kajian jawi d055735

17
FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN ( JABATAN PENGAJIAN ISLAM ) SEMESTER 5 SESI 2014/2015 PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PJJ) KRA3013 - PENGAJARAN LITERASI : MEMBACA DAN MENULIS JAWI TUGASAN INDIVIDU DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK MOHAMMED KHOUDREY BIN ABD HAMID D055735 PUSAT PEMBELAJARAN: UPSI 06(A132PJJ) PEMARKAHAN PENYELIDIKAN BERKAITAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN JAWI DI SEKOLAH KEBANGSAAN KABOGAN SEMPORNA SABAH

Upload: khudrey-hamid

Post on 25-Jun-2015

2.643 views

Category:

Education


3 download

DESCRIPTION

Syukurlah dapat 14/20 -kira luluslah ni :)

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian jawi d055735

FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN

( JABATAN PENGAJIAN ISLAM )

SEMESTER 5 SESI 2014/2015

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PJJ)

KRA3013 - PENGAJARAN LITERASI : MEMBACA DAN MENULIS JAWI

TUGASAN INDIVIDU

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK

MOHAMMED KHOUDREY BIN ABD HAMID D055735

PUSAT PEMBELAJARAN: UPSI 06(A132PJJ)

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. MISNAN BIN JEMALI

TARIKH SERAH: 15 MEI 2014

PEMARKAHAN

PENYELIDIKAN BERKAITAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN JAWI DI

SEKOLAH KEBANGSAAN KABOGAN SEMPORNA SABAH

Page 2: Kajian jawi d055735

1.0 PENGENALAN

Kajian dan pemerhatian ini dibuat bagi memerhati dan melihat keputusan dan

pencapaian akademik mata pelajaran Pendidikan Islam pelajar Tahun 4 Terbilang SK

Kabogan dalam bidang jawi. Pelajar yang terlibat sebagai sampel kajian ini adalah

seramai 25 orang dipilih di dalam kelas tersebut. Masalah yang dikenalpasti adalah

kurangnya kemahiran penggunaan tulisan dan pembacaan jawi. Melalui pemerhatian

yang telah dilakukan di sekolah ini, pelajar kelihatannya kurang berminat untuk belajar

jawi dan adakalanya kurang menumpukan perhatian sewaktu sesi pengajaran dan

pembelajaran. Justeru, guru yang mengajar matapelajaran Pendidikan Islam telah

dibawa berbincang tentang isu ini serta pencapaian pelajar-pelajar tersebut.

Berdasarkan rekod keputusan Ujian 1, didapati keputusan Jawisangat merisaukan

khususnya dikalangan pelajar islam.

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Berdasarkan dapatan kajian berbentuk ujian yang dijalankan,didapati bahawa

peratusan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam terutamanya

bidang Jawi adalah sangat merisaukan. Guru agama yang mengajar matapelajaran

juga menyatakan bahawa pelajar tidak celik jawi dan lemah dalam kemahiran jawi ialah

mereka tidak boleh menulis jawi walaupun perkataan jawi mudah. Malahan ada yang

tidak mengenal langsung huruf jawi. Apa yang menyedihkan mereka yang berada

dalam tahun 4 ini sudah berada di sekolah rendah selama 4 tahun.

Melihat kepada hasil pemerhatian dan temuramah yang dijalankan, pelajar

mengemukakan yang mana mereka susah untuk menguasai kemahiran jawi. Ada

Page 3: Kajian jawi d055735

beberapa sebab salah satunya guru menggunakan kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang kurang menarik sepanjang waktu pembelajaran. Keadaan kelas

yang tidak kondusif serta tiada budaya dalam persekitaran sekolah yang tidak mesra

jawi malahan tidak menyebut kepentingan jawi itu sendiri. Selain itu, pengaruh dalam

keluarga, rakan-rakan yang tidak memandang jawi sebaris dengan matapelajaran lain

seperti Bahasa Inggeris, Matematik dan lain-lain.

