kajian tindakan format

45
Tajuk Oleh Abstrak 1.0 Pendahuluan 2.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu 3.0 Isu Keperihatinan 4.0 Objektif Kajian 4.1 Objektif Umum 4.2 Objektif Khusus 5.0 Kumpulan Sasaran 6.0 Pelaksanaan Kajian 6.1 Tinjauan masalah 6.1.1 Dapatan pemerhatian. 6.2 Tindakan penyelesaian masalah (kajian) 6.2.1 Analisis hasil kajian 7.0 Refleksi Kajian 8.0 Cadangan Kajian Seterusnya Bibliografi

Upload: zuhaini-abdullah

Post on 08-Dec-2015

277 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

format kajian tindakan

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Tindakan Format

Tajuk

Oleh

Abstrak

1.0 Pendahuluan

2.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

3.0 Isu Keperihatinan

4.0 Objektif Kajian

4.1 Objektif Umum

4.2 Objektif Khusus

5.0 Kumpulan Sasaran

6.0 Pelaksanaan Kajian

6.1 Tinjauan masalah

6.1.1 Dapatan pemerhatian.

6.2 Tindakan penyelesaian masalah (kajian)

6.2.1 Analisis hasil kajian

7.0 Refleksi Kajian

8.0 Cadangan Kajian Seterusnya

Bibliografi

Page 2: Kajian Tindakan Format

2

Lampiran I

Buku Rekod Pengajaran Guru Tahun 2010P&P 1

Tarikh 7 / 6 / 2010 (Isnin)Kelas 4 BestariMasa 6.40 – 8.25 (2 waktu)Tema 8. TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYASub tajuk 8.3 Pembentukan kerajaan Islam dan sumbangannya

a. Zaman Khalifah Al-Rasyidini. Konsep khalifahii. Syarat dan cara pemilihan khalifahiii. Sumbangan Khalifah Al-Rasyidin

Unsur dan tingkahlaku patriotisme

Kepimpinan berwibawa menjamin kedaulatan negara• Bersikap kepemimpinan cemerlangKecemerlangan tamadun Islam menyinari dunia• Memanfaatkan kecemerlangan tamadun Islam

Hasil pembelajaran

Memahami sistem pemerintahan khalifah Al-RasyidinAras 1• Menyatakan maksud khalifah• Menyatakan masyarakat kelayakan menjadi khalifah• Menyatakan cara pemilihan dan perlantikan khalifah• Menyatakan tugas khalifah• Menyenaraikan sumbangan setiap khalifah Al-RasyidinAras 2• Menjelaskan cara pemilihan dan pelantikan khalifah al-Rasyidin• Menghuraikan sumbangan khalifah-khalifah al-RasyidinAras 3• Mewajarkan kepentingan musyawarah, syura, baiah ke arah pemantapan pemerintahan masa kini

Istilah Khalifah Baiah MurtadSyura Wali Gabenor

BBM/BBB Buku Teks, Bahan PowerpointAktiviti Perbincangan tentang;

a. Zaman Khalifah Al-Rasyidini. Konsep khalifahii. Syarat dan cara pemilihan khalifahiii. Sumbangan Khalifah Al-Rasyidin

Aktiviti susulan

Latihan / kerja rumah

Refleksi Tidak dapat menghabiskan semua tajuk. Tajuk Sumbangan Khalifah Al-Rasyidin akan diajar pada kelas akan datang.

Page 3: Kajian Tindakan Format

3

Buku Rekod Pengajaran Guru Tahun 2010P&P 2

Tarikh 9 / 6 / 2010 (Rabu)Kelas 4 BestariMasa 8.25 – 9.00 (1 waktu)Tema 8. TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYASub tajuk 8.3 Pembentukan kerajaan Islam dan sumbangannya

a. Zaman Khalifah Al-Rasyidiniii. Sumbangan Khalifah Al-Rasyidin

Unsur dan tingkahlaku patriotisme

Kepimpinan berwibawa menjamin kedaulatan negara• Bersikap kepemimpinan cemerlangKecemerlangan tamadun Islam menyinari dunia• Memanfaatkan kecemerlangan tamadun Islam

Hasil pembelajaran

Memahami sistem pemerintahan khalifah Al-RasyidinAras 1• Menyenaraikan sumbangan setiap khalifah Al-RasyidinAras 2• Menghuraikan sumbangan khalifah-khalifah al-RasyidinAras 3• Mewajarkan kepentingan musyawarah, syura, baiah ke arah pemantapan pemerintahan masa kini

Istilah Khalifah Baiah MurtadSyura Wali Gabenor

BBM/BBB Buku Teks, Bahan PowerpointAktiviti Perbincangan tentang;

a. Zaman Khalifah Al-Rasyidiniii. Sumbangan Khalifah Al-Rasyidin

Aktiviti susulan

Latihan

Refleksi Tajuk dapat diselesaikan.

Page 4: Kajian Tindakan Format

4

Buku Rekod Pengajaran Guru Tahun 2010P&P 3

Tarikh 14 / 6 / 2010 (Isnin)Kelas 4 BestariMasa 6.40 – 8.25 (2 waktu)Tema 8. TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYASub tajuk 8.3 Pembentukan kerajaan Islam dan sumbangannya

b. Kerajaan Bani Umaiyahi. Latar belakangii. Sumbangan

Unsur dan tingkahlaku patriotisme

Kebijaksanaan menyusun strategi untuk kestabilan negara• Membuat perancangan yang bijak• Berupaya menerapkan pembaharuanKeunggulan ilmu membina kegemilangan negara• Membudayakan ilmu

Hasil pembelajaran

Memahami latar belakang pembentukan kerajaan Bani Umaiyah dan sumbangannya.Aras 1• Menyatakan latar belakang pembentukan kerajaan Bani Umaiyah.• Menyatakan sumbangan kerajaan Bani Umaiyah.Aras 2• Mengklasifikasi sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dari segi politik, ekonomi dan sosialAras 3• Menghubungkait kegemilangan kerajaan-kerajaan Islam seperti Bani Umaiyah menjadi perintis kepada kemajuan dan pemodenan barat

Istilah Syiah Khawarij Sistem warisan Monarki Baitulmal Kharaj Revolusi

BBM/BBB Buku Teks, Bahan PowerpointAktiviti Perbincangan tentang;

b. Kerajaan Bani Umaiyahi. Latar belakangii. Sumbangan

Aktiviti susulan

Membuat peta minda

Refleksi Tajuk Sumbangan Kerajaan Bani Umaiyah tidak dapat diselesaikan. Ia akan disambung pada kelas akan datang.

Page 5: Kajian Tindakan Format

5

Buku Rekod Pengajaran Guru Tahun 2010P&P 4

Tarikh 16 / 6 / 2010 (Rabu)Kelas 4 BestariMasa 8.25 – 9.00 (1 waktu)Tema 8. TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYASub tajuk 8.3 Pembentukan kerajaan Islam dan sumbangannya

b. Kerajaan Bani Umaiyahii. Sumbangan

Unsur dan tingkahlaku patriotisme

Kebijaksanaan menyusun strategi untuk kestabilan negara• Membuat perancangan yang bijak• Berupaya menerapkan pembaharuanKeunggulan ilmu membina kegemilangan negara• Membudayakan ilmu

Hasil pembelajaran

Memahami latar belakang pembentukan kerajaan Bani Umaiyah dan sumbangannya.Aras 1• Menyatakan sumbangan kerajaan Bani Umaiyah.Aras 2• Mengklasifikasi sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dari segi politik, ekonomi dan sosialAras 3• Menghubungkait kegemilangan kerajaan-kerajaan Islam seperti Bani Umaiyah menjadi perintis kepada kemajuan dan pemodenan barat

Istilah Syiah Khawarij Sistem warisan Monarki Baitulmal Kharaj Revolusi

BBM/BBB Buku Teks, Bahan PowerpointAktiviti Perbincangan tentang;

b. Kerajaan Bani Umaiyahii. Sumbangan

Aktiviti susulan

Membuat peta minda

Refleksi Pengajaran tajuk ini dapat diselesaikan.

Page 6: Kajian Tindakan Format

6

Buku Rekod Pengajaran Guru Tahun 2010P&P 5

Tarikh 21 / 6 /2010 (Isnin)Kelas 4 BestariMasa 6.40 – 8.25 (2 waktu)Tema 8. TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYASub tajuk 8.3 Pembentukan kerajaan Islam dan sumbangannya

c. Kerajaan Bani Abbasiyahi Latar belakangii Sumbangan

Unsur dan tingkahlaku patriotisme

Kebijaksanaan menyusun strategi untuk kestabilan negara• Membuat perancangan yang bijak• Berupaya menerapkan pembaharuan Keunggulan ilmu membina kegemilangan negara• Membudayakan ilmu

Hasil pembelajaran

Memahami latar belakang pembentukan kerajaan Bani Abbasiyah serta sumbangannya.Aras 1• Menyatakan latar belakang pembentukan kerajaan Bani Abbasiyah.• Menyatakan sumbangan kerajaan Bani Abbasiyah.Aras 2• Mengklasifikasi sumbangan kerajaan Bani Abbasiyah dari segi politik, ekonomi dan sosial.Aras 3• Menghubungkait kegemilangan kerajaan-kerajaan Islam seperti Bani Abassiyah menjadi perintis kepada kemajuan dan pemodenan barat.

Istilah Syiah Khawarij Sistem warisan Monarki Baitulmal Kharaj Revolusi

BBM/BBB Buku Teks, Bahan PowerpointAktiviti

Perbincangan tentang;c. Kerajaan Bani Abbasiyahi Latar belakangii Sumbangan

Aktiviti susulan

Latihan / kerja rumah

Refleksi Sumbangan Kerajaan Abbasiyah tidak sempat diajar.

Page 7: Kajian Tindakan Format

7

Buku Rekod Pengajaran Guru Tahun 2010P&P 6

Tarikh 23 / 6 /2010 (Rabu)Kelas 4 BestariMasa 8.25 – 9.00 (1 waktu)Tema 8. TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYASub tajuk 8.3 Pembentukan kerajaan Islam dan sumbangannya

c. Kerajaan Bani Abbasiyahii Sumbangan

Unsur dan tingkahlaku patriotisme

Kebijaksanaan menyusun strategi untuk kestabilan negara• Membuat perancangan yang bijak• Berupaya menerapkan pembaharuan Keunggulan ilmu membina kegemilangan negara• Membudayakan ilmu

Hasil pembelajaran

Memahami latar belakang pembentukan kerajaan Bani Abbasiyah serta sumbangannya.Aras 1• Menyatakan sumbangan kerajaan Bani Abbasiyah.Aras 2• Mengklasifikasi sumbangan kerajaan Bani Abbasiyah dari segi politik, ekonomi dan sosial.Aras 3• Menghubungkait kegemilangan kerajaan-kerajaan Islam seperti Bani Abassiyah menjadi perintis kepada kemajuan dan pemodenan barat.

Istilah Syiah Khawarij Sistem warisan Monarki Baitulmal Kharaj Revolusi

BBM/BBB Buku Teks, Bahan PowerpointAktiviti

Perbincangan tentang;c. Kerajaan Bani Abbasiyahii Sumbangan

Aktiviti susulan

Latihan / kerja rumah

Refleksi Tajuk ini dapat diselesaikan.

