jurnal minggu pertama

3
Bilangan Jurnal : Ke- 1 Minggu Praktikum : Minggu Pertama Tarikh Peristiwa/ Kejadian : Tajuk Jurnal : Minggu Pertama Di Pada 1 , saya telah mula menjalani praktikum pertama saya di Sekolah Jenis Kebangsaan Tapah, Kuching. Praktikum pertama ini akan mengambil masa selama 4 minggu iaitu satu bulan. Untuk praktikum pertama, saya telah diberi tugas untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bagi subjek major saya, iaitu mata pelajaran bahasa cina dan menglibatkan diri dalam salah satu ko-kurukulum di sekolah. Untuk praktikum pertama ini, tiga rakan sekelas saya juga ditempatkan di. Pada minggu pertama, saya perlu melakukan aktiviti pengurusan seperti mendapatkan maklumat am sekolah seperti takwin tahunan sekolah, pelan sekolah, peraturan sekolah dan juga maklumat-maklumat yang lain. Selain itu, saya juga perlu berbincang dengan guru bimbingan saya tentang tugasan saya untuk praktikum pertama ini. Pembahagian tugas antara saya dengan guru bimbingan saya, Encik telah dibuat untuk memastikan kelancaran praktikum yang akan mengambil tempoh masa 4 minggu ini. Jadual waktu juga telah diperolehi dari guru bimbingan saya. Seterusnya, dalam minggu pertama ini,

Upload: kaiser-yeoh

Post on 06-Sep-2015

226 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

untuk rujukan sahaja

TRANSCRIPT

Bilangan Jurnal

: Ke- 1

Minggu Praktikum

: Minggu Pertama

Tarikh Peristiwa/ Kejadian: Tajuk Jurnal

: Minggu Pertama Di

Pada 1 , saya telah mula menjalani praktikum pertama saya di Sekolah Jenis Kebangsaan Tapah, Kuching. Praktikum pertama ini akan mengambil masa selama 4 minggu iaitu satu bulan. Untuk praktikum pertama, saya telah diberi tugas untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bagi subjek major saya, iaitu mata pelajaran bahasa cina dan menglibatkan diri dalam salah satu ko-kurukulum di sekolah. Untuk praktikum pertama ini, tiga rakan sekelas saya juga ditempatkan di.

Pada minggu pertama, saya perlu melakukan aktiviti pengurusan seperti mendapatkan maklumat am sekolah seperti takwin tahunan sekolah, pelan sekolah, peraturan sekolah dan juga maklumat-maklumat yang lain. Selain itu, saya juga perlu berbincang dengan guru bimbingan saya tentang tugasan saya untuk praktikum pertama ini. Pembahagian tugas antara saya dengan guru bimbingan saya, Encik telah dibuat untuk memastikan kelancaran praktikum yang akan mengambil tempoh masa 4 minggu ini. Jadual waktu juga telah diperolehi dari guru bimbingan saya. Seterusnya, dalam minggu pertama ini, saya dan tiga rakan sekumpulan juga berusaha menjalinkan hubungan yang baik dengan warga sekolah.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa masalah telah dihadapi oleh saya. Pertama sekali, saya telah menghadapi masalah dalam menyesuaikan diri dengan urusan sekolah yang amat sibuk. Masalah ini berlaku disebabkan aktiviti sekolah yang agar banyak dan kadang-kala menyebabkan saya dan rakan sekumpulan saya perlu terus berada di sekolah selepas waktu persekolahan. Selain itu, saya juga menghadapi masalah dalam memastikan keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran saya. Pada hari ketiga, saya telah diberi peluang oleh guru pembimbing saya untuk memulakan pengajaran saya. Saya telah membuat persediaan yang awal sebelum masuk kelas. Walaupun bergitu, semasa saya melaksanakan PnP saya, saya dapati terdapat perbezaan yang ketara dari segi kebolehan murid-murid dalam kelas. Perbezaan ini telah memberi tekanan kepada saya dalam penyediaan pengajaran yang akan datang. Saya akan cuba untuk menyediakan pengajaran yang sesuai dengan tahap kebolehan murid dalam kelas supaya dapat melibatkan semua murid dalam pengajaran saya.

Sebagai kesimpulan, setiap cabaran merupakan satu peluang bagi saya untuk mempelajari sesuatu yang baharu. Saya berharap praktikum pertama saya boleh dilaksanakan dengan lancar. Saya juga akan berusaha untuk menimbal sebanyak ilmu yang boleh dalam praktikum kali ini.

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia:

Tandatangan:

Nama:

Tarikh:

Disemak Oleh Guru Pembimbing Tandatangan:

Nama:

Tarikh: