smk nambayan

20
Nama : Presilla Errie Larry Kelas : 2 Persona 1

Upload: erica-girlz95

Post on 26-Jun-2015

239 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: smk nambayan

Nama : Presilla Errie LarryKelas : 2 Persona

1

Page 2: smk nambayan

Tajuk _____

2

Page 3: smk nambayan

Penghargaan_____

Objektif Kajian_____

Kaedah Kajian_____

Hasil Kajian_____

Rumusan_____

Lampiran_____

Rujukan_____

3

Page 4: smk nambayan

Saya Presilla Errie Larry ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru Sejarah saya Cik Addriana. Cik Addriana telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan

kepada saya sepanjang menjalankan tugasan ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Pengetua sekolah saya Dr.Yusuf Jasmin kerana sering memberi dorongan untuk

memastikan tugasan ini dijalankan dengan sempurna dan selamat.Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada kedua-dua

ibubapa saya yang sering membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada saya. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang lain.

Objektif menjalankan kajian seperti:a. Mengenali dan memahami Sejarah Perkembangan Sekolah.b. Mengenali nama dan lambing-lambang sekolah.c. Memupuk rasa bangga dan cinta terhadap sekolah.d. Mencari, mengumpul, menganalisis, mentafsir dan merumus maklumat tentang

sekolah.

- Kaedah analisis dokumen -Kaedah analisis dokumen → Semasa menjalankan kajian, saya telah menganalisis dokumen untuk mendapatkan maklumat.

4

Page 5: smk nambayan

ASAL-USUL NAMA SEKOLAHAsal usul nama Sekolah Menengah Kebangsaan Nambayan Tambunan dipilih kerana tapak pembinaan merupakan kawasan perkampungan Nambayan. Pembinaan sekolah ini juga dimohon oleh penduduk Kampung Nambayan, Persatuan Ibubapa , Guru (PIBG) dan Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung (JKKK).

SEBAB-SEBAB NAMA ITU DIPILIHSebab-sebab nama itu dipilih kerana pemohon pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan terdiri daripada penduduk Kampung Nambayan , lembaga PIBG Sekolah Kebangsaan Nambayan dan pengerusi JKKK.

TARIKH NAMA ITU MULA DIGUNAKANTarikh nama Sekolah Menengah Kebangsaan mula digunakan ialah 4 Disember 1989.

5

Page 6: smk nambayan

Maklumat lencana Sekolah Menengah Kebangsaan Nambayan Tambunan.

Biru – Melambangkan perpaduan di kalangan pelajar dan semangat untuk menerima ilmu pengetahuan.

Hijau – Melambangkan keharmonian dan keselesaan.

Merah – Melambangkan taat setia kepada Raja dan negara Malaysia.

Pen – Melambangkan alat yang digunakan untuk menuntut ilmu.

Buku – Melambangkan sikap cinta ilmu di kalangan para pelajar.

Bulatan Berwarna – Melambangkan warna-warna yang terdapat dalam bendera Malaysia serta keseimbangan para pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek berdasarkan falsafah pendidikan negara.

Topi – Melambangkan cita-cita dan semangat juang yang tinggi menuntut ilmu di kalangan para pelajar sehingga sampai ke menara gading.

Motto – Berilmu , Beriman , Cemerlang

MOTTO

6

Page 7: smk nambayan

BERILMU, BERIMAN, CEMERLANG

LAGU SEKOLAH

KE ARAH KECEMERLANGAN

DIRIMU ANTARA SEMUAINDAH DAN TERPELIHARA KEADAANNYA

GURU DAN PELAJARNYA BERDEDIKASISMK NAMBAYAN SEKOLAHKU

SAHUT CABARAN MASA DEPANANAT WATAN SEIMBANG DILAHIRKAN

BERILMU DAN BERDISIPLIN BUDAYANYAAMALAN KITA SEPANJANG MASA

KAMI PELAJAR SMK NAMBAYANCOGAN KATA KE ARAH KECEMERLANGAN

PELUANG YANG ADA JANGAN KITA ABAIKANSIAPKAN DIRI UNTUK MASA HADAPAN

KAMI BERIKRAR DAN BERJANJIBAIKI PERIBADI TABURKAN BUDI

DEMI KEMAJUAN BANGSA DAN NEGARAKECEMERLANGANLAH ARAH KITA

7

Page 8: smk nambayan

IKRAR PELAJAR SMK NAMBAYAN

Bahawasanya kami, pelajar-pelajarSekolah Menengah Kebangsaan

Nambayan Tambunan,Berikrar akan menumpukan

Seluruh tenaga kami,Untuk mencapai cita-cita kami,

Berteraskan prinsip-prinsip berikut.

1. Sentiasa patuh dan taat kepadaUndang-undang sekolah.

2. Menjadikan diri kami berilmu,Berbudi mulia dan berdisiplin

Ke mercu kejayaan,Kesejahteraan danKecemerlangan.

3. Kami mesti belajarBersungguh-sungguh dan taatMenjunjung prinsip-prinsip

Rukun Negara danMengamalkannya.

4. Sentiasa menjaga nama baikSekolah , guru-guru dan ibubapa.

Pencipta : Drs. Selamat Haji Ismail.

8

Page 9: smk nambayan

VISI SMK.NAMBAYANSMK Nambayan Menjadi Peneraju Kepada Pendidikan Generasi Muda Pendalaman Sabah.

MISI SMK.NAMBAYANMenyediakan Pelajar-Pelajar Supaya Mempunyai Kelayakan Akademik yang Tinggi Untuk Meneruskan Pengajian Ke Peringkat Lebih Tinggi Melalui Pendidikan dan Pengajaran yang Berkualiti.

OBJEKTIF SMK.NAMBAYANMeningkatkan gred pencapaian pelajar pada setiap mata pelajaran yang diambil dalam peperiksaan.

PIAGAM PELANGGANKami seluruh warga SMK Nambayan berikrar dan berjanji akan menumpukan sepenuh tenaga dan usaha kami untuk:

1. Memberi perkhidmatan pendidikan yang bermutu kepada semua pelajar.2. Memastikan semua pelajar yang ditempatkan di sekolah ini mempunyai tempat

belajar.3. Memberikan peluang kepada semua pelajar mengambil bahagian dalam bidang

ko-kurikulum.4. Memastikan pihak sekolah sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-

kehendak pelanggan khususnya para pelajar serta masyarakat luar.5. Menyelesaikan sebarang perpindahan pelajar dengan memberikan jawapan

sertamerta kepada pemohon.6. Memberikan jawapan yang berkaitan dengan data-data pelajar dan sekolah kepada

yang berkenaan dalam masa 1 jam.7. Memproses dan membuat pembayaran kepada perkhidmatan dan pembekalan

kepada sekolah dalam masa 14 hari setelah semua dokumen dikemukakan.

9

Page 10: smk nambayan

FALSAFAH PENDIDIKAN SEKOLAHMenyedari bahawa warga berilmu adalah pendorong wawasan maka kecemerlangan bangsa memerlukan banyak pengorbanan dan kesungguhan para pendidik, ibubapa dan masyarakat dalam melahirkan generasi pelajar cemerlang yang mempunyai ciri intelektual yang global, berwatak positif, berdaya maju, berjiwa wirawasta, berani meneroka ilmu baru serta mempertahankan nilai-nilai agama dan bangsa Malaysia sejati.

Hasil daripada kajian yang telah saya jalankan menunjukkan kita harus menghargai dan menyayangi sekolah kerana tanpa sekolah kita tidak akan mendapat ilmu dan mempunyai masa depan yang cerah.

Kita juga harus mengetahui asal-usul sekolah kerana itu adalah tanggungjawab sebagai seorang pelajar, kita juga harus mengenali dan mengetahui lambang-lambang sekolah serta lagu dan ikrar sekolah.

Akhir sekali, kita harus bangga dengan sekolah kita dan menghormati guru-guru yang telah mengajar kita tanpa mengenal penat dan lelah.

Oleh itu, jagalah kebersihan dan harta benda sekolah sebagai tanda kita menghormati sekolah kita. Janganlah kita melanggar peraturan sekolah.

10

Page 11: smk nambayan

11

Page 12: smk nambayan

12

Page 13: smk nambayan

13

Page 14: smk nambayan

14

Page 15: smk nambayan

15

Page 16: smk nambayan

16

Page 17: smk nambayan

17