Page 8: Kajian Tindakan Format

8

Buku Rekod Pengajaran Guru Tahun 2010P&P 7

Tarikh 28 / 6 / 2010Kelas 4 BestariMasa 6.40 – 8.25 (2 waktu)Tema 8. TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYASub tajuk 8.3 Pembentukan kerajaan Islam dan sumbangannya

d. Kerajaan Turki Uthmaniyahi. Latar belakangii. Sumbanganiii. Faktor penyebaran Islam ke Eropah

Unsur dan tingkahlaku patriotisme

Kebijaksanaan menyusun strategi untuk kestabilan negara• Membuat perancangan yang bijak• Berupaya menerapkan pembaharuanKeunggulan ilmu membina kegemilangan negara• Membudayakan ilmu

Hasil pembelajaran

Memahami latar belakang pembentukan kerajaan Turki Uthmaniyah serta sumbangannya.Aras 1• Menyatakan latar belakang pembentukan kerajaan Turki Uthmaniyah• Menyatakan sumbangan kerajaan Turki Uthmaniyah• Menyatakan faktor yang membolehkan kerajaan Turki Uthmaniyah menyebarkan Islam ke EropahAras 2• Mengklasifikasi sumbangan kerajaan Turki Uthmaniyah dari segi politik, ekonomi dan sosial.• Menghuraikan faktor yang membolehkan kerajaan Turki Uthmaniyah menyebarkan Islam ke EropahAras 3• Menghubungkait kegemilangan kerajaan Islam Turki Uthmaniyah menjadi perintis kepada kemajuan dan pemodenan barat.

Istilah Syiah Khawarij Sistem warisan Monarki Baitulmal Kharaj Revolusi

BBM/BBB Buku Teks, Bahan PowerpointAktiviti Perbincangan tentang

d. Kerajaan Turki Uthmaniyahi. Latar belakangii. Sumbanganiii. Faktor penyebaran Islam ke Eropah

Aktiviti susulan

Latihan / kerja rumah

Refleksi Tajuk Penyebaran Islam ke Eropah tidak dapat diselesaikan.

Page 9: Kajian Tindakan Format

9

Buku Rekod Pengajaran Guru Tahun 2010P&P 8

Tarikh 30 / 6 / 2010Kelas 4 BestariMasa 8.25 – 9.00 (1 waktu)Tema 8. TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYASub tajuk 8.3 Pembentukan kerajaan Islam dan sumbangannya

d. Kerajaan Turki Uthmaniyahiii. Faktor penyebaran Islam ke Eropah

Unsur dan tingkahlaku patriotisme

Kebijaksanaan menyusun strategi untuk kestabilan negara• Membuat perancangan yang bijak• Berupaya menerapkan pembaharuan

Keunggulan ilmu membina kegemilangan negara• Membudayakan ilmu

Hasil pembelajaran

Memahami latar belakang pembentukan kerajaan Turki Uthmaniyah serta sumbangannya.Aras 1• Menyatakan faktor yang membolehkan kerajaan Turki Uthmaniyah menyebarkan Islam ke EropahAras 2• Menghuraikan faktor yang membolehkan kerajaan Turki Uthmaniyah menyebarkan Islam ke EropahAras 3• Menghubungkait kegemilangan kerajaan Islam Turki Uthmaniyah menjadi perintis kepada kemajuan dan pemodenan barat.

Istilah Syiah Khawarij Sistem warisan Monarki Baitulmal Kharaj Revolusi

BBM/BBB Buku Teks, Bahan PowerpointAktiviti

Perbincangan tentangd. Kerajaan Turki Uthmaniyahi. Latar belakangii. Sumbanganiii. Faktor penyebaran Islam ke Eropah

Aktiviti susulan

Latihan / kerja rumah

Refleksi Tajuk Faktor Penyebaran Islam ke Eropah dapat diselesaikan.

Page 10: Kajian Tindakan Format

10

Buku Rekod Pengajaran Guru Tahun 2010P&P 9

Tarikh 5 / 7 /2010Kelas 4 BestariMasa 6.40 – 8.25 (2 waktu)Tema 8. TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYASub tajuk 8.3 Pembentukan kerajaan Islam dan sumbangannya

e. Pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di duniai. Cara pertembungan ii. Kesan- Perniagaan - Perluasan empayar- Diplomatik - Perkembangan intelek- Kebudayaan - Kesenian dan kesusasteraan- Pusat pengajian- Peperangan

Unsur dan tingkahlaku patriotisme

Integrasi budaya memperkayakan warisan negara• Membudayakan ilmu

Hasil pembelajaran

Memahami pertembungan antara tamadun Islam dengan tamadun lain di duniaAras 1• Menandakan lokasi dan menamakan tamadun lain yang bertembung dengan tamadun Islam• Menyatakan cara pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia• Menyatakan kesan pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di duniaAras 2• Menghuraikan cara pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia• Menghuraikan kesan pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di duniaAras 3• Menganalisis dengan contoh tamadun Islam dan tamadun lain di dunia saling mempengaruhi

Istilah Mudejars Yena Cheri Janissari Intelek Empayar Bait al Hikmah

BBM/BBB Buku Teks, Bahan PowerpointAktiviti Perbincangan tentang;

e. Pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di duniai. Cara pertembungan ii. Kesan- Perniagaan - Perluasan empayar- Diplomatik - Perkembangan intelek- Kebudayaan - Kesenian dan kesusasteraan- Pusat pengajian- Peperangan

Aktiviti susulan

Latihan / kerja rumah

Refleksi Tajuk Kesan Pertembungan tidak dapat diselesaikan

Page 11: Kajian Tindakan Format

11

Buku Rekod Pengajaran Guru Tahun 2010P&P 10

Tarikh 7 / 7 / 2010Kelas 4 BestariMasa 8.25 – 9.00 (1 waktu)Tema 8. TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYASub tajuk 8.3 Pembentukan kerajaan Islam dan sumbangannya

e. Pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di duniaii. Kesan- Perluasan empayar- Perkembangan intelek- Kesenian dan kesusasteraan

Unsur dan tingkahlaku patriotisme

Integrasi budaya memperkayakan warisan negara• Membudayakan ilmu

Hasil pembelajaran

Memahami pertembungan antara tamadun Islam dengan tamadun laindi duniaAras 1• Menyatakan kesan pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di duniaAras 2• Menghuraikan kesan pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di duniaAras 3• Menganalisis dengan contoh tamadun Islam dan tamadun lain di dunia saling mempengaruhi

Istilah Mudejars Yena Cheri Janissari Intelek Empayar Bait al Hikmah

BBM/BBB Buku Teks, Bahan PowerpointAktiviti Perbincangan tentang;

e. Pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di duniaii. Kesan- Perluasan empayar- Perkembangan intelek- Kesenian dan kesusasteraan

Aktiviti susulan

Latihan / kerja rumah

Refleksi Tajuk ini berjaya diselesaikan

Page 12: Kajian Tindakan Format

12

Lampiran II

Page 13: Kajian Tindakan Format

13

Page 14: Kajian Tindakan Format

14

Page 15: Kajian Tindakan Format

15

Page 16: Kajian Tindakan Format

16

Page 17: Kajian Tindakan Format

17

Page 18: Kajian Tindakan Format

18

Page 19: Kajian Tindakan Format

19

Page 20: Kajian Tindakan Format

20

Page 21: Kajian Tindakan Format

21

Page 22: Kajian Tindakan Format

22

Lampiran III

BAB 6: PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA

Hasil PembelajaranPada akhir pelajaran ini, murid-murid akan dapat;Memahami sistem pemerintahan khalifah al-Rasyidin

Aras 1 Menyatakan maksud khalifah Menyatakan syarat kelayakan menjadi khalifah Menyatakan cara pemilihan dan perlantikan khalifah Menyatakan tugas khalifah Menyenaraikan sumbangan setiap khalifah Al-RasyidinAras 2 Menjelaskan cara pemilihan dan pelantikan khalifah al-Rasyidin Menghuraikan sumbangan khalifah-khalifah al-RasyidinAras 3 Mewajarkan kepentingan musyawarah, syura, baiah ke arah pemantapan pemerintahan masa kini

..............................Kerajaan Khulafa al-Rasyidin Selepas Nabi Muhammad s.a.w. wafat, sistem pemerintahan diteruskan

melalui sistem pentadbiran yang diketuai oleh khalifah. Dikenali sebagai zaman Khulafa al-Rasyidin. Tokoh-tokoh : Saidina Abu Bakar al-Siddiq (Bani Tamim, 632 – 634 M),

Saidina Umar bin al-Khattab (Bani Adi, 634 – 644 M, Saidina Uthman bin Affan (Bani Umaiyah, 644 – 656 M) dan Saidina Ali bin Abu Talib (Bani Hasyim, 656 – 661 M).

1. a. Apakah Khalifah? (Rujuk Buku Teks m.s: 143-144) Khalifah : bahasa Arab - bererti pengganti (kata jamaknya, khulafa). Khalifah bermaksud pengganti yang melaksanakan tanggungjawab

pemerintahan dan pentadbiran kerajaan yang sebelumnya dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w..

Konteks agama: bermaksud tanggungjawab memelihara kemurnian agama Islam dan tanggungjawab mengekalkan keharmonian serta kestabilan umat Islam.

b. Nyatakan syarat-syarat menjadi Khalifah. Lelaki yang merdeka, beragama Islam, memiliki pengetahuan tentang Islam,

mematuhi perintah Allah, sanggup melaksanakan hukum Allah, bersifat adil dan mempunyai akhlak yang baik.

Calon mempunyai tubuh yang sihat dan sempurna, berfikiran cerdas, warak dan pandai mentadbir kerajaan

c. Terangkan kaedah memilih dan melantik seorang Khalifah.Kaedah pemilihan dibahagikan kepada empat.1. Melalui musyawarah atau syura.Sewaktu perlantikan Saidina Abu Bakar. Pada waktu di Saqifah, golongan Ansar daripada Bani Saadah, hampir melantik khalifah daripada kalangan mereka. Namun, atas cadangan Saidina Umar dan dengan persetujuan ramai, akhirnya Saidina Abu Bakar telah dilantik sebagai khalifah. 2. Cadangan satu nama sahaja daripada khalifah terdahulu seperti pelantikan Saidina Umar. Nama beliau telah diusulkan oleh Saidina Abu Bakar

Page 23: Kajian Tindakan Format

23

sebelum kewafatannya.3. Melalui pemilihan daripada beberapa orang calon.Berlaku semasa pelantikan Saidina Uthman bin Affan. Sejumlah enam nama telah diusulkan dan Saidina Uthman bin Affan akhirnya telah terpilih.4. Pencalonan oleh sekelompok masyarakat seperti pencalonan Saidina Ali bin Abu Talib.

Kesemua kaedah ini melalui proses syura atau musyawarah di kalangan umat Islam dan diperkukuh dengan upacara angkat sumpah atau lafaz taat setia atau baiah semasa calon itu dilantik sebagai khalifah.

d. Apakah tugas-tugas Khalifah Khalifah bertugas memelihara kedudukan agama Islam serta mentadbir

negara mengikut hukum syariah yang berpandukan al-Quran dan Sunah. Khalifah juga berkewajipan menitikberatkan sistem politik, sosial dan

ekonomi supaya berlaku keseimbangan antara keperluan rohani dengan jasmani.

Dalam bidang politik :# memastikan kelicinan pentadbiran negara# mempertahankan negara Islam daripada ancaman musuh dan# melantik, dan jika perlu, melucutkan jawatan pegawai pentadbiran Negara.

Dalam bidang sosial :# menjaga kebajikan rakyat supaya dapat menikmati kehidupan yang sejahtera di dunia dan di akhirat.# menjaga dan meneruskan ajaran Allah yang telah disampaikan melalui Nabi Muhammad s.a.w.,# mengekalkan perpaduan ummah melalui konsep musyawarah atau syura# memantapkan sistem perundangan Islam.

