kajian cerpen pahlawan buntung

14
Kertas kerja ini akan membataskan bahagian-bahagian berikut sepanjang menganalisis hasil karya yang bertajuk Cerpen Pahlawan Buntung, karya S. Othman Kelantan iaitu : 1) Sinopsis 2) Tema 3) Persoalan 4) Watak Dan Perwatakan i. Pak Hussain ii. Khalid iii. Fatimah iv. Ibu Khalid 5) Latar i. Latar Masa ii. Latar Tempat iii. Latar Masyarakat 2) Teknik Penceritaan 3) Gaya Bahasa 4) Nilai i. Nilai Pengajaran ii. Nilai Kemanusiaan 1

Upload: momee-rain

Post on 04-Jul-2015

14.549 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Analisis Cerpen Pahlawan Buntung

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Cerpen Pahlawan Buntung

Kertas kerja ini akan membataskan bahagian-bahagian berikut sepanjang

menganalisis hasil karya yang bertajuk Cerpen Pahlawan Buntung, karya S. Othman

Kelantan iaitu :

1) Sinopsis

2) Tema

3) Persoalan

4) Watak Dan Perwatakan

i. Pak Hussain

ii. Khalid

iii. Fatimah

iv. Ibu Khalid

5) Latar

i. Latar Masa

ii. Latar Tempat

iii. Latar Masyarakat

2) Teknik Penceritaan

3) Gaya Bahasa

4) Nilai

i. Nilai Pengajaran

ii. Nilai Kemanusiaan

1

Page 2: Kajian Cerpen Pahlawan Buntung

CERPEN PAHLAWAN BUNTUNG(S. Othman Kelantan)

SINOPSIS

Pertemuan semula Khalid (aku) anak Pak Hassan dengan Pak Hussain selepas

berpisah selama 30 tahun mengimbas kembali peristiwa peperangan pada zaman Jepun

sehingga menyebabkan kesengsaraan hidup dan ketakutan penduduk Kampung Pulau Pak

Amat. Mak Esah dua beranak mati terbakar setelah rumah mereka terkena letupan bom

tentera Jepun. Hal ini menyebabkan mereka terpaksa berpindah kerana kampung mereka

yang telah diserang tentera Jepun.

Sekembali semula dia di kampung halaman selepas tamat perang, orang kampung

kembali memulakan kehidupan sebagai nelayan. Selepas itu, Pak Husain yang terkena

serpihan bom tentera Jepun dan mengakibatkan kakinya dipotong hingga kudung kerana

terpijak bom yang tertanam di pantai selepas Perang Dunia Kedua

Walau bagaimanapun Pak Hussain dianggap sebagai wira atau pahlawan kerana

telah menggadai nyawa demi keselamatan penduduk Kampung Pulau Pak Amat semasa

pendudukan Jepun di kampung mereka .

TEMA

Cerpen ini mengetengahkan tema kesengsaraan hidup akibat peperangan terhadap

penduduk kampung serta mengakibatkan kecacatan anggota tubuh badan dan juga

kematian. Cerpen ini turut bertemakan semangat cinta akan negara mengisahkan

keberanian seorang lelaki bernama Husain menyelamatkan penduduk kampungnya

semasa serangan tentera Jepun dalam Perang Dunia Kedua di negara kita. Peristiwa-

peristiwa penting dalam cerpen ini banyak digambarkan melalui teknik imbas kembali

dan berlatarbelakangkan beberapa buah tempat di Kelantan.

2

Page 3: Kajian Cerpen Pahlawan Buntung

WATAK DAN PERWATAKAN

(A) Watak

1) Pak Hussain

Berusia 60 tahun.

Dahinya berparut dan kakinya kudung ( setelah terkena serpihan bom)

Berpakaian sederhana (keperibadian desa – suci murni)

Pak Hussain telah mengetuai penduduk kampung berpindah ketika Jepun

menyerang.

Tinggal di Kampung Pulau Pak Amat.

Berpengalaman dan pernah diseksa oleh tentera Jepun. Pak Hussain dipaksa

menggali kubur besar dan menguburkan mayat orang kampung sehari suntuk oleh

pihak Jepun sehingga semangat beliau hilang dan dia meracau – racau.

Berjasa kepada orang –orang kampung.

