jpa.bk (s) 241/87 jld. 4(10) no. siri: kerajaan malaysia ... - jawi… peperiksaan subjek...

19
1 JPA.BK (S) 241/87 Jld. 4(10) No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011 PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM TUJUAN 1. Tujuan Surat Pekeliling Perkhidmatan ini adalah untuk menjelaskan mengenai pelaksanaan peperiksaan perkhidmatan awam selaras dengan keputusan Kerajaan memperkenalkan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). LATAR BELAKANG 2. Selaras dengan pelaksanaan SBPA, Kerajaan telah memutuskan antara lain, pemendekan tempoh percubaan dari satu (1) hingga tiga (3) tahun kepada enam (6) bulan hingga dua (2) tahun dan perubahan terma Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) kepada Peningkatan Secara Lantikan (PSL). Berikutan keputusan tersebut, pelaksanaan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Umum dan Subjek Jabatan serta Peperiksaan Khas PSL memerlukan perubahan dari segi syarat menduduki peperiksaan, sukatan dan pelaksanaannya. 3. Perubahan yang dilaksanakan di bawah Surat Pekeliling ini melibatkan dua (2) peperiksaan perkhidmatan berikut:

Upload: vuongnhi

Post on 01-Feb-2018

288 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: JPA.BK (S) 241/87 Jld. 4(10) No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA ... - jawi… Peperiksaan Subjek Umum.pdf · hingga dua (2) tahun dan perubahan terma Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL)

1

JPA.BK (S) 241/87 Jld. 4(10) No. Siri:

KERAJAAN MALAYSIA

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

TUJUAN

1. Tujuan Surat Pekeliling Perkhidmatan ini adalah untuk menjelaskan mengenai

pelaksanaan peperiksaan perkhidmatan awam selaras dengan keputusan Kerajaan

memperkenalkan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

LATAR BELAKANG

2. Selaras dengan pelaksanaan SBPA, Kerajaan telah memutuskan antara lain,

pemendekan tempoh percubaan dari satu (1) hingga tiga (3) tahun kepada enam (6) bulan

hingga dua (2) tahun dan perubahan terma Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL)

kepada Peningkatan Secara Lantikan (PSL). Berikutan keputusan tersebut, pelaksanaan

Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Umum dan Subjek Jabatan serta Peperiksaan Khas PSL

memerlukan perubahan dari segi syarat menduduki peperiksaan, sukatan dan pelaksanaannya.

3. Perubahan yang dilaksanakan di bawah Surat Pekeliling ini melibatkan dua (2)

peperiksaan perkhidmatan berikut:

Page 2: JPA.BK (S) 241/87 Jld. 4(10) No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA ... - jawi… Peperiksaan Subjek Umum.pdf · hingga dua (2) tahun dan perubahan terma Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL)

2

a) Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Umum dan Subjek Jabatan bagi tujuan

pengesahan dalam perkhidmatan; dan

b) Peperiksaan Khas PSL bagi menggantikan kelayakan masuk akademik untuk

peningkatan secara lantikan ke skim perkhidmatan yang lebih tinggi.

Peperiksaan perkhidmatan bagi tujuan insentif kewangan seperti Bayaran Insentif Tugas

Pengurusan Stor, Bayaran Insentif Tugas Kewangan, Hadiah Kenaikan Gaji dan Elaun

DwiBahasa masih dilaksanakan mengikut dasar yang berkuat kuasa.

GLOSARI ISTILAH

4. Istilah yang digunakan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan ini adalah seperti di

Lampiran A.

SYARAT DAN KELAYAKAN

5. Pegawai yang disyaratkan menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Umum dan

Subjek Jabatan adalah pegawai dalam tempoh percubaan tertakluk kepada syarat yang

ditetapkan dalam skim perkhidmatan. Walau bagaimanapun, pegawai yang dilantik secara

lateral (pelantikan ke gred kenaikan pangkat) adalah dikecualikan daripada menduduki

peperiksaan perkhidmatan ini.

6. Pegawai yang skim perkhidmatannya memperuntukkan PSL layak menduduki

Peperiksaan Khas PSL sekiranya memenuhi syarat berikut:

a) telah disahkan dalam perkhidmatan;

b) telah berada di skim perkhidmatan semasa sekurang-kurangnya tiga (3) tahun;

dan

c) diperakukan oleh Ketua Jabatan.

Page 3: JPA.BK (S) 241/87 Jld. 4(10) No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA ... - jawi… Peperiksaan Subjek Umum.pdf · hingga dua (2) tahun dan perubahan terma Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL)

3

7. Pegawai yang gagal mencapai tahap yang ditetapkan atau tidak menghadiri

Peperiksaan Khas PSL yang berkenaan tanpa alasan yang munasabah hendaklah dikenakan

tindakan penangguhan sebanyak tiga (3) siri Peperiksaan Khas PSL oleh panel peperiksaan.

Pegawai hanya layak menduduki semula peperiksaan tersebut setelah diperakukan oleh Ketua

Jabatan.

PELAKSANAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN SUBJEK UMUM

8. Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Umum dilaksanakan seperti berikut:

a) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertanggungjawab menggubal sukatan

Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Umum mengikut tiga (3) Tahap Keperluan

Penguasaan (TKP) iaitu Tahap Asas, Pertengahan dan Lanjutan;

b) JPA bertanggungjawab menyediakan soalan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek

Umum mengikut TKP yang telah ditetapkan;

c) Ketua Perkhidmatan bertanggungjawab menentukan TKP Subjek Umum bagi

skim perkhidmatan di bawah tanggungjawabnya;

d) Panel Peperiksaan Kementerian/Negeri/Agensi hendaklah mengemukakan

permohonan untuk mendapatkan soalan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek

Umum kepada JPA sekurang-kurangnya enam (6) minggu sebelum tarikh

peperiksaan;

e) Kementerian/Negeri/Agensi bertanggungjawab melaksanakan Peperiksaan

Perkhidmatan Subjek Umum bagi skim perkhidmatan yang berkenaan; dan

f) Panel Peperiksaan Kementerian/Negeri/Agensi bertanggungjawab mengurus

dan mengeluarkan keputusan peperiksaan yang telah dilaksanakan.

Carta aliran pelaksanaan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Umum seperti di Lampiran B.

