kaedah pengendalian dan pengurusan bahan nuklear yang selamat

Upload: imelda-joseff

Post on 13-Oct-2015

379 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

prinsip-prinsip pengendalian bahan-bahan radioaktif secara umum.

TRANSCRIPT

SCE 3109

SCE 3109

Kaedah pengendalian dan pengurusan bahan nuklear yang selamat Tidak dapat dinafikan bahawa sumber tenaga nuklear mampu memberikan pelbagai kelebihan dan kebaikan kepada manusia samaada dalam bidang perubatan, pertanian, pertahanan mahupun kemajuan industri. Berikutan dengan itu, banyak negara termasuk negara Malaysia mula memberikan perhatian kepada tenaga nuklear sebagai alternatif kepada petroleum dan gas asli. Walaubagaimanapun, oleh kerana bahan nuklear merupakan bahan yang sangat radioaktif dan boleh mengancam kehidupan manusia jika tidak diurus dengan baik ataupun jika berlaku kemalangan, maka ia haruslah dikendalikan dengan sangat teliti sebagai bahan yang beracun. Terdapat dua jenis bahan radioaktif iaitu bahan radioaktif terkedap dan tidak tekedap. Banyak prosedur yang diperlukan bagi mengurus dan mengendalikan bahan radioaktif ini dan prosedur-prosedur yang diperlukan mungkin berbeza bagi institusi yang berbeza kerana institusi-institusi ini menggunakan jenis bahan radioaktif yang berbeza mengikut keperluan. Sebagai contoh cara pengendalian radioaktif di hospital mungkin sedikit berbeza dengan cara pengendalian di stesen jana kuasa nuklear.Penyimpanan dan penstoran bahan-bahan radioaktif adalah satu aspek yang perlu diberikan perhatian yang serius jika sesebuah institusi ingin menggunakan bahan-bahan ini. Sesuatu kemudahan penstoran harus berupaya menyimpan sisa tidak kira dalam apa bentuk, kandungan unsur radioaktif atau status pemprosesan secara selamat. Dengan ini, bahan-bahan radioaktif boleh diterima, dikendali, disimpan dan dikeluarkan tanpa menyebabkan risiko-risiko yang tidak dikehendaki kepada pengendali mahupun orang awam. Oleh itu, sesebuah kemudahan penstoran yang selamat bergantung kepada reka bentuk, pembinaan, pengendalian dan penyenggaraan mengikut amalan kejuruteraan yang betul. Kemudahan penstoran perlu mempunyai simbol sinaran yang jelas dan mempunyai akses terkawal. Bekas penyimpanan sisa radioaktif hendaklah berkeupayaan menjamin keutuhan bungkusan sisa radioaktif supaya ia dikekalkan sepanjang tempoh simpanan yang dijangkakan.Lazimnya, sisa radioaktif seperti kaca atau benda tajam disimpan dalam bekas yang mempunyai pelapik dalaman kalis tusukan. Sisa punca radioaktif terkedap disimpan di dalam bekas yang dapat mengurangkan dedahan dan membantu pengendalian pada masa akan datang.Jika sesebuah institusi pendidikan seperti institusi-institusi pengajian tinggi ingin menggunakan bahan radioaktif, kemudahan yang diperlukan untuk penyimpanan dan penstoran bahan ini haruslah diadakan. Di sekolah-sekolah biasanya bahan radioaktif terkedap digunakan bagi tujuan pengajian sains. Penggunaan punca radioaktif tak terkedap (unsealed sources) biasanya tidak digalakkan kerana langkah-langkah keselamatan yang diperlukan agak rumit dan juga memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Dalam pengurusan bahan radioaktif di sekolah, seorang kakitangan yang mempunyai pengetahuan asas dalam keselamatan dan perlindungan sinaran haruslah dilantik supaya mampu mengurus bahan-bahan tersebut dengan selamat. Semasa pembelian sesuatu bahan radioaktif, kakitangan yang dipertanggungjawabkan hendaklah memastikan supaya setiap punca terkedap telah dilabel dengan nama radionuklid dan keaktifannya serta nombor siri yang membezakannya daripada punca-punca lain bagi mengelakkan sebarang kekeliruan mengenai bahan yang digunakan. Selain itu, setiap bahan radioaktif yang disimpan haruslah diperiksa secara berkala untuk mengesan kebocoran ataupun kontaminasi bahan-bahan tersebut untuk mengelakkan kesan bahaya radiasi bahan-bahan tersebut kepada orang sekeliling. Semasa mengendalikan sesuatu aktiviti yang melibatkan penggunaan bahan-bahan radioaktif, Kot makmal hendaklah sentiasa dipakai. Bahan juga tidak boleh dipegang dengan tangan dan haruslah dikendalikan dengan menggunakan penyepit. Selain itu, bahan ini tidak diletakkan pada kedudukan yang sangat hampir dengan mata dan jarak haruslah dijaga supaya dapat mengurangkan dedahan sinaran bahan radioaktif kepada badan. Manakala proses pencairan, pembancuhan dan pelupusan bahan radioaktif hendaklah dilakukan oleh kakitangan yang telah dilatih dan kerja-kerja ini haruslah sentiasa dijalankan dalam almari wasap. Semasa melakukan proses ini juga, barang-barang yang tidak berkaitan perlulah dikeluarkan ataupun diketepikan terlebih dahulu. lni adalah untuk mengelak daripada berlakunya kontaminasi pada barang-barang tersebut.Kerja-kerja yang melibatkan penggunaan cecair bahan-bahan radioaktif mestilah dilakukan di atas talam yang dialas dengan kertas penyerap di dalam almari wasap. Selepas sebarang kerja yang melibatkan bahan-bahan radioaktif, permukaan meja dan juga lantai harus dicuci dengan bersih manakala sisa atau bahan pepejal yang tercemar seperti sarung tangan, tisu serta barang-barang lain haruslah dibuang di dalam bekas sampah yang dilapik dengan plastik khas. Hal ini adalah bagi memastikan tong sampah tersebut tidak tercemar dengan bahan radioaktif. Sisa cecair radioaktif tidak boleh dibuang sewenang-wenangnya tetapi haruslah disimpan di dalam bekas atau botol khas yang dilabel dengan simbol sinaran.

Rajah 1 Botol yang digunakan untuk menyimpan sisa-sisa bahan radioaktif tidak terkedap

Rajah 2Tong sampah khas untuk membuang sisa pepejal tercemar.

Sisa bahan radioaktif menuntut pelbagai peralatan serta pengendalian yang berbeza untuk melindungi manusia dan juga alam sekitar daripada bahaya kesan radiasi. Pelupusan sisa-sisa bahan radioaktif merupakan satu aspek yang sangat penting dan harus ditekankan jika sesebuah institusi ingin menggunakan bahan-bahan radioaktif. Terdapat tiga jenis sisa radioaktif yang dihasilkan daripada tempat-tempat yang berbeza iaitu sisa aras rendah, aras sederhana dan juga aras tinggi. Sisa aras rendah lazimnya daripada hospital, makmal dan juga daripada kitaran bahan api nuklear. Sisa-sisa bahan radioaktif di bawah aras rendah selalunya terdiri daripada kertas,sarung tangan plastik dan bahan-bahan kecil yang mengandungi radiasi yang mempunyai jangka hidup yang rendah. Sisa-sisa ini tidak terlalu bahaya untuk dikendalikan tetap mesti dilupuskan dengan lebih teliti berbanding dengan sisa buangan biasa. Biasanya sisa-sisa ini akan ditanam di tempat pembuangan sampah. Untuk mengurangkan ruang yang digunakan, bahan-bahan ini selalunya akan dimampatkan dan disimpan di dalam bekas tertutup sebelum ditanam.Sisa aras sederhana pula adalah sisa bahan radioaktif yang mengandungi tahap radiasi yang lebih tinggi dan memerlukan perlindungan khas. Sisa radioaktif yang dikategorikan di bawah aras ini adalah seperti resin, enapan kimia tercemar dan komponen reaktor. sisa ini biasanya dikeraskan terlebih dahulu di dalam konkrit ataupun di dalam bitumen untuk pelupusan namun terdapat juga sisa yang ditanam.Sisa aras tinggi mengandungi produk radioaktif yang tinggi dan elemen berat yang mengandungi radioaktif yang mempunyai jangka hayat yang panjang. Sisa bahan radioaktif di bawah aras ini menghasilkan haba dan memerlukan proses penyejukan dan juga penyimpanan khas semasa pengendalian dan pemindahan. Jika bahan api yang terlibat diproses semula, sisa buangan yang diasingkan akan digabungkan dengan kaca Borosilikat yang dibalut dengan kanister keluli tahan karat untuk dilupuskan. Manakala bagi bahan api reaktor yang tidak diproses semula dimana kesemua isotop radioaktif kekal di dalamnnya, sisa ini dikategorikan sebagai sisa aras tinggi. Kedua-dua jenis sisa aras tinggi ini adalah sangat radioaktif dan individu yang mengendalikannya harus dilindungi daripada radiasi bahan-bahan ini. Bahan-bahan ini disimpan di dalam bekas khas yang tidak akan pecah.

Rajah 3Cara pelupusan sisa bahan radioaktif aras tinggiKesemua prosedur pengendalian ini haruslah dipatuhi oleh setiap individu atau institusi yang melibatkan aktiviti atau kerja yang menggunakan bahan-bahan radioaktif. Hal ini kerana kebocoran bahan radioaktif dan dedahan kepada radiasi akan memberikan kesan negatif jangka panjang kepada manusia dan alam sekitar.

Rujukan BukuGibbs, L. (2010, March). Radiation Safety Manual. Stanford California: Stanford University.Jabatan Perlesenan Tenaga Atom. (1989). Panduan Bagi Pengedalian Bahan Radioaktif dalam Pengajian Sains di Sekolah Menengah. Selangor Darul Ehsan: Kementerian Sains.N.A. (2013). GUIDE TO THE. United States: PerkinElmer, Inc.Rujukan internetUniversiti Kebangsaan Malaysia. (2010). NOTA KESELAMATAN KIMIA. Retrieved February 28, 2014, from http://www.ukm.my/fst/images/nota/kimia.pdfWorld Nuclear Association. (2013). Radioactive Waste Management. Retrieved March 2, 2014, from http://www.world-nuclear.org/info/Nuclear-Fuel-Cycle/Nuclear-Wastes/Radioactive-Waste-Management/

Imelda JosephPage 5