kajian pencemaran air 4.pdf

15
1 KANDUNGAN Tajuk Penuh Tesis : Teknologi Pemuliharaan Sungai Tercemar Serta Pengawasannya. Nama Penuh Pengarang : Farhana Binti Sukat. Nama Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Alam Sekitar) Fakulti : Fakulti Kejuruteraan Awam. Tarikh Penghantaran : 06 Mac 2003 Pengesahan Pemeriksa : Nama Panel Pemeriksa : PM Dr. Zainuddin Ustaz Fadhil Bin Othman Pn. Normala Tarikh Peperiksaan : 18 February 2003 Borang Pengesahan Status Tesis : Halaman (2) Pengesahan Pelajar : Halaman (3) Pengesahan Penyelia : Halaman (4) Penghargaan : Halaman (5) Abstrak : Halaman (6) Jadual Kandungan : Halaman (7) Sepuluh Halaman Pertama Bab 1 : Halaman (7)

Upload: ku-syaharom-ku-said

Post on 26-Dec-2015

60 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Pencemaran Air 4.pdf

1

KANDUNGAN

Tajuk Penuh Tesis : Teknologi Pemuliharaan Sungai Tercemar Serta

Pengawasannya.

Nama Penuh Pengarang : Farhana Binti Sukat.

Nama Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Alam Sekitar)

Fakulti : Fakulti Kejuruteraan Awam.

Tarikh Penghantaran : 06 Mac 2003

Pengesahan Pemeriksa :

Nama Panel Pemeriksa : PM Dr. Zainuddin

Ustaz Fadhil Bin Othman

Pn. Normala

Tarikh Peperiksaan : 18 February 2003

Borang Pengesahan Status Tesis : Halaman (2)

Pengesahan Pelajar : Halaman (3)

Pengesahan Penyelia : Halaman (4)

Penghargaan : Halaman (5)

Abstrak : Halaman (6)

Jadual Kandungan : Halaman (7)

Sepuluh Halaman Pertama Bab 1 : Halaman (7)

Page 2: Kajian Pencemaran Air 4.pdf

2

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL : TEKNOLOGI PEMULIHARAAN SUNGAI TERCEMAR SERTA

PENGAWASANNYA (KAJIAN LITERATUR)

SESI PENGAJIAN : 2002/03 Saya FARHANA BINTI SUKAT

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : 99, Kg Tebok Berihun, Puan Aznah binti Nor Anuar 45200 Sabak Bernam, Nama Penyelia Selangor Darul Ehsan Tarikh : 01 MAC 2003 Tarikh : 01 MAC 2003 CATATAN : *

**

Potong yang tidak berkenaan. Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: Kajian Pencemaran Air 4.pdf

3

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan :

Nama Penulis : Farhana binti Sukat

Tarikh : 01 Mac 2003

Page 4: Kajian Pencemaran Air 4.pdf

4

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan ijazah Sarjana Muda

Kejuruteraan Awam (Kejuruteraan Alam Sekitar)”

Tandatangan :

Nama Penyelia : Puan Aznah binti Nor Anuar

Tarikh :

Page 5: Kajian Pencemaran Air 4.pdf

5

PENGHARGAAN

Pertama sekali saya panjatkan puji-pujian dan syukur kepada Allah s.w.t

kerana dengan keizinan-Nya dapat saya menyiapkan projek ini dengan jayanya.

Dikesempatan ini, ingin saya lahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak-pihak

berikut yang telah membantu saya secara langsung mahupun tidak langsung didalam

menjayakan projek penyelidikan ini :

1. Puan Aznah binti Nor Anuar selaku penyelia kepada projek sarjana muda

saya ini yang sangat saya hormati dan telah banyak memberi bimbingan,

nasihat dan tunjuk ajar dengan sabar. Segala jasa baik beliau tidaklah

dapat saya lupakan.

2. Kepada pihak Jabatan Alam Sekitar yang turut sama memberi bantuan

dalam pencarian maklumat yang berkaitan melalui kemudahan yang

disediakan iaitu buku-buku daripada perpustakaan di jabatan tersebut.

