lwn - jabatan kehakiman syariah negeri selangor kitab - kitab yang dirujuk 1. al-imam ibnu katsir,...

21
1 Mohd Farizal Bin Mohd Fatimi Lwn Ketua Pendakwa Syarie [Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Selangor, Kes Rayuan Jenayah No. 10000-114- 0013-2015, Y.A Dato’ Haji Hussin Bin Hj. Harun (Pengerusi), Y.A Dato’ Hj. Yusof Bin Musa (Panel), Y.A Dato’ Haji Mukhyuddin bin Haji Ibrahim (Panel)] [8hb Disember 2015] Petisyen Rayuan [1] Kes ini adalah suatu kes Rayuan oleh Perayu terhadap keputusan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bertarikh 3hb Julai 2014 di dalam kes Jenayah No. 10400-114-0010-2014. [2] Perayu telah dijatuhkan hukuman atas kesalahan jenayah di bawah seksyen 26, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 [Enakmen 9 Tahun 1995], iaitu kesalahan “Perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah”. Dan ketika perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor, Perayu telah mengaku bersalah atas pertuduhan yang telah dipertuduhkan terhadapnya. [3] Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor telah menjatuhkan hukuman dan perintah terhadap Perayu seperti yang berikut: i) Pesalah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM 4,500.00 Dan Tertuduh dihukum sebat sebanyak enam (6) kali sebatan.

Upload: hacong

Post on 14-May-2018

329 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Lwn - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor Kitab - kitab yang dirujuk 1. Al-Imam Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Katsir, 5/55 2. Al-Imam Ibnu Katsir, Tayseer Al-Karim Ar-Rahman, hal.457

1

Mohd Farizal Bin Mohd Fatimi

Lwn

Ketua Pendakwa Syarie

[Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Selangor, Kes Rayuan Jenayah No. 10000-114-

0013-2015, Y.A Dato’ Haji Hussin Bin Hj. Harun (Pengerusi), Y.A Dato’ Hj. Yusof Bin

Musa (Panel), Y.A Dato’ Haji Mukhyuddin bin Haji Ibrahim (Panel)]

[8hb Disember 2015]

Petisyen Rayuan

[1] Kes ini adalah suatu kes Rayuan oleh Perayu terhadap keputusan hukuman

yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bertarikh 3hb Julai 2014 di

dalam kes Jenayah No. 10400-114-0010-2014.

[2] Perayu telah dijatuhkan hukuman atas kesalahan jenayah di bawah seksyen 26,

Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 [Enakmen 9 Tahun 1995], iaitu kesalahan

“Perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah”. Dan ketika

perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor, Perayu telah mengaku

bersalah atas pertuduhan yang telah dipertuduhkan terhadapnya.

[3] Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor telah menjatuhkan

hukuman dan perintah terhadap Perayu seperti yang berikut:

i) Pesalah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM 4,500.00 Dan Tertuduh

dihukum sebat sebanyak enam (6) kali sebatan.

Page 2: Lwn - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor Kitab - kitab yang dirujuk 1. Al-Imam Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Katsir, 5/55 2. Al-Imam Ibnu Katsir, Tayseer Al-Karim Ar-Rahman, hal.457

2

ii) Pesalah ini hendaklah di Penjara sehingga hukuman sebat dilaksanakan

sebagaimana kehendak subseksyen 125(4) Enakmen Tatacara Jenayah

Syariah (Negeri Selangor) 2003.

Alasan Rayuan Perayu

[4] Merujuk kepada Alasan-alasan Rayuan dan Hujahan bertulis Perayu, terdapat

lima (5) alasan rayuan Perayu, iaitu:-

i. Bahawa Yang Arif Hakim Yang Bijaksana telah terkhilaf dari segi perlaksanaan

budibicara dalam memutuskan bahawa hukuman denda sahaja tidak memadai

dan tidak mampu memberi pengajaran kepada Perayu yang melakukan

kesalahan kali pertama dan dengan hukuman sebatan boleh memberi

pengajaran kepada Perayu;

ii. Bahawa Yang Arif Hakim Yang Bijaksana telah terkhilaf dari segi perlaksanaan

budibicara dalam memutuskan bahawa hukuman sebatan terhadap Perayu

tanpa menyatakan faktor-faktor pemberatan hukuman mengatasi faktor

peringanan hukuman atau sebaliknya yang melayakkan Perayu dihukum dengan

hukuman sebatan sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam prinsip-prinsip

hukuman ta’zir;

iii. Bahawa Yang Arif Hakim Yang Bijaksana telah terkhilaf dari segi perlaksanaan

budi bicara dalam memutuskan bahawa hukuman sebatan terhadap Perayu

tanpa menyatakan kenapa faktor peringanan hukuman seperti pengakuan salah

Perayu, Kesalahan Kali Pertama Perayu tidak mendapat merit dalam

menjatuhkan hukuman sebatan terhadap Perayu sedangkan terdapat kes-kes

yang diputuskan di Mahkamah Rayuan Syariah yang mengambilkira faktor-faktor

peringanan ini;

Page 3: Lwn - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor Kitab - kitab yang dirujuk 1. Al-Imam Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Katsir, 5/55 2. Al-Imam Ibnu Katsir, Tayseer Al-Karim Ar-Rahman, hal.457

3

iv. Bahawa Yang Arif Hakim Yang Bijaksana telah terkhilaf dari segi perlaksanaan

budibicara dalam memutuskan bahawa hukuman sebatan terhadap Perayu

dengan memerintahkan agar perayu ditahan di Penjara sehingga hukuman sebat

dilaksanakan sedangkan dalam masa yang sama di dalam alasan penghakiman

Yang Arif Hakim menyatakan bahawa pemenjaraan boleh memudharatkan

Perayu yang memungkinkan Perayu akan hilang pekerjaan dan sumber

pendapatan; dan

v. Yang Arif Hakim Yang Bijaksana telah terkhilaf dalam membuat pertimbangan

dan justifikasi hukuman dengan memberi ruang keinsafan kepada Perayu

sebagaimana yang dinyatakan di dalam mitigasi Perayu yang beliau tidak akan

ulangi lagi sedangkan ayat-ayat al-Quran dan Hadith yang memberi peluang

kepada pesalah-pesalah agar bertaubat dan tidak mengulangi lagi perbuatan

terkutuk itu.