9. Tahap penguasaan pegawai mengenai perkara asas kompetensi adalah berbeza

mengikut keperluan skim perkhidmatan masing-masing. Sehubungan itu, TKP Peperiksaan

Perkhidmatan Subjek Umum ditetapkan mengikut kandungan subjek dan bentuk soalan.

Perincian penetapan TKP mengikut kandungan subjek dan bentuk soalan seperti di Jadual 1.

Page 4: JPA.BK (S) 241/87 Jld. 4(10) No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA ... - jawi… Peperiksaan Subjek Umum.pdf · hingga dua (2) tahun dan perubahan terma Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL)

4

Jadual 1: Penetapan TKP Mengikut Kandungan Subjek Dan Bentuk Soalan

Tahap KeperluanPenguasaan

(TKP)

Perkara

Asas Pertengahan Lanjutan

Kandungan Subjek

PengurusanKewangan

Undang-Undang Kerajaan

Arahan Perbendaharaan

Arahan Keselamatan

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam

Perintah-Perintah Am

Panduan Pengurusan Pejabat

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA)

Bentuk Soalan Aneka pilihan:100%

Aneka pilihan: 60%

Esei: 40%

Esei: 100%

10. Ketua Perkhidmatan hendaklah menggunakan syarat kelayakan masuk dan kategori

perkhidmatan sebagai asas dalam menentukan TKP yang bersesuaian bagi skim

perkhidmatan di bawah tanggungjawabnya. Asas penentuan TKP Peperiksaan Perkhidmatan

Subjek Umum seperti di Jadual 2.

Jadual 2: Asas Penentuan TKP Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Umum

SyaratKelayakan

Masuk

KategoriPerkhidmatan

PMR/SPM STPM/Diploma Ijazah

Teknikal / BukanPentadbiran

Asas Asas atauPertengahan

Pertengahan atauLanjutan

Pentadbiran Asas atauPertengahan

Pertengahan atauLanjutan

Lanjutan

Page 5: JPA.BK (S) 241/87 Jld. 4(10) No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA ... - jawi… Peperiksaan Subjek Umum.pdf · hingga dua (2) tahun dan perubahan terma Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL)

5

PELAKSANAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN SUBJEK JABATAN DANPEPERIKSAAN KHAS PSL

11. Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Jabatan dan Peperiksaan Khas PSL dilaksanakan

seperti berikut:

a) Lembaga Peperiksaan Kementerian/Negeri/Agensi bertanggungjawab

meluluskan sukatan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Jabatan dan

Peperiksaan Khas PSL mengikut skim perkhidmatan di bawah

tanggungjawabnya;

b) Panel Peperiksaan Kementerian/Negeri/Agensi bertanggungjawab

menyediakan soalan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Jabatan dan

Peperiksaan Khas PSL mengikut skim perkhidmatan yang berkenaan;

c) Kementerian/Negeri/Agensi bertanggungjawab melaksanakan Peperiksaan

Perkhidmatan Subjek Jabatan dan Peperiksaan Khas PSL bagi skim

perkhidmatan yang berkenaan; dan

d) Panel Peperiksaan Kementerian/Negeri/Agensi bertanggungjawab mengurus

dan mengeluarkan keputusan peperiksaan yang telah dilaksanakan.

Carta aliran pelaksanaan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Jabatan dan Peperiksaan Khas

PSL seperti di Lampiran C.

STRUKTUR PENGURUSAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

Lembaga Peperiksaan Perkhidmatan Awam

12. Lembaga Peperiksaan Perkhidmatan Awam (LPPA) hendaklah ditubuhkan dengan

keanggotaan seperti berikut:

Page 6: JPA.BK (S) 241/87 Jld. 4(10) No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA ... - jawi… Peperiksaan Subjek Umum.pdf · hingga dua (2) tahun dan perubahan terma Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL)

6

a) Pengerusi : Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (yangbertanggungjawab terhadap pembangunan sumbermanusia).

b) Ahli : Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi, JPA atauwakil;

Pengarah Bahagian Perkhidmatan, JPA atau wakil; dan

Wakil-wakil lain yang berkaitan dan bersesuaian.

c) Urus Setia : Bahagian Perkhidmatan, JPA.

Kuorum Lembaga hendaklah sekurang-kurangnya tiga (3) orang termasuk Pengerusi.

13. Bidang kuasa LPPA meliputi perkara-perkara berikut:

a) menentukan dasar peperiksaan perkhidmatan awam;

b) meluluskan sukatan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Umum bagi semua

pegawai dalam perkhidmatan awam;

c) meluluskan sukatan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Jabatan dan

Peperiksaan Khas PSL bagi Perkhidmatan Gunasama di bawah Ketua

Pengarah Perkhidmatan Awam;

d) melantik Panel Peperiksaan;

e) memantau dan mengawal piawaian pelaksanaan peperiksaan; dan

f) mempertimbangkan isu-isu lain berkaitan dengan pelaksanaan peperiksaan.

Lembaga Peperiksaan Kementerian/Negeri/Agensi

14. Lembaga Peperiksaan di peringkat Kementerian/Negeri/Agensi hendaklah ditubuhkan

dengan keanggotaan seperti berikut:

Page 7: JPA.BK (S) 241/87 Jld. 4(10) No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA ... - jawi… Peperiksaan Subjek Umum.pdf · hingga dua (2) tahun dan perubahan terma Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL)

7

a) Pengerusi : Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian / TimbalanSetiausaha Kerajaan Negeri / Timbalan Ketua Agensi(yang bertanggungjawab terhadap pengurusan sumbermanusia).

b) Ahli : Ketua-Ketua Jabatan / Bahagian di bawah Kementerian /Negeri / Agensi;

Pengarah / Setiausaha Bahagian Pengurusan SumberManusia; dan

Wakil-wakil lain yang berkaitan dan bersesuaian.

c) Urus Setia : Bahagian/Unit yang bertanggungjawab terhadappengurusan sumber manusia.

Kuorum Lembaga hendaklah sekurang-kurangnya tiga (3) orang termasuk Pengerusi.

