kaedah pembelajaran luar bilik darjah

4
[PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN] PSK3103 1.0 Kaedah Pembelajaran Luar Bilik Darjah 1.1 Pengenalan Diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejak tahun 2000 supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna. Garis Panduan Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD), (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005) memberi pengertian Pembelajaran luar bilik darjah (PLBD) adalah suatu program atau aktiviti luar bilik darjah yang terancang dan berstruktur. Aktiviti ini berpusatkan murid dan bertujuan untuk menyokong dan mengukuhkan pelaksanaan kurikulum sekolah. Ia juga merangkumi persekitaran pembelajaran yang progresif.1.2 Objektif Pembelajaran Luar Bilik Darjah Objektif yang ditekankan ialah menyediakan murid untuk belajar sesuatu tajuk atau konsep yang akan dipelajari , atau sebagai satu proses mempelajari. Domain pembelajaran terdiri daripada tiga iaitu pengetahuan, sikap dan kemahiran. Selain itu, dapt mengukuhkan kefahaman murid terhadap konsep yang dipelajari di dalam kelas, memberikan pengalaman pembelajaran dalam situasi yang sebenar, bermakna dan menyeronokkan. Kemudian, ia juga membolehkan murid berfikir dan menguasai ilmu pengetahuan melalui pengalaman kontekstual, meningkatkan minat dan sikap murid untuk belajar, mengembangkan kemahiran mengumpul, memproses, dan menganalisis data serta maklumat. Akhir sekali, dapat menerapkan nilai-nilai murni. 1.3 Model Kaedah 1.3.1 Model PLBD 1: Luar bilik darjah dalam kawasan sekolah. (makmal komputer, makmal sains, taman) 1.3.2 Model PLBD 2: Berhampiran kawasan sekolah. (kawasan kampung, luar pagar sekolah) 1.3.3 Model PLBD 3: Jauh dari kawasan sekolah (dengan kebenaran PPD) (Lawatan terancang & berintergrasi ilmu) 1

Upload: mohd-izzuddin-muhammad

Post on 12-Aug-2015

337 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

psk

TRANSCRIPT

Page 1: Kaedah Pembelajaran Luar Bilik Darjah

[ ] PSK3103

1.0Kaedah Pembelajaran Luar Bilik Darjah

1.1Pengenalan

Diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejak tahun 2000 supaya

pembelajaran menjadi lebih bermakna. Garis Panduan Pembelajaran Luar Bilik

Darjah (PLBD), (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005) memberi pengertian

“Pembelajaran luar bilik darjah (PLBD) adalah suatu program atau aktiviti luar bilik

darjah yang terancang dan berstruktur. Aktiviti ini berpusatkan murid dan bertujuan

untuk menyokong dan mengukuhkan pelaksanaan kurikulum sekolah. Ia juga

merangkumi persekitaran pembelajaran yang progresif.” 

1.2Objektif Pembelajaran Luar Bilik Darjah

 Objektif yang ditekankan ialah menyediakan murid untuk belajar sesuatu tajuk atau

konsep yang akan dipelajari , atau sebagai satu proses mempelajari.  Domain

pembelajaran  terdiri daripada tiga iaitu pengetahuan, sikap dan kemahiran.  Selain

itu, dapt mengukuhkan kefahaman murid terhadap konsep yang dipelajari di dalam

kelas, memberikan pengalaman pembelajaran dalam situasi yang sebenar,

bermakna dan menyeronokkan.  Kemudian, ia juga membolehkan murid berfikir dan

menguasai ilmu pengetahuan melalui pengalaman kontekstual, meningkatkan minat

dan sikap murid untuk belajar, mengembangkan kemahiran mengumpul,

memproses, dan menganalisis data serta maklumat.  Akhir sekali, dapat menerapkan

nilai-nilai murni.

