kajian tentang dadah

Upload: akmal-haqim

Post on 14-Apr-2018

247 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 KAJIAN TENTANG DADAH

    1/22

    1

    1. PENGENALAN

    Menurut Agensi Dadah Kebangsaan, dadah merupakan satu istilah khas

    kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang

    dari segi jasman, rohani serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat

    daripada kesan ini seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung hidup

    kepada dadah tersebut dan menyebabkan ketagihan. Seseorang penagih sanggup

    mengadai maruah serta memperhambakan diri kepada sesiapa sahaja walau dalam apa

    jua keadaan asalkan bekalan dadahnya terjamin.

    Walaupun dadah yang dikenali umum terdiri daripada heroin, morfin dan

    ganja, namun terdapat bahan lain yang boleh memberi kesan antaranya tembakau dan

    arak. Malah sesetengah ubat-ubatan jika tidak digunakan mengikut peraturan dan

    sukatan yang betul boleh member kesan negatif sama seperti dadah. Contohnya

    morfin dan sebatian terbitan yang banyak digunakan sebagai ubat penghilang

    kesakitan semasa merawat kecederaan serius. Dengan kata lain dadah membawa

    resiko yang amat tinggi sehingga boleh membawa maut. Semua jenis dadah yang

    telah dinyatakan pada dasarnya menunjukkan kesan ketagihan dalam bentuk

    pergantungan fizikal, mental dan emosi yang sama.

    Secara kasarnya, kecelaruan penyalahgunaan dadah terbahagi kepada empat

    jenis utama seperti berikut dadah jenis depressants seperti barbiturates, transquillizers

    yang mana kumpulan dadah yang boleh mengurangkan aktiviti system saraf pusat dan

    fungsinya untuk menurunkan aras rangsangan psikologikal agar dapat menenangkan

    fikiran manusia. Dadah jenis timulants iaitu kokain, amphetamine yang mana

    fungsinya boleh meningkatkan daya tahanan dan menjadikan seseorang itu lebih

    bertenaga. Seterusnya dadah jenis opiates iaitu heroin, morfin dan kodein yang

  • 7/27/2019 KAJIAN TENTANG DADAH

    2/22

    2

    berfungsi untuk mengurangkan kesakitan serta membantu individu supaya tidur

    dengan lebih nyenyak. Akhir sekali dadah jenis hallucinogens iaitu marijuana, LDS

    berfungsi menghasilkan sensasi khayalan yang mempersonakan penggunaannya.

    Penglibatan individu dalam penyalahgunaan dadah mempunyai hubungan

    dengan pelbagai factor antaranya faktor individu itu sendiri, faktor rakan sebaya,

    factor keluarga dan factor persekitaran. Oleh itu strategi untuk mencegah

    penyalahgunaan dadah mestilah berlandaskan kepada aspek tersebut.

    2. FAKTOR

    2.1 Faktor individu

    Faktor pertama iaitu faktor individu. Faktor individu yang dimaksudkan ialah

    seperti faktor ingin mencuba sesuatu yang baru. Hal ini pada kebiasaannya berlaku ke

    atas remaja yang mana pada ketika itu berlaku perubahan hormon yang menimbulkan

    perubahan sikap. Sememangnya naluri manusia condong ke arah mencari sesuatu

    yang baru dan yang luar biasa. Jadi, untuk memuaskan kehendak mereka, remaja

    terdorong ke arah pengambilan dadah tanpa memikirkan kesan buruknya. Menurut

    statistik, bilangan penagih dadah meningkat 25 peratus dari tahun ke tahun dan

    kebanyakkan daripada mereka bermula dengan rokok.

    Selain itu, individu yang terlibat dengan dadah kebiasaannya adalah individu

    yang mengalami tekanan dan tidak mampu mengatasi tekanannya dengan cara yang

    betul. Contohnya tekanan daripada tanggungjawab yang terpaksa dipikul terhadap

    keluarga, tekanan di tempat kerja,tekanan menghadapi penyakit dan juga tekanan

  • 7/27/2019 KAJIAN TENTANG DADAH

    3/22

    3

    belajar. Individu sebegini mengambil jalan mudah untuk melupakan permasalahan

    dengan mengambil jalan mudah yang akhirnya merosakkan diri sendiri.

    Kini, remaja bukan hanya berhadapan dengan cabaran untuk belajar di sekolah

    semata-mata. Harapan yang tinggi yang diletakkan oleh ibu bapa agar mereka

    mencapai prestasi yang cemerlang dalam pelajaran telah menjadi suatu tekanan yang

    hebat kepada remaja. Selain menghadiri kelas di sekolah, mereka terpaksa menghadiri

    kelas-kelas yang lain seperti kelas tuisyen, muzik, tarian, seni pertahanan diri dan

    sebagainya bagi memenuhi kehendak ibu bapa. Akibatnya, mereka tidak mempunyai

    masa yang tersendiri untuk beristirahat dan melakukan hobi yang digemari oleh

    mereka. Tekanan ini akan mendorong mereka mengambil dadah kerana kononnya

    ingin mencari ketenangan jiwa. Mereka berpendapat bahawa pengambilan dadah

    dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh mereka dalam sekelip mata sahaja.

    Pada masa sekarang, kebanyakkan remaja yang terlibat dengan dadah adalah

    disebabkan oleh kurangnya pendidikan agama. Hal ini berlaku kerana ibubapa tidak

    memberi perhatian kepada anak mereka kerana selalu sibuk dengan kerja dan yang

    paling malang lagi ibu bapa sendiri tidak mengamalkan nilai-nilai agama. Tambahan

    lagi, dalam dunia moden ini remaja sangat terdedah dengan gejala-gejala sosial yang

    boleh merosakkan akal fikiran mereka. Kurangnya pendidikan agama menyebabkan

    remaja sesuka hati melakukan perkara yang telah dilarang oleh agama. Selain itu juga

    ada yang menggunakan dadah untuk kegunaan keseronokan seksual. Oleh itu,

    pendidikan agama amatlah penting bagi menghalang atau menghindari dari perbuatan

    yang di anggap hina ini.

  • 7/27/2019 KAJIAN TENTANG DADAH

    4/22

    4

    2.2 Faktor rakan sebaya

    Faktor kedua ialah faktor rakan sebaya. Hal ini demikian kerana kebanyakan

    masa remaja diluangkan bersama dengan rakan sebaya mereka. Oleh itu, pemilihan

    rakan yang sesuai haruslah dilakukan dengan bijaksana oleh setiap remaja. Sekiranya

    rakan sebaya yang nakal maka mereka terlibat dalam pengambilan dadah, secara tidak

    langsung mereka sendiri akan terikut-ikut dengan sikap rakan mereka. Hal ini jelas

    terbukti hasil temubual bekas penagih di Pondok Inabah di kuala Terengganu yang

    kebanyakan daripada mereka mula terjebak dengan dadah akibat suka melepak

    dengan rakan yang sememangnya seorang penagih.

    Selain itu juga, remaja terlibat dengan dadah kerana ingin diterima dalam

    sesuatu kumpulan atau geng. Kebiasaannya, penagih terdiri daripada mat-mat rempit

    dan geng yang suka melepak. Sesetengah kes ada juga rakan yang sengaja

    membiarkan individu terjebak dengan dadah dengan sengaja meletakkan dadah ke

    dalam minuman dan akhirnya seseorang itu akan ketagih. Budaya ini harus dikikis

    kerana hanya akan menyebabkan gejala ini menjadi lebih serius. Para remaja perlu

    bersikap rasional dalam menghadapi cabaran hidup pada setiap masa.

    Rakan sebaya juga memainkan peranan yang penting bagi membentuk konsep

    diri, sikap dan pandangan seseorang pada dirinya sendiri sama ada dirinya dihargai

    ataupun tidak di mata kumpulan masyarakat sekelilingnya. Contohnya, cara

    berpakaian, hobi, aktiviti-aktiviti sosial, jenis permainan, kumpulan belajar dan

    sebagainya. Sekiranya kumpulan sebaya yang dipilih cenderung berbuat baik, maka

    remaja ini terpengaruh hendak menjalankan aktiviti yang sihat. Tetapi sekiranya

    kumpulan sebaya yang dipilih cenderung berbuat jahat, maka remaja ini akan

    cenderung melakukan aktiviti-aktiviti yang negatif.

  • 7/27/2019 KAJIAN TENTANG DADAH

    5/22

    5

    . Ini kerana remaja ingin dirinya diterima oleh rakan-rakan. Dengan itu, mereka

    sentiasa sanggup melakukan apa sahaja supaya diterima oleh ahli kumpulannya.

    Remaja yang berasal daripada keluarga yang bermasalah lebih mudah dipengaruhi

    oleh rakan sebaya yang mungkin senasib dengannya dan membentuk kumpulan

    sendiri. Kumpulan ini mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat. Apabila rakan

    sebaya membentuk kumpulan yang bersifat negatif, remaja turut melakukan perkara

    yang sama supaya diterima oleh kumpulannya seperti meniru dalam peperiksaan,

    merokok dan lain-lain yang boleh menjejaskan pelajaran. Paling teruk lagi ialah

    pengaruh rakan sebaya ini akan mengaruh remaja terlibat dengan najis dadah.

    2.3 faktor ibu bapa

    faktor persekitaran yang merangkumi persekitaran di rumah,. Persekitaran di

    rumah yang dimaksudkan ialah tentang perhubungan anak dan ibu bapa. Silatulrahim

    mereka biasanya longgar dan renggang. Menurut kajian, anak-anak yang kurang kasih

    sayang daripada ibu bapa banyak terlibat dengan dadah. Kekurangan perhatian

    daripada ibu bapa telah menyebabkan anak-anak merasa tidak disayangi dan mula

    keluar rumah sesuka hati dan merosakkan diri. Hal ini memang tidak dapat dinafikan

    terutamanya dalam era mengejar kesenangan hidup pada hari ini. Para ibu bapa

    sentiasa sibuk mencari nafkah bagi menampung kehidupan serta menyediakan

    keperluan asas yang bertaraf tinggi untuk keluarga. Secara tidak langsung, masa yang

    sepatutnya diluangkan bersama anak-anak menjadi terhad. Sesetengah ibu bapa tidak

    pernah bertanya ke mana dan dengan siapa anak mereka berkawan. Hal ini akan

    mengakibatkan remaja menikmati kebebasan yang keterlauan kerana kegiatan mereka

    tidak lagi diambil tahu oleh ibu bapa. Lama-kelamaan, kebebasan yang dikecapi akan

  • 7/27/2019 KAJIAN TENTANG DADAH

    6/22

    6

    membawa mereka ke lembah penagihan najis dadah. Ingatlah anak-anak ibarat kain

    putih dan ibu bapalah yang perlu mencorakkannya.

    Kasih sayang merupakan satu keperluan bagi diri anak-anak. Memperolehi

    kasih sayang daripada ibu bapa bererti anak-anak tersebut telah mendapat perhatian

    yang sewajarnya daripada ibu bapa mereka. Lantaran itu tidak timbul keperluan ke

    atas diri mereka untuk mencari sumber-sumber lain bagi memenuhi kehendak asas

    tersebut. Bagaimanapun terlalu banyak kasih sayang yang diberikan oleh ibu bapa

    kepada anak-anak juga boleh menimbulkan kesan negatif ke atas diri anak-anak.

    Anak-anak akan menjadi manja dan boleh bersikap tidak bimbang untuk melakukan

    sesuatu yang bertentangan dengan kehendak ibu bapa atau pun individu-individu lain

    kerana mereka tahu bahawa ibu bapa tetap menyayangi dan berpihak kepada mereka.

