kaedah urus niaga barangan ribawi

4

Click here to load reader

Upload: nor-azhar-aduka

Post on 21-Jun-2015

209 views

Category:

Education


20 download

DESCRIPTION

at-Tasawi at-Tanaqud an-Nuqud al-At’imah

TRANSCRIPT

Page 1: Kaedah Urus Niaga Barangan Ribawi

3

3.0 KAEDAH URUS NIAGA BARANGAN RIBAWI

Barangan ribawi mempunyai dua kelompok. Kelompok pertama dikenali sebagai kelompok

an-Nuqud yang terdiri daripada emas dan perak. Kelompok kedua pula dikenali sebagai

kelompok al-At’imah terdiri daripada gandum, barli, tamar dan garam. Setiap kelompok

mempunyai ‘illah yang berbeza dengan kelompok yang lain. Hal ini mendatangkan implikasi

dimana syarat-syarat pertukaran barangan berkenaan, iaitu bagi kelompok yang sama adalah

berbeza dengan syarat-syarat pertukaran barangan antara kelompok.

Segala urusniaga yang melibatkan pertukaran barangan ribawi yang sama dan dalam

kelompok yang sama atau dikenali dengan Mutajanisayn seperti emas dengan emas mestilah

memenuhi dua syarat, iaitu at-Tasawi dan at-Tanaqud. Manakala pertukaran barangan ribawi

yang berbeza dan dalam kelompok yang sama atau dikatakan juga barangan yang mempunyai

‘illah yang sama, yang dikenali dengan Mutaqaribayn seperti emas dan perak atau gandum

dengan barli hendakalah memenuhi satu syarat sahaja iaitu at-Tanaqud. Adapun pertukaran

barangan ribawi daripada kelompok yang berbeza seperti emas dan gandum tidak terikat

kepada apa-apa syarat hukum riba jual beli. Ia adalah bebas mengikut kehendak pihak-pihak

yang terlibat sama ada ingin melakukan lebihan ataupun penangguhan.

Barang-barang selain daripada enam jenis komoditi yang dinyatakan di atas tidaklah

dinamakan barangan ribawi dan segala urusniaganya tidak tertakluk kepada syarat-syarat riba

jual beli. Hukum riba jual beli tidak berkuat kuasa pada pertukaran barangan tersebut ataupun

pada pertukaran barangan ribawi yang berada dalam kelompok yang berlainan.2

Adalah perlu diambil perhatian dimana barangan ribawi adalah berbeza dengan

pertukaran ribawi. Sebagai contoh, pertukaran emas dan gandum dimana kedua-duanya

merupakan barangan ribawi namun pertukarannya bukan pertukaran ribawi. Pertukaran ini

tidak tergolong di dalam urus niaga riba yang diharamkan kerana pertukarannya tidak

tertakluk kepada hukum riba jual beli. Dengan kata lain pertukaran ini bukan pertukaran

ribawi sekalipun kedua-duanya adalah barangan ribawi.3

Berdasarkan hadith yang telah dinyatakan sebelum ini, ‘perbezaan jenis’ barangan ribawi

boleh membawa kepada salah satu makna berikut;

2 Ab Mumin Ab Ghani. (1990). Sistem Kewangan islam dan Pelaksanaannya di Malaysia. Jabatan Kemajuan

Islam Malaysia : Kuala Lumpur. Ms 202-203. 3 Ab Mumin Ab Ghani. (1997).Peristilahan “Riba”: Satu Analisis Hukum. Jurnal Syariah 5. Bil 2. Ms 197.

Page 2: Kaedah Urus Niaga Barangan Ribawi

4

a) Perbezaan jenis dengan jenis dalam satu kelompok yang sama iaitu seperti emas

dengan perak dan gandum dengan barli. Emas dan perak adalah dua barang yang

berbeza jenis tetapi kedua-duanya tergolong dalam kelompok an-Nuqud. Begitu

juga gandum dan barli masing-masing berbeza jenis tetapi kedua-duanya

tergolong dalam kelompok yang sama iaitu al-Atimah.

b) Perbezaan jenis dalam kelompok yang berlainan seperti emas dan gandum. Emas

tergolong dalam kelompok an-Nuqud manakala gandum adalah daripada

kelompok al-Atimah.

Hukum berurusniaga bagi kedua-dua perbezaan di atas adalah berlainan antara kedua-

duanya. Perbezaan (a) membenarkan lebihan tanpa penangguhan manakala perbezaan (b)

membenarkan kedua-dua lebihan dan penangguhan. Berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w,

فبيعوا كيف شئتم إذا كان يدا بيد

Maksudnya:

“…. Maka kamu boleh berjual beli mengikut kehendak kamu dengan syarat urusniaga itu

unjuk-mengunjuk”.

Hadith diatas jelas menunjukkan bahawasanya perkataan perbezaan dalam hadis itu,

merujuk kepada perbezaan (a). Bagi kata-kata, “…mengikut kehendak kamu…”, bukanlah

bermaksud tunai atau bertangguh sebaliknya ia merujuk kepada lebihan atau persamaan dari

aspek sukatan atau timbangan.4

Secara ringkasnya hukum dan syarat-syarat bagi urusniaga enam barangan ribawi di

bawah riba jual beli dapat digambarkan sebagaimana gambar rajah 1 di bawah ini:

4 Ab Mumin Ab Ghani. (1990). Op.cit. Ms 204.

Page 3: Kaedah Urus Niaga Barangan Ribawi

5

Rajah 1 : Hukum dan syarat-syarat urusniaga riba jual beli5

an-Nuqud al-At’imah

Emas Perak Gandum Barli Tamar Garam

an-Nuqud Emas ii i

Perak i ii

al-At’imah Gandum ii i i i

Barli i ii i i

Tamar i i ii i

Garam i i i ii

Nota

i Syarat at-Tanaqud

Syarat at-Tasawi dan at-Tanaqud

Bebas (Tiada apa-apa syarat)

ii

4.0 PENENTUAN BARANGAN RIBAWI OLEH ULAMA’

Hadith baginda s.a.w menyebutkan enam macam barang ribawi, iaitu emas, perak, gandum,

tamar, barli dan garam. Sebenarnya barang ribawi tidak hanya terbatas pada barang-barang

tersebut, tetapi juga terdapat pada barangan yang lain, selama mana ‘illahnya (sebab) adalah

sama. Hadith menyebutkan yang enam ini, kerana barangan tersebut pada umumnya

diperlukan oleh manusia.

Oleh sebab itu, qias dilakukan terhadap barang-barang lain yang tidak tersebut dalam

hadith ini, selama mana ‘illahnya ada pada barang-barang lain. Walaubagaimanapun

golongan Zahiri tidak sependapat dengan pernyataan di atas dan mereka hanya membatasi

haramnya pada enam barang yang dinyatakan sebagaimana dalam hadith sahaja.6 Dalil

mereka ialah ayat al-Quran dan qias. Dalil al-Qurannya iaitu sebagaimana firman Allah

dalam surah al-Baqarah ayat 275:

5 Ibid. Ms 566.

6 Muhammad Thalib. (1997). Riba Bunga Bank & Persoalannya. Kuala Lumpur : Darul Nu’man. Ms 31.

Page 4: Kaedah Urus Niaga Barangan Ribawi

6

... … واالرب وحر م الب يع الل وأحل

Maksudnya:

“…Dan Allah halalkan jual beli…”

dan firmanNya lagi dalam Surah an-Nisa’ ayat 29:

…أن تكون تارة عن ت راض منكم إل …

Maksudnya:

“…kecuali berupa perdagangan dengan suka sama suka di antara kamu.”

Kerana pada asasnya yang dikhususkan seperti boleh, jadi tidak ada yang haram,

selain yang ditetapkan dengan dalil, sedangkan dalil agama hanya membatasi pada enam

macam barang, tidak lebih daripada itu.

Sedangkan dalilnya secara qias, iaitu ‘illah yang disebut oleh para ahli qias adalah

‘illah yang lemah, dan bila ‘illahnya ternyata tidak kuat, maka tidak boleh dilakukan qias.

Adapun kebanyakan ulama’ berbeza dengan mereka dalam hal ini. Mereka

menyatakan bahawasanya larangan itu berlaku pada selain enam macam barang tersebut, jika

‘illah yang sama.7

4.1 ‘Illah pengharaman barangan ribawi

Para ahli fiqh berbeza pendapat dalam menentukan barangan ribawi dengan melihat kepada

‘illah sesuatu barangan tersebut.

a) Pendapat Golongan Hanafi dan Hanbali

Pendapat golongan ini mengatakan bahawasanya ‘illah larangan pada hadith Rasulullah

adalah atas faktor sukatan atau timbangan8. Setiap barangan yang bersukat, bilamana dijual

belikan dengan barang sejenis adalah dianggap riba, sama ada berupa barang makanan atau

yang lain. Sebagai contoh, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tepung dengan tepung

7 Ibid. Ms 32.

8 Abdullah Saeed. (1996). Bank Islam dan Bunga Studi Kritis Larangan Riba dan Interpretasi Kontemporer.

Yogyakarta : Pustaka Pelajar. Ms 61.