j_qaf_teks

30
PANDUAN DASAR DAN PELAKSANAAN J-QAF 1. PENDAHULUAN Program j-QAF berasaskan idea YAB Perdana Menteri Malaysia yang telah dinyatakan secara khusus semasa lawatannya ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 30 Disember 2003. Cetusan idea ini telah diperhalusi di peringkat Kementerian Pelajaran melalui satu seminar j-QAF pada 3 hingga 5 Mac 2004. Program j-QAF telah dilaksanakan secara uji kaji dalam projek rintis selama 3 bulan dan berakhir pada Julai 2004. YAB Perdana Menteri telah bersetuju program ini dilaksanakan mulai tahun 2005. 2. KONSEP PROGRAM j-QAF Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam (PI) melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan fardu ain yang dilaksanakan di peringkat persekolah rendah. Pelaksanaan program ini menggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada. 3. OBJEKTIF PROGRAM j-QAF Setelah program ini dilaksanakan dengan baik dan berkesan semua murid Islam sekolah rendah akan dapat: a. menguasai bacaan dan tulisan Jawi; b. khatam al-Quran; c. menguasai asas Bahasa Arab Komunikasi; dan d. memantapkan dan menghayati amalan fardu ain. 4. KEPENTINGAN PROGRAM j-QAF Program j-QAF menjadi lebih penting sebagai suatu usaha ke arah memperkasakan PI yang sedia ada supaya semua bidang dalam PI iaitu bidang Tilawah al-Qur an, Akidah, Ibadah, Sirah Nabawi, Akhlak dan Jawi lebih berkesan dan dapat dihayati dan diamalkan dalam kehidupan.

Upload: zhasksg

Post on 10-Jun-2015

9.484 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: j_QAF_teks

Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF 1

PANDUAN DASAR DAN PELAKSANAAN J-QAF

1. PENDAHULUAN

Program j-QAF berasaskan idea YAB Perdana Menteri Malaysia yang telahdinyatakan secara khusus semasa lawatannya ke Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM) pada 30 Disember 2003. Cetusan idea ini telah diperhalusi di peringkatKementerian Pelajaran melalui satu seminar j-QAF pada 3 hingga 5 Mac 2004.Program j-QAF telah dilaksanakan secara uji kaji dalam projek rintis selama 3 bulan

dan berakhir pada Julai 2004. YAB Perdana Menteri telah bersetuju program inidilaksanakan mulai tahun 2005.

2. KONSEP PROGRAM j-QAF

Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam (PI) melaluipenekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan fardu ain

yang dilaksanakan di peringkat persekolah rendah. Pelaksanaan program inimenggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guruyang khusus digunakan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan,

pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan peruntukanjadual waktu sedia ada.

3. OBJEKTIF PROGRAM j-QAF

Setelah program ini dilaksanakan dengan baik dan berkesan semua murid Islamsekolah rendah akan dapat:

a. menguasai bacaan dan tulisan Jawi;

b. khatam al-Quran;

c. menguasai asas Bahasa Arab Komunikasi; dan

d. memantapkan dan menghayati amalan fardu ain.

4. KEPENTINGAN PROGRAM j-QAF

Program j-QAF menjadi lebih penting sebagai suatu usaha ke arah memperkasakanPI yang sedia ada supaya semua bidang dalam PI iaitu bidang Tilawah al-Quran,

Akidah, Ibadah, Sirah Nabawi, Akhlak dan Jawi lebih berkesan dan dapat dihayatidan diamalkan dalam kehidupan.

Page 2: j_QAF_teks

2 Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

4.1 Kepentingan Pemulihan Jawi

Jawi adalah sebahagian daripada komponen pendidikan Islam dan mula

dilaksanakan pada tahun 2003 dengan pendekatan pengajaran 2 waktuseminggu pada 6 bulan pertama di tahun Satu. Laporan pemantauanmengenainya mendapati penguasaan bacaan dan tulisan jawi perlu dibaiki

lagi. Ini bermakna jawi dalam pendidikan Islam semata-mata masih belummencukupi dan berkesan. Oleh itu pemulihan Jawi dalam j-QAF menjadikeutamaan khasnya kepada murid tercicir supaya semua murid boleh

menguasai Jawi setelah diberi bimbingan secara berterusan.

4.2 Kepentingan Khatam al-Quran

Al-Quran pula telah diajar sebagai sebahagian Pendidikan Islam dalam bidangAsuhan Tilawah al-Quran pada masa ini. Namun ia tidak menekankanpembelajaran sehingga khatam al-Quran kerana ia memerlukan bimbingan

berterusan daripada bilangan guru yang sesuai dengan nisbah murid yangmenepati pendekatan talaqi dan musyafahah (iaitu satu kaedah pembelajaransecara bersemuka dengan guru bagi mendengar, membetul kesalahan dan

menyebut semula dengan baik dan lancar). Oleh itu Pendidikan Islam padamasa ini hanya menjurus kepada kebolehan membaca sahaja manakalaaspek khatam tidak ditekankan di sekolah tetapi menyerahkannya kepada

masyarakat.

4.3 Kepentingan Bahasa Arab

Status Bahasa Arab Sekolah Rendah pada masa ini sebagai mata pelajaranbahasa tambahan. Ia diajar di sekolah-sekolah rendah secara berpilih danterhad. Tidak semua murid berpeluang mempelajarinya.

4.4 Kepentingan Fardhu Ain

Ramai ibu bapa masih belum berpuas hati dengan tahap pencapaian dan

penguasaan anak-anak mereka terhadap amalan fardu ain terutama dalamhal ibadah mendirikan solat.

5. MODEL-MODEL PROGRAM j-QAF

Untuk pelaksanaan 2005 lima model telah dikenalpasti iaitu 4 model pengajaran dan1 model kokurikulum. Model-model berkenaan adalah seperti berikut:

a. model Kelas Pemulihan Jawi;

b. model Tasmik;

Page 3: j_QAF_teks

Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF 3

c. model 6 bulan Khatam al-Quran;

d. model Pelaksanaan Perluasan Bahasa Arab Komunikasi;

e. model Bestari Solat (kokurikulum).

Pengukuhan program j-QAF hendaklah dilaksanakan melalui kelab, persatuan dan

aktiviti seperti berikut;

a. Kelab Seni Tulisan Jawi;

b. Kem Bina Juara;

c. Ihtifal Khatam al-Quran;

d. Kem Literasi al-Quran; dan

e. Persatuan Bahasa Arab.

