kaedah mengenalpasti penyakit dari perspektif perubatan ... · ayam, dan daun-daun ... penyakit...
TRANSCRIPT
Kaedah mengenalpasti penyakit dari
perspektif perubatan kontemporari
dan perubatan komplementari Islam:
Satu perbandingan
Nur Azian Ab Rahman UKM
Kumpulan Penyelidik LRGS/TD/2012/USM-UKM/KT/03
Pengenalan
• Terminologi penting:
• Kaedah
• Perubatan
• Pengubatan
• Perubatan Komtemporari (Allopati)
• Perubatan Islam Komplementari
Kaedah
• Tatacara
• Langkah
• SOP, standard operating procedure
• Dalam konteks rawatan, langkah pertama ialah
menjalan kaedah mengesan penyakit (diagnose, screen,
scan)
Pengubatan, Perubatan
• Dari sudut epistemology
• Linguistik: (morfem) akar kata, “ubat”, katanama; (semantik) maknakonotatif pada pengubatan adalah amalan, tindakan; manakalaperubatan adalah disiplin ilmu
• Dari sudut ontology
• Pengubatan lwn perubatan
• Perubatan: 4 kriteria membezakannya dengan pengubatan: korpusilmu, dokumentasi, pensijilan/pengiktirafan, dan pembangunansumber tenaga manusia (perawat)
• Dari sudut methodology
• Kaedah mengesan, kaedah merawat
Sumber: Supyan Hussin, Nur Azian Ab Rahman (2016)
Definisi dan skop Perubatan
• Perubatan Islam: ilmu dan kemahiran dalam perubatan
yang membawa kepada kebaikan (righteousness), kesihatan
(health) dan kesejahteraan (well-being) ke atas manusia.
Perawat bukan penyembuh.
• Perubatan Kontemporari (Allopati): ilmu dan
kemahiran perubatan moden atau allopathy yang
memenuhi 4 kriteria: korpus ilmu, dokumentasi,
pensijilan/pengiktirafan, dan pembangunan sumber
tenaga manusia (perawat)
Sumber: Supyan Hussin, Nur Azian Ab Rahman & Mostafa Kamal Mokhtar (2016)
…sambungan
• Perubatan Komplementari: ilmu dan kemahiranperubatan yang melengkapkan perubatan kontemporaridan selepas rawatan perubatan kontemporari. Contoh: urut, bekam, refleksologi
• Perubatan Islam Komplementari: ilmu dan kemahiranperubatan yang melengkapkan perubatan kontemporariatau allopati bersandarkan kepada Al-Quran, Sunnah, Ijmak Ulamak dan Qias. Contoh: ruqyah syarie’yah (ayat-ayat Quran, doa al mathurat, dan doa dalam bahasa tempatan yang patuh syariah) bersama penggunaan alat-alat yang patuh syariah. Perawat bukan penyembuh.
Sumber: Supyan Hussin, Nur Azian Ab Rahman & Mostafa Kamal Mokhtar (2016)
…sambungan
• Perubatan Alternatif: ilmu dan kemahiran perubatanyang selain daripada perubatan kontemporari: Acupuncture, Chiropractic, Ayurveda, Seng Seng, Homeopathy
• Pengubatan tradisional Melayu: amalan pengubatanyang dijalankan melalui bacaan ungkapan tertentu (sepertijampi, mentera) dan persembahan bersama penggunaanalat-alat tertentu seperti limau, kemenyan, minyak, darahayam, dan daun-daun. Pengubatan tradisional Melayu adajuga bercampukaduk menggunakan khidmat makhlukhalus untuk proses pengesanan dan rawatan penyakit.
Sumber: Supyan Hussin, Nur Azian Ab Rahman & Mostafa Kamal Mokhtar (2016)
Kaedah mengesan penyakit:
Perubatan Kontemporari (Allopati)
1. Pendaftaran pesakit: maklumat demografik direkodkan (medical
history record)
2. Pengesanan awal (storytelling, symptoms identification):
pesakit memberitahu doktor masalah yang dialami disamping
doktor meneliti simptom pada pesakit
3. Pengesanan pertengahan (preliminary screening): doktor
memeriksa pesakit menggunakan alat: BP, suhu, perubahan fizikal
pada anggota badan; bertujuan mengumpul maklumat bagi
pengesahan sesuatu penyakit
Pesakit normal; bukan kes kemalangan
…sambungan
4. Pengesanan lanjutan (jika perlu, advance
screening): doktor mengambil air kencing, darah, dan
bukti dari anggota badan pesakit untuk ujian seterusnya,
atau X-ray atau ujian refleksi.
