kajian keberkesanan pengajaran guru ke_2

Upload: hamzah-mohamed

Post on 30-May-2018

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Kajian Keberkesanan Pengajaran Guru Ke_2

    1/8

    KAJIANKEBERKESANANPENGAJARANGURUKEDUA2002

    Dibentangkan dalam sesi:

    HARI PROFESIONAL SEKOLAH

    SIRI 2/2002

    SEKOLAH KEBANGSAAN JENGKA 17

    26400 BANDAR JENGKA

    SABTU

    12 OKTOBER 2002

    Oleh

    Hamzah B. Mohamed

  • 8/14/2019 Kajian Keberkesanan Pengajaran Guru Ke_2

    2/8

    SEKOLAHKEBANGSAANJENGKA17,26400BANDARJENGKA,PAHANG

    KAJIANKEBERKESANANPENGAJARANGURUPUSINGANKEDUA(JULAI)2002

    Tujuan: Mengetahui status keberkesanan (dan atau amalan pedagogi dan pandragogi) guru-guru

    yang terlibat pada penilaian dan perspektif murid-murid tahap 2 SKJ 17.

    Mengetahui faktor-faktor yang menjadikan sesuatu pengajaran guru yang berkesan dan

    faktor-faktro sebaliknya.

    Mengetahui aspek-aspek pada pendapat dan fikiran murid sebagai apa yang dikatakanpengajaran guru yang berkesan.

    Mengetahui sejauh mana berlaku peningkatan mutu dan keberkesanan pengajaran guru

    berbanding pengesanan siri pertama dalam bulan Mac lalu.

    Kumpulan sasaran: 14 orang guru

    145 orang murid (Tahap 2 sahaja)

    Tempoh penilaian: 26.06.2002 hingga 08.07.2002

    OverviewPengesananKeberkesananP&PGuruSetelah mengetahui status keberkesanan (terhadap tingkah-laku pengajaran guru-guru secara amdan status penilaian guru-guru secara individu) melalui Siri 1 yang dijalankan dalam bulan Mac

    2002 lalu, maka untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas dan di samping hendak

    mengetahui sejauh mana telah berlaku perubahan sikap, pemikiran dan tingkah-laku

    pengajaran guru-guru pengesanan Siri 2 dijalankan mulai 26.06.2002 hingga 08.07.2002.

    Pengesanan dijalankan di dalam kelas dan mengambil masa kira-kira lima belas minit sahaja

    (tidak termasuk masa penerangan guru pengendali). Murid-murid diminta menandakan skala 1hingga 10 bagi setiap orang guru/mata pelajaran yang mengajar mereka. Bahagian kedua mereka

    diminta memberikan sebab-sebab mengapa seseorang guru itu diberi penilaian tertinggi, dan

    sebab mengapa mereka memberikan penilaian yang terendah kepada seseorang guru. Bahagian

    ketiga mereka diminta memberikan pendapat dan pandangan tentang apakah yang sepatutnya(pada fikiran mereka) yang dikatakan P&P guru yang berkesan.

  • 8/14/2019 Kajian Keberkesanan Pengajaran Guru Ke_2

    3/8

    Selain itu murid-murid diberitahu bahawa jawapan (penilaian) yang mereka buat itu tidak adayang salah; dan mereka tidak dikehendaki menulis nama di atas Borang Penilaian tersebut.

    Dapatan

    Walaupun didapati tidak banyak perubahan dari segi aspek-aspek yang murid senaraikan sebagai

    sebab-sebab yang mereka beri penilaian tertinggi atau terendah, perkara-perkara yang agak atau

    hampir sama dengan alasan-alasan yang diberikan dalam penilaian Siri 1 dahulu. Kebanyakan

    murid memberikan lebih dari satu sebab mengapa penilaian tertentu diberikan kepada guru-guruberkenaan, oleh itu kita merumuskan dan dianggap sebab-sebab yang lebih kurang sama

    maksudnya dikira sebagai satu kekerapan. Sebagai contoh dalam Siri 1 terdapat hanya 10 sahaja

    aspek yag disenaraikan sebagai menjadi keutamaan murid-murid meletakkan penilaian yangtinggi, dalam Siri 2 ini aspek ini telah bertambah kepada 20 aspek. Ertinya murid-murid telah

    dapat memperincikan lagi dan meliputi ruang yang lebih luas.

    Begitu juga dari segi aspek yang dianggap sebab mengapa penilaian terendah diberi, juga tidakbanyak perubahan kecuali bertambah 2 aspek sahaja berbanding Siri 1 sejumlah 30 perkara yang

    dimaksudkan.

    Jadual 1. Jumlah dan ranking Sebab guru dinilai tinggi

    Bil. Sebab guru dinilai tinggi Ranking Kekerapan Peratus

    1.

    2.3.

    4.

    5.

    6.

    7.

    8.

    9.

    10.

    11.

    12.

    13.14.

    15.

    16.

    17.

    18.

    Mengajar dengan baik/bagus

    Cepat dapat (faham)Seorang yang tegas/berdisiplin

    Mengajar dengan bersungguh-sungguh

    Guru buat lawakPandai mengajar/mengajar dengan betul

    Suka mata pelajaran itu/suka akan gurunya

    Guru yang rajin

    Merasa seronokMenepati waktu

    Mengambil berat pelajaran yang diajar

    Menimbulkan minat murid-murid/motivasi

    Memberi penjelasan secukupnyaBaik hati/tidak memukul anak muridBanyak beri nasihat

    Tidak malas mengajar

    Banyak beri kerja rumah/nota ringkasBertanggungjawab

    1

    23

    4

    56

    7

    8

    88

    9

    9

    91010

    10

    1010

    46

    2319

    16

    85

    4

    3

    33

    2

    2

    211

    1

    11

    28.2%

    14.1%11.7%

    9.8%

    4.9%3.1%

    2.5%

    1.8%

    1.8%1.8%

    1.2%

    1.2%

    1.2%0.6%0.6%

    0.6%

    0.6%0.6%

  • 8/14/2019 Kajian Keberkesanan Pengajaran Guru Ke_2

    4/8

    10PerkaradinilaitinggikepadakeberkesananP&Pguru

    1. Mengajar dengan baik/bagus (yang merangkumi berbagai sapek lain lagi mungkin)

    dikatakan pilihan majoriti murid iaitu 28.2 % memilih faktor ini.2. 14.1% murid mengatakan mereka cepat dapat atau cepat faham.3. Seorang guru yangtegas/berdisiplin, faktor ketiga jadi keutamaan murid iaitu 11.7%.4. Mengajar denganbersungguh-sungguh 9.8%.5. Guru buat lawak4.9%.6. Mengutamakan pelajar ataumengambil berat pelajar; pandai mengajar; danmengajar

    dengan betulranking ke-6 dengan 3.1%.7. Murid suka mata pelajaran itu atau merekasuka dengan gurunya 2.5%.8. Guru yangrajin; menepati masa; danmurid merasa seronok menduduki ranking ke-lapan

    (1.8%).9. Mengambil berat mata pelajaran yang diajar; memberi penjelasan secukupnya;dan

    menimbulkan minat murid-murid(1.2%).10.Bertanggungjawab; banyak beri kerja rumah atau nota ringkas; banyak beri nasihat;

    tidak malas mengajar; dan tidak memukul anak murid (baik hati) sebab paling rendah

    diberi iaitu 0.6% memberi respons kepada aspek ini.

    10PerkaradinilairendahkepadakeberkesananP&Pguru

    1. Mengajar tidak jelas /tidak elok/atau lemah (13.6%) faktor teratas sebab murid berikan

    penilaian yang rendah.

    2. Muridtidak faham (12.9%).

    3. Guru tidak tekun/atau tidak bersungguh-sungguh (8.2%).

    4. Selalu marah (7.5%).

    5. Tidak ambil berat/tidak tegas (6.8%).

    6. Tidak mengajar dengan baik (5.4%).

    7.

    Guru tidak mengajar/guru tidak bertanggungjawab (4.8%).8. Gurugarang (4.1%).

    9. Mengajar salah/tidak beri tekanan; tidak buat tunjukcara; dan mengajar main-main

    (3.4%).

    10.Gurutidak mengambil tahu cara-cara P&P; tidak berdisiplin; guru biarkan murid bising;

    malas; guru tidak berminat mengajar/mengajar sambil lewa; dan tidak suka akan guru,

    faktor murid beri nilai rendah kepada guru (2.0%).

  • 8/14/2019 Kajian Keberkesanan Pengajaran Guru Ke_2

    5/8

    Jadual 2: Jumlah dan ranking Sebab guru dinilai rendah

    Bil. Sebab guru dinilai rendah Ranking Kekerapan Peratus

    1.2.

    3.

    4.

    5.

    6.

    7.

    8.

    9.

    10.

    11.

    12.

