kajian tindakan sains main1 (2)

Upload: leezm-mleez

Post on 05-Nov-2015

73 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kajian Tindakan main sambil belajar

TRANSCRIPT

CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

16

LIZA ANAK MANSEKOLAH KEBANGSAAN ST. ANTHONY , BINTULU

Kaedah Permainan Jigsaw Puzzle meningkatkan kemahiran Proses Sains Memerhati dalam kalangan murid Tahun 1

ISI KANDUNGAN

1. PENDAHULUAN

Matapelajaran Sains merupakan salah satu subjek yang amat menarik dimana guru harus mewujudkan satu pengajaran secara aktif . Ini kerana proses pemgajaran dan pembelajaran Sains sangat berkait rapat dengan kemahiran berfikir seperi penyelesaian masalah dan kemahiran proses sains iaitu apabila murid dapat menghubungkan apa yang mereka ketahui iaitu kerangka alternatif dan dengan apa yang baru mereka pelajari. Salah satu kemahiran proses Sains yang utama adalah kemahiran memerhati. Kemahiran memerhati dalam sains memerlukan murid membuat permerhatian bukan hanya mengguna deria penglihatan malah menggunakan kesemua pancaindera dalam secara saintifik

Kajian yang akan dijalankan ini adalah untuk mengkaji keberkesanan penggunaan kaedah permainan jigsaw puzzle dalam meningkatkan kemahiran Memerhati dikalangan murid-murid Tahun 1

0. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Yang Lalu

Penyelidik telah ditugaskan untuk mengajar murid murid Tahun 1 yang merupakan pertama kalinya mengajar Dunia Sains KSSR Tahun 1 setelah berkhidmat 15 tahun sebagai guru Sains KBSR Tahap 2 ( Tahun 4 hingga 6) .Murid-murid Tahun 1 Delima terdiri daripada 10 orang murid yang berasal dari latar belakang yang berlainan . Oleh kerana telah terbiasa dengan teknik pengajaran yang lebih berorentasikan peperiksaan seperti UPSR , penyelidik cenderung menggunakan teknik kelas atau kapur sahaja dalam penerangan isi pengajaran ataupun menggunakan contoh-contoh abstrak sahaja. Maka dengan itu,penyelidik selaku guru matapelajaran tersebut menghadapi masalah dengan pencapaian urid selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula, murid-murid tersebut masih belum dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di sekolah rendah berbanding semasa

mereka di pra sekolah dan tadika .Berdasarkan Ujian Pengesan Awal Linus ( Literasi Bahasa Melayu ) yang telah dijalankan pada Januari 2015 serta guru matapelajaran Bahasa Melayu , terdapat pelbagai peringkat tahap pencapaian murid-murid dalam kelas ini.

Selain daripada itu, melalui pemerhatian yang telah dijalankan oleh penyelidik semasa proses pengajaran sains di dalam kelas ,terdapat pencapaian yang berbeza . Ini menyebabkan penyelidik tertarik untuk menjalankan kajian penyelidikan ini bagi mengkaji isu pengajaran Dunia Sains bagi kelas ini. Penyelidik cuba untuk menerapkan elemen kemahiran memerhati dalam pengajaran sains .Ini telah ditambah lagi dengan peruntukan masa yang diberikan untuk matapelajaran Dunia Sains adalah 2 masa 30 minit iaitu 1 jam seminggu. Dengan jumlah masa pengajaran Dunia Sains yang agak terhad serta kuantiti murid yang ramai ini, penyelidik perlu mencuba satu teknik atau kaedah yang dapat membantu murid untuk mempelajari subjek Dunia Sains secara berkesan dan mampu melibatkan semua murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara aktif.

Penyelidik akan menggunakan kaedah belajar bermain sambil belajar iaitu permainan jigsaw puzzle digunakan bagi murid-murid ini.Ini kerana murid-murid tahun 1 lebih suka suasana bermain dalam jangka masa yang terhad iaitu 30 minit . Melalui teknik belajar sambil bermain ini, juga ,penyelidik dijangka menerapkan unsur kemahiran lain iaitu kemahiran berkomunikasi, kemahiran interpersonal dan pelbagai lain kemahiran lain daripada cara belajar menggunakan kapur dan papan tulis semata . Ini dapat dilihat dari pemerhatian awal yang dijalankan mendapati murid Tahun 1 Delima telah kurang memberi tumpuan dan kurang mendengar arahan jika tugasan menggunakan kertas dan pensel sahaja. Permainan yang dicadangan akan memberi fokus kepada isi kandungan pelajaran Dunia Sains serta kemahiran memerhati dikalangan murid-murid Tahun 1 subjek Dunia Sains .

0. Refleksi Sorotan LiteraturKemahiran memerhati berdasarkan modul kemahiran proses Sains adalah merujuk kepada proses mengumpulkan maklumat tentang objek atau fenomena dengan menggunakan sebahagian atau semua lima pancaindera. Instrumen atau alat boleh digunakan dalam membantu deria.Pengetahuan dan pengalaman lepas ( kerangka alternatif ) memainkan peranan dalam membuat pemertahian yang teliti

Terdapat ramai penyelidik awal yang bersetuju dengan teknik belajar sambil bermain ini. Main atau bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. Dengan lain perkataan, kanak-kanak bermain bukan kerana ingin akan sesuatu atau mencapai tujuan tertentu. Knox (1968) berpendapat bahawa main sebagai satu saluran atau wahana untuk kanak-kanak belajar tentang dirinya dan dunia di sekeliling mereka. Main juga merupakan aktiviti spontan yang mana mempunyai raptai dalam kehidupan dengan mendapat pengalaman semasa bermain. . Menurut Saayah Bt Abu (2005), belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak.melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan.

Lau (2009) menyatakan bahawa penggunaan kaedah bermain sambil belajar didapati berjaya meningkatkan minat serta penglibatan peserta kajian dalam pembelajaran sains, sekali gus meningkatkan pencapaian mereka dalam mata pelajaran sains .Menurut Mok Soon Sang, dalam bukunya Pendekatan dan Strategi Pengajaran, main merupakan satu teknik mengajar yang memberi peluang kepada murid-murid melakukan sesuatu aktiviti secara berpura-pura di dalam keadaan terkawal. Pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah berlandaskan prinsip belajar sambil bermain. Aktiviti bermain adalah kerja kanak-kanak. Beliau juga berpendapat bahawa dalam permainan, kanak-kanak meneroka alam yang boleh menjadikan mereka berkebolehan dalam menghadapi masalah persekitaran dan boleh menjadikan mereka kreatif

Permainan jigsaw puzzle merupakan salah satu usaha yang dijangka dapat membantu murid menbantu murid-murid menguasai kemahiran memerhati.Tambahan pula kebosanan murid-murid akan dapat dikurangkan dan penumpuan akan dapat dipertingkatkan. Ini kerana murid-murid tidak hanya menggunakan deria pendengaran sahaja malahan deria penglihatan dan sentuhan juga turut digunakan semawaktu permainan jigsaw puzzle ini dijalankan. Selain daripada itu, ia dapat melatih koordinasi mata dan tangan dan merangsang motor halus murid-murid kerana mereka akan berusaha untuk memadankan kepingan puzzle ke tempat yang betul serta juga dapat melatih kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah.

1. FOKUS KAJIANAltricher (1993) dalam Chow Foon Meng & Jaizah Mahamud (2011:46) menyatakan bahawa fokus kajian secara umumnya boleh berasaskan kepada sebarang situasi berkaitan dengan tugas seharian yang kita ingin fahami dengan lebih lanjut agar sesuatu perubahan dapat dilakukan. Maka, langkah pertama dalam menentukan bidang fokus kajian adalah mengenal pasti masalah atau isu yang berpunca daripada kebimbangan atau keprihatinan penyelidik dalam amalannya. Kebimbangan ini berkait rapat dengan nilai-nilai peribadi penyelidik itu sendiri.

Dalam konteks ini, penyelidik bimbang dengan bagaimana hendak meningkatkan kemahiran memerhati dikalangan murid Tahun 1 Delima sedangkan gaya pembelajaran murid berbeza-beza. Daripada kebimbangan ini, penyelidik telah mengenal pasti bidang fokus kajian tindakan iaitu masalah teknik yang sesuai kepada semua murid dalam kelas. Penyelidik akan memilih teknik permainan Jigsaw puzzle dalam meingkatkan kemahiran memerhati bagi menangani masalah ini

1. Tinjauan MasalahKajian ini bermula apabila Penyelidik dapat mengesan punca masalah dan kelemahan murid dalam membuat pemerhatian.Murid juga dilihat kurang berminat dengan aktiviti pengajaran yang pasif. Mereka lebih sukakan aktiviti yang berbentuk aktif .Penyelidik akan menggunakan temubual dan ujian lisan bagi mendapatkan maklumat awal kajian mengenai masalah yang dihadapi dalam pencapaian murid dan perubahan tingkah aku murid sewatu pengajaran dan pembelajaran Dunia Sains di dalam kelas.

Alat kajian pertama yang digunakan adalah temu bual. Temu bual digunakan untuk memperoleh maklumat berkenaan fakta, kepercayaan, perasaan , kehendak mengikut keapada persoalan kajian Mohd Majid ( dalam Rosinah ,2011) .Data bual dikumpul menggunakan transkripsi temubual iaitu penulisan semula hasil temubual melalui rakaman menggunakan alat perakam video.Alat kajian kedua dalam tinjauan awal adalah ujian lisan .Ujian lisan ini akan dijalankan untuk mengenal pasti secara teperinci murid dalam kajian ini.

1. Analisis MasalahHasil daripada tinjauan awal yang telah dijalankan dengan menggunakan temubual dan ujian lisan , penyelidik telah mendapati terdapat dua faktor utama yang telah mempengaruhi masalah murid tidak dapat mencapai Kemahiran memerhati adalah ketidaksesuaian medium yang digunakan semasa sesi pengajaran dan kurangnya tumpuan semasa pengajaran dan pembelajaran . Ini dijelaskan dengan keputusan ujian bertulis sebelum intervensi tehadap 5 orang murid yang dipilih secara rawak seperti yang ditunjukkan dalam graf dibawah dengan menggunakan kaedah pengajaran menggunakan chalk and talk.

Jadual 1: Pencapaian Sebelum IntervensiBerdasarkan jadual ini ,tinjauan awal menggunakan kaedah Chalk and Talk mendapati murid A dan C mendapat skor latihan 15% , murid B dan E, 20 %, dan murid C mendapat markah 25% . Ini jelas menunjukkan kaedah yang tidak sesuai amat mempengaruhi pembelajaran murid . Oleh itu bahawa penyelidik telah mengambil keputusan membuat satu intervensi atau kaedah lain yang bersesuaian dengan kemahiran memerhati . Ini kerana dalam Kemahiran Proses Sains , kemahiran memerhati atau membuat pemerhatian yang memerlukan murid menyatakan apa yang diperhatikan dari gambar atau bahan maujud serta membuat banding beza berdasarkan maklumat yang diberikan.

1. OBJEKTIF /SOALAN KAJIANObjektif kajian yang akan dijalankan adalah seperti berikut ;2. Objektif Kajian :a. Mengenalpasti punca kurangnya minat serta tumpuan dan ketidaksesuaian medium pengajaran guru.b. Mengenalpasti adakah kaedah/teknik permainan jigsaw puzzle c. Mengenalpasti kesan pengaplikasian kaedah Permainan Jigsaw Puzzle dalam pengajaran dan pembelajaran Dunia Sains Tahun 1

2. Soalan Kajiana. Apakah Punca yang menyebabkan mengapa murid kurang member tumpuan dan ketidaksesuaian medium pengajaran guru memyebabkan pencapaian murid dalam penguasaan Kemahiran Memerhati yang lemah.b. Bagaimanakah cara kaedah Permain Jigsaw Puzzle dapat meningkatkan keberkesanan murid menguasai Kemahiran Memerhatic. Impikasi kaedah / teknik permainan Jigsaw puzzle dalam pengguasaan kemahiran Memerhati.

1. KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran kajian ini melibatkan 30 orang murid Tahun 1 Delima yang terdiri daripada 17 orang murid lelaki dan 13 orang murid perempuan. Murid-murid ini terdiri daripada latar belakang pelbagai kaum iaitu , 10 orang adalah berbangsa Iban ,7 orang berbangsa melanau , 3 orang berbangsa melayu , 8 orang terdiri daripada kaum orang ulu dan 2 orang berbangsa cina. Antara mereka , seramai 5 orang murid yang mempunyai pencapaian rendah belum menguasai konstuk-kontsruk dalam saringan LINUS dan agak kurang suka menumpukan perhatian di dalam kelas dan sering menjadi penganggu kepada murid-murid yang lain. Manakala 25 orang yang lain kebanyakkan terdiri dari pencapaian yang sederhana.

1. TINDAKAN YANG DICADANGKAN

5.1Prosedur TindakanKajian Tindakan ini menggunakan Model Penyelidikan Tindakan Stephen Kemmis dan Robin McTaggart (1988). Model ini memenuhi kehendak perancangan penyelidik yang mana penyelidik akan melalui empat langkah penting dalam usaha saya mencari penyelesaian kepada masalah yang telah dikenalpasti. Empat langkah yang dimaksudkan ialah:a) Merancangb) Bertindakc) Memerhati dan menganalisisd) Mereflek

MereflekMemerhatiBertindakMerancangKitaran 2Mereflek

Kitaran 1MerancangMemerhati

Bertindak

Kitaran 3

Rajah 1Terlebih dahulu penyelidik perlu mengenalpasti masalah yang hendak dikaji dengan melakukan tinjauan awal. Penyelidik telah menjalankan satu ujian seperti yang telah dijelaskan dalam fokus kajian bertujuan untuk mengutip data tentang kesahihan masalah yang wujud dalam kalangan murid tahun 1 Delima. Data yang telah diperolehi itu akan dibuat diagnosis. Kemudian, penyelidik akan memikirkan beberapa tindakan yang sesuai dan relevan untuk diambil bagi mengatasi masalah yang telah dikenalpasti. Berdasarkan perancangan tersebut, penyelidik akan menjalankan tindakan ke atas responden yang telah dikenalpasti. penyelidik akan memerhati dan menganalisis data hasil intervensi tersebut. Dengan merujuk kepada hasil kutipan data, penyelidik akan membuat refleksi untuk melihat sejauhmana tindakan yang telah diusahakan itu berjaya menyelesaikan masalah kajian. Selepas membuat refleksi dan telah mengenal pasti langkah-langkah penambahbaikan yang perlu dilakukan, penyelidik akan memulakan kitaran kedua mencapai keputusan yang dikehendaki dengan menggunakan responden yang sama. Berikut adalah langkah-langkah empat langkah yang dijalankan.

a) Merancang tindakan Kajian yang akan dipelkenalkan ini berdasarkan masalah berkaitan dengan sifat murid-murid itu sendiri iaitu menerusi aktiviti permainan. Penyelidik akan menggunakan Permainan Jigsaw puzzle bagi memfokuskan kemahiran memerhati murid yang melibatkan deria pandangan dan sentuhan .Permainan Jigsaw Puzzle ini akan menggunakan gabungan daripada gambar dan perkataan serta ciri-ciri penting yang lebih kepada kemahiran proses sains memehati yang berkaitan dengan gambar. Guru akan mendapatkan contoh-contoh gambar dari laman wed yang berkaitan dengan tajuk dan memindakannya dalam bentuk perisian Microsoft word dan menggunakan aplikasi insert picture dan membina puzzleb) Bertindakc) Mermerhati dan menganalisisd) mereflek

1. TINJAUAN LITERATUR

1. REFLEKSI TERHADAP PERLAKSANAAN KERJA KURSUS

16