kaedah kajian pa stpm baru

Upload: viveekdeep-singh

Post on 03-Apr-2018

338 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Kaedah Kajian PA STPM BARU

    1/4

    KAEDAH KAJIAN

    REKA BENTUK KAJIAN ( OVERVIEW )

    Saya telah gunakan kaedah pemerhatian, kaedah soal-selidik/tinjaun dan

    kaedah rujukan/arkib/jurnal untuk memperoleh data tentang faktor yang

    mempengaruhi pilihan pelanggan terhadap kedai makanan segera di Pasaraya AEON.

    Seramai 30 orang responden telah dipilih secara rawak untuk menjadi sampel kajian.

    SAMPEL KAJIAN

    Populasi kajian saya terdiri daripada pelanggan yang kerap mengunjung

    Pasaraya AEON, penduduk kawasan Manjung dan Sitiawan, murid-murid sekolah,

    serta peniaga Pasaraya AEON dan peniaga kecilan yang lain. Kumpulan ini, seramai

    30 orang telah saya jadikan sebagai responden untuk kajian ini.

    INSTRUMEN KAJIAN

    Pemilihan instrument kajian adalah aspek yang penting dalam menentukan

    dapatan kajian. Ianya bertujuan untuk memastikan kaedah pengumpulan data untuk

    penyelidikan kajian yang saya gunakan bersesuaian dengan matlamat dan objektif

    kajian yang hendak saya capai. Dalam menjalankan kajian ini saya telah gunakan

    beberapa jenis Instruman Kajian Kuantitatif seperti borang soal-selidik dan senarai

    semak. Kaedah kajian yang gunakan ialah kaedah pemerhatian, soal-selidik dan

    sumber-sumber lain seperti jurnal, artikel, peta, jadual dan majalah.

  • 7/28/2019 Kaedah Kajian PA STPM BARU

    2/4

    KAEDAH PEMERHATIAN / TINJAUAN

    Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan

    untuk mengukur objektif penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan alternatif yang

    ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan

    temuduga. Melalui pemerhatian, sesuatu tingkah laku subjek boleh diamati

    berpandukan objektif-objektif yang telah dikenal pasti. Peranan penyelidik ialah

    sebagai pemerhati terhadap perubahan-perubahan tingkah laku, mendengar, serta

    melihat tingkah laku subjek sama ada dari jauh atau dari dekat.

    Saya telah mangaplikasikan kaedah pemerhatian bukan peserta untuk kajian

    saya ini. Jenis pemerhatian ini memerlukan saya memilih tempat yang sesuai untuk

    membuat pemerhatian. Tempat pemerhatian mestilah memberi peluang semaksimum

    mungkin kepada saya untuk membuat .pemerhatian secara teliti terhadap segala gerak

    geri responden saya. Oleh itu saya telah memilih Pasaraya AEON kerana ianya luas

    dan mempunyai kemudahan untuk saya membuat pemerhatian.

    Kebaikan kaedah ini ialah responden kajian mungkin tidak menyedari akan

    kehadiran saya dan dengan ini mereka akan menunjukkan tingkah laku yang tulen dan

    tidak berpura-pura. Data-data yang saya peroleh lebih tulen dan ini akan menyumbang

    kepada ketepatan maklumat yang saya kumpul. Maklumat yang tepat akan

    menyumbang pula kepada keputusan yang lebih tepat.

  • 7/28/2019 Kaedah Kajian PA STPM BARU

    3/4

    KAEDAH SUMBER LAIN

    Bahan rujukan atau kaedah sumber lain yang telah aplikasikan untuk kajian ini

    ialah seperti peta, jurnal, artikel, statistik kerajaan & swasta serta lain- lain. Bahan

    bacaan lain yang telah saya gunakan untuk mendapatkan data dan malkumat untuk

    kajian ini ialah surat khabar, buku-buku dan majalah-majalah. Online database dan

    Internet database juga telah saya gunakan dalam pengumpulan data untuk kajian saya.

    KAEDAH SOAL-SELIDIK

    Mengikut Sharifah Zaleha Syed Hassan. Dr. Prof.et al(2001)Pengantar Sains

    sosial, kaedah tinjauan adalah satu kaedah yang popular untuk mendapatkan data dan

    maklumat dikalangan pengkaji sains sosial. Dalam kaedah ini pengkaji memperolehi

    data dan maklumat dengan cara membentuk soal selidik tertentu yang menepati ciri-

    ciri piawai serta menyerahkan sempel kepada responden. Ciri-ciri piawai ialah ciri-

    ciri yang dikehendaki oleh penyelidik itu sendiri yang menepati ciri-ciri yang dibuat.

    Manakala responden pula ialah masyarakat atau individu dalam masyarakat yang

    dikaji. Salah satu cara ialah tinjauan secara individu(self-administered questionnaires)

    Mengikut Rohana Yusof(1996), Asas Sosial Dari Perspektif Sosiologi pula,

    pengumpulan data dan maklumat boleh didapati dengan menggunakan kaedah soal

    selidik. Tardapat dua bentuk kaedah ini, iaitu soal selidik secara langsung atau soal

    selidik secara pos. Dalam soal selidik secara langsung , penyelidik akan bersemuka

    dengan para responden dan menyoal mengikut soalan-soalan dalam borang soal

    selidik. Ia lebih mudah dan menjimatkan kos. Kebiasaanya Skala Likert digunakan

    untuk mengumpul data.

    Likert ialah nama orang, lengkapnya Rensis Likert, pendidik dan ahli

    psikologi Amerika Syarikat. Jadi, skala ini digagas oleh Rensis Likert, sehingga

    disebut Skala Likert.

    Skala Likert merupakan alat untuk mengukur, iaitu mengumpulkan data

    dengan cara mengukur-menimbang Skala Likert itu aslinya untuk mengukur

    kesetujuan dan ketidaksetujuan seseorang terhadap sesuatu objek.

  • 7/28/2019 Kaedah Kajian PA STPM BARU

    4/4

    SKOR SKALA LIKERT 5 MATA

    Skala Skor

    Sangat Tidak Setuju (STS) 1

    Tidak Setuju (TS) 2Kurang Setuju (KS) 3

    Setuju (S) 4

    Sangat Setuju (SS) 5

    Dengan ini, saya telah menggunakan kaedah soal-selidik dengan mengaplikasikan

    Skala Likert dalam borang soalan yang diberikan kepada responden yang telah saya

    pilih secara rawak.