kajian mengenai kependudukan dan kesihatan · pdf filekajian mengenai kependudukan dan...

19
KAJIAN MENGENAI KEPENDUDUKAN DAN KESIHATAN Pengenalan 6.1 Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dengan kaum Melayu merupakan kaum terbesar di Malaysia. Berdasarkan kepada Buletin Perangkaan Malaysia (terbitan Jun 2006), jumlah penduduk di Malaysia ialah seramai 26.64 juta orang. Daripada jumlah tersebut, warganegara Malaysia adalah seramai 24.8 juta orang, manakala bakinya 1.84 juta orang merupakan bukan warganegara Malaysia. Kaum Melayu mewakili 54 peratus daripada populasi penduduk iaitu seramai 13.48 juta orang. Kaum Bumiputera lain seramai 2.93 juta orang iaitu 12 peratus. Jumlah keseluruhan bagi kaum Bumiputera adalah seramai 16.41 juta orang atau mewakili 66 peratus daripada jumlah keseluruhan warganegara Malaysia. Sementara itu, kaum Cina di Malaysia adalah berjumlah 6.22 juta orang atau 25 peratus, kaum India 7.5 peratus atau 1.86 juta dan lain-lain bukan Bumiputera adalah 1.7 peratus. (Lihat Jadual 6.1). Kepadatan penduduk Malaysia adalah tidak seragam yang mana hampir 18 juta rakyat Malaysia menetap di Semenanjung Malaysia. BAB 6

Upload: truongnhi

Post on 06-Feb-2018

224 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAJIAN MENGENAI KEPENDUDUKAN DAN KESIHATAN · PDF fileKAJIAN MENGENAI KEPENDUDUKAN DAN KESIHATAN Pengenalan 6.1 Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dengan kaum

KAJIAN MENGENAI KEPENDUDUKAN DAN KESIHATAN Pengenalan

6.1 Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dengan kaum

Melayu merupakan kaum terbesar di Malaysia. Berdasarkan kepada

Buletin Perangkaan Malaysia (terbitan Jun 2006), jumlah penduduk di

Malaysia ialah seramai 26.64 juta orang. Daripada jumlah tersebut,

warganegara Malaysia adalah seramai 24.8 juta orang, manakala

bakinya 1.84 juta orang merupakan bukan warganegara Malaysia.

Kaum Melayu mewakili 54 peratus daripada populasi penduduk iaitu

seramai 13.48 juta orang. Kaum Bumiputera lain seramai 2.93 juta

orang iaitu 12 peratus. Jumlah keseluruhan bagi kaum Bumiputera

adalah seramai 16.41 juta orang atau mewakili 66 peratus daripada

jumlah keseluruhan warganegara Malaysia. Sementara itu, kaum Cina

di Malaysia adalah berjumlah 6.22 juta orang atau 25 peratus, kaum

India 7.5 peratus atau 1.86 juta dan lain-lain bukan Bumiputera adalah

1.7 peratus. (Lihat Jadual 6.1). Kepadatan penduduk Malaysia adalah

tidak seragam yang mana hampir 18 juta rakyat Malaysia menetap di

Semenanjung Malaysia.

BAB

6

Page 2: KAJIAN MENGENAI KEPENDUDUKAN DAN KESIHATAN · PDF fileKAJIAN MENGENAI KEPENDUDUKAN DAN KESIHATAN Pengenalan 6.1 Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dengan kaum

Laporan Akhir”Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 6 Kajian Mengenai Kependudukan (Demografi) dan Kesihatan

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------6--2

Jadual 6.1 : Penduduk Warganegara Malaysia (2006)

Status Kaum Jumlah (orang) Peratusan

Melayu 13.48 juta 54.0 Bumiputera

Bumiputera Bukan Melayu 2.93 juta 11.8

Cina 6.22 juta 25.0

India 1.86 juta 7.5

Bukan Bumiputera

Lain-lain 318.9 ribu 1.7

Jumlah 24.8 juta 100.0

6.2 Definisi kesihatan yang diutarakan oleh Badan Kesihatan Sedunia

(WHO) adalah: Kesihatan ialah satu tahap atau keadaan di mana

seseorang individu itu mempunyai kesejahteraan yang sempurna dari

segi fizikal, mental dan sosial dan bukan semata-mata bebas dari

penyakit atau tidak berdaya. Pelbagai kempen kesihatan yang telah

dijalankan oleh pihak berwajib bagi memberikan kesedaran kepada

rakyat Malaysia tentang pentingnya kesihatan. Datuk Seri Dr Chua

Soi Lek, mantan Menteri Kesihatan pernah mengingatkan supaya

setiap rakyat Malaysia harus bijak menjaga kesihatan masing-masing.

Ini adalah susulan daripada laporan yang menunjukkan Malaysia

sebagai negara dengan bilangan terbesar golongan obes di rantau

Asia, iaitu 25% daripada penduduknya. Daripada penduduk seramai

26 juta orang, enam juta warga dewasa mempunyai berat badan

berlebihan dan dianggap sebagai obes dan tahap obesiti di kalangan

warga dewasa meningkat tiga kali ganda dalam tempoh kurang

daripada 10 tahun, meningkat daripada 4.4% pada 1996 hingga 12.2%

pada 2003.

Page 3: KAJIAN MENGENAI KEPENDUDUKAN DAN KESIHATAN · PDF fileKAJIAN MENGENAI KEPENDUDUKAN DAN KESIHATAN Pengenalan 6.1 Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dengan kaum

Laporan Akhir”Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 6 Kajian Mengenai Kependudukan (Demografi) dan Kesihatan

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------6--3

A. Kajian Mengenai Kependudukan Bilangan Kajian dan Dana 6.3 Memandangkan kependudukan dan kesihatan adalah penting dalam

membentuk demografi di Malaysia, maka, kedua-duanya telah dipilih

sebagai tema kajian bagi penyelidikan ini. Terdapat pelbagai

persoalan kajian bagi kedua-dua tema ini telah dijalankan oleh

pengkaji dari pelbagai peringkat di IPTA dan IPTS yang berbeza.

6.4 Secara keseluruhannya, jumlah penyelidikan pembangunan sosial

yang dijalankan bagi tema kependudukan ialah sebanyak 27 kajian

sahaja. Daripada jumlah penyelidikan tersebut, kajian peringkat

asas/gunaan mempunyai bilangan yang terbanyak iaitu 15 kajian,

diikuti dengan kajian Sarjana sebanyak 9 kajian, 2 kajian bagi

penyelidikan rundingan/kontrak dan satu kajian bagi tesis PhD. Dua

kajian rundingan yang dijalankan oleh Gabriel Tonga Noweg (2003),

UNIMAS berjudul “Case Studies On Intermediate And Small Towns

In Sarawak: Social Dynamics And Perception of Local Residents” dan

oleh Che Musa Che Omar (tanpa tarikh), UIAM berjudul “Masterplan

of Bachok, Kelantan Darul Naim”.1

6.5 Bagi kajian asas/gunaan serta rundingan/kontrak, terdapat pelbagai

sumber dana yang membiaya penyelidikan yang dijalankan. Situasi ini

berbeza dengan penyelidikan yang dilakukan di peringkat

pascasiswazah yang tidak mempunyai pembiayaan rasmi.

Kebanyakan jumlah pembiayaan bagi tema kependudukan adalah 1 Abstrak tidak disediakan oleh institusi yang berkenaan.

Page 4: KAJIAN MENGENAI KEPENDUDUKAN DAN KESIHATAN · PDF fileKAJIAN MENGENAI KEPENDUDUKAN DAN KESIHATAN Pengenalan 6.1 Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dengan kaum

Laporan Akhir”Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 6 Kajian Mengenai Kependudukan (Demografi) dan Kesihatan

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------6--4

terdiri daripada dana yang berjumlah RM25,000 ke bawah iaitu

sebanyak 13 kajian. Hanya satu kajian sahaja yang mempunyai

jumlah dana melebihi RM25,000 manakala yang selebihnya adalah

kajian tanpa biaya iaitu kajian peringkat pascasiswazah (termasuk

penyelidikan yang tiada maklumat tentang pembiayaan).

B. Kajian Mengenai Kesihatan Bilangan Kajian dan Dana

6.6 Berbeza dengan tema kependudukan, penyelidikan yang dijalankan

dalam bidang kesihatan mempunyai bilangan yang agak banyak iaitu

sebanyak 210 kajian. Daripada jumlah tersebut, bilangan kajian yang

paling banyak adalah tesis Sarjana iaitu sebanyak 130 kajian diikuti

dengan kajian asas/gunaan sebanyak 62 kajian. Manakala kajian di

peringkat PhD pula adalah sebanyak 14 kajian. Bilangan kajian

rundingan adalah paling sedikit iaitu empat kajian sahaja. Kajian-

kajian rundingan/kontrak bagi tema kesihatan kesemuanya dijalankan

oleh UKM dan salah satu daripadanya dilakukan oleh Winnie Chee

(tanpa tarikh) berjudul “Kajian Pemakanan Nestle-UKM”. Tiga lagi

kajian lain ialah “Kajian Impak Kesihatan Ke Atas Pekerja Elektronik

Wanita”, “Kajian Kempen Kesihatan Cara Hidup Sihat” dan

“Khidmat Rundingan Pakar Kanak-Kanak”. 2

2 Maklumat penyelidik dan tahun bagi kajian-kajian tersebut tidak disediakan.

Page 5: KAJIAN MENGENAI KEPENDUDUKAN DAN KESIHATAN · PDF fileKAJIAN MENGENAI KEPENDUDUKAN DAN KESIHATAN Pengenalan 6.1 Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dengan kaum

Laporan Akhir”Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 6 Kajian Mengenai Kependudukan (Demografi) dan Kesihatan

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------6--5

6.7 Secara keseluruhannya, jumlah dana yang paling banyak

disumbangkan bagi penyelidikan kesihatan adalah RM25,000 ke

bawah yang mana ianya meliputi 54 kajian. Terdapat 4 kajian yang

mendapat pembiayaan dana melebihi jumlah tersebut dan salah satu

daripadanya mempunyai jumlah dana melebihi RM100.000. Sama

seperti tema kependudukan, kajian yang selebihnya tidak mempunyai

dana rasmi kerana dijalankan di peringkat pascasiswazah.

Kategori dan Tema Kajian

6.8 Kajian-kajian bagi dua tema ini secara umumnya dianalisis mengikut

beberapa kategori mengikut bidang kajian masing-masing. Antara

kategori yang dianalisis bagi kedua-dua tema tersebut ialah:

Kajian tentang kesan pertumbuhan penduduk kepada alam sekitar

Perlaksanaan dan pemilikan perumahan

Pertumbuhan bandar dan kemudahan awam

Kualiti dan gaya hidup

Keselamatan dalam kehidupan harian

Perundangan dan kesihatan

Pendidikan kesihatan dan kemajuan bidang perubatan

Page 6: KAJIAN MENGENAI KEPENDUDUKAN DAN KESIHATAN · PDF fileKAJIAN MENGENAI KEPENDUDUKAN DAN KESIHATAN Pengenalan 6.1 Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dengan kaum

Laporan Akhir”Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 6 Kajian Mengenai Kependudukan (Demografi) dan Kesihatan

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------6--6

6.9 Terdapat beberapa kajian dalam kategori tersebut yang menarik untuk

dianalisis dengan lebih dekat. Berikut merupakan tajuk-tajuk kajian

bertemakan kependudukan yang dianalisis mengikut kategori masing-

masing.

Kesan Pertumbuhan Penduduk Kepada Alam Sekitar

6.10 Kehidupan manusia memang berkait rapat dengan alam sekitar.

Setiap aktiviti yang dilakukan sedikit sebanyak memberikan impak

kecil atau besar kepada alam sekeliling. Kajian Nik Azida Nik

Mustapha (2001), UKM berjudul “Impak Pertumbuhan Penduduk

Kepada Alam Sekitar Di Bandar Kajang” (Sarjana) dari mendapati

bahawa pertambahan penduduk yang begitu pesat telah menyebabkan

berlaku pelbagai masalah alam sekitar seperti pencemaran yang terdiri

daripada pencemaran udara, air, bau dan bunyi. Penulis menegaskan

bahawa sistem perundangan yang sedia ada meliputi akta, enakmen

dan ordinan telah mencukupi tetapi perlaksanaan dan

penguatkuasaannya sahaja masih kurang berkesan. Di samping itu,

kesedaran di kalangan orang awam perlu diberi penekanan bagi

memastikan kepentingan persekitaran dapat ditingkatkan dan diwarisi

oleh generasi seterusnya.

6.11 Sementara itu, kajian yang dilakukan oleh Azizan Abdullah (2001),

UKM bertajuk “Kependudukan dan Masalah Persekitaran Di Kajang:

Pengurusan Melalui Perancangan Bandar” (Sarjana) menekankan

kepada kepadatan penduduk dan gunatanah, masalah alam sekitar

Page 7: KAJIAN MENGENAI KEPENDUDUKAN DAN KESIHATAN · PDF fileKAJIAN MENGENAI KEPENDUDUKAN DAN KESIHATAN Pengenalan 6.1 Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dengan kaum

Laporan Akhir”Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 6 Kajian Mengenai Kependudukan (Demografi) dan Kesihatan

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------6--7

yang wujud serta strategi pengurusan alam sekitar oleh pihak

berwajib. Hasil kajian ini mendapati bahawa kepadatan penduduk dan

kepesatan pembangunan guna tanah telah menyumbang kepada

pelbagai masalah alam sekitar yang akan menjadi lebih serius jika

tidak ditangani segera. Pihak yang bertanggungjawab perlu

mengadakan strategi perancangan bandar yang menitikberatkan

pengurusan alam sekitar supaya masalah alam sekitar dapat

dikurangkan.

6.12 Sebuah lagi kajian yang berkaitan dengan tema ini ialah Abdullah @

Kassim Mohamad et.al (2004), UiTM berjudul “Kajian Alam Sekitar

dan Aktiviti Manusia Sebagai Penyumbang Pencemaran”

(asas/gunaan). Kajian ini siap dijalankan pada tahun 2004 dan dibuat

berdasarkan laporan Jabatan Alam Sekitar tahun 1998. Menurut kajian

ini, punca utama pencemaran alam sekitar adalah disebabkan oleh

kegiatan manusia seperti penerokaan hutan, pembuangan sisa najis,

sampah sarap, pelepasan sisa-sisa industri dan sebagainya. Menurut

laporan tersebut, terdapat 25 batang sungai di 10 buah negeri

mengalami pencemaran yang teruk iaitu jumlah pencemaran tertinggi

yang pernah dicatat di negara ini. Sikap orang ramai yang kurang

prihatin terhadap penjagaan alam sekitar menyebabkan kempen-

kempen alam sekitar yang dijalankan kurang berkesan. Oleh itu,

perubahan sikap yang lebih positif terhadap penjagaan alam sekitar

adalah perlu untuk memastikan bahawa kualiti alam sekitar tetap

terpelihara agar dapat terus diwarisi oleh generasi akan datang.

