e-newsletter isu 3/2017 - johor.uitm.edu.my ke rumah tersebut di alamat no. 1, jalan hikmah 4,...

1
e-newsletter Isu 3/2017 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA Cawangan Johor Kampus Segamat JUN 2017 Segamat: Pusat Perancangan dan Maklumat Strategik (CSPI) UiTM telah mengadakan Sesi Townhall CSPI Bersama Warga UiTMCJ pada 11 Jun yang lalu bertempat di LT1 dan LT2. Taklimat telah disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), YBhg. Prof. Ir. Dr. Hj Abdul Rahman Omar. Pelbagai perkongsian berkenaan perkembangan hala tuju strategik Universiti serta maklumat-maklumat berkenaan Program Transformasi telah disampaikan oleh beliau dalam sesi tersebut. Sesi berkenaan dihadiri oleh Rektor serta barisan Jawatankuasa Eksekutif dan semua staf UiTMCJ. Segamat: Sesungguhnya Ramadhan adalah bulan yang agung dan mulia, bulan yang penuh berkah bagi umat Islam. Sehubungan itu, Persatuan Wanita UiTM (PEWANI) UiTMCJ sebagai persatuan yang prihatin dan penyayang terutamanya kepada golongan yang memerlukan perhatian dan bantuan telah mengambil peluang ini untuk berkongsi rezeki. Prihatin dengan anggota keselamatan yang perlu bertugas pada 1 Syawal, PEWANI telah menyumbang hamper berupa barang makanan kepada pihak Polis Bantuan UiTMCJ yang disampaikan oleh Penasihat PEWANI UiTMCJ, Prof. Madya Dr. Azizan Abdullah. Selain itu, Majlis Penyampaian Wang Sumbangan ahli-ahli PEWANI kepada waris Allahyarham Mohamad Nasri Bin Azali (pemandu) dan Allahyarham Abdul Rahman bin Saidon (Polis Bantuan) juga diadakan. Semoga pemberian sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban ahli keluarga allahyarham, insya Allah. Segamat: Koperasi Kakitangan UiTM Berhad telah menyampaikan sumbangan zakat untuk diagih-agihkan kepada pelajar-pelajar UiTMCJ yang kurang berkemampuan pada 8 Jun 2017. Sumbangan disampaikan oleh Encik Mohd Ikram Md. Nazri, Pengerusi Koperasi Kakitangan UiTM Berhad manakala Encik Mohd Khairul Ariff bin Noh, Timbalan Rektor (HEP) mewakili UiTMCJ menerima sumbangan zakat tersebut. Hadir sama Prof. Madya Hj. Kamel Taufiq Abdul Ghani, Timbalan Rektor (HEA), Ustaz Rafiuddin Mohd Yusof, Ketua BHEI serta Jawatankuasa Koperasi Kakitangan UiTM Cawangan Johor. Segamat: Pada 10 Jun baru-baru ini, bertempat di Masjid As-Syakirin UiTMCJ, telah berlangsung Majlis Perkongsian Ilmu dan Majlis Berbuka Puasa bersama- SESI TOWNHALL CSPI BERSAMA WARGA UiTM CAWANGAN JOHOR PEWANI PRIHATIN KOPERASI KAKITANGAN UiTM SUMBANG ZAKAT PROGRAM “RAMADHANKU” BERSAMA YDAB Segamat: Kunjungan YBhg. Prof. Ir. Dr. Hj Abdul Rahman Omar, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) ke Kampus Segamat untuk sesi Townhall CSPI pada 11 Jun tidak disia-siakan oleh pihak pengurusan UiTMCJ. Pelbagai acara diselitkan sepanjang beliau di sini. Pada sebelah petang diadakan Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Kepada Pelajar di perkarangan Masjid As- Syakirin. YBhg.Prof. Ir. Dr. Hj Abdul Rahman Omar sudi untuk menyempurnakan MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA TNC DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA PELAJAR majlis penyampaian sumbangan kepada 9 orang pelajar. Sumbangan tersebut sedikit sebanyak menyuntik keceriaan kepada mereka untuk menyambut Syawal nanti. Terdahulu, setelah selesai sesi Townhall, YBhg. Prof. Ir. Dr. Hj Abdul Rahman Omar dibawa melawat ke Trading Room di PTDI 1 diiringi oleh Jawatankuasa Eksekutif Negeri. sama pihak Pengurusan Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB). Turut diadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Duit Raya kepada 50 orang pelajar yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Aizuddin bin Dato’ Mohd Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif YDAB. Pihak YDAB juga menaja Majlis Berbuka Puasa untuk 