jurnal2

5
Bilangan jurnal : Kelima Minggu praktikum : Minggu 6 Tarikh peristiwa/kejadian : 9 Mac 2015 hingga 13 Mac 2015 Tajuk jurnal : Sumber pengajaran dan pembelajaran 1. Masalah Masalah yang dihadapi pada minggu ini ialah sumber pengajaran dan pembelajaran, iaitu bahan bantu mengajar yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Saya mendapati murid-murid kurang berminat dengan pelajaran kerana bahan yang kurang menarik dan tidak sesuai dengan aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut. 2. Analisis Saya telah menganalisis kekuatan dan kelemahan ketika menjalankan pengajaran dan pembelajaran, saya mendapati terdapat bahan yang tidak sesuai digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan tidak dapat digunakan oleh murid. 3. Cadangan tindakan susulan Saya telah memikirkan beberapa langkah yang dapat membantu saya menyelesaikan masalah ini. Antaranya ialah: Bahan yang menarik

Upload: zue-layhar

Post on 28-Sep-2015

228 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

praktikum

TRANSCRIPT

Bilangan jurnal : KelimaMinggu praktikum: Minggu 6Tarikh peristiwa/kejadian: 9 Mac 2015 hingga 13 Mac 2015Tajuk jurnal: Sumber pengajaran dan pembelajaran

1. Masalah

Masalah yang dihadapi pada minggu ini ialah sumber pengajaran dan pembelajaran, iaitu bahan bantu mengajar yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Saya mendapati murid-murid kurang berminat dengan pelajaran kerana bahan yang kurang menarik dan tidak sesuai dengan aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut.

2. Analisis

Saya telah menganalisis kekuatan dan kelemahan ketika menjalankan pengajaran dan pembelajaran, saya mendapati terdapat bahan yang tidak sesuai digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan tidak dapat digunakan oleh murid.

3. Cadangan tindakan susulan

Saya telah memikirkan beberapa langkah yang dapat membantu saya menyelesaikan masalah ini. Antaranya ialah:

Bahan yang menarikBagi memastikan murid menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran, bahan bantu mengajar yang digunakan perlulah menarik. Murid akan tertarik untuk belajar dan mengetahui dengan lebih lanjut tentang sesuatu tajuk jika bahan yang digunakan mampu menarik perhatian mereka.

Sesuai dengan aktivitiBahan yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran perlulah bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan untuk memudahkan pemahaman murid terhadap pelajaran. Bahan juga perlu bersesuaian dengan tahap kemampuan dan kebolehan murid yang menggunakannya.

Mesra penggunaGuru perlu memastikan bahan yang digunakan mesra pengguna, iaitu dapat digunakan oleh semua murid. Bahan ini juga bukan hanya digunakan dalam satu langkah sahaja tetapi bahan yang fleksibel dan dapat digunakan untuk langkah yang seterusnya. Bahan juga mesti selamat digunakan dan tidak membahayakan murid.

4. Tempoh masa tindakan susulan

Tindakan susulan ini dijalankan sepanjang minggu praktikum bermula pada minggu ini dan minggu yang seterusnya.

Disemak oleh guru pembimbingDisahkan oleh pensyarah pembimbing

Tandatangan :Tandatangan :Nama :Nama:Tarikh :Tarikh:

Bilangan jurnal : Ketujuh Minggu praktikum: Minggu 7Tarikh peristiwa/kejadian: 1 September 2014 hingga 5 September 2014Tajuk jurnal: Penerapan nilai

1. Masalah

Pada minggu ini, saya ingin menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid. Saya mendapati murid tahun 3 sememangnya mempunyai nilai-nilai murni dalam diri tetapi kurang diamalkan. Justeru, saya ingin mengemukakan beberapa cadangan agar murid dapat mengamalkan nilai-nilai tersebut

2. Analisis

Murid-murid perlu menerapkan nilai murni dalam diri bukan sahaja semasa proses pengajaran dan pembelajaran tetapi juga dalam kehidupan seharian.

3. Cadangan tindakan susulan

Saya telah memikirkan beberapa langkah yang dapat membantu saya menyelesaikan masalah ini. Antaranya ialah:

Teguran dan nasihatApabila terdapat murid yang tidak mendengar arahan, saya perlu menegur dan memberi nasihat kepada murid tersebut agar tidak mengulangi kesilapan yang sama. Teguran yang diberikan perlulah berhemah agar tidak menyinggung perasaan murid dan menggunakan pendekatan yang sesuai agar nasihat dan teguran itu dapat diterima dengan baik oleh murid tersebut.

GanjaranSaya akan memberikan ganjaran berbentuk hadiah kepada murid yang menunjukkan perlakuan dan sikap yang baik. Ganjaran ini mampu memotivasikan murid yang lain untuk mengikut jejak langkah rakannya.

DendaanBagi murid yang berkelakuan tidak baik, guru perlu memberikan dendaan yang ringan kepada murid seperti berdiri. Walaupun dengan dendaan yang ringan, murid-murid ini akan mengambil pengajaran dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang dilakukan.

4. Tempoh masa tindakan susulan

Tindakan susulan ini dijalankan sepanjang minggu praktikum bermula pada minggu ini dan minggu yang seterusnya.

Disemak oleh guru pembimbingDisahkan oleh pensyarah pembimbing

Tandatangan :Tandatangan :Nama :Nama:Tarikh :Tarikh: