buku_ abuya ashaari muhammad pemimpin paling ajaib di zamannya

187

Upload: hamsun-masan

Post on 06-Aug-2015

336 views

Category:

Documents


32 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya
Page 2: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

TAMHIDSuatu hari Rasulullah SAW bertanya kepada para Sahabat, “Siapakah makhluk Allah yang paling ajaib imannya?”

“Malaikat,” jawab para Sahabat.

“Bagaimanalah para malaikat tidak beriman dengan Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah,” jawab baginda menafikan.

“Para nabi,” jawab Sahabat lagi.

“Bagaimanalah para nabi tidak beriman sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka.” Nabi membantah lagi jawapan Sahabat.

“Kami Sahabatmu?!” Jawab Sahabat lagi.

“Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada di tengah-tengah kamu?” Jawab Nabi.

Akhirnya Rasul bersabda: “Makhluk paling ajaib imannya ialah mereka yang hidup sesudah aku. Mereka tidak pernah berjumpa tetapi beriman denganku. Tapi mereka mencintai aku melebihi anak dan orang-orang tua mereka. Mereka ialah Ikhwanku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya.”

“Wahai Abu Bakar,” Rasulullah bersabda, “Adakah kamu tidak akan merindui Ikhwanku itu kerana mereka juga mencintai engkau kerana engkau Sahabatku.”

Rasulullah SAW menyambung lagi: “Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman dengan aku. Dan berbahagialah tujuh kali orang-orang yang beriman dengan aku tapi tidak pernah berjumpa dengan aku.”

Ketahuilah sesungguhnya Rasulullah SAW itu amat merindui satu toifah dari umatnya yang datang di akhir zaman yang berakhlak seperti akhlak nabi-

Page 3: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

nabi dan berpegang teguh dengan jalan-jalan para siddiqin. Mereka ialah orang-orang ganjil di kalangan awamul muslimin

_________________________________________________________________________________

PRAKATAKe hadapan Tuhan yang Maha Baik,

Yang sedang menggerakkan tangan untuk menulis.

Tuliskanlah untuk kami ya Tuhan, tentang orang yang kerananya, Dikau buatkan kami kembali mempedulikan-Mu dan memberi perhatian tentang-Mu. Walhal selama ini kami tidak pernah ambil kisah kewujudan-Mu walaupun kami percaya tentang adanya Engkau, wahai Tuhan.

Dia dengan susah payahnya berjuang untuk membuatkan kami benar-benar rasa memiliki-Mu, ya Allah, ya Tuhan.

Katanya, mendapatkan Tuhan itulah rahsia kebahagiaan. Bahkan Tuhan menurutnya adalah segala-galanya buat insan. Siapa yang mempunyai Tuhan, orang itu pasti mendapatkan segala-gala yang diperlukan dalam hidupnya. Menurutnya lagi, Tuhan adalah cinta agung, yang telah memberikan seagung-agungnya cinta kepada setiap manusia ciptaan-Nya. Siapa yang berusaha membalasi cinta agung-Nya, nescaya orang itu akan menjadi manusia yang padanya miskin atau kaya sama sahaja. Dipuji atau dikeji orang tidak menjejaskan apa-apa di dalam dirinya. Ini kerana orang yang mencintai Tuhan tidak lagi bersandar pada kekayaan dan pujian. Tidak juga dapat disusahkan oleh kemiskinan dan kejian. Apa yang ditakuti ialah cercaan Tuhan. Apa yang ditakuti ialah kehilangan Tuhan. Tidak lagi bersandar dengan kemegahan dan keistimewaan dunia.

Ya Allah, ia benar-benar membuatkan kami tidak lagi keseorangan dalam hidup, kerana sudah mempunyai Tuhan. Kami tidak takutkan lagi masa depan kerana di sana ada Tuhan tempat mengharap dan bergantung. Penderitaan apa pun yang menimpa bukan lagi masalah kerana merasakan itulah kebijaksanaan dan keadilan Tuhan.

Page 4: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Tuhan begitu berperanan rasanya dalam hidup, bahkan Engkau tempat berbual setiap detik, teman hidup yang sangat bermakna. Engkau Tuhan sudah menjadi matlamat dan keutamaan dalam hidup, seperti yang Dikau ajarkan ikrar dalam sembahyang, “Bahawa hidup mati adalah semata-mata untuk Tuhan yang memerintah seluruh alam.”

Dialah, ya Allah, yang telah berjaya membuatkan kami mampu membesarkan-Mu begitu sekali, hingga sampai memperkecilkan sahaja semuanya yang selain-Mu. Lalu akibatnya hidup kami kini sudah jadi berbeza sekali dengan cara hidup kami sebelumnya. Sistem fikiran dan sistem perasaan berubah secara total, dikeranakan teras kepercayaan sudah diberikan sepenuhnya kepada Tuhan. Yang sebelumnya kepercayaan itu disandarkan semuanya kepada ajaran ideologi, kapitalis, politik, wang dan bersandarkan kepada kehidupan dunia. Yang di sana sama sekali tidak memasukkan Tuhan sebagai modal.

Wahai Tuhan, sungguh perubahan sistem dalam diri kami ini bukan kami yang rancangkan. Tapi dialah. Dia bernama Abuya Ashaari Muhammad yang ditakdirkan oleh Engkau. Dia ialah ayah orang Islam. Dia juga ibu orang Islam. Bukan ayah ibu fizikal atau ayah ibu kandung. Tetapi ialah ayah ibu kepada rohani manusia. Ayah ibu kandung berperanan melahirkan, membesarkan, memberi makan, pakaian dan menyekolahkan. Maka di sekolah, dialah yang mengambil peranan ibu ayah kepada mental dan roh manusia. Dia ialah ibu bapa kedua kepada manusia, yang mengambil peranan untuk membuatkan roh manusia itu dilahirkan dan dibesarkan untuk melakukan kerja-kerja keinsanan, yang mana bila seseorang datang padanya, dihidupkan roh orang itu dengan diberikannya Tuhan. Maka lahirlah atau hiduplah roh di dalam diri manusia itu. Walhal sebelumnya roh tidak aktif, kerana ibu bapa kandung tidak mampu untuk mengambil peranan itu. Ibu roh sahaja yang tahu melakukannya. Itulah dia manusia roh yang Tuhan telah lahirkan ke bumi Malaysia ini. Dia juga bapa roh kerana bertanggungjawab membesarkan dan mengaktifkan peranan roh-roh manusia melalui pendidikan rohaniah yang dianugerahkan Allah kepadanya. Hingga manusia yang bersekolah dengannya, menjadi orang dunia dan Akhirat sekaligus.

Page 5: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Ya Allah, Dikau pun tahu bahawa Abuya Ashaari Muhammad itu ialah keperluan setiap manusia. Memang Allah-lah yang melahirkan dia ke dunia untuk itu. Lalu izinkanlah kami untuk memperkenalkannya kepada Malaysia dan kepada dunia. Khianat rasanya kalau dia disorokkan. Sedangkan mengenalinya, manusia akan mendapat Tuhan hingga mampu untuk cinta dan takutkan-Nya.

Tuhan, bukalah laluan untuk dia dikenali. Dan ajarkanlah kami tentangnya. Kerana kami bukan kenal sangat orang ini. Yang paling mengenalinya ialah Engkau, Tuhan kerana Tuhanlah yang menciptakannya dan mengizinkan semua keajaiban itu berlaku kepadanya. Terutama kemampuannya berhubung rapat dengan Tuhan dan dapat hubungkan pula hati-hati orang lain dengan Tuhan.

Orang dapat berhubung rapat dengan Perdana Menteri pun sudah satu kebanggaan, dianggap pencapaian yang menakjubkan. Inikan pula boleh rapat dengan Allah, Maharaja dunia dan Akhirat, Tuan punya langit dan bumi, Syurga dan Neraka. Tentulah sesuatu yang maha menakjubkan dan merupakan sesuatu yang paling ajaib di dunia. Kekuatan apakah yang ada padanya sehingga dia mampu melakukannya?

Akhirnya jika ada pahala untuk usaha ini Tuhan, mohon dianugerahkanlah pada Abuya, sebagai bayaran kepada jasanya yang amat besar kepada kami. Ingin juga ganjaran itu disampaikan kepada semua yang pernah berjasa, kedua ibu bapa dan mana-mana saja kaum muslimin, muslimat yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia.

Ya Allah, sudilah terima usaha ini sebagai pengabdian pada-Mu. Kau sokonglah, kerana tanpa sokongan-Mu, buku ini tidak mampu berbuat apa-apa kerana hanya kuasa-Mu yang mampu memberi bekas. Saya meminta lagi Tuhan dan hanya pada-Mu sahaja tempat saya menyatakan harapan. Tolong pelihara hati saya agar tidak sedikit pun merasa megah dan ujub dengan hasilnya nanti. Pastikan ya Allah, hati saya akan malu dengan nikmat ini, takut tidak lulus ujian ini, takut tidak mendapat redha dan cinta-Mu. Takut akan dilempar ke dalam Neraka yang Kau sediakan ya Allah! Amin.

Page 6: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

– Hamba yang daif Khadijah Aam (@ Hatijah Aam)_________________________________________________________________________________

MUKADIMAHAbuya Ashaari Muhammad adalah seorang warganegara Malaysia yang mempunyai kisah hidup yang berlainan dari orang lain. Membaca riwayat hidupnya, anda akan menemukan sesuatu yang berfaedah untuk hidup anda. Kerana di dalamnya penuh pengajaran dan didikan yang datang dari Allah. Kalau bukan kuasa Allah-lah, rasanya tidak mungkin semua itu boleh berlaku kepada dirinya.

Untuk itu biarlah saya senaraikan 50 alasan mengapa saya menyatakan hal yang demikian itu.

1. Suatu hari di tahun 80-an, di Masjid Lembah Pantai, Universiti Malaya, seorang tua berumur 80 tahun tersembam di pangkuannya selepas sembahyang Isyak. Orang ramai penuh di dalam masjid untuk mendengar kuliah daripada Abuya Ashaari Muhammad. Orang tua itu Embah Mahmud namanya. Dia berasal dari Johor.

Dengan air mata yang bercucuran dia berkata, “Sudah enam puluh tahun saya menunggu dan mencari kamu. Sekarang bertemulah sudah, dengan kuasa Allah.”

Air matanya membasahi baju Abuya Ashaari Muhammad. Embah itu berkata lagi, “Waktu saya berumur 20 tahun, saya pernah semajlis dengan Embah Agung (Syeikh Suhaimi). Dia menepuk belakang saya sambil berkata, “Perjuangan saya nanti akan disambung oleh seorang yang bernama Ashaari bin Muhammad. Kamu akan berjumpa dengan dia nanti, Mud.”

Embah Mahmud menyambung dengan berkata, “Apa yang saya dengar waktu itu (sekitar 1920-an) saya catat dan saya nak buktikan. Sekarang kata-kata itu telah terbukti.”

Pada hari Abuya Ashaari Muhammad dilahirkan oleh ibunya, ayahnya

Page 7: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

bermimpi berada di laut bersama bayi lelaki kecil yang baru lahir itu dan berlumba berenang. Si bayi berenang laju menyeberang laut. Sedangkan si ayah tidak mampu mengejarnya. Bila mimpi itu diceritakan kepada gurunya Kiyai Syahid, maka Kiyai Syahid berkata, “Anakmu ini ada ‘masa depan’. Aku telah namakan anak engkau itu Ashaari bin Muhammad.” (Cuma dalam pendaftaran, namanya dieja Asaari bin Mohamad.)

Ketika berumur 5 tahun (tahun 1942), Abuya Ashaari Muhammad sudah berkeinginan untuk memperjuangkan Islam dan benci dengan hal-hal yang bercanggah dengan Islam. Padahal tempat tinggalnya jauh di kawasan pedalaman yang dikelilingi hutan iaitu di Pilin, Negeri Sembilan. Waktu itu Jepun memerintah Tanah Melayu. Suasana persekitaran adalah tidak munasabah untuk menimbulkan rasa ingin memperjuangkan Islam, lebihlebih lagi bagi seorang kanak-kanak berusia lima tahun.

Dilahirkan dari ibu dan ayah kandung yang kedua-duanya beramal dengan tarekat yang diasaskan oleh Syeikh Muhammad bin Abdullah As Suhaimi. Datuknya sebelah ayah, datang dari Yaman dan berdarahkan Bani Tamim. Kelahirannya dari keturunan wali-wali Allah, maka tidak hairanlah beliau mempunyai hati dan jiwa yang cintakan Islam dan kebenaran sedari kecilnya.

Waktu bersekolah rendah lagi, tanpa disuruh oleh sesiapa, Abuya Ashaari Muhammad suka memakai songkok. Apatah lagi bila meningkat remaja dan dewasa, beliau merupakan seorang Melayu yang tidak pernah membuka serban walau ke mana, bila dan dengan siapa.

Berumur 13 tahun, beliau sudah menjadi pengamal tarekat. Dia diijazahkan oleh pak ciknya, Syeikh (Lebai) Ibrahim, seorang guru di Pilin yang warak lagi soleh. Waraknya Syeikh Ibrahim, kalau ada kenduri kahwin berserta ronggeng dan joget di kampungnya, beliau akan keluar selama seminggu dari Kampung Pilin kerana takutkan bala Allah menimpa kampung dan tidak mahu bersubahat.

Bapa Abuya, Muhammad bin Idris adalah seorang pegawai kastam yang berpendidikan Inggeris tapi wataknya seorang ulama. Berguru dengan Kiyai Syahid yang bertaraf khalifah di dalam Jemaah Muhammadiah pimpinan

Page 8: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Sayidi Syeikh Suhaimi. Beliau tidak pernah berhutang, tidak pernah ke hospital, tidak pernah berbahasa Inggeris walaupun tahu bahasa itu dan bekerja dengan orang putih. Sewaktu budaknya, di Segambut, beliau masih bersekolah lagi, Muhammad ini mengalami kejadian ajaib iaitu tiga kali mati. Yakni beliau disahkan mati, tetapi ketika dikapankan atau hendak dikebumikan, hidup kembali. Hal ini berlaku sebanyak tiga kali.

Pada tahun 1954, Abuya Ashaari Muhammad berpindah dari Segambut, Kuala Lumpur ke Kuala Klang, Selangor. Beliau tinggal di berek kastam bersama ayah dan ibu tiri. Abuya Ashaari Muhammad memilih untuk bersekolah agama di Maahad Hishamuddin, Klang sejarak 7 batu dari Kuala Klang. Walhal semua anak-anak kastam bersekolah di sekolah Inggeris yang juga ada di Klang.Abuya Ashaari Muhammad diminta menjadi guru agama di madrasah kastam waktu berumur 18 tahun dan beliau mengajar di situ selama dua tahun. Ayahnya menghalang dari diberi gaji kepada beliau.

Tahun 1958 hingga 1968 beliau menyertai parti PAS. Pernah bergiat dalam Jamiah Dakwatul Islamiyah selama empat tahun. Bersama jemaah Ikhwan (Malaysia) selama setahun. Di dalam Tabligh selama setahun. Ikut Anwar Ibrahim dalam ABIM, juga setahun. Semua badan Islam yang disertainya itu dirasakan tidak secocok dengan fikiran dan perasaannya. Maka semuanya ditinggalkannya.Menziarahi ke pondok-pondok di Malaysia dan semua pesantren-pesantren besar di Indonesia untuk mencari apa yang diidamkannya sejak kecil, pun tidak ketemu.Sejak remajanya, beliau mengkaji kitab-kitab yang memperkatakan tentang perjuangan Islam di akhir zaman (ketika umat Islam sudah begitu jauh ditinggalkan Rasulullah SAW). Abuya Ashaari Muhammad menemukan dua perkara besar tentang dasar perjuangan Islam iaitu:

a. Islam akan bangkit kali kedua di akhir zaman.b. Pemimpin bagi kebangkitan itu ialah Imam Mahdi. Pewaris peribadi dan perjuangan Nabi Muhammad SAW.

Guru-guru Quran, Hadis dan bahasa Arabnya ialah sembilan orang, sepertimana yang disebut di dalam bab 5.

Page 9: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Demi menguasai ilmu, Abuya Ashaari Muhammad telah mencari sendiri kelas-kelas tuisyen dengan gurugurunya. Salah satu kelas tuisyennya ialah pada pukul 12 malam, yang guru tuisyennya adalah nazir sekolahnya, Ustaz Haji Hakim bin Az Zahari, seorang ulama terkenal waktu itu. Kelas itu berjalan selama 2 tahun.

Untuk ke sekolah agama dan ke kelas tuisyen itu, Abuya Ashaari Muhammad akan mengayuh basikal sejauh 7 batu pergi dan 7 batu balik. Kalau lepas sekolah pagi, beliau balik ke rumah, maknanya untuk ke kelas tuisyen dia terpaksa mengayuh basikal lagi untuk round kedua; pergi balik 14 batu lagi. Selalunya beliau akan berehat atau tidur di masjid saja. Waktu malam bersama kawan. Esok pagi terus ke sekolah.

Begitu rapat dengan ibu tirinya dan disayangi oleh ibu tirinya. Abuya Ashaari Muhammad digelar oleh kaumkaum ibu di berek kastam itu sebagai ‘anak dara Bedah’ (ibu tirinya) sebab sanggup buat kerja-kerja dapur seperti pergi ke pasar, masak, cuci rumah, basuh dan seterika pakaian setiap pagi. Sebelum pergi ke surau di berek kastam itu untuk azan, Abuya Ashaari Muhammad akan masak air dulu. Balik dari surau buatkan air minum, kemudian baru ke sekolah. Selalunya dia tidur di surau. Walaupun ramai anak-anak gadis pegawai kastam yang sebaya dengan Abuya Ashaari Muhammad tapi oleh kerana terlalu malu, dia tidak pernah bercakap dengan mereka menyebabkan mereka sangat hormat kepadanya.

Walaupun beliau anak pegawai kastam, kehidupan di rumah agak selesa makan minumnya tapi ayahnya melatihnya hidup miskin di luar rumah. Sebulan pergi sekolah cuma dapat RM3.00, pakaian dua pasang dan ketika dia mengajar di berek kastam, ayahnya minta supaya dia jangan diberi gaji. Oleh kerana biasa dengan kemiskinan dan kesusahan, membuatkan Abuya tahan menanggung ujian-ujian dan kreatif berusaha untuk mencipta kejayaankejayaan.

Ketika aktif dalam PAS di Tanjung Karang, bersama ahliahli di sana, beliau bangunkan sekolah dewasa, sekolah Arab, kedai makan, mini market dan bakeri (menghasilkan roti yang dipasarkan ke 17 tempat).

Page 10: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Oleh kerana bukanlah cara PAS Pusat untuk membangunkan Islam dengan cara yang sedemikian, maka Abuya Ashaari Muhammad tidak mendapat sokongan dari Pusat.

Beliau dipindahkan kerja ke Datok Keramat, Kuala Lumpur. Sempat membuka 17 markas PAS untuk Kuala Lumpur. Di umur 27 tahun, dilantik menjadi AJK Dewan Ulama PAS dan Exco PAS Selangor.

Umur 31 tahun, menjadi pemimpin Jemaah Darul Arqam. Yakni sesudah puas mencari pemimpin di mana-mana, tidak dijumpai seperti yang diinginkan atau yang difahaminya. Islam dengan gaya Arqam itulah benar-benar pilihannya. Yakni Islam yang membawa sistem hidup Al Quran dan As Sunnah, yang akan bangkit kali kedua yang mana pemimpin sebenarnya ialah Imam Mahdi. Harapannya biar dialah yang mencuba mengasaskan gerakan itu.

Dalam kajiannya melalui guru-guru dan kitab-kitab, Imam Mahdi itu seorang lelaki yang dighaibkan Allah yang akan zahir semula, sepertimana Allah akan turunkan Nabi Isa semula dari ghaibnya. Imam Mahdi yang bernama, berbapa dan beribu seperti Rasulullah itu pada Abuya Ashaari Muhammad adalah satu-satunya manusia yang mampu Islamkan dunia kali kedua seperti yang dibuat oleh Rasulullah dan Khulafaur Rasyidin. Tanpa Imam Mahdi, tidak akan ada seorang pun pemimpin dunia Islam yang mampu buat kerja-kerja yang besar itu.

Memimpin Darul Arqam selama 25 tahun tanpa ditukar ganti pemimpinnya. Ini kerana kepimpinannya dan jemaahnya tiada pilihan raya atau mesyuarat agung. Dia dijadikan pemimpin bukan oleh undi. Tapi diterima dari hati pengikut-pengikutnya. Sistem tukar ganti pemimpin setiap beberapa tahun tidak berlaku kerana pengikut atau anak muridnya tidak ada seorang pun yang mahu atau mampu mengambil alih jawatan itu. Ada yang cuba cabar seperti Akhbar Anang, Mokhtar Yaakob dan Halim Abbas, tetapi mereka kecundang dengan sendirinya.

22. Allah SWT telah takdirkan Darul Arqam dihancurkan oleh kerajaan menggunakan ISA. Abuya Ashaari Muhammad tidak melawan bahkan

Page 11: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

memberi kerjasama. Keyakinannya bahawa Allah pasti menguji pejuang-pejuang sebelum diberi kemenangan. Ujian adalah penghapusan dosa. Penentang akan terhukum. Setelah 10 tahun berlalu, Abuya dibebaskan dari ISA. Sedangkan melalui Syarikat Rufaqa’ Corporation Sdn. Bhd., jemaah Abuya yang baru itu menjadi lebih baik daripada jemaah Darul Arqam. Syarikat perniagaan itu dibangunkan sewaktu Abuya Ashaari Muhammad dibuang daerah (RO) oleh ISA. Ertinya, akta tersebut tidaklah sezalim yang disangka kerana terhadap Abuya, budi bicaranya telah membolehkan Abuya hidupkan semula perniagaannya. Bahkan Abuya berterima kasih kepada ISA kerana hasil proses ISA, Allah menjadikan perjuangan Abuya lebih laju dari sebelumnya. Abuya merasakan tidak ruginya 10 tahun dalam tahanan ISA. Ia dibayar oleh Allah dengan menjadikan negara Malaysia sebagai negara Islam Hadhari oleh Perdana Menteri baru. Rufaqa’ mendapat peluang-peluang istimewa dalam negara baru ini.

Bekas anak murid Abuya Ashaari Muhammad ada yang menentang beliau semenjak Arqam diharamkan, konon mahu hancurkan Abuya. Tapi ternyata usaha-usaha mereka yang hancur. Para pemerhati berkata, “Allah bersama Abuya bilamana penentang-penentangnya cuba menghancurkan Abuya dan perjuangannya. Bahkan mereka yang hancur. Hinggakan nak cari makan pun susah.”

Penentang-penentang itu juga sebenarnya mahu membangunkan jemaah baru dengan mengambil pengikutpengikut Abuya. Namun kenyataannya, mereka tidak mampu membangunkan jemaah. Di waktu jemaah Abuya membesar semula, mereka makin berpecah belah. Bahkan rumah tangga mereka turut berpecah belah terutama yang berpoligami semasa ikut Abuya. Rumah tangga poligami pun tidak dapat dipertahankan bilamana tidak bersama Abuya.

Lebih mencengangkan para penentang Abuya Ashaari Muhammad ialah di waktu mereka tidak mampu untuk membangunkan apa-apa, jemaah Abuya yang mereka halang itu boleh berkembang sampai ke luar negara. Sedangkan tiada siapa menghalang mereka. Namun mereka tidak boleh membangunkan apa-apa. Ertinya, kuasa Allah itu tetap berlaku, tidak boleh dibekaskan (memberi kesan) oleh usaha-usaha manusia yang menghalang atau tidak dihalang.

Page 12: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Realiti hidup Abuya Ashaari Muhammad sebenarnya tidaklah dia itu berusaha keras untuk hidup dunianya. Sementelahan dia sudah berumur 68 tahun. Sakit-sakit pula. Dia tiada rumah sendiri, tiada wang simpanan di bank, tiada harta, keretanya pun bukan milik peribadi. Aktivitinya cuma mengeluarkan minda-minda (buah-buah fikiran) dan beribadah. Namun kelihatan peribadinya, keluarga dan jemaahnya begitu kaya. Taraf hidupnya mendekati standard raja-raja atau sultan-sultan di dunia. Rezeki jenis ini sesungguhnya Allah peruntukkan kepada orang-orang yang full time dengan-Nya.

Di dalam ISA, keadaannya sangat tidak memungkinkan jemaahnya hidup kembali. Namun ianya hidup. Selepas ISA, Allah takdirkan Abuya Ashaari Muhammad sakit kuat, lagilah tidak mungkin pengaruhnya membesar. Namun kenyataannya; yang menggemparkan para pemerhati; bahawa dalam kesakitannya Abuya Ashaari Muhammad mendapat pengaruh yang cukup besar sama ada di dalam atau di luar negara. Ini membuktikan bahawa usaha manusia bukan memberi bekas, tapi kuasa Tuhanlah yang mampu memberi kesan.

Dr. A. Tasman Ya’cub, Pensyarah tetap Fakulti Dakwah IAIN (Institut Agama Islam Negeri) Imam Bonjol, Padang, mendapatkan gelaran PhDnya adalah hasil sebuah tesis berjudul ‘Dakwah Islam Dalam Perspektif Ashaari Muhammad’. Tesisnya berjaya diselesaikan pada Mac 2006, mendahuluinya ialah beberapa orang doktor lain yang mendapatkan PhD mereka hasil mengkaji Abuya Ashaari Muhammad. Antaranya:

i. Dr. Mohd Syukri dengan tesis bertajuk: ‘An Islamic Approach to Rural Development - the Arqam Way’ii. Tahun 1994, Dr. Hendra Messa dari Institut Teknologi Bandung, tesisnya bertajuk: ‘Perilaku Organisasi Mengenai Pendekatan Keagamaan (Islam) Dalam Pengelolaan Perusahaan Industri, Studi Kasus pada Al Arqam Group of Companies Malaysia’.iii. Dr. Asep Zaenal Ausop, dari Universiti Islam Negeri(UIN) Jakarta. Tesis bertajuk: ‘Ashaari Muhammad, Al Arqam, Ajarannya dan Gerakannya’.iv. Drs. Misri A. Muchsin 1995, IAIN Al Raniri, Darul Salam Banda Aceh. Tesis

Page 13: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

bertajuk: ‘Aspek Tareqat Dalam Pemikiran Darul Arqam’ (studi perbandingan dengan tareqat Naqshabandiyah)v. Dr. Ahmad Fauzi Abd Hamid di University of Newcastle, Upon Tyne, United Kingdom, di Fakulti Sains Politik, membuat tesis bertajuk: ‘Islamic Resurgence in the Periphery: A Study of Political Islam in Contemporary Malaysia with Special Reference to the Darul Arqam Movement’.

Demikianlah Abuya Ashaari Muhammad dapat menarik perhatian golongan intelektual untuk mengkaji tentangnya. Walhal Abuya tiada apa-apa sijil. Apalagi PhD. Mengapa beliau dapat menghasilkan sesuatu yang tidak masuk akal ini?

Sekarang ini bersama Rufaqa’, Abuya Ashaari Muhammad dapat menarik beberapa Doktor (PhD) dan termasuk doktor perubatan, untuk menjadi pengikut dan anak muridnya iaitu antaranya:1 Dr. A Tasman Ya’cub (PhD)2 Dr. Abdul Rahim Tahir (MD-Pakar Kardiologi)3 Dr. Ainun Idris (MD-Dental)4 Dr. Azlina Jamaluddin (MD-Dental)5 Dr. Fadhil Osman (PhD)6 Dr. Fathoni bin Saidi (MD-Vetrinary)7 Dr. Fauzi Abd. Hamid (PhD)8 Dr. Gina Puspita (PhD)9 Dr. Hanif Abdul Rahman (MD)10 Dr. Ing. Abdurrahman R. Effendi (PhD)11 Dr. Johari Haris (MD-Dental)12 Dr. Mahmood Al Marglani (PhD)13 Dr. Md. Noh Jalil (PhD)14 Dr. Mohd. Noor Mohd. Basir (PhD)15 Dr. Nik Hasmawati bt. Nik Abdullah (MD)16 Dr. Noraini Abdur Rahman (PhD)17 Dr. Norliah Mohd Noor (MD)18 Dr. Rahida bt. Abdul Razak (MD-Pakar Anaesthetik)19 Dr. Rohaya Dato’ Mohd (MD)20 Dr. Siti Rafeah bt. Ismail (MD)21 Dr. Syukri Salleh (PhD)22 Dr. Yusri Yahya (MD)

Page 14: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

23 Mejar Dr. Abdul Hamid Sujak (MD)24 Mejar Dr. Yusof Abu Bakar (MD)

Tetamu-tetamu Abuya Ashaari Muhammad bukan sebarang orang. Mereka bukan hanya dari dalam negara tetapi juga dari jauh seperti England, Perancis, Jerman, Maghribi, Syria, Jordan, Turki, Arab Saudi, Australia, Uzbekistan, Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunei. Di antara mereka ada rektor, jurutera, ahli korporat, pemimpin tarekat, para ulama, pemimpin politik, jeneral tentera, kerabat diraja serta lain-lainnya. Mereka datang sama ada sebagai individu atau berkumpulan. Hal ini sebenarnya mustahil boleh berlaku pada orang biasa. Tapi Allah-lah yang melakukan untuknya. Antara tetamu itu adalah:

Dari Mesir:1 Dr Ali Muthawwi, pensyarah Universiti Al Azhar2 Dr Abd Rahman Al ‘Adawy, pensyarah Universiti Al Azhar3 Dr Abd Jawwad Khalaf Abdul Jawwad, mudir Universiti Dirasat Islam4 Amir Fahd Syeikh Tarekat Dandarawiyah

Dari Jordan:1 Dr Syeikh Noh, Timbalan Menteri Agama Emirate2 Dr Hishamuddin As Sulthon Attamimi, Timbalan Rektor Universiti Al Bait3 Dr Badar, ahli korporat4 Dr Abu Mush‘ab, ahli korporat hartanah5 Dr Abdul Salaan ‘Abbady, Rektor Universiti Al Bait6 Dr Adam Noh, pensyarah Universiti Yarmuk

Dari Maghribi:1 Dr Abdus Salam Harras, ketua Gabungan Islam Ulama Afrika Utara2 Dr Abdullah Kanun3 Syeikh Al ‘Iraqi

Dari Syria:1 Dr Solahuddin Al Kaftaru, Presiden Yayasan Kaftaru

Page 15: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

2 Dr Badi‘ul, pensyarah universiti3 Dr Hasan Bugha, pensyarah universiti

Kita umat Islam sangat beruntung kerana dikurniakan seorang Nabi dan Rasul akhir zaman yang tidak perlu membaca dan menulis untuk menguasai ilmu. Nabi junjungan yang Ummiy itu, Nabi Muhammad SAW, diberi hati oleh Allah yang mampu mengambil terus ilmu dari Allah (melalui malaikat Jibril), tanpa perlu membaca dan menulis. Gemparlah dunia Arab, Rom dan Parsi kerana kejadian ini. Di mana seorang yang direndahkan tapi menjadi sepandai-pandai manusia. Kuasa Allah diciptakan kepada orang-Nya. Demikian Abuya Ashaari Muhammad ini. Diperkecilkan orang alim zamannya tentang dirinya yang dikatakan tiada autoriti keilmuan. Namun kini Abuya Ashaari Muhammad muncul sebagai penulis dan pejuang ilmu yang cukup global. Ilmu yang dikeluarkannya besar-besar belaka, yang menyuluh dalam semua aspek hidup. Ilmu itu pula bukan hanya tinggal sekadar ilmu, tetapi zahir sebagai sistem hidup Islam yang dipraktikkan olehnya dan jemaahnya. Beratus-ratus sudah tajuk-tajuk buku dan kuliah Abuya, manakala sajak-sajak dan madah beribu-ribu banyaknya. Beliau juga mempunyai kuliahkuliah dan ceramah-ceramah dakwah dan tarbiah yang berbeza-beza tajuknya semenjak beliau muda hinggalah ke umur tuanya. Setiap minggu Abuya Ashaari Muhammad membawa tajuk baru kepada pengikutnya. Ilmunya ternyata bertambah-tambah dan berkembang-kembang dari masa ke semasa.

Memang ada bukunya yang diharamkan. Tapi jelas itu ialah program politik negara. Walhal secara ilmiah, ilmu Abuya sudah diiktiraf oleh doktor-doktor PhD yang mendapat sijil-sijil mereka itu. Tesis Dr. Tasman Ya’cub misalnya, telah dibahaskan oleh tujuh orang ilmuwanilmuwan besar Indonesia. Selama tujuh jam mereka ‘menyerang’ Pak Tasman dengan soalan-soalan provokatif mengenai Abuya. Mereka telah hakimkan bahawa tesis itu lulus. Mereka yang menjadi team penguji (panel penilai) kepada tesis ‘Dakwah Islam Dalam Perspektif Haji Ashaari Muhammad’ itu ialah:

i. Dr. Hidayat Nurwahid selaku ketua Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR) Republik Indonesia.ii. Prof. Dr. Bambang Pranowo, selaku Staf Ahli Menteri Pertahanan dan

Page 16: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Keamanan Republik Indonesia.iii. Prof. Dr. Azyumardi Azra, MA. Rektor Universitas Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah Jakarta.iv. Prof. Dr. Komaruddin Hidayat, MA. Direktur Pasca Sarjara UIN Syarif Hidayatullah Jakarta.v. Prof.Dr.HMYunanYusufselakuDekanFakultasDakwah dan Komunikasi UIN Syarif Hidayatullah, Jakarta.

vi. Dr. A. Wahib Mu’thi, selaku Dosen Senior pada Fakultas Dakwah dan Komunikasi UIN Syarif Hidayatullah, Jakarta.vii. Prof. Dr. Badri Yatim, MA. Dekan Fakultas Adab dan Humaniora UIN Syarif Hidayatullah, Jakarta.

Untuk mengetahui lebih mendalam tentang ini, silalah rujuk kepada buku Dr. Tasman Ya’cub, cetakan pertama 04/2006, penerbit Giliran Timur bertajuk Dakwah Islam dalam Perspektif Haji Ashaari Muhammad.

Penulis tersebut menangis sebaik diumumkan tesisnya lulus. Walhal dia sama sekali tidak menyangkanya kerana kontroversi politik yang besar, yang diajukan ke atas figure rujukannya itu. Ertinya secara ilmiah, Abuya Ashaari Muhammad sebenarnya tidak bersalah. ‘Kesalahan’nya ialah kerana mencabar politik dengan mewujudkan sistem di dalam sistem bersama pengaruh yang makin membimbangkan. Penulis tesis itu juga berbangga kerana figure yang ditampilkannya diiktiraf oleh barisan ilmuwan yang ada PhD, sedangkan setahunya, barisan ulama yang mengharamkan dan menyesatkannya seorang pun tidak ada PhD.

1 Hasil daripada ilmu yang diilhamkan kepadanya, bersama kekuatan ibadah dan taqwanya, Abuya Ashaari Muhammad kini mempunyai 700 rangkaian projek dalam sistem hidup Islam bermodalkan Tuhan yang diperjuangkan ke seluruh dunia. Rangkaian sistem ini terdapat di Malaysia, Thailand, Singapura, Australia, Jordan, Syria, Perancis, Jerman dan Mesir.

2 Abuya Ashaari Muhammad dilihat begitu kaya, namun dia sebenarnya boleh disenaraikan sebagai seorang yang miskin. Layak menerima zakat kerana rezekinya tiada sumber yang tetap. Istilahnya dia miskin tapi kaya. Kaya tapi miskin. Peribadi beginilah yang dilahirkan oleh Islam yang selamat

Page 17: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

di dunia dan tiada hisab di Akhirat. Sebab yang kaya bukan peribadi tapi jemaahnya. Masyarakat boleh menumpang kekayaannya.

3 Orang yang sayang padanya terlalu sayang. Manakala yang benci terlalulah benci. Sayangnya orang kepadanya sampai sanggup berkorban habis-habisan dan hidup mati digunakan untuk ikut membantu perjuangannya. Komitmen begini membolehkan Abuya Ashaari Muhammad membangunkan jemaahnya tanpa meminjam dengan bank dan tidak berhutang. Taat setia yang dibuktikan oleh pengikut begitu luar biasa hinggakan semua arahan beliau untuk perjuangan Islam semua terlaksana.

Sebaliknya, bagi mereka yang benci pula tidak mampu mengawal diri kerana rasa benci yang keterlaluan (hingga sanggup menyihir Abuya dan pengikutnya) adalah kerana Allah mahu dedahkan musuh-musuh atau penentangpenentang itu semuanya. Juga supaya mereka dapat menilai diri dan masyarakat juga dapat menilai, setelah menghancurkan jemaah Abuya, mana jemaah perjuangan mereka yang boleh mereka buat lebih baik lagi, demi agama, bangsa dan negara Islam?

Ada orang marahkan Abuya kerana suka buat ramalan. “Mengapa berpegang kepada ramalan?” kata mereka. Mari kita berfikir begini:

Dalam Islam, kepada penganut-penganut yang setia terhadap sumpah setianya kepada Allah dan Rasul, maka di antara anugerah yang Allah akan beri kepada mereka dan tidak pada hamba-hamba selainnya ialah:i. Mimpi yang benar.ii. Khasyaf hati yang tembus.iii. Mendapat berita-berita ghaib (yang belum terjadi tapi akan terjadi) melalui talian-talian roh seperti ilham, yaqazah dan mimpi.

Contoh-contohnya adalah sebagaimana yang pernah terjadi kepada nabi-nabi, rasul-rasul dan wali-wali Allah. Bacalah sejarah, kita akan dapat melihat bagaimana Tuhan memberi bantuan dengan berita-berita ghaib yang bakal berlaku. Tapi ingat, ia berbeza dengan Nostradermos dan suku-sakatnya yang juga dapat berita ghaib melalui syaitan sebab syaitan itu di antara kerjanya mencuri-curi berita dari langit.

Page 18: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Sebenarnya Abuya Ashaari Muhammad termasuk orang yang direzekikan Allah dengan berita-berita ghaib ini. Kita bertuah kerana boleh menumpang manfaatnya sama. Di antara berita-berita besar yang dianugerahkan Allah kepada beliau tentang Malaysia yang telah pun terjadi ialah:– Pemerintahan di Malaysia oleh Mahathir dan Anwar akan jatuh.– Ekonomi akan jatuh.– Tentang Amerika, Abuya Ashaari Muhammad berkata,

kuasa besar itu akan jatuh lumpuh dan selepas Perang Teluk, Islam akan kembali gemilang.

Kalau begitu, mari kita ambil perhatian dengan apa pula yang dikatakan yang belum terjadi:

i. Malaysia akan jadi negara Islam yang diperintah oleh bukan orang politik.ii. Asia akan bersatu dengan Malaysia, membantu negara Islam.iii. Kebangkitan kali kedua ke seluruh dunia bermula dari Malaysia.iv. Imam Mahdi akan muncul di Mekah.v. Orang Melayu akan menawan Palestin dan Masjidil Aqsa.

Abuya terlalu yakin dengan adanya peranan Tuhan yang Maha Kaya dalam membantu kebangkitan Islam. Abuya bangunkan perjuangannya betul-betul bermodalkan Tuhan. Telah dibuktikan oleh beliau, setiap pejuang yang sanggup baiki diri dengan taqwa, sembahyang malam, bertaubat, tebus dosa (bersedekah), berkasih sayang, wirid dan doa, nescaya Allah akan tunaikan janji-Nya.

Ilmu yang global dan sistem hidup Islam yang global yang diasaskan oleh Abuya Ashaari Muhammad setakat ini ialah:

– Sistem kepercayaan (akidah) dalam diri pengikutpengikutnya.– Sistem ibadah dan akhlak dalam kehidupan.– Sistem kekeluargaan besar dan kecil (poligami). Tidak takut mempunyai anak ramai.– Sistem pendidikan di peringkat tua, dewasa, remaja dan kanak-kanak.– Sistem sosial dalam keluarga, jemaah dan masyarakat.

Page 19: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

– Sistem kewangan tanpa riba dan tipu daya.– Sistem ekonomi yang bermoral dan membela.– Sistem kebudayaan yang mendidik dan menghiburkan.– Sistem pertanian dan penternakan.– Sistem penerbitan yang menuju Tuhan.– Sistem pembangunan material yang cepat dan murah.– Sistem perkahwinan yang tidak membebankan.– Sistem pengeluaran yang mudah.– Sistem perhubungan antarabangsa. Bangsa asing pun boleh terima.– Sistem dakwah, motivasi dan kaunseling yang percuma. Ramai orang masuk Islam di tangannya. Antaranya dari Sabah, Thailand, China, Uzbekistan dan Filipina.– Sistem kebajikan Islam.– SistemkebersihandankesihatanstandardTuhan(yakni mengikut ukuran syariat yang Tuhan tetapkan).– Sistem perjuangan dan pengorbanan tanpa kepentingan.– Sistem kasih sayang dan perpaduan yang diikat di antara hati-hati insan.

Jemaah Abuya dan perjuangannya bukan untuk Malaysia sahaja, tidak untuk orang Melayu Islam sahaja dan tidak untuk Rufaqa’ semata-mata. Atas nama Allah dan Rasul, Abuya diterima di kalangan UMNO, PAS, Keadilan, kaum Cina, India dan lain-lain. Semua ini boleh bersatu di majlis Abuya atau dalam jemaah Abuya. Bahkan Abuya juga mengikat warga Sarawak, Australia, Jordan, Perancis dan lain-lain untuk jadi macam keluarga dengannya. Keupayaan menyatu-padukan semua golongan ini bukan kecil harganya. Di waktu manusia berpecah belah sekalipun dalam satu keluarga, maka kalau ada orang boleh mengikat semua golongan, ia adalah satu anugerah besar Tuhan seperti apa yang diberikan kepada Nabi Muhammad SAW yang menyatukan kaumnya, yang sebelum itu berperangan antara satu sama lain.

Di antara ramai tokoh, pemimpin, usahawan, jutawan, ilmuwan, karyawan, budayawan dan lain-lain, di tangan masing-masing terjadilah pembangunan-pembangunan material yang luar biasa. Namun Abuya berjaya menghasilkan ‘Bandar’ yang lain dari yang lain iaitu sebuah ‘Bandar’ dengan sistem hidup yang memasukkan Tuhan dan Akhirat sebagai imbangan dan praktikal. Dengan kata-kata lain, Abuya dapat membangunkan material dan rohani sekaligus. Walaupun pembangunan materialnya tidaklah bersaiz besar tetapi

Page 20: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

sistem model itu adalah penghasilan yang patut ditiru, diambil dan diperjuangkan oleh semua golongan. Mencantumkan material dan rohani dalam satu diri untuk dapatkan peribadi agung dan bangsa yang agung yang praktikal adalah kerja paling sukar yang Allah tidak rezekikan kepada filasuf dan ahli-ahli dunia, melainkan kepada rasul-rasul dan mujaddid-mujaddid.

Satu lagi ciri-ciri mujaddid ialah dia tidak dapat dihalang oleh penentang-penentangnya. Ada yang beranggapan Abuya sudah gagal dan akan gagal kerana jemaah Arqam sudah dihancurkan dan dia ditangkap serta dihukum. Sebenarnya, sejarah Rasulullah SAW sendiri beberapa kali dapat ‘dihancurkan’ iaitu:

i. Dikepung di Bani Syuaib selama tiga tahun.ii. Ketika hijrah, jemaah di Mekah hancur.iii. Ketika perjanjian Hudaibiah, pasukan Rasulullah ditewaskan.iv. Ketika di medan perang, Rasulullah SAW pernah patah gigi dan luka-luka.Adapun maksud tidak dapat dihalang oleh para penentang itu ialah sebenarnya dia dapat melepasi semua halangan dan akhirnya perjuangannya dapat menguasai suasana.

Asas bagi keajaiban di dalam jemaahnya adalah kerana Abuya Ashaari Muhammad mempunyai peribadi yang ajaib. Di waktu orang tidak lagi pedulikan Tuhan kerana terlalu cintakan dunia, Abuya Ashaari Muhammad meletakkan Tuhan (Allah SWT) sebagai cinta agungnya. Dengan maksud, seagung-agung cinta itu adalah datang dari Tuhan dan untuk Tuhan. Ertinya merasakan terlalu besarnya cinta kepada Tuhan. Dengan kata lain, hidup matinya semua hanyalah untuk dan kerana Tuhan. Lihatlah jadual dan program hidupnya yakni sepenuh masanya dengan Tuhan, Allah Rabbul ‘Alamin.

Demi membuktikan cinta kepada Rasulullah SAW, Abuya Ashaari Muhammad mengambil gaya hidup poligami untuk meramaikan umat. Kerja yang amat sukar, yang tidak ramai orang lelaki lakukan iaitu poligami secara terbuka dan mempunyai seramai-ramai anak. Itulah yang cuba dibuktikan. Tidak hanya untuk dirinya, tetapi juga kepada semua anak-anaknya. Tiga belas orang anaknya yang berumah tangga sudah berpoligami. Menjadikan bilangan anggota keluarganya, isteri, campur anak, campur menantu,

Page 21: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

campur cucu ialah lebih dua ratus orang. Dan semuanya itu adalah anggota jemaahnya. Tiada seorang anaknya yang tidak ikut perjuangannya. Stail hidup ini ditiru pula oleh pengikut-pengikutnya.

Percintaannya dengan Tuhan dapat dilihat dalam dua bentuk:

i. Berhabis-habisan dalam mempromosi Tuhan.ii. Membesar-besarkan dan mengutamakan kehendak kehendak Tuhan dalam hal ibadah dan akhlak.

Orang memperkecilkannya kerana tidak banyak bawa nas dan tidak kuat ibadah. Walhal Abuya Ashaari Muhammad mempunyai perilaku yang jauh lebih agung dari itu kerana dia mampu melaksanakan nas Al Quran dan Al Hadis. Nas bukan untuk dihafal tapi untuk diamalkan dalam kehidupan. Manakala ibadah adalah untuk bertaqwa kepada Allah. Kalau hati sudah penuh dengan takut dan cinta Allah, bukankah itu sebesar-besar ibadah?

Bukti bahawa Abuya amat menghayati Allah dan Rasul ialah bila dilihat pada akhlaknya, yakni beliau adalah seorang yang zuhud, sabar, berani, pemurah, kasih sayang, tawakal, tawadhuk, pemaaf, pemalu, menghormati tetamu, membela jiran, menjaga anak buah dan menziarahi manusia. Tidak mahu memakai seluar panjang tanpa kain pelekat kerana malukan auratnya hingga beliau sentiasa berkain pelekat ke mana-mana. Beliau mendoakan musuh-musuhnya. Beliau menegakkan kebenaran di hadapan pemerintah dan sistem sekular. Orang berkata beliau mengambil kepentingan dan menzalimi anak buah. Walhal kenyataan sebenarnya ialah dia pemimpin yang sanggup miskin untuk menumpangkan kekayaan lahir batin kepada anak buah.

Terkumpul pada dirinya watak-watak diri yang berbagaibagai: suami yang bertanggungjawab, pemimpin yang berwibawa, guru yang dicontohi, bapa yang bijaksana, kawan yang setia, ibu tempat bermanja, tempat rujuk dan tempat mengadu. Abuya Ashaari Muhammad menjadikan dirinya tempat orang meminta tolong. Sehingga orang yang mengenalinya akan berkata dialah ibu, ayah, guru, pemimpin, kawan dan suami yang dicintai isteri-isterinya.

Page 22: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Semua kesenangan hampir dimilikinya dan semua jenis ujian kesusahan pun dirasakan Tuhan kepadanya. Dia boleh dikatakan manusia yang paling disusah-susahkan Allah di zaman ini. Hidupnya bertahap, tidak melompat. Semua jenis kenderaan dipakainya. Dari yang serendahrendah kepada yang secanggih-canggih. Semua jenis rumah tempat tinggal didudukinya. Dari yang sedaif-daifnya hingga ke semoden-modennya. Semua jenis kelompok manusia digaulinya dan pernah dicampuri dari serendahrendah sampai ke setinggi-tingginya. Demikianlah Abuya Ashaari Muhammad dikayakan Tuhan sesungguh-sungguhnya.

Direzekikan mengembara ke 3/4 dunia untuk berkenalan dengan kaum-kaum di dunia. Bertahun-tahun menetap di negara-negara luar hingga faham betul watak, budaya, agama, masyarakat dan pemimpin di negara-negara di dunia.

Terdapat enam ulama besar dunia yang menyokong perjuangannya. Dua orang di Turki, seorang di Iraq, seorang di Madinah, seorang di Maghribi, seorang di Jordan. Mereka semuanya pemimpin-pemimpin yang mempunyai pengikut yang ramai. Ada di antaranya yang mempunyai pengikut jutaan orang di seluruh dunia. Mereka ialah Sidi Abdul Nasir, Syeikh Shammar, Sidi Dr. Salam Al Harras, Syeikh Abdul Jabbar, Syeikh Mahmood dan Syeikh Haidar.

Imam Mahdi dalam program dan strategi mengislamkan dunia ini semula; menurut Abuya Ashaari Muhammad; dia sedang memulakan tapaknya menggunakan tangan orang kanannya Al Fata At Tamimi. Abuya yakin orang kanan itu ialah dirinya. Namun siapa-siapa pun boleh mencuba sehingga Allah akan mengesahkannya. Tentang inilah masyarakat jadi keliru dibuatnya. Ada orang yang mengatakan Abuya mengambil kesempatan mencari kepentingan peribadi. Walhal menurut Abuya Ashaari Muhammad, “Ingat saya tak malu ke nak mengakungaku? Allah kalau hantarkan duta-dutanya ke bumi, tentu Dia beritahu orang itu, ‘Awak wakil Saya,’ lalu hati orang itu didorong-dorong untuk memaklumkannya kepada dunia.”

Namun apa pun, bersabarlah kita untuk sama-sama melihat apakah

Page 23: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

pengakuannya benar atau tidak, iaitu dengan melihat apakah dalam umurnya dia sempat mendapat daulah Islamiah yang dijanjikan itu._________________________________________________________________________________

ABUYA ASHAARI MUHAMMAD DI UMUR SATU HARIDiceritakan oleh Zaleha Mohamad, adik seayah Abu-ya Ashaari Muhammad bahawa pada 30 Oktober 1937, hari lahirnya Abuya Ashaari Muhammad, ayahnya Muhammad bermimpi.

Mimpinya itu terjadi di waktu dia tertidur di kerusi pejabat kastam di Lubok Cina ketika bertugas shift malam. Kerana dirasakan bermaknanya mimpi itu, ketika keluar dari pejabat kastamnya pada pukul satu pagi dengan basikalnya, dia tidak terus balik ke rumah. Sebaliknya dia singgah di surau gurunya, Kiyai Syahid, menunggu Subuh untuk merujuk mimpinya itu.

