just gyna

35
Just Gyna Ads by Media WatchAd Options Friday, 22 March 2013 Model Kajian Tindakan Ramai pula ne Model-model Kajian Tindakan sekalian... MODEL KAJIAN TINDAKAN Model Mc Taggart & Stephen Kemmis (1988) Model 1: Model Kemmis dan McTaggart (1988) iaitu ‘action research cycle’ merupakan model yang biasanya digunakan dalam menjalankan kajian tindakan. Terdapat 4 elemen utama dalam model ini iaitu: Mereflek (reflect) Merancang (plan) Bertindak (action) Memerhati (observe) Gelung Kajian Tindakan (Kemmis & McTaggart, 1988)

Upload: frank-perez

Post on 26-Dec-2015

50 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Just Gyna

Just Gyna Ads by Media WatchAd Options

Friday, 22 March 2013

Model Kajian Tindakan

Ramai pula ne Model-model Kajian Tindakan sekalian...

MODEL KAJIAN TINDAKAN

Model Mc Taggart & Stephen Kemmis (1988)

Model 1: Model Kemmis dan McTaggart (1988)  iaitu ‘action research cycle’ merupakan model

yang biasanya digunakan dalam menjalankan kajian tindakan. Terdapat 4 elemen utama dalam

model ini iaitu:

Mereflek (reflect)

Merancang (plan)

Bertindak (action)

Memerhati (observe)

Gelung Kajian Tindakan (Kemmis & McTaggart, 1988)

 Proses kajian tindakan bermula dengan guru menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu

pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Kemudian guru itu menyediakan satu pelan

yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Seterusnya guru melaksanakan pelan

Page 2: Just Gyna

yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya guru terpaksalah memerhati kemajuan

tindakan yang dijalankan itu. Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai Gelungan Pertama

(Cycle 1) dan jika masalah itu tidak dapat diatasi, maka guru bolehlah memulakan proses semula

ke Gelungan Kedua (Cycle 2) sehinggalah masalah itu diselesaikan. Pada Gelungan Kedua guru

mesti mereflek dan membuat adaptasi terhadap pelan tindakan beliau. Satu kritikan terhadap

model ini ialah ia sentiasa berlanjutan dan tiada mutakhirnya (finality). Oleh itu, seseorang guru

yang menjalankan kajian tindakan hendaklah pragmatik dan perlu memastikan bahawa pelan

tindakan beliau selaras dengan kurikulum yang hendak disampaikan.

Model 2: Model Kajian Tindakan Ebbut (1985)

David Ebbutt, seorang rakan sekerja John Elliott, telah mendakwa (Ebbutt, 1983a)

bahawa bentuk pilin bukan imej yang sesuai digunakan untuk menjelaskan proses kajian

tindakan. Ebbutt mencadangkan cara yang terbaik untuk menerangkan proses kajian tindakan

adalah menggunakan satu siri pusingan berturut-turut, dengan menyediakan kemungkinan

menggabungkan maklum balas di dalam dan antara pusingan bagi tindakan. Pengertian Ebbutt

adalah sama untuk dengan model yang dikemnukakan oleh penulis masa kini.

Kajian tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara

kolektif. Ianya merupakan suatu pengkajian yang sistematik oleh sekumpulan pengamal terhadap

usaha-usaha untuk mengubah dan memperbaiki amalan pendidikan melalui tindakan praktis

mereka sendiori serta refleksi terhadap kesan atau akibat tindakan tersebut.

                                      

Page 3: Just Gyna

Model 3: Model Kajian Tindakan Bassey (1998) dan Hand (2001)

Model kajian tindakan oleh Bassey (1998) dan Hand (2001) mempunyai lima peringkat.

Peringkat pertama:

Mengenalpasti masalah dan merangkakan soalan kajian (Define the problem and frame research

questions)

Masalah perlu dikenalpasti terlebih dahulu dan soalan kajian hendaklah dirangkakan.

Peringkat kedua:

Mengumpul data dan membuat keputusan bagaimana kaedah pengajaran boleh diubah (Collect

data and decide how teaching could be changed)

 Peringkat ini melibatkan pengumpulan data dan tindak balas kepada data tersebut untuk

mengenalpasti bagaimana perubahan pengajaran dapat memberikan kesan. Kajian terhadap

subjek pendidikan seperti kaedah pengajaran yang terbaru mungkin dapat dibuat dalam

mengenalpasti tindak balas.

Peringkat ketiga:

Laksanakan perubahan yang dipilih dalam pengajaran (Implement the selected changes to

teaching)

Perubahan yang dipilih semasa pengumpulan data, kajian dan refleksi akan dilaksanakan.

 Peringkat keempat:

Memantau dan menilai perubahan yang dilakukan (Monitor and evaluate the changes made)

Kajian tindakan boleh diterjemahkah dalam pelbagai maksud termasuk menyimpan nota

mesyuarat, perbincangan-perbincangan staf, temuduga dan soalan kajiselidik.

Page 4: Just Gyna

 Peringkat kelima:

Melihat semula kepada perubahan yang dibuat dan kemudian mengulang semula kitaran jika

perlu (review and reflect upon the changes. Repeat cycle if necessary)

Model 4: Model Kajian Tindakan Elliot (1991)

Model Elliott untuk kajian tindakan ialah idea utama Elliott ialah penyelidik

membangunkan pemahaman peribadi ke atas sesuatu masalah, dan pengertian abstrak itu adalah

penting dalam melaksanakan tindakan (Elliott , 1987:157). Bagi John Elliott, kajian dalam

pendidikan adlah satu usaha susila yang mencari dan memahami nilai-nilai dalam pendidikan.

Elliott (1985a) berpendapat kajian dalam pendidikan sepatutnya menjadi bentuk kajian tindakan

yang baru di mana para guru akan menjadi penyumbang utama.

                                         

Dalam model kajian tindakan Ellit (1991), Idea utama utamanya adalah penyelidik

membangunkan pemahaman peribadi ke atas sesuatu masalah dan pengertian abstrak itu adalah

penting dalam melaksanakan tindakan (Elliott , 1987:157). Bagi John Elliott, kajian dalam

pendidikan adalah satu usaha susila yang mencari dan memahami nilai-nilai dalam pendidikan.

