justifikasi pembelian alatan muzik 2013

3
JUSTIFIKASI PEMBELIAN ALATAN MUZIK WIND ORCHESTRA “ROYAL RHAPSODY” 1.1 Memberi pendedahan kepada pelajar dan meningkatkan kualiti muzik wind orkestra. 1.1.1 Pembelian alatan muzik yang dipohon dapat memberikan pendedahan kepada situasi muzik orkestra yang sebenar kepada para pelajar. 1.1.2 Pendedahan sebenar kepada muzik orkestra kepada para pelajar dapat membentuk peribadi dan disiplin para pelajar untuk bekerja secara berkumpulan. 1.1.3 Pembelian alatan muzik yang lengkap dapat meningkatkan kualiti muzik yang dimainkan kepada para pelajar dan sekaligus dapat mendedahkan mereka kepada kepentingan kualiti di dalam satu-satu perkara. 1.2 Memberi peluang kepada pelajar mempelajari dan menggunakan aksesori muzik. 1.2.1 Aksesori muzik yang pelbagai akan membolehkan para pelajar untuk menggunakan, mempelajari dan menguasai pelbagai jenis alatan muzik 1.2.2 Alatan muzik di dalam sesebuah pasukan orkestra adalah bernilai tinggi dan tidak semua pelajar mampu untuk memlikinya secara individu. Justeru itu, bagi memberikan pendedahan secara hands-on kepada para pelajar, maka adalah menjadi suatu kemestian untuk pasukan wind orchestra untuk mendapatkan alatan muzik yang dipohon. 1.2.3 Memperkenalkan kepelbagaian peralatan yang boleh digunakan bagi menghasilkan kualiti bunyi yang baik kepada para pelajar. 1.2.4 Menghasilkan pelajar yang mempunyai tahap kecemerlangan yang mantap baik dari segi akademik dan sahsiah. 1.2.5 Pelajar akan dapat menghayati keindahan seni muzik orkestra dan merangsang daya Emotional Quotient (EQ)

Upload: muhammad-nasrul

Post on 31-Dec-2015

66 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

PERMOHONAN PERUNTUKKAN SBT

TRANSCRIPT

Page 1: Justifikasi Pembelian Alatan Muzik 2013

JUSTIFIKASI PEMBELIAN ALATAN MUZIK

WIND ORCHESTRA

“ROYAL RHAPSODY”

1.1 Memberi pendedahan kepada pelajar dan meningkatkan kualiti muzik wind orkestra.

1.1.1 Pembelian alatan muzik yang dipohon dapat memberikan pendedahan

kepada situasi muzik orkestra yang sebenar kepada para pelajar.

1.1.2 Pendedahan sebenar kepada muzik orkestra kepada para pelajar dapat

membentuk peribadi dan disiplin para pelajar untuk bekerja secara

berkumpulan.

1.1.3 Pembelian alatan muzik yang lengkap dapat meningkatkan kualiti muzik

yang dimainkan kepada para pelajar dan sekaligus dapat mendedahkan

mereka kepada kepentingan kualiti di dalam satu-satu perkara.

1.2 Memberi peluang kepada pelajar mempelajari dan menggunakan aksesori muzik.

1.2.1 Aksesori muzik yang pelbagai akan membolehkan para pelajar untuk

menggunakan, mempelajari dan menguasai pelbagai jenis alatan muzik

1.2.2 Alatan muzik di dalam sesebuah pasukan orkestra adalah bernilai tinggi

dan tidak semua pelajar mampu untuk memlikinya secara individu. Justeru

itu, bagi memberikan pendedahan secara “hands-on” kepada para pelajar,

maka adalah menjadi suatu kemestian untuk pasukan wind orchestra

untuk mendapatkan alatan muzik yang dipohon.

1.2.3 Memperkenalkan kepelbagaian peralatan yang boleh digunakan bagi

menghasilkan kualiti bunyi yang baik kepada para pelajar.

1.2.4 Menghasilkan pelajar yang mempunyai tahap kecemerlangan yang mantap

baik dari segi akademik dan sahsiah.

1.2.5 Pelajar akan dapat menghayati keindahan seni muzik orkestra dan

merangsang daya Emotional Quotient (EQ) pelajar dan seterusnya

membentuk pelajar yang serba boleh.

Page 2: Justifikasi Pembelian Alatan Muzik 2013

1.3 Memastikan pasukan Wind Orchestra Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlah Shah

(Royal Rhapsody) setanding dengan Pasukan Wind Orchestra sekolah-sekolah

premier.

1.3.1 Persaingan yang hebat dikalangan sekolah-sekolah berasrama penuh (SBP)

pada masa kini memerlukan pasukan wind orksestra sekolah untuk

memiliki peralatan muzik yang lebih lengkap dan terkini

1.3.2 Alatan muzik yang lengkap dan terkini dapat meningkatkan kemampuan

pasukan wind orchestra sekolah untuk bersaing ke peringkat sehingga ke

peringkat antarabangsa.

1.3.3 Pasukan wind orchestra akan dapat membantu dalam mengekalkan taraf

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) melalui kerjasama pada peringkat

antarabangsa yang akan dijalankan.

1.4 Keperluan semasa di mana gubahan lagu orchestra pada masa kini memerlukan alatan

muzik yang dipohon

1.4.1 Gred lagu orkestra dikelaskan dari Tahap 1 (paling rendah) kepada Tahap

8 (paling tinggi).

1.4.2 Semakin tinggi aras tahap penggubahan lagu, semakin sukar lagu tersebut

untuk dimainkan.

1.4.3 Gubahan lagu yang sukar memerlukan kombinasi alatan muzik yang

lengkap dan terkini.

1.4.4 Secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti dan pengetahuan dan

penguasaan pelajar

1.4.5 Melengkapkan pasukan wind orkestra dengan peralatan muzik yang

berkualiti tinggi

1.4.6 Tahap kesukaran yang tinggi di dalam setiap gubahan lagu orkestra akan

dapat memupuk dan membentuk disiplin dan pengetahuan pelajar dapat

dipertingkatkan.