6. MODEL-MODEL j-QAF

6.1 Model Kelas Pemulihan Jawi

Model Kelas Pemulihan Jawi diperjelaskan dalam Buku Panduan Pelaksanaan

Model Kelas Pemulihan Jawi. Ia akan diajar oleh guru khas pemulihan jawidalam waktu yang sama dengan kelas jawi biasa di semua sekolah denganmenggunakan modul pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang disediakan

oleh Kementerian Pelajaran. Semua sekolah hendaklah menubuhkan KelabSeni Tulisan Jawi dan menjalankan aktiviti pengukuhan di peringkat sekolahdengan menyediakan bahan-bahan bacaan tambahan yang bersesuaian serta

mempertingkatkan penggunaan kemudahan ICT sedia ada.

6.2 Model Khatam Al-Quran

Model-model khatam al-Quran diperjelaskan dalam buku PanduanPelaksanaan Program Khatam al-Quran Model 6 Bulan dan buku Panduan

Pelaksanaan Program Khatam al-Quran Model Tasmik.

6.2.1 Model 6 Bulan dilaksanakan mengikut garis panduan yang telahditetapkan dengan menggunakan peruntukan waktu PI sedia ada.

Model ini akan menggunakan pendekatan talaqi dan musyafahah(iaitu satu kaedah pembelajaran secara bersemuka dengan guru bagimendengar, membetul kesalahan dan menyebut semula dengan baik

dan lancar). Murid yang belum menguasai bacaan al-Quran dibimbingdengan kaedah IQRA ’ , sementara yang telah menguasainyaditeruskan menggunakan model khatam al-Quran modul 6 bulan.

Page 4: j_QAF_teks

4 Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

6.2.2 Model Tasmik pula dilaksanakan di luar waktu persekolahan normalmengikut kesesuaian, keupayaan murid dan waktu guru tasmik yang

terdiri daripada guru j-QAF, GPI, guru-guru mata pelajaran lain yangberkemampuan. Guru tasmik tersebut hendaklah dilantik secara rasmioleh pihak sekolah.

6.3 Model Perluasan Pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi

Bahasa Arab Komunikasi (BAK) yang sedang dilaksanakan secara terhadpada masa ini di sekolah-sekolah kebangsaan akan diperluaskan

pelaksanaannya di semua sekolah. Status mata pelajaran ini adalah sebagaimata pelajaran pilihan dan murid bukan Islam dibolehkan mengambil BAKsekiranya tidak mengambil mata pelajaran bahasa Cina Komunikasi dan

bahasa Tamil Komunikasi. Peruntukan waktu adalah 60 minit seminggu dandiajar oleh guru Bahasa Arab yang dilantik khusus. Model ini diperjelaskandalam Buku Panduan Peluasan Pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi.

6.4 Model Bestari Solat

Model Bestasi Solat diperjelaskan dalam Buku Panduan Pelaksanaan KemBestari Solat. Pelaksanaannya selama dua hari tanpa bermalam dengan

kekerapan 4 kali setahun. Ia dikategorikan sebagai aktiviti kokurikulum PI dandimasukkan dalam takwim sekolah. Pelaksanaannya juga memerlukankerjasama semua pihak terutama penglibatan PIBG, guru-guru sedia ada di

sekolah dan tidak semata-mata diserahkan kepada guru pendidikan Islam.

7. PELAKSANAAN PROGRAM j-QAF

Program j-QAF akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai 2005sehingga 2010 dengan unjuran pelaksanaannya seperti dinyatakan dalam jadual 1.Bagi maksud ini sebanyak 1221 buah sekolah akan terlibat pada tahun 2005. Adalah

dijangka pada tahun 2010 bilangan sekolah akan menjadi sebanyak 7835 buah.

Page 5: j_QAF_teks

Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF 5

7.1 UNJURAN PELAKSANAAN PROGRAM j-QAF DI SEKOLAH RENDAH

Jadual 1

Tahun 2005 2006 2007 2008* 2009* 2010*

Peringkatpenyertaan

Tahun 1 1221 1235 1247 827 766 762

Tahun 2 1221 1235 1247 827 766

Tahun 3 1221 1235 1247 827

Tahun 4 1221 1235 1247

Tahun 5 1221 1235

Tahun 6 1221

Bilangan 1221 2456 3703 4530 5296 6058penyertaan

* Unjuran baru oleh Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia.

7.2 GURU j-QAF

Jawatan guru j-QAF diwujudkan bagi pelaksanaan program j-QAF. Unjuranbilangannya seperti dalam jadual berikut:

UNJURAN BILANGAN GURU j-QAF DI SEKOLAH RENDAH

Tahun 2005 2006 2007 2008 2009 2010

Bilangan guru

Tahun 1 3663 3705 3741 3780 3819 4797

Tahun 3 1221 1235 1247 1260

(Tambahan

guru)

Tahun 3 1221 1235 1247

(Tambah 1 guru

bahasa Arab)

Jumlah Kumulatif 3663 7368 12330 18566 24867 32171

Guru j-QAF

Page 6: j_QAF_teks

6 Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

7.3 SASARAN

Sasaran program ini ialah murid-murid di Sekolah Rendah. Mulai tahun 2005

semua murid Tahun 1 di sekolah-sekolah yang terpilih akan melaksanakannyaterlebih dahulu. Murid-murid yang lain akan meneruskan pembelajaran sediaada dan dilibatkan dalam Ihtifal Khatam al-Quran bersama-sama murid Tahun

1. Sebanyak 1221 buah sekolah dengan 4,861 buah kelas dan seramai141,725 orang murid akan terlibat pada tahun 2005. Pada tahun 2006 jumlahsekolah yang melaksanakan program j-QAF ialah 1,235 buah sekolah yang

melibatkan seramai kira-kira 93,783 murid.

7.4 PENJADUALAN

7.4.1 Kelas Pemulihan Jawi dijalankan serentak dengan waktu pengajaran jawi

murid-murid biasa. Dalam tempoh 6 bulan pertama Tahun Satu jawidiajar selama 2 waktu seminggu. Selepas itu ia diajar selama 1 waktuseminggu pada 6 bulan kedua Tahun Satu dan keseluruhan Tahun Dua

hingga Tahun Enam dan dirumuskan seperti jadual berikut:

AGIHAN WAKTU PEMULIHAN JAWI

Tahun 6 bulan pertama 6 bulan kedua

Tahun 1 2 waktu seminggu 1 waktu seminggu

Tahun 2 1 waktu seminggu

Tahun 3 1 waktu seminggu

Tahun 4 1 waktu seminggu

Tahun 5 1 waktu seminggu

Tahun 6 1 waktu seminggu

7.4.2 Bagi Peluasan Pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi ia akandi laksanakan sepert imana pelaksanaan BAK sebagai bahasa

tambahan di SK pada masa ini, iaitu selama dua waktu seminggu. Iadiajar bersama-sama dengan mata pelajaran Bahasa Cina Komunikasidan Bahasa Tamil Komunikasi.