15. Bidang kuasa Lembaga Peperiksaan Kementerian/Negeri/Agensi meliputi perkara-

perkara berikut:

a) meluluskan penentuan TKP Subjek Umum bagi skim perkhidmatan di bawah

tanggungjawab Kementerian/Negeri/Agensi;

b) meluluskan sukatan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Jabatan dan

Peperiksaan Khas PSL bagi skim perkhidmatan di bawah tanggungjawab

Kementerian/Negeri/Agensi;

c) melantik Panel Peperiksaan;

d) memantau dan mengawal piawaian pelaksanaan peperiksaan; dan

e) mempertimbangkan isu-isu lain berhubung sesuatu peperiksaan.

Panel Peperiksaan

16. Panel Peperiksaan ditubuhkan bagi membantu Lembaga Peperiksaan dalam

melaksanakan peperiksaan perkhidmatan dengan keanggotaan seperti berikut:

Page 8: JPA.BK (S) 241/87 Jld. 4(10) No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA ... - jawi… Peperiksaan Subjek Umum.pdf · hingga dua (2) tahun dan perubahan terma Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL)

8

a) Pengerusi : Wakil Ketua Perkhidmatan di bawah PerkhidmatanGunasama atau Pengarah/Setiausaha Bahagian PengurusanSumber Manusia.

b) Ahli : Wakil daripada jabatan yang melaksanakan peperiksaanperkhidmatan; dan

Wakil-wakil lain yang berkaitan dan bersesuaian.

c) Urus Setia : Bahagian/Unit yang bertanggungjawab terhadappengurusan peperiksaan perkhidmatan.

Kuorum Panel Peperiksaan hendaklah sekurang-kurangnya tiga (3) orang termasuk

Pengerusi.

17. Bidang kuasa Panel Peperiksaan meliputi perkara berkaitan peperiksaan seperti

berikut:

a) menentukan piawaian soalan;

b) melantik penggubal sukatan;

c) melantik penggubal soalan;

d) menetapkan soalan dan mengesahkan skema jawapan;

e) melantik pemeriksa skrip jawapan;

f) menetapkan markah lulus;

g) mengesahkan dan mengeluarkan keputusan; dan

h) menyediakan laporan dan analisis pelaksanaan.

PENUMPANGAN

18. Lembaga Peperiksaan Kementerian/Negeri/Agensi boleh membenarkan pegawai

dalam skim perkhidmatan di bawah tanggungjawabnya untuk menduduki sesuatu peperiksaan

yang dilaksanakan oleh Kementerian/Negeri/Agensi lain, tertakluk kepada sukatan

peperiksaan yang setaraf dengan keperluan skim perkhidmatan dan sesuai dengan bidang

tugas pegawai berkenaan.

Page 9: JPA.BK (S) 241/87 Jld. 4(10) No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA ... - jawi… Peperiksaan Subjek Umum.pdf · hingga dua (2) tahun dan perubahan terma Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL)

9

KAWALAN PIAWAIAN

19. Semua Kementerian/Negeri/Agensi hendaklah mematuhi pelaksanaan peperiksaan

perkhidmatan awam yang ditetapkan. Sebarang pengubahsuaian terhadap penentuan TKP,

sukatan dan kaedah pelaksanaan peperiksaan perkhidmatan selain daripada yang ditetapkan

dalam Surat Pekeliling ini hendaklah mendapat kelulusan daripada JPA.

20. JPA akan mengadakan naziran dari semasa ke semasa bagi memastikan pelaksanaan

peperiksaan perkhidmatan memenuhi piawaian yang ditetapkan.

TARIKH KUAT KUASA

21. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012.

PEMAKAIAN

22. Tertakluk kepada penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan Surat

Pekeliling Perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan

Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

PEMBATALAN

23. Dengan berkuatkuasanya Surat Pekeliling Perkhidmatan ini, Pekeliling Perkhidmatan

Bilangan 4 T ahun 1998 da n Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 T ahun 1985 a dalah

dibatalkan.

Page 10: JPA.BK (S) 241/87 Jld. 4(10) No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA ... - jawi… Peperiksaan Subjek Umum.pdf · hingga dua (2) tahun dan perubahan terma Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL)

10

PERTANYAAN

24. Sebarang pertanyaan mengenai Surat Pekeliling Perkhidmatan ini boleh dirujuk

kepada:

Ketua Pengarah Perkhidmatan AwamJabatan Perkhidmatan AwamBahagian PerkhidmatanCawangan Pengurusan KompetensiAras 5, Sapura @ MinesNo. 7, Jalan Tasik, The Mines Resort City43300 Seri KembanganSELANGOR DARUL EHSAN

No. Telefon : 03-8946 4500/ 4547/ 4548/ 4574No. Faks : 03-8946 4541/8946 4546E-mel : [email protected]

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

( TAN SRI ABU BAKAR BIN HAJI ABDULLAH )Ketua Pengarah Perkhidmatan AwamMalaysia

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIAPUTRAJAYA

07 Disember 2011

Semua Ketua Setiausaha KementerianSemua Ketua Jabatan PersekutuanSemua Y.B. Setiausaha Kerajaan NegeriSemua Pihak Berkuasa BerkanunSemua Pihak Berkuasa Tempatan

Page 11: JPA.BK (S) 241/87 Jld. 4(10) No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA ... - jawi… Peperiksaan Subjek Umum.pdf · hingga dua (2) tahun dan perubahan terma Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL)

11

GLOSARI ISTILAH

LAMPIRAN A

“Ketua Perkhidmatan” merujuk kepada seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu

perkhidmatan;

“Pegawai” merujuk kepada seseorang yang berkhidmat secara tetap dalam perkhidmatan

awam;

“Peningkatan Secara Lantikan” merujuk kepada pelantikan pegawai daripada kumpulan

perkhidmatan yang rendah kepada kumpulan perkhidmatan yang lebih tinggi secara

pelantikan baharu tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan

yang berkaitan. Terma PSL ini menggantikan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL);

“Peperiksaan Khas Peningkatan Secara Lantikan” merujuk kepada peperiksaan yang

dilaksanakan bagi tujuan Peningkatan Secara Lantikan;

“Subjek Jabatan” merujuk kepada perkara khusus bagi melaksanakan bidang tugas dalam

sesuatu skim perkhidmatan; dan

“Subjek Umum” merujuk kepada perkara asas kompetensi yang perlu diketahui oleh semua

pegawai dalam perkhidmatan awam.

