jmk_416_1_

5
Perancangan Akademik JMK 416 KAJIAN PERBANDINGAN GENRE KESUSASTERAAN TERPILIH Sidang Akademik 2012/2013 KELAS SIDANG VIDEO Sidang Video Tarikh Jam Perjumpaan 1 Perjumpaan 2 Perjumpaan 3 Perjumpaan 4 (Tarikh dan masa kelas sidang video perlu diisi oleh pelajar dengan merujuk kepada jadual Sidang Video Sidang Akademik 2012/2013 yang telah diupload dalam portal) JMK 416 - KAJIAN PERBANDINGAN GENRE KESUSASTERAAN TERPILIH - 1 -

Upload: zairultepen

Post on 15-Sep-2015

224 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

jmk_416_1_

TRANSCRIPT

JMK 416/4 (JMK 514) -

Perancangan Akademik

JMK 416

KAJIAN PERBANDINGAN GENRE KESUSASTERAAN TERPILIH

Sidang Akademik 2012/2013KELAS SIDANG VIDEO

Sidang VideoTarikhJam

Perjumpaan 1

Perjumpaan 2

Perjumpaan 3

Perjumpaan 4

(Tarikh dan masa kelas sidang video perlu diisi oleh pelajar dengan merujuk kepada jadual Sidang Video Sidang Akademik 2012/2013 yang telah diupload dalam portal)

JMK 416 -KAJIAN PERBANDINGAN GENRE KESUSASTERAAN TERPILIH

PENGURUS KURSUS: Cik Norlizawati Md. NorI.KANDUNGAN KURSUS

Anda akan dibekalkan dengan sebuah modul, di samping itu anda digalakkan untuk membuat rujukan terhadap buku-buku seperti yang disenaraikan.Kursus ini akan mengandungi beberapa bahagian khusus:-A)Bahagian satu akan ditumpukan kepada persoalan-persoalan teoritikal.

i)Latar belakang dan sejarah kesusasteraan lisan.

ii)Tradisi kesusasteraan bandingan.

iii)Perbandingan tradisi (sastera Islam, China dan Kristian).

2)Bahagian kedua akan menjurus aplikasi konsep-konsep dan idea-idea yang dikaji dalam bahagian teori terhadap bentuk-bentuk karya kreatif dalam beberapa genre terpilih.

2.BUKU-BUKU RUJUKAN

Abdul Rahman Haji Abdullah, 1998. Falsafah Alam Semesta di Nusantara, Tradisi dan Reaksi dalam Sejarah Kosmologi Melayu, Sungai Petani.Ariffin Said, (1996). Prosa Warisan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abu Hassan Sham, 1975. Sejarah Kesusasteraan Melayu Klasik (Resensi), Dewan Bahasa, 19:12 Disember.

Ali Ahmad, 1987. Karya-Karya Sastera Bercorak Sejarah. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.Boris Parnickel, 1995. Penelitian Sastera Nusantara di Rusia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Boris Parnickel, 1995. Perkembangan Sastera Nusantara Serumpun (abad ke 7 ke 19). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hillman A., Skeat W.W., 1938. Salam the Mouse Deer. Wonder Stories of the Malayan Forest. London.Hood Salleh, 1991. Mitos Keagamaan dan Etika di Kalangan Masyarakat Orang Asli. Mohd. Taib Osman, 1991.

Hooykaas Ch., 1963. Penyedar Sastera. Terjemahan Raihoel Amar Gelar Datoek Besar. Kuala Lumpur.

Howell S., 1982. Che Wong Myths and Legends. Kuala Lumpur (The Malaysian Branch of Royal Asiatic Society. Monograph No. 11).

Jocano F.L., 1969. Outline of Phillippine Mythology. Manila.

[K.E.H.], 1993. Religions and Spiritual Beliefs. The New Encyclopaedia Britannica, Vol. 26. Chicago.

Knappert J., 1977. Myths and Legends of Indonesia. Singapore.

Knappert J., 1980. Myths and Legend of Malaysia. Singapore.

Levi-Strauss, C., 1963. Structural Anthropology. New York.

Mohd. Taib Osman, 1989. Malay Folk Beliefs. An Integration of Disparate Elements. Kuala Lumpur.

Mohd. Taib Osman (ed.), 1991. Pengkajian Sastera Rakyat Bercorak Cerita. Kuala Lumpur.

Mohd. Taib Osman, 1991. Mitos Sosiopolitik dalam Kebudayaan Melayu. Mohd. Taib Osman, 1991.

Mustafa Mohd. Isa, 1996. JMK 216/515, Sastera Rakyat Nusantara. Teori, Metodologi dan Analisis. Modul 1 4. [Minden].Skeat W.W., 1900. Malay Magic Being an Introduction to the Folklore and Popular Religion of the Malay Peninsular, London.

V. Propp, 1987. Morforlogi Cerita Rakyat. Terjemahan Noriah Taslim. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Winstedt R.O., 1951. Malay Magician Being Shaman, Saiva and Sufi. London.

3.KELAS SIDANG VIDEO

Kursus ini mempunyai 5 slot sidang video iaitu 3 slot sebelum Kursus Intensif dan 2 slot selepas Kursus Intensif. Sidang Video 1

Ilmu Sastera Perbandingan di Eropah Abad Ke 17 -19 dan kajian Genre Sastera.

Sidang Video 2

Mitos Nusantara Berbanding Mitos Luar Negara.

Sidang Video 3

Sastera Rakyat di Malaysia, aspek pensejarahan, pengaruh dan perbincangan semasa.

Sidang Video 4

Konsep Kesusasteraan Kebangsaan, Serantau dan sedunia, Sejarah Kebangkitan Kesusasteraan Bandingan serta persediaan menghadapi peperiksaan akhir.4.KURSUS INTENSIF

Kursus Intensif akan diadakan pada 21 Januari 7 Februari 2013.Anda wajib menghadiri Kursus Intensif mengikut rancangan pengajian anda. Tujuan Kursus Intensif selain untuk bertemu muka dengan pensyarah dan rakan-rakan sekursus, juga bertujuan untuk mendedahkan anda kepada mode pembelajaran bersemuka di pusat pengajian tinggi. Kesempatan ini harus digunakan sebaik-baiknya; berbincang dengan teman-teman sekursus dan pensyarah. Sebarang kemusykilan tentang kursus, rujuklah secara langsung kepada pensyarah.

Anda juga dapat menggunakan peluang ini untuk membuat rujukan di Perpustakaan USM, peluang yang ada harus dimanfaatkan sebaik-baiknya. Anda juga akan berpeluang menjalani kehidupan seorang mahasiswa di kampus.

Pertemuan antara anda dan pensyarah di bilik kuliah biasanya antara 4 atau 5 kali dan tiap-tiap pertemuan akan berlangsung selama 2 jam.

5.ASAS PENILAIAN

Asas penilaian berdasarkan tugasan dan peperiksaan akhir. Pembahagian peratusannya adalah seperti berikut:

Ulasan Buku10%

Tugasan 30%

Peperiksaan Akhir 60%

6.ULASAN BUKU DAN TUGASAN Anda wajib membuat 1 ulasan buku dan 1 tugasan. Tulis sebuah ulasan daripada sebuah buku pilihan yang panjangnya tidak melebihi 10 halaman bertaip langkau dua. Ulasan buku dan tugasan ini perlu dihantar serentak.

Ulasan buku dan tugasan yang diterima lewat dari tarikh yang telah ditetapkan tidak akan dilayani. [Hal ini bermakna anda akan dihalang daripada mengikuti peperiksaan akhir.]

Seperti kursus pada peringkat tinggi yang lain, kursus ini juga menghendaki pelajarnya membuat tugasan. Hanya satu tugasan sahaja yang diperlukan bagi kursus ini.

Tugasan ini hendaklah tiba di Pejabat Am PPPJJ pada 29 Februari 2013. Tugasan yang melewati tarikh ini tidak akan dilayan.

Pelajar yang tidak menghantar tugasan boleh dihalang daripada menduduki peperiksaan akhir.

Para pelajar diminta menghasilkan tugasan yang asli. Pelajar yang menghasilkan tugasan yang diragui keasliannya akan dikenakan tindakan.

Tugasan anda hendaklah berjumlah sekitar 1,800 - 2,000 perkataan (tidak termasuk petikan) dan ditaip dengan langkau dua (double-spacing) di atas kertas A4. Kulit luar tugasan boleh dicetak daripada laman web e-tugasan.

Pastikan tugasan anda mengandungi rujukan dan bibliografi. Sila gunakan cara yang betul dalam menulis rujukan dan bibliografi; berpandukan mana-mana kaedah, dengan syarat selaras. Teknik Penulisan yang baik akan menyumbang kepada pemarkahan keseluruhan tugasan.

Soalan Tugasan (Jawab satu soalan sahaja)1. Berdasarkan sebuah teks klasik, paparkan unsur-unsur mitos yang mendasari teks berkenaan.2. Pilih sebuah teks daripada mana-mana tradisi rakyat dan huraikan ciri-ciri istimewa yang terdapat dalam teks berkenaan.3. Bincangkan perkembangan cerita klasik dalam media baru.BIMBINGAN PELAJAR

Anda boleh menghubungi Pengurus Kursus yang berkenaan jika anda mempunyai sebarang masalah yang berhubung dengan pembelajaran anda. Alamatkan surat anda kepada mereka di:-

Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh

Universiti Sains Malaysia

11800 Minden

Pulau Pinang.

atau:

Cik Norlizawati Md. Nor

Pengurus Kursus

Sidang Akademik 2011/2012

Tel: 04-6534571 (talian terus)

email: [email protected], selamat belajar.

- -

_1008218137.unknown