Pak Hussain dengan berani kerana telah memberitahu pihak tentera Jepun bahawa

semua penduduk telah melarikan diri.

Pak Hussain juga pernah membedil kawanan perompak bagi menyelamatkan

orang kampung mereka.

2. Khalid

Anak Pak Hasan

Menghormati Pak Husain.

Khalid bergitu mengagumi keberanian dan sikap Pak Hussain yang sanggup

membohongi tentera Jepun untuk menyelamatkan penduduk kampong

3. Fatimah

Ibu Khalid

3

Page 4: Kajian Cerpen Pahlawan Buntung

Seorang yang penyayang. Semua anak Fatimah memeluk ibu mereka kerana

ketakutan apabila Jepun menyerang kampung mereka.

(B) PERWATAKAN

1) Berani

Contoh: (i) Pak Husain ( Pahlawan Buntung )seorang yang berani menembak

perompak yang sedang mendarat dengan perahu di kampungnya.

(ii) Pak Hussain berani menipu tentera Jepun demi menyelamatkan penduduk kampung

dengan mengatakan semua penduduk kampung telah melarikan diri.

Prihatin

Pak Husain prihatin akan keadaan Jarah. Dia mengusung Jarah yang terkena peluru sesat

di bahu, hingga sampai ke perahu semasa orang kampung menyelamatkan diri dari

serangan tentera Jepun.

Bertanggungjawab

Pak Husain seorang rakan yang bertanggungjawab. Dia yang mengetuai dan memandu

arah semasa perpindahan penduduk Kampung Pak Amat ketika serangan tentera Jepun.

Kasih sayang

Ayah Khalid amat menyayangi Pak Husain kerana jasanya menyelamatkan penduduk

kampung. Sebelum meninggal dia sentiasa menyebut nama Pak Husain .

Bijak

(i) Pak Husain seorang yang bijak hingga berjaya menipu tentera Jepun untuk

melarikan diri.

4

Page 5: Kajian Cerpen Pahlawan Buntung

(ii) Semasa ditahan dan dipaksa menggali dan menanam mayat-mayat mangsa

peperangan beliau meminta izin untuk membuang air besar tetapi dengan segera

melarikan diri.

Berbudi Bahasa

Khalid amat menghormati Pak Husain. Menegur Pak Husain dengan mesra ketika

bertemu semasa sambutan ulang tahun kemerdekaan di kota setelah 30 tahun tidak

bersua.

Setiakawan

(i) Penduduk Kampung Pulau Pak Amat amat akrab dan rapat antara satu sama lain.

(ii) Pak Husain berusaha memastikan semua penduduk kampung selamat semasa

serangan tentera Jepun.

(iii) Ayah Khalid tidak tidur selama beberapa malam menjaga Pak Husain yang meracau

kerana fikirannya terganggu setelah dipaksa oleh tentera Jepun menguburkan mayat-

mayat mangsa peperangan seorang diri di kampungnya.

Mengenang Budi

(i) Ayah Khalid amat menghargai jasa dan keberanian Pak Husain menyelamatkan

keluarganya lalu semasa Pak Husain meracau-racau akibat peristiwa dipaksa menggali

kubur oleh tentera Jepun ayah Khalid tidak tibur bermalam-malam untuk menjaga Pak

Husain.

(ii) Khalid terlalu menghargai jasa Pak Husain yang menyelamatkan keluarganya semasa

serangan tentera Jepun dan menganggap Pak Husain seorang Pahlawan di kampungnya.

5

Page 6: Kajian Cerpen Pahlawan Buntung

LATAR

Latar Masa

* 30 tahun lalu (situasi perang)

* Tahun 1941 – 1973

* Semasa sambutan ulang tahun kemerdekaan

* Masa pendudukan Jepun di Tanah Melayu

* Zaman pasca kemerdekaan (1973)

* Waktu malam

* Hampir pagi

* Pagi

Latar Tempat

* Kampung Pulau Pak Amat

* Kampung Tok Lukup

* Sungai Gali

* Kampung Dal

* Jalan Bayam

* Di tapak temasya kota sempena ulang tahun kemerdekaan

* Di kampung Pulau Pak Amat

* Di Kuala Pak Amat

6

Page 7: Kajian Cerpen Pahlawan Buntung

* Pangkalan Kampung Dal

* Hospital Kota Bharu

* Di sebuag warung

Latar Masyarakat

* Masyarakat kampung iaitu Kampung Pulau Pak Amat

* Masyarakat nelayan yang bekerja menangkap ikan

* Masyarakat yang hormat menghormati sesama jiran tetangga

* Masyarakat yang setiakawan dalam memberi pertolongan

* Penduduk perkampungan nelayan

* Tentera Jepun

* Mayarakat yang zalim-tentera Jepun

* Masyarakat yang tinggi ikatan setikawan mereka

PERSOALAN

1. Kesan Buruk Peperangan Kepada Manusia

(i) Penduduk terpaksa melarikan diri dan kehilangan rumah dan harta untuk

menyelamatkan diri daripada serangan tentera Jepun yang meyerang Kampung Pulau Pak

Amat.

(ii) Banyak nyawa yang tidak berdosa akibat daripada peperangan akan

terkorban.Contoh dalam cerpen ini, Mak Esah dua beranak mati setelah rumahnya

terbakar akibat ledakan bom.

7

Page 8: Kajian Cerpen Pahlawan Buntung

2. Keberanian dan Kesanggupan Menggadai Nyawa Demi Keselamatan Orang Lain

(i) Pak Husain (Pahlawan Buntung) telah mengetuai dan mengatur perpindahan orang

kampung Pulau Pak Amat semasa serangan bom tentera Jepun.

(ii) Pak Husain tanpa bersenjata dan berkasut, hanya berkain pelikat dan berbaju gelap

membawa keluarga Khalid keluar dari kampung dan kemudian kembali ke kampung

untuk menyelamatkan penduduk kampung yang lain.

3. Kebijaksanaan Mengatasi Masalah Untuk Menyelamatkan Diri Dan Orang Lain

(i) Pak Husain memberitahu tentera Jepun yang pandai berbahasa Melayu bahawa semua

penduduk kampung telah melarikan diri semasa tentera Jepun mencari orang-orang

kampung. Akibatnya, tentera Jepun tidak jadi turun ke pangkalan kampung mereka.

(ii) Pak Husain meminta izin daripada seorang tentera Jepun yang pandai berbahasa

Melayu untuk membuang air besar setelah diarah menggali kubur dan menanam banyak

mayat seorang diri. Pada ketika itu dia melarikan diri sampai ke Sungai Gali.

4. Keberanian Menentang Kejahatan dan Mempertahankan Hak

Pak Husain menembak perompak-perompak di Kampung Pak Amat yang cuba mendarat

di kampung itu. Tindakannya telah mnyelamatkan rumah Pak Ngah Isa dan seluruh

penduduk kampung dari menjadi mangsa rompakan.

5. Semangat Setiakawan Yang Utuh Dalam Masyarakat

(i) Ayah Khalid tidak tidur bermalam-malam lamanya kerana menjaga Pak Husain yang

meracau akibat peritiwa menggali kubur dan menanam mayat-mayat seorang diri setelah

ditawan oleh tentera Jepun.

(ii) Pak Husain datang ke rumah Khalid dan mengarahkan keluarganya berpindah segera

kerana peperangan telah meletus. Pak Husain memandu arah keluarga dan penduduk

kampung Khalid sehingga sampai ke tepi sungai dengan selamat. Tindakan Pak Husain

mengarah penduduk kampung berpindah menyelamatkan penduduk Kampung Pulau Pak

Amat daripada menjadi mangsa tentera Jepun yang mendarat di kampung itu tidak lama

kemudian.

8

Page 9: Kajian Cerpen Pahlawan Buntung

6. Penghargaan Terhadap Jasa Warga Tua

Khalid dan ayahnya amat menghargai jasa Pak Husain yang telah menyelamatkan mereka

semasa serangan tentera Jepun. Sehingga akhir hayat ayah Khalid sentiasa menyebut

nama Pak Husain. Khalid menganggap Pak Husain sebagai pahlawan di kampung

mereka.

7. Hormat Akan Warga Emas/Tua

Khalid amat menghormati Pak Husain. Ketika bertemu semasa temasya menyambut

ulang tahun kemerdekaan, Khalid menyapa Pak Husain dan mereka berbual-bual serta

bertanya khabar masing-masing. Khlalid menjemput Pak Husain untuk berkunjung ke

rumahnya di Jalan Bayam.

