kafedamiahd

43
1 1 Dear diary, Hidup tak selalu membahagiakan tapi tak semesnya kita kena selalu bersedih. Kadang-kadang, kita perlu tolak masalah tu jauh-jauh dan mulakan hidup dengan memikirkan yang ada masalah kat dunia ni yang tak boleh diselesaikan. Doa pada Allah supaya dipermudahkan segalanya dan insya-Allah, Allah akan bantu kita. Jangan pernah berputus asa sebab sekali kita berputus asa, mes lepas ni kita akan cepat berputus asa jugak. Teruskan usaha dan insya-Allah, akan berbalas. Liya, sekolah kat mana pun sama je. Yang penng niat. Kalau niat elok, insya- Allah, Allah mempermudah segalanya. Jangan risau. Chill je dan tunggu apa yang berlaku. Chaiyok Liya!

Upload: noor-fadilah-printis

Post on 03-Feb-2016

40 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

NOVEL

TRANSCRIPT

Page 1: KafeDamiaHD

1

1

Dear diary,

Hidup tak selalu membahagiakan

tapi tak semestinya kita kena selalu

bersedih. Kadang-kadang, kita perlu tolak

masalah tu jauh-jauh dan mulakan hidup

dengan memikirkan yang tiada masalah

kat dunia ni yang tak boleh diselesaikan.

Doa pada Allah supaya dipermudahkan

segalanya dan insya-Allah, Allah akan

bantu kita. Jangan pernah berputus asa

sebab sekali kita berputus asa, mesti lepas

ni kita akan cepat berputus asa jugak.

Teruskan usaha dan insya-Allah, akan

berbalas.

Liya, sekolah kat mana pun sama je.

Yang penting niat. Kalau niat elok, insya-

Allah, Allah mempermudah segalanya.

Jangan risau. Chill je dan tunggu apa yang

berlaku. Chaiyok Liya!

Page 2: KafeDamiaHD

Kafe Damia

2

LIYA TUTUP diarinya sebelum merebahkan tubuh badannya di atas katil. Siling putih dipandang lama sebelum dia memejamkan matanya rapat-rapat. Menguatkan semangat untuk memulakan hari persekolahan di sekolah baharunya esok!

Tit! Tit!Telefon yang berbunyi dikerling sekilas.

Dengan malas, dia mencapai telefon bimbit sebelum melihat siapa yang hantar mesej masa dia tak berapa nak tenang sekarang ni.

Good luck for tomorrow! Kami tahu kau boleh!

Liya tersenyum. Cepat-cepat dia membalas mesej Nora.

Thanks! Doakan aku J

Liya menghela nafas sebelum meletakkan telefonnya kembali ke atas meja. Dia memejamkan matanya sambil meniup semangat ke dalam hatinya. Semua orang cakap yang dia insya-Allah boleh bertahan kat sekolah baharu tu dan apabila semua orang dah cakap macam tu, dah kira doalah kan? Liya menarik nafas dalam-dalam. Kau boleh, Liya!

“ADIK! BANGUN!”“Tak nak!”

Page 3: KafeDamiaHD

Moon Leeya Zafrina

3

“Jangan buat-buat lupa yang awak tu kena pergi sekolah hari ni. Cepat bangun!” Harith dah menarik lengan Liya. Ya Allah, nak kejutkan Si Liya bangun pagi macam nak berperang! Mesti riuh-rendah suara dia pagi-pagi!

“Boleh tak kalau tak nak pergi?”Harith terus cubit pipi Liya. Banyak cantik

tak nak pergi sekolah. Duduk rehat dekat seminggu kat rumah ni, takkan tak cukup lagi kut? Tak takut ke tinggal banyak pelajaran?

“Dah-dah! Bangun cepat sebelum Along siram guna air!” Harith dah mengugut. Selalunya apabila dia ugut, Liya takut. Tapi kali ni, Liya buat derk aje!

“Adik....” Suara dia dah meleret. Ada yang aku humban masuk dalam bilik air nanti! Degil bebenor adik aku yang sorang ni!

“Fine... Liya bangun sekarang.” Liya gosok mata sebelum turun dari atas katil. Dikerling sekilas Harith yang berdiri di kaki katil. Dia terus capai tuala dan masuk dalam bilik air.

“Along bagi half an hour je!” jerit Harith dari luar sebelum menutup pintu bilik Liya. Sempat dia tunggu sekejap untuk memastikan yang Liya dah mula mandi. Buatnya Liya bertapa aje dalam bilik air tu nanti, siapa yang naya?

“Yelah!” jerit Liya dari dalam bilik air. Dia sangkut tuala kat penyangkut sebelum memandang muka sendiri kat cermin.

“Hari yang baharu, sekolah yang baharu, classmates yang baharu, cikgu yang baharu dan pengalaman yang baharu,” ucapnya perlahan sambil membuka paip air.

Page 4: KafeDamiaHD

4

2LIYANA DAMIA memandang lama pintu pagar di hadapannya sambil membetulkan kedudukan beg sekolah di bahunya. Sekarang ni memang perasaan dia bercampur baur. Sekejap gembira, sekejap sedih, sekejap gemuruh dan tak lama lepas tu dia langsung tak rasa apa-apa.

“Kenapa tengok je pintu pagar tu? Nak Along masuk sekali ke?” soal Harith.

Liya hanya menggeleng perlahan. “Tak apa. Liya masuk sorang-sorang.” Kemudian, dia berpaling ke arah Harith dan terus menyalami tangan Harith.

“Wish me luck!” Harith senyum sambil mengangguk. “Good

luck!”Liya mengukir senyuman sebelum membuka

pintu kereta. Selepas itu, dia hanya melambai kecil sehinggalah kereta Harith hilang daripada pandangannya.

Sekali lagi dia hanya merenung pintu

Page 5: KafeDamiaHD

Moon Leeya Zafrina

5

pagar tersebut sambil menghela nafas panjang. Tiba-tiba rasa rindu sangat-sangat kat sekolah lama. Sedih sangat apabila tiba-tiba ayah dapat surat pindah ke Ipoh. Ikutkan hati, nak aje dia tinggal sorang-sorang kat Kedah tapi memang tak dapatlah kan? Tak adanya mak dan ayah nak bagi dia duduk sana sorang-sorang sampai habis sekolah. Tahun terakhir sepatutnya menjadi tahun yang paling menyeronokkan bagi dia dan dia berharap walaupun dia bersekolah kat sini, tahun yang paling menyeronokkan itu akan tetap ada!

“Reda ajelah, Liya oii.” Dia menarik nafas dalam-dalam dan perlahan-lahan kakinya mula melangkah ke dalam kawasan sekolah.

Sepanjang perjalanan ke pejabat, sempat juga dia tersenyum ke arah pelajar-pelajar yang lalu-lalang. Ada yang tengah bersembang dengan kawan-kawan kat pondok-pondok kecil, ada yang tengah tolong cikgu angkat barang dari dalam kereta.

“Kak Liyana! Kak Liyana!”Liya berhenti berjalan sebelum memandang

ke belakang. Seorang pelajar perempuan yang memakai uniform berwarna kuning sedang menghampirinya dan pelajar perempuan itu mengukir senyuman manis untuk Liya.

“Akak ni Liyana Damia kan?” Liya mengangguk. “A’ah. Adik ni siapa?”“Saya Aqila. Akak boleh panggil saya Qila. PK

HEM suruh saya tolong akak hari ni sebab akak kan budak baharu. Jadi hari ni, saya akan jadi pembantu akak,” balas Qila sambil tersenyum.

Page 6: KafeDamiaHD

Kafe Damia

6

Liya tercengang. Rasanya dia belum pekak lagi. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) suruh? Dia mendapat seorang pembantu sebab dia budak baharu? Biar betul! Macam tak percaya pun ada. Ni sekolah apa? Elit ke? Ada ke sekolah yang hantar pelajar untuk bantu pelajar baharu? Macam dalam drama TV pun dah ada! Ke aku yang tak tahu memang ada sekolah macam ni?

“Qila sure ke?” Liya menyoal. Manalah tahu kut-kut Qila cakap lain tapi dia dengar lain. Buat malu aje kalau salah! Dahlah hari ni hari pertama dia kat sini. Kalau boleh, dia tak naklah buat hal yang boleh memalukan diri sendiri.