Elliott (1985a) berpendapat kajian dalam pendidikan sepatutnya menjadi bentuk kajian tindakan

yang baru di mana para guru akan menjadi penyumbang utama.

Model 5: Model Kajian Tindakan Mc Kernan (1996:29)

                                        

Menurut model McKernan, kajian tindakan melibatkan sekurang-kurangnya dua

lingkaran penyelidikan, di mana setiap lingkaran mempunyai enam peringkat, iaitu mengenal

pasti masalah, meninjau, menentukan fokus penyelidikan, pelaksanaan rancangan, penilaian dan

refleksi, dan membuat keputusan.

Kekuatan model ini terletak pada ketetapan bahawa sesuatu penyelidikan itu

diklasifikasikan sebagai kajian tindakan hanya sekiranya penyelidikan tersebut telah melalui

Page 5: Just Gyna

sekurang-kurangnya dua lingkaran penyelidikan. hal ini bermakna pendekatan yang

dikemukakan oleh McKernan (1990) sangat menekankan proses membentuk perancangan dan

proses penilaian semula perancangan serta membentuk semula perancangan untuk tujuan

penambahbaikan. Walau bagaimanapun model ini tidak menyarankan amalan kolaboratif

sebagaimana yang disarankan oleh Model CRASP Zuber-Skerritt. pendekatan McKernan juga

tidak menitikberatkan pendedahan dapatan penyelidikan kepada umum.

Model 6 : Model Kajian Tindakan Stringer (1999)

                                         

Gelung interaksi menunjukkan 3 fasa kajian, iaitu bermula dengan penglihatan (looking),

pemikiran (thinking) dan tindakan (action). Ini menunjukkan proses itu berulangan dan sentiasa

diperbaharui. Dalam model ini, Stringer (1999) mengutamakan penglihatan (looking) untuk

membina satu gambaran bagi membolehkan pihak yang berkepentingan (stakeholder)

memahami isu yang mereka alami.

Fasa ini meliputi pengumpulan data (seperti melalui temu bual, pemerhatian, dan analisis

dokumen), merekod dan menganalisis maklumat serta membina dan melapor kepada pihak yang

berkepentingan.

Fasa seterusnya meliputi pemikiran (think), iaitu mentafsir isu-isu dengan lebih mendalam dan

mengenal pasti keutamaan bagi menjalankan tindakan.

Pada fasa terakhir, penyelidik bertindak (act), iaitu menghasilkan penyelesaian-penyelesaian

yang praktikal terhadap masalah-masalah yang timbul. Ini merangkumi pengujudan pelan

tindakan dan menentukan hala tuju seperti menentukan objektif, tugas, dan orang-orang yang

akan melaksanakan objektif serta memperoleh sumber-sumber.Gelung interaksi menunjukkan 3

fasa kajian,

i. bermula dengan penglihatan (looking)

ii. pemikiran (thinking)

iii. tindakan (action)

Page 6: Just Gyna

Ini menunjukkan proses itu berulangan dan sentiasa diperbaharui.

Stringer (1999) mengutamakan penglihatan (looking) untuk membina satu gambaran bagi

membolehkan pihak yang berkepentingan memahami isu yang mereka alami. Fasa ini meliputi

pengumpulan data (seperti melalui temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen), merekod dan

menganalisis maklumat serta membina dan melapor kepada pihak yang berkepentingan.

Fasa seterusnya meliputi pemikiran (think), iaitu mentafsir isu-isu dengan lebih mendalam dan

mengenal pasti keutamaan bagi menjalankan tindakan.

Pada fasa terakhir, penyelidik bertindak (act), iaitu menghasilkan penyelesaian-penyelesaian

yang praktikal terhadap masalah-masalah yang timbul. Ini merangkumi pengujudan pelan

tindakan dan menentukan hala tuju seperti menentukan objektif, tugas, dan orang-orang yang

akan melaksanakan objektif serta memperoleh sumber-sumber yang diperlukan. Ia juga termasuk

melaksanakan pelan, menggalakkan orang menjalankannya dan menilainya dari segi

keberkesanan dan pencapaian.

Model 7 : Model Kajian Tindakan Spiral

                                        

1) Mengenal pasti idea

2). Pencarian fakta

3). Perancangan pelan tindakan

4). Pelaksanaan tindakan

5). Penilaian tindakan yang diambil

6). Ulangkaji pelan tindakan berdasarkan apa yang dipelajari dari langkah 5

7). Mengambil langkah tindakan seterusnya

Model 8 : Model Kajian Tindakan Jean Mc Niff (2003)

Kajian tindakan adalah sebagai suatu langkah untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti

pendidikan melalui pembaharuan dan penambahbaikkan dengan menggalakkan guru-guru

melakukan refleksi kendiri untuk mengubah kekurangan yang ada pada diri sendiri. melihat

Page 7: Just Gyna

kepada perspektif pendidikan, kajian kebiasaanya menjurus kearah menambah baik strategi

pengajaran dan pembelajaran dalam kelas serta untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan

pelajar tentang sesuatu perkara

Berbentuk seperti angka 6

1. memerhati

2. membuat refleksi

3. bertindak

4. menilai

5. ubahsuai

6. berpindah ke arah baru

                                                        

Model 9 : Model Kajian Tindakan Kurt Lewin(1946)

                                               

Lewin percaya bahawa kesedaran atau motivasi untuk berubah sangat berkait rapat dengan

tindakan seseorang : seseorang yang aktif dan tegas dalam membuat keputusan mempengaruhi

mereka untuk membina kaedah baru untuk menyelesaikan masalah mereka. “ Pengurusan sosial

secara rasional”, katanya “ melibatkan langkah-langkah spiral di mana setiap langkah

mengandungi kitaran merancang(planning), tindakan(action) dan dapatan kajian(fact-finding)

berdasarkan hasil akhir tindakan.

Lewin menerangkan bahawa proses perubahan melibatkan tiga langkah iaitu :

1. Unfreezing: berdepan dengan dilema atau ketidakpastian, individu atau kelompok menjadi

lebih sedar tentang keperluan untuk berubah.

2. Changing: Situasi menentukan diagnosis dan model baru untuktingkah laku yang akan

diterokai dan diuji.