Dalam bidang ekonomi :# menguruskan hal ehwal kewangan dan perbendaharaan negara juga baitulmal# mengatur pungutan kharaj, jizyah dan zakat.

2. a. Terangkan latar belakang Khalifah Abu Bakar al-Siddiq.(Rujuk Buku Teks m.s: 144-146)

Berketurunan Bani Tamim dan dilahirkan pada tahun 573 M.. Nama sebenarnya - Abdullah bin Abu Quhafah. Dikenali sebagai al-Siddiq, yang bermaksud yang membenarkan kerana

beliau sentiasa meyakini kebenaran kata-kata Nabi Muhammad s.a.w.. Selain itu, beliau juga bersifat ikhlas, jujur dan setia kepada baginda.

b. Terangkan cara perlantikan Abu Bakar al-Siddiq sebagai Khalifah.Setelah Nabi Muhammad s.a.w. wafat, orang Ansar bercadang untuk melantik Saad bin Ubadah sebagai pemimpin untuk menggantikan baginda. Apabila perkara ini diketahui oleh golongan Muhajirin, suatu pertemuan untuk membincangkan perkara tersebut telah diadakan oleh kedua-dua pihak. Atas cadangan Saidina Umar, mereka bersetuju memilih dan melantik Saidina Abu Bakar menjadi khalifah kerajaan Islam Madinah.

c. Jelaskan sumbangan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq.1. Berjaya mengatasi masalah perpecahan masyarakat Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.. Perpecahan berpunca daripada kewujudan golongan murtad dan gerakan golongan al-Riddah (menyalahtafsirkan ayat al-Quran hingga tidak mahu membayar zakat). Khalifah Abu Bakar mengambil tindakan tegas dan mendapat sokongan seluruh masyarakat. Khalifah Abu Bakar menjadi sumber teladan.

Page 24: Kajian Tindakan Format

24

2. Mempertahankan Madinah daripada ancaman kuasa luar. Ancaman daripada kerajaan Parsi di sebelah timur dan kerajaan Rom Timur (Byzantine) di sebelah barat. Beliau menghantar panglima perang, Khalid bin al-Walid, menentang angkatan tentera Parsi di Iraq dan Usamah bin Zaid ke Ghassan. Kedua-dua ekspedisi ini telah mengalahkan musuh Islam.3. Melicinkan pentadbiran kerajaan Membahagikan Tanah Arab kepada sepuluh wilayah, iaitu Makkah, Taif, Yaman, al-Jund, Khalwan, Bahrin, Jarsh, Zabid, Hadhramaut, dan Nijran. Beliau melantik seorang ketua atau amir untuk mentadbir wilayah-wilayah tersebut.4. Memperkenalkan gaji untuk tentera. Bayaran diperolehi melalui hasil harta rampasan perang, undang-undang tanah, dan hak rakyat terutama berkaitan dengan golongan mawali (orang bukan Arab yang memeluk Islam).5. Sumbangan terbesar : mengumpulkan tulisan al-Quran. Kematian ramai hafiz al-Quran sewaktu menentang golongan al-Riddah amat membimbangkan dan mendorong beliau memerintahkan Zaid bin Thabit supaya menghimpunkan tulisan ayat al-Quran pada batu, kulit binatang, kayu dan tulang serta menyalinnya semula. Salinan itu kemudian disimpannya. Salinan itu seterusnya disimpan oleh Khalifah Umar bin al-Khattab, Hafsah (isteri Nabi Muhammad s.a.w.) dan Khalifah Uthman bin Affan. Digelar sebagai Penyelamat Umat Islam.

3. a. Terangkan latar belakang Khalifah Umar bin al-Khattab. (Rujuk Buku Teks m.s: 146-147)

Berasal daripada Bani Adi dan dilahirkan pada tahun 583 M. Nama sebenarnya, Umar bin al-Khattab bin Naufal, berketurunan Quraisy. Terkenal dengan sifat berani, tegas, dan berterus terang.

b. Terangkan cara perlantikan Umar bin al-Khattab sebagai Khalifah. Pelantikannya dicadangkan oleh Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, iaitu pada

ketika Khalifah Abu Bakar sakit. Cadangan ini telah dipersetujui oleh para sahabat dan orang ramai.

c. Jelaskan sumbangan Khalifah Umar bin al-Khattab. Dianggap sebagai zaman Keemasan kerajaan Islam kerana banyak

pembaharuan dan perubahan yang berjaya dilakukan. Dalam bidang politik :

# memperkenalkan dasar pentadbiran dan pelantikan pegawai. # menubuhkan majlis syura yang dianggotai oleh wakil golongan Muhajirin dan Ansar. # membahagikan jajahan takluk Islam kepada beberapa wilayah # melantik wali atau gabenor sebagai ketua yang bertindak sebagai pentadbir awam dan panglima tentera. # menubuhkan beberapa jabatan penting seperti Jabatan Tentera, Jabatan Polis, Jabatan Percukaian dan Jabatan Perbendaharaan Negara. Jabatan diketuai oleh katib atau setiausaha. # Jabatan Kehakiman dipisahkan daripada jabatan lain untuk mengelakkan salah laku oleh hakim. Hakim diberikan gaji bulanan yang tinggi, iaitu sekitar 500 dirham.

Dalam bidang sosial :# Pendidikan : mengembangkan pengajaran al-Quran dengan

Page 25: Kajian Tindakan Format

25

menyediakan tempat pembelajaran di kawasan masjid# menghantar guru agama ke pelbagai wilayah untuk mengembangkan pendidikan. Contohnya, Abu Sufyan dihantar untuk mengajar orang Badwi di kawasan pedalaman.

# memperkenalkan kalendar Islam dengan menjadikan tahun Hijrah sebagai titik permulaan pengiraan tahun menurut Islam. # menyusun sistem ketenteraan dengan membentuk tentera tetap dan tentera sukarela. Tentera tetap diberikan gaji dan pakaian seragam. # Markas tentera dibina di bandar utama manakala kubu pertahanan dibina di sempadan yang menghadap negara musuh seperti di Madinah, Kufah, Fustat dan Basrah. Dalam bidang ekonomi,

# membina terusan dan tali air untuk menambahkan lagi hasil pertanian seperti Empangan Abu Musa di Basrah dan Terusan Amirul Mukminin sepanjang 111 kilometer di Mesir.

# Rakyat digalakkan meneroka tanah baru untuk pertanian di samping mengusahakan tanah terbiar. # memperkenalkan pelbagai jenis cukai. Cukai jizyah yang dikenakan terhadap golongan zimmi tidak memberatkan. Cukai kharaj dikenakan berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanah. Tanaman barli dikenakan kharaj sebanyak satu dirham, gandum dua dirham, sementara anggur 10 dirham. # Bagi mengawal aliran masuk pendapatan negara melalui sistem jizyah dan kharaj, maka, baitulmal telah didirikan. Diberikan gelaran Amirul Mukminin atau Panglima Agung Mukmin.

4. a. Terangkan latar belakang Khalifah Uthman bin Affan.(Rujuk Buku Teks m.s: 147-148)

Berasal daripada Bani Umaiyah. Lahir pada tahun 576 M.. Nama sebenarnya, Uthman bin Affan bin Abil As bin Umaiyah. Terkenal sebagai hartawan yang dermawan, bersifat lemah lembut,

bertolak ansur, dan mempunyai sikap simpati yang tinggi terhadap golongan yang memerlukan.

Digelar Zun Nurain (mempunyai dua cahaya) kerana pernah mengahwini dua orang puteri Nabi Muhammad s.a.w. selepas salah seorang daripadanya meninggal dunia.

b. Terangkan cara perlantikan Uthman bin Affan sebagai Khalifah. Melalui majlis syura. Sebelum Khalifah Umar bin al-Khattab meninggal dunia, enam orang calon

telah dicadangkan termasuklah beliau dan Saidina Ali bin Abu Talib. Dalam mesyuarat yang diadakan selepas Khalifah Umar meninggal dunia,

Saidina Ali dan Saidina Uthman telah mendapat undi yang sama banyak. Abdul Rahman bin Auf sebagai pengerusi mesyuarat meninjau pendapat

orang ramai. Dengan persetujuan orang ramai Saidina Uthman dilantik menjadi khalifah

yang ketiga.

c. Jelaskan sumbangan Khalifah Uthman bin Affan.1. Dari segi politik,

meluaskan wilayah Islam hingga ke Afghanistan, Samarkand, Cyprus dan Tripoli.

bertanggungjawab mengukuhkan pertahanan negara dengan membin angkatan tentera laut Islam yang dianggap sebagai yang pertama dalam

Page 26: Kajian Tindakan Format

26

sejarah pemerintahan Khulafa al-Rasyidin.2. Dari segi sosial,

Apabila agama Islam semakin tersebar luas, berlakulah kepelbagaian cara bacaan(qiraat) ayat al-Quran di pelbagai wilayah itu. Untuk menyelaraskan bacaan tersebut, Khalifah Uthman telah mengisytiharkan sebuah naskhah al-Quran yang dikenali sebagai Mushaf Uthmani.

membina jalan raya, jambatan dan rumah rehat bagi kemudahan para pengembara.

3. Dari segi ekonomi, mengukuhkan peranan baitulmal dengan menggunakannya untuk

membiayai pembangunan negara memperkuat angkatan tentera laut Islam seperti membeli peralatan

senjata dan kapal. Jizyah yang dikenakan kepada penduduk bukan Islam juga dikekalkan

dan merupakan antara sumber pendapatan baitulmal.

5. a. Terangkan latar belakang Khalifah Ali bin Abu Talib.(Rujuk Buku Teks m.s: 148-149) Lahir pada tahun 602 M.. Berasal daripada Bani Hasyim, berketurunan Quraisy dan merupakan

sepupu kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Terkenal dengan sifat keberanian dan kepahlawanannya dan berwatak

tegas serta berpengetahuan luas dalam perundangan Islam.

b. Terangkan cara perlantikan Ali bin Abu Talib sebagai Khalifah. Dilantik menjadi khalifah selepas Khalifah Uthman meninggal dunia. Pelantikan Khalifah Ali mendapat sokongan suara terbanyak. Sesuai

dengan kepakarannya dalam selok belok hukum, Banyak membantu menyelesaikan masalah yang berhubungan dengan

masyarakat dan undang-undang Islam.

c. Jelaskan sumbangan Khalifah Ali bin Abu Talib.1. Dari sudut sosial,

sentiasa berusaha mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara. Misalnya, dalam satu peperangan saudara, iaitu Perang Siffin, walaupun tenteranya hampir mencapai kemenangan dalam peperangan tersebut, tetapi disebabkan ada pihak lawan yang telah mengangkat al-Quran, maka, beliau sanggup untuk menghentikan peperangan tersebut dan memulakan proses rundingan.

tidak mengabaikan pertahanan negara dengan membina markas tentera di Parsi dan di sempadan Syria.

2. Dari segi ekonomi, untuk mengembangkan sistem ekonomi negara, kutipan jizyah diteruskan.

Perkara ini dinyatakan dalam surat yang dihantarkannya kepada al-Asytar. Khalifah Ali meminta beliau mengikat perjanjian dengan golongan zimmi untuk mengenakan jizyah kepada mereka.

.......... Khulafa al-Rasyidin merupakan suatu sistem pemerintahan Islam selepas

kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.. Kepimpinan empat khalifah amat menitikberatkan kesejahteraan agama, rakyat dan negara.

Dengan perpaduan yang kukuh, kerajaan Islam di Madinah dapat berkembang menjadi sebuah negara yang kuat dan mempunyai kawasan pentadbiran yang luas. Kerajaan Islam di Madinah juga dapat menyaingi empayar Rom dan Parsi yang kuat pada waktu tersebut.

