jun 2010 amanat ketua pengarah perikanan filepenunjuk prestasi utama (kpi) yang lain, maka kita akan...

5
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh , salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Syukur alhamdulillah kerana dengan limpah kurnianya dapat kita melaksanakan kerja-kerja yang telah dirancang dalam keadaan aman dan sejahtera. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, Pada 14 Mei lalu Majlis Perhimpunan Penjawat Awam sempena meraikan Hari Pekerja bagi tahun 2010 telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Di majlis berkenaan, Y.A.B Perdana Menteri telah menyampaikan amanat beliau yang mengajak kita sebagai penjawat awam melihat bagaimana peranan dan kepimpinan kita dalam jawatan masing-masing boleh disumbangkan sebagai satu kumpulan bagi melahirkan sebuah kerajaan yang efektif. Beliau berkata, saiz sesebuah jabatan atau agensi bukan menjadi ukuran, tetapi yang penting ia hendaklah diuruskan secara berkesan atau effective. Bagaimana untuk membentuk kerajaan yang efektif? Effective government terbahagi kepada dua iaitu peringkat makro dan mikro. Peringkat makro ialah peringkat keseluruhannya dan kita perlu efisien dari segi memenuhi jangkaan dan harapan rakyat jelata. Peringkat makro penting kerana kalau tidak diuruskan dengan baik dan berkesan, maka sesebuah negara itu boleh terjerumus dalam berbagai masalah seperti rusuhan dan keadaan yang tidak menentu. Perkara ini berlaku kepada semua negara termasuk negara sedang membangun dan juga negara maju. Oleh itu soal effective govemment merupakan tanggungjawab kita bersama dan ia kini terbukti dengan peningkatan ekonomi negara di luar jangkaan iaitu sebanyak 10.1%. Ini terhasil kerana ada kefahaman di kalangan penjawat awam yang memudahkan kita menangani segala cabaran untuk meletakkan asas yang kukuh dalam pertumbuhan ekonomi negara kita. Dalam usaha untuk mentransformasikan pengurusan kerajaan, kita mesti ada momentum iaitu momentum Government Transformation Programme (GTP). Kalau kita dapat mengurangkan rasuah, jenayah, dapat menolong rakyat yang miskin, dapat membina prasarana, dapat membaik pulih kemudahan pengangkutan awam dan juga dapat mencapai sasaran Penunjuk Prestasi Utama (KPI) yang lain, maka kita akan dapat mewujudkan momentum transformation government. Ini merupakan sebahagian daripada effective government. Efektif kerana kita dapat memenuhi harapan (expectation) rakyat yang semakin tinggi kerana mereka kini lebih terdidik. Oleh itu Govemment Transformation Programme hendaklah sepanjang masa selari dengan cara berfikir secara inovatif dan kreatif. Sehubungan itu, Hari Kualiti telah ditukarkan kepada Hari Inovasi dan terdapat cadangan untuk memberi ganjaran yang luar biasa kepada pemenang anugerah inovasi perkhidmatan awam pada tahun ini. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, Y.A.B Perdana Menteri juga telah menyentuh mengenai Model Baharu Ekonomi (new economic model) yang antaranya untuk meningkatkan pendapatan perkapita negara dari AS$7,000 kepada AS$15 ribu dalam masa 10 tahun. Perkara ini walaupun amat mencabar, namun ia boleh dicapai dan ini juga melibatkan para penjawat awam yang pada masa kini berpendapatan minimum RM1,000. Beliau berkata, dalam hal ini paradigma kita perlu diubah sekiranya kita ingin menjurus kepada knowledge economy dan innovative economy. Terasnya ialah modal insan yang berkemahiran dan berilmu. Jadi untuk membangunkan rakyat Malaysia yang berkemampuan tinggi, kita mesti memberi gaji yang setimpal dengan kebolehan, ilmu dan kemahiran meraka supaya setanding dengan negara-negara maju yang lain. Dalam hal ini ia hendaklah berdasarkan kepada peningkatan produktiviti yang amat penting diambil perhatian. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, Y.A.B Perdana Menteri mengharapkan para penjawat awam dapat membina momentum Government Transformation Programme dan Economic Transformation Programme supaya transformasi besar akan berlaku kepada negara kita. Beliau berkata, lagi makmur negara ini, lagi sejahtera para penjawat awam kita. Kerajaan akan terus membantu selagi termampu supaya effective govemment dapat diwujudkan. Namun ia bergantung kepada sokongan dan bantuan tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Kerajaan akan sentiasa memenuhi harapan rakyat dan di samping itu menjaga untung nasib dan kebajikan para penjawat awam. Sekian. Wassalam. (DATO’ JUNAIDI BIN CHE AYUB) Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia Putrajaya Jun 2010 http://www.dof.gov.my Amanat Ketua Pengarah Perikanan Amanat Ketua Pengarah Perikanan 1

Upload: hadieu

Post on 01-May-2019

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Assalamualaikum

warahmatullah

hiwabarakatuh ,

salam sejahtera

dan salam 1 Malaysia.

Syukur alhamdulillah kerana dengan limpah kurnianya dapat kita

melaksanakan kerja-kerja yang telah dirancang dalam keadaan aman dan

sejahtera.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Pada 14 Mei lalu Majlis Perhimpunan Penjawat Awam sempena meraikan

Hari Pekerja bagi tahun 2010 telah diadakan di Pusat Konvensyen

Antarabangsa Putrajaya (PICC). Di majlis berkenaan, Y.A.B Perdana

Menteri telah menyampaikan amanat beliau yang mengajak kita sebagai

penjawat awam melihat bagaimana peranan dan kepimpinan kita dalam

jawatan masing-masing boleh disumbangkan sebagai satu kumpulan bagi

melahirkan sebuah kerajaan yang efektif. Beliau berkata, saiz sesebuah

jabatan atau agensi bukan menjadi ukuran, tetapi yang penting ia

hendaklah diuruskan secara berkesan atau effective.

Bagaimana untuk membentuk kerajaan yang efektif? Effective governmentterbahagi kepada dua iaitu peringkat makro dan mikro. Peringkat makro

ialah peringkat keseluruhannya dan kita perlu efisien dari segi memenuhi

jangkaan dan harapan rakyat jelata. Peringkat makro penting kerana kalau

tidak diuruskan dengan baik dan berkesan, maka sesebuah negara itu

boleh terjerumus dalam berbagai masalah seperti rusuhan dan keadaan

yang tidak menentu. Perkara ini berlaku kepada semua negara termasuk

negara sedang membangun dan juga negara maju.

Oleh itu soal effective govemment merupakan tanggungjawab kita

bersama dan ia kini terbukti dengan peningkatan ekonomi negara di luar

jangkaan iaitu sebanyak 10.1%. Ini terhasil kerana ada kefahaman di

kalangan penjawat awam yang memudahkan kita menangani segala

cabaran untuk meletakkan asas yang kukuh dalam pertumbuhan ekonomi

negara kita.

Dalam usaha untuk mentransformasikan pengurusan kerajaan, kita mesti

ada momentum iaitu momentum Government Transformation Programme(GTP). Kalau kita dapat mengurangkan rasuah, jenayah, dapat menolong

rakyat yang miskin, dapat membina prasarana, dapat membaik pulih

kemudahan pengangkutan awam dan juga dapat mencapai sasaran

Penunjuk Prestasi Utama (KPI) yang lain, maka kita akan dapat

mewujudkan momentum transformation government. Ini merupakan

sebahagian daripada effective government. Efektif kerana kita dapat

memenuhi harapan (expectation) rakyat yang semakin tinggi kerana

mereka kini lebih terdidik. Oleh itu Govemment TransformationProgramme hendaklah sepanjang masa selari dengan cara berfikir secara

inovatif dan kreatif. Sehubungan itu, Hari Kualiti telah ditukarkan kepada

Hari Inovasi dan terdapat cadangan untuk memberi ganjaran yang luar

biasa kepada pemenang anugerah inovasi perkhidmatan awam pada

tahun ini.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Y.A.B Perdana Menteri juga telah menyentuh mengenai Model Baharu

Ekonomi (new economic model) yang antaranya untuk meningkatkan

pendapatan perkapita negara dari AS$7,000 kepada AS$15 ribu dalam

masa 10 tahun. Perkara ini walaupun amat mencabar, namun ia boleh

dicapai dan ini juga melibatkan para penjawat awam yang pada masa kini

berpendapatan minimum RM1,000.

Beliau berkata, dalam hal ini paradigma kita perlu diubah sekiranya kita

ingin menjurus kepada knowledge economy dan innovative economy.

Terasnya ialah modal insan yang berkemahiran dan berilmu. Jadi untuk

membangunkan rakyat Malaysia yang berkemampuan tinggi, kita mesti

memberi gaji yang setimpal dengan kebolehan, ilmu dan kemahiran

meraka supaya setanding dengan negara-negara maju yang lain. Dalam

hal ini ia hendaklah berdasarkan kepada peningkatan produktiviti yang

amat penting diambil perhatian.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Y.A.B Perdana Menteri mengharapkan para penjawat awam dapat

membina momentum Government Transformation Programme danEconomic Transformation Programme supaya transformasi besar akan

berlaku kepada negara kita. Beliau berkata, lagi makmur negara ini, lagi

sejahtera para penjawat awam kita. Kerajaan akan terus membantu selagi

termampu supaya effective govemment dapat diwujudkan. Namun ia

bergantung kepada sokongan dan bantuan tuan-tuan dan puan-puan

sekalian. Kerajaan akan sentiasa memenuhi harapan rakyat dan di

samping itu menjaga untung nasib dan kebajikan para penjawat awam.

Sekian. Wassalam.

(DATO’ JUNAIDI BIN CHE AYUB)

Ketua Pengarah

Jabatan Perikanan Malaysia

Putrajaya

Jun 2010http://www.dof.gov.my

Amanat Ketua Pengarah PerikananAmanat Ketua Pengarah Perikanan

1

10 April 2010Y.B. Dato’ Seri Noh Bin Hj. Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tanimenyampaikan bantuan kepada 53 orang penternak ikan untuk ProgramPemuliharaan Kolam Terbiar Kawasan Hulu Selangor sempena Mini MAHA diPelasari Agriculture Sdn. Bhd. Kuala Kubu Bharu, Selangor.

2

1 Mei 2010Kursus Penyelenggaraan Akuarium sempena ”Program Aktiviti Hujung Minggu DiMAEPS” di Taman Pameran Pertanain Malaysia (MAEP), Serdang, Selangor.

20 Mei 2010Ceramah Program Kecerdasan disampaikan oleh penceramah jemputan sempenaProgram Kesihatan dan Kesejahteraan Kakitangan Jabatan Perikanan di DewanSerbaguna, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Putrajaya.

9 Mei 2010Y.B. Dato’ Seri Noh Bin Hj. Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tanimenyampaikan bantuan Program Peningkatan Hatceri Swasta kepada Encik AzmiMurad sempena “Showcase” Usahawan Malaysia dan Karnival Agro Hulu Langat diIKBN Dusun Tua.

10 Mei 2010Perhimpunan Bulanan Jabatan Perikanan diadakan di Ibu Pejabat Perikanan Malaysia,Putrajaya.

18 Mei 2010Seminar Methodologi Pengembangan Perikanan telah diadakan di Dewan SerbagunaKementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Putrajaya

16 Mei 2010Y.A.B. Dato’ Seri Dr.Zambry Bin Hj. Abdul Kadir,Menteri Besar Perak (kiri)bersama Y.B. Dato’ Mohd.Johari Bin Baharum,Timbalan Menteri Pertaniandan Industri Asas Tanimelawat gerai pameranJabatan Perikanansempena Larian AmalPerak 2010 di DataranPangkor, Pulau Pangkor.

26 April 2010Mesyuarat “Malaysia – Australia Agricultural Cooperation Working Group: Fisheries Sub-Working Group” telah diadakan di Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya.

(bersambung ke muka surat 3 )

23 Mei 2010Y.Bhg. Dato’ Junaidi Bin Che Ayub, Ketua Pengarah, Jabatan Perikanan Malaysiamelawat pameran produk perikanan sempena perasmian Bengkel Usahawan IndustriAsas Tani Bimbingan Jabatan Perikanan dan Pembimbing Usahawan di Melaka.

i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2010

Tajuk: Pemansuhan Bayaran Wad Kepada Pegawai danPesara Perkhidmatan Awam

Tujuan: Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untukmemaklumkan keputusan kerajaan untukmemansuhkan bayaran wad yang dikenakankepada pegawai dan pesara Perkhidmatan Awamapabila dimasukkan ke hospital Kerajaan untukmendapatkan rawatan.

Tarikh: 5 Mac 2010

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

ii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2010

Tajuk: Pelaksanaan Modul Penamatan Perkhidmatan –Urusan Persaraan Kerana Mencapai Umur55/56//58 Tahun, Urusan Persaraan Pilihan danFungsi Kematian Dalam Perkhidmatan

Tujuan: Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untukmemaklumkan pelaksanaan Modul PenamatanPerkhidmatan, Sistem Maklumat PengurusanSumber Manusia (HRMIS) khusus untukpenghantaran maklumat asas bakal pesara,permohonan percantuman perkhidmatan lepas,urusan persaraan kerana mencapai umur 55, 56atau 58 tahun, urusan persaraan pilihan danurusan merekodkan maklumat kematian bagianggota berpencen di semua agensi sektor awamserta memberi penerangan mengenai tindakanyang perlu diambil mengikut PekelilingPerkhidmatan Bil. 12 Tahun 2005 (PP Bil.12/2005).

Tarikh: 1 April 2010

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

iii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2010

Tajuk: Pemberian Bayaran Insentif Penempatan Sabah,Sarawak atau Labuan, Bayaran InsentifPerumahan Sabah, Sarawak atau Labuan danPemanjangan Kemudahan Perubatan KepadaPegawai Bukan Warganegara Yang DilantikSecara Kontrak (Contract of Service)

Tujuan: Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untukmelaksanakan keputusan Kerajaan untuk memberiBayaran Insentif Penempatan Sabah, Sarawakatau Labuan dan Bayaran Insertif PerumahanSabah, Sarawak atau Labuan kepada pegawaibukan warganegara yang dilantik secara kontrakdan berkhidmat di Sabah, Sarawak atau Labuan.

Tarikh: 18 Mei 2010

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

3

Dari JPA(Jabatan Perkhidmatan Awam)

Dari JPA(Jabatan Perkhidmatan Awam)

(bersambung ke muka surat 4 )

25 Mei 2010Y.B. Encik P. Kamalanathan, Ahli Parlimen Hulu Selangor menyampaikan bantuanProgram Peningkatan Hatceri Swasta kepada Encik Tan Kim Choon sempena MajlisPenyampaian Bantuan Dasar Jaminan Bekalan Makanan Daerah Hulu Selangor diAkademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, Selangor.

26 Mei 2010Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman Penerbitan Buku Berkaitan Sektor danPenyelidikan Perikanan di antara Jabatan Perikanan Malaysia dan Dewan Bahasa danPustaka disaksikan oleh Y.Bhg. Dato’ Mohd Mokhtar Bin Ismail, Ketua SetiausahaKementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Wisma Tani, Putrajaya.

27 Mei 2010Bengkel Perikanan diadakan sempena Konvensyen Jaminan Bekalan Makanan 2010 –2020 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

29 Mei 2010Y.B. Dato’ Seri Noh Bin Hj. Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyampaikanbantuan kepada Persataun Nelayan Pengerang sempena Majlis Perasmian Mini MAHADaerah Segamat, Johor.

(sambungan dari muka surat 2)

iv) Surat Edaran JPA.(SARAAN)(S)264/15/16-4 Jld.8 (60)

Tajuk: Pindaan Peraturan Permohonan PerbelanjaanKemudahan Perubatan Bagi Rawatan Di InstitutJantung Negara Sdn. Bhd.

Tujuan: Surat Edaran ini bertujuan untuk memaklumkanbahawa Kerajaan telah bersetuju supayaperaturan permohonan perbelanjaan kemudahanperubatan bagi rawatan di Institut Jantung NegaraSdn. Bhd. (IJNSB) sebagaimana yang ditetapkandalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009 (PP Bil. 21/2009) dipinda untukmembolehkan permohonan tersebutdipertimbangkan dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tarikh: 21 April 2010

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

v) Surat Edaran JPA.(S)K.134/4 Klt.9 (34)

Tajuk: Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan PangkatPerkhidmatan Awam 2010

Tujuan: Surat Edaran ini bertujuan untuk memaklumkanbahawa Peratutan-Peraturan Lembaga KenaikanPangkat Perkhidmatan Awam 2010 – P.U.(A)75/2010 telah diwartakan berkuat kuasa mulai 1April 2010. Peraturan ini adalah menggantikanPeraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan PangkatPerkhidmatan Awam 1986-P.U(A)151/1986.

Tarikh: 30 April 2010

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

vi) Surat Edaran JPA.(BPM)(S)146/45/1/ Klt. 6 (27)

Tajuk: Pengemaskinian Maklumat Profail PerkhidmatanDalam HRMIS

Tujuan: Surat Edaran ini bertujuan untuk memaklumkanbahawa JPA selaku agensi peneraju dalampembangunan dan pelaksanaan HRMIS telahmenyusun pelbagai strategi bagi memastikanHRMIS dapat dilaksanakan dengan lancar.Strategi yang diambil bagi mencapai matlamat initermasuklah mengeluarkan surat pekeliling dangaris panduan pelaksanaan, pemantauan,pengemaskinian melalui pangkalan HRMIS danmesyuarat-mesyuarat berkala dan melaksanakanPenunjuk Prestasi Utama (Key PerformanceIndicator, KPI).

Tarikh: 11 Mei 2010

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

vii) Surat Edaran JPA.(K)(S)269/2/2 Klt. 12 (21)

Tajuk: Penambahan Syarat PertukaranSementara/Peminjaman Bagi Pegawai YangDilantik Secara PertukaranSementara/Peminjaman

Tujuan: Surat Edaran ini bertujuan untuk memaklumkanbahawa pertukaran sementara/peminjamanmerupakan kaedah pengambilan pegawai tetapbagi melaksanakan sesuatu tugas tertentu dalamsesuatu tempoh yang ditetapkan tanpamemutuskan ikatan pegawai denganperkhidmatan hakikinya mengikut syarat yangdipersetujui antara pegawai, agensi dan PihakBerkuasa Melantik selaras dengan PekelilingPekhidmatan Bil. 12 Tahun 2008 – Dasar danProsedur Perlantikan Secara Peminjaman,Pertukaran Sementara dan Pertukaran Tetap (PP 12/2008.

Tarikh: 11 Mei 2010

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

viii) Surat Edaran JPA.(BPM)(S)146/45/1 Klt. 6 (22)

Tajuk: Buku ’Pengenalan dan Mekanisme PelaksanaanHRMIS’ Versi Terkini

Tujuan: Surat Edaran ini bertujuan untuk memaklumkanbahawa buku ‘Pengenalan dan MekanismePelaksanaan HRMIS’ telah dikeluarkan sebagailampiran kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 12Tahun 2005 bagi memudahkan pelaksanaanHRMIS di semua agensi sektor awam. Buku ini,antara lain, mengandungi pengenalan tentangHRMIS, penjelasan mengenai peranan agensi danpersediaan yang perlu dibuat oleh agensi sebelumHRMIS dapat dilaksanakan.

Tarikh: 22 April 2010

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

ix) Surat Edaran JPA 63/17/4 Klt. 7 (36)

Tajuk: Kelayakan Pembayaran Elaun TanggungjawabKhas Pemandu Dalam Pekeliling PerkhidmatanBil. 5 Tahun 2008

Tujuan: Surat Edaran ini bertujuan untuk memaklumkanbahawa pelaksanaan kenaikan pangkat secaraKhas Untuk Penyandang (KUP) bagi PegawaiKumpulan Sokongan yang telah berkhidmatselama 15 tahun dan lebih, sukacita dimaklumkanbahawa pelaksanaan pembayaran ElaunTanggungjawab Khas Pemandu seperti manayang diperuntukkan melalui perenggan 3 dalamPekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2008 dipinda.

Pemandu Kenderaan Gred R3 dan Gred R6 (samaada telah dinaikkan pangkat secara biasa atauKUP) yang dikhususkan memandu kenderaan-kenderaan:

(a) Kereta rasmi pegawai dalam Pengurusan Tertinggi Gred Utama ‘B’ dan ke atas serta Gred Khas ‘A’; atau

(b) Ambulans; atau (c) Kenderaan yang digunakan oleh Unit atau

Bahagian pencegahan yang terlibat di dalam tugas-tugas operasi pencegah; atau

(bersambung ke muka surat 5)

(sambungan dari muka surat 3)

4

Menurut kajian pakar Saintis Perairan Laut New Zealand,

cecair yang didapati di dalam kupang mempunyai kesan

menghentikan kesakitan akibat artritis dalam tempoh antara

tiga hingga enam minggu sahaja.

Menurut laporan dari arkib Utusan online, NT-Flamdihasilkan sepenuhnya daripada ekstrak kupang yang

hanya terdapat di perairan New Zealand sahaja di mana

kajian ke atas khasiat hidupan laut ini telah dijalankan sejak

tahun 1972 oleh pakar Saintis Perairan Laut New Zealand,

pengkaji produk laut. Menurut kajian ini NT-Flam bertindak

seolah-olah ‘minyak pelincir’ yang membantu melancarkan

pergerakan sendi seseorang terutama yang sudah kering

hingga berlaga atau berbunyi sehingga menimbulkan

kesakitan.

Proses menghasilkan produk ini mengambil masa lama dan

menggunakan teknologi tinggi. Selepas kupang dikutip,

proses mengumpul cecair daripada kupang dan seterusnya

proses menyejuk bekukan cecair ini yang dijalankan selama

12 hingga 16 jam sebelum ia dikeringkan dalam tempoh 23

jam untuk menukarkannya ke dalam bentuk ekstrak.

Kupang mengandungi khasiat dan galian yang mampu

membantu mengurangkan kesakitan sendi.

Artritis boleh didefinasikan sebagai kehilangan ‘cecair

pelincir’ penting bagi melancarkan pergerakan sendi seluruh

badan terutama bahagian lutut dan siku hingga

menimbulkan kesakitan kepada penghidapnya apabila

berjalan atau bergerak. Punca masalah ini banyak, namun

hasil kajian yang dibuat oleh pakar kesihatan, menunjukan

antara penyumbang utamanya adalah aktiviti kecergasan

saperti ahli sukan yang kekerapan menggunakan sendi

secara maksimum dan melakukan regangan otot, juga umur

yang semakin meningkat dan tekanan minda.

Pada peringkat serius, ia akan menyebabkan penghidapnya

tidak mampu bergerak atau berjalan dan menyebabkan

sendi membengkak. Penyakit artritis terbahagi kepada dua

jenis iaitu Rheumatoid yang dihidapi sejak kecil dan Osteoyang menyerang individu apabila mereka meningkat tua

terutamanya bagi yang berumur antara 40 hingga 60 tahun.

Maklumat ini telah disebarkan oleh pakar Saintis Perairan

Laut New Zeland dan memperakui bahawa NT-Flamdaripada ekstrak kupang yang terdapat di New Zealand

boleh membantu menghentikan kesakitan akibat ArtritisRheumatoid dan Osteo dalam tempoh antara tiga hingga

enam minggu juga menyarankan supaya pengambilan NT-Flam hendaklah diteruskan sebagai makanan tambahan.

Dari meja berita Arkib Utusan Online.

Panggilan Bagi Mereka Yang Mempunyai GelaranBerdasarkan Pencapaian Akademik

CECAIR KUPANGPENAWAR ARTRITIS

(SAKIT SENDI)

5

Tahukah Anda ?Tahukah Anda ?Tahukah Anda ?Tahukah Anda ?

Betulkan Ejaan AndaBetulkan Ejaan AndaBetulkan Ejaan AndaBetulkan Ejaan Anda

Bil. Pangkat/Gelaran Cara Mengalamatkan

1. Profesor Diraja, Profesor Yang Berbahagia (Y.Bhg.)Emeritus, Profesor, Profesor Madya, Insinyur, Doktor

Gelaran Keagamaan

Bil. Pangkat/Gelaran Cara Mengalamatkan

1. Mufti Rakyat Biasa:i. Yang Berbahagia (Y.Bhg.)ii. Sahibul Samahah atau

Sahibul Al-Samahah (S.A.S)

Kerabat Diraja:Yang Mulia (Y.M.)

2. Kadi i. Yang Arif (Y.A.)ii. Sahibul Fadhilah (S.F.)

3. Haji / Hajah / Imam/ Ustaz/ Rakyat Biasa:Ustazah / Alim Ulama Yang Berbahagia (Y.Bhg.)

Kerabat Diraja:Yang Mulia (Y.M.)

Gelaran keagamaan diberi kepada tokoh-tokoh dalam bidang agamaseperti Mufti, Kadi, Imam, Ustaz, Ustazah, Haji dan Hajah.

Yang Dipertuan Negeri/Perwakilan Negara-Negara Asing

Bil. Pangkat/Gelaran Cara Mengalamatkan

1. Yang Dipertua Negeri Tuan Yang Terutama (T.Y.T)Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

2. Duta Besar, Duta, Tuan Yang Terutama (T.Y.T)Pesuruhjaya Tinggi, Konsul dan pemimpin-pemimpin asing lain yang bukan raja.

(d) Kenderaan/jentera yang beratnya melebihi 5,000 kilogram.

Pemandu Kenderaan Gred R3 dan Gred R6 yangtidak dikhususkan memandu kenderaan-kenderaan seperti di perenggan (a) hingga (d)tetapi diarahkan untuk memandu kenderaan-kenderaan tersebut layak dibayar ElaunTanggungjawab Khas Pemandu tetapipembayarannya adalah secara proportionateberdasarkan bilangan hari menjalankan tugastersebut dengan syarat bagi setiap hari tersebutpegawai bertugas tidak kurang daripada empatjam sehari.

Hanya pemandu Kenderaan Gred R3 dan Gred R6 yang menjalankan tugas memandu kenderaanjentera tersebut sahaja yang layak dibayar ElaunTanggungjawab Khas Pemandu.

Tarikh: 18 Mei 2010

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

(sambungan dari muka surat 4)