jurnal minggu 4_3

3
JURNAL MINGGU KEEMPAT (19 JULAI 2010 – 23 JULAI 2010) Isu / Perkara Yang Difokus : Pada minggu ini isu murid yang kerap ke tandas sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas ditimbulkan. Sepanjang tempoh praktikum saya selama empat minggu ini, saya telah melihat sendiri situasi dan budaya didalam kelas. Melalui pemerrhatian saya, di dapati murid yang berada di dalam kelas semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran berlaku kerap ke tandas. Murid yang sama sahaja yang terlibat semasa P&P dijalankan. Analisis Masalah : Pada mulanya saya mengandaikan ianya adalah satu senario biasa berlaku tetapi lama kelamaan saya sedar ia merupakan bukan perkara biasa tetapi merupakan satu gangguan yang boleh menghalang perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain menmyebabkan mereka ketinggalan dan tidak dapat menguasai kemahiran yang di ajar malah mereka juga turut mengganggu rakan- rakan mereka yang lain. Fenomena kerap ke tandas telah saya klasifikasikan sebagai satu masalah dalam pengajaran dan pembelajaran apabila saya perhatikan murid yang kerap ke tandas adalah murid yang sama. Kekerapan murid ke tandas ini menyebabkan saya untuk menyiasat sama ada murid yang ingin ke tandas itu benar-benar ke tandas untuk tujuan yang betul atau sebaliknya. Langkah pertama saya lakukan adalah mengekori murid tersebut ke tandas dan bertanya kepada murid yang boleh dipercayai berkenaan murid yang terlibat.

Upload: seladang80

Post on 23-Dec-2015

27 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

praktikum

TRANSCRIPT

Page 1: Jurnal Minggu 4_3

JURNAL MINGGU KEEMPAT

(19 JULAI 2010 – 23 JULAI 2010)

Isu / Perkara Yang Difokus :

Pada minggu ini isu murid yang kerap ke tandas sewaktu sesi pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas ditimbulkan. Sepanjang tempoh praktikum saya selama

empat minggu ini, saya telah melihat sendiri situasi dan budaya didalam kelas. Melalui

pemerrhatian saya, di dapati murid yang berada di dalam kelas semasa sesi Pengajaran

dan Pembelajaran berlaku kerap ke tandas. Murid yang sama sahaja yang terlibat

semasa P&P dijalankan.

Analisis Masalah :

Pada mulanya saya mengandaikan ianya adalah satu senario biasa berlaku tetapi lama

kelamaan saya sedar ia merupakan bukan perkara biasa tetapi merupakan satu

gangguan yang boleh menghalang perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Selain menmyebabkan mereka ketinggalan dan tidak dapat menguasai kemahiran yang

di ajar malah mereka juga turut mengganggu rakan-rakan mereka yang lain. Fenomena

kerap ke tandas telah saya klasifikasikan sebagai satu masalah dalam pengajaran dan

pembelajaran apabila saya perhatikan murid yang kerap ke tandas adalah murid yang

sama.

Kekerapan murid ke tandas ini menyebabkan saya untuk menyiasat sama ada

murid yang ingin ke tandas itu benar-benar ke tandas untuk tujuan yang betul atau

sebaliknya. Langkah pertama saya lakukan adalah mengekori murid tersebut ke tandas

dan bertanya kepada murid yang boleh dipercayai berkenaan murid yang terlibat.

Cadangan Penyelesaian Masalah :

Sekiranya saya menjadi punca kepada murid-murid tersebut keluar dari kelas sewaktu

pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung, maka saya perlulah mancari

kelemahan diri saya sewaktu penmgajaran membosankan mereka sehingga mendorong

mereka untuk keluar dari kelas. Oleh yang demikian, langkah-langkah yang telah saya

ambil bagi memperbaiki kelemahan diri saya ialah saya mengubah corak penyampaian

saya sewaktu sesi pengajaran seperti

Tegas dalam memberi arahan

Menggunakan suara yang lantang dan jelas dengan menggunakan bahasa yang

ringkas, padat dan berkaitan.

Mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran

Page 2: Jurnal Minggu 4_3

Mendekati murid yang bermasalah

Menggunakan alat Bantu mengajar seperti radio.

Tempoh Penyelesaian : 15/2/2010 -26/2/2010 (2 minggu)

Tindakan Susulan:

Walaupun ada sedikit perubahan berlaku namun fenomena ini masih lagi berlanjutan.

Jadi saya mengambil langkah untuk mengenakan tindakan ke atas diri murid pula atau

dengan kata lain saya mencuba dengan menggunakan pendekatan secara psikologi.

Menurut kamus Dewan Psikologi didefinisikan sebagai kajian proses mental dan

pemikiran , terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan, pola pemikiran dan

perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu dan kebijaksanaan memahami sifat

manusia . Menurut Davodov (1976) psikologi merupakan kajian saintifik mengenai tingkah

laku manusia dan haiwan secara nyata (overt) atau selindung (covert). Kajian tingkah laku

secara overt merujuk kepada kajian tingkahlaku yang boleh diperhatikan, dinilai atau diukur

sebaliknya kajian tingkahlaku secara covert merupakan kajian keperluan, emosi, naluri,

motivasi, kecerdasan dan sebaginya yang bersifat 'tidak nampak' dan berupa dalaman.

Tindakan pertama, mensyaratkan murid bahawa mereka hanya boleh ke tandas

sebelum waktu pengajaran dan pembelajaran bermula sahaja.

Tindakan kedua jika saya tidak nampak aksi yang menunjukkan seseorang murid

itu betul-betul hendak ke tandas atas tujuan yang sebenar, saya menyekat

murid-murid tersebut ke tandas dan meminta mereka pergi ke tandas apabila sesi

pengajaran dan pembelajaran tamat. Apa yang saya peroIehi ialah murid tersebut tidak

mempunyai masalah untuk menunggu sehingga sesi pengaiian dan pembelajaran

tamat.

Tindakan ketiga pula saya memberitahu murid bahawa saya akan turut sama

menemani mereka ke tandas dan hasilnya tidak ada seseorang murid yang mahu

ke tandas sekiranya saya menemani mereka.

Kesimpulan

Kesimpulannya, fenomena kerap ke tandas yang berlaku sewaktu sesi

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bukanlah berpunca dari masalah penyakit

atau masalah keperluan tetapi ianya lebih kepada satu budaya yang berlaku sejak turun

temurun lagi. lanya menjadi ikutan dari murid-murid yang senior kepada yang junior.

Sekiranya semua guru menyedari permasalahan ini dan bersatu

untuk mengatasi masalah ini, saya yakin budaya ke tandas sewaktu sesi pengajaran

dan pembelajaran berlangsung akan dapat di atasi secara menyeluruh di

sekolah ini.