Maka selepas sembahyang Subuh, dia bertemu Kiyai Syahid. Diceritakanlah mimpi itu kepada kiyai yang bertaraf khalifah dalam jemaah Sayidi Syeikh Suhaimi itu.

“Saya melihat dalam mimpi, seorang bayi iaitu anak saya sendiri, berlumba berenang dengan saya dalam lautan yang luas. Didapati anak itu berenang laju dan merentas laut sedangkan saya tak mampu mengejarnya.”

Maka Kiyai Syahid pun memberi respond: “Sebenarnya Maimunah isteri engkau sudah melahirkan anak lelaki, waktu engkau di pejabat malam tadi. Berilah namanya Ashaari bin Muhammad.”

Kiyai Syahid adalah seorang ulama yang berasal dari Indonesia. Berguru dengan seorang soleh yang bila dia menulis ada cahaya di jarinya. Namun bila dia berhijrah ke Malaysia, bertemu dengan Sayidi Syeikh Suhaimi, dia belajar dan berkhidmat dengannya selama 20 tahun.

Orang sealim itu, akhirnya ditugaskan oleh Syeikh Suhaimi berjuang di pedalaman Rembau, Negeri Sembilan iaitu Kampung Pilin.

Bersama dengan Lebai Ibrahim (iaitu abang iparnya sebab Kiyai Syahid

Page 24: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

berkahwin dengan adiknya) ikut pindah ke Pilin maka terbangunlah jemaah Muhammadiah di kampung di tengah hutan itu. Penduduknya kebanyakan orang Melayu yang hidupnya macam orang asli, tidak sembahyang dan miskin.

Dengan perancangan Kiyai Syahidlah akhirnya Muhammad dan Maimunah dikahwinkan di Pilin. Muhammad yang berasal dari Segambut telah berpindah kerja kastam ke Lubok Cina dan memilih untuk berguru dengan Kiyai Syahid serta terus tinggal di Pilin.

Lebai Ibrahim pula mempunyai seorang adik perempuan janda, baru kematian suami, beranak dua, yang tinggal di Melaka. Mereka ialah sepupu kepada Syeikh Suhaimi. Waktu kecilnya Maimunah memang tinggal serumah dengan Sayidi Syeikh Suhaimi di Klang bahkan selalu didoakan oleh Syeikh Aurad Muhammadiah itu. Doa agar darinya lahir penyambung perjuangan. Memang Sayidi ada memberitahu orang-orangnya, bahawa akan lahir dari keluarganya seorang yang akan menjadi penyambung perjuangannya.

Lebai Ibrahim telah memanggil Maimunah ke Pilin bilamana dipersetujui oleh Kiyai Syahid agar Muhammad dikahwinkan dengan Maimunah.

Sewaktu Kiyai Syahid menyatakan hasrat kepada Muhammad agar sudi mengahwini Maimunah, janda beranak dua itu, Muhammad terkejut.

Terkejut kerana teringatkan pesanan ayahnya (yang juga anak murid Sayidi Syeikh Suhaimi) sewaktu dia kecil lagi, “Mad, engkau nanti kalau nak kahwin, carilah belahan dari Sayidi Syeikh Suhaimi.”

Jadi mengenangkan pesanan itulah, maka harapan Kiyai Syahid ditunaikannya. Walhal sebagai pegawai kastam waktu itu Muhammad cukup mudah untuk mendapat gadis-gadis istimewa sebagai isterinya. Seelok dinikahkan Muhammad sekali lagi terkejut kerana isterinya itu pernah dilihat dalam mimpinya sebagai isteri.Diceritakan lagi oleh ayah Abuya Ashaari Muhammad kepada Zaleha bahawa di Pilin itu ahli-ahli jemaah Muhammadiah itu selalu berbisik sesama mereka, perihal cerita akan lahirnya seorang yang bernama Ashaari bin Muhammad. Ini kerana Kiyai Syahid memang pernah mendengar dari Sayidi Syeikh

Page 25: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Suhaimi (Kiyai Agung) sebelum dighaibkan bahawa orang yang akan menyambung perjuangannya bila dia ghaib ialah Ashaari bin Muhammad. Jadi bilamana Maimunah mengandung, orang menunggu-nunggu kelahiran anak Muhammad itu.

Cerita sejarah ini jadi lebih menarik lagi bilamana samasama mengandung waktu itu ialah isteri kepada seorang lagi yang bernama Muhammad, iaitu abang Maimunah sendiri yang bermastautin di Lubok Cina waktu itu. Jadi orang menunggu-nunggulah anak dari Muhammad yang mana satu yang akan jadi Ashaari bin Muhammad itu. Anak Maimunah atau anak abangnya?

Maka mimpi suami Maimunah tadilah yang jadi penentu. Kiyai Syahid yang memutuskan bahawa anak Maimunah adalah Ashaari itu.

Maka bilamana lahir pula anak lelaki Muhammad, anak abang Maimunah, diberi nama oleh Kiyai Syahid sebagai Abdul Wahab, sepupu Abuya Ashaari Muhammad yang akhirnya menjadi adik iparnya kerana berkahwin dengan adik Abuya Ashaari Muhammad. Mereka kahwin sepupu.

Menurut cerita Abdul Wahab, dia mendengar dari ayahnya, bahawa pada mulanya Kiyai Syahid menamakannya Haris. Dengan harapan dia akan jadi Haris Harras, yang disebutkan Hadis sebagai ‘lelaki di belakang sungai’, yang akan jadi pembantu kuat kepada Putera Bani Tamim. Kebetulan di belakang rumah itu ada sungai. Tapi kerana dia bukan orangnya, kata Wahab, maka dengan nama itu dia selalu sakit-sakit lalu ditukarlah nama kepada Abdul Wahab.

Tertera kepada kita bahawa sejarah ini sudah dibualkan orang-orang zamannya. Pilin bagaikan sebuah institusi atau pusat perancangan yang mencipta kelahiran dan perjuangan Islam yang disebut Hadis. Sepatutnya cerita-cerita ini sudah lenyap bersama lenyapnya orang-orang itu. Tapi aneh, cerita itu kekal bersambung oleh generasi baru dan tetap relevan.

Sebenarnya semua cerita sejarah di atas sangat dirahsiakan dari Abuya oleh siapa sahaja yang menjaganya waktu itu. Hinggalah pada suatu hari ketika umurnya 47 tahun, bertempat di Masjid Lembah Pantai, Universiti Malaya, dia didatangi oleh Embah Mahmud, seorang yang tidak pernah dikenali

Page 26: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

sebelumnya. Selesai sembahyang Isyak bersama jemaah yang memenuhi masjid itu, waktu bersiap-siap untuk memberi kuliah, tiba-tiba seorang lelaki tua menyembamkan wajahnya selama sepuluh minit ke pangkuan Abuya dan menangis teresak-esak. Malu dengan kejadian itu di hadapan jemaah, Abuya minta Embah menunggu sehingga selesai program kuliah Abuya itu.

Maka selesai sahaja kuliah, secara empat mata Embah bercerita, “Saya mencari kamu sudah 60 tahun. Waktu kamu dalam PAS, saya perhatikan kamu perjuangkan politik, bukan jemaah tarekat. Saya tanyakan hal itu kepada Sayidi Syeikh Suhaimi ‘di balik tabir’. Kata beliau, ‘Tunggulah lagi’.”

“Kenalah saya menunggu dan mencari hinggalah umur saya sudah 80 tahun. Menunggunya 60 tahun lamanya. Hari inilah paling sejarah dalam hidup saya. Penantian selama 60 tahun sudah selesai. Benarlah kata-kata Sayidi Syeikh Suhaimi 60 tahun lalu bahawa perjuangannya disambung oleh Ashaari Muhammad.”

Abuya tanya asal usul cerita itu, maka Embah menjelaskan: “60 tahun yang lalu, bertempat di Johor, saya berada di Majlis Sayidi Syeikh Suhaimi bersama 9 orang. Orang lain semuanya sudah tua dan saya paling muda. Masa itu umur saya dua puluh tahun. Di majlis itu seseorang bertanya kepada Sayidi Syeikh Suhaimi, apakah benar tuan Imam Mahdi? Sayidi Syeikh Suhaimi bertafakur 15 minit dan kemudian angkat kepala lalu menjawab, “Ya, saya Imam Mahdi.”Suasana waktu itu, Sayidi Syeikh Suhaimi sudah begitu dicurigai oleh penjajah kerana pengaruh dan kekuatannya di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Jadi majlis itu memikirkan bagaimana untuk Sayidi selamat dari dibunuh oleh British. Kata Sayidi Syeikh Suhaimi, “Insya-Allah saya akan dighaibkan Allah, tapi kalau hilang begitu sahaja, sedangkan saya begitu terkenal, akan jadi masalah. Maka Allah izinkan saya untuk dilihat seperti meninggal dunia walhal saya dighaibkan Allah.”

Sayidi Syeikh Suhaimi menyambung lagi, “Perjuangan saya ini akan jadi seperti anak ayam kehilangan ibu waktu ketiadaan saya, tapi nanti ia akan bersambung oleh seorang bernama Ashaari Muhammad.” Sewaktu menyebut nama itu Sayidi Syeikh Suhaimi telah menepuk bahu Embah Mahmud dan berkata, “Kamu akan jumpa dia, Mud.”

Page 27: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Kerana besarnya peristiwa dan kata-kata itu, Embah Mahmud mencatat dan berazam akan membuktikan kebenarannya. Lalu pada hari itu dalam tahun 80-an, kata-kata itu terbukti.Abuya dan Sayidi Syeikh Suhaimi tidak pernah bertemu. Yang menghairankan ialah bagaimana dua orang yang tidak pernah bertemu tapi boleh mempunyai perjuangan yang satu. Walhal tiada siapa mengajar Abuya tentang kaedah perjuangan yang dipilihnya. Hal ini juga menjadi bukti benarnya cerita ini.

Memang kata Embah Mahmud, apa yang dibuat oleh Abuya seperti menyalin kerja-kerja Sayidi Syeikh Suhaimi. Yakni berjuang menegakkan Islam atas konsep jemaah. Bukan bentuk madrasah atau pondok atau pesantren atau parti atau badan-badan persatuan Islam. Tidak juga seperti jemaah masjid atau Tabligh.

Jemaahnya lain dari yang lain. Berani saya mengatakan dia berjaya menyalin kaedah yang dibuat oleh Rasulullah. Iaitu bermula dari seorang diri. Mengumpul keahlian seorang demi seorang. Dia menjadi guru dan pemimpin tanpa mesyuarat agung dan tanpa ajak-ajak sebab orang-orang yang datang mengikutnya bukan untuk berpersatuan tapi untuk membaiki diri. Begitulah kemampuannya yang orang tahu.

Diajaklah sama seluruh keluarga dari individu itu agar sama-sama membaiki diri hingga jadilah sebuah keluarga yang mengamalkan cara hidup Islam. Hasil daripada keluargakeluarga Islam yang terbentuk ini, maka gabungannya itu jadilah jemaah Islam.

Mereka berkumpul dan beraktiviti mempraktikkan Islam bukan di sekolah, pondok atau pejabat-pejabat, tapi di kompleks-kompleks penempatan dalam kegiatan-kegiatan hidup harian yang semuanya dipraktikkan atas landasan Al Quran dan Sunnah. Islam syumul itu diperjuangkan dalam keluarga dan masyarakatnya, dalam kehidupan harian.

Hasil pengajian-pengajian, mereka membaiki diri dan sekaligus melakukan langkah-langkah praktikal untuk melaksanakan kehidupan Islam di dalam diri

Page 28: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

dan keluarga di semua aspeknya. Itulah jemaah yang mana Sayidi mengajar Abuya dari balik tabir (tanpa bertemu) demi menyambung perjuangannya.

Semua kisah ini terangkum dalam isyarat yang Allah SWT takdirkan melalui mimpi ayahnya, di hari lahir Abuya. Dia seorang bayi mampu menguasai lautan sedangkan si ayah, seorang dewasa gagal melakukannya. Manusia tidak akan mampu untuk menguasai lautan kalau dengan kekuatan fizikal semata-mata. Ia memerlukan kekuatan roh. Kalau lautan ibarat ilmu, maka seluruh ilmu itu hanya mampu diperolehi dengan sokongan Tuhan melalui kemampuan roh. Kalau lautan diibarat kekayaan, maka orang yang menguasai semuanya adalah orang yang sangat bertaqwa seperti Rasulullah dan Khulafaur Rasyidin, yakni dengan pertolongan Allah. Kalaulah pula laut itu ibarat gelanggang perjuangan, maka menguasai dan memenanginya tidak mungkin oleh orang Islam biasa tetapi mestilah Islam yang di belakangnya adalah Allah dan Rasul.

Beginilah Abuya Ashaari Muhammad diperkenalkan Tuhan kepada dunia di hari lahirnya._________________________________________________________________________________SEJARAH KEHIDUPAN DAN KETURUNANUmur Lima TahunAbuya Ashaari Muhammad hidup dalam persekitaran dunia yang sangat susah. Sedangkan kehidupan keluarganya tidaklah susah sangat. Zaman itu zaman perang, iaitu sekitar tahun 1942 hingga 1945. Tanah Melayu waktu itu dijajah oleh Jepun. Waktu Jepun perintah, keadaan lebih susah. Tahun 1945, British perangi Jepun dan dapat menjajah semula Tanah Melayu. Waktu Jepun memerintah, bapa Abuya Ashaari Muhammad dilantik menjadi kerani beras di Lubok Cina. Bila British datang, dilantik jadi pegawai kastam semula. Mereka berperang di bumi ini merebut kuasa, sedangkan anak peribumi menjadi mangsanya.

Abuya Ashaari Muhammad disusahkan lagi dengan kematian ibu dan kematian Kiyai Syahid waktu pemerintahan Jepun. Seorang yang membesar tanpa ibu dan bapa (kerana jarang jumpa bapa disebabkan bapanya pergi kerja pagi-pagi lagi dan balik waktu tengah malam), jiwa dan fikirannya sangat berbeza dengan seorang yang membesar bersama ibu dan bapa.

Page 29: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Kata Abuya Ashaari Muhammad, dia tidak suka balik ke rumah lepas sekolah sebab tiada tempat bermanja seperti anak-anak orang lain yang bila balik, ada ibu dan ayah di rumah. Dia lebih banyak bermain-main di sungai dan lain-lain daripada di rumah. Hati anak yatim selalu pilu dan merajuk sebab itu perangainya lasak dan sukar difahami.

Rupanya segala kesusahan hidup yang dilaluinya itu memberi kesan yang mendalam pada peribadinya. Ia dapat difahami dengan menghayati sajak tulisan Abuya Ashaari Muhammad di bawah ini.

Kesusahanku

Kesusahanku di masa kecilMengenalkanku erti penderitaanKerana itulah aku tidak boleh mendengar orang menderitaAku suka sekali menolong merekaKematian ibuku di waktu kecilkuMenginsafkan aku betapa sedihnya orang tiada beribuKerana itulah aku simpati kanak-kanak yang tidak beribuInginnya aku menghiburkannya Ingin aku menggembirakannyaKesusahanku di dalam kehidupanDi dalam semua aspek pengalamanDi dalam makan minum,di dalam tempat tinggal, di dalam berpakaianMenjadikan aku sensitif dengan penderitaan orangRupanya pengalaman di dalam kehidupanBanyak pengajaran dan didikanBanyak menyedarkan dan menginsafkanSangat berguna buat perjuangan masa depanItulah hikmahnya aku tidak mendapat pelajaran tinggiKerana keadaan kehidupan yang susah selalu menghalangTapi aku berpeluang belajar dengan kehidupanDi sinilah aku dapat ilmu dan pengalaman– Malam, 20 Okt. 2002

Suatu hari waktu Maghrib; ketika itu ibunya sudah tiada (meninggal dunia);

Page 30: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

kerana merajuk dan takut sebab kena marah, dia lari masuk hutan. Sedangkan suasana malam gelap-gelita. Jenuh bapanya mencari dan memanggil-manggil namanya. Memujuk agar dia balik.

Besoknya, peristiwa itu telah memaksa bapanya menyerahkan Abuya Ashaari Muhammad kepada bapa saudaranya, Lebai Ibrahim. Oleh kerana Wak Ibrahim dan Wak Imai tiada anak, mereka gembira menerima Abuya Ashaari Muhammad dan adiknya Syarifah untuk dijaga.

Waktu itu umurnya sekitar enam hingga lapan tahun. Sudahlah susah, kena pula jaga adik. Kena memasak, kena angkat air dari perigi sebelah rumah, kena bersihkan halaman dan kena menjahit sendiri baju yang koyak-koyak. Waktu itu jahit pakai benang nenas. Kata Abuya Ashaari Muhammad, tidur malam di serambi rumah berdinding atap dengan satu bantal busuk. Kalau harimau yang biasa lalu-lalang hendak ambil dia, mudah sahaja. Jenguk sahaja ke serambi tanpa dinding itu, tarik ke bawah rumah. Pernah harimau beranak dua di belakang rumah Kiyai Syahid waktu beliau tinggal di sana ketika umurnya empat tahun.

Kesusahan sebenarnya adalah guru yang baik. Abuya Ashaari Muhammad diasuhnya untuk insaf dan bertanggungjawab. Masakan Allah membuat sesuatu yang sia-sia kepada hamba-hamba-Nya. Lebih-lebih lagi terhadap hamba yang istimewa.

Di persekitaran yang begitu teruk, Abuya Ashaari Muhammad lahir ke dunia bersama jiwa yang hendakkan Islam, di tengah keluarga yang beragama. Semua ahli keluarganya menunaikan sembahyang. Sesusah dan sesedih mana pun, namun dia tidak menjadi orang yang sakit jiwa. Sebab jiwanya dibekal dengan kekuatan untuk memperjuangkan Islam. Jiwa itu sudah disuburkan oleh Kiyai Syahid sendiri. Sebab, sejak berumur lima tahun, beliau tinggal di rumah Kiyai Syahid iaitu sekembali dari Pulau Pangkor. Pada tahun 1938, ayahnya membawa anak dan isteri ke Pangkor untuk bekerja sebagai pegawai kastam di sana di bawah pemerintahan British. Bila Jepun pula memerintah dari tahun 1942 hingga 1945, mereka kembali ke Pilin dan tinggal di rumah Kiyai Syahid.

Abuya sebenarnya pelarian perang dari Pulau Pangkor ke Pilin. Di hari

Page 31: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

berangkat meninggalkan Pulau Pangkor, sesampai mendarat ke Tanah Besar, Pulau Pangkor dibom. Sesampai di Pilin, tempat mereka mendarat itu pula dibom. Oleh kerana mereka selamat sampai ke Pilin, Kiyai Syahid menyambut Abuya yang ketika itu berumur lima tahun, ditatang-tatang dengan penuh kesyukuran.

Waktu bermain dengan kawan-kawan sama ada di sekolah atau di luar sekolah, Abuya Ashaari Muhammad menyusun ‘barisan perang’. Satu kumpulan jadi tentera Imam Mahdi, satu lagi kumpulan musuh. Abuya Ashaari Muhammad akan mengetuai pasukan tentera di pihak Imam Mahdi. Maka terjadilah ‘peperangan sengit’ di celah-celah pokok senduduk di Kampung Pilin dengan pistol buluh berpelurukan biji cenderai.

KENAPA IMAM MAHDI?

Sebenarnya di Tanah Melayu (Malaysia) ini di sekitar 1940an hingga tahun 1960-an, di mana-mana saja terutama di tempat-tempat pengajian Sunni, orang suka bercerita tentang Imam Mahdi. Pusatnya ialah di tempat Sayidi Syeikh Suhaimi. Melalui orang-orangnya, terdengarlah kepada anak cucu mereka perihal akan lahirnya Imam Mahdi itu.

Di surau Pilin, diceritakan oleh Abuya Ashaari Muhammad bahawa di sekitar tahun 1940-an hingga 1950-an; waktu Abuya budak-budak lagi; dia selalu mendengar orang tua-tua bercerita tentang Imam Mahdi akan datang mengislamkan dunia dan dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa a.s.

Kata Abuya lagi, di mimbar-mimbar masjid masa itu, khatib-khatib mendoakan kerajaan Islam Turki Usmaniah yang sudah dijatuhkan oleh Wahabi. Zaman itulah Abuya dapat ilmu tentang Turki, sultannya yang terakhir ialah Raja Abdul Hamid. Sayidi Syeikh Suhaimi berjaya menghidupkan cerita-cerita tentang kebangkitan Islam semula kali kedua ke peringkat dunia di waktu British sedang menjajah Tanah Melayu. Di waktu yang sama, Wahabi sudah tawan Mekah dari kuasa kerajaan Usmaniah. Cita-cita Islam dinyalakan waktu itu agar umat Islam bangkit untuk memperjuangkan Islam di peringkat negara dan dunia dengan pemimpinnya Imam Mahdi.

Page 32: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Menurut Abuya, perjuangan Sayidi Syeikh Suhaimi yang mula diasaskan di Klang, Selangor itu sebenarnya perjuangan seorang Mujaddid kurun ke-13. Yang mana beliau berjaya menyelamatkan kefahaman sebenar tentang agama daripada dirasuk oleh fahaman yang dibawa oleh penjajah. Dengan konsep jemaah bukan pesantren itu, beliau berjaya melepasi usaha penjajah untuk memusnahkan perjuangan Islam yang hak.

Sayidi Syeikh Suhaimi telah melahirkan 40 orang khalifah dengan cawangan seluruh Asia, beliau betul-betul membentuk jemaah Ikhwan. Hatta panggilan kepada ahli jemaahnya ialah Ikhwan. Mulanya orang menyangka di tangannya berlakunya janji Allah, yakni Islam akan bangkit kali kedua pada masa itu. Beliau sendiri mulanya tentu tidak menyangka akan mengalami proses ghaib itu. Hinggalah bilamana penjajah begitu mengancam maka Sayidi Syeikh Suhaimi yang mempunyai segala ciri Imam Mahdi itu ghaib, seperti ghaibnya Nabi Isa a.s. Sehinggalah 60 tahun kemudian, barulah kebangkitan Islam benar-benar dirasai dan jemaahnya betulbetul dapat disalin oleh Abuya Ashaari Muhammad.

Khalifah-khalifah dan wakil-wakilnya dapat menghantar mesej perjuangan Sayidi betul-betul ke tangan Abuya Ashaari Muhammad. Satu passing yang baik dibuat oleh para ‘pemain’ kerana dapat melepasi semua halangan penjajah. Mesej Sayidi dapat sampai ke tangan Abuya Ashaari Muhammad dengan selamatnya. Demikianlah percaturan Tuhan.

Jiwa Abuya Ashaari Muhammad disuburkan dengan citacita perjuangan Islam. Sebab itu di umur lima tahun, Abuya Ashaari Muhammad sudah bercakap tentang Islam. Menurut cerita menantu Kiyai Syahid, Fatimah (isteri Syuhud), di Pilin, “Wa-i (panggilan orang kampung pada Abuya) waktu kecil, cakap pelat-pelat lagi kalau ditanya nak sekolah di mana, dia jawab sekolah Islam.” Walhal di Pilin, zaman perang pula, mana ada sekolah Islam. Itu menunjukkan Abuya Ashaari Muhammad dilahirkan bersama hati Islam dan iman. Sementelahan didikan yang diterima sangat berkesan membentuk hati dan fikirannya.

Semangat juang sentiasa berkobar-kobar dalam dirinya, hinggakan pantang tengok orang bukan Islam di Pilin. Abuya Ashaari Muhammad sanggup

Page 33: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

mencubit anak Cina yang sedang didukung ibunya. Tapi waktu itu Abuya masih budak, belum pandai berfikir lagi. Dilastiknya anjing-anjing dan babibabi Cina yang berkeliaran kerana semangat perjuangan.

Waktu Soekarno memerintah Indonesia, lantang suaranya mengancam Amerika. Kata Abuya Ashaari Muhammad, setiap kali Indonesia menyambut kemerdekaannya (pada setiap 17 Ogos), dia akan ponteng sekolah sebab hendak dengar siaran Radio Indonesia yang menyiarkan ucapan Soekarno. Abuya Ashaari Muhammad akan pergi ke satu-satunya kedai yang ada radio di Pilin dan duduk mendengar bersama-sama orang tua-tua kampung yang ada di kedai itu. Dia ikuti ucapan Soekarno, bahkan mampu menghafal dan menggayakannya sekali.

Bukan main-main cita-cita perjuangannya. Di surau Pilin, waktu itu malam-malam Isnin dan Jumaat ada tahlil dan kenduri. Sambil berkelubung badan dengan kain pelekat, beliau berbaring sambil mendengar orang-orang tua bercerita tentang perjuangan Imam Mahdi. Kanak-kanak lain, selepas makan terus balik. Tapi Abuya Ashaari Muhammad berminat sekali mendengar perbualan orang tua-tua yang diketuai oleh Lebai Ibrahim. Mereka berada di surau sampai Subuh.

Kata Abuya, memang stail orang Sayidi suka membuka cerita-cerita menarik waktu tengah malam hingga ke Subuh. Abuya Ashaari Muhammad sanggup pasang telinga sampai ke tengah malam untuk ‘midnight story’. Mereka sangka dia tidur. Memang dia buat-buat tidur sebab malu untuk dudukduduk di kalangan orang tua.

Di sanalah Abuya Ashaari Muhammad mengambil maklumat-maklumat tentang perjuangan akhir zaman. Pilinlah yang merekrut Abuya Ashaari Muhammad untuk bangkit sebagai pejuang Imam Mahdi sepanjang hidupnya. Sejarah Imam Ghazali dengan Imam Az Zahum, Abuya Ashaari Muhammad dengar dari Lebai Ibrahim waktu umur 6 tahun tapi melekat sampai sekarang. Waktu remaja, ada gerakan Hassan Bandung menghina-hina Imam Ghazali, Abuya sangat tidak bersetuju tapi ketika itu belum pandai berhujah.

Saya pernah bertanya kepada Abuya Ashaari Muhammad, fikirannya yang

Page 34: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

penuh dengan cita-cita memperjuangkan Imam Mahdi itu, jangan-jangan tersalah corak oleh suasana masyarakat Pilin yang terlalu mendoktrinkan konsep itu dalam dirinya. Begitu juga dengan sumber bacaannya yang begitu terhad, yang mana maklumat-maklumat tersebut hanya ada dalam kitab-kitab kuning kegemaran Abuya Ashaari Muhammad.

Inilah jawapan beliau: “Kiyai Syahid dihantar ke kampung terpencil Pilin oleh Sayidi Syeikh Suhaimi waktu itu adalah perancangan beliau untuk ciptakan environment Imam Mahdi. Untuk apa? Untuk mendidik kanak-kanak bernama Ashaari bin Muhammad agar tertanam di jiwa dan fikirannya perihal perjuangan akhir zaman oleh Al Mahdi. Ini bukan sesuatu yang tersilap, tapi adalah perancangan Tuhan untuk kebangkitan Islam.”

Kata Abuya lagi, di waktu Islam sedang jatuh di Turki dan Mekah, penjajah datang ke Timur Jauh untuk mengkafirkan orang di sini. Sepertilah kemasukannya ke negara-negara Timur Tengah, telah berjaya mengkafirkan atau mensekularkan semula Sepanyol, Mesir dan lain-lain negara Arab. Islam di Turki juga punah akhirnya. Penjajah tentu bawa misi Kristianisasi yang pekat untuk diterap di bumi ini. Sedangkan Islam di gugusan pulau-pulau Melayu belumlah begitu kuat.

Ramai penduduknya masih menganut ajaran animisme. Logiknya, akan Kristianlah bumi Malaysia ini. Paling tidak macam nasib Indonesia. Sama kuat Islam dan Kristian.

Tapi pelik, penjajah gagal di sini. Tanah Melayu akhirnya menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi. Sangat ajaib. Mereka cuma berjaya sekularkan agama tapi tidak mampu tukar agama. Sayidi Syeikh Suhaimi ada di Malaysia waktu itu. Beliau berjaya membentuk jemaah kecil-kecilan seperti di Pilin untuk selamatkan pengikutnya daripada sekularisme yang dibawa penjajah. Abuya dilahirkan dalam rumah yang dindingnya atap, lantai buluh, yang tiada siapa menduga itu ialah suatu kelahiran yang istimewa. Masakan boleh keluar dari hutan Pilin itu seorang yang boleh mencabar sekularisme?

Begitulah orang berfikir, lalu Abuya terlepas dari cengkaman penjajahan seperti bebasnya Nabi Musa a.s. dari dibunuh oleh Firaun. Maka selamatlah

Page 35: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Abuya untuk menganut ajaran agama yang sangat tulen yang dikirimkan Sayidi Syeikh Suhaimi kepadanya melalui orang-orang tuanya.

Adapun mengapa Abuya hanya memilih kitab-kitab ‘kuning’ (kitab-kitab lama tulisan Jawi atau Arab yang dikarang oleh ulama-ulama dahulu) untuk bacaannya ialah: seperti ada suara hati yang membisik-bisikkan padanya bahawa buku-buku agama Islam yang ditulis oleh penulis sezaman, itu bukan lagi agama tapi berdasarkan akal. Tafsiran-tafsiran yang mereka buat tentang agama tidak lagi oleh ilham tapi semata-mata akal. Sedangkan mereka yang menulis kitabkitab kuning dengan tulisan Jawi kuno itu adalah ulama-ulama muktabar yang sudah lama meninggal dunia. Mereka mewarisi agama yang masih murni yang bersumberkan wahyu atau ilham dan sedikit sahaja dicampuri akal. Kata Abuya Ashaari Muhammad, “Lagi lama penulisnya meninggal dunia, lagi bagus. Sebab makin dekatlah dia kepada sumber sebenar agama.”

Sambung Abuya Ashaari Muhammad lagi, “Suara rohani yang dibisikkan ke hati itu seolah-olah guru yang sentiasa mengajar saya. Walhal tiada seorang guru lahir pun yang melakukannya untuk saya. Bahkan guru-guru agama sa-ya pada zaman itu pun fikiran mereka sudah banyak terpengaruh dengan agama sekular itu. Ulama-ulama Sunnah pun sudah tidak bercerita tentang perjuangan Islam dan kebangkitannya sekali lagi.” Penjajah berjaya menyapu bersih semangat perjuangan Islam dari umat Islam peribumi. Walhal seorang Islam sepatutnya adalah seorang yang sangat berjuang.

Perihal adanya ‘guru’ yang memahamkan beliau melalui talian roh ini adalah pengalaman Abuya Ashaari Muhammad sejak umur lima tahun. Banyak perkara yang tidak diajarkan oleh sesiapa tapi kefahaman yang diberikan ke hatinya telah membuatkan beliau mampu mengambil pendirian yang demikian itu.

Contohnya, waktu bersekolah rendah di Pilin (selama enam bulan) dan dua tahun di Segambut, petang-petang beliau mengaji agama di kampung. Tiga orang gurunya semuanya lulusan pondok di Padang, Indonesia. Mereka berfahaman Wahabi (kaum muda). Semua guru-guru itu sangat sayang padanya. Ketiga-tiganya orang Segambut, iaitu Ustaz Haji Arshad Khadiman, Ustaz Mokhtar Abdul Manaf dan Ustaz Mohd Amin Osman.

Page 36: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Abuya Ashaari Muhammad sedar, mereka ingin sekali Wahabikan beliau. Segala perhatian dan kasih sayang yang diberikan jelas membuktikannya. Namun Abuya Ashaari Muhammad tidak boleh terima semua itu. Apa yang ada di dalam hatinya menolak semua ilmu, ajaran dan amalan berbentuk Wahabi itu. Padahal waktu itu dia masih kanakkanak lagi.

Memang golongan Islam sekular akan menolak perihal adanya ilham sebagai sumber ilmu. Bahkan mereka sesatkan sesiapa yang terlibat. Katanya itu syaitan. Memang mereka beragama di peringkat akal semata-mata. Hal-hal di luar logik akal mereka nafikan. Seolah-olah pada mereka agama ciptaan akal, bukan oleh Tuhan. Kuasa Tuhan menurunkan wahyu dan ilham ke hati orang (perkara yang tidak logik itu), ditidakkan dengan erti bahawa Allah tidak mampu lakukan itu.

Pengalaman-pengalaman yang Allah takdirkan kepada orang lain disyaitankan. Seolah-olah syaitan pula lebih berkuasa dari Tuhan. Ilmu Allah yang direzekikan kepada sese-orang disesatkan, hanya kerana mereka tidak mengalaminya. Allah tidak rezekikan kepada mereka sebab mereka bukan orang Tuhan, lalu mereka karutkannya dengan mendakwa syaitan sahaja yang boleh buat macam itu. Allah tidak akan berbuat begitu kata mereka, hanya syaitan yang pandai berbuat begitu.

Padahal Allah itu lebih dekat pengetahuan, pendengaran, dan penglihatan-Nya kepada seseorang daripada dekatnya syaitan. Sesiapa yang Allah hendak lantik untuk hidupkan agama-Nya, mustahil Allah tidak ajar kepadanya. Sebab hanya Allah yang cukup tahu caranya untuk kembalikan agama-Nya. Setiap mujaddid sebenarnya adalah orang yang diilhamkan oleh Allah melalui roh Rasulullah SAW. Bacalah sejarah mereka, anda akan dapat melihatnya.

Pengalaman hidup Abuya tadi jelas membuktikan bahawa dirinya dilindungi dan dipelihara Tuhan. Seorang anak kampung yang terbiar begitu, sepertilah kawan-kawan Abuya yang lain sama ada di Pilin mahupun Segambut, hidup yang daif di zaman penjajahan telah menjadikan mereka golongan yang wujudnya tiada erti apa-apa pun pada bangsa dan negara. Di sudut dunia mahupun Akhirat. Kecuali Abuya, beliau bangun dari tempat yang sama tapi

Page 37: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

berjaya menjadi pemimpin Islam yang pengaruhnya bertaraf dunia. Bukankah kerana dipimpin Tuhan?

Almarhum Tun Ghafar Baba menceritakan kesusahannya lebih teruk dari Abuya, tapi akhirnya jadi pejuang UMNO yang cukup hebat. Kerana kebetulan terjumpa laluan untuk ke sana. Abuya pula terjumpa Islam, lalu jadilah pemimpin Islam yang bukan calang-calang. Demikian Tuhan menunjukkan kuasa-Nya.

Siapakah yang berkuasa menjadikan seorang yang tidak sekolah tinggi tapi ilmunya sangat tinggi? Hingga mampu mencetuskan sebuah jemaah yang dianggap oleh sebuah kerajaan sebagai satu ancaman. Abuya Ashaari Muhammad buat sistem di dalam sistem. Sampai ditakuti oleh kerajaan lalu dihancurkan. Kemudian dia bangun lagi dengan wibawa yang lebih besar. Kuasa siapakah ini kalau bukan kuasa Tuhan?

Seseorang yang berlaku di tangannya, semua usaha-usaha menghalangnya diambilnya untuk membesar dan menguatkan perjuangannya. Umpama najis yang dilemparkan telah menjadi baja perjuangan. Dan ingatlah bahawa semua keajaiban ini berlaku pada dirinya, adalah dimulai sejak umurnya 5 tahun di tahun 1942, dia sudah bercakap tentang Islam!KeturunanKeturunan yang baik-baik, suci lagi mulia, adalah satu standard (syarat-syarat) yang terlalu penting untuk lahirkan manusia yang baik-baik, suci dan mulia-mulia belaka. Itulah asasnya.Kelahiran rasul-rasul terutama Rasulullah SAW itu sebenarnya sangat ditentukan oleh faktor keturunan. Dijaga sungguh oleh Allah mata rantai keturunannya yang dirangkaikan semuanya dari Nabi Ibrahim sampai lahirnya Nabi Muhammad itu, daripada kejadian zina. Sejauh beribu-ribu tahun, beratus-ratus generasi, laluan yang diambil semuanya selamat dari zina. Lihatlah nama-nama mereka yang berangkai ini:Nabi Ibrahim – Nabi Ismail – ...... – Adnan – Maa’ad – Nizar – Mudhar – Ilyas – Mudrikah – Khuzaimah – Kinanah – Nadhar – Malik – Fihir – Ghalib – Lu‘ay – Ka’ab – Murrah – Kilab– Qusai – Abdul Manaf – Hasyim – Abdul Mutalib – Abdullah – Nabi Muhammad SAW.

Page 38: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Datuk yang ke-15 adalah Nabi Ismail manakala datuk yang ke-16 ialah bapa manusia, Nabi Ibrahim. Semua mereka yang merupakan datuk-datuk atau nenda-nenda kepada baginda yang mulia adalah suci, baik-baik, mulia tanpa zina. Demikian juga keturunan sebelah ibu, sampai ke Nabi Ibrahim.

Dengan kenyataan di atas, fahamlah kita hendaknya bahawa faktor keturunan menjadi asas penting untuk kelahiran orang yang baik. Dan kalau benar dia pemimpin kebenaran, pasti punya keturunan yang suci dan mulia. Mari kita lihat ke sana.

Di Pilin, tahun 40-an hingga tahun 60-an adalah zaman kemunduran dan kemiskinan, sama ada dari segi dunia apalagi Akhirat. Surau-surau menjadi tempat tidur kambing. Masjid pun sama. Tahi-tahi kambinglah yang mengisinya.

Tapi di surau Lebai Ibrahim dan Kiyai Syahid (pak cik Abuya) yang dibuat dari kayu dan buluh, waktu itu cukup meriah terutamanya di malam-malam Isnin dan Khamis dengan ibadah tahlil dan maulid. Abuya membesar di rumah yang semua orang di dalamnya sembahyang dan bertarekat.Bapanya, Muhammad bukan saja beragama bahkan bertarekat walhal waktu itu orang Melayu umumnya bukan saja tidak bertarekat, bahkan sembahyang pun tidak.

Bapa kepada bapanya iaitu Idris adalah murid pengajian di jemaah pengasas tarekat di Klang. Ertinya dia juga pengamal tarekat sufi.

Diceritakan oleh bapa Abuya bahawa datuknya iaitu Haji Ali datang dari Yaman, dari keturunan Bani Tamim.

Maimunah, ibu Abuya adalah sepupu kepada Syeikh Suhaimi, ahlul bait yakni dari keturunan Rasulullah. Ertinya mereka dari satu datuk, yang mana bapa atau ibu mereka adik-beradik. Datuk mereka yang datang dari Wonosobo, Indonesia, sebenarnya berdarah Arab Syria. Mereka berhijrah ke Timur untuk selamatkan iman dari kemasukan Wahabi di sana. Keturunan sebelah ibu Abuya itu berhijrah ke Malaysia dan akhirnya melahirkan Abuya di Pilin, Rembau, Negeri Sembilan.

Page 39: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Ertinya, melalui salasilah bapanya, Abuya Ashaari bin Muhammad bin Idris bin Ali bin Malek (Bani Tamim).

Melalui salasilah ibunya pula, Abuya Ashaari bin Maimunah binti Ilyas bin Omar (ahlul bait dari Bani Hasyim).

Kedua-dua ibu bapanya pengamal tarekat Muhammadiah. Oleh kerana bapanya dari Bani Tamim sedangkan ibu dari Bani Hasyim, maka Abuya dinilai sebagai Bani Tamim. Walhal darah keturunan dari Bani Hasyim juga ada dalam diri Abuya. Namun semuanya sudah nipis, kerana perkahwinan campur yang berlaku antara keturunan mereka.

Pernah disebut oleh Sayidi bahawa siapa-siapa yang direzekikan untuk beriman dan berjuang dalam jemaah kebenaran adalah seorang yang berketurunan baik, sama ada dari darah Bani Hasyim atau Sahabat Rasulullah.

Bukan senang untuk ikut pertahankan Allah dan Rasul di zaman jahiliah ini melainkan mereka-mereka yang ada kekuatan istimewa, yakni mendapat doa dari Rasul dan para Sahabat yang bilamana mendengar adanya Ikhwan di akhir zaman, mereka sangat cemburu lalu terus berdoa agar mereka atau keturunan mereka akan ikut terlibat dalam jemaah Ikhwan itu.

Pernah diejek-ejek orang tentang Abuya kononnya dia dari keturunan Boyan (Pulau Bawean yang terletak di utara Jawa). Memang diketahui umum, di Pulau Bawean itu ramai penduduknya dari keturunan Bani Tamim. Paling tidak, kebanyakan penduduknya orang Jawa yang mana orang Jawa ini terkenal sebagai keturunan mulia. Di Kuala Lumpur pun ada perkampungan Boyan. Anda boleh ke sana untuk melihat ciri-ciri kehidupan mereka yang unik (berjemaah).

Pernah seorang warga Mesir, Syeikh Muhammad Ali Al Muthowi’ (PhD Usuluddin dari Universiti Al Azhar), yang merupakan seorang Naib Syeikh Tarekat Rifa‘iah Syazaliah Mahmudiah, bila ditanya pendapatnya tentang Abuya itu berketurunan dari Bani Tamim, dia berkata ada dua kaedah untuk menilainya:

Page 40: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

1 Nasabnya.2 Ciri-cirinya.

Walaupun nasabnya tidak begitu jelas, namun ciri-ciri peribadi dan watak perjuangannya sangat membuktikannya.

Kita tentu setuju bahawa setiap orang yang berjaya dalam bidangnya, biasanya dia mempunyai latar belakang keluarga yang begitu. Seorang peniaga berjaya misalnya, adalah berketurunan peniaga. Seorang pemimpin itu lahir dari environment kepemimpinan.

Demikianlah sebenarnya kelahiran orang Tuhan, pemimpin kebenaran, mestilah dari sejarah yang bersifat kebenaran. Tanpa itu, mustahil Allah hendak hidupkan agama-Nya yang mulia, di tangan orang yang kotor! Orang Tuhan, orang Rasul yang akan diberi wahyu atau ilham tentulah dipersiapkan untuk mampu melakukannya.

Agama dibaharui oleh orang yang ada ilmu pakar tentang bagaimana reformasi agama itu berlaku. Wajib baginya untuk belajar langsung dengan Rasulullah. Bukankah baginda arkitek veteran yang mampu mengajar studentnya melalui talian roh?

Jadi bilamana di tangan Abuya lahir semula agama; dalam keluarganya, masyarakatnya dan sistemnya; walaupun berdepan dengan seribu satu halangan, tetap dapat dilepasinya maka orang-orang yang arif sangat tahu bahawa beliau datang dari keturunan yang dijanjikan.

Dan ketahuilah juga wahai umat Islam bahawa kemampuan Mustafa Kamal Attartuk menghancurkan agama yang dibangunkan oleh Muhammad Al Fateh (yang disebut Hadis) adalah kerana beliau itu dilahirkan oleh bapak-bapak syaitan yang teramat jahat. Yang kekuatan kejahatannya sanggup mencabar Allah dan Rasul. Program untuk melahirkan Mustafa berlangsung selama 200 tahun oleh Yahudi dengan mengahwinkan anak-anak zina sesamanya untuk ke sekian banyak generasi. Ertinya keturunannya cukup jahat.

Demikian jugalah halnya dengan orang yang membunuh agama Turki

Page 41: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Usmaniah, iaitu seorang Wahabi di Mekah, sebenarnya seorang yang ‘dilahirkan’ oleh syaitan. Yang kejahatannya dibina dalam dirinya sampai sanggup jadi perosak agama atas nama agama. Ertinya keturunannya juga jahat.

Untuk mengesan keturunan Abuya Ashaari Muhammad lagi, kita boleh lihat siapa yang memeliharanya.

1. Muhammad bin Idris, ayah kepada AbuyaAyah kepada Abuya disekolahkan di sekolah Inggeris tapi didikannya agama. Sebab itu dia bekerja sebagai seorang pegawai kastam tapi peribadinya beragama. Tidak pernah buka songkok. Waktu pergi kerja pun memakai songkok. Dia akan sanggup duduk di tikar sembahyang daripada Asar, Maghrib ke Isyak dengan satu wuduk. Anaknya tidak seorang pun bersekolah Inggeris. Bahkan beliau berpesan agar anakanak jangan kerja makan gaji tapi kerja sendiri. Kalau bercakap, mesti berkait dengan agama, dengan merujuk apa kata gurunya, Kiyai Syahid, yang dipetik dari Quran dan Hadis. Hampir setiap hari, lepas Asar, beliau bercerita-cerita atau memberi kuliah kepada keluarganya tentang serba-serbi hal agama, kebangkitan Islam dan pemimpin-pemimpin Islam yang bakal lahir. Dia seorang ahli tarekat yang kuat berwirid dengan Aurad Muhammadiah.

Abuya dididik dengan miskin. Di rumah, hidupnya agak mewah tapi di luar, dia miskin. Dia berjaya menanamkan rasa bertuhan ke hati Abuya. Muhammad tidak berhutang. Sakit, tidak pernah ke hospital. Walaupun boleh bercakap Inggeris tapi dia tidak berbahasa Inggeris. Kalau kawan-kawan datang ke rumah, mereka cakap Inggeris tapi bapa Abuya berbahasa Melayu. Kerana jiwa agamanya terlalu mendalam, maka terbentuklah peribadi pelik begitu.

Memang dia seorang yang pelik. Waktu kanak-kanak, ketika sedang bersekolah rendah dan menengah, terjadi pada dirinya tiga kali mati. Namun ketiga-tiganya itu, bila diuruskan pengebumiannya, dia hidup balik. Beliau benar-benar meninggal pada tahun 1973 di Segambut, di anak sungai sebelah rumahnya dalam keadaan duduk tahiyat akhir. Yakni ketika mandi dan berwuduk di air yang cetek, jernih itu. Dia dapat pertahankan dan selamatkan Abuya untuk membesar sebagai seorang ulama, pejuang Islam,

Page 42: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

tanpa terpengaruh dengan persekitaran yang rosak. Itu adalah jasa besar Muhammad. Bukan calang-calang orang boleh buat kerja ini.

2. Lebai Ibrahim (Penjaga dan Pengasuh Abuya)

Abuya berada di bawah jagaan Syeikh Lebai Ibrahim selama 5 tahun (1948-1952) di Pilin. Mengenali wataknya dari dekat, Abuya berani menyatakan peribadi ini adalah peribadi contoh salafussoleh yang hidup di zaman ini. Di antara watak Lebai Ibrahim itu ialah:a. Ahli abid, ahli zikir yang jadual hidupnya banyak di tikar sembahyang dengan Allah.b. Setiap hari dia akan masak tengah hari untuk sesiapa saja yang lalu di depan rumahnya. Bukan mesti ada lauk istimewa. Ada ikan masin dan sambal belacan pun cukup untuk dia tetap memanggil siapa saja yang lalu. Hingga ada orang bila time makan, memang sengaja lalu di situ.c. Bila kenduri-kendara, dia mengetuai kerja memasak dan menyumbang sebahagian besar keperluan kenduri.d. Kalau ada pesta di Kampung Pilin seperti ronggeng dan sebagainya, Lebai Ibrahim akan hilang selama seminggu. Dia akan pergi ke Lubok Cina, rumah adiknya. Alasannya tidak mahu subahat, takut bala Allah menimpanya.e. Inilah orang yang buat jasa pada Abuya iaitu berjaya mendidik Abuya untuk jatuh hati dengan tarekat. Hingga akhirnya Abuya minta diijazahkan Aurad Muhammadiah. Maka pada tahun 1950, ketika umur 13 tahun, terjadilah sejarah di tangan Syeikh Lebai Ibrahim, Abuya Ashaari Muhammad diijazahkan Aurad Muhammadiah di Pilin. Ketika Abuya menziarahinya, mengenang jasanya yang besar inilah maka namanya dimuliakan dengan diletakkan di antara dua nama besar pemimpin Islam iaitu Abuya dan Sayidi dalam salasilah susur galur amalan tarekat ini yang dibacakan oleh pengamalnya, disebut-sebut di antara dua mujaddid seolah-olah dia juga sedarjat oleh kerana jasanya itu.

Bukan senang hendak buatkan anak didik mahu bertarekat. Di zaman itu, pengaruh sekitar sangat memungkinkan anak-anak remaja jadi liar, tidak sembahyang dan suka keluar berfoya-foya dengan kawan-kawan. Tahun 1960, mana ada remaja yang beragama waktu itu.

Maka kalau Lebai Ibrahim sampai mampu ijazahkan Aurad Muhammadiah

Page 43: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

kepada anak peliharaannya, sungguh dia telah membuat kerja yang sangat besar. Bagaikan kerja seorang mujaddid. Tidak hairan kalau Abuya namakan dia contoh salafussoleh yang hidup di zaman ini dan namanya disebut-sebut setiap waktu selepas sembahyang oleh seluruh pengamal Aurad Muhammadiah ini, sebagai seorang yang layak menerima hadiah pahala dari semua bacaan Aurad Muhammadiah itu.

3. Kiyai SyahidAbuya juga pernah dijaga oleh Kiyai Syahid dari tahun 19411943 (3 tahun). Beliau bertaraf khalifah kepada Sayidi Syeikh Suhaimi. Yakni guru kepada Lebai Ibrahim juga. Lebai Ibrahim bertaraf wakil. Beliau juga boleh ijazahkan aurad. Tidak pernah tinggal puasa sunat Isnin Khamis. Pernah sekali dihempap dahan getah lantas dia berkata, “Eden lupa posa Senin.”

Di antara ramai-ramai khalifah Muhammadiah yang Sayidi lahirkan, hanya Kiyai Syahid yang diberi tauliah untuk mengajar kepada jin. Kata Kiyai Syahid, jin-jin itu masuk ke kelasnya. Semua dalam wajah perempuan dan cantik-cantik. Jasa besarnya ialah membangunkan Pilin sebagai sekolah Muhammadiah hingga menjadi kunjungan ramai. Yang terpenting ialah dapat membesarkan Abuya di sana, dengan dunia sembahyang, tahlil, maulid hingga tertanamnya citacita Islam tulen di hati kanak-kanak itu._________________________________________________________________________________PERSEKOLAHAN SEKITAR TAHUN 1945 HINGGA 1952Abuya Ashaari Muhammad mula bersekolah kebangsaan (sekolah rendah) lewat sedikit dari umur sepatutnya dikeranakan zaman Jepun, iaitu ketika berumur sepuluh tahun (1947), dua tahun selepas Jepun balik. Sebenarnya sekolah sudah ada sebelum itu. Tapi Lebai Ibrahim pula tidak mahu hantar Abuya bersekolah. Menunggu sekolah Arab agaknya.Kelas mengaji Quran Abuya bermula pada tahun 1945 tanpa menunggu Lebai Ibrahim. Atas keghairahannya mencari ilmu, terus sahaja beliau pergi sendiri mengaji ke rumah Kak Tupin (guru Quran di Kampung Pilin) tanpa pengetahuan Lebai Ibrahim. Tersinggung jugalah Lebai Ibrahim yang juga imam di kampung itu. Bilamana anak saudara peliharaannya itu melanggar adab sehingga terkeluar dari mulutnya, “Bukan sahaja engkau aku boleh ajar, tapi bapa engkau pun boleh!” Abuya khatam Quran waktu berumur sembilan tahun. Oleh kerana kelancaran dan minatnya, dia juga turut

Page 44: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

mengajar kawan-kawan sebaya yang agak lambat. Mengaji Al Quran waktu malam di Kampung Pilin di rumah Kak Tupin adalah kenangan indah bagi Abuya. Di Pilin, Kak Tupin buat anak muridnya macam anaknya sendiri. Barangkali kerana dia tidak ada anak. Dia akan bagi makan, tidur di rumahnya dan kalau salah dia pun akan marah atau hukum. Abuya selalulah tunjuk muka lapar supaya dapat makan. Pernah sekali waktu Maghrib dalam hujan lebat Abuya dan kawan-kawan lari ke hutan ikut orang-orang tua tembak babi. Kak Tupin dengan sebatang kayu datang mengejar mereka. Akhirnya dapat dan dibawa balik. Begitulah rasa tanggungjawab seorang guru kampung.

Minat Abuya kepada ilmu besar sekali. Sesuai dengan besarnya cita-cita Islamnya. Ketika belum dapat masuk sekolah, Abuya begitu tidak sabar hendak bersekolah. Dia selalu ke pagar sekolah untuk mengintai orang belajar. Dan bila dia bersekolah, punyalah sukanya hingga tidak mahu cuti. “Mengapa ada hari-hari cuti pulak. Sekolahlah terus,” kata hatinya. Sebab itu hari-hari cuti pun Abuya pergi bermain di sekolah. Abuya tidak setuju sekolah adakan cuti. Dia mengharap sekolah jadikan 7 hari seminggu semuanya hari pengajian. Cuti tidak perlu baginya.Sebab itu waktu sekolah di Maahad Hishamuddin, Abuya sanggup pagi sekolah, petang sekolah dan malam pun tuisyen, dari pukul 12.00 tengah malam hingga 1.00 pagi. Dan sikapnya ini hanya dia seorang saja yang mampu melakukannya. Mengapa? Menurut kata Embah Mahmud (ahli abid yang jadi penghubung zaman Sayidi Syeikh Suhaimi dan Abuya sekaligus pembawa berita itu), “Abuya mempunyai kekuatan fikiran, umpama 10 orang punya kekuatan otak.” Dengan kata lain, kalau orang biasa ada 1 otak, Abuya ada 10 otak. Fikirannya sama dengan 10 fikiran orang-orang biasa. Semua adik-beradiknya agak lemah fikirannya. Menurut Embah Mahmud, Abuya bijak adalah kerana semuanya diambil oleh Abuya dari bapanya.

Demikian juga kekuatan jiwanya. Dia tahan terhadap ujian, 10 kali ganda dari kekuatan orang biasa!

Maka orang begini, makanan otak dan jiwa yang perlu disiapkan kepadanya memang 10 kali ganda dari biasa. Itulah sebab mengapa dia gila mengaji dan gila berjuang, memang lain dari yang lain. Oleh kerana Abuya memang

Page 45: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

seorang yang pintar, rekod persekolahannya sangatlah cemerlang. Tentulah dia menjadi kesayangan guru. Berkawan dengan guru sekolah rendah di Pilin dari sekolah sampailah tua dan sampai guru itu meninggal dunia. Abuya sangat menghormati, mengasihi dan mengenang jasa guru-gurunya.

Semasa Abuya Ashaari Muhammad menjadi pemimpin Darul Arqam, sekurang-kurangnya setahun sekali mesti dibawa anak isteri ziarah Cikgu Abdullah, guru sekolah rendahnya itu. Kak Tupin, guru Quran itu sudah tentulah dibuat macam ibunya. Dibelanjanya menunaikan haji ke Mekah. Abu-ya sangat mengenang jasa dan hatinya begitu direndahkan terhadap gurunya. Seorang lagi guru sekolah yang dia berkawan sampai dewasa ialah Cikgu Bujang namanya.

Sebelum merdeka, sekolah-sekolah banyak mengajar pelajaran praktikal. Kata Abuya, pagar sekolah dibuat sendiri oleh pelajar. Masuk hutan cari kayu untuk tiang kemudian tarik kawat sekeliling sekolah. Selain itu mereka buat senduk dan penyapu.

Pelajar-pelajar juga berkebun hingga sayur-sayur boleh dibawa balik untuk dimasak. Aktiviti lain ialah buat barangbarang tembikar dari tanah liat. Bolehlah dijual sebagai produk sekolah.Orang kampung Pilin waktu itu sampai tahu buat senapang untuk tembak monyet dan kera di hutan yang makan buahbuahan. Tapi sayang, semua kreativiti orang Melayu itu dibunuh oleh penjajah dengan memasukkan sistem pelajaran khas anak jajahan. Peribumi hanya disuruh jadi pembeli dan makan gaji.

Dengan sistem baru itu, terbunuh jugalah budaya dan cara hidup agama yang mulia. Abuya terkejut sungguh ketika mula pindah ke Kuala Lumpur kerana melihat ikan-ikan darat seperti keli dan haruan itu dijual orang. Sebab di kampung, masyarakat hanya saling memberi dan menerima rezeki pemberian Allah. Terutama buah-buah durian, rambutan, langsat, manggis dan lain-lain itu dianggap pokok bersama. Semua orang boleh makan bila-bila masa dengan percuma. Durian boleh sama-sama tunggu bila jatuh. Siapa dapat dia punya. Jadi Abuya terkejut manggis dijual orang di bandar.

Rasa persaudaraan dan perikemanusiaan sangat tinggi di dalam sistem

Page 46: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

beragama. Manusia diikat oleh rasa bersama dan kasih sayang. Harta dunia tidak boleh menipu kerana dijadikan milik bersama.

Abuya kerana dibesarkan oleh sistem itu, jiwanya penuh dengan kecintaan pada sistem tersebut. Lalu telah berjaya menghidupkan sistem itu di dalam jemaah perjuangannya. Rumah, kereta, makanan, minuman dan lain-lain boleh dikongsi. Susah sama susah. Senang sama senang.

Di Pilin, sekolah rendah hanya sampai darjah lima (19471952). Jadi untuk menyambung persekolahan, dia dipindahkan ke Segambut, Kuala Lumpur. Maka berpisahlah Abuya dengan Pilin yang baik. Tinggallah sungai tempat melupakan masalah. Tiga kali Abuya hampir-hampir lemas di dalamnya. Tinggallah kereta lembu yang mengheret Abuya ke Lubok Cina. Tinggallah surau yang bersejarah. Tinggallah tanah yang sering bersatu dengan kakinya tanpa kasut. Tinggallah segala makhluk keling keliak, lipan, penyengat, tebuan, ular, kera, kala jengking dan harimau yang sekampung. Semuanya pernah menggigit Abuya (kecuali ular dan harimau) dan meninggalkan parut-parut yang bakal dipindahkan ke Kuala Lumpur. Tinggallah pokok-pokok senduduk yang kena lanyak di waktu ‘peperangan’ yang Abuya lancarkan. Tinggallah sekolah Pilin dan institusi Pilin paling bersejarah kerana di sana Abuya Ashaari Muhammad dilahirkan dan dididik untuk jatuh cinta kepada Imam Mahdi. Wira, idola yang bakal memenangkan dunia Islam itu untuk kali kedua.

Abuya Ashaari Muhammad ialah Pilin yang akan putar (Pilin ertinya putar) Kuala Lumpur, tempat di mana mula berangkatnya kebangkitan Islam itu, untuk sampai memutar dunia jahiliah kepada dunia kebenaran dan keamanan.

Maka pada tahun 1952 berpindahlah Abuya untuk mula bersekolah di bandar. Pindah ke Segambut tinggal di rumah datuk tiri dan nenek tiri pada tahun 1952 yang keadaan hidup mereka cukup miskin.

Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Segambut dalam darjah enam. Petangnya bersekolah agama. Abuya ingat lagi nama guru beliau yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Segambut iaitu Cikgu Sani.

Page 47: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Manakala guru agama di Sekolah Agama Segambut ialah Ustaz Mohd Amin Osman dan Ustaz Mokhtar Abdul Manaf. Kedua-duanya orang Segambut dan kelulusan Pesantren Imam Bonjol, Padang, Sumatera, Indonesia.

Seorang lagi guru agama, orang Segambut, kelulusan Padang, juga turut pernah mengajar Abuya pada tahun 1952 di Pilin. Yakni 6 bulan sebelum Abuya pindah ke Segambut, Ustaz Haji Arsyad Khadiman telah pindah ke Pilin. Buka sekolah agama di sana. Sampailah hajat Abuya hendak belajar sekolah Islam di Pilin dengan adanya sekolah agama itu. Tapi cuma sempat 6 bulan.

Bila pindah, sambung mengaji Arab di Segambut dengan dua orang ustaz yang disebut di atas. Dengan merekalah yang Abuya ceritakan dia terasa disayangi dan ingin sekali meyakinkan Abuya tentang ajaran Kaum Muda yang diambil di Padang. Tapi hati Abuya menolak.

Penulis sungguh terkejut ketika Abuya menceritakan perihal salah seorang guru agama sekolah rendahnya yang bernama Ustaz Haji Arsyad Khadiman. Kejadian yang berlaku 60 tahun dulu dapat diingat dengan terperinci sekali, walhal saya sendiri sudah lupa semua maklumat-maklumat semasa saya di sekolah rendah dahulu, yang tempohnya lebih pendek. Kata Abuya, Ustaz Haji Arsyad Khadiman itu termasuk manusia pelik. Sebelum dia membuka sekolah agama sendiri, dia bekerja sebagai wartawan Utusan. Sekolah agama miliknya bila maju diserahkan pada orang. Dia buka yang lain. Bila maju serah lagi. Begitulah wataknya.

Lebih ajaib lagi dengan guru agama Abuya ini, di mana sahaja pergi, dia akan berniaga. Bila maju, dia serah pada orang. Dia buka yang lain. Bila sudah maju, dia serah pada orang. Terakhir sebelum dia meninggal, sempat menjadi bintang filem. Wataknya lagi, kalau dia ada duit, dia pemurah tapi waktu dia tidak ada duit dia akan meminta-minta pada orang. Haji Arsyad kawan bapa Abuya, sebab itu Abuya kenal wataknya.

Kelihatannya persekolahan Abuya lebih banyak bersifat tidak formal dari yang formalnya. Boleh dikatakan dunia kehidupan Abuya 24 jam dalam sehari itu semuanya persekolahannya. Apa yang ditemuinya terutama dalam

Page 48: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

peristiwa yang berlaku akan dikaji, dikenang, difikirkan, diambil natijah dan diambil sebagai panduan atau peringatan. Ringkasnya dia mampu dan banyak berguru dengan alam.

Pilin itu dibacanya habis, watak sungai, watak manusia, watak binatang, watak hutan, pokok-pokok, ikan-ikan, watak alam dan lain-lain. Abuya kalau makan dengan anak-anak, dia tanya nama ikan yang digulaikan. Katanya, “Kalau hal dunia depan mata, hari-hari makan, pun tak diambil tahu, dengan hal-hal Akhirat lagi jauhlah.” Itulah contoh kecil, betapa prihatin dan minatnya beliau dengan ilmu.

Sebab itu fikirannya sangat tajam dan ke depan. Ketika di soal Dr Mahathir Mohamad waktu jadi PM, “Kamu kata perjuangkan iman sedangkan kalau orang Melayu miskin, ada iman pun nak makan apa?”

Abuya menjawab, “Brunei, Saudi dan Negara Teluk kaya raya, jadi ceti dunia. Tapi negara dan bangsa itu lemah juga.”

Kata Mahathir, “Hujah ini saya tak pernah dengar.”

Kali kedua dipanggil Mahathir tahun 2001 ke Putrajaya. Mahathir berkata, “Mengapa kamu suka mengaku sebagai itu dan ini?”

Abuya jawab, “Orang nak puji ke, orang nak keji ke, saya tak boleh halang. Rasanya waktu ini lebih ramai orang yang keji saya daripada puji, sama ada saya mengatakannya atau tidak.”

Marahnya Mahathir kerana Abuya mematahkan cakapnya. Lalu dia berkata, “Kerajaan akan bertindak kepada kamu.”

Abuya bangun dan berkata, “Allah akan bertindak kepada kamu.”

Itulah hasil persekolahan awal di Pilin. Seorang Perdana Menteri yang bijak, tewas berhujah dengannya. Bila dia ditangkap oleh Mahathir, dia kata Mahathir akan jatuh kerana menghalang kebangkitan Islam. Betul, Mahathir jatuh waktu Abuya dalam ISA lagi.

Page 49: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Pilin bagaikan sebuah universiti untuk Abuya. Ijazah yang diterima di sana, rupanya bukan setakat untuk dapat cari makan dan tempat tinggal. Tapi sampai membolehkan Abuya menjadi pencetus sistem Islam di Malaysia. Pengaruhnya bertaraf dunia dan ramai orang dapat hidup bersamanya. Bahkan potensinya waktu ini dilihat mampu selamatkan Malaysia dari segala bentuk ancaman._________________________________________________________________________________

MAAHAD HISHAMUDDIN KELANG (TAHUN 1954 HINGGA 1957)Umur tujuh belas tahun, Abuya memasuki Sekolah Rendah (Ibtidaie) Maahad Hishamuddin bertempat di Klang, Selangor. Sepatutnya tiga tahun, tetapi Abuya lompat kelas. Jadi selepas sekolah rendah dua tahun, Abuya terus naik dua sanawi, lompat kelas lagi. Pengajiannya tamat di tahun 1957 waktu tiga sanawi. Iaitu sesudah 4 tahun di Maahad, pada umur 20 tahun.

Oleh kerana bapanya bekerja di Pelabuhan Klang, maka Abuya tinggal bersama bapa dan ibu tirinya di berek kastam, Klang. Jarak dari Maahad Hishamuddin ke rumahnya ialah sejauh tujuh batu.

Guru-guru yang terlibat mengajar Abuya selama bersekolah di Maahad itu ialah:

1 Syeikh Khalil, seorang yang berkelulusan dari Pesantren (pondok) Tebu Ereng, Jawa Timur. Pakar nahu dan fekah. Empat tahun beliau mengajar Abuya.2 Ustaz Hakim, kelulusan pengajian di Mekah. Abang kepada Dato’ Hassan Azahari. Pakar bahasa Arab dan Sastera Arab.3 Ustaz Dahlan, kelulusan Maahad Hishamuddin.4 Ustaz Mokhtar bin Radzi, kelulusan Pondok Batu 20, Bagan Datuk.5 Ustaz Haji Idris, seorang Sunni yang pernah mengaji di Mekah 15 tahun. Beliau berasal dari Kuala Pilah. Waktu itu Mekah masih berfahaman Sunni, manakala fahaman Wahabi baru mula hendak masuk.6 Ustaz Rashid kelulusan dari Madrasah Junaid, Singapura.7 Ustaz Hassan Azahari selaku guru Quran (sekarang Dato’ Hassan Azahari).

Page 50: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

8 Tuan Haji Salim Segambut, guru tafsir Quran (juga bapa mentua bekas isteri yang pertama).9 Syeikh Mahmud Bukhari selaku Mudir Maahad Hishamuddin. Ibu bapanya orang Bukhara, Uzbekistan (Khurasan). Tapi Syeikh ini dilahirkan di Mekah dan mengaji di Mekah. Beliau dibawa ke Malaysia oleh orang Sultan Selangor waktu itu, Sultan Hishamuddin. Beliau menghafal sepuluh ribu Hadis dengan rawi dan hafal empat puluh matan ilmu. Abuya berguru dengannya selama empat tahun.10 Mengaji malam dengan Syeikh Muhammad Abdullah bin Muhammad Khairullah As Suhaimi tentang ilmu tarekat dan kebangkitan Islam. Bertempat di Jemaah Muhammadiah, Jalan Sungai Udang, Klang, Selangor.

Selama persekolahan biasa, Abuya sangat memburu ilmu, tidak kira petang atau malam. Selama dua tahun dia mengambil tuisyen tengah malam dengan Ustaz Hakim yang ketika itu bertugas sebagai nazir sekolah agama di Kajang. Dengan persetujuan tuan guru itu, Abuya bersama tiga orang lagi akan datang ke rumah beliau. Tuisyen bermula pukul dua belas malam hingga pukul 1.00 pagi.

Ustaz Hakim jadi nazir di Kajang, 70 batu dari Klang. Beliau balik pun sudah lewat. Jadi apabila pelajar meminta tuisyen, dia kata biar dia rehat dulu dan pelajar boleh picitpicit sementara dia tidur. Pukul 12.00 malam barulah dia bangun dan mengajar. Mereka belajar pelajaran nahu Arab dan saraf. Ia berlangsung selama dua tahun.

Kawan-kawan Abuya yang bertiga itu ialah Ustaz Taha (anak Ustaz Hakim sendiri), Abdul Karim (adik Dato’ Hassan Azahari) dan Ustaz Rifai Abdullah (abang kepada pemilik Syarikat Shapadu iaitu Haji Shaarani). Mereka empat serangkai ini terkenal sebagai pelajar cemerlang. Setiap kali peperiksaan, merekalah yang menguasai kecemerlangan pelajaran.

Di sebelah petang, untuk pelajaran tafsir Abuya ambil tuisyen dengan Syeikh Bukhari. Lagi sekali kita terkejut dengan adanya orang yang sanggup tuisyen tengah malam ini. Sejarah ini rasanya tidak berlaku kalau bukan rancangan Abuya. Kawan-kawannya yang tiga orang lagi dan Ustaz Hakim pun ikut sahaja!

Page 51: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Boleh dikatakan Abuya betul-betul lapar ilmu hingga dia sanggup ke hulu ke hilir untuk mendapatkannya. Dia sangat tahan dengan kesusahan atau risiko yang terpaksa diambil. Selalunya dia tidur di masjid kerana tidak mahu balik ke rumah. Tapi kadang-kadang dia balik ke Klang, 7 batu berbasikal di tengah malam. Besoknya selepas Subuh, dia kayuh basikal 7 batu lagi untuk ke sekolah. Selalunya dia tidak makan pun! Fizikalnya kurus kering sehingga kawan-kawan yang nakal memanggilnya bangau!

Dalam satu masa, dialah imam sembahyang, dialah pengurus rumah, dialah guru dan dialah pelajar yang gilagila menuntut ilmu. Perhubungannya dengan masyarakat sangat bagus, perjuangannya dan pengaruhnya begitu besar diterima orang. Tidak hairan dia menjadi orang pelik yang disegani guru dan kawan-kawan. Guru-guru beri perhatian istimewa padanya.

Walaupun persekolahannya tidak lama seperti orang lain, tapi kenyataannya Abuya menguasai ilmu jauh lebih banyak dari orang lain. Ilmunya pula berbuah-buah dan berkembangkembang banyaknya. Sebab katanya dia tidak pernah puas dengan ilmu-ilmu yang dipelajari lalu dia mengkaji dan berfikir lagi tentangnya. Lalu Allah menambah-nambah padanya hingga akhirnya dia menjadi sumber ilmu di zamannya.

Pelajaran formal untuk mengutip sebanyak-banyak ilmu di semua bidang pelajaran yang Abuya rindukan sejak kecil berlangsung dengan serius dan gigih sekali. Dengan bermodalkan sebuah basikal dan wang tiga ringgit untuk sebulan, Abuya meredah pagi, tengah hari dan malam sejauh tujuh batu pergi dan tujuh batu balik. Semua anak-anak kastam lain naik bas dan bersekolah di sekolah orang putih di Klang. Tapi anak kastam yang seorang ini membawa jiwa Islamnya dengan mengayuh basikal empat belas batu dan lebih setiap hari. Terdengarlah oleh Abuya ejekan-ejekan ‘tiada masa depan’ kerana bersekolah agama waktu itu. Walau apa pun rintangan, Abuya tetap cekal.

Diceritakan oleh Hashim Muhammad, adik Abuya, perihal mengapa bapanya tidak membenarkan Abuya naik bas ke sekolah tetapi hanya naik basikal, iaitu dengan tujuan supaya Abuya tidak bergaul dengan perempuan-perempuan dalam bas. Abuya diberi hanya RM3 adalah dengan tujuan

Page 52: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

supaya Abuya tidak banyak makan makanan di luar rumah yang dikhuatiri syubhat.

Bangun sebelum Subuh, dia terus masak air kemudian ke surau kastam untuk azan. Selesai sembahyang Subuh berjemaah, dia bergegas pulang ke rumah untuk bersiap ke sekolah. Sempat buatkan kopi untuk ayah, mak tiri dan adikadik yang masih kecil.

Di luar, Abuya akan sarapan teh kole dengan kawankawan. Murah. Abuyalah yang selalu belanja. Tapi bila duit bekal tiga ringgit habis maka dia tidak makanlah di luar atau waktu sekolah. Lamanya hendak tunggu habis bulan untuk mendapatkan tiga ringgit lagi. Sepatutnya sebulan dapat sepuluh ringgit baru cukup. Maknanya jaranglah Abuya makan dalam hari-hari persekolahannya sebab dia jarang balik tengah hari dan malam kerana belajar sampai malam seperti yang disebut tadi. Kadang-kadang katanya balik rumah pun nasi habis. Kalau mampu dia masaklah tapi kalau tidak, tidak makanlah. Namun Abuya tidak bising. Memang Abuya anak yang baik.

Mengapa Abuya tidak bising? Dia merasakan bapanya memang sengaja susah-susahkan begitu. Pernah sekali, itulah sekali dalam hidup dia minta kain samping melalui mak tirinya, bapanya jawab, “Tak payah ajar aku!” Pengalaman itu membuatkan Abuya taat sahaja dengan bapanya. Kehidupan dalam rumah sebenarnya agak selesa. Makan minum sepertilah pegawai kastam lain. Tapi di luar rumah, Abuya menjalani hidup susah! Oleh kerana rumah kastam hanya ada dua bilik, Abuya selalunya tidur di surau kastam. Adik-adiknya ramai dan masih kecil, maka rumah jadi sempit.

Pernah satu malam di bulan Ramadhan, Abuya hendak tidur di serambi surau, tiba-tiba dalam gelap malam itu dia nampak satu gelung cahaya turun dari atap ke lantai surau kemudian hilang. Kerana takut, Abuya berlari balik tidur di rumah. Bapanya kata itu tanda Lailatul Qadar.Bapa Abuya memang tahu yang Abuya akan jadi pemimpin. Hal itu memang diyakininya sungguh. Melalui isteri dan anak-anaknya kita akan dengar macam-macam cerita Muhammad tentang anaknya (Abuya) akan jadi pemimpin. Cuma hal itu sangat dirahsiakan dari Abuya. Di antara katanya kepada anak-anaknya:1 “Naemah, nanti jangan makan gaji, tapi kerja dengan abang (Abuya).”

Page 53: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

2 “Kamu semua kalau nak selamat dunia Akhirat, ikut cakap abah. Nanti abah tak ada, ikut abang kamu (Abuya).”

Abuya sangat segan dengan bapanya. Dia tidak boleh ceramah depan bapanya, tapi pelik, si bapa pula sangat hormatkan anaknya itu (Abuya).

Bila Abuya tidak lagi tinggal serumah dengan bapanya, sesekali Abuya datang ziarah, dia sambut Abuya di pintu dan hantar pulang sampai Abuya hilang dari pandangannya. Untuk jamuan, dia suruh sembelih ayam kampung peliharaannya. Hidangan istimewa.

Tuhanlah yang mentakdirkan dia sangat hati-hati dalam mendidik Abuya. Dididik untuk mendapatkan Tuhan. Hal itu jugalah yang diterapkan oleh Abuya kepada anak-anak serta para pengikutnya. Lihatlah nukilan sajak Abuya di bawah ini:

Anak-anakkuAnak-anakku yang tercintaLuka hati Abuya sudah baik semulaKerana melihat anak-anakkuSudah dipimpin oleh TuhanIni petanda anak-anakku akan menjadi IkhwanSetidak-tidaknya menjadi Asoib masa depanPerubahan-perubahan anak-anakkupada hati Abuya menghiburkanAbuya doakan anak-anakkuselamat masa depanIaitu hidup di Akhirat yang berpanjanganTidak mengapa Abuya tidak dapat memberi kasih sayangTetapi kasih sayang Tuhan itu lebih diutamakanAbuya kamu lain daripada orangKalau lain orangMenyayangi anak-anaknya memberi wang dan kesenanganTapi Abuya lain pulaKerana Abuya belajar dengan datukmu dahuluIaitu ayah Abuya, dia tidak memanjakan AbuyaDengan wang dan kesenangan

Page 54: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Tapi Abuya diberi oleh datukmu, TuhanIaitu kesenangan di Akhirat yang berpanjanganDidikan yang Abuya warisi dari datukmuItulah yang Abuya panjangkan kepadamu sekalianSebagai amal jariah datukmu di AkhiratSebagai sumbangan Abuya mengenangkan jasa datukmuBukan memberi Abuya wang dan kesenanganTapi diberi Abuya, TuhanItulah yang Abuya pusakakankepada anak-anak Abuya yang tersayangPadahal datukmu di waktu itu pegawai kastamDi zaman itu hidup lumayanDi waktu itu Abuya di bawah didikannyatidak dimewah-mewahkanKalau sajak ini sampai kepada kamu sekaliannya Fatihahkan datukmu dan AbuyaTanda sayang kepada Abuya dan datukmu yang tersayangKerana mengingati jasanya kepada AbuyaYang dia memberi Abuya,Tuhan Jadi di sini baru fahamSelama ini Abuya tidak tunjukkankasih sayang kepada kamuDengan tidak memberi kamu wang dan kesenanganTapi Abuya beri pada kamu yang lebih mahal lagiIaitu Tuhan yang berkekalanJadi di sinilah terjawab kepada kamu semuanyaAbuya sayang kepada kamuTidak seperti lain orangPada Abuya, Abuya tunjukkan kasih sayang kepada kamuDengan memberi Tuhanbukan wang dan kesenanganDahulu kamu kecil-kecil lagiKamu tidak faham, tentulah kamu tidak senangTapi sekarang baru kamu fahamKasih sayang Abuya kepada kamu semuanyaMemberi kamu Tuhan Dan mengusahakan kamu bahagiadi Akhirat yang berpanjangan

Page 55: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Kalau Abuya tunjukkan kasih sayang kepada kamuDengan memberi wang cukupdan kesenangan yang berlebih-lebihanDunia tak sampai ke manaSedangkan Akhirat kelak kamu kecundangBerdepan dengan penderitaan yang berpanjanganAbuya dapat tahu bahawa kamu semuanyatidak lalai sembahyangBahkan jika tahajud kamu tertinggal jiwa kamu tidak tenangAda di waktu siang kamu termenungKerana kesal tahajud tertinggalPerasaan begitu adalah rahmat TuhanKalau orang lain susahkan hati kerana wang hilangBegitu juga Abuya dapat tahukamu adik-beradik bersatu padu dan berkasih sayangIbu kamu semuanya iaitu Ummi, Ummu dan Ummu AinKamu tidak membeza-bezakanKalau kamu boleh kekalkanKamu di dalam keredhaan TuhanKeredhaan Tuhan itu mahal daripada intan berlianDi sinilah Abuya fahamBahawa perjuangan Abuyaakan bersambung panjangAnak-anak Abuyalah yang akan menyambungperjuangan Abuya di belakangKamu menyambung perjuangan AbuyaItulah aset Abuya, hidup di Akhirat kelakyang berpanjanganDan juga kekayaan kamu di Akhirat kelakDestinasi yang kekal abadiYang tidak diukur oleh masa lagiAbuya harap suasana ini hendaklah dikekalkanSampai mati menemui TuhanBiarlah kita susah sedikit di duniaTapi bahagia di Akhirat berpanjanganPerlu diingatkan kepada anak-anak sekalianKalau di dunia dapat Tuhan

Page 56: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Hidup ikut disiplin TuhanInsya-Allah di dunia pun tidak kesusahan Ini terbuktiKamu saksikan sendiriSelama ini Abuya didik kamu takut dengan TuhanDan mengutamakan Akhirat yang berpanjanganHidup kamu di dunia tidaklah susah macam orangYang kejar dunia, dunia tidak dapatTuhan sudah hilang, hal Akhirat diabaikanTetapi hidup kamu, kamu saksikan sendiriTidak pun susah makan dan berpakaianKamu pun tidak susah berkenderaanKamu masa kecil-kecil lagiSudah boleh pergi ke mana-manaBahkan keluar negeriPadahal orang yang kejar duniaKalau masih budak-budak macam kamuPergi keluar negeri tak usah mimpiDi sini menunjukan kalau kita hidup di dunia iniDapat Tuhan dan ikut disiplin TuhanHidup di dunia pun tidak kesusahanOrang yang susah itu kerana tidak dapat TuhanDisiplin Tuhan sudah ditinggalkanDi dunia pun tidak juga senangDi Akhirat kelak mendapat kesusahan yang berpanjanganJadi di dunia tidak senangDi Akhirat kecundang

12.34 tengah hari, 17 Jun, 2006Rumah tamu Rufaqa’ Nilai, Negeri Sembilan

Dalam menghadapi segala susah payah hidup, Abuya tidak pernah merungut. Di Pilin, Segambut dan Klang, semuanya yang menjadi tempat Abuya menumpang, Abuya dapat rasakan kasih sayang mereka. Kata Abuya, ditakdirkan Tuhan, ke mana sahaja dia berpindah, dari tangan ke tanganlah dia menumpang hidup, tapi semua bapa-bapa angkat itu sayang padanya dan ada pula hubungan dengan amalannya Aurad Muhammadiah.

Page 57: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Antara bapa angkatnya ialah:1 Wak Karim di Sungai Nibong.2 Kiyai Jalal di Sungai Nibong.3 Pak Mat Kelang (cucu Sayidi Syeikh As Suhaimi) memperlihatkan sayangnya pada Abuya dengan menceritakan segala-gala tentang Sayidi Syeikh As Suhaimi dan ajarannya. Pada tiap-tiap malam Jumaat, bila Abuya berkunjung ke sana, dia sanggup layan Abuya sampai ke Subuh. Tidak hanya ajaran, malah segala barangan, pusaka Sayidi yang disimpankan kepadanya, semuanya ditunjukkan termasuk keris Zulfakar. Bahkan Pak Mat (Muhammad Abdullah ibnu Khairillahi Suhaimi) yang merupakan salah seorang khalifah Aurad Muhammadiah telah mengatakan hasrat untuk mengahwinkan Abuya dengan adiknya. Tapi takdir Tuhan, tiada jodoh.

Susah yang Abuya tanggung memang rancangan Tuhan. Abuya redha. Emak tiri dan adik-adik bukan saja sayang, tapi hormat padanya. Peribadi Abuya yang pendiam tapi gigih serta berhati surau itu bukan saja keluarga boleh sayang, bahkan masyarakat kastam terutama orang surau memang sangat suka dengan pemuda yang lain dari yang lain itu. Bukan sedikit pujian yang Abuya terima dari mereka. Menurut cerita-cerita adik-adik Abuya, orang-orang kastam selalu cakap pada bapa Abuya, “Anak engkau ni peliklah Mad. Kadang-kadang kami nampak ada cahaya di dahinya.”

Abuya memang pelik. Kalau dia pergi ke rumah Pak Mat Kelang pada malam Jumaat, dia sanggup tidak tidur sampai ke Subuh untuk mendengar cerita-cerita pelik dari cucu Sayidi itu, sedangkan kawan-kawan lain semuanya tidur.

Kalau tuisyen malam di rumah Ustaz Hakim, sebelum mengajar, selalu ustaz suruh picit badan atau pijak. Abuyalah yang mengambil tanggungjawab. Kawan-kawan lain kalau letih memicit, mereka berhenti tetapi Abuya tidak. Selagi gurunya tidak suruh berhenti, dia akan buat walaupun badan sudah bergoyang dan memegang dinding takut terjatuh kerana memijak belakang tok guru. Namun berhenti tidak sekali. Kualiti taat begini bukankah pelik?

Suatu hari ketika berbasikal dengan kawan-kawan, balik dari sekolah, mereka mengajak masuk panggung wayang. Sebenarnya Abuya tidak mahu.

Page 58: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Tapi kawan-kawan terus meminta dan sudah beli tiket maka Abuya pun terpaksalah ikut. Tapi kata Abuya, seelok duduk di kerusi dalam panggung gelap itu, Abuya terasa sungguh mengantuk sehingga Abuya tertidur. Abuya terbangun dari tidurnya itu ketika panggung sudah terang. Dia tidak tahu apa-apa mengenai filem yang ditayangkan itu. Hal ini, sampai kawan-kawannya itu meninggal dunia, Abuya tidak bercerita, sebab dia hendak jaga hati mereka.

Cerita yang didengar lagi di Pilin, sebenarnya selain disusahkan, kerana bertanggungjawab membina peribadi pemimpin yang menjadi anaknya, bapa Abuya sangat membataskan pergaulan Abuya. Dunia Abuya diciptakan betul-betul environment yang menjurus kepada kelakuan seorang pemimpin. Kalau Abuya sedang berkhidmat dengan gurunya, membelakangkan arahan bapanya pun tidak mengapa. Abuya sangat hormatkan guru. Pernah sekali Abuya tidak dapat balik, bapanya tidak tahu ke mana dia pergi maka dia mencari Abuya semalaman.

Abuya digelar oleh isteri-isteri kastam di berek kastam itu dengan gelaran ‘anak dara Bedah’. Kenapa? Tinggal di rumah berderet, sebelah-menyebelah begitu, segala sesuatu bukanlah rahsia sangat. Oleh kerana Mak Bedah beranak kecil, tidak banyak yang boleh dibuat. Terutama kalau musim pantang bersalin. Maka Abuyalah yang buat semua kerja rumah, sekalipun mengurus makan minum dan pakaian bapanya. Bila hari cuti sekolah, pagi-pagi lagi Abuya pergi ke pasar. Balik dari pasar, dia cuci rumah, cuci longkang, cuci pakaian, memasak, jaga adik, angkat kain, lipat kain, seterika baju dan lain-lain. Pendek kata, apa anak dara sebelah rumah buat, itulah yang Abuya buat. Sebab itu dia digelar ‘anak dara Bedah’.

Ibu tirinya wanita lembut, pendiam, bukannya dia suruh Abuya buat semua itu. Tapi demikianlah peribadi Abuya. Manalah mak tiri tak sayang! Waktu Abuya sudah menjadi pemimpin Arqam, ibu tirinya itu bila bersalam akan cium tangan Abuya kerana katanya, “Ashaari guru mak.”

Sebenarnya ramailah orang mengidam untuk bermenantukan Abuya. Tapi di zaman itu anak-anak gadis pegawai kastam terlalu bergaul bebas. Boleh bawa boyfriend, berpegang-pegang tangan lagi datang ke rumah. Sedangkan Abuya sangatlah berbeza.

Page 59: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Watak beliau yang sangat pemalu terutama dengan perempuan telah membuatnya tidak bertegur sapa pun dengan anak-anak perempuan kastam tersebut. Sama-sama ke pasar, sama-sama buat kerja rumah tapi Abuya mengelak-ngelak penuh malu. Malu jugalah remaja-remaja perempuan itu padanya bahkan hormat dengan peribadi ulama yang terserlah sejak remaja itu.Demikianlah secebis rentetan pendidikan tidak formal yang dialami Abuya di rumahnya.

Dia akhirnya terpilih untuk menjadi guru agama sambilan di sekolah rendah agama kastam selama dua tahun, yang tidak kecukupan guru itu. Dilantik oleh jemaah kastam tetapi bapanya telah menghalang kawan-kawannya dari membayar gaji kepada Abuya.

Di sini sekali lagi kita terkejut. Kenapa seorang bapa sanggup menghalang anaknya dibayar gaji? Memang pelik! Biasanya orang akan bangga anaknya mendapat duit, bukannya dihalang. Itu menunjukkan bapa Abuya sangat mampu untuk menyelamatkan anaknya dari cinta dunia. Dia punya kekuatan luar biasa untuk mampu berbuat begitu.

Pernah bapa Abuya dilantik jadi bendahari surau kastam selama setahun. Dalam mesyuarat agung, sewaktu ditanya penyata kewangan surau, dia kata tiada penyata sebab semua tanggungan menggunakan duit peribadinya. Duit surau diserahkan balik kepada AJK dalam bungkusan yang sama, tidak pernah dibukanya. Kuatnya jiwanya menghadapi dunia. Dia tidak mahu dunia menipu Abuya. Dia tidak mahu Abuya dibentuk oleh dunia. Tanpa dunia, Abuya akan bersandar sepenuhnya kepada Tuhan dalam hidupnya. Nanti dunia tidak akan dapat menggoda Abuya.

Pernah jiran dan kawan sebelah rumah di berek kastam membuat kenduri, ada muzik (tidak mengikut syariat Islam), bapa Abuya pulaukan kenduri itu. Anak dan isterinya sekali tidak dibenarkan pergi. Begitu kekuatannya menjaga syariat Allah. Dia sanggup membelakangkan kawan demi Tuhan. Itulah seorang lagi guru Abuya iaitu bapanya sendiri.

Tambah sibuklah Abuya kerana waktu pagi ke sekolah, petangnya mengajar.

Page 60: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Guru besar kerajaan di sekolah rendah itu ialah Ustaz (Dato’) Hassan Azahari (ketika itu masih dua sanawi di Maahad). Sedangkan Abuya hanya tiga ibtidaie. Sama-sama kerja di sana. Jemaah kastam yakin dengan Abuya untuk mengajar agama kepada anak-anak mereka.

KENANGAN BERSAMA SYEIKH MAHMUD BUKHARI

Di kalangan seluruh guru-gurunya, Syeikh Mahmud Bukhari adalah guru yang paling melekat di hatinya. Sebab banyaknya kenangan-kenangan manis bersama beliau itu hingga membawa ke dalam mimpi. Dalam mimpi, Abuya melihat dirinya dibaiki oleh Syeikh Bukhari.

Pernah berlaku di Masjid Jamek tempat Syeikh Mahmud Bukhari mengajar orang dewasa, Abuya hadir untuk mendengar. Dia terus memanggil Abuya duduk di sebelahnya dan memintanya membaca Al Quran.

Syeikh dari Bukhara ini juga ada mengajar waktu petang di surau kastam tempat Abuya tinggal. Biasanya Abuya akan ikut mengaji tafsir dengannya. Beliau akan berpesan pada Abuya waktu sekolah pagi, supaya petang nanti Abuya bawa buku matan. Sebab dia datang awal, sementara menunggu orang ramai datang, dia akan ajar Abuya baca dan hafal matan ini. Bila selesai, dia sanggup sign di mana tempat yang sudah dibaca.

Bila waktu makan, dia sanggup suap ke mulut anak muridnya terutama Abuya. Dia suap limau dengan kulit-kulit sekali. Kata Abuya, kenalah makan. Sesekali Abuya dan kawankawan ziarah ke rumahnya. Dia akan menambah-nambah makanan murid-muridnya.Pernah suatu hari Abuya sudah siapkan wang untuk hadiahkan kepada gurunya sebanyak lima ringgit (waktu itu lima ringgit sudah dikira banyak). Tapi sebelum balik, gurunya itu terlebih dahulu menghulurkan sepuluh ringgit kepadanya. Dia yang melatih Abuya agar jadi pemurah. Dia yang mendidik Abuya makan sedikit. Dia yang mendidik Abuya sembahyang, sedangkan dia bukan bertarekat.

Sungguh kehadiran Syeikh Bukhara dari Mekah ke Tanah Melayu, memberi erti yang besar kepada pembentukan peribadi Abuya. Hatta roh Abuya

Page 61: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

melihat fizikal Abuya direpair oleh Syeikh Mahmud Bukhari dalam mimpi itu. Tidak hairanlah kalau Abuya sayangkannya.

Abuya bergelanggang selama empat tahun di Maahad Hishamuddin, melibatkan pendidikan formal dan tidak formal. Sesungguhnya terlalu banyak yang Abuya dapat kuasai.

Orang tahu Abuya tidak sekolah tinggi, tapi setelah 2 bulan diuji kaji dan disoal siasat oleh top ten polis dan SB di Bukit Aman sewaktu reman ISA, ada desas-desus mereka mengulas tentang Abuya: “Ilmunya sangat tinggi, otaknya tajam dan Mahathir takut!”_________________________________________________________________________________PERJUANGAN BERMULAPerjuangan BermulaAbuya dilahirkan Tuhan ke dunia adalah untuk jadi pejuang. Jiwanya, fikirannya dan seluruh fizikalnya memang dipersiapkan untuk berjuang. Perjuangan Islam adalah minatnya, kesukaannya, darah dagingnya, jiwa raganya, akal fikirannya dan hidup matinya. Pendeknya dia sanggup buat apa sahaja untuk menyampaikan cita-cita perjuangannya.

Waktu berumur 4 tahun, masa itu ibunya masih hidup, dia akan ikut ibunya setiap hari ke kebun menanam dan menjaga pokok ubi kayu. Berjalan kaki 4 batu pergi, 4 batu balik tanpa kasut, berlari terkedek-kedek di belakang ibunya seawal umur 4 tahun adalah satu latihan kepada seorang pejuang yang bukan calang-calang.

Kemudian di umur 5 tahun, dia kehilangan (kematian) ibu, sedangkan bapanya selalu tiada di rumah. Maka dia kena menjaga adik perempuan yang berumur 3 tahun. Dukung adik di belakang, berjalan di atas bendang dan selalu terjatuh ke dalam bendang adalah pengalaman biasanya. Seorang pejuang sangat patut menjalani hidup yang keras.

Umur 6-7 tahun sudah mula masak nasi dan goreng ikan untuk makanannya. Dengan dapur kayu yang ambil masa juga untuk dinyalakan, di rumah yang dindingnya atap adalah cara hidup yang dipaksakan padanya demi melahirkan peribadi pejuang yang sabar, gigih dan cerdik. Bila baju koyak

Page 62: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

(memang zaman Abuya masih kecil, pakaian susah didapati), Abuya akan jahit sendiri menggunakan benang tali nenas. Malam-malam dengan jamung, bawa botol bersama ibunya (waktu masih hidup), dia pergi tangkap belalang untuk goreng buat lauk. Makanan waktu kecil juga ialah biji getah (selama 2 tahun) dan daun kalilayau. Pernah terjadi ketika makan sayur kalilayau itu terdapat lintah di dalamnya. Demikianlah peritnya hari-hari, hidup yang dijadualkan untuk se-orang pejuang. Seribu satu jenis penderitaan bagaikan sebuah perjalanan biasa untuknya. Ringkasnya dapat digambarkan melalui sajaknya seperti berikut:Biografi Abuya

Usiaku telah menjangkau enam puluh tahunSepanjang umurku aku telah menempuh hidup berliku-likuCabaran demi cabaran menggugat kehidupankuMasam, manis, masin, pahit maung telah aku rasaiAku telah menempuh berbagai-bagai zamanSatu kali adalah zaman Jepun yang ganas dan kejamDua kali berlaku zaman British yang halus diplomasinyaDi zaman peralihan ialah komunis mengganas 10 tahunSudahlah miskin, hidup pula dalam ketakutanSetiap hari ada orang yang dibunuhnyaAda kenderaan yang dibakarnyaBalai-balai polis yang diserangnyaMasa Jepun, papa kedana merata-rata negaraSangat mengancam kehidupan termasuk aku dan keluargaUbi keledek sebagai nasi, itulah “beras A1”makananku yang biasa di waktu ituAdakalanya sehari sekali makan nasi atau pisangItu pun beras yang berdebu dengan kapur dicampur ubiUbi pun payah dicariSagu rumbia, buah getah makanan harianku yang istimewaMakan nasi hanya 6 bulan atau setahun sekaliPucuk-pucuk kayu, daun kalilayau, cendawan kulatsetiap hari aku makanPernah satu hari waktu hendak memakan sayur kalilayauTerjumpa seekor lintah di celah daunUntungnya di waktu itu ikan-ikan darat senang didapati

Page 63: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Bahan-bahan hutan mudah dicariKerana di masa itu bahan-bahan semula jadiBelum dimusnahkan oleh pembangunan dan kemajuanZaman ini juga harimau, babi, buaya, ular,mengganas di mana-manaKejamnya macamlah Jepun-Jepunyang selalu menzalim orang terutama bangsa CinaHampir setiap hari lembu, kerbau, kambing dibahamnyaZaman Jepun pakaian sangatlah susahnyaSedikit-sedikit yang ada itu pun amat daifnyaKain dan baju seribu tampunganBahkan setengah-setengah orang sudah adayang memakai daun-daun lebar yang kerasAtau kulit kayu yang diselimutkan di badanOrang yang mati digulung sahaja dengan tikar mengkuangkemudian dikuburkanRumah-rumah tempat tinggal rata-rata macam rumah orang asli di hutan sekarangRumahku dan keluargaku semacam rumah mereka juga tidak ada bezanyaPenyakit mengganas tidak ada orang yang terkecualidaripada serangannyaUbat-ubatnya tiada, kecuali ubat tradisi sahajaZat makanan kurang sekali Apabila berkudis susah mahu sembuhSering sahaja berulat di dalamnyaMasjid surau terbiar kambinglah penghuninyaDi waktu itu orang beragama macam antah di dalam berasSeluruh penduduk kampung kalau ada dua atau tiga orangYang sembahyang secara istiqamah sudah dibanggakanDi zaman Jepun aku pernah kematian keluargaDi dalam masa setahun empat orangibu, kakak, adik, pak cikPerhubungan sangat sulit dan susahAlat-alat perhubungan sangat payahMenyeberang sungai melalui jambatan buluhAtau setengah tempat menggunakan rakit buluhBerjalan kaki menjadi basahan harianAdakalanya berjalan kaki berbelas-belas batu jauhnya

Page 64: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Berbatu-batu naik kereta lembu sering berlakuNaik kereta mungkin satu atau dua tahun sekalibiasanya loriPernah berlaku dua kali di zamanJepun kapal terbang Jepun datangSatu kampung penduduk kampung lari ketakutan termasuk aku yang masih kecilPernah aku melihat sebuah kapal terbang terbakar di udarakemudian jatuh di tempat yang aku tidak tahuBeberapa lama kemudian aku tahuSebuah kapal terbang British jatuh ditembak oleh Jepunjatuh di Kampung Sawah Raja, RembauDi zaman permulaan Britishkehidupan agak lebih baik sedikitNamun kebatilan dan kemiskinan merata negaraBeras sudah ada, tepung seperti biasaTapi masih terbatas dan terhadPakaian sudah dijual merata-rataKebanyakannya kain belacuNamun bermewah-mewah belum adaKalaupun ada golongan atasan sahajaItu pun hanya golongan terlalu minoritiPekerjaan sangat terbatas Tidak seperti hari iniLumrah pekerjaan orang Melayuialah mata-mata, askar, cikguKerani dan kastam satu dua termasuk ayahkuPerhubungan sudah ada tapi tidak selesaPerjalanan satu jam di waktu inimungkin lima jam di waktu ituDi zaman itulah aku dan keluarga naik bas turun basMasanya agak lama jugaPergi ke Kelantan di zaman itu dua haribaru sampai ke Kota BaruRata-rata orang Melayu masih jahildan mundur di dalam pelajaranButa huruf merata negara terutama penduduk desaYang berkelulusan universiti bilangan jari

Page 65: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Aku adalah termasuk orang yang terkorbandi dalam pelajaran di masa ituKalau aku ringkaskan sejarah hidupku secara umumDari zaman British hingga ke hari ini lebih kurang begini:Jalan kaki budayaku, kereta lembu kenderaan istimewakuMakan ubi, buah getah, sagu rumbia mengganti nasimakanan utamakuPakaianku bertampung seribu, akulah yang tampung sendiriDi waktu masih kecil lagiKetika ibu dan bapa tiada di rumahAku masak sendiriBaju aku basuh sendiriKoyak aku jahit sendiriBelum bersekolah aku sudah pandai memancing sendiriHasilnya dibawa pulangDuduk di gerobok burukDi waktu itu reban ayam sekarang iniadalah lebih cantik dari rumahkuKenderaanku silih bergantiTidak ada melangkau, ia berlaku secara bertahap-tahapDia berlaku secara meningkat dan berperingkat-peringkatDari berjalan kakiKemudian naik basikalhinggalah dapat beberapa orang anakBerbasikal adakalanya berpuluh-puluh batuBerkaki ayam biasa sahaja di zaman kanak-kanakEnak saja tidak pula terasa kaki sakitSelepas itu alhamdulillah lega sedikitBoleh naik motosikal Honda 65, kemudian Honda 90Setelah itu Allah memberi rezeki kereta Helman second handKemudian Morris Minor second hand jugaSesudah itu Holdan second hand pulaKemudian sedikit demi sedikit bertambah canggihKereta Corolla permulaannyaBerpindah pula kereta Peugeot 404 kemudian 504Setelah itu barulah MercedesSelepas itu kenderaanku adalah Pajero

Page 66: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Kemudian Mercedes MPV (multipurpose van)Kenderaan awam kemuncaknya adalah kapal terbangJadi kehidupanku mengalami bermacam-macamdan berbagai-bagai peringkatDari papa kedana, fakir miskin, senang, kaya biasaYang belum lagi kaya luar biasaDi aspek-aspek lain yang teringat elok juga diceritakanDisengat ikan sembilang, baung perkara biasaDiserang penyengat bermacam-macam jenisnyasering sahajaDigigit lipan dua kali, satu kali disengat kala jengkingKeling keliak tidak terkira, mungkin puluhan kali Dikejar oleh anjing, diburu oleh kera jantanhampir digigitnyaDigigit lintah, pacat memang tidak boleh dielakkanmemang perkara biasaJatuh dari rumah, jatuh dari pokok berlaku jugaPernah di rumah orang kenduri, sedang makanserambi rumahnya robohKuah gulai menyimbahi pakaiankuDi waktu itu hari pertama aku mengajarsebagai guru kerajaanJatuh dari basikal berdarah lutut tidak boleh dilupaKereta masuk gaung, patah kaki lebih-lebihlagi tidak boleh lupakanDi waktu kecil beberapa kali lemas di sungai,mujur dapat diselamatkan atau terselamatDicucuk paku dua kali pun merasa, parutnya masih adaKali kedua gelap mata beberapa ketikaAku dipelihara dari satu tangan ke satu tanganDengan ibu dan ayah tidak sempat bermanjaBerpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat jadi budayaBerpindah dari rumah setinggan ke rumah setinggan cara menyewa perkara biasaDi umur persekolahan, mengangkat air cari kayu api, ambil pucuk paku menyapu laman, tukang masak kerja sayaTinggal merata-rata tempat, di kampung dan di bandar

Page 67: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Pernah tinggal di tengah hutan, di kebun getah, di sawah padi, di tepi laut, di tepi kuburDi dalam pendidikan banyak sekolah tempat belajardan mengajarBerpindah dari sekolah ke sekolah Di dalam perjuangan, Allah takdirkandi dalam persekolahan lagisudah ada cita-cita perjuanganKeluar sahaja dari sekolah, perjuangan pun bermulaBerbagai-bagai harakah Islamiah yang aku sertai PAS, Jamiatul Dakwatul Islamiah, Ikhwan dan ABIMNamun hati tidak puasSemuanya aku tinggalkanAku bangunkan jemaah sendiri, Darul Arqam namanyaSempat aku pimpin 28 tahun lamanyaDi dalam jemaah sendiri, ke luar negeri perkara biasaBahkan tinggal di luar negara berturut-turut7 tahun lamanyaDi dalam jemaah, berbagai-bagai aktivitidapat dibangunkanHal ini tidak payah diceritakanRamai orang yang faham dan tahu ceritanyaUjian-ujian di dalam perjuangan Memang banyak yang dirasaTangga rumah dibuang, motosikal dibubuh garamBeberapa kali hendak dipukul orangDipanggil ke Jabatan Agama dua kali disoal siasatKerana tidak senang dengan perjuangan yang aku lakukanPernah di waktu malam rumah dikepung polisbeberapa kaliNamun tidak menangkapnyaTohmah, fitnah perkara biasaInilah yang paling banyak dilemparkan kepadakuAkhir sekali aku ditangkap, diambil di luar negarasecara ekstradisiDireman dua bulan, kemudian diasingkan di Rawangdi bawah akta ISASekarang sudah memakan masa enam tahunNamun belum dibebaskan lagi

Page 68: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Kalau aku panjang umurEntah apa lagilah peristiwa-peristiwa yang akan berlakupada dirikuTuhan sajalah yang tahu– 02 Jun 2000Tidak hanya bertarung dengan hal-hal lahiriah, Abuya diberi pengalaman untuk menghadapi hal-hal ghaib. Di Pilin lagi, suatu hari menjelang Maghrib, ketika sedang melajukan basikal di celah-celah hutan berpokok besar di Pilin, tiba-tiba terdengar suara perempuan dari atas satu pokok besar, “Tunggu, tunggu.” Abuya dengan kawannya memberhentikan basikal dan dengan nyaring membacakan ayat Kursi lalu menghalakan ke atas pokok untuk ‘berperang’ dengan hantu itu.

