kajian

13
1 Pernyataan Masalah Matematik ialah satu bidang ilmu yang melatih minda seseorang pelajar supaya dapat berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sifat Matematik secara tabiinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran. Oleh itu, kita dapat rumuskan bahawa Matematik mempunyai keindahannya yang tersendiri kerana Matematik memerlukan pembuktian yang kukuh, penguasaan simbol yang efisien dan jitu, serta pertalian antara struktur-struktur Matematik yang berkaitan. Justeru, kurikulum yang di ajar di sekolah seharusnya dapat menanam sifat ingin mengkaji dan mentafsir simbol-simbol Matematik yang abstrak kepada bentuk yang mudah agar dapat memberi keseronokan kepada pelajar untuk mempelajari mata pelajaran ini. Terdapat tiga aspek utama yang perlu diterapkan kedalam pemikiran pelajar tentang Matematik. Aspek pertama ialah Matematik sebagai penaakulan. Penaakulan di sini bermaksud pelajar-pelajar perlu membuat rumusan dan keputusan daripada input yang diterima. Dua jenis penaakulan yang lazim digunakan iaitu penaakulan induktif dan penaakulan deduktif. Kedua, Matematik bukan sekadar alat untuk berfikir malah ia merupakan alat untuk menyampaikan idea dengan jelas dan tepat. Melalui Matematik, pelajar-pelajar dapat mempersembahkan idea- idea secara bertutur, menulis, melukis gambar atau graf menggunakan bahan konkrit. Ketiga, Matematik merupakan mata pelajaran yang memerlukan langkah-langkah penyelesaian yang tertentu. Oleh itu, penyelesaian masalah dapat menjana pemikiran pelajar yang bersistematik dan logik. Sistematik, kerana ia menjanakan cetusan pemikiran metodogikal mengikut langkah- langkah tertentu dan logik kerana ia memerlukan penyemakan untuk menentukan kemunasabahan sesuatu penyelesaian. Matematik adalah satu pelajaran yang sentiasa mengalami perubahan melalui anjakan paradigma apabila pelbagai perubahan diserap terima dalam sukatan pelajarannya sebagai memenuhi keperluan semasa. Matematik merupakan matapelajaran yang bertumpu kepada penguasaan kemahiran di mana seseorang pelajar itu perlu menguasai sesuatu kemahiran sebelum mereka boleh menguasai kemahiran yang seterusnya. Kegagalan menguasai kemahiran awal ini akan sedikit sebanyak menjejaskan penguasaan kemahiran berikutnya. Oleh itu adalah perlu seseorang pelajar itu menguasai setiap kemahiran yang ada dalam matematik, terutamanya 4 kemahiran asas matematk iaitu penambahan, penolakan, pendaraban dan bahagi. Kegagalan penguasaan asas tentang kemahiran matematik akan menyumbang kepada kesukaran pelajar untuk memahami dengan lebih lanjut pembelajaran matematik yang lebih tinggi seperti pecahan, wang, masa dan ukuran. Situasi ini mempunyai perkaitan dengan kenyataan Wan Mohd Zahid Mohd Noordin (1994) yang menyatakan pengetahuan asas

Upload: kudo-engku-fakhri

Post on 20-Jul-2015

85 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian

1

Pernyataan Masalah

Matematik ialah satu bidang ilmu yang melatih minda seseorang pelajar supaya dapat

berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Sifat Matematik secara tabiinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar

pemikiran. Oleh itu, kita dapat rumuskan bahawa Matematik mempunyai keindahannya yang

tersendiri kerana Matematik memerlukan pembuktian yang kukuh, penguasaan simbol yang

efisien dan jitu, serta pertalian antara struktur-struktur Matematik yang berkaitan. Justeru,

kurikulum yang di ajar di sekolah seharusnya dapat menanam sifat ingin mengkaji dan

mentafsir simbol-simbol Matematik yang abstrak kepada bentuk yang mudah agar dapat

memberi keseronokan kepada pelajar untuk mempelajari mata pelajaran ini.