5. Pengesanan darurat: doktor melihat simptom dan
segera memberi rawatan
Pesakit kes kemalangan
…sambungan
5. Proses Rawatan
a. rawatan awal diberikan dengan pemberian ubat
b. rawatan segera/darurat: rujuk ke hospital pakar
c. rawatan susulan (jika perlu) diberikan selepastempoh rawatan awal selesai
6. Prose rawatan lanjutan: jika pesakit tidak sembuh, tidak diketahui punca penyakit, tidak ada ubat untukpesakit, pesakit dirujuk kepada jabatan psikitri.
Kaedah mengesan penyakit:
Perubatan Islam Komplementari
1. Pendaftaran pesakit: maklumat demografik direkodkan (medical
history record). HAMPIR TIDAK BERLAKU DI KEBANYAKAN
PUSAT RAWATAN
2. Pengesanan awal (storytelling, symptoms identification):
pesakit memberitahu perawat masalah yang dialami disamping
perawat meneliti simptom pada pesakit.
Ada ketika, pesakit atau waris tidak sempat beritahu perawat,
tetapi pesakit sudah mula menunjukkan simptom terkena gangguan
makhluk halus samada ketika hampir ke pusat rawatan atau dalam
menunggu atau atau dalam bilik perundingan/rawatan
Pesakit normal; bukan kes kemalangan
…sambungan
3. Pengesanan pertengahan (preliminary screening): perawat
membacakan ayat-ayat pilihan dari Quran dan doa-doa pilihan
bertujuan mengumpul maklumat bagi pengesahan pesakit terkena
gangguan.
4. Pengesanan lanjutan (jika perlu, advance screening):
perawat membacakan ayat-ayat pilihan dari Quran dan doa-doa
pilihan sambil menyentuh pada bahagian tertentu anggota badan
pesakit untuk pengesahan terdapat gangguan makhluk halus.
…sambungan
5. Proses Rawatan
a. rawatan awal diberikan dengan pemberian ubat
(air, minyak), membuang makluk halus dari tubuh
pesakit
b. rawatan susulan (jika perlu) diberikan selepas
tempoh rawatan awal selesai
Perbandingan Kaedah (SOP)Perubatan
Kontemporari
Perubatan Islam
Konplementari
Pendaftaran Amalan lazim Hampir tiada
Pengesanan awal: Pesakit bercerita
Simptom sakit
Pesakit bercerita/tidak bercerita
Simptom pesakit terkena
gangguan
Pengesanan
pertengahan:
Penggunaan alat spt
stethoscope, BP
measurement,
temperature
Bacaan ayat-ayat Quran dan doa-
doa terplih
Pengesanan
lanjutan:
Air kencing, darah,
bendalir, X-ray
Penggunaan alat dan sentuhan
pada anggota pilihan pesakit
Pengesanan
Darurat
Kes kemalangan,
emergency
Tiada
Contoh Kajian Kes
Perubatan Islam Komplementari
1. Paku dalam tubuh badan (Supyati, 2015) – X-ray menunjukkan terdapat beberapa paku didalam badan pesakit. Paku dikeluarkan secara pembedahan tetapi paku kembali muncul selepas beberapa jam pembedahan dan paku muncul di dalam badan pesakit walaupun telah dilakukan pembedahan berikutnya. Sejumlah lebih 2000 paku muncul dalam badan pesakit dalam tempoh setahun lebih. Ruqyah dilakukan, pesakit memuntahkan paku dan akhirnya pesakit beransur pulih dengan meneruskan rawatan komplementari Islam.
Contoh Kajian Kes
Perubatan Islam Komplementari
2. Perceraian – Ali, menjumpai belut dihadapan pintu rumahnya dan sejak itu isterinya merasa panas tinggal di dalam rumah; dalam tempoh sebulan panggilan “abang” bertukar kepada “bodoh” dan “setan”. Isteri melarikan diri dari rumah suami. Perhubungan berakhir dengan perceraian. Setelah isteri berkahwin lain, muncul rakan kepada bekas mertua Ali membuat pengakuan bahawa dia telah membantu bekas mertuanya berjumpa bomoh dan mencampakkan bahan sihir ke dalam kawasan rumah kelamin Ali.
Contoh Kajian Kes
Perubatan Islam Komplementari
3. Prestasi kerja merosot – pegawai penguatkuasa JPJ mendapat anugerah pekerja cemerlang dua tahun berturut-turut tetapi pada tahun ketiga, beliau tidak dapat melangkah keluar dari rumahnya. Setiap kali hendak melangkah ke tempat kerja, kakinya terasa lemah dan tidak mampu bergerak. Rawatan doktor tidak menunjukkan sebarang sakit tetapi apabila dirawat ruqyah, badannya menggeletar dan menjerit. Beliau dibuang kerja oleh SPA kerana kerap tidak datang kerja serta laporan doktor tidak menunjukkan beliau sakit.
Contoh Kajian Kes
Perubatan Islam Komplementari
4. Jantung tersumbat – Pesakit dijadualkan menjalani
rawatan angio kerana saluran jantung tersumbat. 5 hari
sebelum temujanji hospital, beliau mendapatkan
rawatan ruqyah dan didapati beliau mempunyai
simptom sihir. Beliau menjalani rawatan intensif
komplementari Islam selama 4 hari. Pada hari beliau
sepatutnya menjalani rawatan angiogram, doktor dapati
jantungnya sudah tidak tersumbat dan prosidur
angiogram dibatalkan.
Contoh Kajian Kes
Perubatan Islam Komplementari
5. Penyakit kencing manis – pesakit telah dipotong kaki
kiri dan doktor dapati kaki kanan juga perlu dipotong.
Pesakit telah mendapatkan rawatan komplementari
Islam sebelum tarikh pembedahan dan dikenalpasti apa
yang dialami pesakit adalah berkaitan penyakit sihir.
Dirawat dipusat rawatan dan pada hari temujanji
dihospital, doktor mengesahkan kakinya tidak perlu
dipotong.
Contoh Kajian Kes
Perubatan Islam Komplementari
6. Tumpah darah – pesakit mengalami seperti istihadah
dan darah keluar dengan banyak tanpa henti walau telah
mendapat rawatan O&G dan diberi ubat. Pakar O&G
merasakan penyakit yang dialami adalah tidak normal
dalam perubatan alopati dan mencadangkan pesakit
mendapatkan rawatan komplementari Islam. Pesakit
diruqyah dan ketika itu pesakit merasakan seperti
bebola api keluar dari alat sulitnya dan serta merta
darahnya berhenti. Pesakit mengalami penyakit sihir.
Kajian Seterusnya
• Integrasi kaedah saintifik bagi mengesan penyakit pada pesakit yang terkena gangguan
• Menggunakan alat pengukur gelombang seperti EEG atau alat yang dapat mengukur 6 tahap gelombang otak (infra-low, delta, theta, alpha, beta, gamma) serta alat yang dapat mengukur kadar perspirasi, otot dan degupan jantung ketika ruqyah (ayat al-Quran, doa, sentuhan) dilakukan ke atas pesakit dalam proses pengesanan.
Implikasi Birokrasi: Kawalselia
• Perlu ada SOP yang jelas dalam perubatan Islam komplementari untuk mewujudkan piawai yang jelas danmengelakkan penipuan, manipulasi, dan kerosakan aqidahperawat dan pesakit. (diiktiraf oleh Panel Syariah)
• Bacaan ayat-ayat Quran dan doa pilihan atau doa dalambahasa Melayu perlu patuh syariah, dibaca dengan jelas, bacaan bertajwid, tidak bercampur aduk denganjampi/mentera tempatan (diiktiraf oleh Panel Syariah)
• Perawat mempunyai rekod kefahaman aqidah yang jelasdan akhlak Islam yang terpuji (diiktiraf oleh Panel Syariah)