jurnal mingguan 1

5
Bilangan Jurnal : 1 / 8 Minggu Praktikum : Pertama Tarikh : 26 Julai 2015 (Ahad) hingga 30 Julai 2015 (Khamis) Tajuk Jurnal : Minggu Pertama Di SK Lubuk Kawah, Jertih, Terengganu. ------------------------------------------------------------------- ------------------------------------------------------ Pada hari pertama, saya bersama dengan rakan-rakan praktikum opsyen Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah iaitu Mohamad Afifey bin Kodir dan Muhamad Aqmal bin Kamarudin telah melaporkan diri kepada Encik Mohamad Fauzi bin Mat Zin, Penolong Kanan I, SK Lubuk Kawah, Jertih, Terengganu. Pada hari tersebut, kami tidak berpeluang berjumpa dengan guru besar iaitu Puan Che Zaharah binti Che Teh kerana beliau telah menghadirkan diri ke kursus selama tiga hari. Kami memperkenalkan diri dan menyerahkan Surat Pengenalan Diri serta dokumen-dokumen lain kepada beliau. Penolong Kanan I melayan kami dengan mesra. Seterusnya, kami telah menyertai perhimpunan mingguan bagi SK Lubuk Kawah. Kami memperkenalkan diri kepada guru-guru, staf sokongan dan murid-murid semasa perhimpunan. Selepas perhimpunan, Penolong Kanan I memberi taklimat kepada kami tentang pelbagai pekara yang berkaitan dengan sekolah, termasuklah: Sejarah, peraturan, disiplin dan budaya sekolah Struktur organisasi, peranan dan tanggungjawab pengurus sekolah, guru penolong kanan, guru disiplin, guru panitia, guru ko-kurikulum, guru darjah, guru mata pelajaran dan tugas staf sokongan

Upload: alice-chua

Post on 03-Dec-2015

237 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Jurnal Praktikum

TRANSCRIPT

Page 1: JURNAL MINGGUAN 1

Bilangan Jurnal : 1 / 8

Minggu Praktikum : Pertama

Tarikh : 26 Julai 2015 (Ahad) hingga 30 Julai 2015 (Khamis)

Tajuk Jurnal : Minggu Pertama Di SK Lubuk Kawah, Jertih, Terengganu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pada hari pertama, saya bersama dengan rakan-rakan praktikum opsyen

Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah iaitu Mohamad Afifey bin Kodir dan Muhamad

Aqmal bin Kamarudin telah melaporkan diri kepada Encik Mohamad Fauzi bin Mat Zin,

Penolong Kanan I, SK Lubuk Kawah, Jertih, Terengganu. Pada hari tersebut, kami tidak

berpeluang berjumpa dengan guru besar iaitu Puan Che Zaharah binti Che Teh kerana

beliau telah menghadirkan diri ke kursus selama tiga hari. Kami memperkenalkan diri dan

menyerahkan Surat Pengenalan Diri serta dokumen-dokumen lain kepada beliau. Penolong

Kanan I melayan kami dengan mesra. Seterusnya, kami telah menyertai perhimpunan

mingguan bagi SK Lubuk Kawah. Kami memperkenalkan diri kepada guru-guru, staf

sokongan dan murid-murid semasa perhimpunan.

Selepas perhimpunan, Penolong Kanan I memberi taklimat kepada kami tentang

pelbagai pekara yang berkaitan dengan sekolah, termasuklah:

Sejarah, peraturan, disiplin dan budaya sekolah

Struktur organisasi, peranan dan tanggungjawab pengurus sekolah, guru penolong

kanan, guru disiplin, guru panitia, guru ko-kurikulum, guru darjah, guru mata

pelajaran dan tugas staf sokongan

Latar belakang murid dan masyarakat setempat

Tugas dan tanggungjawab murid di sekolah

Pengelolaan aktiviti kokurikulum dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan

Selepas perbincangan dengan Penolong Kanan I, kami telah berjumpa dengan guru

pembimbing masing-masing. Guru pembimbing saya ialah Puan Siti Syafiella binti Mohd

Syahar bagi subjek Pendidikan Seni Visual dan Puan Darma binti Hussin bagi subjek

Sains. Mereka telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya tentang jadual waktu,

sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, rancangan semester dan panduan guru.