    Kesimpulannya, pemberian kasih sayang perlu seimbang dengan kawalan. Terlalu

    banyak kasih sayang tanpa kawalan mengurangkan keupayaan anak-anak untuk

    berdikari dan memikul tanggungjawab apabila dewasa. Kawalan yang terlalu rapi

    tanpa diiringi kasih sayang juga boleh menimbulkan kesan negatif ke atas anak-anak

    hingga menyebabkan mereka menjadi individu dewasa yang dingin dan tidak boleh

    bertolak ansur.

    2.4 Faktor sekolah

    Selain itu, faktor persekitaran di sekolah juga menyumbang kepada

    penglibatan remaja dengan dadah. Contohnya pelajar yang bermasalah di rumah akan

    melepaskan tekanan di sekolah dengan melakukan salah laku seperti merokok,

    ponteng kelas akibat tidak bersemangat hendak belajar, buli dan sebagainya sebelum

    mula terlibat dengan dadah. Jadi, guru kelas perlu peka terhadap permasalahan pelajar

  • 7/27/2019 KAJIAN TENTANG DADAH

    7/22

    7

    dan bekerjasama dengan guru disiplin dan kaunselor terutamanya untuk mencari

    jalan penyelesaian. Guru-guru juga tidak harus memberi tekanan kepada pelajar

    dalam proses pembelajaran sebaliknya berilah kata-kata semangat dan motivasi

    sentiasa agar mereka rasa di dorong. Jika tidak, mereka akan rasa ibu bapa dan guru

    tidak menyayangi dan mula mengambil dadah. Guru harus peka akan sikap pelajar

    dan mengambil tahu tentang perkembangan pelajar.

    pengaruh sekolah kerana remaja menghabiskan hampir seluruh masanya di

    sekolah. Justeru itu, jenis kepimpinan dan suasana sekolah mempengaruhi

    perkembangan personaliti remaja. Contohnya pengetua yang tegas melaksanakan

    disiplin pasti menegaskan kepada remaja, keadaan disiplin adalah penting bagi

    menjamin kejayaan pelaksanaan satu-satu tugasan Sebaliknya pengetua yang tidak

    tegas boleh mendatangkan kesan yang negatif pula.Ini boleh menyebabkan remaja

    menjadi pasif, menarik diri, takut mengambil risiko, kurang inovatif dan takut

    mendatangkan perubahan. Sifat-sifat kepimpinan juga terbantut perkembangannya.

    Disamping itu terdapat juga guru yang melabelkan pelajar sebagai cerdik dan

    bodoh, pelajar yang pada mulanya berminat dan bermotivasi pasti menunjukkan minat

    yang bertentangan setelah dilabelkan oleh guru sebagai pemalas atau bodoh. Hal ini

    seterusnya menyebabkan keinginan untuk ponteng dari kelas atau sekolah, kerana

    semangat untukbelajar kian luntur dari diri remaja terbabit. Apabila gejala ponteng

    telah menyerap masuk ke dalam diri remaja, maka dengan itu ia akan mengalakkan

    lagi pelbagai kegiatan-kegiatan negatif akan dilakukan oleh remaja seperti kegiatan

    menghisap dadah.

  • 7/27/2019 KAJIAN TENTANG DADAH

    8/22

    8

    2.5 Faktor Masyarakat

    Aspirasi, harapan dan nilai satu-satu masyarakat dapat mempengaruhi

    pembentukan personaliti remaja. Apabila nilai-nilai dan norma-norma masyarakat

    adalah sihat, remaja yang membesar dalam situasi ini turut menjadi anggota

    masyarakat yang bertanggungjawab, berdedikasi, rajin berusaha dalam pelajaran dan

    sedia berkorban untuk menolong orang lain.

    Sebaliknya, masyarakat kebendaan menegaskan betapa pentingnya kekayaan

    dan harta benda. Dengan itu, remaja membesar dengan menjadi individu dan remaja

    yang sentiasa mengejar kekayaan dan harta benda. Nilai-nilai murni ini mungkin

    ditinggalkan menyebabkan remaja sanggup menipu dalam peperiksaan, bergaduh,

    mencuri, mencederakan guru, minum arak dan tidak mustahillah sama sekali untuk

    terlibat dengan penagihan dadah. Keadaan ini menunjukkan dengan jelas bagaimana

    nilai masyarakat dapat mempengaruhi perkembangan dan personaliti remaja sehingga

    boleh membawa kepada masalah penyalahgunaan dadah.

  • 7/27/2019 KAJIAN TENTANG DADAH

    9/22

    9

    3. STRATEGI

    3.1 Melalui tanggujawab diri sendiri.

    Remaja terutama perlu bijak mengawal diri dan maklum tentang bahaya

    dadah. Mereka perlu diberi maklumat tentang bahaya dadah. Pendedahan tersebut

    perlu datang dari ibu bapa, sekolah dan juga masyarakat. Mereka perlu dibimbing

    dalam membina identiti dan personaliti diri merka. Perhatian dan sokongan dari

    semua pihak penting untuk membantu individu dalam membentuk keyakinan dan

    kekuatan diri dalam menempuh kehidupan yang penuh cabaran. Dengan wujudnya

    kekuatan ini, setiap individu akan berjaya mencegah dirinya daripada gejala negatif

    ini walaupun ia mudah dan senang diperolehi. Strategi ini dianggap paling berkesan

    dalam usaha membanteras masalah penyalahgunaan dadah.

    Disamping itu, memilih rakan yang baik juga diambil kira. Ini kerana rakan

    mempunyai pengaruh yang besar dalam pembentukan akhlak remaja. Kawan yang

    baik akan membawa kepada perkara kebaikan manakala yang yang tidak bermoral

    akan membawa kepada sebaliknya. Kawan yang baik akan menyebabkan perlakuan

    tingkah laku individi tersebut akan menuju kebaikan kerana pengaruh kawan amatlah

    kuat. Ini kerana kawan adalah yang paling rapat selepas ibu bapa. Segala perbuatan

    individu akan dipengaruhi oleh rakan-rakan.

    Masalah penagihan dadah juga boleh diatasi dengan tindakan individu itu

    sendiri. Setiap individu hendaklah mempunyal jati diri yang tinggi agar dapat

    menangkis apa jua anasir negatif yang datang. Justeru, setiap orang hendaklah

    memikirkan masa depan mereka dan sentiasa menjauhi sikap ingin mencuba atau

  • 7/27/2019 KAJIAN TENTANG DADAH

    10/22

    10

    merasai najis dadah. Anggapan segelintir orang yang mengatakan bahawa dengan

    menagih dadah, seseorang itu dapat menghilangkan segala masalahnya hanyalah

    'khayalan' belaka kerana penggunaan dadah tanpa nasihat doktor boleh menyebabkan

    kematian dan kesengsaraan.

    3.2 PERANAN IBU BAPA

    Mengapa keluarga amat penting dalam menangani gejala dadah? Hal ini adalah

    kerana kebanyakkan mereka yang terlibat dengan dadah akibat kekurangan kasih sayang

    daripada rumah. Kajian menunjukkan remaja mula terlibat dengan dadah apabila ibu bapa

    sering bergaduh, ibu bapa yang sibuk dengan kerjaya hingga mengabaikan tanggungjawab

    pada anak-anak dan desakan ibu bapa yang meletakkan syarat yang tinggi dalam akademik

    mereka. Ibu bapa perlu peka dengan siapa dan ke mana anak mereka ke luar. Ia bukan

    bertujuan mengawal tapi mengambil berat supaya nasi tidak menjadi bubur. Ibu bapa juga

    boleh jalinkan ikatan yang baik dengan pihak sekolah untuk mengetahui perkembangan anak

    mereka kerana ada juga anak yang berpura-pura baik di depan ibu bapa tapi di sekolah

    membuat sesuatu yang buruk. Jadi, apabila ibu bapa sentiasa berhubung dengan guru, sedikit

    sebanyak membantu mencegah masalah ini.

    Selain itu juga, Peranan keluarga yang harmoni amat penting supaya anak-anak rasa

    tenang dan berkongsi segalanya dengan ibu bapa dan tidak mencari keseronokan di luar

    rumah. Ibu bapa seharusnya mempunyai kemahiran keibubapaan supaya dapat menjadikan

    anak yang ke arah positif dan jauh daripada perkara negatif seperti penyalahgunaan dadah ini.

    Di samping itu , setiap ahli keluarga juga perlu sentiasa berkongsi masalah. Ibu bapa harus

    sentiasa bertanyakan masalah anak-anak. Seterusnya, ibu bapa perlu membantu anak-anak

    menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sebagai contoh, ibu bapa boleh meluangkan masa

    untuk membantu masalah pelajaran anak-anak. Sebaliknya anak-anak perlu memahami

  • 7/27/2019 KAJIAN TENTANG DADAH

    11/22

    11

    tanggungjawab dan bebanan ibu bapa mereka. Anak-anak perlu sentiasa membantu ibu bapa

    membuat kerja rumah tangga untuk meringankan tekanan mereka. Dengan itu, setiap anggota

    keluarga akan berasa diri mereka diberikan perhatian oleh ahli keluarga yang lain. Aktiviti

    keluarga seperti gotong-royong dan hari keluarga patut diadakan dari semasa ke semasa

    supaya mengeratkan silaturahim sekeluarga

    Sememangnya, ibu bapa memainkan peranan penting dalam menyemai kesedaran

    tentang pentingnya kehidupan beretika. Antara caranya ialah mencurahkan kasih sayang

    kepada anak sejak mereka kecil lagi. Ibu bapa perlu mengambil berat dan mencurahkan kasih

    sayang terhadap anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa patut meluangkan masa bersama-sama

    anak-anak untuk memahami serta mengambil berat tentang kehidupan mereka khususnya

    pelajaran mereka, hobi serta pergaulan mereka dengan rakan-rakan. Selain itu, ibu bapa patut

    menjaga anak masing-masing bagai menatang minyak yang penuh. Misalnya, bercerita

    kepada anak-anak yang masih kecil sebelum mereka tidur serta bergembira sesama anak-anak

    semasa sambutan hari jadi mereka atau semasa mereka memperoleh kejayaan. Lantaran itu,

    anak-anak akan membesar dan menjadi manusia yang beradab sopan, ceria serta

    berkeyakinan diri. Mereka tidak akan melibatkan diri dengan masalah sosial seperti

    penyalahgunaan dadah kerana sedar bahawa perbuatan tersebut akan menyakiti hati ibu bapa.

    Sebaliknya, mereka menjadi orang yang mempunyai sahsiah yang baik, yakni, menghormati

    ibu bapa, bersopan santun, dan mendengar nasihat ibu bapa.

    Di samping itu, ibu bapa perlu menjadi teladan yang baik kepada anak-anak. Ibu bapa

    patut mengamalkan amalan murni supaya dapat mempengaruhi anak untuk turut berbuat

    demikian. Tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa merupakan orang yang dipercayai anak-

    anak. Segala tindak-tanduk serta amalan ibu bapa akan dicontohi anak sejak anak masih kecil

    lagi. Pendek kata ibu bapalah idola anak-anak. Jadi, ibu bapa yang mengamalkan pelbagai

    tabiat buruk seperti merokok, berjudi, berbohong, mencuri dan mengutuk rakan sekerja patut

    menghentikan tabiat buruk tersebut. Hal ini demikian kerana ke mana tumpahnya kuah, jika

    tidak ke nasi. Anak-anak akan meniru perbuatan ibu bapa mereka. Sememangnya, ibu bapa

  • 7/27/2019 KAJIAN TENTANG DADAH

    12/22

    12

    tidak berhak mendisiplinkan anak yang merokok dan mewarnakan rambut sedangkan diri

    sendiri juga berbuat demikian. Anak-anak juga tidak akan mempercayai serta menghormati

    ibu bapa seperti yang dinyatakan di atas. Justeru, ibu bapa harus menjadi contoh yang baik

    kepada anak-anak supaya mereka dapat membesar menjadi manusia berguna dan

    mengamalkan nilai-nilai murni yang ditunjukkan oleh ibu bapa.

    Selain itu, ibu bapa patut memberikan didikan agama kepada anak-anak. Ibu bapa

    patut membawa anak-anak ke tempat beribadat untuk bersembahyang atau menjalankan

    pelbagai aktiviti bermanfaat seperti bergotong-royong. Sebagai contohnya, membawa anak-

    anak ke masjid untuk bersembahyang bersama-sma. Dengan itu, anak-anak sedar akan

    kewajiban diri mengamalkan nilai-nilai murni termasuk mentaati perintah agama. Mereka

    akan dapat membezakan perkara baik dan buruk serta mempunyai disiplin diri untuk

    melakukan perkara yang betul. Walaupun anak-anak juga sentiasa berhadapan dengan godaan

    dan cabaran globalisasi, mudah-mudahan mereka dapat mengawal diri dan tidak mudah

    terpengaruh dengan gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah. Apabila anak-anak

    mendalami ajaran kitab berdasarkan agama masing-masing, mereka mendapat panduan hidup

    yang baik serta berusaha mengamalkan nilai-nilai murni kerana sedar bahawa kesudahan yang

    baik menanti diri mereka. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu menerapkan didikan agama dalam

    hati anak-anak sejak mereka kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.

    Tambahan pula pendidikan agama akan menjadi garis pandu kepada mereka agar membesar

    sebagai insan bijaksana dan beretika.

    Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlu memantau aktiviti yang dijalankan oleh anak-

    anak terutamanya golongan remaja. Hal ini demikian kerana anak-anak pada usia ini mudah

    terpedaya sehingga terpengaruh untuk terlibat dalam gejala negatif seperti penyalahgunaan

    dadah dan kumpulan mat rempit dan kaki lepak. Ibu bapa perlu memberikan perhatian

    terhadap pergaulan anak-anak. Anak-anak tidak harus bergaul rapat dengan pelajar

    bermasalah kerana dikhuatiri akan terpegaruh dengan sikap mereka. Sebaliknya, apabila

    pelajar berkawan dengan pelajar atau rakan yang beradab sopan, mereka akan menjadi orang

  • 7/27/2019 KAJIAN TENTANG DADAH

    13/22

    13

    yang bersahsiah mulia. Walau bagaimanapun, ibu bapa perlu memantau aktiviti harian serta

    pergaulan sosial anak-anak kerana sebagai insan yang kurang matang, kadang kala mereka

    mungkin tersalah langkah. Jadi, sebagai ibu bapa, kitalah yang paling wajar mendorong

    mereka kepada jalan kebaikan. Memantau bukanlah bertujuan mengongkong tapi sebagai

    tanggungjawab terhadap anak-anak.

    3.3 PERANAN SEKOLAH

    Pihak sekolah perlu menyediakan kurikulum yang disisipkan dengan unsur-

    unsur pendidikan pencegahan dadah. Program kokurikulum pula melibatkan aktiviti-

    aktiviti yang bercorak fizikal di samping yang memupuk perkembangan mental. Ini

    termasuklah usaha-usaha melatih pelajar menjadi agen penyampai maklumat

    antidadah ,menggerakkan persatuan-persatuan Bimbingan dan Kaunseling serta

    mewajibkan pelajar menyertai aktiviti-aktiviti kokurikulum sama ada dari segi

    permainan, kelab dan persatuan atau pasukan beruniform. Selain itu, pasukan

    beruniform, seperti pengakap, kadet, dan juga boleh melibatkan diri dalam Skim

    Lencana Antidadah. Skim ini menyediakan satu kokurikulum dan kegiatan kepada

    ahli-ahli beruniform tentang bahaya penyalahgunaan dadah dan bagaimana mereka

    boleh memainkan peranan dalam membantu usaha ini.

    pihak sekolah turut membantu mencegah penagihan dadah. Impian untuk

    mendapat murid yang bebas daripada gejala dadah boleh dihasilkan melalui Falsafah

    Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek

    rohani,jasmani dan intelek. Melalui falsafah ini,murid akan menjadi seorang yang

    berdisiplin dan tidak mudah terlibat dengan kancah gejala sosial kerana jati diri yang

    telah dipupuk dalam diri. Selain itu,penerapan unsur nilai murni dalam mata pelajaran

  • 7/27/2019 KAJIAN TENTANG DADAH

    14/22

    14

    Pendidikan Sivik dan Pendidikan Moral juga turut membantu mencegah amalan

    penagihan dadah. Pelajar tidak akan mendekati najis dadah setelah mengetahui

    kesannya daripada pembelajaran mata pelajaran di atas. Hal ini secara tidak langsung

    dapat merealisasikan misi kerajaan untuk melahirkan sekolah bebas dadah menjelang

    tahun 2012.

    Aspek pendidikan guru pula melibatkan latihan khas dalam kaedah

    penyelidikan pencegahan dadah. Guru juga dilatih menyediakan alat-alat bantuan

    mengajar dalam kaedah pendidikan pencegahan dadah. Guru-guru harus sentiasa

    berwaspada dan mengawasi para pelajar supaya tidak menghisap atau mengedar

    dadah. Guru-guru sememangnya mengadakan hubungan mesra dan rapat secara dua

    hala dengan para pelajar. Selain itu, guru-guru perlu memupuk dan mencungkil minat,

    bakat, sikap serta peribadi baik para pelajar.

    Sejajar dengan persoalan yang dibangkitkan, pihak kerajaan turut memainkan

    peranan dominana dalam usaha mengatasi masalah penagihan najis dadah dalam

    kalangan remaja. Kempen Antidadah dengan kerjasama Kementerian Pelajaran

    Malaysia sayugia dianjurkan secara holistic di seluruh negara. Semua sekolah

    khususnya sekolah menengah wajar menganjurkan pelbagai aktiviti seperti melukis

    poster, ceramah serta kuiz bersempena dengan kempen tersebut. Kesedaran bahawa

    dadah itu musuh nombor satu negara haruslah disuntik dalam sanubari setiap pelajar.

    Pelajar harus dididik tentang kesan buruk akibat ketagihan dadah dan cara untuk

    mengelakkan diri daripada terjerumus dalam kancah dadah. Selain itu, pihak sekolah

    harus mengetatkan peraturan sekolah. Pelajar yang ditangkap menagih dadah tidak

    wajar dipandang enteng dan perlu dikenakan hukuman yang berat seperti dibuang

    sekolah dan didakwa oleh pihak polis. Khidmat kaunseling juga perlu disediakan

    untuk remaja yang disyaki menagih dadah untuk membimbing mereka semua ke arah

  • 7/27/2019 KAJIAN TENTANG DADAH

    15/22

    15

    jalan yang sebenar. Hal ini demikian kerana kebanyakan penagih dadah berasal

    daripada keluarga yang porak peranda. Izharnya, peranan pihak kerajaan khususnya

    pihak sekolah jelas diperlihatkan dalam usaha untuk membendung gejala najis dadah

    yang menular dalam kalangan muda mudi.

    3.4 PERANAN MASYARAKAT

    masyarakat juga memikul tanggungjawab mencegah masakah dadah dalam

    kalangan remaja. Pengawasan terhadap aktiviti-aktiviti remaja terutamanya lelaki

    harus dilakukan pada setiap masa. Walaupun terdapat pepatah Melayu mengatakan

    jangan menjaga tepi kain orang tetapi pengcualian harus dibenarkan jika berurusan

    dengan masalah social terutama dengan musuh nombor satu negara. Kebiasaannya,

    remaja yang menagih dadah akan mencari tempat yang sunyi untuk dijadikan kubu

    bagi melampiaskan keinginan mereka. Jika kelibat remaja seperti ini dikesan

    masyarakat di kawasan tersebut wajar bertindak segera agar nasi tidak menjadi bubur.

    Oleh sebab itu, masyarakat harus berganding bahu dengan pihak polis dan badan-

    badan pertubuhan antidadah seperti PEMADAM bagi menangani masalah ini.

    Sokongan moral dan juga sumbangan kudrat amat digalakkan bagi menjayakan

    kempen-kempen yang dilaksanakan oleh kerajaaan. Izharnya, usaha masyarakat

    dalam memberi kerjasama terhadap pihak penguatkuasa merupakan penawar yang

    mujarab bagi memerangi penagihan dadah dalam kalangan remaja

    Sikap menerima dengan terbuka serta kesungguhan dan kerjasama masyarakat

    dalam pembanterasan penyalahgunaan dadah adalah kunci utama yang perlu

    dititikberatkan bagi menangani masalah sosial di kalangan belia dan remaja yang kian

    meruncing. Seorang penagih dadah mengalami perasaan syak-wasangka terhadap

  • 7/27/2019 KAJIAN TENTANG DADAH

    16/22

    16

    semua rakan dan keluarga serta berasa terasing dan tidak selesa berdampingan dengan

    mereka. Ia lebih suka bergaul dengan penagih-penagih lain dan akhirnya terlibat

    semula dengan penagihan dadah. Dalam konteks ini masyarakat luar perlu

    memainkan peranannya untuk memberi sokongan kepada penagih agar

    memberhentikan tabiat buruk mereka.Sebenarnya, soal pekerjaan untuk bekas penagih

    juga perlu diberi perhatian kerana ini melibatkan penglibatan mereka dalam

    masyarakat. Tidak dapat dinafikan bahawa tidak banyak pihak yang ingin mengambil

    bekas penagih ini untuk bekerja. Bagi bekas penagih yang telah pulih sepenuhnya

    mereka mampu untuk menjalankan pelbagai tugas yang diberikan. Golongan ini perlu

    mendapat peluang pekerjaan kerana ini akan membantu mereka membina keyakinan

    diri

    Selain itu,masyaraakt juga memainkan peranan penting dalam pencegahan

    penagihan dadah. Sebagai contoh,Rukun Tetangga,Jawatankuasa Kemajuan dan

    Keselamatan Kampung serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang memantau kawasan-

    kawasan yang sering menjadi sarang penagihan dadah seperti di flat-flat terbiar dan

    kawasan felda. Tugas masyarakat adalah untuk membuat rondaan dan melaporkan

    kepada pihak berkuasa jika berlaku kes penagihan dadah. Hai ini adalah disebabkan

    oleh tempat-tempat penagihan dadah seperti di rumah-rumah kosong perlulah

    dihapuskan bagi mengelakkan kes penagihan berlaku di tempat yang sama.. Namun

    demikian,konsep ini juga boleh digunakan sebagai subdaya pencegahan penagihan

    dadah. Masyarakat perlulah mendampingi golongan penagih dadah untuk

    membimbing mereka kembali ke pangkal jalan. Ironisnya, masyarakat juga turut

    membantu dalam pencegahan penagihan dadah.

  • 7/27/2019 KAJIAN TENTANG DADAH

    17/22

    17

    3.5 PERANAN KERAJAAN.

    Peranan daripada pihak kerajaan yang sememangnya banyak menyumbang

    kepada faktor pelindung bagi masalah penyalahgunaan dadah di Malaysia. Di

    manakah terletaknya maruah Negara kita yang tercinta apabila sebilangan besar

    generasi muda tersebut telah terjerumus dalam kancah penagihan dadah. Oleh yang

    demikian kerajaan telah mengisytiharkan masalah dadah sebagai ancaman utama

    kepada keselamatan Negara. Antara langkah yang kerajaan Malaysia telah lakukan

    ialah dengan menetapkan pendidikan pencegahan dadah dalam memerangi najis

    dadah di Negara ini yang antaranya bertujuan meningkatkan paras kesedaran,

    kefahaman,dan pengetahuan pelajar mengenai dadah dan membolehkan pelajar

    menghayati nilai-nilai murni dan mengamalkan kehidupan yang sihat,selamat dan

    sejahtera tanpa dadah.

    Antara aktiviti pendidikan pencegahan dadah yang dilakukan ialah program

    kecergasan-jauhilah dadah, kolokium membina ketahanan diri, skim lencana anti

    dadah, peraduan melukis poster anti dadah, kuiz pencegahan dadah dan program

    Cuma lima minit. Bagi melaksanakan setiap program ini memerlukan kerjasama

    banyak pihak contohnya program kecergasan telah melibatkan pasukan petugas anti

    dadah, MKN, JPM dengan kerjasama bahagian sekolah, Kementerian Pendidikan

    Malaysia dan penaja , Pepsi Cola International. Kesemua program pendidikan

    pencegahan ini adalah untuk melihat generasi muda bebas daripada kancah penagihan

    dadah demi mewujudkan sebuah Negara yang produktif dan progresif.

    Pihak yang berkenanaan sama ada kerajaan mahupun swasta dalam usaha

    untuk membanteras isu penyalahgunaan dadah perlu mengadakan pendidikan untuk

    mencegah. Sebagai contoh, mengadakan aktiviti-aktiviti seperti ceramah, seminar,

  • 7/27/2019 KAJIAN TENTANG DADAH

    18/22

    18

    pameran dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk memberi informasi, pengetahuan

    serta kefahaman kepada masyarakat terutama golongan remaja tentang bahaya dadah

    dan kesedaran mereka. Selain itu, pihak yang berkenaan boeh mengadakan aktiviti

    ko-kurikulum seperti perkhemahan motivasi dan sebagainya. Agensi Anti Dadah

    Kebangsaan sebagai agensi utama dalam menggerakkan usaha memerangi dadah telah

    meluaskan tumpuan pencegahan dengan menjadikan sekolah sebagai institusi bebas

    dadah, keluarga sebagai institusi bebas dadah, tempat kerja sebagai institusi bebas

    dadah dan komuniti sebagai institusi bebas dadah. Pelbagai pendekatan dilakukan

    seperti persidangan, seminar, forum, kegiatan kemasyarakatan, latihan, publisiti,

    pameran, pendekatan kesedaran melalui media dan pendekatan-pendekatan

    bersepadu.

    Selain daripada program pendidikan pencegahan, kerajaan telah

    menguatkuasakan undang-undang. Kerajaan mengenakan hukuman yang berat.

    Misalnya di berikan hukuman mati (gantung) bagi pengedar dadah. Hal ini adalah

    kerana tanpa pengedar dadah ini sudah tentu penagih akan sukar memperolehi

    bekalan dadah dan menimbulkan ketakutan kepada masyarakat supaya tidak sesekali

    terlibat dengan gejala negatif ini. Begitu juga kepada penagih dadah dikenakan

    hukuman yang berat. Sebagai contoh, hukuman bagi penyalahgunaan dadah jenis

    Syabu. Kesalahan mengedar dadah Syabu iaitu antara 20 gram hingga 50 gram (di

    bawah seksyen 3 (a) Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27). Hukuman minima

    adalah 20 tahun penjara dan 15 kali sebat dan hukuman maksima pula adalah 30

    tahun penjara dan 15 kali sebat. Jika melebihi daripada 50 gram akan dikenakan

    hukuman mati (gantung). Manakala kesalahan bagi memakan dadah Syabu di bawah

    Seksyen 6 (b) Akta Penyalahgunaan Dadah Penggal 27, boleh dijatuhkan hukuman

    maksima 10 tahun penjara atau $20,000.00 atau kedua-duanya sekali.

  • 7/27/2019 KAJIAN TENTANG DADAH

    19/22

    19

    Pemulihan melibatkan prosedur rawatan seperti terapi dadah gentian,

    pengurusan tingkah laku, kaunseling, mencegah dari kembali menagih (relapse

    prevention), latihan menjadi asertif, sokongan masyarakat, pengisian dan

    perlembagaan rohani, dan penjagaan berterusan adalah satu komponen yang penting

    dalam proses pemulihan dari ketagihan dadah. Ia memerlukan sokongan penuh dari

    keluarga dan masyarakat. Kewujudan kumpulan sokongan yang membantu pusat

    pemulihan juga banyak menyumbang seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan,

    PEMADAM, PENGASIH, Pakar sakit jiwa, pakar kaunseling penagihan dadah, pakar

    psikologi, Ibu bapa dan guru. Contohnya PEMADAM adalah singkatan dari Persatuan

    Mencegah Dadah Malaysia . Ia adalah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan

    untuk menolong mereka yang bermasalah berbangkit daripada penggunaan dadah,

    untuk memberi tunjuk ajar kepada orang ramai mengenai bahaya-bahaya penggunaan

    dadah dan juga untuk mendapat kerjasama orang ramai dalam usaha membasmi

    dadah. Misinya adalah membasmi dadah adalah tanggungjawab kita bersama dan kita

    perangi dadah habis habisan dan visi yang dibawanya ialah Negara bebas dadah 2015.

    Objektif Penubuhannya adalah untuk bekerjasama dengan Kerajaan

    Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta agensi-agensi mereka dan lain-lain badan

    dalam usaha untuk menghapuskan pengeluaran dan perniagaan dadah yang menyalahi

    undang-undang dan penggunaannya dalam apa-apa bentuk dan untuk membasmi serta

    menjalankan penyelidikan mengenai penggunaan dadah dan untuk membantu bekas-

    bekas penagih dadah melalui jagaan lanjutan. Selain itu, untuk menyedarkan

    masyarakat akan bahaya penggunaan dadah dan melibatkan masyarakat dalam usaha

    mencegah penyalahgunaan dadah serta bekerjasama dengan Persatuan-persatuan dan

    badan yang mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan ini untuk melancarkan

    kegiatan-kegiatan Persatuan itu dalam peringkat Negeri dan Daerah dan memberi

  • 7/27/2019 KAJIAN TENTANG DADAH

    20/22

    20

    galakan serta bekerjasama dengan Persatuan-persatuan dan Badan-badan yang

    mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan ini.

    4. RUMUSAN

    Kesimpulannya,Bahaya yang berpunca daripada ancaman dadah diakui oleh

    beberapa pihak tetapi langkah pencegahannya agak kurang berjaya. Oleh sebab itu,

    baru-baru ini kerajaan dan agensinya iaitu Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)

    telah melancarkan perang besar-besaran menentang penyalahgunaan dadah di

    Malaysia. Kempen yang dikenal sebagai Enam Jahanam itu ditujukan kepada

    penghapusan heroin, morfin, syabu, pil ecstasy, ganja, dan candu kerana keenam-

    enam jenis dadah itulah yang paling banyak disalahgunakan oleh penagih di negara

    ini. Perang besar menentang dadah ini akan berterusan sehingga penyalahgunaan

    semua jenis dadah itu dapat dihapuskan.

    Kita telah memerangi dadah lebih daripada 20 tahun menerusi pelbagai

    kempen dan seminar tetapi kejayaannya belum ketara. Menurut laporan pihak

    berkuasa, sejumlah 274 923 penagih dadah dapat dikesan sejak tahun 1998 sehingga

    Januari lalu di negara ini. Hal yang menyedihkan daripada angkara dadah ialah

    penagihnya banyak membabitkan golongan muda dalam lingkungan usia 19 hingga

    39 tahun. Lebih malang lagi, pembabitan dalam kes penagihan dadah ini turut

    membuatkan keluarga mereka menderita dan hidup tak keruan. Tenaga muda ini kalau

    dimanfaatkan akan menjadi aset negara yang sangat berharga. Namun demikian,

    dadah telah melalaikan mereka daripada menyertai pertubuhan belia dan sukan yang

    membolehkan mereka menggunakan masa lapang sebaik-baiknya melalui kegiatan

  • 7/27/2019 KAJIAN TENTANG DADAH

    21/22

    21

    yang sihat dan bermakna ini. Kita pasti gembira kalau golongan muda ini dapat hidup

    dengan sihat dan selamat serta disayangi oleh semua orang.

    Penagih dadah hidup bagaikan bangkai bernyawa dan tidak dapat

    menyumbang tenaga untuk pembangunan negara. Sehubungan dengan itu, sewajarnya

    kita mengelakkan diri daripada terjebak dalam musibah yang sangat berbahaya ini.

    Tambahan pula, kepuasan yang dirasai daripada perbuatan menagih dadah itu sekejap

    saja, sedangkan penderitaannya berpanjangan. Sesiapa yang sudah terjebak dalam

    kancah penagihan dadah mestilah berazam untuk meninggalkannya dengan berusaha

    mengubati ketagihannya.

    Perkara yang tidak dapat diabaikan ialah penagihan dadah akan membawa

    masalah lain termasuk jangkitan HIV dan AIDS serta penagih mudah terlibat dalam

    perlakuan jenayah. Dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah, kerajaan telah

    berikrar akan bekerja kuat untuk memeranginya. Rakyat haruslah memberi sokongan

    padu terhadap usaha serius kerajaan menjadikan Malaysia negara yang bebas daripada

    dadah menjelang tahun 2015.

    Kita tetap menerima hakikat bahawa bukanlah suatu tugas mudah untuk

    memulihkan penagih dadah. Apabila sudah ketagih, mangsanya akan terus menagih

    dadah dan menderita sepanjang masa melainkan ada semangat yang kental dalam jiwa

    orang itu untuk memeranginya. Melalui kerja keras pelbagai pihak yang disertai izin

    daripada Allah, kita berharap agar negara kita dapat merungkaikan diri daripada terus

    menjadi mangsa dadah. Kita berdoa mudah-mudahan masalah ini tidak akan

    menghantui kita lagi.

  • 7/27/2019 KAJIAN TENTANG DADAH

    22/22

    22

    RUJUKAN

    http://elmoolover.wordpress.com/isi-kandungan/langkah-langkah-mengatasi-

    penyalahgunaan-dadah/

    http://www.jomria.com/2012/09/cara-untuk-menangani-masalah-penagihan.html

    http://krgnbm4sc1.blogspot.com/2011/03/langkah-langkah-mengatasi.html

    http://unimax10.blogspot.com/2010/10/punca-punca-pengambilan-dadah.html

    http://elmoolover.wordpress.com/isi-kandungan/langkah-langkah-mengatasi-penyalahgunaan-dadah/http://elmoolover.wordpress.com/isi-kandungan/langkah-langkah-mengatasi-penyalahgunaan-dadah/http://elmoolover.wordpress.com/isi-kandungan/langkah-langkah-mengatasi-penyalahgunaan-dadah/http://www.jomria.com/2012/09/cara-untuk-menangani-masalah-penagihan.htmlhttp://www.jomria.com/2012/09/cara-untuk-menangani-masalah-penagihan.htmlhttp://krgnbm4sc1.blogspot.com/2011/03/langkah-langkah-mengatasi.htmlhttp://krgnbm4sc1.blogspot.com/2011/03/langkah-langkah-mengatasi.htmlhttp://unimax10.blogspot.com/2010/10/punca-punca-pengambilan-dadah.htmlhttp://unimax10.blogspot.com/2010/10/punca-punca-pengambilan-dadah.htmlhttp://unimax10.blogspot.com/2010/10/punca-punca-pengambilan-dadah.htmlhttp://krgnbm4sc1.blogspot.com/2011/03/langkah-langkah-mengatasi.htmlhttp://www.jomria.com/2012/09/cara-untuk-menangani-masalah-penagihan.htmlhttp://elmoolover.wordpress.com/isi-kandungan/langkah-langkah-mengatasi-penyalahgunaan-dadah/http://elmoolover.wordpress.com/isi-kandungan/langkah-langkah-mengatasi-penyalahgunaan-dadah/