Di Segambut pun dia pernah diganggu jin ketika bermain di satu parit air di lembah bukit. Meracau-racau dalam kelambu, tidak boleh tidur. Jenuhlah datuk dan nenek tiri menguruskannya. Betapa dewasa dan matangnya Abuya dengan semua ini, walhal umurnya masih kanak-kanak waktu itu.

Pemimpin besar itu dilahirkan dari dunia cabaran dan ujian yang besar-besar juga. Mampu melepasi semua itulah, bukti kelayakan untuk mengambil risiko kepimpinan. Kerja paling susah ialah memimpin. Seorang yang tidak tahan dengan ujian kecil pun, masakan mampu melepasi ujian kepimpinan maha besar itu.

Alkisah Abuya ini hidupnya betul-betul terbiar macam lalang. Membesar sendiri, terpulang apa nak jadi. Logiknya Abuya cukup hanyut atau cukup inferior (sakit jiwa). Mustahil dia boleh jadi orang yang sangat berguna! Bagai melihat sebuah filem, perihal seorang budak kampung yang malang, hidup dari tangan ke tangan, semua fikir sendiri, hidup urus sendiri, keputusan buat sendiri, sedangkan persekitaran sangat rosak, tentu kita akan simpulkan sebuah ‘ending’ yang malang untuk filem ini.

Namun tidak rupanya. Kesusahan telah bertukar menjadi suatu pendidikan yang gemilang, maha berguna, maha tinggi dan cukup hebat. Maka skrip itu mengambil suatu kesudahan yang amat luar biasa, bahawa Si Malang rupanya seorang penyelamat yang datang untuk menyelamatkan dunia.

Page 69: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Abuya kata, banyak tafsiran dan huraian ilmu agama yang dibuat oleh ulama-ulama zaman persekolahannya yang dia tidak boleh terima. Dia tidak setuju. Hatinya menolak walaupun beliau sayang dengan mereka, kerana ibadah mereka yang banyak dan akhlak yang baik, rajin mengajar, namun fikiran mereka tentang hidup menurut agama dan sikap hidup mereka dalam banyak hal, Abuya rasa bukan lagi agama suci. Sudah bercampur-campur akal dan nafsu.

Sebenarnya Abuya sendiri tidak faham mengapa dia jadi begitu. Dia sendiri tiada hujah untuk mempertahankan pendiriannya. Cuma hatinya yang kuat merasa begitu. Jadi dia diamkan saja hal itu, simpan dalam-dalam di hatinya yang tersembunyi, siapa pun tidak tahu.Namun rasa tidak puas hati itu sesekali terbocor juga.

Pada tahun 1957, umurnya 20 tahun, waktu itu di sekolah menengah rendah (sanawi) tingkatan 3, Maahad Hishamuddin. Pagi dia bersekolah, petang jadi guru agama kerajaan di Sekolah Rendah Agama Sungai Udang. Katanya, tahun itu tiada peperiksaan akhir. Jadi semua pelajar tidaklah bersedia. Tapi tiba-tiba last minute diumumkan ada peperiksaan. Terkejutlah semua pelajar, maka Abuya bersama 3 orang guru lain merancang mogok. Mereka berjaya mempengaruhi 10 orang guru lain. Disokong juga oleh 3 kelas pelajar menengah. Kelas rendah tidaklah dilibatkan.

Maka pada hari peperiksaan, mereka ikut masuk dewan periksa. Tapi tidak menjawab soalan periksa, hanya menyerah kertas kosong!

Begitu sekali protes dirancang dan dijayakan. Konon waktu itu, itulah perjuangan. Memang satu rekod.

Akibat itulah semua guru-guru yang mogok itu dihantar mengajar, menjadi guru sekolah agama. Abuya dipindahkan ke Sungai Nibong (Tanjung Karang) pada tahun 1958, 70 batu jauhnya dari Klang. Menjadi guru di sana selama 2 tahun 5 bulan. Tamatlah persekolahan sedangkan beliau sangat ingin bersekolah lagi! Walhal sebenarnya bertarung dengan kehidupan realiti yang penuh cabaran dan halangan yang perlu dijawab dan ditangkis setiap masa, adalah persekolahan tidak formal yang lebih mengajar dibanding sekolah

Page 70: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

formal. Kenyataan ini akan disokong oleh fakta dan kejadian yang berlaku dalam hidup beliau, bertolak dari seawal umur 20 tahun itu. Barangkali cukuplah tempoh formal itu untuk seorang pejuang, sebab terlalu banyak yang perlu dipelajari dalam realiti kehidupan yang akan cukup berguna bagi dirinya buat menghadapi perjuangan yang mula besar!

Abuya mengumpul wang untuk sambung belajar ke Singapura. Tapi bapanya memutuskan agar dia berkahwin. Betapa anak yang taat ini menghadapi pertarungan itu? Maka berkahwinlah juga akhirnya pada tahun 1957, di umur 20 tahun dengan Ustazah Hasnah Salim yang merupakan kawan sepengajian, mendapat 12 orang anak yang taat semuanya kepada Abuya.

Kahwin adalah satu tanggungjawab yang maha mencabar, sebuah persekolahan yang amat berkesan dalam membentuk peribadi seorang yang akan jadi pejuang. Pelajar di kelas formal tidak akan mendapat ilmu sebesar yang didapatkan oleh student di institut rumah tangga yang penuh pergelutan, kesusahan, pertentangan, kasih sayang dan tanggungjawab! Dan Abuya berjaya melepasinya. Sijilnya ini bukan sebesar PhD, bahkan berpuluh-puluh PhD boleh didapatkan di dalamnya untuk kelayakan menjadi seorang pemimpin, karier yang diperuntukkan padanya.

Tahun 1961, Abuya dipindahkan mengajar di Sekolah Menengah Agama Sungai Leman sebagai penolong guru besar selama setahun, jarak 4 batu dari Sungai Nibong. Dipindahkan Abuya dari masa ke masa, tempat ke tempat sepanjang sejarah hidupnya adalah kerana kontroversi perjuangan yang dicetuskannya.

Di Tanjung Karang, di luar waktu mengajar, Abuya menceburkan dirinya secara langsung dalam PAS. Yakni setelah peluang belajar tertutup sudah, cita-citanya dihalakan kepada ‘pekerjaan’ idamannya sejak kecil iaitu memperjuangan Islam. Kerana PAS dilihat bernama Islam, teruslah Abuya terjun ke dalamnya seawal umur 20 tahun iaitu pada tahun 1958. Kata Abuya, hendak buat perjuangan sendiri masih terlalu awal, masih muda, pengalaman tidak cukup dan ilmu pun tidak banyak. Maka eloklah menumpang-numpang dahulu cari pengalaman.

Namun Abunya memang sudah ada ‘stand’ sendiri. Hala tujuannya sudah

Page 71: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

ditetapkan, dasarnya sudah digarap dan kaedah sudah disiapkan dalam mind setnya sejak di Pilin lagi. Seperti dipaku ketat dalam diri Abuya walaupun di dalam seribu satu perubahan jenis dunia baru yang dimasukinya. Hal ini sungguh luar biasa di mana Abuya tidak terpengaruh oleh corak-corak lain yang cuba dicorakkan kepadanya. Dia mampu kekal dengan semata-mata satu corak yang diciptakan untuknya sejak dari dalam kandungan, ketika bayinya dan zaman kanak-kanaknya.Maka mengajarlah Abuya di Sungai Leman selama setahun, tapi lepas itu yakni tahun 1962 ketika berumur 24 tahun, Abuya dilantik menjadi guru besar di sekolah menengah agama itu kepada 300 pelajar dan 4 orang guru. Sedangkan dalam masa yang sama, beliau aktif membangunkan PAS di Tanjung Karang.

Jiwa juang yang terus membakar jiwa yang begitu terpimpin, telah mencetuskan mogok kedua dalam hidupnya. Berpunca dari tidak setuju dengan maksiat yang dibuat di sekolah rendah dalam upacara sukan mereka yang letaknya bersebelahan dengan sekolah Abuya. Abuya menganjurkan demonstrasi bersama lebih kurang 1000 orang kampung yang terdiri dari orang PAS dan UMNO. Mereka berjaya diajak keluar bersama mogok protes itu, memaksa dua trak polis FRU datang mengawal. Mogok berakhir dengan aman atas persetujuan pihak sekolah rendah untuk membatalkan perayaan berbudaya kuning di sekolah mereka. Sehingga hujung tahun 1966, waktu Abuya meninggalkan sekolah agama itu, tiada lagi maksiat-maksiat yang ditentangnya itu. Empat tahun maksiat itu dihentikan.

Di luar waktu tugas rasmi, ada tugas tidak rasmi lain lagi yang Abuya wajibkan pada dirinya. Iaitu membangunkan jemaah PAS dengan membangunkan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti berikut:– Sebuah sekolah swasta– Satu mini market– Satu kilang roti dengan 17 tempat edaran– Sebuah sekolah dewasa– Aktiviti ceramah, dakwah dan kempen yang dibuat hampir setiap malam

Semua kegiatan itu sesungguhnya bukanlah cara PAS. PAS cuma badan politik, jadi cara Abuya tidak direstui oleh PAS Pusat. Dia cuba corakkan ikut apa yang dia faham tentang perjuangan Islam sedari kecil. Bermula dari

Page 72: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

keluarga, bangunkan jemaah dengan cara hidup Islam, besarkan sistem Islam dalam masyarakat. Dan itulah yang akan ditawarkan kepada dunia. Siapa ajar beliau di umur itu dan siapa bekalkan kefahaman itu dalam diri beliau? Dan bila dia berbuat, ada pula pengikutnya. Itu semua adalah persoalan ajaib yang mesti didapatkan jawapannya.

Tercabar sungguh dengan kemeriahan PAS Tanjung Ka-rang, maka UMNO di situ telah membuat penentangan serius.

Melibatkan polis, jabatan agama dan macam-macam pergaduhan diundangkan pada Abuya. Antaranya, motosikal Abuya diletak garam dalam tempat minyaknya, pintu rumahnya diseal, ‘perang’ dalam masjid, polis kepung rumah atas tuduhan terlibat dengan konfrontasi Indonesia, ketika sedang mandi datang orang hendak pukul, motosikalnya dihalang di tengah malam waktu balik dakwah, hendak dipukul dan seribu satu macam lagi perang politik yang Abuya alami.

Waktu remajanya, hasil aktiviti beliau mencetuskan sebuah perjuangan politik berbau dakwah dan pembangunan kemasyarakatannya, dua kali beliau dipanggil ke pejabat agama Klang kerana tuduhan memecahbelahkan masyarakat. Namun semuanya Abuya dapat lepasi. Bahkan menerimanya sebagai asam garam perjuangan yang sedikit pun tidak menghalang beliau dari terus berjuang. Balik dari pejabat agama, perjuangan diteruskan lagi.Pada tahun 1966, masih di Sungai Leman, Abuya ditimpa sakit yang teruk, rasa macam hendak mati. Empat bulan lamanya sakit malaria (kata orang). Setiap hari Abuya akan menggigil sakit bermula pukul 4.00 petang hinggalah membawa ke subuh. Lepas subuh, badannya kembali normal, boleh keluar rumah, tidak mengantuk dan tidak letih walhal semalaman tidak boleh tidur. Pukul 3.00 petang, Abuya cepat-cepat balik ke rumah untuk tunggu sakit. Selama 4 bulan dia menanggung ini semua. Puncanya Abuya tidak tahu dan dia tidak pergi ke hospital serta tidak ambil sebarang ubat hinggalah sembuh sendiri. Orang tidak percaya Abuya sakit.

Waktu mengalami sakit itulah Allah rezekikan mimpimimpi yang baik. Di antaranya dapat melihat Syeikh Mahmud Bukhari datang dan merepair (membentuk-bentuk) badannya supaya jadi lebih baik. Setiap kesempatan dapat tidur yang diperolehi di celah-celah sakit teruknya itu, rohnya melalui

Page 73: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

mimpi, mengalami perjalanan indah dari masjid ke masjid yang besar-besar dan cantik-cantik, bertemu ulama-ulama dan mengaji dengan mereka.

Tahun 1966, Abuya dilantik jadi Exco PAS Tanjung Karang. Begitu aktivitinya ‘menentang’ kerajaan maka Abuya dipindahkan lagi buat kali ketiga. Pindah ke Kuala Lumpur. Umur 26 tahun sudah sejauh ini perjalanan Abuya. Terlalu laju proses yang diambil untuk sampai ke destinasi yang amat jauh. Setiap hari bagaikan satu kursus diselesaikan di satu fakulti untuk esoknya tukar kursus di fakulti baru demi melengkapkan diri untuk menjadi orang besar zaman yang cita-citanya terlalulah besarnya!

Abuya akhirnya merubah diri menjadi pejuang tarekat, pejuang kasih sayang dan dakwah. Bukan lagi pejuang politik yang ganas. Tetapi sebelum berumur 30 tahun, Allah takdirkan dia sangat komited dengan PAS itu. Agaknya Allah mahu Abuya jadi sufi yang tidak jumud. Ertinya PAS betulbetul menghidupkan jiwa juang dan strategi-strategi namun semuanya dilunakkan oleh kefahaman sufinya. Kata Abuya, kalaulah dia tidak diubah oleh Allah, memang dia sangat garang. Pernah waktu dalam PAS, dalam bas dia sengaja cari tempat duduk yang membolehkan dia kempen. Kebetulan ada satu tempat kosong sebelah polis. Peluang keemasan itu Abuya gunakan untuk bersyarah kepada polis tersebut, menyindir-nyindirnya konon tidak Islam. Satu bas boleh dengar. Polis itu mencubit-cubit paha Abuya minta berhenti. Pemarah, panas baran dan berani melulu itulah akhlak buruk yang dididik dalam PAS.

Semangat perjuangan PAS yang tidak berdisiplin agama itu juga telah membentuk perangai buruk sekali, kata Abuya. Pernah di majlis ceramah, seorang pemidato PAS bercakap tanpa menghentam musuh! Abuya telah paksa dia naik bersyarah sekali lagi supaya kena dengan selera jahat PASnya itu. Hentam! Hal ini berlaku di Tanjung Karang.

Semua itu telah membuatkan Abuya akhirnya benci dirinya. Jiwanya Allah putarkan 360 darjah, dari begitu sekali semangat dan pengorbanan, dia akhirnya mengurung diri dan menangisi dosa-dosa. Dia rasa apa yang dibuatnya semua sia-sia belaka. Itu bukan cara Islam.

Orang yang tidak faham mengatakan dia kecewa dalam PAS. Tapi

Page 74: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

sebenarnya hatinya telah bertindak merubahnya. Memang kata Embah Mahmud itu, dia tahu Abuya pasti berubah dari perjuangan politik kepada tarekat sufi. Memang pun, sepanjang di dalam PAS dia tidak tinggalkan wirid Muhammadiah yang diamalkannya sejak berusia 13 tahun itu. Maka pada harinya seperti kata Sayidi Syeikh Suhaimi, Abuya pun ditukarlah oleh Allah. Sesuatu yang kalau tidak mengalami sendiri mungkin orang tidak percaya. Tapi realitinya Abuya memang berubah. Lepas dua tahun mengurung diri, membaiki diri, Abuya kembali ke gelanggang dengan memperjuangkan Islam seperti yang diidamkannya. Seolah olah perjuangannya baru bermula.Kuala Lumpur - Darul ArqamBermulalah era Kuala Lumpur dari tahun 1966, di umur Abuya 26 tahun. Tempat di mana dikatakan kebangkitan Islam mula berangkat. Dua kerja besar yang Abuya ambil sebagai tanggungjawabnya di Kuala Lumpur ialah menjadi guru agama di sekolah rendah kerajaan dan menjadi aktivis PAS yang akan menggerakkan Kuala Lumpur.

Namun dari sudut kehidupan rumah tangga waktu itu, Abuya sangat miskin. Di Tanjung Karang pun dia cukup miskin. Selama enam tahun bertugas di Tanjung Karang, menjadi guru agama dan guru besar serta menjadi orang penting dalam masyarakat, Abuya dihadiahkan sebuah rumah oleh masyarakat kampung. Rumah itu berdekatan dengan sekolah dan letaknya dalam kawasan tanah perkuburan.

Rumah itu bertaraf rumah setinggan sahaja. Pintunya tidak ada kunci dan ada tiga anak tangga yang semuanya dibuat dari kayu. Air perigi, lampu minyak. Abuya tinggal bersama isteri dan dua anak lelakinya yang bersekolah rendah, iaitu Fakhrurrazi dan Mohd Nizamuddin. Anak sulungnya Nasibah tinggal dengan neneknya di Segambut.

Menurut cerita Fakhrurrazi, ketika tinggal di pondok buruk yang daif itu, sesekali ada tetamu datang. Bila mahu pulang, kalau tidak sempat dimaklumkan, tetamu akan terjatuh kerana disangkanya rumah itu ada tangga. Padahal tangga rumah selalu tiada kerana diangkat oleh musuh-musuh Abuya iaitu orang UMNO kampung itu.

Peperangan politik memang dahsyat waktu itu. Abuya menghabiskan masa dan wang untuk perjuangan PAS. Hidup betul-betul untuk berjuang. Dia tidak

Page 75: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

fikir sangat makan minum dan tempat tinggal. Sanggup semiskin itu demi perjuangan. Isterinya waktu itu pun makan gaji jadi guru agama. Tapi sama-sama sanggup miskin.

Namun di Kuala Lumpur lagi susah. Selama lapan tahun beliau tinggal di rumah setinggan di Datok Keramat. Selama itu berpindah rumah tiga kali. Dari rumah A (sewanya RM15) ke rumah setinggan B (sewa RM60 sebulan), kemudian ke rumah setinggan C, sewa RM30 sebulan. Akhir sekali beli rumah setinggan dengan nilai RM400. Di situ Abuya kena mengangkut air suku batu dari perigi.

Dalam suasana demikian itu, Abuya tetap berjiwa besar dengan cita-cita perjuangannya. Keyakinannya cukup luar biasa. Walhal keadaan lahirnya kelihatan begitu daif kerana berjuang habis-habisan untuk Islam.

Abuya mengajar di Sekolah Rendah Kebangsaan 1, Alam Shah sebagai guru agama. Namun tiap-tiap petang membawa ke malam, sepertilah di Tanjung Karang, Abuya habiskan masanya dengan PAS. Berziarahlah beliau dari rumah ke rumah untuk mengutip siapa-siapa yang mahu ikut PAS. Setahun sahaja lamanya Abuya melakukan kaedah ziarah untuk membuka cawangan-cawangan PAS, hasilnya ialah 17 ranting PAS di Kuala Lumpur, Gombak dan Setapak. Di Kampung Baru juga dapat dibuka cawangan. 13 Mei 1969 menyaksikan PAS cukup kuat di Kuala Lumpur. Abuya membuat kerja ini dengan seorang ketua kerani bernama Hamidon.

Gambarkanlah, seorang yang miskin boleh membuat kerja besar yang luar biasa, membuka ranting PAS sebanyak 17 buah hanya mengambil masa satu tahun. Kekuatan apa yang dimiliki sebenarnya. Berani saya mengatakan bahawa Abuya mempunyai kekuatan dalaman yang dibina dengan Zikir Agung amalannya. Hati yang kuat dengan Allah, mampu menarik hati-hati manusia mengikutinya. Apa yang dia cakap, masin. Orang ikut cakapnya dengan izin Allah.

Manakala di sekolah pula Abuya dengan semangat juangnya telah melakukan mogok ketiga. Guru besar sekolah kebangsaan itu memang dikatakan zalim terhadap guru. Datang Abuya satu tahun, dia telah menganjurkan mogok dengan cara tidak masuk kelas dan memulaukan

Page 76: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

perhimpunan pagi. Beliau disokong oleh 17 orang guru daripada 21 orang guru semuanya. Mogok itu berlangsung selama beberapa hari. Akhirnya pihak pejabat pelajaran ikut campur. Alhasil semua guru terlibat dipindahkan sekolah. Manakala Abuya digantung jawatan selama empat bulan, direhatkan di pejabat agama Datok Keramat. Gaji berjalan tapi Abuya tidak dibenarkan membuat sebarang kegiatan. Dudukduduk sahajalah jadi pemerhati kepada sistem di pejabat tersebut.

Selesai 4 bulan, Abuya ditukar pula ke Sekolah Rendah Inggeris Jalan Peel, Kuala Lumpur. Guru besarnya seorang India. Setahun saja di sana, Abuya dipindahkan lagi oleh pejabat agama ke Sekolah Rendah Agama Sungai Penchala. Hanya setahun di sana, dipindahkan pula ke Sekolah Rendah Kampung Batu, Kuala Lumpur. Pindah-randah yang dialami beliau ditambah dengan kerja-kerja perjuangan Islam yang semakin banyak membuatkan hati Abuya sudah tidak gembira dengan jawatan itu. Akhirnya setelah setahun di Kampung Batu, Abuya melepaskan jawatan rasmi sebagai guru agama kerajaan pada tahun 1973. Selamat tinggal jabatan agama.

Namun perjuangan Islam, kerja dengan Allah tetap diteruskan. Pada tahun 1967, ketika umur 30 tahun, Abuya mengambil keputusan untuk keluar dari PAS. Memang ada rasa tidak puas hati dengan gerakan politik yang dirasakan tidak menjurus kepada agama secara total. Ketidakpuasan itu sudah wujud sebelum itu. Sebab itu walaupun dalam PAS, namun Abuya membahagi-bahagi masanya juga pada jemaah-jemaah lain.

Contoh pada tahun 60-an, dia mengikut Jamiah Dakwatul Islamiyah yang berpusat di Masjid Jamek Mountbathen Kuala Lumpur, sebuah masjid lama, jemaah lama yang berumur 100 tahun. Namun di situ pun tidak sesuai dengan jiwa Abuya. Bertahan selama dua tahun untuk mengikuti kursus di Masjid Jamek bersama ramai orang UMNO, PAS dan India Muslim. Amalan sistem feudal oleh orang-orang UMNO, mengaji agama tradisi dan guru mengajar banyak secara akal, begitulah keadaannya kursus itu. Namun, hasil kursus di sana, Abuya dapat juga ilmu dan dapat nombor 1 dalam peperiksaan yang dibuat di hujung kursus.

Di Kuala Lumpur juga Abuya bertemu jemaah Ikhwan, hasil pertemuan sesama kaki masjid. Sempatlah satu tahun di dalamnya. Itu pun Abuya tidak

Page 77: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

setuju, sebab berkawan dengan mereka macam ayam berkawan dengan merak. Mereka kaya sedangkan Abuya miskin. Jurang terasa benar! Mereka golongan elit yang tidak berparti. Kawan-kawan Abuya dari kalangan guru agama tidak tahan dengan stail ini terus keluar. Tapi Abuya dengan semangat juang yang kuat boleh bertahan. Gurunya berfahaman Wahabi. Sering mensyirikkan orang dan perbahasannya pula tinggi-tinggi. Mengamalkan wirid Ma’thurat dan selalu marahkan Sayidina Muawiyah.

Menurut cerita Abuya, di antara sebab beliau tidak boleh lama dengan Jemaah Ikhwan ialah sikap kasta-kasta yang diamalkan. Sepatutnya dalam Islam, miskin kaya sama sahaja. Orang kaya pun kena ziarah orang miskin. Demikian sebaliknya. Jadi Abuya akan datang ke rumah-rumah besar mereka untuk mengikuti program kuliah yang digilir-gilirkan dari rumah ke rumah ahli. Di antara rumah besar yang Abuya datangi ialah Rumah Tamu Rufaqa’, di Jalan Duta sekarang ini. Dahulu ia kepunyaan seorang ahli Ikhwan bernama Ahmad bin Ismail. Dia seorang pegawai kanan kerajaan yang berasal dari Kedah.

“Namun kumpulan pengajian ini tak mahu buat program di rumah setinggan Abuya,” kata Abuya dengan sedih. Mereka memandang rendah sesama saudara kerana miskin. Abuya anggap hal ini tidak sepatutnya berlaku atas nama Islam. Abuya tidak yakin jemaah begini boleh ada masa depan.

Sempat juga setahun dengan Tabligh iaitu di tahun 1967. Dapatlah keluar ke Singapura. Tetapi hati pun tidak boleh terima. Gerakannya begitu tertutup. Hanya berdasarkan 6 prinsip. Siapa masukkan unsur lain, akan tertolak. Pernah beberapa kali Abuya sedang berceramah, diberhentikan kerana terkeluar dari 6 prinsip. Jemaah itu dikuasai oleh India Muslim. Sempatlah Abuya ikut tidur di masjid, usung periuk, pergi dari rumah ke rumah dan berkata, “Assalamualaikum pak cik, mak cik, datanglah ke masjid.” Mereka makan sirih maka berlumpurlah masjid. Akhirnya pihak penjaga masjid mengunci masjid.

Waktu ABIM ditubuhkan pada tahun 1971, Abuya membawa kawan-kawan seramai 60 orang masuk ABIM dengan tujuan menyatukan cita-cita dan mencari ramai kawan. Pernah Abuya berdamping dengan Anwar Ibrahim. Dua minggu sama-sama berdakwah ke Langkawi. Abuya bersyarah dan

Page 78: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Anwar pun bersyarah. Sangat berbeza. Namun ABIM lantik Abuya menjadi Ketua Dakwah di Kuala Lumpur. Mula-mula Abuya menolak sebab waktu itu Abuya sudah ada Arqam tetapi kerana jawatan itu kosong selama dua bulan maka Abuya pun terima. Dalam mesyuarat agung pernah berselisih pendapat dan berbahas dengan Sanusi Junid. Pendapat Abuya ditolak oleh ABIM. Berbezanya Islam mereka. Bila mereka faham bahawa Abuya sudah ada fahaman dan cita-cita tersendiri, akhirnya dalam mesyuarat agung pertama, mereka tarik semua jawatan Abuya. Abuya dan kawan-kawan pun keluar dari ABIM.

Demikianlah sejarah hidup seorang pejuang, sekitar Kuala Lumpur sepanjang umur 26 hingga 32 tahun. Bukan main-main kerjanya. Habis jemaah Islam sekitar Kuala Lumpur yang mula bangkit dibacanya, dikaji, diselidiki dan dilihat hujung pangkalnya. Itu adalah bertujuan untuk meyakinkan dirinya bahawa rupa-rupanya kebangkitan itu diiringkan Tuhan dengan bermacam-macam jenama Islam, walhal sebenarnya menurut Abuya semuanya hanya bersadurkan Islam. Isi-isinya semua masih boleh dipertikaikan. Sementelahan ketika buku ini ditulis, badan-badan itu sudah kian tenggelam namanya.

Islam yang Abuya cari tidak juga berjumpa. Abuya tidak pernah bercita-cita untuk menjadi pemimpin. Sebelumnya, dia hanya berfikir untuk menjadi pengikut kepada jemaah yang menjadi permulaan kepada Imam Mahdi yang bakal tiba. Tapi akhirnya pada tahun 1969 selepas 13 Mei, ketika umur 32 tahun, Abuya terfikir untuk membuat jemaah sendiri. Tahun 1967, sebaik keluar dari PAS, beliau bersuluk selama dua tahun untuk baiki diri. Masih di Datok Keramat, di sebuah rumah yang disebut ‘Rumah Putih’, Abuya membuat kumpulan atau jemaah ‘Darul Arqam’. Di Rumah Putih itulah Abuya mengalami satu peristiwa yang tidak mungkin dilupakan iaitu mimpi berjumpa Sayidi Syeikh Suhaimi dan mengaji dengannya.

Kuala Lumpur menjadi saksi perihal pemuda atau putera rumah setinggan yang mempunyai cita-cita tinggi dan kefahaman Islam yang global. Bermodalkan taqwa hasil mengamalkan zikir dan sembahyang yang agung telah menamatkan pencariannya dengan akhirnya dia memberanikan diri untuk membuat kumpulan sendiri. Kumpulan yang semata-mata bertujuan membaiki diri, seperti yang mula-mula dibuat oleh Rasulullah di rumah

Page 79: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Sahabat yang bernama Arqam. Sempena itulah Darul Arqam dipilih sebagai nama kumpulannya.

DARUL ARQAM SEBENARNYA

Umur 32 tahun terlalu muda sebenarnya untuk seseorang itu menjadi pemimpin kepada sebuah jemaah Islam. Tapi bagi Abuya, kematangannya mengatasi umurnya. Kerana satu hari dalam hidupnya bagaikan sepuluh hari bagi orang lain. Pencapaiannya, pengisian yang dialaminya, masalah yang dihadapkan kepadanya dan jalan keluar yang diperolehinya dalam hari-hari yang dilaluinya cukup banyak dibandingkan dengan apa yang berlaku kepada individu-individu lain.Contoh bagaimana beratnya beban hidup dan perjuangan yang dipikulkan kepadanya ketika dia di sekitar umur remaja dua puluhan tahun. Waktu itu Abuya bekerja di Sungai Leman. Di sebelah malamnya dia berdakwah atas nama PAS. Suatu hari ketika pulang dari dakwah itu bersama dengan dua motosikal, tiba-tiba di tengah malam gelap itu, dia ditahan seseorang dengan kayu dan hendak dipukulnya. Bila Abuya berhenti untuk mengecam orang itu dengan lampu motor, orang itu terus lari lintang-pukang tapi sempat membaling kayu dan botol, yang pecah berkecai.

Di Sungai Leman juga, ketika Abuya balik dari berdakwah di tengah malam, sampai ke rumah di kawasan perkuburan, dilihatnya ramai polis sedang mengelilingi rumahnya. Ada aduan yang kononnya Abuya sibuk-sibuk itu kerana bekerjasama dengan Indonesia dalam konfrontasi dengan Malaysia waktu itu. Walhal Abuya tidak pun berbuat demikian. Hasil siasatan, didapati Abuya bersih dari tuduhan itu.

Ketika berdakwah di Sungai Nibong, Abuya berdua dengan Nagiman seorang guru silat. Oleh kerana Abuya hendak menziarahi bapa angkatnya, Pak Karim, maka kawannya pergi dulu ke tempat dakwah itu sendirian. Tapi tiba-tiba Nagiman pulang termengah-mengah berjumpa Abuya. Katanya tiga orang memukulnya di tengah jalan. Dia melawan dan basikalnya terjatuh dalam sungai.

Hari pertama menjadi guru agama kerajaan di Klang, Selangor, di sebelah petang Abuya pergi kenduri arwah. Ketika sedang makan, serambi rumah

Page 80: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

sebelah yang Abuya duduk, tiba-tiba roboh. Terperosoklah Abuya ke bawah rumah, disimbah kuah gulai yang tumpah. Peristiwa itu bagaikan simbol akan terperosoknya Abuya oleh sistem yang mula ditumpanginya itu.

Di Sungai Penchala pada tahun 1973, surau diserbu orang selepas Maghrib dengan parang. Abuya cakap jangan lawan. Walaupun parang sudah di leher Hashim Karim namun penyerang bersurai dengan baik.

Demikian contoh-contoh dari seribu satu macam lagi cabaran, halangan dan ujian peperiksaan yang Abuya ambil dalam persekolahannya untuk jadi pejuang dan pemimpin. Orang lain mungkin diperiksa di kertas untuk lulus. Abuya diuji di gelanggang realiti yang memerlukan seluruh upaya kreativiti dan ketahanan mental serta roh bagi melepasinya. Alhamdulillah Abuya seperti diilhamkan untuk menghadapinya dengan baik.

Pernah di satu hari ketika subuh masih gelap, Abuya sedang mandi dengan memakai kain basahan di masjid, tibatiba mukanya disuluh dengan torchlight dan sebatang kayu diangkat untuk memukulnya, angkara PAS kuat di Tanjung Karang. Sedang Abuya bersiap-siap hendak melawan dan kemas-kemaskan kain basahan, pelik! Orang itu sudah lari lintang-pukang. Kenapa? Abuya agak ada pertolongan Allah dengan mendatangkan sesuatu yang menakutkan orang itu. Sebab selepas itu Abuya dengar orang kata Abuya ada jin.

Bila ditanya betulkah Abuya ada ilmu jin, khadam dan lain-lain, Abuya menjawab, “Nak didik manusia pun susah, kalau boleh tundukkan jin, hebatlah!”

Ada orang kata, Ustaz Ashaari mesti ada memakai ilmu apa-apa, sebab itu jemaah dia boleh pergi sejauh itu. Abuya jawab memang Allah berjanji, pakaian taqwa itu adalah terbaik kerana ia akan mendatangkan bantuan Allah.

Strategi menghadapi ujian yang Abuya pakai sangat berkesan. Abuya bagai diajar-ajarkan. Begitu juga langkahlangkah yang Abuya ambil dalam perjuangan bukan bersifat akal biasa. Lebih-lebih lagi buah fikiran-buah fikiran Abuya dalam perjuangan memang berbeza sungguh dengan apa yang

Page 81: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

ada pada pemimpin-pemimpin Islam lain. Semuanya bukan dari akal. Contohnya:

1. Berbeza dengan badan-badan Islam lain yang dipimpin oleh pemimpin masing-masing, Abuya buat cara hidup dan sistem sendiri. Buka kedai, kilang, studio, sekolah, klinik, dan lain-lain projek secara Islam dan dikaitkan dengan Tuhan. Mungkin orang lain pun nak buat juga tetapi tidak mampu. Bukanlah kecil sistem itu kalau sampai ditakuti sesetengah pihak! Soalnya di mana Abuya belajar untuk berbuat itu semua dan diambil dari mana semua kekuatan itu? Kalau ianya bersifat akal tentu akal-akal bijak pandai lain pun mampu mencetuskannya juga.

1 Dalam hal hendak mencari seramai-ramai kawan dan untuk belajar sebanyak-banyak kaedah, Abuya masuk semua badan-badan Islam. Masuk secara komited dan lama! Semua pesantren di Malaysia Abuya pergi dan yang besar-besar di Indonesia semua telah diziarahinya. Kemudian dia berkata sepatutnya semua badan Islam terutama pondok, buat kedai sendiri secara muamalah Islam bukannya biarkan Cina buka kedai depan pondok Islam. Pondok Islam perlu membangun bukannya jumud di atas akhlak yang baik. Dengan beraninya Abuya mengkritik sistem yang jumud di pondok-pondok itu, dengan menyatakan sebenarnya itu bukan dari ajaran Islam yang sebenar, tapi diasaskan oleh penjajah supaya imej Islam jadi serendah itu. Di sini, sekali lagi kita lihat ilmu yang keluar dari Abuya itu bukan dari akal sematamata. Abuya melihat dengan hatinya dan sulit untuk akal menolak hujah-hujahnya.

2 Di waktu umat Islam kini berpecah kepada bermacammacam fahaman dan firkah, masing-masing bercakap tentang Islam masing-masing. Tapi Abuya memberi reaksi, bahawa Islam sudah jadi ideologi, bukan agama lagi bagi penganut-penganutnya. Sebab semuanya gagal membawa Tuhan dalam syariatnya. Agama ialah wahyu dari Tuhan. Ia mesti diasaskan atas rasa cinta dan takutkan Tuhan. Syariat yang dibuat bukan niat kerana perintah dan larangan Allah. Itu tidak dianggap agama. Itu ideologi namanya. Akal tanpa Tuhan.

Ada profesor dari Universiti Islam Antarabangsa berkata, ilmu paduan antara roh tauhid dengan fekah yang dirancangkan oleh Universiti Islam

Page 82: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Antarabangsa kepada setiap individu siswa atau siswi itu, tidak berjaya. Roh tauhid atau iman gagal diterapkan. Tinggallah fekah sebagai ilmu yang tidak mampu dipraktikkan. Bahkan di pondok pun kata Abuya, banyak maksiat tapi ditutup. Selepas sembahyang dengan serban di kepala lagi, imam duduk bertinggung di tempat kaum ibu yang sudah tidak menutup aurat. Sembahyang tapi tidak takut Tuhan.

Memang kebanyakan orang Melayu Islam begitulah agamanya. Orang pun tidak anggap ia satu kesalahan kerana sudah menjadi tradisi. Tapi siapa mengajar Abuya untuk memecah tradisi tersebut dan mengasaskan satu cara baru dalam hidup orang Melayu ini? Itulah yang dimaksudkan bahawa ilham sebagai satu sumber ilmu yang diajarkan Tuhan kepada mana-mana hamba-Nya untuk tujuan menghidupkan semula agama yang sebenar.

1 Dalam hal menghadapi fitnah, Abuya memilih untuk tidak menjawab, bahkan berbuat baik kepada orang yang membuat jahat itu. Ini bukan akal. Inilah agama. Tapi berapa ramai orang yang boleh buat sedemikian? Dalam ISA, Abuya bekerjasama dengan polis. Bukannya caci, maki dan hamun. Alhasil ramai polis menerima baik Abuya. Tanpa mengorbankan agama, Abuya berjaya berada di tengah orang-orang yang pada mulanya adalah penentang.

2 Berikut ialah ciri-ciri seorang yang Abuya anggap teman baiknya sekitar tahun lima puluhan. Memang waktu remaja lagi, cara dia menilai seseorang lain dari orang lain.

Namanya Zakaria Ansari, orang Banjar yang tinggal di Sungai Leman, Tali Ayer 8. Dia orang kuat PAS di tahun lima puluhan. Bekerja sebagai petani, buat bendang dan bela ayam. Persekolahan hanya sampai darjah dua rendah, tidak tahu membaca Rumi dan tidak tahu bahasa Arab. Sekarang berumur lapan puluh tahun dan ada sekolah sendiri di Batang Berjuntai.Demi perjuangan dia sanggup berkorban habis-habisan. Ibadahnya kuat. Untuk berdakwah sanggup mengayuh basikal berpuluh-puluh batu. Pergaulan bebas dan riba ditentangnya habis-habisan. Halal haram sangat dijaga. Demi itu, kalau orang hendak pukul, dia tidak lari, sangat berani kepada yang hak. Kuat berpegang kepada syariat, berakhlak tinggi, tegas dan keras dalam hal hukum.

Page 83: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Datuk Asri presiden PAS waktu itu pernah memuji Ustaz Zakaria dalam mesyuarat agung kerana orang kagum dengan kemampuannya berpidato. Sangat pintar dan bagaikan fasih bahasa Arab. Walaupun bukan tokoh pusat tapi terkenal di kalangan ahli PAS tahun lima puluhan, dari utara ke selatan.

Keikhlasannya dalam berjuang terlihat bilamana sanggup tidur di masjid dan makan biskut sahaja, suka dengan kitab tua dan macam Abuya juga, percaya Imam Mahdi. Waktu sama-sama bergilir-gilir membaca kisah akhir zaman, sama-sama menangis kerana rindunya dengan zaman indah untuk umat Islam itu. Dia isytihar Abuya adik angkatnya! Peribadi begini kata Abuya, tidak dijumpai dalam PAS waktu itu dan sekarang.

Memilih kawan dengan kategori-kategori seperti disebutkan tadi memang bukan senang untuk dibuat. Biasanya remaja berkawan ikut suka dan saja-saja.

Demikian kematangan dan kekuatan yang diwujudkan dalam diri seorang yang direzekikan untuk memimpin sebuah jemaah Islamiah bernama Darul Arqam di usia tiga puluh dua tahun. Rasanya usia itu cukup untuk Abuya. Tetapi ada yang lebih dari semua itu berlaku pada diri Abuya sejurus sebelum Darul Arqam dibangunkan.

Hati Abuya dikuasai oleh perasaan yang amat kuat untuk membaiki diri di sisi Allah. Perasaan itu datang dan memutar fikiran Abuya dari sebelumnya. Kerja-kerja dalam parti politik Islam yang dibuat selama sepuluh tahun dirasakan sia-sia kerana bukan diasaskan atas dasar usahakan taqwa yakni membaiki diri. Orang yang tidak faham membuat bermacammacam andaian mengapa Abuya meninggalkan PAS. Namun bagi Abuya fakta di atas itulah sebab sebenarnya.

Dua tahun lamanya Abuya bekukan diri dari keluar dan aktif. Abuya menumpukan sepenuhnya usaha-usaha membaiki diri dengan taqwa, ibadah, taubat, zikir, berdoa dan menangis menyesali dosa-dosa. Begitulah hatinya diarahkan. Rupanya kegiatan Abuya diminati juga oleh beberapa kawan rapatnya. Jadilah program itu secara berkumpulan. Selepas dua tahun, 1969, Abuya muncul ke tengah masyarakat dengan satu perjuangan

Page 84: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

gaya baru iaitu memperjuangkan dakwah dan kasih sayang di atas kaedah membaiki diri dengan taqwa. Lahirlah jemaah DARUL ARQAM.

Selamat tinggal PAS. Selamat tinggal. Sekali lagi selamat tinggal wahai dunia politik yang kotor. Berada di dalamnya, hati atau roh dipupuk untuk megah dan bangga. Manusia lupa diri sebagai hamba yang akan ditanya dan dihukum Tuhan. Tuhan yang patut ditakuti hamba-hamba, sudah tidak dipedulikan lagi oleh orang-orang politik sekalipun atas nama Islam.

Nabi-nabi menyeru kaumnya dengan penuh takut kalaukalau tidak beradab dengan Tuhan, tapi politik Islam membenarkan pejuang memaki hamun kaum yang diserunya. Mereka bangga kerana politik Islam. Sepatutnya mereka malu dan takut kepada Allah kerana merezekikan mereka dengan kebaikan. Lalu akan mendoakan dengan kasih sayang kepada orang-orang yang belum direzekikan.

Siapa mengajar Abuya mendapat ilmu sedalam itu? Merujuk kepada cerita Embah Mahmud, memang Syeikh Suhaimi yang memantau Abuya dan dia telah membalikkan hati Abuya dengan izin Allah agar benci dengan politik. Maka berlakulah sejarah di mana Abuya lari kepada satu perjuangan yang menjadikan rumah ‘Arqam bin Abi Arqam’ sebagai inspirasi permulaan tapak perjuangannya._________________________________________________________________________________DARUL ARQAM SEBENARNYA - SURAT TERBUKA UNTUK MAJLIS FATWA KEBANGSAANAssalamu‘alaikum wbkth.

Kepada tuan-tuan yang dimuliakan dan didoakan,

ahli-ahli Majlis Fatwa Kebangsaan.Kami pohon ampun maaf terlebih dahulu sekiranya surat ini mempunyai kesilapan-kesilapan yang tidak disengajakan. Dengan bersaksikan Allah dan Rasul, kami minta diberikan peluang untuk menyatakan pandangan dan rasa hati yang terpendam selama ini berkait dengan isu ‘Arqam vs Majlis Fatwa Kebangsaan’. Kami kerdil, tetapi mempunyai tanggungjawab untuk menjawab di hadapan Allah nanti perihal persoalan antara kita. Kami takut

Page 85: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

azab Allah yang bakal menimpa sekiranya kami tidak berterus terang perkara sebenar yang ada dalam hati kami.

Malaysia dilanda arus kebangkitan Islam yang cukup menonjol dibanding dengan negara Islam lain. Rakyat Malaysia di semua peringkat sedang mengalami perubahan diri ke arah Islam. Walhal sebelumnya mereka jauh dari agama. Allah SWT mentakdirkan, Abuya Ashaari Muhammad mendapat pengikut yang ramai. Dan jemaahnya jadi begitu berpengaruh.Ertinya, kebangkitan ini menghala kepada Abuya. Hingga hari ini pengikutnya yang begitu komited, ramai dan jemaahnya terus wujud walaupun sudah ditangani oleh tuan-tuan dengan berbagai-bagai halangan.

Allah Taala sudah takdirkan Abuya telah menang dalam pertarungan dengan tuan-tuan dan dengan kerajaan Mahathir. Menyaksikan inilah maka kami rasa bertanggungjawab untuk menyatakan pendirian:

Bahawa kebangkitan Islam yang berlaku di Malaysia, inilah dia kebangkitan yang Allah janjikan di akhir zaman. Akhir zaman yang dimaksudkan Allah dan Rasul itu, rupanya sedang berlaku di waktu ini. Malaysia terpilih menjadi tapaknya. Dua tokoh yang disiapkan Tuhan untuk menerajui kebangkitan itu ialah Putera Bani Tamim dan Imam Mahdi. Rasulullah sebagai Nabi akhir zaman; kerana sudah wafat; roh-nya hidup dan aktif bertindak sebagai master mind. Sementelahan Hadis-Hadis baginda tentang akhir zaman memang banyak dan menjadi panduan kepada umat untuk berjuang menagihnya bersama baginda.

Sepanjang zaman, generasi demi generasi mencuba agar apa yang Rasul janjikan itu berlaku kepada mereka. Namun hingga sekarang ia belum jadi kenyataan. Bagi Abuya, kesempatan ini dianggap peluang yang Allah rezekikan kepada orang Islam Malaysia, yakni orang Melayu, untuk menagih janji.

Menurut Abuya, kalau kebangkitan pertama dijayakan oleh Rasulullah bersama Sahabat, maka kebangkitan kedua di akhir zaman, Rasulullah gunakan Ikhwan dengan melantik Imam Mahdi sebagai ketua Ikhwan dan Putera Bani Tamim sebagai orang kanannya. Mereka akan lahirkan 313 Ikhwan di kalangan pemimpin-pemimpin manakala jumlah Ikhwan semuanya

Page 86: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

500 orang.Kepada mereka, Rasulullah telah anugerahkan sebuah tarekat khusus iaitu Aurad Muhammadiah.

Ertinya, apa yang sedang terjadi di Malaysia oleh jemaah Arqam dan kini Rufaqa’ ialah jadual Allah untuk akhir zaman. Pemimpin sebenar ialah Imam Mahdi yang ghaib tapi aktif berperanan di belakang tabir dan akan Allah zahirkan semula ke dunia sepertimana Nabi Isa. a.s. Imam Mahdi melantik pemimpin Arqam mahupun Rufaqa’ iaitu Abuya yang merupakan wazir kanan Imam Mahdi, membuat tapak perjuangan Imam Mahdi. Perjuangan mereka akan mendapat sebuah negara Islam iaitu Malaysia.

Tuan yang mulia,

Kami yakin, keyakinan seperti yang dinyatakan itu sangat dibimbangi oleh tuan-tuan. Lalu untuk menyelamatkan kami dari api Neraka, tuan-tuan pun bertindak mengharamkan semua itu dan hancurlah sebuah jemaah Islam iaitu Darul Arqam. Abuya dan kami semua akur serta beri kerjasama. Namun hati kecil ini berkata-kata, ‘Kalau ianya kebenaran yang dijanjikan Allah, seperti yang kami yakin itu, nescaya Allah akan bela. Hanya kuasa Allah saja yang mampu menyelamatkannya. Kalau sekadar kuasa manusia, mustahil dapat dilakukan kerana kami dalam ISA dan jemaah sudah hancur. Mana mungkin kami mampu menghidupkan sesuatu yang telah mati.

Namun, masya-Allah! Kita semua kini sama-sama menyaksikan bahawa perjuangan Abuya jadi makin membesar. Allah sudah jawab bahawa perjuangan Abuya itu mungkin dijanjikan Allah, maka Allah-lah yang bertindak menyelamatkannya dari terus berkubur. Begitulah kami berfikir. Kami yakin, kalau dihancurkan sekali lagi pun oleh sesiapa, nescaya Allah akan jawab juga. Kami yakin jemaah-Nya akan dapat kemenangan.

Kerajaan Malaysia yang ada sekarang, Perdana Menterinya Datuk Seri Abdullah Ahamd Badawi, pencetus negara Islam Hadhari, tidak mengganggu Abuya. Walaupun beliau tahu perjuangan Abuya dikatakan akan dapat daulah Islamiah, Pak Lah boleh terima. Beliau tahu apa yang Abuya cakap itu adalah kerja Allah atau Jadual Allah. Ia bukan jadual Abuya. Abuya cuma ceritakan apa yang akan berlaku menurut Hadis.

