kajian budaya politik melayu dalam pilihan · pdf filepilihan raya kecil (prk) parlimen hulu...

Download KAJIAN BUDAYA POLITIK MELAYU DALAM PILIHAN  · PDF filePilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor diadakan ... dalam makalah ini ialah sejauhmanakah peranan budaya politik

If you can't read please download the document

Upload: votuyen

Post on 06-Feb-2018

232 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • KAJIAN BUDAYA POLITIK MELAYU DALAM PILIHAN RAYA KECIL HULU SELANGOR, SELANGOR

    MALAY POLITICAL CULTURE STUDIES ON BY ELECTION IN HULU SELANGOR, SELANGOR

    JUNAIDI AWANG BESAR MOHD FUAD MAT JALI

    MOHD FAIDZ MOHD ZAIN

    ABSTRAK

    Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor diadakan berikutan kematian penyandangnya iaitu Allahyarham Zainal Abidin Ahmad daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 25 Mac 2010. Sehubungan itu, adalah tujuan makalah ini untuk menganalisis budaya politik Melayu dengan merujuk kepada keputusan PRK Hulu Selangor yang diadakan pada 25 April 2010. Sejarah Pilihan Raya Umum (PRU) di Hulu Selangor dari PRU 1955 hingga PRU 2004 menunjukkan kawasan ini merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN), namun akibat tsunami politik pada PRU 2008 menyebabkan BN tewas kepada PKR di kawasan tersebut. Namun demikian pada PRK 2010 menyaksikan BN berjaya menguasai semula kerusi Parlimen tersebut dengan majoriti 1725 undi. Berdasarkan soal selidik dan pemerhatian pra pilihan raya, dari segi kriteria pemilihan calon, 81.7 peratus responden menyatakan mereka memilih calon yang mesra rakyat. Hasil kajian juga mendapati 43.10 peratus responden menyatakan akan mengundi BN berbanding 34 peratus PKR. Dapatan kajian tersebut selaras dengan keputusan sebenar pilihan raya yang memihak kepada BN sebanyak 1725 undi majoriti. Perbandingan pola pengundian dan majoriti yang diperolehi calon/parti yang bertanding berdasarkan keputusan PRU 2004 hingga PRK 2010 mengikut daerah mengundi yang majoritinya pengundi Melayu menunjukkan

    Jurnal Melayu (8) 2011: 153 - 172

  • 154

    kesemuanya berpihak kepada BN. Secara keseluruhannya politik Melayu berperanan penting dalam kemenangan BN di Hulu Selangor dan faktor sokongan pengundi Melayu juga mempengaruhi pola pengundian bagi etnik Melayu berdasarkan kepada lima ciri budaya politik Melayu iaitu Sultan/Raja, Islam, Bahasa Melayu, ekonomi dan universal (politik baru).

    Kata kunci: Pilihan Raya, Melayu, budaya politik, politik Melayu, isu

    ABSTRACT

    By-election of Hulu Selangor Parliament constituency held following the death of the late Zainal Abidin Ahmad of Parti Keadilan Rakyat (PKR) on 25 March 2010. Accordingly, the purpose of this paper is to analyze the Malay political culture with respect to the results of PRK Hulu Selangor held on 25 April 2010. History of General Elections in Hulu Selangor from 1955 until the general election 2004 general election showed that this region is the stronghold of Barisan Nasional (BN), but the political tsunami in 2008 general election resulted that BN is losing to PKR. However, in 2010 by-election saw that BN captured the Hulu Selangor parliamentary seat with a majority of 1725 votes. Based on questionnaires and pre-election observation, in terms of selection candidate criteria, 81.7 percent of respondents said they chose a people-friendly candidates. The study also found that 43.10 percent of the respondents would vote for BN than 34 percent of PKR. The findings are consistent with the actual results of the election in favor of the BN by 1725 a majority vote. Comparison of voting patterns and the majority of voting obtained by the candidates / parties contesting in the general election results from 2004 to 2010 by election in voting district of majority Malay voters area showed all in favor of the BN. Generally, Malay politics is an important role in the BNs victory in the Hulu Selangor and Malay

  • 155

    voters factor also influence the voting patterns of ethnic Malays on the five characteristics of the political culture of the Malay Sultanate, Islam, Malay language, economics, and universal (new politics).

    Keywords: Elections, Malay, political culture, politics, Malay, issue

    Pengenalan

    Masyarakat Melayu merupakan aktor yang sangat penting dalam politik Malaysia. Dengan kehadiran UMNO pada 1946 ia telah mencetuskan evolusi baru dalam politik di Malaysia sehinggakan parti ini menjadi tunjang kepada negara dalam mencapai kemerdekaan. Setiap kali pilihan raya peranan pengundi Melayu memainkan peranan penting dalam menentukan kemenangan seseorang calon. Pilihan raya merupakan satu ruang kepada rakyat untuk menggunakan hak mereka memilih kerajaan yang mereka percayai boleh memerintah serta mampu memenuhi kehendak rakyat (Mohd Foad, 1999). Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor diadakan berikutan kematian penyandangnya Dato Dr. Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac 2010. Sehubungan dengan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengadakan mesyuarat pada 2 April 2010 memutuskan untuk mengadakan pilihan raya kecil di Hulu Selangor. Tarikh penamaan calon ialah pada hari Sabtu 17 April 2010, manakala hari pembuangan undi ialah pada hari Ahad 25 April 2010. Dalam pilihan raya ini, dikatakan agak unik dalam melihat survival politik Melayu. Justeru persoalan yang akan disingkap dalam makalah ini ialah sejauhmanakah peranan budaya politik Melayu memainkan peranan penting dalam melihat bagaimana membantu kemenangan calon dari Barisan Nasional P.Kamalanathan. Perbincangan mengenai perkara ini menarik memandangkan kawasan majoritinya pengundi Melayu memilih calon daripada keturunan India. Turut dirungkai tinjauan persepsi pengundi terhadap kriteria

  • 156

    pemilihan calon dan parti; isu yang dibincangkan serta politik semasa ketika pra pilihan raya di Hulu Selangor. Bagaimana pula dengan kerelevanan politik Melayu yang menjadi pemangkin kepada kejayaan BN merampas kembali kerusi Parlimen yang selama ini (PRU 1955-2004) menjadi kubu kuat mereka.

    Konsep Melayu

    Menurut Abdul Rahman Embong (2000), terdapat tiga pendekatan konsep Melayu. Pertama konsep Melayu yang menggunakan kesamaan bahasa dan budaya seperti yang terkandung dalam pengantar Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Menurut Abdul Rahman Embong, Melayu secara fizikalnya berkulit ciku masak (sawo matang) yang terdiri daripada pelbagai suku bangsa yang mendiami alam Melayu yang juga dikenali Nusantara. Dari segi linguistiknya Melayu bertutur dalam bahasa asasnya iaitu bahasa Melayu-Polinesia. Melayu dipecahkan kepada ratusan suku bangsa dan etnik yang mempunyai perbezaan dari lokasi, dialek dan cara hidup. Pada hari ini, Melayu menjadi sebahagian besar penduduk Malaysia, Brunei, Indonesia dan Filipina manakala di Singapura, Selatan Thailand, Vietnam, Myanmar, Sri Lanka, dan Afrika Selatan menjadi kumpulan minoriti (Abdul Rahman Embong 2000). Pendekatan kedua yang menerangkan konsep Melayu ini ialah berasaskan kepada penggunaan nama Melayu itu sendiri. Menurut Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah, nama Melayu dikatakan berasal dari nama Sungai Melayu di Bukit Siguntang, Palembang Sumantera. Untuk takrifan pendekatan ini, Melayu tidak termaksud mereka daripada etnik Jawa, Banjar, Acheh dan kelompok-kelompok yang sama dengan budayanya. Ini bermaksud dalam pendekatan ini hanya Melayu di Palembang sahaja. Manakala pendekatan ketiga pula dalam mentakrifkan konsep Melayu ialah berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia iaitu Fasal 160 yang mentarifkan Melayu adalah seseorang

  • 157

    yang beragama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu dan i) lahir sebelum Hari Merdeka, di Persekutuan atau di Singapura atau ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau Singapura, atau pada hari Merdeka itu, ia adalah berdomisil di Persekutuan atau di Singapura ; atau ii) ia adalah keterunan seseorang tersebut (Perlembagaan Persekutuan 2007). Bagi istilah Bumiputera pula, definisi khusus mengikut perlembagaan diterima pakai setelah kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam gagasan Malaysia pada tahun 1963. Sebelum istilah Bumiputera ini dimasukkan dalam perlembagaan, pengertian perkataan Bumiputera diterima umum sebagai anak watan atau pribumi yang menjadi penduduk asal negara ini (Syed Husin Ali 1979). Sementara itu Syed Husin Ali (1979), pengertian Melayu dapat dilihat melalui dua sudut iaitu sudut sosiobudaya dan juga perlembagaan. Dari sudut sosiobudaya orang Melayu bukan sahaja terdapat di Semenanjung tetapi juga di tempat lain seperti kepulauan Filipina dan Indonesia yang disebut Nusantara. Walaupun bertutur dalam dialek dan loghat yang berbeza serta berbeza agama, para sarjana beranggapan mereka ini daripada rumpun yang sama. Ini dapat dibuktikan dengan seorang tokoh nasionalis Filipina Jose Rizal dengan ungkapan the pride of the Malay race walaupun beliau tidak beragama Islam (Wan Hashim Wan Teh, 1996). Ikatan kekuatan Melayu ini dipisahkan oleh penjajah barat di rantau ini. Dengan British di Malaya dan Brunei, Belanda di Indonesia dan Sepanyol di Filipina. Jadi kewujudan Melayu adalah berasaskan negara, iaitu Melayu Malaysia, Melayu Indonesia dan Melayu Brunei (Syed Husin Ali 1979,10). Manakala dari sudut perlembagaan adalah sama dengan pendekatan yang ketiga seperti yang dikemukakan oleh Abdul Rahman Embong (2000) yang telah dinyatakan oleh penulis tadi.

  • 158

    Konsep Budaya Politik

    Budaya Politik adalah suatu perlakuan, tingkah laku, penglibatan, persepsi, kepercayaan, jangkaan dan harapan anggota masyarakat di dalam lingkungan politik masyarakatnya (Ahmad Nidzamuddin 2002). Menurut Almond & Powel (1966), mencirikan budaya politik kepada tiga bentuk iatu budaya politik parokial, subjek dan partisipan. Budaya politik parokial ini wujud di kalangan masyarakat yang tidak ambil tahu tentang urusan politik. Mereka hanya mengutamakan urusan keluarga dan urusan peribadi mereka sahaja. Budaya politik subjek pula, merujuk kepada mereka yang menerima output daripada sebelah pihak sahaja tanpa mempersoalkan apa, bagaimana dan mengapa. Mereka ini terdiri daripada ahli parti dan penyokong parti yang setia kepada pemimpin yang boleh dianggap taat melulu, mendengar dan mempercayai hanya sebelah pihak. Budaya politik partisipan pula, merujuk kepada masyarakat yang mempunyai kesedaran politik yang tinggi. Mereka in