3. Rakan-rakan yang telah banyak membantu saya dalam memberikan buah

fikiran apabila saya dalam kesusahan.

4. Keluarga dan saudara-saudara seperjuangan saya yang tidak jemu memberi

galakan, semangat dan kasih sayang serta sentiasa mendoakan kejayaan

saya.

Page 6: Kajian Pencemaran Air 4.pdf

6

ABSTRAK

Sungai merupakan satu anugerah semulajadi yang patut dipelihara dan dijaga

dengan sebaiknya agar semua hidupan akan mendapat faedah daripadanya. Sumber

air kepada hidupan merupakan fungsi utama sungai dan selain itu ia juga digunakan

sebagai tempat untuk rekreasi, pengangkutan dan juga sumber tenaga. Tetapi dewasa

ini banyak sungai yang telah tercemar seterusnya tidak dapat berfungsi seperti

asalnya. Empat punca utama pencemaran sungai di Malaysia telah dikenal pasti iaitu

sumber pencemar daripada industri pembuatan (38%), ternakan khinzir (17%),

kumbahan penduduk (41%) dan sumber pencemar yang berasaskan pertanian (4%)

disamping terdapat punca-punca yang lain. Keadaan ini menyebabkan sungai menjadi

tercemar seterusnya kandungan oksigen terlarut berkurangan, khasiat yang berlebihan

dan terdapat kesan-kesan fizikal dan biologi pada air sungai. Justeru, seiring dengan

peredaran masa banyak teknologi untuk memulihkan semula sungai yang tercemar

telah diaplikasikan. Diantara teknologi yang digunakan untuk mengembalikan

keadaan sungai seperti asal ialah teknologi yang dikenali sebagai Sistem Eco Bio-

block, Sistem Shimanto-Gawa dan juga Sistem Pengudaraan AIRE-O2. Ketiga-tiga

sistem ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza tetapi mempunyai tujuan yang sama iaitu

untuk mengembalikan keadaan sungai seperti sediakala. Kajian yang telah dijalankan

menunjukkan ketiga-tiga sistem ini berpotensi dalam merawat sungai tercemar.

Langkah pengawasan pula perlu diambil setelah sungai yang tercemar berjaya

dipulihkan bagi menjamin tidak lagi berlaku perkara yang sama. Tindakan untuk

mengawal punca pencemaran adalah langkah yang paling awal perlu diambil selain

peruntukan undang-undang, kempen kesedaran dan juga konsep pembangunan baru.

Page 7: Kajian Pencemaran Air 4.pdf

7

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

TITLE ii

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB I PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latarbelakang Masalah 2

1.3 Objektif Kajian 4

1.4 Skop Kajian 4

1.5 Metodologi Kajian 5

1.5.1 Kajian Literatur 5

1.5.2 Lawatan ke Jabatan-jabatan dan Pihak Berkuasa 6

Tempatan

Page 8: Kajian Pencemaran Air 4.pdf

8

BAB II KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 7

2.2 Fungsi Sungai 8

2.2.1 Sumber Air 8

2.2.2 Sumber Pengangkutan 9

2.2.3 Sumber Tenaga 9

2.2.4 Sumber Kehidupan Air 9

2.2.5 Tempat Rekreasi dan Kegiatan Sungai 10

2.2.6 Sumber Saluran dan Tebatan Banjir 10

2.3 Faktor-faktor Pencemaran Sungai 10

2.3.1 Pertambahan Penduduk 11

2.3.2 Aktiviti Pertanian dan Penternakan 11

2.3.3 Aktiviti Pembangunan Tanah 12

2.3.4 Aktiviti Perindustrian 12

2.4 Punca-punca Pencemaran Sungai 15

2.4.1 Punca Pencemaran Bertitik 15

2.4.2 Punca Pencemaran Tidak Bertitik 15

2.5 Bagaimana Pencemaran Sungai Berlaku 17

2.6 Parameter Pencemaran Sungai 17

2.6.1 Parameter Kimia 18

2.6.1.1 Oksigen Terlarut (DO) 18

2.6.1.2 Keperluan Oksigen Biokimia (BOD) 19

2.6.1.3 Keperluan Oksigen Kimia (COD) 19

2.6.1.4 Nilai pH 20

2.6.1.5 Ammoniakal Nitrogen (AN) 20

2.6.2 Parameter Fizikal 21

2.6.1.2 Pepejal Terampai (SS) 21

2.6.2.2 Suhu 21

2.6.2.3 Warna 22

2.6.2.3 Bau 22

2.6.2.4 Rasa 23

2.6.2.5 Kekeruhan 23

2.7 Pengkelasan Sungai 23

2.8 Kesan-kesan Pencemaran Terhadap Sungai 27

Page 9: Kajian Pencemaran Air 4.pdf

9

2.8.1 Pengurangan Kandungan Oksigen 28

2.8.1.1 Pengurangan Kadar Fotosintesis 28

2.8.1.2 Pengurangan Oksigen Terlarut 29

2.8.1.3 Pengurangan Sebaran Oksigen 29

2.8.1.4 Peningkatan Peratus BOD 30

2.8.2 Khasiat Yang Berlebihan 30

2.8.3 Kesan-kesan Fizikal 31

2.8.4 Kesan-kesan Biologi 32

2.8.5 Kesan Bahan Buangan Kimia Toksik 32

BAB III TEKNOLOGI PEMULIHARAAN SUNGAI TERCEMAR

3.1 Pengertian Teknologi 34

3.2 Teknologi Pemuliharaan Sungai Yang Masih Dalam Kajian 35

3.2.1 Eco Bio-block (EBB) 35

3.2.1.1 Konsep Eco Bio-block (EBB) 36

3.2.1.2 Kebaikan Sistem Eco Bio-block (EBB) 44

3.2.2 Sistem Shimanto Gawa 45

3.2.2.1 Konsep Sistem Shimanto Gawa 46

3.2.2.2 Kajian Kes ( Sungai Shimanto, Jepun) 49

3.3 Teknologi Pemuliharaan Sungai Yang Telah Digunakan 51

3.3.1 Sistem Pengudaraan Aspirator AIRE-O2 51

3.3.1.1 Cara Sistem Berfungsi 53

3.3.1.2 Penggunaan Yang Meluas 54

BAB IV PROGRAM PENGAWASAN SUNGAI YANG TELAH

DIBAIKPULIH

4.1 Pengenalan 57

4.2 Kaedah Pengawasan Sungai 58

4.2.1 Sistem Kawalan Bagi Punca Pencemaran 59

4.2.1.1 Effluen Industri 59

4.2.1.2 Sisa Domestik 60

4.2.1.3 Ternakan Khinzir 61

Page 10: Kajian Pencemaran Air 4.pdf

10

4.2.1.4 Punca Pertanian 62

4.2.2 Peruntukan Undang-undang Dan Penguatkuasaan 62

4.2.3 Kempen Kesedaran 64

4.2.4 Konsep Pembangunan Baru 66

4.3 Isu Dan Masalah Dalam Menangani Pencemaran Sungai 66

4.3.1 Kurang Penyelarasan 67

4.3.2 Penguatkuasaan Kurang Rapi 67

4.4 Contoh Sungai Tercemar Yang Berjaya Dibersihkan 68

4.4.1 Sungai Singapura, Singapura 69

4.4.2 Sungai Hudson, New York 70

BAB V KESIMPULAN DAN SARANAN

5.1 Kesimpulan 71

5.2 Saranan Dan Tindakan Pencegahan Pencemaran Sungai 72

5.2.1 Tindakan Serta Merta 73

5.2.2 Tindakan Jangka Panjang 74

5.2.3 Tindakan Jangka Pendek 74

RUJUKAN 76

LAMPIRAN A 78

Page 11: Kajian Pencemaran Air 4.pdf

11

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Air dengan sifat semulajadi yang unik mempunyai banyak kegunaan dan

sebahagian besar daripada kegunaannya tidak dapat ditukar ganti dengan jenis cecair

lain. Air boleh dikategorikan sebagai sumber semulajadi yang tidak akan habis dan ia

menutupi kira-kira tiga perempat daripada permukaan bumi dan wujud dalam

beberapa bentuk yang berlainan. Kira-kira 97% daripada jumlah air ialah air masin

dan selebihnya air tawar. Kegunaan sungai , tasik dan kawasan tadahan bergantung

kepada ekonomi serta kehendak masyarakat yang berdekatan dengan sumber air

tersebut. Oleh itu, kegunaan air mestilah disalurkan ke arah tujuan-tujuan yang positif

serta tidak mengakibatkan pencemaran di kawasan tersebut. Ini dapat dicapai dengan

mengadakan kawalan kualiti agar kegunaan air dapat dimaksimumkan sepenuhnya

tanpa berlaku pembaziran. (Abdullah Said, 1999)

Kuantiti air yang tidak mempunyai kualiti yang setimpal akan membantutkan

perkembangan perancangan bekalan air. Terdapat undang-undang yang telah digubal

untuk melindungi kualiti air contohnya, Water Enactment 1948 yang tertumpu kepada

berbagai-bagai aspek penjagaan sungai dan tebing sungai, larangan menghalang

sungai, larangan membina jambatan, titi dan tempat mendarat bagi sungai melebihi 20

kaki lebar dan larangan mengalihkan laluan sungai. Tujuan undang-undang seperti ini

digubal adalah untuk melindungi bekalan air yang sedia ada demi kepentingan masa

Page 12: Kajian Pencemaran Air 4.pdf

12

hadapan. Piawai-piawai dalam aspek sukatan kimia, fizikal serta biologi telah

diperkenalkan agar had-had pencemaran dapat diawasi dan dibaik-pulih secepat

mungkin. Sesuatu sumber air dikatakan tercemar jika bekalan airnya tidak dapat

digunakan dengan sepenuhnya. Pencemaran-pencemaran ini disebabkan sama ada

aktiviti-aktiviti manusia atau pun faktor semulajadi. (Abdullah Said, 1999)

Secara amnya, sejak dahulu lagi lembangan-lembangan sungai merupakan

tapak yang sesuai untuk penempatan kerana lokasinya yang strategik dan dapat

digunakan untuk tujuan pengangkutan serta mempunyai tanah-tanih yang subur di

sekitarnya untuk tujuan pertanian. Kebanyakan bandar-bandar di Malaysia telah

dibangunkan berhampiran dengan sungai sehingga menyebabkan permintaan yang

tinggi terhadap air.

1.2 Latarbelakang Masalah

Sejarah telah menunjukkan bahawa sungai telah digunakan sebagai laluan

kepada penempatan awal. Ianya juga memainkan peranan penting dalam perhubungan

dan pengangkutan di samping menyediakan sumber makanan dan bekalan air. Air

juga dikatakan sumber kehidupan kepada semua makhluk di muka bumi ini. Jika

dilihat kepada peta dunia, didapati kebanyakan kawasan bumi diliputi air iaitu

dianggarkan 71% bersamaan 1370 juta kilometer padu air.

Di Malaysia, sungai merupakan sumber utama bekalan air untuk pengairan,

domestik, industri dan banyak lagi kegunaan lainnya. Tetapi malangnya dewasa ini

sungai sering menjadi tempat pembuangan bahan-bahan sampingan aktiviti manusia.

Sama ada pembuangan ini dilakukan dengan sengaja ataupun tidak sengaja, kesannya

terhadap air dan hidupan sungai sangatlah teruk. Apa yang menyedihkan,

pencemaran bukan sahaja dialami oleh sungai-sungai di kawasan bandar, malah

sungai-sungai luar bandar juga turut dilanda masalah ini.

Page 13: Kajian Pencemaran Air 4.pdf

13

Contohnya di Johor sahaja terdapat dua batang sungai yang memerlukan kos

yang sangat tinggi sebagai langkah untuk memulihara sungai tersebut. Sungai-sungai

itu ialah Sungai Segget dan Sungai Skudai. Menurut kajian yang telah dijalankan

indeks kualiti air bagi Sungai Segget mencapai 40 dimana indeks kualiti air yang

berada dibawah 60 disifatkan telah tercemar. Sungai Skudai pula mengalami

pencemaran yang teruk akibat kelemahan sistem kumbahan domestik termasuk

pembuangan sampah sarap yang dilakukan oleh penduduk. Telah dikenalpasti juga

bahawa nilai BOD di Bandar Kulai yang melepaskan kumbahan ke Sungai Skudai

mencapai 1608.0 mg/l yang menyebabkan kualiti sungai tersebut semakin merosot.

(MDK, 1998)

Langkah segera perlu diambil untuk menangani masalah seperti ini dan ia

memerlukan komitmen dari semua pihak kerana setiap tindakan akan memberi kesan

dimasa akan datang. Bukan sahaja langkah untuk memelihara sungai yang sedia ada

tetapi kaedah untuk memulihkan sungai yang telah tercemar dan pengawasan yang

dilakukan selepas pembersihan sungai juga harus dilakukan. Ini untuk memastikan

sungai dapat memainkan peranan asalnya sebagai salah satu sumber yang paling

berharga di muka bumi ini.

1.3 Objektif Kajian

Beberapa objektif kajian telah dikenalpasti dan merupakan asas kepada

penyelidikan ini, iaitu :

a) Mengenal pasti punca-punca pencemaran sungai yang diantaranya

telah dikenal pasti sebagai penyebab utama kepada pencemaran

sungai dan kesannya terhadap alam sekitar.

Page 14: Kajian Pencemaran Air 4.pdf

14

b) Mengenal pasti teknologi pemuliharaan sungai tercemar yang

dipraktikkan di luar negara yang mungkin boleh diaplikasikan

di Malaysia.

c) Mengkaji kaedah pengawasan yang dipraktikkan bagi

meningkatkan kualiti air sungai yang telah dipulihkan semula.

1.4 Skop Kajian

Kajian ini tertumpu kepada kajian literatur mengenai teknologi terkini

yang telah dipraktikkan di luar negara mahupun tempatan untuk memulihkan

semula sungai yang telah tercemar. Kajian ini juga akan meninjau sejauh

manakah teknologi dari luar negara ini boleh dipraktikkan di Malaysia. Skop

kajian ini adalah seperti berikut:

a) Kajian literatur mengenai punca-punca pencemaran sungai.

b) Kajian literatur mengenai kesan-kesan pencemaran sungai.

c) Kajian literatur mengenai akta-akta yang mengawal pencemaran sungai.

d) Meninjau teknologi terkini yang boleh digunakan untuk memulih semula

serta memelihara kualiti air sungai yang telah dicemari.

e) Meninjau cara-cara peningkatan kualiti air sungai tercemar yang telah

dibersihkan.

Page 15: Kajian Pencemaran Air 4.pdf

15

1.5 Methodologi Kajian

Kajian Teknologi Pemuliharaan Sungai Tercemar Serta Pengawasannya ini

boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu:

1.5.1 Kajian Literatur

Kajian ini dibuat dengan merujuk kepada buku-buku rujukan, majalah-

majalah, keratan akhbar, serta laporan-laporan dan keputusan pengawasan sungai yang

lepas. Perbincangan dengan pensyarah-pensyarah yang terlibat juga dilakukan bagi

mendalamkan pengetahuan asas penulis terhadap tajuk ini.

1.5.2 Lawatan ke Jabatan-jabatan dan Pihak Berkuasa Tempatan

Lawatan telah dibuat ke Jabatan-jabatan yang berkaitan iaitu Jabatan Alam

Sekitar dan Jabatan Perparitan dan Saliran untuk mendapatkan maklumat serta

penjelasan lanjut tentang langkah-langkah yang sedang diambil untuk memulihara

sungai dan kaedah pengawasan selepas sungai tersebut dibersihkan.