kajian btpn wpkl edt

2
RINGKASAN LAPORAN KAJIAN TINDAKAN BTPN KUALA LUMPUR RUMUSAN KAJIAN 1 1) TAJUK KAJIAN TINDAKAN Meningkatkan Bilangan Buku Yang Dibaca Oleh Murid-Murid Tahun 5 Jaya SK Jalan Kuantan (2) dalam Program NILAM Melalui JOM BACA SAYANG . 2) PEMASALAHAN Didapati pencapaian Program NILAM bagi murid-murid Tahun 5 Jaya SK Jalan Kuantan (2) adalah rendah. (Purata bacaan 1.7 buah untuk satu bulan dari Januari hingga Mac 2010) 3) OBJEKTIF Meningkatkan sasaran bilangan buku yang dibaca oleh murid-murid daripada 2 buah buku kepada 8 buah buku sebulan. 4) TINDAKAN Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan bilangan buku yang dibaca oleh murid-murid Tahun 5 Jaypa SK Jalan Kuantan (2) dalam Program NILAM melalui aktiviti Jom Baca Sayang . Di samping itu, kajian ini juga berusaha menanam minat membaca dalam kalangan murid-murid dengan melaksanakan pelbagai aktiviti yang dikenali sebagai Jom baca Sayang . 5) INSTRUMEN Kajian ini dijalankan dengan kaedah pencerapan iaitu melalui proses pemungutan data menerusi aktiviti yang dirancang bagi memenuhi tujuan dan dengan menggunakan satu set soal selidik. Sampel kajian ini yang berjumlah 20 orang murid-murid dari Kelas 5 Jaya SK Jalan Kuantan (2). 6) DAPATAN Dapatan menunjukkan peningkatan bilangan buku yang dibaca oleh murid- murid Tahun 5 Jaya. Murid-murid yang membaca 8 dan lebih daripada 8 buah buku adalah seramai 16 orang berbanding 20 orang responden. Penyelidik mendapati dapatan ini menunjukkan peningkatan sebanyak 80%. Tempoh kajian ialah sebulan (dari 21 April hingga 19 Mei 2010). 7) KEPUTUSAN Hasil kajian menunjukkan bahawa setelah dijalankan pelbagai aktiviti dalam Jom Baca Sayang murid-murid Tahun 5 Jaya didapati dapat meningkatkan pembacaan berbanding pada peringkat awal iaitu pelaksanaan Program NILAM yang dijalankan oleh pihak sekolah. Aktiviti yang dijalankan dalam tempoh sebulan telah dapat menanam sikap positif membaca dalam kalangan murid-murid. Seterusnya, peminjaman bahan bacaan di Pusat Sumber Sekolah bertambah. Ini bermakna murid-murid dalam kajian ini lebih berpengetahuan mengenai Program NILAM melalui aktiviti galakan membaca yang telah dijalankan. 1

Upload: karlz016

Post on 14-May-2015

1.050 views

Category:

Business


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian btpn wpkl edt

RINGKASAN LAPORAN KAJIAN TINDAKAN BTPN KUALA LUMPUR

RUMUSAN KAJIAN 1

1) TAJUK KAJIAN TINDAKAN

Meningkatkan Bilangan Buku Yang Dibaca Oleh Murid-Murid Tahun 5 Jaya SK Jalan Kuantan (2) dalam Program NILAM Melalui “JOM BACA SAYANG”.

2) PEMASALAHAN

Didapati pencapaian Program NILAM bagi murid-murid Tahun 5 Jaya SK Jalan Kuantan (2) adalah rendah. (Purata bacaan 1.7 buah untuk satu bulan dari Januari hingga Mac 2010)

3) OBJEKTIF

Meningkatkan sasaran bilangan buku yang dibaca oleh murid-murid daripada 2 buah buku kepada 8 buah buku sebulan.

4) TINDAKAN

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan bilangan buku yang dibaca oleh murid-murid Tahun 5 Jaypa SK Jalan Kuantan (2) dalam Program NILAM melalui aktiviti “Jom Baca Sayang”. Di samping itu, kajian ini juga berusaha menanam minat membaca dalam kalangan murid-murid dengan melaksanakan pelbagai aktiviti yang dikenali sebagai “Jom baca Sayang”.

5) INSTRUMEN

Kajian ini dijalankan dengan kaedah pencerapan iaitu melalui proses pemungutan data menerusi aktiviti yang dirancang bagi memenuhi tujuan dan dengan menggunakan satu set soal selidik. Sampel kajian ini yang berjumlah 20 orang murid-murid dari Kelas 5 Jaya SK Jalan Kuantan (2).

6) DAPATAN

Dapatan menunjukkan peningkatan bilangan buku yang dibaca oleh murid-murid Tahun 5 Jaya. Murid-murid yang membaca 8 dan lebih daripada 8 buah buku adalah seramai 16 orang berbanding 20 orang responden. Penyelidik mendapati dapatan ini menunjukkan peningkatan sebanyak 80%. Tempoh kajian ialah sebulan (dari 21 April hingga 19 Mei 2010).

7) KEPUTUSAN

Hasil kajian menunjukkan bahawa setelah dijalankan pelbagai aktiviti dalam “Jom Baca Sayang” murid-murid Tahun 5 Jaya didapati dapat meningkatkan pembacaan berbanding pada peringkat awal iaitu pelaksanaan Program NILAM yang dijalankan oleh pihak sekolah. Aktiviti yang dijalankan dalam tempoh sebulan telah dapat menanam sikap positif membaca dalam kalangan murid-murid. Seterusnya, peminjaman bahan bacaan di Pusat Sumber Sekolah bertambah. Ini bermakna murid-murid dalam kajian ini lebih berpengetahuan mengenai Program NILAM melalui aktiviti galakan membaca yang telah dijalankan.

1

Page 2: Kajian btpn wpkl edt

RUMUSAN KAJIAN 2

1) TAJUK KAJIAN TINDAKAN

Meningkatkan Kemahairan Penggunaan CERDIKNet Guru-Guru Bahasa Malaysia SK Seri Tasik Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

2) PEMASALAHAN

CERDIKNet menghadapi masalah kurang penggunaan dalam kalangan guru di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berdasarkan analisis penggunaan yang telah dibuat oleh pihak BTPNKL.

3) OBJEKTIF

Dalam usaha untuk meningkatkan penggunaan CERDIKNet, satu kajian tindakan telah dijalankan bagi meningkatkan penggunaan CERDIKNet terutamanya dalam kalangan guru-guru. Satu perbincangan telah diadakan di antara pihak pengurusan dan pegawai BTPNKL bersama pegawai PKG bagi mengemukakan cadangan untuk membuat kajian tindakan bagi mengatasi masalah ini.

4) TINDAKAN

Cadangan yang dikemukakan ialah memilih guru-guru Bahasa Malaysia di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Tasik bagi mengkaji penggunaan dan meningkatkan bilangan pengguna CERDIKNet seterusnya meluaskan penggunaan laman sesawang tersebut dalam kalangan guru-guru di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Seramai 26 orang guru Bahasa Malaysia telah dipilih sebagai responden kajian bagi meninjau dan membuat analisis seterusnya cadangan bagi mengatasi pemasalahan ini.

5) INSTRUMEN

Instrumen kajian terdiri daripada Ujian Pra dan Ujian Pos mengenai tahap pengetahuan guru-guru Bahasa Malaysia tentang CERDIKNet. Tindakan untuk meningkatkan kemahiran penggunaan CERDIKNet terhadap responden berkenaan adalah melalui bengkel penggunaan CERDIKNet yang dihadiri oleh 26 responden kajian.

6) DAPATAN

Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa tindakan yang dilaksanakan ini telah membantu guru-guru untuk menggunakan CERDIKNet seterusnya mencapai objektif bagi meningkatkan kemahiran penggunaan CERDIKNet dalam membantu guru menjalankan pengajaran dan pembelajaran.

7) KEPUTUSAN

Hasilnya, semua responden (26 orang guru BM) boleh menggunakan CERDIKNet dalam pengajaran dan pembelajaran serta menjadi pengguna berdaftar CERDIKNet. Secara keseluruhan, kajian tindakan ini telah berjaya meningkatkan penggunaan CERDIKNet dalam kalangan guru-guru BM di sekolah tersebut.

2