Page 87: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Imam Mahdi, Putera Bani Tamim dan daulah Islamiah itu Rasulullah yang ceritakan, bukan Abuya. Abuya cuma menyambungnya, menagih dan memperjuangkannya. Kata PM ketika wakil Rufaqa’ bertemunya, “Datuk saya, bapa saya, yakin dengan Imam Mahdi.”

Kalau Allah izinkan berlaku di Malaysia, di tangan Abuya, Pak Lah tentu boleh terima. Bahkan mungkin Pak Lah berbangga kerana dapat menjadi PM yang ikut menjayakan Jadual Allah. Memang Pak Lah orang yang ada cita-cita Islam. Sebab itu beliau berani isytiharkan Malaysia negara Islam Hadhari. Jadi bukanlah mustahil kalau Allah hendak pilih beliau untuk memberi laluan kepada Daulah Islamiah yang disebut Hadis.

Tuan-tuan yang berusaha, moga-moga usaha tuan-tuan diterima Allah. Perbezaan pendapat dengan Abuya kita anggaplah rahmat Allah kerana Rasulullah SAW bersabda:Maksudnya: “Perbezaan pendapat antara umatku adalah rahmat.”Maksudnya bila timbul bermacam-macam idea di tengah umat Islam lalu masing-masing berjuang mempraktikkan keyakinan masing-masing, akan berhasillah macam-macam kebaikan kepada umat Islam. Sama-sama dapat untung. Yang yakin dengan Imam Mahdi berjuanglah menyambutnya. Yang tidak yakin berjuanglah untuk bangunkan Islam secara yang mereka faham. Rasulullah tidak suruh pun umat Islam membuat pecah belah, hasad dengki sesama kita saudara seislam.

Saudara-saudara kami seislam,

Surat penjelasan ini kami rasa perlu disebarkan kerana adanya masyarakat yang masih keliru bahkan tersalah anggap tentang Arqam dikeranakan oleh fatwa yang dikeluarkan. Kalau dibiarkan kita takut Allah murka kerana menyembunyikan kebenaran. Kebenaran hak Allah, kita diminta menyebarkan supaya semua orang berpeluang mencintai Tuhan.

Sekiranya tuan-tuan tidak setuju dengan semua ini, saya merayu bagi pihak Tuhan agar dibawalah berbincang secara ilmiah, profesional dan legal. Mari kita takut pada Allah dalam urusan agama-Nya ini. Cukuplah sekali kita

Page 88: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

bertindak atas politik kita. Sekarang mari kita berbuat mengikut syariat Allah yang sangat adil dan bijaksana itu.

Akhirnya kami berdoa moga-moga saudara-saudara se-Islam semua dapat disatukan di bumi Malaysia ini dengan kebenaran. Tidak rugi kalau kita bersatu, pasti Allah tidak siasiakan kebaikan yang kita usahakan. Jangan-jangan apa yang saya cakap ini kita akan dapat untung bersama. Sedangkan kalau kita terus bertelagah, apakah untung yang kita dapat selama ini? Lihatlah apa jadi dengan masyarakat? Apa jadi dengan negara kita?

Terima kasih kerana memberi kami peluang melakukan penjelasan ini dan seterusnya membenarkan buku ini diedarkan.

Sekian ampun maaf._________________________________________________________________________________ABUYA SEBAGAI PEMIMPIN, GURU, KAWAN, DAN IBU AYAH MANUSIAPemimpin yang sebenar, yang dididik sendiri oleh Tuhan, mestilah juga seorang guru. Pemimpin dalam Islam adalah penyelamat, maka tentulah dia juga mampu mengajar dan mendidik umat. Ulama yang takutkan Allah itu nescaya mampu jadi penyelamat kepada kaumnya mengikut bidang kemampuan yang Allah kehendaki. Ini kerana ulama itu ada dua kategori iaitu:

i. Ulama berwatak rasulii. Ulama berwatak nabi

Ini tidak termasuk ulama suk, mereka adalah perosak umat. Rakyat jadi jahat dalam pimpinan mereka. Para pemimpin dunia Islam kini hanya boleh memimpin tapi tidak boleh mengeluarkan ilmu dan didikan. Kalaupun ada penasihat-penasihat di kalangan ulama tapi sudah tidak mampu mendidik umat.

Lalu bilamana Abuya yang muncul dengan kebolehan memimpin, mengajar dan mendidik sekaligus tentulah sesuatu yang bukan kecil. Bahkan paling hebat, suatu kurniaan Allah yang terbesar kepada zaman. Di tangannya

Page 89: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

berlakulah dua pembangunan yang diidamkan, pembangunan Akhirat dan pembangunan dunia.

Jemaahnya yang dipamerkan kepada masyarakat memang lain dari yang lain. Walaupun masih kecil tapi kualitinya amat mencabar pembangunan oleh pemimpin-pemimpin yang hanya mampu membangun secara duniawi.

Indahnya pembangunan dunia yang diadun dengan pembangunan Akhirat oleh Abuya. Jemaah Abuya kini mempunyai hampir 700 rangkaian perniagaan. Itulah hasil pimpinan beliau. Manakala hasil yang dicapai di bidang ilmu dan didikan, Abuya kini mempunyai beribu-ribu buah sajak, kuliahkuliah dan buku-buku terbitan yang melimpah ke tengah masyarakat di dalam dan luar negara.

Siapa pun yang membaca buah fikiran Abuya, sekalipun bukan Islam, nescaya akan terpesona bahkan mengalirkan air mata keinsafan. Kebenaran yang Abuya zahirkan cukup indah, mampu menawan hati setiap insan. Kalau ada yang benci, hanyalah kerana tidak mampu melawan hasad dengki. Rasulullah SAW itu, kebenaran yang dibawanya, keselamatan yang ditawarkannya jauh lebih hebat, terserlah bersama mukjizat-mukjizat yang begitu besar, pun masih ada yang menolak dengan penuh hasad dengki. Maka tidak peliklah kalau hal itu pun berlaku kepada Abuya.

Bilamana kepimpinan Abuya dan pendidikannya kepada umat begitu menonjol, maka layaklah Abuya menjadi ayah umat Islam. Umpama seorang ayah dalam sebuah rumah tangga yang berjaya memimpin dan mendidik sekaligus, nescaya dia diberi anugerah bapa mithali.

Abuya dilahirkan dengan hati yang amat inginkan keselamatan manusia serta sangat bimbangkan kecelakaan yang menimpa manusia. Sebab itu beliau sanggup ambil apa pun risiko, sanggup berhabis-habisan masa, tenaga dan harta benda demi menjayakan cita-cita dan keinginannya itu.

Seorang ayah yang ingin melihat kejayaan anak dan takut kalau-kalau anaknya gagal akan sanggup buat apa sahaja untuk itu. Abuya sampai sekarang dalam kaya-rayanya, belum ada rumah peribadi, tiada kereta dan harta miliknya. Segalanya dikorbankan untuk perjuangannya demi menjadi

Page 90: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

ayah manusia. Anda carilah di manakah di bumi ini ada manusia seaneh Abuya.

Sebab itu tidak pelik, Abuya digilai oleh pengikutnya lebih daripada peminat gilakan artis atau bintang filem pujaan mereka. Sebab apa yang Abuya sumbangkan lebih besar daripada apa yang artis-artis atau bintang-bintang filem itu persembahkan. Abuya berikan Tuhan dan iman kepada manusia yang kedua-duanya amat menghiburkan dan menyelamatkan bukan sahaja untuk dunia tapi yang terpenting selamat dari api Neraka.

Dalam hal memberi iman kepada manusia, Abuya adalah di antara orang awal yang terbang ke negara Uzbek seelok dimerdekakan oleh Rusia. Di sana Abuya mencari di mana sahaja dan siapa juga untuk diajarkan syahadah semula. Abu-ya menziarahi tokoh-tokoh masyarakat untuk diajak kepada Tuhan, dan katanya semua itu adalah untuk menagih janji Hadis. Yang mana di akhir zaman, Islam di Khurasan akan bangun semula bersama Timur.

Mengutip-mengutip manusia di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, kemudian ke Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina sampailah Australia, New Zealand, Pulau Tasmania, seluruh Eropah, Amerika, seluruh Timur Tengah, Turki dan 3/4 dunia lainnya adalah kerja yang Abuya habiskan sepanjang umurnya. Tidak hairanlah kalau setiap orang yang menjadi pengikutnya memanggilnya Abuya (ayah). Abuya dianggap penyelamat hidup mereka. Kalau para Sahabat merasakan Rasulullah itu ibu ayah mereka, kerana kerja-kerja menyelamat yang Rasulullah buatkan untuk mereka, maka para pewaris nabi juga tentulah juga dirasakan begitu oleh kaumnya.

Satu lagi rekod yang cukup ganjil yang Abuya ciptakan ialah dalam misinya menjadi penyelamat, pendakwah yang berhikmah ialah bilamana beliau ditangkap polis untuk di-ISAkan. Kesempatan di lokap dan di dalam tahanan daerah, digunakan untuk berdakwah secara sikap dan lisan. Alhasil Abuya mendapat simpati yang bukan sedikit dari mereka.

Peribadi Abuya yang suka berkawan, suka menolong, merendah diri, bersikap dan bercakap kebenaran itu, membuatkan dia mendapat ramai

Page 91: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

kawan. Meskipun Abuya berwatak pemimpin, guru, ibu ayah dan ulama, namun Abuya juga sebenarnya berwatak seorang kawan kepada manusia. Pemimpin pada kebiasaannya, lebih-lebih lagi tok guru, memang tidak pandai berkawan, tetapi Abuya mampu merendah sayap untuk meraikan pengikut dan penyokongnya sebagai kawan. Abuya suka belanja mereka, jalan-jalan dan makan-makan sambil mengambil hati mereka.

Sebab itu Abuya bukan sahaja disegani tapi disayangi. Semua isteri, semua anak-anak, semua keluarga, semua pengikut, semua simpati sangat sayang pada Abuya. Sebab Abuya mampu meletakkan dirinya dengan sebaiknya di mana beliau berperanan.

Abuya juga amat serius dalam berjuang. Ertinya Abuya juga berwatak pejuang. Sejak berumur 20 tahun hinggalah kini hampir 70 tahun, beliau cukup gigih berjuang. Berjuang ertinya berperang untuk mewujudkan sistem. Keberanian Abuya seolah-olah memberitahu pemerintah, “Sistem politik, budaya, ekonomi, sosial, pendidikan, kekeluargaan, kesihatan dan lain-lain dalam negara adalah salah. Sebab itu semuanya saya pulaukan dan saya cetuskan sistem baru dalam jemaah saya. Moga-moga model ini dapat diterima pakai dalam negara.”

Sebab itulah Abuya pernah dipersalahkan kerana mewujudkan sistem di dalam sistem, mewujudkan negara di dalam negara. Pengaruhnya yang makin membesar dianggap bahaya lalu sistem itu dihancurkan.

Keberanian Abuya lagi yang dikira paling nekad ialah ketika masih dalam ISA lagi, dia tetap berjuang untuk hidupkan sistem itu lagi. Dia berjaya meyakinkan polis bahawa sistemnya itu tidak merbahaya. Lalu tercipta lagilah rekod ganjil paling ajaib bahawa Rufaqa’ hidupkan sistem hidup Islam dalam ISA yang jauh lebih berkualiti daripada apa yang dihancurkan sebelumnya.

Abuya berjuang bagaikan tidak tahu takut dan tidak tahu serik. Sekalipun susahnya bagaikan mengalih sebuah gunung, pasti diusahakannya. Kemahuan hatinya sekeras besi. Citacitanya pasti dibuktikan walau apa pun risiko. Sedangkan orangnya lemah lembut. Peribadi begini, atas nama Islam, sebenarnya bukanlah perkara biasa. Ia merupakan perkara yang sangat luar

Page 92: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

biasa. Ia paling ajaib sebenarnya. Di sisi Allah dan Rasul-Nya, dia diperkatakan sejak 1500 tahun dahulu.

Maksudnya: Pada suatu hari para Sahabat melihat air mata mengalir di pipi Rasulullah lalu bertanya, “Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?”Rasulullah menjawab, “Aku rindukan Ikhwanku.” Terkejut para Sahabat dan berkata, “Bukankah kami Ikhwanmu?”“Tidak,” kata Rasulullah. “Kamu Sahabat-Sahabatku manakala Ikhwan ialah umat Islam akhir zaman, yang datang sesudahku, yang tidak berjumpaku tapi beriman denganku.”

Peribadi ganjil Abuya itu sebenarnya keluar dari hatinya yang begitu cintakan Allah dan Rasul. Sesungguhnya Abuyalah yang berhati Ikhwan itu. Dan dia telah dapat lahirkan jemaah Ikhwan yang Rasulullah sebutkan ciri-ciri mereka itu, yakni mereka bagaikan adik-beradik seibu seayah. Mereka itu menjadi abid di malam hari dan jadi singa di siangnya.

Abuya kini sudah mempunyai 10 orang selain dirinya yang mempunyai ciri-ciri Ikhwan. Hanya Putera Bani Tamim yang mampu lahirkan Ikhwan untuk diserahkan kepada Imam Mahdi, kata Abuya. Bilangan Ikhwan semuanya 500 orang. Merekalah pemimpin, guru, ibu ayah, kawan, pejuang dan ulama yang akan menyelamatkan dunia bersama Imam Mahdi, dalam misi kebangkitan Islam kali kedua oleh Allah dan Rasul di akhir zaman._________________________________________________________________________________RUMAH TANGGA ABUYAAbuya adalah seorang pemimpin Islam yang terkenal namun di kalangan seluruh pemimpin itu, Abuya memang lain dari yang lain. Beliau pernah berkahwin dengan 5 orang wanita atau isteri. Tapi sejak berumur 47 tahun beliau mempunyai 4 orang isteri serentak. Tapi sejak umur 66, yang tinggal hanya 3 orang isteri.

Isteri pertama, dikahwini pada tahun 1957, ketika umurnya 20 tahun.Isteri kedua, dikahwini pada tahun 1977, ketika umurnya 40 tahun.Isteri ketiga, dikahwini pada tahun 1980, ketika berumur 42 tahun.Isteri keempat, dikahwini pada tahun 1981, ketika umurnya 43 tahun.

Page 93: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Bila berpisah dengan isteri pertama pada tahun 1985, Abuya berkahwin satu lagi pada tahun 1987 di umur 49 tahun.Dengan isteri seramai itu beliau direzekikan anak seramai 34 orang.Isteri pertama: 12 orang anakIsteri kedua: 11 orang anakIsteri ketiga: Tiada anakIsteri keempat: 8 orang anakIsteri kelima: 3 orang anak

Abuya mempunyai 4 orang anak tiri (dengan isteri terakhir). Hingga tahun 2006 ini, seramai 17 orang anak sudah berumah tangga dan 13 darinya berpoligami. Ada menantunya orang Arab, Indonesia, Thailand dan Melayu. Bilangan menantu semuanya sebanyak 33 orang. Cucu pula 180 orang. Semua anak cucunya ikut perjuangannya. Semua anak cucunya bersekolah dengan sekolahnya. Semua anak cucunya bekerja dengan jemaahnya. Abuya ada dua orang cicit waktu ini yang masih kecil.

Anak-anak yang dididiknya itu sudah ramai yang bekerja. Ada yang bekerja sambil belajar. Empat orang anak lelakinya jadi pemimpin penting dalam syarikat atau jemaahnya. Enam orang jadi pensyarah dan guru dalam perjuangan. Lima orang jadi usahawan. Tiga orang jadi komposer dan empat orang mempunyai kumpulan nasyid sendiri, iaitu kumpulan Mawaddah dan Remaja Harapan, dua orang menjadi pemain dram yang mahir.

Sepuluh orang anak dan cucunya sedang belajar di luar negara, iaitu di Jordan dan Syria. Waktu ditulis ini, tujuh orang anak dan seorang cucu sedang berada di Jerman untuk promosi kumpulan nasyid mereka dan bercuti sambil belajar ke Eropah, Perancis dan Holland.

Poligami bukanlah cita-cita Abuya dan memang tidak pernah terfikir pun untuk mempunyai keluarga besar poligami. Ia baru berlaku bilamana Abuya menjadi pemimpin jemaah Islam. Ramai pengikut lelaki dan perempuan yang bersedia setia sehidup semati dengannya.

Maka pada tahun 1978, seorang orang kanan jemaah mencadangkan Abuya mengahwini seorang perempuan berumur 22 tahun yang begitu taat

Page 94: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

mengikut Abuya dan sanggup berpoligami dengan Abuya. Ahli jemaah pula meminta Abuya sebagai pemimpin nombor satu memulakan. Hasil berbincang dengan isteri pertama, maka persetujuan diperolehi untuk berpoligami.

Walaupun begitu, Abuya sendiri bimbang untuk melakukannya. Memang bukan kemahuannya. Semua isteri-isterinya itu bukan pilihan Abuya tetapi semuanya dicadangkan oleh kawan-kawan sejemaah dengan persetujuan perempuan-perempuan berkenaan. Abuya tinggal terima atau tidak sahaja.

Sungguh mengejutkan, ramai wanita-wanita yang mudamuda, perawan, cantik, lulusan tinggi yang bersedia bahkan ingin untuk berkahwin dengan Abuya dengan tujuan:

1 Mendapat didikan langsung untuk iman dan Islam.2 Menumpang hidup dalam keluarga yang benar-benar mempraktikkan cara hidup Islam.3 Mendapat zuriat dari orang soleh.4 Mendapat berkat hidup dunia dan Akhirat.

Sekalipun terpaksa berkongsi hidup duniawi dalam semua hal, tapi wanita-wanita itu menganggap semua risikonya kecil dibanding keuntungan dunia Akhirat yang akan diperolehi.

Memang Abuya terpaksa menceraikan isteri pertamanya. Kata Abuya, ketika melafazkan talak satu, beliau merasa seperti nyawa akan tercabut sebab mengenangkan anak-anak. Ketika wakil anak-anak menyatakan mereka malu dengan apa yang berlaku. Abuya menjawab, “Kamu malu 20% sedangkan Abuya malu 100%.” Beberapa kali Abuya menyatakan hasrat untuk merujuk kembali tapi usaha itu tidak berhasil kerana bekas isterinya tetap tidak berubah.

Namun Abuya sangat bersyukur, semua anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu dari isteri yang diceraikan itu taat dengan Abuya. Semuanya ikut perjuangan Abuya dan tetap yakin dan menyokong Abuya dalam tindakan dan arahan Abuya. Manakala dengan ibu mereka tetaplah mereka berbuat baik, doakan dan layan keperluannya atas arahan Abuya.

Page 95: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Isteri-isteri Abuya kini tiga orang setelah seorang daripadanya meninggal di Mekah dan dimakamkan di tanah perkuburan yang sama dengan makam isteri Rasulullah iaitu di Makam Baqi’.

Bukan senang untuk buatkan isteri-isteri saling berbaikbaik macam adik-beradik, saling mendoakan, bekerjasama dan bela-membela. Bukan senang juga untuk anak-anak sangat taat dan menghiburkan ibu bapa, dapat berkasih sayang sesama mereka, sefahaman dan rasa bersama.

Demikian juga menantu-menantu dan cucu-cucu yang begitu ramai. Bukan senang untuk diikat. Tapi alhamdulillah, Abuya berjaya melakukan semua keajaiban itu. Apakah rahsia Abuya mampu melepasi halangan getir ini? Itulah yang sangat ditanyakan orang.

Sebenarnya bila sudah ada seorang pemimpin yang Allah takdirkan boleh lakukan yang demikian itu, itulah tandanya pemimpin itu dilantik Tuhan untuk zamannya. Abuyalah orangnya. Beliau datang di awal kurun hijrah. Umat Islam patutnya mencari, mendatangi, berbaiah dan taat padanya. Itulah maksud Rasulullah dalam Hadis berikut:

Maksudnya: Dari Abi Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Allah akan mengutuskan di setiap awal kurun (setiap 100 tahun) seorang mujaddid yang akan memperbaharui agama-Nya.” (Riwayat Abu Daud)

Dialah penyelamat zaman yang umat wajib mendapatkannya kalau mahu selamat. Tidak cukup kalau setakat menerima ilmu dan kaedah darinya tanpa menerima orangnya.

Keselamatan dunia dan Akhirat bagi seseorang ialah bilamana dia melepasi dua baiah. Baiah pertama ialah mengucap dua kalimah syahadah. Baiah kedua ialah menerima dan taatkan pemimpin yang dijanjikan yang ditunjuk Tuhan serta mampu merealisasikan dan mengukuhkan baiah pertama.

Pemimpin dunia yang tiada kebolehan untuk menanam cinta Allah dan Rasul ke hati manusia, membesarkan dunia lebih dari Akhirat, sebenarnya mereka bukanlah orangnya yang Allah perintahkan untuk diberi ketaatan. Sebab

Page 96: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

mereka itu tidak mampu membuatkan manusia dapat menjadikan hidup dan mati mereka semata-mata kerana Allah.

Abuya berusaha sedaya upaya agar keluarga besarnya dapat diberi iman yakni dapat cinta Tuhan, besarkan Akhirat dan patuh dengan syariat Allah. Untuk itu Abuya tidak mewahkan atau kayakan mereka dengan harta dunia. Mereka juga hidup berdikari tanpa makan gaji. Dididik dengan ilmu, iman dan Islam. Diasuh hidup atas moto: ‘Hidup untuk Tuhan’. Ditatih berjuang membangunkan fardhu ain dan kifayah. Maka keluarga Abuya kini bagaikan sebuah etnik baru, empayar Melayu baru yang berwibawa menjadi asas kepada kebangkitan Islam semula. Bukan hanya untuk Rufaqa’, tapi juga untuk bangsa Melayu seluruhnya.

Kelompok Bani Tamim ini kelihatan mampu menerajui sebuah kebangkitan Melayu atas nama Islam. Disokong oleh kelompok dari beberapa lagi Bani yang dicetuskan oleh Abuya. Moga-moga Allah akan menunaikan janji-Nya: “Bahawa Dia akan menggantikan sesuatu kaum dengan kaum lain yang mereka itu cintakan Allah dan Allah pun cintakan mereka.”

Abuya menjadi suami dan bapa yang mampu menyusun keluarganya begitu sekali. Penuh keadilan, kasih sayang, tanggungjawab atas nama Allah dan Rasul untuk kepentingan Akhirat dan dunia. Memang suatu pencapaian paling ajaib.

Dengan ini Abuya berjaya meletakkan namanya dalam senarai teratas di kalangan pemimpin dunia Islam sebagai suami dan bapa contoh. Inilah modal yang Allah dan Rasul berikan kepada Bani Hasyim dan kaum Quraisy yang menjadikan akhirnya semua etnik Arab menyerah kepimpinan kepada mereka.

Lihatlah struktur Bani Tamim yang dicetuskan oleh Abuya.

A. Bani Tamim yang terdiri dari Abuya dan tiga isteri dengan 20 anak-anak yang belum berkahwin.1 Fakhrurrazi dengan 4 isteri dan 21 anak.2 Nizamuddin dengan 4 isteri dan 23 anak.3 Nasrullah dengan 4 isteri dan 23 anak.

Page 97: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

4 In’amullah dengan 4 isteri dan 11 anak.5 Ikramullah dengan 4 isteri dan 10 anak.6 Mujahid dengan 3 isteri dan 6 anak.7 Usamah dengan 2 isteri dan 11 anak.8 Abu Ubaidah dengan 2 isteri dan 3 anak.

B. Menantu-menantu Abuya:1 Muhammad Abu Bakar dengan 4 isteri dan 28 anak.2 Khairel Anuar Ujang dengan 3 isteri dan 10 anak.3 Lokman Hakim dengan 4 isteri dan 15 anak.

C. Adik:1. Hashim Mohamad dengan 4 isteri dan 5 anak. Keluarga-keluarga yang lain:D. Bani Idrisi (Zulkifli Awang Kecik) dengan 4 isteri dan 18 anak.E. Bani Abu Bakar (Hashim Jaafar) dengan 4 isteri dan 20 anak.F. Bani Yusuf (Dr. Abdurrahman) dengan 4 isteri dan 4 anak.G. Bani Meon (Abu Zarin Taharem) dengan 4 isteri dan 29 anak.H. Bani Abdur Rahman (Rashidi Abdullah) dengan 4 isteri dan 20 anak.I. Bani Siraj (Abdullah Ali) dengan 3 isteri dan 17 anak.J. Bani Jaisi (Zaini Othman) dengan 2 isteri dan 8 anak.K. Bani Ahmad (Ahmad Zahari) dengan 2 isteri dan 18 anak.L. Bani Mat Wali (Zamri Azhar) dengan 2 isteri dan 4 anak.M. Bani Mahmud (Nasarudin) dengan 2 isteri dan 6 anak.N. Bani Adami (Tengku A. Rahman) dengan 4 isteri dan 8 anak.O. Bani Shafie (Taufik Mustofa) dengan 4 isteri dan 10 anak.

Biasanya manusia sangat bimbangkan soal rezeki bilamana bercakap tentang keluarga besar. Lalu Abuya menjawab persoalan rumit ini dengan kenyataan bahawa hidupnya sekeluarga bagaikan orang yang kaya-raya. Ini adalah kerana Abuya memulakan perjuangannya dengan mengambil tiga asas kekuatan iaitu iman, ukhwah dan keselarasan.

Allah dan Rasul memang suka dan bangga dengan keluarga besar. Allah tentu menolong projek ini. Tentu ada peruntukan yang secukupnya oleh Allah demi membantu mana-mana individu dan jemaah yang melaksanakan projek Tuhan. Tuhan Allah itu Maha Kaya. Semua orang-orang kaya dan

Page 98: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

bank-bank dunia adalah milik Allah. Seseorang yang miskin adalah kerana Allah yang memiskinkannya. Orang yang kaya, Allah juga yang kayakannya. Dalam sekelip mata pun Allah mampu miskinkan orang kaya atau kayakan orang miskin.

Abuya sangat rapat dengan Allah dan sangat mengusahakan iman dan taqwa. Allah pula berjanji menolong orang yang bertaqwa. Maka kaya-rayanya Abuya dengan keluarga besarnya itu adalah kejadian ajaib yang Allah lakukan padanya. Wang itu datang bukan dari perniagaan. Perniagaan fardhu kifayahnya itu pun berlaku hasil wang pemberian Allah.

Allah rezekikan ‘power’ pada Abuya yang dengan ‘power’ itu Abuya panggil duit, maka duit datang. Abuya panggil ilmu, ilmu datang. Apalagilah keperluan Abuya, semua Allah rezekikan dengan sebab-sebab adanya ‘power’ yang Allah bekalkan itu. Umat Islam semuanya patut sangat mempelajari kekuatan ajaib yang Allah janjikan untuk mereka ini._________________________________________________________________________________UJIAN DI DALAM PERJUANGANRasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Bala yang paling berat akan ditimpa pada nabi-nabi, kemudian orang yang paling mulia (selepas nabi), kemudian yang paling mulia selepas itu. Seseorang itu diuji mengikut pegangan agamanya. Jika kuat agamanya beratlah ujiannya. Jika lemah agamanya, maka diuji mengikut agamanya.” (Riwayat At Tirmizi)

Sepanjang hidup Abuya yang penuh dengan kejadian paling ajaib itu, terjadi pula keperitan-keperitan yang dahsyatdahsyat belaka. Allah SWT bila cintakan seseorang hamba maka ditimpakanlah kepada si hamba dengan sebesar-besar ujian dan peperiksaan yang pasti tidak tertanggung oleh hamba-hamba biasa.

Bila Allah cintakan Nabi Ibrahim, Allah benarkan dia dibakar. Bila sayangkan Nabi Yunus, dibenarkan ikan menelannya. Bila cintakan Nabi Musa, disuruh terjun ke laut. Nanti bila berlaku ujian yang dahsyat itu, maka Allah perlihatkan kuasa-kuasa-Nya yang Maha Agung terhadap kekasih-kekasih-

Page 99: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Nya itu. Dibela-Nya mereka semua dengan memberi kejayaan yang sangat besar.

Peperiksaan-peperiksaan yang dihadapkan kepada Abuya oleh Allah SWT, yang dikira cukup getir dan mengerikan sekali adalah seperti berikut:

1 Tujuh orang kanannya keluar dari jemaah,mengedarkan risalah ke seluruh dunia menyesatkan Abuya kerana isu tarekat dengan target dalam seminggu jemaah Abuya boleh hancur. Ianya berlaku pada tahun 1978.

2 Arwah Ustaz Mokhtar Yaakub, timbalan Abuya, keluar dari jemaah dengan berpuluh-puluh pengikutnya dan menggunakan akhbar-akhbar perdana untuk menyatakan Abuya sesat kerana isu Imam Mahdi.

3 Isteri pertama terpaksa diceraikan kerana terbukti berusaha untuk menghancurkan Abuya dan perjuangannya.

4 Terpisah dengan jemaah tujuh tahun kerana lari ke luar negara setelah mendapat ugutan sulit dari pihak berwajib. Yakni dari tahun 1987 hingga 1994.

5 Sepuluh tahun ditahan di bawah ISA dan jemaahnya dihancurkan sama sekali.

6 Ditimpa sakit teruk dari tahun 2005 hingga 2006.

Semua ujian-ujian itu meletakkan jemaah Abuya antara hidup dan mati. Namun Allah SWT menunjukkan kuasa-Nya yang mampu menghidupkan yang mati. Jemaah Abuya hidup sampai sekarang.

Saya bertanya kepada Abuya mengapa Abuya boleh tidur lena di waktu ujian-ujian besar itu melanda Abuya? Jawabnya, “Saya umpama orang yang pergi berbendang. Sedaya upaya saya usahakanlah bendang itu. Tapi bila saya letih, tidak mampu lagi maka saya serahkanlah urusan itu kepada Tuannya iaitu Allah SWT.”

Ketika terkurung di biliknya, tidak boleh keluar-keluar kerana sakit, saya

Page 100: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

tanya bagaimana Abuya menghadapi saatsaat ini. Kata Abuya, “Saya lupakan sakit dengan memikirkan tanggungjawab perjuangan yang jauh lebih besar dari masalah ini.” Ya, sungguh ajaib menyaksikan Abuya di waktu sakitnya dapat membuat kerja-kerja besar yang 10 orang sihat pun tidak mampu melakukannya.

Bila ditanya bagaimana kami boleh tolong Abuya meringankan sakit dan jemu. Abuya jawab, “Doakan dan datanglah untuk berbual-bual dengan saya. Itulah hiburan saya.” Peliknya, sakitnya dirawat dengan membincangkan hal-hal perjuangan. Sebenarnya Rasulullah dan Imam Mahdi selalu menziarahi Abuya waktu sakitnya dan memberi harapanharapan sihat serta kemenangan.

Setiap kali ujian getir terjadi, Abuya mendapat mimpi:

1 Ketika ujian difitnah dan ditentang oleh bekas pengikutnya, Akbar Anang, Abuya bermimpi berada di dalam sebuah masjid besar yang banyak tiang-tiangnya. Abuya sendirian sahaja. Tiba-tiba keluarlah dari tiang-tiang itu kuda-kuda hitam berlari mengepung Abuya. Dalam ketakutan itu tiba-tiba dari tiang tengah masjid itu keluar seekor kuda putih memecut laju menghalau semua kuda hitam tadi hingga semuanya lari lintang-pukang.

2 Waktu serangan oleh Ustaz Mokhtar Yaakob, Abuya bermimpi menaiki kereta bertutup rapat, melalui kawasan padang pasir berbukit-bukit. Tiba-tiba keluar dari bukit itu harimau-harimau dan singa-singa menerkam ke arah kereta tetapi tidak boleh masuk.

3 Waktu ditangkap Mahathir, Abuya bukan mimpi tetapi mendapat rasa hati yang kuat bahawa untuk menyelamatkan perjuangan, dia perlu memberi kerjasama yang diminta oleh polis. Sebab itu selepas tiga hari disoal siasat, Abuya sudah ikrar untuk beri kerjasama.Menghadapi semua kesakitan dari semua ujian-ujian itu, Abuya pernah berkata, “Kalau bolehlah Abuya berunding dengan Allah terlebih dahulu sebelum melakukan perjuangan ini dan kalaulah Allah terlebih dahulu beritahu semua bentuk ujian itu, nescaya Abuya tidak berani dan akan menolak untuk menghadapi semuanya. Tapi setiap kali datang ujian, Allah bagi kekuatan.”

Page 101: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Ajaibnya bilamana semua yang terlibat menentang Abuya telah jadi cukup terhina. Teringat sabda Rasul dalam Hadis

Maksudnya:“Siapa memerangi wali-Ku, Aku (Tuhan) isytihar perang dengan mereka.” (Riwayat Bukhari)

Manakala Abuya setiap kali dapat penghinaan, maka setiap kali itulah mendapat untung besar kepada perjuangannya dan peribadinya. Hatta apabila di-ISA itu pun Abuya ucap terima kasih kepada Mahathir kerana hasil dari ISA, jemaah Abuya jadi tambah berwibawa. Itulah cinta Tuhan pada kekasih-Nya. Keajaiban itu tidak berlaku sama sekali kepada manusia biasa.

Di sini fahamlah kita rupa-rupanya bilamana Allah menghantar utusan-Nya ke bumi seperti nabi-nabi, rasul-rasul, mujaddid-mujaddid dan wali-wali besar, khusus untuk jadi pemimpin yang akan hidupkan agama, maka Allah pasti menjaga mereka itu daripada mengalami kegagalan. Dengan kata-kata yang lain, mereka itu pasti menang walau apa pun halangan yang dibuatkan kepada mereka. Seolah-olah kata Abuya, Allah isytiharkan kepada musuh-musuh-Nya, “Aku akan hantar orang Aku dan dia pasti menang. Kalau tak percaya cubalah halang. Nanti kamu akan lihat betapa kerdilnya kamu dibanding kuasa Allah.”

Maka setiap pemimpin kebenaran yang datang di setiap zaman, dihadapkanlah kepadanya dengan ujian-ujian maha berat ke atasnya. Logiknya mereka akan mati atau perjuangannya mati. Tapi ternyata tidak. Contohnya:– Nabi Musa itu patutnya mati dalam peti yang menghanyutkannya di Sungai Nil. Tapi ternyata tidak!– Nabi Muhammad dikurung selama tiga tahun di Bani Shuib, patutnya mati tapi tidak berlaku.– Nabi Ibrahim dilastik ke dalam api dan dibakar selama 40 hari. Patutnya mati tapi tidak.– Nabi Yunus dalam perut ikan Nun. Logiknya mati tapi tidak!– Abuya, sakit teruknya itu patutnya sudah lama dia mati, tapi beliau masih hidup.Insya-Allah, kuasa Allah akan menyembuhkannya. Dia akan sempurnakan perjuangannya sampai tibanya Imam Mahdi dan ikut mengislamkan dunia

Page 102: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

seluruhnya. Kata Abuya, dia berharap makamnya di Masjidil Aqsa.

Allah juga bertanggungjawab untuk menjaga orang-Nya dari terjebak kepada maksiat. Logiknya dengan ujian itu, seseorang boleh terlajak atau bertindak jahat. Tapi untuk orang Tuhan nescaya Allah ada cara untuk selamatkannya. Demikian juga dalam menghadapi kesusahan hidup, kalau orang biasa boleh sakit jiwa atau sewel dibuat oleh ujian, tapi orang Tuhan, pasti Tuhan buatkan dia selamat dari sakit jiwa._________________________________________________________________________________

SIAPA DI BELAKANG ABUYA?Anda tentu terfikir-fikir betapa ajaibnya ciptaan Tuhan kepada Abuya ini. Memang Abuya ada berkata, seajaib-ajaib ciptaan Tuhan ialah mencipta orang yang paling bertaqwa iaitu Rasulullah SAW. Bagindalah makhluk barang ciptaan Tuhan yang paling menakjubkan dibanding dengan seluruh ciptaan yang lain-lainnya. Terutama hati atau rohnya itulah yang paling hebat ciptaannya. Hatinya tidak seperti hati-hati lain, kerana:

1 Mampu menerima wahyu.2 Bila disakiti, dia memaafkan dan mendoakan.3 Bila ditimpa kejahatan, dibalasnya dengan kebaikan.4 Walaupun dijamin Syurga tetap banyakkan sembahyang kepada Allah di waktu malam.5 Ditimpa kesusahan, sangat redha dan takut kepada Tuhan.6 Dilimpahi nikmat, sangat malu dan takut kepada Tuhan.7 Senang dengan kemiskinan, takutkan kekayaan.8 Tidak menyimpan makanan di malam hari.9 Berani berjalan di depan musuh seorang diri.10 Tidak membunuh di medan perang.

Jadi Abuya juga sebenarnya merupakan ciptaan paling ajaib di dunia untuk zaman ini kerana:

1 Tidak sekolah tinggi tapi ilmunya tinggi-tinggi kerana hatinya boleh menerima ilham dari Allah.

Page 103: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

2 Tindakannya, strategi perjuangannya, langkah-langkah menghadapi musuh yang diambilnya, pembangunan material yang dibuatnya adalah berteraskan atau bermodalkan taqwa yakni dengan membaiki diri. Yakni semuanya bersifat kebijaksanaan roh dan bukan akal sematamata.

3 Tidak menjawab, tidak melawan, bahkan beri kerjasama atau membuat kebaikan di atas kejahatan-kejahatan yang ditimpakan padanya.

4 Sangat sabar dan redha dengan Tuhan di atas segala penderitaan yang ditimpakan padanya.

5 Hidup tanpa harta peribadi, demi membangunkan kekayaan jemaah, kaum dan agamanya.

6 Sangat cerdik dalam menjawab soalan-soalan yang dikemukakan padanya. Tidak seperti ustaz-ustaz lain, beliau berfikir dan bercakap dalam semua aspek hidup masyarakat.

7 Tidak berhutang dan tidak suka dengan orang-orang jemaahnya yang berhutang. Sumber rezekinya tidak diduga, yang Allah janjikan.

Kalau Rasulullah dibelakangi oleh Jibril yang selalu datang kepadanya membawa kiriman-kiriman Allah, maka Abuya pula selalu didatangi Rasulullah untuk mengajarkan bagaimana menghadapi persoalan dalam perjuangan. Datang juga kepada beliau Muhammad ibni Abdullah, Imam Mahdi, secara roh untuk memberi ilmu-ilmu apalagi bagi mempersiapkan jemaah. Kedatangan kedua-dua ini adalah pengalaman beliau melalui tiga cara:

1 Rasa hati yang kuat untuk bertindak.2 Dijatuhkan ke hatinya ilmu. Bila dicakapkan bukan hasil fikiran. Abuya pun belajar dari situ.3 Berbual-bual secara jaga dengan Rasulullah dan Imam Mahdi. Hasil perbualan membawa jemaah Abuya makin maju di bidang insaniah dan material.

Page 104: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Itu bukti bahawa semuanya bukan syaitan seperti yang dituduhkan. Masakan syaitan membawa orang kepada Allah.

Pernah seorang syeikh di Jordan, Syeikh Abu Mush’ab memanggil Abuya ke rumahnya di Jordan (waktu Abuya tinggal di sana) dan menunjukkan buku catatan beliau. Di dalamnya disebutkan perihal Ashaari bin Muhammad pembawa kebangkitan di Timur, akan datang ke Jordan. Mesej itu datangnya dari dua orang Muhammad bin Abdullah. Pertama, Rasulullah SAW dan kedua, Imam Mahdi.

Syeikh Abdussalam Al Harras dari Maghribi berkata kepada Abuya ketika Abuya ke Maghribi pada tahun 1986. “Kenapa kamu datang ke mari? Kebangkitan Islam di tempat kamu. Buktinya ialah kamu yang bawa Islam ke mari.” Kata-kata itu disebutkannya dari Rasulullah yang memberitahu beliau sebelum Abuya tiba ke rumahnya pada tahun 1986 itu.

Syeikh Abdul Nasir dari Mekah datang kepada Abuya di Malaysia pada tahun 1996 dan memberitahu bahawa orang-orang Imam Mahdi sedang giat mempersiapkan kedatangannya dan Abuya adalah orangnya di Timur. Mesej itu katanya diberitahu padanya oleh Rasulullah. Diceritakan oleh Dr Mahmud Maghlani dari Madinah, yang kini jadi menantu Abuya bahawa pada suatu hari syeikhnya (Syeikh Abdul Nasir itu) mengajaknya ke Malaysia untuk pertama kalinya. Sampai di airport Malaysia, mereka tidak pasti mahu ke mana lalu tinggal di satu apartment dekat Tabung Haji di Kuala Lumpur.

Hari kedua Dr Mahmud pergi ke pasar, terjumpa seorang pemandu teksi yang bercerita tentang Abuya. Bila syeikhnya tahu, diarahkannya untuk bertemu Abuya.

Susah payah hendak jumpa Abuya yang waktu itu dalam ISA (tahanan daerah), namun Allah temukan juga akhirnya. Dan setelah selesai perbincangan semuanya, Dr Mahmud berkata syeikhnya baru memberitahunya bahawa semua yang berlaku adalah perancangan Rasulullah. “Saya bawa mesej Rasulullah SAW kepada Abuya,” kata Syeikh Abdul Nasir.

Page 105: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Ada seorang syeikh tarekat lagi dari Iraq, Syeikh Abdul Jabbar yang Abuya tahu tentangnya hanya kerana diilhamkan Rasulullah SAW bahawa orang itu adalah seorang lagi orang kuat Imam Mahdi yang akan ikut membawa kebangkitan Islam di akhir zaman.

Maka Abuya pun menghantar wakilnya ke sana. Walhal Iraq dalam perang. Di satu kesempatan ‘Iraq Fair’, orang Malaysia termasuk yang dijemput ke Baghdad untuk menyertai ekspo tersebut, maka orang Abuya atas nama Rufaqa’ dapat sampai ke rumah Syeikh Abdul Jabbar itu. Perjalanan yang agak jauh, dalam keadaan bimbang dengan suasana perang membuatkan para wakil sangat bersyukur kerana misi itu berjaya. Bertemu saja, belum bercakap apa-apa lagi pun, Syeikh Abdul Jabbar telah berkata kepada wakil Abuya, “Kejayaan kamu sampai ke sini, adalah hasil rundingan saya dengan Syeikh Malaysia (Abuya).”

Perjuangan Abuya ini memang ajaib. Kerana terjadinya segala macam perkara luar biasa yang melibatkan alam ghaib di dalamnya. Biar dimasukkan lagi beberapa contoh membuktikannya. Ini kerana kata Abuya, perjuangan yang tidak mampu melibatkan kejadian-kejadian ghaib di dalamnya, maka ia bukanlah perjuangan kebenaran.

Pada tahun 1985, ketika Abuya tinggal di Taman Tun Dr Ismail, tiba-tiba kami diberitahu ada ancaman untuk Abuya dari pihak tertentu, dikeranakan pengaruh Abuya yang sudah membesar. Bergegaslah kami ke Singapura dan terus ke Amman, ibu negara Jordan. Itulah peristiwa awal, mengapa Abuya keluar negara dan tidak balik-balik selama tujuh tahun. Bila pasport antarabangsanya habis, beliau menyorok-nyorok balik untuk selesaikan pembaharuan pasport. Lari malamlah juga Abuya.

Baru satu hari di Amman, Jordan, Abuya telah dapat mesej dari wakil Rufaqa’ di Amman mengatakan ada seorang Arab cari Abuya. Maka pertemuan pun diaturkan. Lima orang lelaki Arab berpakaian gaya ulama memperkenalkan diri sebagai kumpulan Mumtaziruun. Nama masing-masing belum disebut. Dalam pertemuan itu, tanpa perkenalan apa-apa mereka terus bertanya Abuya, “Kamu yakin dengan Imam Mahdi?” Abuya pun mengangguk mengiakan bahawa dia yakin dengan Imam Mahdi. Bahkan kerana terlalu

Page 106: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

yakinlah Abuya dimusuhi di negaranya. Keluar negara pun atas kes Imam Mahdi yang dituduhkan kepadanya sesat.

Soalan kedua sungguh memeranjatkan Abuya, “Kamu tahu dalam hal Imam Mahdi ini ada nas-nas dalam Al Quran?” Abuya tergamam kerana setahu Abuya, nas tentang Imam Mahdi hanya ada dalam Hadis. Al Quran tidak! Lalu terdetik di hati Abuya, jangan-jangan ini lagi perangkap untuk Abuya berkait dengan Imam Mahdi. Sudahlah di negara sendiri orang tidak boleh terima, di negara Jordan pula hendak diperangkap dengan cara ini? Dalam keadaan Abuya berfikirfikir apa mahu dijawab, tiba-tiba ketua kumpulan itu berkata, “Kamu tahukan Al Quran ada menceritakan perihal ibu Nabi Musa yang Allah masukkan ke dalam hatinya rasa yang kuat untuk meletakkan peti kurungan anak kecilnya ke dalam Sungai Nil. Itu saja dirasakannya jalan selamat dari dibunuh oleh Firaun. Maka dia pun memasukkannya dan betul selamat. Walhal kalaulah rasa hatinya itu dibawa berbincang dengan keluarga terlebih dahulu, tentu ramai tidak setuju kerana tidak mungkin peti itu boleh selamat dalam air.”

Kata ketua kumpulan Muntaziruun itu lagi, yang begitu mencengangkan Abuya ialah, “Apa yang di dalam hati kamu sekarang tentang Imam Mahdi itu, adalah rasa yang Allah masukkan seperti yang berlaku kepada ibu Nabi Musa itulah. Bahawa kamu terlalu yakin untuk mendedahkan tentang Imam Mahdi dan kamu yakin selamat. Walhal hari ini semua orang tahu bahawa amat bahaya bagi seseorang yang memperjuangkan Imam Mahdi seperti yang kamu lakukan ini. Yahudi sanggup membunuh siapa pun yang mengaku Imam Mahdi bahkan bayang Imam Mahdi pun dibunuh. Ertinya pejuang-pejuang Imam Mahdi tidak akan selamat.”

Syeikh itu menyambung, “Rasa hati seperti ini, kalau diberi kepada seorang nabi dan rasul, itulah wahyu. Tapi manakala diberi kepada seorang yang bukan nabi dan rasul, seperti ibu Nabi Musa dan seperti yang kamu sedang alami, ia disebut ilham. Yakni rasa hati yang kuat, yang menutup akal dari memikirkannya dan memaksa kamu bertindak.”

Abuya terpegun mendengar penjelasan maksud apa yang dikatakan nas tentang Imam Mahdi ada dalam Al Quran.

Page 107: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Soalan terakhir ditanyakan kepada Abuya hari itu ialah, “Apakah kamu bertemu dengan Imam Mahdi?”

Abuya tunduk agak lama. Susah hendak menjawab soalan itu. Tapi akhirnya Abuya jawab, “Itu rahsia saya.”

Muntaziruun itu senyum dan berkata, “Kami faham!” Majlis pun bersurai.

Hinggalah esoknya, melalui wakil Arqam waktu itu, Syeikh Abu Mush’ab itu menjemput ke rumahnya. Dan perhubungan menjadi seperti keluarga sampai sekarang. Beliaulah yang disebut di atas tadi bahawa dia mendapat mesej dari Rasulullah dan Imam Mahdi tentang Abuya.

Perihal keyakinan Abuya tentang Imam Mahdi ini pernah saya soalkan padanya. Dalam keadaan susahnya hendak makan nasi, dalam musafir di negara Arab, saya pun bertanya, “Mengapa kita tidak boleh bertolak ansur dengan kerajaan dalam hal Imam Mahdi ini? Ia kan hanya perkara khilafiah. Sedangkan mempertahankannya kita terpaksa berpisah dengan keluarga, negara dan budaya.”

Abuya dengan marah berkata, “Pemimpin besar nak datang, kamu suruh diamkan?” Begitulah sekali rupanya perasaan hatinya terhadap Imam Mahdi ini.

Memang sampai hari ini, walaupun di-ISAkan, dihancurkan jemaahnya dan difatwakan oleh negara perihal ajarannya itu sesat, namun Abuya dapat melepasi semua itu dan dia masih selamat mengemudikan kapal perjuangannya ini. Abuya dapat kembali ke persada dengan selamatnya. Ia membuatkan tidak sedikit rakyat Malaysia terkejut besar dengan kejadian ini. Ramai yang berfikir, kalau begitulah liku-liku perjuangan yang Abuya mampu ciptakan, nescaya Abuya ada masa depan.

Sungguh! Di belakang Abuya ada dua orang Muhammad bin Abdullah. Pertama, Rasulullah SAW. Kedua, Imam Mahdi. Kedua-duanya ghaib tapi tetap hidup di alam ghaib. Bahkan Imam Mahdi akan zahir ke dunia semula seperti turunnya Nabi Isa a.s.

Page 108: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Mereka berdua memberitahu Abuya bahawa kalau tidak ditolong oleh mereka, dengan izin Allah, nescaya perjuangan Abuya sudah berkubur. Bukan oleh ISA, sebelum itu lagi, iaitu ketika dibuang ke luar negara. Mana ada pejuang yang bila negara sudah bertindak halau dari negaranya, dia boleh kembali dengan gahnya. Terpaksa diculik (ekstradiksi) secara yang cukup menggemparkan. Kalau orang lain, bukan sahaja tidak boleh buka cawangan demi cawangan Arqam di luar negara, bahkan hendak makan pun kena bekerja di restoran Pakistan misalnya.

Begitu juga mana ada pejuang yang kena dua kali ISA, boleh terus berjuang dengan saiz yang lebih besar dari sebelumnya. Sedangkan yang lain-lain semuanya tamat riwayat perjuangan mereka oleh ISA, termasuklah perjuangan komunis. Bahkan waktu Abuya sakit teruk, perjuangannya makin diterima orang dalam negara. Ini tidak mungkin berlaku kalau tidak dibacking oleh Allah melalui dua orang kekasih-Nya. Muhammad bin Abdullah berperanan kepada perjuangan Abuya umpama Jibril dan malaikat-malaikat terhadap perjuangan Rasulullah SAW.

Umat Islam sepatutnya sangat alim perihal peristiwa akhir zaman ini. Tapi Yahudi telah porak-perandakan sistem pendidikan Islam, maka umat Islam berada dalam keadaan memusuhi semua khazanah ini. Sedangkan Yahudi sangat alim perihal Hadis dan Al Quran yang jelas mengisyaratkan semua peristiwa yang bakal berlaku ini.

Yahudi sangat tahu bahawa mereka nanti akan dibunuh oleh umat Islam yang datang dari Timur. Sebab itu sekarang mereka sanggup membunuh umat Islam beramai-ramai dan merancang mengubah wajah Asia Barat.

Umat Islam sedunia tunjuk perasaan marahkan Yahudi. Padahal Yahudi sangat tahu bukan cara itu Yahudi dapat dikalahkan. Hanya bilamana ada sekumpulan umat yang bertaqwa, maka Allah tahulah hendak ajar si musuh laknatullah itu.

Kata Abuya, kita doakan agar segera Allah datangkan Imam Mahdi itu kerana hanya dia pemimpin yang Allah layakkan untuk tangani masalah besar dunia

Page 109: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

yang sangat menghina umat Islam kini. Pemimpin lain, macam sudah dipermainkan oleh Yahudi sahaja nampaknya.

Ya Allah, Yang Maha Selamat, dari-Mu keselamatan, datangkanlah penyelamat itu untuk keselamatan dunia.Amin._________________________________________________________________________________

ERA KELUAR NEGARABiasanya orang kampung, bukan saja tidak ke luar negara, hendak keluar dari kampungnya pergi ke bandar pun susah. Ada ramai orang Malaysia yang tidak pernah ke Kuala Lumpur. Begitu juga yang banyak buat pasport antarabangsa di pejabat imigresen itu bukan orang Melayu Islam. Sebab kosnya mahal. Orang-orang middle class yang merupakan majoriti rakyat Malaysia, paling baik hanya dapat pergi Mekah.

Dan kalau ada yang terpaksa ke luar negeri kerana dibuang atau atas urusan-urusan yang diarahkan hanya mampu untuk berada di satu tempat yang ditetapkan sahaja. Bukanlah suatu yang mudah untuk berada di mana-mana di luar negara. Kosnya terlalu tinggi dan biasanya manusia tidak mampu.

Maka, adalah suatu yang luar biasa yang sungguh ajaib bilamana Abuya, orang Pilin yang miskin, asalnya tidak bersekolah tinggi, tiada jawatan apa-apa, tidak disokong oleh mana-mana jutawan, tanpa berhutang, telah berjaya hidup tujuh tahun berturut-turut di luar negara bersama satu rombongan jemaahnya, pergi ke 3/4 dunia dan membuka 20 cawangan jemaahnya di luar negara. Selama itu pula kalau Abuya ke mana-mana adalah dengan kapal terbang, makan di restoran dan tinggal di hotel. Kemudian bergerak dengan kenderaan darat yang memuatkan paling kurang lima orang untuk sampai ke seluruh pelosok ceruk rantau negara yang dilawati itu. Jutawan atau billionaire pun tidak akan mampu berbuat seperti ini!Ketika bergelanggang di luar negara itu, Abuya bertemu dengan pembesar-pembesar negara berkenaan, pegawaipegawai, pelajar dan rakyat biasa serta businessman, memahami muka bumi, iklim dan cuaca, bahasa,

Page 110: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

budaya, cara hidup, sumber pendapatan, watak bangsa dan agama, keistimewaan dan kekurangan mereka, jenis kenderaan dan binatang ternak mereka. Pendeknya, Abuya faham sungguh watak-watak negara dan bangsa yang dilawatinya. Wajah dunia Abuya tatap sungguh-sungguh untuk melihat di mana cacat celanya dan keistimewaannya. Faham sungguhlah Abuya itu akan sejauh mana kekuatan dan kelemahan dunia.

Tahulah juga beliau apa rahsianya mereka jadi begitu dan apa jalan keluar untuk umat Islam kembali kuat. Negara-negara maju yang dijadikan kiblat umat Islam pun Abuya baca perihal rahsia kekuatan dan kelemahan mereka. Abuya betulbetul diberi peluang belajar secara langsung tentang sejarah, geografi, budaya dan bangsa sesuatu negara yang memenuhi dunia ini. Berikut ialah beberapa negara yang Abuya betulbetul study dan lama tinggal di sana:

A. TurkiSepuluh kali Abuya buat ‘landing’ dan ‘take-off’ di Ankara, Turki. Setiap kali ke sana, Abuya mengambil masa tiga minggu. Ertinya tiga puluh minggu semuanya Abuya tinggal di Turki. Setiap hari adalah lawatan dan bertemu masyarakat. Dari utara ke selatan Turki Abuya datangi, dari barat ke timurnya Abuya masuki. Seluruh sejarahnya Abuya bongkar, semua peringkat masyarakat Abuya ziarah dan akhirnya Abuya ‘bertemu’ dengan Nabi Ibrahim di tempat dia dibakar oleh kaumnya.

Rupanya Turki sangat dirahsiakan oleh Barat sebab di dalamnya umat Islam boleh dapat kekuatan untuk bangkit semula. Turki bukankah baru sahaja jatuh iaitu kejatuhannya berlaku 700 tahun yang lalu, tetapi sebelum itu ia memerintah 29 buah negara di dua benua Eropah dan Asia Barat atas nama Islam. Kekuatannya masih boleh dibaca dengan jelas pada kehebatan masjid-masjid, bangunan-bangunan sejarah, makam-makam tokohnya dan kitab-kitabnya.Barat sangat takut umat Islam tahu rahsia sebenar kekuatan umat Islam. Jadi Turki ditutup sejarahnya, tapi Abuya pergi dan dapatkan semula.

Memang segalanya bermula bilamana umat Islam mahu bertaqwa kepada Allah. Dan segalanya hancur bilamana umat Islam kehilangan Tuhan. Tapi Barat berkata, umat Islam mesti bermula dari ekonomi dan pembangunan.

Page 111: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Dan sedaya upaya, dengan tipu helah dan taktik kotornya, Barat mengkarutkan dan menyesatkan usaha-usaha taqwa. Tokoh-tokoh pejuang dipamerkan kepada dunia sebagai watak-watak ganas dan jahat. Mustafa Kamal Attartuk yang merosakkan agama atas nama agama itu, dibesarkan sungguh-sungguh. Sekularisme kini menguasai Turki 100%. Tidak sedikit rakyatnya masuk Kristian.

B. Indonesia

Tujuh kali Abuya round mengembara ke seluruh pelosok bumi Indonesia dengan kenderaan darat. Dari Aceh ke Maroke, dari Jakarta ke Lombok. Bagaikan negara sendiri, Abuya berumah tangga di sana. Sementelahan memang ramai pengikut Abuya di sana. Bertahun-tahun lamanya Abuya tinggal di sana. Tapi bukan berturut-turut. Abuya wataknya tidak tinggal di satu tempat lebih dari sepuluh hari. Beliau akan membaharui musafir untuk kekalkan sembahyang jamak qasar. Jadi dia bergerak terus-menerus tapi sering mengulangi mana-mana tempat yang disasarkannya.

Indonesia Abuya ulang bertubi-tubi sampai beliau dapat ‘menguasai’ negara tetangga itu. Dahsyatnya Abuya berjuang hingga berjaya mengalih arah pandangan umat Islam dari Indonesia ke Malaysia. Ertinya kalau sebelum Abuya bergerak di sana, umat Islam Malaysia merujuk agama ke Indonesia, tapi sesudahnya, orang Indonesia datang ke Malaysia untuk belajar agama.

Di Padang, Abuya terjun betul-betul di pusat Wahabi. Teruk jugalah kena serangan, tetapi hari ini Padang sudah menerima Abuya, tunduk pada ajarannya dan ramai orang di sana berdatangan kepada Abuya.

Berapa ramai jeneral-jeneral Indonesia datang kepada Abuya kerana bertanyakan penyelesaian masalah bangsa? Pak Gus Dur sebelum naik menjadi Presiden telah dipapah, mendatangi Abuya kerana katanya, “Paranormal di sana minta saya didoakan dan direstui oleh Syeikh Malaysia.”

Hingga kini, Indonesia memang berhubung dengan Abuya untuk bertanya itu dan ini bilamana Indonesia ditimpa sesuatu. Tsunami di Aceh adalah risiko dari peperangan yang dibuat oleh Jakarta kepada GAM. Walhal Abuya sebelumnya telah mengingatkan perihal risiko itu kalau perang dibuat juga.

Page 112: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

C. Jordan

Amman memang point paling penting dalam sejarah perjuangan Abuya. Di sanalah Abuya memulakan pendaratannya untuk meneroka bumi. Di sanalah Abuya mendapat sokongan kuat di peringkat antarabangsa, untuk meneruskan ajarannya dan gerakannya. Abuya punya keluarga di sana yang sangat menyayangi dan mengkaguminya. Kalau bukan kerana cinta Abuya pada Malaysia, sebenarnya beliau sudah disiapkan rumah besar di sana.

Abuya mendapat ramai kawan dan penyokong di sana hingga membolehkan Rufaqa’ mempunyai kafe dan Asia Mart di Amman. Ada juga sekolah Abuya, ada studio dan Mawaddah aktif di sana sampai masuk televisyen. Rasanya belum ada lagi individu dari Malaysia, mahupun jemaah yang berbuat seperti apa yang Abuya buat ini di Amman. Malah kedutaan Malaysia pun ikut promosi kafe Rufaqa’ ini kepada tetamunya.

Perkampungan Rufaqa’ di Jordan sesungguhnya adalah persiapan Abuya untuk stesen menyambut kebangkitan di peringkat antarabangsa. Dan kini Allah izinkan untuk sayapnya tumbuh di Damsyik, Syria.

D. Thailand

Umpama kerajaan Habsyi yang tidak Islam tetapi sangat menyokong Rasulullah, demikianlah Thai kepada Abuya. Pertemuan-pertemuan dengan para pembesar Thai oleh Abuya dan orang-orangnya bukan sekali dua dan bukan rahsia lagi. Dari dulu sampai sekarang Rufaqa’ bebas bergerak dari utara ke selatan Thailand, di majlis-majlis kerajaan yang rasmi dan bertaraf dunia, Mawaddah dan Rufaqa’ menjadi tetamu penting di Bangkok. Seperti Indonesia, Thailand melihat Abuya sebagai aset yang dipakai untuk selesaikan masalah negara.

Abuya lama di Thailand, akibatnya bukan Abuya pandai berbahasa Thai, tapi sudah ramai orang Thailand boleh cakap Melayu. Ajaib, buku-buku Abuya dirujuk di sana. Sajak-sajak Abuya bergema di radio dan TV Thailand dalam bentuk lagu yang sudah diterjemahkan.

Page 113: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Abuya ada keluarga di Chiengmai. Tidak sia-sia bertahuntahun Abuya merayau-rayau ke seluruh Thailand. Di Phuket, Rufaqa’ sangat popular. Ada menantu Abuya orang Phuket dan pengaruh Abuya di sana cukup besar.

Di selatan Thai, Abuya diminta untuk ikut sama selesaikan masalah umat Islam. Islam Kasih Sayang yang Abuya perkenalkan telah diberi penghormatan oleh Bangkok. Hinggakan kedutaan Amerika pernah mengucapkan tahniah kepada Rufaqa’ kerana program Islam Kasih Sayang di Phuket.

E. Australia

Ulang-alik Abuya ke Australia dan orang-orangnya tidak siasia. Meredah padang pasir dan padang rumput Australia yang luas itu tidak rugi bagi Rufaqa’. Abuya memasuki bandarbandar dan kampung-kampungnya. Rupa-rupanyanya untuk dipertemukan dengan umat Islam tempatan yang sudah separuh kafir.

Kini Abuya kuat di Australia. Kafeteria Abuya di Perth adalah tempat singgah orang-orang Malaysia ke Australia. Sultan Mizan pun ada menghantar anaknya kepada orang-orang Rufaqa’ di Australia untuk mengaji.

Islam yang Abuya bawa, banyak menawan hati orang-orang putih Australia. Sampaikan pernah di majlis Perdana Menteri John Howard pun Mawaddah boleh masuk, bernasyid sebanyak lima buah lagu dan bergambar dengan isteri dan PM tersebut. Islam Kasih Sayang yang Abuya pamerkan terbukti disenangi oleh orang bukan Islam.

F. Mesir

Abuya lama di Mesir. Seluruh Mesir hingga ke kampungkampung pedalaman beliau pergi. Sarapan pagi di gerai-gerai kampung yang miskin pun Abuya lakukan. Abuya bagaikan menziarahi rakyatnya dan menghiburkan mereka. 1001 jenis pengalaman yang Abuya kuasai. Singai Nil itu berkali-kali Abuya belayar di dalamnya. Makam Hasan Al Banna dan para pejuang Ikhwan Abuya ziarahi. Piramid memang tempat Abuya bersantai. Unta dan kuda

Page 114: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

binatang yang paling Abuya minati, kerana ianya tunggangan Rasulullah. Masjid-masjid besar lahirkan ulama-ulama besar tempat Abuya iktikaf. Universiti Al Azhar, walaupun Abuya tidak belajar di sana, tapi sempat menjadi pensyarahnya. Tidak sedikit lulusan di sana menjadi pengikut Abuya.

Mesir, padamnya Islam dan gerakan Hasan Al Banna banyak mengajar Abuya. Abuya tahu selok-belok untuk bangkitkan Islam. Bahayanya dan jalan selamatnya. Abuya bangun dengan sejarah hitam yang masih hidup di Mesir. Ramai ulama di sana menjadi kawan Abuya. Mereka semua merindui datang kembalinya Islam tetapi tidak mampu berbuat apaapa. Mereka mengharap Timur Jauh datang menyelamatkan mereka. Sekarang Rufaqa’ sedang bertapak semula di sana.

G. Pakistan

Abuya suka Pakistan. Tapi di suatu sudut, Abuya juga tidak suka akan Pakistan. ‘Pakistan Islamic Country, best in the world’ itulah motonya. Murah tapi menjijikkan. Tiada di mana-mana dunia selain Karachi itu, binatang-binatang dan kekotoran memenuhi bandar rayanya. Kemiskinan cukup menonjol. Kekayaan di sudut-sudut tertentu sahaja. Penipuan dan pergaduhan adalah budaya yang begitu menyerlah. Abuya tahu Pakistan jadi begitu bukan kebetulan atau terjadi dengan sendiri. Ia perancangan rapi musuh Islam untuk pamerkan demikian hinanya Islamic Country. Umpama pondok-pondok pesantren yang dunia tiada selera untuk ke sana. Orang Islam lebih senang dengan New York, London, Jerman, Perancis tapi tidak dengan Mesir dan Pakistan, Turki dan Syria.

Tidak seperti umat Islam lain, Abuya dengan cita-citanya bersama Allah, Rasulullah dan Imam Mahdi sebenarnya, sedang meneliti di mana point untuk memulakan pembaikan bangsa-bangsa yang sudah tidak bermaya, hidup atas percaturan musuhnya semata-mata. Allah yang Maha Kuasa kini sedang menjatuhkan Barat kerana doa Abuya yang dibuat setiap kali selepas sembahyang sejak 60 tahun. Bahkan doa itu dibaca di muka bumi ini sejak 200 tahun dulu oleh Sayidi Syeikh As Suhaimi. Turun-temurun sampai ke sini hingga ke anak cucu mendoakan agar Tuhan menangkan Islam, hancurkan

Page 115: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

musuh-musuh Tuhan. Itulah harapan yang disembahkan ke hadrat Tuhan lima kali sehari oleh Abuya dan orang-orangnya.

Abuya ke luar negara kerana kekayaan yang Allah rezekikan kepadanya. Pemimpin Ikhwan itu diwajibkan Tuhan untuk memahami dunia dan segala jatuh bangunnya.

Pengajian kepimpinan yang Tuhan lakukan untuk Abuya tidak sama seperti dunia melahirkan pemimpinnya. Secara live Abuya memasuki kelas-kelas pengajian bangsa-bangsa, bahasa-bahasa dan budaya-budaya manusia sedunia. Secara langsung Abuya menatap sejarah yang akan berulang. Tujuh tahun masa yang cukup untuk seorang student menguasai ilmu kepimpinan peringkat dunia. Pengaruh Abuya yang terpendam itu sudah cukup untuk beliau mampu muncul di peringkat antarabangsa._________________________________________________________________________________KENAPA TAKSUB?Ada kebimbangan di kalangan manusia mengenai sikap taksub pengikut Abuya kepada beliau. Konon boleh membawa kesan negatif. Sebab itu elok rasanya dihuraikan mengapa Abuya mencetuskan satu suasana antara dia dan pengikutnya yang mengakibatkan ada orang anggap itu adalah bahaya.Apakah Abuya tidak tahu perihal bahaya taksub?

Sebenarnya apa yang berlaku antara Abuya dan pengikutnya, dari segi hubungan perasaan mereka antara satu sama lain, ialah apa yang Allah maksudkan agar orang beriman itu berpegang pada tali Allah. Bilamana semuanya berpegang pada tali itu, nanti tali itu akan mengikat antara mereka, hingga mereka jadi satu rangkaian yang padu, susunan yang kukuh dan membentuk bangunan yang tersergam gagah. Rasulullah menggambarkan perihal perasaan orang mukmin antara satu sama lain itu bagaikan satu badan. Bilamana satu anggotanya sakit, seluruh anggota turut sakit, turut berjaga malam kerana tidak akan membiarkan teamnya sendirian. Sahabat-Sahabat merealisasikan kenyataan hidup orang mukmin ini dalam sikap mereka bilamana di medan perang ramai yang mengerang kesakitan sebelum syahid, meminta air. A dapat air, tapi bila dengar tangisan B, A terus menghulur air kepada B. B mahu minum, terdengar pula C meminta air, B pilih untuk menghulur air sebelum dapat diminumnya.

Page 116: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Demikian seterusnya, hingga semuanya mati sebelum dapat meminum air itu. Terlalu banyak contoh-contoh lain dalam sejarah yang pelik dan perihal terikatnya hati-hati orang mukmin oleh tali Allah, sehingga mereka jadi seperti orang yang seibu seayah, adik-beradik kandung dikeranakan mereka sama-sama kuat mencintai Allah dan Rasul.

Hari ini umat Islam, sama ada di peringkat keluarga, jemaah, kampung, bandar, daerah, negeri, kementerian, jabatan, negara, dunia, masih adakah lagi yang dapat mewujudkan suasana hidup seperti yang telah diciptakan oleh sejarah Islam itu?

Jawabnya tidak ada! Kerana tiada lagi umat Islam yang berjuang ke arah itu. Umat Islam yang perjuangkan Islam pun, sebenarnya bukan bertujuan mengulang sejarah perjuangan Rasulullah tapi cuba sesuaikan perjuangan dengan zaman moden. Ulama pun jadi cukup moden dan malu untuk berkata, “Mari kita tiru masyarakat Rasulullah, mari kita tiru jemaah Rasulullah dan mari kita tiru suasana dalam masjid Rasulullah.”

Masakan ulama-ulama tidak tahu, hanya Rasulullah yang mampu ikat hati manusia begitu erat dengan baginda, hingga musuh-musuh Allah dan Rasul cukup sakit hati lalu menentang keadaan itu atas nama taksub itu dilarang. Musuh Islamlah yang menentang budaya taksub, bukan umat Islam. Musuhlah yang menghina umat Islam, kononnya bodoh, miskin, gila perempuan dan lain-lain. Masakan ulama tidak tahu tentang ini? Masakan mereka tidak perasan umat Islam hari ini, majoritinya menyambung lidah musuh Islam? Masakan mereka tidak sedar bahawa hari ini Abuya ditentang oleh orang yang beragama. Takkan tidak faham bahawa di akhir zaman, orang menentang agama atas nama agama. Yakni atas nama ulama yang hidup untuk gaji, bukan hidup untuk Tuhan. Aktiviti agama dijadikan sumber rezeki, lalu mereka sanggup menangkis agama kerana menghalang rezeki mereka.

Saya berani menyatakan hal yang demikian kerana menu-rut penelitian saya, memang wujudnya kelompok agama yang menjual agama bukan untuk agama tapi untuk wang, lalu mereka sanggup menentang agama yang dianggap boleh menghalang kegiatan mereka. Hujah saya:1 Dalam agama, umatnya disuruh sembahyang di awal waktu. Kalau Zuhur

Page 117: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

pukul 1.21 minit maka azan pun tepat pukul 1.21. Dan umat Islam sepatutnya pada pukul 1.21 sudah bersedia dan habis saja azan, maka semua kena sembahyang. Tapi hari ini, ramai umat Islam sembahyang Zuhur pukul 3 petang, Asar pukul 6 petang dan seterusnya. Malah lebih ramai lagi umat Islam yang langsung tidak sembahyang. Kalau kita berjalan dari Johor ke Perlis, susahnya mencari sekumpulan jemaah yang sudah bersedia sungguh-sungguh untuk sembahyang di atas waktu, berjemaah dengan saf yang rapat dan lurus. Di masjid dan surau, keadaannya masing-masing dan tidak istiqamah. Hanya di tempat-tempat jemaah Abuya suasananya sangat serius, orang menanti Allah memanggil dengan penuh persiapan dan disiplinnya cukup mantap. Tapi penentang-penentang Abuya, yang bertaraf pejuang Islam konon, yang ditentang mereka ialah jemaah Abuya. Umat Islam yang majoritinya tidak sembahyang itu tidak pernah jadi tajuk ceramah mereka. Umat Islam sembahyang lewat, tidak ada fatwa dikeluarkan. Tapi terhadap orang yang sangat serius dengan sembahyang, dimusuhi habis-habisan. Mengapa? Kerana merekalah penentang agama atas nama agama!

2. Beragama ialah mencintai Allah dan Rasul lebih dari yang lain. Semua ulama, ustaz dan ustazah tentu tahu Quran dan Hadis yang menyatakan, barang siapa lebih cintakan selain Allah dan Rasul, tunggulah kehancurannya. Di Malaysia hari ini, kalau kita bandingkan seluruh tokoh-tokoh agama, siapa yang paling menonjol, berusaha dengan serius untuk memperkenalkan Tuhan, menanamkan rasa cinta dan takut Allah dan Rasul ke dalam dirinya dan pengikutnya, menyatakan Allah cinta agung, perjuangkan Tuhan agenda utamanya? Bahkan gaya hidup pun diprogramkan mengikut jadual harian yang Allah dan Rasul tetapkan. Siapa? Dalam penelitian saya, Abuyalah yang telah berjaya menghubungkan hati-hati manusia dengan Allah dan Rasul, untuk cinta, takut dan berusaha untuk hidup di atas landasan itu. Tokoh-tokoh lain boleh bercakap tentang Allah dan Rasul, tapi merealisasikan cinta dan takut tidak kelihatan. Namun, Abuyalah yang paling dimusuhi oleh sebahagian mereka yang kononnya pejuang agama. Walhal agama mereka pun masih boleh dipersoalkan. Mengapa terjadi begini? Sebabnya ialah mereka berlakon dengan agama untuk tujuan kepentingan dunia, untuk menutup tembelang mereka yang kelihatan berbeza sekali dengan agama yang Abuya perjuangkan, maka mereka menyalahkan Abuya. Mereka menentang agama atas nama agama.

Page 118: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

2 Allah dan Rasul sangat menegaskan perihal besarnya Akhirat dibandingkan dengan dunia. Akhirat utama, dunia kedua. Mati utama, hidup kedua. Ertinya orang Islam kena jadikan agenda-agenda Akhirat dan mati itu prioriti. Manakala agenda dunia dan hidup ini bukan utama. Dengan maksud program-program dunia dan hidup dibuat dengan menumpang program Akhirat. Bukannya program Akhirat menumpang program dunia. Contohnya, program sembahyang utama, baru program dunia. Lepas Zuhur buat meeting. Bukan lepas meeting baru sembahyang. Lepas Subuh, menoreh getah. Bukan lepas menoreh, Subuh hilang. Buat projek ekonomi lepas sembahyang. Bukan buat projek, tergadai sembahyang.

Mana ada pejuang-pejuang Islam membesarkan hal ini sebagaimana Allah dan Rasul mahukan? Membesarkan budaya Akhirat ini, hanya Abuya saja yang terapkan dalam jemaahnya. Ekonomi bermodalkan Tuhan, korban habis-habisan, hidup bersama dan rasa bersama serta bekerjasama membangunkan agama dengan harapan memenuhi standard ISO Akhirat, kita hanya dengar dalam perjuangan Abuya. Orang lain, siapalah yang mengambil peduli dan sibuk-sibuk dengan hal ini? Maka dalam keadaan inilah Abuya dipersalahkan konon mengada-adakan ajaran dalam agama. Tanpa usul periksa, buku-buku Abuya diharamkan. Orang agamalah yang buat kerja ini. Agama mereka pun lintang-pukang. Keluarga pun telingkup dan terbalik agamanya. Hanya boleh lantang bersyarah Quran dan Hadis. Cakap tak serupa bikin kemudian dengan berani menyalahkan agama orang lain! Mereka sebenarnya penentang agama atas nama agama. Mentang-mentang ada ilmu agama; tapi tidak praktikkan; sanggup menyesatkan orang yang benar-benar hidupkan agama demi Allah dan Rasul. Tergamak mereka buat kerja menentang Allah dan Rasul, yakni menentang orang yang bekerja untuk Allah dan Rasul.

1 Hari ini siapalah yang betul-betul didik anak dengan Allah dan Rasul. Siapa yang perjuangkan untuk memberi Tuhan kepada remaja kita. Sudah punah pun sistem diri para remaja, rosak binasa jadinya mereka, tapi siapalah yang benar-benar serius menyelamatkan mereka dengan agama? Yang paling menonjol, dalam jemaah Abuyalah. Remajaremaja Abuyalah yang kelihatan berbeza sungguh dengan remaja didikan lain. Sekarang ini negara pun ambil remajaremaja Abuya sebagai aset. Tapi penentang-penentang itu, tidak

Page 119: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

pedulikan itu semua. Bagaikan tidak wujud semua hasil perjuangan Abuya itu. Mereka teruslah menentang dengan tuduhan-tuduhan yang tidak relevan langsung: Bahaya taksub. Walhal bila remaja itu boleh cinta pemimpin dan taat dengan Allah dan Rasul serta pemimpin, barulah mereka selamat dari gejala syaitan dan nafsu itu. Tanpa ketaksuban yang demikian rupa, dengan apa kita boleh ikat para remaja dari terjerumus ke lembah nafsu dan syaitan? Kenapa go-longan penentang tidak perangi taksub yang bermaharajalela di kalangan remaja terhadap kegiatan-kegiatan anti agama yang amat merosakkan itu? Kenapa hanya sensitif dengan taksub pada Abuya? Sedangkan bahaya taksub yang dikononkan itu belum pernah wujud pun. Namun bahaya taksub remaja kepada ajaran syaitan itu sudah jelas sejelas-jelasnya, tapi kenapa usaha memeranginya dibuat tidak jelas? Tidak sejelas memerangi Abuya? Mengapa?

Anak-anak murid Abuya sebenarnya sangat yakin dengan kebenaran yang Abuya bawa lalu mereka jatuh cinta dan sangat taat pada Abuya serta cukup taat kalau Abuya hukum. Mereka cukup takut kalau terpisah dengan Abuya dan terkeluar dari jemaah Abuya. Sebab di jemaah lain atau dengan pemimpin lain, tidak mungkin mereka mendapat Tuhan sebagaimana yang Abuya berikan, seperti yang disebut pada contoh-contoh di atas. Seribu satu macam lagi kebaikan yang diperolehi dari Abuya dan perjuangannya. Yang sebenarnya iman dan Islam begitu tiada di tempat lain.

Bahkan didapati orang-orang yang terkeluar dari jemaah dan terputus dengan Abuya, dilihat jadi cukup menakutkan. Mereka kehilangan tali penghubung dengan Tuhan, lalu jadilah mereka penentang-penentang kebenaran, hilang iman dan Islam serta bersekongkol dengan golongan anti agama. Sampai jadi penentang agama atas nama agama.

Taksub pengikut-pengikut Abuya terhadapnya yang dibimbangkan sangat itu terus menjadi andai-andaian semata. Sedangkan kebaikan yang lahirnya sudah cukup terserlah sekali. Yang terserlah tidak dihitungkan. Yang andai-andaian saja dibimbangi terus. Apa ini? Kebenaran jenis apa yang dipakai oleh golongan ini?

Terbangunnya lepas satu, satu lagi projek-projek ekonomi dan pendidikan Islam oleh Abuya, di tangan pengikutnya adalah cetusan dari sikap cinta,

Page 120: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

taat dan takut itulah. Isteriisteri boleh taat, anak-anak boleh patuh pun lahir dari kerjasama menanamkan cinta dan taat pemimpinlah, yang diikat pada tali Allah dan Rasul.

Bersatu padu, bekerjasama, tolong-menolong dan berkasih sayang sesama dalam hal kehidupan dan perjuangan yang ada dalam jemaah Abuya adalah buah yang lahir dari kejayaan Abuya membentuk hati-hati orang-orangnya untuk cinta, takut dan taatkan Allah, Rasul dan pemimpinlah.

Mana ada pemimpin boleh buat begini? Jemaah mana yang mengangkat kembali martabat Melayu dalam semua bidang selain Rufaqa’? Jemaah-jemaah lain sedang buat apa sekarang, dibandingkan Rufaqa’ yang sibuk mewujudkan kekuatan ekonomi Melayu di peringkat realiti?Semua adalah kerana Abuya berangkat dari platform yang tepat dalam perjuangannya membina bangsa yang kuat. Umat Islam mesti bertaqwa untuk membolehkan Allah memartabatkan mereka jadi bangsa yang kuat. Taqwa itu pula mesti diikat oleh jemaah, bukan individu dan bukan nafsi-nafsi. Jemaah itu pula mesti jadikan tali Allah sebagai dasarnya, bukan ideologi, parti politik dan projek ekonomi.

Abuya kini mendapatkan hasilnya, lalu berhasad dengkilah golongan tertentu hingga menuduh Abuya merbahaya kerana taksubnya orang-orang Abuya terhadapnya. Sungguh tidak masuk akal sama sekali._________________________________________________________________________________SEPULUH TAHUN ISAJulai, tahun 1994, Abuya bercakap pada Datuk Norian Mai, Timbalan Ketua Polis Negara (ketika itu), “Kalau buat juga kerja menghancurkan badan Islam ini (Arqam) kami tak lawan, tapi Mahathir (PM) dan Anwar (TPM) akan jatuh.”

“Baiklah,” kata Norian Mai, “Kerajaan sudah buat keputusan, kami akan guna ISA kepada kamu dan kalau kamu tak lawan, senanglah kerja kami.”

Maka sejak itu, Ogos 1994 hingga Oktober 2004, Abuya di-ISAkan manakala Arqam lenyap.Pada hari Abuya ditangkap, hari itulah juga Abuya bercuti kerana tamatnya kembara tujuh tahun Abuya di luar negara. Sebelumnya Abuya terhalang

Page 121: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

untuk pulang disebabkan uraura hendak menangkapnya oleh pihak kerajaan. Setelah tujuh tahun selesai berjuang membangunkan jemaah di beberapa negara di dunia, Abuya seolah-olah ‘memaksa’ kerajaan membawanya balik ke Malaysia.

Setelah terbuang tujuh tahun di luar negara, sepatutnya perjuangan Abuya sudah berakhir tetapi sebaliknya ia bertambah kuat dan memaksa kerajaan membuat ekstradiksi untuk mengambil Abuya pulang. Heboh satu dunia pada hari Abuya ditangkap itu. CNN satu-satunya sumber berita yang ada di tempat kejadian di utara Thailand, di mana Abuya dirampas dari jemaahnya untuk dirumahtanggakan di negara sendiri bersama warga KDN, polis dan SB (Cawangan Khas) yang menjadi kakitangan ISA.

Sebenarnya Abuya gembira kerana dapat pulang dan dapat hidup bersama Malaysia. Sedangkan tujuh tahun sebelumnya berada bersama masyarakat antarabangsa semata-mata. Apa salahnya dapat tinggal dengan manusia-manusia yang cukup penting bagi keselamatan negara? Sedangkan tanpa cara ini mana mungkin boleh bersua muka dengan golongan eksklusif ini? Duduk-duduk dan berbincang-bincang dengan mereka. Jangan-jangan boleh menghasilkan sesuatu yang cukup menguntungkan. Sedangkan di luar negara, hidup di tengah-tengah bangsa asing, lain budaya, lain bahasa pun rasanya begitu untungnya untuk perjuangan, ini kan pula sesama warganegara sebangsa dan seagama?

Ya betul, ISA rupanya majlis perbincangan perihal keselamatan. Satu pihak perjuangkan keselamatan dan kebenaran, satu pihak lagi pun memang memperjuangkan perkara-perkara yang sama. Masya-Allah, sungguh ajaib. Pertemuannya amat bermakna. Percayakah anda bahawa di bilik interrogation berhawa dingin itu, terjalin ikatan sefahaman antara yang ditangkap dengan yang menangkap? Bila kebenaran ditemukan, kuasa Allah telah menyatukannya.

Anda percaya atau tidak bahawa di akhir-akhirnya, selepas 10 tahun, di hari dibebaskan, Abuya berkata, “Saya akan bagi kerjasama dengan Kerajaan Islam Hadhari” dan ISA berkata, “Selamat pulang sirih ke gagangnya, belut ke lubuknya dan selesaikanlah masalah negara yang terjadi sepanjang ketiadaan tuan.”

Page 122: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Sepuluh tahun sebenarnya proses menyatukan dua perjuangan. Sepuluh tahun jugalah proses menurunkan kedua dua Mahathir dan Anwar untuk diciptakan Malaysia sebagai negara Islam Hadhari.

Satu hari ketika Abuya memulakan pembangunan bandar Rufaqa’ di Bandar Country Homes pada 30 Oktober 1997, yakni pembukaan pasar raya Ikhwan, polis dan SB Rawang bertanya, “Kenapa buka kedai?”“Tuan, keluarga saya besar, anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu saya ramai. Kalau tidak ada kedai sendiri takuttakut ada mereka yang tak dapat makan dan tak dapat susu. Lagipun saya orang Islam, Tuhan suruh hidup di atas usaha sendiri,” jawab Abuya.“Mana ustaz dapat duit?” SB tanya lagi.“Dari Tuhan,” kata Abuya. Ini membuatkan SB hairan. Taklama selepas itu, Abuya buka klinik pula.SB tanya lagi, “Mengapa buka klinik?”“Saya kena pastikan semua keluarga saya ikut cara hidup Islam. Saya bertanggungjawab kepada keluarga besar saya ini supaya tidak terlibat dengan kaedah perubatan yang tidak mengikut syariat Islam terutama dalam hal bersalin,” kata Abuya.

Demikianlah satu-persatu projek dibangunkan oleh Abuya dan difahamkan kepada SB yang Islam atau bukan Islam ten-tang tujuannya. Apabila bandar Rufaqa’ itu sempurna, lengkap dengan panggung wayang Islamnya sekali, Abuya beritahu teman-teman SBnya itu, bahawa beliau telah menjayakan has-rat kerajaan yang mahukan orang Melayu membangunkan ekonomi sendiri. Sekalian SB di pejabat itu pun akur dan apabila ada pihak-pihak hasad dengki minta ditutup sahaja bandar itu dan minta Abuya dikeluarkan dari Rawang ke Labuan, maka SB berkata, “Jangan tutup projek ekonomi Melayu itu. Biar kami pantau, awasi dari unsur-unsur negatifnya.” Di antara SB itu ada yang bukan Islam iaitu Mr. Asyok.

DI LABUAN

Ini ialah perancangan terakhir kerajaan Malaysia pada tahun 2002 untuk tamatkan riwayat perjuangan Abuya, setelah didahului oleh berbagai-bagai

Page 123: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

plan sebelumnya. Yakni setelah diharamkan berkali-kali. Setiap kali diharamkan itu, semua orang berfikir, “Habislah Arqam.” Tapi setiap kali itulah Arqam terus hidup.

Ada SB cakap pada saya dan Abuya, “Kami ikuti ustaz sejak mula-mula Arqam ditubuhkan. Ketika krisis dengan Akbar Anang tahun 1978, kami dapati ustaz dapat menguasai suasana. Waktu krisis dengan Mokhtar Yaakub pada 1984 lagi, ustaz memenanginya. Sungguh mengejutkan kami. Sangat tak logik. Ramai orang bertanya-tanya, apa kekuatan Ustaz Ashaari sebenarnya. Dengan Akbar Anang, ustaz menang. Mungkin faktor Akbar Anang hanya ada kelulusan dunia tanpa kelulusan ilmu agama. Tapi dengan Mokhtar yang ada dua-dua kekuatan, sijil dan agama pun boleh tewas di tangan Ustaz Ashaari. Memang ajaib.”

Tapi kata SB itu lagi, “Kali ini dengan Mahathir selesailah.” Sangat yakin nampaknya dia dengan fikirannya itu.

Hinggalah apabila lapan tahun kes Abuya tidak selesaiselesai lagi, ada SB cakap, “Ingatkan senang hadapi Arqam. Rupanya paling susah. Ada, macam tak ada. Tak ada, macam ada.”

Maka di hari Abuya dibebaskan dari ISA setelah 10 tahun berbincang, bertukar fikiran, mencari kebenaran dalam keadaan polis cukup yakin Abuya bukan sebuah ancaman lagi kepada kerajaan bahkan satu aset, maka ada SB yang cakap, “Pulanglah wahai belut ke lubuknya. Pulanglah wahai sirih ke gagangnya. Selesaikanlah segala gejala dalam negara yang berlaku sepanjang ketiadaan tuan.”

Teringat saya, kisah yang berlaku kepada seorang wali besar iaitu Yazid Bustami di Baghdad, Iraq. Selama tujuh tahun dia dikeluarkan dari negaranya, Iraq menderita dengan macam-macam bencana. Akhirnya ada seorang yang beri pandangan, “Kembalikan Yazid ke Baghdad.” Betul, masya-Allah, Iraq jadi aman sekembalinya Yazid. Lalu saya selalu terfikir, siapa yang akan jemput Abuya pulang? Jawapannya ruparupanya sungguh menakjubkan. Abuya dijemput oleh Kementerian Dalam Negeri, Malaysia (KDN). Perdana Menterinya, Abdullah Badawi.

Page 124: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Maka bebaslah Abuya akhirnya setelah menanti dan menunggu selama sepuluh tahun. Kata polis, “Bukan senang untuk bebaskan ustaz. Kami terpaksa mengkaji jauh keluar dan ke dalam. Dan terpaksalah kami katakan, musuh-musuh ustaz masih kuat. Mereka sangat yakin ustaz akan hidupkan semula ajaran yang sudah diharamkan. Bila hendak dibebaskan, mereka tak rekomen ustaz dibebaskan. Jadi ustaz, kalau betul andaian itu, mungkin ustaz akan ditangkap lagi.”

Sebenarnya apa yang musuh-musuh itu cakap memang betul. Sebelum dibebaskan lagi, Rufaqa’ telah muncul menggantikan Arqam. Gambarkanlah kalau Abuya bebas. Cuma pemerhati hendak melihat bagaimana Allah dan Rasul melalui Abuya dapat melepasi halangan itu. Dikatakan ‘Allah dan Rasul’ sebab sudah ramai orang Islam yang yakin sungguh bahawa kekuatan Abuya ialah Allah dan Rasul.

Kalau bukan kuasa Allah, masakan Abuya dan perjuangannya boleh jadi begitu sekali. Cukup banyak bukti-bukti yang Allah buatkan untuk manusia yang berfikir berkata, “Abuya ini kebenaran dari Allah. Ini betul-betul ulangan sejarah yang Allah buatkan untuk perjuangan Islam kali pertama oleh Rasul dan para Sahabat.”

Setiba kami di Labuan, diberilah taklimat-taklimat yang dikira boleh membuatkan Abuya dapat dikembalikan menjadi rakyat biasa di Malaysia. “Kamu akan dihantar pulang nanti di dalam keadaan cukup bersih dan diterima sebagai rakyat Malaysia yang baik.” Begitulah penutup taklimat oleh Tuan Saravanan, Chief Inspektor di Labuan.

Betul, dua tahun kemudian, Abuya dibenarkan pulang. Tapi sebenarnya waktu itu Rufaqa’ sudah menjadi satu syarikat perjuangan Islam yang bertaraf antarabangsa. Berbondong-bondong orang dari dalam dan luar negara datang ke Labuan menerima kepimpinan Abuya. Projek-projek ekonomi tumbuh merecup di Australia, Indonesia, Jordan dan lain-lain negara.

Sekali lagi akal-akal manusia tersasar dalam menjangkakan nasib Abuya. Sebab gerakan ini bukan perancangan akal, tapi ia bersifat roh. Benarlah

Page 125: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

kata-kata Syeikh Mohsin Al Labban dari Australia. Dia datang pada Abuya pertama kali ketika Abuya ditahan di Rawang setelah mendapat ‘alamat’ dari Rasulullah. Bila mendengar Abuya ditukar ke Labuan, dari Australia dia bersumpah, “Wallahi. Ini ujian terakhir dari Allah untuk kamu. Nescaya kamu akan menang selepas ini.”

Dia ialah ulama nombor satu bagi umat Islam di Australia. Ketika Abuya di Labuan, dia datang menziarahi Abuya sekali lagi. Dan sumpahnya betul-betul menjadi. Ternafilah sumpahsumpah akal yang dibuat selama ini. Di Labuanlah Kerajaan British menamatkan penjajahannya di Malaysia dan di Labuan juga rupanya Allah pilih untuk Abuya menutup ISAnya. Menghentikan krisis dengan kerajaan dalam keadaan Mahathir dan Anwar sudah dijatuhkan dari kekuasaannya. SB yang menyambut kepulangan berkata dengan jelas, “Putrajaya milik Abuya.”Di sini biar saya dedahkan sedikit peristiwa yang berlaku semasa kami ditahan di Labuan. SB menyangka Abuya akan tewas tapi rupa-rupanya Abuya menang besar di sana. Menurut nilaian akal mereka, logiknya plan yang dibuat boleh menghancurkan Abuya. Tapi bagaimana plan itu boleh gagal?

Ia bermula bilamana seorang tokoh politik di Labuan yang begitu sombong dan menghina Abuya di depan Ketua Majlis Negeri, di pejabatnya sewaktu majlis perkenalan. Gaya duduknya bersila panggung dan menghadapkan kasutnya ke arah muka Abuya, cukuplah menyakitkan. Belum lagi cakapnya.

Di situlah SB mula bersimpati dengan Abuya. Tuhan Maha Kuasa untuk menukar keraguan SB pada Abuya dengan rasa simpati. Maka bila tiap-tiap Isnin kami lapor diri ke balai, SB akan layan dengan baik. Ajak berbual-bual, bertanya masalah dan memberi panduan-panduan. Abuya pun ambil kesempatan kenalkan Tuhan.

Kepada tokoh politik tersebut, Abuya tidak berdendam bahkan Abuya meminta semua orang-orang Rufaqa’ terutama keluarga Abuya yang datang ke Labuan menyewa tempat tidur di hotel milik tokoh politik tersebut yang sudah ketiadaan pengunjung itu. Akhirnya meriahlah hotel tersebut kerana tidak putus-putus dikunjungi oleh keluarga, pengikut dan tetamu Abuya selama dua tahun Abuya di Labuan.

Page 126: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Terkejut besarlah para SB kerana melihat Abuya sanggup berbuat baik kepada orang yang membenci dan memusuhinya. Lagi sekali akhlak Abuya telah dapat menawan hati orang-orang yang hendak menentukan nasibnya di Labuan.

Akhirnya SB jadi kawan Abuya. Maka Abuya telah selesaikan banyak masalah-masalah mereka. Lalu jelaslah pada pihak SB bahawa Abuya bukanlah orang jahat bahkan orang baik-baik. Abuya bukan musuh tapi kawan yang menolong. Abuya bukannya membahayakan tapi sangat menguntungkan.

Alhasil, SB tidak curiga lagi dengan Abuya. Mereka membuat laporan-laporan yang baik-baik tentang Abuya sepanjang dua tahun di Labuan. Abuya dibenarkan membuat aktivitiaktiviti syarikat hingga ke peringkat antarabangsa.

Bukan tidak ada usaha-usaha dari tokoh tersebut dan orang-orangnya yang cukup takut kehilangan pengaruh untuk menjatuhkan dan memfitnah Abuya tetapi semuanya Allah tangkis melalui tangan-tangan SB yang sudah faham siapa Abuya sebenarnya iaitu mangsa kerakusan orang-orang politik.

Bila fitnah itu mengatakan Abuya cari pengaruh, SB pun jawab, “Macam mana orang yang tak boleh bercakap nak cari pengaruh.”

Bila fitnah berbunyi bahawa Abuya bawa ajaran sesat, SB akan jawab, “Abuya orang baik-baik.”

Bila fitnah itu mengatakan Abuya ada cita-cita politik, SB jawab, “Itu ialah motivasi perniagaan supaya orang-orangnya berjaya.”

Bila fitnah mengatakan Abuya ada agenda tersembunyi, SB kata, “Tidak ada. Tidak ada yang merbahaya dan dia bukan ancaman. Semua tuduhan itu berpunca dari orang yang hasad dengki dengannya.”

Masya-Allah, kebesaran Allah kerana mengubah hati-hati SB terhadap Abuya. Itulah kekuatan Abuya.

Page 127: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Dalam kesnya, Abuya juga terpaksa berhadapan dengan golongan ulama rasmi. SB menyaksikan dua puak bertelagah tentang agama. Tapi jelas yang satu praktis, yang satu hanya bercakap sahaja. Walaupun secara ilmu mereka tidak tahu siapa betul dan siapa salah tapi hati mereka lebih yakin dengan agama Abuya.

Elok saya turunkan di sini, dialog antara Abuya dengan pihak agama yang berlangsung di depan SB dari Kuala Lumpur, Labuan dan Sabah di majlis terakhir pertemuan bulanan itu, sebelum Abuya dibebaskan dari ISA. Sebenarnya dialog sering berlaku, kadang-kadang jadi tegang, tapi cukuplah saya berikan satu contoh saja.

Ulama rasmi: Kami minta Ashaari membuka serban sebelum dibebaskan.Abuya: Saya tidak setuju. Kalau kena buka serban, tak bebas pun tak apa. Saya pakai serban ini bukannya ada apa-apa. Bukan seronok pun. Di waktu ulama-ulama pun sudah tidak memakainya, saya hanya ingin mempertahankan satu syiar Allah, Sunnah Rasul. Kalau kena buka juga, siapa lagi yang akan membesarkan hak-hak Allah dan Rasul di muka bumi ini?(Waktu itu ulama-ulama rasmi yang datang itu tidak pakai songkok pun).

Alhamdulillah, KDN melalui wakilnya telah membebaskan juga Abuya tidak lama selepas itu, tanpa memaksa Abuya membuka serbannya.

Demikianlah Allah memerangi orang yang memerangi-Nya, lantas menanglah orang Allah. Abuya akhirnya dapat kemenangan di Labuan. Kemenangan yang dimaksudkan itu ialah boleh membangunkan Islam ke peringkat antarabangsa dan berjaya meyakinkan SB bahawa dia tidak bersalah.

Maka Abuya pun dibebaskan dari ISA dengan mendapat ramainya kawan dari kalangan polis dan SB. Semua plan yang disiapkan untuk menghalang Abuya tidak menjadi kerana awal-awal lagi Abuya telah ‘menawan’ hati mereka. Bila hati sudah tertawan, akta dan undang-undang sudah tidak boleh menguasai lagi. Bijaknya Allah, mengajak orang mencintai-Nya, lalu

Page 128: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

dengan cinta, orang akan ikut kata-kata-Nya tanpa arahan dan paksaan. Orang sanggup tinggalkan cinta-cinta sebelumnya._________________________________________________________________________________ABUYA PEJUANG KASIH SAYANGDunia sudah kosong dari kasih sayang. Kasih sayang sudah hilang. Kehidupan berlangsung dalam keadaan tanpa kasih sayang. Orang sudah tidak mahu memperkatakan, tidak lagi memikirkannya dan membiarkan saja ia pergi tanpa apa-apa usaha untuk mempertahankannya. Sedangkan kasih sayang itu sebenarnya umpama ‘oksigen’ dalam kehidupan. Tanpa oksigen apa akan jadi pada kita?

Dalam perjuangannya, Abuya sangat mempraktikkan kasih sayang. Ada era kasih sayang yang dilancarkan oleh Abuya untuk beberapa tahun lamanya. Sebagai agenda yang begitu penting untuk direalisasikan dalam jemaahnya. Terkenallah perjuangannya dengan tema ‘Dakwah dan Kasih Sayang’.

Abuya sendiri memang orangnya begitu kasih dan sayang. Siapa duduk-duduk dengannya pasti merasakan kasih sayangnya itu yang tidak mudah dilupakan. Ramai orang yang jatuh cinta kepadanya kerana watak peribadinya yang inilah. Memang dia pakar dalam menawan hati orang dengan berbagaibagai cara kasih sayang yang dilayankan kepada manusia, menurut keperluan manusia itu.

Alhasil terciptalah sudah di muka bumi Tuhan ini sebuah sistem hidup, dibangunkan oleh jemaah Abuya yang di dalamnya sangat penuh dengan kasih sayang. Mastermindnya adalah Abuya. Dasar dan kaedahnya Abuya jugalah yang dapatkan. Hatta perlaksanaannya pun Abuya yang ajarkan kepada pejuang-pejuangnya. Maka jadilah Abuya tokoh pencetus perjuangan Islam secara kasih sayang yang julung-julung kali muncul di kurun ini.

Selepas peristiwa 11 September 2001 di WTC, New York, Barat amat memusuhi Islam. Kata-kata penghinaan yang dilemparkan ialah Islam agama keganasan dan Islam menganiaya kaum wanita. Maka pada tahun 2003, Abuya mengirim rombongan penasyid dari kalangan remaja perempuan yakni Mawaddah (yang bermaksud kasih sayang) untuk menyertai program seluruh umat Islam di Eropah yang dibuat di Le Bourget, Perancis. Untuk

Page 129: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

pertama kalinya Perancis menampilkan penasyid wanita di pentas. Perwakilan dari Malaysia itu membawa tema ‘Cintai Tuhan Cintai Sesama’.

Alhasil Mawaddah diterima menyebarkan sayapnya ke seluruh Eropah terutama England dan Jerman selain Perancis. Di setiap border antara negara itu Mawaddah dilayan keluar masuk dengan penuh kasih sayang. Memang Barat terkejut dengan pendekatan dakwah Abuya dan mereka akur Islam rupanya, kalau benar-benar diamalkan ajarannya, adalah agama yang membawa kasih sayang dan sangat menghargai wanita.

Hal ini turut membuatkan tercengang-cengangnya umat Islam di Timur Tengah yang berada di Eropah. Mereka berterima kasih kepada Malaysia kerana membawa satu trend baru dalam berjuang. Selama ini mereka tidak terfikir pun untuk pelbagaikan kaedah dakwah. Hanya bersyarah di majlis-majlis dan perempuan tidak dilibatkan untuk ikut berjuang. Sedangkan dari Abuya, dakwah itu dinasyidkan oleh wanitawanita sopan yang kelihatannya cukup menarik dan mempesonakan. Ramainya masyarakat yang berminat dan membeli album-album nasyid Islam, agama kasih sayang.

