 (0%) 5

    (100%)

    5 (100%) 0 (0%)

    4. Saya berasa gembira ketika sesipengajaran ini dijalankan.

    0 (0%) 5(100%)

    5 (100%) 0 (0%)

    5. Saya berasa sangat teruja untukbelajar pada hari ini.

    0 (0%) 5(100%)

    5 (100%) 0 (0%)

    6. Saya berharap pembelajaran sainsselepas ini juga turut menggunakanpendekatan yang sama.

    0 (0%) 5(100%)

    5 (100%) 0 (0%)

  • 7/27/2019 Kajian Tindakan Sains Sekolah Rendah IPGM

    5/7

    Jadual 4:

    Kod-kod bagi Tema Temubual

    Kod-kod bagi tema1) Minat murid terhadap subjek sains:

    Minat terhadap subjek sains MNT-YaTidak minat terhadap subjek sains MNT- Ti

    2) Seronok sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran:

    Seronok sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatanyang dijalankan SRNK P- YaTidak seronok sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakanpendekatan yang dijalankan SRNK P- Ti

    Berikut merupakan pandangan beberapa orang responden terhadap subjek sains

    apabila pengkaji bertanya sama ada mereka meminati subjek sains sebelum intervensi

    dijalankan:

    Tak best sangat.... MNT-Ti (Lampiran M, RD, B26 )

    Tak sangat. Minat Matematik lagi. MNT-Ti (Lampiran K, RB, B20 )

    Temubual peringkat kedua dilaksanakan selepas pengajaran dengan menggunakan

    pakej pembelajaran Syu Power Water Wheel. Berikut merupakan beberapa pandangan

    yang disuarakan oleh responden selepas mereka disoal sama ada meminati subjek

    sains atau tidak:

    Aa lagi minat.... MNT-Ya (Lampiran O, RA, B16 )

    Minat. Suka sains.... MNT-Ya (Lampiran P, RB, B15 )Lagi minat dari dulu.... MNT-Ya (Lampiran Q, RC, B15 )

    Lagi minat.... MNT-Ya (Lampiran R, RD, B15 )

    Lebih berminat.... MNT-Ya (Lampiran S, RA, B15 )

    Dapatan di atas menunjukkan peningkatan minat responden dalam mempelajari subjek

    sains. Para responden berpendapat bahawa setelah belajar dengan menggunakan

    pakej pembelajaran Syu Power Water Wheel, mereka lebih berminat untuk

    mempelajari subjek sains.

    PERBINCANGAN DAN CADANGAN

    Objektif 1 : Keberkesanan penggunaan pakej pembelajaran Syu Power Water

    Wheeldalam peningkatan pembelajaran murid.

    Sebelum pengkaji mengaplikasikan pakej pembelajaran Syu Power Water Wheel,

    responden telah mempelajari tajuk Kitaran Air ini secara tradisional. Hasil dari ujian pra

    yang telah dijalankan amat mengecewakan pengkaji. Responden tidak dapat

  • 7/27/2019 Kajian Tindakan Sains Sekolah Rendah IPGM

    6/7

    menunjukkan prestasi yang baik. Oleh itu, pengkaji telah melaksanakan proses

    pengajaran dengan mengaplikasikan pakej pembelajaran Syu Power Water Wheel,

    bagi meningkatkan penguasaan pembelajaran murid. Rahim & Nasuha (2009)

    menjelaskan bahawa pakej pembelajaran ini adalah merupakan sebuah pakej yang

    menyediakan modul pembelajaran yang menarik. Ianya sesuai digunakan oleh guru

    sebagai salah satu cara untuk menjadikan pembelajaran agar lebih menarik dan dapatmengekalkan minat serta fokus pelajar. Pendapat ini membuktikan bahawa pakej

    pembelajaran adalah sesuatu yang relevan untuk diaplikasikan dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran.

    Objektif 2 : Meningkatkan penglibatan murid dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran dengan menggunakan pakej pembelajaran Syu

    PowerWater Wheel.

    Hasil analisis data menggunakan instrumen pemerhatian telah menunjukkan bahawa

    berlakunya peningkatan penglibatan murid selepas pengkaji mengaplikasikan pakej

    pembelajaran Syu Power Water Wheel. Melalui instrumen ini, pengkaji telah melihat

    perubahan penglibatan murid sebelum dan selepas tindakan dijalankan. Pakej

    pembelajaran Syu Power Water Wheel ini terdiri daripada tiga item iaitu Roda Kitaran