[5] Responden iaitu Ketua Pendakwa Syarie juga telah berhujah balas kepada

Mahkamah ini terhadap kelima-lima (5) alasan-alasan rayuan yang dikemukakan oleh

perayu.

Peguam Syarie

Peguam Perayu: diwakili oleh Puan Suziyani Binti Mat Jusoh dari Tetuan Suziyani &

Associates

Responden: diwakili oleh Ketua Pendakwa Syarie Selangor

Surah al-Quran yang dirujuk

1. Surah Al-Isra' Ayat 32

2. surah an-Nur Ayat 2 dan 3

Page 4: Lwn - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor Kitab - kitab yang dirujuk 1. Al-Imam Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Katsir, 5/55 2. Al-Imam Ibnu Katsir, Tayseer Al-Karim Ar-Rahman, hal.457

4

Kitab - kitab yang dirujuk

1. Al-Imam Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Katsir, 5/55

2. Al-Imam Ibnu Katsir, Tayseer Al-Karim Ar-Rahman, hal.457

3. Asy-Syaikh As-Sa’di, Tayseer Al-Karim Ar-Rahman, hal.457

4. Al-Imam At-Thabari, Tafsir At-Thabari, 17/438

5. Asy-Syaikh As-Sa’di, Tayseer Al-Karim Ar-Rahman, hal. 457)

6. Al-Imam Ibnu Qayyim, Al-Jawab Al- Kafi, hal. 206].

7. Dr Abdul Qadir Audah, al-Tasyri’ al-Jina’iy al-Islamiy

Undang - undang yang dirujuk

1. Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 [Enakmen 9 Tahun 1995] – s.25,

s.26, s.125, s.126.

2. Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 [Akta 355].

Penghakiman oleh Y.A.A Dato’ Haji Hussin Bin Hj. Harun (Pengerusi), Y.A Dato’

Hj. Yusof Bin Musa (Panel), Y.A Dato’ Haji Mukhyuddin bin Haji Ibrahim (Panel)]

Ulasan Mahkamah Rayuan Syariah

[6] Setelah kami meneliti petisyen rayuan dan hujahan pihak-pihak, kami dapati

terdapat lima (5) isu yang timbul dalam rayuan ini iaitu;

i. Samada Yang Arif Hakim Bicara telah terkhilaf dari segi perlaksanaan

budibicara dalam memutuskan bahawa hukuman denda sahaja tidak memadai

dan tidak mampu memberi pengajaran kepada Perayu yang melakukan

Page 5: Lwn - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor Kitab - kitab yang dirujuk 1. Al-Imam Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Katsir, 5/55 2. Al-Imam Ibnu Katsir, Tayseer Al-Karim Ar-Rahman, hal.457

5

kesalahan kali pertama dan dengan hukuman sebatan boleh memberi

pengajaran kepada Perayu.

ii. Samada Yang Arif Hakim Bicara telah terkhilaf dari segi perlaksanaan

budibicara dalam memutuskan bahawa hukuman sebatan terhadap Perayu

tanpa menyatakan faktor-faktor pemberatan hukuman mengatasi faktor

peringanan hukuman atau sebaliknya yang melayakkan Perayu dihukum

dengan hukuman sebatan sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam prinsip-

prinsip hukuman ta’zir.

iii. Samada Yang Arif Hakim Bicara telah terkhilaf dari segi perlaksanaan

budibicara dalam memutuskan bahawa hukuman sebatan terhadap Perayu

tanpa menyatakan kenapa faktor peringanan hukuman seperti pengakuan salah

Perayu, Kesalahan Kali Pertama Perayu tidak mendapat merit dalam

menjatuhkan hukuman sebatan terhadap Perayu sedangkan terdapat kes-kes

yang diputuskan di Mahkamah Rayuan Syariah yang mengambilkira faktor-

faktor peringanan ini.

iv. Samada Yang Arif Hakim Bicara telah terkhilaf dari segi perlaksanaan

budibicara dalam memutuskan bahawa hukuman sebatan terhadap Perayu

dengan memerintahkan agar Perayu ditahan di Penjara sehingga hukuman

sebat dilaksanakan sedangkan dalam masa yang sama di dalam alasan

penghakiman Yang Arif Hakim menyatakan bahawa pemenjaraan boleh

memudharatkan Perayu yang memungkinkan Perayu akan hilang pekerjaan

dan sumber pendapatan.

v. Samada Yang Arif Hakim Bicara telah terkhilaf dalam membuat pertimbangan

dan justifikasi hukuman dengan memberi ruang keinsafan kepada Perayu

sebagaimana yang dinyatakan di dalam mitigasi Perayu yang beliau tidak akan

ulangi lagi sedangkan ayat-ayat al-Quran dan Hadith yang memberi peluang

Page 6: Lwn - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor Kitab - kitab yang dirujuk 1. Al-Imam Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Katsir, 5/55 2. Al-Imam Ibnu Katsir, Tayseer Al-Karim Ar-Rahman, hal.457

6

kepada pesalah-pesalah agar bertaubat dan tidak mengulangi lagi perbuatan

terkutuk itu.

Isu: Samada Yang Arif Hakim Bicara telah terkhilaf dari segi perlaksanaan budi

bicara dalam memutuskan bahawa hukuman denda sahaja tidak memadai dan

tidak mampu memberi pengajaran kepada Perayu yang melakukan kesalahan kali

pertama dan dengan hukuman sebatan boleh memberi pengajaran kepada

Perayu.

[7] Kami mendapati bahawa Yang Arif Hakim Bicara telah menggunakan

budibicaranya secara berhemah ketika membuat keputusan menjatuhkan hukuman

enam (6) kali sebatan terhadap Perayu disamping hukuman denda RM 4,500.00.

[8] Kami bersetuju dengan pandangan Yang Arif Hakim Bicara yang menyatakan

dalam perenggan 33 Alasan Penghakiman bahawa “adalah tidak wajar bagi mahkamah

menjatuhkan hukuman denda sahaja ke atas Pesalah memandangkan keseluruhan

faktor di atas memerlukan Pesalah ini dikenakan hukuman yang lebih berat dan

setimpal dengan kesalahan yang telah dilakukannya.”

[9] Ini kerana kami juga mendapati bahawa hukuman denda adalah suatu hukuman

yang biasa dan ianya kini kurang memberi pengajaran terhadap kebanyakan orang

yang disabitkan kesalahan di Mahkamah Syariah.

[10] Semasa memutuskan hukuman tersebut kami percaya Yang Arif Hakim Bicara

telah dipandu oleh beberapa pertimbangan. Yang pertama dan paling utama ialah

kepentingan awam. Ini kerana udang-undang jenayah dilaksanakan secara awam

bukan sahaja dengan tujuan menghukum penjenayah tetapi juga dengan harapan

menghalangnya. Satu hukuman wajar dijatuhkan secara umum berkhidmat untuk

kepentingan awam dalam dua cara iaitu:

Page 7: Lwn - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor Kitab - kitab yang dirujuk 1. Al-Imam Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Katsir, 5/55 2. Al-Imam Ibnu Katsir, Tayseer Al-Karim Ar-Rahman, hal.457

7

i. Ia boleh menghalang orang lain yang mungkin terpengaruh untuk menlakukan

jenayah kerana kononnya ia menawarkan wang yang mudah dengan andaian

bahawa jika pesalah ditangkap akan dibawa ke muka pengadilan, hukuman yang

akan dijatuhkan adalah hanya didenda sahaja.

ii. Hukuman sedemikian boleh juga mendeter penjenayah tertentu daripada

melakukan sesuatu jenayah sekali lagi atau mendorongnya untuk berubah

daripada penghidupan jenayah kepada penghidupan sebenar.

[11] Kepentingan awam sememangnya dilaksana secara terbaik sekali jika pesalah

didorong untuk berubah daripada cara-cara penghidupan penjenayah kepada

penghidupan yang benar, walaupun mungkin hukuman itu tidak mengubah kehidupan

pesalah namun hukuman itu sekurang-kurangnya mengurangkan kemungkinan orang

lain melakukannya. Hukuman juga memberi peringatan dan amaran kepada orang lain

yang sepertinya atau yang cuba menjadi sepertinya, alasan berfikir tentang perbuatan

yang mereka lakukan, atau patut mengelakkan diri dari melakukannya.

[12] Seterusnya Mahkamah juga menghukum sedemikian dengan tujuan untuk

melindungi masyarakat daripada kecenderungan melakukan kesalahan yang sama.

Disamping itu juga hukuman ini bertujuan bagi menandakan beratnya kesalahannya,

menekankan ketidaksetujuan awam atas perbuatannya, bertindak sebagai amaran

kepada orang-orang lain, menghukum pesalah dan yang paling penting sekali ialah

melindungi orang awam dari melakukannya.

[13] Oleh yang demikian, kami dapati Yang Arif Hakim Bicara telah melihat dan

mempertimbangkan “kesalahan kali pertama” Perayu ketika memutuskan untuk

menjatuhkan hukuman enam (6) sebatan terhadap Perayu. Pertimbangan Yang Arif

Hakim Bicara terhadap “kesalahan kali pertama” Perayu sebelum menjatuhkan

hukuman telah dinyatakan di dalam Alasan Penghakimannya pada perenggan 13-18.

Page 8: Lwn - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor Kitab - kitab yang dirujuk 1. Al-Imam Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Katsir, 5/55 2. Al-Imam Ibnu Katsir, Tayseer Al-Karim Ar-Rahman, hal.457

8

[14] Kami bersetuju dan berpuashati dengan pertimbangan yang telah dibuat oleh

Yang Arif Hakim Bicara berdasarkan panduan-panduan yang telah digunakan seperti

yang dinyatakan dalam Alasan penghakimannya ketika menjatuhkan hukuman enam

(6) kali sebatan terhadap Perayu.

[15] Kami menegaskan bahawa peringanan atau pengurangan hukuman untuk

“kesalahan kali pertama” hanyalah merupakan satu kenyataan bersifat peraturan yang

umum sahaja dan bukannya satu kemestian untuk semua kes. Faktor kesalahan kali

pertama hendaklah di ukur bersetentangan dengan pemberatan dan keseriusan

jenayah yang telah dilakukan oleh pesalah. Sekiranya kesalahan yang dilakukan oleh

Pesalah adalah sesuatu yang serius dan sering berlaku dalam masyarakat, maka

seharusnya mahkamah bertindak tegas dalam menjatuhkan hukuman ke atas setiap

pesalah yang melakukannya demi menjaga kepentingan awam.

[16] Kami telah meneliti keseriusan kes ini berdasarkan fakta kes yang telah

dibentangkan di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor dan ianya di akui oleh Perayu

sendiri. Fakta kes tersebut telah dinyatakan oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi

Syariah di dalam Alasan Penghakimannya pada perenggan 3, 4 dan 26. Namun begitu,

Mahkamah tidak berminat untuk membacakan fakta kes tersebut kerana ia sangat

mengaibkan dan memalukan.

[17] Perayu seharusnya sedar bahawa perbuatannya berada bersama-sama dengan

pasangannya di dalam sebuah bilik hotel pada jam 3.50 pagi adalah perbuatan yang

sangat jijik dan dicela. Allah swt melarang perbuatan perayu sepertimana firmannya

dalam Surah Al-Isra' Ayat 32V;

ه كان فاحشة وساء سبيل نا إن ول تقربوا الز

“Dan janganlah kamu semua mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu

perbuatan yang keji; dan suatu jalan yang buruk.”

Page 9: Lwn - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor Kitab - kitab yang dirujuk 1. Al-Imam Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Katsir, 5/55 2. Al-Imam Ibnu Katsir, Tayseer Al-Karim Ar-Rahman, hal.457

9

[18] Al-Imam Ibnu Katsir rahimuhullah berkata tentang ayat “نا ini: “Allah ”ول تقربوا الز

swt berfirman dalam bentuk melarang hamba-hambaNya dari melakukan perbuatan

zina serta melarang untuk mendekatinya, iaitu dengan membuat larangan mendekati

sebab-sebab dan pendorong-pendorongnya yang boleh membawa kepada perbuatan

berzina.” [Lihat Tafsir Ibnu Katsir, 5/55].

[19] Asy-Syaikh As-Sa’di rahimahullah menjelaskan tentang ayat ini di dalam

tafsirnya, “Larangan mendekati zina merupakan sebagai sebahagian dari larangan

melakukan perbuatan zina, karena larangan mendekati zina mencakupi larangan

terhadap semua perkara yang dapat membawa kepada perbuatan tersebut.

Barangsiapa yang mendekati perkara yang dilarang, ia dibimbangi akan terjerumus

kepadanya, terutama sekali dalam permasalahan zina dimana hawa nafsu sangat kuat

dorongannya untuk melakukan zina.” [Lihat Tayseer Al-Karim Ar-Rahman, hal.457].

[20] Seterusnya Al-Imam Ibnu Katsir Rahimahullah berkata tentang ayat “ ه كان فاحشة , ”إن

katanya, “Maksudnya adalah dosa yang sangat besar.” (Lihat Tafsir Ibnu Katsir, 5/55).

Asy-Syaikh As-Sa’di pula berkata, “Allah swt menyifati perbuatan ini dan mencelanya

kerana ia ( كان فاحشة) adalah perbuatan yang keji. Maksudnya adalah dosa yang sangat

keji jika dilihat dari kacamata syariat, akal fikiran yang waras, dan fitrah manusia yang

masih suci. Ini kerana (perbuatan zina) mengandungi unsur melampaui batas terhadap

hak Allah dan melampaui batas terhadap kehormatan wanita, keluarganya dan

suaminya. Dan juga pada perbuatan zina ianya mengandungi kerosakan moral, tidak

jelasnya nasab (keturunan), dan kerosakan-kerosakan yang lainnya yang ditimbulkan

oleh perbuatan tersebut.” (Lihat Tayseer Al-Karim Ar-Rahman, hal.457).

[21] Seterusnya pula, Al-Imam At-Thabari rahimahullah dalam memeperkatakan ayat

mengatakan, “Dan zina merupakan seburuk-buruk jalan, kerana ia adalah ,”وساء سبيل “

jalan bagi orang-orang yang suka bermaksiat kepada Allah swt, dan melanggar

perintah-Nya. Maka jadilah ia seburuk-buruk jalan yang mengheret pelakunya ke dalam

neraka Jahannam.” (Tafsir At-Thabari, 17/438). Asy-Syaikh As-Sa’di rahimahullah

menafsirkan lafaz ayat “suatu jalan yang buruk” dengan katanya, “Iatu jalannya orang-

Page 10: Lwn - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor Kitab - kitab yang dirujuk 1. Al-Imam Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Katsir, 5/55 2. Al-Imam Ibnu Katsir, Tayseer Al-Karim Ar-Rahman, hal.457

10

orang yang berani menempuh/melakukan dosa besar.” (Lihat Tayseer Al-Karim Ar-

Rahman, hal. 457). Manakala Al-Imam Ibnu Qayyim rahimahullah menyatakan bahawa

“Allah swt memberitahu mengenai akibat buruk dari perbuatan zina tersebut; Ini kerana

perbuatan tersebut adalah seburuk-buruk jalan bagi manusia. Perbuatan tersebut

dapat membawa manusia kepada kebinasaan, kehinaan, dan merendahkan

martabat/kedudukan di dunia serta menyebabkannya di adzab dan mendapat kehinaan

di akhirat.” [Lihat Al-Jawab Al- Kafi, hal. 206].

[22] Seterusnya Allah menerangkan bertapa hinanya seorang penzina dalam surah

an-Nur ayat 3 dimana penzina lelaki tidak akan berkahwin dengan penzina perempuan

atau perempuan musyrik. Begitulah juga dengan penzina wanita, mereka tidak akan

dikahwini melainkan oleh penzina lelaki ata lelaki yang musyrik. Seterusnya Allah swt

melarang orang-orang beriman dari berkahwin dengan penzina lelaki atau pun penzina

perempuan. Firman Allah swt dalam surah an-Nur ayat 3 menyatakan seperti berikut;

اني ل ينكح إل زاني م ذلك على المؤمنين الز انية ل ينكحها إل زان أو مشرك وحر ة أو مشركة والز

“Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan

perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina

itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang

berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada

orang-orang yang beriman”

[23] Seterusnya, kami berpendapat bahawa kesalahan dibawah seksyen 26,

Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 [Enakmen 9 Tahun 1995] ini adalah satu

kesalahan yang dianggap sangat serius oleh masyarakat dan pemerintah. Oleh yang

demikian maka Badan Perundangan Negeri Selangor telah menetapkan suatu

hukuman yang maksimum terhadap kesalahan ini, dimana hukuman yang boleh

dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah terhadap pesalah ialah Denda RM 5,000.00, atau

penjara 3 tahun atau enam (6) sebatan terhadap pesalah. Hukuman yang ditetapkan

bagi kesalahan ini adalah hukuman maksimum yang diberikan kepada Mahkamah

Syariah oleh Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 [Akta 355].

Page 11: Lwn - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor Kitab - kitab yang dirujuk 1. Al-Imam Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Katsir, 5/55 2. Al-Imam Ibnu Katsir, Tayseer Al-Karim Ar-Rahman, hal.457

11

[24] Hukuman yang berat harus dikenakan kerana ianya bertujuan untuk menjaga

maslahah awam, walaupun ianya kesalahan pertama bagi seseorang. Perayu

seharusnya sedar bahawa kesalahan kali pertama bukanlah suatu jaminan dari

Mahkamah untuk tidak akan menghukum dengan hukuman yang berat sekiranya

kesalahan itu merupakan jenayah yang serius dan sering berlaku dan berulang-ulang

dalam masyarakat awam.

[25] Oleh yang demikian, Mahkamah tiada pilihan selain menjatuhkan hukuman yang

sedemikian sekiranya kesalahan yang serupa sering berlaku. Diharapkan hukuman

yang sedemikian dapat mencegah dan memberikan peringatan kepada Perayu tidak

mengulangi kesalahan serupa dan memberikan amaran kepada masyarakat awam agar

tidak melakukan kesalahan yang sama.

Isu: Samada Yang Arif Hakim Bicara telah terkhilaf dari segi perlaksanaan

budibicara dalam memutuskan bahawa hukuman sebatan terhadap Perayu tanpa

menyatakan faktor-faktor pemberatan hukuman mengatasi faktor peringanan

hukuman atau sebaliknya yang melayakkan Perayu dihukum dengan hukuman

sebatan sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam prinsip-prinsip hukuman

ta’zir.

[26] Kami juga mendapati bahawa Yang Arif Hakim Bicara telah menggunakan budi

bicara dan timbang telitiannya secara berhemah ketika membuat keputusan

menjatuhkan hukuman sebatan terhadap Perayu termasuklah mempertimbangkan

faktor peringanan dan pemberatan.

[27] Setelah kami melihat secara keseluruhan Alasan Penghakiman Yang Arif Hakim

Mahkamah Tinggi, kami mendapati Yang Arif Hakim telah mempertimbangkan faktor

peringanan dan pemberatan sepenuhnya secara timbangtelitian berhemah. Yang Arif

Hakim telah melihat pelbagai faktor penentu sama ada hukuman terhadap Perayu perlu

diringankan atau diberatkan tanpa membelakangkan kepentingan awam serta

Page 12: Lwn - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor Kitab - kitab yang dirujuk 1. Al-Imam Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Katsir, 5/55 2. Al-Imam Ibnu Katsir, Tayseer Al-Karim Ar-Rahman, hal.457

12

kemaslahatan ammah. Perkara sedemikian telah dinyatakan secara jelas oleh Yang Arif

Hakim Bicara secara umum dalam penghakimannya pada perenggan 33 Alasan

Penghakiman.

[28] Seterusnya kami mendapati bahawa hukuman sebatan yang diputuskan oleh

Yang Arif Hakim Bicara tersebut adalah bertepatan dan menepati kehendak hukum

Syarak iaitu khususnya berkaitan dalam menjatuhkan hukuman ta’zir terhadap pesalah.

Hukuman ta’zir yang dijatuhkan oleh Yang Arif Hakim Bicara itu adalah selaras dengan

prinsip asas yang digariskan oleh hukum syarak dalam menjatuhkan hukuman ta’zir

sebagaimana yang diulas oleh Dr Abdul Qadir Audah dalam Kitab al-Tasyri’ al-Jina’iy

al-Islamiy seperti yang dinyatakan oleh Yang Arif Hakim dalam penghakimannya pada

perenggan 10 Alasan Penghakiman.

[29] Bagi menjelaskan perkara ini kami membuat perbandingannya dengan hukuman

hudud iaitu bagi kesalahan zina. Firman Allah swt dalan surah an-Nur ayat 2;

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-

tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi

oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum

agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan

hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh

sekumpulan dari orang-orang yang beriman.”

Page 13: Lwn - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor Kitab - kitab yang dirujuk 1. Al-Imam Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Katsir, 5/55 2. Al-Imam Ibnu Katsir, Tayseer Al-Karim Ar-Rahman, hal.457

13

[30] Ayat di atas menunjukkan bahawa Allah swt telah menetapkan dan

memerintahkan penzina lelaki dan penzina perempuan hendaklah dihukum dengan

sebatan sebanyak 100 kali sebatan. Hukuman tersebut tidak boleh dikurangkan walau

pun satu sebatan kerana ianya adalah suatu ketetapan dari Allah swt. Allah swt juga

mengingatkan kepada kita supaya tidak dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan

terhadap mereka dalam menjalankan hukum agama Allah, seandainya kita benar-benar

beriman kepada Allah dan hari akhirat.

[31] Kesalahan serupa kesalahan zina (iaitu bagi kesalahan hudud) telah

diperuntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 [Enakmen 9 Tahun

1995] iaitu kesalahan di bawah seksyen 25 Enakmen. Seksyen 25 [Enakmen 9 Tahun

1995] memperuntukkan seperti berikut;

Persetubuhan luar nikah.

(1) Mana-mana orang lelaki yang melakukan persetubuhan dengan orang

perempuan yang bukan isterinya yang sah adalah melakukan suatu kesalahan

dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau

dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak

melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman

itu.

(2) Mana-mana orang perempuan yang melakukan persetubuhan dengan orang

lelaki yang bukan suaminya yang sah adalah melakukan suatu kesalahan dan

apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau

dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak

melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman

itu.

(3) Hakikat bahawa seorang perempuan hamil luar nikah akibat daripada

persetubuhan yang dilakukan dengan kerelaannya dan sedang dia sedar tentang

Page 14: Lwn - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor Kitab - kitab yang dirujuk 1. Al-Imam Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Katsir, 5/55 2. Al-Imam Ibnu Katsir, Tayseer Al-Karim Ar-Rahman, hal.457

14

perbuatannya adalah keterangan prima facie tentang pelakuan kesalahan di

bawah subseksyen (2) oleh orang perempuan itu.

(4) Bagi maksud subseksyen (3), seseorang perempuan yang melahirkan anak

yang sempurna sifatnya dalam tempoh yang kurang daripada enam bulan

qamariah dari tarikh pernikahannya hendaklah disifatkan telah hamil luar nikah.

[32] Jika dilihat dan di nilai dari segi hukuman maksimum yang boleh mahkamah

jatuhkan terhadap pesalah di bawah Seksyen 25 dan 26 Enakmen Jenayah Syariah

(Selangor) 1995 [Enakmen 9 Tahun 1995] kami mendapati ianya adalah sama, iaitu,

“boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak

melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan

mana-mana kombinasi hukuman itu”.