Terdapat tiga aspek utama yang perlu diterapkan kedalam pemikiran pelajar tentang

Matematik. Aspek pertama ialah Matematik sebagai penaakulan. Penaakulan di sini bermaksud

pelajar-pelajar perlu membuat rumusan dan keputusan daripada input yang diterima. Dua jenis

penaakulan yang lazim digunakan iaitu penaakulan induktif dan penaakulan deduktif. Kedua,

Matematik bukan sekadar alat untuk berfikir malah ia merupakan alat untuk menyampaikan

idea dengan jelas dan tepat. Melalui Matematik, pelajar-pelajar dapat mempersembahkan idea-

idea secara bertutur, menulis, melukis gambar atau graf menggunakan bahan konkrit. Ketiga,

Matematik merupakan mata pelajaran yang memerlukan langkah-langkah penyelesaian yang

tertentu. Oleh itu, penyelesaian masalah dapat menjana pemikiran pelajar yang bersistematik

dan logik. Sistematik, kerana ia menjanakan cetusan pemikiran metodogikal mengikut langkah-

langkah tertentu dan logik kerana ia memerlukan penyemakan untuk menentukan

kemunasabahan sesuatu penyelesaian.

Matematik adalah satu pelajaran yang sentiasa mengalami perubahan melalui anjakan

paradigma apabila pelbagai perubahan diserap terima dalam sukatan pelajarannya sebagai

memenuhi keperluan semasa. Matematik merupakan matapelajaran yang bertumpu kepada

penguasaan kemahiran di mana seseorang pelajar itu perlu menguasai sesuatu kemahiran

sebelum mereka boleh menguasai kemahiran yang seterusnya. Kegagalan menguasai

kemahiran awal ini akan sedikit sebanyak menjejaskan penguasaan kemahiran berikutnya.

Oleh itu adalah perlu seseorang pelajar itu menguasai setiap kemahiran yang ada dalam

matematik, terutamanya 4 kemahiran asas matematk iaitu penambahan, penolakan, pendaraban

dan bahagi. Kegagalan penguasaan asas tentang kemahiran matematik akan menyumbang

kepada kesukaran pelajar untuk memahami dengan lebih lanjut pembelajaran matematik yang

lebih tinggi seperti pecahan, wang, masa dan ukuran. Situasi ini mempunyai perkaitan dengan

kenyataan Wan Mohd Zahid Mohd Noordin (1994) yang menyatakan pengetahuan asas

Page 2: Kajian

2

matematik yang kurang baik pada peringkat sekolah rendah akan mengakibatkan pelajar yang

lemah tidak dapat menguasai pembelajaran matematik pada peringkat sekolah menengah.

Penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian merupakan kemahiran asas

yang mesti dikuasai oleh seseorang pelajar sebagai tanda aras penguasaan mata pelajaran

matematik yang baik. Ramai pelajar yang tidak dapat menyelesaikan soalan-soalan selepas

guru memberikan penerangan dan menyatakan operasi yang terlibat. Selalunya juga, pelajar-

pelajar hanya menghafal langkah-langkah, konsep serta kaedah untuk menyelesaikan soalan

matematik yang diberikan. Atas sebab itu, seringkali juga pelajar akan terus memikirkan

bahawa matematik adalah satu mata pelajaran yang sukar dan lama-kelamaan mereka akan

terus meminggirkan mata pelajaran ini serta menanamkan perasaan benci terhadap nombor-

nombor.

Kaedah dapatan.

Kajian ini dijalankan selepas melakukan pemerhatian terhadap keputusan Ujian

Pertengahan Tahun yang mendapati bahawa matemik merupakan salah satu mata pelajaran

yang mendapat peratus yang terendah.( lihat gambarajah 1 ) Ujian secara formatif dengan

kaedah soal-selidik telah dijalankan kepada semua murid Tahun 3 seramai 102 orang di Sk Seri

Tangkak.

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

1

bm

mat

sn

bi

pjk

psv

pi

mz

Graf menunjukkan peratus pencapaian murid Tahun 3 SK Seri Tangkak dalam

Peperiksaan Pertengahan Tahun.

Gambarajah 1

Page 3: Kajian

3

Ujian ini dijalankan untuk mendapat data tentang minat murid terhadap semua mata

pelajaran yang dipelajari di sekolah. Soalan yang diberikan adalah berbentuk skala analisis

yang mengandungi skala mata pelajaran yang paling disukai dan tidak disukai oleh murid

dengan markah 1 untuk tidak menyukai sehingga 5 untuk markah mata pelajaran yang paling

disukai. ( Gambarajah 2 )

Pernyataan

Paling

tidak

disukai

Tidak

disukai

Kurang

disukai Disukai

Paling

disukai

markah 1 2 3 4 5

Soal-selidik tersebut telah diberikan kepada semua murid Tahun 3 di Sk Seri Tangkak

seramai 102 orang. Murid-murid telah menjawab soalan tersebut dengan menjawab soalan

mengikut skala yang telah ditentukan. Contoh borang soal-selidik seperti dalam ( Lampiran 1)

Pengumpulan Data Permulaan.

Bahagian ini akan menerangkan perincian hasil dari pengumpulan data, keputusan dan

dapatan kajian yang telah dibuat berdasarkan keputusan ujian Pertengahan Tahun. Hasil

dapatan dianalisi dan sampel seramai 102 orang telah menjalani soal sellidik yang telah

dijalankan pada bulan Oktober 2012. Analisa yang dibuat adalah dalam kekerapan dan peratus.

Hasil kajian telah disediakan dalam bentuk jadual dan carta.

Mata Pelajaran

Peratus %

Suka Tidak

Disukai

Bahasa Melayu 86 14

Matematik 16 84

Sains 56 44

Bahasa Inggeris 23 77

Pendidikan Jasmani 100 0

Pendidikan Seni 83 17

Pendidikan Islam 75 25

Muzik 65 35

Gambarajah 2

Hasil soal selidik yang telah dijalankan kepada 102 orang murid.

Gambarajah 3

Page 4: Kajian

4

Hasil soal-selidik yang telah dijalankan, kami dapati bahawa mata pelajaran matematik

merupakan mata pelajaran yang paling tidak disukai oleh murid-murid di sekolah ini dengan

peratus menyukai hanya 16%. Ini bermakna peratus murid yang tidak menyukai adalah

sebanyak 84%. Mata pelajaran yang telah ditanda dengan warna merah merupakan mata

pelajaran yang mendapat peratus suka yang paling rendah.

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid tahun 3 Bijak

dalam menyelesaikan soalan yang melibatkan operasi darab. Ini adalah disebabkan pelajar

tidak menghafal dan mengingati sifir darab yang telah dipelajari dengan baik. Murid Tahun 3

Bijak di SK Seri Tangkak ada seramai 38 orang. Kami dapat mengesan kelemahan murid-

murid ini apabila mengajar tajuk darab melibatkan sifir 1 - 9 . Daripada dua puluh soalan yang

diberi melibatkan sifir 1 - 9, pelajar dikehendaki menjawab semua soalan. Kami masukkan

sifir 1, 2, 3, 4 dan 5 untuk menguji pengetahuan atau ingatan murid terhadap sifir tersebut yang

telah dipelajari ketika tahun dua.

Kajian kami ini melibatkan dua puluh lapan orang murid yang kami harap dapat

mengatasi masalah ini agar murid lebih meminati dan seronok belajar matematik bersama

rakan-rakan sekelas. Tinjauan awal telah dilakukan melalui permerhatian, kaji selidik, dan

latihan bertulis. Hasil tinjauan menunjukkan murid-murid kurang mahir dalam mengingat

fakta asas darab. Kesukaran mengingat fakta asas darab menyebabkan murid-murid

mengambil masa yang panjang untuk menyelesaikan soalan yang berkaitan pendaraban.

Suatu perancangan tindakan dibuat bagi meningkatkan kemahiran mencongak fakta

asas darab ini. Ada di antara murid ini yang selalu silap meletakkan nombor mengikut

susunannya. Perancangan tindakan difokuskan kepada cara termudah menggunakan kotak

ajaib. Kotak ajaib ini merupakan hasil inovasi kami untuk menyelesaikan masalah melibatkan

sifir dengan lebih pantas. Murid dibimbing membina sifir menggunakan kotak ajaib dan

menjalankan latih tubi setiap hari sehingga murid dapat menyiapkan soalan yang melibatkan

sifir dengan lebih tepat dan pantas.. Latihan dan ujian yang telah dijalankan menunjukkan

peningkatan prestasi murid-murid dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan sifir . Dari

soal selidik dan pemerhatian selepas menggunakan kaedah ini, didapati murid-murid

menunjukkan rasa suka , gembira dan lebih pantas berbanding sebelum didedahkan dengan

kaedah Kotak Ajaib ini.

Page 5: Kajian

5

1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Semasa pengajaran dan pembelajaran dalam topik-topik awal seperti nombor

bulat, operasi tambah dan operasi tolak, murid-murid menunjukkan pencapaian yang

amat menggalakkan , ramai murid yang mendapat markah penuh setiap kali latihan

diberi. Tetapi, apabila masuk tajuk Operasi Darab, keceriaan dan kesungguhan murid

untuk belajar agak merosot dan pencapaian dalam ujian pertama juga agak

mendukacitakan. Setelah dianalisa keputusan itu , kebanyakan murid tidak dapat

menjawab masalah operasi darab dan operasi bahagi dengan betul. Sekiranya masalah

atau kekurangan ini tidak diatasi , dikhuatiri akan menyebabkan pemasalahan yang lebih

besar, murid pula akan merasa bosan dan tidak berminat untuk belajar matematik. Kami

terpaksa mencari satu cara yang dapat digunakan untuk mengatasi pemasalahan ini.

Memandangkan masalah murid-murid dalam matematik adalah berpunca daripada

kurangnya kemahiran atau tidak kukuh pengetahuan mereka dalam mencongak fakta

asas darab atau sifir, kami cuba mengambil langkah atau inisiatif untuk mengetengahkah

kajian kami bagi membantu murid-murid menguasai fakta asas darab yang

sememangnya kurang dikuasai dengan baik. Kemahiran mencongak fakta asas darab

atau sifir juga suatu yang amat penting untuk pengajaran operasi bahagi. Kami berharap

kajian kami ini berjaya dan boleh digunakan oleh rakan-rakan lain yang menghadapi

masalah yang sama. Sekiranya kajian ini tidak berjaya, kami akan cuba mencari inisiatif

yang lain atau strategi pengajaran dan pembelajaran yang boleh membantu anak didik

kami ini mengatasi masalah ini dan merasa seronok belajar matematik.

2. FOKUS KAJIAN

Murid Tahun 3 Bijak merupakan kelas kedua dalam alirannya . Walaupun pada

dasarnya murid-murid ini merupakan murid yang agak baik pencapaiannya, potensi

mendapat A melebihi 50% bilangannya. Untuk tujuan itu, perkara asas yang perlu

mereka kuasai adalah fakta asas darab (sifir). Kami telah memulakan sesi pengajaran

dan pembelajaran kami dengan menjalankan latihan mencongak secara bertulis dengan

mengambil kira masa yang digunakan untuk menyelesaikan semua soalan yang

melibatkan sifir. Kami menggunakan lembaran kerja yang mempunyai 20 soalan dan

murid cuba menjawab semua soalan dengan mengambil kira masa murid menjawab

semua soalan. Kami dapati ramai murid yang dapat menjawab soalan dengan betul

Page 6: Kajian

6

tetapi ramai di antara mereka yang mengambil masa yang agak lama untuk

menyelesaikan kesemua soalan.

Fokus kajian kami adalah kepada kumpulan 28 orang pelajar yang tidak dapat

menguasai operasi darab daripada data Jadual Analisi Item UPPM 3. Kumpulan 28

orang ini dikehendaki mencongak dengan tepat dan pantas sifir apabila diberi soalan

atau masalah melibatkan operasi darab. Mereka masih termenung dan lambat memberi

respon jika soalan yang berkaitan sifir diajukan kepada mereka. Setelah kami selidiki,

kami dapati faktor yang menyebabkan murid menghadapi masalah soalan berkaitan sifir

kerana mereka tidak menghafal sifir. Kemahiran menghafal sifir atau mencongak sifir

darab amat penting dalam matematik. Sekiranya kemahiran ini tidak dikuasai oleh

murid dengan baik, maka mereka akan menghadapi kesukaran menjawab soalan

melibatkan operasi darab dan bahagi dalam tempoh masa yang ditetapkan. Kajian

yang kami jalankan ini berfokus kepada meningkatkan kemahiran menghafal atau

mengingat fakta asas darab supaya kaedah ini dapat dapat digunakan dalam

menyelesaikan masalah Matematik dengan pantas. Di samping itu juga, kajian ini

secara tidak langsung dapat meningkatkan daya ingatan murid-murid terhadap fakta

asas darab.

3. OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan diharapkan murid-murid akan mencapai

objektif seperti berikut:

Objektif umum:

Meningkatkan peratus pencapaian `A` dalam Matematik murid Tahun 3 Bijak.

Objektif Khusus:

Murid boleh menjawab fakta asas darab secara bertulis dengan tepat dan pantas.

Menimbulkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran Matematik dan

kemahiran menghafal atau mengingat sifir darab (Mencongak)

4. KUMPULAN SASARAN

Kajian kami ini melibatkan 28 orang murid Tahun 3 Bijak yang tidak dapat

menyelesaikan operasi yang melibatkan sifir dengan tepat dan pantas. Murid-murid ini

merupakan murid yang mempunyai pencapaian sederhana.

Page 7: Kajian

7

5. PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 TINJAUAN MASALAH

Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah telah dibuat berdasarkan pemerhatian,

temu bual, soal selidik awal dan ujian pra.

1) Pemerhatian

Kami menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian ini, Pemerhatian ini dibuat

semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah , sebelum dan selepas

kajian ini di buat. Sebelum kajian ini dibuat, kami dapati murid ini kurang memberi

tumpuan ketika soalan fakta asas darab diajukan setiap kali memulakan pelajaran

(aktiviti mencongak). Selepas kajian dilaksanakan , murid-murid lebih berkeyakinan

untuk menjawab soalan mencongak fakta asas darab. Murid –murid lebih bersungguh-

sungguh menjawab soalan berkaitan operasi darab daripada kertas latihan yang

diberikan.

2) Temu bual

Kaedah temu bual ini kami lakukan atau jalankan secara tidak formal kepada kumpulan

sasaran ini. Temu bual ini secara tidak langsung dapat mengenali punca sebenar

mengapa murid tidak dapat menguasai kemahiran mengingat dan menghafal sifir darab.

3) Soal selidik

Borang soal selidik disediakan dan diedarkan kepada murid-murid untuk mengetahui

maklumat tentang murid berkaitan dengan mata pelajaran matematik dan

kecenderungan minat murid terhadap mata pelajaran matematik. Borang ini diisi oleh

murid-murid untuk mendapatkan maklumat yang tepat.

4) Ujian Pra

Ujian pra ini dijalankan untuk menguji tahap sebenar pencapaian murid-murid di dalam

tajuk pendaraban. Ujian Pra ini dijalankan sebelum sesi bimbingan bermula. Murid

diberi dua puluh soalan operasi darab yang melibatkan sifir 1 - 9 yang telah dipelajari

ketika Tahun 2 dan 3. Murid dikehendaki menjawab semua soalan yang diberi dan

masa yang diambil oleh murid untuk menyelesaikan semua soalan.

Page 8: Kajian

8

5) Ujian pos

Ujian pos merupakan ujian yang dijalankan setelah melakukan bimbingan terhadap

kekurangan dan kelemahan yang telah dikenalpasti daripada masalah yang dihadapi

oleh murid-murid. Melalui ujian ini, kita akan dapat menilai sejauh mana pencapaian

murid sama ada terdapat peningkatan atau pun berlaku penurunan terhadap prestasi

mereka setelah cara-cara mengatasi telah dijalankan menggunakan kaedah yang

diberikan kepada murid-murid.

5.2 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Pengumpulan Data ( pemerhatian )

Data ini diperolehi setelah dianalisis daripada Jadual Analisis Item dari Kelas 3 Bijak

seramai 38 orang. Jadual Analisi Item ini diambil daripada skor murid dalam Ujian

Penilaian Prestasi Murid 3 ( UPPM 3 ) yang mencari kekerapan murid menjawab

soalan dengan betul atau salah. Jadual ini terbahagi kepada tajuk-tajuk yang dipelajari

oleh murid mengikut nombor soalan. Hasil analisis ini diambil catatan dan direkodkan.

Setelah dianalisis daripada data tersebut, hasil dapatannya adalah seperti berikut:

Hasil dapatan daripada data tersebut, kami dapati bahawa ramai murid yang

tidak dapat menguasai tajuk darab dan bahagi. Tajuk darab dan bahagi merupakan tajuk

yang melibatkan operasi darab. Murid yang tidak dapat menguasai darab secara

langsung tidak dapat menguasai operasi bahagi. Ini adalah kerana tajuk bahagi

merupakan lanjutan daripada tajuk darab yang melibatkan sifir. Sekiranya murid tidak

menguasai sifir, maka mereka tidak akan dapat menjawab dan menguasai tajuk bahagi

yang merupakan songsangan daripada tajuk darab. Hanya 10 orang murid yang dapat

Operasi Jumlah Murid yang

menguasai

Murid yang tidak

menguasai

Bilangan Peratus Bilangan Peratus

Tambah 30 79 8 21

Tolak 27 71 11 29

Darab 10 26 28 74

Bahagi 9 24 29 76

Hasil analisis data daripada Jadual Analisis Item bagi kelas 3 Bijak

seramai 38 orang.