1.3 Model Kaedah

1.3.1 Model PLBD 1: Luar bilik darjah dalam kawasan sekolah.

(makmal komputer, makmal sains, taman) 

1.3.2 Model PLBD 2: Berhampiran kawasan sekolah. (kawasan

kampung, luar pagar sekolah)

1.3.3 Model PLBD 3: Jauh dari kawasan sekolah (dengan kebenaran

PPD) 

(Lawatan terancang & berintergrasi ilmu) 

1

Page 2: Kaedah Pembelajaran Luar Bilik Darjah

[ ] PSK3103

1.4Perancangan PLBD

1.4.1 Sebelum.

Menetapkan tujuan & objektif PLBD (hasil pembelajaran tajuk / konsep dalam

sukatan, sikap dan kemahiran). Ulangkaji pengetahuan dan kemahiran sedia

ada yang diperlukan untuk aktiviti PLBD. Memenuhi segala syarat dan

kehendak rasmi seperti kebenaran bertulis daripada pihak sekolah, PPD dan

ibu bapa.

Memaklumkan kepada murid dan ibu bapa tentang tujuan dan program LPBD

dan mendapatkan nombor telefon ibu bapa murid supaya senang dihubungi

pihak sekolah perlu membuat tempahan tempat dan pengangkutan

selain memastikan bas mempunyai insurans penumpang, permit perjalanan

dan dua orang pemandu. Memastikan insuran berkumpulan telah diambil

untuk murid. Hendaklah memastikan seorang guru pengiring ditugaskan untuk

sekumpulan sepuluh orang murid dan membahagikan murid kepada lima

orang dalam satu kumpulan dan melantik ketua bagi setiap kumpulan untuk

menjaga kebajikan setiap ahli kumpulan di sepanjang lawatan. Melawat

tempat PLBD dan merancang aktiviti serta memberi taklimat kepada murid

tentang keselamatan, peraturan dan tanggung jawab masing-masing

Membahagikan tugas & tanggungjawab kepada murid.

Menyediakan bahan-bahan yang diperlukan (termasuk alat-alat seperti

kamera, perakam audio dll). Selain itu, hendaklah mengetahui dan menyedari

tujuan dan objektif lawatan, menguasai pengetahuan dan kemahiran yang

diperlukan untuk aktiviti lawatan. Guru juga perlu berlatih teknik-teknik

mengumpul maklumat selain mengetahui dan memahami tanggung jawab diri.

Menyelia dan mengawal murid supaya keselamatan murid sentiasa terjaga.

2

Page 3: Kaedah Pembelajaran Luar Bilik Darjah

[ ] PSK3103

1.4.2 Semasa PLBD

Memberi bantuan bila diperlukan. Guru boleh mengalakkan murid bertanyakan

soalan untuk mendapat maklumat. Membuat pemerhatian secara langsung

serta mengumpul dan merekod maklumat. Murid-murid juga haruslah

mematuhi peraturan-peraturan lawatan dan berkerjasama dalam kumpulan.

1.4.3 Selepas PLBD

Memberi maklumat tambahan jika diperlukan oleh murid. Selain itu guru

perlulah membimbing murid membuat rumusan dan menilai pembelajaran

murid dan keberkesanan aktiviti PLBD termasuk pengurusan & pengelolaan

aktiviti. Menyusun maklumat yang dikumpul dan menjawab soalan-soalan

tugasan serta membuat rumusan.

Guru perlu menyemak dapatan, rumusan dengan murid atau kumpulan lain

dan menyediakan laporan.

1.5 Kekuatan Kaedah Pembelajaran Luar Bilik Darjah

1.5.1 Kukuh kefahaman murid terhadap konsep yang diajar dalam

kelas (situasi sebenar)

1.5.2 Murid bina kefahaman berdasarkan persekitaran dan

pengalaman

1.5.3 Tingkatkan minat murid belajar

1.5.4 Mengembangkan kemahiran sosial dan kerja berpasukan

1.5.5 Menerapkan nilai murni

3

Page 4: Kaedah Pembelajaran Luar Bilik Darjah

[ ] PSK3103

1.6 Kelemahan Kaedah Pembelajaran Luar Bilik Darjah

1.6.1 Memerlukan perancangan rapi (faktor cuaca, tempat)

1.6.2 Sumber pengajaran yang terhad disebabkan oleh pengajaran

berlaku diluar bilik darjah.

1.6.3 Melibatkan kos

4