Page 12: JPA.BK (S) 241/87 Jld. 4(10) No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA ... - jawi… Peperiksaan Subjek Umum.pdf · hingga dua (2) tahun dan perubahan terma Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL)

12

CARTA ALIRAN PELAKSANAANPEPERIKSAAN PERKHIDMATAN SUBJEK UMUM

LAMPIRAN B

MULA

TUBUHKAN LEMBAGAPEPERIKSAAN

TENTUKAN TAHAPKEPERLUAN PENGUASAAN

(TKP)Ketua Perkhidmatan

TUBUHKAN PANELPEPERIKSAAN

TERIMA PERMOHONANCALON

MOHON SOALANPEPERIKSAAN DARIPADA

JPA

LAKSANAKANPEPERIKSAAN

Panel PeperiksaanKementerian/Negeri/Agensi

URUS SEMAKAN KERTASPEPERIKSAAN

SAHKAN DAN KELUARKANKEPUTUSAN PEPERIKSAAN

TAMAT

Page 13: JPA.BK (S) 241/87 Jld. 4(10) No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA ... - jawi… Peperiksaan Subjek Umum.pdf · hingga dua (2) tahun dan perubahan terma Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL)

13

CARTA ALIRAN PELAKSANAAN

LAMPIRAN C

PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN SUBJEK JABATAN DANPEPERIKSAAN KHAS PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

MULA

TUBUHKAN LEMBAGAPEPERIKSAAN

TUBUHKAN PANELPEPERIKSAAN

LANTIK PENGGUBAL SUKATAN

SEDIAKAN SUKATANPEPERIKSAAN

BENTANG SUKATAN UNTUKKELULUSAN LEMBAGA

PEPERIKSAAN

LANTIK PENGGUBAL SOALAN

SEDIAKAN SOALANPEPERIKSAAN

Panel PeperiksaanKementerian/Negeri/Agensi

TERIMA PERMOHONAN CALON

LAKSANAKANPEPERIKSAAN

URUS SEMAKAN KERTASPEPERIKSAAN

SAHKAN DAN KELUARKANKEPUTUSAN PEPERIKSAAN

TAMAT

Page 14: JPA.BK (S) 241/87 Jld. 4(10) No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA ... - jawi… Peperiksaan Subjek Umum.pdf · hingga dua (2) tahun dan perubahan terma Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL)

PERMOHONAN PEPERIKSAAN SUBJEK UMUM JABATAN PERDANA MENTERI

Arahan :

Lengkapkan borang dengan betul.

Maklumat yang lengkap sahaja akan diproses.

Permohonan baru yang dihantar akan membatalkan permohonan yang terdahulu.

BUTIR PERIBADI

1 Nama Pemohon:

2 No. Kad Pengenalan :

3 No. Tel. Rumah/Bimbit :

BUTIRAN PERKHIDMATAN

4 Skim Perkhidmatan :

5 Jawatan :5 Jawatan :

6 Gred Jawatan :

7 Tarikh Lantikan :

8 Gelaran Ketua Pejabat :

9 Alamat Pejabat :

11 Poskod :

12 Negeri :

13 Bandar :

14 No. Tel. Pejabat :

15 No. Faks Pejabat :

16 Emel :

17 Emel Ketua Jabatan / Bahagian :

Page 15: JPA.BK (S) 241/87 Jld. 4(10) No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA ... - jawi… Peperiksaan Subjek Umum.pdf · hingga dua (2) tahun dan perubahan terma Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL)

BUTIRAN PEPERIKSAAN (* Tandakan ( / ) yang mana berkenaan)

18 Tarikh Peperiksaan :

(Rujuk Jadual yang disediakan oleh JPA)

19 Siri :

20 Kod Peperiksaan :

21 Bahagian * : Bahagian I Bahagian II

PENGAKUAN PEMOHON

Saya akui segala keterangan yang diberikan adalah benar. Mengikut Skim Perkhidmatan, saya

layak memasuki peperiksaan yang dipohon. Saya sedar, jika permohonan saya ini tidak benar

atau tidak layak tetapi masih memasuki peperiksaan ini, keputusan peperiksaan saya adalah

dengan sendirinya terbatal.

Saya mengakui bahawa permohonan ini telah mendapat kebenaran Ketua Jabatan saya.

Tarikh :

PERAKUAN KETUA JABATAN (* Tandakan ( / ) atau potong yang mana berkenaan)

22 Tahap Keperluan Penguasaan (TKP)

Ditentukan oleh Ketua Perkhidmatan* : Asas Pertengahan Lanjutan

(Tandatangan Pemohon)

Ditentukan oleh Ketua Perkhidmatan* : Asas Pertengahan Lanjutan

23 Disokong / Tidak disokong *

24 Saya mengesahkan bahawa semua kenyataan yang diberikan adalah benar

Tarikh :

Nama :

Jawatan :

Tandatangan Ketua Jabatan

Cop Rasmi Jabatan :

PANDUAN PERMOHONAN :

1 Permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan kepada Urus setia Peperiksaan Jabatan Perdana Menteri.

2 Calon-calon hendaklah mengisi NAMA DAN ALAMAT PEJABAT DENGAN LENGKAP semasa mengisi borang.

3 Calon-calon digalakkan memohon seawal yang mungkin sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan selepas

tarikh tutup akan ditolak.

4 Borang Permohonan Peperiksaan boleh dimuat turun di laman web pajpm di : www.pajpm.gov.my

5 Calon-calon DIWAJIBKAN BERPAKAIAN PEJABAT semasa menghadiri peperiksaan.

6 Borang Permohonan Peperiksaan hendaklah dialamatkan kepada :

62502 Putrajaya

(u.p : Urus setia Peperiksaan JPM)

No. Telefon : 03-8872 1880 / 1882 / 1885 / 1886

No. Faks : 03 - 8888 3869

Bahagian Inovasi dan Pengurusan Sumber Manusia

Seksyen Pembangunan Sumber Manusia (Latihan)

Aras 3 Blok B8, Kompleks JPM

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Page 16: JPA.BK (S) 241/87 Jld. 4(10) No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA ... - jawi… Peperiksaan Subjek Umum.pdf · hingga dua (2) tahun dan perubahan terma Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL)

JADUAL

PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM TAHUN 2012

PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN SUBJEK UMUM

BIL. NAMA PEPERIKSAAN KOD

TARIKH TUTUP PERMOHONAN DAN TARIKH PEPERIKSAAN

MASA

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

TARIKH PEPERIKSAAN

1. 2. 3.

