kajian rancangan makanan tambahan

Upload: siowhoon

Post on 02-Jun-2018

407 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 Kajian Rancangan Makanan Tambahan

    1/5

    Kajian Rancangan Makanan Tambahan(RMT) Sekolah Rendah

    1.0 PENGENALAN

    Rancangan Kesihatan Sekolah bukanlah sesuatu yang baru dalam dunia pendidikan, malah ia

    telah dimulakan sejak dari tahun 1967 lagi dengan objektif utamanya iaitu bagi melahirkan

    pelajar- pelajar dan masyarakat sekolah yang sihat dan produktif. Kementerian Kesihatan

    Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mencadangkan supaya Rancangan

    Kesihatan Sekolah diberi nafas baru dengan mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat

    (PBSS).

    Tujuan Program Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS ) ini adalah untuk menyatupadukan dan

    menyelaras semua aktiviti yang berkaitan dengan kesihatan sekolah. Antara Program Bersepadu

    Sekolah Sihat (PBSS) yang dilaksanakan di sekolah adalah Perkhidmatan Sekolah, Perkhidmatan

    Pergigian, Rancangan Makanan Tambahan (RMT) , Program Susu Sekolah (PSS), Pendidikan

    Pencegahan Denggi, menjadikan sekolah kawasan larangan merokok, menyediakan pertolongan

    cemas dan bilik khas kesihatan (sick-bay), mewujudkan Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja

    (PROSTAR), mengadakan program bebas dadah dan kempen cara hidup sihat. (Norazhan Che

    Lan, 2010 ).

    Kajian ini akan mengupas tentang Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang dilaksanakan oleh

    Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha untuk membantu dan menaik taraf pemakanan

    serta kesihatan pelajar di sekolah rendah. Kajian yang menyeluruh berkaitan dengan RMT ini

    telah dibuat di salah sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan di Miri, Sarawak. Dalam kajian ini,

    saya juga telah memilih beberapa orang murid di sekolah tersebut yang terlibat dengan program

    RMT ini dan menilai sejauh mana keberkesanan program ini dalam mempertingkatkan

    pencapaian akademik murid yang terlibat.

    Selain daripada itu, berdasarkan tinjauan dan kajian yang telah dilakukan, saya juga telah

    memberikan beberapa pandangan secara analitikal mengenai sejauh mana keberkesanan dan

    kejayaan program RMT ini. Beberapa cadangan penambahbaikan yang relevan dicadangkan bagi

    membantu kelancaran program RMT ini. Semoga perkongsian maklumat melalui tugasan ini

    akan dapat memberi pengetahuan kepada semua.

    2.0 Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Sekolah Rendah

    Rancangan Makanan Tambahan atau lebih dikenali dengan RMT merupakan satu usaha murni

    pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam membantu meningkatkan taraf pemakanan

    dan kesihatan pelajar- pelajar sekolah rendah. Rancangan ini bertujuan untuk memberi

    makanan percuma kepada pelajar- pelajar sekolah rendah terutamanya dari luar bandar dan

    dari golongan berpendapatan rendah secara imbuhan. Menurut Aziz Ibrahim (1997) dalam

    Buletin Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), rancangan ini sebenarnya tidak bermaksud untuk

  • 8/10/2019 Kajian Rancangan Makanan Tambahan

    2/5

    mengambil alih tugas ibu bapa dalam memberi makanan kepada anak- anak mereka tetapi ianya

    adalah sekadar membekalkan 25% hingga 33% daripada keperluan kalori harian kanak- kanak

    tersebut. (http://ilmusvr:imr.gov.my 20 Ogos 2007).

    Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tidaklah bermaksud menggantikan rancangan makanan

    yang disampaikan kepada seseorang murid sekolah oleh ibu bapa atau penjaganya. RMTbermaksud untuk memberi makanan tambahan, iaitu - 1/3 daripada jumlah keperluan harian

    bagi seorang murid sekolah rendah harian sepenuhnya. Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

    di sekolah adalah suatu usaha yang bersepadu dan selaras dengan usaha- usaha lain yang

    berkaitan dengan kesihatan dan pemakanan (http://skklk.pkgklk.com-RMT)

    2.1 Objektif

    Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) adalah berdasarkan kepada beberapa objektif

    iaitu;

    Memberi makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada murid-murid yang

    berkenaan untuk membantu mereka mengatasi masalah dari segi pertumbuhan badan

    dan kekurangan tenaga.

    Menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan secara tidak langsung.

    Menggalakkan penglibatan dan pernyataan masyarakat dalam usaha-usaha sekolah

    mengelolakan RMT.

    Mengendalikan tabiat-tabiat bersopan-santun, berdisiplin, bertimbang rasa serta

    amalan-amalan yang diinginkan berkaitan dengan kebersihan diri, kebersihan makanan

    dan kebersihan alam sekitar.

    Memberi makanan tambahan kepada murid- murid sekolah rendah, terutamanya dari

    luar bandar dan golongan berpendapatan rendah secara imbuhan dan sementara

    waktu, untuk memperbaiki keadaan kesihatan sebagai satu usaha yang selaras dengan

    Dasar Pembangunan Negara.

    3.0 Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Sekolah Rendah

    3.1 Pentadbiran / Organisasi RMT (Terdiri daripada pihak sekolah)

    3.2 Sumber Kewangan

    Peruntukkan kewangan bagi Rancangan Makanan Tambahan ini adalah di sediakan oleh

    Kementerian Pelajaran. Bayaran kepada Jabatan Pelajaran dibuat terus oleh Bahagian Kewangan

    Pendidikan Negeri Kementerian Pelajaran Malaysia di mana Jabatan Pelajaran menyalurkan

    kepada sekolah-sekolah di bawah seliaan mereka. Pada penghujung setiap bulan, sekolah akan

  • 8/10/2019 Kajian Rancangan Makanan Tambahan

    3/5

    diberikan cek bagi pembayaran kepada pihak yang mengurus RMT sekolah setelah laporan

    bulanan disemak oleh Jabatan.

    3.3 Kaedah dan kriteria pemilihan murid RMT

    Biasanya, kaedah pemilihan murid adalah melalui proses pemilihan berdasarkan permohonan

    borang RMT yang telah diisi oleh ibu bapa/ penjaga seseorang pelajar itu. Pelajar yang layak

    dipilih melalui perbincangan oleh Jawatankuasa RMT yang terdiri daripada PK Hem, wakil PIBG

    dan 3 guru RMT.

    Kriteria pemilihan murid RMT ini adalah berdasarkan kepada;

    a. Murid yang menunjukkan tanda- tanda salah pemakanan.

    b. Murid daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan ahli keluarga yang ramai.

    c. Murid yang rumahnya jauh dari sekolah.

    3.4 Kaedah dan pemilihan tender untuk RM

    Pihak sekolah telah menyerahkan tanggungjawab untuk penyediaan dan pengurusan RMT ini

    kepada pihak kantin sekolah. Keputusan yang telah dibuat adalah berdasarkan kepada

    persetujuan dari Pejabat Pelajaran.

    3.5 Kaedah pembayaran kepada pihak penyediaan makanan

    Memandangkan di sekolah ini, pihak kantin yang mengurus dan menyediakan makanan RMT,

    maka pihak sekolah akan memberikan bayaran berupa cek kepada pihak kantin sebulan sekali

    yang mana cek ini telah dikeluarkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah.

    Berdasarkan kepada bilangan murid yang menerima RMT seramai 400 orang murid, RM2.05

    didarabkan kepada jumlah 400 dan hasilnya didarabkan kepada jumlah hari persekolahan pada

    bulan-bulan tersebut.

    3.6 Kaedah pengagihan makanan kepada peserta

    Pihak kantin sekolah yang diberikan hak untuk pengurusan dan penyediaan RMT di sekolah ini

    telah menyediakan kad RMT yang tertera nama bagi setiap murid RMT mengikut kelas masing-

    masing. Ketua kelas akan mengambil kad-kad tersebut 10 minit sebelum masa rehat dan

    mengedarkannya kepada murid RMT yang terdapat di kelas masing- masing. Murid- murid RMT

  • 8/10/2019 Kajian Rancangan Makanan Tambahan

    4/5

    ini akan keluar 5 minit sebelum loceng rehat dibunyikan dan berbaris mengambil makanan di

    kantin. Pekerja kantin akan yang bertugas mengedarkan makanan akan mengambil kad RMT

    murid tersebut sebelum memberikan makanan RMT.

    3.7 Pemilihan pekerja- pekerja yang terlibat dengan RMT

    Memandangkan pihak sekolah telah memberikan kepercayaan kepada kantin sekolah dalam

    penyediaan makanan RMT ini, maka pihak pengurus kantin telah mengarahkan pekerja-

    pekerjanya untuk menyedia dan mengurus RMT ini mengikut masa yang telah ditetapkan.

    Berdasarkan kepada pemerhatian dan kajian yang dijalankan, pekerja- pekerja kantin yang

    bertugas menyedia dan mengurus RMT ini berpakaian kemas warna putih dan memakai apron.

    Ini adalah berdasarkan kepada panduan pengurusan RMT yang telah disediakan oleh

    Kementerian Pelajaran Malaysia.

    3.8 Pemilihan bahan- bahan mentah

    Mengikut peraturan tentang bekalan makanan, penyediaan dan penyimpanan barang-barang

    makanan yang terdapat dalam Buku Panduan RMT ( Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003),

    dinyatakan bahawa bahan makanan yang patut dihidang hendaklah terdiri daripada makanan

    yang ;

    i. mengandungi zat makanan tertentu untuk membina badan, memberi tenaga dan

    mencegah penyakit.

    ii. segar, tidak basi, tidak rosak dan tidak busuk.

    iii. mengenyangkan.

    iv. tidak mengandungi bahan kimia, pewarna dan lain-lain yang boleh merosakkan

    kesihatan.

    Oleh itu, berdasarkan kepada peraturan di atas, didapati menerusi kajian yang dijalankan pihak

    kantin sekolah telah mematuhi peraturan yang disediakan. Bahan makanan yang disediakan

    dapat memberikan tenaga kepada murid RMT. Malah ia juga dapat mengenyangkan dan tidak

    mengandungi bahan kimia atau pewarna.

    3.9 Menu makanan yang disediakan

  • 8/10/2019 Kajian Rancangan Makanan Tambahan

    5/5

    Penyelaras RMT iaitu PK Hal Ehwal Pelajar di sekolah ini telah menyediakan menu makanan yang

    seimbang untuk dipatuhi oleh pihak kantin. Menu makanan ini disediakan berdasarkan kepada

    perbincangan dan persetujuan AJK RMT dengan pengurus kantin sekolah.

    Berdasarkan menu makanan yang dipilih dan disediakan oleh pihak kantin sekolah, makanan

    tersebut adalah seimbang dan sesuai dengan objektif RMT seperti yang telah dinyatakan

    sebelum ini.

    3.10 Cara penyediaan makanan RMT

    Pengurusan dan penyediaan makanan RMT di sekolah ini adalah ditadbir sendiri oleh pihak

    kantin. Oleh itu, kantin sekolah seratus peratus bertanggungjawab terhadap kebersihan,

    pengurusan dan penyediaan makanan RMT murid.

    Berdasarkan tinjauan yang dibuat, didapati pihak kantin mula menyediakan makanan RMT pada

    jam 9 pagi. Makanan tersebut siap dimasukkan ke dalam bekas yang disediakan 15 minit

    sebelum masa rehat murid. Makanan yang telah dimasukkan ke dalam bekas plastik disusun di

    atas sebuah meja di tepi kantin. Cara penyediaan makanan RMT ini kelihatan terurus dengan

    sistematik.