jpu.doc

15
Pengenalan Pentaksiran merupakan aktiviti mengumpul, merekod, memberi skor, menginterpretasi, menghurai maklumat tentang pembelajaran bagi seorang pelajar bagi sesuatu tujuan tertentu. Ia melibatkan suatu proses untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Penghakiman melibatkan hal-hal seperti pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai. Proses pendidikan pula melibatkan operasi, dapatan dan hasil. Jadual penentuan ujian adalah sebuah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksir, pemberatan setiap konstruk, konteks dan pemberatan taburan aras kesukaran. Pengukuran adalah suatu proses yang penting ketika membuat penilaian khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Alat pengukuran yang kurang berkualiti akan menghasilkan penilaian yang meragukan. Pembinaan jaduan penentun ujian untuk memastikan pembinaan alat pengukuran yang sah dan boleh dipercayai. Kepentingan Jadual Penentuan Ujian Menurut Bhasah Abu Bakar dalam bukunya Asas Pengukuran Bilik Darjah, berikut merupakan antara kepentingan Jadual Penentuan Ujian : a) Menstabilkan taraf, mutu dan aras kesukaran sesuatu ujian dari setahun ke setahun b) Menyamakan taraf, mutu dan aras kesukaran sesuatu ujian walaupun dibina oleh orang yang berlainan c) Menetukan kesahan dan kebolehpercayaan ujian dari segi kandungan d) Menentukan jumlah item, aars kesukaran dan wajaran bagi setiap item / soalan dalam ujian Selain itu, jadual penentuan ujian juga bertujuan; 1

Upload: siti

Post on 18-Dec-2015

222 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

PengenalanPentaksiran merupakan aktiviti mengumpul, merekod, memberi skor, menginterpretasi, menghurai maklumat tentang pembelajaran bagi seorang pelajar bagi sesuatu tujuan tertentu. Ia melibatkan suatu proses untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Penghakiman melibatkan hal-hal seperti pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai. Proses pendidikan pula melibatkan operasi, dapatan dan hasil. Jadual penentuan ujian adalah sebuah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksir, pemberatan setiap konstruk, konteks dan pemberatan taburan aras kesukaran. Pengukuran adalah suatu proses yang penting ketika membuat penilaian khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Alat pengukuran yang kurang berkualiti akan menghasilkan penilaian yang meragukan. Pembinaan jaduan penentun ujian untuk memastikan pembinaan alat pengukuran yang sah dan boleh dipercayai.Kepentingan Jadual Penentuan UjianMenurut Bhasah Abu Bakar dalam bukunya Asas Pengukuran Bilik Darjah, berikut merupakan antara kepentingan Jadual Penentuan Ujian :a) Menstabilkan taraf, mutu dan aras kesukaran sesuatu ujian dari setahun ke setahun

b) Menyamakan taraf, mutu dan aras kesukaran sesuatu ujian walaupun dibina oleh orang yang berlainan

c) Menetukan kesahan dan kebolehpercayaan ujian dari segi kandungan

d) Menentukan jumlah item, aars kesukaran dan wajaran bagi setiap item / soalan dalam ujian

Selain itu, jadual penentuan ujian juga bertujuan;a) Mengesan hasil pembelajaran yang patut dikuasai b) Mengesan kemajuan yang telah diperolehi c) Menentukan penempatan murid mengikut kebolehan d) Tindakan susulan yang boleh diambil oleh guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran (www.infomurid.com/itembank/reference/jsu.ppt)Langkah-langkah Penyediaan Jadual Penetuan UjianMenurut Bhasah Abu Bakar dalam bukunya Asas Pengukuran Bilik Darjah terdapat 5 langkah utama dalam menyediakan Jadual Penentuan Ujian, iaitu :

1) Menentukan kandungan sukatan mata pelajaran atau kemahiran yang hendak diujiMenyenaraikan tajuk atau objektif dalam sukatan mata pelajaran. Menetukan bilangan soalan/item yang dibina bagi setiap aras kemahiran mestilah bertepatan dengan penekanan dalam kurikulum dan juga kepentingan tajuk/ kemahiran dalam kurikulum. Guru haruslah memastikan ujian yang dibina itu benar-benar dapat mencerminkan kurikulum itu sendiri walaupun kandungan yang dipililh merupakan sebagai repreresentatif daripada kandungan keseluruhan kurikulum. Guru haruslah dapat memberikan pemberatan yang saksama atau yang seimbang antara kandungan dan kemahiran yang diperlukan daripada kurikulum berkenaan.