[33] Kami berpendapat bahawa hukuman bagi kesalahan persetubuhan luar nikah

(yang seumpama kesalahan hudud penzinaan) yang ditetapkan oleh Enakmen jauh

lebih rendah dari hukuman yang ditetapkan oleh Allah dalam al-Quran iaitu hanya enam

(6) sebatan berbanding hukuman sebenar yang sebanyak 100 kali sebatan.

[34] Maka hukuman 6 sebatan yang telah dijatuhkan terhadap Perayu bagi kesalahan

“Perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah” adalah

bersesuaian dengan prinsip-prinsip ta’zir antaranya tidak melebihi hukuman maksimum

yang boleh dijatuhkan terhadap pesalah yang melakukan kesalahn hudud iaitu bagi

kesalahan zina yang Allah tetapkan sebanyak 100 sebatan.

[35] Kami juga berpendapat bahawa hukuman 6 sebatan yang dijatuhkan terhadap

tertuduh masih lagi rendah kerana ianya belum pun mencapai seperdua hukuman

hudud bagi kesalahan zina. Namun Mahkamah Syariah tiada berkeupayaan untuk

menjatuhkan hukuman sebatan lebih tinggi terhadap pesalah-pesalah di bawah

seksyen 25 dan 26 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 [Enakmen 9 Tahun

Page 15: Lwn - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor Kitab - kitab yang dirujuk 1. Al-Imam Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Katsir, 5/55 2. Al-Imam Ibnu Katsir, Tayseer Al-Karim Ar-Rahman, hal.457

15

1995] kerana bidangkuasa maksimum yang diberikan untuk menjatuhkan hukuman

sebatan hanyalah enam (6) sebatan sahaja oleh Akta Mahkamah Syariah (Bidang

kuasa Jenayah) 1965 [Akta 355]. Hukuman maksimum enam (6) sebatan tersebut telah

diperuntukkan sepenuhnya oleh Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 [Enakmen

9 Tahun 1995] di bawah seksyen 25 dan 26 dengan niat bahawa hukuman maksimum

yang diperuntukan itu sekurang-kurangnya dapat menghampiri hukuman sebenar zina

menurut al-Quran dan as-Sunnah walau pun Mahkamah tidak mampu menjatuhkan

hukuman sebenar iaitu 100 sebatan.

Isu: Samada Yang Arif Hakim Bicara telah terkhilaf dari segi perlaksanaan

budibicara dalam memutuskan bahawa hukuman sebatan terhadap Perayu tanpa

menyatakan kenapa faktor peringanan hukuman seperti pengakuan salah Perayu,

Kesalahan Kali Pertama Perayu tidak mendapat merit dalam menjatuhkan

hukuman sebatan terhadap Perayu sedangkan terdapat kes-kes yang diputuskan

di Mahkamah Rayuan Syariah yang mengambilkira faktor-faktor peringanan ini.

[36] Kami mendapati Yang Arif Hakim Bicara telah melihat dan mempertimbangkan

“pengakuan salah” dan “kesalahan kali pertama” Perayu sebagai sebahagian merit

ketika memutuskan untuk menjatuhkan hukuman termasuklah enam (6) sebatan

terhadap Perayu. Pertimbangan Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Syariah terhadap

“pengakuan salah” dan “kesalahan kali pertama” Perayu sebelum menjatuhkan

hukuman telah dinyatakan di dalam Alasan Penghakimannya pada perenggan 13-24.

[37] Setelah kami meneliti Alasan penghakiman Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi

Syariah, kami bersetuju dan berpuashati dengan pertimbangan yang telah dibuat oleh

Yang Arif Hakim Bicara berdasarkan panduan-panduan yang telah digunakan seperti

yang dinyatakan dalam Alasan penghakimannya ketika menjatuhkan hukuman enam

(6) kali sebatan terhadap Perayu.

[38] Sekali lagi kami menegaskan bahawa peringanan atau pengurangan hukuman

untuk “pengakuan salah” dan “kesalahan kali pertama” hanyalah merupakan satu

Page 16: Lwn - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor Kitab - kitab yang dirujuk 1. Al-Imam Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Katsir, 5/55 2. Al-Imam Ibnu Katsir, Tayseer Al-Karim Ar-Rahman, hal.457

16

kenyataan bersifat peraturan yang umum sahaja dan bukannya satu kemestian untuk

semua kes sepertimana yang kami nyatakan sebelum ini. Kami ulangi pernyataan kami

terdahulu bahawa faktor “pengakuan salah” dan “kesalahan kali pertama” hendaklah di

ukur bersetentangan dengan pemberatan dan keseriusan jenayah yang telah dilakukan

oleh pesalah.

[39] Sekiranya Yang Arif Hakim Bicara tidak melihat dan mempertimbangkan

“pengakuan salah” dan “kesalahan kali pertama” Perayu sebagai sebahagian merit

ketika memutuskan untuk menjatuhkan hukuman terhadap Perayu, pastinya Yang Arif

Hakim Bicara telah menjatuhkan hukuman yang maksimum terhadap pesalah, iaitu

dihukum dengan denda RM 5,000.00 atau penjara 3 tahun atau enam (6) sebatan atau

kombinasi mana-mana hukuman itu.

[40] Namun demikian, Mahkamah mendapati Yang Arif Hakim Bicara hanya

menjatuhkan sebahagian dari hukuman yang ditetapkan dan tidak mengenakan

hukuman yang maksimum terhadap pesalah. Kami percaya hukuman tersebut

dijatuhkan setelah Yang Arif Hakim Bicara membuat penelitian dan pertimbangan

terhadap faktor “pengakuan salah” dan “kesalahan kali pertama” secara bersetentangan

dengan faktor pemberatan dan keseriusan jenayah yang telah dilakukan oleh pesalah

sepertimana yang telah dinyatakan oleh Yang Arif Hakim Bicara di dalam Alasan

Penghakimannya pada perenggan 33 dan 34.

Isu: Samada Yang Arif Hakim Bicara telah terkhilaf dari segi perlaksanaan

budibicara dalam memutuskan bahawa hukuman sebatan terhadap Perayu

dengan memerintahkan agar Perayu ditahan di Penjara sehingga hukuman sebat

dilaksanakan sedangkan dalam masa yang sama di dalam alasan penghakiman

Yang Arif Hakim menyatakan bahawa pemenjaraan boleh memudharatkan Perayu

yang memungkinkan Perayu akan hilang pekerjaan dan sumber pendapatan.

[41] Dalam kes ini, Perayu telah dijatuhkan hukuman enam (6) sebatan tanpa

dijatuhkan hukuman pemenjaraan. Bagi melaksanakan hukuman enam (6) sebatan

Page 17: Lwn - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor Kitab - kitab yang dirujuk 1. Al-Imam Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Katsir, 5/55 2. Al-Imam Ibnu Katsir, Tayseer Al-Karim Ar-Rahman, hal.457

17

tersebut, Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Syariah telah memerintahkan Perayu

ditahan dipenjara sehingga hukuman dilaksanakan. Perintah Penahanan di penjara

tersebut dibuat adalah berdasarkan Seksyen 125(4) Enakmen Tatacara Jenayah

(Negeri Selangor) 2003 [Enakmen 3 Tahun 2003].

[42] Seksyen 125(4) Enakmen Tatacara Jenayah (Negeri Selangor) 2003 [Enakmen

3 Tahun 2003] menyatakan seperti berikut;

(4) Dalam hal pesalah itu dihukum sebat sahaja, maka dia hendaklah

diperlakukan seolah-olah dia dihukum dengan hukuman pemenjaraan

sehingga hukuman itu dilaksanakan

Peruntukan tersebut dengan jelas memperuntukkan bahawa jika pesalah hanya

dijatuhkan hukuman sebat tanpa dihukum pemenjaraan, maka pesalah hendaklah

diperlakukan seolah-olah dia dihukum dengan hukuman pemenjaraan; iaitu dengan

diperintahkan ditahan dipenjara. Perintah Penahan pesalah di Penjara dibuat bagi

membolehkan pihak penjara melaksanakan keperluan-keperluan dibawah seksyen

125(3) Enakmen 3 Tahun 2003. Penahanan di penjara itu sebenarnya adalah satu

proses/prosedur bagi pelaksanaan hukuman sebatan dan bukan suatu bentuk

hukuman. Ini kerana Mahkamah tidak merekodkan Perintah Penahanan di Penjara itu

sebagai suatu hukuman Pemenjaraan terhadap pesalah tersebut.

[43] Kami percaya bahawa maksud Yang Arif Hakim Bicara ketika menyatakan

dalam Alasan Pengkimannya pada perenggan 33, bahawa pemenjaraan boleh

memudharatkan Perayu yang memungkinkan Perayu akan hilang pekerjaan dan

sumber pendapatan adalah sekiranya Perayu di hukum dengan Hukum Pemenjaraan

dan bukannya suatu perintah yang dibuat berdasarkan Seksyen 125(4) Enakmen

Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 [Enakmen 3 Tahun 2003].

[44] Di sini kami ingin menjelaskan bahawa apa-apa Perintah Penahanan yang

diperintahkan oleh Mahkamah Syariah di bawah Seksyen 125(4) Enakmen Tatacara

Page 18: Lwn - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor Kitab - kitab yang dirujuk 1. Al-Imam Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Katsir, 5/55 2. Al-Imam Ibnu Katsir, Tayseer Al-Karim Ar-Rahman, hal.457

18

Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 [Enakmen 3 Tahun 2003], ianya bukanlah

suatu bentuk Hukuman Pemenjaraan ke atas mana-mana pesalah seperti yang

difahami oleh Perayu dalam kes ini; tetapi ianya adalah suatu perintah yang dibuat oleh

Mahkamah bagi tujuan membolehkan pihak penjara melaksanakan keperluan-

keperluan dibawah seksyen 125(3) Enakmen 3 Tahun 2003.

[45] Namun demikian, kami berpendapat adalah suatu tindakan yang lebih wajar jika

sekiranya pesalah diyakini tidak akan melarikan diri agar Mahkamah tidak

memerintahkan Pesalah yang di jatuhkan hukuman sebatan ditahan berdasarkan

Seksyen 125(4) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 dan

menggantikannya dengan menawarkan jaminan kepada Pesalah dengan Bon atau

Jaminan Mahkamah sehingga hukuman dilaksanakan. Ini kerana Pesalah masih

mempunyai haknya untuk mengemukakan Rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi dan

hukuman sebat hanya akan dilaksanakan setelah berakhirnya tempoh untuk Pesalah

mengemukakan rayuan ke mahkamah yang lebih atas. Jika Pesalah tidak ditawarkan

untuk dilepaskan dengan jaminan, maka Pesalah terpaksa ditahan di penjara sekurang-

kurangnya 14 hari sebelum hukuman sebatan boleh dilaksanakan oleh pihak penjara.

[46] Seksyen 126 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003

[Enakmen 3 Tahun 2003] menyatakan;

(1) Apabila tertuduh dihukum sebat sebagai tambahan kepada hukuman

pemenjaraan, hukuman sebat itu tidaklah boleh dikenakan jika suatu

rayuan dibuat dan sehingga hukuman itu disahkan oleh Mahkamah

Rayuan yang berkenaan.

(2) Sebatan itu hendaklah dikenakan dengan seberapa segera yang

praktik dan dalam hal suatu rayuan, dengan seberapa segera yang praktik

selepas penerimaan perintah Mahkamah Rayuan yang berkenaan yang

mengesahkan hukuman itu.

Page 19: Lwn - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor Kitab - kitab yang dirujuk 1. Al-Imam Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Katsir, 5/55 2. Al-Imam Ibnu Katsir, Tayseer Al-Karim Ar-Rahman, hal.457

19

Isu: Samada Yang Arif Hakim Bicara telah terkhilaf dalam membuat pertimbangan

dan justifikasi hukuman dengan memberi ruang keinsafan kepada Perayu

sebagaimana yang dinyatakan di dalam mitigasi Perayu yang beliau tidak akan

ulangi lagi sedangkan ayat-ayat al-Quran dan Hadith yang memberi peluang

kepada pesalah-pesalah agar bertaubat dan tidak mengulangi lagi perbuatan

terkutuk itu.

[47] Dalam hal yang demikian kami juga mendapati bahawa Yang Arif Hakim Bicara

tidak terkhilaf dalam mempertimbangkan dan menolak alasan rayuan peringanan

Perayu yang berjanji tidak akan ulangi kesalahan sebagai sebahagian dari rayuan

peringanan hukuman.

[48] Kami bersetuju dan berpuashati dengan pertimbangan yang telah dibuat oleh

Yang Arif Hakim Mahkamah Bicara berdasarkan alasan-alasan diberikan oleh Yang Arif

Hakim Bicara seperti yang dinyatakan dalam Alasan penghakimannya pada perenggan

27 dan 28.

[49] Ketika Perayu mengemukakan rayuan peringanan hukuman di hadapan Yang

Arif Hakim Bicara hanya menyatakan seperti berikut;

“Saya tak nak lantik peguam. Saya mohon hukuman saya diringankan

berdasarkan pendapatan saya. Saya tidak akan ulangi perkara itu lagi. Itu

sahaja. Ya, Betul itu sahaja.”

[50] Kami mendapati bahawa Perayu tidak menggunakan peluang yang diberikan

kepadanya untuk memohon kepada Yang Arif Hakim Bicara untuk peringanan hukuman

dengan bersungguh-sungguh. Ini menunjukkan bahawa Perayu tidak pun benar-benar

menunjukkan dia insaf atas perbuatannya, tetapi cuma sekadar berjanji dan berharap

mahkamah akan berkeyakinan bahawa dia tidak akan mengulanginya lagi.

Page 20: Lwn - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor Kitab - kitab yang dirujuk 1. Al-Imam Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Katsir, 5/55 2. Al-Imam Ibnu Katsir, Tayseer Al-Karim Ar-Rahman, hal.457

20

[51] Kami berpendapat adalah suatu yang berisiko jika sekiranya kami menerima

dan mengambilkira janji seseorang pesalah yang berkata tidak akan mengulangi

kesalahannya. Ini kerana ianya bukanlah tanggungjawab Mahkamah ini untuk menilai

sejauh mana tertuduh mampu menepati janjinya.

[52] Adalah menjadi tanggungjawab Mahkamah untuk menghukum seseorang

pesalah berdasarkan fakta kes, keseriusan kes dan faktor-faktor pemberatan hukuman

yang diukur secara bersetentangan dengan faktor-faktor yang boleh memberikan

peringanan hukuman; dan kepentingan awam seharusnya menjadi pertimbangan yang

paling utama sekiranya kesalahan itu serius dan sering berlaku dikalangan masyarakat.

[53] Kami percaya setelah melihat kepada keseriusan kesalahan yang telah

dilakukan oleh perayu dan kepentingan awam menjadi pertimbangan yang paling

utama, maka Yang Arif Hakim Bicara tiada pilihan selain menjatuhkan hukuman yang

sedemikian. Kami percaya, hukuman yang dijatuhkan oleh Yang Arif Hakim Bicara tiada

lain melainkan bertujuan agar masyarakat awam tidak mengulangi kesalahan atau

melakukan kesalahan yang serupa.

[54] Sekali lagi Mahkamah menyatakan bahawa Mahkamah bersetuju dan

berpuashati dengan semua pertimbangan yang telah dibuat oleh Yang Arif Hakim

Bicara berdasarkan panduan-panduan yang telah digunakan seperti yang dinyatakan

dalam Alasan penghakimannya ketika menjatuhkan hukuman termasuk menjatuhkan

hukuman enam (6) kali sebatan terhadap Perayu.

[55] Kami menegaskan sekali lagi bahawa tujuan utama pelaksanaan hukuman takzir

yang harus difahami adalah bertujuan untuk pencegahan dan pengajaran disamping

pemulihan dan pendidikan. Pencegahan bererti mencegah Pesalah dari mengulangi

kesalahan yang sama dan juga mencegah orang lain dari melakukannya; sekali pun jika

ianya tidak dapat mencegah kedua-duanya, sekurang-kurangnya hukuman itu dapat

mencegah salah satu dari kedua-duanya.

Page 21: Lwn - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor Kitab - kitab yang dirujuk 1. Al-Imam Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Katsir, 5/55 2. Al-Imam Ibnu Katsir, Tayseer Al-Karim Ar-Rahman, hal.457

21

[56] Hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah diharapkan dapat memberi

peringatan dan amaran kepada orang lain yang sepertinya atau yang cuba menjadi

sepertinya, alasan berfikir tentang perbuatan yang mereka lakukan atau patut

mengelakkan diri dari melakukannya. Mahkamah juga menghukum sedemikian dengan

tujuan untuk melindungi masyarakat daripada kecenderungan melakukan kesalahan

sedemikian. Disamping itu juga Hukuman ini bertujuan bagi menandakan beratnya

kesalahannya, menekankan ketidaksetujuan awam atas perbuatannya, bertindak

sebagai amaran kepada orang-orang lain, menghukum pesalah dan yang paling

penting sekali ialah melindungi orang awam dari melakukannya sepertimana yang kami

nyatakan terdahulu.

[57] Akhir sekali, kami ingin menegaskan bahawa adalah menjadi hasrat mahkamah

yang lebih tinggi untuk tidak mahu masuk campur di dalam keputusan mahkamah

bawahan jika keputusan itu mengikut undang-undang.

KEPUTUSAN

MAKA dengan ini kami sebulat suara memutuskan sebagaimana yang berikut:-

1. Rayuan Perayu ditolak;

2. Hukuman sebat sebanyak enam (6) kali sebatan ke atas Perayu yang

dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Selangor bertarikh 3hb Julai

2014 dikekalkan.