kajian persepsi pengguna terhadap … laporan pendahuluan 3 penghasilan dan pemprosesan tanaman yang...

21
KAJIAN PERSEPSI PENGGUNA TERHADAP HASIL TANAMAN ORGANIK JABATAN PERTANIAN MALAYSIA 1

Upload: donhu

Post on 25-Apr-2019

233 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

KAJIAN PERSEPSI PENGGUNA

TERHADAP HASIL TANAMAN

ORGANIK

JABATAN PERTANIAN MALAYSIA 1

Mengemukakan temuan Kajian Persepsi

Pengguna terhadap Hasil Tanaman Organik.

Mengemukakan syor kepada Jabatan

bagi pelaksanaan program yang

berkaitan pada masa hadapan.

TUJUAN LAPORAN

PENDAHULUAN

3

Penghasilan dan

Pemprosesan tanaman yang

TIDAK menggunakan ;

Baja Sintetik

Racun Serangga

Hormon Tumbesara

n

Organisma yang

diubahsuai secara genetik

DEFINISI TANAMAN ORGANIK

PENDAHULUAN

i. Perhatian terhadap makanan organik semakin meningkat diserata dunia disebabkan keprihatinan pengguna tentang amalan pertanian intensif dan kesanya terhadap kesihatan manusia dan alam sekitar.

ii. Di Malaysia, bilangan pengusaha ladang organik sentiasa bertambah saban tahun sejak Pensijilan Skim Organik Malaysia (SOM) diperkenalkan pada tahun 2003.

iii. Berdasarkan penilaian Pelaksanaan Pensijilan SOM pada tahun 2012, didapati bahawa 14 orang (64%) daripada 22 pengusaha berjaya memperolehi pendapatan melebihi RM3,000 sebulan.

iv. Ini menunjukkan bahawa produk tanaman organik telah mendapat sambutan dan diterima oleh masyarakat di Malaysia.

v. Bagi melihat lebih lanjut trend ini, satu kajian persepsi pengguna terhadap hasil tanaman organik telah dilaksanakan.

4

OBJEKTIF KAJIAN

5

1Mengkaji samada faktor demografi

pengguna mempengaruhi faktor

pembelian produk organik.

2Mengetahui persepsi dan tahap

pengetahuan pengguna terhadap

tanaman organik.

3Menentukan kesanggupan pengguna

untuk membeli produk organik.

1. Kajian dilaksanakan dengan menggunakan borang soal selidik berstruktur yang diedarkan mengikut zon semasa program MOA bersama Rakyat, Majlis Pelancaran Rural Transformation Centre (RTC) dan Majlis Perasmian Agro Pelancongan Langkawi.

2. Kajian ini bermula pada 14 April – 14 Julai 2012 yang melibatkan 1,205 responden.

3. Analisa data soal selidik dibuat menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS) version 18.

METODOLOGI KAJIAN

7

MOA Bersama Rakyat Parlimen Selayang

MOA Bersama Rakyat

Parlimen Tg. Karang

Majlis Perasmian RTC Kota Bharu, KelantanMajlis Perasmian Agro Pelancongan Langkawi

MOA Bersama Rakyat Parlimen Labis

PROFIL RESPONDEN

PECAHAN RESPONDEN MENGIKUT LOKASI ,DAN JANTINA

9

Jumlah keselurahan responden senarama 1,205 orang responden dimana 694 orang (58%) merupakan responden lelaki dan 511 orang (42%) adalah responden perempuan.

0

50

100

150

200

ParlimenSelayang

ParlimenLabis

RTCKelantan

Langkawi Tg Karang

Lelaki 50 87 175 194 188

Perempuan 46 103 143 94 125

BIL

AN

GA

N R

ES

PO

ND

EN

PECAHAN RESPONDEN MENGIKUT BANGSA

10

LOKASI PENILAIAN

BANGSA

MELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN JUMLAH

Parlimen Selayang

94 0 2 0 96

Parlimen Labis 114 46 30 0 190

RTC Kelantan 315 3 0 0 318

Langkawi 286 1 0 1 288

Tg Karang 267 43 3 0 313

JUMLAH 1076 93 35 1 1205

Majoriti responden adalah berbangsa Melayu iaitu 89% diikuti responden berbangsa cina, 8% dan responden berbangsa india, 7%.

TABURAN UMUR RESPONDEN

11

Purata umur responden adalah 39 tahun dimana responden termuda berumur 12 tahun dan umur maksimum responden ialah 76 tahun.

Majoriti responden yang menjawab adalah berumur antara 41-50

TEMUAN KAJIAN

A. TAHAP PENGETAHUAN TERHADAP TANAMAN ORGANIK

13

1. PEMAHAMAN MENGENAI TANAMAN ORGANIK MENGIKUT JANTINA

2. PEMAHAMAN MENGENAI TANAMAN ORGANIK MENGIKUT BANGSA

FAHAM

TIDAK FAHAM

• Lebih daripada 70% responden samada lelaki atau perempuan memahami dengan jelas

istilah tanaman organik.

• Di dapati lebih ramai responden berbangsa melayu faham mengenai istilah tanaman

organik berbanding bangsa lain.

B. KEKERAPAN MENGGUNAKAN HASIL TANAMAN ORGANIK

14

Kekerapan Menggunakan Hasil Tanaman Organik (Sambungan)

15

C. RUMUSAN

1. TAHAP PENGETAHUAN TERHADAP TANAMAN ORGANIK

C. RUMUSAN

17

Tidak Pernah17%

Setiap Hari13%

Sebulan Sekali atau

Lebih19%

Sekali sekala51%

Didapati bahawa, dari 1205 responden yang telah ditemu bual, seramai

210 responden (17%) tidak pernah menggunakan hasil tanaman organik

manakala 154 responden (13%) menjadikan hasil tanaman organik

sebagai pemakanan mereka secara harian.

2. KEKERAPAN MENGGUNAKAN HASIL TANAMAN ORGANIK

PANDANGAN RESPONDEN

BERHUBUNG HASIL TANAMAN ORGANIK

18

• Daripada keseluruhan responden (1,205 orang) seramai

65% (787 responden) menyatakan bahawa mereka tahu

dimana hasil tanaman organik dipasarkan namun sukar

bagi mereka mendapatkan hasil tanaman organik untuk

kegunaan mereka.

• Hampir keseluruhan responden yang ditemubual di

kelima-lima lokasi penilaian mengakui bahawa dengan

menggunakan hasil tanaman organik akan lebih menjamin

kesihatan mereka (1120 orang) 93%

• 80% (968 responden) pula merasakan harga yang

diletakkan pada hasil tanaman organik itu berpatutan dan

setimpal dengan faedah yang diperolehi.

RUMUSAN KAJIAN

19

i. PEMAHAMAN TANAMAN ORGANIK: 70% (846 orang) dari keseluruhan responden memahami istilah tanaman organik dengan 58% (489 orang) merupakan responden lelaki dan 42% (357 orang) adalah responden perempuan.

ii. PENGGUNAAN TANAMAN ORGANIK: Didapati bahawa kebanyakan tahap penggunaan tanaman organik masih rendah dimana hanya 154 orang (13%) menggunakan tanaman organik setiap hari manakala 17% (210 orang) tidak pernah atau hanya sekali sekalai sahaja menggunakan tanaman organik.

iii. KESANGGUPAN PENGGUNA UNTUK MEMBELI: 80% responden menyatakan bahawa harga yang diletakkan pada tanaman organik adalah berpatutan dan setimpal dengan faedah yang diperolehi namun 40% responden mengakui bahawa mereka sukar untuk memperolehi hasil tanaman organik untuk kegunaan mereka.

iv. KEPENTINGAN PENGAMBILAN TANAMAN ORGANIK: 93% responden sedar dan tahu bahawa pengambilan hasil tanaman organik akan lebih menjamin kesihatan mereka.

PENUTUP

20

Kajian menunjukkan bahawa masyarakat di Malaysia faham mengenai tanaman organik serta kepentingan dari sudut kesihatan. Malah kesediaan mereka untuk membeli produk organik dipasaran juga adalah baik.

Namun begitu, terdapat halangan untuk produk tersebut sampai ke tangan pengguna akhir. Oleh yang demikian, kerjasama semua pihak terutama pihak Kementerian bagi memastikan saluran yang betul dapat dibina.

Jabatan pula perlu meningkatkan khidmat pengembangan terutamanya dalam memberikan maklumat berhubung penggunaan teknologi baru yang tepat/betul bagi membantu pengusaha meningkatkan kualiti dan kuantiti produk tanaman organik dan melihat perkara ini sebagai peluang bagi melahirkan lebih ramai lagi pengusaha SOM yang berjaya kerana pilihan bagi produk organik sentiasa mempunyai tempat di hati pengguna.

TERIMA

KASIH

21