kajian smk kerambit
TRANSCRIPT
KAJIAN TINDAKAN 2010
PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPONEN
SASTERA DALAM BAHASA MELAYU
Oleh : Roziah Binti Abdul Latiff
ABSTRAK
Kajian tindakan ini bertujuan menambah baik pengajaran Komponen
Sastera dalam Bahasa Melayu (KOMSAS) melalui penggunaan peta minda.
Kajian ini difokuskan kepada peningkatan kemahiran murid dalam menguasai
glosari asas kajian kesusasteraan dalam kalangan murid Tingkatan 5. Seramai
15 orang murid terlibat dalam kajian ini. Kajian ini dibuat berdasarkan kepada
masalah yang dihadapi oleh sebilangan murid SMK Kerambit dalam
memahami dan menguasai dan memahami glosari dalam kajian kesusasteraan
Perancangan tindakan ditumpukan kepada pemahaman dan
penguasaan glosari kesusasteraan nuntuk mengkaji karya-karya kesusasteraan
dalam (KOMSAS. Tindakan dibuat dengan memperkenalkan kaedah
penggunaan peta minda kepada pelajar dalam kajian kesusasteraan. Penekanan
diberikan kepada cara mengkaji dan memahami karya sastera dengan mudah
dan cepat, bukan mengingat isi-isi kajian secara menghafal. Kaedah ini secara
umumnya dapat memberi dorongan kepada murid-murid untuk meminati
bidang kesusasteraan kerana mereka dapat memahami dan menghayati karya
dengan mudah.
1
1. PENGENALAN
Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi negara ini. Bahasa
Melayu adalah mata pelajaran utama yang diajar di sekolah. Setiap
murid diwajibkan lulus Bahasa Melayu untuk memperoleh sijil dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Pelajar yang gagal Bahasa Melayu
dikira gagal SPM walaupun mendapat kepujian dalam mata pelajaran
lain. Guru memainkan peranan penting untuk membantu pelajar
menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu untuk memastikan mereka
layak mendapat sijil SPM setelah tamat tingkatan lima.
Dalam Komponen Sastera (KOMSAS adalah salah satu
komponen yang terdapat dalam Mata Perlajaran Bahasa Melayu. Justeru
penguasaan pelajar dalam KOMSAS adalah penting untuk mereka lulus
cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
PERNYATAAN MASALAH
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran Kertas dua Bahasa
Melayu tingkatan lima, pelbagai masalah dihadapi oleh guru. Antara
masalah yang dikenalpasti adalah pengetahuan pelajar tentang isi-isi
karya yang dikaji. Pelajar tidak berminat untuk membaca karya-karya
yang terdapat dalam teks KOMSAS menyebabkan mereka tiada
pengetahuan asas apabila proses pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan. Hal ini menyebabkan guru terpaksa menghabiskan
2
sebahagian masa pengajaran dan pembelajaran untuk membincangkan
sinopsis cerita. Pelajar juga agak sukar untuk mengingat sinopsis cerita
dan isi pelajaran apabila tiba masa peperiksaan kerana terlalu banyak
karya dalam sukatan, iaitu 25 karya tingkatan empat dan 25 karya
tingkatan lima termasuk Prosa Klasik, cerpen, drama, puisi tradisional,
puisi moden dan novel.
Pelajar juga biasanya menghadapi masalah untuk memahami dan
mengingat istilah-istilah kesusasteraan yang digunakan menyebabkan
mereka sering terkeliru untuk memberikan contoh berdasarkan glosari
kesusasteraan. Hal ini berlaku kerana istilah-istilah kesusasteraan
berkenaan agak asing bagi mereka dan amat kurang digunakan atau
didengar sama ada dalam perbualan harian atau dalam media cetak atau
elektronik. Kekeliruan tentang glosari kesusasteraan ini menyebabkan
pelajar tersilap memberikan jawapan atau menjawab tidak mengikut
kehendak soalan.
Kaedah penulisan nota menggunakan ayat-ayat panjang tanpa
grafik pula menyebabkan terlalu sukar untuk pelajar mengingat semua
perkara yang terdapat dalam sesebuah karya walaupun penggunaan
kaedah kajian yang hampir sama untuk semua karya.
Senario ini menyebabkan guru terpaksa menggunakan pelbagai
kaedah dan strategi bagi menangani permasalahan ini.
3
Rasional Kajian
Mata pelajaran Bahasa Melayu tingkatan lima dibahagikan
kepada dua bahagian iaitu kertas satu dan kertas dua. Setiap bahagian
menyumbangkan 50 peratus kepada jumlah markah keseluruhan.
Sehubungan itu, untuk mencapai markah yang tinggi dalam peperiksaan
pelajar perlu menguasai kedua-dua bahagian kertas satu dan kertas dua.
Dalam kertas dua soalan tentang KOMSAS meliputi 42 peratus dari
markah keseluruhan. Pelajar perlu menguasai KOMSAS dan menjawab
soalan menggunakan ayat yang betul untuk memastikan mereka dapat
mencapai markah yang tinggi.
Peta minda yang diperkenalkan oleh Tony Buzan pada tahun
1960an merupakan satu kaedah yang boleh membantu pelajar, mencatat
nota dengan ringkas dan berkesan. Menurut Subadrah (2001),
penggunaan peta minda semakin penting sebagai satu kemahiran
mengorganisasi maklumat dan menghuraikan konsep atau objektif
secara teratur. Sehubunga itu, peta minda merupakan kaedah yang
berkesan untuk mendapatkan semua maklumat daripada ingatan untuk
ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat.
Shahabudin Hashim, Mahani Razali dan Ramlah Jantan (2007)
menyatakan bahawa peta minda membolehkan pelajar merangka, 4
mencatat nota, merekodkan maklumat atau peristiwa, merancang aktiviti
atau membuat sesuatu persembahan dengan baik dengan berkesan.
Menurut Poh Swee Hiang (2006), peta minda dibentuk
berdasarkan bagaimana otak manusia merakam dan memproses
maklumat secara linear dan dalam masa yang sama membuat
pengelolaan yang menyeluruh seperti menghubungkait, membanding,
menganlisa dan sebagainya.
Peta minda biasanya dirangka dengan meletakkan idea utama di
tengah-tengah pusat utamamanakala idea lain yang berkaitan
dikembangkan di luar idea utama dengan menggunakan pusat kecil,
garisan, bongkah geometri, imej, anak panah, warna dan sebagainya.
Walaubagaimanapun terdapat pelbagai bentuk peta minda yang boleh
dibina mengikut kreativiti..
Dilip Mukerjea (1996) berpendapat bahawa melalui
penggunaan peta minda pelajar dapat memperolehi ilmu pengetahuan
yang lebih banyak di samping mempertingkatkan daya ingatan tanpa
terlalu banyak mencatat nota.
Semasa membina peta minda, maklumat penting disusun dan
dikelolakan dengan cara keseluruhan. Susunan sedemikian dapat
menghasilkan struktur pola yang kreatif selaras dengan cara otak
seseorang memproses maklumat. Penggunaan peta minda lebih mudah
untuk dirakamkan dalam ingatan jangka panjang. Poh Swee Hiang
(2006) berpendapat, peta minda membangtu pelajar mencatat nota 5
dengan pantas dan mengelakkan pengulangan perkataan. Nota tersebut
wujud sebagai satu gambaram mental yang lengkap dan bermakna .
KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini dilaksanakan untuk memberikan manfaat
kepada guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu khususnya
untuk membantu guru mencapai objektif pengajaran dalam KOMSAS.
Hal ini amat penting kerana tidak semua guru Bahasa Melayu
mempunyai pengetahuan yang luas tentang Kesusasteraan Melayu.
Justeru mereka perlukan kaedah yang sesuai untuk membantu pelajar
mengkaji dan memahami karya-karya kesusasteraan yang terdapat
dalam teks
Objektif Kajian
Objektif Am
Untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman pelajar-pelajar
tingkatan lima tentang Komponen Sastera
Objektif Khusus
i) Melihat secara jelas faktor-faktor yang menyokong dan
menghalang usaha-usaha membantu pelajar-pelajar lemah dalam
menguasai kaedah kajian KOMSAS.
6
ii) Pelajar dapat memahami dan mengingat glosari dalam kajian
kesusasteraan Melayu
iii) Pelajar memahami aspek-aspek penting yang perlu diambilkira
dalam kajian kesusasteraan.
iv) Pelajar mahir tentang penggunaan ayat-ayatadan glosari
kesusasteraan Melayu.
Metodologi Kajian
a) Reka bentuk kajian
Penyelidikan ini menggunakan kaedah Kajian Tindakan dengan
berdasarkan pelan tindakan lima peringkat langkah.
Pada peringkat langkah pertama, pengkaji membuat tinjauan isu
dan masalah iaitu masalah kelemahan dalam menjawab soalan-soalan
KOMSAS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan
pelajar tingkatan lima SMK Kerambit.
Pada peringkat langkah kedua, pengkaji memnbuat perancangan
menggunakan kaedah peta minda untuk membantu pelajar memahami
kaedah kajian Kesusasteraan Melayu seterusnya memahami isi
kandungan teks dalam KOMSAS.
Langkah ketiga pengkaji melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran KOMSAS menggunakan peta minda.
7
Peringkat langkah keempat, pengkaji membuat pemerhatian
tindakan untuk melihat keberkesanan penggunaan peta minda dalam
pengajaran dan pembelajaran KOMSAS.
Peringkat langkah kelima pengkaji membuat refleksi dan
penilaian tentang keberkesanan penggunaan peta minda kepada pelajar.
b) Sasaran Kajian
15 orang pelajar tingkatan lima SMK Kerambit Kuala Lipis
Pahang. Pelajar ini dipilih adri kelas sederhana, iaitu kelas Tingkatan 5
Perdagangan daripada 3 kelas tingkatan lima di sekolah ini iaitu kelas
cemerlang (tingkatan 5 Sains), Kelas Sederhana (tingkatan 5
Perdagangan) dan kelas lemah (tingkatan 5 Seni Visual).
c) Tempat Kajian
Kajian dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kerambit
Kuala lipis Pahang. Sekolah ini merupakan sekolah harian biasa yang
mempunyai 360 orang pelajar dan 32 orang guru. Sekolah ini
dikategorikan sebagai sekolah menengah luar Bandar Gred B yang
pelajarnya terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima.
d) Batasan Kajian
Kajian dilaksanakan meliputi aspek-aspek berikut:
(i) Peristiwa penting
(ii) Tema8
(iii) Persoalan
(iv) Gaya Bahasa
(v) Watak dan Perwatakan
(vi) Pengajaran
(vii) Nilai Murni
(viii) Kritikan Sosial
d) Alat Instrumen Kajian
(i) Pemerhatian : Analisa secara perbincangan aspek-aspek yang
tidak difahami di dalam kajian Kesusasteraan Melayu.
(ii) Soalan Latihan : Analisa markah pencapaian pelajar berdasarkan
soalan KOMSAS Tingkatan lima
(iii) Analisis Topikal berdasarkan soalan-soalan ujian yang
dilaksanakan
Kaedah Pengumpulan data
Pengumpulan data dilaksanakan melalui markah ujian semester
dan melalui ujian yang dilakukan di dalam kelas. Maklumat awal
dikumpulkan melalui ujian pertengahan tahun 2010. Maklumat ini telah
dianalisis melalui analisis topikal dan hasilnya memberikan gambaran
yang jelas tentang tahap pencapaian pelajar dalam KOMSAS.
Berpandukan maklumat ini pengkaji meneliti semula nota pelajar
dan mendapati bahawa terdapat kelemahan dari segi kaedah catatan nota 9
pelajar. Semua pelajar mencatat nota dalam bentuk penulisan ayat
panjang. Data dikumpul melalui 4 siri ujian yang dimulakan pada 08
Julai 2010..
PELAKSANAAN TINDAKAN DALAM KAJIAN:
Kajian dilaksanakan setelah mengenalpasti 15 orang pelajar
untuk dijadikan subjek kajian. Penilaian awal untuk melihat tahap
pemahaman pelajar melalui pra ujian . Penggunaan kaedah Peta minda
dalam Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan pada setiap khamis.
Tindakan awal dimulakan dengan mengadakan pra ujian pada 5
Julai 2010. Pengkaji memperuntukkan masa selama 45 minit untuk
mengadakan pra ujian di dalam kelas.
Kelas pertama dilaksanakan pada 8 Julai 2010 dengan masa yang
diperuntukkan sebanyak 120 minit( 3 masa Pengajaran dan
Pembelajaran). Dalam langkah pertama (5 minit) pengajaran dimulakan
dengan set induksi. Dalam langkah kedua masa yang diperuntukkan
selama 40 minit. Guru menerangkan tentang peta minda dan kaedah
penggunaan peta minda dalam kajian KOMSAS. Guru juga
menerangkan tentang glosari Kesusasteraan beserta contoh agar pelajar
benar-benar memahaminya. Pelajar pula dibekalkan dengan contoh peta
minda . Mereka dikehendaki mencatat maksud setiap glosari berkenaan.
Langkah ketiga pula mengehendaki pelajar mengisi peta minda kosong.
Dalam langkah ketiga (masa diperuntukkan 35 minit), guru
10
mengedarkan peta minda kosong dengan menerangkan tentang satu
karya kesusasteraan tingkatan lima iaitu cerpen, Guru menerangkan
tentang peristiwa penting. Seterusnya guru bersoal jawab untuk mengisi
item-item yang terdapat di dalam peta minda berkenaan berdasarkan
cerpen yang dibincangkan. Pelajar mengisi tempat kosong di dalam peta
minda. Dalam langkah keempat ( 35 minit), Pelajar dibekalkan dengan
peta minda kedua. Guru mengedarkan puisi yang akan dipelajari iaitu
Syair Kelebihan Ilmu. Guru memberikan maksud syair dan pelajar
mencatat. Seterusya Guru dan pelajar bersoal jawab tentang pengisian
tempat kosong yang disediakan di dalam peta minda. . Langkah
keenam(5 minit) guru merumuskan pengajaran pada hari berkenaan.
Pada minggu kedua hingga minggu kelima masa yang
diperuntukkan adalah untuk satu pengajaran 120 minit (2 jam) iaitu 3
waktu Pengajaran dan Pembelajaran seminggu. Waktu sebenar
pengajaran Bahasa Melayu adalah 6 waktu seminggu (240 minit) untuk
setiap kelas. Jadual waktu memperuntukkan guru Bahasaa Melayu
melaksanakan pengajaran bagi setiap kelas sebanyak tiga kali seminggu
iaitu 120 minit (3 masa), 80 minit(2 masa) dan 40 minit (1 masa) .
Langkah pertama memperuntukkan 5 minit digunakan untuk set
induksi dan 5 minit kedua untuk pergerakan pelajar mengikut kumpulan
dan edaran peta minda kosong(tanpa pengisian) kepada pelajar.
Langkah kedua memperuntukkan 30 minit untuk pembentangan oleh
pelajar berdasarkan peta minda yang disediakan . 3 kumpulan pelajar
akan membentangkan kajian masing-masing iaitu kumpulan pertama
cerpen atau drama , kumpulan kedua puisi dan kumpulan ketiga novel 11
atau prosa. Langkah ketiga memperuntukkan masa 30 minit untuk sesi
soal jawab dan komentar guru tentang pengisian peta minda berdasarkan
pembentangan kumpulan yang telah dilakasanakan. 45 minit
diperuntukkan bagi pelajar menjalani latihan dalam bentuk menjawab
soalan pemahaman. 5 minit digunakan untuk merumuskan pengajaran
pada hari berkenaan. Analisis dibuat oleh guru untuk melihat
keberkesanan kaedah ini.
Pembahagian kumpulan dan tajuk karya berdasarkan kumpulan
diberikan 4 hari sebelum tarikh pembentangan . Dengan ini pelajar dari
kumpulan pembentang akan dapat bersedia sepenuhnya dengan
menggunakan bahan rujukan atau bertanya guru sebelum hari
pembentangan. Pelajar-pelajar lain juga dapat bersedia sebelum
pembentangan. Pelajar lain juga telah ada pengetahuan awal tentang
karya yang akan dipelajari.
Pembentangan dari genre yang berbeza ini dilaksanakan untuk
membiasakan pelajar mengkaji karya sastera berdasarkan pemahaman,
bukan kaedah menghafal atau mengingat hasil kajian kesusasteraan
berdasarkan tajuk karya. Dalam hal ini, pelajar dikehendaki memahami
glosari kesusasteraan yang membolehkan mereka mampu menghuraikan
isi karya walaupun karya berkenaan belum pernah dipelajari.
Pemahaman ini hanya boleh didapati melalui kajian pelbagai genre agar
pelajar mampu menggunakan daya pemikiran kritis dan kreatif untuk
mengupas isi karya mengikut kehendak soalan.
12
DAPATAN KAJIAN;
Hasil Pra ujian dan ujian satu hingga empat menunjukkan
pencapaian sebagaimana berikut:
Jadual 1: Pencapaian pelajar dalam pra ujian dan ujian satu hingga
empat
C
ER
PE
N/D
RA
MA
Pro
sa K
lasi
k
Pet
ika
n P
uisi
SE
TE
GU
H
KA
RA
NG
/TE
RM
INA
L T
IGA
GA
BU
NG
/PE
RB
AN
DIN
GA
N
NO
VE
L
MA
RK
AH
DIP
ER
OLE
HI
MA
RK
AH
DIP
ER
OLE
H
ME
NG
IKU
T P
ER
AT
US SOALAN
BERDASARKAN GENRE KOMSAS
Nama B C D a b
MARKAH PENUH 9 9 9 7 8 42 100PURATA SKOR PRA UJIAN 3 3 3 2 1 12 28.57PUR ATA SKOR UJIAN 1 4 4 4 4 4 19 45.24PURATA SKOR UJIAN 2 5 5 5 5 4 24 57.14PURATA SKOR UJIAN 3 6 6 6 5 5 29 69.05PURATA SKOR UJIAN 4 8 8 8 7 8 39 92.86
Jadual 1 menunjukkan perbezaan pencapaian murid dalam pra ujian.
Peningkatan ini jelas iaitu bermula pra ujian pelajar mencapai markah
28.57 peratus manakala pada ujian pertama markah telah meningkat
kepada 45.24 peratus. Pada ujian kedua markah yang dicapai terus
meningkat kepada 57.14 peratus dan pada ujian pencapaian pelajar
meningkat kepada 69.05 peratus. Ujian keempat menunjukkan purata
pencapaian yang amat tinggi iaitu 92.86 peratus. Ini jelas menun jukkan
penggunaan peta minda dalam kajian kesusasteraan KOMSAS mampu
membantu pelajar menghayati dan memahami karya dengan baik.
13
Pada perjumpaan pertama, iaitu 8 Julai saya memperkenalkan
peta minda kepada pelajar. Pada peringkat permulaan kelihatan pelajar
masih kabur tentang bagaimana peta minda boleh diaplikasikan untuk
memudahkan pemahaman dalam kajian kesusasteraan. Setelah saya
menerangkat tentang kaedah penggunaan Peta minda secara jelas dengan
memberikan contoh pelajar mulai memahaminya dan dapat memberikan
beberapa jawapan pengisian peta minda berdasarkan contoh yang
diberikan. Saya mulai memberikan tugasan dan tajuk karya yang ingin
dikaji.
Pada kelas pembentangan pertama iaitu pada 15 Julai kumpulan
pembentang kelihatan masih kurang memahami kaedah penggunaan
peta minda dan pelajar lain juga kelihatan masih kurang arif tentang
kaedah pengisian peta minda. Pembentangan menggunakan genre novel,
Puisi moden dan Prosa Klasik. Sebahagian pelajar masih tidak dapat
memahami glosari yang terdapat di dalam peta minda berkenaan.
Semasa sesi komentar dan soal jawab pelajar meminta guru mengulas
semula aspek berkaitan glosari dan meminta guru memberikan contoh.
Hal ini menyebabkan ujian pertama masih menunjukkan penguasaan
pelajar yang amat minimum iaitu secara purata keseluruhannya pelajar
hanya mendapat markah sebanyak 12 daripada 42 markah iaitu 28.57
peratus. Hal ini menunjukkan bahawa pada sesi pengajaran yang
pertama, pelajar masih gagal menguasai kaedah kajian peta minda serta
glosari kesusasteraan berdasarkan peta minda
14
Pada minggu ketiga iaitu 22 Julai, pengajaran KOMSAS
menggunakan peta minda dilaksanakan menggunakan langkah yang
sama sebagaimana yang dilaksanakan pada minggu kedua. Kumpulan
pembentangan juga masih dalam kumpulan yangs sama. Namun
pembentangan menggunakan karya yang berbeza iaitu Cerpen, Puisi
Klasik dan Drama. Dari pemerhatian, kelihatan pelajar mulai memahami
dan mengingati glosari. Mereka juga kelihatan semakin seronok
berbincang terutama ketika sesi komentar dan soal jawab. Ujian yang
dijalankan menunjukkan peningkatan markah. Secara keseluruhannya,
purata mkarkah yang dicapai adalah 19 daripada 42 markah atau 28.57
peratus. Ini menunjukkan bahawa pelajar telah menunjukkan
peningkatan dalam menguasai kaedah kajian KOMSAS dan Glosari .
Walaupun soalan dibuat menggunakan genre yang berbeza dari ujian
pertama, namun pelajar telah mampu memahami karya dan menjawab
soalan dengan agak baik.
Ujian pada minggu keempat iaitu 29 Julai memberansangkan.
Ujian yang dilaksanakan setelah proses pengajaran dan pembelajaran
pada minggu ini menunjukkan bahawa keseluruhan pelajar telah mampu
memahami karya kesusasteraan dengan baik melalui kaedah peta minda.
Pembentangan berdasarkan peta minda pada minggu keempat ini
menggunakan karya dari genre Cerpen, Prosa Moden dan Puisi moden.
Dalam slot komentar dan ulasan pelajar kelihatan telah mulai
menunjukkan respon yang baik terhadap pembentangan rakan-rakan
mereka. Mereka mampu mengulas dan memberikan pendapat serta
contoh daripada karya yang dikaji untuk mengisi ruang kosong di dalam 15
peta minda yang diberikan.. Keseluruhannya, purata mkarkah yang
dicapai adalah 29 daripada 42 markah atau 69.05 peratus. Ini
menunjukkan bahawa pelajar telah menunjukkan peningkatan dalam
menguasai kaedah kajian KOMSAS dan Glosari dengan menggunakan
peta minda .
Dalam ujian keempat iaitu minggu kelima kajian, keseluruhan
pelajar menunjukkan peningkatan markah. Purata markah yang dicapai
adalah 39 daripada 42 markah yang diperuntukkan. Ini menunjukkan
bahawa pencapaian pelajar dalam ujian telah meningkat kepada 92.86
peratus. Pada minggu kelima ini pelajar telah menunjukkan reaksi yang
pro aktif. Ketika slot komentar dan soal jawab , hampir keseluruhan
pelajar cuba memberikan pendapat. Suasana kelas semakin
menyeronokkan. Pelajar kelihatan telah dapat menguasai glosari
kesusasteraan dengan baik dan mampu mengulas serta memberikan
contoh berdasarkan karya yang dikaji. Pelajar juga dapat mencatat nota
dengan jelas dan tersusun.
REFLEKSI
Daripada kajian yangdilaksanakan adalah didapati bahawa
penggunaan peta minda dalam kajian kesusasteraan amat membant
untuk memudahkan pelajar mengkaji genre-genre kesusasteraan kalam
KOMSAS.
16
CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
Memandangkan penggunaan peta minda mampu membantu
pelajar dalam mengkaji kesusasteraan, dicadangkan kajian seterusnya
adalah bagi mengenalpasti jenis-jenis dan bentuk peta minda yang
paling sesuai dan paling mudah untuk membantu pelajar memahami
karya kesusasteraan.
KESIMPULAN
Keputusan kajian ini menunjukkan peningkatan pemahaman yang amat
ketara kepada pelajar dari seminggu ke seminggu. Ini menunjukkan
bahawa penggunaan peta minda mampu membantu pelajar untuk
memahami dan menghayati KOMSAS dengan baik. Penggunaan peta
minda juga membantu untuk menjadikan proses pengajaran adan
pembelajaran lebih menarik dan berkesan.
17
SENARAI RUJUKAN
Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt & Ab. Rahim Selamat. (1997). Pengajian Melayu I.Petaling Jaya: Longman.
Evans, J. M. & Brueckner, M. M. (1990). Elementary social studies teaching for today and tomorrow (Pengajaran pengajian sosial asas untuk kini dan kemudian hari). Massachussets: Allyn andBacon.
Gagne, R. M. (1985). The conditions of learning and theory of instruction (4th ed.)Kondisi pembelajaran dan teori pengajaran (edisi keempat)]. New York: CBS CollegePublishing.
Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM]. (2001). Sukatan pelajaran kurikulum bersepadu sekolah menengah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Seman Salleh. (2005). Interaksi lisan dalam pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraanMelayu (KOMSAS) dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Tesis doktor falsafah yang belumditerbitkan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Sharifah Alwiah Alsagoff. (1983). Ilmu pendidikan pedagogi. Kuala Lumpur: Heinemann Asia.
Schunk, D. H. (1991). Learning theories: An educational perspective [Teori pembelajaran:Suatu perspektif pendidikan]. New York: Macmillan Publishing Co.
Teuku Iskandar. (1986). Kamus Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Yaxley, B.G.( 1991.) Developing teachers’ theories of teaching. London: Falmer Press.
18