200 orang pelajar yang terdiri daripada para penerima zakat. Turut hadir adalah YBhg. Prof. Madya Dr. Azizan Abdullah, Rektor UiTMCJ serta Timbalan-Timbalan Rektor. Segamat: Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana peringkat UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat telah diadakan pada 13 Jun 2017 bersaman 18 Ramadhan 1438H. Lebih kurang seramai 100 peserta tadarus terdiri daripada warga kerja dari pelbagai Bahagian/Unit/Fakulti serta pelajar UiTMCJ telah mengambil bahagian. Semua peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut juzuk yang terdapat di dalam al-Quran dan majlis kemudiannya diakhiri dengan Majlis Khatam Al-Quran beramai-ramai. MAJLIS TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN PERDANA 1438H Segamat: UiTM tidak ketinggalan menyertai #QuranHour yang dianjurkan di Shah Alam serta seluruh cawangannya pada 19 Jun lalu. Bahagian Hal Ehwal Islam UiTMCJ telah menganjurkan majlis tersebut di Masjid As-Syakirin yang bermula pada 12 tengahari hingga 1 petang. Seramai lebih kurang 250 orang yang terdiri daripada pelajar dan warga kerja UiTMCJ telah menyertai #QuranHour pada kali ini. Ia merupakan langkah positif untuk membudayakan pembacaan al-Quran di kalangan warga kampus lebih-lebih lagi di bulan yang mulia ini. #QURANHOUR DI UiTM CAWANGAN JOHOR Segamat: Program Singgah Sahur 3.0 “Semarak Kasih Ramadhan” telah diadakan pada 16 Jun 2017 bermula pada jam 11.00 malam hingga 3.00 pagi. Program ini merupakan anjuran Persatuan Peer Kaunselor (PEERs) UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat dengan kerjasama Kumpulan Mentoring Passion Purple, Kelab Penolong Pendaftar (AR) dan PIMPIN UiTM. Program seumpama ini diadakan bagi menghargai jasa penjawat awam dan jabatan kerajaan yang bertungkus lumus menjaga keselamatan dan ketenteraman awam tanpa mengira masa. Program ini juga dapat merapatkan hubungan mahasiswa dan pihak universiti dengan jabatan kerajaan di sekitar Daerah Segamat. Agihan makanan sahur ini bermula dari Pos Utama Polis Bantuan UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat, Hospital Besar Segamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Segamat, Balai Bomba dan Penyelamat, Jalan Abdullah, dan Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat. Rombongan yang terdiri daripada mahasiswa dan staf UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat yang telah mengedarkan bungkusan makanan kepada anggota dan kakitangan yang terlibat dan turut sama merasai pengalaman bersahur sambil bertugas bersama anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat. Semoga program murni seumpama ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang. Pasir Gudang: Musibah rumah terbakar yang menimpa pada 09 Jun 2017, jam 8.30 malam kepada keluarga Encik Saniman bin Sarbini ayah kepada pelajar UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat, Saudara Muhammad Baqir Akif bin Saniman, No Pelajar : 2017224908, Pelajar Diploma Sains Komputer amat tersentuh memandangkan umat islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Atas rasa simpati Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat menjalankan Kutipan Derma di kalangan staf dan menguruskan Sumbangan Tabung Kebajikan Pelajar “Kes Bencana Alam” . Rektor dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif telah mengadakan lawatan ke rumah tersebut di alamat No. 1, Jalan Hikmah 4, Kampung Kopok Baru, 81700 Pasir Gudang, Johor SINGGAH SAHUR 3.0 “SEMARAK KASIH RAMADHAN” LAWATAN DAN SUMBANGAN KEBAJIKAN KEPADA KELUARGA MANGSA RUMAH TERBAKAR dan menyampaikan sumbangan kepada Encik Saniman dan keluarga bagi meringankan beban atas musibah yang menimpa. Jumlah sumbangan adalah sebanyak RM 2,637.00 https://johor.uitm.edu.my Unit Komunikasi Korporat UiTMCJ

Upload: trinhtuyen

Post on 07-Jul-2018

233 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: e-newsletter Isu 3/2017 - johor.uitm.edu.my ke rumah tersebut di alamat No. 1, Jalan Hikmah 4, Kampung Kopok Baru, 81700 Pasir Gudang, Johor singgah sahur 3.0 “semarak kasih ramadhan”

e-newsletterIsu 3/2017

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA Cawangan JohorKampus SegamatJUN 2017

Segamat: Pusat Perancangan dan Maklumat Strategik (CSPI) UiTM telah mengadakan Sesi Townhall CSPI Bersama Warga UiTMCJ pada 11 Jun yang lalu bertempat di LT1 dan LT2. Taklimat telah disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), YBhg. Prof. Ir. Dr. Hj Abdul Rahman Omar. Pelbagai perkongsian berkenaan perkembangan hala tuju strategik Universiti serta maklumat-maklumat berkenaan Program Transformasi telah disampaikan oleh beliau dalam sesi tersebut. Sesi berkenaan dihadiri oleh Rektor serta barisan Jawatankuasa Eksekutif dan semua staf UiTMCJ.

Segamat: Sesungguhnya Ramadhan adalah bulan yang agung dan mulia, bulan yang penuh berkah bagi umat Islam. Sehubungan itu, Persatuan Wanita UiTM (PEWANI) UiTMCJ sebagai persatuan yang prihatin dan penyayang terutamanya kepada golongan yang memerlukan perhatian dan bantuan telah mengambil peluang ini untuk berkongsi rezeki. Prihatin dengan anggota keselamatan yang perlu bertugas pada 1 Syawal, PEWANI telah menyumbang hamper berupa barang makanan kepada pihak Polis Bantuan UiTMCJ yang disampaikan oleh Penasihat PEWANI UiTMCJ, Prof. Madya Dr. Azizan Abdullah. Selain itu, Majlis Penyampaian Wang Sumbangan ahli-ahli PEWANI kepada waris Allahyarham Mohamad Nasri Bin Azali (pemandu) dan Allahyarham Abdul Rahman bin Saidon (Polis Bantuan) juga diadakan. Semoga pemberian sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban ahli keluarga allahyarham, insya Allah.

Segamat: Koperasi Kakitangan UiTM Berhad telah menyampaikan sumbangan zakat untuk diagih-agihkan kepada pelajar-pelajar UiTMCJ yang kurang berkemampuan pada 8 Jun 2017. Sumbangan disampaikan oleh Encik Mohd Ikram Md. Nazri, Pengerusi Koperasi Kakitangan UiTM Berhad manakala Encik Mohd Khairul Ariff bin Noh, Timbalan Rektor (HEP) mewakili UiTMCJ menerima sumbangan zakat tersebut. Hadir sama Prof. Madya Hj. Kamel Taufiq Abdul Ghani, Timbalan Rektor (HEA), Ustaz Rafiuddin Mohd Yusof, Ketua BHEI serta Jawatankuasa Koperasi Kakitangan UiTM Cawangan Johor.

Segamat: Pada 10 Jun baru-baru ini, bertempat di Masjid As-Syakirin UiTMCJ, telah berlangsung Majlis Perkongsian Ilmu dan Majlis Berbuka Puasa bersama-

SESI TOWNHALL CSPI BERSAMA WARGA UiTM CAWANGAN JOHOR

PEWANI PRIHATIN

KOPERASI KAKITANGAN UiTM SUMBANG ZAKAT

PROGRAM “RAMADHANKU” BERSAMA YDAB

Segamat: Kunjungan YBhg. Prof. Ir. Dr. Hj Abdul Rahman Omar, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) ke Kampus Segamat untuk sesi Townhall CSPI pada 11 Jun tidak disia-siakan oleh pihak pengurusan UiTMCJ. Pelbagai acara diselitkan sepanjang beliau di sini. Pada sebelah petang diadakan Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Kepada Pelajar di perkarangan Masjid As-Syakirin. YBhg.Prof. Ir. Dr. Hj Abdul Rahman Omar sudi untuk menyempurnakan

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA TNC DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA PELAJAR

majlis penyampaian sumbangan kepada 9 orang pelajar. Sumbangan tersebut sedikit sebanyak menyuntik keceriaan kepada mereka untuk menyambut Syawal nanti. Terdahulu, setelah selesai sesi Townhall, YBhg. Prof. Ir. Dr. Hj Abdul Rahman Omar dibawa melawat ke Trading Room di PTDI 1 diiringi oleh Jawatankuasa Eksekutif Negeri.

sama pihak Pengurusan Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB). Turut diadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Duit Raya kepada 50 orang pelajar yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Aizuddin bin Dato’ Mohd Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif YDAB. Pihak YDAB juga menaja Majlis Berbuka Puasa untuk 200 orang pelajar yang terdiri daripada para penerima zakat. Turut hadir adalah YBhg. Prof. Madya Dr. Azizan Abdullah, Rektor UiTMCJ serta Timbalan-Timbalan Rektor.

Segamat: Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana peringkat UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat telah diadakan pada 13 Jun 2017 bersaman 18 Ramadhan 1438H. Lebih kurang seramai 100 peserta tadarus terdiri daripada warga kerja dari pelbagai Bahagian/Unit/Fakulti serta pelajar UiTMCJ telah mengambil bahagian. Semua peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut juzuk yang terdapat di dalam al-Quran dan majlis kemudiannya diakhiri dengan Majlis Khatam Al-Quran beramai-ramai.

MAJLIS TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN PERDANA 1438H

Segamat: UiTM tidak ketinggalan menyertai #QuranHour yang dianjurkan di Shah Alam serta seluruh cawangannya pada 19 Jun lalu. Bahagian Hal Ehwal Islam UiTMCJ telah menganjurkan majlis tersebut di Masjid As-Syakirin yang bermula pada 12 tengahari hingga 1 petang. Seramai lebih kurang 250 orang yang terdiri daripada pelajar dan warga kerja UiTMCJ telah menyertai #QuranHour pada kali ini. Ia merupakan langkah positif untuk membudayakan pembacaan al-Quran di kalangan warga kampus lebih-lebih lagi di bulan yang mulia ini.

#QURANHOUR DI UiTM CAWANGAN JOHOR

Segamat: Program Singgah Sahur 3.0 “Semarak Kasih Ramadhan” telah diadakan pada 16 Jun 2017 bermula pada jam 11.00 malam hingga 3.00 pagi. Program ini merupakan anjuran Persatuan Peer Kaunselor (PEERs) UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat dengan kerjasama Kumpulan Mentoring Passion Purple, Kelab Penolong Pendaftar (AR) dan PIMPIN UiTM. Program seumpama ini diadakan bagi menghargai jasa penjawat awam dan jabatan kerajaan yang bertungkus lumus menjaga keselamatan dan ketenteraman awam tanpa mengira masa. Program ini juga dapat merapatkan hubungan mahasiswa dan pihak universiti dengan jabatan kerajaan di sekitar Daerah Segamat.

Agihan makanan sahur ini bermula dari Pos Utama Polis Bantuan UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat, Hospital Besar Segamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Segamat, Balai Bomba dan Penyelamat, Jalan Abdullah, dan Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat. Rombongan yang terdiri daripada mahasiswa dan staf UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat yang telah mengedarkan bungkusan makanan kepada anggota dan kakitangan yang terlibat dan turut sama merasai pengalaman bersahur sambil bertugas bersama anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat. Semoga program murni seumpama ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.

Pasir Gudang: Musibah rumah terbakar yang menimpa pada 09 Jun 2017, jam 8.30 malam kepada keluarga Encik Saniman bin Sarbini ayah kepada pelajar UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat, Saudara Muhammad Baqir Akif bin Saniman, No Pelajar : 2017224908, Pelajar Diploma Sains Komputer amat tersentuh memandangkan umat islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Atas rasa simpati Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat menjalankan Kutipan Derma di kalangan staf dan menguruskan Sumbangan Tabung Kebajikan Pelajar “Kes Bencana Alam” .

Rektor dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif telah mengadakan lawatan ke rumah tersebut di alamat No. 1, Jalan Hikmah 4,Kampung Kopok Baru, 81700 Pasir Gudang, Johor

SINGGAH SAHUR 3.0 “SEMARAK KASIH RAMADHAN” LAWATAN DAN SUMBANGAN KEBAJIKAN KEPADA KELUARGA MANGSA RUMAH TERBAKAR

dan menyampaikan sumbangan kepada Encik Saniman dan keluarga bagi meringankan beban atas musibah yang menimpa. Jumlah sumbangan adalah sebanyak RM 2,637.00

https://johor.uitm.edu.myUnit Komunikasi Korporat UiTMCJ