Dengan ini, saya telah diagihkan enam waktu mata pelajaran Pendidikan Seni Visual

Tahun 2 dan Tahun 4 dan empat waktu mata pelajaran Sains Tahun 1 dan Tahun 5.

Page 2: JURNAL MINGGUAN 1

Pada hari kedua, sekolah SK Lubuk Kawah, Jertih, Terengganu telah menyambut

Hari Raya Aidilfitri pada hari 27 Julai 2015 (Isnin). Sambutan Hari Raya Aidilfitri sebenarnya

disambut pada hari 28 Julai 2015 (Selasa), tetapi calon UPSR dikehendaki menduduki

peperiksaan percubaan UPSR pada hari tersebut. Oleh itu, sambutan Hari Raya Aidilfitri

perlu diawalkan sehari iaitu pada hari 27 Julai 2015 (Isnin) supaya dapat memeriahkan

perayaan ini secara beramai-ramai. Guru-guru dan murid-murid sekolah digalakkan

memakai pakaian raya pada hari tersebut. Pelbagai aktiviti juga dianjurkan pada hari ini

termasuklah aktiviti mewarna, pemilihan baju raya tercantik mengikut tahap I dan tahap II,

majlis makan dan sebagainya.

Pada hari ketiga, saya menyediakan Rancangan Semester bagi mata pelajaran

Pendidikan Seni Visual dan Sains. Saya tidak menghadapi banyak masalah dalam

menyediakan kedua-dua rancangan pengajaran harian tersebut kerana mendapat contoh

rujukan dan tunjuk ajar daripada guru pembimbing. Selain itu, format dan contoh rancangan

semester, mingguan dan rancangan pengajaran harian yang diperoleh daripada pensyarah

semasa di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan juga dapat dimanfaatkan dalam

proses peghasilan rancangan pengajaran harian ini. Guru pembimbing turut memberi

tunjuk ajar tentang cara-cara dan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan semasa

pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam bilik darjah.

Pada hari keempat, kami berpeluang berjumpa dengan guru besar SK Lubuk Kawah

iaitu Puan Che Zaharah binti Che Teh. Beliau melayan kami dengan mesra. Beliau

mengatakan bahawa jika terdapat sebarang masalah atau memerlukan maklumat sekolah

boleh merujuk kepada Penolong Kanan I. Berdasarkan pemerhatian yang telah

dilaksanakan, saya mendapati bahawa sekolah ini mengamalkan budaya memberi salam

dengan baik. Murid-murid sentiasa memberikan salam kepada guru tanpa mengira situasi.

Budaya yang diamalkan ini mampu menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan warga

sekolah.

Pada hari kelima, saya berpeluang masuk ke kelas Tahun 2C untuk menjalankan

sesi pengenalan diri dengan murid-murid kelas tersebut sebelum memulakan sesi

pengajaran dan pembelajaran. Saya dapat mengesan masalah waktu rehat yang

digunakan secara berlebihan oleh murid-murid. Masalah ini mendatangkan kekangan

kepada guru yang akan mengajar pada waktu selepas rehat kerana waktu interaksi yang

telah dirancang akan terganggu berdasarkan masa kelas yang semakin berkurangan.

Page 3: JURNAL MINGGUAN 1

Selain itu, saya mendapati bahawa murid-murid tahap satu gemar berada dalam kelompok

masing-masing. Murid-murid dalam kelas 2C kurang keyakinan terhadap prestasi sendiri

kerana mereka selalu menganggap diri telah dikategorikan dan ditetapkan sebagai kelas

yang paling lemah. Saya akan cuba menyakinkan mereka dengan menggunakan cara

pengajaran yang bersesuaian supaya dapat menyakinkan dan meningkatkan lagi prestasi

murid-murid dalam kelas ini.

Secara kesimpulannya, walaupun minggu ini merupakan tahap awal praktikum saya,

namun kesabaran dan keprihatinan yang ditunjukkan oleh semua pihak warga sekolah

amat saya hargai dan kasihi. Dengan kerjasama yang diberikan oleh pihak warga sekolah

ini, dipercayai bahawa saya akan menjalani praktikum ini dengan lancar.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Disemak oleh Guru Pembimbing, Disahkan oleh Pensyarah Penyelia,

Tandatangan: …………………………… Tandatangan: ……………………………

Page 4: JURNAL MINGGUAN 1

Nama : …………………………… Nama : ……………………………

Tarikh : …………………………… Tarikh : ……………………………