2) Menetukan jenis soalan/item yangs esuai digunakan

Keadaan ini bergantung kepada guru sama ada sesuaitu tajuk atau objektif itu terletak pada aras kemahiran rendah (mengingat seperti fakta-fakta atau memahami sahaja sudah mencukupi) atau pada kemahiran tinggi (aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian). Guru haruslah menentukannya terlebih dahulu berdasarkan kurikulum yang diajar. Seandainya guru perlu menguji pada kemahiran rendah, maka jenis ujian berikut boleh digunakan : Objektif pelbagai pilihan

Mengisi tempat kosong

Padanan

Benar-salah

Soalan pendek

Soalan/item yang menguji pelajar pada peringkat kemahiran yang lebih tinggi atau kerap kali disebut sebagai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK), maka jenis soalan /item berikut boleh digunakan :

Objektif pelbagai pilihan

Soalan jawapan pendek

Soalan berstruktur

Soalan esei

Kalau diperhatikan terdapat tindanan antara kemahiran rendah dan kemahiran tinngi dalam menyediakan jenis soalan/item. Keadaan ini wujud bergantung kepada guru. Jenis soalan/item berkenaan boleh digunakan dalam kedua-dua situasi berkenaan kemahiran tinggi atau kenahiran rendah. Apa yang membezakan antara kemahiran rendah atau tinggi adalah terletak pada pendekatan pelajar menjawab soalan berkenaan dan aktiviti kognitif yang berlaku pada mental pelajar.Dalam soalan objektif pelbagai pilihan guru boleh membina item pada peringkat analisis dan pelajar boleh menjawabnya pada peringkat analisis, sekiranya pelajar berkenaan benar-benar menganalisis stem (pernyataan) untuk memilih jawapan. Pelajar juga cuba menganalisis pilihan (opsyen) yang diberikan untuk mementukan jawapan yang tepat sekali. Pelajar juga boleh mendapatkan jawapan tanpa melakukan analisis kepada stem atau opsyen. Pelajar terus menghitam A atau B atau C sebagai jawapan. Di sini tidak terdapat sebarang aktiviti analisis yang berlaku pada kognitif pelajar. Pelajar akan mendapat jawapan betul dengan kebarangkalian 0.25 (empat pilihan jawapan). Begitu juga halnya dengan soalan benar-salah. Pelajar akan mendapat jawapan betul dengan kebarangkalian 0.5. oleh itu adalah disyorkan untuk menguji pada peringkat tinggi. Guru boleh menggunakan soalan jawapan pendek atau esei. Pemilihan soalan pada peringkat kemahiran rendah atau tinggi adalah bergantung kepada kehendak kurukulum yang digunakan. 3) Pembahagian bilangan soalan/ item bagi bagi setiap bidang dalam sukatan mata pelajaran dan menentukan masa yang diperuntukkan bagi setiap ujian

Jumlah item yang hendak dibina bergantung kepada jenis soalan yang hendak dibuat dan masa yang dikhaskan untuk ujian. Umumnya, bagi ujian bilik darjah, guru dibenarkan menggunakan satu waktu mengajar lebih kurang 40 minit atau 30 minit bagi sekolah menengah atau sekolah rendah. Di samping itu, ia juga bergantung kepada kompleksiti (kesukaran) ujian yang akan dibina. Sesuatu ujian itu biasanya dibuat dengan kadar 25%, 40% atau 35% ; di mana 25% soalan berkemahiran rendah, 40% soalan berkemahiran sederhana dan 35% soalan berkemahiran tinggi. Kemahiran rendah, sederhana dan tinggi adalah relative mengikut aras perkembangan pelajar.Pengetahuan kefahaman 25%

Kefahaman aplikasi

40%

Analisis penilaian

35%

Pada peringkat UPSR soalan boleh dibuathingga ke aras sintesisi. Sintesis di sini adalah setaraf dengan sintesis peringkat UPSR, di mana prosedur sintesis diamalkan. Dalam apa-apa hal sekali pun, peringkat kemahiran yang hendak diuji adalah terletak pada objektif kurikulum berkenaan. Oleh itu guru haruslah mahir dan dapat memberi penekanan yang lebih terhadap kandungan kurikulum. Ini untuk mengelakkan pelajar cuba menjawab soalan di luar kebolehan mereka atau diluar sukatan pelajaran dan menjadikan ujian pembinaan guru itu tak sah.

Bilangan soalan yang dibina haruslah cukup untuk menerima kemahiran pelajar dalam kandungan/tajuk atau perlakuan yang diajar. Lebih banyak soalan dimasukkan maka lebih masa diperlukab nagi pelajar untuk menjawabnya maka lebih panjang lagi ujiannya. Oleh itu ujian bulanan adalah lebih ringkas berbanding ujian semester. Ujian bulanan hanya memuatkan pengajaran dalam tempoh sebulan, manakala ujian semester meliputi apa yang telah diajar untuk satu semester dan bersifat lebih sumatif berbanding dengan ujian bulanan.

Dalam konteks ujian di bilik darjah semua ujian yang dibina adalah ujian kuasa (power test). Oleh itu pelajar haruslah diberikan masa yang mencukupi untuk menjawab semua item. Untuk menentukan masa yang mencukupi bagi sesuatu ujian pencapaian ialah dengan memastikan sekurang-kurangnya 85% pelajar dapat menjawab semua soalan dalam ujian berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi tempoh masa bagi sesuatu ujian.a) Jenis item soalan subjektif atau soalan objektifb) Aras perkembangan kognitif pelajar

Murid sekolah rendah (Tahun 1 ke Tahun 6)

Pelajar sekolah menengah rendah (Tingkatan 1 ke Tingkatan 5)

Pelajar sekolah menengah atas (Tingkatan 6 Rendah ke Tingkatan 6 Atas)

c) Aras kebolehan pelajarPelajar cemerlang

Pelajar sederhana

Pelajar lemah

d) Panjang dan kompleksnya item Bilangan item dan penggunaan rangsangan dalam item

e) Kemahiran yang diuji Kemahiran mengingat boleh menggunakan masa yang singkat, berbanding item yang memerlukan kemahiran tinggif) Sama ada memerlukan komputasi (berbentuk kualitatif atau kuantitatif)

4) Menentukan aras kemahiran yang diperlukanMenetapkan soalan/item dari setiap bahagian mata pelajaran untuk menggambarkan bahawa pelajar dapat menguasai mata pelajaran berkenaan sekiranya mereka lulus ujian berkenaan. 5) Menentukan aras kesukaran itemBagi ujian objektif pelbagai pilihan, kesukaran item dinyatakan dalam nilap-p iaitu perkadaran pelajar yang dapat menjawab dengan betul. Kerap kali perkadaran ini ditulis dalam bentuk peratusan yang dapat menjawab dengan betul. Seandainya dalam kelas itu mengandungi 30 orang pelajar dan bilangan pelajar yang mendapat jawapan betul bagi item 7 ialah 8 orang sahaja ; maka nilai-p bagi item 7 ialah 0.27 (8/30) atau 27% kesukaran. Keadaan ini agak berlainan bagi soalan jenis esei. Soalan esei tidak menetapkan betul salah bagi sesuatu soalan/item. Markah diberikan berdasarkan prestasi pelajar menjawab sesuatub soalan/item berkenaan. Oleh itu, sekiranya markah penuh bagi sesuatu ujian itu ialah 10, maka pelajar boleh mendapat markah antara 0 hingga 10. Oleh itu, kesukaran soalan esei adalah bergantung kepada skor purata bagi soalan berkenaan. Contoh :

Markah penuh bagi Soalan 7 ialah 10 dan skor min pelajar bagi Soalan 7 ialah 6.78. maka kesukaran bagi soalan 7 ialah 0.67 atau 68% kesukaran (6.78/10 x 100).Jadual Penentuan Ujian

BilKandunganKemahiranJumlah ItemWajaran (%)

PengetahuanKefahamanAplikasiAnalisisSintesisPenilaian

1Asas Kepada Perdagangan12,3,4457.1

2Unsur Perdagangan5,67342.9

Jumlah item3317

Wajaran (%)42.942.914.2100

Formula Wajaran = Jumlah item dalam bab / jumlah item keseluruhan x 100%

Contoh kiraan wajaranWajaran Bab Asas Kepada Perdagangan (4/7) x 100% = 57.1%Wajaran Bab Unsur Perdagangan

(3/7) x 100% = 42.9%

Wajaran aras pengatahuan (3/7) x 100% = 42.9%

Wajaran aras kefahaman

(3/7) x 100% = 42.9%

Wajaran aras aplikasi

(1/7) x 100% = 14.4%

Soalan Objektif (6 item)1- Apakah maksud pengeluaran?A Proses pengeluaran barang dengan mesinB Aktiviti menghasilkan barang dan perkhidmatanC Aktiviti yang melibatkan penggunaan wang dalam pengeluaranD Proses menghasilkan makanan, pakaian dan tempat perlindunganSoalan/item 1 dipilih daripada bab pertama (Asas Kepada Perdagangan). Ia merupakan soalan yang berada pada aras kemahiran pengetahuan. Pada aras ini, pelajar diberi penekanan kepada proses mengingat kembali sesuatu fakta yang telah dipelajari (maksud pengeluaran).2- Kemajuan dalam bidang teknologi membolehkan pengeluaran dijalankan secara besar-besaran. Apakah faedah kepada pengguna?A Mengurangkan pembaziranB Mengurangkan harga barangC Mengurangkan kos pengeluaranD Mengurangkan kos simpanan stok3- Antara yang berikut, yang manakah bukan kesan pengkhususan dalam pengeluaran terhadap pekerja?A Menjadi lebih cekap dan mahirB Dapat dilatih dalam masa yang singkatC Berpeluang membuat kerja berdasarkan kemahiranD Dapat menghsilkan barang mengikut daya kreativitiSoalan/item 2 dan 3 juga diambil daripada bab pertama (Asas Kepada Perdagangan). Ia memerlukan kefahaman pelajar tentang sesuatu perkara. Ia menguji pelajar apa yang telah dipelajari dan menyatakan implikasi/akibat daripada sesuatu perkara. Dalam soalan 2, pelajar perlu memahami faedah yang disumbang oleh bidang teknologi dalam proses pengeluaran.

Berdasarkan soalan 3, pelajar dikehendaki mentafsir dan membuat rumusan daripada sesuatu perkara yang berlaku. Dalam soalan ini, pelajar perlu memahami kesan pengkhususan dalam pengekuaran terhadap pekerja. Oleh itu, soalan ini telah diletakkan pada aras kefahaman.

4- Apakah faktor yang membezakan antara usahawan dengan peniaga?

A Menjalankan aktiviti jual beliB Mementingkan keuntunganC Berusaha untuk maju dalam perniagaanD Melakukan pembaharuan kepada sesuatu produk

Soalan/item 4 diambil daripada bab pertama (Asas Kepada Perdagangan). Ia berada pada aras kefahaman kerana ia memerlukan pelajar membuat perbezaan antara usahawan dengan peniaga.5. Bantuan perniagaan ialah aktiviti yang melancarkan lagi aktiviti perniagaan. Berikut antara bantuan bantuan perniagaan, kecuali..

A. Pengangkutan

B. Pergudangan

C. Promosi

D. Lokasi6. Mengimport barang-barang dari negara luar untuk diproses dan dieksport semula merujukA. Perniagaan import

B. Perniagaan eksport

C. Perniagaan entrepot

D. Perniagaan bebas cukai

Soalan/item 5 dan 6 diambil daripada bab kedua (Unsur Perdagangan). Soalan/item ini dibina pada aras perngetahuan dan menghendaki pelajar mengingati kembali atau mengenal fakta, istilah, strategi menyelesaikan masalah dan peraturan.

Soalan 5 menghendaki pelajar mengetahui bantuan-bantuan perniagaan dalam melancarkan aktiviti perniagaan.

Soalan 6 pula menghendaki pelajar mengetahui maksud perniagaan import, eksport, dan entreport.

Soalan Esei (1 item)7- Mengeluarkan baju kemeja ( menghantar baju kemeja ke kedai ( menjual baju kemeja.Berdasarkan maklumat diatas, jelaskan perkaitan antara pengeluaran ,perdagangan dan perniagaan.Soalan/item 7 diambil daripada bab kedua (Unsur Perdagangan). Soalan/item ini dibina pada aras penggunaan, memerlukan pelajar menggunakan maklumat yang telah didapati daripada satu situasi dan digunakan kepada satu keadaan yang berbeza dari apa yang telah dipelajari. Atau menggunakan peraturan, prinsip, prosedur, generalisasi dan formula untuk menyelesaikan masalah. Pelajar dikehendaki mengaplikasikan perkaitan antara pengeluaran (mengeluarkan baju kemeja), perdagangan (menghantar baju kemeja ke

kedai) dan perniagaan (menjual baju kemeja).

.Rumusan

Jadual penentuan ujian perlu disediakan oleh guru apabila ingin menyediakan ujian untuk menentukan sama ada ujian itu sah atau boleh dipercayai. Pembinaan item soalan yang teliti dapat mengelakkan keputusan ujian diragui. Selain itu, setiap guru mata pelajaran perlu bertanggungjawab dalam memastikan pencapaian murid setara dengan apa yang diharapkan oleh guru. Jadual penentuan ujian dapat membantu guru menyediakan ujian yang terbaik dan sesuai dengan tahap dan kebolehan seseorang pelajar. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu mencapai objektif pengajaran dengan berkesan dan terancang selaras dengan kehendak pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.Bibliografi

Bahagian Kurikulum Teknikal Dan Vokasional. 2003. Huraian Sukatan Pelajaran Tingkatan 4 dan 5 Perdagangan. Edisi Kedua. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan Dalam Penerbitan Malaysia. Bhasah Abu Bakar. 2009. Asas Pengukuran Bilik Darjah. Edisi Kedua. Quantum Books, Tanjung Malim, Perak.

Hajah Rukiah binti Ahmad Tabon. Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru. Diakses pada 1 November 2012. Www. informurid.com/itembank/reference/jsu.ppt.

Norlida binti Ab. Wahab dan Osman bin Hamzah. 2012. Perdagangan Tingkatan 4. Edisi Pertama. Asia Galaxy Sdn. Bhd. Petaling Jaya, Selangor.11