Page 8: KAJIAN MENGENAI KEPENDUDUKAN DAN KESIHATAN · PDF fileKAJIAN MENGENAI KEPENDUDUKAN DAN KESIHATAN Pengenalan 6.1 Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dengan kaum

Laporan Akhir”Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 6 Kajian Mengenai Kependudukan (Demografi) dan Kesihatan

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------6--8

6.13 Kajian yang terakhir dipilih untuk dianalisa ialah Siti Aisyah Saat

(2003), UMT berjudul “Pengurusan Sisa Pepejal: Pengetahuan, Sikap

dan Pelakuan Masyarakat Tentang Isu Pembuangan Sampah Sarap Di

Kuala Terengganu” (asas/gunaan). Penyelidikan ini bersifat kajian

lapangan yang melibatkan jumlah responden seramai 150 orang.

Kajian menunjukkan purata penghasilan sisa pepejal oleh rakyat

Malaysia adalah sebanyak 250 kg setahun yang mana hanya kira-kira

2% sahaja yang telah diguna semula, manakala yang selebihnya

ditanam di tapak pelupusan atau dibuang secara haram (sumber:

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan 2002). Daripada

kajian yang dijalankan, dapat dikenalpasti bahawa kawasan

perumahan yang terletak berhampiran dengan tapak pelupusan

sampah menghadapi masalah pencemaran air, air bawah tanah serta

kandungan tanah yang kurang memuaskan. Tinjauan juga mendapati

bahawa terdapat banyak aduan yang diterima daripada orang ramai

tentang ketidakcekapan sistem pungutan sampah oleh pihak yang

terbabit. Pengkaji juga turut menemubual pihak PBT tempatan dan

mendapati bahawa pelbagai langkah telah diambil untuk mengatasi

masalah pencemaran seperti penyediaan tong-tong sampah yang

mencukupi, sistem pungutan sampah yang lebih cekap dan teratur,

mengenalpasti tapak pelupusan yang berpotensi dan mengadakan

program kitar semula sebagai langkah untuk mengurangkan

penghasilan sisa pepejal.

Page 9: KAJIAN MENGENAI KEPENDUDUKAN DAN KESIHATAN · PDF fileKAJIAN MENGENAI KEPENDUDUKAN DAN KESIHATAN Pengenalan 6.1 Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dengan kaum

Laporan Akhir”Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 6 Kajian Mengenai Kependudukan (Demografi) dan Kesihatan

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------6--9

Perumahan

6.14 Terdapat beberapa kajian yang meneliti perkara ini, antaranya ialah

kajian oleh Nuarrual Hilal Md Dahlan (2003), UKM berjudul “Projek

Perumahan Terbengkalai: Fenomena, Masalah dan Penyelesaian –

Satu Kajian Kes Di Daerah Timur Laut, Pulau Pinang” (asas/gunaan).

Berpandukan Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Perlesenan

1966) dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, terdapat

beberapa peruntukan yang disediakan bagi memastikan sesuatu projek

perumahan itu berjaya disiapkan dengan sempurna. Kajian ini cuba

menyingkap fenomena, masalah dan penyelesaian terhadap projek

perumahan yang terbengkalai serta menilai semula peruntukan

undang-undang yang sedia ada. Ini bertujuan untuk mengetahui

kelemahan-kelemahan peruntukan undang-undang tersebut yang

menyebabkan fenomena ini terjadi.

6.15 Satu lagi kajian tentang perumahan dilakukan oleh Abdul Ghani

Salleh (2006), USM berjudul “Residential Satisfaction in Low-Cost

Housing In Malaysia” (asas/gunaan). Kajian ini menyentuh tentang

kaitan antara polisi perumahan dengan kepuasan pemilik rumah kos

rendah. Penulis menekankan bahawa kepuasan bakal penghuni

perumahan menjadi panduan kepada perancang, ‘designer’ pemaju

perumahan dan pembuat dasar.

6.16 Kajian Shaikh Ibrahim Shaikh Omar et.al (2003), UiTM berjudul

“Kajian Keperluan Mewujudkan Satu Sistem Pemilikan Hak Individu

Ke Atas Setiap Pintu Dalam Rumah Panjang Di Sarawak”

Page 10: KAJIAN MENGENAI KEPENDUDUKAN DAN KESIHATAN · PDF fileKAJIAN MENGENAI KEPENDUDUKAN DAN KESIHATAN Pengenalan 6.1 Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dengan kaum

Laporan Akhir”Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 6 Kajian Mengenai Kependudukan (Demografi) dan Kesihatan

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------6--10

(asas/gunaan) menumpu kepada pemilikan rumah panjang di Sarawak.

Memandangkan kebanyakan penghuni rumah panjang terdiri daripada

orang-orang tua dan tidak berpendidikan, kajian mendapati bahawa

mereka tidak mempunyai sebarang rancangan khusus untuk

menjadikan setiap unit rumah panjang tersebut sebagai hak milik

individu tertakluk kepada undang-undang. Sistem pemilikan hak

individu telah dicadangkan bagi membolehkan penghuni rumah

panjang menggunakan hak mereka yang sah di sisi undang-undang

bagi memperbaiki cara hidup mereka.