7.4.3 Model 6 Bulan Khatam al-Quran akan menggunakan waktu PIsebanyak 4 masa dalam tempoh 6 bulan pertama Tahun Satu hingga

Tahun Enam. Pada masa yang sama bagi murid yang belummenguasai bacaan al-Quran akan meneruskan kaedah IQRA’ . Pada

Page 7: j_QAF_teks

Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF 7

6 bulan kedua Asuhan Tilawah al-Quran menggunakan 3 waktu untukTahun Satu dan 2 waktu pada Tahun Dua hingga Tahun Enam dan

dirumuskan seperti jadual berikut:

AGIHAN WAKTU KHATAM AL-QURAN DAN ASUHAN TILAWAHAL-QURAN

Tahun 6 bulan pertama 6 bulan kedua(Khatam al-Quran) (Asuhan Tilawah

al-Quran)

Tahun 1 4 waktu seminggu 3 waktu seminggu

Tahun 2 4 waktu seminggu 2 waktu seminggu

Tahun 3 4 waktu seminggu 2 waktu seminggu

Tahun 4 4 waktu seminggu 2 waktu seminggu

Tahun 5 4 waktu seminggu 2 waktu seminggu

Tahun 6 4 waktu seminggu 2 waktu seminggu

7.4.4 Bagi Model Tasmik pelaksanaannya adalah di luar jadual waktupersekolahan.

7.4.5 Model Bestar i Solat akan di laksanakan di luar jadual waktupersekolahan. Ia dilaksanakan 4 kali setahun.

7.5 LATIHAN GURU

Urusan lat ihan perguruan dan pengambilan guru-guru pelat ih j-QAFdilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malay-sia. Bagi meningkatkan tahap profesionalisme guru-guru j-QAF, Kementerian

Pelajaran akan mengadakan latihan kepada mereka dari semasa ke semasadi dalam dan luar negara.

7.6 PENGIKTIRAFAN

Pihak KPM akan mengadakan satu program pengukuhan kepada program j-

QAF sebagai satu cara memberi galakan dan pengiktirafan kepada guru,murid dan masyarakat. Program tersebut dinamakan dengan Ihtifal Khatamal-Quran Sekolah-Sekolah. Program ini akan diadakan di semua peringkat;

sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.

Page 8: j_QAF_teks

8 Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

7.7 BAHAN DAN KEMUDAHAN

Bahan-bahan asas yang disediakan dalam program ini adalah Buku PanduanDasar, Pelaksanaan dan Pengurusan Kurikulum dan Ko-Kurikulum programj-QAF, buku panduan pelaksanaan model-model pengajaran j-QAF, dan

bahan-bahan contoh untuk pengajaran dan pembelajaran Kelas PemulihanJawi. Selain itu mushaf al-Quran, buku dan CD Iqra’ , Buku Rekod Bacaan,buku aktiviti jawi, buku teks Bahasa Arab Komunikasi, buku aktiviti Bahasa

Arab, bahan bantu belajar pemulihan jawi, perisian komputer bagi keempat-empat komponen j-QAF, bahan-bahan bacaan tambahan, tafsir al-Quran,kamus bahasa Arab, buku latihan khat Jawi, makmal j-QAF bilik khas j-QAF

dan peralatan ICT amat diperlukan bagi pengukuhan dan pengayaan programj-QAF supaya keberkesanannya berterusan.

7.8 PENTAKSIRAN

Pentaksiran berasaskan sekolah wajar dilaksanakan kepada program j-QAF.

Pihak sekolah hendaklah menyediakan sijil khas yang akan diselaraskan olehLembaga Peperiksaan Malaysia.

7.9 PEMANTAUAN DAN BIMBINGAN

Pegawai-pegawai j-QAF peringkat pusat dan negeri akan menjalankanpemantauan secara berterusan untuk memberi bimbingan bagi menjaminkeberkesanan pelaksanaan program ini. Laporan pemantauan akan dibuat

dari semasa ke semasa mengikut keperluan bagi mengenal pasti kelemahandan kekuatan program tersebut untuk diambil tindakan sewajarnya.

7.10 PELAKSANAAN DI SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS

Murid-murid istimewa dalam sistem pendidikan khas akan dilibatkan dalamprogram j-QAF. Kertas perancangan secara khusus telah disediakan olehJabatan Pendidikan Khas. Pelaksanaan ini memerlukan tenaga guru yang

khas, bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran, bahan-bahan sokongandan serta kemudahan-kemudahan lain.

8. PENUTUP

Adalah menjadi harapan KPM agar para pendukung j-QAF memahami hasrat pro-gram ini dan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. j-QAF boleh berfungsi

sebagai tonggak baru dalam memperkasakan Pendidikan Islam untuk membina jatidiri insan mukmin di samping merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Islamdalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Page 9: j_QAF_teks

Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF 9

PENGURUSAN KURIKULUM j-QAF DI SEKOLAH

1. PENDAHULUAN

Program j-QAF merupakan satu usaha bagi memperkasakan pendidikan Islamsesuai dengan kehendak perubahan masa, era teknologi tinggi yang menjadi teras

kepada kurikulum pembelajaran di Malaysia kini. Pengurusan program ini perludirancang dan dilaksanakan dengan baik sesuai dengan peraturan yang ada dankeperluan semasa. Panduan ini merangkumi pengurusan j-QAF di sekolah,

organisasi dan fungsi, dokumen pentadbiran dan pengurusan, serta penjadualan danpekeliling-pekeliling yang berkaitan.

2. TUJUAN

Kertas ini bertujuan:

2.1 Mempertingkatkan pemahaman mengenai struktur organisasi, fungsi dantugas panitia j-QAF di sekolah.

2.2 Mempert ingkatkan kerjasama dan muafakat guru-guru j-QAF untukmerancang, melaksanakan, menyelia dan memantau keberkesanan semuaprogram dan aktiviti yang berkaitan.

2.3 Menggembleng tenaga guru j-QAF dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti panitia.

2.4 Menggalakkan usaha secara muafakat untuk mencari penyelesaian masalah,kekangan dan hambatan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkaitandengan motivasi, sikap dan tabiat belajar.

2.5 Mempertingkatkan pendokumentasian data/maklumat berkaitan dengan j-QAF.

2.6 Membolehkan pencapaian objektif program j-QAF.

3. PENGURUSAN j-QAF DI SEKOLAH

Sesuatu organisasi akan menjadi kemas dan teratur apabila pengurusannya tersusun,teratur, mempunyai bidang tugas yang diselaraskan. Panduan pengurusan memberitumpuan kepada aspek organisasi kurikulum sekolah, fungsi panitia mata pelajaran,

organisasi kokurikulum dan fungsinya serta penjadualan mata pelajaran j-QAF. Amatmustahak pihak pengurusan sekolah menjadikan program j-QAF sebagai satu programsekolah yang perlu diberi perhatian secara menyeluruh. j-QAF sebagai satu usaha yang

memperkasa Pendidikan Islam dalam konteks sekolah sukar memberi impak yang wajarjika tidak mendapat penglibatan pihak pengurusan sekolah dan semua warga sekolah.Di bawah ini dijelaskan kedudukan guru j-QAF dalam konteks organisasi pengurusan

sekolah dalam hal kurikulum dan kokurikulum.

Page 10: j_QAF_teks

10 Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

4. CARTA ORGANISASI KURIKULUM SEKOLAH

4.1 JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH RENDAH

NAIB PENGERUSI NAIB PENGERUSI NAIB PENGERUSI

(Penolong Kanan) (Penolong Kanan HEM) (Penolong Kanan KOKO)

SETIAUSAHA

AHLI

• Semua Ketua Panitia

• Guru Penyelaras Jadual Waktu

• Guru Penyelaras Pusat Sumber

• Setiausaha Peperiksaan

• Kaunselor

• Guru Data

• Guru Penyelaras Etems

• Penyelaras ICT

4.2 BIDANG TUGAS JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH RENDAH

a. Merancang aktiviti kegiatan kurikulum sekolah dalam jangka pendek danjangka panjang.

b. Menentukan dasar dan peraturan kurikulum sekolah serta melaksanakan

arahan kementerian.

c. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa sekurang-kurangnya 4 kalisetahun.

d. Menentukan takwim dan jadual aktiviti kurikulum sekolah.

e. Memastikan penghayatan pelajar dalam kurikulum menyeluruh.

f. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kurikulum

peringkat zon/daerah dan negeri.

g. Memastikan semua guru mematuhi takwim dan jadual aktiviti yangditetapkan.

GURU BESAR(PENGERUSI)

Page 11: j_QAF_teks

Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF 11

h. Menentukan tarikh-tarikh utama kegiatan kurikulum seperti mesyuaratpanitia, penilaian dan lain-lain.

i. Menilai kegiatan dari semasa ke semasa dan menyediakan laporantahunan.

j. Membuat anggaran belanjawan dan mencari sumber kewangan.

k. Memberi pengiktirafan kepada guru dan murid yang menunjukkanprestasi cemerlang.

4.3 CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA PANITIA

GURU BESAR

(PENGERUSI)

PENGERUSI

(KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM)

NAIB PENGERUSI

(GURU j-QAF/GPI)

PENOLONG SETIAUSAHA

(GURU j-QAF/GPI)

BENDAHARI

(GURU j-QAF/GPI)

AHLI JAWATANKUASA

(GURU j-QAF/GPI)

4.4 PERANAN PANITIA MATA PELAJARAN

a. Memperoleh sukatan dan huraian sukatan pelajaran yang terkini.

b. Menyedia dan menyelaras rancangan pelajaran.

c. Memilih dan mencadangkan buku teks dan buku kerja jika perlu kepadapihak jawatankuasa kurikulum.

Page 12: j_QAF_teks

12 Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

d. Memilih dan mencadangkan buku bacaan tambahan untuk kegunaanpanitia mata pelajaran dan pusat sumber sekolah.

e. Mengadakan mesyuarat panitia mata pelajaran.

f. Merancang dan melaksanakan program peningkatan prestasi akademik.

g. Menyelaras soalan ujian dan peperiksaan, menganalisis keputusan

peperiksaan dan menyusun strategi mengatasi kelemahan murid.

h. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ahli panitia mata pelajaran

yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran.

i. Menyedia dan memperoleh bahan bantu mengajar.

j. Merancang program khas murid bermasalah 3M.

k. Menyedia dan memastikan prosedur keselamatan dipatuhi.

l. Memastikan bilik khas berada dalam keadaan kondusif untuk pengajaran

dan pembelajaran.

m. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk pelaksanaan kurikulum.

n. Mengurus perolehan mengikut tatacara kewangan.

o. Mengurus dan menyemak buku stok.

p. Memastikan fail-fail panitia berada dalam keadaan kemas kini.

4.5 PERANAN JAWATANKUASA PANITIA (j-QAF)

Peranan utama berkaitan j-QAF adalah seperti berikut:

4.5.1 Penasihat (Guru Besar)

a. Memastikan AJK j-QAF sekolah dibentuk.

b. Memastikan agar pengurusan dan pelaksanaan j-QAF sekolahberjalan berdasarkan kurikulum dan kokurikulum j-QAFKementerian Pelajaran Malaysia.

c. Memberi khidmat nasihat terhadap setiap pelaksana program/aktiviti persatuan.

4.5.2 Pengerusi (Ketua Panitia Pendidikan Islam)

a. Merancangkan aktiviti j-QAF sekolah bersama JK Induk.

b. Mempengerusikan setiap mesyuarat, perjumpaan dan taklimat.

c. Membantu dan bekerjasama dengan semua AJK persatuan agar

ia lebih efisyen dan sistematik.

Page 13: j_QAF_teks

Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF 13

d. Melaksanakan aktiviti yang telah dirancang.

e. Membuat penilaian aktiviti untuk pelaporan.

4.5.3 Naib Pengerusi (Guru j-QAF/Guru PI)

a. Menjalankan tugas-tugas pengerusi semasa ketiadaannya.

b. Membantu pengerusi dalam melaksanakan tugas-tugasnya.

4.5.4 Setiausaha (Guru j-QAF/Guru PI)

a. Membuat surat panggilan mesyuarat dan lain-lain urusan surat

menyurat.

b. Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat.

c. Menyediakan laporan dan dokumentasi.

d. Membantu dan berhubung rapat dengan pengerusi dan AJK.

e. Menerima arahan daripada pengerusi dari semasa ke semasa.

4.5.5 Penolong Setiausaha (Guru j-QAF/Guru PI)

Membantu tugas-tugas setiausaha dan lain-lain tugas yang disahkanoleh pengerusi dari semasa ke semasa.

4.5.6 Bendahari (Guru j-QAF/Guru PI)

a. Mengurus hal ehwal kewangan persatuan dan menyediakan

laporan penyata laporan kewangan.b. Memikirkan usaha-usaha untuk mengisi tabung persatuan

bersama-sama AJK yang lain.

4.5.7 Ahli Jawatankuasa (Guru j-QAF/Guru PI)

a. Melantik pengerusi dalam setiap aktiviti.

b. Bekerjasama dengan guru penasihat dan AJK Induk dalam

aktiviti yang melibatkan kependidikan seperti Program KemLiterasi Al-Quran, Kem Bina Juara, Kelab Seni Khat dan KemBestari Solat.

c. Melaksanakan arahan daripada pengerusi dari semasa ke semasa.

d. Menyediakan peralatan yang sesuai sepert i kerusi mejapenceramah dan peserta, persiapan pentas dan lain-lain.

e. Mengurus dan membuat tempahan tempat untuk melaksanakanaktiviti sesuai dengan keputusan mesyuarat.

f. Mengemas dan membersih semua peralatan yang digunakan.

g. Mengendalikan aktiviti luar.

Page 14: j_QAF_teks

14 Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

5. PROGRAM KOKURIKULUM j-QAF

Program Kokurikulum dilaksanakan melalui persatuan/kelab.

5.1 OBJEKTIF PENUBUHAN PERSATUAN/KELAB j-QAF DI SEKOLAHRENDAH

a. Murid dapat memantapkan penguasaan kurikulum j-QAF iaitu merangkumi

Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan fardu ain Bestari Solat.

b. Murid dapat pengalaman menguruskan organisasi secara lebih berkesan.c. Murid dapat mengukuh dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam j-QAF di

kalangan mereka.

d. Murid dapat meningkatkan dan memantapkan ilmu, amal dan akhlak.

5.2 CARTA ORGANISASI KOKURIKULUM SEKOLAH RENDAH

GURU BESAR

(PENASIHAT

GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

(PENGERUSI)

PENYELARAS KELAB DAN PERSATUAN

(SETIAUSAHA)

PENYELARAS BADAN PENYELARAS KELAB PENYELARAS SUKAN

BERUNIFORM DAN PERSATUAN & PERMAINAN

AJK (MURID) AJK (MURID) AJK (MURID) AJK (MURID)

Page 15: j_QAF_teks

Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF 15

5.3 BIDANG TUGAS JAWATANKUASA KOKURIKULUM SEKOLAH RENDAH

a. Merancang aktiviti kegiatan ko-kurikulum sekolah dalam jangka pendek

dan jangka panjang.

b. Menentukan dasar dan peraturan ko-kurikulum sekolah serta melaksanakanarahan kementerian.

c. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa sekurang-kurangnya 4 kalisetahun.

d. Menentukan takwim dan jadual aktiviti ko-kurikulum sekolah.

e. Memastikan penghayatan pelajar dan ko-kurikulum menyeluruh.

f. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulumperingkat zon/daerah dan negeri.

g. Memastikan semua guru mematuhi takwim dan jadual aktiviti yangditepati.

h. Menentukan tarikh-tarikh utama kegiatan ko-kurikulum seperti sukan

tahunan, merentas desa, perkhemahan dan lain-lain.

i. Menilai kegiatan dari semasa ke semasa dan laporan tahunan.

j. Membuat anggaran belanjawan mencari sumber kewangan.

k. Memberi pengiktirafan kepada guru dan murid yang menunjukkan prestasicemerlang.

Page 16: j_QAF_teks

16 Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

5.4 JAWATANKUASA KELAB DAN PERSATUAN (PERSATUAN j-QAF)

PENAUNG

(GURU BESAR)

PENYELARAS

(GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM)

(GURU j-QAF – AL-QURAN) (GURU j-QAF – B.ARAB)

PENASIHAT PENASIHAT

(PENGERUSI) (PENGERUSI) (PENGERUSI)

(MURID) (MURID) (MURID)

(NAIB PENGERUSI) (NAIB PENGERUSI) (NAIB PENGERUSI)

(MURID) (MURID) (MURID)

(SETIAUSAHA) (SETIAUSAHA) (SETIAUSAHA)

(MURID) (MURID) (MURID)

(PEN. SETIAUSAHA) (PEN. SETIAUSAHA) (PEN. SETIAUSAHA)

(MURID) (MURID) (MURID)

(BENDAHARI) (BENDAHARI) (BENDAHARI)

(MURID) (MURID) (MURID)

(AJK) (AJK) (AJK)

(MURID) (MURID) (MURID)

(GURU j-QAF – JAWI)

PENASIHAT

Page 17: j_QAF_teks

Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF 17

5.5 BIDANG TUGAS JAWATANKUASA KELAB DAN PERSATUAN (j-QAF)

a. Memastikan AJK j-QAF sekolah dibentuk.

b. Memastikan agar pengurusan dan pelaksanaan Persatuan j-QAF Sekolahberjalankan berdasarkan kurikulum dan kokurikulum program j-QAFKementerian Pelajaran Malaysia.

c. Memberi khidmat nasihat terhadap setiap pelaksanaan program/aktivitipersatuan.

6. TUGAS-TUGAS LAIN GURU j-QAF

Semua guru yang bertugas di sekolah tertakluk kepada tanggungjawab sampinganyang sememangnya wujud di sekolah. Tugas sampingan adalah untuk memantapkanpelaksanaan pengurusan sekolah oleh pihak pentadbir. Tugas-tugas ini adalah tugas

yang selain daripada tugas kurikulum dan kokurikulum seperti terlibat denganjawatankuasa PIBG, jawatankuasa komuniti, jawatankuasa surau atau masjid,Jawatankuasa Keselamatan Kampung dan sebagainya. Oleh itu guru-guru j-QAF

juga tidak terkecuali daripada tanggungjawab ini sepertimana guru-guru lainkhususnya Guru Pendidikan Islam.

7. KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR

Pelaksanaan program ini akan memerlukan beberapa kemudahan infrastruktur yangsesuai. Secara jangka panjang perkara ini akan dipertingkatkan. Pada masa inipihak sekolah melalui jawatankuasa kurikulum dan panitia Pendidikan Islam perlu

menyesuaikan kemudahan yang ada bagi membolehkan program j-QAF berjalanlancar dan mencapai objektif.

8. PENUTUP

Buku Panduan Pengurusan kurikulum dan kokurikulum program j-QAF ini diharapdapat menjadi panduan asas untuk rujukan para guru j-QAF dalam melibatkan diridalam alam persekolahan secara realiti. Meskipun begitu masih banyak lagi perkara

yang perlu dilalui dan dipelajari oleh para guru di sekolah untuk menjadikan merekalebih matang dan berpengalaman. Pengurusan j-QAF yang lebih licin dan lancarsecara profesional adalah amat diperlukan agar matlamat dan cita-cita penubuhan

j-QAF ini dapat dicapai dengan jayanya.

Page 18: j_QAF_teks

18 Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

PEKELILING-PEKELILING

Lampiran 1

Pekeliling Pengurusan Panitia Mata Pelajaran

Bahagian Sekolah-Sekolah,

Kementerian Pendidikan Malaysia,

Tingkat 12—14,

Bangunan Bank Pertanian,

Leboh Pasar Besar,

50604 Kuala Lumpur Telefon: 03-2922066

Kawat: Pelajaran

Ruj. Kami: KB (BS) 8591/Jld.II(44)

Tarikh: 13 Mac 1986

Semua Pengarah Pelajaran Negeri Malaysia.

YB Datuk/Tuan,

Per: Surat Pekeliling Ikhtisas

Bil. 41986 Panitia Mata Pelajaran

Dalam menjalankan kerja-kerja penyeliaan sekolah-sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah,

jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Daerah, salah satu perkara yang hendak diselia

adalah tentang kewujudan dan keberkesanan panitia mata pelajaran di sekolah-sekolah.

