kaedah dan prosedur permohonan tempat latihan industri · serahkan resume asal ... tidak akan...

2
KAEDAH DAN PROSEDUR PERMOHONAN TEMPAT LATIHAN INDUSTRI 1. Kaedah Penempatan UPLI menggunakan tiga kaedah untuk menempatkan pelajar ke industri: Permohonan sendiri oleh pelajar melalui UPLI, Tawaran oleh organisasi melalui UPLI, Penempatan tempat latihan yang ditentukan oleh UPLI. * SEGALA URUSAN PERMOHONAN MESTI MELALUI UPLI 2. Prosedur Penempatan Melalui UPLI (Termasuk tawaran yang diterima terus dari organisasi) Pelajar yang memerlukan bantuan UPLI untuk memohon tempat latihan hendaklah merujuk kepada Penyelaras Latihan Industri Jabatan (PLIJ) masing-masing. Serahkan resume asal kepada PLIJ dengan segera jika pelajar berminat membuat latihan di organisasi yang dipohon UPLI (rujuk senarai organisasi yang dipaparkan). Pelajar perlu sentiasa membuat semakan dengan PLIJ untuk mendapat maklumat terkini jawapan permohonan tempat latihan. Bagi organisasi yang menawarkan tempat terus kepada UPLI, pelajar perlu membuat semakan berdasarkan jawapan-jawapan yang telah diterima oleh UPLI. Sekiranya ada jawapan dari organisasi yang bersesuaian dengan pilihan pelajar (dari segi bidang dan keutamaan kawasan/tempat), maklumkan SEGERA kepada PLIJ supaya nama pelajar berkenaan disenaraikan pada organisasi tersebut. Jika terdapat dua atau lebih organisasi yang sesuai, pilih SATU sahaja. Pilihan adalah berdasarkan kepada “siapa dulu dia dapat”. TIADA SEBARANG PERTUKARAN TEMPAT DIBENARKAN SELEPAS PELAJAR MEMBUAT TEMPAHAN DENGAN PLIJ. 3. Prosedur Penempatan Melalui Usaha Pelajar Sendiri Semak dengan UPLI supaya organisasi yang ingin dipohon tidak termasuk di dalam senarai organisasi yang menawarkan tempat latihan kepada pelajar melalui UPLI. Setiap permohonan MESTILAH mendapat pengesahan PLIJ/PPLI/UPLI sebelum dihantar. Isikan maklumat organisasi yang lengkap berserta dengan No. Bil Surat yang diberi oleh PLIJ. RESUME (salinan asal) hendaklah disertakan setiap kali membuat permohonan kepada organisasi. Sediakan SATU (1) SALINAN dan serahkan kepada PLIJ untuk simpanan/rujukan UPLI. Setiap permohonan perlu dikepil bersama SURAT JAWAPAN berkaitan. Isikan maklumat berkaitan pada SURAT JAWAPAN dan pastikan pelajar menandatangani di ruang berkenaan. PERINGATAN : Selidik terlebih dahulu latar belakang, kesesuaian dan kesediaan organisasi berkenaan menerima pelajar supaya tidak timbul sebarang masalah semasa menjalani latihan. Dapatkan nasihat dari PLIJ dan pensyarah berkaitan organisasi baru yang ingin dipohon pelajar. Satu salinan permohonan sendiri pelajar MESTILAH diserah kepada PLIJ. Permohonan yang tidak direkodkan dianggap melanggar prosedur permohonan tempat latihan dan tidak akan dilayan. Serahkan surat tersebut kepada organisasi berkenaan (pelajar digalakkan menyerahkan permohonan dengan tangan untuk mendapat jawapan segera). Minta organisasi mengembalikan Surat Jawapan Latihan Industri kepada UPLI dengan segera. Pelajar TIDAK DIBENARKAN memohon lebih dari 1 organisasi pada satu-satu masa. Pelajar yang tidak mematuhi arahan akan dikenakan tindakan. Pelajar boleh membuat permohonan kepada organisasi baru mengikut prosedur yang sama jika permohonan ditolak atau GAGAL mendapat tempat dari organisasi yang dipohon. AMARAN : Pelajar adalah dilarang sama sekali bertukar tempat latihan setelah mendapat tawaran dari organisasi yang dipohon. Tindakan tegas (termasuk diberi keputusan gagal) akan dikenakan kepada mana-mana pelajar yang ingkar atau gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Upload: dangcong

Post on 27-May-2018

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAEDAH DAN PROSEDUR PERMOHONAN TEMPAT LATIHAN INDUSTRI · Serahkan resume asal ... TIDAK akan didaftarkan untuk menjalani Latihan Industri 6. Perjumpaan Dengan Penyelaras Latihan

KAEDAH DAN PROSEDUR PERMOHONAN TEMPAT LATIHAN INDUSTRI

1. Kaedah Penempatan

UPLI menggunakan tiga kaedah untuk menempatkan pelajar ke industri:

Permohonan sendiri oleh pelajar melalui UPLI, Tawaran oleh organisasi melalui UPLI, Penempatan tempat latihan yang ditentukan oleh UPLI.

* SEGALA URUSAN PERMOHONAN MESTI MELALUI UPLI

2. Prosedur Penempatan Melalui UPLI (Termasuk tawaran yang diterima terus dari organisasi)

Pelajar yang memerlukan bantuan UPLI untuk memohon tempat latihan hendaklah merujuk kepada Penyelaras Latihan Industri Jabatan (PLIJ) masing-masing. Serahkan resume asal kepada PLIJ dengan segera jika pelajar berminat membuat latihan di organisasi yang dipohon UPLI (rujuk senarai organisasi yang dipaparkan). Pelajar perlu sentiasa membuat semakan dengan PLIJ untuk mendapat maklumat terkini jawapan permohonan tempat latihan.

Bagi organisasi yang menawarkan tempat terus kepada UPLI, pelajar perlu membuat semakan berdasarkan jawapan-jawapan yang telah diterima oleh UPLI.

Sekiranya ada jawapan dari organisasi yang bersesuaian dengan pilihan pelajar (dari segi bidangdan keutamaan kawasan/tempat), maklumkan SEGERA kepada PLIJ supaya nama pelajar berkenaan disenaraikan pada organisasi tersebut. Jika terdapat dua atau lebih organisasi yang sesuai, pilih SATU sahaja. Pilihan adalah berdasarkan kepada “siapa dulu dia dapat”. TIADA SEBARANG PERTUKARAN TEMPAT DIBENARKAN SELEPAS PELAJAR MEMBUAT TEMPAHAN DENGAN PLIJ.

3. Prosedur Penempatan Melalui Usaha Pelajar Sendiri

Semak dengan UPLI supaya organisasi yang ingin dipohon tidak termasuk di dalam senarai organisasi yang menawarkan tempat latihan kepada pelajar melalui UPLI.

Setiap permohonan MESTILAH mendapat pengesahan PLIJ/PPLI/UPLI sebelum dihantar. Isikan maklumat organisasi yang lengkap berserta dengan No. Bil Surat yang diberi oleh PLIJ. RESUME (salinan asal) hendaklah disertakan setiap kali membuat permohonan kepada organisasi. Sediakan SATU (1) SALINAN dan serahkan kepada PLIJ untuk simpanan/rujukan UPLI.

Setiap permohonan perlu dikepil bersama SURAT JAWAPAN berkaitan. Isikan maklumat berkaitan pada SURAT JAWAPAN dan pastikan pelajar menandatangani di ruang berkenaan.PERINGATAN : Selidik terlebih dahulu latar belakang, kesesuaian dan kesediaan organisasi berkenaan menerima pelajar supaya tidak timbul sebarang masalah semasa menjalani latihan. Dapatkan nasihat dari PLIJ dan pensyarah berkaitan organisasi baru yang ingin dipohon pelajar.

Satu salinan permohonan sendiri pelajar MESTILAH diserah kepada PLIJ. Permohonan yang tidak direkodkan dianggap melanggar prosedur permohonan tempat latihan dan tidak akan dilayan.

Serahkan surat tersebut kepada organisasi berkenaan (pelajar digalakkan menyerahkan permohonan dengan tangan untuk mendapat jawapan segera). Minta organisasi mengembalikan Surat Jawapan Latihan Industri kepada UPLI dengan segera.

Pelajar TIDAK DIBENARKAN memohon lebih dari 1 organisasi pada satu-satu masa. Pelajar yang tidak mematuhi arahan akan dikenakan tindakan.

Pelajar boleh membuat permohonan kepada organisasi baru mengikut prosedur yang sama jika permohonan ditolak atau GAGAL mendapat tempat dari organisasi yang dipohon.

AMARAN : Pelajar adalah dilarang sama sekali bertukar tempat latihan setelah mendapat tawaran dari organisasi yang dipohon. Tindakan tegas (termasuk diberi keputusan gagal) akan dikenakan kepada mana-mana pelajar yang ingkar atau gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Page 2: KAEDAH DAN PROSEDUR PERMOHONAN TEMPAT LATIHAN INDUSTRI · Serahkan resume asal ... TIDAK akan didaftarkan untuk menjalani Latihan Industri 6. Perjumpaan Dengan Penyelaras Latihan

4. Pelajar Yang Tidak Pasti Sama Ada Hendak Memohon Tempat LI Sendiri Atau Penempatan Melalui UPLI

Pelajar hendaklah berbincang dengan PLIJ dan mendapatkan nasihat dan pandangan.

Pelajar yang berada di negeri selain dari Kedah dan Pulau Pinang digalakkan mencari tempat sendiri (termasuk dari Pulau Langkawi).

5. Kursus Latihan Industri

Semua pelajar DIWAJIBKAN mengisi borang Pendaftaran Kursus. Borang yang lengkap hendaklah diserahkan salinan kepada pihak berkenaan:

i. Pensyarah/Penasihat Akademikii. Penyelaras Latihan Industri Jabatan (salinan Unit UPLI)

Pelajar yang tidak mengisi dan menghantar Borang Pendaftaran Kursus Latihan Industri TIDAK akan didaftarkan untuk menjalani Latihan Industri

6. Perjumpaan Dengan Penyelaras Latihan Industri Jabatan (PLIJ)

Pelajar yang mempunyai masalah berkaitan latihan industri boleh berjumpa PLIJ masing-masing atau terus berjumpa dengan Pegawai Perhubungan & Latihan Industri (PPLI) di Pejabat Unit Perhubungan dan Latihan Industri. Sila rujuk kepada Pembantu Tadbir UPLI sebelum berjumpa dengan mana-mana pegawai di atas. Pastikan pelajar menjaga disiplin masing-masing semasa berurusan di pejabat UPLI.

Sila hubungi di talian 04-9146100 –Talian Am/Operator POLIMAS

BIL PEGAWAITEL

PEJABATTEL BIMBIT

1. En Mohammad Azizy bin Ahmad – Ketua Unit Perhubungan & Latihan Industri 04-9146149 013-43767042. En Mohamad Nasir Rejab- Pegawai Perhubungan dan Latihan (Perhubungan) 04-9146316 012-49452813. Pn.Norhafizawati bt Bakar- Pegawai Perhubungan dan Latihan (Latihan) 04-9146132 017-46725494. En Ayub bin Abdullah - Ketua Penyelaras Latihan Industri JKA 04-9146145 019-44295765. Pn. Habsah bt Hussain - Ketua Penyelaras Latihan Industri JKE 04-9146142 019-41835556. En Hashimi b Lazim - Ketua Penyelaras Latihan Industri JKM 04-9146144 019-44401237.8.

Penyelaras Latihan Industri Jabatan

BILJABATA

NPEGAWAI PEJABAT (SAMB..) TEL BIMBIT

1.

JKA

En. Mohd Zulkafli b Mohamed Pej Pensyarah JKA - 6266 019-44420022. Pn. Shuhaida bt. Jamil Makmal Jalan Raya JKA - 6279 019-57083913. Pn. Ruslinda Bt. Karya Pej Pensyarah JKA - 6266 017-45436004. En. Meor Hishamuddin b. Meor Shanaini Pej Pensyarah JKA - 62665.

JKE

Pn. Lee ka Gaik Pej Pensyarah JKE - 6224 Aras 5 012-33112736. En. Meor Ahmad Zainal bin Meor Muhamud Pej Pensyarah JKE - 6224 Aras 5 012-55757797. Cik Intan Shafinaz bt Mohammad Pej Pensyarah JKE - 6224 Aras 5 016-21269468. En. Shahfitri b. Saidin Pej Pensyarah JKE - 6224 Aras 59.

JKM

En. Wan Abd Aziz b Wan Kadir Bengkel Metalurgi JKM 019-442714710. En. Shaiful Zamri bin Abdul Sattar Pej Pensyarah JKM - 6244 Aras 6 019-422831011. En. Wan Nor Harman b Wan Yahaya Pej Pensyarah JKM - 6244 Aras 6 019-471891512. En. Shahzaril Fadzlin bin Shafie Pej Pensyarah JKM - 6244 Aras 6 013-388260413.

JPPn. Syamsyinar Bt. Hasan Pej. Pensyarah JP - 6210 019-5175612

14. Cik Shuriyani bt Abdul Rahim Pej. Pensyarah JP - 6210 019-356129715. Pn. Musliza bt. Mohamad Pej. Pensyarah JP - 621016.

JTMKEn. Jusrorizal Fadzli b. Jusof Pej Pensyarah JTMK - 6186

17. En. Wan Mohd Yusof b. Wan Yaacob Pej Pensyarah JTMK - 6186

Pembantu Tadbir UPLI

Pn. Nur Farahin bt Abdullah - Tel. Pejabat: 04-9146139

Cik Nor Syahridah bt. Noh - Ketua Penyelaras Latihan Industri JP 04-9146143 019-4165576Pn Nor Aminah bt. Saadun - Ketua Penyelaras Latihan Industri JTMK 04-9146147 019-5904112

012-3354686

012-5439001

019-5949477

019-4642309013-9331552

18. Cik Norzamzaliiza Che Husin 012-6674346