Page 27: Kajian Tindakan Format

27

Keempat-empat khalifah telah menjalankan tugas dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab. Mereka tidak mementingkan diri dan tidak mengamalkan kehidupan mewah. Mereka telah berjuang untuk mengekalkan pembangunan, kesejahteraan, dan kebahagiaan rakyat jelata.

Kejayaan dan keupayaan pemerintah menjalankan tugas dengan baik telah membolehkan golongan rakyat menikmati kesejahteraan dan kemakmuran hidup, maka, sewajarnyalah rakyat memberikan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada pemerintah dan negara seperti yang kita lihat pada Zaman Khulafa al-Rasyidin.

..........Pada tahun 661 M., setelah Khalifah Ali bin Abu Talib meninggal dunia, maka, berakhirlah kaedah pelantikan pemerintah kerajaan Islam mengikut sistem syura. Kaedah itu telah diganti dengan sistem warisan. Berdasarkan sistem warisan, jawatan ketua pemerintah kerajaan Islam diwarisi secara turun-temurun atau dikenali sebagai pemerintahan monarki.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir pelajaran ini, murid-murid akan dapat;Memahami latar belakang pembentukan kerajaan Bani Umaiyah, Bani Abbasiyah dan Turki Uthmaniyah serta sumbangannya.Aras 1 Menyatakan latar belakang pembentukan kerajaan Bani Umaiyah, Bani Abbasiyah

dan Turki Uthmaniyah Menyatakan sumbangan kerajaan Bani Umaiyah, Bani Abbasiyah dan Turki Uthmaniyah Menyatakan faktor yang membolehkan kerajaan Turki Uthmaniyah menyebarkan Islam ke EropahAras 2 Mengklasifikasi sumbangan kerajaan Bani Umaiyah, Bani Abbasiyah dan Turki Uthmaniyah dari segi politik, ekonomi dan sosial Menghuraikan faktor yang membolehkan kerajaan Turki Uthmaniyah menyebarkan Islam ke EropahAras 3 Menghubungkait kegemilangan kerajaan-kerajaan Islam seperti Bani Umaiyah, Bani

Abassiyah dan Turki Uthmaniyah menjadi perintis kepada kemajuan dan pemodenan barat

6. a. Terangkan pembentukan Kerajaan Bani Umaiyah tahap pertama.(Rujuk Buku Teks m.s: 150-154)

Pentadbiran kerajaan Islam seterusnya ialah kerajaan Bani Umaiyah. Nama kerajaan mengambil sempena keturunan Bani Umaiyah, iaitu Umaiyah

bin Abdu Shams bin Abdu Manaf. Beliau merupakan tokoh peniaga yang terkenal dan dipandang tinggi oleh masyarakat Arab.

Pemerintahan Bani Umaiyah diasaskan oleh Muawiyah bin Abu Sufyan, berlaku berikutan penyerahan kuasa oleh Hassan bin Ali kepada Muawiyah.

Penyerahan kuasa dilakukan untuk mengelakkan umat Islam daripada terus berpecah belah.

Bermula dari tahun 661 M. hingga tahun 750 M. dan berpusat di Damsyik. Tahap ini dikatakan sebagai tahap pertama dan pada tahap ini pemimpin Bani Umaiyah menggunakan gelaran khalifah.

b. Terangkan pembentukan Kerajaan Bani Umaiyah tahap kedua.

Page 28: Kajian Tindakan Format

28

Pemerintahan Bani Umaiyah di Sepanyol telah diasaskan oleh Abdul Rahman al-Dakhil atau Abdul Rahman I dan berpusat di Cordova dengan Andalusia menjadi ibu kotanya. Pemerintahan ini berlangsung dari tahun 756 M. hingga tahun 1031 M.. Tahap ini dikatakan sebagai tahap kedua. Pada tahap ini pemimpin Bani Umaiyah menggunakan gelaran amir.

c. Senaraikan pemerintah Bani Umaiyah tahap pertama dan kedua.1. Tahap Pertama,

Muawiyah bin Abu Sufyan (661 – 680 M) Abdul Malik bin Malik (685 – 705 M) Umar bin Abdul Aziz (717 – 720 M) Hisyam bin Abdul Malik (724 – 743 M)

2. Tahap Kedua, Abdul Rahman I (756 – 788 M) Abdul Rahman II (822 – 825 M) Abdul Rahman III (912 – 961 M) Abdul Rahman IV (961 – 976 M)

d. Huraikan sumbangan Kerajaan Bani Umaiyah tahap pertama.

1. Dari segi politik, Sistem pemerintahan dan pentadbiran. Terdapat empat aspek utama

Yang pertama ialah sistem khalifah, iaitu perlantikan khalifah sebagai ketua pemerintah bagi menggantikan Nabi Muhammad s.a.w..

Yang kedua ialah sistem wazarah, iaitu pelantikan wazir untuk mengetuai sistem pentadbiran negara di bahagian kerajaan pusat, sementara gabenor dilantik untuk mengetuai pentadbiran wilayah.

Yang ketiga ialah sistem urus setia. Melalui sistem ini beberapa orang pegawai utama dilantik bagi mengumpulkan rekod, mengurus surat menyurat dan sebagainya. Sistem urus setia ini telah membahagikan urusan pentadbiran kepada beberapa bahagian, iaitu bahagian surat menyurat, bahagian cukai, bahagian ketenteraan, bahagian polis, dan bahagian kehakiman.

Yang keempat ialah sistem hijabah. Melalui sistem ini seseorang pegawai ditugaskan memeriksa orang yang mahu menemui khalifah, mengawal keselamatan khalifah, dan juga sebagai pemegang amanah.

Semua ini memperlihatkan kewujudan pengurusan pentadbiran kerajaan yang sistematik kerana bagi setiap jawatan yang dibentuk, tugas, dan fungsinya adalah jelas.

Sistem pentadbiran turut diperkemas dengan penubuhan empat buah jabatan, iaitu Jabatan Cukai, Jabatan Surat Menyurat, Jabatan Urusan Am, dan Jabatan Urusan Cap Mohor Pemerintah (jabatan ini diasaskan oleh Muawiyah).

Sistem ketenteraan juga diperkemas. Diwanul Jundi (Jabatan ketenteraan) ditubuhkan untuk pertahanan negara. Ini dikuti dengan penubuhan angkatan tentera darat dan tentera laut.

2. Dalam bidang sosial, ilmu pengetahuan semakin bertambah maju dan kota Basrah telah dikenali

sebagai pusat pengajaran dan penyebaran ilmu. Lahir ilmuwan seperti Khalil ibn Ahmad (pakar bahasa dan filologi Arab) dan

Sibawayhi (ahli nahu Arab) serta sasterawan seperti al-Farazdaq, Jarir, Umar ibn Abi Rabia'h dan Jamil al-Uzri. Pada masa inilah bahasa Arab mencapai kemuncaknya apabila dijadikan sebagai bahasa rasmi negara.

Orang bukan Arab juga mendapat faedah daripada perkembangan ilmu ini apabila tanda bunyi atau baris telah diperkenalkan pada tulisan al-Qur’an.

Page 29: Kajian Tindakan Format

29

Kepesatan perkembangan ilmu agama, khasnya pada era, Khalifah Umar ibn Abdul Aziz, lahir tokoh terkenal dalam bidang tertentu seperti Urwah bin al-Zubayr dan Ibn Zihat al-Zuhri (hadis), Ibn Jarih (tafsir al-Qur'an), serta Hasan al-Basri dan Wasil ibn Ata (usuluddin).

Taraf kesihatan turut diberikan perhatian dengan pembinaan hospital pertama di Damsyik oleh Khalifah al-Walid bin Abdul Malik. Hospital penyakit kusta, telah dibina oleh Khalifah Umar ibn Abdul Aziz.

Buku rujukan untuk pelbagai bidang ilmu diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Misalnya, Ibn al-Nafis, pakar bedah termasyhur di Damsyik, menghasilkan buku al-Shamil fis Sina'ah al-Tabibiyah (Kajian Umum Profesion Kedoktoran) yang membicarakan teknik pembedahan dan rawatan selepas pembedahan.

Perkembangan ilmu dalam bidang kimia dan astronomi juga berkembang. Dalam sistem perundangan, hakim mengenakan hukuman berdasarkan ijtihad

dengan berpandukan al-Quran, sunah atau ijmak. Hakim tidak boleh mempengaruhi mana-mana pihak, bebas, tidak cenderung kepada mana-mana aliran politik pemerintah. Seseorang hakim mestilah adil dalam penghakimannya tanpa mengira pengaruh atau latar belakang orang yg diadili.

e. Huraikan sumbangan Kerajaan Bani Umaiyah tahap kedua.Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah tahap kedua (Andalusia) dari segi pendidikan. Pada abad ke-10 M.pusat pengajian tinggi di Cordova

telah diasaskan oleh Abdul Rahman III yang kemudiannya berkembang menjadi pusat ilmu pengetahuan di Eropah. Di sini juga telah dibina sebuah perpustakaan yang diasaskan oleh al-Hakam II. Semasa pemerintahan kedua-dua orang tokoh ini, wujud 17 buah pusat pengajian dan 70 buah perpustakaan di Andalusia. Selain Cordova, pusat keilmuan ini kemudiannya berkembang di Seville, Toledo dan Granada.

Pembinaan sebuah pusat penterjemahan untuk menterjemahkan karya tokoh Yunani ke dalam bahasa Arab di Toledo telah memberikan peluang kepada masyarakat kerajaan Bani Umaiyah dan Arab utk mempelajari pelbagai ilmu.

Cordova dianggap sebagai pusat kegemilangan ilmu dan telah menjadi jambatan pengetahuan antara dunia Islam dengan Eropah.

Keilmuan Islam telah memberikan faedah kepada masyarakat Eropah. Orang Islam pula telah dapat menimba ilmu daripada karya Eropah melalui terjemahan yang dihasilkan.

Kegemilangan seni bina Islam begitu terserlah seperti yang dilihat pada binaan Masjid Cordova. Masjid ini mempunyai menara yang tingginya sekitar 36 meter. Kubah Masjid beralaskan kayu berukir dan mempunyai 1293 tiang yang diperbuat daripada marmar. Pada waktu malam masjid ini diterangi dengan 4700 buah lampu dan memerlukan 11 tan minyak setahun.

Penubuhan baitulmal telah mewujudkan sistem kewangan yang dapat mengimbangkan pendapatan dan perbelanjaan negara. Antara sumber pendapatan kerajaan termasuklah Kharaj (cukai tanah), jizyah (cukai perlindungan), zakat, usyur (cukai sebanyak 1 /10 daripada hasil pertanian yang didapati oleh tuan tanah), dan ghanimah (harta yang dirampas oleh tentera melalui peperangan).

Cordova juga menjadi pusat kegiatan ekonomi dan perdagangan antarabangsa. Kegiatan ekonomi orang Islam di Andalusia telah mengembangkan kemahiran pembuatan barangan tembikar serta perhiasan daripada perak dan emas. Perusahaan pembuatan barangan lain seperti memproses kulit dan membuat senjata.

Sektor pertanian juga mencapai kemajuan. Sistem saliran dibina untuk menyuburkan dan memajukan tanah pertanian. Penyelidikan dilakukan untuk

Page 30: Kajian Tindakan Format

30

mendapatkan benih yg berkualiti supaya hasil pertanian dapat dipertingkatkan.