Di Thailand, di sekitar tahun 2000-2006, suasana di selatan sangatlah memalukan dan menakutkan. Bangkok sudah bun-tu kerana Amerika menganggap di negara Thailand terdapat Islam berbentuk keganasan itu. Hal itu cukup bahaya. Maka demi menjawab bahawa Thailand bersih, kerajaan Phuket mengundang Mawaddah untuk satu program negara bertajuk ‘Islam Kasih Sayang’. Wakil duta Amerika di Bangkok diundang hadir.

Selesai program, Mawaddah dan Rufaqa’ Thailand mendapat ucapan tahniah dari kedutaan Amerika di Bangkok. Dan semenjak itu orang-orang penting Abuya di Thailand selalu dilibatkan dalam program-program menyelesaikan masalah di selatan Thai.

Di Australia, Abuya berjaya meyakinkan John Howard, Perdana Menteri Australia bahawa Islam yang dibawanya tidak sama sekali ganas. Bahkan Islam itu sebenarnya adalah agama kasih sayang, kata Abuya. Alhasil dunia terkejut dengan perubahan John Howard pada tahun 2003 yang menyebut

Page 130: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

tentang adanya Islam kasih sayang, yakni sesudah menonton persembahan ‘Islam Kasih Sayang’ oleh Mawaddah di Australia.

Demikianlah contoh-contoh di antara ribuan contoh lain yang memperlihatkan betapa hebat dan ajaibnya Abuya dan perjuangan Islam yang diperjuangkannya. Manusia biasa tidak mungkin mampu berbuat demikian. Bahkan di kalangan pemimpin sama ada pemimpin negara mahupun pemimpin yang memperjuangkan Islam yang ada pada hari ini, cubalah kita tunjukkan siapa di antara mereka yang boleh berbuat seperti mana Abuya. Hal ini tentulah berkaitan dengan latar belakang pendidikan Abuya, yang telah membentuk beliau menjadi satu peribadi yang begitu agung dan ajaibnya.

Segala kesusahan dan keperitan hidup yang dialami sejak kecil; bermula dengan kematian ibunya ketika berumur 4 tahun menjadikan Abuya berhati abid, berhati singa dan berotak geliga. Hidupnya waktu kecil bagai anak yatim piatu bilamana ayahnya pula walaupun masih hidup tapi jarang sangat berjumpa dan tidak tinggal bersama-sama. Abuya sedari kecilnya dijaga oleh:1 Bapa2 Bapa saudara iaitu Lebai Ibrahim dan isterinya Wak Imai Pilin (selama 5 tahun)3 Datuk tirinya, Mohd Jirim dan nenek tiri di Segambut (selama 2 tahun)4 Ibu tiri (selama 4 tahun) di Kuala Klang

Sesudah berkahwin, ketika berumur 20 tahun Abuya menumpang hidup di rumah dua orang bapa angkat yang kedua-duanya tinggal di Sungai Nibong, Tanjung Karang, Selangor, selama antara dua ke lima tahun.

Waktu di Segambut, di setiap malam Jumaat, Abuya akan tidur di rumah emak saudara yang bernama Halimah di Kampung Kebun Sirih, iaitu rumah kakak kepada bapanya.

Hidup Abuya sepanjang zaman kanak-kanak dan remajanya hanyalah menumpang dengan orang-orang yang tidak dikenali sebelumnya. Dari tangan ke tangan Abuya meniti perjalanan awal hidupnya di dunia ini. Sebuah kehidupan yang berjalan dalam keadaan ruangan hatinya sering

Page 131: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

merindui kasih sayang dari ibu dan bapa sendiri, yang dilihat dan dirasainya berlaku kepada orang-orang lain. Kata Abuya, Allah takdirkan semua orang yang ditumpangnya hidup itu sayang kepadanya. Abuya dapat rasakan betul-betul kasih sayang itu. Demikianlah adilnya Allah melayani hidupnya.

Namun, Allah jugalah yang mentakdirkan, hatinya tidak mahu menagih kasih kerana malu. Dia merasakan orang-orang itu semuanya bukan ibu dan bapanya sendiri. Mereka orang lain. Jadi dia malu sangat untuk menerima kasih sayang mereka semua. Dalam erti kata lain, dia tidak pun bermanja, meminta-minta itu dan ini seperti yang dibuat oleh anak-anak lain kepada ibu bapa dan orang-orang yang menyayangi mereka. Macam ada gap yang besar yang menghalang Abuya dari memanjakan dirinya dengan orang yang sayang padanya itu. Itulah rasa malu.

Ketika Abuya melihat adiknya bermanja dan berkasih sayang dengan Wak Imai dengan penuh kegembiraan, Abuya teringin untuk merasakan suasana itu. Tapi hatinya berkata dia bukan ibu sebenar, jadi Abuya malu!

Hati sering teringin itu dan ini tapi dia pendamkan keinginan itu semuanya kerana malu. Hal itu membuatkan orang-orang yang menjaganya lebih simpati. Dia tidak meminta apa-apa pun kepada mereka. Dia rasa tidak berani dan tidak mahu memintanya. Itulah Abuya seperti yang diceritakannya sendiri.

Rupa-rupanya anak yatim umumnya, begitulah hati mereka. Watak hati yang sangat-sangat merindui kasih sayang. Dan merasakan betapa mahalnya kasih sayang itu di dalam kehidupan seseorang. Sepinya dunia bagi seseorang yang ketiadaan kasih sayang. Kosongnya hidup, tiada apa yang hendak dipertahankan dan padanya mati pun tidak mengapa.

Hikmahnya, bagi orang-orang Tuhan, kekosongan itu diisi sepenuhnya dengan Tuhan. Hidup bersama Tuhan, meminta dan bermanja hanya dengan Tuhan. Memang kebanyakan pemimpin yang Tuhan lantik sama ada di kalangan para nabi, rasul, Sahabat (Khulafaur Rasyidin), mujaddid dan wali-wali besar, mereka mempunyai sejarah hidup yang sangat susah dan yatim atau yatim piatu. Kerana cara itulah Allah masukkan ke dalam hati mereka rasa hamba dan rasa bertuhan yang sangat tinggi. Allah kosongkan hati

Page 132: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

mereka daripada dunia semuanya, lalu kekosongan itu diisi dengan cinta dan takutkan Tuhan.

Abuya menceritakan bagaimana proses-proses yang dilalui dalam hidupnya sedari kecil untuk menjadikan dia pemimpin kepada jemaah yang memperjuangkan Tuhan dan kasih sayang ini. Berlakulah beberapa tahap. Peristiwa-peristiwa yang dikira sebagai fakta-fakta penentu menjadikan dirinya begitu ajaib sekali, antaranya:

1. Peranan Lebai Ibrahim dalam hidup Abuya ialah mengajar ilmu tentang Islam, tarekat dan Imam Mahdi. Lebai Ibrahim itu orangnya tidak banyak bercakap. Jadi dengan Abuya, dia tidaklah mengajar secara direct, sementelahan Abuya ketika itu masih kanak-kanak. Namun, kata Abuya, beliau dapat ilmu dari Lebai Ibrahim kerana ikut mendengar waktu Lebai Ibrahim bercakap kepada majlis di surau. Kadang-kadang sampai tengah malam, membawa ke Subuh Abuya ikut mendengar perbualan Lebai Ibrahim dan jemaah surau. Hanya kerana malu, kerana Abuya masih kanak-kanak dan dia cuma seorang, Abuya buat-buat tidur, berselubung dengan kain pelekat. Walhal sebenarnya Abuya memang ikut mendengar semuanya. Abuya sangat minat, hinggakan untuk itu, sangat bersedia untuk tidak tidur malam.

Lebai Ibrahim seperti faham watak anak buahnya itu, sementelahan pula dia memang tahu yang Abuya adalah bakal Putera Bani Tamim, orang kanan kepada Imam Mahdi, maka kata Abuya, ke mana dia pergi, dia akan bawa Abuya. Dia berikan kasih sayang yang Abuya dapat rasakan betul. Cuma Abuya sahaja tidak menagihnya. Dia tidak pernah marah pada Abuya. Paling-paling tidak hanya menyindir saja agar Abuya perasan yang dirinya bersalah.

Lebai Ibrahim, kerana sangat menjaga Abuya, kalau dia ke mana-mana dia akan membawa Abuya bersama sekalipun untuk menjaga padinya agar jangan dimakan babi. Dibawanya Abuya tidur di bendang waktu malam. Tetapi kalau di kampung itu ada kenduri kahwin bersama ronggeng, Lebai Ibrahim akan hilang sendirian tanpa membawa Abuya. Bagi Abuya yang tidak tahu hal tapi ada hati untuk tengok kenduri kahwin, dia akan pergi seorang diri, meninjau-ninjau majlis dari jauh-jauh sahaja, di tempat gelap. Sekarang baru Abuya faham keadaan sebenarnya. Rupanya Lebai Ibrahim

Page 133: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

tidak mahu Abuya terlibat dengan majlis tersebut, jadi dia sanggup menghilangkan diri agar Abuya tidak berpeluang menghadiri kenduri itu. Demikianlah kasih sayang yang diberinya sangat berdisiplin dengan syariat Allah.

2. Bapa Abuya telah menyerahkan beliau kepada ibu bapa mentuanya seelok dipindahkan dari sekolah Pilin ke Segambut. Kedua-duanya merupakan datuk dan nenek tiri kepada Abuya. Rumahnya besar. Mereka tinggal bersama lima orang anak dan dua orang cucu yang semuanya perempuan. Ada juga seorang anak lelaki dan seorang menantu iaitu Ustaz Amin yang mengajar Abuya di sekolah agama, tinggal bersama di rumah itu. Tok Mohd Jirim itu ialah ketua kampung Segambut (Tok Empat). Orangnya cerdik, sangat rajin bercakap hal tinggitinggi tapi keadaan hidupnya sungguh miskin.

Saya tanya, apa perasaan Abuya, dipindahkan hanya untuk tinggal dengan keluarga yang begitu? Kata Abuya memang mulanya sedih sekali, rasa hendak balik ke Pilin. Namun selama dua tahun Abuya kena harungi hidup sebegitu.

Lagi sekali Allah takdirkan Tok Jirim sayangkan Abuya. Adilnya Allah. Kalaulah Abuya rasa dia tidak disayangi bahkan jadi pengganggu di situ, tentu akan sakitlah jiwa Abuya.

Tok Mohd Jirim akan bawa Abuya ke mana saja dia pergi. Mereka berkawan tapi tidak saling berbual sebab hanya Tok Mohd Jirim seorang saja yang bercakap. Gambarkan Tok Empat berkawan dengan remaja umur 13 tahun. Malam-malam kata Abuya, datuk tirinya itu akan ajak Abuya mendengar celotehnya. Kadang-kadang sampai pukul dua pagi. Penghuni lain semua sudah tidur, tapi mereka berdua bertemankan lampu minyak, ada program iaitu si datuk bercakap-cakap segala hal-hal yang tinggi-tinggi sementara si cucu hanya mendengar tanpa bertanya atau respond apa-apa. Abuya dengar sahaja dengan penuh minat. Membuatkan datuk itu tidak jemu-jemu bercakap, bercerita tentang macam-macam isu kemasyarakatan. Abuya sanggup dengar tanpa sepatah kata kerana wataknya waktu itu yang sangat pemalu dan sangat pendiam.

Page 134: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Macam berkursuslah Abuya sepanjang dua tahun di Segambut itu. Siang ke sekolah kebangsaan dan sekolah agama darjah 6 dan 7, malam kursus kemasyarakatan. Tok Mohd Jirim juga ada bagi assignment mencari kayu api dan pucuk paku serta pucuk ubi. Tiap-tiap hari kata Abuya, dia hanya makan nasi dengan gulai pucuk ubi dan sambal belacan atau berlauk ikan bilis kerana miskinnya. Aktiviti Abuya adalah mencari pucuk-pucuk ubi untuk digulai. Memang Abuya begitu cerdik dan rajin serta pemalu dan pendiam.

Adapun mengapa Tok Empat itu begitu berminat dengan Abuya, saya rasa agaknya kerana bapa Abuya sudah bercerita tentang Abuya kepada bapa mentuanya itu. Ini kerana mereka sangat rapat berkawan bukan macam anak menantu. Sebab itulah Abuya dilayan begitu istimewa yang mana kata Abuya, selesai Abuya mendengar celotehnya, dia pergi tidur, barulah Abuya pun tidur. Ajaib.

Oleh kerana Abuya sangat pemalu, maka dengan semua saudara-saudara perempuan dalam rumah itu Abuya tidak pernah bercakap. Siang sama-sama berbasikal ke sekolah tapi tidak bercakap. Makan pun tidak sama. Abuya makan berdua dengan datuknya saja. Pelik. Begitulah sebuah kehidupan pahit tapi bermakna untuk seorang pejuang besar zamannya.

Selama dua tahun di Segambut, setiap malam Jumaat Abuya akan pindah ke rumah ibu saudaranya, kakak kepada bapanya dan tidur di sana. Itu arahan bapanya. Di sana, Abuya baca Quran dan tahlil seperti diminta. Ibu saudara dan keluarganya akan mendengar.

Bila ditanya, adakah Abuya gembira di rumah tersebut bersama abang sepupu bernama Sahnan, seperti sebelumnya, kata Abuya dia tidak bercakap pun. Abuya memang sangat pendiam walhal dalam hati banyak yang ingin ditanya kepada ibu saudara itu perihal sejarah hidup bapanya yang merupakan adik bongsu kepada tiga bersaudara. Tapi malunya menghalang semua itu.

Kalau bapanya ada sejarah mati tiga kali waktu kanakkanak, maka seorang kakak kepada bapanya dicuri orang waktu masih bayi, ketika dalam buaian. Hilanglah bayi itu. Bila dia ditemui semula? Yakni waktu sudah ada anak

Page 135: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

cucu, di Singapura. Dengan itu ramailah kaum keluarga Abuya di Singapura. Tapi dalam hal beragama, nampaknya ayahnya yang lebih menonjol, sedangkan kakak-kakaknya hanya beragama tradisi seperti orang Melayu biasa. Hubungan dengan Abuya tidaklah serapat mana.

Namun ketika Abuya difitnah dalam surat khabar dengan segala cerita-cerita buruk tempoh hari, semua keluarganya termasuk masyarakat di Segambut yang sangat faham watak Abuya tidak boleh terima fitnah itu. Orang tahu wibawa bapa Abuya yang bila dia pencen, tinggal di Segambut, apabila hendak dilantik jadi Tok Empat, dia tidak mahu. Orang tidak percaya, keluarga yang begitu disegani dan disayangi berbuat seburuk yang digambarkan.

1 Biasanya ibu tiri tidak baik hubungannya dengan anak tiri. Begitulah selalunya yang kita faham. Tapi Abuya bertuah, mendapat ibu tiri yang sangat sayang padanya. Sayangnya kepada Abuya lebih daripada anak-anaknya sendiri. Kata anak Abuya, Syeikh Fakhrurrazi, sewaktu remaja dia dan adikberadiknya tidak tahu pun bahawa Nenek Bedah itu nenek tiri dan Haji Jirim itu moyang tiri kerana perhubungan yang begitu baik, penuh kasih sayang dan kemesraan sepertilah keluarga-keluarga bukan tiri lainnya. Sesudah dewasa barulah dia faham rupanya Nenek Bedah itu adalah nenek tiri. Inilah lagi satu keajaiban dalam hidup Abuya dan keluarganya. Kasih sayang benar-benar dapat dirasakan berlaku dalam hidup mereka.

2 Apabila Abuya dipindahkan mengajar di Sungai Nibong, bapanya menghantarnya ke rumah seorang kenalan yang alamatnya diberikan oleh Pak Mat Kelang (Syeikh Mohd Abdullah ibnu Khairillah as Suhaimi). Orang itu ialah imam di kampung itu, Kiyai Jalal yang beramal dengan wirid Muhammadiah dan sempat berjumpa dengan Sayidi Syeikh Suhaimi. Sangatlah gembiranya Abuya kerana dipertemukan dengan orang seistimewa itu. Kerana rapatnya hubungan mereka maka Abuya tinggal di rumahnya dan menjadikannya bapa angkat. Rumahnya di kawasan estet kelapa di Sungai Nibong.

3 Abuya juga dapat berkenalan dengan seorang lagi bapa angkat iaitu tok siak yang juga ahli wirid tapi bukan pengamal wirid Muhammadiah. Dengan Pak Karim ini,

Page 136: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Abuya lebih rapat, betul-betul macam anak dan bapa hingga Abuya ikut ke bendang dan membantu apa juga tugasnya. Abuya tanggung makan minum dan tinggal lebih lama di rumah Pak Karim yang tinggal di tengah bendang itu. Ertinya selama di Sungai Nibong, Abuya tidak ada rumah sendiri dan hanya menumpang tinggal di dua rumah orang yang baru ditemuinya. Abuya berulang-alik dari bendang ke kebun kelapa bersama anak isteri. Sebuah sejarah menyayat hati. Kasih sayang yang terpaksa dicari namun hati tetap sepi kerana semuanya bukan asli. Kasih sayang yang sejati sudah dibawa pergi oleh ibu yang sudah tiada lagi.

Gambarkanlah kalau Abuya tidak bertemu dengan orang-orang yang menyayanginya, nescaya hancurlah hidupnya. Kasih sayang dirasakan padanya terlalulah mahal, umpama oksigen dalam kehidupan.

Dengan rentetan peristiwa tadi, bolehlah kita lihat cara Tuhan mencipta orang-Nya untuk menjadi pemimpin yang memperjuangkan Tuhan dan kasih sayang kepada manusia. Dirinya dididik untuk mengambil dan menyimpan sebanyakbanyak maklumat sedari kecil sama ada di aspek duniawi mahupun ukhrawi. Dia tidak mengeluarkan, kerana tidak bercakap tapi sangat memproses untuk mengambil pendirian sama ada untuk akal atau roh. Setuju atau tidak adalah rahsianya. Akal menutup mulutnya dari membuka semua maklumat itu.

Apabila tiba masanya, kata Abuya, barulah dia berlatih bercakap, bersyarah demi menyampaikan cita-cita perjuangan yang sudah meluap-luap dalam dirinya.

Namun dalam sepanjang diamnya, dia dapatkan Tuhan untuk pengisian kekosongan yang dirasainya. Bacalah sajaksajak Abuya sekitar tahun 2000, semuanya adalah kisah cintanya dengan Tuhan. Dan kerana kasih sayang itu begitu didahagakannya, maka jadilah dia manusia paling sensitif dengan penderitaan orang lain. Sepertimana dirinya yang amat menginginkan, dapatlah dirasainya betapa orang lain itu juga amat mengharapkan kasih sayang. Alhasil, Abuya tercipta sebagai tokoh yang memperjuangkan Tuhan dan kasih sayang. Dialah bapa kasih sayang.

Page 137: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

DIALOG

Penulis: Kenapa tubuhkan Jemaah Jubah Hijau Darul Arqam?

Abuya: Kerana Allah dan Rasul. Wajib bagi kami berjemaah. Jemaah itu rahmat. Berpecah itu azab kata Rasulullah.

Penulis: Tapi jemaah Abuya dikatakan sesat. Jemaah yang terkeluar dari masyarakat ‘main stream’. Jemaah yang tak sesuai dalam negara majmuk.

Abuya: Jemaah apa pun kalau baru memang wajib menghadapi semua andaian-andaian itu. Tapi kalau sudah besar, sudah diterima, semua tuduhan itu tidak ada maknanya lagi.

Penulis: Ada harapan membesarkan jemaah lagi?

Abuya: Orang yang putus harapan dengan Allah hukumnya dosa besar.

Penulis: Bolehkah masyarakat terima? Sedangkan usaha-usaha menentang apa yang Abuya buat oleh segelintir orang sangat serius nampaknya?

Abuya: Pengalaman sudah banyak memberitahu kita bahawa kebenaran itu akan melonjakkan popularitinya di atas penentangan yang dibuat kepadanya.

Penulis: Mengapa begitu?

Abuya: Sebab kebenaran itu bersifat rohiyah manakala penentangan dibuat dengan akal. Roh dengan akal umpama air dengan gula. Bila bertembung, gula akan hilang di dalam air. Air jadi tambah sedap. Gula kalau ia cerdik, ia tidak akan mengganggu air.

Penulis: Sebenarnya apa cita-cita Abuya?

Page 138: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Abuya: Sesungguhnya hidup matiku untuk Allah, Tuhan sekalian alam.Penulis: Tapi nampaknya berbau politik?

Abuya: Memang Allah datangkan kita ke dunia untuk Islamkan dunia ini.

Penulis: Tapi orang tak boleh terima negara Islam macam yang Abuya mahu.

Abuya: Di dunia yang sudah tidak selamat ini, orang semuanya sedang amat rindukan keselamatan, kasih sayang, keadilan, kepedulian dan pertolongan. Itulah negara Islam yang saya maksudkan. Adakah orang takut keselamatan?

Penulis: Tapi Abuya bawa poligami. Itu menakutkan orang perempuan?

Abuya: Orang perempuan, bukan sahaja takut poligami. Dengan polis pun takut, dengan sakit pun takut, dengan peperiksaan pun takut. Tapi bila diberi faham sebaik-baiknya, setepat-tepatnya, semua ketakutan pun boleh hilang. Masakan Allah dan Rasul lakukan sesuatu itu sia-sia atau menganiaya. Bahkan sebenarnya Allah bermaksud seribu satu macam keindahan. Ada seribu satu keburukan. Di sebalik seribu satu macam ciptaan-ciptaan yang menyakitkan sebenarnya ada tersembunyi seribu satu macam kebaikan pula. Orang yang tahu, sebenarnya akan bersikap tidak menolak apa pun dari Tuhan. Kerana semua itu sebenarnya bermaksud baik kalau kita memahaminya.

Penulis: Abuya menawarkan hidup yang miskin sedangkan Abuya kaya.

Abuya: Saya kaya setelah saya miskinkan diri saya dan siapa pun yang sanggup jual beli dengan Tuhan dia akan perolehi keuntungan yang besar kemudiannya.

Penulis: Kenapa Abuya sakit teruk? Macam mana nak jadi pemimpin yang baik?

Abuya: Kalau saya tak sakit, ada yang bimbang kalau-kalau saya akan buat

Page 139: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

lagi. Maka Allah yang Maha Adil, buatkan saya sakit, namun jemaah saya tetap berkembang. Saya yakin sakit ini akan sembuh oleh kuasa Allah.

Penulis: Dalam jemaah Abuya pun banyak masalah.

Abuya: Sepohon pokok yang baik, ia tahu musim bila ia akan gugurkan daun-daunnya, bila berdaun semula, bila daun berputik lagi, bila dahan perlu dijatuhkan, ranting ditambah dan lain-lain. Jemaah itu benar atau tidak ditentukan juga oleh faktor kemampuannya mengemaskan diri dari masa ke semasa menurut kaedah yang tepat, masa yang sesuai, langkah yang baik dan orang yang betul-betul kena-mengena dengan persoalan.

Penulis: Jemaah Abuya banyak sangat ujian. Tapi banyak pula nikmat Allah?

Abuya: Memang sepanjang sejarah perjuangan kebenaran yang diperjuangkan oleh Allah dan rasul-rasul-Nya serta para mujaddidnya, ia penuh dengan ujian dan nikmat. Tidak nikmat saja dan tidak ujian saja. Duadua serentak supaya para pejuang sentiasa diimbangkan oleh rasa sabar dan rasa syukur. Ada ‘check and balance’ dalam jemaah Tuhan.

Penulis: Apa bukti sejelas-jelasnya yang jemaah Abuya ini betul-betul jemaah kebenaran dari Allah dan Rasul?

Abuya: Di setiap awal kurun hijrah, Allah dan Rasul memerintahkan umat Islam mencari mujaddid. Ada maksud Hadis yang menyebut: “Di setiap awal 100 tahun hijrah, Allah datangkan seorang pembawa agama (mujaddid).” Dan ada Hadis yang menyatakan, “Dia dapat menzahirkan kebenaran dan tidak dapat dihalang oleh penentang-penentangnya.”Lihatlah tiga ciri mujaddid yang disebut oleh Allah dan Rasul.1 Datang di awal kurun.2 Dapat zahirkan cara hidup Islam dalam realiti.3 Tidak dapat dirosakkan oleh penentang-penentang yakni perjuangannya dapat diteruskan walaupun penuh halangan.

Mulanya saya memang mencari pemimpin itu yang ciri-cirinya menepati kehendak Allah dan Rasul. Namun tidak saya temui. Maka saya berfikir untuk mencuba menjadi pemimpin itu. Berdasarkan apa yang telah dan sedang

Page 140: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

berlaku kepada saya dan jemaah saya, maka saya yakin inilah dia jemaah itu.

Penulis: Tapi Aurad Muhammadiah dan Imam Mahdi difatwakan sesat?

Abuya: Memang ada dua aliran fahaman yang saling sesatmenyesatkan satu sama di dunia umat Islam waktu ini. Kedua-dua mendakwa merekalah yang benar. Walhal kebenaran dari Allah dan Rasul itu, hanyalah satu dan cukup jelas. Jadi bagi menghadapi kemelut dunia yang sangat rosak dan kronik ini, sesiapa yang betul-betul benar, tentu Allah akan pimpin untuk dapatkan jalan kebenaran (siratalmustaqim) ini dengan selamat tanpa tergugat oleh halangan yang mengganggunya.

Penulis: Abuya ada memasukkan dalam perjuangan ini unsurunsur yang menimbulkan keraguan seperti hal-hal ghaib mengenai malaikat maut, air janggut, tawasul dan khadam.

Abuya: a. Malaikat mautSebenarnya Allah menyuruh kita berdoa kepada-Nya dalam apa masalah pun, sekalipun untuk meminta dipanjangkan umur untuk sesiapa yang kita harap agar janganlah dia mati dahulu. Kalaulah ada orang berdoa agar Izrail jangan cabut dahulu nyawa si polan bin si polan dan sekiranya Allah perkenankan, maka samalah seperti Allah izinkan seseorang yang sedang sakit itu memanggil doktor tolong sembuhkannya. Padahal kuasa menyembuhkan bukan di tangan doktor. Allah-lah yang merupakan kuasa mutlak untuk melakukan penyembuhan, menghidupkan atau mematikan. Tapi Allah itu meluaskan agama-Nya dengan mengizinkan hamba-hamba-Nya untuk berurusan dengan ‘pegawai-pegawai tadbir’-Nya dalam kerajaan Allah seperti malaikat-malaikat, nabi-nabi, roh-roh ghaib termasuklah makhluk-makhluk lahir. Namun itu semua adalah untuk urusan agama dan kerana Allah.

b. Air janggutDalam perubatan dan perawatan terutama masalahmasalah rohaniah, kejiwaan, sakit mental dan lain-lain yang bukan fizikal, para tabib atau doktor-doktor rohani ini akan menggunakan ayat-ayat Quran dan Hadis-Hadis Nabi. Air doa dengan mencampurkan apa-apa yang baik dari seorang

Page 141: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

mursyid yang dimintakan doanya itu juga dianggap ada berkat di sisi Allah dan Rasul. Bukan doanya sahaja, janggutnya pun boleh diterima Allah sebagai sumber doa dan berkat.Sejarah Sayidina Khalid ibnu Walid membawa janggut Rasulullah ke setiap medan perang dan menang adalah bukti bahawa pada Rasulullah itu bukan doanya sahaja, tapi janggutnya pun boleh membuat Allah kabulkan hajat Khalid. Seorang mursyid pewaris Rasul boleh juga diperlakukan oleh murid-murid di zamannya sebagai batang tubuh Rasulullah. Kalau anda ragu dengan semua ini, cubalah istikharah, bertanya Allah dan Rasul akan jawapannya.

c. TawasulMari kita jangan bergaduh tentang masalah ini, tapi kita manfaatkan krisis ini untuk membangunkan Islam. Siapa yang yakin tawasul itu dibenarkan oleh Allah dan Rasul, silakan bertawasul sampai terhasilnya Islam di tengah masyarakat Islam. Siapa yang tidak yakin dengan tawasul itu pun boleh, silakanlah berjuang dengannya hingga umat Islam menjadi cukup kuat dan berwibawa dengan pembangunan insaniah dan material yang cukup hebat. Mudahmudahan Allah memberi taufik kepada kita semua.

d. KhadamIlmu ini dianggap karut oleh sesetengah golongan umat Islam, tapi dengan izin Allah dan Rasul, jin memang ada pernah beriman dan berjuang dengan Rasulullah. Allah Maha Berkuasa mampu untuk ciptakan itu semua. Jin yang taat kepada pemimpin Islam memang boleh diberi arahan tertentu untuk bantu perjuangan. Ingatlah musuh-musuh Islam sanggup menggunakan sihir dengan segala bala tentera jin untuk menghancurkan Islam, maka tentulah dengan keadilan Allah, umat Islam boleh melakukannya secara yang halal dan dibenarkan agama.

Penulis: Apakah rahsia Abuya boleh membangunkan semula jemaah yang sudah hancur? Dari mana Abuya dapat duit banyak untuk membangunkannya?

Abuya: Allah dan Rasul sahaja yang tahu bagaimana agama-Nya dapat dikembalikan. Ertinya Allah dan Rasul yang memimpin dan menunjuk ajar untuk berstrategi terhadap musuh-musuh agar agama-Nya itu dapat

Page 142: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

menguasai suasana. Duit pun dari Allah juga. Jangan sangka Allah tidak ada duit bahkan yang Maha Kaya itu ialah Allah. Kenapa tidak manfaatkannya.

Penulis: Abuya yakin akan menang?

Abuya: Sebuah jemaah kalau benar dijanjikan oleh Allah dan Rasul, pemimpinnya memang dilantik sendiri oleh Allah dan Rasul bernama mujaddid, maka kemenangan untuknya. Bukan sahaja Allah janjikan di Akhirat dapat Syurga, tapi juga akan dapat kuasa di dunia, insya-Allah._________________________________________________________________________________AURAD MUHAMMADIAHAbuya Ashaari Muhammad tidak boleh dipisahkan dengan Aurad Muhammadiah. Memisahkannya bererti membuang roh dari jasadnya. Apalah ertinya lagi kalau itu berlaku kepada jasad dan roh tadi?

Kata Abuya, “Terpulanglah apa orang hendak kata tentang mengapa saya jadi seperti ini. Namun bagi saya sendiri, yang merasai dan menjalaninya, sesungguhnya Aurad Muhammadiahlah satu-satunya faktor yang menjadikan saya begini. Seramai-ramai lelaki yang dilahirkan ke dunia sebagai lelaki kelahiran Bani Tamim, namun semuanya tidak dapat menjadi Putera Bani Tamim yang disabdakan kerana mereka tidak direzekikan Aurad Muhammadiah.”Begitu sekali Abuya memandang besarnya peranan Aurad Muhammadiah dalam hidupnya.

Kata Abuya lagi, Islam bangkit di setiap zaman, adalah bersama tarekat pengiring. Tanpa kegiatan rohaniah, para pejuang tidak mungkin ada ‘power’ untuk melakukan kerjakerja kebangkitan itu. Bila selesai dan sempurna program kebangkitan itu, untuk sesuatu zaman itu, maka tamat jugalah peranan tarekat itu. Ertinya dia hanya berfungsi untuk zamannya saja. Untuk zaman lain, oleh tokoh kebangkitan lain, maka tarekatnya pun mestilah lain, yakni yang baru, yang mampu dan sesuai dengan suasana serta keperluan zamannya itu.

Untuk akhir zaman, memang kebangkitan Islam itu begitu jelas dijanjikan, berdasarkan banyaknya Hadis-Hadis akhir zaman yang menyebut

Page 143: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

tentangnya, yakni dengan jelas menyebutkan tokohnya ialah Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim terpilih sebagai raja mindanya untuk mencetuskan tapak kebangkitan, atas arahan dan pantauan Imam Mahdi. Bila tapak sudah siap, yakni sebuah negara Islam Sunni sudah wujud, zahirlah Imam Mahdi untuk mengambil alih kuasa dalam masa satu malam sahaja. Sebab kerja-kerja sudah disiapkan oleh Putera Bani Tamim. Perjuangan itu akan diteruskan ke peringkat dunia.

Maka kata Abuya, untuk kerja-kerja seberat itu, Allah dan Rasul akan bekalkan ‘power’ yang cukup kuat kepada orangnya. Power itulah Aurad Muhammadiah. Berzikir dengannya, pejuang-pejuang Islam akhir zaman akan dibantu Allah untuk sampai mampu menzahirkan sistem Islam dalam kehidupan serta mampu melepasi musuh-musuhnya yang menghalang dengan seribu satu jenis rintangan.

Kata Abuya lagi, hanya pengamal Aurad Muhammadiah yang berjuang saja yang dapat lakukan kerja-kerja perjuangan akhir zaman ini. Pengamal-pengamal tarekat lain yang diwarisi dari zaman sebelum, sebenarnya tidak cukup kuat untuk melakukan perjuangan Islam akhir zaman ini. Sebab masanya sudah berlalu.

Aurad Muhammadiah adalah rezeki istimewa untuk Imam Mahdi. Ia diamalkan sejak 200 tahun yang lalu. Diwariskan dari generasi ke generasi dengan selamatnya. Halanganhalangan dapat dilepasi. Akhirnya Aurad Muhammadiah sampai ke tangan Abuya yang baru menyambungnya selama 60 tahun. Sekali lagi segala halangan dapat dilepasi dan kini Aurad Muhammadiah terbukti begitu powernya.

Aurad Muhammadiah, sesungguhnya aku tidak sanggup berpisah denganmu. Ketiadaanmu kurasa kekosongan dan tidak mampu meneruskan hidup. Cintaku padamu tidak padam-padam sampai kini. Meskipun tiada, kau kan tetap di hati.

Kaubuatkan aku didekatkan dengan Rasulullah SAW, keluarga baginda dan para Sahabat sekalian. Bersamamu aku terhubung kembali mengingati sekalian para rasul, nabi-nabi, wali-wali Allah dan sekalian orang-orang soleh. Seluruh mukmin mukminat, muslimin muslimat yang masih hidup atau

Page 144: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

yang sudah meninggal dunia, yang dinamakan saudara-saudara seislam itu, tidak pernah aku ambil kisah sebelumnya.

Tapi Aurad Muhammadiahlah yang hidupkan perhubungan hati dan mental dengan semua itu, hingga mendorong aku mengambil tanggungjawab untuk mendoakan dan hadiahkan pahala kepada mereka semua. Ibu bapaku yang pernah tidak kupedulikan sudah sekian lama, olehmu Aurad Muhammadiah, kau buatkan aku amat menghargai mereka dengan doa dan menghadiahkan bacaan-bacaan itu pada mereka pula.

Guru-guruku ramai tapi tiada seorang pun yang mampu berbuat seperti Aurad Muhammadiah. Yakni meyakini kewujudan Putera Bani Tamim dan Imam Mahdi, dua tokoh yang dijanjikan oleh Allah dan Rasul untuk mengembalikan semula kebangkitan Islam ke dunia di akhir zaman.Sebagai umat Islam, sepatutnya mereka sangat merindui dan mengharapkan agar sejarah itu berlaku di tangan mereka. Sementelahan umat Islam kini kian hampir kehilangan segalagalanya. Amat pentinglah janji Tuhan itu direbutkan dan dibuat persiapan menyambut ketibaannya.

Aurad Muhammadiah adalah talian rohaniah, penghubung hatiku dengan Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim. Penyelamat dunia yang disimpan oleh Tuhan untuk umat Islam akhir zaman.

Begitulah kebesaranmu, Aurad Muhammadiah. Itu baru intro bagi pengembaraan bersamamu. Starting yang cukup interesting, wahai Aurad Muhammadiah. Beruntungnya hidup bersamamu, mendapat sesuatu yang dunia tidak mampu menyediakannya. Rohaniku mendapat kawan serta kebahagiaan yang dicari.

Pengembaraan seterusnya:

Maksudnya: Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai Hari Pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami ke jalan yang lurus. (Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang-orang

Page 145: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

yang Engkau murkai dan bukan (pula jalan) orang-orang yang sesat. (Surah Al Fatehah).

Ayat pertama dalam bacaan Aurad Muhammadiah ialah ‘Al Fatehah’, Ummul Quran. Surat cinta agung dari Tuhan yang kalau difahami, manusia akan amat mencintai Tuhan.

Maksudnya: Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah dan aku menyaksikan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah. Abu Bakar yang sangat kuat membenarkan Islam, Umar yang dapat membezakan antara baik dan jahat, Utsman yang amat taat kepada Tuhan yang Maha Penyayang, Ali yang menjadi penyokong agama, Muhammad Imamul Mahdi, kesemuanya khalifah-khalifah Rasulullah SAW.

Ayat kedua ialah Zikir Syahadah, Khulafaur Rasyidin dan Imam Mahdi. Rasulullah SAW menjanjikan bahawa siapa menyebut nama orang-orang soleh akan turun rahmat. Maka olehmu Aurad Muhammadiah, kau bariskan nama Allah dan Rasul dan team utama mereka yang paling gigih memperjuangkan Allah dan Rasul. Bahagianya hati bila berpeluang setiap hari lima kali dapat mengenangngenang Allah, Rasul, Abu Bakar, Umar, Usman, Ali dan Imam Mahdi.

Mengambil mereka untuk merujuk, mengadu, menyatakan cinta dan takut serta berjanji untuk ikuti jejak hidup mereka, adalah sandaran yang amat kuat. Aurad Muhammadiah, kau benar-benar menghiburkan.

Maksudnya: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin. Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah: Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain Dia, hanya kepada-Nya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung. (Surah At Taubah: 128-129)

Ayat ketiga pula membuatkan cinta pada Allah dan Rasul makin

Page 146: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

mendalam. Hati tiada kepada yang lain lagi. Harapan sepenuhnya kepada mereka. Takut tidak ada lagi kepada selain-Nya.

Maksudnya: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim. (Surah Al Anbiya: 87)

Ayat keempat. Terhadap Allah dan Rasul yang sebaik itu, seagung itu, maka terasa diri kurang ajar menghadapi mereka. Zalimnya seorang hamba yang tidak mempedulikan cinta agung dari Allah yang Maha Baik.

Maksudnya: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Katakanlah: Dialah Allah yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada suatu pun yang setara dengan-Nya. (Surah Al Ikhlas)

Ayat kelima. Terpesona dengan Allah yang menamakan diri-Nya tempat meminta tolong. Pengabdian total kepada Allah diterapkan oleh Aurad Muhammadiah.

Maksudnya: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dan apabila kamu membaca Al Quran nescaya akan Kami adakan di antara kamu dengan orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan Akhirat suatu dinding yang tertutup. (Surah Al Israk: 45)

Mereka tuli, bisu dan buta, maka (oleh sebab itu) mereka tidak mengerti. (Surah Al Baqarah: 171)

Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), maka Kami kaburkan mereka sehingga mereka tidak dapat melihat. (Surah Yaasin: 9)

Ayat keenam. Mendapat janji yang pasti dari Allah, bahawa pencinta kebenaran nescaya dilindungi dari musuhnya.

Maksudnya: Ya Allah kurniakanlah kesejahteraan dan keselamatan kepada

Page 147: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

penghulu kami Muhammad, Nabi yang tidak perlu membaca dan menulis, dan demikian juga kepada sekalian ahli keluarganya dan Sahabat-Sahabatnya, seberapa banyak bilangan yang Engkau ketahui dan seberapa berat timbangan yang Engkau ketahui dan sepenuh apa jua yang Engkau ketahui.

Ayat ketujuh. Menyatakan terima kasih tiada terhingga kepada Rasulullah SAW, keluarga dan Sahabat dengan meminta Allah selawatkan dan selamatkan mereka. Kerana merekalah, segalanya diberikan Allah kepada manusia. Demikian Aurad Muhammadiah menghubungkanku dengan Nabiku yang sudah wafat. Cinta Rasul berbunga semula.

Maksudnya: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Daud kurnia dari Kami. (Kami berfirman): Hai gunung-gunung dan burung-burung bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud, dan Kami telah melunakkan besi untuknya. (Iaitu) buatlah baju besi yang besar-besar dan tentukan ukuran dengan tepat, dan kerjakanlah amalan yang soleh, sesungguhnya Aku melihat apa-apa yang kamu kerjakan. (Surah Saba: 10-11)

Ayat akhir. Allah menawarkan hadiah paling istimewa sepertimana pernah diberi pada Nabi Daud kalau kita sanggup cinta dan takut pada-Nya. Hebat Aurad Muhammadiah, membuat ending yang begitu mengghairahkan sekali. Manalah Abuya dan orang-orangnya tidak gilakanmu Aurad Muhammadiah. Meskipun dikebumikan tapi kau tetap dikenang! Moga-moga Syeikhnya dimuliakan Tuhan dan diangkat darjat. Amin, ya Allah.

Kesimpulan: Bahawa Aurad Muhammadiah ialah perjalanan menuju Tuhan dengan langkah yang cukup praktikal, berkesan dan tepat dengan keperluan zaman. Sayang, ia tidak boleh hidup di Malaysia._______________________________________________________________________________IMAM MAHDIKalau kita mengkaji secara mendalam Hadis-Hadis Nabi tentang Imam Mahdi, ditambah dengan kefahaman yang Allah beri secara ilham, nescaya kita akan membuat kesimpulan seperti yang akan dinyatakan di bawah ini.

Page 148: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Kata Abuya, beliau membuat kajian perihal janji Allah untuk akhir zaman, khusus tentang Imam Mahdi sudah 50 tahun lebih. Oleh kerana Hadis-Hadis itu banyak yang bersifat ‘kod-kod rahsia’ yang Allah dan Rasul sendiri sifatkan, maka untuk memahaminya mestilah seseorang yang diberi faham sendiri oleh Allah dan Rasul secara ilham. Kata Abuya, oleh kerana pelaksana kepada kebangkitan Islam itu ialah Imam Mahdi sendiri dan Putera Bani Tamim, maka kepada merekalah diberi ilham untuk menambah faham erti keseluruhan pakej Hadis akhir zaman itu. Selain mereka, sekalipun para ulama, sekalipun Yahudi, mereka tidak pasti bentuk atau format sebenarnya tentang bagaimana berlakunya kebangkitan itu. Ini kerana maksud asal Hadis-Hadis itu terlalu umum dan kabur.

Menurut Abuya, dia memang diberi faham oleh Allah ten-tang konsep, teknik dan hala tuju perjuangan akhir zaman, bagaimana ia bermula sampailah ke akhirnya. Kefahaman itu sudah diuji dalam tindakan dan sudah pun berhasil. Hasilnya setakat ini membuatkan Abuya amat yakin bahawa kefahaman yang didapatkan dari masa ke semasa itu memang satu kebenaran.

Berikut ialah apa yang Abuya faham tentang Imam Mahdi dan perjuangannya dengan merujuk kepada Hadis-Hadis akhir zaman serta ilham yang Abuya dapat dari masa ke semasa, sejak 40 tahun yang lalu:

1 Imam Mahdi adalah seorang lelaki yang masih hidup dan sedang dighaibkan Allah.

2 Dia akan zahir ke dunia nyata pada waktu yang Allah kehendaki untuk melakukan kebangkitan Islam.

3 Di hari zahirnya iaitu hari Jumaat bulan haji, khatib sedang membaca khutbah Jumaat di mimbar Masjidil Ha-ram di Mekah, tetapi hidungnya berdarah kerana cuaca terlalu panas. Khatib itu turun dari mimbar dan naiklah khatib yang kedua untuk berkhutbah. Tetapi hidungnya juga berdarah, maka naiklah khatib yang ketiga, tetapi berdarah hidung juga. Demikianlah berlaku hingga 6 orang khatib mengambil tempat, tetapi semuanya berdarah hidung. Oleh kerana darah itu najis, maka batallah khutbah mereka semuanya. Terakhir, naiklah khatib ketujuh dan didapati hidungnya tidak berdarah, maka dialah yang menjadi imam sembahyang

Page 149: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Jumaat pada hari itu di Mekah. Itulah dia Imam Mahdi sewaktu mulamula dizahirkan Allah ke alam nyata setelah dighaibkan Allah selama 80 tahun sudah. Kejadian ini mirip dengan kejadian sewaktu akan zahirnya Nabi Isa, waktu Subuh di Masjid Omawi di Damsyik Syria.

4 Nama Imam Mahdi ialah Muhammad bin Abdullah, ibunya Aminah, keturunan Bani Hasyim iaitu Arab Quraisy dan merupakan ahlul bait.

5 Imam Mahdi akan zahir tidak lama lagi iaitu selepas terjadinya daulah Islamiah di Malaysia iaitu sekitar 3 hingga 4 tahun lagi.

6 Dari Mekah, dia akan ke Malaysia untuk menerima serahan kuasa dari Putera Bani Tamim. Hal ini berlaku setelah 6 bulan kezahirannya di mimbar Masjidil Haram itu.

7 Dalam tempoh 6 bulan itu, Imam Mahdi belum isytihar dirinya. Beliau hanya bertemu wazir-wazirnya dan mengatur strategi bagaimana untuk melengkapkan persiapan untuk pengisytiharan. Umat Islam yang sudah tahu keberadaannya walaupun tidak isytihar, akan berbaiah kepadanya. Maka Imam Mahdi syaratkan mereka mesti berbaiah dulu dengan Putera Bani Tamim, kemudian mengikuti kursus Ilmu Ikhwan dan Asoib di Malaysia. Kebanyakan yang berbaiah ialah syeikh tarekat yang hak bersama pengikutnya, kebanyakannya orang Timur Tengah dan juga dari seluruh dunia akan berbondongbondong ke Malaysia.

8 Program penyerahan kuasa berlangsung hanya satu malam, sebab kerja-kerja menyiapkannya sudah dibuat oleh Putera Bani Tamim selama 40 tahun. Imam Mahdi memimpin kerja-kerja itu dari balik tabir.

9 Dengan kuasa daulah yang ada, dengan sistem pemerintahan khalifah yang sudah wujud dan dengan pengaruh yang sudah bertaraf dunia, Imam Mahdi akan memulakan operasi memerangi Amerika (Sufyani). Beliau akan menang dan dapat menguasai dunia.

10 Imam Mahdi memerintah dunia selama 40 tahun. Bila dajjal datang, Nabi Isa turun untuk membunuhnya. Nabi Isa akan membenarkan Imam Mahdi, hasilnya seluruh penghuni dunia akan jadi pengikut Imam Mahdi.

Page 150: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Hari ini watak dunia sudah betul-betul jadi seperti wataknya sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW. Itulah tanda besar Imam Mahdi sudah hampir untuk datang. Dunia sudah kehilangan punca. Seorang penyelamat dari Tuhan benarbenar diperlukan. Untuk itu kata Abuya, Tuhan akan jadikan Malaysia negara Islam dengan kuasa-Nya tidak lama lagi.

Sebab Imam Mahdi itu datang dan berperanan, mestilah di atas kuasa dan sistem yang benar-benar mendukung ketibaannya. Kalau beliau datang tanpa sokongan, siapa yang akan menyambutnya? Siapa yang akan membenarkannya? Tentu akan jadi seperti Osama bin Laden yang hidup terbuang. Sebab itu syarat wajib bagi kedatangan Imam Mahdi ialah sebuah daulah Islamiah yang menjadi pendukungnya dan kemudian menyerahkan kuasa itu kepadanya. Dengan kuasa itu, dia berjuang lagi dan dapat tawan dunia, kemudian Nabi Isa pun turun, Imam Mahdi dan kuasanya akan sambut Nabi Isa dan isytiharkan pada dunia. “Inilah Nabi Isa.” Barulah dunia menerimanya.

Kata Abuya, kalau Imam Mahdi dan Nabi Isa turun, tiada yang menyambut, nanti dunia akan curiga, Bush akan tangkap dan hiduplah mereka macam Osama bin Laden.

Rakyat Malaysia yang Islam dan bukan Islam jangan takut dengan berita ini. Imam Mahdi penyelamat untuk semua. Ingatlah ketika Rasulullah datang ke Madinah, orang Madinah jadi lebih beruntung daripada sebelum kedatangan baginda. Begitu juga di Mekah, bilamana Rasulullah dapat kembali, keadaannya jadi jauh lebih baik dari Mekah sebelumnya. Bahkan sebenarnya, semua negara-negara sekitar sangat mengalu-alukan ketibaan para Sahabat ke negara mereka. Cuma untuk dapat masuk, adalah sedikit halangan oleh penguasapenguasa yang hasad dengki, gila kuasa, mementingkan diri yang terpaksa diperangi. Rakyat sebenarnya merindui penyelamat dan mengalu-alukan wakil-wakil Rasul ke negara mereka.

Tapi musuh Islam telah putar belitkan sejarah konon Rasulullah pengganas perang. Insya-Allah di Malaysia, Allah, Rasul dan Imam Mahdi akan selesaikan semua masalahnya melalui wakil mereka, Putera Bani Tamim. Malaysia akan betul-betul jadi negara aman, makmur dan dapat keampunan

Page 151: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Allah. Malaysia akan jadi negara yang perjuangkan kasih sayang. Thailand akan menyokong. Rakyat Singapura akan tinggalkan negara mereka kerana hendak menumpang kasih sayang Malaysia. Brunei akan terus menyertai Malaysia seperti Sabah dan Sarawak. Indonesia pun sangat mendukung dan negara-negara Islam akan iktiraf terutamanya yang ketuanya berketurunan Rasulullah.

Insya-Allah, ekoran dari itu, empayar Barat akan runtuh dan kiblat dunia beralih ke Timur yakni Malaysia. Putrajaya menjadi pusat pemerintahan dan pentadbiran dunia mengganti New York. Haramain di Mekah akan menjadi pusat ibadah.

Orang Melayu khususnya dan Timur umumnya akan jadi empayar dunia. Dapat menguasai Masjidil Aqsa semula bilamana Palestin dapat dirampas dari Yahudi. Orang Melayu akan jadi seperti bangsa Arab waktu kegemilangannya iaitu masing-masing berselerakan ke seluruh pelosok dunia, membawa Islam bersama Putera Bani Tamim dan Imam Mahdi. Kebanyakannya tidak mati di tanah air sendiri kerana sudah bermastautin di mana-mana sahaja di dunia sebagai penguasa-penguasa kepada bangsa dan negara-negara seantero dunia.

