jururawat (skim perkhidmatan bersepadu) · pdf fileo diploma kejururawatan daripada...
TRANSCRIPT
Jururawat (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Gred: U29, U32, U36, U41/42, U44, U48, U52, U54
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional, Sokongan (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Kem/Jab: Kementerian Kesihatan
Jadual Gaji:
Gred Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
U29 RM1,312.00 RM5,173.00 RM145.00
U32 RM2,214.00 RM5,774.00 RM155.00
U36 RM3,455.00 RM6,885.00 RM180.00
U41 RM2,260.00 RM8,756.00 RM225.00
U42 RM2,260.00 RM8,756.00 RM225.00
U44 RM3,423.00 RM9,560.00 RM250.00
U48 RM5,008.00 RM10,689.00 RM270.00
U52 RM5,642.00 RM11,289.00 RM290.00
U54 RM5,942.00 RM11,976.00 RM320.00
Syarat Lantikan: Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
LANTIKAN KE GRED U29 o Diploma Kejururawatan daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan
Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
GRED U29 [ Gaji Permulaan : RM1,687.59 ]
LANTIKAN KE GRED U41
o Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
GRED U41 [ Gaji Permulaan : RM2,260.00 ]
Deskripsi Tugas:
JURURAWAT GRED U29
Tugas-tugas Jururawat Kesihatan
o Perawatan Kesihatan Keluarga
Perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak.
Perkhidmatan lawatan ke rumah.
Perkhidmatan kesihatan di sekolah.
Perkhidmatan perancang keluarga.
Pendidikan kesihatan.
o Latihan
Membantu dalam mengajar pelbagai kategori pelatih separa perubatan semasa
latihan mereka.
o Menyelia
Menyelia pekerja-pekerja 'Auxilliary' dan kakitangan kesihatan lain dalam
kawasan operasi.
Menyelia bidan kampung dan bidan swasta berdaftar.
o Pentadbiran
Mentadbir klinik.
Merancang dan menjalankan lawatan ke rumah.
Menyimpan rekod-rekod dan reten perkhidmatan kesihatan keluarga di
dalam kawasan operasi.
Membantu dalam penilaian kakitangan bawahan.
Tugas-tugas Jururawat Di Hospital
o Penjagaan Pesakit
Mengurus dan melayan makan minum pesakit.
Mengurus dan menjaga kebersihan pesakit.
Penjagaan dan merawat ibu selepas bersalin.
Penjagaan dan merawat bayi selepas kelahiran.
o Membantu Doktor dalam menjalankan tugas-tugas perawatan.
o Menyelia Penolong Jururawat, Bidan dan kakitangan bawahan.
o Membantu Ketua Jururawat dalam pentadbiran wad dan penilaian pelatih-pelatih.
o Rawatan-rawatan lain mengikut arahan.
JURURAWAT GRED U41
o Fungsi Klinikal/Penguatkuasaan
Pemantauan Kejururawatan.
Mengawalselia perawatan dengan melakukan rondaan ke wad/klinik/unit
berjadual untuk memantau keberkesanan perawatan, peralatan dan
keselamatan pelanggan.
o Fungsi Pengurusan dan Penyeliaan
Merancang perkhidmatan kejururawatan dan perawatan selari dengan
aliran sains dan teknologi juga konsep terkini.
Menyelia pembentukan dan pembangunan kerjaya kejururawatan melalui
latihan dan kursus dalam perkhidmatan, penyelidikan dan pembangunan.
o Kawalan Mutu
Merancang lawatan penyeliaan untuk memastikan amalan kejururawatan
dijalankan mengikut piawaian.
Memastikan perawatan dilakukan berpandukan Standard Operating
Procedures (SOP) - menentukan protokol dan garis panduan dalam
prosedur kejururawatan dipraktikkan.
o Latihan Kejururawatan
Merancang dan menyelaras kursus/latihan amali anggota kejururawatan di
antara kolej dan diperingkat negeri.