7. a. Jelaskan pembentukan Kerajaan Bani Abbasiyah.(Rujuk Buku Teks m.s: 155-158)Pada peringkat akhir pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah, penentangan berlaku dari dalam dan luar negara. Penentangan tsb berpunca daripada pelbagai sebab,

i. Orang Islam yang bukan berketurunan Arab (golongan mawali) seperti bangsa Parsi dan Barbar menganggap mereka telah didiskriminasikan. Mereka tidak senang hati kerana tidak mendapat jawatan yang dianggap layak oleh mereka. Selain itu, mereka juga dikenakan kadar cukai yang lebih tinggi daripada kadar yangdikenakan kepada orang Arab Islam. Akibatnya, golongan mawali ini menyokong dan menyertai gerakan Abbasiyah menentang pemerintahan Bani Umaiyah.

ii. Pada masa yang sarna, iaitu pada peringkat akhir zaman Bani Umaiyah, para khalifahnya telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap rakyat disamping mengabaikan ajaran Islam. Sikap tersebut membangkitkan kemarahan rakyat.

iii. Pemilihan khalifah mengikut sistem warisan yang diamalkan oleh Bani Umaiyah terus ditentang oleh sebilangan orang Islam, khasnya golongan Syiah dan Khawarij.

Kerajaan Bani Abbasiyah diasaskan pada tahun 750 M. selepas gerakan atau Revolusi Abbasiyah berjaya menumbangkan kerajaan Bani Umaiyah.

Pada mulanya gerakan ini ditaja oleh Ali bin Abdullah dan bergerak secara sulit, namun, bermula dari zaman Khalifah Umar Abdul Aziz gerakan ini telah dikendalikan secara terbuka.

Mereka meneruskan kempen atas nama Ahlul Bait (keluarga Nabi Muhammad s.a.w.) untuk mendapatkan sokongan. Mereka menjadikan Khurasan, Kufah, dan Humaimah sebagai pusat operasi.

Gerakan ini diperkukuh dengan keanggotaan dua orang pahlawan besar, Abu Salamah al-Khallal yang mengetuai gerakan di Kufah dan Abu Muslimal-Khurasani yang menjadi ketua di Khurasan.

Kerajaan Bani Abbasiyah mengambil sempena nama al-Abbas, iaitu nama bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w.. Kerajaan ini juga mengamalkan pemerintahan sistem warisan atau sistem monarki, iaitu pemerintahan keturunan raja.

Pada ketika Abu Jaafar al-Mansur memerintah, pusat pemerintahan telah diubah dari Damsyik ke Baghdad.

Kerajaan ini berakhir pada tahun 1258 M. apabila ibu kotanya ditawan olehtentera Mongol di bawah pimpinan Hulagu Khan.

b. Senaraikan pemerintah –pemerintah Kerajaan Bani Abbasiyah.1. Abu Abbas al-Saffah (750 – 754 M)2. Abu Jaafar al-Mansur (754 – 755 M)3. Harun al-Rasyid (786 – 809 M)4. Abdullah al-Makmun (813 – 833 M)

c. Huraikan sumbangan Kerajaan Bani Abbasiyah. Zaman kegemilangan kerajaan ini adalah pada abad ke-9 Masihi, iaitu

semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan puteranya al-Makmun. Kota Baghdad berperanan sebagai pusat intelektual dan penyebaran ilmu. Perkembangan keilmuan ini berlaku melalui penulisan dan penterjemahan karya asing ke dalam bahasa Arab.

Di Baghdad dibina baitulhikmah, iaitu sebuah institusi keilmuan yang telah diasaskan oleh Khalifah Harun al-Rasyid. Tetapi, institusi ini hanya

Page 31: Kajian Tindakan Format

31

berkembang luas pada zaman pemerintahan Khalifah al-Makmun.a. Kegiatan utamanya ialah penterjemahan karya falsafah dan sains

terutamanya daripada bahasa Yunani.b. Kegiatan penulisan pula dilakukan mengikut tiga tahap, iaitu yang pertama,

mencatat segala idea atau percakapan; yang kedua, mengumpulkan idea yang serupa atau mengumpulkan hadis Nabi Muhammad s.a.w. ke dalam sebuah buku; dan yang ketiga, mengarang. Usaha terakhir ini lebih teliti kerana segala yang dicatatkan itu diatur kedalam bahagian dan bab tertentu, serta berbeza antara satu sama lain.

c. Penglibatan golongan ulama dalam penulisan. Pada tahun 761 M, ramai ulama mula menyusun dan menghasilkan tulisan dalam bidang fikah, tafsir, sejarah dan sebagainya. Antaranya; Imam Malik (penyusun buku al-Muwatta'), Ibn Ishaq (penyusun sejarah hidup NabiMuhammad s.a.w.), Abu Hanifah (penyusun fikah dan pendapat ijtihad), Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi’i dan Imam Ahmad bin Hanbal.

d. Terdapat pemisahan antara ilmu tafsir, ilmu sirah (sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w.) dan ilmu hadis.

e. Perkembangan intelektual jelas bergantung pada usaha terjemahan yang dibuat daripada bahasa Sanskrit, Suriani dan Yunani. Namun begitu, terdapat dua perkara penting berkaitan dengan aspek ini. Yang pertama, orang Islam bukan sahaja menterjemah malah mencipta dan membuat pembaharuan dalam karya yang diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Mereka menghuraikan dan membuat penambahbaikan terhadap karya tersebut dengan memuatkan keterangan dan ulasan yang sangat bernilai dan besar ertinya. Yang kedua, orang Islam memainkan peranan besar dalam berbakti kepada kebudayaan dunia. Mereka telah memelihara warisan ilmu daripada lenyap atau terkubur kerana mereka telah menerima hasil penulisan itu pada masa Eropah dilanda oleh Zaman Gelap, iaitu pada ketika, masyarakatnya kurang menghargai ilmu pengetahuan.

f. Penubuhan dan peranan pusat pengajian tinggi telah mempertingkatkan kegiatan.penyelidikan hingga kedapatan hasil kajian sarjana Islam yang sampai ke Eropah. Sejumlah kajian itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa asing, dan dari sinilah, bermula arus yang membawa kepada kebangkitan Eropah.

g. Perkembangan tamadun Islam di kota Baghdad, Cordova, dan tempat lain berjaya membuka mata ilmuwan Eropah. Perkembangan keilmuan di Eropah telah melahirkan zaman pemulihan budaya yg disebut Renaissance.

h. Kegigihan para ulama dan ilmuwan Islam dalam penulisan bukan sahaja telah mempertingkatkan pengetahuan manusia sezaman dengan mereka tetapi yang lebih penting telah meninggalkan warisan yang sangat ternilai kepada generasi kemudian.

i. Keterbukaan dan kesediaan masyarakat Islam menimba ilmu daripada pelbagai sumber asing dengan cara menterjemahkan karya tersebut telah memberikan banyak faedah. Bahkan golongan cendekiawan Islam telah membaiki dan meningkatkan lagi mutu karya asalnya. Dengan itu berlakulah percambahan dan perkembangan ilmu pengetahuan.

8. a. Jelaskan pembentukan Kerajaan Turki Uthmaniyah.(Rujuk Buku Teks m.s: 158-161) Pada akhir pemerintahan kerajaan Abbasiyah, pemerintahan khalifah telah

menjadi lemah yang kemudiannya membawa kepada kemunculan kerajaan-kerajaan kecil di kawasan Parsi dan Turki. Pemerintahan kerajaan Abbasiyah berakhir pada tahun 1258 apabila Baghdad diserang oleh orang Mongol.

Antara kerjaan kecil di Turki termasuklah kerajaan Saljuk. Kerajaan

Page 32: Kajian Tindakan Format

32

Uthmaniyah bermula sebagai salah sebuah kerajaan kecil yang terletak di sebelah barat Anatolia (Turki hari ini).

Pemerintah Anatolia bebas daripada pengaruh Saljuk dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran.

Sungguh pun kawasan barat Anatolia merupakan sebuah kerajaan kecil, namun, kerajaan ini berjaya menguasai kerajaan lain dan akhirnya membentuk kerajaan Uthmaniyah.

Perkataan Uthmaniyah berasal daripada nama pengasas kerajaan ini, iaitu Uthman bin Ertughrul bin Sulaiman Shah yang berasal daripada suku Qayi. Pada peringkat awal, Uthman ialah amir ataupun gabenor Saljuk bagi kawasan sebelah barat Anatolia. Kawasan ini bersempadan dengan kawasan empayar Byzantine, ataupun dikenali juga sebagai Rom Timur. Oleh itu, kawasan di bawah pentadbiran Uthman ini menghadapi ancaman yang lebih tinggi berbanding dengan wilayah yang lain.

Pada tahun 1301 Uthman berjaya menumpaskan tentera Byzantine. Kemenangan ini menyebabkan ramai ghazi ataupun pahlawan tentera serta pemimpin masyarakat bersatu di bawah Uthman dalam memperluas kawasan penaklukannya.

Uthman mula menakluki kawasan sekitar Anatolia dan kemudiannya menjadikan bandar Bursa sebagai ibu negeri. Uthman meninggal dunia pada tahun 1326 dan usaha perluasan kuasa diteruskan oleh anaknya Orhan I dan pemerintahan Uthmaniyah yang seterusnya.

Antara tahun 1336 - 1354 Orhan I berjaya menguasai kawasan Marmara dan Pantai Aegean, Ankara dan Gallipoli.

Semasa pemerintahan Murad I dan Bayezid I, kerajaan Uthmaniyah berjaya menguasai kawasan Balkan selatan dan Utara Bulgaria, Philippopolis, Sofia, Salonica, Kosovo, utara Albania dan Wallachia.

Pada masa pemerintahan Mehmed II, beliau telah menjalankan dasar perluasan wilayah dan berjaya menawan Istanbul (Constantinople), ibu negeri Rom Timur, pada tahun 1453.

Zaman pengukuhan empayar Uthmaniyah bermula semasa pemerintahan Mehmed II. Pengukuhan ini berlanjutan dari tarikh penguasaan terhadap Istanbul, iaitu pada tahun 1453 hinggalah ke tarikh kematian Suleiman I pada tahun 1566. Empayar ini berlanjutan hingga ke awal abad ke-20.

Antara faktor yang mengakibatkan kemerosotan kuasa ini termasuklah terdapatnya pernimpin yang lemah, keruntuhan sistem pungutan cukai, pemberontakan, dan pertambahan penduduk yang sangat pesat hingga sukar dikawal sepenunya.

b. Senaraikan pemerintah –pemerintah Kerajaan Turki Uthmaniyah. Uthman Ertughrul (1280 – 1326 M) Orhan I (1326 -1362 M) Murad I (1362 – 1389 M) Bayezid I (1389 – 1402 M) Mehmed I (1413 – 1421 M) Murad II (1421 – 1444 M) Mehmed II (Fatih) (1444 – 1446 M; 1451 – 1481 M) Bayezid II (1481 – 1512 M) Selim (1512 – 1520 M) Suleiman I (Kanuni) (1520 – 1566 M) Selim II (1566 – 1574 M) Murad III (1574 – 1595 M) Mehmed III (1595 – 1603 M)

c. Huraikan sumbangan Kerajaan Turki Uthmaniyah.