3.0 RASIONAL KAJIAN

Persoalan mengapa kajian dijalankan selain arahan dalam kerja kursus ini juga

adalah kerana melihat keperluan untuk menyelesaikan dan merungkai permasalahan

kemahiran jawi yang sangat membimbangkan dikalangan pelajar islam. Jika keadaan

ini tidak untuk cuba ditangani, perkara ini akan juga berkai rapat dengan penguasaan

pelajar dalam membaca Al-Quran yang ini akan menyebabkan kesukaran pelajar dalam

bacaan. Cara menghafaz huruf dan mengenal huruf perlu diterapkan agar pelajar boleh

menguasai semua kemahiran jawi selain memartabatkan warisan kesenian islam di

nusantara.

Selain daripada itu, kajian ini dilakukan kerana peratus kelulusan pelajar Tahun 4

Terbilang dalam matapelajaran Pendidikan Islam khususnya bidang jawi amat

mengecewakan. Hal ini jika dibiarkan akan memberi kesan yang buruk terhadap pelajar

dan sekolah itu sendiri dari sudut pencapaian selain kegagalan semua pihak

merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Seandainya kajian ini berjaya

dilaksanakan, ia akan sekurang-kurangnya dapat membantu pihak sekolah dalam

Page 4: Kajian jawi d055735

menangani isu atau permasalahan sekaligus pihak terbabit dapat mengetahui

kepentingan dalam menguasai kemahiran dalam bidang jawi.

4.0 FOKUS KAJIAN

Dalam kajian yang dijalankan ini, kajian berfokus kepada pelajar yang

menguasai dan tidak menguasai kemahiran mengenal huruf, membaca dan menulis

satu dan dua suku kata terbuka dan tertutup dalam tulisan jawi di sekolah. fokus kajian

yang dijalankan sebegini rupa ialah kerana kebanyakan pelajar masih gagal mengenal

langsung huruf jawi sekaligus menyebabkan ramai pelajar tidak menumpukan perhatian

selain kurang berminat untuk mendalami apatah lagi belajar jawi.

5.0 OBJEKTIF KAJIAN

pada akhir kajian, adalah diharapkan objektif berikut dapat dicapai:

5.1 Objektif umum

Masalah pelajar dalam menguasai kemahiran jawi seperti mengenal huruf,

mengeja, membaca dan menulis perkataan dalam tulisan jawi dengan mudah.

5.2 Objektif khusus

i. Dapat mencapai kaedah untuk menarik minat pelajar mempelajari

jawi.

ii. Mencari klaedah agar pelajar dapat mengenal huruf jawi dengan

mudah.

Page 5: Kajian jawi d055735

iii. Membantu mencari penyelesaian agar pelajar tahu cara

menyambung huruf dengan cara yang betul.

iv. Pelajar membezakan huruf jawi yang boleh disambung dengan

huruf jawi yang tidak boleh disambung.

v. Mencari kaedah belajar dalam mengeja satu dan dua suku kata

dalam tulian jawi dengan lebih mudah.

vi. Membantu dalam usaha mempelbagaikan kaedah pengajaran guru.

6.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 25 orang pelajar dalam Tahun 4 Terbilang di SK Kabogan,

Semporna Sabah. Pelajar itu terdiri daripada 15 orang murid perempuan dan 10 orang

murid lelaki yang berada dalam satu kelas.

7.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN

Untuk meningkatkan lagi tahap kemahiran dan pencapaian pelajar dalam

kemahiran mengenal, membaca dan menulis Jawi, salah satu cadangan aktiviti ialah

mewujudkan kelas dan persekitaran sekolah yang mesra jawi. selain itu, program

pagtavangan (Tolong-menolong) juga boleh dilaksanakan dengan cara rakan yang

pandai membantu rakan yang lemah dengan cara mewujudkan kumpulan kecil dalam

pembelajaran. Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) yang lebih menarik juga

membantu meningkatkan berminat untuk mempelajari tulisan Jawi.

Page 6: Kajian jawi d055735

Sebelum melaksanakan cadangan-cadangan tersebut, tinjauan awal dan

pemerhatian dalam isu kajian yang dikenalpasti akan di buat untuk lebih memahami

dengan lebih mendalam masalah ini. Satu tinjauan kajian telah dilakukan dengan cara

mengumpul data seperti berikut:

7.1 TINJAUAN AWAL MASALAH

7.1.1. Ujian diagnostik.

Untuk tujuan mengenalpasti pencapaian pelajar diadakan ujian dianostik

dalam kelas tersebut. Ujian ini adalah penting bagi melihat pelajar yang boleh

menguasai dan pelajar yang sangat lemah dalam jawi. Ujian diagnostik ini

dijalankan di dalam kelas. Melalui ujian tersebut didapati pencapaian pelajar

adalah sangat lemah dalam bahagian menyambung huruf dan menulis

perkataan dalam tulisan jawi.

7.1.2. Buku Latihan

Masalah dalam menguasai jawi juga dapat dikenalpasti apabila melalui

pemeriksaan ke atas buku latihan Jawi pelajar. Di sini didapati:

a) Ada segelintir pelajar yang lansung tidak menulis suku kata jawi.

b) Terdapat pelajar yang tidak dapat menulis dengan cara yang betul.

c) Pelajar yang tidak menulis suku kata itu sehingga lengkap.

d) Pelajar menulis sehingga tidak dapat mengenal pasti perkataan

yang ditulis.

7.1.3. Bacaan spontan dalam kelas.

Sepanjang proses PdP yang dijalankan di dalam kelas, pelajar telah meminta

membaca buku petikan pendek secara individu, berkumpulan dan secara

kelas. Hasilnya pelajar yang celik jawi adalah sangat sedikit.

Page 7: Kajian jawi d055735

7.1.4. Sikap dan Minat.

Keputusan sikap dan minat pelajar terhadap jawi juga menunjukan ada

dikalangan pelajar kurang berminat untuk mempelajari jawi. Pelajar

berpendapat bidang jawi ini sangat sukar untuk dipelajari dan kurang penting

berbanding kemahiran lain. Hasil pemerhatian juga menunjukkan pelajar tidak

menggunakan masa yang terluang untuk belajar jawi.

7.1.5. Peranan Ibu Bapa

Peranan ibubapa dalam memupuk sikap dan minat pelajar terutamnya pelajar

lemah dalam penguasaan jawi adalah sangat mengecewakan. Kesedaran

ibubapa dalam membantu anak-anak mereka menguasai jawi ini mungkin

juga disebabkan ibubapa ini sendiri tidak tahu mengenai kemahiran jawi. ini

ditambah pula ramai pelajar yang tidak dihantar belajar di sekolah agama

pada sesi petang oleh ibubapa mereka. Lazimnya, pelajar yang dihantar ke

sekolah agama, akan lebih cekap dalam penguasaan jawi berbanding

dengan pelajar yang tidak ke sekolah agama.

8.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Beberapa kaedah di atas adalah selepas pemerhatian ke atas permasalahan yang

dihadapi oleh pelajar dalam penguasaan jawi, Kaedah telah dijalankan yang pada

pengamatan saya ia bersesuaian bagi memastikan pelajar dapat menguasai kemahiran

jawi dengan sebaiknya.

Page 8: Kajian jawi d055735

8.1. Kaedah mengajar menggunakan flash card (Kad Imbasan)

Penggunaan kad imbasan atau flash card adalah kaedah dimana guru mengajar

menggunakan Bahan Bantu Mengajar dengan cara menunjukkan kad imbasan

yang tertulis huruf atau suku kata jawi. biasanya tulisan di atas kad imbasan ini

sangat jelas dan menarik. Setelah itu guru tersebut akan menyebut satu persatu

dan akan diikuti oleh pelajar beramai-ramai dan juga secara individu. Flash card/

carta yang jelas dan interaktif akan menarik minat pelajar untuk memberi

tumpuan terhadap apa yang diajar oleh guru.

8.2. Kaedah tekapan.

Dalam kaedah ini guru akan mengedarkan kad suku kata tertutup yang

mempunyai tulisan jawi kepada pelajar. Selepas itu, guru mengarahkan pelajar

menekap tulisan guru tersebut di dalam buku latihan masing-masing. Guru

memegang dan membantu murid untuk melakukan aktiviti ini.

8.3. Tunjukcara

Kaedah ini adalah salah satu cara yang digunakan untuk meningkatkan

penguasaan pelajar dalam jawi. Teknik yang dilakukan adalah di mana, guru

akan mengajar pelajar menulis jawi di udara. Guru akan menunjukan cara

menulis jawi dengan cara yang betul di udara. Setelah itu guru akan menyuruh

pelajar-pelajar mengangkat tangan sehingga ke paras bahu dan menggunakan

jari telunjuk menulis huruf itu di udara. Di samping itu, kami juga meminta pelajar

menulis di hadapan kelas secara bergilir-gilir.

Page 9: Kajian jawi d055735

8.4. Program Pagtavangan Jawi (Tolong-menolong)

Kaedah ini memerlukan semangat setiakawan dan bantu-membantu. langkah

pertama ialah mengenal pasti kebolehan pelajar di dalam kelas Tahun 4

Terbilang. Pelajar yang sudah dikenalpasti mempunyai penguasaan jawi yang

lebih baik akan dilantik menjadi ketua atau pemimpin yang mengajar rakan-rakan

yang lemah. Ketua yang dilantik akan diberikan tugasmembantu mengajar rakan

dalam kumpulan serta melaporkan prestasi dan hasil daripada setiap aktiviti

yang dijalankan kepada guru.

Page 10: Kajian jawi d055735

9.0 JADUAL PERLAKSANAAN

BIL. AKTIVITITEMPOH

PERLAKSANAANCATATAN

1.Mengenal pasti masalah dan mengumpul data awal.

SEPANJANG TAHUN

2. Merancang Tindakan

3. Menulis proposal kajian

4. Melaksanakan tindakan (aktiviti 1)

5.Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan aktiviti 1

6. Melaksanakan tindakan (aktiviti 2 & 3)

7.Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan aktiviti 2 & 3

8. Melaksanakan tindakan (aktiviti 4)

9.Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan aktiviti 4

10. Ujian untuk mengesan pencapaian

11. Refleksi Kajian

12. Menulis Laporan Kajian

13. Pembentangan Dapatan Kajian

Page 11: Kajian jawi d055735

10. KOS PERBELANJAAN

BIL. JENIS BAHAN KUANTITI X HARGA SEUNIT

JUMLAH KOS

1. Kertas A4 5 x RM 8.00 RM 40.00

2. Printer Cartridge 1 x RM 85.00 RM 85.00

3. Fotostat Bahan RM 50.00

4. Buku Catatan Guru 1 x RM 2.00 RM 2.00

5. Kad Manila 10 x RM 0.50 RM 5.00

6. Kertas Warna 8 x RM 1.00 RM 8.00

7. Alat tulis dan Marker Pen RM 10.00

JUMLAH

RM 200.00

Page 12: Kajian jawi d055735

11. PENUTUP

Adalah diharapkan dengan kajian ringkas ini dapatlah membantu sedikit

sebanyak dalam memartabatkan jawi khususnya di sekolah ini. Hanya dengan azam

yang tinggi, usaha, komitmen serta kesabaran pelbagai aktiviti yang dirancang di sini

pasti menjadi reality. dengan persembahan menarik minat pelajar akan dapat dipupuk

dalam menguasai penulisan jawi.

Kajian ini bagi saya memerlukan sokongan daripada semua pihak sama ada

guru, murid dan ibubapa bagi memastikan semua objektif yang digariskan dapat dicapai

dengan jayanya. Semoga kajian ini menjadi kajian perintis ke arah cita-cita kita sifar

buta jawi bagi mencapai visi Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah pendidikan

Kebangsaan amnya.

Page 13: Kajian jawi d055735

RUJUKAN

Nik Rusila bt Yaakob.2001. Penguasaan Jawi dan Hubungannya dengan Minat dan

Pencapaiannya Dalam Pendidikan Islam. Kertas Kerja dalam Jurnal Pendidik dan

Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Hassan Basri. 1991. Laporan Penguasaan Jawi di Sekolah-Sekolah Rendah. Kajian

IRPA. Universiti Malaya.

Amri Daud. 2005. Kajian Keberkesanan j-QAF di 2 Buah Sekolah Perintis di

Terengganu. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Malaya.

Ishak Haron dan Hassan Basri. 1998. Laporan Penguasaan Jawi di Sekolah-Sekolah

Menengah. Kajian IRPA. Universiti Malaya.

Mohd Azhan bin Abdul Halim. 2006. Kajian Tindakan Kepada Modul Senang Jawi.

Kajian Tindakan Jabatan Pelajaran Perak. ( http://jpnperak.edu.com.my.)