8. Persoalan Kasih Sayang Yang Terjalin Antara Ahli Keluarga Terutama Semasa

Kesusahan

9. Persoalan Kerjasama Anggota Masyarakat Dalam Menghadapi Kesulitan.

10. Persoalan Berusaha Membina Semula Kehidupan Selepas Kesengsaraan Hidup.

9

Page 10: Kajian Cerpen Pahlawan Buntung

TEKNIK PENCERITAAN

PLOT

Terdapat empat peringkat garapan plot yang tersusun mengikut kronologi dalam cerpen

ini iaitu:

(i) Permulaan

Watak Pak Husain diperkenalkan melalui imbas kembali Khalid akibat

peperangan yang telah berlaku berdasarkan fizikal. Watak Pak Husain diperkenalkan

melalui pertemuan antara Khalid dengan Pak Husain semasa temasya kota sempena ulang

tahun kemerdekaan negara. Khalid telah menegur Pak Husain di suatu temasya kota

sempena ulang tahun kemerdekaan. Mereka bertanya khabar. Mereka sudah lama tidak

bertemu iaitu kira-kira 30 tahun.

(ii) Perkembangan

Khalid dan Pak Husain berbual-bual di warung sambil minum-minum. Khalid

menyampaikan berita kematian ayahnya kepada Pak Husain dan hasrat ayahnya yang

terlalu ingin bertemu dengannya . Dialog antara Pak Husain dengan Khalid dan imbas

kembali Khalid terhadap peperangan yang menyebabkan keluarganya berpindah. Pada

ketika itu Pak Husain berusia 30 tahun dan dia telah membantu orang-orang kampung

Pulau Pak Amat yang diserang oleh tentera Jepun. Khalid juga mulai terkenang

10

Page 11: Kajian Cerpen Pahlawan Buntung

peperangan yang berlaku di kampungnya dan keberanian Pak Husain menyelamatkan

keluarganya daripada menjadi mangsa serangan tentera Jepun. Khlalid terkenang kisah

Pak Husain datang mencari mereka sekeluarga untuk membawa mereka ke tebing sungai

bagi meyelamatkan diri setelah kampung mereka dibom oleh tentera Jepun.

(iii) Perumitan

Jepun menyerang Kampung Pulau Pak Amat, semua adik-beradik Khalid berasa

terlalu takut. Adik beradik Khalid memeluk ibu mereka kerana perasaan takuat yang amat

sangat. Pak Husain hilang semasa mengetuai perpindahan orang-orang kampung. Pak

Husain tidak berada dalam kumpulan penduduk kampung semasa menaiki perahu untuk

menyelamatkan diri sehingga ayah Khalid bertekad untuk mencarinya tetapi ditahan oleh

Pak Ngah. Isteri Pak Husain, Mak Bidah meraung dan menangis apabila menyedari Pak

Husain tiada dalam kumpulan mereka. Pak Husain telah ditahan oleh tentera Jepun ketika

berpatah balik ke rumahnya. Dia diarah menggali kubur besar dan menanam mayat-

mayat ke dalam lubang besar tersebut.

(iv) Puncak Cerita

Pak Husain menipu tentera Jepun dengan menyatakan dia hendak membuang air

besar tetapi Pak Husain terus melarikan diri dan sampai ke Sungai Gali . Keadaannya

terlalu lemah dan asyik meracau-racau kerana teringat kembali dipaksa menanam mayat-

mayat oleh tentera Jepun. Peristiwa itu telah mengganggu emosinya. Setelah Jepun

menyerah kalah, Pak Husain membedil perompak yang cuba mendarat di kampung

mereka dengan senapang yang diambil daripada tentera Punjabi. Tindakannya

menyelamatkan rumah Pak Ngah Isa dari dirompak.

(v) Peleraian

11

Page 12: Kajian Cerpen Pahlawan Buntung

Khalid mengimbas kembali setahun selepas kekalahan Jepun, kaki Pak Husain

kaki terpaksa dipotong setelah terpijak saki baki bom yang ternanam di kampung mereka.

Pak Husain memaklumkan kepada Khalid bahawa sudah lebih kurang 30 tahun mereka

tidk bertemu. Pak Husain memberitahu Khalid bahawa isterinya Mak Bidah (MAK DA)

telah meninggal dunia lima tahun yang lalu. Mereka berpisah di situ tetapi Khalid terus

mengingati kekejaman perang yang meragut banyak nyawa. Khalid menganggap Pak

Husain ialah seorang pahlawan. Pahlawan Buntung.

Teknik Penceritaan

1. Pemerian

ketika kami melangkah ke pintu tadi, cahaya Subuh sudah terpancar dari sebelah timur.

Kemerah-merahan. Keheningan malam selalunya masa begini telah membawa langkah

para nelayan ke gigi ombak…

2. Dialog

“Jemputlah ke rumah kami, kataku. “ kami tinggal di Jalan ayam. Abang dan Adik

kebetulan ada.”

“Terima kasih Khalid!” Pak Hussain menanamkan matanya ke dalam mataku.

3. Suspens

Dia jugalah mengumpulkan ke pengkalan. Dia segala-galanya. Dan dia tetinggal dalam

saat akhir bila Pak Ngah memerintahkan kami meninggalkan pengkalan. Tidak seorang

pun di antara kami yang sedar bahawa Pak Husain belum turun ke pengkalan. Dan ketika

perahu kami melewati Tuk Lukup, Pulau Tukang Dolah, Pulau Panjang dan Sungai Gali,

kami belum sedar akan kehilangan Pak Husain. Mak Bidah, isterinya juga tidak sedar.

Dan sekarang. Mak Bidah pula meraung…

4. Imbas kembali

…usianya baru kira-kira tiga puluh tahun. Aku berusia lebih sedikit empat belas tahun.

Pak Husain tegap sasa. Dia berani. Dia banyak dicintai oleh gadis-gadis kampungnya…

GAYA BAHASA

1. Kata Ganda

Contoh: berjabu-jabu

12

Page 13: Kajian Cerpen Pahlawan Buntung

2. Metafora

Contoh : gebar kebingungan

3. Hiperbola

Contoh : diselubungi oleh raksasa ketakutan dan putus asa

4. Personifikasi

Contoh : ombak pagi yang malas

NILAI DAN PENGAJARAN

Nilai

1. Keberanian

Contohnya: Pak Husain berani menghadapi tentera Jepun

2. Keprihatinan

Contohnya: Tindakan Pak Husain membedil perompak yang cuba mendarat di kampung

mereka dengan senapang yang diambil daripada tentera Punjabi telah berjaya

menyelamatkan rumah Pak Ngah Isa dari dirompak

3. Setiakawan dan Kesetiaan

Contohnya: (i) Ayah Khalid tidak tidur bermalam-malam lamanya kerana menjaga Pak

Husain.

4. Kebijaksanaan

Contohnya: Pak Husain bijak menggunakan tipu daya untuk menyelamatkan dirinya dan

penduduk kampung daripada askar Jepun.

5. Kasih Sayang

Contohnya Mak Da yang menangisi kehilangan Pak Husain ketika mereka melarikan diri

daripada serangan tentera Jepun.

13

Page 14: Kajian Cerpen Pahlawan Buntung

6. Tanggungjawab

7. Berhemah Tinggi

8. Nilai patriotisme

Contohnya: Pak Husain yang sanggup menggadai nyawa untuk mempertahankan tanah

air semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

PENGAJARAN

1. Kita perlu berani mempertahankan hak di tanah air sendiri.

2. Kita hendaklah bijak memebuat keputusan dan bijak menggunakan akal untuk

mengatasi masalah dan kesulitan yang dihadapi.

3. Kita perlu menyayangi ahli keluarga dan jiran tetangga.

4. Kita hendaklah mematuhi arahan ketua semasa menjalankan sesuatu tugas.

1. Kita mesti berani mempertahankan hak milik kita dari dirampas oleh orang lain.

2. Kita mesti prihatin akan keadaan orang lain dan tidak mementingkan diri.

3. Kita mesti sayang akan negara dan sentiasa mengenang hari bersejarah negara kita

5. Kita mesti menghargai jasa generasi tua yang telah bergadai nyawa mempertahankan

keselamatan rakyat. Tanpa mereka kita tidak akan mewarisi kemerdekaan dan keselesaan

yang ada pada hari ini.

14