kajian kes sekolah rendah atlas

12

Click here to load reader

Upload: imelda-joseff

Post on 07-Dec-2015

24 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Kerja Kursus EDU 3083 Asas Kepemimpinan dan Profesion guru

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Kes Sekolah Rendah Atlas

ASAS KEPIMPINAN DAN PROFESION GURU EDU 3083

Pengenalan

Menurut Kamus Dewan, kepemimpinan merupakan keupayaan untuk memimpin.

Oleh itu, seorang pemimpin yang berkesan harus berupaya untuk mempengaruhi ahli

organisasinya untuk mencapai satu matlamat yang sama. Sesebuah organisasi memerlukan

pemimpin yang berwibawa untuk berkembang dengan menyeluruh dari pelbagai aspek.

Berdasarkan kajian kes Sekolah Rendah Atlas (SRA), dapat diringkaskan bahawa sekolah

ini menghadapi pelbagai masalah samaada dari segi pentadbiran, guru-guru, mahupun

murid-murid. Oleh itu, peranan pemimpin adalah sangat penting untuk membangunkan

semula sekolah ini ke arah perubahan yang lebih positif.

Soalan 1

Dalam sesebuah sekolah, guru besar harus mempunyai kemahiran mengorganisasi

yang mantap untuk mentadbir sekolahnya dengan berkesan. Kemahiran mengorganisasi

melibatkan kemahiran mengurus, merencana, mempengaruhi dan memberikan bimbingan

kepada individu-individu di bawah pimpinannya (Kamarul Azami, 2010). Dengan merujuk

kepada ciri-ciri pengurus dan pemimpin, semua keupayaan ini dimiliki oleh seorang

pemimpin dan bukannya seorang pengurus. Oleh itu, selaku guru besar SRA, saya patut

berfungsi sebagai pemimpin berbanding seorang pengurus.

Merujuk kepada kajian kes, boleh disimpulkan bahawa kesepaduan di SRA berada

pada tahap yang sangat rendah. Oleh itu, kerjasama antara guru besar dan guru-guru di

sekolah ini amat diperlukan bagi memupuk semangat kesatuan untuk mengatasi masalah

yang dihadapi di sekolah ini. Seorang pemimpin menggunakan pendekatan perbincangan

dua hala dan bukannya hanya memberikan arahan seperti yang biasa dilakukan oleh

seorang pengurus. Hal ini bermaksud, pendapat setiap individu diambil kira dalam

mengambil sebarang keputusan. Perkara ini mengelakkan wujudnya jurang kuasa yang

terlalu besar antara pihak pentadbir dan guru-guru biasa di sekolah ini.

Selain itu, seorang pemimpin juga bersikap proaktif dan positif dalam mendepani

sebarang masalah yang timbul dalam institusi pimpinannya. Sebagai seorang guru besar,

saya perlu bertindak sebagai pemimpin yang berusaha mendapatkan kepercayaan guru-

guru serta warga sekolah yang lain supaya mereka boleh bekerjasama dan berpegang

kepada matlamat yang sama untuk memperbaiki SRA dari pelbagai aspek. Ciri-ciri ini

berbeza dengan pengurus yang lebih cenderung melakukan sesuatu pekerjaan atas dasar

tugas dan hanya memastikan segala tugasan yang dijadualkan berjalan seperti yang

sepatutnya.

1

Page 2: Kajian Kes Sekolah Rendah Atlas

ASAS KEPIMPINAN DAN PROFESION GURU EDU 3083

Seorang pemimpin juga sentiasa bersemangat dalam melaksanakan

tanggungjawabnya. Ciri ini sangat sesuai untuk diamalkan sebagai seorang guru besar.

Seorang guru besar yang berfungsi sebagai pemimpin akan sentiasa berusaha bersungguh-

sungguh dan menjadikan tugasan yang dilaksanakan sebagai satu amanah dan bukannya

dilakukan semata-mata untuk memuaskan hati orang-orang sekelilingnya. Jika guru besar

menunjukkan semangat yang tinggi untuk memperbaiki SRA, maka tidak mustahil semangat

guru-guru yang merundum juga boleh dibangkitkan semula untuk sama-sama mencari

alternatif untuk membangunkan SRA menjadi sekolah yang lebih baik.

Soalan 2

Douglas McGregor (1957) telah mengemukakan teori tingkah laku yang memberi

tumpuan kepada cara seseorang pemimpin bertingkah laku dalam proses kepemimpinannya

iaitu Teori X dan Teori Y. Teori X dan Teori Y mewakili dua jenis persepsi pemimpin yang

berbeza terhadap stafnya dalam sesebuah organisasi (Noriati, Boon & Wong, 2010) Dengan

merujuk kepada kajian kes, saya berpendapat bahawa tingkah laku yang dilihat di SRA

mempunyai kaitan yang lebih kuat dengan Teori X. Berdasarkan Teori X, pemimpin iaitu

pihak pentadbir mempunyai persepsi bahawa guru-guru di bawah pimpinannya

dimotivasikan oleh wang ringgit, malas, mengelakkan tugas serta tidak bekerjasama jika

tidak dipaksa dan dikawal dengan ketat. Persepsi ini menyebabkan pihak pentadbir

melaksanakan gaya kepimpinan autokratik di sekolah ini.

Pendapat ini berasaskan kepada keputusan skor persentil beberapa aspek yang

telah dinilai di sekolah ini. Jika dilihat secara keseluruhannya, aspek persamaan kuasa

mencatatkan skor yang paling rendah. Hal ini bermaksud wujud jurang kuasa yang sangat

besar antara pihak pentadbir dengan guru-guru biasa di sekolah ini. Pihak pentadbir

memegang kuasa pentadbiran secara sepenuhnya dan guru-guru biasa mungkin hanya

bertugas melaksanakan sebarang keputusan yang telah diambil. Pentadbiran yang bersifat

autokratik menggunakan pendekatan paksaan untuk mengawal guru-guru di sekolah ini

seperti yang dicadangkan dalam teori X. Gaya kepemimpinan autokratik menyebabkan

perkongsian idea antara pihak pentadbir dengan guru-guru biasa tidak berlaku dalam

membuat sesuatu pembaharuan di sekolah ini. Kekurangan perkongsian idea menyebabkan

sesuatu tindakan yang diambil hanya mengambil kira pertimbangan dari satu perspektif

sahaja iaitu perspektif pihak pentadbir tanpa membuat penilaian kepada pendapat yang

dikemukakan oleh guru-guru lain.

Perkara ini disokong dengan dapatan skor persentil bagi kedua-dua aspek

keinovatifan dan kesepaduan di SRA yang mencatatkan skor rendah. Menurut Bennet

2

Page 3: Kajian Kes Sekolah Rendah Atlas

ASAS KEPIMPINAN DAN PROFESION GURU EDU 3083

(2014), ahli dalam sesuatu organisasi harus bekerja secara sinergi iaitu dengan berkongsi

idea serta melakukan perbincangan untuk meningkatkan inovasi, kemahiran penyelesaian

masalah dan efisiensi kerja. Gaya pentadbiran yang autokratik menyebabkan guru-guru

tidak dapat menyuarakan pandangan masing-masing dan hal ini menyebabkan daya

keinovatifan untuk melaksanakan sebarang pembaharuan yang berkesan tidak dapat

dikembangkan di sekolah ini. Selain itu, kekurangan perbincangan juga menyebabkan

kesepaduan antara guru-guru mencatatkan skor yang rendah. Kesepaduan yang rendah

menyebabkan ramai guru inovatif memohon pertukaran. Hal ini menyebabkan pencapaian

gred murid di sekolah ini semakin menurun kerana kekurangan guru inovatif.

Keputusan yang diambil tanpa mengambil kira pendapat guru-guru di sekolah ini

menyebabkan mereka menanggung tekanan yang tinggi. Sikap pentadbir yang

beranggapan bahawa guru-guru di sekolah ini pasif dan malas memburukkan lagi keadaan

kerana guru-guru mungkin berasa tidak dihargai. Perkara ini menyebabkan aspek adaptasi

dan aspek semangat mencatatkan skor persentil yang rendah. Hal ini bermaksud, guru-guru

di sekolah ini tidak mampu menangani stress, mengekalkan kestabilan dan juga tidak

mampu memberi respon kepada persekitaran luaran dengan positif. Selain itu semangat

mereka untuk sama-sama menyumbang tenaga untuk mengatasi masalah SRA sangat

rendah kerana mereka tidak diberi peluang untuk menonjolkan idea masing-masing dan

hanya melaksanakan arahan yang diberikan oleh pihak pentadbir. Perkara ini akan

mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru di dalam kelas dan seterusnya

menyebabkan pencapaian murid semakin merosot.

Soalan 3

Grid pengurusan yang dihasilkan oleh Blake dan Mounton merupakan salah satu

teori tingkah laku yang mengukur jenis-jenis tingkah laku pemimpin dalam sesebuah

organisasi berdasarkan dua paksi. Paksi ini bertujuan untuk mengukur tahap keprihatinan

pemimpin terhadap penghasilan dan keprihatinan terhadap manusia dalam sesebuah

organisasi yang dikendalikan. Merujuk kepada kajian kes SRA, saya berpendapat bahawa

pentadbiran sekolah ini jatuh pada kuadran satu iaitu berada di bawah kategori

berorientasikan tugas. Hal ini kerana pentadbiran SRA sangat prihatin terhadap penghasilan

tetapi kurang prihatin kepada manusia iaitu guru-guru biasa yang berkhidmat di sekolah ini.

Gaya pentadbiran di bawah grid ini mempunyai faedah dan keburukan tersendiri.

Oleh kerana pentadbiran SRA sangat mementingkan keberhasilan, fokus matlamat

yang perlu dicapai oleh sekolah dinyatakan dengan jelas dan diketahui oleh semua guru.

Hal ini disokong dengan merujuk skor presentil bagi aspek fokus gol yang tinggi di sekolah

3

Page 4: Kajian Kes Sekolah Rendah Atlas

ASAS KEPIMPINAN DAN PROFESION GURU EDU 3083

ini. Dengan peryataan matlamat yang jelas dan berfokus, guru-guru lebih peka tentang

perkara yang harus mereka capai dan laksanakan. Hal ini akan membantu guru-guru

membuat perancangan masing-masing mengikut kesesuaian selaras dengan kehendak

pihak pentadbir.

Skor persentil bagi aspek kemantapan penyelesaian masalah di sekolah ini agak

tinggi. Hal ini menunjukkan pihak pentadbir mengambil serius tentang langkah yang harus

diambil bagi menyelesaikan masalah di sekolah ini. Pihak pentadbir telah menggariskan

dengan jelas kaedah-kaedah penyelesaian masalah yang mantap dan hanya perlu

dilaksanakan oleh guru-guru di sekolah ini untuk mendapat hasil yang ingin dicapai. Dengan

merancang kaedah penyelesaian masalah yang mantap, hasil yang maksima dapat dicapai.

Selain itu, sekolah ini juga memanfaatkan sumber secara maksima bagi memastikan

pencapaian hasil yang terbaik diperoleh. Hal ini mengelakkan pembaziran sumber.

Walaubagaimanapun, segala strategi yang telah disusun oleh pihak pentadbir tidak

dapat dilaksanakan dengan berkesan kerana kurangnya keprihatinan terhadap manusia iaitu

merujuk kepada guru-guru dan staf di sekolah tersebut. Sungguhpun fokus matlamat serta

kaedah-kaedah penyelesaian masalah telah diatur dengan teliti oleh pihak pentadbir, perlu

diingat bahawa pihak yang melaksanakan perancangan tersebut adalah guru-guru di

sekolah ini. Maka pendapat, cadangan dan kekangan yang mungkin dihadapi oleh guru-

guru haruslah diambil kira sebelum melaksanakan sebarang pembaharuan. Jika aspek ini

diabaikan, guru-guru menjadi tertekan dan menjadikan mereka tidak bersemangat untuk

melaksanakan tugas masing-masing. Hal ini sekaligus mengurangkan produktiviti serta

menjejaskan keberhasilan strategi-strategi yang telah dirancang oleh pihak pentadbir.

Jika pentadbir tidak prihatin kepada guru-guru, semangat kesatuan untuk mencapai

matlamat yang sama untuk memajukan SRA akan semakin memudar. Tanpa semangat ini,

maka fokus matlamat yang telah disusun dan ditentukan dengan teliti oleh pihak pentadbir

akan kekal sebagai rancangan semata. Oleh itu, bagi mendapat hasil yang paling baik

dalam usaha mengatasi masalah SRA, pihak pentadbir boleh melaksanakan gaya

kepimpinan di bawah kuadran dua dalam grid pengurusan iaitu mempunyai keprihatinan

yang tinggi terhadap keberhasilan dan juga terhadap manusia. Corak pentadbiran

seumpama ini merupakan corak pentadbiran yang paling baik untuk dilaksanakan oleh

seseorang pemimpin.

Soalan 4

Menurut McLaughlin (2010), budaya organisasi merupakan satu sistem yang

melibatkan perkongsian nilai dan kepercayaan dalam sesebuah organisasi. Budaya

4

Page 5: Kajian Kes Sekolah Rendah Atlas

ASAS KEPIMPINAN DAN PROFESION GURU EDU 3083

organisasi yang terbentuk adalah bersifat unik, konsisten dan mempunyai corak yang boleh

diperhatikan dengan jelas dalam sesebuah organisasi. Budaya organisasi yang wujud akan

memberikan kesan positif dan negatif kepada perkembangan sesebuah institusi.

Merujuk kepada kajian kes SRA, beberapa ciri budaya organisasi boleh

disenaraikan. Ciri-ciri budaya organisasi tersebut adalah berorientasikan hasil, mempunyai

aliran komunikasi yang baik dan mengamalkan corak pentadbiran autokratik tanpa

menggunakan pendekatan perbincangan dalam pentadbiran. Guru-guru di sekolah ini pula

kurang bersemangat dan tidak mampu beradaptasi terhadap pembaharuan yang dibuat di

sekolah tersebut.

Budaya organisasi berorientasikan hasil yang diamalkan mampu memberikan kesan

positif kepada perkembangan SRA. Hal ini demikian kerana, sesebuah organisasi yang

menekankan pencapaian hasil biasanya menyatakan fokus matlamat dan hasil yang harus

dicapai dengan jelas sebelum melaksanakan sesuatu program ataupun langkah

pembaharuan. Penekanan kepada fokus matlamat dan hasil merupakan satu komponen

yang sangat penting ke arah kejayaan sesebuah organisasi (Sumeeta, 2011). Penekanan

terhadap pencapaian hasil akan membantu guru-guru untuk memberi tumpuan,

membahagikan masa dan sumber secara efisien serta menyediakan satu garis panduan

yang jelas mengenai perkara-perkara yang harus mereka capai melalui setiap strategi yang

dilaksanakan. Selain itu, penekanan terhadap hasil akan membuatkan guru-guru lebih peka

terhadap apa yang dituntut oleh pihak pentadbir daripada mereka dan berusaha untuk

memenuhi tuntutan tersebut.

Selain itu, sekolah ini mempunyai aliran komunikasi yang baik. Aliran komunikasi

yang dimaksudkan merujuk kepada aliran maklumat yang bebas dan tanpa gangguan di

sekolah ini. Aliran maklumat yang baik akan memudahkan sebarang maklumat serta

keputusan yang diambil oleh pihak pentadbir dapat disampaikan kepada guru secara jelas

dan berkesan. Dengan aliran komunikasi yang baik, sebarang keciciran maklumat dan

miskomunikasi dalam melaksanakan sesuatu pendekatan yang telah dirancang akan dapat

dielakkan sekaligus melancarkan proses pentadbiran di sekolah ini.

Pihak pentadbir SRA juga mengamalkan budaya pentadbiran berbentuk autokratik.

Hal ini bermakna pihak pentadbir tidak mengambil kira bagaimana sesuatu keputusan yang

diambil akan mempengaruhi guru-guru biasa di sekolah tersebut. Penekanan yang terlalu

kuat kepada pencapaian hasil menyebabkan masalah yang mungkin dihadapi oleh guru-

guru untuk melaksanakan sesuatu pembaharuan tidak diambil kira. Selain itu, sumbangan

idea yang pelbagai daripada guru-guru lain di sekolah ini juga tidak dipertimbangkan.

5

Page 6: Kajian Kes Sekolah Rendah Atlas

ASAS KEPIMPINAN DAN PROFESION GURU EDU 3083

Perkara ini bukan sahaja mengurangkan produktiviti kerja guru-guru tetapi pada masa yang

sama mengurangkan keberkesanan kaedah penyelesaian masalah yang akan diambil.

Selain itu, guru-guru di sekolah ini menunjukkan semangat yang sangat rendah

untuk menjalankan usaha penambahbaikan SRA. Hal ini bermaksud guru-guru di sekolah ini

tidak mempunyai kepuasan dan keseronokan untuk berkhidmat di sekolah ini. Semangat

yang kuat merupakan satu komponen yang sangat penting kepada kejayaan seseorang.

Tanpa semangat yang positif, segala pekerjaan yang dirancang tidak akan dapat

dilaksanakan dengan berkesan. Semangat guru-guru yang rendah akan menyebabkan

segala pendekatan yang telah dirancang untuk memperbaiki SRA tidak akan dapat

dilaksanakan dengan jayanya. Guru-guru juga tidak dapat mengadaptasikan diri dengan

perubahan-perubahan yang berlaku di sekolah ini. Perkara ini mungkin disebabkan

kurangnya perbincangan antara guru-guru dan pihak pentadbir sebelum

mengimplementasikan sebarang perubahan di sekolah ini. Budaya tidak melakukan

perbincangan sebelum membuat sebarang keputusan menyebabkan guru-guru mengalami

stress. Stress dalam kalangan guru akan menyumbang kepada penurunan produktiviti

dalam menjalankan tugas. Hal ini mungkin akan menyebabkan kemerosotan pencapaian

murid di sekolah ini menjadi semakin teruk.

Kesimpulannya budaya organisasi yang positif harus diamalkan di SRA bagi

mengatasi masalah-masalah yang wujud seterusnya menambahbaik sekolah ini daripada

pelbagai aspek.

Soalan 5

Falsafah kepemimpinan merupakan cara seseorang melihat dirinya sebgai seorang

pemimpin. Falsafah ini akan menjadi panduan kepada seseorang untuk bertindak,

bertingkah laku dan juga bagaimana ia berfikir . Sebagai guru besar SRA, saya berpegang

kepada gaya kepemimpinan berkarisma yang dicetuskan oleh Max Weber (1947). Saya

mempercayai bahawa peluang memimpin merupakan satu keistimewaan yang disertakan

dengan tanggungjawab untuk memberi inspirasi kepada individu-individu di bawah pimpinan

saya terutamanya guru-guru di sekolah SRA untuk bersama-sama memajukan sekolah ini.

Dengan berpandukan kepada prinsip kepemimpinan berkarisma, saya yakin kami dapat

bersama-sama mengharungi krisis SRA dengan jayanya.

Saya percaya bahawa guru-guru di bawah pimpinan saya merupakan aset terpenting

ke arah memperbaiki dan mengatasi pelbagai masalah yang timbul di sekolah ini

terutamanya pencapaian gred murid yang tidak memuaskan. Mereka merupakan penggerak

utama kepada sebarang tindakan penambahbaikan yang akan diambil. Sebagai seorang

6

Page 7: Kajian Kes Sekolah Rendah Atlas

ASAS KEPIMPINAN DAN PROFESION GURU EDU 3083

pemimpin, peranan saya adalah untuk mengenali dan menghargai guru-guru di bawah

pimpinan saya secara individual, menyokong perkembangan profesionalisme mereka, serta

memberi penghargaan kepada pencapaian mereka. Untuk memastikan saya memainkan

peranan ini, saya harus menjadi seorang guru besar yang boleh didekati oleh guru-guru di

bawah pimpinan saya.