Qila mengangguk pantas. “Tak menyusahkan ke?” soal Liya khuatir.“Taklah. Jom, Qila bawak akak pergi

pejabat.”“Tapi Qila tolong akak hari ni je tau,” ucap

Liya dengan suara yang tegas. Dia kalau boleh tak nak menyusahkan orang. Lebih suka berdikari.

“Beres kak! No problem.” Jawab Qila sambil tersenyum.

Sampai aje di pejabat, Liya dan Qila pergi jumpa dengan kerani yang sedang sibuk menaip di mejanya.

“Assalamualaikum Makcik Salmah.”“Wa’alaikumsalam... haa, Qila! Kenapa?” Qila tersenyum kecil sambil menarik tangan

Liya untuk berdiri di sebelahnya. “Ni ada pelajar baharu makcik, nama dia Liyana Damia.”

Liya tersenyum kecil sambil menundukkan kepalanya sedikit. Kemudian dia hulurkan borang yang memang dia pegang dari tadi pada Makcik

Page 7: KafeDamiaHD

Moon Leeya Zafrina

7

Salmah. “Jauhnya kamu pindah.” Makcik Salmah

menilik-nilik borang Liya sebelum mencapai telefon. “Tunggu kejap ye. Makcik nak call penyelaras. Kamu berdua duduk dulu kat sana.” Jari telunjuknya dihalakan ke sofa berwarna krim yang terletak di hujung bilik tu.

Liya hanya mengangguk kecil sebelum pergi kat sofa tu. Beg sandangnya dibawa ke riba. Dia sibuk perhatikan keadaan sekeliling dan sesekali dia mengerling ke arah Qila yang tengah bersembang dengan seorang lagi kerani yang lebih muda daripada Makcik Salmah. Peramah juga Qila ni. Patutlah Qila tak kisah nak tolong dia hari ni!

“Liyana...” Liya pandang Makcik Salmah sebelum bangkit dari duduknya.

“Penyelaras cakap Liya masuk kelas Lima al-Kindi. Kelas tu dekat tingkat atas ni je,” kata Makcik Salmah.

Liya mengangguk sambil tersenyum. “Terima kasih, makcik! Saya mintak diri dulu.” Terus Liya mencuit tangan Qila sebelum memuncungkan bibirnya ke pintu keluar. Qila yang memahami, mengangguk kecil sebelum melambai tangan pada kerani tu. Liya turut melambai kecil sebelum mengekori Qila keluar dari pejabat.

Qila dengan sukarelanya ingin menemaninya sehingga ke kelas Lima al-Kindi. Dah ditolak pun Qila tetap bertegas dengan alasan yang sama.

“Kan akak dah bersetuju nak biarkan Qila tolong akak. Ni kiranya Qila menolong akak la....”

Dan seperti tadi, dia hanya mengiakan

Page 8: KafeDamiaHD

Kafe Damia

8

sahaja. Tak nak cakap apa-apa sebab dia pun bukannya tahu sangat jalan nak ke kelas. Buatnya sesat dalam kawasan sekolah tu, tak ke naya? Lagipun dalam kepala dia ni macam-macam sedang difikirkan. Macam mana agaknya perangai budak-budak kelas dia nanti? Baik ke? Jahat ke? Sombong ke?

Buk!“Adoi, sakitnya!” Liya mengurut hidungnya

yang terasa sengal. Dia menepuk dinding di hadapannya untuk melepaskan geram.

“Akak! Ya Allah, kak! Macam mana boleh langgar dinding tu?” Qila berlari mendapatkan Liya yang terduduk sambil mengurut hidungnya. Liya hanya tersenyum sumbing.

“Akak memang macam ni. Cuai!” Perlahan-lahan Liya bangkit sebelum menggalas beg sandangnya kembali. Qila hanya menggeleng-gelengkan kepalanya sambil menarik tangan Liya untuk mengikutnya.

“Ni kelas akak. Lima al-Kindi. Good luck!”Liya melihat kelas yang ditunjukkan oleh

Qila dengan pandangan kagum. Memang kagum sebab kelas ni senyap gila! Kelas lain semua bising-bising tapi kelas ni, teramat senyap. Dari luar, kelas ni nampak sangat menarik dengan cat dinding warna biru lembut dan putih. Kat papan maklumat, penuh dengan kertas warna-warni yang mengandungi info-info penting bagi setiap subjek. Tanggapan pertama, kelas ni cantik sangat! Dia suka!

“Terima kasih tau Qila sebab tolong akak. Menyusahkan Qila je.” Liya tersenyum. Mak

Page 9: KafeDamiaHD

Moon Leeya Zafrina

9

selalu cakap, orang berbudi, kita berbahasa. Lagipun, Qila dah bersusah payah tolong dia hari ni. Walaupun baru kenal hari ni tapi bersungguh-sungguh Qila menolong dia.

“Eh, mana ada menyusahkan. Qila suka tolong akak. Lain kali kita sembang panjang tau. Qila pergi dulu...” ucap Qila sambil tersenyum. Kemudian dia berlalu pergi sambil melambai tangannya.

Selepas aje kelibat Qila menghilang daripada pandangannya, Liya sudah sesak nafas. Rasa pernafasan dia dah tak berapa normal sekarang sebab satu-satunya orang yang dia kenal dekat sekolah baharu ni dah pergi tinggalkan dia. Sekarang ni, dia risau nak bertemu dengan kawan-kawan baharu dia. Risau fikirkan macam mana penerimaan dia orang semua nanti!

Relaks Liya... relaks. Dia orang tu manusia biasa aje. Bukan raksasa ke apa.

“Excuse me.” Satu suara garau yang bersuara di belakangnya mengejutkan dirinya yang sedang berusaha menenangkan diri sendiri. Dia berpaling ke belakang sambil mendongak untuk memandang muka tuan punya badan.

“Kau nak berdiri kat sini macam tiang bendera dekat dataran sampai balik nanti ke... ataupun kau nak masuk kelas sekarang?” soal lelaki itu dingin dengan muka yang serius. Langsung tidak tersenyum sebaliknya memandang Liya dengan tajam.

“Nak... nak... masuk kelas sekarang,” jawab Liya tergagap-gagap. Dia memandang lelaki di hadapannya. Masamnya muka!

Page 10: KafeDamiaHD

Kafe Damia

10

Lelaki itu hanya memandangnya sekilas sebelum menghampiri pintu kelas.

“Assalamualaikum cikgu.” Pintu kelas diketuk perlahan sebelum dia melangkah masuk ke dalam. Liya yang tercongok berdiri di luar cepat-cepat mengekorinya. Serentak, semua kepala mengangkat muka dan memandang mereka. Liya mula cuak. Sesak nafas pun dah ada ni.

“Siapa yang berdiri dekat belakang kamu tu, Zafran?” tanya Cikgu Suhaily sambil memandang ke arah Liya yang seperti sedang berdiri di balik tubuh tinggi lampai milik Zafran.

“Saya pun tak tahu, cikgu. Dari tadi dia berdiri kat luar kelas. Mungkin student baharu,” balas Zafran sebelum meminta diri ke tempatnya. Sekarang ni tinggal Liya yang masih lagi terkebil-kebil di hadapan kelas seorang diri. Mula-mula dia nak menjerit suruh lelaki tu berdiri kat sini juga tapi macam tak patutlah pula. Buat apa lelaki tu nak teman dia kat sini kan?

“New student?” soal Cikgu Suhaily. Dia tersenyum mesra.

Perlahan-lahan Liya mengangguk sambil membalas senyuman guru di hadapannya. Matanya melirik ke arah tag nama guru berkenaan yang tertera nama Suhaily.

“Nama apa?”“Liyana Damia binti Badrul Hisham, cikgu.

Panggil Liya,” jawab Liya sebaik mungkin. Tiba-tiba dia merasa kurang selesa apabila semua pelajar kelas itu ralit memandangnya kecuali seorang. Siapa lagi kalau bukan lelaki yang

Page 11: KafeDamiaHD

Moon Leeya Zafrina

11

bernama Zafran tu. Dia seorang aje yang sibuk menulis!

“Baiklah Liya. Kamu boleh duduk... hmm... dekat mana ye?” Mata Cikgu Suhaily melilau mencari tempat duduk yang kosong. “Okey, kat sebelah Zafran kosong. Kamu duduk situ ye.”

Liya memandang ke arah tempat duduk yang ditunjukkan oleh Cikgu Suhaily. Matanya terbeliak apabila melihat Zafran yang duduk kat sebelah tempat kosong itu! Dan nafasnya seakan tersekat apabila melihat pandangan mata Zafran yang sangat tajam. Pandangan mata yang membawa maksud, Liya, kau dalam masalah besar! Bersedialah!

“Pergilah duduk. Kalau ada apa-apa yang kamu tak faham, boleh tanya Zafran. Dia ketua pengawas sekolah ni,” kata Cikgu Suhaily lagi.

Ketua pengawas? Liya makin terkejut. Orang yang dingin macam ais tu ketua pengawas? Siapalah yang ‘cerdik’ sangat pergi pangkah nama dia masa pilihan raya? Muka langsung tak mesra rakyat. Serius memanjang! Kalau aku jadi salah seorang pengundi, awal-awal mamat ni kena tolak daripada senarai. Ke dia paksa budak-budak kat sekolah ni undi dia?

Dengan langkah yang lemah, dia melangkah ke tempat duduknya tanpa mempedulikan mata-mata yang memandang. Nak tak nak, dia terpaksa juga duduk dekat situ. Takkan nak membantah kan? Budak baharu tapi dah buat perangai buruk. Tak nak! Tak nak!

Perlahan-lahan dia melabuhkan punggung di atas kerusi sambil cuba menerapkan pesanan

Page 12: KafeDamiaHD

Kafe Damia

12

maknya dalam hati dan juga dalam mindanya.

“Kita datang sekolah nak cari ilmu. Perbetulkan niat dan insya-Allah kita akan berjaya. Mak yakin dengan anak mak ni.”

Liya tersenyum kecil setiap kali teringat akan pesanan ibunya itu. Kemudian dia mengeluarkan buku latihan dan bersedia untuk memulakan pelajaran. Semangatnya untuk belajar, berkobar-kobar.

“Baiklah, bangun semua. Masa cikgu dah tamat.”

Mata Liya membulat. Lah! Dah habis masa rupanya. Liya tepuk dahi.

“NAH!”Zafran meletakkan tiga helai lencana

kain di atas meja Liya semasa waktu rehat. Ni kenapa pulak nak letak lencana atas meja aku? Liya memandang lelaki di hadapannya dengan pandangan yang pelik.

“Untuk apa?”“Untuk kau pakailah! Takkan nak buat

makan pulak.” Jawab Zafran dingin sebelum duduk di tempat duduknya. Langsung tak senyum. Muka tu pun serius memanjang. Kalau singa tengok pun, singa takut tau!

“Err... thanks,” ucap Liya perlahan sambil mengambil lencana-lencana tersebut lalu dimasukkan ke dalam beg sekolah. Orang dah

Page 13: KafeDamiaHD

Moon Leeya Zafrina

13

bagi percuma buat apa kita nak menolak kan? Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Dia ketawa kecil.

“Lagi satu, jangan pakai pin tudung yang terlampau fancy. Yang bergayut-gayut tu. Kalau cikgu ataupun pengawas nampak, memang kena rampas,” ucap Zafran tanpa memandang wajah Liya. Tangannya lincah menulis di atas sehelai kertas kajang.

“Okey.” “And one more thing, cuba keep up. Jangan

slow sangat.”Liya tercengang. Slow? Maksud dia apa?

Aku berjalan perlahan ke?“Slow dalam erti kata apa ye?”“Kami kat sini belajar laju. Sebabnya nak

cepat habiskan syllabus. Apabila dah habis syllabus, bolehlah ulang kaji banyak sikit. Faham?” tanya Zafran masih lagi lincah menulis di atas kertas kajang. Mata dia dah melekat kat permukaan kertas kajang itu. Sedikit pun tak pandang Liya kat sebelah ni.

Liya mengangguk tanda faham. Benda tu memang normal. Cikgu dekat sekolah lama pun suka ajar laju-laju, biar boleh ulang kaji lama sikit. Kalau ada tajuk yang tak faham lagi, bolehlah ulang kaji balik masa tu. Lagipun, dia memang kena ulang kaji balik tajuk-tajuk yang dia tak sempat nak belajar. Tu la, nak lagi cuti lama-lama kat rumah tu! Dia kemudiannya memandang ke luar tingkap. Duduk di sebelah Zafran membuatkan dia rasa seolah-olah dia ni halimunan. Mana taknya, Zafran diam aje dan

Page 14: KafeDamiaHD

Kafe Damia

14

sibuk menulis. “Ambik kertas ni,” kata Zafran tiba-tiba

sambil meletakkan kertas kajang yang sudah tercoret dengan tulisannya di atas meja Liya.

“Kertas apa ni?”“Apa kata kau baca dulu sebelum tanya apa-

apa kat aku?” ucap Zafran mendatar sebelum mengalihkan pandangannya ke arah lain.

Liya mencebik bibir. Hodoh sangat ke muka aku ni sampai dia tak nak tengok? Memang sombong betul lelaki ni. Rizwan pun ketua pengawas juga dekat sekolah lama dulu tapi tak adalah sombong macam dia ni! Zafran sombong! Dia kemudiannya menatap kertas di hadapannya.

Peraturan ketika duduk di sebelah aku!

Terbuntang luas mata Liya. Mak aih, ni baru baca tajuk! Belum lagi tengok isi kandungannya. Kalau dah baca isinya mahu tersembul terus biji mata. Dia menjeling Zafran di sebelah. Peraturan ketika duduk di sebelah aku? Ceh! Macamlah kau tu menteri besar nak bagi peraturan segala.

1. Jangan nak tidur dalam kelas. Kalau nak tidur, pergi balik rumah!2. Jangan nak bising-bising. Aku serabut dengan orang yang suka membuat bising.3. Jangan kacau aku masa aku

Page 15: KafeDamiaHD

Moon Leeya Zafrina

15

tengah belajar. Aku paling tak suka orang ganggu aku!4. Jangan mengelamun!5. Jangan selekeh. Orang yang selekeh menyakitkan mata aku!6. Jangan nak buat perangai gila depan aku. Aku suka orang yang normal saja.7. Jangan nak menyanyi-nyanyi.

Liya mencebik. Dia mengambil botol air lalu diteguk perlahan.

8. Jangan cakap dengan aku melainkan kau ada perkara penting yang nak ditanya.9. Jangan menyampuk kalau aku tengah bercakap. Sebab apa yang aku cakap adalah untuk pengetahuan kau.10. Dan yang paling penting! Jangan sesekali kau terpikat kat aku!

Uhuk! Uhuk!Liya tersedak sehingga tersembur keluar

air dari dalam mulutnya. Nasib baik dia sempat mengalihkan muka ke luar tingkap. Sakit dada dia sebab tersedak tadi! Kurang asam masin betullah! Pantas muka lelaki di sebelahnya dipandang dengan tajam. Gigi diketap tanda

Page 16: KafeDamiaHD

Kafe Damia

16

geram. Zafran budak perasan! Boleh blah! Helo, ni Miss Hati Batu okey! Tak mudah terpikat dengan sesiapapun. Lagipun apa yang istimewa sangat fasal Zafran yang mampu membuatkan dia terpikat?

Nak kata baik, dia masih belum berjaya menemui ciri-ciri baik Zafran. Nak kata jahat, adalah sikit dengan mulut yang laser dan sikap yang terlampau dingin. Tapi dia sendiri pun jahat juga. Mulut dia sendiri pun kecoh. Jadi tak boleh nak salahkan Zafran kerana bermulut laser. Tapi yang tak tahannya, apa hal peraturan tu kena ada? Macamlah aku nak sangat duduk sini! Kalau cikgu tak suruh, tak adanya aku terhegeh-hegeh nak duduk sini. Memang takkan duduk sini punya. Kenapalah aku kena duduk sebelah budak yang terlampau perasan??? Waaa! Liya menepuk dahinya.

