kaedah tradisional yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah strategi pengajaran kepada murid

3
Kaedah Tradisional yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah strategi pengajaran kepada murid-murid dengan berpandukan modul kejurulatihan yang dibekalkan oleh Persekutuan Bola Baling Malaysia (MAHF). Modul ini telah diperkenalkan pada tahun 1980 dan dimurnikan lagi pada tahun 2002 dan 2004. ( MAHF, 2004 ) Suatu kaedah dan metod pengajaran mencorakkan perkembangan minda, emosi sikap dan nilai para pelajar. Kreativiti juga memerlukan daya imaginasi untuk membolehkan para pelajar meneroka dan menghayati pengajaran yang berguna dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Ketandusan unsur kreatif dalam pengajaran Pendidikan Jasmani menyebabkan pelajar bosan, jemu dan tidak berminat dengan mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Kelemahan ini berpunca daripada kaedah pengajaran guru Pendidikan jasmani . Sehubungan itu guru Pendidikan Jasmani perlu mempunyai kepercayaan yang positif dan keyakinan kendiri untuk menjadikan seseorang berinovatif dalam menyusun proses pengajaran dan pembelajaran. Guru juga harus memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh menarik minat serta mencabar kebolehan pelajar,meransang pembelajaran dan menyeronokan, berjaya melepaskan horizon intelektual, sosial moral, kerohanian dan mewujudkan perspektif positif seperti penting untuk dipelajari serta berguna untuk masa hadapan. Jesteru satu anjakan pradigma harus dilakukan untuk menjadikan pelajaran Pendidikan Jaasmani lebih berkesan, menarik dan menggembirakan dengan penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan kepada pelbagai masalah ini yang dihadapi dalam melaksanakan kaedah tradisional, pengkaji cuba membuat kajian untuk memperkenalkan satu kaedah baru dalam mempraktikkan sesuatu pengajaran agar dapat diterima oleh semua murid di bawah kendalian guru . Kaedah ini mungkin dapat mengurangkan tekanan dan pergerakan guru sewaktu melakukan demonstrasi sebelum murid melakukannya. Murid hanya perlu melihat paparan di layar skrin untuk memahaminya sebelum melakukan sesuatu pergerakan atau kemahiran. Tetapi perlu diambil perhatian bahawa teknik ini bersesuaian dijalankan dalam dewan atau bilik atau dewan yang tertutup kerana ia menggunakan peralatan yang cukup canggih. Keberkesanan penggunaan multimedia dalam sistem pengajaran yang memberi tumpuan terhadap penguasaan kemahiran sukan bola baling merupakan kajian yang diminati dan akan dijalankan oleh pengkaji bagi memantapkan program latihan sukan di Malaysia. Di samping itu juga, pengkaji akan bersama-sama dengan kumpulan-kumpulan ini untuk mengadakan sesi pembelajaran selama empat minggu dalam memastikan murid melakukan kemahiran-kemahiran yang dijalankan semasa pra ujian. Secara keseluruhannya bab ini telah mengketengahkan beberapa kajian terdahulu berkaitan tahap penguasaan

Upload: hasidah-idasha

Post on 02-Oct-2015

13 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

C

TRANSCRIPT

Kaedah Tradisional yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah strategi pengajaran kepada murid-murid dengan berpandukan modul kejurulatihan yang dibekalkan oleh Persekutuan Bola Baling Malaysia (MAHF). Modul ini telah diperkenalkan pada tahun 1980 dan dimurnikan lagi pada tahun 2002 dan 2004. ( MAHF, 2004 )

Suatu kaedah dan metod pengajaran mencorakkan perkembangan minda, emosi sikap dan nilai para pelajar. Kreativiti juga memerlukan daya imaginasi untuk membolehkan para pelajar meneroka dan menghayati pengajaran yang berguna dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Ketandusan unsur kreatif dalam pengajaran Pendidikan Jasmani menyebabkan pelajar bosan, jemu dan tidak berminat dengan mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Kelemahan ini berpunca daripada kaedah pengajaran guru Pendidikan jasmani .

Sehubungan itu guru Pendidikan Jasmani perlu mempunyai kepercayaan yang positif dan keyakinan kendiri untuk menjadikan seseorang berinovatif dalam menyusun proses pengajaran dan pembelajaran. Guru juga harus memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh menarik minat serta mencabar kebolehan pelajar,meransang pembelajaran dan menyeronokan, berjaya melepaskan horizon intelektual, sosial moral, kerohanian dan mewujudkan perspektif positif seperti penting untuk dipelajari serta berguna untuk masa hadapan. Jesteru satu anjakan pradigma harus dilakukan untuk menjadikan pelajaran Pendidikan Jaasmani lebih berkesan, menarik dan menggembirakan dengan penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan kepada pelbagai masalah ini yang dihadapi dalam melaksanakan kaedah tradisional, pengkaji cuba membuat kajian untuk memperkenalkan satu kaedah baru dalam mempraktikkan sesuatu pengajaran agar dapat diterima oleh semua murid di bawah kendalian guru . Kaedah ini mungkin dapat mengurangkan tekanan dan pergerakan guru sewaktu melakukan demonstrasi sebelum murid melakukannya. Murid hanya perlu melihat paparan di layar skrin untuk memahaminya sebelum melakukan sesuatu pergerakan atau kemahiran. Tetapi perlu diambil perhatian bahawa teknik ini bersesuaian dijalankan dalam dewan atau bilik atau dewan yang tertutup kerana ia menggunakan peralatan yang cukup canggih. Keberkesanan penggunaan multimedia dalam sistem pengajaran yang memberi tumpuan terhadap penguasaan kemahiran sukan bola baling merupakan kajian yang diminati dan akan dijalankan oleh pengkaji bagi memantapkan program latihan sukan di Malaysia.

Di samping itu juga, pengkaji akan bersama-sama dengan kumpulan-kumpulan ini untuk mengadakan sesi pembelajaran selama empat minggu dalam memastikan murid melakukan kemahiran-kemahiran yang dijalankan semasa pra ujian.

Secara keseluruhannya bab ini telah mengketengahkan beberapa kajian terdahulu berkaitan tahap penguasaan pengetahuan, kajian berkaitan jurulatih dan kajian yang berkaitan tentang sukan atau permainan bola baling di dalam negara dan dari luar negara.