Page 33: Kajian Tindakan Format

33

Kerajaan Uthmaniyah telah bermula pada sekitar awal abad ke-14 dan berakhir pada awal abad ke-20. Sebelum ini tidak ada sebuah kerajaan Islam yg mampu bertahan selama hampir 600 tahun dan seluas kawasan kerajaan Uthmaniah.1. Empayar yang luas.Kerajaan telah mewujudkan sebuah empayar dengan Istanbul dianggap sebagai pusat pentadbiran Dunia Islam. Apabila Sultan Selim I berjaya menguasai Makkah pada tahun 1517, kerajaan Uthmaniyah dilihat sebagai pelindung kepada umat Islam di seluruh dunia.2. Sistem perundangan.Suleiman I telah memperkenalkan sistem perundangan yang mempertahankan dan membela nyawa, harta, dan kehormatan, setiap individu tanpa mengenal bangsa dan agama. Undang-undang baru ini dikenali sebagai Kanun Suleiman.3. Sistem organisasi dan pentadbiran perundangan Islam.Jawatan seperti Kadi dan Mufti dijadikan sebagai sebahagian daripada organisasi pentadbiran agama Islam. Jawatan Sheik-ul-Islam, iaitu ketua ulama telah diperkenalkan untuk mengeluarkan fatwa. Malahan koleksi fatwa yangdikeluarkan oleh Sheikh-ul-Islam pada zaman kerajaan Uthmaniyah merupakan salah satu sumbangan utama kerajaan Uthmaniyah kepada agama dan sains undang-undang yang kekal dan digunakan hingga ke hari ini.4. Sektor ekonomi.Sumbangan kerajaan Uthmaniyah kepada sektor ekonomi banyak bergantung pada kedudukan geografi Istanbul sebagai kota atau pusat pertemuan dalam jalinan perdagangan di antara timur dan Barat serta antara Dunia Islam dengan Dunia Bukan Islam. Jalinan perdagangan kerajaan Uthmaniyah meliputi pelabuhan di sepanjang Laut Tengah, Laut Merah, Laut Hindi dan Laut Mediterranean. Jalinan pelabuhan yang dikuasai oleh kerajaan Uthmaniyah juga telah membentuk Jalinan Perdagangan Dunia Islam yang berpusat di Istanbul.5. Sistem yang menggalakkan kecemerlangan individu.Sebelum kedatangan Islam ke kawasan Balkan, golongan atasan Eropah mengamalkan sistem bangsawan yang berasaskan keturunan dalam susun lapis masyarakat. Penguasaan kerajaan Uthmaniyah di Eropah terutamanya di kawasan Balkan telah memperkenalkan sistem yang menggalakkan kecemerlangan individu. Pengenalan sistem ini bermakna pembahagian masyarakat bergantung pada hasil usaha setiap individu. Ini juga membawa kepada mobiliti sosial yang lebih luas dalam masyarakat Eropah.6. Perkembangan ilmu dan pendidikan.Kerajaan Uthmaniyah juga berperanan besar dalam perkembangan ilmu pengetahuan, pendidikan, kebudayaan, penerbitan dan penterjemahan. Sistem pendidikan Uthmaniyah yang paling berpengaruh terhadap perkembangan pendidikan dalam dunia Islam ialah sistem madrasah. Selain sistem madrasah terdapat juga sistem pendidikan lain seperti sekolah pengetahuan akademik, sekolah sastera, maktab tentera, maktab teknik, dan kolej perubatan. Salah satu sumbangan besar golongan intelektual kerajaan Uthmaniyah adalah dalam bidang penulisan ensiklopedia. Kepentingan ilmu semasa zaman Uthmaniyah juga membawa kepada kepentingan perpustakaan. Kerajaan Uthmaniyah telah menubuhkan perpustakaan di masjid, hospital dan rumah.7. Bidang seni bina.Kerajaan ini juga menyumbang kepada bidang seni bina, terutamanya seni bina masjid. Tokoh seni bina Turki yang terkenal ialah Mimar Sinan (1490 – 1588). Hasil seni beliau yang paling terkenal ialah Masjid Sultan Ahmed (Masjid Biru) di Istanbul.

Hasil PembelajaranPada akhir pelajaran ini, murid-murid akan dapat;

Page 34: Kajian Tindakan Format

34

Memahami pertembungan antara tamadun Islam dengan tamadun lain di duniaAras 1

Menandakan lokasi dan menamakan tamadun lain yang bertembung dengan tamadun Islam

Menyatakan cara pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia Menyatakan kesan pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia

Aras 2 Menghuraikan cara pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia Menghuraikan kesan pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia

Aras 3 Menganalisis dengan contoh tamadun Islam dan tamadun lain di dunia saling

mempengaruhi

9. a. Jelaskan faktor-faktor penyebaran Islam ke Eropah.(Rujuk Buku Teks m.s: 162-169)Islam mula tersebar secara meluas dan kian menjadi kukuh di Eropah semasa zaman kerajaan Bani Umaiyah terutamanya di kawasan Sicily dan Selatan Sepanyol. Kerajaan yang berpusat di Cordova itu telah diasaskan oleh Khalifah Abdul Rahman I pada tahun 756 M. Penaklukan Constantinople oleh Mehmed Fatih pada tahun 1453 pula menandakan penyebaran Islam di kawasan Eropah Timur yang dikenali sebagai kawasan Balkan.1. Faktor akidah dan akhlak orang Islam.Pegangan akidah yang kukuh dan akhlak yamg tinggi dalam kalangan orang Islam merupakan tunjang utama dalam penyebaran Islam ke Eropah semasa zaman Bani Umaiyah dan Uthmaniyah. Tentera Islam semasa zaman Uthmaniyah mempunyai semangat ghazi, iaitu semangat kepahlawan yang tidak gentar berkorban jiwa demi penyebaran agama Islam. Ini menjadikan tentera Utmaniyah begitu bersungguh-sungguh memperluas kawasan empayar Uthmaniyah ke Eropah.2. Sistem ketenteraan dan penggunaan senjata moden.Sistem ketenteraan empayar Uthmaniyah yang tersusun serta penggunaan peralatan senjata moden juga merupakan faktor yang penting. Selain mempunyai tentera berkuda dan kumpulan infantri yang kuat, tentera kerajaan Uthmaniyah juga mempunyai kumpulan Janissari, iaitu kumpulan elit yang sangat terlatih dalam selok-belok peperangan. Semasa perluasan kerajaan Uthmaniyah beradapada tahap kecemerlangannya, iaitu semasa zaman Murad III (1574 - 1595), jumlah ahli kumpulan ini meningkat kepada 54 000 orang. Dari segi ketenteraan, kerajaan Uthmaniyah mempunyai senjata moden seperti meriam besar. Peralatan senjata moden ini sangat membantu perluasan empayar Uthmaniyah seperti yang dibuktikan dalam kes penaklukan Constantinople. Kerajaan Uthmaniyah juga mempunyai armada laut yang kuat. Semasa pemerintahan Suleiman al-Kanuni armada tentera laut Uthmaniyah mempunyai 300 buah kapal yang diguna untuk mengawal keselamatan di kawasan Laut Mediterranean.3. Keadaan politik di Eropah.Keadaan politik yang tidak stabil di Eropah, akibat daripada pertelingkahan danpeperangan dalam kalangan kerajaan-kerajaan kecil telah membantu dan memudahkan perluasan Islam di Eropah. Misalnya, kemasukan tentera Islam Uthmaniyah ke Eropah pada peringkat awal adalah kerana permintaan Maharaja John VI Cantacuzens. Pada tahun 1346 Maharaja tersebut telah membuat perjanjian dengan Orhan untuk mendapatkan bantuan kerajaan Uthmaniyah dalam usaha beliau menuntut takhta kerajaan Byzantine.4. Kelemahan dan kejatuhan kerajaan Byzantine.Kelemahan dan kejatuhan kerajaan Byzantine telah memberikan laluan kepada penyebaran Islam, terutamanya dalam kalangan masyarakat Balkan. Institusi gereja khususnya Gereja Greek Ortodoks, tidak lagi menjadi pelindung kepada

Page 35: Kajian Tindakan Format

35

masyarakat. Insitusi itu tidak lagi mampu mendapatkan perlindungan daripada kerajaan Byzantine. Pada masa yang sama, institusi gereja juga hampir hancur

disebabkan terdapatnya penyalahgunaan kuasa, pergaduhan para pemimpinnya, serta kekurangan kewangan untuk beroperasi sepenuhnya. Dalam keadaan beginilah ramai penganut agama Kristian tertarik kepada keistimewaan yang terdapat dalam agama Islam.5. Dasar politik dan hubungan keagamaan di Eropah.Kerajaan Uthmaniyah telah menjalankan diplomasi dan toleransi. Perluasan kawasan kerajaan Uthmaniyah ke kawasan Balkan tidak bermakna masyarakat Balkan dipaksa untuk memeluk Islam. Kerajaan Uthmaniyah bukan sahaja mengiktiraf kedudukan, perundangan, dan harta Gereja Ortodok tetapi turut rnembenarkan institusi tersebut (Gereja Ortodoks) melindungi kepentingan masyarakat Kristian di kawasan Balkan. Secara umumnya, kerajaan Uthmaniyahtidak campurtangan dalam urusan keagamaan orang Kristian. Hal atau urusan tersebut dipertanggungjawabkan kepada orang Kristian sendiri.6. Dasar sosial Islam.Dasar sosial Islam telah menarik minat orang Kristian untuk memeluk Islam. Ini kerana dasar sosial Islam berasaskan kecemerlangan individu dan bukannya keturunan. Sistem ini membolehkan setiap individu mendapat imbuhan hasil daripada usahanya. Ini berbeza sekali daripada sistem sosial sebelum kedatangan Islam yang menitikberatkan latar belakang keturunan. Di samping itu, kerajaan Uthmaniyah membina semula sekolah, rumah sakit dan kawasan perdagangan demi kemudahan rakyat. Dasar sosial kerajaan Uthmaniyah yang progresif inilah yang telah menjadi tunjang kepada pembentukan masyarakat Islam terutamanya masyarakat bandar.7. Penghijrahan orang Turki dan usaha pendakwah.Penghijrahan orang Turki ke kawasan Balkan dan usaha para pendakwah juga memainkan peranan yang penting dalam perkembangan dan penyebaran Islam di Eropah semasa zaman Uthmaniyah. Ramai orang Turki telah berhijrah ke Balkan terutamanya ke kawasan Thrace, Lembah Maritsa, utara Bulgaria, dan Albania pada abad ke-14 dan abad ke-15. Orang Turki yang berhijrah ke Balkan telah membina petempatan mereka di kawasan yang didiami oleh kumpulan mubaligh Islam, iaitu kumpulan Sufi. Pengajaran ahli kumpulan Sufi yang banyak menekankan toleransi dan asimilasi dalam ajaran mereka telah menarik ramai orang Kristian untuk memeluk Islam. Yang jelasnya penyebaran Islam di kawasan Balkan yang dimulakan oleh kerajaan Uthmaniyah ini berterusan hinggalah abad ke-17 dan abad ke-18 apabila Islam turut tersebar ke kawasan utara Albania, Montenegro dan Selatan-Barat Macedonia serta Crete.

b. Terangkan cara-cara pertembungan Tamadun Islam dengan Tamadun lain di dunia.Sebelum penyebaran agama Islam oleh Nabi Muhammad s.a.w., tamadun lain di dunia seperti tamadun Mesopotamia, Mesir Purba, India, China, dan Rom telah pun wujud. Tamadun Islam yang lahir daripada perkembangan agama Islamtelah bertembung dengan tamadun dunia yang lebih awal ini. Pada tahun 639M., semasa pemerintahan Khalifah Umar, Amr ibn al-As telah menakluk Mesir. Dengan itu, tamadun Islam telah bertembung dengan tamadun Yunani-Rom yang sudah pun bertapak di Mesir. Perluasan kawasan kerajaan Islam ke Baghdad pula telah menyebabkan berlakunya pertembungan antara tamadun Parsi dengan tamadun Islam. Kemudian, apabila kerajaan Bani Umaiyah berjaya menakluk Qayrawan di Utara Afrika pada tahun 670 M. dan mula tiba di pantai Sepanyol pada tahun 711 M., tamadun Islam telah bertembung pula dengan tamadun Eropah.