Janganlah nafikan berita-berita ini dahulu. Just wait and see! Selagi Abuya masih hidup, anda kena bersabar untuk dia membuktikannya sebab sampai setakat ini, beliau masih relevan dengan apa yang diperjuangkan dan yang diberitakan berpotensi untuk terjadi. Suasana dan watak dunia serta Malaysia khususnya, memungkinkan saja semua ini boleh berlaku bila-bila masa dengan kuasa Allah secara luar biasa (karamah atau mukjizat Rasulullah). Kata Abuya, cuba berfikir begini:

Kalaulah seminggu sebelum terjadi peristiwa pertukaran kuasa di Thailand seperti yang berlaku baru-baru ini, ada orang memberitahu kita, “Seminggu lagi akan terjadi di salah satu negara Asia rampasan kuasa oleh ketua tentera beragama Islam. Cuba teka negara manakah itu?” Tentu kita kata Indonesia. Kalau Thailand, mustahil sebab ia negara Buddha. Singapura lagi tidak masuk akal. Begitulah kuasa Allah, perkara yang paling susah untuk dilogikkan boleh berlaku. Itu satu contoh. Walhal Tuhan sudah buat bermacam-macam contoh lain di Asia ini sesuatu yang tidak logik tetapi

Page 152: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

telah pun terjadi. Ini kerana Allah bermaksud mempersiapkan fikiran kita untuk menerima berita-berita yang bakal berlaku agar kita dapat bersedia dan bersiap.

Di waktu Allah dan Rasul melakukan kebangkitan pertama, para Sahabat dan bangsa Arab diberitakan dahulu apakah yang akan berlaku. Contohnya, melalui Rasulullah, diberitakan Rom dan Parsi, Syria, Konstantinopel (Istanbul), Mesir dan China akan jatuh ke tangan Islam. Padahal waktu berita itu dimaklumkan, semuanya berkeadaan mustahil untuk berlaku. Tapi para Sahabat terus bergegas-gegas mencubanya kerana terlalu yakin dengan Rasul. Alhasil semua negara Kristian itu menjadi negara Islam di tangan para Sahabat seperti yang diberitakan.

Abuya amat yakin bahawa apa yang berlaku pada dirinya adalah ulangan sejarah. Dia benar-benar diberitakan. Bukan tidak takut dan tidak malu dengan semua itu, tapi hati cukup kuat mendesak untuk menyatakannya. Moga-moga kita tidak prejudis tetapi bersangka baik dengan takdir ini dan paling tidak pun tunggu dan lihat. Jangan menentang dulu, supaya kalau terjadi, kita tidak menyesal yang amat sangat sepanjang hidup.

Perihal Imam Mahdi itu, ikutilah riwayatnya seperti berikut:

Sayidi Syeikh Muhammad bin Abdullah As Suhaimi adalah seorang ulama besar. Beliau lebih dikenali dengan gelaran Kiyai Agung kerana ramai murid-muridnya yang telah menjadi kiyai (guru agama) dan banyak pula orang-orang yang memang sudah sedia menjadi kiyai juga belajar dengannya. Beliau dilahirkan di Kampung Sudagaran dalam daerah Wonosobo di dalam negeri Jawa pada tahun 1259 Hijrah. Ketika Syeikh As Suhaimi sedang berada di Tanah Arab, maka dia telah menambah gelaran ‘As Suhaimi’ pada namanya yang asal.

Menurut nasabnya, Syeikh Suhaimi merupakan keturunan Rasulullah SAW. Setelah berkahwin, beliau tinggal di Kampung Kali Beber, daerah Garung, Wonosobo. Tidak lama sesudah perkahwinannya dengan Nyai Qaniah, maka Syeikh Suhaimi berangkat seorang diri untuk meneruskan pelajaran agama ke pondok Sulu Tiang di daerah Luwanuh. Tetapi tidak berapa lama kemudian beliau berpindah ke Pondok Termas di daerah Pacitan. Dua

Page 153: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

pondok tersebut memang sudah masyhur ramai muridnya terutama Pondok Termas. Boleh dikatakan kebanyakan ulama besar di Tanah Jawa telah mengaji dan belajar di situ. Sayidi mempunyai ilmu tentang 4 mazhab.

Setelah belajar selama beberapa tahun di Pondok Termas, maka Syeikh Suhaimi telah kembali ke Wonosobo. Tidak berapa lama di Wonosobo, beliau berangkat ke Mekah Al Musyarafah untuk menunaikan fardhu haji dan menyambung pelajarannya di sana. Di Mekah inilah Syeikh Suhaimi menukar cara hidupnya, dari kehidupan seorang anak saudagar menjadi kehidupan seorang darwisy. Syeikh Suhaimi telah mula mencari dan belajar ilmu hakikat dan ilmu tasawuf, ilmu-ilmu untuk mensucikan hati dan ilmu-ilmu yang menyatakan adab serta perilaku para wali dan orang-orang soleh.

Ilmu-ilmu seperti itu tidak mudah dicapai dan tidak cepat mencapai hasil apabila tidak disertai dengan menjauhkan diri dari tarikan dunia, banyak berpuasa dan mengurangi makan, banyak berjaga dan beribadah setelah tengah malam dan juga banyak menziarahi makam para wali Allah, orang soleh, lebih-lebih lagi makam nabi-nabi serta mendapat bimbingan guru mursyid.

Kerana itulah, Syeikh Suhaimi kemudiannya berguru dengan seorang guru yang kasyaf. Dan setelah 40 hari, maka beliau banyak menemukan peristiwa-peristiwa ganjil dalam kehidupannya. Itulah satu tanda bahawa Syeikh Suhaimi telah mendapat ilmu batin.

Selain itu Syeikh Suhaimi mengamalkan bacaan aurad atau bacaan tertentu yang mengandungi ayat-ayat Al Quran dan selawat-selawat yang dibaca setelah sembahyang fardhu. Bacaan-bacaan itu dinamakan Aurad Muhammadiah. Untuk hendak mengamalkannya (sebagaimana amalan lain yang sejenis dengannya) maka hendalah mendapat ‘ijazah’, iaitu dengan mendapat izin dari Syeikh Suhaimi atau salah seorang dari wakil-wakilnya yang masih ada sampai sekarang.

Adapun asal bacaan Aurad Muhammadiah itu adalah setelah Syeikh Suhaimi menuntut dan menjalankan amalanamalan batin dari ayat Al Quran. Setelah sekian lama maka amalan-amalan itu telah menjadi semakin banyak, bahkan seluruh Al Quran juga pernah beliau amalkan. Sejak itu Syeikh Suhaimi mulai

Page 154: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

merasa keberatan serta tidak cukup waktu untuk mengamalkannya dengan sempurna apalagi jika amalan-amalan itu diturunkan kepada murid-muridnya kelak. Lalu dia pun berdoa kepada Allah supaya ditunjukkan cara untuk meringkaskan amalan-amalan tersebut.

Kemudian Syeikh Suhaimi mendapat ‘alamat’ menyuruh dia masuk ke dalam Kaabah selepas tengah malam yang tertentu. Maka ketika dia masuk, tiba-tiba dia berjumpa dengan Rasulullah SAW dalam keadaan jaga (tidak mimpi) dan Rasulullah SAW telah mengajarkan kepadanya bacaan Aurad Muhammadiah ini serta cara-cara mengamalkannya. Dan Aurad Muhammadiah itu telah diizinkan untuk ‘diturunkan’ kepada sesiapa sahaja yang berkehendak mengamalkannya.

Bertemunya Syeikh Suhaimi dengan Rasulullah SAW di dalam Kaabah merupakan satu perkara luar biasa yang terjadi ke atas dirinya. Bahkan dalam riwayat hidup Syeikh Suhaimi, kita dapati bermacam-macam perkara luar biasa yang diizinkan Allah terjadi padanya. Atas dasar itu maka nyatalah bahawa beliau adalah seorang wali Allah. Bagi sebahagian orang, kerana besarnya karamah dari Syeikh Suhaimi, maka beliau dimasukkan dalam golongan wali-wali besar (Kutubul Auliya).

Pulang dari Mekah, beliau memperjuangkan Islam di Timur (Asia Tenggara). Kepimpinannya sangat menonjol hingga begitu digeruni oleh kerajaan British. Macam-macam kesusahan ditimpakan oleh musuh-musuh Allah itu pada Sayidi. Akhirnya beliau dighaibkan Allah. Sebelum itu Sayidi telah memberitahu orang-orangnya bahawa dialah Imam Mahdi.

Banyak bukti menunjukkan beliau belum mati tapi dighaibkan oleh Allah antaranya ialah:

Diceritakan oleh Tok Aki Abdur Rahman dari Terengganu. Waktu Sayidi sedang dikafankan, dia dan ayahnya ada halaman. Orang terlalu ramai. Mereka menyelit-nyelit untuk naik menziarah jenazah. Tiba-tiba di tengah ramai ada seseorang menepuk bahu ayahnya. Terkejutnya Tok Aki dan ayahnya kerana Sayidi Syeikh berdiri di depan mereka.Ayahnya bertanya, “Kan Sayidi mati?”Jawab Sayidi, “Ini siapa?” sambil menunjuk pada dirinya.

Page 155: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Kemudian Sayidi hilang dan ayah Tok Aki berkata, “Embah tak mati, jom kita balik!”Hal yang sama berlaku kepada seorang lagi kawan ayah Tok Aki yang ikut ke kubur. Maka yakinlah orang-orang Sayidi bahawa sebenarnya Sayidi belum mati, dia cuma ghaib.

Hal ini amat perlu sebenarnya kerana Yahudi sangat mencari Imam Mahdi. Mereka sanggup buat apa saja untuk menggagalkan rancangan Tuhan. Maka, bila Allah memilih untuk jadikan format perjuangan Islam akhir zaman ini sangat misteri, adalah suatu kebijaksanaan-Nya yang Maha Adil._______________________________________________________________________________INILAH SEAJAIB-AJAIB MANUSIA DI ZAMAN INIAllah SWT telah mentakdirkan Abuya dapat jadi pemimpin sebuah jemaah Islam yang begitu besar pengaruhnya di dalam dan luar negara.

Hari ini di waktu pemimpin-pemimpin Islam lain di Malaysia sudah dilupakan orang, Abuya dengan jemaahnya sedang mendapat perhatian istimewa dari dalam dan luar negara, oleh rakyat dan penguasa-penguasa negara.

Keupayaan yang ditunjukkan Abuya dalam kepimpinannya ini melayakkan beliau digelar mujaddid hingga ramai pemimpin Islam iri hati. Kemampuan memperjuangkan Imam Mahdi menjadikan beliau layak disebut Al Fata At Tamimi sebab menurut Hadis, orang yang benar-benar kenal Imam Mahdi itu ialah Al Fata At Tamimi. Seorang yang perjuangkan Imam Mahdi tapi tidak kenal dengannya maka dia bukan Al Fata At Tamimi. Seterusnya, berubahnya dunia mengikut apa yang diberitakannya, memungkinkan beliau disebut Sohibuz Zaman. Lalu jadilah beliau, raja Akhirat (membawa manusia kepada Akhirat) ini, seajaib-ajaib ciptaan Tuhan di zamannya.

Berikut ialah senarai ciri-ciri ajaib yang Allah pamerkan pada dirinya yang saya sudah kenal pasti. Yang mana semua ciri-ciri ini adalah berpunca daripada ilham yang Allah berikan padanya. Mindanya adalah sebesar-besar keajaiban yang berlaku pada dirinya. Minda-mindanya yang menjadi panduan kepada Abuya untuk jadi begini. Kata Abuya, setiap mujaddid dimonitor oleh Rasulullah sejak dalam kandungan lagi. Putera Bani Tamim paling rapat dengan Rasulullah dibanding mujaddid-mujaddid lain. Selain itu:

Page 156: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Allah SWT telah mentakdirkan Abuya dapat jadi pemimpin sebuah jemaah Islam yang begitu besar pengaruhnya di dalam dan luar negara.

Hari ini di waktu pemimpin-pemimpin Islam lain di Malaysia sudah dilupakan orang, Abuya dengan jemaahnya sedang mendapat perhatian istimewa dari dalam dan luar negara, oleh rakyat dan penguasa-penguasa negara.

Keupayaan yang ditunjukkan Abuya dalam kepimpinannya ini melayakkan beliau digelar mujaddid hingga ramai pemimpin Islam iri hati. Kemampuan memperjuangkan Imam Mahdi menjadikan beliau layak disebut Al Fata At Tamimi sebab menurut Hadis, orang yang benar-benar kenal Imam Mahdi itu ialah Al Fata At Tamimi. Seorang yang perjuangkan Imam Mahdi tapi tidak kenal dengannya maka dia bukan Al Fata At Tamimi. Seterusnya, berubahnya dunia mengikut apa yang diberitakannya, memungkinkan beliau disebut Sohibuz Zaman. Lalu jadilah beliau, raja Akhirat (membawa manusia kepada Akhirat) ini, seajaib-ajaib ciptaan Tuhan di zamannya.

Berikut ialah senarai cici-ciri ajaib yang Allah pamerkan pada dirinya yang saya sudah kenal pasti. Yang mana semua ciri-ciri ini adalah berpunca daripada ilham yang Allah berikan padanya. Mindanya adalah sebesar-besar keajaiban yang berlaku pada dirinya. Minda-mindanya yang menjadi panduan kepada Abuya untuk jadi begini. Kata Abuya, setiap mujaddid dimonitor oleh Rasulullah sejak dalam kandungan lagi. Putera Bani Tamim paling rapat dengan Rasulullah dibanding mujaddid-mujaddid lain. Selain itu:

Abuya adalah suami contoh dan bapa poligami.

Abuya ialah ayah dan datuk contoh.

Abuya adalah guru dan pensyarah yang menguasai serta memperjuangkan bidang ilmu sufi dan perjuangan Islam yang praktikal.

Abuya ialah penulis buku, sajak dan madah yang sangat produktif.

Abuya melahirkan anak-anak murid yang mampu menjadi abid dan pejuang kemajuan dunia Akhirat.

Page 157: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Abuya kembalikan orang yang terlanjur, ke jalan Tuhan.

Abuya adalah pencetus jemaah Islam, bertaraf antarabangsa.

Abuya adalah pencetus pertama perniagaan Islam di kalangan orang Melayu yang tidak bersandar dengan bank.

Abuya satu-satunya penggerak kegiatan dakwah Islamiah secara kasih sayang yang berkesan, di celah-celah orang lain yang perjuangkan Islam secara militan dan politik.

Abuya pendidik yang dapat selamatkan banyak keluargakeluarga yang bermasalah secara nasihat dan pendidikan.

Abuya mengangkat wanita-wanita menjadi pejuang dan praktikkan Islam yang tidak melanggar syariat Islam serta maruah dan nilai-nilai kewanitaan.

Abuya membuatkan isteri-isteri menjadi taat, hormat dan mampu meletakkan suami sebagai pemimpin dalam rumah tangga.

Abuya dapat buatkan orang Melayu sembahyang di awal waktu.

Abuya merupakan tokoh utama yang mencetuskan budaya menutup aurat di kalangan wanita-wanita di Malaysia, Indonesia dan seterusnya Asia.

Abuya memampukan kaum lelaki keluar rumah dengan memakai tutup kepala. Sebab dalam Islam, lelaki yang tidak menutup kepala dianggap fasik.Abuya kekalkan memakai serban dan ridak serta berjanggut.

Abuya mencetuskan hiburan Islam yang tidak melalaikan bahkan menginsafkan.

Abuya kembalikan keyakinan kepada Hari Hisab, Padang Mahsyar dan manusia bersiap-siap untuk menghadapinya.

Abuya hidupkan semula sembahyang jemaah secara istiqamah.

Page 158: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Abuya amalkan gaya hidup bersama, rasa bersama, berkhidmat, tolong-menolong dan berpakat dalam jemaah.

Abuya buatkan orang yakin dengan Imam Mahdi. Di kalangan orang Melayu yang pernah mendengar tentang Imam Mahdi sewaktu mereka kecil, tapi sudah lupa dan keliru, maka Abuya dapat hidupkan semula keyakinan itu.

Abuya dapat jadikan pengikutnya selalu rasa berdosa.

Abuya mendidik orang rasa takut dan cintakan Tuhan.

Abuya berjaya tanamkan rasa bersalah dengan Tuhan bila selesai sembahyang atau selesai membuat lain-lain ibadah dan pekerjaan.

Abuya buatkan pengikut rasa rendah diri dan sanggup meminta maaf dan memberi maaf.

Abuya jadikan orang-orangnya saling mendoakan.

Abuya mampu memproses wanita-wanita bermadu jadi sabar, redha dan sanggup berlebih kurang dan berkasih sayang sesama mereka.

Abuya lahirkan pejuang-pejuang yang buat kedai dan buka projek, tidak berhutang tapi bermodalkan taqwa.

Abuya hidupkan istilah-istilah baru dalam dunia perjuangan Islam seperti mahmudah, mazmumah, mujahadah, istiqamah, jemaah, wirid, tebusan dosa, baiki diri, bermodalkan Tuhan, Zikir Agung, kuat jiwa, pemimpin berwatak rasul dan nabi, perjuangan yang dijanjikan dan lain-lain.

Abuya lahirkan anak-anaknya dan anak-anak jemaahnya yang sedari kecil sudah diproses oleh alam perjuangan, roh tauhid dan perlaksanaan syariat Allah. Kalau orang lain, tokoh-tokoh pejuangnya, biasanya anak-anak dan isterinya pun tidak ikut perjuangannya.

Page 159: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Abuya kembalikan sistem pergaulan yang terbatas antara lelaki dan wanita. Bergaul tapi sempadannya jelas selamat dari maksiat.

Abuya wujudkan dalam jemaahnya golongan artis, pelakon, penari, pengarah filem/pentas, ahli-ahli kamera dan PA system, pemain muzik dan krew-krewnya, tapi gaya hidup mereka semuanya mengikut syariat.

Abuya mendidik orangnya boleh bangun sembahyang ma-lam dan menangisi dosa, menghina diri untuk membuang sifat-sifat jahat seperti hasad, pemarah, sombong, kedekut dan lain-lain.

Abuya bina jiwa patriotik dan pengorbanan habis-habisan ke dalam diri dan pengikutnya supaya terbangun sebuah perjuangan yang berwibawa, bukan berdasarkan semangat Melayu tapi semangat Islam.

Abuya berjaya bina insaniah orang-orangnya agar mampu hidup dengan tidak mengutamakan wang, hanya kerana mempunyai Tuhan.

Abuya hasilkan anak-anak didik yang merealisasikan hidup yang utamakan Akhirat daripada dunia.

Abuya mampu menukar wanita-wanitanya daripada takutkan poligami kepada sanggup berpoligami bahkan semua anak perempuannya pun berpoligami.

Abuya lahirkan anak-anak hasil poligami saling menyayangi sesama mereka dan saling menghormati ibu tiri mereka.

Abuya berjaya meyakinkan orang-orang Melayu yang merupakan majoriti pengikutnya bahawa hidup berdikari itu lebih berjaya dan mulia daripada makan gaji.Abuya bebaskan orang yang sudah tidak pedulikan agama lalu dibawa kembali menjadi orang yang benar-benar beragama.

Abuya bersihkan fahaman-fahaman sekular mengenai Islam pada satu kefahaman yang berteraskan Tuhan.

Page 160: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Abuya cabut dari roh pengikutnya kekotoran keyakinan bahawa ajaran tanpa mazhab itu yang utama. Lalu Abuya isikan roh-roh itu dengan ajaran-ajaran bermazhab, yang menjadikan roh-roh itu berfungsi dan aktif semula. Ajaran Wahabi telah membunuh roh Islam dan roh tauhid.

Abuya selamatkan orang-orangnya dari pengaruh Syiah. Abuya bela para Sahabat di depan pengikutnya. Sehingga Sahabat-Sahabat Nabi dan keluarga Rasul itu ditakhtakan begitu tinggi dan mulia dalam fikiran dan perasaan ahli jemaahnya. Semua prejudis tentang mereka dipadamkan oleh Abuya.

Abuya menyatakan Allah tidak mungkin dapat dilupakan walaupun sesaat dan Abuya pun praktikkan lalu melatih anak-anak murid supaya dapat juga melakukannya.

Abuya mengajarkan sembahyang itu agung dan mampu membina peribadi yang agung. Lalu Abuya pimpin pengikut secara rohiyah, agar memahami apa yang dimaksudkan dalam sembahyang-sembahyang mereka, hingga sudah ada murid-muridnya yang berubah daripada peribadi asal.

Abuya pun perkenalkan Zikir/Wirid Agung yang mampu melahirkan etnik Ikhwan atau Asoib. Lalu Abuya kursuskan murid-muridnya secara teori, praktikal dan latihan tubi. Dan peperiksaan lahir dan ujian batiniah atau rohiyah dengan segala bentuk assignment untuk lepaskan seorang demi seorang dari alam Melayu yang mundur dan bermasalah kepada Melayu yang bertaqwa dan berjuang dengan bantuan Allah. Melayu begini kata Abuya akan mampu selamatkan dan seimbangkan dunia Akhirat serta menyelamatkan Masjidil Aqsa.

Abuya merubah seseorang yang sudah biadab dengan ibu bapa kepada kembali berbakti, berkhidmat penuh hormat dan memuliakan ibu bapa.

Abuya berjaya bentukkan seorang ibu yang bengis dengan anak-anak kepada ibu yang mampu bersabar dan tahu memberi kasih sayang kepada anak-anak yang mengharapkan itu semua.

Abuya menyelamatkan remaja-remaja yang sudah liar dengan rokok, teman

Page 161: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

wanita, pakaian menjolok mata, tidak hormat guru dan ibu bapa, yang sudah berjinak dengan dadah, arak dan semua gaya hidup syaitan yang merosakkan dengan cara menanamkan ke hati mereka kepercayaan kepada Tuhan.

Abuya luruskan semula sistem kepercayaan dan perasaan dalam diri manusia yang sudah bengkok. Manusia sudah berfikir, sudah percaya dan sudah berperasaan dengan sesuatu yang sepatutnya tidak. Manusia sudah merasa dunia cukup indah, sudah berfikir dunia segalanya dan sudah percaya bahawa dunialah kebahagiaan. Lalu Abuya betulkan penglihatan hati mereka itu agar melihat Tuhan adalah segalanya dan hidup untuk Tuhan adalah kebahagian. Maka manusia pun praktikkan dan terbukti bahawa sistem diri yang demikianlah yang sebenarnya benar.

Abuya mempunyai hampir 1000 orang motivator di peringkat kanak-kanak, remaja dan dewasa yang menjadi penyambung lidah dan mindanya kepada manusia.

Abuya mempunyai cucu yang ramai, tidak semua namanama cucu dapat diingatkannya, tetapi pelik semua cucunya sangat sayang dan hormat kepadanya. Sebab Abuya mendidik manusia dengan fikiran dan roh. Maksudnya dengan meminta Allah lakukan perhubungan hati antara Abuya dan cucu-cucunya, maka kuasa Allah-lah yang membuatkan cucu-cucu begitu hormat dan sayang dengan beliau.

Abuya mengkategorikan manusia kepada dua iaitu orang akal dan orang roh. Ahli-ahli falsafah itu ialah ketua orang akal. Para nabi dan para rasul ialah ketua orang roh. Abuya sangat perjuangkan agar manusia dijadikan orang roh. Kerana katanya orang akal tidak selamat di Akhirat.

Abuya adalah contoh orang roh. Dia mempunyai roh yang sangat aktif terutama kalau fizikalnya tidak mampu aktif sama ada kerana terkurung atau sakit. Bukti rohnya aktif dapat dilihat dari hasil perjuangannya. Di waktu dia di luar negara, tidak dapat balik, tidak boleh jumpa jemaah, namun jemaahnya terus berkembang. Di waktu dalam tahanan, jemaah dihancurkan, tapi akhirnya jemaahnya dapat diselamatkan dan hidup semula. Kepada semua musuh-musuhnya, dia memenangi semuanya

Page 162: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

sekalipun di peringkat negara. Di waktu sakitnya, jemaah melonjaklonjak popularitinya!

Abuya seorang abid. Terserlah watak abidnya itu bilamana beliau mampu istiqamah dalam hal sembahyang tepat di atas waktu dan berjemaah setiap waktu sepanjang umurnya. Juga sembahyang malam yang tidak pernah ditinggalkan.

Abuya seorang ulama yang benar-benar takut dengan Tuhan. Dia sanggup memulaukan semua sistem hidup sekular seperti politik, sosial, ekonomi, kebudayaan, perubatan, pentadbiran, pendidikan dan lain-lain dengan membangunkan sistem hidup Islam dalam jemaahnya. Untuk itu di terpaksa berhadapan dengan kemarahan kerajaan. Namun demi Tuhan dia rela mengambil risiko apa pun asalkan hak Tuhan tidak dipinggirkan dan azab Tuhan dapat dihindarkan.

Abuya sangat dimusuhi oleh golongan ulama rasmi. Dan beliau pun tidak setuju dengan golongan itu. Ulama-ulama rasmi itu mengatakannya sesat, wali syaitan, jahil dan sebagainya, namun ajaib kerana pengaruh Abuya makin besar dan perjuangannya makin diterima di dalam dan di luar negara.

Abuya lidahnya masin. Perjuangannya diberkati. Apa yang dicakapnya, diikut orang. Apa yang dibuat diterima orang. Sebab itu dia disegani kawan dan lawan. Halangan dapat dilepasi dengan selamat. Rahsianya ialah Abuya sertakan unsur rohaniah dalam perjuangannya, bukan akal sematamata. Allah dan alam ghaib ikut campur tangan. Jadi dia boleh tawan fikiran, fizikal dan hati manusia.

Abuya dapat buatkan pengikut-pengikutnya merasai tidak selamat, tidak layak dan tidak berbuat apa-apa. Walaupun mereka sudah berjuang dan berkorban habis-habisan. Sebab hanya Allah yang selamat, yang layak dan yang berbuat.

Abuya bahkan berjaya lahirkan hasil didikannya golongan pejuang Islam yang merasa tidak selamat dari api Neraka. Mereka mampu menangis setiap lepas sembahyang kerana takut azab Neraka.

Page 163: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Abuya lahirkan juga anak-anak murid yang dapat jadi doktor-doktor dan tabib-tabib yang boleh merawat sakitsakit biasa dan sakit-sakit luar biasa yang doktor-doktor biasa pun tidak mampu merawatnya.

Abuya lahirkan juga di atas landasan perjuangannya ini anak-anak murid yang dapat jadi usahawan-usahawan yang begitu berjaya. Bersaing dengan korporat-korporat yang lahir dari sistem sekular ini.

Abuya sendiri di waktu sakitnya dapat mencapai bermacam-macam kejayaan baru dalam diri dan di dalam perjuangannya. Rasa hatinya dapat mengesan seseorang itudengan lebih tepat. Ilmu dan ideanya lebih tajam. Strategi perjuangannya lebih global. Musuh-musuhnya kalah dan menyesali diri. Orang makin ramai datang memberi sokongan dari berbagai-bagai golongan. Kerajaan makin beri laluan.

Abuya lahirkan dari sistem pendidikannya penulis-penulis buku, majalah-majalah, skrip, novel, cerpen dan lain-lain bahan bacaan bercetak yang diminati ramai, diterima di dalam dan di luar negara. Mereka jadi pengeluar, penerbit dan pengedar bahan-bahan bercetak ini sampai ke peringkat antarabangsa. Bahan-bahan yang diterbitkan itu diterjemahkan pula ke dalam berbagai bahasa untuk berbagai bangsa. Semuanya dapat dihubungkaitkan dengan Tuhan.

Abuya juga mempunyai studio-studio dengan segala peralatan audio video, multi media, PA system, yang dari situ keluar segala macam produk elektronik yang dapat menyebarkan seluruh ajarannya ke setiap pelosok dunia. Kakitangan bertugas yang mengislamkan hasil-hasil itu adalah betul-betul didikan Abuya. Kepakaran dalam bidang teknologi ini memang diambil dari sistem biasa, namun mereka jadi lebih pakar dalam penghasilan kerana mendapat keberkatan dari Allah, di atas mengusahakan sistem taqwa oleh Abuya.

Abuya terkenal sebagai individu pengeluar mi, cili sos, kicap, tauhu dari kilang Islam sendiri. Bukanlah Abuya yang buat tapi hasil didikan, pimpinan, arahan dan tunjuk ajar beliaulah, orang-orang Islam itu dapat keupayaan dan kekuatan untuk melakukannya. Setelah dihancurkan semua itu, kini Abuya

Page 164: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

sedang mampu membangunkannya semula.Abuya bercakap tentang masa depan Melayu begitu hebat sekali. Tiada pemimpin yang membawa wawasan sebesar itu. Katanya Melayu akan jadi macam bangsa Arab dulu. Melayu akan jadi empayar menggantikan empayar Barat yang sedang jatuh. Melayu akan menang dengan Amerika dan Yahudi, dapat menyelamatkan Tanah Arab, menawan Palestin dan kembalikan Masjidil Aqsa. Melayu juga akan dapat peluang menjaga Haramain.

Abuya miskinkan dirinya dan keluarganya demi mengkayakan jemaahnya. Tapi mereka kaya menumpang kekayaan Tuhan. Setiap keperluan Allah akan takdirkan dapat dipenuh yang mana untuk itu mereka kena usahakan taqwa dengan membaiki diri. Orang kata Abuya kaya. Ya, sejenis kekayaan yang belum pernah ditemui orang zaman ini. Jemaah kaya, individu-individunya miskin. Tujuannya supaya menang di dunia dan selamat di Hari Hisab di Akhirat nanti.

Abuya mempunyai peribadi yang mana ujian dan nikmat diterimanya sama. Kedua-duanya dari Allah. Kedua-duanya tidak mengubah peribadinya. Dengan pencapaian yang diusahakan ini. Abuya memang mempunyai peribadi lain dari yang lain.

Abuya mendoakan musuh-musuhnya. Berbuat baik sekalipun kepada orang yang berbuat jahat padanya. Berusaha untuk menyelamatkan setiap orang walaupun penentangpenentangnya.

Abuya tidak menyerang orang dalam kuliahnya. Dia mahu jadikan ilmunya menginsafkan semua pendengar. Sejahat mana pun orang di dalam majlisnya, tidak dihina. Setiap orang diberi peluang mendapat didikan dan pimpinan serta kasih sayang. Sebab itu musuh-musuhnya pun sebenarnya hormat padanya.

Abuya tidak menjawab fitnah dan tidak diserangnya orang yang memfitnah. Dia menanganinya dengan membaiki diri. Nanti Allah akan membelanya dan memang Allah pun membelanya.

Abuya tidak manjakan dan tidak mewahkan anak-anak. Kedua-duanya

Page 165: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

merosakkan kata Abuya. Jadi anak-anaknya hidup seperti anak-anak orang miskin, anak yatim dan diasramakan mereka. Anak-anaknya diberikan kekayaanmaknawi untuk akhirnya mereka semua dapatkan Tuhan. Tuhan adalah segala-galanya.

Abuya lahirkan remaja-remaja yang dapat dunia dan dapat Akhirat dari sekolah dan pusat latihannya. Mereka mengaji, sembahyang, zikir wirid dengan sebaik-baiknya tapi mereka juga dilatih kerja segigih-gigihnya. Akhirnya mereka jadi korporat yang bertaqwa.

Abuya dapat hidupkan tanah-tanah terbiar di waktu orang Melayu tidak tahu bagaimana hendak usahakan tanah-tanah mereka. Anak-anak murid Abuya, hasil diberi Tuhan, bermodalkan taqwa, tanpa meminjam dan berhutang, mereka mampu bangunkan semula pertanian di tanah-tanah terbiar.

Abuya juga hidupkan kolam-kolam ikan terbiar. Kolamkolam ikan kepunyaan orang Melayu yang ditutup kerana gagal. Abuya telah buktikan bahawa atas dasar taqwa, orang Melayu boleh bangunkan semula tanpa bantuan mana-mana pihak. Penghasilan ini sampai mengejutkan pihak Mada dan agensi kerajaan yang lain.

Abuya juga selamatkan kompleks penternakan dan penyembelihan lembu yang terbengkalai. Sistem didikan Abuya terbukti mampu gerakkan semula semangat Melayu. Bukan dengan bermodalkan duit, Abuya membangun. Duit datang kalau ada iman dan taqwa. Allah akan rezekikan. Itulah dasar Abuya dan terbukti sekarang bilamana di atas projek terbengkalai Abuya sudah memiliki penternakan kambing, lembu dan kerbau. Anak-anak murid Abuya yang taat mengusahakan baiki diri dengan sendiri jadi pandai di dalam semua aktiviti-aktiviti itu. Tanpa berkursus di mana-mana. Bahkan orang datang berkursus ke tempat mereka.

Abuya sangat sabar dan sangat tawadhuk. Dia sanggup memberi didikan dan kasih sayang kepada orang yang bersalah sekian lamanya. Dia tidak gopoh-gapah menghukum. Namun sesudah habis tempohnya Abuya akan jadi cukup tegas dalam menghukumnya.

Page 166: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Abuya sangat kenal dan cintakan Allah. Hidupnya dihabiskan untuk perjuangkan Tuhan, cinta agungnya. Percakapan, tulisan dan tindakannya tentang Tuhan sangatlah mendalam dan jauh dari jangkauan akal.

Di antara kata-katanya: “Kita berdua cinta-mencintai biarlah kekal abadi wahai Tuhan.” Kata Abuya lagi, “Tak mungkin aku dapat melupai-Mu Tuhan.”Anak-anak muridnya semua diarahkan pergi ke seluruh dunia untuk promosikan Tuhan.Abuya tidak berhutang. Jemaahnya pun tidak dibenarkan berhutang. Sesiapa yang masih berhutang dianggap gagal. Selesaikan hutang menurut Abuya ialah dengan cara baiki diri.

Abuya anggap sakit ialah penghapusan dosa. Sakit ialah kasih sayang Tuhan. Oleh itu Abuya cukup tenang dengan sakit. Dalam sakitnya dia tetap menulis dan buat kerja perjuangan.

Abuya pernah banyak kali selesaikan krisis dan pergaduhan dalam rumah tangga, dalam parti, dalam jemaah dan majlis-majlis yang melibatkan berbagai golongan seperti Keadilan, UMNO, PAS, DAP. Mereka boleh berdamai sekejap di depan Abuya dan sama-sama mendengar pandangan Abuya dalam berbagai hal.

Abuya pernah didatangi pembesar Indonesia seperti Gus Dur dan beberapa orang jeneral, wakil istana Thailand, menteri Jordan dan wakil-wakil masyarakat dari kalangan orang politik, pegawai kerajaan, korporat, badan Islam, artis dan bintang filem, pensyarah, pendakwah, penulis buku, orang bukan Islam dan lain-lain golongan lagi.

Abuya diziarahi oleh semua golongan manusia sama ada dari dalam dan luar negara. Abuya menerima tetamu tidak putus-putus walaupun ketika dalam ISA dari kalangan bangsa Arab, Eropah, Australia, Amerika, China, Thailand, Singapura, Indonesia, Uzbekistan, India, Pakistan, Brunei dan Malaysia sendiri.

Abuya berpengalaman mengislamkan ramai orang bukan Islam. Bermula di Sabah dan Sarawak. Kemudian ke Thailand, China, Filipina dan Uzbekistan.

Page 167: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Abuya dapat jadikan keluarganya tapak perjuangan bilamana semua isteri dan anak-anaknya menjadi orang penting dalam perjuangannya. Hal ini jarang berlaku kepada pemimpin-pemimpin perjuangan Islam.

Abuya sendiri sebenarnya seorang yang boleh bernasyid dengan suara serak-serak basah yang lunak sekali. Dulu beliau memang seorang qari Quran. Tidak hairan ramai anak-anaknya mempunyai suara-suara yang berbagai jenis sedapnya.

Abuya telah mampu menyelamatkan sebuah syarikat bas yang sudah bankrap. Regal Travel, kini akhirnya menjadi milik Syarikat Rufaqa’.

Abuya direzekikan keupayaan untuk menukar pusat kegiatannya dari sebuah kampung setinggan di Sungai Penchala ke sebuah bandar yang moden. Celebration Mall adalah nama tempat di mana berpusatnya kompleks perniagaan dan pendidikan Abuya sekarang. Ia terletak di sebuah bandar baru di Selangor bernama Bandar Country Homes. Semua ini berlaku hasil program pembubaran Darul Arqam oleh kerajaan pada tahun 1994. ISA digunakan kepada Abuya, untuk membuatkan jemaahnya jauh lebih berwibawa.

Abuya disihirkan dari berbagai-bagai penjuru. Begitu juga keluarga dan jemaahnya. Dengan sihir itu sepatutnya orang-orangnya boleh mati, gila, lumpuh, bodoh dan lain-lain. Tapi masya-Allah, orang-orang Abuya sendiri tidak dapat dihancurkan dengan sihir.

Abuya tiada rumah peribadi. Tapi rumah-rumah tetamu jemaah dipersiapkan kepadanya terdapat di seluruh negara. Untuk bergerak ke mana-mana, Abuya mengambil penerbangan first class.

Abuya mempunyai pengikut yang mampu memberi ketaatan seperti anak yang sayang dan taatkan ibu ayah. Hingga orang-orang yang tidak senang menganggapnya sesuatu yang negatif/taksub, walaupun mereka sendiri tahu bahawa kejayaan seseorang pemimpin ialah dapat membuatkan dirinya seperti ibu dan ayah manusia, supaya rakyat merasa mereka ada tempat berpayung dan bergantung.

Page 168: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Abuya diuji Tuhan, anak-anak muridnya ada yang menjadi penentang-penentangnya dan berusaha untuk dapat menandingi Abuya. Hasrat mereka hendak buat jemaah alternatif yang kononnya lebih baik dari Abuya tetapi tiada yang kesampaian. Bahkan mereka terhina kerana terpaksa hidup melarat dan penuh masalah.

Abuya kini mempunyai sebanyak 700 rangkaian. Projek atas namanya, dibuat oleh anak-anak muridnya di berbagai negara di dunia. Abuya tidak dapat melawat ke projek-projek tapi semuanya berjalan baik. Anak-anak muridnya dengan penuh taat setia menjaga, membela, mempertahan dan membesarkannya demi membalas jasa Abuya memimpin dan mendidik mereka.

Abuya mempunyai 6 orang ulama-ulama besar di dunia yang menjadi penyokong kuat kepada perjuangannya.

Abuya berjaya menarik minat pembuat-pembuat tesis untuk mengkaji rahsia perjuangan Abuya. Keunikan jemaah Abuya sangat mendapat perhatian dunia. Hal Abuya dibincangkan orang di mana-mana.

Abuya seorang mujaddid dengan segala pencapaian luar biasanya. Ramai orang suka mengatakan Abuya ialah mujaddid di kurun ini. Meskipun usaha-usaha menafikannya juga dibuat namun hari ini masih ramai yang mempercayainya.

Abuya ialah Al Fata At Tamimi (Putera Bani Tamim). Sebab utamanya ialah beliau berjaya menghidupkan nama Imam Mahdi semula.

Abuya ialah Sohibuz Zaman (pemilik zaman) sebab nampaknya zaman ini, khusus di Malaysia, tercorak oleh sentuhan Abuya. Bumi sedang bergerak mengikut apa yang dicorakkan Abuya!

Pada Abuya, sebenarnya Tuhan menganugerahkan power maknawiah yang dengan power itulah semua keajaiban itu boleh berlaku. Karamah-karamah yang berlaku kepada orang-orang Tuhan, adalah kerana power inilah dan sesiapa yang berdoa atas nama power ini, Allah akan izinkan pula kekuatan itu berlaku padanya, insyaAllah

Page 169: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

_______________________________________________________________________________PENUTUPApa sesudah ISA? Bagaimana Allah dan Rasul melepaskan Abuya dari perangkap musuh? Dan kemudian benarkah perjuangan ini mampu mencipta daulah Islamiah? Bagaimana?

Berita Abuya dibebaskan oleh kerajaan Malaysia sesudah sepuluh tahun dibuang di dua daerah, sebenarnya boleh jadi berita besar kalau Abuya mahu. Tapi kerana Abuya menutup semua pintu-pintu pertemuan yang diburu wartawan waktu itu maka jadi kecil sahajalah peristiwa pembebasan itu. Namun hakikatnya ia tidak kecil kerana Abuya mencipta seribu satu keajaiban sejak hari pertama dalam ISA hinggalah ke hari akhirnya.

Seelok dibebaskan, sempatlah beberapa bulan, Abuya melakukan road show ke seluruh negara, bertemu anak-anak buah dan melawat projek-projek Rufaqa’. Sewaktu tsunami melanda Banda Aceh, Abuya sedang berada di Miri, Sarawak dalam misi bertemu pengikut di sana. Waktu itulah di Hotel City Park, Miri, Abuya dilanda ‘tsunami’ Tuhan, lantas terlantar sakit teruk, yang doktor istilahkan multistroke. Dua minggu hanya di katil sekalipun untuk buang air. Sembahyang hormat waktu sahaja waktu itu.

Hingga sekarang sakit itu nampaknya turun naik sahaja, tidak juga mahu sembuh. Ada juga Abuya keluar-keluar tapi dengan menggunakan wheelchair. Sewaktu buku ini ditulis, sakit Abuya sudah memakan masa satu tahun lamanya. Kata Abuya, kalau orang bertanya apa Abuya buat selepas ISA, jawapannya ialah Abuya masuk ISA Tuhan, maksudnya sakit. Kenapa sakit?

Bila musuh-musuh Abuya merujuk kepada doktor yang merawat, didapati sakit yang menimpa begitu serius, maka mereka jadi kurang bimbang dengan bahayanya Abuya pada mereka. Mencerca-cercalah mereka melihat Abuya sakit kerana dianggap itu bukti bahawa Abuya bukan orang Tuhan seperti yang selama ini disebut-sebut oleh pengikutnya.

Namun, sepertilah waktu ditahan ISA, perjuangan Abuya bukannya sakit seperti Abuya. Bahkan ia jadi tambah hebat!

Page 170: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Maka di waktu musuh makin yakin Abuya sudah tiada masa depan, sebaliknya pejuang-pejuang Abuya amat yakin Abuya akan dapat kemenangan.

Tun Ghafar meninggal dunia adalah kejadian besar kedua sesudah ISA yang menjadikan musuh makin tidak yakin dengan Abuya. Sebab Abuya pernah mengatakan bahawa Tun Ghafar akan naik jadi PM walaupun sehari, tapi ternyata ia tidak berlaku.

Namun bagi pengikut Abuya, hal meninggalnya Tun sebelum jadi PM tidak pun menggugat keyakinan mereka. Sebab kenaikan semula Tun nampaknya sudah disetujui oleh ramai orang, yang hendak gunakan Tun untuk tujuan-tujuan mereka. Satu Malaysia orang tunggu kenaikan Tun waktu itu. Buktinya di hari matinya, Tun diperlakukan bagaikan matinya seorang PM. Hinggakan ada pemerhati berkata, hari kematian Tun adalah hari terbuktinya kebenaran kata-kata Abuya, bahawa Tun layak jadi PM. Maka Tun hanya dapat merasakan bagai PM di hari kematiannya sahaja.

Demikianlah kuasa Allah yang benar-benar dapat dirasai oleh orang-orang Abuya. Sementelahan jemaah jadi makin popular di kalangan orang-orang atasan negara dan negerinegeri di Malaysia. Bahkan di luar negara pun pengaruh Abuya menjadi-jadi. Maka tidak hairanlah mengapa orang yang yakin semakin yakin akan kebenaran Abuya. Manakala yang tidak yakin, disebabkan Abuya sakit semakin tidak yakin. Maha Berkuasanya Allah, mampu mentakdirkan kejadian seajaib itu.

Tun Mahathir Mohamad, bekas PM Malaysia, sesudah Tun Ghafar Baba meninggal dunia telah buat gempar lagi sekali di Malaysia. Demokrasi tercabar sungguh dibuatnya kerana Tun Mahathir menggugat PM dan kerajaan yang sedang memerintah. Tidak pernah terjadi di Malaysia hal begini.

Demi menyatakan kerajaan yang menggantinya itu gagal, Tun sanggup untuk jadi perwakilan bahagian UMNO Kubang Pasu. Hinanya tapi mulianya. Hina kerana nasibnya jadi serendah itu, tapi mulianya kerana demi bangsa dan negara dia sanggup.

Page 171: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Kerajaan Pak Lah jadi kelam-kabut kerana itu. Simpati orang pada Tun Mahathir meningkat kerana kekalahan undian untuk jadi wakil Bahagian. Politik dilihat sungguh kotor. Kecewa dengan perjuangan yang kotor, para pencinta kebenaran amat berharap Malaysia tidak lagi diperintah oleh orang politik. Demokrasi kian berakhir.

Abuya dalam masa yang sama, hanya berada di bilik tidur, tidak ke mana-mana kerana sakit. Tapi di bilik itulah, dengan badan yang terlantar, beliau membuat sebesar-besar kerja yang orang sihat kalau digabung beramai-ramai pun tidak mampu melakukannya. Abuya buat kursus Ilmu Ikhwan kepada pengikutnya. Abuya bagi ‘power’ kepada setiap orang yang datang padanya. Dengan ‘power’ itu seseorang boleh mendapatkan pertolongan Allah dalam apa pun hajatnya. Kata Abuya, ‘power’ ini hendaklah digunakan untuk melakukan kebangkitan Islam kali kedua. Menggunakannya, insya-Allah, kita boleh dapat daulah Islamiah buat Malaysia.

Yang ajaibnya Abuya ini dengan ‘power’nya itu, dia menyusun jemaahnya semula dengan begitu cepat sekali. Ia mampu mengubah seseorang untuk jadi betul-betul orang baru. Isteriisteri berpoligami berubah dari keadaan bersenget-senget hati kepada saling bertolong bantu dan mendoakan.

Para pemimpin yang keras kepala dan keras hati diubahnya menjadi merendah diri dan penuh ketakutan, iaitu takutkan Tuhan. Remaja-remaja lasak yang gelagat mereka begitu mencurigakan dan membimbangkan telah berubah menjadi remaja jinak yang cinta kebenaran dan meyakinkan. ‘Power’ Abuya juga telah mengklasifikasikan manusia mengikut dosa dan kesalahan lalu dihukum dan diproses baikpulihkan hingga orang baru ini Abuya panggil Ikhwan atau Asoib.

Jemaah sedang diprogramkan dengan ‘power’ ini supaya kaum bapa benar-benar menguasai perjuangan yang sebelumnya dipercayakan kepada kaum ibu.

‘Power’ juga boleh jadi modal untuk dapatkan kewangan demi membangunkan empayar ekonomi Rufaqa’.

Page 172: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

‘Power’ Abuya ialah kekuatan bantuan Allah kepada sese-orang yang melakukan kerja-kerja perjuangan Islam dengan syarat seseorang itu berdoa dengan bertawasul kepada Abuya.

Siapa yang cukup kuat keyakinannya, besarlah ‘power’ yang diberikan dan besarlah hasil yang diperolehinya. Paling besar ialah seseorang mampu membakar semua mazmumahnya. Lalu hatinya dapat Tuhan setiap masa, tidak mampu melupakan-Nya walau di mana.

‘Power’ Abuya adalah barang paling ajaib di zaman ini. Rugilah sesiapa yang tidak mampu memperolehinya.

Kalau pada Barat Allah beri sains teknologi yang begitu mempesonakan, maka Allah bagi karamah kepada umat Islam atas nama ‘power’ Abuya yang sangat menakjubkan. Barat kuat dengan akal, umat Islam kuat dengan roh. Kekuatan roh sebenarnya jauh lebih kuat dari kekuatan akal.

Kata Abuya, bilamana ada 10 orang yang hatinya atau rohnya cukup kuat dengan Allah, nanti Allah akan tukar Malaysia jadi daulah Islamiah.

Hal ini bukan lagi mustahil. Hati orang sudah tidak yakin dengan politik. Orang tidak mahu lagi pemimpin yang naik dari politik. Jadi sistem pun akan ikut berubah dan Allah akan takdirkan seseorang dinaikkan tanpa melalui politik di Malaysia.

Mari kita lihat contoh satu kawasan pilihan raya yang waktu ini sedang diperhatikan dunia iaitu Kubang Pasu. Di sinilah Tun Mahathir Mohamad membina nadi perjuangannya selama 30 tahun.

Tapi di sinilah juga Mahathir terhina kerana dikalahkan oleh anak didiknya sendiri. Di Kubang Pasu, Abuya membangunkan orang Melayu menguasai pendidikan Islam dan ekonomi. Sesuatu yang UMNO telah gagal. Nama dan pengaruh Abuya sedang cukup besar di sini bahkan di Kedah seluruhnya. Siapa terfikir bahawa dengan caranya Abuya menguasai suasana di waktu orang kian hilang kepercayaan dengan UMNO.

Page 173: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Keadaan politik di Malaysia semakin meruncing dengan masalah-masalah dalaman parti, perpaduan antara kaum, kenaikan harga barang dan lain-lain yang tidak pernah selesai-selesai. Belum lagi maslaah gejala sosial yang semakin menjadi-jadi.

Berada dalam kemelut ini, kita mesti bersedia melihat satu letupan rohaniah yang dahsyat yang bakal merubah cuaca politik Malaysia kepada sesuatu yang benar-benar baru. Insya-Allah.

Ya Allah, selesailah sudah menceritakan perihal seorang hamba-Mu, yang kerananya orang kenal Engkau, Tuhan. Hanya seorang dalam satu zaman. Umpama rasul-Mu yang Kau datangkan setiap 300 tahun atau 700 tahun seorang. Datang semata-mata untuk memberi Tuhan kepada manusia. Tapi Abuya bukan rasul. Dia ialah mujaddid akhir zaman. Gelarannya Al Fata At Tamimi.

Dia paling ajaib yang Kau ciptakan. Tiada yang lebih menghairankan selain dia. Makhluk yang mempunyai keupayaan menjadi malaikat sedangkan dia adalah manusia.

Dia pasti menang. Orang Tuhan amat diperlukan oleh manusia dan dunia. Manusia wajib mencarinya dan berbaiah dengannya.

Perjalanan hidupnya patut diambil untuk rujukan. Cakapnya adalah panduan, bersamanya adalah hidayah dan menentangnya adalah kehinaan.

Dia ada di Malaysia, negara yang akan memulakan kebangkitan kali kedua. Jadual Allah pasti berlaku. Banyak buku-buku sudah ditulis oleh Barat tentang akan berlakunya kerana mereka mengambil berita itu dari Hadis-Hadis Rasulullah sendiri. Halangan seribu satu macam sudah dicubakan. Tapi mana mungkin Jadual Tuhan boleh digagalkan?Moga moga manusia sedunia akan diselamatkan oleh ketibaan ‘Penyelamat’ ini kepada mereka._______________________________________________________________________________

Page 174: Buku_ Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Sekian..