Saya juga berpegang kepada kepercayaan bahawa kepimpinan yang terlalu

autokratik seperti yang diamalkan oleh pihak pentadbir SRA sebelum ini bukanlah cara yang

paling berkesan untuk membawa kemajuan kepada sekolah ini. Saya percaya bahawa

dengan memberi peluang kepada guru-guru untuk membuat perbincangan dan membuat

sesuatu keputusan bersama ke arah kemajuan sekolah, idea penyelesaian masalah yang

terbaik dapat diambil. Secara tidak langsung saya juga sedang menyediakan guru-guru di

sekolah ini untuk menjadi seorang pemimpin organisasi yang mantap. Hal ini kerana,

sebagai seorang guru besar, saya bukan hanya memfokuskan kepada peningkatan

pencapaian murid-murid tetapi turut sama mementingkan perkembangan profesionalisme

guru-guru di bawah pimpinan saya.

Selain itu, saya juga harus bertindak sebagai pemimpin yang terlebih dahulu

mengamalkan nilai dan kepercayaan yang saya tekankan dan bukannya hanya ‘bercakap

kosong’. Hal ini kerana saya berpegang teguh kepada prinsip kepemimpinan melalui

teladan. Saya tidak sepatutnya bertindak sebagai pemberi arahan, tetapi turut bekerja

bersama-sama dengan guru-guru untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul di

SRA. Saya percaya bahawa setiap individu di sekolah ini memainkan peranan yang unik,

dalam menyumbang kepada perkembangan sekolah. Oleh itu, sebagai seorang guru besar,

saya akan menggalakkan kreativiti, kebebasan bersuara dan inovasi-inovasi baru daripada

guru mahupun ibu bapa asalkan usaha tersebut konsisten dan selaras dengan matlamat,

visi dan nilai yang dipegang di sekolah ini.

Dengan berpandukan kepada falsafah kepemimpinan ini, saya percaya segala

masalah dan kekurangan yang dihadapi di SRA akan diatasi. Falsafah kepemimpinan ini

akan menjadi panduan saya untuk memimpin sekolah ini sehingga SRA dapat

dikembangkan menjadi sekolah yang terbilang dan dikagumi ramai.

Penutup

Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa faktor kepemimpinan

memainkan peranan yang sangat besar untuk menentukan jatuh bangun sesuatu

organisasi. Oleh itu, sebagai seorang bakal guru dan bakal pemimpin adalah penting untuk

7

Page 8: Kajian Kes Sekolah Rendah Atlas

ASAS KEPIMPINAN DAN PROFESION GURU EDU 3083

memahami, mendalami dan menilai gaya kepemimpinan yang paling baik untuk

diaplikasikan untuk memimpin sesebuah organisasi pada masa akan datang.

Bibliografi

Ayob Jantan. (2005). Pengetua sekolah yang efektif. Bentong : PTS Profesional Publishing

Sdn. Bhd.

Bennet, H. ( 2014). 5 simple ways to improve employee utilization and productivity.

Diperoleh daripada http://www.keyedin.com/keyedinprojects/article/5-simple-ways-to-

improve-employee-utilization-and-productivity/

Clark, D. (2014). Leadership & human behavior. Diperoleh dari http://www.nwlink.com/~

donclark/leader/leadhb.html

Kamarul Azani Zaini. (2010). Pengurus vs pemimpin. Diperoleh dari http://iqclass

management .com.my/2010/12/pengurus-vs-pemimpin.html

McLaughlin,J. (2010). Understanding organizational culture. Diperoleh dari http://study.

com/academy/lesson/what-is-organizational-culture-definition-characteristics.html

Noriati A. Rashid, Boon, P. W., & Wong, K. W. (2010). Asas kepimpinan dan perkembangan

profesionalisme guru. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar: sdn. Bhd

Sumeeta Kumar. (2011). The Importance of goals. Dimuat turun daripada http://getlevelten. com/blog/ sumeeta-kumar/importance-goals

Yahya Don. (2007). Kepimpinan pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : PTS Profesional

Publishing Sdn. Bhd.

8