Islam telah bertembung dengan tamadun lain di dunia melalui pelbagai cara.

Page 36: Kajian Tindakan Format

36

1. Melalui perdagangan dan perniagaan.Penguasaan Islam terhadap kawasan Teluk Parsi, Laut Merah, dan timur Mediterranean telah membolehkan perdagangan jarak jauh laut menjadi salah satu alat utama pertembungan Islam dengan tamadun lain. Seawal akhir abad ketujuh Masihi lagi orang Islam telah menetap dan berdagang di Canton, China. Ini telah membolehkan tamadun Islam bertembung dengan tamadun China.2. Hubungan diplomatik.Orang Islam mendapatkan pengetahuan tentang cara hidup, cara berfikir dan cara mentadbir daripada tamadun luar. Kerajaan Bani Umaiyah, contohnya, telah menghantar kumpulan peneroka ke utara Selat Gibraltar di selatan Sepanyol. Kumpulan ini telah bertemu dengan beberapa petempatan orang bukan Islam seperti di Cordova, Valencia dan Rhonda. Kumpulan peneroka Islam ini berjaya membuat hubungan diplomatik dengan kawasan-kawasan tersebut. Ini telah membolehkan berlakunya pemahaman secara aman antara orang Islam dengan orang bukan Islam tentang cara hidup, pandangan politik, keagamaan, ekonomi dan pentadbiran.3. Melalui penaklukan dan ketenteraan.Dalam usaha memperluas kawasan dan penyebaran Islam, kerajaan Khulafaal-Rasyidin, Bani Umaiyah, Abbasiyah dan Uthmaniyah telah membentuk ekspedisi ketenteraan. Apabila tentera Islam menguasai kawasan Iraq dan Iran, contohnya, tamadun Islam telah bertembung dengan tamadun Parsi. Kedua-dua tamadun ini saling mempengaruhi. Oleh itu, berlakulah interaksi dan asimilasi antara tamadun Islam dengan tamadun lain yang diakibatkan oleh kegiatan penaklukan dan ketenteraan. Apabila tentera Islam menakluk kawasan Mesir dan Afrika Utara, tamadun Islam juga sudah mula bertembung dengan tamadun Eropah terutamanya tamadun Rom, iaitu empayar Byzantine.4. Pertembungan kebudayaan.Pertembungan kebudayaan antara tamadun Islam dengan tamadun lain. Misalnya, kemasukan Islam ke Sepanyol telah membawa kepada kemunculan kebudayaan baru. Bahasa Arab telah menjadi bahasa utama di Sepanyol semasa zaman Umaiyah yang berpusat di Cordova. Pada masa itu juga lahir golongan yang dikenali sebagai Mozarab, iaitu orang tempatan yang beragama Kristian tetapi mengamalkan kebudayaan Islam dan berbahasa Arab.5. Pertembungan intelektual.Pertembungan intelektual juga berlaku antara ahli fikir Islam dengan bukan Islam. Penyebaran Islam di Eropah bukan sahaja telah membolehkan pedagang Islam berniaga di Eropah tetapi juga telah membawa keuntungan kepada para intelek Islam. Ilmuwan Islam telah berjaya mendalami ilmu dan keilmuan tamadun Eropah, dan seterusnya berjaya memperkembangkan lagi keilmuan tersebut menurut pandangan intelektual Islam.

c. Huraikan kesan-kesan pertembungan Tamadun Islam dengan Tamadun lain di dunia.Kesan pertembungan antara tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia dapat dilihat melalui sumbangan tamadun Islam kepada peradaban manusia.1. Dari segi keagamaan.Islam mengubah sistem kehidupan penganutnya dan mereka yang di bawah taklukannya. Islam membawa satu nilai akidah, iaitu kepercayaan kepada Allah s.w.t. Islam menyediakan sistem perundangan yang berdasarkan al-Quran dan hadis untuk dijadikan panduan dan pedoman para penganutnya. Islam yg berasaskan akidah dan syariah ini mudah diterima kerana bersifat sarwajagat dan tidak terbatas kepada bangsa atau kaum dan kawasan geografi. Walau bagaimanapun, Islam tidak menghapuskan cara hidup, adat, dan budaya masyarakat setempat.

Page 37: Kajian Tindakan Format

37

2. Perluasan kawasan Islam.Perluasan kawasan penyebaran Islam dan kawasan yang diperintah oleh orang Islam. Dari segi politik, kesan pertembungan tamadun Islam ini telah melahirkan pelbagai bentuk kerajaan dan masyarakat seperti kerajaan Delhi Mughal di India. Walaupun kerajaan Islam tidak wujud di China, namun, wujud masyarakat Islam yang berkekalan hingga ke hari ini di negara itu. Kerajaan Islam seperti Umaiyah, Abbasiyah, dan Uthmaniyah telah mengamalkan sistem kerajaan pusat yang kuat walaupun mempunyai perbezaan dari segi institusi dan organisasi. Walaupun sistem pemerintahannya berbeza, namun, terdapat persamaan dari segi amalan politik dalam Dunia Islam ini, iaitu sistem yang berasaskan akidah dan syariah.3. Penguasaan ekonomi.Perluasan kuasa dan wilayah yang luas membolehkan orang Islam menguasai ekonomi terutamanya dari segi perdagangan dengan lebih berkesan. Pemerintahan kerajaan Islam telah memastikan keselamatan terhadap laluan perdagangan di kawasan naungannya. Ini membolehkan aktiviti ekonomi dan perdagangan dijalankan dengan licin. Kerajaan Uthmaniyah, contohnya, mempunyai armada laut bagi memastikan keselamatan kapal-kapal pedagang di kawasan Teluk Parsi, Laut Merah, Laut Mediterranean dan Laut Hindi. Kawasan pusat ekonomi Islam meliputi kawasan seperti Aden, Siraf, Basra, Iskandariah dan Istanbul. Pedagang Islam sejak abad ketujuh Masihi telah berjaya berdagang ke kawasan seperti India, Ceylon, Kepulauan Melayu, dan China di sebelah Timur. Di kawasan sebelah Barat pedagang Islam telah menjalankan perniagaan hingga ke Sepanyol, selatan Perancis, Armenia, dan kawasan selatan gurun Sahara di benua Afrika. Pedagang Islam menguasai perdagangan di Laut Merah dan juga di Laut Mediterranean, Teluk Parsi, Lautan Hindi dan Laut China Selatan. Semasa zaman Uthmaniyah, Istanbul merupakan pusat aktiviti perdagangan dan perniagaan, sesuai dgn kedudukannya yg strategik sbg jambatan di antara dunia Timur dan dunia Barat.4. Proses urbanisasi dan organisasi sosial di bandar dan kawasan sekitarnya. Kerajaan Islam mempengaruhi penyelarasan undang-undang yang saksama di kawasan naungannya seperti yang berlaku di kawasan Balkan semasa pemerintahan kerajaan Uthmaniyah.5. Dari segi kebudayaan.

Orang Islam mempengaruhi perkembangan pendidikan dengan membangunkan kurikulum yang memberikan penekanan bukan sahaja kepada pendidikan berbentuk agama tetapi juga pendidikan yang merangkumi bidang sains, matematik dan teknologi. Semasa zaman kerajaan Abbasiyah, para pelajar yang ditempatkan di institusi pembelajaran Islam diwajibkan juga mempelajari ilmu mantik (logik), matematik, geografi, sejarah, sains fizikal dan biologi.

Orang Islam juga mempengaruhi tatatertib kehidupan harian melalui cara berpakaian, berfikir, bertutur, berdagang clan berpolitik. Semasa zaman Umaiyah di Sepanyol, orang bukan Islam telah mengamalkan cara hidup orang Islam. Selain bertutur dalam bahasa Arab, mereka juga berpakaian seperti orang Islam. Tatasusila kehidupan harian orang Islam mempengaruhi kehidupar harian orang Eropah dengan begitu kuat sehingga pengaruh itu berterusan ke pertengahan Zaman Renaissance. Golongan yg memainkan peranan penting dlm proses ini dikenali sbg golongan Mudejar (Orang Islam setempat (minoriti) yg terus tingal di kawasan pemerintahan orang Kristian).

6. Perkembangan intelektual. Perluasan kawasan penaklukan Islam telah membolehkan para

cendekiawan Islam dan bukan Islam bertukar pendapat antara satu sama

Page 38: Kajian Tindakan Format

38

lain. Pada peringkat awal, cendekiawan Islam memberikan keutamaan kepada proses pengumpulan maklumat dan teks penulisan para cendekiawan daripada tamadun zaman sebelumnya. Kebanyakan hasil kerja yang diterjemahkan oleh cendekiawan Islam merupakan hasil karya penulis Greek seperti Aristotle, Plato, Galen dan Hipocrates.

Proses perkembangan penterjemahan dan intelektual orang Islam telah dipertingkatkan dengan penubuhan sebuah perpustakaan, iaitu baitulhikmah yang ditubuhkan oleh Khallifah Harun al-Rasyid semasa zaman kerajaan Abbasiyah. Ini membolehkan bahan penulisan daripada tamadun lain disimpan dan dikaji oleh cendekiawan Islam. Proses penterjemahan hasil karya tamadun bukan Islam telah menghasilkan satu budaya keilmuan dan intelektual yang sangat tinggi.

Zaman kemuncak kegemilangan keilmuan Islam berlangsung antara abad kelapan hingga ke masa keruntuhan kerajaan Abbasiyah pada tahun 1258 M. Zaman ini telah melahirkan para cendekiawan Islam dalam setiap bidang keilmuan.

Dalam ilmu perubatan, Zakaria al-Razi (865-925 M.) : menyumbangkan kepentingan perubatan klinikal dan menghasilkan lebih daripada 20 karya termasuklah kitab Al-Hawi, sebuah ensiklopedia perubatan. Beliau merupakan penterjemah utama hasil karya Galen, ahli perubatan Greek.

Al-Zahrawi (936-1013 M.) merupakan orang yang sangat arif dalam kajian perubatan dan farmasi.

Dalam bidang matematik dan astronomi sumbangan cendekiawan Islam seperti al-Khawarizmi, al-Battani, Abu Ishaq al-Biruji dan al-Biruni.

Dalam bidang pemikiran politik dan undang-undang, cendekiawan Islam seperti al- Farabi (950 M.), al-Miskawayh dan al-Mawardi menghasilkan beberapa karya penting dlm bidang undang-undang dan pemikiran politik.

Dalam bidang ilmu mantik dan falsafah, termasuklah Ibn Sina, al-Kindi, Fakhr al-Din, al-Razi, Ibn al-Arabi, Ibn Rushd dan Imam Ghazali. Mereka telah memberikan kesan mendalam terhadap perkembangan pemikiran usuluddin, falsafah sains, pemikiran kritis dan kesedaran agama.

7. Kesenian Islam khususnya seni bina.Seni bina turut memberikan sumbangan dalam perkembangan ketamadunan didunia ini. Keindahan seni ukir dan seni bina orang Islam terdapat di Masjid Cordova di Sepanyol, Masjid Sultan Ahmed (Masjid Biru) di Istanbul dan Istana Alhambra di Granada. Semua ini merupakan lambang ketinggian martabat tamadun Islam. Tema kebanyakan seni Islam memaparkan elemen-elemen yang terdapat dalam kepercayaan tauhid dan akidah.

8. Cendekiawan Islam turut memberikan sumbangan terhadap dunia kesusasteraan. Antara penulis puisi dan novel agung,

Omar Khayyam yang menulis tentang Ruba'iyah, al-Jahiz yang terkenal dengan Kitab al-Bayan. Jalal ad-Din Rumi menghasilkan puisi ketuhanan. Pemuisi wanita, iaitu Rabi'ah al-Adawiah yang menghasilkan puisi bertema

ketuhanan dan hubungan antara manusia dengan Tuhan.9. Pengembaraan.Semasa zaman kemuncak keagungan tamadun Islam, ramai cendekiawan Islam telah mengembara dan meneroka kawasan di luar naungan Islam untuk menambah ilmu pengetahuan. Antaranya;

Ibn Battuta (1304-1377 M.) yang mengembara ke China, India dan Afrika. Catatan Ibn Battuta sepanjang penerokaannya amat dihargai oleh

Page 39: Kajian Tindakan Format

39

sejarawan dari segi ketepatan fakta tentang kawasan yang dilawatinya. Hasil tulisan Ibn Battuta masih lagi menjadi rujukan sejarawan hingga ke hari ini.

al-Mascudi (945 M.) mengembara ke China, Parsi, India dan Timur Afrika. Ibn Fadhlan yang mengembara ke utara Eropah pada abad ke-12.

10. Mengeluarkan Eropah dari Zaman Gelap.Pada peringkat awal, ilmuwan Islam banyak bergantung pada hasil karya daripada tamadun luar, namun, mereka berjaya mengembangkan ilmu tersebut sesuai dengan ajaran Islam dan ditambah dengan idea mereka sendiri. Keilmuan Islam berjaya mempengaruhi kehidupan masyarakat Eropah dari aspek pemikiran, sistem politik dan sosial. Akhirnya, masyarakat Eropah dapat memanfaatkan keilmuan Islam ini sehingga berjaya membawa mereka keluar drpd Zaman Gelap dan mempengaruhi perkembangan sejarah Eropah seterusnya, contohnya Revolusi Perindustrian.

10. a. Senaraikan pengajaran yang boleh kita alami melalui sejarah perkembangan kerajaan dan tamadun Islam ini. (Rujuk Buku Teks m.s: 169-170)1. Kepentingan perpaduan.Zaman kerajaan Islam di Madinah terutamanya selepas kewafatan NabiMuhammad s.a.w. mengajar kita bahawa perpaduan amat penting dalam menentukan penerusan sesuatu ummah. Pemimpin kerajaan Islam sentiasa menekankan perpaduan dalam kalangan penduduk untuk memastikan perkembangan Islam berterusan.

2. Sumbangan pemerintah dan golongan cerdik pandai.Perkembangan kerajaan Islam juga menunjukkan bahawa pemerintahan dan kepemimpinan sangat penting dalam menentukan jatuh bangun sesebuah tamadun, misalnya, dalam aspek kegemilangan keilmuan pada zaman kerajaan Islam Umaiyah dan Abbasiyah. Selain sumbangan golongan cerdik pandai, peranan pemerintah juga penting. Pihak pernerintah telah memberikan galakan ke arah tersebut dan juga membina kemudahan seperti kawasan pembelajaran dan perpustakaan demi memajukan perkembangan intelektual.

3. Kepentingan dasar kompromi dan toleransi.Kerajaan Umaiyah dan Uthmaniyah yang berkembang di Eropah mengajar kita bahawa dasar konpromi dan toleransi amat penting dalam sesebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan anutan agama. Dasar kerajaan Islam yg mengamalkan toleransi dan memberikan kebebasan beragama kepada rakyat berjaya menjaga keamanan dan membawa kerajaan tsb ke zaman kegemilangan.

4. Pencapaian politik, ekonomi dan sosial boleh dilakukan sekali gus dengan pencapaian keilmuan agama.

Perkembangan kerajaan Islam bukanlah bergantung sepenuhnya pada perkembangan dan penguasaan dalam hal-hal keagamaan sahaja. Bermula dari zaman Khulafa al-Rasyidin hinggalah ke zaman Uthmaniyah, kerajaan Islam mampu menguasai segala bidang kehidupan seperti ekonomi dan perdagangan, politik dan sosial. Kegemilangan setiap kerajaan Islam juga bermakna keupayaan mereka menguasai ekonomi dan politik dunia pada ketika itu, berada pada tahap yang paling tinggi. Walau bagaimanapun, penguasaan ekonomi tidak bermakna kerajaan Islam pada masa itu melupakan perkembangan keilmuan agama. Ketinggian pencapaian intelektual Islam semasa zaman Umaiyah dan Abbasiyah sememangnya tidak dapat ditandingi oleh mana-mana kerajaan di dunia pada ketika itu. Ini juga menunjukkan bahawa pencapaian politik, ekonomi dan sosial

Page 40: Kajian Tindakan Format

40

boleh dilakukan sekali gus dengan pencapaian keilmuan agama. Pemerintahan kerajaan Islam telah membuktikan perkara ini.

“Ya Allah, teguhkan hatiku dalam mengerjakan solat,Ya Allah, teguhkan hatiku dalam mengerjakan suruhanMu,

Ya Allah, teguhkan hatiku dalam menjauhi laranganMu,Ya Allah, teguhkan hatiku dalam menjalani kehidupan sebagai

hambaMu yang terbaik.”

Lampiran IV

Buku Rekod Pengajaran Guru Tahun 2011P&P 1

Tarikh 5 / 5 / 2011Kelas 4 CemerlangMasa 6.40 – 8.25 (3 waktu)Tema 8. TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYASub tajuk 8.3 Pembentukan kerajaan Islam dan sumbangannya

a. Zaman Khalifah Al-Rasyidini. Konsep khalifahii. Syarat dan cara pemilihan khalifah

Page 41: Kajian Tindakan Format

41

iii. Sumbangan Khalifah Al-Rasyidin

b. Kerajaan Bani Umaiyahc. Kerajaan Bani Abbasiyahi. Latar belakangii. Sumbangan

Unsur dan tingkahlaku patriotisme

Kepimpinan berwibawa menjamin kedaulatan negara• Bersikap kepemimpinan cemerlangKecemerlangan tamadun Islam menyinari dunia• Memanfaatkan kecemerlangan tamadun Islam

Kebijaksanaan menyusun strategi untuk kestabilan negara• Membuat perancangan yang bijak• Berupaya menerapkan pembaharuan

Keunggulan ilmu membina kegemilangan negara• Membudayakan ilmu

Hasil pembelajaran

Memahami sistem pemerintahan khalifah Al-RasyidinAras 1• Menyatakan maksud khalifah• Menyatakan masyarakat kelayakan menjadi khalifah• Menyatakan cara pemilihan dan perlantikan khalifah• Menyatakan tugas khalifah• Menyenaraikan sumbangan setiap khalifah Al-RasyidinAras 2• Menjelaskan cara pemilihan dan pelantikan khalifah al-Rasyidin• Menghuraikan sumbangan khalifah-khalifah al-RasyidinAras 3• Mewajarkan kepentingan musyawarah, syura, baiah ke arah pemantapan pemerintahan masa kini

*Guru hendaklah memilih hasil pembelajaran yang sesuai dengan tahap keupayaan pelajar

Memahami latar belakang pembentukan kerajaan Bani Umaiyah, Bani Abbasiyah dan sumbangannya.Aras 1• Menyatakan latar belakang pembentukan kerajaan Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah.• Menyatakan sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah.Aras 2• Mengklasifikasi sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dari segi politik, ekonomi dan sosial.Aras 3• Menghubungkait kegemilangan kerajaan-kerajaan Islam seperti Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah menjadi perintis kepada kemajuan dan pemodenan barat.

Page 42: Kajian Tindakan Format

42

Istilah Khalifah Baiah MurtadSyura Wali Gabenor

BBM/BBB Bahan Multimedia dan Modul Sejarah Tingkatan 4Aktiviti • Pengenalan

• Pelajar menonton paparan e-bahan yang disediakan oleh BTP• Sambil menonton paparan tersebut, pelajar merujuk modul yang disediakan oleh guru• Soaljawab

*Sekiranya pelajar tidak faham, boleh mengemukakan soalan. Bahan boleh dihentikan, guru boleh menerangkan.

Aktiviti susulan

Latihan / kerja rumah

Refleksi Berjaya dilaksanakan

P&P 2

Tarikh 12 / 5 / 2011Kelas 4 CemerlangMasa 6.40 – 8.25 (3 waktu)Tema 8. TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYASub tajuk 8.3 Pembentukan kerajaan Islam dan sumbangannya

d. Kerajaan Turki Uthmaniyahi. Latar belakangii. Sumbanganiii. Faktor penyebaran Islam ke Eropah

e. Pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di duniai. Cara pertembungan

Page 43: Kajian Tindakan Format

43

- Perniagaan- Diplomatik- Kebudayaan- Pusat pengajian- Peperanganii. Kesan- Perluasan empayar- Perkembangan intelek- Kesenian dan kesusasteraan

Unsur dan tingkahlaku patriotisme

Kepimpinan berwibawa menjamin kedaulatan negara• Bersikap kepemimpinan cemerlangKecemerlangan tamadun Islam menyinari dunia• Memanfaatkan kecemerlangan tamadun IslamKebijaksanaan menyusun strategi untuk kestabilan negara• Membuat perancangan yang bijak• Berupaya menerapkan pembaharuan Keunggulan ilmu membina kegemilangan negara• Membudayakan ilmuIntegrasi budaya memperkayakan warisan negara• Membudayakan ilmu

Hasil pembelajaran

Memahami latar belakang pembentukan kerajaan Turki Uthmaniyah dan sumbangannya.Aras 1• Menyatakan latar belakang pembentukan kerajaan Turki Uthamaniyah• Menyatakan sumbangan kerajaan Turki Uthamaniyah.• Menyatakan faktor yang membolehkan kerajaan Turki Uthmaniyah menyebarkan Islam ke EropahAras 2• Mengklasifikasi sumbangan kerajaan Turki Uthmaniyah dari segi politik, ekonomi dan sosial.

• Menghuraikan faktor yang membolehkan kerajaan Turki Uthmaniyah menyebarkan Islam ke EropahAras 3• Menghubungkait kegemilangan kerajaan Islam Turki Uthmaniyah menjadi perintis kepada kemajuan dan pemodenan barat.

Memahami pertembungan antara tamadun Islam dengan tamadun lain di duniaAras 1• Menandakan lokasi dan menamakan tamadun lain yang bertembung dengan tamadun Islam• Menyatakan cara pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia• Menyatakan kesan pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di duniaAras 2• Menghuraikan cara pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia• Menghuraikan kesan pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di duniaAras 3

Page 44: Kajian Tindakan Format

44

• Menganalisis dengan contoh tamadun Islam dan tamadun lain di dunia saling mempengaruhi

*Guru hendaklah memilih hasil pembelajaran yang sesuai dengan tahap keupayaan pelajar

Istilah Khalifah Baiah MurtadSyura Wali Gabenor

BBM/BBB Bahan Multimedia dan Modul Sejarah Tingkatan 4Aktiviti • Pengenalan

• Pelajar menonton paparan e-bahan yang disediakan oleh BTP• Sambil menonton paparan tersebut, pelajar merujuk modul yang disediakan oleh guru• Soaljawab

*Sekiranya pelajar tidak faham, boleh mengemukakan soalan. Bahan boleh dihentikan, guru boleh menerangkan.

Aktiviti susulan

Latihan / kerja rumah

Refleksi Berjaya dilaksanakan