Adalah didapati bahawa ada sekolah-sekolah yang telah menubuhkan panitia mata

pelajaran dan dapat berfungsi dengan baik dan ada pula di sebaliknya. Walau

bagaimanapun, sama ada panitia mata itu berfungsi atau tidak, Kementerian Pelajaran

difahamkan bahawa pihak-pihak yang telah membuat penyeliaan ini telah ditanya oleh

pihak sekolah, atas dasar atau arahan manakah, panitia mata pelajaran ini perlu

ditubuhkan.

2. Oleh yang demikian, surat pekel i l ing ini dikeluarkan dengan tujuan untuk

memberitahu pihak sekolah tentang perluanya penubuhan panitia mata pelajaran, supaya

dengan ini, penubuhan dua hala di antara pihak sekolah dengan pihak-pihak yang

membuat penyeliaan dapat diadakan dengan lebih berkesan lagi.

Page 19: j_QAF_teks

Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF 19

3. Berikut adalah panduan mengenai panitia mata pelajaran dan pihak sekolah adalah

dikehendaki menubuhkan atau memperkemaskan lagi panitia mata pelajaran supaya

keberkesanan pengajaran-pengajaran di sekolah dapat ditingkatkan.

3.1 Latar Belakang

Kebanyakan para pelajar dalam pembelajaran dan motivasi serta minat mereka

terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajari mempunyai hubungan rapat

dengan kebolehan dan kekesanan guru yang mengajar. Guru tidak ragu-ragu

lagi mempunyai peranan yang penting dalam menentukan sama ada matlamat

pencapaian akademik para pelajar di sekolah tercapai atau tidak.

Menyedari hakikat ini, maka ada wajar bagi guru yang terlibat atau mengajar

sesuatu mata pelajaran yang sama, menggembleng tenaga mereka dan

menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan/atau tugas-tugas mengajar sebagai pendidik.

Mereka juga harus mempunyai semangat bekerjasama, saling membantu dan

berkongsi fikiran, pengalaman serta kepakaran untuk memperbaiki lagi

kecekapan dan kekesanan mereka. Dengan demikian, guru yang mengajar

sesuatu mata pelajaran berpeluang untuk bekerjasama dan menyelaraskan

usaha mereka dengan lebih terkelola dan bersepadu. Dengan wujudnya badan

ikhtisas seumpama ini, guru yang menganggotainya juga berpeluang untuk

mencari penyelesaian kepada masalah-masalah, bukan sahaja dalam bidang

pengajaran, bahkan juga masalah yang berhubung dengan motivasi, sikap dan

tabiat belajar pelajar.

3.2 Struktur dan Organisasi

3.2.1 Panitia mata pelajaran adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai

oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran yang sama di

sesebuah sekolah. (Sekolah-sekolah kecil yang bilangan gurunya

sedikit adalah difikirkan tidak perlu menubuhkan pelbagai panitia mata

pelajaran);

3.2.2 Badan ini hendaklah dipimpin dan dikendalikan oleh Guru Besar atau

Pengetua Sekolah;

3.2.3 Semua Ketua Panitia mata pelajaran adalah secara automatik menjadi

ahli-ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Pelajaran masing-masing

di dalam Jawatankuasa tersebut dan menjadi sebagai penghubung di

antara ahli panitia dengan Guru Besar atau Pengetua Sekolah;

Page 20: j_QAF_teks

20 Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

3.2.4 Keputusan-keputusan yang diambil oleh tiap-tiap panitia di dalam

perjumpaan-perjumpaan berhubung dengan isu-isu masalah-masalah

kurikulum dan pengajaran perlu dibawa oleh ketua panitia kepada Guru

Besar atau Pengetua atau Penolong Kanannya, sama ada untuk

mendapat penyelesaian atau makluman;

3.2.5 Di sekolah-sekolah di mana Jawatankuasa Kurikulum Sekolah belum

ditubuhkan, Ketua panitia masih memainkan peranan penting untuk

berhubung dengan Guru Besar atau Pengetua bagi membentangkan

masalah-masalah atau isu-isu yang sedang dihadapi dan mensyorkan

segala cadangan atau permintaan ahli-ahli panitia berhubung dengan

keperluan pengajaran dan pembelajaran.

3.3 Tujuan Panitia Mata Pelajaran

Berikut adalah di antara beberapa tujuan yang dikenal pasti untuk panitia mata

pelajaran:

3.3.1 Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan kekesanan pengajaran-

pembelajaran;

3.3.2 Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar

yang inovatif dan boleh mendorong sera menggerakkan kecenderungan

para pelajar terhadap pembelajaran;

3.3.3 Memperbaiki prestasi pelajar di dalam peperiksaan (berasaskan

sekolah dan awam) dalam mata pelajaran berkenaan berpandukan atau

berasaskan kepada prestasi/target yang ditunjukkan dalam rancangan

akademik sekolah;

3.3.4 Mewujudkan semangat kerjasama di antara panitia mata pelajaran

dengan persatuan kelab akademik.

3.4 Peranan Panitia Berikut adalah di antara perkara yang dianggap perlu

dilaksanakan oleh panitia, sejajar dengan peranannya sebagai sebuah

badan ikhtisas.

3.4.1 Memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru atau kemas kini untuk

kegunaan ahli-ahli panitia;

3.4.2 Menyediakan rancangan mengajar untuk ketiga-tiga penggal dalam

tahun persekolahan. Rancangan mengajar ini diselaraskan di antara

Page 21: j_QAF_teks

Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF 21

guru dalam sesuatu tingkatan/darjah dan juga di antara tingkatan/darjah

di mana ada kaitan;

3.4.3 Memil ih dan mencadangkan kepada pentadbiran sekolah buku

teks untuk digunakan oleh pelajar berdasarkan kepada kesesuaian

buku itu dari segi kehendak sukatan pelajaran dan tahap kebolehan

mereka;

3.4.4 Memil ih dan mencadangkan buku rujukan atau bahan bacaan

tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran para pelajar

dan kegunaan guru untuk dibekalkan di pusat sumber sekolah;

3.4.5 Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan (berasaskan

sekolah) yang disediakan bagi tiap-tiap tingkatan atau darjah dan jika

perlu, menubuhkan bank soalan;

3.4.6 Mengkaji dan menganalisa keputusan peperiksaan pelajar dalam tiap-

tiap peperiksaan berasaskan (khususnya peperiksaan pertengahan dan

akhir tahun) dan mengambil langkah-langkah untuk mengatasi

kelemahan-kelemahan pelajaran dan pembelajaran;

3.4.7 Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala sekurang-kurangnya

sekali sepenggal dan mengadakan perjumpaan secara ‘ ad-hoc’ jika

perlu;

3.4.8 Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara

formal atau tidak formal) untuk memikirkan dan membincangkan

masalah-masalah atau isu-isu yang berkaitan seperti maslaah-masalah

yang berhubung dengan kaedah mengajar serta mencari penyelesaian

kepada masalah atau isu tersebut;

3.4.9 Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi

setelah mengikuti kursus atau seminar dengan ahli-ahli lain;

3.4.10 Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di

sekolah dan menjalani hubungan kerja yang boleh membantu bagi

mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran;

3.4.11 Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran

dengan panit ia-panit ia di sekolah-sekolah berhampiran atau

sekawasan;

3.4.12 Bekerjasama dengan lain-lain panitia dan membantunya dalam usaha

Page 22: j_QAF_teks

22 Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

ke arah memajukan pelajar yang lemah dalam mata-mata pelajaran

tertentu;

3.4.13 Melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli untuk menyediakan

minit mesyuarat dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia;

3.4.14 Menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit atau laporan

mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkenaan.

4. Harap Y.B. Datuk/Tuan memaklumkan kandungan Surat Pekeliling ini kepada semua

sekolah.

Sekian.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

t.t.

(HAJI JUMAAT BIN DATO’ HAJI MOHD. NOOR)

Bahagian Sekolah

Ketua Pengarah Pendidikan,

Kementerian Pendidikan Malaysia.

Page 23: j_QAF_teks

Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF 23

Lampiran 2

Struktur Organisasi, Fungsi dan Tugas Panitia j-QAF

Lampiran 2.1: Sampel Organisasi Panitia j-QAF

2.1.1 Penaung – Guru Besar

2.1.2 Penasihat – Penolong Kanan Kurikulum

2.1.3 Ketua Panitia

2.1.4 Penolong Ketua Panitia

2.1.5 Setiausaha

2.1.6 Bendahari

2.1.7 Penyelaras Makmal Bahasa

2.1.8 Penyelaras Buku Analisis Peperiksaan

2.1.9 Penyelaras Bank Soalan

2.1.10 Penyelaras Papan Kenyataan

2.1.11 Penyelaras Pameran dan Pertandingan

2.1.12 Penyelaras Kalimatus Sobah

2.1.13 Penyelaras Hubungan Luar

2.1.14 Penyelaras Mini Perpustakaan

Page 24: j_QAF_teks

24 Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

PEJABAT KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

ARAS 8, BLOK ES

KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,

62604 PUTRAJAYA

Tel: 03-8884 6077

Faks: 03-8889 4548

Web: http://www.moe.gov.my

Rujukan kami: KP(85) 8591/Jld. XVII(13)

Tarikh: 30 Disember 2004

Semua Pengarah Pelajaran Negeri

Y.Bhd. Datuk/Dato’ /Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 13/2004

PELAKSANAAN PROGRAM j-QAF DI SEKOLAH RENDAH

Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memaklumkan bahawa Program

j-QAF akan dilaksanakan mulai 2005 yang akan melibatkan semua murid Tahun 1 di

sekolah-sekolah rendah terpilih. Pelaksanaan program ini akan diikuti oleh sekolah-

sekolah lain pada tahun-tahun berikutnya secara berperingkat-peringkat.

2. Program j-QAF adalah suatu usaha untuk memperkasakan Pendidikan Islam melalui

penekanan khusus kepada pengajaran Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu ‘ Ain.

Peruntukan jadual waktu Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Komunikasi sedia ada akan

digunakan untuk menjayakan program ini.

3. Pelaksanaan Program j-QAF menggunakan kurikulum dan model tersendiri yang

merangkumi:

3.1 Model Kelas Pemulihan Jawi

Model Kelas Pemulihan Jawi dijalankan oleh guru j-QAF untuk memulihkan

murid yang keciciran dalam Jawi. Ia dilaksanakan serentak dengan waktu

pengajaran Jawi murid-murid biasa. Murid yang keciciran dalam jawi ini

hendaklah diasingkan dan dididik di tempat yang bersesuaian. Dalam tempoh

Page 25: j_QAF_teks

Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF 25

6 bulan pertama tahun 1, Jawi diajar selama 2 waktu seminggu. Manakala 6

bulan berikutnya diajar selama 1 waktu seminggu. Jumlah bilangan murid bagi

Model Kelas Pemulihan Jawi hendaklah di antara 6 hingga 10 orang.

3.2 Model 6 bulan Khatam al-Quran

Model 6 Bulan Khatam al-Quran akan menggunakan 4 waktu Pendidikan Islam

dalam tempoh 6 bulan pertama di Tahun 1. Manakala pada 6 bulan kedua,

pengajaran al-Quran menggunakan 3 waktu untuk Tahun Satu dan 2 waktu

untuk Tahun 2 hingga Tahun 6. Proses pengajaran dan pembelajaran

hendaklah menggunakan pendekatan talaqi dan musyafahah (iaitu satu kaedah

pembelajaran secara bersemuka dengan guru bagi mendengar, membetul

kesalahan dan menyebut semula dengan fasih dan lancar).

3.3 Model Tasmik Khatam al-Quran

Model Tasmil Khatam al-Quran dilaksanakan di luar jadual waktu persekolahan

dan hendaklah dijalankan sepanjang tahun persekolahan. Guru j-QAF

bertanggungjawab melaksanakan model ini. Pihak sekolah boleh melantik guru

Pendidikan Islam dan guru mata pelajaran lain yang berkebolehan dan sesuai

untuk menjadi pembimbing dalam melaksanakan model ini apabila diperlukan.

3.4 Model Peluasan Pelaksanakan Bahasa Arab Komunikasi

Model Peluasan Pelaksanakan Bahasa Arab Komunikasi (BAK) akan

dilaksanakan seperti mana pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi sebagai

bahasa tambahan di sekolah kebangsaan pada masa ini, iaitu 2 waktu

seminggu. Pengajaran dan Pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Arab

Komunikasi hendaklah dimasukkan dalam jadual waktu rasmi persekolahan

seperti mana yang dijelaskan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas: Bil. 8 Tahun

2002 KP (BS) 8591 jilid XVII (8) bertarikh 1 Oktober 2002: Penawaran Mata

Pelajaran Bahasa Tambahan di Sekolah Kebangsaan (SK).

Status mata pelajaran ini adalah sebagai mata pelajaran pilihan. Walau

bagaimanapun murid hendaklah memilih BAK sekiranya tidak mengambil mata

pelajaran Bahasa Cina Komunikasi atau Bahasa Tamil Komunikasi.

3.5 Model Bestari Solat (Kokurikulum)

Model Bestari Solat adalah model kokurikulum yang dilaksanakan di luar jadual

waktu persekolahan. Program ini hendaklah dilaksanakan 4 kali dalam tempoh

Page 26: j_QAF_teks

26 Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

setahun. Satu Jawatankuasa Pelaksana di peringkat sekolah hendaklah

dibentuk untuk mengendalikan Kem Bestari Solat tersebut.

4. Guru-guru yang terlibat dalam pelaksanaan Program j-QAF adalah guru j-QAF dan

guru Pendidikan Islam. Guru-guru lain boleh dilibatkan sama berdasarkan keperluan

sekolah.

5. Pihak pentadbir sekolah hendaklah menyusun jadual waktu pengajaran dan

pembelajaran dengan terancang supaya program ini dapat dilaksanakan dengan lancar

dan teratur. Empat waktu bagi pengajaran Khatam al-Quran dan 2 waktu bagi Pemulihan

Jawi hendaklah dimasukkan ke dalam jadual waktu pada 6 bulan pertama di Tahun 1.

Manakala 3 waktu Khatam al-Quran dan 1 waktu Pemulihan Jawi dijalankan pada 6 bulan

kedua Tahun 1. Contoh Jadual waktu dan Panduan Penjadualan boleh dirujuk dalam Buku

Panduan Dasar dan Pengurusan Kurikulum dan Kokurikulum terbitan JAPIM, dan diberi

percuma kepada sekolah-sekolah yang terlibat.

6. Surat Pekeliling Ikhtisas ini hendaklah dibaca bersama dengan Surat Siaran KPM

Bil. (JAPIM) 5206/4/4/1. Jld. 2 (4) bertarikh 03 Januari 2003: Pelaksanaan Jawi dan

al-Quran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam KBSR/KBSM Tahun

2003.

Sila maklumkan kandungan surat pekel i l ing ikht isas ini kepada pegawai yang

bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat. Pelajaran Gabungan Daerah,

Guru-Guru Besar sekolah-sekolah yang terpilih di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Dato’ /

Tuan/Puan.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

TAN SRI ABDUL RAFIE BIN MAHAT

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Page 27: j_QAF_teks

Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF 27

s.k

1. Y.B. Dato’ Sri Hishammuddin Bin Tun Hussein

Menteri Pelajaran Malaysia

2. Y.B. Dato’ Noh bin Omar

Timbalan Menteri Pelajaran

3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim

Timbalan Menteri Pelajaran

4. Y.B. Puan Komala Devi

Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran

5. Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran

6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran

7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran

8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pelajaran

9. Ketua Nazir Sekolah

10. Penasihat Undang-Undang

11. Pegawai Perhubungan Awam

Page 28: j_QAF_teks

28 Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

BAHAGIAN KEWANGANKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAARAS 6, 7 & BLOK E12KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL EPUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN62604 PUTRAJAYA Telefon: 03-8884 6000

Fax No: 03-88847679

Ruj. Tuan : KP.1602/900/A-1/SJ.6 Jld.1/(79)Ruj. Kami :Tarikh : 30 Oktober 2006

PengarahBahagian Sekolah

PengarahJabatan Pendidikan Teknikal

PengarahJabatan Pendidikan Khas

PengarahJabatan Pendidikan Islam dan Moral

PengarahJabatan Pendidikan Jasmani dan Sukan

Semua Pengarah Pelajaran Negeri

Tuan,

TATACARA PERAKAUNAN UNTUK PERUNTUKAN PROGRAM j-QAF KEMENTERIANPELAJARAN MALAYSIA

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Peruntukan j-QAF telah disalurkan oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral(JAPIM) kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) untuk diagihkan kepada sekolah-sekolahdi bawah kawalan masing-masing.

3. Sehubungan dengan itu, tatacara perakaunan bagi peruntukan j-QAF adalah sepertiberikut:

Kumpulan Wang Lajur Buku Tunai Akaun Subsidiari Sekolah

Kerajaan Pelbagai j-QAF Semua sekolahrendah danmenengah

Page 29: j_QAF_teks

Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF 29

Pihak sekolah dikehendaki memasukkan peruntukan j-QAF yang diterima di bawah lajur(column) Pelbagai dan menyelenggara akaun subsidiari bagi peruntukan tersebut. Pihaktuan diminta untuk memaklumkan kepada sekolah-sekolah di bawah kawalan tuanmengenai tatacara perakaunan ini.

5. Sekiranya pihak tuan mempunyai sebarang masalah atau kesulitan, pihak tuan bolehmenghubungi Unit Akaun Sekolah di talian 03–8884 7548 / 7508 / 7553.

Sekian, terima kasih.

‘ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

‘ TINGKATKAN PRODUKTIVITI KURANGKAN KOS’

Saya yang menurut perintah,

(KAMARUDIN B HJ ABD GHANI)Bahagian Kewanganb.p Ketua SetiausahaKementerian Pelajaran Malaysia

No. Tel : 03-88847445No. Faks : 03-88886240

s.k

SetiausahaBahagian Kewangan

SetiausahaBahagian Audit Sekolah

Timbalan SetiausahaCawangan Bajet

Timbalan SetiausahaCawangan Perancangan dan Sistem

Timbalan SetiausahaCawangan Pentadbiran Kewangan

Fail Timbul

Page 30: j_QAF_teks

30 Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

Ne

ge

ri

U

nju

ran

Pe

nye

rta

an

Se

kola

h 2

00

6–

20

10

20

05

20

06

20

07

20

08

20

09

20

10

PE

RL

IS1

41

51

61

25

5TA

HU

NB

IL S

EK

OL

AH

KE

DA

H9

89

91

00

60

40

16

20

05

12

21

PU

LA

U P

INA

NG

51

52

53

24

24

26

20

06

12

35

PE

RA

K1

32

13

31

33

75

75

75

20

07

12

47

SE

LA

NG

OR

12

81

29

12

99

79

79

62

00

88

27

WP

KU

AL

A L

UM

PU

R4

34

44

51

01

01

42

00

97

66

NE

GE

RI

SE

MB

ILA

N5

25

35

43

74

04

92

01

07

62

ME

LA

KA

40

41

41

23

24

25

60

58

JOH

OR

143

144

144

115

115

114

PA

HA

NG

8384

8410

010

015

5

TE

RE

NG

GA

NU

6970

7144

4445

KE

LA

NTA

N89

9091

6464

16

SA

BA

H14

714

815

110

063

62

SA

RA

WA

K12

812

913

263

6363

WP

LA

BU

AN

44

33

21

JU

ML

AH

12

21

12

35

12

47

82

77

66

76

2

JUM

LA

H S

EK

OL

AH

ME

LA

KS

AN

A

PR

OG

RA

M J

-QA

F H

ING

GA

TA

HU

N 2

01

0

Un

jura

n b

aru

pe

nye

rta

an

se

kola

h m

ula

i 2

00

8–

20

10

un

tuk

pro

gra

m j

-QA

F y

an

g d

ica

da

ng

kan

ole

h B

SM

pa

da

3 O

kto

be

r 2

00

6 d

i H

ote

l d

e P

alm

a A

mp

an

g