    Mengajar tidak jelas/tidak elok/atau lemahTidak faham

    Tidak tekun/tidak bersungguh-sungguh

    Selalu marah

    Guru tidak ambil berat/tidak tegasGuru lewat masuk/tidak mengajar dengan baikTidak mengajar/tidak bertanggungjawab

    Guru garang

    Mengajar salah/tidak beri tekanan/main-main/tidak

    buat tunjukcaraTidak mengambil tahu cara-cara P&P/tidak

    berdisiplin/biarkan murid bising/guru tidakberminat/sambil lewa/malas/tidak suka akan guruJarang masuk/atau mengajar; tidak menulis di papan

    hitam/ cakap bukan-bukan/sombong

    Selalu buat kerja dia/melebihi masa/ beri kerja yangtidak belajar lagi/ guru bermasalah/tidak

    berdisiplin/guru buat baik bila dicerap/guru salah

    dengar/guru keluar kelas/guru bersembang/terlupa

    masuk kelas/tidak adil; pukul murid tidakbersalah/jarang atau tidak beri latihan/tidak suka

    sesuatu mata pelajaran itu (12 perkara semuanya).

    12

    3

    4

    567

    8

    9

    10

    1112

    2019

    12

    11

    1087

    6

    5

    3

    21

    13.6%12.9%

    8.2%

    7.5%

    6.8%5.4%4.8%

    4.1%

    3.4%

    2.0%

    1.4%0.7%

    CadanganMuridsebagaiapayangdikatakanPengajaranYangBerkesan

    Bahagian ketiga Borang Penilaian Keberkesanan Pengajaran Guru meminta murid-murid

    memberikan pendapat atau pandangan mereka kepada apa yang mereka faham sebagai

    pengajaran guru yang berkesan. Daripada kenyataan-kenyataan murid-murid ini adalah jelassemuanya berkisar pada persoalan yang diutarakan sebagai tinggi atau rendah yang mereka

    berikan terhadap guru-guru. Ringkasnya perkara sebaliknya adalah perkara dianggap sebagai

    pengajaran yang berkesan. Oleh kerana keseluruhan kenyataan murid-murid hampir sama

    (berbeza segi keutamaam sahaja) maka boleh disimpulkan cadangan murid-murid adalah kepada

    (dan merujuk kepada aspek yang mereka nilai itu) melibatkan dua pihak: i) merujuk kepada

    guru-guru, dan ii) merujuk kepada pihak pengurusan yakni Guru Besar.

  • 8/14/2019 Kajian Keberkesanan Pengajaran Guru Ke_2

    6/8

    Antara perkara-perkara yang murid anggap sebagai pengajaran guru yang berkesan ialah:

    a) Mengajar denganbetul dan bersungguh-sungguh;

    b) Berdisiplin (seperti menepati masa, tidak lewat masuk);

    c) Bertanggungjawab dantegas;

    d) Mengajar dengan lebih dedikasi dan serius (tidak main-main, jangan duduk di kerusi

    sahaja, menulis di papan hitam, banyak beri kerja rumah, beri murid buat latihan, selalu

    memeriksa buku-buku latihan);

    e) Mengambil berat (prihatin) danmemahami murid(jangan beri murid bising, mengajar

    sampai murid faham, memberi penerangan yang jelas dan cukup, selalu tanyakan

    masalah murid, mengenakan dendakepada murid yang berkenaan);

    f) Layanan samarata: (tidak pilih kasih, berat sebelah).

    Beberapa cadangan yang unik: menggambarkan bahawa murid-murid yang kita sangka

    budak-budak sebenarnya sudah mampu menilai, mengulas, membuat tanggapan dan

    menyatakan perasaan dan pandangan mereka seperti berikut (diperturunkan kata-kata murid

    sepenuhnya dalam gaya bahasa mereka);

    i) Menyuruh guru tidak berdendam dengan anak-anak muridnya. Guru mestilah

    menunjukkan jalan penyelesaian untuk sesuatu masalah jika murid itu ada masalah.

    Guru perlu mengajar dengan tekun. Saya harap guru yang makan gaji buta akan

    dibuang sekolah.(Murid Tahun 5)

    ii) Jangan biarkan kami ketinggalan dan jangan menipu dan mengakibatkan murid-

    murid tidak suka. (Murid Tahun 5)

    iii) Hendaklah memberi pengetahuan am yang secukupnya dan janganlah memberipengetahuan am yang tidak mencukupi kepada kami sebagai seorang murid. Jika ada

    masalah janganlah dibawa ke sekolah, ini akan menjejaskan pelajar semua.

    (Murid Tahun 5)

    Ada satu cadangan berbunyi: Pengajaran guru yang lebih berkesan ialah membuat satu

    rondaan pada masa belajar, melihat macam mana guru mengajar murid-murid.Ertinya ada

    murid-murid ysng menganggap penyeliaan di pihak pengurusan penting bagi menentukan

    keadaan macam manapengajaran seseorang guru itu.

  • 8/14/2019 Kajian Keberkesanan Pengajaran Guru Ke_2

    7/8

    Jadual3:BilanganGurudanstatusikutSkala

    Skala Bil. Guru Peratus Catatan

    1 - - i) Tiada guru dinilai antara 1 - 5

    2 - -

    3 - - ii) 3 orang guru (21.4%) dinilai 6, 7, & 8;

    4 - - 1 orang sederhana, 3 tahap tinggi

    5 - - iii) 4 orang (28.6%) di tahap sangat tinggi (9)

    6 1 7.1 iv) 7 orang (50%) di tahap sangat tinggi (10)

    7 1 7.1

    8 1 7.1

    9 4 28.6

    10 7 50.0

    Jumlah 14 100

    KesimpulanKecuali seorang (tahap sederhana), kesemua 13 orang guru lagi berada di tahap tinggi (skala

    7&8) dan sangat tinggi (skala 9&10). 78.7% guru-guru SK Jengka 17 didapati mencapai status

    tahap sangat tinggi, dan yang sangat menariknya dapatan ini berkolerasi dengan STKP

    (P2:2002) iaitu 78.6% di bawah dimensi Sumber Tenaga Manusia.

    Adalah tidak mustahil status keberkesanan pengajaran guru-guru khasnya di dalam aspek proses

    P&P di dalam bilik darjah dan di dalam seluruh aktiviti serta tingkah-laku pengajaran guru-guru

    akan terus meningkat naik (sampai tidak ada seorang pun lagi yang berada di bawah tahap

    sederhana) jika kesedaran diri yang tinggi dapat kita hayati dan dalam masa yang sama

    semuanya dapat menjadi Guru Sebenar Guru: Ke Sekolah Tidak Jemu Mengajar Tidak Lesu.

    Dan janganlah lupa matlamat dan objektif bersama kita dalam merealiasikan Sekolah

    Kebangsaan Jengka 17 sebagai A Good School.

    Jika kita selaku guru-guru sepatutnya mempunyai high expectations kepada kejayaan dan

    kecemerlangan anak didik kita, maka begitu jugalah (rupanya) high expectationsyang sama

    daripada kalangan murid-murid terhadap guru-guru mereka dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran yang berkesan dan bermakna. Oleh itu memenuhi high expectations inilah yang

    menjadi objektif dan matlamat kita sekaligus mencapai tahap sebagai seorang guru yang

    cemerlang lagi berkesan.

  • 8/14/2019 Kajian Keberkesanan Pengajaran Guru Ke_2

    8/8

    Bagi saya, sekolah kita (dan guru-guru kita) adalah sekumpulan orang yang mempunyai segala

    potensi ini dan tidak ada sebab mengapa kita (dan organisasi sekolah kita) tidak dapat muncul

    sebagai sebuah sekolah yang berwatak dan berketrampilan dalam segala aspek. Saya amat yakin

    status yang lebih tinggi dan cemerlang boleh dicapai jika semua dapat menghayati sepenuhnya

    ciri-ciri dan sifat-sifat guru yang berkesan sebagaimanan dibuktikan oleh penilaian

    keberkesanan P&P guru ini.

    Dengan tulus ikhlas saya nyatakan, selaku Guru Besar SKJ 17 sejak lima tahun setengah yang

    lalu telah cuba membawa pelbagai pendekatan, konsep, gagasan dan falsafah terutamanya

    mengenai kerja kita sebagai guru (guru yang berkesan dan berkualiti) bagi mengangkat

    martabat dan imej sekolah ini khususnya telah memperoleh beberapa kejayaan (yang telah sedia

    kita maklum), yang semuanya tidak mungkin dapat dicapai tanpa persefahaman, kerjasama dan

    kesedaran serta keinsafan yang datang dari lubuk hati nurani kita yang sebenar-benarnya, yang

    telah kita buktikan menerusi kerja-kerja dan pencapaian kita sejak tempoh itu. Saya juga

    terhutang budi dan jasa kepada semua guru SKJ 17 yang telah dapat membezakan ciri-ciri dansifat-sifat mazmumah serta tidak terpengaruh dengannya dan seterusnya sama-sama membina

    dan mewujudkan iklim, budaya sekolah dan budaya belajar yang murni lagi terpuji.