TAHAP ASAS BHG. I - Peraturan-Peraturan Pegawai Awam, Perintah Am, Panduan Pengurusan Pejabat dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam TAHAP PERTENGAHAN BHG. I - Peraturan-Peraturan Pegawai Awam, Perintah Am, Panduan

Pengurusan Pejabat, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam, Arahan Keselamatan dan Arahan Perbendaharaan

BHG. II - Perlembagaan dan Undang- undang Am TAHAP LANJUTAN BHG. I - Peraturan-Peraturan Pegawai Awam, Perintah

Am, Panduan Pengurusan Pejabat, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam, Arahan Keselamatan, Arahan Perbendaharaan dan Pengurusan Kewangan

BHG. II - Perlembagaan dan Undang-undang Am

6101A

6102A 6102B 6103A

6103B

24.02.2012 (Jumaat) 09.03.2012 (Jumaat) 13.04.2012 (Khamis) 11.05.2012 (Jumaat) 10.08.2012 (Jumaat) 07.09.2012 (Jumaat)

24.02.2012 (Jumaat) 09.03.2012 (Jumaat) 13.04.2012 (Khamis) 11.05.2012 (Jumaat) 10.08.2012 (Jumaat) 07.09.2012 (Jumaat)

24.02.2012 (Jumaat) 09.03.2012 (Jumaat) 13.04.2012 (Khamis) 11.05.2012 (Jumaat) 10.08.2012 (Jumaat) 07.09.2012 (Jumaat)

24.02.2012 (Jumaat) 09.03.2012 (Jumaat) 13.04.2012 (Khamis) 11.05.2012 (Jumaat) 10.08.2012 (Jumaat) 07.09.2012 (Jumaat)

24.02.2012 (Jumaat) 09.03.2012 (Jumaat) 13.04.2012 (Khamis) 11.05.2012 (Jumaat) 10.08.2012 (Jumaat) 07.09.2012 (Jumaat)

27.03.2012 (Selasa) 24.04.2012 (Selasa) 22.05.2012 (Selasa) 26.06.2012 (Selasa) 25.09.2012 (Selasa) 16.10.2012 (Selasa)

27.03.2012 (Selasa) 24.04.2012 (Selasa) 22.05.2012 (Selasa) 26.06.2012 (Selasa) 25.09.2012 (Selasa) 16.10.2012 (Selasa)

28.03.2012 (Rabu) 25.04.2012 (Rabu) 23.05.2012 (Rabu) 27.06.2012 (Rabu) 26.09.2012 (Rabu) 17.10.2012 (Rabu)

28.03.2012 (Rabu) 25.04.2012 (Rabu) 23.05.2012 (Rabu) 27.06.2012 (Rabu) 26.09.2012 (Rabu) 17.10.2012 (Rabu)

29.03.2012 (Khamis) 26.04.2012 (Khamis) 24.05.2012 (Khamis) 28.06.2012 (Khamis) 27.09.2012 (Khamis) 18.10.2012 (Khamis)

9.30 pg – 10.30 pg

9.30 pg – 11.00 pg

9.30 pg – 12.00 tgh hari

9.30 pg – 12.30 tgh hari

9.30 pg – 12.30 tgh hari

LEMBAGA PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

Nota :

- Agensi pelaksana hendaklah memaklumkan jumlah buku soalan yang diperlukan kepada:

Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Perkhidmatan, Cawangan Pengurusan Kompetensi, Aras 5, Sapura@Mines, 7 Jalan Tasik, The Mines Resort City, 43000 Seri Kembangan, Selangor. Tel : 03-8946 4500 Fax : 03-8946 4546/41 sebelum tarikh tutup permohonan dinyatakan.

- Mulai tahun 2012 Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Utama bagi Kumpulan Sokongan yang setaraf dengan Kumpulan D dari Gred 1 hingga Gred 16 (SUD), Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Utama bagi Kumpulan Sokongan yang setaraf dengan Kumpulan C dari Gred 17 hingga Gred 26 (SUC) dan Peperiksaan Undang-Undang Kerajaan tidak lagi dilaksanakan selaras dengan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2011.

- Bagi pegawai perkhidmatan Gunasama di bawah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), permohonan hendaklah dibuat melalui laman web kompetensi JPA di

http://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/#.

- Bagi pegawai bukan perkhidmatan gunasama, permohonan hendaklah dibuat melalui Kementerian/Jabatan/Agensi masing-masing.

Page 17: JPA.BK (S) 241/87 Jld. 4(10) No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA ... - jawi… Peperiksaan Subjek Umum.pdf · hingga dua (2) tahun dan perubahan terma Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL)

JADUAL PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

TAHUN 2012

PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM UNTUK SKIM PERKHIDMATAN GUNASAMA DI BAWAH KPPA

BIL. NAMA PEPERIKSAAN KOD

TARIKH TUTUP PERMOHONAN DAN TARIKH PEPERIKSAAN

MASA SIRI PERTAMA SIRI KEDUA SIRI KETIGA

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

TARIKH PEPERIKSAAN

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

TARIKH PEPERIKSAAN

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

TARIKH PEPERIKSAAN

1.

PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI PSIKOLOGI GRED S3-1 BHG. I – Peraturan-Peraturan Pegawai Awam, Perintah Am, Arahan Perbendaharaan, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam, Arahan Keselamatan, Perlembagaan dan Undang-Undang Am BHG. II – Perkhidmatan Kaunseling dan Psikologi

5106A

5106B

03.02.2012 (Jumaat)

06.03.2012 (Selasa) 07.03.2012 (Rabu)

27.04.2012 (Jumaat)

11.06.2012 (Isnin) 12.06.2012 (Selasa)

20.07.2012 (Jumaat)

05.09.2012 (Rabu) 06.09.2012 (Khamis)

9.30 – 12.30 9.30 – 11.00

2.

PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PEGAWAI PSIKOLOGI GRED S1-1 BHG. I – Peraturan-Peraturan Pegawai Awam, Perintah Am, Arahan Perbendaharaan, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam, Arahan Keselamatan, Perlembagaan dan Undang-Undang Am BHG. II – Perkhidmatan Kaunseling dan Psikologi

5105A 5105B

03.02.2012 (Jumaat)

07.03.2012 (Rabu)

08.03.2012 (Khamis)

27.04.2012 (Jumaat)

13.06.2012 (Rabu) 14.06.2012(Khamis)

20.07.2012 (Jumaat)

11.09.2012(Selasa) 12.09.2012(Rabu)

9.30 – 12.30

9.30 – 12.30

3.

PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN SETIAUSAHA PEJABAT GRED N3-1 BHG.I – (a) Pengambilan Nota 50 p.s.m (Bahasa Malaysia)** (b) Kemahiran Asas Komputer (Ujian IT Skill Assessment and Certification (ISAC))* BHG.II – Perintah Am, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam, Arahan Perbendaharaan, Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan, Perlembagaan dan Undang-Undang Am BHG.III – Panduan Pengurusan Pejabat, Arahan Keselamatan, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam dan Panduan Berkaitan, Pengurusan Maklumat Melalui HRMIS dan Perhubungan Awam

-

7107B 7107C

03.02.2012 (Jumaat)

03.02.2012 (Jumaat)

13.03.2012 (Selasa) 14.03.2012 (Rabu)

15.03.2012 (Khamis)

27.04.2012 (Jumaat)

27.04.2012 (Jumaat)

19.06.2012 (Selasa)

20.06.2012 (Rabu)

21.06.2012(Khamis)

20.07.2012(Jumaat) 20.07.2012(Jumaat)

18.09.2012(Selasa) 19.09.2012(Rabu) 20.09.2012(Khamis)

Mulai 9.30 9.30 – 12.30 9.30 – 12.30

4.

PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W4-1 BHG. I – Ujian Menaip (Kederasan 18 p.s.m)** BHG. II – Perintah Am, Panduan Pengurusan Pejabat, Arahan Keselamatan dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam BHG. III – Akta Acara Kewangan 1957, Arahan Perbendaharaan dan Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor

- 7106B 7106C

03.02.2012 (Jumaat)

20.03.2012 (Selasa) 21.03.2012 (Rabu)

21.03.2012 (Rabu)

04.05.2012 (Jumaat)

26.06.2012(Selasa) 27.06.2012(Rabu)

27.06.2012(Rabu)

10.08.2012 (Jumaat)

25.09.2012(Selasa) 26.09.2012(Rabu) 26.09.2012(Rabu)

Mulai 9.30 9.30 – 10.30

11.00 – 12.00

5.

PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N4-1 BHG. I – Ujian Menaip (Kederasan 18 p.s.m)** BHG. II – Panduan Pengurusan Pejabat, Arahan Keselamatan dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam BHG. III – Perintah Am dan Arahan Perbendaharaan

-

7101B

7101C

17.02.2012 (Jumaat)

02.04.2012 (Isnin) 03.04.2012 (Selasa) 03.04.2012 (Selasa)

11.05.2012 (Jumaat)

02.07.2012 (Isnin) 03.07.2012 (Selasa) 03.07.2012 (Selasa)

17.08.2012 (Jumaat)

01.10.2012(Isnin) 02.10.2012(Selasa) 02.10.2012(Selasa)

Mulai 9.30 9.30 – 10.30

11.00 – 12.00

6.

PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PEGAWAI LATIHAN KEMAHIRAN GRED DL1-1 BHG. I – Pengurusan Latihan Vokasional

2003A

17.02.2012 (Jumaat)

04.04.2012 (Rabu)

11.05.2012 (Jumaat)

04.07.2012 (Rabu)

17.08.2012(Jumaat)

04.10.2012(Khamis)

9.30 – 12.30

7.

PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PEMBANTU TADBIR RENDAH GRED N5-1 BHG. I – Perintah Am dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam BHG. II – Panduan Pengurusan Pejabat dan Arahan Keselamatan

4101A 4101B

24.02.2012 (Jumaat)

09.04.2012 (Isnin) 09.04.2012 (Isnin)

11.05.2012 (Jumaat)

05.07.2012(Khamis) 05.07.2012(Khamis)

24.08.2012(Jumaat)

08.10.2012(Isnin) 08.10.2012(Isnin)

9.30 – 10.30 11.00 – 12.00

8.

PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT GRED N4-1 BHG. I – (a) Pengambilan Nota 30 p.s.m.(Bahasa Malaysia)** (b) Kemahiran Asas Komputer

(Ujian IT Skill Assessment and Certification (ISAC))* BHG. II – Perintah Am dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam BHG. III – Panduan Pengurusan Pejabat, Arahan Keselamatan dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

-

7104B 7104C

09.03.2012 (Jumaat)

09.03.2012 (Jumaat)

24.04.2012(Selasa) 25.04.2012 (Rabu) 25.04.2012 (Rabu)

01.06.2012 (Jumaat)

01.06.2012 (Jumaat)

17.07.2012 (Selasa)

18.07.2012(Rabu) 18.07.2012(Rabu)

24.08.2012(Jumaat)

24.08.2012(Jumaat)

17.10.2012(Rabu) 18.10.2012(Khamis) 18.10.2012(Khamis)

Mulai 9.30

9.30 – 10.30 11.00 – 12.00

PANDUAN PERMOHONAN: 1. Peperiksaan yang bertanda:

* Permohonan hendaklah dibuat melalui/dan oleh Ketua Jabatan ke Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) yang berhampiran dan tidak perlu mengisi borang permohonan.

** Permohonan hendaklah dibuat melalui/dan oleh Ketua Jabatan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak perlu mengisi borang permohonan.

2. Calon – calon hendaklah MENGISIKAN NAMA DAN ALAMAT PEJABAT DENGAN LENGKAP semasa mengisi borang permohonan secara online. 3. Calon – calon digalakkan memohon seawal yang mungkin sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup akan ditolak. 4. Borang Permohonan Peperiksaan, Jadual Peperiksaan, Semakan Status Permohonan dan Semakan Keputusan Peperiksaan boleh/hendaklah dibuat secara online melalui laman web JPA

di http://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/#. 5. Slip Akuan Terimaan permohonan hendaklah dicetak sebagai bukti permohonan telah dibuat. Calon – calon yang tidak mendaftar tidak dibenarkan menduduki peperiksaan. 6. Calon – calon hendaklah / boleh menyemak angka giliran dan pusat peperiksaan melalui laman web JPA, DUA (2) MINGGU sebelum peperiksaan. Calon-calon hendaklah MENCETAK DAN

MEMBAWA SLIP ARAHAN CALON tersebut bersama – sama dengan KAD PENGENALAN dan ALATULIS ketika menghadiri peperiksaan. 7. Calon – calon TIDAK DIBENARKAN MENUKAR PUSAT PEPERIKSAAN kecuali mendapat kebenaran secara bertulis daripada urus setia peperiksaan di Bahagian Perkhidmatan, Cawangan

Pengurusan Kompetensi (CPK), JPA. 8. Calon – calon DIWAJIBKAN BERPAKAIAN PEJABAT SEMASA MENGHADIRI PEPERIKSAAN. Jika tidak mengikut peraturan Ketua Pengawas boleh menghalang calon – calon daripada menduduki peperiksaan. 9. Bahan rujukan yang berkaitan adalah dibenarkan dibawa masuk ke dalam dewan peperiksaan kecuali Nota Tangan dan Nota Slaid.

LEMBAGA PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

Page 18: JPA.BK (S) 241/87 Jld. 4(10) No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA ... - jawi… Peperiksaan Subjek Umum.pdf · hingga dua (2) tahun dan perubahan terma Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL)

JADUAL PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

TAHUN 2012

PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN BAGI TUJUAN INSENTIF KEWANGAN DAN KENAIKAN PANGKAT

BIL. NAMA PEPERIKSAAN KOD

TARIKH TUTUP PERMOHONAN DAN TARIKH PEPERIKSAAN

MASA SIRI PERTAMA SIRI KEDUA

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

TARIKH PEPERIKSAAN

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

TARIKH PEPERIKSAAN

1.

UJIAN PENGAMBILAN NOTA/NOTA RINTAS BAGI SETIAUSAHA PEJABAT DAN PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT UNTUK ELAUN

DWI BAHASA *

BAHASA MALAYSIA (i) 80 p.s.m BAHASA INGGERIS (i) 80 p.s.m (ii) 100 p.s.m

-

- -

03.02.2012 (Jumaat)

12.03.2012 (Isnin)

13.03.2012 (Selasa) 14.03.2012 (Rabu)

27.07.2012 (Jumaat)

04.09.2012 (Selasa)

05.09.2012 (Rabu) 06.09.2012 (Khamis)

Mulai 9.30

Mulai 9.30 Mulai 9.30

2.

UJIAN KEMAHIRAN UNTUK KENAIKAN PANGKAT BAGI SETIAUSAHA PEJABAT DAN PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT TAHAP ASAS SEKSYEN A – Ujian Kemahiran Tahap Asas Pemprosesan Perkataan SEKSYEN B – Ujian Kemahiran Tahap Asas Lembaran Kerja SEKSYEN C – Ujian Kemahiran Tahap Asas Persembahan

8101A

24.02.2012 (Jumaat)

10.04.2012 (Selasa) 10.04.2012 (Selasa) 10.04.2012 (Selasa)

24.08.2012 (Jumaat)

09.10.2012 (Selasa) 09.10.2012 (Selasa) 09.10.2012 (Selasa)

9.30 – 10.00 10.30 – 11.00 11.30 – 12.00

3.

TAHAP PERTENGAHAN

SEKSYEN A – Ujian Kemahiran Tahap Pertengahan Pemprosesan Perkataan

SEKSYEN B – Ujian Kemahiran Tahap Pertengahan Lembaran Kerja SEKSYEN C – Ujian Kemahiran Tahap Pertengahan Persembahan

8102B

24.02.2012 (Jumaat)

11.04.2012 (Rabu)

11.04.2012 (Rabu) 11.04.2012 (Rabu)

24.08.2012 (Jumaat)

10.10.2012 (Rabu)

10.10.2012 (Rabu) 10.10.2012 (Rabu)

9.30 – 10.00

10.30 – 11.00 11.30 – 12.00

4.

TAHAP LANJUTAN

SEKSYEN A – Ujian Kemahiran Tahap Lanjutan Pemprosesan Perkataan

SEKSYEN B – Ujian Kemahiran Tahap Lanjutan Lembaran Kerja SEKSYEN C – Ujian Kemahiran Tahap Lanjutan Persembahan

8103C

24.02.2012 (Jumaat)

12.04.2012 (Khamis)

12.04.2012 (Khamis) 12.04.2012 (Khamis)

24.08.2012 (Jumaat)

11.10.2012 (Khamis)

11.10.2012 (Khamis) 11.10.2012 (Khamis)

9.30 – 10.00

10.30 – 11.00 11.30 – 12.00

5.

PEPERIKSAAN BAGI BAYARAN INSENTIF TUGAS PENGURUSAN STOR (BITPS) PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) SEKSYEN A (Objektif) SEKSYEN B (Esei)

8001A

04.05.2012 (Jumaat)

26.06.2012 (Selasa)

9.30 – 11.00 11.30 – 12.30

PANDUAN PERMOHONAN: 1. Peperiksaan yang bertanda:

* Permohonan hendaklah dibuat melalui/dan oleh Ketua Jabatan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan tidak perlu mengisi borang permohonan.

2. Calon – calon hendaklah MENGISIKAN NAMA DAN ALAMAT PEJABAT DENGAN LENGKAP semasa mengisi borang permohonan secara online. 3. Calon – calon digalakkan memohon seawal yang mungkin sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup akan ditolak. 4. Borang Permohonan Peperiksaan, Jadual Peperiksaan, Semakan Status Permohonan dan Semakan Keputusan Peperiksaan boleh/hendaklah dibuat secara online melalui laman web JPA di

http://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/#. 5. Slip Akuan Terimaan permohonan hendaklah dicetak sebagai bukti permohonan telah dibuat. Calon – calon yang tidak mendaftar tidak dibenarkan menduduki peperiksaan. 6. Calon – calon hendaklah / boleh menyemak angka giliran dan pusat peperiksaan melalui laman web JPA, DUA (2) MINGGU sebelum peperiksaan. Calon-calon hendaklah MENCETAK DAN

MEMBAWA SLIP ARAHAN CALON tersebut bersama – sama dengan KAD PENGENALAN dan ALATULIS ketika menghadiri peperiksaan. 7. Calon – calon TIDAK DIBENARKAN MENUKAR PUSAT PEPERIKSAAN kecuali mendapat kebenaran secara bertulis daripada urus setia peperiksaan di Bahagian Perkhidmatan, Cawangan

Pengurusan Kompetensi (CPK), JPA. 8. Calon – calon DIWAJIBKAN BERPAKAIAN PEJABAT SEMASA MENGHADIRI PEPERIKSAAN. Jika tidak mengikut peraturan Ketua Pengawas boleh menghalang calon – calon daripada menduduki peperiksaan. 9. Bahan rujukan yang berkaitan adalah dibenarkan dibawa masuk ke dalam dewan peperiksaan kecuali Nota Tangan dan Nota Slaid. 10. Bagi calon-calon yang menduduki Ujian Kemahiran ICT sebarang bahan rujukan adalah tidak dibenarkan.