Kualiti Dan Gaya Hidup

6.17 Terdapat beberapa kajian yang meneliti perkara ini. Kajian Dasimah

Omar (2005), UiTM berjudul “Tren Kualiti Hidup di Putrajaya”

(asas/gunaan) bertujuan untuk membuat penilaian ke atas kualiti hidup

melalui persepsi penduduk yang telah tiga tahun mendiami Putrajaya.

Kajian yang memfokus kepada persepsi penduduk mengenai kualiti

hidup mereka ini sangat penting bagi memastikan pembangunan

keseluruhan Putrajaya yang dijangkakan dapat dilaksanakan dengan

jayanya pada tahun 2012.

6.18 Kajian yang kedua di bawah kategori ini juga oleh Dasimah Omar

(2005), UiTM bertajuk “Peranan Perancang Bandar Dalam

Membentuk Kualiti Hidup Di Lembah Kelang” (asas/gunaan).

Pembangunan fizikal yang dijalankan di Lembah Kelang turut

memberikan impak kepada jumlah penduduk di kawasan ini. Maka,

Page 11: KAJIAN MENGENAI KEPENDUDUKAN DAN KESIHATAN · PDF fileKAJIAN MENGENAI KEPENDUDUKAN DAN KESIHATAN Pengenalan 6.1 Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dengan kaum

Laporan Akhir”Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 6 Kajian Mengenai Kependudukan (Demografi) dan Kesihatan

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------6--11

kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap kehidupan di Lembah

Kelang berdasarkan kepada keadaan yang sedia ada melalui persepsi

Perancang Bandar.

6.19 Sikap dan gaya hidup merupakan salah satu faktor yang

mempengaruhi tahap kesihatan seseorang individu. Kajian Rezian-Na

Muhammed Kassim (2004), UiTM bertajuk “Exercise Behavior and

Factors Preventing Participation in Activity Among College Students”

(asas/gunaan) dijalankan untuk meneliti sikap pelajar-pelajar UiTM

terhadap aktiviti senaman. Kajian ini telah menggunakan maklumat

yang diperolehi daripada 300 responden yang dipilih secara rawak.

Hasil kajian menunjukkan bahawa peratusan golongan lelaki yang

terlibat dalam aktiviti fizikal adalah lebih tinggi berbanding golongan

wanita. Begitu juga dengan faktor tempat tinggal, yang mana pelajar-

pelajar yang tinggal di dalam kampus lebih aktif berbanding mereka

yang tinggal di luar kampus. Kesihatan merupakan antara faktor yang

utama menyebabkan mereka terlibat dalam aktiviti fizikal. Namun,

bagi pelajar yang kurang menggemari aktiviti fizikal, aktiviti utama

yang mereka gemari adalah mendengar radio yang lebih rileks dan

tidak menggunakan banyak aktiviti fizikal. Pengkaji mencadangkan

supaya lebih banyak program dijalankan bagi meningkatkan

kesedaran tentang pentingnya aktiviti fizikal dilakukan bagi menjamin

kehidupan yang sihat.

6.20 Terdapat sebuah lagi kajian yang berkaitan dengan gaya hidup dan

kesihatan iaitu olah Wan Nudri Wan Daud (2002), USM berjudul

“Status Pemakanan dan Kesihatan di Kalangan Lelaki Dewasa yang

Page 12: KAJIAN MENGENAI KEPENDUDUKAN DAN KESIHATAN · PDF fileKAJIAN MENGENAI KEPENDUDUKAN DAN KESIHATAN Pengenalan 6.1 Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dengan kaum

Laporan Akhir”Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 6 Kajian Mengenai Kependudukan (Demografi) dan Kesihatan

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------6--12

Bersukan, Bersenam dan Sedentari: Satu Kajian Perbandingan dan

Intervensi” (PhD). Kajian perbandingan ini melibatkan tiga kumpulan

lelaki yang berusia 18 hingga 44 tahun bertujuan untuk melihat dan

membandingkan status pemakanan dan kesihatan antara ketiga-tiga

kumpulan tersebut. Kumpulan kajian yang dipilih adalah ahli sukan

terlatih, kumpulan yang aktif bersenam dan kumpulan yang tidak

aktif. Satu program pendidikan pemakanan telah dijalankan selama 12

minggu bagi melihat hasilnya. Keputusan kajian menunjukkan

bahawa taraf pemakanan dan kesihatan di kalangan kumpulan yang

aktif, khususnya ahli sukan adalah lebih baik berbanding dengan

kumpulan yang tidak aktif.

Keselamatan Dalam Kehidupan Harian

6.21 Keselamatan juga mempunyai kaitan yang rapat dengan kesihatan dan

terdapat beberapa kajian telah dipilih untuk dianalisis. Salah satu

daripadanya ialah kajian Alina Abdul Rahim et.al (2005), USIM

bertajuk “Tahap Penilaian Pengguna Terhadap Risiko Keselamatan

Makanan Dalam Ikan Dan Makanan Laut Selepas Tsunami”

(asas/gunaan). Bencana tsunami yang terjadi pada 26 Disember 2004

memberikan impak yang cukup besar kepada manusia. Kajian ini

bertujuan untuk meneliti tahap penerimaan pengguna di kawasan yang

pernah dilanda tsunami iaitu di utara Semenanjung Malaysia terhadap

ikan dan makanan laut selepas terjadinya bencana tersebut. Kajian ini

melibatkan seramai 201 orang pengguna serta organisasi kerajaan

yang berkaitan sebagai responden kajian. Hasil kajian menunjukkan

Page 13: KAJIAN MENGENAI KEPENDUDUKAN DAN KESIHATAN · PDF fileKAJIAN MENGENAI KEPENDUDUKAN DAN KESIHATAN Pengenalan 6.1 Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dengan kaum

Laporan Akhir”Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 6 Kajian Mengenai Kependudukan (Demografi) dan Kesihatan

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------6--13

bahawa tiada pengguna yang mengalami sebarang masalah kesihatan

akibat daripada pengambilan makanan laut selepas tragedi tersebut.

Pengkaji juga menekankan bahawa tahap keselamatan makanan di

Malaysia masih berada di tahap yang baik sebelum atau selepas

tsunami.

6.22 Kajian keselamatan yang kedua adalah berkait dengan budaya

keselamatan yang diamalkan di organisasi pembinaan di Lembah

Kelang. Kajian oleh Hajjah Faridah Hj Ismail et.al (2005), UiTM

berjudul “A Study on Safety Culture of the Malaysian Construction

Organization in Klang Valley” (asas/gunaan). Objektif kajian ini

adalah untuk menilai status terkini organisasi pembinaan Malaysia,

menilai hubungan antara kekerapan kemalangan dengan latar

belakang responden dan syarikat, untuk mengenalpasti faktor-faktor

amalan pengurusan yang mempengaruhi penyesuaian budaya

keselamatan ke dalam budaya organisasi dan menentukan perbezaan

pandangan responden terhadap amalan pengurusan yang dikenalpasti.

Hasil kajian mendapati bahawa tidak wujud hubungan yang signifikan

antara kekerapan kemalangan yang disebabkan oleh faktor-faktor

seperti terjatuh, bekerja di tempat yang tinggi, tidak menggunakan alat

perlindungan dan sebagainya, tetapi terdapat hubungan yang

signifikan antara kekerapan kemalangan berlaku disebabkan oleh

material-material berbahaya tahun penubuhan syarikat tersebut.

Syarikat yang baru ditubuhkan cenderung kepada berlakunya

kemalangan berbanding dengan syarikat yang telah stabil dan telah

lama ditubuhkan. Kajian ini juga mendapati bahawa kebanyakan

responden sedar akan wujudnya tren untuk mengaplikasikan budaya

Page 14: KAJIAN MENGENAI KEPENDUDUKAN DAN KESIHATAN · PDF fileKAJIAN MENGENAI KEPENDUDUKAN DAN KESIHATAN Pengenalan 6.1 Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dengan kaum

Laporan Akhir”Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 6 Kajian Mengenai Kependudukan (Demografi) dan Kesihatan

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------6--14

keselamatan dalam organisasi tersebut berdasarkan kepada latar

belakang syarikat dan responden.

6.23 Konsep ubat-ubatan perlu merupakan ubat-ubatan yang dapat

memuaskan keperluan kesihatan majoriti penduduk, perlu sentiasa ada

dalam amaun yang mencukupi dan dalam bentuk dosej yang sesuai

dengan kualiti yang meyakinkan pada harga yang mampu dibeli oleh

masyarakat. Penyelidikan Kamaruzaman Saleh (2004), USM berjudul

“Malaysian Essentials Drugs List Situation: WHO Model and

Evidence-Based Evaluation” (PhD) bertujuan untuk menilai ubat-

ubatan perlu Malaysia sejak dilancarkan pada Januari 2000. Kajian ini

memberikan gambaran tentang situasi farmaseutikal negara dalam

konteks pelaksanaan Senarai Ubat-Ubatan Perlu. Sebanyak 20 buah

klinik kesihatan awam dan 20 buah premis farmasi swasta telah dikaji

untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan kedudukan stok ubat-

ubatan perlu terpilih, kekerapan ketiadaan stok, keadaan penyimpanan

ubat, peratus ubat-ubat luput tarikh, kemampuan untuk mendapat

rawatan dan tingkah laku mempreskripsi. Keputusan kajian mendapati

penduduk-penduduk Malaysia didapati mempunyai akses kepada

ubat-ubat perlu di sektor awam dan berkemampuan dengan

mempunyai sistem penyimpanan yang memuaskan. Pelbagai

cadangan yang melibatkan pembuat dasar, pembekal penjagaan

kesihatan dan orang ramai telah diutarakan dalam usaha memperbaiki

situasi farmaseutikal negara.

Page 15: KAJIAN MENGENAI KEPENDUDUKAN DAN KESIHATAN · PDF fileKAJIAN MENGENAI KEPENDUDUKAN DAN KESIHATAN Pengenalan 6.1 Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dengan kaum

Laporan Akhir”Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 6 Kajian Mengenai Kependudukan (Demografi) dan Kesihatan

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------6--15

Perundangan Dan Kesihatan

6.24 Kajian Puteri Nemie Jahn Kassim (2005), UIAM bertajuk “Legal

Protection for Mentally Ill Patients in Malaysia: Assessing the

Adequecies” (asas/gunaan) memfokus kepada Akta Kesihatan Mental

2001 yang menggantikan Ordinan Kesihatan Mental 1952. Akta yang

baru diperkenalkan ini meliputi semua aspek penjagaan kesihatan

mental termasuk kemudahan yang disediakan, personel dan rawatan

berbanding Ordinan Kesihatan Mental 1952 yang hanya mencakupi

aspek untuk menyediakan institusi-institusi kesihatan mental. Kajian

perbandingan juga telah dilakukan dengan negara lain iaitu Australia

dan United Kingdom yang menyediakan panduan untuk memperbaiki

akta yang telah digubal di Malaysia.

6.25 Selain kajian di atas, terdapat satu lagi kajian yang berkaitan dengan

kategori ini iaitu kajian Nuraisyah Chua Abdullah (2005), UiTM

berjudul “The Application of Existing Laws in Malaysia to Control

Dengue Fever and HIV/AIDS” (asas/gunaan). Peningkatan yang

tinggi setiap tahun dalam kes demam denggi dan HIV/AIDS telah

membuka ruang kepada pengkaji ini untuk memfokuskan tumpuan

kajiannya ke atas pengamalan beberapa akta yang digubal untuk

mengawal kedua-dua wabak ini. Akta tersebut ialah Destruction of

Disease Bearing Insects Act 1975, Prevention (DDBIA), Control of

Diseases Act 1988 (PCIDA) dan Penal Code. Akta-akta ini telah

dibuat perbandingan dengan undang-undang yang terdapat di United

Kingdom, Amerika Syarikat dan Singapura. Dapat disimpulkan

bahawa pengamalan undang-undang yang sedia ada ini akan menjadi

Page 16: KAJIAN MENGENAI KEPENDUDUKAN DAN KESIHATAN · PDF fileKAJIAN MENGENAI KEPENDUDUKAN DAN KESIHATAN Pengenalan 6.1 Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dengan kaum

Laporan Akhir”Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 6 Kajian Mengenai Kependudukan (Demografi) dan Kesihatan

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------6--16

lebih efektif untuk mengawal wabak-wabak tersebut sekiranya rakyat

Malaysia mengamalkan gaya hidup yang positif menurut ajaran Islam.

Pendidikan Kesihatan dan Kemajuan Bidang Perubatan

6.26 Terdapat tiga penyelidikan tentang pendidikan kesihatan. Kajian

Jamiaton Kusrin et.al (2004), UiTM bertajuk “A Study on Level of

Knowledge Related to the Cardiovascular Disease Among School

Children: Empirical Evidence in Malaysia” (asas/gunaan). Kajian ini

dijalankan di kalangan 200 orang pelajar sekolah menengah yang

dipilih secara rawak untuk menjawab soal selidik yang dikemukakan.

Objektifnya adalah untuk menentukan tahap pengetahuan, sikap serta

tingkah laku responden ke atas Penyakit Kardiovaskular. Kajian

menunjukkan bahawa tiada hubungan yang signifikan antara

pengetahuan dan sikap dengan tingkah laku pelajar ke atas perkara

tersebut.

6.27 Sindrom autisme merupakan fenomena luar biasa dan merupakan

masalah perkembangan yang paling sukar untuk difahami. Ramai

kanak-kanak yang menghadapi masalah ini menghadapi pelbagai

masalah seperti komunikasi, tingkah laku sosial dan adaptasi. Sebuah

kajian Susanna Claire Philips UPSI (2005) “Tahap Pengetahuan

Mengenai Sindrom Autisme di Kalangan Guru Kelas Biasa”

(asas/gunaan) telah dijalankan dengan tujuan untuk mengenalpasti

tahap pengetahuan guru kelas biasa tentang sindrom autisme dan

pengetahuan tentang jenis perkhidmatan sokongan yang diberikan,

memandangkan trend pendidikan terkini menggalakkan murid-murid

Page 17: KAJIAN MENGENAI KEPENDUDUKAN DAN KESIHATAN · PDF fileKAJIAN MENGENAI KEPENDUDUKAN DAN KESIHATAN Pengenalan 6.1 Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dengan kaum

Laporan Akhir”Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 6 Kajian Mengenai Kependudukan (Demografi) dan Kesihatan

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------6--17

autisme ini ditempatkan bersama pelajar-pelajar normal dalam kelas

biasa. Hasil kajian mendapati secara keseluruhan daripada responden

yang terlibat tidak dapat menamakan jenis perkhidmatan sokongan

atau ahli professional untuk murid autisme.

6.28 Satu lagi kajian yang berkaitan ialah yang dijalankan iaitu Mehander

Singh (2005), UM bertajuk “Program Intervensi Kecergasan Fizikal

Berlandaskan Kesihatan Bagi Pelajar Lelaki Sekolah Menengah

Dalam Lingkungan Kurikulum Sekolah” (Sarjana). Objektif kajian ini

adalah untuk memperkenalkan satu program intervensi iaitu program

kecergasan fizikal diadakan di sekolah-sekolah berdasarkan kepada

kurikulum yang sedia ada. Sebanyak 8 buah sekolah yang dipilih

secara rawak telah dipilih untuk tujuan kajian ini dan dibahagikan

kepada empat kumpulan tertentu. Skop latihan tertumpu kepada

latihan litar, fartlek, jeda dan ritma. Bagi menilai keberkesanan

program ini, pelajar yang terlibat telah dinilai sebanyak tujuh kali bagi

tempoh dua tahun dengan menggunakan item-item yang berbeza bagi

mengukur prestasi dalam komponen-komponen kecergasan fizikal

yang berlandaskan kesihatan. Dari kajian yang dilakukan dapat

disimpulkan bahawa program ini telah menunjukkan perubahan kesan

yang positif dan amat sesuai dilaksanakan bagi memastikan pelajar-

pelajar mendapat manfaat yang sepenuhnya dalam proses penjagaan

kesihatan.

6.29 Perkembangan sains dan teknologi turut memberikan kesan yang

besar terhadap bidang perubatan. Pelbagai sistem terkini telah

dibentuk bagi menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada

Page 18: KAJIAN MENGENAI KEPENDUDUKAN DAN KESIHATAN · PDF fileKAJIAN MENGENAI KEPENDUDUKAN DAN KESIHATAN Pengenalan 6.1 Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dengan kaum

Laporan Akhir”Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 6 Kajian Mengenai Kependudukan (Demografi) dan Kesihatan

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------6--18

pengguna. Salah satunya ialah Shaiful Rizalmee Wahid (2005), USM

bertajuk “Sistem Komunikasi Antara Ambulan dan Hospital

Menggunakan Satelit Untuk Perkhidmatan Telekesihatan Di

Malaysia” (Sarjana). Beberapa faktor penting dan kadar penghantaran

data dari terminal bumi dan satelit telah diambil kira untuk dikaji

dalam menentukan keberkesanan prestasi rekabentuk sistem

komunikasi ini. Aplikasi sistem komunikasi ini bertujuan untuk

membolehkan perkhidmatan penjagaan kesihatan dapat disalurkan ke

seluruh kawasan terutamanya di pedalaman.

6.30 Salah satu punca utama kematian di Malaysia adalah disebabkan oleh

penyakit kanser. Angka kematian yang tinggi di kalangan pesakit

kanser adalah berpunca daripada kelewatan penyakit ini dikesan.

Kajian Marliza Abdul Malik (2002), UUM bertajuk “Intelligent Web

Based System For Diagnosing Digestive Cancer System” (Sarjana)

merupakan sebuah prototaip yang dibina untuk membantu

mendiagnos kanser sistem penghadaman manusia. Melalui sistem ini,

diagnosis peringkat awal penyakit ini boleh dilakukan di samping

memberikan maklumat umum mengenai sistem penghadaman

manusia dan maklumat khusus tentang kanser dan rawatannya.

6.31 Penyelidikan Rohayah Dahari @ Damiri (2003) UUM, “Sistem

Maklumat Penderma dan Penerima Darah Berasaskan Web” (2003)

dijalankan dengan tujuan untuk menghasilkan satu sistem maklumat

penderma dan penerima darah yang berasaskan persekitaran web.

Kajian ini memfokus kepada Unit Tabung Darah di Hospital Alor

Setar. Hasil kajian mendapati bahawa pihak pengurusan unit ini

Page 19: KAJIAN MENGENAI KEPENDUDUKAN DAN KESIHATAN · PDF fileKAJIAN MENGENAI KEPENDUDUKAN DAN KESIHATAN Pengenalan 6.1 Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dengan kaum

Laporan Akhir”Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 6 Kajian Mengenai Kependudukan (Demografi) dan Kesihatan

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------6--19

bersedia untuk menggunakan sistem yang diperkenalkan dengan

sedikit penambahbaikan memandangkan kepantasan untuk

memperoleh maklumat adalah melebihi kadar manual yang digunakan

sekaligus membantu mempercepatkan proses pembuatan keputusan.

Kesimpulan

6.32 Secara keseluruhannya, kajian yang dijalankan bagi kedua-dua tema

ini lebih menumpu kepada tema-tema seperti yang telah dinyatakan di

atas iaitu kajian tentang kesan pertumbuhan penduduk kepada alam

sekitar, perlaksanaan dan pemilikan perumahan, pertumbuhan bandar

dan kemudahan awam, kualiti dan gaya hidup, keselamatan dalam

kehidupan harian, perundangan dan kesihatan serta pendidikan

kesihatan dan kemajuan bidang perubatan. Daripada jumlah

penyelidikan keseluruhan, didapati jumlah kajian rundingan yang

dijalankan sangat sedikit iaitu 6 kajian sahaja. Hanya UKM sahaja

yang lebih terkedepan dalam melaksanakan penyelidikan rundingan

bagi tema ini, namun begitu huraian lanjut tentang topik-topik yang

dikaji tidak dapat dilakukan kerana maklumat yang diberikan oleh

UKMPakarunding tidak lengkap.