    Air, Token Cemerlang dan Smart Interactive Quiz (SIQ). Dengan menggunakan Roda

    Kitaran Air, murid dapat berinteraksi dengan carta boleh gerak yang berwarna dan

    menarik ini. Secara tidak langsung, murid terlibat aktif dalam sesi pengajaran dan

    pembelajaran. Kajian ini selari dengan kajian yang telah dijalankan oleh Collinson (2000)

    mendapati, pelajar lebih berjaya serta memberi tindak balas yang berkesan serta dapat

    menunjukkan bakat hebat bila menggunakan persepsi visual seperti belajar

    berpandukan carta, rajah, pita video dan semua alat bantu yang melibatkan deria

    penglihatan. Selain itu, penggunaan Token Cemerlang dalam kajian ini juga telahmenjadi satu pendorong yang kuat bagi kejayaan meningkatkan penglibatan murid

    sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Kejayaan ini selaras dengan kajian yang

    telah dijalankan oleh Hj. Abd. Rahman bin Hj. Marzuki (2006) dalam kajian beliau

    bertajuk Pelaksanaan Program Ekonomi Token Dalam Mengurangkan Tingkah Laku

    Bermasalah Murid Pemulihan Khas. Beliau membuat kesimpulan bahawa pelaksanaan

    program ekonomi token berjaya mengurus perubahan tingkah laku murid. Penggunaan

    Smart Interacitve Quiz (SIQ) dalam pakej pembelajaran Syu Power Water juga turut

    menyumbang kepada peningkatan penglibatan responden sewaktu sesi pengajaran dan

    pembelajaran. Dapatan kajian yang telah dijalankan oleh Shau Kui Hiung (2009)

    berkenaan Keberkesanan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    menunjukkan bahawa penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat

    meningkatkkan motivasi pelajar terhadap pelajaran merupakan peratusan yang paling

    tinggi 48.3% (n=29). Oleh itu, dengan adanya penggunaan ICT yang berkesan,

    penglibatan murid dalam proses pembelajaran akan meningkat.

    Objektif 3 : Membantu memupuk minat murid dalam mempelajari sains dengan

    menggunakan pakej pembelajaran Syu Power Water Wheel.

  • 7/27/2019 Kajian Tindakan Sains Sekolah Rendah IPGM

    7/7

    Kajian yang dijalankan menunjukkan peningkatan minat turut berlaku selepas

    pengajaran menggunakan pakej pembelajaran Syu Power Water Wheel. Dapatan ini

    disokong dengan dapatan Abdullah Othman (2002) setelah menjalankan kajian

    mengenai persepsi pelajar terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran

    mata pelajaran sains. Hasil dapatan ujian korelasi menunjukkan wujud hubungan yang

    signifikan antara faktor minat dengan fakor strategi pengajaran guru. Ini menunjukkanbahawa minat pelajar terhadap mata pelajaran sains bergantung juga kepada aspek

    strategi pengajaran guru. Kajian ini jelas sekali menyatakan tentang kepentingan strategi

    pengajaran guru untuk memupuk minat murid dalam mata pelajaran sains.

    CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

    Memandangkan kajian ini dilaksanakan dengan batasan kajian yang hanya

    menggunakan 5 orang responden, oleh itu cadangan pertama pengkaji adalah

    menambah bilangan responden murid supaya hasil dapatan kajian lebih jitu dan dapat

    dimanfaatkan keberkesanan kajian ini kepada lebih ramai murid. Selain itu, pengkaji

    juga mencadangkan agar kajian ini diperluaskan lagi untuk topik-topik lain dalam subjek

    sains selain boleh digunakan dalam subjek lain bagi melihat keberkesanan pakej

    pembelajaran Syu Power Water Wheel ini. Cadangan ketiga, kajian seterusnya perlu

    menggunakan pelbagai instrumen lain seperti analisis dokumen bagi melihat

    keberkesanan pendekatan yang diaplikasikanSelain itu, pengkaji mencadangkan agar

    mengaplikasikan Token Cemerlang dalam bentuk kumpulan murid. Ini bertujuan bagi

    melihat keberkesanan penggunaan token ini ke atas murid dalam kumpulan.

    SENARAI RUJUKAN

    Abdullah Othman (2002). Persepsi Pelajar Terhadap Faktor-faktor yang

    mempengaruhi pembelajaran mata pelajaran sains. Universiti Utara

    Malaysia; M.Sc. (Edu.Mgmt.)

    Bahagian Perancangan & Penyelidikan Dasar Pendidikan (2002). Laporan Kajian

    Pelaksanaan Program Pemulihan Khas Di Sekolah Rendah, Kuala

    Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Conllison, E. (2000), A Survey of Elementaru Students Learning Style Preferences

    and Academic Success. Contemporary Education (71): 42-47

    Khaziyati Osman dan Sabariah Sharif (2009). Tinjauan Keperluan PerkembanganProfesionalisme Guru dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

    Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan; Kementerian Pelajaran

    Malaysia.

    Shahril Anuar Abdul Ghalim (2006). Media Elektronik; Keperluan Mendidik dan

    Menghibur. Dewan Agama. Hlm. 56-57.