“Zafran, aku terima semua peraturan yang kau bagi ni dengan hati yang terbuka. Especially yang nombor sepuluh tu sebab aku tahu yang itu agak mustahil untuk berlaku dengan perangai kau yang macam ni. Kuat perasan! Dan lagi satu, ada satu perkara yang aku tak boleh ubah. Aku ni memang seorang yang cuai sikit dan agak kelam-kabut. Jadi, mungkin kau akan tension jugak tapi jangan bimbang, aku akan cuba sedaya upaya supaya aku tak ganggu kau! Harap maklum!” ucap Liya geram sambil memasukkan kertas tadi ke dalam beg sekolahnya.

“Apasal kau simpan kertas tu?”“Aku nak simpan sebagai peringatan supaya

aku sentiasa ingat peraturan budak-budak kau

Page 17: KafeDamiaHD

Moon Leeya Zafrina

17

ni. Tak matured langsung,” balas Liya selamba sebelum mengeluarkan buku lukisannya dari dalam beg sekolah. Buku lukisan yang bersaiz sederhana itu diusap lembut. Sebenarnya alasan takut lupa peraturan budak-budak tu, dia tipu aje. Tanpa kertas tu pun, dia dah boleh ingat peraturan mengarut Zafran. Yang menyebabkan dia nak simpan kertas ni adalah disebabkan oleh rasa kagum terhadap tulisan Zafran yang kemas tersusun.

Tak sangka lelaki perasan macam Zafran mempunyai tulisan macam ni. Dia mengakui tulisan Zafran sangatlah cantik. Mengalahkan dia yang perempuan ni. Mesti cikgu tak pening nak semak buku Zafran ni. Tapi dia tak nak puji Si Zafran ni depan-depan sebab takut makin bertambah perasan. Kalau makin perasan, makin terseksa hidup dia nanti!

“Kalau nak kutuk aku, jangan kutuk dalam hati... berdosa!” sekali lagi suara dingin itu berkata-kata. Liya hanya mampu menggenggam pensel kayunya sekuat hati. Kalau nak diikutkan hati yang membara ni, dah lama dia cili mulut Zafran tu. Biar tambah merah! Sakit jiwa! Sakit jiwa! Sakit jiwa!

“Tak ada masa la nak kutuk kau. Berlambak lagi kerja lain aku boleh buat. Perasanlah kau ni!” Liya membalas dingin. Zafran hanya mengangkat bahu sebelum kembali menulis. Liya pelik. Dari tadi Zafran tak habis-habis menulis. Entah apalah yang ditulisnya pun, Liya tak tahu. Tak letih ke asyik menulis?

“Ni senarai buku yang kau kena ada. Prepare

Page 18: KafeDamiaHD

Kafe Damia

18

semua tu.” Tiba-tiba Zafran meletakkan sehelai lagi kertas kajang di atas meja Liya sebelum melangkah ke tempat duduk kawannya. Liya hanya memerhati langkah Zafran buat seketika sebelum menatap kembali kertas di tangannya. Semuanya serba lengkap. Segala keperluan yang dikehendaki sepanjang dia bersekolah di sini telah siap ditulis oleh Zafran.

“Kenapa aku rasa dia ni macam penjaga aku je?” ucap Liya perlahan sambil mengangkat muka untuk memandang ke arah Zafran yang sedang berbual-bual dengan seorang pelajar lelaki.

Dan yang paling penting, jangan sesekali terpikat dekat aku!

Liya menggeleng kepalanya laju-laju. “Takkan terpikatnya!”

“MACAM MANA hari pertama kat sekolah baharu?” tanya Puan Karmila ketika Liya tengah makan tengah hari. Lepas balik sekolah tadi, Liya terus naik atas untuk mandi dan solat. Tak sempat pun dia nak bertanya apa-apa.

Liya pandang Puan Karmila sebelum menunjuk isyarat ‘okey’. “Semua okey! Kawan-kawan pun baik.” Liya senyum lebar. “... tapi....” Tiba-tiba dia teringat dekat Mamat Perasan yang duduk dekat sebelah dia tu. Terus dia rasa tak suka sangat dah!

“Tapi apa?”

Page 19: KafeDamiaHD

Moon Leeya Zafrina

19

“Ada seorang yang bermasalah sikit,” ucap Liya perlahan sambil meneguk air.

“Siapa yang bermasalah tu?”“Ketua pengawas. Nama dia Zafran. Ya Allah,

mak... teruk gila perangai dia! Tak habis-habis nak sakitkan hati Liya! Entah macam manalah dia boleh jadi ketua pengawas!” Liya mencebik geram. Setiap kali sebut fasal Zafran, mesti hati dia rasa panas semacam! Rasa membara macam gunung berapi tu! Tu baru sehari, belum setahun lagi! Kalau setahun, dia pun tak tahu apa jadi.

Puan Karmila dah tergelak kecil. “Dia nak main-main je tu. Saja nak mengusik.” Puan Karmila meletakkan semangkuk bubur jagung di atas meja.

“Makanlah bubur jagung tu. Hari tu kata nak makan.”

Liya terus tersenyum lebar. Hilang terus fasal Zafran tadi. Dia capai mangkuk tadi. Memang dah lama sangat dia teringin nak bubur jagung. Walaupun terseksa dengan perangai Zafran hari ni tapi dia bahagia sebab dapat bubur jagung! Dah tak kempunan dah!

“Dia duduk sebelah Liya ke?”Liya mengangguk sambil menyuap sesudu

lagi bubur jagung masuk ke dalam mulutnya. “Situ je tempat kosong. Yang lain semua dah ada orang duduk tapi meja dekat kelas tu susun satu-satu. Kiranya ada jarak la antara kami.”

“Jangan selalu gaduh dengan orang tau. Liya tu budak baharu. Berbaiklah dengan Zafran tu. Boleh dia tolong ajar Liya kat sekolah.”

“Hesy, tak naklah mak! Ramai lagi kawan-

Page 20: KafeDamiaHD

Kafe Damia

20

kawan yang lain. Nanti, tak fasal-fasal je dapat sakit hati!”

Puan Karmila dah tergelak kecil. “Jangan gaduh sangat. Karang tersuka pulak,” kata Puan Karmila tersenyum-senyum.

Nyaris-nyaris Liya nak tersedak apabila dengar maknya cakap macam tu. Laju dia mengurut dada. Sesak nafas! Simpang malaikat 44, tak sanggup dia!

Page 21: KafeDamiaHD

21

3BAM!

Spontan Zafran mengangkat kepala. Bunyi bising yang agak kuat mengganggu dirinya yang sedang sibuk membaca buku. Dia berpaling ke sebelah kiri. Haikal tengah khusyuk bukan main buat karangan Bahasa Melayu. Memang bukan dia dah yang buat bising! Terus dia berpaling ke sebelah kanan. Sah! Memang Minah Kecoh ni yang buat bising. Dia menundukkan kepala memandang ke arah Liya yang tengah mengusap kepalanya di bawah meja.

“Kecoh.” Liya mendongak dari bawah meja

memandang Zafran dengan tajam. Dia mengetap gigi. Apa kau ingat aku pekak ke? Asyik nak sakitkan hati aku aje!

“Sibuk!” balas Liya geram sambil duduk di atas kerusi. Kepalanya yang masih sakit diusap lembut. Mulut terkumat-kamit mengutuk Zafran yang tak habis-habis nak sakitkan hati dia ni.

Page 22: KafeDamiaHD

Kafe Damia

22

Apa benda yang dia cakap semuanya macam... arrghhh!!! Sangat-sangat menyakitkan hati okey! Langsung tak boleh nak cakap baik-baik. Dari semalam sampai sekarang ni, Zafran masih juga nak cakap itu ini fasal dia.

Serius dia cakap! Siapa yang undi Zafran jadi ketua pengawas memang nak kena ceramah betul dengan dia! Arghh! Semuanya tak betul kat mata dia. Liya buat apa pun semua dia nak kritik! Patutnya Zafran ni jadi pengkritik tau tak! Kawan kelas yang lain okey aje. Tak ada pun banyak kerenah macam dia ni. Itu salah, ini salah. Baru dua hari Liya kat sini tapi tahap kebencian dia terhadap lelaki bernama Zafran ni dah banyak sangat! Macam dia dah sekolah dekat sini lima tahun!

“Kau nak ambil apa kat bawah meja tu?” “Ni hah!” Liya tayang pemadam yang berada

di tangannya.“Kenapa tak suruh Zul yang ambil?” soal

Zafran. Pensel kayu yang berada di tangan diketuk-ketuk di atas meja.

“Kau tak nampak ke Zul tengah buat apa tu? Dia tengah tidur,” balas Liya sambil menjuihkan bibir ke arah Zulhilmi.

Zafran memandang Zulhilmi. Mamat ni kalau dah tidur, cuma seorang aje boleh kejutkan dia. Tak lain dan tak bukan Si Emilia. Suara Emilia memang power! Badan aje kecik tapi suara besar!

“Fine. Lepas ni jangan bising dah. Duduk je diam-diam kat situ. Aku nak studi pun susah!” Zafran kembali menghadap buku di hadapannya.

Liya mencebik bibir. Macamlah aku sengaja

Page 23: KafeDamiaHD

Moon Leeya Zafrina

23

nak buat bising! Daripada layan Zafran yang perasan bagus sangat tu, baik dia melukis. Sekurang-kurangnya tenanglah juga hatinya yang sedang membara macam gunung berapi sekarang ni.

Dia mengeluarkan buku lukisannya yang terkoyak sana sini dari beg sekolah dan menyimpan buku latihan Matematiknya. Satu per satu helaian diselak sehinggalah dia terhenti di helaian terakhir.

Apakah?Liya menekup mulutnya. Bulat matanya

memandang lukisan itu. Zafran di sebelah dipandang dengan muka yang terkejut.

Kenapa gambar Mamat Perasan ada kat sini!

“BENCI! BENCI! BENCI!” Kertas di tangan digumpal-gumpal lalu dilempar ke dinding. Puas hati aku!

Tak lama lepas itu, dia mengutip balik kertas kajang yang dah berkedut seribu itu sebelum dirapikan kembali. Tulisan kemas Zafran kembali terlayar di mata.

Sepuluh kali Liya baca balik peraturan kurang cerdik Zafran dan sepuluh kali juga dia kutuk Mamat Perasan tu. Arghh! Tension tau kena duduk sebelah dia ni. Geram! Sakit hati! Dahlah perasan gila! Mulut pula memang langsung tak ada insurans. Dia main cakap apa aje dia rasa nak cakap.

Buku lukisan yang diletakkan di atas meja

Page 24: KafeDamiaHD

Kafe Damia

24

belajar diambil sebelum dibuka sehingga ke helaian terakhir. Laju saja dia melukis raut wajah Zafran sekali dengan tahi lalat di bawah mata kanannya itu. Di bahagian bawah lukisan itu, dia menulis ‘MAMAT PERASAN PALING KEJAM!’

“Puas hati aku!” Liya menutup buku lukisannya dengan hati yang lega.

PERISTIWA SEMALAM menyedarkan Liya kembali. Dia menghela nafas kasar. Macam mana dia boleh tak ingat yang semalam dia lukis gambar Si Zafran sebab terlampau geram? Dia menepuk dahinya sendiri sambil memandang Zafran. Tersentak apabila melihat pandangan pelik Zafran terhadapnya. Cepat-cepat dia menutup buku lukisannya.

“Kau melukis ke?” tanya Zafran sambil memandang Liya. Sebelah tangannya digunakan untuk menongkat dagu sambil jari-jemarinya mengetuk meja.

“Err... a’ah. Kenapa?”“Nak tengok boleh?”Liya dah kelam-kabut. Kalau Zafran tengok

buku lukisan ni, mesti dia jumpa gambar tu nanti. Apabila dia dah jumpa, mulalah dia fikir yang bukan-bukan. Dan apabila dia mula fikir yang bukan-bukan... arghh! Habislah aku!

“Nak buat apa?”“Nak tengoklah. Takkan nak buat makan

pulak,” balasnya sambil tersenyum sinis. Apa punya soalan? Sah-sah dia cakap nak tengok.

Page 25: KafeDamiaHD

Moon Leeya Zafrina

25

“Aku bukan tak nak bagi tapi...” Liya menggigit bibir. Kenapa susah sangat

nak sebut, tak boleh! Liya mengeluh lemah.“Tapi apa?” “Aku tak nak bagi Mamat Perasan tengok!”

Akhirnya terlontar juga jawapan yang memang menyakitkan hati. Liya menggenggam tangannya kuat. Haaa... kau saja nak cari fasal, Liya!

Zafran hanya diam sambil memandang Liya dengan pandangan mata yang dingin.

“Fine then!” ucap Zafran sebelum kembali membaca bukunya. Liya menggigit bibir. Takkan Zafran sentap kut? Serba salah betul dia sekarang ni. Bagi ajelah buku lukisan kau tu, Liya!

“Zafran... err... tunggu kejap.” Liya berpaling membelakangi Zafran. Lukisan potret Zafran tadi dikoyak dengan berhati-hati. Sekali-sekala dia berpaling ke belakang untuk memastikan Zafran tidak cuba mengintai apa yang sedang dia lakukan.

“Apa kau buat tu?” tanya Zafran apabila melihat Liya yang seperti menyembunyikan sesuatu.

“Kejaplah.”Liya menarik nafas lega. Lukisan tadi

disembunyikan di bawah meja. Dia tersenyum sambil berpaling menghadap Zafran. Eh? Hilang? Mana Mamat Perasan tu pergi?

“Bila masa kau lukis gambar aku ni?” Tiba-tiba kedengaran suara Zafran di

belakangnya. Dia menggigit bibir sambil menggenggam tangannya kuat-kuat. Habis! Habis! Macam mana dia boleh ambil lukisan tu?

Page 26: KafeDamiaHD

Kafe Damia

26

Dengan teragak-agak dia berpaling ke arah Zafran yang sedang memegang lukisan potretnya. Pandangan Zafran yang tajam dan agak menggerunkan itu membuatkan Liya kecut perut. Dia tersenyum sumbing.

“Err...”“Kau ni stalker eh? Main lukis-lukis gambar

aku pulak dah!” celah Zafran.Cepat-cepat Liya menggeleng kepala. “Mana

ada!”“Dah tu, ni apa?” tanya Zafran sambil

menayang kertas lukisan tadi betul-betul di depan muka Liya.

“Itu... err... susah nak terangkan kat kau,” ucap Liya teragak-agak sambil memintal hujung tudungnya.

“Jangan cakap dengan aku yang kau dah....” Sengaja Zafran membiarkan ayatnya tergantung. Dia pasti Liya faham apa yang dia nak cakap.

“Please la! Apa yang kau fikir tu memang jatuh meleset, tergolek, terlentang dekat atas tanah. Tak ada maknanya aku nak suka kat kau! Kenal pun tak!” balas Liya dengan tegas. Tak ada maknanya nak suka kat dia ni!

“Jadi tolong bagi tahu aku sebab yang sebenarnya.” Zafran sudah menarik kerusinya untuk duduk di sebelah Liya. Sengaja dia menarik kerusinya supaya lebih dekat dengan Liya. Serentak itu Liya menarik nafas dalam-dalam. Tak selesa okey!

“Tak ada sebab yang spesifik. Aku saja nak lukis.”

“Selagi kau tak bagi tahu aku sebab kau lukis

Page 27: KafeDamiaHD

Moon Leeya Zafrina

27

gambar aku ni, selagi tu aku akan duduk macam ni,” ugut Zafran cuba menakutkan Liya.

“Duduklah. Ada aku kisah?” “Betul ke kau tak kisah?” duga Zafran sambil

mendekatkan lagi kerusinya dengan kerusi Liya.“Tak!”“Betul?” duga Zafran lagi. Dia tersenyum

sinis apabila melihat pipi Liya memerah.“Tak kisah langsung!” Liya terbatuk-

batuk. Nada suaranya juga semakin perlahan. Jantungnya berdegup kencang secara tiba-tiba. Benci betul main ugut-ugut macam ni!

Zafran tergelak kecil sebelum menarik kerusinya menjauhi Liya. Dia mengerling ke arah Liya yang hanya mendiamkan diri. Spontan bibirnya mengukir senyuman.

Macamlah aku tak tahu yang kau takut, bisik hatinya dengan bibir yang masih mengukir senyuman.

“ASSALAMUALAIKUM…” Zafran duduk di muka pintu sambil menanggalkan kasut dan stokingnya.

“Umi…”Senyap.“Umi…”“Ya… umi ada kat belakang ni.” Puan Suraya

menyahut panggilan anak lelakinya.Zafran berjalan ke belakang rumah sambil

menggalas beg sekolah. Dia tersenyum apabila melihat Puan Suraya tengah terbongkok-bongkok

Page 28: KafeDamiaHD

Kafe Damia

28

menanam di belakang rumah. Umi memang suka menanam. Bunga-bunga yang ada dekat halaman rumah ni pun umi yang tanam. Umi cakap rumah akan lebih ceria apabila ada banyak bunga yang cantik-cantik! Dia mengaku, memang nampak ceria pun!

“Macam mana sekolah hari ni?” tanya Puan Suraya sambil melabuhkan punggung di kerusi santai berhadapan dengan sebuah kolam ikan buatan. Jus oren diminum untuk mengurangkan lelahnya.

“Okey je.”“Macam mana dengan budak perempuan

yang Zaf cerita semalam?”Dengar aje soalan umi, terus Zafran

tersenyum lebar. Apabila dia ingat balik apa yang berlaku kat sekolah tadi, terus dia rasa macam nak tergelak. Kali pertama mengusik budak perempuan. Entah datang dari mana keberanian untuk mengusik Liya dan yang paling dia suka apabila muka Liya jadi merah.

“Dia pun okey.”“Zaf ada kacau dia tak?”Kening Zafran bertaut. Kacau? “Maksud

umi?”“Zaf ada buat dia marah tak?” Zafran menjongket kening. Hebat! Umi

macam tahu-tahu aje! Zafran mengangguk.“Tapi taklah teruk sangat. Kacau macam tu

je. Dia tu kecoh sangat.”Puan Suraya menggamit Zafran supaya

duduk di hadapannya. Dia memandang lama wajah anaknya itu sebelum tersenyum kecil.

Page 29: KafeDamiaHD

Moon Leeya Zafrina

29

“Sejak bila anak umi reti nak kacau anak dara orang ni?”

Zafran tergelak kecil. “Sejak hari ni.”“Kenapa dia?” soal Puan Suraya. Dia hairan

macam mana Zafran boleh tertarik dengan Liyana Damia. Dan yang paling menghairankan, kenapa peraturan pelik tu boleh wujud? Apa motif anaknya yang seorang ni?

“Kenapa dia?” soal Zafran kembali kurang mengerti soalan uminya.

“Zaf suka dia eh?”Air yang diminumnya nyaris-nyaris nak

tersembur dekat muka Puan Suraya. Dada terasa sakit sebab tersedak. Wajah uminya dipandang dengan pandangan kurang percaya. Aku, Zafran Adha sukakan Liyana Damia, Minah Kecoh tu? Huh… mustahil!

“Impossible. Tak langsung!”“Habis tu, kenapa umi tengok Zaf macam

minat je dekat dia? Dahlah bagi peraturan pelik kat dia. Nanti confirm dia ingat Zaf ni perasan. Umi pun ingat anak umi ni dah perasan tau.”

“Dia memang dah ingat Zaf ni perasan, umi,” ucap Zafran perlahan.

“Ya?”“A’ah… dia panggil Zaf MP, Mamat Perasan.”

Jawab Zafran sambil menyebak rambutnya ke belakang.

Puan Suraya ketawa besar. Padanlah kamu berdua. Seorang Mamat Perasan, seorang lagi Minah Kecoh. Lepas ni, apa lagi ya?

Page 30: KafeDamiaHD

30

4“KATAKANLAH, dengarkanlah, percayalah...” Liya menyanyi sambil menyiapkan nota Sejarahnya. Sekarang ni memang waktu Sejarah tapi Cikgu Faridah tak datang ke sekolah sebab demam. Jadi dia tinggal pesan suruh pelajar semua siapkan nota saja. Dia menjeling ke arah Zafran yang asyik-asyik tengok dia macam nak telan. Hahaha! Liya ketawa jahat dalam hati. Padan muka kau! Dah dekat dua minggu dia bersekolah di sini tapi tak ada satu pun peraturan yang Zaf bagi tu dia ikut. Semuanya dia langgar!

“Ku terlena sejenak dan merindu...” sambung Liya lagi. Sengaja nak naikkan darah Zafran lagi.

“Kesian orang tu. Nak nyanyi tapi suara macam katak.” Suara Zafran mula kedengaran selepas Liya masih tak berhenti-henti menyanyi. Dah banyak kali dah dia bagi signal suruh Liya diam tapi Liya buat bodoh aje! Dia tersenyum sinis apabila melihat muka Liya yang dah cemberut. Tadi dia cuba nak bersabar tapi Minah Kecoh ni

Page 31: KafeDamiaHD

Moon Leeya Zafrina

31

memang sengaja aje nak sakitkan hati dia!Liya mengetap gigi. Katak??? Aku

dibandingkan dengan katak? Hesy, memang nak kena budak ni!

“I was in love for a day.... Love! In a way... love!”

“Lagu orang putih pulak dah!” Sekali lagi Zafran bersuara sambil memandang Liya dengan tajam. Nak aje aku staple mulut Minah Kecoh ni, Zafran bersuara dalam hati.

“Take my hand, take my whole my life too.... For I can’t help falling in love with you.” Liya menyanyi lagi tanpa mempedulikan Zafran.

“Dahlah tu nyanyi.” “Kau sibuk apa hal?” soal Liya dengan kening

yang terangkat. “Kau mengganggu aku tau tak?” “Ye? Alahai... kesiannya!” Liya merapatkan

kedua-dua belah tapak tangan sambil membuat muka kesian. Dalam hati, dah ketawa macam orang tak betul. Sengaja aje sebenarnya dia nak sakitkan hati Zafran. Tapi kan mamat ni berhati batu, takkanlah usik sikit dah sentap?

“Aku malas layan kau. Buatlah apa yang kau nak buat, aku tak kisah!” ucap Zafran dengan muka yang serius.

Liya tergelak kecil tapi dia masih belum berpuas hati. Walaupun Mamat Perasan tu marah tapi muka dia tetap tenang aje. Selalunya kalau orang marah, mesti muka dia jadi merah. Ke aku seorang aje fikir macam tu?

“Zaf....”“Peraturan ketiga...” balas Zafran tanpa

Page 32: KafeDamiaHD

Kafe Damia

32

memandang Liya. Liya mencebik. Peraturan-peraturan!

Benci betul aku dengan peraturan dia tu! Huh, macamlah aku kisah sangat kan?

“Kenapa kau sombong?” Zafran diam. Malas nak melayan Minah

Kecoh kat sebelah dia ni. Liya menggigit bibir sambil menarik nafas dalam-dalam. Lantak dia Liya! Kau jangan layan orang sombong macam tu. Relaks....

Pap!Sehelai kertas kajang diletakkan di atas

mejanya oleh Zafran. Liya berpaling ke arah Zafran dengan dahi yang berkerut. Apa benda pulak ni?

“Apa ni?”“Baca dulu....”Liya merengus sebelum menjeling Zafran.

Asyik-asyik bagi kertas kajang! Tahulah kau Raja Segala Kertas Kajang!

Perjanjian khas buat Minah Kecoh!

Saya Liyana Damia dengan ini berjanji tidak akan mengganggu Zafran Adha sepanjang saya bersekolah di sini. Saya juga tidak akan bercakap langsung dengan dia dan dia boleh membayangkan bahawa saya adalah halimunan sama macam Sue dalam Fantastic Four. Sekian, terima kasih.

Page 33: KafeDamiaHD

Moon Leeya Zafrina

33

Mulut Liya terlopong luas. Dia terus merenyukkan kertas di tangan sambil menarik nafas. Zafran yang sedang memandangnya dengan pandangan tidak bersalah dikerling.

“Tandatangan kat bawah tu,” ucap Zafran sambil menjuihkan bibir ke arah kertas kajang yang Liya pegang.

“No way!” “Yes way!”“Tak ada! Tak ada! Tak hingin aku

tandatangan perjanjian mengarut kau ni. Sue Fantastic Four konon! Ceh!” Liya letak balik kertas kajang tu dekat atas meja Zafran. Sempat juga dia menjelir lidah pada Zafran.

“Kalau kau tak nak tandatangan...” Zafran bangkit dan menghampiri Liya. Dia meletakkan tangan kirinya di atas meja sebelum tunduk memandang Liya.

“Ingat peraturan dan berhenti ganggu aku!” sambungnya dengan muka yang sehabis serius.

“Penting sangat ke peraturan tu?” soal Liya dengan muka yang keliru. Serius tak faham sangat. Perlu ke ada peraturan tu?

Zafran diam sebelum berlalu ke tempat duduknya. Soalan Liya dibiarkan begitu saja tanpa jawapan.

“Penting ke?”Zafran merengus geram sambil memandang

Liya dengan tajam.“Buat kerja kau tu je. Jangan ganggu orang

lain,” marah Zafran dan segera mencapai pen hitam lalu mula menulis nota Sejarah. Baik dia siapkan kerja dia ni daripada melayan Liya yang

Page 34: KafeDamiaHD

Kafe Damia

34

dari tadi tak habis-habis nak memekak aje. Liya pula tercengang sekejap sebelum

tersenyum. Nampak sangat tak ada jawapan! Hahahaha!

“ESOK kena stay back tau. Ada latihan merentas desa,” kata Nahi ketika dia, Liya dan Tinah rehat di kantin.

“Awalnya dah merentas desa!” Tinah merungut sambil menyuap nasi ayam ke dalam mulutnya. Sedap pula nasi ayam hari ni. Sesudu lagi nasi ayam dimasukkan ke dalam mulutnya.

“Letihnyaaa....” Liya mengurut dahi. Dia memang tak suka merentas desa. Lemah segala sendi badan! Setiap kali dia masuk merentas desa, paling banyak dia dapat pun satu mata aje!

“Belum start dah letih ke?” Liya berpaling pada Haikal dengan Taufiq yang baru datang menyampuk. Zafran yang berdiri di belakang mereka pula hanya diam. Langsung tak tengok Liya pun.

“Suka hatilah!” balas Liya tenang. Dia pun langsung tak pandang Zafran kat belakang Haikal dengan Taufiq tu. Mamat tu kan halimunan. Hahaha!

“Kau rumah mana hah, Liya?” soal Haikal.“Rumah Utarid. Kenapa?” Satu sudu nasi

ayam dimasukkan ke dalam mulut.Spontan muka Zafran berubah riak. Nampak

macam terkejut pun ada. Mereka berempat ketawa melainkan Liya dan Zafran. Apa yang

Page 35: KafeDamiaHD

Moon Leeya Zafrina

35

lawak sangat? Masuk rumah Utarid pun lawak ke? Liya dah buat muka pelik.

“Kau sama dengan Zaf la.”Liya tercekik. Tercungap-cungap dia

mencari air. Lupa nak beli air tadi! Baru aje dia nak bangkit, tiba-tiba ada tangan meletakkan sebotol air mineral atas meja. Tak kisah dah siapa yang bagi, terus dia meneguk rakus. Lega...

“Thanks....”“Welcome...” balas Zafran selamba. Erk? Liya pandang Zafran. Mulut dia

terlopong luas, tak percaya dengan apa yang dia dengar! “Kau ke yang bagi aku air ni?”

“So?”Ek eleh, aku tanya bukan dia nak jawab. Dia

tanya lain pulak, Liya merungut dalam hati.“Berapa ringgit ni?” soal Liya sambil

menayangkan botol mineral di tangan kanan. Tangan kiri pula menyeluk poket baju nak mencari duit.

“Sepuluh ringgit!”Membulat mata Liya. Air mineral ni sepuluh

ringgit? Biar betul! Cekik darah la Mamat Perasan ni!

“Mahal gila! Kat koperasi pun lapan puluh sen je.” Liya mencebik tak puas hati. Kalau aku tahu tadi dia yang bagi air ni, memang tak minum tau. Tapi nak buat macam mana, dah terminum kan? Reda ajelah.

“Dah kau tanya berapa ringgit, aku jawablah sepuluh! Kalau kau tanya berapa sen, aku jawablah lapan puluh sen. By the way, aku melawak je. Tak payah la nak bayar balik.” Jawab Zafran selamba

Page 36: KafeDamiaHD

Kafe Damia

36

sebelum melangkah pergi dari situ. Meninggalkan Haikal dan Taufiq di situ.

Liya menjelir lidah sambil buat gaya macam nak baling botol dekat Zafran.

“Kawan kau tu kan... memang suka cari fasal eh?” Liya merengus geram sambil memandang Haikal dan Taufiq. Kedua-duanya terdiam. Terkejut juga sebenarnya. Zafran jarang buat perangai macam tu. Selalunya dia okey aje walaupun memang jarang sangat dia nak sembang-sembang dengan budak perempuan lain. Dia orang pun tak tahu kenapa Zafran dingin sangat dengan perempuan.

“Zaf sebenarnya jarang buat perangai macam tu,” jawab Taufiq sambil menggaru kepalanya yang tak gatal.

“Kalau dia start buat perangai macam tu, kiranya kau ni istimewalah kut,” sambung Haikal pula sambil tersenyum sumbing.

Mulut Liya terlopong. Kalau dia buat perangai macam tu kat aku seorang aje, bukan istimewa namanya tu! Tu maknanya aku ni calon yang paling sesuai untuk dia cari fasal! Arghh! Menyampah!

“Aku nak pindah tempat duduk la kalau macam ni! Nahi, tukar dengan aku nak?”

Nahi cepat-cepat menggeleng. Gila ke nak duduk sebelah Zafran? Menakutkan okey! Dulu memang dia pernah duduk tepi Zafran tapi sekejap aje sebab tak mampu nak tahan apabila tengok Zafran asyik belajar aje. Dia ni bukannya orang yang suka belajar sangat. Jadi apabila tengok orang selalu belajar, dia jadi tension!

Page 37: KafeDamiaHD

Moon Leeya Zafrina

37

Lagipun, Zafran tu pendiam sangat! Nak cakap apa pun tak tahu dengan dia!

“Kau tukar dengan Tinah!”Liya berpaling memandang Tinah sambil

buat muka kesian. Dikelipkan matanya berulang kali dengan harapan Tinah naklah tukar tempat duduk dengan dia.

“Liya, aku bukan tak nak tau. Tapi... err... memang tak bolehlah. Kau je calon yang paling sesuai duduk sebelah dia,” ucap Tinah turut buat muka kesian. Dia pun tak mampu nak duduk sebelah Zafran. Sebelah orang lain, tak apa lagi tau tapi sebelah Zafran, memang tak mampu!

Liya menggigit bibir. Semua orang tak nak duduk sebelah Zafran! Menakutkan sangat ke Mamat Perasan tu? Tak apa Liya. Kau relaks aje... kita tengok nanti Zafran tu menakutkan tahap mana. Kita tengok siapa yang lagi menakutkan? Liyana Damia ke Zafran Adha!

“Memandangkan I’m the special one, aku reda ajelah duduk sebelah dia walaupun dia anggap aku ni halimunan macam Sue Fantastic Four!” kata Liya sehabis tenang. Dia bangkit lalu membawa pinggannya dan memasukkannya ke dalam bakul. Sempat juga dia memandang ke arah kawan-kawannya yang tercengang.

“Sue Fantastic Four?” tanya Nahi pelik dengan dahi yang berkerut.

“Yup!” Liya mengangguk sebelum melangkah ke kelas.

Page 38: KafeDamiaHD

Kafe Damia

38

SELEPAS SELESAI solat zuhur dan menyalin pakaian sukan, Liya segera menuju ke kantin. Tinah dengan Nahi awal-awal lagi dah pergi kantin sebab dah lapar sangat. Masa rehat tadi, dia orang ada perjumpaan pengawas, jadi tak sempat nak makan. Liya berjalan perlahan sambil mengelap peluhnya di dahi. Panas betul cuaca sekarang ni.

Buk!Liya terdorong ke belakang sedikit. Sakitnya

hidung aku! Dinding ke apa ni? Sambil menggosok hidung dan dahinya, Liya memandang hadapan. Patut la sakit gila! Berlanggar dengan beg rupanya! Dahlah besar gila beg tu!

“Mata letak dekat lutut...” sindir Zafran perlahan.

Liya mengetap gigi. Huh! Langgar beg dia rupanya! Dia beralih ke tepi sebelum meneruskan perjalanan ke kantin. Perut yang dah berdondang sayang ni perlu diisi. Kalau layan Si Mamat Perasan tu, sampai esok lusa belum tentu habis!

“Aku ada tawaran nak bagi kat kau.” Liya berpaling ke belakang sambil

memandang Zafran yang sedang bercekak pinggang.

“Tawaran apa?”“Kalau kau sampai dulu sebelum aku masa

latihan nanti, aku bagi tahu kat kau kenapa peraturan tu penting.” Zafran mencabar Liya sambil menjongket kening.

Liya mengecilkan mata sambil memandang Zafran dengan tajam. Tawaran berat sebelah! Nahi dengan Tinah awal-awal dah bagi tahu yang budak lelaki yang kena lepas dulu. Memang sah-

Page 39: KafeDamiaHD

Moon Leeya Zafrina

39

sah la dia yang sampai dulu! “Malas aku nak layan kau.” Liya berpaling ke

belakang. “Takut?” Zafran tersenyum sinis. Langkah Liya terus terhenti. Pantang betul

apabila ada orang cakap Liyana Damia penakut tau!

“Ni Liyana Damia la! Tak takut pun,” balas Liya cuba bertenang. Mamat Perasan ni kalau nak lawan dengan dia, kita kena jadi cool macam dia juga. Baru menjadi... err... kut?

Zafran berjalan menghampirinya dengan senyuman yang susah sangat nak ditafsirkan. Tapi Liya yakin tu senyuman mengejek!

“Kalau aku menang, apa pulak tawaran kau?” soal Zafran.

“Aku belanja kau makan kat kantin esok!”Zafran menggeleng. Tak menarik langsung!“Lain?” Setakat belanja makan kat kantin,

apa kelas? Kasilah yang istimewa lagi.“Dah tu kau nak apa?” Liya tanya balik.

Orang nak belanja makan pun dah kira untung tahu tak? Ingat makanan kat kantin tu, murah ke? Nasi lemak pun dah RM2.00 sekarang ni!

Zafran tersenyum. “Nanti aku fikir apa dia yang aku nak kau

buat. Sekarang ni, kita tengok siapa yang menang dulu,” ucapnya sebelum berlalu pergi dari situ dan membiarkan Liya tercengang seorang diri kat situ.

“Senangnya dia... kalau aku menang, dia bagi tahu sebab aje. Tapi kalau dia menang, aku kena buat apa yang dia nak. Banyak cantik!”

Page 40: KafeDamiaHD

Kafe Damia

40

Liya menggeleng perlahan. Selain perasan, satu lagi sifat Zafran adalah kurang waras! Ya, dia pasti tentang tu!

NAHI DAN TINAH memandang pelik ke arah Liya yang nampak macam terlampau bersemangat. Baru latihan aje kut, takkanlah teruja sangat sampai macam tu? Lainlah kalau nak bertanding betul-betul.

“Apasal kau excited sangat ni, Liya?” tanya Tinah pelik. Liya ni bukan boleh agak sangat. Walaupun baru kenal dua minggu tapi perangai gila dia boleh tahan juga.

“Aku ada buat perjanjian dengan Mamat Perasan.” Balas Liya sambil melakukan apa yang disuruh oleh Cikgu Muslim kat depan. Kena buat regangan badan dulu, baru tak sakit-sakit badan masa berlari nanti.

“Dengan Zaf? Apa dia?” soal Nahi. Baik dah ke dia orang ni?

“Adalah... kalau aku dah menang nanti, aku cakap kat kau orang. Tapi kalau aku senyap je, faham-faham ajelah ye.” Jawab Liya sambil tersengih.

“Err... okey. Kami tunggu.” Liya memandang ke arah pelajar lelaki

yang bersedia untuk dilepaskan. Matanya sibuk mencari Zafran. Akhirnya dapat juga dia cam Zafran yang berdiri di barisan yang agak hadapan. Adoi, ada peluang tak aku kalahkan dia ni? keluh Liya dalam hati.

Page 41: KafeDamiaHD

Moon Leeya Zafrina

41

Sebaik saja mendengar bunyi siren dibunyikan, Liya masih lagi memerhatikan Zafran. Dah jauh ke depan tu! Okey, peluang untuk menang telah berkurangan sekarang ni.

“Liya, cepatlah. Dah nak kena lepas ni.” Tinah dengan Nahi menarik tangan Liya supaya berdiri di barisan hadapan.

“Kau orang, kalau aku tinggal kau orang kat belakang... tak apa kan?” Liya bertanya sambil tersenyum. Walaupun tahu peluang nak menang tu memang sikit tapi dia tak naklah putus asa! Kena cuba sehingga ke akhirnya!

“Tak apa. Ala, kami tak kisah pun. Kau kejar je Zaf tu! Chaiyok!” balas Nahi tersengih. Tinah mengangguk.

“Chaiyok!” Liya mengangkat tangan ke udara sebelum berlari sebaik saja siren dibunyikan. Sempat dia melambai tangan ke arah Nahi dengan Tinah yang masih dekat belakang. Go go go, Liya!

ZAFRAN BERPALING ke belakang sambil mengelap peluh. Dia tersenyum gembira apabila tengok tak ada langsung kelibat seorang pelajar perempuan pun di belakangnya. Confirm Liya tak boleh kejar ni!

“Aduh! Sakit...” Zafran berpaling ke sebelah kiri. Seorang

budak lelaki tengah pegang lututnya yang berdarah di sisi sebuah basikal kecil berwarna merah.

“Adik okey tak ni?” Zafran melutut di

Page 42: KafeDamiaHD

Kafe Damia

42

sebelahnya sambil melihat luka di lutut budak lelaki itu.

“Saya jatuh basikallah bang. Macam mana nak okey? Darah ni!” Tiba-tiba budak lelaki tu membentak sambil mengelap air matanya. Zafran tercengang sambil menggaru kepalanya. Okey, memang dia tanya soalan tak logik pun tadi.

“Zafran, kenapa dengan budak ni?” Cikgu Shah datang menghampiri mereka berdua dengan menunggang motosikal.

“Jatuh basikal, cikgu. Kaki dia luka ni.” “Abang boleh hantar saya balik tak? Sakit

nak jalan ni. Nak bawa balik basikal lagi.” Tanya budak lelaki tadi dengan mata yang berkaca.

Zafran mula serba salah. Hantar balik? Habis Liya macam mana? Mesti dia potong aku nanti.

“Kamu hantarkan dia balik. Tak apa, cikgu izinkan,” kata Cikgu Shah. Zafran menarik nafas sebelum mengangguk. Dia mengangkat basikal budak kecil tadi yang dah terjatuh.

“Jom dik, abang hantar balik...” Zafran menghulurkan tangannya untuk memimpin budak lelaki tadi balik ke rumah. Dapat pahala tolong orang ni walaupun lepas ni dia kena berdepan pula dengan Liya.

“Ala, Minah Kecoh tu senang je nak handle,” ucap Zafran sambil memandang ke belakang.

Tiba-tiba dia mendapat satu akal. Dikeluarkan sehelai kertas kajang dari poket seluarnya dan sebatang pen. Cepat-cepat dia mencoret sesuatu di atas kertas tersebut sebelum berlari anak ke arah Cikgu Shah yang masih

Page 43: KafeDamiaHD

Moon Leeya Zafrina

43

memerhatikan pelajar lain.“Cikgu, saya nak mintak tolong boleh?” “Boleh. Apa dia?”“Tolong bagi kertas ni kat Liyana,” kata

Zafran sambil menyerahkan kertas kajangnya kepada Cikgu Shah.

“Okey. Nanti cikgu bagi.”“Terima kasih cikgu.” Zafran menunduk

kepala sedikit sebelum berlari balik ke arah budak kecil tadi. Dia tersenyum nipis.

Kau takkan menang, Liya! Dia senyum lagi. Seronok juga kacau orang ni rupanya.