LEMBAGA PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

Page 19: JPA.BK (S) 241/87 Jld. 4(10) No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA ... - jawi… Peperiksaan Subjek Umum.pdf · hingga dua (2) tahun dan perubahan terma Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL)

JADUAL

PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM TAHUN 2012

PEPERIKSAAN KHAS PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL)

BIL. NAMA PEPERIKSAAN KOD

TARIKH TUTUP PERMOHONAN DAN TARIKH PEPERIKSAAN

MASA

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

TARIKH PEPERIKSAAN

1.

PEPERIKSAAN KHAS UNTUK MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N4-1 BHG. I – Perintah Am, Arahan Perbendaharaan dan Tatacara Pengurusan Stor BHG. II – Panduan Pengurusan Pejabat, Arahan Keselamatan dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

3002A

3002B

23.03.2012 (Jumaat)

09.05.2012(Rabu)

10.05.2012 (Khamis)

9.30 – 11.30

9.30 – 11.30

2.

PEPERIKSAAN KHAS UNTUK MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N3-1 BHG. I – Perintah Am, Arahan Perbendaharaan dan Tatacara Pengurusan Stor BHG. II – Panduan Pengurusan Pejabat, Arahan Keselamatan dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam BHG. III – Undang-Undang Umum

3001A

3001B 3001C

23.03.2012 (Jumaat)

14.05.2012 (Isnin)

15.05.2012 (Selasa)

16.05.2012 (Rabu)

9.30 – 12.30

9.30 – 12.30

9.30 – 11.30

3.

PEPERIKSAAN KHAS UNTUK KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN PEGAWAI LATIHAN KEMAHIRAN GRED DL2-1 BHG. I – Perintah Am dan Arahan Pentadbiran BHG. II – Pengurusan Latihan Vokasional BHG. III – Kemahiran Penyeliaan

3005A 3005B 3005C

23.03.2012 (Jumaat)

22.05.2012 (Selasa) 23.05.2012 (Rabu)

24.05.2012 (Khamis)

9.30 – 12.30 9.30 – 12.30 9.30 – 12.30

4.

PEPERIKSAAN KHAS UNTUK MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI TADBIR GRED N1-1 BHG. I – Perintah Am, Arahan Perbendaharaan dan Tatacara Pengurusan Stor BHG. II – Panduan Pengurusan Pejabat, Arahan Keselamatan dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam BHG. III – Undang–Undang Umum

2001A 2001B 2001C

20.04.2012 (Jumaat)

05.06.2012 (Selasa)

06.06.2012 (Rabu)

07.06.2012 (Khamis)

9.30 – 12.30

9.30 – 12.30

9.30 – 12.30

5.

PEPERIKSAAN KHAS UNTUK KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN PEGAWAI LATIHAN KEMAHIRAN GRED DL1-1 BHG. I – Perintah Am dan Arahan Pentadbiran BHG. II – Pengurusan Latihan Vokasional BHG. III – Kemahiran Teknikal (Teras) BHG. IV – Kemahiran Teknikal (Pengkhususan)

i) Pengkhususan Bidang Kejuruteraan Awam ii) Pengkhususan Bidang Mekanikal

iii) Pengkhususan Bidang Elektrik dan Elektronik

2002A 2002B 2002C

2002D 2002E 2002F

25.05.2012 (Jumaat)

09.07.2012 (Isnin) 10.07.2012 (Selasa) 11.07.2012 (Rabu)

12.07.2012 (Khamis) 12.07.2012 (Khamis) 12.07.2012 (Khamis)

9.30 – 12.30 9.30 – 12.30 9.30 – 12.30

9.30 – 12.30 9.30 – 12.30 9.30 – 12.30

PANDUAN PERMOHONAN:

1. Calon – calon hendaklah MENGISIKAN NAMA DAN ALAMAT PEJABAT DENGAN LENGKAP semasa mengisi borang permohonan secara online. 2. Calon – calon digalakkan memohon seawal yang mungkin sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup akan ditolak. 3. Borang Permohonan Peperiksaan, Jadual Peperiksaan, Semakan Status Permohonan dan Semakan Keputusan Peperiksaan boleh/hendaklah dibuat secara online melalui laman web JPA di

http://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/#. 4. Slip Akuan Terimaan permohonan hendaklah dicetak sebagai bukti permohonan telah dibuat. Calon – calon yang tidak mendaftar tidak dibenarkan menduduki peperiksaan. 5. Calon – calon hendaklah / boleh menyemak angka giliran dan pusat peperiksaan melalui laman web JPA, DUA (2) MINGGU sebelum peperiksaan. Calon-calon hendaklah MENCETAK DAN

MEMBAWA SLIP ARAHAN CALON tersebut bersama – sama dengan KAD PENGENALAN dan ALATULIS ketika menghadiri peperiksaan. 6. Calon – calon TIDAK DIBENARKAN MENUKAR PUSAT PEPERIKSAAN kecuali mendapat kebenaran secara bertulis daripada urus setia peperiksaan di Bahagian Perkhidmatan, Cawangan

Pengurusan Kompetensi (CPK), JPA. 7. Calon – calon DIWAJIBKAN BERPAKAIAN PEJABAT SEMASA MENGHADIRI PEPERIKSAAN. Jika tidak mengikut peraturan Ketua Pengawas boleh menghalang calon – calon daripada menduduki peperiksaan. 8. Bahan rujukan yang berkaitan adalah dibenarkan dibawa masuk ke dalam dewan peperiksaan kecuali Nota Tangan dan Nota Slaid.

LEMBAGA PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA