kaitan faktor penyumbang dengan · pdf filekaitan faktor penyumbang dengan kecemerlangan...

15
KAITAN FAKTOR PENYUMBANG DENGAN KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR ASRAMA HARIAN Nuremelia Binti Mohamad Rawan dan Tn Hj Meor Ibrahim Bin Kamaruddin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia ABSTRAK Kecemerlangan akademik merupakan matlamat utama semua pelajar. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti apakah kaitan faktor sikap, motivasi, rakan sebaya dan program pembelajaran asrama dengan kecemerlangan pelajar asrama harian. Kajian berbentuk deskriptif ini melibatkan sampel 61 orang pelajar tingkatan 4 dari empat buah asrama sekolah menengah kebangsaan harian di daerah Johor Bahru. Instrumen kajian yang digunakan mengandungi 32 item yang berdasarkan kepada skop kajian. Kebolehpercayaan soal selidik ini telah diuji (α = 0.8827) manakala keesahan item-item diperolehi menerusi perbincangan dengan pakar. Data-data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 10.0. Dapatan kajian mendapati secara keseluruhannya kesemua faktor yang dikaji mempunyai kaitan dengan kecemerlangan pelajar asrama harian. Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk meningkatkan lagi prestasi pelajar-pelajar ini. Hasil kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada pihak-pihak yang berkenaan bagi meningkatkan prestasi pelajar-pelajar asrama. PENGENALAN Asrama-asrama telah dibina untuk memberi tujuan kemudahan tempat tinggal bagi pelajar yang berdekatan ataupun bagi pelajar yang jauh terutamanya mereka yang datang dari keluarga yang pendapatan rendah dan sederhana. Mereka diberi kesempatan tinggal di asrama agar tidak tercicir daripada mengikuti persekolahan. Dengan adanya kemudahan asrama ini pelajar-pelajar berpeluang untuk menumpukan perhatian mereka terhadap pelajaran tanpa banyak gangguan.

Upload: truongkhanh

Post on 06-Feb-2018

234 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAITAN FAKTOR PENYUMBANG DENGAN  · PDF fileKAITAN FAKTOR PENYUMBANG DENGAN KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR ASRAMA HARIAN Nuremelia Binti Mohamad Rawan

KAITAN FAKTOR PENYUMBANG DENGAN KECEMERLANGAN AKADEMIK

PELAJAR ASRAMA HARIAN

Nuremelia Binti Mohamad Rawan

dan

Tn Hj Meor Ibrahim Bin Kamaruddin

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

ABSTRAK

Kecemerlangan akademik merupakan matlamat utama semua pelajar. Kajian ini dijalankan

untuk mengenalpasti apakah kaitan faktor sikap, motivasi, rakan sebaya dan program

pembelajaran asrama dengan kecemerlangan pelajar asrama harian. Kajian berbentuk

deskriptif ini melibatkan sampel 61 orang pelajar tingkatan 4 dari empat buah asrama sekolah

menengah kebangsaan harian di daerah Johor Bahru. Instrumen kajian yang digunakan

mengandungi 32 item yang berdasarkan kepada skop kajian. Kebolehpercayaan soal selidik ini

telah diuji (α = 0.8827) manakala keesahan item-item diperolehi menerusi perbincangan dengan

pakar. Data-data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package

for Social Science (SPSS) versi 10.0. Dapatan kajian mendapati secara keseluruhannya kesemua

faktor yang dikaji mempunyai kaitan dengan kecemerlangan pelajar asrama harian. Beberapa

cadangan telah dikemukakan untuk meningkatkan lagi prestasi pelajar-pelajar ini. Hasil kajian

ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada pihak-pihak yang berkenaan bagi meningkatkan

prestasi pelajar-pelajar asrama.

PENGENALAN

Asrama-asrama telah dibina untuk memberi tujuan kemudahan tempat tinggal bagi pelajar yang

berdekatan ataupun bagi pelajar yang jauh terutamanya mereka yang datang dari keluarga yang

pendapatan rendah dan sederhana. Mereka diberi kesempatan tinggal di asrama agar tidak

tercicir daripada mengikuti persekolahan. Dengan adanya kemudahan asrama ini pelajar-pelajar

berpeluang untuk menumpukan perhatian mereka terhadap pelajaran tanpa banyak gangguan.

Page 2: KAITAN FAKTOR PENYUMBANG DENGAN  · PDF fileKAITAN FAKTOR PENYUMBANG DENGAN KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR ASRAMA HARIAN Nuremelia Binti Mohamad Rawan

2

Terdapat tiga jenis asrama iaitu asrama di sekolah harian, asrama pusat dan asrama di sekolah

berasrama penuh (Hussein, 1993). Asrama di sekolah harian adalah khas untuk murid-murid

sekolah itu dan sebahagian kecil sahaja pelajar dari kesemua pelajar sekolah itu yang tinggal di

asrama. Asrama pusat pula adalah untuk keperluan bersama beberapa buah sekolah manakala

asrama di sekolah asrama penuh adalah untuk menempatkan seluruh pelajar sekolah itu di

asrama.

Pelajar-pelajar asrama banyak menikmati kemudahan-kemudahan seperti tempat tinggal yang

selesa, ruangan pembelajaran yang sempurna dan kemudahan beriadah yang lengkap. Pelbagai

pembudayaan asrama diterapkan kepada setiap pelajar bagi melahirkan individu yang berdikari,

berakhlak mulia, berilmu dan berketerampilan dengan bantuan para guru dan warden asrama.

Program-program peningkatan seperti ceramah-ceramah keagamaan dan kursus-kursus motivasi

turut dijalankan di asrama dari masa ke semasa. Dengan ini pelajar seharusnya menggunakan

peluang tinggal di asrama dengan semaksimum mungkin dalam mencapai wawasan

kecemerlangan akademik mereka kelak.

LATAR BELAKANG MASALAH

Jika dilihat secara umum, faktor pengajaran dan pembelajaran seseorang pelajar merupakan

aspek penting yang akan menentukan sejauh mana pencapaian akademik seseorang pelajar

tersebut. Dalam konteks ini, pencapaian akademik yang cemerlang telah menjadi matlamat

utama yang harus dicapai bukan sahaja oleh pelajar itu sendiri, bahkan menjadi harapan oleh ibu

bapa, para guru dan pihak sekolah.

Dalam usaha untuk memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang, banyak aspek yang perlu

diberi penekanan dan ianya tidak akan diperolehi oleh pelajar sekiranya terdapat faktor-faktor

negatif yang mempengaruhi aktiviti pembelajaran. Pencapaian akademik yang cemerlang oleh

seseorang pelajar itu dinilai apabila seseorang pelajar itu telah sempurna memperolehi ilmu

pengetahuan serta kemahiran yang dipelajari ke tahap cemerlang dan dimanfaatkan secara

optimum.

Bagi merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pelbagai kemudahan diwujudkan

oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membantu pelajar dalam pembelajaran di sekolah.

Page 3: KAITAN FAKTOR PENYUMBANG DENGAN  · PDF fileKAITAN FAKTOR PENYUMBANG DENGAN KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR ASRAMA HARIAN Nuremelia Binti Mohamad Rawan

3

Antaranya ialah pembinaan asrama yang bertujuan untuk memberi kemudahan tempat tinggal

yang berdekatan dengan sekolah kepada pelajar yang datang dari jauh, terutamanya pelajar

miskin. Kemudahan dan kesempatan diberikan kepada pelajar-pelajar yang tinggal di asrama

turut bertujuan untuk membolehkan mereka mencapai kemajuan dalam bidang pelajaran,

membentuk rohani dan jasmani yang sihat dan mempelajari hidup bermasyarakat.

PENYATAAN MASALAH

Kecemerlangan yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar yang menghuni asrama di sekolah

berasrama penuh memang tidak perlu disangkal lagi kerana pelajar-pelajar di situ memang terdiri

dari mereka yang memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan sehingga melayakkan

mereka menetap di situ. Namun pelajar-pelajar yang menetap di sekolah asrama harian juga

mempunyai prestasi yang cemerlang dalam akademik mereka walaupun mereka bukanlah terdiri

daripada pelajar-pelajar yang cemerlang sebelum memasuki asrama. Kajian ini dilakukan bagi

menfokuskan tentang faktor penyumbang utama kecemerlangan pelajar-pelajar asrama sekolah

harian biasa. Secara dasarnya terdapat beberapa faktor yang dikesan mempunyai kaitan dengan

pencapaian akademik seseorang pelajar antaranya ialah faktor sikap pelajar, motivasi, rakan

sebaya dan program pembelajaran asrama.

OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti kaitan faktor sikap, motivasi, rakan sebaya dan

program pembelajaran asrama dengan kecemerlangan akademik pelajar asrama harian.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini dijalankan dalam bentuk penyelidikan deskriptif dengan menggunakan set soal selidik

dengan nilai kebolehpercayaan, α=0.8827. Teknik persampelan yang digunakan dalam kajian ini

ialah persampelan bertujuan. Sampel bagi kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar asrama

tingkatan 4 yang memperolehi keputusan cemerlang dengan purata peperiksaan 70% ke atas

dalam peperiksaan pertengahan tahun. Pelajar-pelajar asrama ini dipilih dari empat buah sekolah

menengah di daerah Johor Bahru iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sultan

Page 4: KAITAN FAKTOR PENYUMBANG DENGAN  · PDF fileKAITAN FAKTOR PENYUMBANG DENGAN KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR ASRAMA HARIAN Nuremelia Binti Mohamad Rawan

4

Ibrahim, Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan

Ismail dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar.

Instrumen yang digunakan adalah Skala Likert 5 mata. Semua data-data yang diperolehi akan

dikumpul dan diproses dengan menggunakan perisian komputer Statistical Package for Social

Science Version 10.0. Tahap pengaruh yang ingin dikaji adalah berdasarkan empat faktor seperti

yang ditunjukkan dalam Jadual 1 berdasarkan item yang dipilih. Kajian ini menggunakan

peratusan (%), kekerapan (f) dan min. Untuk menentukan tahap kaitan faktor dalam menyumbang

kepada kecemerlangan akademik pelajar asrama harian, jadual tahap kaitan berdasarkan min

seperti dalam Jadual 2 ditunjukkan.

Jadual 1 : Taburan Item-Item Soal Selidik

Persoalan kajian Nombor item

Faktor sikap 1-10

Faktor motivasi 11-17

Faktor rakan sebaya 18-25

Faktor program pembelajaran asrama 26-32

Jadual 2 : Tahap Kaitan Berdasarkan Min

Tahap Penilaian Min

Tinggi 3.5 – 5.0

Sederhana 2.5 – 3.4

Rendah 1.0 – 2.4

Page 5: KAITAN FAKTOR PENYUMBANG DENGAN  · PDF fileKAITAN FAKTOR PENYUMBANG DENGAN KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR ASRAMA HARIAN Nuremelia Binti Mohamad Rawan

5

ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini membincangkan mengenai analisis terhadap kaitan faktor penyumbang dengan

kecemerlangan akademik pelajar asrama harian yang terdiri daripada 32 item soalan yang mana

telah dibahagikan kepada empat faktor iaitu faktor sikap, motivasi, rakan sebaya dan program

pembelajaran asrama.

FAKTOR SIKAP

Kaitan faktor sikap adalah tinggi dengan kecemerlangan akademik pelajar asrama harian (min

4.13). Purata peratus pelajar yang bersetuju mengenai faktor sikap adalah penyumbang kepada

kecemerlangan akademik mereka adalah lebih tinggi berbanding pelajar yang kurang setuju dan

tidak setuju. Ini dapat dilihat dalam Jadual 3 iaitu purata keseluruhan pelajar yang bersetuju

adalah seramai 79.3%.

Jadual 3 : Taburan frekuensi, peratusan dan min dari aspek faktor sikap.

Bil Item Kekerapan (f) & peratus (%) Min

TS KS S

f % f % f %

1 Belajar adalah satu

tanggungjawab yang

perlu saya utamakan.

0

0

0

0

61

100

4.82

2 Saya belajar untuk

mendapat keputusan

yang cemerlang.

0

0

1

1.6

60

98.3

4.75

3 Saya berusaha

memperbaiki keputusan

peperiksaan yang rendah.

0

0

0

0

61

100

4.59

4 Saya merancang waktu

untuk mengulangkaji

pelajaran.

1

1.6

14

23.0

46

75.4

3.90

5 Saya memperuntukkan

masa yang cukup untuk

mengulangkaji pelajaran.

0

0

16

26.2

45

73.8

3.87

6 Saya rajin mengulangkaji

pelajaran.

4

6.5

24

39.3

33

54.1

3.49

7 Saya selalu bertanya guru

jika ada pelajaran yang

saya kurang faham.

6

9.8

28

45.9

27

44.2

3.43

8 Saya akan meminta

bantuan daripada rakan-

Page 6: KAITAN FAKTOR PENYUMBANG DENGAN  · PDF fileKAITAN FAKTOR PENYUMBANG DENGAN KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR ASRAMA HARIAN Nuremelia Binti Mohamad Rawan

6

rakan apabila

menghadapi masalah

dalam pelajaran.

0 0 3 4.9 58 95.1 4.39

9 Saya menyiapkan kerja

sekolah yang diberi oleh

guru pada waktu yang

ditetapkan.

6

9.8

16

26.2

39

64.0

3.72

10 Saya yakin yang saya

boleh lulus dengan

cemerlang dalam semua

mata pelajaran.

0

0

7

11.5

54

88.5

4.31

Purata keseluruhan

2.8 17.9 79.3 4.13

Hasil dapatan menunjukkan kebanyakan pelajar merasakan bahawa belajar adalah satu

tanggungjawab yang perlu mereka utamakan (min 4.82). Ini menunjukkan bahawa pelajar

mempunyai aspirasi yang tinggi dalam pembelajaran mereka. Pencapaian akademik pelajar ada

kaitan dengan aspirasi pelajar, kerana aspirasi dapat menggambarkan nilai yang dimiliki oleh

pelajar.

Pelajar yang bercita-cita tinggi meletakkan pencapaian diri sebagai matlamat utama dalam

pembentukan aspirasi yang tinggi. Apabila pelajar tahu yang belajar itu adalah satu

tanggungjawab yang perlu mereka utamakan maka pelajar akan bersungguh-sungguh untuk

belajar untuk memperolehi kecemerlangan dalam akademik mereka. Menurut Tajul (1990),

untuk berjaya dalam pelajaran seorang pelajar mestilah cuba menguasai tiga perkara iaitu

mempunyai tanggapan yang betul, mempunyai persediaan yang cukup dan motivasi yang tinggi

untuk berjaya dalam pelajaran.

Hasil dapatan mendapati masih ada pelajar yang mempunyai sikap negatif dalam pembelajaran

mereka iaitu mereka malas bertanya guru jika kurang paham dalam pelajaran (min 3.43). Pelajar

bersikap angkuh, malas dan malu untuk bertanya kepada guru jika menghadapi masalah dalam

pemahaman mereka dalam pelajaran. Menurut Noran Fauziah (1991) dalam pembelajaran, sikap

memainkan peranan yang penting ke arah kejayaan seseorang pelajar. Mereka yang bersikap

positif selalunya akan mencapai kejayaan manakala pelajar yang bersikap negatif selalunya akan

menemui kegagalan dalam pelajaran. Sikap negatif ini mungkin dipengaruhi oleh faktor-faktor

luaran tetapi ini jelas sekali akan memberi kesan yang kurang baik terhadap pelajar. Oleh itu

sikap negatif seperti malas belajar, malu bertanya, bersikap angkuh dan lain-lain lagi tidak

seharusnya diamalkan oleh pelajar kerana ia akan membuat seseorang itu gagal.

Page 7: KAITAN FAKTOR PENYUMBANG DENGAN  · PDF fileKAITAN FAKTOR PENYUMBANG DENGAN KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR ASRAMA HARIAN Nuremelia Binti Mohamad Rawan

7

FAKTOR MOTIVASI

Berdasarkan Jadual 4, didapati kaitan faktor motivasi adalah tinggi (min 4.18) dengan

kecemerlangan akademik pelajar asrama harian. Ini dapat dilihat melalui purata peratusan

keseluruhan pelajar yang setuju bahawa motivasi mempunyai kaitan dengan kecemerlangan

akademik mereka adalah tinggi (81.7%).

Jadual 4 : Taburan frekuensi, peratusan dan min dari aspek faktor motivasi

Bil Item Kekerapan (f) & peratus (%) Min

TS KS S

f % f % f %

11 Peluang tinggal di

asrama merupakan

dorongan utama saya

belajar dengan

bersungguh-sungguh.

3

4.9

10

16.4

48

78.7

4.16

12 Saya tetap bersemangat

untuk belajar walaupun

terpaksa menguruskan

diri sendiri di asrama

tanpa bantuan ibu bapa.

1

1.6

5

8.2

55

90.1

4.36

13 Saya tetap bersemangat

untuk belajar walaupun

mengalami kesukaran

untuk menyesuaikan diri

dengan rakan-rakan di

asrama.

2

3.2

11

18.0

48

78.7

3.97

14 Rakan-rakan saya di

asrama sentiasa memberi

semangat kepada saya

supaya maju dalam

pelajaran.

1

1.6

12

19.7

48

78.7

4.13

15 Kejayaan senior-senior

saya di asrama dalam

Peperiksaan Sijil

Pelajaran Malaysia

(SPM) mendorong saya

untuk belajar

bersungguh-sungguh.

4

6.5

6

9.8

51

83.6

4.21

16 Kejayaan senior-senior

saya di asrama

melanjutkan pelajaran ke

IPT (Institusi Pengajian

1

1.6

10

16.4

50

81.9

4.30

Page 8: KAITAN FAKTOR PENYUMBANG DENGAN  · PDF fileKAITAN FAKTOR PENYUMBANG DENGAN KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR ASRAMA HARIAN Nuremelia Binti Mohamad Rawan

8

Tinggi) mendorong saya

untuk belajar

bersungguh-sungguh.

17 Warden asrama

seringkali menasihatkan

saya untuk menghargai

masa supaya maju dalam

pelajaran.

2

3.3

10

16.4

49

80.4

4.10

Purata keseluruhan

3.2 15.1 81.7 4.18

Di dalam proses pembelajaran, motivasi merupakan satu faktor yang amat penting dalam

menentukan pencapaian pelajar. Ini kerana motivasi adalah penggerak tingkah laku individu.

Item 12 menunjukkan pelajar tetap bersemangat untuk belajar walaupun terpaksa menguruskan

diri sendiri di asrama tanpa bantuan ibu bapa (min 4.36). Hasil dapatan kajian ini menunjukkan

walaupun pelajar terpaksa berdikari sendiri menguruskan kehidupan mereka di asrama tanpa

pertolongan ibu bapa tetapi mereka mempunyai motivasi intrinsik yang tinggi dalam diri mereka

untuk belajar.

Motivasi intrinsik yang wujud dalam diri individu pelajar membuatkan pelajar tetap semangat

meneruskan kehidupan harian di asrama. Motivasi memainkan peranan penting untuk

memastikan proses pembelajaran seseorang pelajar. Menurut Crow dan Crow (1983), motivasi

adalah faktor berkuasa dalam pembelajaran. Ini adalah kerana motivasi dapat menggalakkan

seseorang pelajar dalam kegiatan belajarnya. Kehidupan di asrama tidak menjadikan pelajar

pasif malah semakin bersemangat untuk terus maju dalam pelajaran.

Pelajar didapati tetap bersemangat untuk belajar walaupun mengalami kesukaran untuk

menyesuaikan diri dengan rakan-rakan di asrama (min 3.97) menunjukkan bahawa hanya 78.7%

sahaja pelajar yang tetap bersemangat untuk belajar walaupun sukar menyesuaikan diri dengan

rakan sebaya di asrama. Manakala selebihnya hilang semangat apabila berdepan dengan masalah

sebegini. Menurut Ee (1995), motivasi ekstrinsik adalah hal dan keadaan yang datang dari luar

individu. Apabila pelajar berdepan dengan masalah menyesuaikan diri dengan rakan-rakan lain

di asrama, ini bermakna pelajar mendapat motivasi yang rendah dari rakan-rakan. Maka

kekurangan atau ketiadaan motivasi bersifat eksternal menyebabkan pelajar kurang bersemangat

untuk melakukan proses pembelajaran di asrama.

Page 9: KAITAN FAKTOR PENYUMBANG DENGAN  · PDF fileKAITAN FAKTOR PENYUMBANG DENGAN KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR ASRAMA HARIAN Nuremelia Binti Mohamad Rawan

9

FAKTOR RAKAN SEBAYA

Faktor rakan sebaya mempunyai kaitan yang tinggi dalam menyumbang kepada kecemerlangan

akademik pelajar asrama harian (min 4.05). Hasil dapatan seperti dalam Jadual 5 menunjukkan

pelajar memberikan purata peratusan setuju seramai 77.3%. Ini menunjukkan perhubungan

pelajar dengan rakan sebaya adalah penting dengan kecemerlangan akademik pelajar.

Jadual 5 : Taburan frekuensi, peratusan dan min dari aspek faktor rakan sebaya

Bi

l

Item Kekerapan (f) & peratus (%) Min

TS KS S

f % f % f %

18 Prestasi akademik

saya meningkat

kerana dipengaruhi

oleh rakan-rakan di

asrama yang rajin

belajar.

3

4.9

16

26.2

42

68.9

3.89

19 Semangat persaingan

yang tinggi di

kalangan rakan-rakan

di asrama menaikkan

semangat saya untuk

belajar.

0

0

7

11.5

54

88.5

4.30

20 Saya dan rakan-rakan

di asrama bersaing

untuk mendapat

markah yang tinggi

dalam setiap ujian

dan peperiksaan di

sekolah.

1

1.6

8

13.1

52

85.2

4.26

21 Saya tekun belajar

kerana mencontohi

rakan-rakan di

asrama yang tidak

suka membuang

masa.

1

1.6

15

24.6

45

73.8

3.85

22 Saya dan rakan-rakan

di asrama sentiasa

belajar secara

berkumpulan.

3

4.9

10

16.4

48

78.7

4.03

23 Saya dan rakan-rakan

di asrama tidak

pernah ponteng ke

kelas.

5

8.2

18

29.5

38

62.2

3.80

Page 10: KAITAN FAKTOR PENYUMBANG DENGAN  · PDF fileKAITAN FAKTOR PENYUMBANG DENGAN KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR ASRAMA HARIAN Nuremelia Binti Mohamad Rawan

10

24 Rakan-rakan saya

sering mengajak saya

mengulangkaji

pelajaran bersama-

sama.

3

4.9

10

16.4

48

78.7

4.00

25 Rakan-rakan saya

tidak pernah

mengejek apabila

saya mendapat

markah rendah

daripada mereka.

6

9.8

5

8.2

50

82.0

4.25

Purata keseluruhan

4.5 18.2 77.3 4.05

Perhubungan di antara rakan sebaya adalah penting kerana ia merupakan sokongan emosi bagi

seseorang pelajar. Ini disokong oleh hasil dapatan yang menunjukkan bahawa semangat

persaingan yang tinggi di kalangan rakan-rakan di asrama menaikkan semangat pelajar untuk

belajar (min 4.30). Menurut Mok (2001), rakan sebaya dapat mempengaruhi perkembangan

intelek, perlakuan diri seseorang individu, emosi dan hubungan sosialnya. Apabila rakan-rakan

di asrama mempunyai semangat yang tinggi untuk memperoleh kejayaan dalam pelajaran secara

tidak lagsung mempengaruhi perkembangan pembelajaran dan semangat pelajar untuk

memperoleh kecemerlangan dalam akademik mereka.

Pelbagai perkara positif dapat dipelajari menerusi rakan sebaya. Contohnya, rajin belajar seperti

berbincang berkaitan pelajaran di sekolah, secara tidak langsung pelajar berkenaan turut rajin

belajar bagi meningkatkan pencapaian pelajar itu sendiri (Abdullah, 2005). Ini jelas menunjukkan

pemilihan rakan sebaya memainkan peranan dalam membentuk diri remaja seperti yang

ditunjukkan dalam item 21 dimana pelajar menjadi tekun untuk belajar kerana mencontohi rakan-

rakan di asrama yang tidak suka membuang masa (min 3.85).

Minat dan kelakuan yang ada pada rakan sebaya seseorang pelajar penting sebagai pengaruh

terhadap minat, perlakuan dan seterusnya menentukan pencapaian seseorang pelajar dalam

akademik. Ini disokong oleh hasil dapatan yang menunjukkan bahawa pelajar dan rakan-rakan di

asrama tidak pernah ponteng ke kelas (min 3.80).

Jika pelajar memilih rakan sebaya yang sehaluan yang memang ingin memperoleh

kecemerlangan dalam pelajaran maka memudahkan pelajar mencapai kecemerlangan yang sama.

Ini bertepatan dengan pendapat Sharifah Alwiah (1987a) yang menyatakan persamaan dari cara-

Page 11: KAITAN FAKTOR PENYUMBANG DENGAN  · PDF fileKAITAN FAKTOR PENYUMBANG DENGAN KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR ASRAMA HARIAN Nuremelia Binti Mohamad Rawan

11

cara dan nilai rakan sebaya banyak mempengaruhi perkembangan pembelajaran seseorang

individu.

FAKTOR PROGRAM PEMBELAJARAN ASRAMA

Berdasarkan Jadual 6, didapati kaitan organisasi pembelajaran di asrama adalah tinggi dengan

kecemerlangan akademik pelajar asrama harian (min 3.93). Secara keseluruhannya, purata

peratus pelajar yang bersetuju adalah lebih tinggi iaitu 74.0 % berbanding yang kurang setuju dan

tidak setuju.

Jadual 6 : Taburan frekuensi, peratusan dan min dari aspek faktor program pembelajaran

asrama

Bil Item Kekerapan (f) & peratus (%) Min

TS KS S

f % f % f %

26 Saya mematuhi

jadual belajar yang

telah ditetapkan oleh

pentadbir asrama.

2

3.3

23

37.7

36

59.0

3.72

27 Saya dapat belajar

dengan selesa pada

waktu belajar yang

telah ditetapkan.

2

3.3

13

21.3

46

75.4

3.92

28 Waktu belajar yang

telah ditetapkan oleh

pentadbir asrama

adalah mencukupi.

2

3.3

19

31.1

40

65.5

3.80

29 Saya dapat

menumpukan

perhatian terhadap

pelajaran walaupun

belajar secara

beramai-ramai.

3

4.9

26

42.6

32

52.5

3.56

30 Saya mengikuti

program-program

motivasi yang

dianjurkan oleh

3

4.9

6

9.8

52

85.3

4.11

Page 12: KAITAN FAKTOR PENYUMBANG DENGAN  · PDF fileKAITAN FAKTOR PENYUMBANG DENGAN KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR ASRAMA HARIAN Nuremelia Binti Mohamad Rawan

12

pentadbir asrama

kerana membantu

meningkatkan

semangat saya untuk

belajar.

31 Saya mengikuti

kuliah-kuliah agama

di asrama kerana

banyak memberi

keinsafan kepada

saya supaya sedar

akan tanggungjawab

sebagai seorang

pelajar.

0

0

4

6.6

57

93.4

4.20

32 Kelas-kelas tambahan

yang dianjurkan oleh

pentadbir asrama

dapat meningkatkan

kefahaman saya

dalam pelajaran.

1

1.6

7

11.5

53

86.9

4.18

Purata keseluruhan

3.1 22.9 74.0 3.93

Hasil dapatan menunjukkan bahawa kuliah-kuliah agama yang diadakan di asrama banyak

memberi keinsafan kepada pelajar supaya sedar akan tanggungjawab sebagai seorang pelajar

(min 4.20). Ini adalah sama seperti dapatan dalam kajian Mohd. Zamre (2000) yang menyatakan

bahawa minat pelajar yang begitu tinggi terhadap program-program kerohanian menunjukkan

seakan sudah menjadi satu budaya asrama dalam menanamkan keyakinan kepada Allah dan

mendidik pelajar-pelajar bertawakal. Dengan adanya program seperti ini secara tidak langsung

memberi kesan pada pembelajaran pelajar iaitu mereka lebih bersungguh-sungguh dalam

pembelajaran mereka kerana sedar tanggungjawab mereka sebagai pelajar yang untuk

memperolehi kecemerlangan dalam akademik.

Hasil kajian mendapati masih ada pelajar yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di

asrama yang mana mereka perlu belajar secara beramai-ramai di dewan belajar (min 3.56).

Keadaan ini bertepatan dengan kenyataan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (1998) berkenaan

asrama-asrama sekolah menengah yang menyatakan pelajar-pelajar di asrama tidak mempunyai

bilik-bilik khas seperti bilik bacaan, bilik perbincangan, bilik tamu dan lain-lain. Keadaan ini

boleh menjejaskan kecemerlangan akademik para pelajar di asrama.

Page 13: KAITAN FAKTOR PENYUMBANG DENGAN  · PDF fileKAITAN FAKTOR PENYUMBANG DENGAN KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR ASRAMA HARIAN Nuremelia Binti Mohamad Rawan

13

RUMUSAN

Melalui penganalisisan data dan perbincangan mengenai hasil dapatan dapat dirumuskan

bahawa faktor sikap mempunyai kaitan yang tinggi dengan kecemerlangan akademik pelajar

asrama harian (min 4.13). Dapatan ini menunjukkan pelajar asrama harian mempunyai sikap

yang positif terhadap usaha mereka dalam pelajaran. Antara sikap-sikap positif yang wujud

dalam diri pelajar asrama harian ini ialah mereka rajin, tekun, berusaha tinggi, bersemangat tinggi

dan tidak mudah berputus asa dalam pembelajaran mereka. Mereka juga mempunyai kesedaran

yang tinggi untuk memperoleh prestasi akademik yang cemerlang.

Faktor motivasi menunjukkan kaitan yang paling tinggi dengan kecemerlangan akademik pelajar

asrama harian (min 4.18). Ini menunjukkan pelajar-pelajar mempunyai motivasi yang tinggi

untuk belajar. Setiap pelajar mempunyai matlamat, impian dan cita-cita yang tinggi untuk

memperolehi kecemerlangan dalam akademik mereka. Selain daripada motivasi yang wujud

dalam diri mereka, mereka juga memperolehi motivasi dari luar iaitu motivasi ekstrinsik daripada

ibu bapa, warden asrama, rakan sebaya dan senior-senior mereka yang telah berjaya. Motivasi

ekstrinsik juga dapat menolong pelajar untuk belajar. Justeru, motivasi memang memainkan

peranan penting dalam memastikan kecemerlangan seseorang pelajar.

Hasil analisis juga mendapati faktor rakan sebaya menunjukkan kaitan yang tinggi dengan

kecemerlangan akademik pelajar asrama harian (min 4.05). Di dapati pelajar dipengaruhi oleh

rakan-rakan mereka dari segi sikap dan cara belajar. Pelajar yang mempunyai rakan sebaya yang

rajin belajar akan mendorong mereka untuk memperkembangan intelek dan potensi ke tahap

optimum. Persamaan dari cara-cara dan nilai rakan sebaya banyak mempengaruhi perkembangan

pembelajaran seseorang individu. Pelajar dan rakan sebaya sentiasa bekerjasama ketika

berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran untuk bersama memperolehi kecemerlangan

dalam akademik.

Berdasarkan hasil analisis di dapati program pembelajaran asrama menunjukkan kaitan yang

tinggi dengan kecemerlangan akademik pelajar asrama harian (min 3.93). Walaupun begitu

terdapat juga beberapa kelemahan dalam aspek-aspek organisasi pembelajaran yang perlu

diambil perhatian. Dari segi kesesuaian jadual waktu belajar di asrama di dapati pelajar di asrama

dapat belajar pada waktu-waktu yang diperuntukkan ini dengan selesa tetapi terdapat sebahagian

sahaja pelajar (59.0 %) yang dapat dapat mematuhi jadual ini dengan baik. Hampir separuh

Page 14: KAITAN FAKTOR PENYUMBANG DENGAN  · PDF fileKAITAN FAKTOR PENYUMBANG DENGAN KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR ASRAMA HARIAN Nuremelia Binti Mohamad Rawan

14

(52.5%) sahaja daripada pelajar menyatakan bahawa mereka dapat menumpukan perhatian

terhadap pelajaran walaupun belajar secara beramai-ramai. Dari segi program khas yang

dijalankan oleh pentadbir asrama menunjukkan kesan yang positif terhadap pengaruh

kecemerlangan akademik pelajar.

KESIMPULAN

Hasil kajian yang telah dijalankan ini diharap dapat memberi gambaran dan maklumat mengenai

kaitan faktor-faktor dalam menyumbang dengan kecemerlangan akademik pelajar asrama harian.

Disebabkan kajian ini hanyalah berbentuk deskriptif, maka perbincangan berkenaan

pembolehubah seperti faktor sikap, motivasi, rakan sebaya dan program pembelajaran asrama

adalah mencukupi untuk meninjau permasalahan yang dikemukakan. Secara keseluruhan hasil

kajian ini adalah memuaskan dan diharapkan agar ianya dapat dijadikan panduan dan sumber

rujukan kepada pihak-pihak yang berminat terutamanya pihak pentadbir asrama sekolah-sekolah

terlibat.

RUJUKAN

Abdullah Sani Yahaya (2005). Mengurus Disiplin Pelajar. Pahang Darul Makmur:

PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Crow and Crow (1983). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ee, Ah Meng (1995). Murid Dalam Proses Pembelajaran Asas Pendidikan 2.

Shah Alam: Fajar Bakti.

Hussein Ahmad (1993). Pendidikan dan Masyarakat Antara Dasar Reformasi Dan

Wawasan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian

Pendidikan Malaysia.

Page 15: KAITAN FAKTOR PENYUMBANG DENGAN  · PDF fileKAITAN FAKTOR PENYUMBANG DENGAN KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR ASRAMA HARIAN Nuremelia Binti Mohamad Rawan

15

Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (1998). Program Asrama Lima Bintang.

Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. Tidak diterbitkan.

Mohd. Zamre Osman (2000). Peranan Asrama Dalam Menyumbangkan

Kecemerlangan Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Teknik Kulim Dalam

Peperiksaan SPM/SPMV. Universiti Teknologi Malaysia: Projek Sarjana

Muda. Tidak diterbitkan.

Mok, Soon Sang (2001). Psikologi Pendidikan Untuk Kursus Diploma Perguruan

Semester 1. Subang Jaya: Kumpulan Budiman.

Noran Fauziah Yaakub (1991). Sikap Pelajar UUM Terhadap Gerak Kerja Ko- kurikulum.

Seminar Kebangsaan Mengenai Ko-kurikulum: 18-20 Ogos 1985.

Sharifah Alwiyah Alsagoff (1987a). Psikologi Pendidikan 1 Konsep-konsep Asas

Psikologi Dan Psikologi Pendidikan, Psikologi Perkembangan. Kuala

Lumpur: Heinemann.

Tajul Ariffin Noordin (1990). Pendidikan Satu Pemikiran Semula. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pendidikan Malaysia.