Page 8: Just Gyna

3. Refreezing: Aplikasi untuk tingkahlaku akan dinilai dan jika membantu kearah

penambahbaikkan maka model itu akan digunakan

Model 10 : Model Kajian Tindakan Gerald Susman

                                               

Gerald Susman(1983) telah membahagikan model kajian tindakan kepada lima fasa yang akan

dilaksanakan dalam setiap kitaran(Rajah 3). Mulanya, masalah akan dikenalpasti dan data akan

dikumpul untuk memastikan diagnosis yang lebih terperinci. Ini juga akan disusulkan oleh

koleksi asumsi dari pelbagai kemungkinan penyelesaian, daripada setiap perancangan dari

tindakan muncul dan dilaksanakan. Data dari setiap hasil intervensi akan dikumpul dan

dianalisis, dan dapatan kajian tersebut akan ditafsirkan dengan jelas tentang kejayaan tindakan

tersebut. Pada peringkat ini, masalah akan dinilai semula dan proses-proses tersebut akan

dimulakan di kitaran yang berikutnya. Proses ini sentiasa berulang sehingga masalah dapat

diselesaikan.

Model 11 : Model Kajian Tindakan Somekh (1989)

Model kajian tindakan Somekh melibatkan lapan fasa, iaitu mengenal pasti masalah atau fokus

kajian yang diminati, mengumpul data, menganalisis data dan membina hipotesis, merancang

pelan tindakan, melaksana pelan tindakan, mengumpul data untuk mengesan perubahan,

menganalisis dan menilai serta  mengenal pasti folus penyelidikan yang baru.

                                          

Aspek sistematik merupakan kekuatan model ini, di mana setiap langkah diperjelas dengan lebih

terperinci, bermula daripada langkah yang mudah dan formal kepada langkah yang lebih

terperinci. namun model ini kelihatan agak rumit untuk diikuti kerana memerlukan guru untuk

mengikuti setiap langkah yang dinyatakan secara terperinci.

Model 12 : Model Kajian Tindakan CRASP Zuber-Skerritt (1991)

Model Zuber-Skerritt menggariskan lima ciri yang menjadi paksi utama kepada kajian tindakan

iaitu:

1.      critical collaboration enquiry by

Page 9: Just Gyna

2.      reflective practitioners who are

3.      accountable in making the results of their enquiry public,

4.      self-evaluative in their practice, and engage in

5.      participative problem solving and continuing professional development

Menurut model ini, terdapat lima komponen utama kajian tindakan iaitu kolaborasi atau

kerjasama kritikal yang dilakukan oleh pengamal yang reflektif, yang sentiasa bertanggungjawab

menyebarkan dapatan mereka, menilai diri dalam amalan dan terlibat dalam menyelesaikan

masalah secara bersama demi pembangunan profesional yang berterusan. Walaupun model ini

tidak menunjukkan sebarang kaedaah skematik tentang cara pelaksanaan penyelidikan, namun

jelas menunjukkan ciri-ciri yang perlu ada dalam proses kajian tindakan. kekuatan model ini

ialah kebebasan yang diberi kepada penyelidik dalam melaksanakan kajian tindakan. Suatu

penyelidikan dianggap sebagai kajian tindakan sekiranya penyelidik melakukan penyelidikan

secara kolaboratif, mengamalkan refleksi secara bersama, bertanggungjawab terhadap datan

yang dikemukakan kepada orang lain yang mempunyai kepentingan, melakukan penilaian

terhadap diri sendiri serta bersama-sama menyelesaikan masalah demi peningkatan

profesionalisme secara berterusan. Walau bagaimanapun, memandangkan tiada format khusus

diterangkan untuk memberi panduan kepada penyelidik bagi menjalankan penyelidikan, maka

model ini boleh menyebabkan penyelidik tersasar dari perancangan dan pelaksanaan

penyelidikan.

Model 13 : Model Kajian Tindakan McBride & Schostak (1994)

McBride & Schostak (1994) berpendapat, kajian tindakan adalah suatu kitaran yang bermula

dengan mengenal pasti masalah atau fokus dan pengumpulan data awal bagi tujuan membentuk

hipotesis tentang masalah tersebut. Kemudian, tindakan dibentuk dan dilaksanakan. Data akan

dikumpulkan bagi melihat kesan pada perubahan atau tindakan tersebut. Hasil daripada analisis

dan penilaian yang dilakukan, akan menentukan kitaran kajian tindakan akan bersambung ke

kitaran selanjutnya.

                                             

Model 14 : Model Kajian Tindakan Johnson (2002)

Johnson (2002) menyatakan bahawa terdapat lima langkah pentingdalam proses pelaksanaan

kajian tindakan . Langkah-langkah tersebut ialah

Page 10: Just Gyna

(i)                 mengenal pasti masalah,

(ii)               membuat perancangan berhubung data yang akan dipungut dan cara pemungutan

(iii)             memungut dan menganalisis data,

(iv)             merumus serta

(v)               berkongsi dapatan dan pelan tindakan dengan pihak lain yang berkaitan.

Satu kelainan model ini ialah langkah terakhir, di mana penyelidik membincangkan persoalan

penyelidikan dalam konteks teoritikal. Rajah 7 di bawah menggambarkan model ini.

                                                  

Kekuatan utama model ini ialah penekanan terhadap aspek tinjauan literatur dalam penyelidikan.

Pendekatan yang digunakan juga adalah lebih fleksibel kerana perbincangan persoalan

penyelidikan dalam konteks teoritikal boleh dilakukan sama ada sebelum atau selepas

penyelidikan dijalankan. Walau bagaimanapun pelaksanaan model ini mungkin memakan masa

kerana tidak mempunyai langkah-langkah yang lebih berstruktur.

Posted by GILINAH GITOM at 02:47 No comments: Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Pinterest Home Subscribe to: Posts (Atom)

Laporan Kajian Tindakan

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

TAJUK:

KETIDAKSESUAIN KAEDAH PENGAJARAN YANG DIGUNA

GURU DALAM BAHASA MELAYU

Page 11: Just Gyna

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kaedah pengajaran guru. Seramai 15 orang

murid dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Saya memfokuskan kepada kaedah mengajar

tatabahasa. Tinjauan awal yang dibuat melalui ujian pengesanan menunjukkan murid kurang

peka terhadap pengajaran saya yang dirancangkan. Oleh itu, saya telah menggunakan kaedah

main sambil belajar untuk meningkatkan pembelajaran pelajar dalam sesuatu konsep. Saya

menjalankan langkah-langkah yang dirancang dan didapati penguasaan murid semakin

memuaskan bernbnding sebelumnya. Murid-murid tersebut juga menunjukkan sikap yang lebih

positif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

1.0 PENGENALAN

Pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan

yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani,

emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan

Falsafah Pendidikan Negara.

Pada peringkat ini, Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib, selaras dengan

status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu perlu

dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu

pengetahuan, seperti kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan

senarai kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1

hingga Tahun 6. Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan (mendengar dan

bertutur), membaca, dan menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan sintaksis bahasa

Melayu.

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini pula, mengandungi

perincian, penjelasan serta huraian tentang Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Di dalam Huraian

Sukatan Pelajaran ini, dimuatkan senarai kecekapan berbahasa dalam kemahiran mendengar dan

Page 12: Just Gyna

bertutur, membaca, menulis, tatabahasa, penjodoh bilangan, peribahasa, dan perbendaharaan kata

yang sesuai bagi peringkat persekolahan murid.

Cabaran utama bagi seorang guru dalam proses pembelajaran adalah senantiasa

mengubah dan menyesuaikannya dengan kebolehan dan kemampuan murid.

Apatah lagi kaedah yang perlu digunakan agar dapat memberi kesan keatas murid dan seterusnya

mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

1 . 1 R e f l e k s i p e n g a j a r a n d a n p e m b e l a j a r a n t e r d a h u l u

Semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran Bahasa

Melayu di kelas 2T, mengenai tajuk Kegunaan Buluh, saya dapati bahawa murid saya tidak

memberikan penumpuan ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Saya perhatikan

wajah murid yang nampak kebosanan dan seolah-olah tidak mahu mendengar penerangan

mahupun aktiviti yang telah dirancang oleh saya. Terdapat juga murid yang bermain

dan berbual-bual dalam kumpulan. Ini menimbulkan rasa kurang senang di hati saya. Keadaan

murid yang tidak menumpukan perhatian ini telah menyebabkan hasil pembelajaran yang

dilaksanakan tidak dapat dicapai sepenuhnya. Selain itu, telah menjejaskan markah murid dalam

ujian yang dilakukan di akhir proses pengajaran dan pembelajaran.Dari keputusan ujian yang

dijalankan, didapati jawapan yang diberikan oleh sesetengah murid tidak menepati skema

pemarkahan. Saya berandaian keadaan ini terjadi berpunca daripada ketidakfahaman murid

terhadap sesi penerangan yang dilakukan sebelumnya dan kesannya mereka tidak dapat

menjawab soalan dengan betul. Apakah yang menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan

perhatian sepenuhnya? Adakah cara penyampaian saya bermasalah semasa sesi penerangan ?

Adakah penyampaian saya tidak menarik dan telah membuatkan mereka bosan? Atau, adakah

penggunaan alat bantu mengajar saya tidak berkesan untuk menarik minat murid ? Setelah

melakukan refleksi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran berkenaan, saya telah

mengesan masalah ini timbul adalah berpunca daripada penggunaan alat bantu mengajar yang

saya tidak menarik dan ianya tidak melibatkan interaksi dua hala antara guru dan murid. Alat

bantu mengajar yang saya gunakan hanya melibatkan interaksi sehala sahaja, Keadaan ini telah

mendorong saya untuk melaksanakan satu kajian tindakan yang melibatkan penggunaan alat

bantu mengajar semasa sesi pembelajaran.

Page 13: Just Gyna

Ketika sesi penerangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini, saya hanya

menggunakan gambar dan papan putih kecil untuk menyampaikan isi pelajaran. gambar yang

dipaparkankan mengenai tajuk pelajaran pada sesi ini iaitu kegunaan buluh. Saya telah

memberikan penerangan dengan menggunakan gambar.Kaedah ini telah menyebabkan

sesetengah murid menjadikan bosan dengan pengajaran dan pembelajran yang dijalankan oleh

guru. Kebosanan yang melanda diri pelajar menjadikan penyampaian tidak berkesan dan isi

pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru kepada murid tidak sampai sepenuhnya . Ini

kerana murid hanya mendengar dan tidak melakukan sebarang aktiviti.

Untuk itu, saya perlu mencari kaedah alternatif bagi mengatasi masalah kebosanan murid

ini agar perhatian murid dapat dipertingkatkan dan seterusnya memberi kefahaman terhadap isi

pelajaran yang hendak disampaikan.

1.2 FOKUS KAJIAN

1.2.1 Isu Kajian

Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran yang terdahulu, masalah yang saya alami

dari sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut adalah tahap perhatian dan kefahaman murid

sangat rendah. Ini dibuktikan dengan markah ujian yang ditadbir selepas sesi pengajaran dan

pembelajaran. Keadaan ini berlaku adalah berpunca daripada kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang saya gunakan tidak sesuai dengan keadaan murid.

Menurut Mok Soon Sang (20060, kaedah pengajaran merujuk kepada penggunaan semua

cara yang efektif bagi membantu guru menyampaikan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang

dininginkan oleh murid. Oleh itu, bagi menyampaikan pengajaran dengan sempurna seseorang

guru hendaklah memilih suatu kaedah yang terbaik supaya dapat memberikan kesan kepada

murid yang diajar.

Merujuk Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2, setiap Rancangan Mingguan

terdapat kemahiran menulis menitik beratkan penggunaan kata nama

Page 14: Just Gyna

Fokus Utama: 3.1 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk dengan

menggunakan kata istilah, frasa, struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai.

Aras (3) i. Menghuraikan maklumat yang dissampaikan dengan menggunakan bahasa yang

sesuai.

Fokus sampingan:8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tungal, dan ayat majmuk.

Aras (2) Melengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai.

Oleh itu, saya mesti lakukan sesuatu kajian dijalankan keatas permasalahan yang timbul

dengan merancang kaedah pengajaran yang berlainan sebagai langkah untuk mengatasi masalah

ini. Saya perlu meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan kata nama melalui kaedah

yang dirancang. Sebelum itu, saya telah mengenalpasti peserta yang akan diketengahkan dalam

kajian ini iaitu sebahagian murid dari kelas yang sama. Berdasarkan catatan markah ujian dalam

pengajaran dan pembelajaran terdahulu, seramai 15 murid dipilih sebagai peserta bagi kajian ini.

15 orang murid yang dipilih ini telah memperolehi markah terendah dalam ujian yang dijalankan

daripada sesi pengajaran dan pembelajaran terdahulu.

Setelah mengenalpasti masalah yang timbul adalah berpunca daripada ketidaksesuaian

kaedah yang digunakan dalam sesi pengajaran, maka saya telah memilih kaedah bermain meneka

silang kata untuk meningkatkan perbendaharaan kata dalam sesi pengajaran dan pembelajaran

bagi kajian ini.

Teka silang kata ialah permainan untuk menguji minda dengan menggunakan huruf-huruf

yang dicantum menjadi perkatan, biasanya diberikan soalan atau pembayang untuk menjawab

pada kotak-kotak yang disediakan.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

1.3.1 Objektif Umum

i)                    Meningkatkan kefahaman murid dalam matapelajaran Bahasa Melayu

melalui kaedah bermain silang kata.

Page 15: Just Gyna

1.3.2 Objektif Khusus

i)                    Meningkatkan penguasaan murid terhadap pengajaran dan pembelajran

Bahasa Melayu melalui kaedah bermain silang kata..

ii)                  Meningkatkan daya ingatan murid terhadap penggunaan kata nama.

iii)                Menilai keberkesanan kaedah bermain silang kata dalam meningkatkan

kefahaman dan perhatian murid.

1.4 Persoalan Kajian

i)                    Adakah kaedah bermain silang kata dapat meningkatkan kefahaman

murid?

ii)                  Adakah dengan bermain silang kata dapat meningkatkan perhatian murid?

iii)                Adakah kaedah bermain silang kata berkesan dalam meningkatkan

kefahaman dan perhatian murid?

1.5 Tinjauan Literatur

Kajian yang telah dijalankan adalah berfokus kepada kaedah

pengajaran dan pembelajaran yang digunakan, bagi bertujuan meningkatkan

perhatian dan kefahaman murid terhadap isi pelajaran yang disampaikan

oleh guru.

Menurut Tengku Sarina Aina dan Yusmini (2006), terdapat pelbagai

kaedah yang dapat digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

diantaranya adalah kaedah hafalan, syarahan, kuliah, soal jawab, permainan,

penyelesaian masalah dan sebagainya.

Menurut Tengku Sarina Aina dan Yusmina (2006) lagi, permainan

adalah satu cara bagi melatih murid memperolehi sesuatu maklumat

Page 16: Just Gyna

berdasarkan pada mesej yang tersirat di sebalik aktiviti permainan yang

dilaksanakan.

Jika dilihat pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang terdahulu,

saya hanya menerangkan dengan menggunakan gambar sebagai bahan

bantu mengajar. Menurut Abdul Ghafar (2003) kaedah kuliah atau kaedah

knovensional menyebabkan ramai pelajar menjadi bosan dengan pengajaran

dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Kebosanan yang melanda diri

murid menjadikan penyampaian tidak berkesan dan isi pengajaran yang

ingin disampaikan oleh guru kepada murid tidak sampai sepenuhnya secara

maknsimum. Keadaan ini secara tidak langsung telah menjejaskan

pemahaman dan perhatian murid terhadap isi pelajaran tersebut.

Dengan itu, saya telah mencari kaedah alternatif bagi menghilangkan

kebosanan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran. Kaedah yang saya

pilih adalah kaedah permainan. Menurut Shahabuddin, Rozaini dan Mohd

Zohir (2003) tokoh yang banyak membincangkan peranan bermain dalam

pendidikan ialah Froebel.Menurut beliau, aktiviti bermain dapat

meningkatkan kemahiran belajar dikalangan murid. Di peringkat rendah,

kanak-kanak perlu bermain bagi meningkatkan kemahiran psikomotor dan

kemahiran sosial mereka. Permainan yang digunakan untuk setiap umur

adalah bebeza mengikut tahap kematangan murid.

Selain itu, menurut Rashidi dan Abd Razak (1996) penggunaan kaedah

permainan adalah utuk menambahkan keseronokan kepada pembelajaran.

Permainan juga mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Ciri yang paling menarik

dalam kaedah permainan ini adalah wujud unsur-unsur persaingan dan

cabaran dalam aktiviti yang dirancang. Kaedah ini dapat mengurangkan

kebosanan yang biasanya dikaitkan dengan pembelajaran melalui kaedah

pengajaran seperti latih tubi dan kuliah.

Page 17: Just Gyna

Menurut Endra Devi Supiah dan Che Nasir (2008) pula, kanak-kanak

amat sinonim dengan bermain. Melalui bermain seorang kanak-kanak dapat

mengembangkan kemahiran mereka secara menyeluruh. Sebagai contoh,

kemahiran interpersonal mewujudkan ciri-ciri pembelajran sembil bermain

dan mengetengahkan penerokaan bagi merangsang minda mereka dengan

cara yang tepat untuk perkembangan.

Selain tokoh barat, terdapat juga tokoh insan islam yang

membincangkan peranan bermain kepada kanak-kanak iaitu Imam Al-Ghzali.

Imam Al-Ghazali (Hassan Langgulung,1979) berpendapat, menitikberatkan

bermain bagi murid kerana dengan bermain mlurid boleh mengembangkan

sikap semula jadi mereka disamping menyihatkan tubuh dan menguatkan

otot-otot. Beliau juga menyatakan dengan bermalin boleh mendatangkan

kegembiraan, kerehatan bagi kanak-kanak selepaas penat belajar.

Perlaksanaan pendekatan belajar melalui bermain hendaklah dijalankan

degan mengambil kira hasil pembelajaran yang ingin dicapai dan ditentukan.

Bahan juga perlu sesuai dan berfaedah kepada perkembangan murid.

Melalui pendekatan ini juga dapat mengukuhkan penguasaan konsep

pembelajaran umum kepada yang leih spesifik.

Menurut Raghir Kaur (2007) bermain merupakan aktiviti kegemaran

murid-murid kerana mereka dapat mengekspresikan perasaan dan emosi

gembira. Mereka. Menurut beliau juga, kaedah permainan terdiri daripada

aktiviti yang dijalankan secara spontan yang membawa kepada

pembelajaran. Satu daripada kebaikan kaedah ini adalah ianya memberi

peluang kepada murid untuk belajar sambil bermain. Terdapat beberapa

bentuk aktiviti dalam kaedah permainan antaranya adalah sseperti

permainan dengan barang maujud, permainan khyalan, bermain dengan

menjelajah dan permainan mengambil bahagian dan mencantum semula.

Menurut Shahabuddin, Rozaini dan Mohd Zohir (2003) antara tokoh

lain yang menyatakan mengenai keperluan bermain adalah Pieget. Pieget

menyatakan permainan dapat menimbulkan perasaan seronok kepada murid

Page 18: Just Gyna

dan seterusnya menggalkkan interaksi dan kefahaman kepada murid.

Permainan seperti teka silang kata, puzzle, teka-tekai, maze, mencari barang

tersembunyi dan seumpamanya amat sesuai digunakan dalam proses

pengajaran dan pembelajran. Oleh itu, saya telah memilih permainan teka

silang kata sebagai bahan bantu mengajar dalam melakukan kaian ini.

1.6 Kumpulan Sasaran

Kajian ini melibatkan 15 orang murid Tahun 2 yang terdiri daripada 8

lelaki dan 7 perempuan. Murid-murid ini sentiasa tidak mengambil berat

terhadap penggunaan kata nama. Murid yang cemerlang juga kadangkala

cuai dalam penggunaan kata nama apatah lagi murid lemah. Oleh itu saya

menjalankan Program Kajian Tindakan ini untuk mengatasi masalah

tersebut.

1.7 METHODOLOGI KAJIAN

Methodologi yang digunakan ialah:

a.      Pemerhatian

Mnurut Sidek Mohd Noah (2002) pemerhatian merupakan satu kaedah

penyelidikan ang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelididkan.

Melalui pemerhatian seseorang penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah

laku subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah

dikenalpasti. Jenis pemerhatian yang digunakan di dalam kajian ini adalah

pemerhatian peserta. Pemerhatian jenis ini melibatkan pemerhatian atau

pengkaji menjadi salah seorang daripada ahli kumpulan yang hendak dikaji

dan dalam masa yang sama bertindak sebagai pemerhatian. Kebaikan

kaedah pemerhatian ini ialah penyelidik dapat mengalami sendiri aktiviti

Page 19: Just Gyna

yang dirancang dan ini menjadikan dapat pemerhatian menjadi leblih sah

dan boleh dipercayai.

Pemerhatian yang dijalankan dalam proses pengumpulan data ini

adalah pemerhatian berstruktur. Menurut Chua Yan Piaw (2006) melalui

pemerhatian berstruktur pengkaji mengumpul data berdasarkan tingkahlaku

yang diperhatikan, di mana tingkahlaku-tingkahlaku tersebut telah

disenaraikan dalam borang pemerhatian . Tingkahlaku ini juga disebut

sebagai pembolehubah.

Bagi kaedah pemerhatian ini, saya telah menyediakan satu borang

bagi kumpulan peserta yang hendak dikaji. Pemerhatian dilakukan

berdasarkan sikap murid dilihat secara tidak langsung ketika aktiviti

pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

b.      Soal selidik

Borang soal selidik diberi kepada murid dan guru membacakannya untuk

mendapatkan jawapan yang tepat secara jujur. Soal selidik dijalankan adalah

bertujuan untuk menilai keberkesanan kaedah bermain silang kata dapat

meningkatkan perhatian dan kefahaman murid terhadap tajuk pelajaran

yang diajar. Soal selidik yang dibina mempunyai dua bahagian yang ingin

dilihat iaitu bahagian 1 kefahaman manakala bahagian 2 adalah

pemerhatian. Borang soal selidik ini akan diedarkan setelah selesai proses

pengajaran dan pembelajaran yang mengguankan kaedah main sambil

belajar. Murid diminta mengisi borang sejurus selesai proses pengajaran dan

pembelajaran tersebut.

Page 20: Just Gyna

c.       Ujian Pengesanan

Diberi kepada murid untuk mengukur sejauh mana pencapaian dan

pemahaman mereka.

Menurut Mohamad Najib Abd Ghafar (1999) sesebuah penyelidikan

yang berdasarkan prestasi memerlukan penyelidik menyediakan ujian yang

mana proses tersebut dinamakan pengujian. Menurutnya lagi, pengukuran

yang menggunakan teknik ujian menghasilkan skor. Skor atau markah

mengikut skala tetentu adalah data kuantitatif yang selalu digunakan dalam

analisis. Skor-skor ini diperolehi daripada jawapan subjek berdasarkan soalan

yang disediakan oleh penyelidik.

Reka bentuk ujian yang telah digunakan dalam kajian ini adalah reka

bentuk ujian pasca. Menurut Chua Yan Piaw (2006) ujian pasca merupakan

reka bentuk eksperimental benar yang paling ringkas tetapi ia mempunyai

kesahan dalaman yang tinggi.Dalam reka bentuk ini, murid-murid diagihkan

ke dalam dua kumpulan secara rawak, dan variebel bersandar hanya diukur

sekali sahaja, iaitu melalui ujian pasca.

Berdasarkan kajian ini, ujian diadakan adalah bertujuan untuk menguji

samaada kaedah bermain sambil belajar dapat meningkatkan peratus skor

murid dalam ujian atau tidak, Ujian yang dibina mempunyai 5 soalan struktur

yang mana setiap soalan adalah berdasarkan kepada tajuk pelajaran yang

diajar. Skor keseluruhan bagi ujian ini adalah 10 markah iaitu 2 markah

untuk setiap soalan.

1.8 PELAKSANAAN KAJIAN

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil, saya telah meninjau

masalah-masalah yang menyebabkan kegagalan murid dalam menguasai

kemahiran penggunaan kata nama methodologi yang dinyatakan.

Page 21: Just Gyna

1.8.1 Prosedur tindakan

1.      Melakukan tinjauan awal terhadap kumpulan sasaran mengikut kelas yang

diajar dan memerhatikan keadaan fizikal murid.

2.      Mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran yang pertama

menggunakan kaedah slaide.Seterusnya saya membuat pemerhatian

terhadap keadaan murid dan membuat refleksi selepas sesi pembelajaran.

3.      Dengan menganalisis refleksi pengajaran awal. Saya dapat mengenalpasti

permasalahan yang wujud dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta

menetapkan masalah yang hendak dijadikan subjek kajian.

4.      Saya mendapatkan maklumat murid untuk membuat kajian.

5.      Saya merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan

kaedah bermain silang kata. Saya menyediakan rancangan pengajaran yang

baharu dan menyediakan silang kata.

6.      Saya melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan

mengaplikasikan kaedah bermain silang kata. Saya membuat pemerhatian

semasa proses pembelajaran dan mengadakan ujian selepas sesi pengajaran

dan pembelajaran.Selepas itu, saya mengedarkan borang soal selidik. Akhir

sekali, saya melakukan refleksi pengajaran.

7.      Saya menganalisis keputusan ujian, pemerhatian dan soal selidik.

8.      membuat perbandingan terhadap keputusan ujian, pemerhatian dan soal

selidik dengan pembelajaran terdahulu.

1.8.2 DAPATAN KAJIAN

Di dalam bab ini kaitan antara tiga elemen utama dalam kajian ini akan dihuraikan iaitu

persoalan kajian, analisis instrument kajian dan tinjauan literatur yang berkaitan.

Persoalan 1 : Adakah kaedah bermain silang kata dapat meningkatkan kefahaman

murid ?

Page 22: Just Gyna

Berdasarkan keputusan analisis ujian yang dilakukan, dapat dirumuskan bahawa markah

murid telah dapat dipertingkatkan dengan penggunaan kaedah bermain silang kata dalam proses

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Keadaan ini bertepatan dengan kajian yang dijalankan oleh Nor Fatihah Nordin(2009).

Berdasarkan ujian yang dilakukan, telah mengenalpasti kaitan penggunaan kaedah permainan

dapat meningkatan perestasi murid terhadap tajuk pelajaran, didapati peratus peningkatan ujian

adalah 0-50 peratus. Ini menunjukkan penggunaan kaedah permainan telah dapat meningkatkan

prestasi murid dalam ujian.

Permainan boleh menjadi satu cara yang efektif untuk membantu murid mempelajari

kemahiran asas dan seterusnya untuk membaca dengan lancar. Kebolehan murid menjawab

soalan dengan tepat ini telah mempengaruhi markah ujian mereka.

Keadaan ini secara tidak lagsung telah dapat menjawab kepada persoalan kajian saya

yang pertama iaitu adakah kaedah main sambil belajar dapat meningkatkan kefahaman murid.

Persoalan 2 : Adakah dengan bermain silang kata dapat meningkatkan

perhatian murid?

Persoalan kajian kedua yang perlu dijawab melalui kajian ini ialah, adakah kaedah

permainan silang kata dapat meningkatkan perhatian murid. Bagi menjawab persoalan kajian ini,

suatu pemerhatian telah dilakukan keatas peserta yang telah dipilih. Aspek-aspek pemerhatian

telah ditetapkan terlebih dahulu seperti adakah murid dapat menjawab soalan yang diberi oleh

guru dan murid dapat menyenaraikan isi pelajaran dari proses pengajaran dan pembelajaran.

Seperti yang telah diterangkan di dalam bab cara pengumpulan data, kesemua aspek yang

diperhatikan ini mempunyai kaitan dengan perhatian Menurut Kajian yang dijalankan oleh

Ahmad Damanhuri (2005) berdasarkan pemerhatian beliau, semasa proses pengajaran dan

pembelajaran, kebanyakan murid cuba sedaya upaya menjawab soalan yang diberikan dalam

Page 23: Just Gyna

bentuk permainan bahasa.Mereka membuat rujukan dan berlumba-lumba untuk menjadi orang

pertama yang menjawab soalan. Pelajar kelihatan tidak tertekan dan proaktif dalam menjawab

soalan.

Keadaan yang sama juga berlaku ke atas kajian ini dimana hasil pemerhatian yang

dilakukan ke atas peserta melalui dua sesi pengajaran dan pembelajaran iaitu pengajaran

menggunakan kaedah kuliah biasa dan pengajaran menggunakan kaedah bermain silang kata.

Didapati, sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah bermain silang kata telah

mencatatkan markah yang lebih tinggi berdasarkan aspek pemerhatian yang telah ditetapkan.

Hasil dapatan dari pemerhatian ini telah dapat membuktikan bahawa berlaku peningkatan

tahap perhatian murid terhadap pengajaran dan pembelajaran guru dengan penggunaan kaedah

bermain silang kata.

Pieget menurut Shahabuddin, Rozaini dan Mohd Zohir (2003)menyatakan, permainan

dapat menimbulkan perasaan seronok kepada murid danseterusnya menggalakkan interaksi dan

kefahaman kepada murid. Perasaan seronok ini juga dapat menggambarkan bahawa murid

mengambil perhatian terhadap apa yang dipelajari mereka.

Persoalan 3: Adakah kaedah bermain silang kata berkesan dalam

meningkatkan kefahaman dan perhatian murid?

Bagi menilai tahap kefahaman dan perhatian mrid, saya telah menjalankan

soal selidik ke atas peserta yang menjalani sesi pengajaran dan

pembelajaran menggunakan kaedah bermain silang kata.

Nor Fatihah Nordin (2009) dalam soal selidik yang dijalankan keatas kajian

beliau mendapati, secara keseluruhan peserta kajian bersetuju bahawa

kaedah permainan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu telah

mewujudkan situasi pembelajaran yang menyeronokkan kepada murid.

Menurut Rashidi dan Abd Razak (1996) penggunaan kaedah permainan

adalah untuk menambahkan keseronokkan kepada pembelajaran. Permainan

juga mempunyai ciri-ciri yang tertentu seperti wujudnya unsur-unsur

persaingan dan cabaran dalam aktiviti yang dirancang. Kaedah ini dapat

Page 24: Just Gyna

mengurangkan kebosanan yang biasanya dikaitkan dengan pembelajaran

melalui kaedah pengajaran seperti latih tubi dan kuliah.

1.8. 3 REFLEKSI KAJIAN

Kaedah bermain sememangnya suatu kaedah yang disukai oleh murid-murid di sekolah

rendah. Ini kerana dengan bermain mereka akan berasa seronok dan secara tidak langsung akan

dapat memberikan tumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Berbeza dengan

kaedah kuliah biasa yang menggunakan slaid,murid hanya menjadi pendengar dan keadaan ini

telah menimbulkan rasa bosan di dalam diri murid. Kebosanan murid telah memberi kesan ke

atas kefahaman dan perhatian murid terhadap pengajaran guru.

Menyedari keadaan ini saya telah melaksanakan suatu kajian yang berfokuskan kepada

kaedah bermain sambil belajar dalam pengajaran dan pembelajaran bagi menggantikan kaedah

kuliah biasa menggunakan slaid bertujuan untuk menyelesaikan masalah kefahaman dan

perhatian murid.

Sebelum memilih kaedah permainan silang kata saya terlebih dahulu telah membuat

tinjauan literatur mengenai pendapat tokoh tentang kelebihan kaedah bermain serta

keberkesanannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat banyak tokoh yang

membincangkan mengenai keberkesanan kaedah bermain dalam pembelajaran murid. Dan

bertitik tolak dari keadaan ini telah mendorong saya memilih kaedah ini iaitu main sambil

belajar untuk dijadikan fokus kajian. Namun begitu, dalam usaha untuk mencari literatur

mengenai kajian yang dilakukan penyelidik terdahulu mengenai kaedah permainan telah

menemui jalan buntu. Ini kerana tidak banyak kajian yang berkaitan dengan kaedah ini.

kebanyakan literatur yang dapat diperolehi hanya berkaitan dengan kaedah bermain sahaja. Ini

telah sedikit sebanyak merencatkan proses kajian saya. Namun kajian-kajian yang menggunakan

kaedah bermain ini telah menjadikan rujukan utama saya ketika kajian ini dilakukan.

Daripada keseluruhan kajian yang dijalankan, didapati bahawa 3 persoalan kajian yang

diketengahkan di awal kajian telah dapat dirungkai satu persatu berdasarkan dapatan kajian yang

dilakukan. Ternyata kaedah bermain sambil belajar telah dapat meningkatkan kefahaman dan

perhatian murid dan secara tidak langsung telah meningkatkan kefahaman murid .Kenyataan ini

Page 25: Just Gyna

telah disokong dengan keputusan daripada instrument-instrumen kajian yang dilaksanakan. Hasil

daripada analisis data instrument kajian yang juga dikukuhkan lagi dengan pendapat-pendapat

daripada tinjauan literatur, telah menjadikan kajian ini sebuah kajian yang berjaya menyelesaikan

masalah yang dikenalpasti.Bersesuaian dengan tujuan kajian tindakan diadakan iaitu untuk

menyelesaikan suatu permasalahan dengan menggunakan kaedah tertentu.

1.8.4 CADANGAN TINDAKAN SETERUSNYA

Bagi kajian yang seterusnya, saya mencadangkan agar kajian mengenai

sikap murid terhadap matapelajaran Bahasa Melayu melalui kaedah main

sambil belajar dijalankan ini. Ini kerana saya dapati murid sangat tertarik

dengan penerapan kaedah bermain dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Kajian yang saya jalankan ini hanya ingin melihat sejauhmana

keberkesanan kaedah bermain dapat meningkatkan kefahaman murid. Oleh

itu saya memfokus kepada keputusan instrumen-instrumen kajian seperti

ujian dan pemerhatian. Berlainan dengan kajian yang ingin melihat sikap

murid terhadap sesuatu matapelajaran yang mana kajian seperti ini akan

dapat melihat penerimaan murid terhadap pembelajaran menggunakan

kaedah bermain.

Dengan melakukan kajian mengenai sikap ini juga, seseorang pengkaji

akan dapat membuktikan lagi keberkesanan keadaan bermain ini dalam

pembelajaran murid. Ini kerana kajian memfokus kepada tingkahlaku murid

semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah

bermain. Ini bersesuaian dengan mendapat beberapa tokoh yang

menyatakan kaedah main sambil belajar akan dapat memberikan pelbagai

manfaat kepada murid dan guru dengan secara tidak langsung.

Page 26: Just Gyna

RUJUKAN

1)      Abdul Ghafar Md Din (2003) Prinsip dan Amalan Pengajaran.Kuala Lumpur :

UtusanPublication & Distributors Sdn Bhd.

2)      Chua Yan Piaw (2006) Kaedah Penyelidikan Buku 1.McGraw Hill (Malaysia) Sdn Bhd.

3)      Endra Devi Supiah (SMK Dato’Mohd Reza, N.Sembilan) Che Nasir Che Hussin ( SMK

Putera Kota Bharu, Kelantan) Kaedah Belajar Sambil Bermain.Kuala Lumpur

4)      Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999) Penyelidikan Tindakan.Johor : UniversitiTeknologi

Malaysia.

5)      Mok Soon Sang (2008) Psikologi Pendidikan dan Pedagogi : Murid dan Alam

Belajar.Selangor : Penerbit Multimedia Sdn Bhd.

6)      Musthafa Bacharudin (2003) EFL for Young Learners : Course

Materials.Bandung,Indonesia, Universiti of education.

7)      Raghir Kaur a/p Loginder Singh (2007) Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan Untuk

Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Sekolah rendah dan Menengah.Selangor :

Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

8)      Rashidi Azizan dan Abd Razak Habib (1996) Pengajaran Bilik Darjah-Kaedah

danStrategi.Selangor : Masa Enterprise Sdn Bhd.

DIGRAF gun ting

Page 27: Just Gyna

bu rung mang ga u dang an jing pi sang te rung he lang be la lang song kok kam bing ken tang ran ting le sung wang

Digraf:

Apabila wujud dua huruf konsonan (selain a,e,i,o,u) yang duduk bersebelahan dalam perkataan seperti ng, ny dan sy.Contoh: nganga, nyanyi,syair

Digraf:Kedudukan dua huruf konsonan yang bersebelahan  dalam perkataan seperti ng, ny, gh, sy dan kh. Contoh: penyu, penyapu, singa, nyaman, nyamuk, ngilu, Khamis, bakhil, khusyuk, ghaib, ngeri, maghrib, syarat, dahsyat, syiling

System APA BLIOGRAFI

http://cikgumael65.blogspot.com/2012_05_01_archive.html

Page 28: Just Gyna

Tajuk /Kemahiran

Page 29: Just Gyna