jurnal interaksi mingguan

17
TEATER KANAK-KANAK ZANZARA Seramai 23 orang guru pelatih PISMP 6E ambilan Januari 2012 telah bekerjasama dan bersama-sama mengerah tenaga menjayakan pementasan teaterkanak-kanak yang berjudul Zanzara. Guru pelatih ini terdiri daripada latar belakang yang berbeza dari segi budaya dan kehidupan serta mempunyai minat yang berlainan. Tetapi kelainan dan perbezaan tersebut yang telah membuatkan kejayaan kepada pementasan teater ini. Guru-guru pelatih ini merupakan mereka yang mempunyai semangat setia kawan yang tinggi serta semangat kerjasama yang jitu. Sepanjamg pelaksanaan teater ini, kami sentiasa membantu antara satu sama lain dalam melakukan sesuatu dan sentiasa memastikan semua kerja dilaksanakan dalam waktu yang telah ditetapkan, bagi menjayakan pementasan teater kanak-kanak ini. JADUAL ANALISIS SWOT Kekuatan Perjalanan program berjalan seperti yang dirancang. Kerjasama daripada kesemua ahli produksi sangat memberansangkan. Skrip dan kertas kerja berjaya disiapkan dengan pantas dan mendapat sokongan serta persetujuan daripada pensyarah pembimbing. Kerjasama dan bimbingan daripada pensyarah pembimbing sangat membanggakan. Bantuan dan kerjasama daripada pihak lain sangat membantu dan memuaskan. Kelemahan Skrip terpaksa dirombak kerana mempunyai persamaan dengan kelas lain berdasarkan penceritaannya.

Upload: gyosa-nami

Post on 01-Oct-2015

36 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jurnal teater

TRANSCRIPT

TEATER KANAK-KANAK ZANZARASeramai 23 orang guru pelatih PISMP 6E ambilan Januari 2012 telah bekerjasama dan bersama-sama mengerah tenaga menjayakan pementasan teaterkanak-kanak yang berjudul Zanzara. Guru pelatih ini terdiri daripada latar belakang yang berbeza dari segi budaya dan kehidupan serta mempunyai minat yang berlainan. Tetapi kelainan dan perbezaan tersebut yang telah membuatkan kejayaan kepada pementasan teater ini.Guru-guru pelatih ini merupakan mereka yang mempunyai semangat setia kawan yang tinggi serta semangat kerjasama yang jitu. Sepanjamg pelaksanaan teater ini, kami sentiasa membantu antara satu sama lain dalam melakukan sesuatu dan sentiasa memastikan semua kerja dilaksanakan dalam waktu yang telah ditetapkan, bagi menjayakan pementasan teater kanak-kanak ini.

JADUAL ANALISIS SWOT

Kekuatan Perjalanan program berjalan seperti yang dirancang. Kerjasama daripada kesemua ahli produksi sangat memberansangkan. Skrip dan kertas kerja berjaya disiapkan dengan pantas dan mendapat sokongan serta persetujuan daripada pensyarah pembimbing. Kerjasama dan bimbingan daripada pensyarah pembimbing sangat membanggakan. Bantuan dan kerjasama daripada pihak lain sangat membantu dan memuaskan.Kelemahan Skrip terpaksa dirombak kerana mempunyai persamaan dengan kelas lain berdasarkan penceritaannya.

Peluang Berpeluang mengeratkan lagi hubungan diantara rakan sekelas. Persembahan teater kanak-kanak dapat memberikan banyak manfaat dan kelebihan kepada diri. Dapat melatih diri untuk menjadi lebih berani berdepan dengan orang ramai, serta menanamkan nilai-nilai murni dalam diri.Ancaman Kekangan masa kerana bertembung dengan masa praktikum. Kekurangan masa untuk melakukan latihan dan persediaan dari segi kostum dan prob.

TEATER KANAK-KANAK ZANZARAJURNAL INTERAKSI MINGGUANINTERAKSI 1 (30 JUN 2014 06 JULAI 2014)

BILKULIAH / TEORIAMALI

1.Pada 30 Jun 2014 kami telah mengadakan perjumpaan pertama bertempat di bilik kuliah M3.27. Perjumpaan pertama ini bertujuan untuk melantik ahli jawatankuasa bagi produksi yang akan dibentuk untuk menjayakan persembahan teater kami. Kami sebulat suara telah melantik saudara Mohammad Anwar bin Rahim sebagai Pengurus Produksi dan saudara Mohd Shardee bin Makli sebagai Pengarah Produksi.

2.Pada 02 Julai 2014, kami telah mengadakan perjumpaan kedua bertempat di bilik kuliam M3.27. perjumpaan kali ini bertujuan untuk memilih nama yang sesuai untuk digunakan sebagai nama produksi kami. Hasil perbincangan kesemua ahli, sebulat suara kami memilih nama Gigit untuk dijadikan nama produksi kami. Kami juga telah membuat pemilihan skrip yang akan dipentaskan, dan kami bersetuju untuk memilih skrip yang berjudul Zanzara yang dihasilkan oleh saudari Juslinih Ekol.Saudara Juslinih telah memberikan sedikit penerangan mengenai karya beliau untuk dijadikan gambaran kepada kami semua. Hasil penerangan tersebut, kami telah memberikan beberapa pendapat untuk penambahbaikan terhadap karya tersebut supaya menjadi lebih menarik.

3.Pada 03 Julai 2014, kami telah berkumpul dan mengadakan perjumpaan yang ketiga.sepanjang perjumpaan ini, kami membincangkan mengenai skrip yang akan dipersembahkan. Pengarah Produksi iaitu saudara Shardee telah memberikan penerangan mengenai jalam cerita Zanzara secara terperinci iaitu berdasarkan babak dan adegan. Kami juga membincangkan mengenai penggunaan muzik latar yang akan digunakan dalam setiap babak yang memerlukan penggunaan muzik. Kami juga berbincang mengenai penggunaan tayangan slide sebagai latar belakang semasa pementasan teater.Selain itu, kami turut membincangkan mengenai pameran yang akan diadakan semasa pementasan teater Zanzara. Kami mencadangkan semasa pameran tersebut, ahli jawatankuasa yang berkenaan mempamerkan spesis-spesis nyamuk, memandangkan teater Zanzara ini berkaitan dengan nyamuk.Semasa perjumpaan ini juga, kami telah membuat keputusan untuk menukar nama produksi daripada Produksi Gigit kepada Produksi (Gi)T.

TEATER KANAK-KANAK ZANZARAJURNAL INTERAKSI MINGGUANINTERAKSI 2 (07 JULAI 2014 13 JULAI 2014)

BILKULIAH / TEORIAMALI

1.Pada 09 Julai 2014, kami telah mengadakan perjumpaan di bilik kuliah M3.08. pada perjumpaan kali ini, kami membincangkan dan melaporkan perkembangan tugas setiap ahli jawatankuasa yang terdapat dalam Produksi (Gi)T. Kebanyakan ahli jawatankuasa masih merancang dan memikirkan konsep yang bersesuaian dengan watak, adengan dan semua yang berkaitan dengan pementasan yang akan dilakukan.

TEATER KANAK-KANAK ZANZARAJURNAL INTERAKSI MINGGUANINTERAKSI 3 (04 OGOS 2014 10 OGOS 2014)

BILKULIAH / TEORIAMALI

1.Pada 09 Ogos 2014, kami telah mengadakan perjumpaan di bilik kuliah M3.08. Perjumpaan ini bertujuan untuk membincangkan skrip Zanzara yang terbaru. Skrip ini telah diolah oleh saudari Juslinih atas cadangan-cadangan yang diterima pada perjumpaan yang lepas. Skrip baharu ini ditayangkan dan diterangkan jalan ceritanya oleh pengarah produksi. Selain itu, kami juga membincangkan mengenai perkembangan ahli jawatankuasa kostum. Ahli jawatankuasa yang berkaitan menerangkan bahawa contoh rangka bagi kostum nyamuk telah disiapkan. Bacaan skrip bagi menyesuaikan pengucapan dengan perwatakan yang dibawa oleh setiap watak.

TEATER KANAK-KANAK ZANZARAJURNAL INTERAKSI MINGGUANINTERAKSI 4 (18 OGOS 2014 24 OGOS 2014)

BILKULIAH / TEORIAMALI

1.Pada 23 Ogos 2014, kami telah mengadakan perjumpaan di bilik kuliah M3.08. Kami diberi sedikit taklimat dan nasihat oleh pensyarah pembimbing mengenai beberapa perkara iaitu: Perkembangan latihan dari semasa ke semasa. Minit mesyuarat hendaklah disediakan bagi setiap kali perjumpaan. Pemberian doorgift untuk tetamu yang hadir semasa pementasan. Penyediaan minum malam untuk tetamu undangan dan pensyarah yang datang semasa pementasan. Pemilihan solekan dan warna pakaian yang sesuai bagi setiap watak.Segala nasihat yang diberikan oleh pensyarah sangat berguna untuk melancarkan dan memudahkan lagi urusan kami untuk melaksanakan persembahan teater ini.

Kami membantu ahli jawatankuasa kostum dan prop untuk menghasilkan dan menyiapkan prop serta kostum yang akan digunakan semasa pementasan teater nanti.

TEATER KANAK-KANAK ZANZARAJURNAL INTERAKSI MINGGUANINTERAKSI 5 (21 SEPTEMBER 2014 28 SEPTEMBER 2014)

BILKULIAH / TEORIAMALI

1.Pada 21 September 2014, kami telah mengadakan perjumpaan di ruang legar menara IPG KBM. Mensyuarat pada kali ini dikelola oleh saudara Mohammad Anwar bin Rahim selaku pengurus prosuksi. Setiap ahli jawatankuasa diminta membentangkan perkembangan mengenai tugasan masing-masing.Kami juga telah dimaklumkan oleh pengarah produksi bahawa latihan akan diadakan setiap hujung minggu memandangkan tarikh pementasan semakin hampir. Kami melakukan latihan pergerakan bagi babak satu.

2.Pada 22 September 2014 juga kami turut mengadakan perjupaan di bilik kiliah M3.08. Pada perjumpaan kali ini, setiap ahli jawatankuasa diminta memberikan laporan perkembangan mengenai tugasan masing-masing kepada pensyarah pembimbing.Pensyarah pembimbing juga meminta ahli jawatankuasa yang berkaitan untuk menyediakan buku program bagi diedarkan kepada tetamu yang akan datang semasa hari pementasan teater Zanzara ini berlangsung. Kam juga diminta untuk menyediakan beberapa fail seperti : fail individu fail bagi setiap AJK fail induk. Pada hari ini juga kami mengadakan latihan bacaan skrip. Latihan ini kami lakukan bagi memantapkan lagi cara bacaan dan intinasi yang digunakan supaya bersesuaian dengan watak yang dipegang. Pensyarah juga turut menegur dan memberi cadangan tentang intonasi dan cara bacaan skrip kami.

3.pada 23 September 2014 pula kami mengadakan perjumpaan di Dewan Zaba IPG KBM. Setelah mendapat persetujuan semua, kami melakukan sedikit rombakan pada skrip Zanzara ini. Hal ini kerana secara kebetulan terdapat persamaan jalan cerita dengan kelas-kelas yang lain kerana teater ini mempunyai tema yang sama iaitu sains fiksyen. Kami juga akan memasukkan sedikit adegan saspen pada permulaan cerita supaya menjadi lebih menarik.

4. Perjumpaan pada 24 September 2014 kami telah membuat beberapak aktiviti, iaitu: Mengadakan latihan penuh bagi teater Zanzara. Bagi mereka yang tidak terlibat dengan latihan akan menyiapkan prop dan kostum.

5.Pada tarikh 25 September 2014, perjumpaan kai bertujuan untuk mendapatkan penerangan mengenai beberapa babak yang telah ditambah baik oleh penulis skrip. Selain itu, ahli jawatankuasa penata bunyi dan muzik juga diminta untuk mencari lagu atau muzik yang lebih rancak untuk dijadikan muzik latar dan muzik iringan semasa pementasan teater supaya penonton tidak akan berasa bosan.Kai juga telah berjumpa dengan pelajar kelas PISMP 1D yang akan membantu kami menguruskan pementasan teater ini. Perjumpaan ini bertujuan untuk memberikan tugas kepada mereka berdasarkan ahli jawatankuasa masing-masing. Ketua bagi setiap ahli jawatankuasa memberikan taklimat kepada pelajar PISMP 1D tentang tugas yang akan mereka lakukan. Kami juga telah membuat latihan bacaan skrip secara keseluruhan menggunakan skrip baru yang telah diubah suai.

6.Pada 26 September 2014 kami telah membuat beberapa perkara iaitu : Latihan penuh bagi keseluruhan babak Kesemua ahli bergotong royong menyiapkan kostum, seperti sayap, dan pakaian yang akan dipakai oleh laskar nyamaki.

7.Pada 27 September 2014, kami mengadakan perjumpaan pada jam 9.00 sehingga jam 11.00 malam di ruang legar tingkat tiga menara IPG KBM. Pada perjumpaan ini kami telah membuat latihan penuh keseluruhan babak dan menyiapkan prop serta kostum secara bergotong-royong.

8.Pada tarikh 28 September 2014 kami telah membuat latihan penuh keseluruhan babak. Kami juga membuat penambahbaikan bagi babak yang dirasakan tidak menepati kehendak skrip. Selain itu kami juga menyiapkan kostum dan prop yang belum disiapkan secara bergotong-royong.

TEATER KANAK-KANAK ZANZARAJURNAL INTERAKSI MINGGUANINTERAKSI 6 (29 SEPTEMBER 2014 5 OKTOBER 2014)

BILKULIAH / TEORIAMALI

1..

Pada 29 September 2014, kami mengadakan perjumpaan di ruang legar tingkat tiga IPG KBM. Antara aktiviti yang dilakukan ialah : Latihan pergerakan tarian bagi laskar Nyamaki yang diketuai oleh saudara Noor Elyazril bin Eles. Membuat prop dan kostum yang diperlukan semasa persembahan teater.

2.Pada malam 30 September 2014, kami turut mengadakan perjumpaan bagi melakukan aktiviti rutin iaitu: Membuat latihan penuh bagi setiap babak. Latihan kali ini disertakan dengan beberapa kostum dan prop yang telah disiapkan.

3.Pada 01 Oktober 2014 juga kami turut melakukan aktiviti rutin semasa perjumpaan. Kami melakukan latihan penuh bagi setiap babak.Kami juga bergotong royong bagi menyiapkan kostum dan prop yang selebihnya.

4.Pada 02 Oktober 2014 kami membuat perjumpaan pada jam 9.00 sehingga jam 11.00 malam di ruang legar tingkat tiga IPG KBM. Kami mengadakan latihan penuh keseluruhan babak bagi memantapkan lagi lakonan kami.Selain itu, kami juga turut bergotong royong menyiapkan kostum dan prob yang belum disiapkan.

5.Kami telah mengadakan perjumpaan di Dewan Zaba bermula jam 9.00 sehingga 11.30 malam pada 03 Oktober 2014. Kami telah mengadakan latihan penuh keseluruhan babak. Latihan ini juga diselaraskan dengan keluar masuk pelakon dan prop dari dewan. Ahli yang tidak terlibat dengan latihan akan membantu ahli jawatankuasa kostum dan prop menyiapkan prob dan kostum secara bergotong-royong..

6.Kami membuat perjumpaan di ruang legar tingkat tiga IPG KBM pada malam 04 Oktober 2014 bermula dari jam 9.00 sehingga jam 11.00 malam. Kami meneruskan latihan rutin pada hari ini, iaitu : Latihan keseluruhan babak Bergotong-royong menyiapkan prop dan kostum

TEATER KANAK-KANAK ZANZARAJURNAL INTERAKSI MINGGUANINTERAKSI 7 (06 OKTOBER 2014 12 OKTOBER 2014)

BILTEORIAMALI

1Pada 6 Oktober 2014, tiba masanya untuk melakukan latihan penuh.Latihan penuh diadakan pada setiap babak. Latihan dibuat beberapa kali sehingga mantap. Semua kru kemudiannya bergotong royong menyiapkan propsPelakon memulakan sesi pemanasan badan. Ujian lontaran suara turut diadakan. Setiap pelakon dikehendakai melontarkan dialog dengan suara yang kuat.

Masa terluang digunakan untuk menyiapkan props secara bergotong royong.

27 Oktober 2014 , seperti biasa latihan penuh dijalankan. Latihan kali ini dimurnikan lagi dengan editing musik dan sebagainya. Setiap pelakon melakukan pergerakan menarik yang telah dirangka Pemurnian pergerakan terutamanya dalam tarian. Setiap pelakon yang ada scene menari memantapkan lagi pergerakan.

3 Interaksi kali ini melibatkan komen daripada pensyarah kursus. Pensyarah menilai beberapa aspek misalnya pakaian, props dan penggunaan backdrop.Pereka kostum dikehendaki memperbaiki penggunaan kostum supaya lebih menarik. Pereka kostum keluar mendapatkan barang-barang baharu untuk memurnikan lagi kostum .

Siaraya mendapatkan gambar-gambar yang perlu dijadikan backdrop.

49 Oktober 2014, latihan seperti biasa dijalankan. Latihan lebih mantap berbanding hari sebelumnya. Pelakon yang sering terlupa skrip dikehendaki menghafal skrip. Unsur lelucon dan kecindan perlu menyelangi setiap dialog bagi mengelakkan penonton berasa bosan.Prompter mengesan dialog yang silap kemudiannya memperbetulkan pelakon.

510 Oktober 2014 latihan penuh setiap babak.Jurusolek mula membuat lakaran dan mencuba makeup pada pelakonJurusolek telah mencuba makeup untuk dipakaikan pada para pelakon. Makeup digunakan pada watak-watak nyamuk.

611 Okbter 2014 latihan ringkas keseluruhan babak. Setiap ahli kelas bergotong royong menyiapkan props dan sebagainyaSetiap ahli melengkapkan kerja-kerja menyiapkan props

TEATER KANAK-KANAK ZANZARAJURNAL INTERAKSI MINGGUANINTERAKSI 8 (13 OKTOBER 2014 19 OKTOBER 2014)

BilTeoriAmali

1Pada 13 Oktober 2014, tiba masanya untuk melakukan latihan penuh.Latihan penuh diadakan pada setiap babak. Latihan dibuat beberapa kali sehingga mantap. Semua kru kemudiannya bergotong royong menyiapkan props.Pelakon memulakan sesi pemanasan badan. Ujian lontaran suara turut diadakan. Setiap pelakon dikehendakai melontarkan dialog dengan suara yang kuat.

Masa terluang digunakan untuk menyiapkan props secara bergotong royong.

214 Oktober 2014 latihan sepenuhya dijalankan. Setiap pelakon berlatih dialog masing-masing. Sesudah selesai, semua ahli bergotong royong menyiapkan props.

Pementasan teater Zyfon telah tamat. Tiba giliran kelas untuk mengambil alih dewan. Props-props di bawa masuk ke atas pentas.

Latihan lontaran suara dimantapkan lagi.Semua ahli kelas telah membawa segala props dan sebagainya naik ke pentas Dewan Zaaba setelah selesai pementasan teater pimsp 6e Zyfon.

Props diletakkan terlebih dahulu di atas pentas tanpa disusun mengikut babak.

315 Oktober 2014 telah tiba hari yang dinanti-nantikan iaitu hari pementasan teater Zanzara. Kuliah interaksi hari ini dibatalkan bagi memberi ruang kepada setiap kru membuat persiapan akhir untuk hari kejadian.Latihan sepenuhnya dijalankan dengan muzik, cahaya, slaid dan semua yang diperlukan.

Selesai pemenstasan teater, satu sesi post-mortem ringkas telah diadakan. Pengarah teater memberikan ucapan syabas dan tahniah atas penat jerih selama ini akhirnya membuahkan hasil.

Jurulampu menyemak perkakasan lampu dalam dewan.

Jurumuzik memeriksa peralatan dan mencubanya semasa latihan penuh dijalankan.

Siaraya memancarkan slaid untuk dijadikan backdrop.

Sesudah selesai pementasan, s