kajian ini dijalankan untuk melihat amalan …huruf besar) (tandatangan penulis) (tandatangan...

33
PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) DI KALANGAN GURU- GURU TEKNIKAL DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DAERAH JOHOR BAHRU, JOHOR HAYAZI BIN MOHD YASIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: ngonhu

Post on 07-May-2019

252 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan …HURUF BESAR) (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : DR. ABDUL RAHIM BIN HAMDAN NO 25 FELDA KEMAHANG 1, 17500 TANAH

PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) DI KALANGAN GURU-

GURU TEKNIKAL DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK

DAERAH JOHOR BAHRU, JOHOR

HAYAZI BIN MOHD YASIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan …HURUF BESAR) (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : DR. ABDUL RAHIM BIN HAMDAN NO 25 FELDA KEMAHANG 1, 17500 TANAH

PSZ 19:16(Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL :

PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) DI

KALANGAN GURU-GURU TEKNIKAL DI SEKOLAH

MENENGAH TEKNIK DAERAH JOHOR BAHRU, JOHOR SESI PENGAJIAN : 2007/2008

Saya HAYAZI BIN MOHD YASIN

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan

untuk tujuan pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran

antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

√ TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(HURUF BESAR)

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

DR. ABDUL RAHIM BIN HAMDAN Alamat Tetap :

NO 25 FELDA KEMAHANG 1, 17500 TANAH MERAH, KELANTAN.

Tarikh : 25 April 2008 Tarikh : 25 April 2008

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan …HURUF BESAR) (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : DR. ABDUL RAHIM BIN HAMDAN NO 25 FELDA KEMAHANG 1, 17500 TANAH

PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) DI KALANGAN GURU-

GURU TEKNIKAL DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK

DAERAH JOHOR BAHRU, JOHOR

HAYAZI BIN MOHD YASIN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

Sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 4: Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan …HURUF BESAR) (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : DR. ABDUL RAHIM BIN HAMDAN NO 25 FELDA KEMAHANG 1, 17500 TANAH

ii

PENGESAHAN PENYELIA

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup ).”

Tandatangan : ...............................................................

Nama Penyelia : DR. ABDUL RAHIM BIN HAMDAN

Tarikh : ......................25.04.2008........................

Page 5: Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan …HURUF BESAR) (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : DR. ABDUL RAHIM BIN HAMDAN NO 25 FELDA KEMAHANG 1, 17500 TANAH

iii

PENGAKUAN

“ Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ..................................................

Nama Penulis : HAYAZI BIN MOHD YASIN

Tarikh : .................25.04.2008...............

Page 6: Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan …HURUF BESAR) (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : DR. ABDUL RAHIM BIN HAMDAN NO 25 FELDA KEMAHANG 1, 17500 TANAH

iv

DEDIKASI

KHAS BUAT

Ayahanda dan Bonda

Mohd Yasin bin Taib

W. Napisah binti W. Daud

Yang Teristimewa

Faridah Hanom binti Ismail@Hamid

Isteri Tersayang

Sekalung Terima Kasih

Tn. Hj. Zainudin Bin Hassan

Pensyarah Penyelia 1

Dr. Abdul Rahim bin Hamdan

Pensyarah Penyelia 2

Pensyarah-pensyarah

Sahabat-sahabat

Semoga Allah S.W.T. meredhai kehidupan kita

Terima kasih, Amin…….

Page 7: Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan …HURUF BESAR) (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : DR. ABDUL RAHIM BIN HAMDAN NO 25 FELDA KEMAHANG 1, 17500 TANAH

v

PENGHARGAAN

Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya

penyelidikan yang dijalankan ini dapat disiapkan sepenuhnya mengikut masa yang

telah ditetapkan.

Penyelidik ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih

kepada pensyarah pembimbing iaitu Tn. Hj. Zainudin bin Hassan dan Dr. Abdul

Rahim bin Hamdan yang telah banyak membantu dengan penuh komited dalam

membimbing, menasihat, memberi dorongan serta tunjuk ajar yang berguna di

sepanjang tempoh penyelidikan ini dijalankan. Penyelidik juga ingin merakamkan

sekalung budi buat Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia dan

rakan-rakan yang turut membantu dalam penyiapan penyelidikan ini.

Tidak lupa juga jutaan terima kasih disampaikan buat Pengetua dan semua

guru di SMT daearh Johor Bahru, Johor yang terlibat dalam memberikan kerjasama

yang tidak terhingga dalam memastikan penyelidikan ini berjalan dengan lancar

mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Penghargaan juga ditujukan kepada

sesiapa sahaja yang terlibat dalam penyelidikan ini secara langsung mahupun tidak

langsung.

Akhir sekali, terima kasih kepada ayahanda dan bonda yang dikasihi, isteri

tersayang serta keluarga yang banyak memberi dorongan dalam menjalankan

penyelidikan ini. Semoga Allah s.w.t. memberkati usaha dan pertolongan mereka.

Amin…..

Page 8: Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan …HURUF BESAR) (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : DR. ABDUL RAHIM BIN HAMDAN NO 25 FELDA KEMAHANG 1, 17500 TANAH

vi

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk melihat penggunaan alat bantu mengajar di

kalangan guru-guru teknikal sekolah menengah teknik di daerah Johor Bahru, Johor.

Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik yang diedarkan kepada 103

orang guru teknikal dari empat buah sekolah menengah teknik di daerah Johor

Bahru. Segala data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian komputer

‘Statistical Package For Social Science (SPSS version 13.0)’ untuk mendapatkan

kekerapan, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penggunaan

alat bantu mengajar di kalangan guru-guru teknikal adalah sederhana. Selain itu,

penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah penting

menurut guru-guru teknikal. Dapatan kajian juga mendapati faktor sikap dan minat,

pengurusan dan pentadbiran, beban tugas, kewangan serta kemahiran dan

pengetahuan kurang mempengaruhi guru-guru teknikal dalam penggunaan ABM

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui analisis ujian –t di dapati tidak

terdapat perbezaan yang signifikan mengenai tahap dan faktor yang mempengaruhi

penggunaan alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di antara

guru teknikal lelaki dan guru teknikal perempuan tetapi terdapat perbezaan yang

signifikan mengenai kepentingan penggunaan alat bantu mengajar dalam proses

pengajaran dan pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru teknikal

perempuan. Hasil kajian memerlukan tindakan dari pihak guru, pentadbir sekolah,

Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membantu

meningkatan lagi penggunaan alat bantu mengajar di kalangan guru-guru.

Page 9: Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan …HURUF BESAR) (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : DR. ABDUL RAHIM BIN HAMDAN NO 25 FELDA KEMAHANG 1, 17500 TANAH

vii

ABSTRACT

This research was carried out to identify of using teaching aids among

technical teachers in Technical school in Johor Bahru, Johor. The instruments of this

research were questionnaires and distributed to the 103 technical teachers from four

Technical School in Johor Bahru. The collected data were analyzed by using

Statistical Package For Social Science (SPSS version 13.0) computer software in

order to determined the frequency, percentage and mean. The findings had shown

that the level of teaching aids usage by technical teachers are medium. The usage of

teaching aids are important in the enthuse and the attitude, management and

administration, work overload, finance, knowledge and skill factors are not

influencing the technical teachers in the usage of teaching aids. From the analysis via

–t test it show, there is no significant differences based on level and factors

influences between male and female technical teachers but is a the differences about

the importance of usage teaching aids for teaching and learning process. This study

show that teachers, school administration, JPN and Ministry of Educational need to

take part and have to increase the using of teaching aids among teachers.

Page 10: Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan …HURUF BESAR) (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : DR. ABDUL RAHIM BIN HAMDAN NO 25 FELDA KEMAHANG 1, 17500 TANAH

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGESAHAN PENYELIA ii

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Persoalan Kajian 10

1.6 Hipotesis 11

1.7 Kepentingan Kajian 12

1.7.1 Guru 12

1.7.2 Pentadbir sekolah 12

1.7.3 JPN dan KPM 13

1.7.4 Pelajar 13

1.8 Batasan Kajian 13

Page 11: Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan …HURUF BESAR) (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : DR. ABDUL RAHIM BIN HAMDAN NO 25 FELDA KEMAHANG 1, 17500 TANAH

ix

1.9 Definisi 14

1.9.1 Tahap 14

1.9.2 Penggunaan 14

1.9.3 Alat Bantu Mengajar 14

1.9.4 Guru Teknikal 15

1.9.5 Pengajaran 15

1.9.6 Pembelajaran 16

1.9.7 Sekolah Menengah Teknik 16

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 17

2.2 Alat Bantu Mengajar 18

2.2.1 Jenis-jenis ABM 20

2.3 Kajian-kajian lepas 21

2.3.1 Tahap Penggunaan ABM Dalam Proses

Pengajaran Dan Pembelajaran 21

2.3.2 Kepentingan Penggunaan ABM Dalam

Proses Pengajaran Dan Pembelajaran 22

2.3.3 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi

Penggunaan ABM Dalam Proses

Pengajaran Dan Pembelajaran 24

2.4 Rumusan Kajian Lepas 27

BAB III METODOLOGI

3.1 Pengenalan 29

3.2 Reka Bentuk Kajian 30

3.3 Persampelan Dan Responden 31

3.4 Tempat Kajian 32

3.5 Instrumen Kajian 32

3.6 Kajian Rintis 34

Page 12: Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan …HURUF BESAR) (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : DR. ABDUL RAHIM BIN HAMDAN NO 25 FELDA KEMAHANG 1, 17500 TANAH

x

3.7 Prosedur Kajian 35

3.8 Analisis Data 35

BAB IV ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 37

4.2 Keputusan dan Analisis Latar Belakang

Responden 39

4.2.1 Analisis Data Berdasarkan Jantina 39

4.2.2 Analisis Data Berdasarkan Umur 40

4.2.3 Analisis Data Berdasrkan Pengalaman

Mengajar 41

4.3 Keputusan dan Analisis Persoalan Kajian 1 41

4.3.1 Kekerapan Penggunaan Bahan Bercetak 42

4.3.2 Kekerapan Penggunaan Model 43

4.3.3 Kekerapan Penggunaan Poster/Carta 44

4.3.4 Kekerapan Penggunaan Gambar Foto 45

4.3.5 Kekerapan Penggunaan Papan Gulung 46

4.3.6 Kekerapan Penggunaan Peralatan Sebenar 47

4.3.7 Kekerapan Penggunaan OHP

dan Transparensi 48

4.3.8 Kekerapan Penggunaan Komputer dan

LCD 49

4.3.9 Kekerapan Penggunaan Televisyen

dan Video 50

4.3.10 Kekerapan Penggunaan Radio dan Kaset 51

4.3.11 Tahap Penggunaan ABM 52

4.4 Keputusan dan Analisis Persoalan Kajian 2 53

4.5 Keputusan dan Analisis Persoalan Kajian 3 57

4.5.1 Faktor Sikap dan Minat 57

4.5.2 Faktor Pengurusan dan Pentadbiran 60

4.5.3 Faktor Beban Tugas 64

4.5.4 Faktor Kewangan 67

Page 13: Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan …HURUF BESAR) (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : DR. ABDUL RAHIM BIN HAMDAN NO 25 FELDA KEMAHANG 1, 17500 TANAH

xi

4.5.5 Faktor Kemahiran dan Pengetahuan 70

4.5.6 Faktor yang Mempengaruhi

Penggunaan ABM 73

4.6 Keputusan dan Analisis Persoalan Kajian 4 74

4.7 Keputusan dan Analisis Persoalan Kajian 5 74

4.8 Keputusan dan Analisis Persoalan Kajian 6 75

4.9 Penutup 76

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 77

5.2 Perbincangan dan Rumusan 77

5.2.1 Tahap Penggunaan ABM 78

5.2.2 Kepentingan Penggunaan ABM 79

5.2.3 Faktor Yang Mempengaruhi

Penggunaan ABM 81

5.2.3.1 Faktor Sikap dan Minat 81

5.2.3.2 Faktor Pengurusan dan

Pentadbiran 82

5.2.3.3 Faktor Beban Tugas 83

5.2.3.4 Faktor Kewangan 83

5.2.3.5 Faktor Kemahiran dan

Pengetahuan 84

5.3 Cadangan 85

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 87

5.5 Penutup 88

BIBLIOGRAFI 89

LAMPIRAN 94

Page 14: Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan …HURUF BESAR) (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : DR. ABDUL RAHIM BIN HAMDAN NO 25 FELDA KEMAHANG 1, 17500 TANAH

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT

3.1 Bilangan responden mengikut sekolah 32

3.2 Skala Likert 5 Mata 34

3.3 Nilai Penskoran Item 34

3.4 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Peratus 36

3.5 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 36

4.1 Taburan Responden Berdasarkan Sekolah 37

4.2 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 38

4.3 Nilai Penskoran Item 39

4.4 Nilai Pentafsiran Aras Signifikan 39

4.5 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 39

4.6 Taburan Responden Berdasarkan Umur 40

4.7 Taburan Responden Mengikut Pengalaman

Mengajar 41

4.8 Taburan Penggunaan Bahan Bercetak 42

4.9 Taburan Penggunaan Model 43

4.10 Taburan Penggunaan Poster/Carta 44

4.11 Taburan Penggunaan Gambar Foto 45

4.12 Taburan Penggunaan Papan Gulung 46

4.13 Taburan Penggunaan Peralatan Sebenar 47

4.14 Taburan Penggunaan OHP dan Transparensi 48

4.15 Taburan Penggunaan Komputer dan LCD 49

4.16 Taburan Penggunaan Televisyen dan Video 50

4.17 Taburan Penggunaan Radio dan Kaset 51

4.18 Tahap Penggunaan ABM 52

4.19 Taburan Responden Mengenai Kepentingan

Penggunaan ABM Dalam Pengajaran 53

Page 15: Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan …HURUF BESAR) (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : DR. ABDUL RAHIM BIN HAMDAN NO 25 FELDA KEMAHANG 1, 17500 TANAH

xiii

4.20 Taburan Responden Mengenai Faktor Sikap

dan Minat Yang Mempengaruhi Penggunaan

ABM 57

4.21 Taburan Responden Mengenai Faktor

Pengurusan dan Pentadbiran Yang

Mempengaruhi Penggunaa ABM 60

4.22 Taburan Responden Mengenai Faktor Beban

Tugas Yang Mempengaruhi Penggunaa ABM 64

4.23 Taburan Responden Mengenai Faktor

Kewangan Yang Mempengaruhi Penggunaa

ABM 67

4.24 Taburan Responden Mengenai Faktor

Kemahiran dan Pengetahuan Yang

Mempengaruhi Penggunaa ABM 70

4.25 Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaa ABM 73

4.26 Analisis Perbezaan Tahap Penggunaan ABM

Berdasarkan Jantina 74

4.27 Analisis Perbezaan Kepentingan Penggunaan

ABM Berdasarkan Jantina 75

4.28 Analisis Perbezaan Faktor Yang Mempengaruhi

Penggunaan ABM Berdasarkan Jantina 75

Page 16: Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan …HURUF BESAR) (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : DR. ABDUL RAHIM BIN HAMDAN NO 25 FELDA KEMAHANG 1, 17500 TANAH

xiv

SENARAI SINGKATAN

ABM - Alat Bantu Mengajar

SMT - Sekolah Menengah Teknik

KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

PSS - Pusat Sumber Sekolah

PSPN - Pusat Sumber Pendidikan Negeri

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

ƒ - Frekunsi/Kekerapan

% - Peratus

SPSS - ‘Statistical Pakage for Social Science’

OHP - ‘Overhead Projector’

LCD - ‘Liquid Crystal Display’

S - Setuju

TP - Tidak Pasti

AS - Amat Setuju

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 17: Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan …HURUF BESAR) (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : DR. ABDUL RAHIM BIN HAMDAN NO 25 FELDA KEMAHANG 1, 17500 TANAH

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT

A Set Soal Selidik 95

B Surat Kebenaran Bahagian Perancangan

dan Penyelidikan Dasar (EPRD) 101

C Surat Kebenaran Pejabat Pelajaran Negeri

Johor 103

D Surat Pengesahan Fakulti 104

E Pengesahan Item Soal Selidik 105

F Bilangan Guru SMT di Daerah Johor Bahru 107

Page 18: Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan …HURUF BESAR) (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : DR. ABDUL RAHIM BIN HAMDAN NO 25 FELDA KEMAHANG 1, 17500 TANAH

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kepentingan bidang teknik dan vokasional disedari seawal tahun 1961

apabila sekolah menengah teknik dan vokasional diasaskan. Ini diikuti dengan

penubuhan Maktab Perguruan Teknik pada tahun 1962. Di peringkat lanjutan,

Politeknik Ungku Omar telah bermula pada tahun 1962. Pada amnya, institut-institut

ini diwujudkan untuk menyediakan pekerja-pekerja kolar biru di sektor

perindustrian. Sekolah menengah teknik diberi mandat untuk melahirkan tenaga

separuh mahir dengan memberi penekanan kepada pendidikan akademik dan

pendidikan asas (sains dan teknologi). Menurut Jomo (1991), yang terpengaruh

dengan analisis Bowles dan Gintis menyatakan di Malaysia, peranan pelajaran dalam

menyediakan tenaga kerja dan berdisiplin amat penting.

Malaysia hari ini adalah sebuah negara yang kian pesat membangun dalam

menuju sebuah negara maju menjelang Wawasan 2020. Setelah 50 tahun negara

mencapai merdeka, terdapat berbagai-bagai usaha dilakukan dalam sistem

pendidikan negara ke arah yang lebih maju dengan menerapkan unsur-unsur sains

dan teknologi dalam pendidikan. Menurut Zaidy Zakarya (2001), satu tindakan yang

bijak oleh barisan pemimpin negara dalam perubahan negara dari pengguna

teknologi kepada penyumbang teknologi agar mampu bersaing dengan negara-negara

Page 19: Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan …HURUF BESAR) (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : DR. ABDUL RAHIM BIN HAMDAN NO 25 FELDA KEMAHANG 1, 17500 TANAH

2

maju yang lain. Walau bagaimanapun, tanpa pelaksananya (guru), nescaya matlamat

sebenar disebalik perubahan itu tidak mungkin akan dicapai dengan jayanya.

“...tugas mengajar bukan profesion untuk dijual tetapi ia adalah merupakan

peranan yang wajib dilaksanakan dengan serba sempurna.” (Zaki Badawi,

1990)

Kepentingan pendidikan terbukti melalui potongan ayat suci Al-Quran yang

dipetik dari Surah Az-Zumar ayat 9:

ö≅è% ö≅ yδ “ÈθtGó¡ o„ t⎦⎪Ï% ©!$# tβθ çΗs>ôè tƒ t⎦⎪Ï% ©!$#uρ Ÿω tβθßϑn= ôè tƒ 3 $yϑ̄ΡÎ) ã©.x‹ tGtƒ (#θä9'ρ é& É=≈ t7ø9F{$#

“Katakan tiada serupa orang-orang yang berilmu pengetahuan dengan

orang yang tidak berilmu pengetahuan” (Tafsir Mahmud Yunus, 2007).

Guru haruslah memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan

pembelajaran kepada pelajarnya sebagai menyahut hasrat negara untuk menjadi

negara maju menjelang 2020. Sewajarnya guru mestilah memainkan peranan yang

penting bagi merealisasikannya dengan menjalankan tanggungjawab mereka dengan

mendidik pelajar-pelajar dengan sebaiknya agar menjamin pelajarnya menguasai apa

yang diajar. Antaranya, penggunaan alat bantu mengajar (ABM) dalam proses

pengajaran dan pembelajaran mereka terutamanya di sekolah-sekolah menengah

teknik oleh guru-guru teknikal. Ini kerana sekolah-sekolah menengah teknik banyak

menerapkan unsur sains dan teknologi dalam pembelajarannya. Dengan penggunaan

ABM dapat membantu guru-guru teknikal menerangkan sesuatu perkara dan konsep

isi kandungan pembelajaran dengan lebih tepat berbanding penerangan secara lisan.

Menurut Mohd Fazreen (2003), pembelajaran yang dijalankan oleh guru

dengan hanya menggunakan buku teks sebagai bahan pelajaran boleh menimbulkan

suasana hambar dan seterusnya menimbulkan kebosanan di kalangan pelajar.

Berbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran digunakan pada zaman

sekarang sehinggalah penggunaan sumber berkomputer dan berteknologi diguna

Page 20: Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan …HURUF BESAR) (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : DR. ABDUL RAHIM BIN HAMDAN NO 25 FELDA KEMAHANG 1, 17500 TANAH

3

pakai dalam proses pengajaran dan pembelajaran berbanding zaman dahulu yang

hanya menggunakan papan batu dan kapur. Dalam proses pengajaran dan

pembelajaran, ransangan dari pelbagai sumber penting bagi membina daya kreativiti

dan inovasi pelajar. Bahan-bahan terkini perlu disediakan agar dapat membantu

pelajar memahami konsep yang diajar dan sebagai menyokong pengajaran guru itu

sendiri.

Menurut Amir Hasan (2002), dalam sebuah bilik darjah, setiap individu

mempunyai psikologi dan kebolehan intelek yang berbeza antara satu sama lain.

Lantaran itu pengajaran yang dirancang perlu sesuai, disusun (mengikut tahap

pelajar) dan disokong (dengan alat bantu mengajar) bagi meransang perkembangan

potensi individu ke tahap yang maksimum. Lantaran itu guru-guru teknikal haruslah

bijak dan kreatif dalam pengajarannya dengan memperbanyakkan penggunaan ABM

dalam pengajaran mereka. ABM adalah penting dalam pengajaran dan pendidikan

kerana ianya dapat meransang minat yang tinggi kepada pelajar untuk belajar.

Menurut Ng Ying (2004), semua jenis pembelajaran dan pengalaman yang

diperolehi adalah melalui deria kita sendiri seperti penglihatan, pendengaran,

sentuhan, rasa dan bau. Penggunaan ABM tidak dapat dielakkan dalam pengajaran

guru kerana penggunaan alat-alat ini dapat membantu pelajar menajamkan deria

mereka bagi membantu mereka mencapai pembelajaran yang berkesan.

Dengan itu, guru-guru teknikal hendaklah sentiasa peka terhadap

perkembangan semasa tentang teknik mengajar dan kesannya ke atas proses

pembelajaran pelajar. Guru-guru teknikal juga perlu sentiasa berusaha ke arah

pengajaran yang dapat memberikan kesan positif kepada pelajarnya. Ini bukan sahaja

dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah, malahan dapat

melahirkan pelajar yang dapat menyumbang tenaga kepada pembangunan negara.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kaedah pengajaran yang memusatkan pelajar, bahan dan berasaskan aktiviti

telah menjadi fokus utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum

Page 21: Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan …HURUF BESAR) (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : DR. ABDUL RAHIM BIN HAMDAN NO 25 FELDA KEMAHANG 1, 17500 TANAH

4

latihan perguruan di universiti-universiti dan maktab-maktab perguruan (kini institut

perguruan) memberi penekanan dengan melatih bakal guru-guru yang bukan sahaja

mempunyai pengetahuan isi kandungan yang tinggi malah dapat menguasai berbagai

kemahiran dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

Guru-guru telah diberi latihan yang secukupnya semasa menuntut di

universiti-universiti ataupun di institut-institut perguruan. Mereka didedahkan

dengan berbagai ilmu pendidikan di antaranya Pedagogi, Psikologi Pendidikan,

Teknologi Pendidikan, Sosiologi dan Profesionalisme Dalam Pendidikan, ‘Mikro

Teaching’ dan sebagainya. Tidak cukup dengan latihan yang diberikan di tempat

pengajian, mereka dihantar pula ke sekolah-sekolah untuk menjalani latihan

mengajar sebelum bergelar seorang guru. Mereka didedahkan dengan pelbagai

kaedah mengajar, sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran dan juga bagaimana

menggunakan ABM dengan berkesan. Kaedah-kaedah yang dipelajari itu diharapkan

dapat dicuba dan diterokai apabila mereka bertugas sebagai guru di sekolah kelak.

Persoalannya, sejauhmanakah ilmu yang diperolehi sepanjang pengajian itu

dipraktikkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka di sekolah

terutamanya dalam penggunaan ABM.

Dalam beberapa tahun yang akan datang, semua sekolah di negara akan

dibestarikan (Lai, Khaw dan Seah, 2002). Sekolah-sekolah bestari ini akan

dilengkapi dengan pelbagai sumber pelajaran dan ABM yang merangkumi pelbagai

media. Guru-guru di sekolah harus menguasai kemahiran memilih dan

mengoptimumkan penggunaanya untuk mencapai dengan jayanya objektif pelajaran

yang telah dirancang. Dengan itu, guru-guru perlu bersedia menghadapi cabaran-

cabaran dan perubahan-perubahan yang dijangkakan dari segi amalan pengurusan

pembelajaran di bilik darjah khususnya dalam menguasai kemahiran menggunakan

ABM dengan berkesan dan juga perubahan 'mindset'nya tentang kepentingan dan

peranan bahan-bahan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Selaras dengan era sains dan teknologi, sekolah-sekolah di negara kita telah

dibekalkan dengan pelbagai ABM berteraskan teknologi khususnya di sekolah-

sekolah menengah teknik. Menurut Amir Hasan (2002), bidang pendidikan tidak

dapat lari daripada menggunakannya sebagai ABM kepada guru-guru dalam proses

Page 22: Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan …HURUF BESAR) (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : DR. ABDUL RAHIM BIN HAMDAN NO 25 FELDA KEMAHANG 1, 17500 TANAH

5

pengajaran dan pembelajaran mereka. Teknologi yang digunakan dalam pendidikan

berubah daripada yang tradisional kepada apa yang ada pada hari ini. Teknologi pada

zaman awal persekolahan telah dianggap tradisional pada masa kini. Antara alatan

yang dianggap tradisional ialah penggunaan kapur dan papan hitam. Pada hari ini

teknologi semakin berkembang bila mana terdapat alat-alat seperti komputer, cakera

liut dan cakera padat, ’imager’, alat tayang, internet dan sebagainya. Adalah tidak

wajar bagi guru-guru yang berada dalam era sains dan teknologi kini masih

meneruskan pengajaran mereka dengan cara lama yang hanya bersandarkan buku

teks atau ’chalk and talk’ semata-mata.

Dalam kajian Baharuddin & Shariff (1995), ada menyelitkan peribahasa Cina

yang berbunyi saya dengar dan saya lupa, saya lihat dan saya ingat, saya buat dan

saya faham. Kata-kata itu memberi masej yang jelas kepada guru-guru teknikal agar

tidak menggunakan cara ’chalk and talk’ atau memberi kuliah semata-mata kerana

bahan yang disampaikan akan mudah dilupai. Menurut Dywer (1978) pula, pelajar

yang membaca sambil melihat gambar boleh ingat dengan baik daripada hanya

membaca teks sahaja. Ini dapat dibuktikan melalui kajian yang dijalankan oleh ahli-

ahli psikologi dalam kajian Ng Ying (2004) bahawa, pancaindera penglihatan

berupaya memproses 4 300 000 maklumat manakala pancaindera pendengaran

berupaya menerima 50 000 maklumat.

Dalam kajian Wan Nur Azyyati (2007), semakin banyak pancaindera yang

digunakan semakin berkesan pembelajaran itu. Ini kerana pancaindera yang

berlainan menghasilkan keadaan penanggapan yang berlainan. Setiap pancaindera

melengkapi kekurangan dan mengukuhkan penanggapan sesuatu pancaindera yang

lain. Dengan sebab itu, pengajaran yang menggunakan alat-alat yang berbagai

pancaindera akan lebih mendatangkan kesan. Alat yang menggunakan warna dan

bentuk yang menarik akan lebih menarik perhatian. Demikian juga alat-alat yang

dapat dipandang, didengar dan dirasa akan lebih mendatangkan kesan (Atan, 1990).

Dalam kajian Muhamad Sobri (2000), guru-guru yang mengajar dengan

hanya menggunakan buku teks sebagai pelajaran, hanya membuktikan yang dia tidak

kreatif untuk menimbulkan suasana yang gembira dan akhirnya menjadikan kelas

Page 23: Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan …HURUF BESAR) (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : DR. ABDUL RAHIM BIN HAMDAN NO 25 FELDA KEMAHANG 1, 17500 TANAH

6

mereka bosan serta pelajar-pelajar tidak mendapat idea baru. Natijahnya, fikiran

pelajar menjadi beku dan tidak kreatif.

Ada guru yang membosankan pelajar kerana cara pengajaran yang tidak

berubah dari hari demi hari, minggu demi minggu dan tahun demi tahun. Sepatutnya

yang perlu digunakan adalah sedikit imaginasi bagi mengubah cara penyampaian,

mencari pendapat baru atau mencuba kaedah baru dan menggunakan bantuan

peralatan bagi menyokong pengajarannya. Guru harus memahami citarasa pelajarnya

yang berusia muda dan cuba menyesuaikan pengajarannya (Pusat Perkembangan

Kurikulum, 1990).

Menurut Brophy (1998) dalam Ng Ying (2004) mengatakan bahawa proses

pembelajaran merupakan sesuatu yang menyeronokkan sekiranya kurikulum yang

digubal dan guru yang melaksanakan aktiviti yang selari dengan kehendak dan minat

pelajar.

Dalam dapatan kajian Indrawati (2003), beliau mendapati bahawa faktor

pengajaran guru mempunyai pengaruh yang kuat terhadap prestasi pelajar. Dapatan

kajian beliau menyamai laporan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan

Malaysia (MPM) pada tahun 1992, antara faktor yang mempengaruhi pencapaian

prestasi pelajar ialah kaedah pengajaran yang dipraktikkan oleh guru dalam bilik

darjah.

Ng Ying (2004) pula menyatakan dalam kajiannya, kajian-kajian pendidikan

yang terdahulu mendapati bahawa antara sebab pelajar tidak berminat untuk

mengikuti pelajaran dalam kelas adalah kerana corak dan pola pengajaran yang

membosankan mereka. Selain itu, penurunan motivasi belajar di kalangan para

pelajar juga disebabkan oleh sifat pengajaran yang homogen dan berbentuk sehala

(guru-pelajar) di kalangan kebanyakan guru.

Penggunaan ABM perlu dipelbagaikan dengan kaedah dan teknik mengajar

agar pengajaran dijalankan dengan berkesan, menarik perhatian, menjimatkan masa

dan tenaga serta menghasilkan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan

(Mok Soon Sang, 2001).

Page 24: Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan …HURUF BESAR) (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : DR. ABDUL RAHIM BIN HAMDAN NO 25 FELDA KEMAHANG 1, 17500 TANAH

7

Ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya penggunaan ABM kepada

guru-guru dalam menyampaikan pelajaran kepada pelajar-pelajarnya. Seseorang guru

harus mahir mengenal pasti, membuat keputusan untuk memilih ABM yang berkesan

dan mengoptimumkan sumber untuk mencapai objektif pengajaran yang dirancang.

Ini kerana penggunaan ABM amat penting kepada guru bagi membantu mereka

menyampaikan pelajaran dan memastikan pelajar dapat menguasai ilmu yang

disampaikan. Di antara kepentingan ABM yang dapat disebutkan di sini adalah

seperti berikut:

i. Membantu guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya

memainkan peranan sebagai membantu tugas guru di dalam menerangkan

isi pelajaran.

ii. Mengawal disiplin pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran

sedang berlangsung.

iii. Mengurangkan kebosanan pelajar semasa berlakunya proses pengajaran

dan pembelajaran.

(Pusat Perkembangan Kurikulum, 1990)

Dalam pendidikan banyak inovasi diperkenalkan bagi memudahkan proses

pengajaran dan pembelajaran guru. ABM memudahkan para guru mentransmisikan

ilmu pengetahuan kepada pelajarnya. Ia juga membantu interaksi sosial antara guru

dan pelajarnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru sepatutnya dapat

menggunakan sebarang bahan yang ada dan sesuai dalam proses interaksinya dengan

pelajar-pelajarnya.

Kualiti sesuatu pelajaran yang memusatkan pelajar amat bergantung kepada

keberkesanan guru memilih dan menggunakan ABM yang sesuai. Di sekolah, Pusat

Sumber Sekolah merupakan tempat yang boleh menjadi rujukan kepada guru-guru

dalam mendapatkan sumber pengajaran. Walau bagaimanapun, sesebuah sekolah

yang mempunyai Pusat Sumber yang dilengkapi ABM tidak dapat membantu pelajar

dalam pembelajarannya jika gurunya tidak menggunakan bahan itu dalam

pengajarannya.

Page 25: Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan …HURUF BESAR) (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : DR. ABDUL RAHIM BIN HAMDAN NO 25 FELDA KEMAHANG 1, 17500 TANAH

8

Sememangnya ABM memainkan peranan yang penting dalam proses

pengajaran dan pembelajaran guru termasuklah guru-guru teknikal. Adalah menjadi

tanggugjawab guru untuk menggunakannya dengan sebaik mungkin bagi membantu

kefahaman pelajar-pelajarnya tentang konsep dan ilmu pelajaran yang hendak

disampaikan.

1.3 Pernyataan Masalah

Cabaran pendidikan kini mengalami gelombang perubahan yang semakin

ketara dengan wujudnya kurikulum dan mata pelajaran yang baru diperkenalkan oleh

Kementerian Pendidikan. Ini termasuklah kewujudan sekolah menengah teknik yang

menjuruskan ke arah bidang sains dan teknologi. Justeru itu, penggunaan ABM

perlulah dititik beratkan dalam pengajaran guru-guru teknikal agar pelajar-pelajar ini

mampu menjadikan mata pelajaran tersebut sebagai asas untuk melibatkan diri dalam

dunia pekerjaan atau meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

ABM bukanlah perkara baru dalam dunia pendidikan kini. Oleh itu, guru

perlu bijak memilih kaedah pengajaran yang paling sesuai untuk para pelajarnya

kerana ia membantu guru tersebut menyediakan bahan-bahan pengajaran yang

bermakna dan menarik serta mampu memperkembangkan bakat dan potensi pelajar

dalam mencapai objektif Falsafah Pendidikan Negara (Ee Ah Meng, 1997). Guru

haruslah melakukan anjakan paradigma dalam pengajaran mereka dan tidak semata-

mata menggunakan kaedah ‘chalk and talk’ dalam pengajaran. Ini kerana kaedah ini

membosankan dan menurunkan motivasi pelajar untuk belajar. Guru perlu

mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran mereka sejajar dengan

cabaran pendidikan masa kini dengan mendedahkan kepada pelajarnya dengan ABM

yang mampu membantu kefahaman dan menolong pelajar ke arah pembelajaran yang

lebih bermakna.

Persoalannya, sejauhmanakah penggunaan ABM di kalangan guru-guru

teknikal di sekolah menengah teknik di daerah Johor Bahru dalam proses pengajaran

dan pembelajarannya?

Page 26: Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan …HURUF BESAR) (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : DR. ABDUL RAHIM BIN HAMDAN NO 25 FELDA KEMAHANG 1, 17500 TANAH

9

1.4 Objektif Kajian

Berpandukan kepada persoalan kajian di atas, objektif kajian ini adalah

untuk:

1.4.1 Mengenalpasti tahap penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan

pembelajaran di kalangan guru-guru teknikal sekolah menengah teknik

daerah Johor Bahru.

1.4.2 Mengetahui kepentingan penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan

pembelajaran di kalangan guru-guru teknikal sekolah menengah teknik

daerah Johor Bahru.

1.4.3 Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam

proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru teknikal sekolah

menengah teknik daerah Johor Bahru.

1.4.4 Melihat perbezaan tahap penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan

pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru teknikal perempuan di

sekolah menengah teknik daerah Johor Bahru.

1.4.5 Melihat perbezaan kepentingan penggunaan ABM dalam proses pengajaran

dan pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru teknikal perempuan

di sekolah menengah teknik daerah Johor Bahru.

1.4.6 Melihat perbezaan faktor yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam

proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru

teknikal perempuan di sekolah menengah teknik daerah Johor Bahru.

Page 27: Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan …HURUF BESAR) (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : DR. ABDUL RAHIM BIN HAMDAN NO 25 FELDA KEMAHANG 1, 17500 TANAH

10

1.5 Persoalan Kajian

Menurut Azizi (2007), persoalan kajian adalah saranan sementara yang

menjelaskan sesuatu fenomena yang dikaji sebagai penyelesaian masalah. Dalam

kajian ini penyelidik mengemukakan beberapa persoalan kajian bagi menentukan

objektif kajian tercapai di antaranya ialah:

1.5.1 Apakah tahap penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran

di kalangan guru-guru teknikal sekolah menengah teknik daerah Johor

Bahru?

1.5.2 Apakah kepentingan penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan

pembelajaran di kalangan guru-guru teknikal sekolah menengah teknik

daerah Johor Bahru?

1.5.3 Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses

pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru teknikal sekolah

menengah teknik daerah Johor Bahru?

1.5.4 Adakah terdapat perbezaan tahap penggunaan ABM dalam proses pengajaran

dan pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru teknikal perempuan

di sekolah menengah teknik daerah Johor Bahru?

1.5.5 Adakah terdapat perbezaan mengenai kepentingan penggunaan ABM dalam

proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru

teknikal perempuan di sekolah menengah teknik daerah Johor Bahru?

1.5.6 Adakah terdapat perbezaan tentang faktor yang mempengaruhi penggunaan

ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru teknikal

lelaki dan guru teknikal perempuan di sekolah menengah teknik daerah Johor

Bahru?

Page 28: Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan …HURUF BESAR) (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : DR. ABDUL RAHIM BIN HAMDAN NO 25 FELDA KEMAHANG 1, 17500 TANAH

11

1.6 Hipotesis

Hipotesis kajian adalah berdasarkan persoalan-persoalan berikut:

1.6.1 Adakah terdapat perbezaan tahap penggunaan ABM dalam proses pengajaran

dan pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru teknikal perempuan

di sekolah menengah teknik daerah Johor Bahru?

Ho1 : Tidak terdapat perbezaan di antara tahap penggunaan ABM dalam

proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan

guru teknikal perempuan di sekolah menengah teknik daerah Johor

Bahru.

1.6.2 Adakah terdapat perbezaan mengenai kepentingan penggunaan ABM dalam

proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru

teknikal perempuan di sekolah menengah teknik daerah Johor Bahru?

Ho2 : Tidak terdapat perbezaan mengenai kepentingan penggunaan ABM

dalam proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru teknikal

lelaki dan guru teknikal perempuan di sekolah menengah teknik

daerah Johor Bahru.

1.6.3 Adakah terdapat perbezaan tentang faktor yang mempengaruhi penggunaan

ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru teknikal

lelaki dan guru teknikal perempuan di sekolah menengah teknik daerah Johor

Bahru?

Ho3 : Tidak terdapat perbezaan tentang faktor yang mempengaruhi

penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran di

antara guru teknikal lelaki dan guru teknikal perempuan di sekolah

menengah teknik daerah Johor Bahru.

Page 29: Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan …HURUF BESAR) (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : DR. ABDUL RAHIM BIN HAMDAN NO 25 FELDA KEMAHANG 1, 17500 TANAH

12

1.7 Kepentingan Kajian

Kajian yang dilakukan ini akan memberi faedah kepada pihak-pihak yang

terlibat dalam pendidikan khususnya yang melibatkan ABM dalam mata pelajaran

teknikal. Antara pihak-pihak yang boleh mendapat faedah dari kajian ini ialah seperti

berikut :

1.7.1 Guru

Menjadi panduan kepada guru-guru teknikal di sekolah-sekolah lain yang

mengajar mata pelajaran kejuruteraan dalam melaksanakan proses pengajaran dan

pembelajaran. Hasil daripada kajian ini akan membolehkan mereka menilai semula

pengajaran mereka. Seterusnya ini akan meningkatkan lagi mutu pengajaran guru-

guru ke tahap yang lebih membanggakan. Di samping itu guru teknikal juga dapat

mengetahui tahap penggunaan ABM dalam pengajaran mereka.

Penyelidikan ini juga mampu membantu guru-guru teknikal agar dapat

menggunakan pendekatan pengajaran yang bersesuaian dengan mata pelajaran yang

diajar.

1.7.2 Pentadbir sekolah

Membantu pihak pentadbir sekolah bagi menyusun teknik pengajaran guru

melalui pemilihan ABM serta menyediakan kemudahan peralatan mengajar kepada

guru agar proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan.

Di samping itu juga pihak sekolah dapat memberi fokus kepada Pusat Sumber

sekolah dengan memperlengkapkan ABM dan menyediakan bilik khas untuk

penyimpanan, baik pulih dan pembinaan ABM.

Page 30: Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan …HURUF BESAR) (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : DR. ABDUL RAHIM BIN HAMDAN NO 25 FELDA KEMAHANG 1, 17500 TANAH

13

1.7.3 Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM)

Kajian ini juga dapat membantu KPM dalam mengenalpasti jenis ABM yang

bersesuaian dengan mata pelajaran yang ada di sekolah menengah teknik masa kini.

Dengan itu, KPM dapat merangka dan membekalkan ABM yang sesuai ke sekolah

teknik seluruh negara melalui terus ke sekolah atau pun melalui JPN.

Di samping itu, JPN juga dapat menyediakan dan melengkapkan Pusat

Kegiatan Guru (PKG) di kawasan mereka bagi memudahkan guru-guru mendapatkan

dan meminjam ABM bagi kegunaan di sekolah masing-masing.

1.7.4 Pelajar

Membantu pelajar agar lebih memahami pelajaran yang diajar serta

menghindarkan mereka dari rasa bosan semasa proses pengajaran dan pembelajaran

berlaku. Dengan itu, diharapkan dapat mencungkil potensi individu pelajar dengan

pendedahan sumber pengajaran yang berbagai bentuk.

1.8 Batasan Kajian

Kajian ini hanya melibatkan guru-guru teknikal di sekolah-sekolah menengah

teknik yang berada di daerah Johor Bahru, Johor sahaja. Terdapat empat buah

sekolah yang telah dikenalpasti oleh penyelidik iaitu:

a. Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru

b. Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru

c. Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri.

d. Sekolah Menengah Teknik (ERT) Azizah, Johor Bahru

Segala keputusan yang diperolehi nanti hanyalah melibatkan sekolah-sekolah

menengah teknik di atas sahaja dan keputusannya tidak boleh disamakan dengan

sekolah-sekolah di luar kawasan tersebut.

Page 31: Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan …HURUF BESAR) (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : DR. ABDUL RAHIM BIN HAMDAN NO 25 FELDA KEMAHANG 1, 17500 TANAH

14

1.9 Definisi

Sebelum menjalankan kajian, kefahaman tentang istilah atau perkataan dalam

satu-satu tajuk kajian adalah mustahak supaya kajian yang dijalankan tidak terpesong

dan menyimpang dari matlamat asal. Berikut adalah istilah-istilah penting yang

digunakan dalam kajian ini.

1.9.1 Tahap

Kamus Dewan (2002), tahap didefinisikan sebagai peringkat atau tingkat.

Dalam kajian ini, tahap merujuk kepada kekerapan guru-guru teknikal SMT di

daerah Johor Bahru dalam menggunakan ABM dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

1.9.2 Penggunaan

Kamus Dewan (2002), perihal (perbuatan/kegiatan) menggunakan sesuatu

(menggunakan alat bantu mengajar).

Dalam kajian ini penyelidik hendak mengenalpasti ABM yang digunakan,

kepentingan ABM dan faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam

proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru teknikal sekolah

menengah teknik daerah Johor Bahru.

1.9.3 Alat Bantu Mengajar (ABM)

Abd. Rahman (1995), sebarang bentuk benda, bahan, alat, perkakas sama ada

konkrit atau abstrak (alat audio, APD) yang dapat digunakan atau dieksploitasikan

oleh seseorang secara sistematik untuk membantu dalam proses menyampaikan

pengajaran. Ia melibatkan sebarang alat atau bahan yang digunakan semasa proses

pengajaran dan pembelajaran dalam kelas yang melibatkan bahan bercetak dan bukan

bercetak yang boleh mendatangkan pengajaran dan membantu guru semasa proses

pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.

Page 32: Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan …HURUF BESAR) (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : DR. ABDUL RAHIM BIN HAMDAN NO 25 FELDA KEMAHANG 1, 17500 TANAH

15

Menurut Kamarudin (1990), alat batu mengajar merupakan segala

kelengkapan yang digunakan oleh guru-guru untuk membantu dalam menyampaikan

sesuatu pelajaran dalam bilik darjah. ABM juga merangkumi segala benda yang

digunakan dalam pengajaran yang boleh dilihat, didengar, dipandang, dirasa, dihidu,

dibaca, dikisah dan digunakan.

ABM merupakan bahan yang digunakan oleh guru semasa mengajar. Bahan-

bahan ini terdiri daripada kapur dan papan tulis, carta, radas, spesimen, benda

maujud, gambar, peta dan glob, rakaman kaset dan video, transperansi dan projektor

(Mok Soon Sang, 2001). Alat bantu mengajar memudahkan pengajaran guru kerana

tidak memerlukan penerangan yang panjang tentang pengajaran yang diajar di

samping menjimatkan masa guru serta dapat meransang minat pelajar ketika proses

pengajaran dan pembelajaran berlaku.

1.9.4 Guru Teknikal

Menurut Kamus Dewan (2002), orang yang mengajar, pendidik, pengajar,

pengasuh.

Dalam kajian ini, guru-guru teknikal ialah golongan pendidik yang terlibat

secara langsung atau mengajar mata pelajaran teknikal (termasuk mata pelajaran

vokasional) di sekolah menengah teknik di daerah Johor Bahru. Mereka yang

berkenaan merupakan guru yang sedang berkhidmat di sekolah-sekolah menengah

teknik di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

1.9.5 Pengajaran

Menurut Ee Ah Meng (1997), pengajaran ialah proses penyampaian

kemahiran, ilmu pengetahuan, sikap dan nilai.

Proses atau aktiviti yang dilakukan bagi membolehkan murid-murid

menghasilkan sesuatu yang berfaedah untuk diri mereka dan menghargai apa yang

mereka lakukan (Kamarudin, 1990).

Page 33: Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan …HURUF BESAR) (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : DR. ABDUL RAHIM BIN HAMDAN NO 25 FELDA KEMAHANG 1, 17500 TANAH

16

Pengajaran merupakan suatu aktiviti yang ditujukan kepada pelajar-palajar

dengan tujuan membawa perubahan tingkah laku di kalangan mereka. Guru-guru

perlulah merancang satu siri aktiviti pembelajaran yang akan membawa kepada

perubahan-perubahan yang diingini.

1.9.6 Pembelajaran

Menurut Ee Ah Meng (1997), proses perubahan tingkah laku yang agak tetap

dan berlaku kerana pengalaman atau latihan yang diteguhkan. Pembelajaran berlaku

apabila ransangan diproses oleh otak seseorang untuk dijadikan pengalaman.

Pengalaman ini pula akan digunakan untuk tindakan seterusnya.

1.9.7 Sekolah Menengah Teknik

Menurut Kamus Dewan (2002), sekolah memberi maksud tempat untuk

belajar dan mengajar, tempat menerima dan memberi pengajaran.

Sekolah Menengah Teknik adalah satu pusat atau instituti pendidikan

(tingkatan empat dan lima) yang menjalankan serta menawarkan berbagai jenis

kursus pendidikan formal yang terancang dalam bidang teknik, vokasional serta

akademik. Tujuan sekolah ini adalah untuk melatih pelajar-pelajar supaya menjadi

seorang yang berjaya dalam akademik, pekerja separuh mahir serta memberi peluang

kepada mereka untuk melanjutkan pengajian mengikut jurusan masing-masing ke

peringkat yang lebih tinggi.

Dalam kajian ini, sekolah yang di maksudkan adalah sekolah menengah

teknik yang terletak di daerah Johor Bahru iaitu SMT Johor Bahru, SMT

Perdagangan, SMT Tanjung Puteri dan SMT (ERT) Azizah.