kajian tindakan puan saniah 2011

Upload: noor-azmi-md-salim

Post on 06-Jul-2015

328 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP KAHANG TIMUR KLUANG JOHOR

TAJUK:

PERBUATAN DAN BACAAN DALAM SOLAT {BACAAN TAHIYAT AKHIR} DENGAN MENGGUNAKAN PERMAINAN KAREM BERNOMBOR

OLEH :

PUAN SANIAH BTE SEPAT

1

ABSTRAKKajian tindakan Agama Islam ini bermula pada 10 Februari 2011 di SK LKTP KAHANG TIMUR. Teknik kemahiran dalam perbuatan dan bacaan dalam solat dengan menggunakan kaedah permainan karem bernombor telah dipilih sebagai fokus kajian dengan sasaran murid tahun 4 Rajin seramai 5 orang. Maklumat daripada pemerhatian kajian ini didapati murid mengalami masalah dalam melakukan perbuatan dan bacaan dalam solat. Walaupun amali solat telah diajarkan sejak tahun satu lagi. Beberapa pendekatan terutamanya kaedah tunjuk cara dan latih tubi telah dilakukan dalam waktu pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan seminggu pelaksanaannya. Setelah kajian dilakukan, ujian pos mendapati 100% murid telah lulus dengan peningkatan yang membanggakan. Maklumat dari soal-selidik mendapati murid yang telah mempraktikkan solat di rumah dalam kehidupan seharian dapat melakukannya dengan mudah dan berkeyakinan menjawab soalan yang diberikan . Secara keseluruhan, kajian tindakan yang dijalankan ini telah dapat membantu murid lemah dalam melaksanakan solat dalm kehidupan seharian.

1.0

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu Berhadapan dengan murid yang bermasaalah bukanlah pengalaman baru bagi saya yang telah mengajar lebih kuran 5 tahun. Guru sememangnya memainkan peranan penting dalam memberikan pendekatan yang sesuai dalam mrncapai objektif yang telah ditetapkan berdasarkan tahap pencapaian murid. Bacaan dan perlakuan dalam solat adalah salah satu tajuk dalam sukatan pelajaran tahun 4. Sebelum memperkenalkan tajuk ini kepada murid , saya beranggapan mereka sudah pun menguasai bacaan dan perlakuan dalam solat. Namun begitu sangkaan saya meleset, saya telah mendapati ada sebahagian daripada mereka masih belum dapat menguasai beberapa bacaan dalam solat terutama bacaan Tahiyat Akhir.

2

Keadaan ini tidak sepatutnya berterusan memandangkan mereka akan melakukan solat dengan sempurna sebagai satu kewajipan seorang yang beragama Islam. Oleh itu saya cuba memperkenalkan satu teknik yang dapat mempermudahkan dan membantu murid dalam melakukan perlakuan dan bacaan dalam solat.

2.0

Fokus Kajian Kajian yang dijalankan adalah berfokuskan kepada kemahiran bacaan Tahiyat Akhir dan perlakuannya dengan menggunakan kaedah permainan karem bernombor.Kajian ini adalah penting bagi membantu murid yang lemah dalam menguasai bacaan Tahiyat Akhir.

3.0

Objektif Kajian 3.1 Objektif Umum Murid mahir dalam semua bacaan dan perlakuan dalam solat. 3.2 Objektif Khusus 3.2.1 Menghafaz bacaan dalam solat terutama bacaan Tahiyat Akhir dengan lebih berkeyakinan. 3.2.2 Meningkatkan kualiti dan amalan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 3.2.3 Menimbulkan keseronokan ketika menghafazkan bacaan Tahiyat Akhir dengan melalui kaedah permainan karem bernombor.

3

4.0

Kumpulan Sasaran Kumpulan sasaran adalah terdiri daripada 5 orang murid tahun 4 Rajin. Mereka ini adalah kumpulan murid sederhana.

5.0

Pelaksanaan Kajian

5.1

Pemerhatian 1 Melalui pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran

dilakukan, kawalan kelas berada dalam keadaan baik. Bagi mengenal pasti kemahiran mereka menyebut bacaan dalam solat, saya telah menyoal secara lisan terlebih dahulu. Oleh kerana kajian saya adalah tertumpu kepada bacaan Tahiyat Akhir , maka saya membenarkan mereka melihat buku untuk membacanya. Melalui pemerhatian , saya melihat mereka memang lancar membaca jawi . Namun begitu apabila diarahkan menghafaz bacaan tersebut ada dikalamgan mereka yang menyebutkan berulangkali sebutan yang sama..Setelah diperhatikan Berikut adalah kesalahan-kesalahan yang mereka telah lakukan :

5.1.1

Kesalahan menyebut bacaan yang berulang kali pada bacaan

4

5.1.2

Soal Selidik

Langkah pertama dalam menjalankan kajian ini, saya telah menyediakan borang soal selidik bagi mengetahui maklumat yang berkaitan dengan solat ketika di rumah.Borang ini diisi oleh oleh ibu bapa murid secara jujur bagi mendapatkan maklumat yang tepat. Perkara / Skala Solat Zuhur Solat Asar Solat Maghrib Solat Isyak Solat Subuh Cukup Solat 5 Waktu Jadual 1 Berdasarkan maklumbalas yang diperolehi pada jadual 1, didapati 30 % murid yang melakukan solat zuhur, 90 % yang melakukan solat Asar, 80 % melakukan solat Maghrib, 40 % melakukan solat Isyak dan 40 % pula melakukan solat Subuh. Bagaimanapun peratus murid yang melakukan cukup solat 5 waktu hanyalah 40 % sahaja.. Ya 30 % 90 % 80 % 40 % 40 % 40 % Tidak 70 % 10 % 20 % 60 % 60 % 60 %

5.1.3

Ujian Pra

5

Ujian Pra dijalankan bagi menguji tahap sebenar pencapaian murid dalam bacaan dan pelakuan solat. Keputusan ditunjukkan dalam Jadual 2. Gred A B C Bil 2 2 1 Jadual 2 Peratus 40 40 20

5.2

Tindakan Yang Dijalankan Berdasarkan ujian pra yang diberikan , didapati murid berada dalam tahap

sederhana. Sehubungan dengan itu, saya telah memperkenalkan suatu teknik, iaitu satu permainan karem bernombor.Teknik ini adalah bagi membolehkan murid merasa seronok dalam menghafaz bacaan Tahiyat Akhir. Dengan melakukan teknik ini , di harap dapat mengurangkan kesalahan yang sering dilakukan disamping menimbulkan keseronokan dalam pembelajaran.

5.2.1 Tunjuk Cara Permaina Karem Bernombor 5.2.1.1 a. Sebelum demontrasi Menerangkan tujuan demontrasi kesalahan. b. Memastikan kedudukan paparan dapat dilihat dengan jelas oleh murid. supaya mereka

dapat mempraktikkannya tanpa melakukan sebarang

5.2.1.2 Semasa demonstrasi a. Memastikan murid memberi tumpuan sepenuhnya semasa tunjuk cara dilakukan. 6

b. Mengulangi penerangan sekali lagi sekiranya murid tidak faham. 5.2.1.3 Selepas demonstrasi a. Memberikan aktiviti pengukuhan.

5.2.2 a.

Latih tubi Murid diberikan beberapa soalan subjektif dan dikehendaki melengkapkannya dengan baik.

b.

Perbincangan dilakukan untuk mendapatkan jawapan yang betul.

5.2.3

Bimbingan rakan sebaya Murid yang telah dapat menguasai bacaan Tahiyat Akhir akan membantu rakan mereka yang lain.

5.3

Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian a. Kajian tindakan ini dilaksanakan dalam tempoh 2 minggu.

7

b.

Borang soal selidik diedarkan kepada pelajar dan pelajar mestilah menjawab secara jujur. Tujuan mengedarkan soal selidik adalah supaya murid lebih berani menjawab berbanding maklumat secara temubual.

c.

Ujian Pra dijalankan di awal dan Ujian Pos di akhir kajian.Keputusan ujian dianalisa bagi membantu perubahan prestasi murid di dalam kemahiran yang dikaji.

5.4.

Memerhati dan Menganalisis 5.4.1. Pemerhatian II Semua murid didapati memberikan tumpuan dan berminat terhadap tajuk yang diajarkan. Keadaan kelas terkawal dan mereka dilihat bersemangat untuk menguasai teknik yang diperkenalkan.

5.4.2

Ujian Pos Gred A B C Bil 4 1 0 Jadual 3 Peratus 80 20 0

Berdasar Jadual 3, didapati keputusan adalah sangat membanggakan di mana bilangan murid mendapat gred A adalah 80 %, manakala 20 % bagi gred B. 5.4.3. Perbandingan di antara Ujian Pra dan Ujian Pos. Bil A B C Ujian Pra 2 40 2 40 1 20 Ujian Pos 4 80 1 20 0 0

8

Jadual 4 Gred A Ujian Pra Ujian Pos 40 % 80 % Jadual 5 Berdasarkan Jadual 4 dan Jadual 5, didapati peratus gred A di dalam ujian pos adalah 80 % berbanding hanya 40 % di dalam ujian pra.Peningkatan gred A adalah sangat membanggakan.Peningkatan ini sudah cukup membuktikan teknik permainan karem bernombor telah membantu mereka menguasai bacaan Tahiyat Akhir. Gred B 40 % 20 %

6.0

Penilaian dan Refleksi Berdasarkan maklumbalas ujian pra dan ujian pos, didapati kajian dijalankan telah memberikan kesan yang cukup baik di dalam membantu murid menginggati bacaan Tahiyat Akhir.

7.0

Kesimpulan Hasil kajian ini, didapati teknik permainan karem bernombor telah membantu murid menguasai bacaan Tahiyat Akhir. LAMPIRAN

9

. . . . . . . . . .

01

._______ 1________ . ______ 2_______ . . . . _________3________ . __________4_________ . _____________5___________ .

11