Gambarajah 4

Page 9: Kajian

9

menguasai tajuk darab dengan baik manakala 28 orang murid lagi tidak dapat

menguasai. Ini bermakna hanya 26% sahaja murid yang menguasai tajuk tersebut.

Pengumpulan Data ( Ujian Pra )

Data ini diambil daripada ujian pra yang dijalankan sebelum kelas bimbingan diadakan.

Seramai 28 orang Tahun 3 Bijak murid yang terlibat dalam ujian ini. Ujian ini

mengandungi 20 soalan berkaitan sifir 1 – 9 dan murid dikehendaki menjawab kesemua

20 soalan tersebut dengan mengambil kiraan masa kesemua murid tersebut. Soalan

seperti dalam ( Lampiran 2 ).

Data ini diambil sebelum bimbingan khas diberi dan telah menunjukkan 28

orang sampel kajian telah menggunakan masa secara purata 12.5 minit untuk

menyiapkan semua 20 soalan yang telah diberi.

Pengumpulan Data ( Ujian Pos )

Setelah diberikan bimbingan dengan menggunakan kaedah yang baru, satu lagi

ujian telah diberikan kepada murid-murid dengan gaya soalan yang hampir sama untuk

menguji sejauh mana kadar penguasaan murid-murid terhadap tajuk ini amnya dan

peningkatan penguasaan murid-murid secara khasnya. Dengan ujian ini juga kita boleh

menilai keberkesanan kaedah Kotak Ajaib ini membantu pencapaian murid-murid yang

pada mulanya agak sukar untuk menguasai tajuk yang melibatkan masalah sifir. Hasil

daripada ujian tersebut telah direkod dan dicatat dalam jadual di bawah:

Masa ( minit ) Kekerapan Kekerapan x masa

1 – 5 3 3 x 3 = 9

6 – 10 7 8 x 7 = 56

11 – 15 10 13 x 10 = 130

16 – 20 8 18 x 8 = 144

Jumlah 339

Purata masa

diambil

339 / 28 = 12.5 minit.

Jumlah purata masa ketika ujian pra.( sebelum bimbingan )

Gambarajah 5

Page 10: Kajian

10

Apabila data yang diperolehi ini dicatat dan direkodkan, maka hasil yang

diperolehi seperti yang boleh dilihat pada jadual ini iaitu jumlah purata masa yang

diambil oleh murid-murid untuk menyiapkan 20 soalan berkaitan sifir adalah jauh lebih

baik daripada masa yang diambil sebelumnya. Jika sebelumnya murid-murid

mengambil masa secara puratanya 12.5 minit untuk menyiapkan 20 soalan yang diberi,

selepas kedah ini diterapkan,pencapaian murid-murid telah menunjukkan peningkatan

dengan mencatat secara puratanya selama hanya 9.6 minit sahaja. Ini bermakna murid-

murid telah menjawab dua soalan kurang daripada 1 minit. Hasil ini menunjukkan

murid-murid dapat menjawab semua soalan dengan lebih pantas berbanding

sebelumnya. Soalan pada Lampiran 3.

Kaedah dijalankan 1. ( Kotak Ajaib ).

Untuk mengatasi masalah yang telah dikenal pasti ini, satu kaedah telah

digunakan. Kaedah ini merupakan satu inovasi untuk memudahkan lagi murid-murid

dalam menulis sifir dengan cepat dan pantas. Kaedah ini merupakan satu inovasi

daripada kaedah Kotak Sifif 9x9 tetapi telah dipermudahkan agar murid-murid lebih

senang menghafal sifir dan juga menjadikannya panduan sifir bagi murid-murid yang

sukar untuk menghafal sifir. Panduan serta kaedah untuk membina Kotak Ajaib ini

diperincikan seperti pada Lampiran 4

Masa ( minit ) Kekerapan Kekerapan x masa

1 – 5 6 3 x 6 = 18

6 – 10 12 8 x12 = 96

11 – 15 5 13 x 5 = 65

16 – 20 5 18 x 5 = 90

Jumlah 269

Purata masa

diambil

269 / 28 = 9.6 minit.

Jumlah purata masa ketika ujian pos.( selepas bimbingan )

Gambarajah 6

Page 11: Kajian

11

Kaedah dijalankan 2. ( Rancangan Pengajaran Harian ).

Di sini juga disediakan satu rancangan pengajaran harian yang lengkap untuk

menerangkan cara-cara menerangkan tentang penggunaan kaedah ini kepada murid-

murid. Pada rancangan pengajaran ini juga disertakan dengan kaedah pengajaran yang

boleh membantu guru dalam menyampaikan isi pelajaran dengan berkesan dan mudah

diterima oleh murid-murid. Rancangan pengajaran harian seperti pada Lampiran 5.

Analisis Keputusan Berdasarkan Graf.

Perbandingan peratus yang menunjukkan murid dapat menggunakan masa yang lebih

pantas setelah mempelajari kaedah Kotak Ajaib.

Carta Pai ini menunjukkan saiz bagi pecahan berwarna biri dan merah pada Ujian Pos adalah

lebih besar daripada Ujian Pra. Pecahan berwarna biru dan merah mewakili tempoh masa yang

singkat iaitu dari 1-5 minit dan dari 6-10 minit. Ini bermakna, setelah bimbingan dijalankan,

murid telah dapat menjawab soalan dengan lebih pantas daripada sebelumnya. Keadaan ini

boleh dijelaskan lagi dengan carta di bawah.

11%

25%

36%

28%

Ujian Pra

1 - 5 minit

6 - 10 minit

11 - 15 minit

16 - 20 minit

21%

43%

18%

18%

Ujian Pos

1 - 5 minit

6 - 10 minit

11 - 15 minit

16 - 20 minit

Carta menunjukkan peratus murid yang dapat menyelesaikan semua soalan mengikut masa

dan perbandingannya melalui Ujian Pra dan Ujian Pos.

Gambarajah 7

Page 12: Kajian

12

Jumlah murid yang mencatat masa yang singkat lebih ramai pada ujian pos daripada

ujian pra. Palang yang berwarna biru dan merah telah menunjukkan bukti bahawa semakin

ramai murid yang dapat menjawab dengan lebih pantas. Ini bermakna perubahan posotif

terhadap murid-murid yang agak lemah yang meggunakan masa yang lama untuk

menyelesaikan semua soalan dengan mencatat masa dengan lebih pantas.

6. CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Untuk kajian tindakan yang berikutnya, kami akan memerhatikan dan memberi tumpuan

kepada murid-murid yang lebih lemah untuk mengetahui perubahan dan pencapaian mereka

setelah menggunakan kaedah ini. Hal ini kerana keberkesanan kaedah ini kepada murid-murid

yang mempunyai pencapaian sederhana amat positif, maka kita boleh menganalisis pencapaian

untuk murid-murid yang mempunyai prestasi yang agak lemah. Pada kajian seterusnya kami

akan lebih memfokuskan kepada ketepatan jawapan daripada murid kerana murid-murid yang

lemah sememangnya agak sukar untuk menentukan pencapaian mereka dari segi masa.

0

5

10

15

20

25

30

Ujian Pra Ujian Pos

16-20 minit

11-15 minit

6-10 minit

1-5 minit

Graf menunjukkan jumlah murid yang dapat menjawab mengikut masa.

Gambarajah 8

Page 13: Kajian

13

RUJUKAN

Abu Bakar Nordin. (1994). Reformasi Pendidikan dalam Menghadapi Cabaran 2020. Kuala

Lumpur: Cetaktama Press.

Noraini Idris, Esther Gnanamalar Sarojini Daniel, Rohaida Mohd Saat ( 2004 ), Teknologi

Dalam Pendidikan Sains Dan Matematik. Penerbit Universiti Malaya.

Anbarasi Raju (1999). Learning Progress. Kuala Lumpur: PTS Publications &

Distributor Sdn. Bhd

Kamus Dewan Edisi Ketiga ( 1996 ). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Mohd Najib Abdul Ghafar (2003), Reka bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Umida

Industries Sdn Bhd : Skudai

Mok Soon Sang. (1993). Pengajian Matematik untuk Kursus Perguruan. Kuala Lumpur:

Kumpulan Budiman

Nik Azis Nik Pa ( 1992 ). “Penghayatan Matematik KBSR Dan KBSM : Agenda Tindakan.”

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Noraini Idris (2005). Pedagogi dalam Pendidikan Matematik, Selangor: Utusan Publications.

Juriah Long ( 1998 ), Inovasi Dalam Pengajaran Bahasa, Sains Sosial Dan Teknologi

Maklumat. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia