jllld bil. 61mj.w, 1989 malaysia · bagi tahun 1988 berbandmg dengan digunakan di sini. walau...

78
J m B. 10 MALA YSIA J, 1ϝ PENYATA SMI PARLEN PAIAMEARY DEBA DEWAN NEGARA Sete PARLIMEN JUH Seventh Parlment PENGGAL KETIGA ird Session KANDUNGANNYA JAWAPAN·JAW APAN MULUT BAGI RTANYAAN·RTANYAAN [ R 149) USUL-USUL: ys Ka 11Ϟ 120) M 1 UCAPAN NANGG UN: Tum Y .B. TuC. 1 DTA f JABATAN , L JAMI, .M.N., A.M.P., P.P,T K A ARA, 1

Upload: others

Post on 22-Jan-2020

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Jllld m Bil. 10

MALA YSIA

Hm1 IClmmil 61mJ.W, 1989

PENYATA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES

DEWAN NEGARA Senate

PARLIMEN KETIJJUH Seventh Parliament

PENGGAL KETIGA Third Session

KANDUNGANNYA

JAWAPAN·JAW APAN MULUT BAGI PERTANYAAN·PERTANY AAN [Roanpn 1425)

USUL-USUL:

KaJian Separuh Penaal Rancanpn Malaysia Kelima 1986-1990 [Ruanpn 1500)

Pemmguban Mesyuuat [Ruanpn 15'6]

UCAPAN PENANGG UHAN:

.Rancangan Tumpuan Mlngau-Y .B. Tuan C. Krtslman (RuMpn 1!67]

DICETAIC OU!ff JABATAN PERCl!TAICAN NEGARA, ll:lJALA LIJMPl.lll 0HAZAU lllN JAMI, 11:.M.N., A.M.P., P.P,T

Pf!MANGKlJ Kli!TtJA PENOARAH PEllCl!TAICAN Nl!GARA, MALAYSIA 19!IO

,_.

A

~

0 .

MALAYSIA

PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA

Penyata Rasmi Parlimen

PENGGAL YANG KETIGA

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUK ABANG HAJI AHMAD URAi BIN DATU HAKIM ABANG HAJI MoHIDDEEN, P.M.N., P.N.B.s., D.S.N.B. (BRUNEI), J.B.S., A.M.N., A.B.S. (Sarawak).

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

" "

"

"

Timbalan Yang di-Pertua, DATO' TAN PENG KHooN, S.P.M.J., S.S.I.J., J.M.N., P.I.S., B.S.I., J.P. (Dilantik).

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, DATUK HAJI HUSSEIN BIN AHMAD, D.M.S.M. (Dilantik).

Timbalan Menteri Kesihatan, TUAN MOHAMED FARID BIN ARIFFIN (Dilantik).

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan dan Perindustrian, DATO DR K. S. NIJHAR, s.P.M.J., J.M.N. (Dilantik).

TUAN ABDUL HAMID BIN IBRAHIM, S.M.S., K.M.N., P.I.S. (Dilantik).

DATO' HAJI ABDUL HAMID BIN HAJI LATIF, D.I.M.P., A.M.N. (Dilantik).

TUAN HAJI ABDUL MAJID BIN HAJI ABDULLAH, P.I.S., P.P.M. (Johar).

TUAN HAJI ABDUL MANAP BIN HASHIM, A.M.N., P.J.K. (Kedah).

DATUK HAJJ ABU BAKAR BIN LAJIM, D.M.S.M., K.M.N. (Dilantik).

PUAN AINON BINTI ARIFFIN (Dilantik-Wilayah Persekutuan).

TUAN AZMAN ATAR BIN OTHMAN, P.J.K., PAi.M. (Dilantik).

DATO' AZUMU BIN TAK, D.P.M.P., P.M.P., A.M.N., P.P.T., J.P . (Perak).

Tuan P. Balaram (Kedah Darulaman).

TUAN BEE YANG SEK (Kedah).

TUAN CHAN CHOONG TAK (Dilantik).

DR CHONG ENG LEONG (Sabah).

TUAI' DAHALAN BIN HAJJ EMBUN (Perlis).

TUAN DouGLAS SuLLANG ANAK GANDA (Sarawak).

TUAN Foo BOON LIANG (Pahang Darulmakmur).

PuAN HAJJAH HABIDAH BINTI JusoH alias YusoF, P.J.K. (Terengganu).

1415 6 JULAI 1989 1416

Yang Berhormat TUAN HAJI HAMID ARABY BIN Mn. SALIH, A.M.N., P.K.T., P.J.K. (Pulau Pinang).

,,

"

"

"

"

,,

"

"

" ,,

"

"

"

" "

"

"

"

,,

" ,,

"

"

TUAN HASSAN BIN HARUN, A.M.N. (Kelantan).

TUAN HASSAN BIN NAM, P.P.N., P.J.K. (Dilantik).

TUAN HAJJ IBRAHIM BIN JENDOL (Dilantik).

TUAN HAJI IBRAHIM BIN HAn UJANG, P.P.N., P.J.K. (Negeri Sembilan).

TUAN HAJI JAAFAR BIN HARON (Dilantik).

TUAN C. KRISHNAN, A.M.N. (Dilantik).

TUAN KUAN PENG SOON, A.M.N. (Perak)

TUAN LAU KENG SIONG alias JOSEPH LAU KENG SEONG, K.M.N., A.M.N., P.I.S. (Johor).

PuAN LAW JACK YooN (Dilantik).

TUAN LIM HENG TEE, J.P. (Pulau Pinang).

DATO MAK HoN KAM, o.P.M.P., J.M.N. (Dilantik).

PUAN MAZIDAH BINTI HAJI ZAKARIA (Dilantik).

TUAN HAJI MOHD. NOOR BIN HAJI ABDULLAH, A.M.N., A.K. (Kelantan).

TUAN MOHD. NOOR BIN BEDAH, P.J.K., P.J.B. (Perlis).

TUAN MOHD. w A.fDI BIN DATO' HAJI ISHAK, J.P. (Dilantik).

TUAN MUSTAFA BIN AWANG, P.P.N., P.J.K. (Terengganu).

DATUK HA.JI NASIR BIN HAJI MANAP, D.M.S.M., D.S.M., A.M.N., P.J.K. (Melaka).

DR NAWAWI BIN MAT AwIN (Dilantik).

DR NG KHEK KiuNG (Selangor Darul Ehsan).

TUAN No PENG HAY, P.J.K. (Melaka).

CIK NoRANI BINTI HAJI BELUAH alias HAJI HrrAM, A.M.N., P.J.K. (Pahang Darulmakmur).

DR NORDIN SELAT (Dilantik).

TUAN PANDIKAR AMIN BIN HAJ! MULIA (Sabah).

TUAN G. RAJOO (Dilantik). •

PuAN HAJJAH RoGAYAH amn CHE MAT (Dilantik).

PUAN HAJJAH ROSNAH BINTI HAJJ MOHD. SALLEH, A.M.N., P.J.K. (Dilantik).

PUAN HAJJAH SALBIAH BINTI MOHD. AKIM, A.M.N., P.J.K., P.J.M. (Dilantik).

4'

~

--

"

1417 6 JULAI 1989 1418

Yang Berhormat TUAN v. K. SELLAPPAN (Dilantik).

" TUAN HAJI SHUAIB BIN LAZIM, A.M.N., P.C.K. (Dilantik).

"

"

" "

" " "

TUAN SIVALINGAM AIL ARUMUGAM KARUPPIAH (Dilantik)

TUAN HAJI SYED ABDUL HAMID BIN SAGAFF, P.I.S., B.S.I., P.P.N. (Dilantik).

TUAN TAN CHAI Ho, A.M.N. (Dilantik-Wilayah Persekutuan).

DR TAN CHONG KENG (Dilantik).

TUAN TIONG Hrnw KING, P.B.S. (Dilantik).

PUAN VALLI MUTHUSAMY, P.P.N., P.J.K. (Dilantik).

DATO' HAJI ZAKARIA BIN HAJI YAHAYA, D.P.M.S., K.M.N., S.M.S., P.J.K., P.P.N. (Selangor Darul Ehsan) .

--~

A

1421 6 JULAI 1989

DEWAN NEGARA

PEGA WAI-PEGAWAI KANAN

1422

Setiausaha Dewan Negara: Haji Abdul Rahim bin Haji Abu Bakar, J.S.D., s.A.P., K.M.N., P.B.S., P.J.K.

Ketua Penolong Setiausaha: Haji Mohd. Salleh bin Abu Bakar.

Penolong Setiausaha: Ghazali bin Haji Abdul Hamid, A.M.N.

Penolong Setiausaha: Abdullah bin Abdul Wahab.

BAHAGIAN PENYATA RASMI PARLIMEN

Ketua Penyunting: Haji Yahya Manap.

Penyunting Kanan: P. B. Menon.

Penyunting Kanan: Haji Osman bin Sidik.

Penolong Penyunting: N. Ramaswamy.

Penolong Penyunting: Amran bin Ahmad.

Pelapor Perbahasan Parlimen:

Suhor bin Husin.

Mohd. Saleh bin Mohd. Yusof.

Supiah binti Dewak.

Ismail bin Hassan.

Shamsiah binti Mohd. Yusof.

Hajjah Kalsom binti Ghazali.

Mohamed bin Osman.

Norishah binti Mohd. Thani.

Zaharah binti Nairn.

Su Soon Chuan.

Norwahidah binti Azizi.

Rozita binti Abdul Samad. Jainah binti Sakimin.

BENTARA MESYUARAT

Mejar (B) Haji Ahmad bin Buntu, A.M.N., s.s.o., P.J.K.

.,.....

ft

.- -

1425 6 JULAI 1989

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

1426

Khamis, 6hb Julai, 1989

Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang

DOA

(Tuan Yang di-Pertua mempenge­rusikan Mesyuarat)

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI

PERTANYAAN­PERTANYAAN

Tuan Yang di-Pertua: · Yang Berhormat Dato' Haji Zakaria bin Haji Yahya.

Tuan Mohd. Noor bin Bedah: Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, soalan No.l.

PROTON SAGA-JUALAN DI UNITED KINGDOM

1. Tuan Mohd. Noor bin Bedah (di bawah S.O. 23 (2)) minta Perdana Menteri menyatakan jumlah kereta Proton Saga yang telah dijual di United Kingdom sehingga 30hb Januari, 1989 dan apakah sebabnya Proton Saga tidak dapat memenuhi permintaan yang diperlukan oleh wakil penjual kereta tersebut di United Kingdom/

36. Puan Haijah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh minta Perdana Menteri menyatakan kedudukan pasaran Proton Saga dalam negeri, adakah ianya meningkat. Bagaimana pasaran di luar negeri, adakah permintaan dapat dipenuhi, jika tidak mengapa.

37. Dr Ng Khek Kiung min ta Perdana Menteri menyatakan:

(a) bilangan unit bagi Proton Saga yang telah dijual setakat akhir bulan Jun 1989; dan

(b) bilangan pengedar kereta Proton Saga yang telah dilantik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kehakiman (Dato' Dr Sulaiman bin Haji Daud): Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh saya mohon izin untuk menjawab soalan ini bersama­sama dengan Soalan No. 36 daripada Yang Berhormat Senator Puan Hajjah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh dan soalan No. 37 dari Yang Berhormat Senator Dr Ng Khek Kiung sekali gus.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan.

Dato' Dr Sulaiman bin Haji Daud: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sehingga 30hb Januari, 1989, Proton Saga belum lagi di.iual di United Kingdom. Penjualan kereta Proton Saga di negara tersebut mula dilancarkan pada 16hb Mac, 1989.

Sehingga 30hb. Jun, 1989 bilangan Proton Saga yang telah dieksport ke

' U1,1ited Kingdom ialah 4,685 unit manakala penjualan kereta Proton Saga y~ng berdaftar ataupun, dengan izin, registered sale di negara tersebut sehingga 3lhb Mei, 1989 iaitu selama kurang lebih 2112 bulan ialah 2,011 unit.

Pasaran Proton Saga bagi dalam negeri adalah rnenggalakkan sehingga 31hbMei, 1989. (Ada YangBerhormat

1427 6 JULAI 1989 1428

bertanya tentang angka dalam bulan Jun, tetapi dukacitanya, Tuan Yang di­Pertua, angka bulan Jun sedang dikumpul)-sehingga 31hb Mei, 1989 sebanyak 115,489 unit Proton Saga telah dijual di dalam negeri dan 5,280 unit telah dieksport.

bertanya dari mana k.ereta ini data~g, maka dia kata danpada Malaysia. Orang tua itu telah memuja dan besok harinya orang putih m~mbeli ker~ta itu. ( Ketawa} Itu menun1ukkan beg1tu tingginya mutu kereta kita dan kita patut berbangga. Tentang sama ada mewah ataupun tidak, saya rasa

Dari segi penguasaan ~asaran Jidaklah ada banyak bezanya di an~ara Proton Saga telah menguas_ai _]3%- - -- kereta yang dieksport ke Umted pasaran kereta penumpan~-tempatan Kingdom dengan kereta-kereta yan.g bagi tahun 1988 berbandmg dengan digunakan di sini. Walau baga1-hanya 47% dalam tahun 1986 d~n 65.~ manapun, memanglah menjadi dasar dalam tahun 1987. Jadt'. 101 Proton Saga untuk mengawasi stan-menunjukkan adanya menmgkat dard ataupun kualiti kereta kita. angka penjualan.

Mengenai pasaran di luar negeri pula sehingga kini pihak Proton tidak menghadapi apa-apa masalah meme­nuhi permintaan tersebut kecuali di United Kingdom. Ini di antara lain disebabkan oleh permintaan ke atas kereta tersebut meningkat dengan banyaknya melebihi anggaran asal di kedua-dua pasaran United Kingdom dan pasaran tempatan.

Kedua, Proton tidak dapat membekalkan kereta dalam masa yang singkat kerana sebahagian daripada komponen kereta masih lagi diimport dan pesanan perlu dibuat lebih awal.

Mengenai wakil penjual pula sehingga 22 Jun, 1989 ada 129 wakil penjual Proton Saga telah dilantik.

Tuan K. Sivalingam: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Saya difahamkan kereta Proton Saga yang dijual di United Kingdom bermutu tinggi dan mempunyai ciri-ciri mewah. Adakah ia benar, kalau benar mengapa ia tidak dijual di sini dan berapakah wakil pengedar kaum keturunan India?

Dato' Dr Sulaiman bin Haji Daud: Tuan Yang di-Pertua, bermutu tinggi itu memang betul. Kereta kita memang bermutu tinggi sehingga saya difahamkan oleh sahabat saya Presiden MIC di satu ketika anak saudaranya tinggal di London membeli sebuah kereta, selepas itu neighbournya

Tuan Yang di-Pertua, mengenai bilangan pengedar/penjual kaum India, saya tidak ada mempunyai angka seperti itu, hanya yang ada pada saya ialah angka bumiputera dan bukan bumiputera dan kita tidak membahagi-bahagikan kepada suku kaum, umpamanya berapa orang penjual orang -iban, orang Bidayuh, orang Punan, orang Kelabit dan lain­lain lagi.

Mengenai angka wakil penjual daripada kalangan bukan bumiputera ianya 29, manakala bumiputera ialah 57 dan Cawangan EON sendiri 43 dan franchise holder sebanyak empat, angka ini sehingga 22hb Jun tahun ini.

Puan Law Jack Yoon: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Salah satu tujuan membuat Proton Saga, kereta kebangsaan kita, adalah supaya rakyat kita diberi peluang untuk mempunyai sebuah kereta itu. Walaupun Proton Saga adalah termurah jika dibanding dengan kereta asing di Malaysia tetapi masih tinggi, apakah sebab-sebab harga Proton Saga tidak boleh dikurangkan?

Dato' Dr Suleiman bin Haji Daud: Tuan Yang di-Pertua, apabila seseorang hendak membuat perdagangan itu mestilah mencari untung. Kalau tidak, tidak ada ertinya. Jadi, sekiranya kita menjual kereta kita kurang daripada harga modal, sudah tentu sekalilah, syarikat itu akan ..

"

~

.~

fJ

~

1429 6 JULAI 1989 1430

bankrap. Sepertimana kita sedia maklum, sebahagian besar iaitu kurang daripada 4% daripada komponen kereta ini diimport daripada negara asing, terutama sekali dari negara Jepun dan kita faham juga bahawa Yen "exchange" pada masa ini adalah begitu tinggi sekali. Oleh itu, kita tidak dapat menjual kereta kita dengan lebih murah walaupun hasrat kita memang mahu ramai orang Malaysia membeli kereta Proton Saga. Walau bagaimanapun, Tuan Yang di-Pertua, kereta Proton Saga mempunyai harga yang begitu kompetitif dibandingkan dengan kereta-kereta lain.

Tuan Baji Jaafar bin Baron: Tuan Yang di-Pertua, saya suka bertanya selain daripada kereta jenis Proton Saga yang ada sekarang, adakah Kerajaan bercadang pula hendak mewujudkan pembuatan jenis motor seumpama motosikal Proton Saga misalnya.

Dato' Dr Suleiman bin Baji Daud: Minta ulang sekali lagi, saya tidak dengar.

Tuan Baji Jaafar bin Baron: Selain daripada kereta Proton Saga yang diadakan sekarang, adakah Kerajaan bercadang pula hendak mewujudkan pembuatan jenis motor, seumpama motosikal Proton Saga misalnya.

Dato' Dr Suleiman bin Haji Daud: Motosikal? Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan Kerajaan ada mempunyai syarikat ataupun sekurang-kurangnya syer dalam syarikat yang menge­luar~an enjin ataupun kereta-ke­reta serupa motosikal.

BEKALAN ELEKTRIK DI LADANG-i/ADANG

I 2. Tuan V. K. SellaPan min ta Menteri Tenag" Telekom dan Pos menyata~an:

(a) arakah rancangan Kera1aan terhadap pembekalan elektrik dan pemasangan talian telefon ke ladang-ladang di seluruh

Malaysia bagi kegunaan pekerja-pekerja ladang;

(b) setakat ini berapa ban yak ladang telah menikmati bekalan elektrik dan talian telefon bagi pekerja-pekerja ladang di negara ini; dan

(c) apakah langkah-langkah Kera­jaan terhadap ladang-ladang yang masih tidak dapat menik­mati kemudahan seperti beka­lan elektrik dan talian tele­fon.

Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos· (Tuan Abdul Ghani bin Othman): Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana soalan ini menyentuh tentang bekalan elektrik dan telefon serentak, izinkan saya menjawab mengenai bekalan elektrik terlebih dahulu.

(a) Adalah menjadi harapan dan matlamat Kerajaan untuk mem­beri bekalan elektrik kepada semua lapisan masyarakat di­seluruh . negara kita terma­suk juga kawasan di ladang­ladang.

(b) Setakat ini terdapat sejumlah 106 ladang yang telah pun menerima bekalan elektrik daripada Lembaga Letrik Negara.

( c) Bagi ladang-ladang yang terletak berhampiran dengan rangkaian sistem yang sedia ada, pihak Kerajaan menggalakkan la­dang-ladang tersebut untuk mendapatkan bekalan daripada Lembaga Letrik Negara. Di antara langkah-langkah yang diambil ialah pegawai-pegawai Lembaga Letrik Negara pergi dan berjumpa dengan pihak pengurusan ladang-ladang untuk menggalakkan mereka menukar set-set janakuasa sendiri · kepa­da pembekalan daripada Lem­baga Letrik Negara. Pada masa ini, Lembaga Letrik Negara telah mengurangkan bayaran sumbangan pengguna kepada

'..

1431 6 JULAI 1989 1432

hanya 50% daripada kos penyambungan bagi pengguna domestik dan 10% daripada kos penyambungan bagi sektor industri.

Bagi ladang-ladang yang jauh letaknya daripada rangkaian sistem yang sedia ada, memanglah menjadi hasrat dan matlamat Kerajaan sepertimana bagi kawasan-kawasan yang lain untuk memberi kemudahan bekalan elektrik melalui rancangan-rancangan pemba­ngunan Kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan perkhidmatan telekomunikasi, ladang-ladang biasanya terletak di kawasan pendalaman dan di luar bandar. Kawasan-kawasan seumpama ini juga diliputi di bawah Rancangan Pondok Telefon A warn Luar Bandar di mana Syarikat Telekom Malaysia dipertanggungjawabkan untuk me-11yediakannya. Walau bagaimana­pun, oleh · kerana ladang-ladang itu sendiri berada di kawasan-kawa­san yang jauh dan terpencil, mat­lamat Kerajaan untuk menyediakan kemudahan telekomunikasi yang sempurna ke kawasan berkenaan menghadapi beberapa masalah dari segi teknikal dan juga dari segi kewangan.

Dari segi teknikal, Kerajaan melalui Syarikat Telekom Malaysia, telah berusaha untuk menyediakan per­khidmatan ini melalui penggunaan teknoloji telekomunikasi baru yang sesuai seperti perkhidmatan ATUR, perkhidmatan .Multi Access Radio dan

, Perkhidmatan Radio Call Service.

Dari segi peruntukan kewangan pula, pihak Kementerian sedar bahawa peruntukan ini dan cara pengendalian rancangan ini iaitu pondok telefon awam di luar bandar yang diamalkan pada masa ini adalah terhad dan tidak dapat memenuhi sepenuhnya hasrat dan kehendak rakyat luar bandar. Satu perubahan perlu dibuat dan dalam hubungan ini, pihak Kementerian

sedang mengkaji semula proses pelaksanaan projek ini serta merumus satu formula baru dari segi peruntukan kewangan untuk menyediakan kemudahan telekomunikasi ke kawasan luar bandar termasuk ladang­ladang dengan lebih berkesan lagi.

TUNJUK PERASAAN PELAJAR· PELAJAR

3. Tuan Syed Abdul Hamid bin Sagaff min ta Menteri Pendidikan menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk menentukan kejadian "tunjuk perasaan" oleh pelajar pusat pengajian tinggi seperti yang berlaku di Institut Teknologi MARA (ITM) tidak berulang lagi.

Timbalan Menteri Pendidikan (Dr Leo Michael Toyad): Tuan Yang di­Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan telah mengambil keputusan untuk melarang pelajar­pelajar universiti dan Institusi Pengajian Tinggi untuk mengadakan tunjuk perasaan secara haram. Tindakan tatatertib akan diambil bagi mereka yang tidak mengikuti peraturan yang ditetapkan.

Pada masa ini, langkah-langkah yang diambil ialah:

(i) pengurusan semua Institusi Pengajian Tinggi telah diberi kuasa untuk meluluskan apa­apa perhimpunan semua Institusi Pengajian Tinggi yang berfaedah kepada perkem­bangan dan sahsiah pelajar.

(ii) perhimpunan haruslah di­adakan di dalam dewan dan di tempat-tempat tertutup.

(iii) beberapa syarat haruslah di­patuhi oleh pihak pelajar dari segi keselamatan pelajar yang mengambil bahagian dalam perhimpunan itu.

Tuan Ng Peng Hay: 'J\uan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Saya suka meminta Yang Berhormat Timbalan

ft

'\

r-.

e

·"'

~,..·.~

1433 6 JULAI 1989 1434

Menteri Pendidikan menjelaskan bahawa selama ini beberapa orang pelajar-pelajar telah diambil tindakan tatatertib kerana terlibat dengan tunjuk perasaan.

Dr Leo Michael Toyad: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ada angkanya di sini.

PELARIAN VIETNAM­KEMASUKAN ·

4. Dr Nawawi bin Mat Awin minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah kesan sebenar tindakan­tindakan yang diambil di peringkat antarabangsa untuk mengurangkan kemasukan pelarian Vietnam ke negara ini memandangkan laporan­laporan menunjukkan lebih ramai lagi pelarian-pelarian itu meninggalkan Vietnam sekarang ini dan jelaskan sama ada mereka itu benar-benar pelarian atau semata-mata mereka yang ingin memperbaiki keadaan dan masa depan ekonomi mereka. Beri angka terakhir pelarian yang masih berada di negara ini dan berapa yang dianggap tidak diterima oleh negara­negara ketiga.

27. Puan Hajjah Salbiah binti Mohd. Akim minta Menteri Luar Negeri menyatakan sesudah persetujuan dengan pemimpin negara Vietnam yang bersetuju menerima semula pelariannya balik ke negerinya, berapa ramaikah lagi yang masih tinggal di sini dan berapa ramai pula yang baru masuk.

7-7-89

4. Puan Ainon binti Ariffin minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah langkah-langkah tegas dan segera yang telah dirancang bagi mengatasi masalah pendatang haram pelarian Vietnam yang kian meningkat dan membebankan negara kita.

Timbalan Menteri Luar Negeri (Dato Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan ini serentak dengan soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Puan Hajjah Salbiah binti Mohd. Akim pada hari ini dan daripada Yang Berhormat Puan Ainon binti Ariffin pada 7hb Julai kerana soalannya adalah sama.

Tuan Yang di-Pertua, seperti Ahli­ahli Yang Berhormat sedia maklum, Persidangan Antarabangsa Mengenai Orang-orang Pelarian Indo-China yang baru sahaja selesai diadakan di Geneva pada 13hb-14hb Jun, tahun ini, telah menerima sebulat suara suatu "Comprehensive Plan of Action", dengan izin, CPA. CPA ini meng­gariskan tanggungjawab dan komit­men semua pihak yang berkaitan dengan masalah Pendatang Haram Vietnam ataupun PHY termasuk Vietnam sendiri sebagai negara asal. Di Persidangan tersebut, Vietnam telah bersetuju untuk mengambil langkah-langkah yang lebih efektif untuk menyekat rakyatnya keluar secara haram ataupun, dengan izin, clandestine departure; memperluaskan dan mempercepatkan, dengan izin, "Orderly Departure Programme" ataup1.m ODP sebagai saluran tunggal bagi rakyat Vietnam meninggalkan negara mereka. Adalah masih awal untuk menyatakan di sini sama ada Vietnam telah patuh kepada komitmen mereka.

Persidangan antarabangsa juga te­lah menubuhkan satu Jawatankuasa Penyelaras bertujuan untuk me­mastikan program-program yang terkandung di dalam CPA dilak­sanakan dengan segera. Jawatan­kuasa ini akan membuat peni­laian pada bulan Oktober ini me­ngenai kekesanan langkah-langkah yang telah diambil oleh negara-negara berkenaan khususnya Vietnam dan mencadangkan langkah-langkah lain yang dirasakan perlu.

1435 6 JULAI 1989 1436

CPA juga mengandungi peruntukan bagi diadakan "screening mechanism" di negara-negara pendaratan pertama seperti Malaysia bertujuan untuk menentukan status pendatang-pen­datang . haram ini. Satu "cut-off date", dengan izin, pada 14hb Mac, 1989 telahpun ditetapkan di mana semua pendatang haram Vietnam yang sampai ke negara ini selepas tarikh tersebut tidak akan dipindah­kan secara otomatik ke negara­negara ketiga. Hail.ya mereka yang ditetapkan sebagai "bona fide refugees", dengan izin, akan dipindahkan ke negara ketiga. Bagi "non-refugees", dengan izin, mereka akan dihantar pulang ke Vietnam.

Di persidangan itu juga, negara­negara ketiga telah bersetuju untuk memindahkan semua pendatang­pendatang haram yang berada - di khemah-khemah sementara di Asia Tenggara sebelum "cut-off date" dan semua yang dianggap sebagai "bona fide refugees" selepas "screening mechanism" diadakan.

Adalah sukar untuk ditetapkan sama ada mereka ini benar-benar pelarian atau semata-mata mereka yang ingin memperbaiki keadaan dan masa depan mereka. Status mereka sama ada benar-benar pelarian atau, dengan izin; "economic migrants" akan hanya dapat ditentukan selepas "screening mechanism" dilaksanakan sejajar dengan CPA.

Dr Nawawi Mat Awin: Tuan Yang di-Pertua, soalan saya sebenarnya bukan soalan tambahan. Saya minta dijawab soalan bahagian terakhir­"beri angka pelarian yang masih berada di negara ini dan berapa yang dianggap tidak diterima oleh negara­negara ketiga".

Dato Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan: Tuan Yang di-Pertua, jumlah PHY sebelum "Cut-off date" ialah sebanyak 13,634 orang. Selepas "cut­off date" sehingga kini jumlahnya

---------- -

bertambah kepada 22,108 orang iaitu jumlah yang baru datang selepas "cut­off date" ialah sebanyak 8,374 orang.

Tentang mereka yang belum dapat ditempatkan ke negara-negara ketiga, adalah merupakan masalah yang paling besar sekali yang sedang dihadapi oleh negara kita sebab mengapa Malaysia menjadi daya utama mewujudkan persidangan antarabangsa berkenaan dengan pelarian Indo-China untuk khusus kita mencari jalan keluar tentang pendatang haram yang tidak dapat ditempatkan ke negara ketiga. Insya Allah selepas ianya tamat diadakan baru-baru ini melalui "Comprehensive Plan of Action" kita harap dalam masa, paling lewat tiga tahun, se­mua pendatang haram akan dapat ditempatkan ke negara-negara ketiga dan yang lain itu akan dapat dihantar balik ke Vietnam.

Puan Mazidah binti Haji Zakaria: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Mengenar dengan takrif status pelarian ini sepertimana yang dijelaskan oleh Timbalan Menteri sebentar tadi adalah merupakan satu perkara yang sukar untuk menentukan sama ada pelarian-pelarian ini benar­benar pelarian bona fide ataupun mereka ini sekadar pelarian eko­nomi. Saya difahamkan adanya percanggahan pendapat . mengenai pentakrifan ini daripada Amerika Syarikat dan juga Britain. Soalan tambahan saya hanya ingin meninjau apakah pendirian Kerajaan Malaysia mengenai percanggahan pendapat ini.

Dato Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan: Tuan Yang di-Pertua, saya telah menyatakan sebentar tadi bahawa salah satu jawatankuasa penyelaras telah pun ditubuhkan khusus untuk mengkaji perkara-perkara yang menjadi masalah tentang perkara­perkara tertentu untuk menghadapi masalah PHY ini, dan salah satu masalah ialah tentang pengtakrifan itu tadi. Maka selepas kita-

/

.--...

ll

"....,

')

.Pn

......

1437 6 JULAI 1989 1438

mengadakan jawatankuasa ini, insya Allah mereka akan dapat melahirkan garisan tertentu dari segi siapakah dan cara manakah akan dipastikan status pendatang haram itu dengan sebenarnya.

Tuan Haji Hamid Araby bin Md Salih: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya difahamkan layanan yang diberikan kepada pendatang haram ini terlalu baik dan ini telah menjadi satu tarikan pula kepada pelarian-pelarian yang lain yang cuba datang ke Malaysia. Adakah ini betul?

Dato Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan: Tuan Yang di-Pertua, tentang baik ataupun tidaknya layanan itu terpulang kepada orang yang mentafsirkan layanan yang se­demikian. Tetapi pihak Kerajaan kita berpegang teguh di atas Perjanjian Geneva yang telah pun ditandatangani awal-awal lagi. Kita sebagai sebuah negara yang merupakan negara pertama ataupun negara yang hanya sebagai "transit centre", sahaja dan kita membuat apa yang kita telah pun dikehendaki melalui perjanjian yang kita sama­sama tandatangani itu.

KEDUTAAN MALAYSIA DI BEUING-KESELAMATAN

KAKITANGAN

5. Cik Norani binti Haji Beluah minta Menteri Luar Negeri menyatakan:

(a) bagaimanakah keadaan kese­lamatan Pegawai dan Kakitangan serta keluarga Kedutaan kita di Beijing;

(b) apakah peranan Kementerian Luar Negeri bagi membantu/ mengatasi masalah pelajar­pelajar di Beijing;

(c) adakah Kerajaan Malaysia menyokong tuntutan yang dibuat oleh pelajar-pelajar yang mahukan Demokrasi di negara mereka; dan

( d) setakat manakah kerjasama yang telah diberikan bagi mengatasi supaya perbuatan ganas yang dilakukan oleh pihak pemerintah ke atas pelajar-pelajar dan orang ramai itu dapat diberhentikan segera.

Dato Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan: Tuan Yang di-Pertua, semua pegawai dan kakitangan serta keluarga di Kedutaan Besar Malaysia di Beijing berada di dalam keadaan selamat. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, sebagai langkah keselamatan ahli-ahli keluarga dan tanggungjawab pegawai-pegawai kita seramai 61 orang telahpun dibawa pulang ke tanahair pada 5hb Jun 1989.

Kita mengangap bahawa apa yang berlaku di China adalah soal dalaman negara itu sendiri. Dengan ini Kerajaan Malaysia tidak campur­tangan atau mengambil sebarang pendirian mengenai demonstrasi dan pergolakan pelajar-pelajar di China. Namun demikian kita telah menyatakan rasa bimbang dan sedih kita di atas peristiwa Tiananmen yang membawa kepada pertumpahan darah.

IKLANDIRTM

6. Tuan Haji Abdul Manap bin Hashim minta Menteri Penerangan menyatakan mengapakah RTM masih menggunakan iklan-iklan di suatu rancangan yang tidak sesuai dan wajar seperti Siaran Berita umpamanya. Situasi begini akan mengganggu tumpuan para penonton yang sedang mengikuti rancangan terseb.ut.

Timbalan Menteri Penerangan (Tuan Railey bin Jaffrey): Iklan merupakan sumber basil utama bagi RTM dan juga lain-lain stesyen radio dan televisyen di seluruh dunia. Hasil yang didapati dari iklan membolehkan RTM berusaha memperbaiki ran­cangan-rancangan dan menampung

1439 6 JULAI 1989 1440

sebahagian besar daripada perbe­lan jaannya yang berkaitan dengan pembelian-pembelian rancangan­rancangan dan juga kelengkapan. Ini juga dapat mengurangkan beban kewangan Kerajaan bagi mengendali­kan RTM pada keseluruhannya.

Iklan-iklan yang disiarkan melalui program-program RTM adalah dikawal perbelanjaannya. Iklan-iklan dalam rancangan W arta Berita sangat kurang bilangannya jika dibandingkan dengan iklan-iklan dalam rancangan­rancangan hiburan dan yang lain-Iain. Oleh itu ia tidak dianggap meng­ganggu rancangan malah memberikan peluang untuk berehat semasa mendengar berita.

Puan Ainon binti Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya ingin mengemukakan dua soalan. Oleh kerana Berita adalah merupakan satu daripada intisari terpenting siaran-siaran dan ianya sangat diteliti oleh semua rakyat dan sangat penting, tidakkah dapat supaya di dalam Berita ditiadakan Iangsung siaran-siaran iklan?

Yang kedua, adakah mereka­mereka yang membuat ikl~n dalam siaran Warta Berita itu b~yarannya lebih tinggi daripada lain-lain siaran mengenangkan bahawa Berita adalah satu siaran penting dan terlalu ramai penontonnya?

Tuan Railey bin Jaffrey: Tuan Yang di-Pertua, saya percaya Ahli-ahli dalam Dewan ini pernah ingat satu masa <lulu berita-berita dalam semua bahasa disiarkan tanpa adanya iklan di perantaraannya. Tetapi hanya selepas itu telah difikirkan bahawa dari segi pendapatan kita boleh mendapat pendapatan yang lumayan jadi Berita itu kita kenakan iklan sebagai sebahagian daripada sumber pen­dapatan , RTM. Jadi sebab itulah kalau tidak hend9k diadakan pun boleh. Tetapi kita fikir elok diadakan

kerana ini merupakan satu sumber pendapatan yang penting.

Berkenaan dengan sama ada iklan itu mendatangkan basil yang banyak itu terserah menurut jadual yang ditentukan dalam waktu atau jam berapakah iklan-iklan itu diadakan kerana kita mempunyai rate dan table tertentu, seperti waktu prime time, iklan itu mahal dan iklan yang merupakan filmlet lebih mahal daripada slide. Jadi, kalau saya hendak tunjukkan sepenuhnya, saya ada rate card di sini. Kalau Yang Berhormat ingin lihat di luar boleh saya tunjukkan.

Tuan G. Rajoo: Tuan Yang di­Pertua, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Penerangan sungguhpun iklan siaran TV berkaitan dengan rokok tidak ada, tetapi semua jenama jenis rokok ada dikeluarkan dalam iklan TV. Apabila orang-orang yang menghisap rokok melihat jenama-jenama rokok atau mendengar iklan muzik, mereka sudah ada "kick" untuk menghisap rokok. Saya faham basil-basil banyak datang daripada syarikat-syarikat rokok, tetapi tujuan Kerajaan kita ialah untuk kita menggalakkan rakyat kita menghisap rokok. Apakah pendirian dan pandangan Kementerian Penerangan ataupun adakah apa-apa rancangan untuk mengelakkan iklan­iklan ini?

Tuan Railey bin Jaffrey: Tuan Yang di-Pertua, pendirian Kementerian Penerangan adalah pendirian Kerajaan iaitu Kerajaan tidak menggalakan orang merokok, tetapi kita cuma mempamirkan dalam iklan­iklan berkenaan rokok di televisyen dengan jenama dan tidak me­nun jukkan orang menghisap rokok seperti pada masa-masa yang lalu. Jadi, dengan sekaligus bukan sahaja kita tidak menunjukkan sebagai satu penggalakan menghisap rokok, kita juga memungut basil daripada iklan tersebut. Itulah yang sebenarnya.

,,

,..,_,

"

,,,.,.

.~

1441 6 JULAI 1989 1442

Tuan Azman Atar bin Othman: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu daripada Timbalan Menten Pene­rangan kami tidak pula menghalang RTM untuk mendapatkan sumber­sumber kewangan daripada iklan. Cuma soalan saya nampak daripada tiga rakan-rakan kami menumpukan kepada masalah memasukkan iklan dalam siaran Warta Berita. Kami menyoal soal ini setelah kami dapat laporan dan rungutan daripada orang ramai, tetapi bila Timbalan Menteri menjawab tadi seolah-olah mem­pertahankan rancangan itu. Jadi, bolehkah, saya ingin bertanya Timbalan Menteri mengkaji semula kerana ini adalah rungutan daripada orang ramai yang dibawa oleh pihak Senators di dalam Dewan ini yang mana tidak sesuai dalam rancangan Warta Berita itu supaya membolehkan semua orang menumpukan kepada Berita, kemudian dimasukkan 'iklan. Bolehkah atau tidak Kementerian Penerangan menukar rancangan iklan itu supaya ianya tidak ada kena­mengena dengan masa Warta Berita? Itu saya ingin tahu.

Tuan Railey bin Jaffrey: Tuan Yang di.J>ertua, soal bolehkah itu, memang boleh, tetapi perkara ini hendak dipertimbangkan seperti apa yang telah kita buat sebelum itu dan selama ini. Itu sahajalah, Tuan Yang di­Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Saya benarkan satu soalan sahaja lagi.

Pandikar Amin bin Haji Mulia: Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan jelas mempunyai satu dasar iaitu tidak menggalakkan rakyat untuk menghisap rokok, tetapi di samping itu membenarkan ikian-iklan yang ditaja oleh syarikat-syarikat yang membuat rokok. Soalan saya ialah bukankah dengan berbuat demikian seolah-olah Kerajaan itu memisahkan pedas dengan lada ataupun memisahkan gula dengan manis?

Tuan Railey bin Jaffrey: Tuan Yang di-Pertua, saya rasa soalan ini lebih kurang sama juga seperti yang awal­awal tadi. Memanglah selagi kita tidak menggalakkan orang merokok pada satu tempat ataupun satu keadaan dan di satu keadaan pula kita membenarkan jenama-jenama itu diiklankan di televisyen. Dan lagi pun jenama-jenama ini bukan sahaja semata-mata rokok seperti Dunhill umpamanya. Jenama Dunhill bukan sahaja mengeluarkan rokok, tetapi bermacam-macam barangan ada dikeluarkan oleh Dunhill. Jadi, dalam hal ini kita ambil jalan tengah. Selain daripada kita tidak menggalakkan orang merokok ataupun Kerajaan tidak menggalakkan orang merokok, tetapi kita mengeluarkan jenama itu iaitu menunjukkan sikap ke"Iiberal"an kita supaya rakyat dapat memilih, sedangkan kita tidak menunjukkan sebagai galakan bahawa rokok itu adalah harmful, dengan izin. Jadi, saya berpendapat tindakan Kerajaan yang dibuat melalui Jabatan Penerangan ialah satu perkara yang wajar yang telah dibuat selama ini.

MINY AK KELAPA SA WIT

7. Pandikar Amin bin Haji Mulia minta Menteri Perusahaan Utama menyatakan keberkesanan setakat ini, jaminan Presiden Bush kepada Kerajaan Malaysia mengenai dengan soal minyak kelapa sawit kita yang mendapat tentangan pemasarannya dari pihak-pihak yang tertentu di Amerika Syarikat.

Timbatan Menteri Perusahaan Utama (Dato' Alias bin Md. Ali): Tuan

· Yang di-Pertua, semasa pertemuan beliau dengan Presiden George Bush pada 2lhb Mei, 1989 dalam rangka lawatan beliau ke Amerika Syarikat, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah berbincang antara lain tentang kempen anti minyak kelapa sawit Malaysia. Pentadbiran Amerika Syarikat sebelum ini iaitu di bawah Presiden Reagan pernah menegaskan

1443 6 JULAI 1989 1444

tentangan terhadap percubaan rnendiskrirninasikan minyak kelapa sawit. Dalam hubungan itu, wakil Perdagangan Amerika Syarikat pada masa itu telah mengutuskan sepucuk surat kepada J awatankuasa Senate mengenai pertanian negara pada 16hb Oktober, 1987 untuk menyatakan bantahan terhadap satu Rang Undang­undang yang bertujuan menghendaki minyak-minyak tropika termasuk minyak kelapa sawit dilabel sebagai minyak tepu. Tujuan Yang Amat Berhormat membangkitkan isu itu dengan Presiden Bush ialah untuk mendapatkan kepastian bahawa Malaysia tidak dijadikan mangsa sewenang-wenang oleh pihak-pihak tertentu di negara itu berhubung dengan kempen yang berkenaan.

Presiden Bush telah menyatakan rasa simpati beliau bahawa Malaysia tidak hams didiskriminasikan. Pada masa ini adalah terlalu awal untuk membuat anggaran tentang keberkesanan hasil perbincangan itu. Akan tetapi rasa simpati yang disampaikan oleh Presiden Bush itu tentunya tidak dibuat dengan sewenang-wenangnya. Saya penuh yakin bahawa ianya akan menjamin layanan yang adil kepada kepentingan negara kita dalam konteks kempen anti minyak kelapa sawit.

Puan Mazidah binti Haji Zakaria: Tuan Yang di-Pertua, mungkin soalan tambahan saya ini tidak berkait secara langsung dengan soalan asal, tetapi berkaitan dengan kempen anti minyak kelapa sawit ini sendiri. Saya difahamkan sekarang pihak yang asalnya melakukan kempen-kempen anti minyak kelapa sawit ini ialah daripada golongan Persatuan Penanam-penanam Kacang Soya (ASA). Tetapi di masa kebelakangan ini kumpulan ASA ini tidak lagi menumpukan kempen tentang anti minyak kelapa sawit ini, dan dengan izin, crusade, menentang ataupun mengambil isu ini untuk berkempen anti minyak kelapa sawit ini

diambilalih oleh kumpulan-kumpulan yang begitu, hendak kata minat pun tidak, tetapi begitu kuat azam mereka dengan soal-soal kesihatan. Adakah perkara ini benar, dan jika ini benar, apakah persediaan-persediaan yang dilakukan oleh pihak Kementerian untuk menghadapi cabaran di peringkat kedua ini mengenai kempen anti minyak kelapa sawit?

Dato' Alias bin Md. Ali: Tuan Yang di-Pertua, untuk mengatakan bahawa ASA tidak lagi memainkan peranan penting di dalam kempen anti minyak kelapa sawit ini tidak begitu tepat. Mereka masih lagi berusaha dan di samping itu memang benar terdapat kumpulan-kumpulan lain di Amerika Syarikat yang juga menjalankan kempen menentang minyak kelapa sawit atas sebab-sebab mereka sendiri. Dan pihak Kementerian saya tidak menganggap kedua-dua kumpulan ini sebagai kumpulan yang berasingan. Mereka sebenarnya saling bantu­membantu antara satu sama lain dan sebarang persiapan, persediaan untuk menentang kempen ini mestilah dirangka, dianggap sebagai suatu tindakan yang bersepadu oleh pihak­pihak yang berkenaan itu. Pihak Kementerian telah menjalankan beberapa ujian-ujian di bebarapa banyak institusi pengajian tinggi dan juga badan-badan kajian atau, dengan izin, research bodies di beberapa buah negara di dunia dan maklumat­maklumat mengenai kajian-kajian itu telah pun dikumpulkan. Setakat ini semua maklumat-maklumat yang diterima menunjukkan banawa penggunaan min yak kelapa ·sawit tidak membahayakan kesihatan manusia, malah menunjukkan sifat-sifat yang positif terhadap kesihatan manusia dan maklumat-maklumat ini akan disebarkan ke seluruh dunia melalui seminar-seminar, pameran-pameran dan juga lain-lain cara yang boleh sampai kepada pihak-pihak yang berkaitan dengan perusahaan minyak kelapa sawit dan penggunaan minyak kelapa sawit.

~

_....__

,.-.

"

_..,.._·,

.-·

1445 6 JULAI 1989 1446

Puan Mazidah binti Haji Zakaria: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik hati dengan penerangan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi mengenai hasil-hasil peny~lidikan yang telah kita usahakan untuk me­nunjukkan bahawa minyak kelapa sawit tidak merbahaya kepada kesi­hatan bahawa pihak yang menentang atau yang anti minyak kelapa sawit itu juga melakukan penyelidikan yang menghasilkan pendapat-pen­dapat yang bercanggah dengan apa yang kita kemukakan dan oleh kerana itu masih timbul kontroversi dari segi penerimaan basil penye­lidikan kita. Bagaimanakah penda­pat Kementerian tentang perkara ini?

Dato' Alias bin Md. Ali: Tuan Yang di-Pertua, di dalam dunia ini memang ada dua perkara iaitu perkara yang baik dan perkara yang tidak baik dan sesuatu benda, seseorang manusia atau apa juga yang mesti ada a~pek-aspek yang baik boleh dicungkil dan ada aspek-aspek yang tidak baik yang boleh diada-adakan dan terpulanglah kepada orang ramai untuk menilai yang mana baik dan yang mana tidak baik dan yang mana satu yang mereka hendak percaya. Dalam hal basil kajian mengenai minyak kelapa sawit, kita berpegang kepada konklusi-konklusi yang bersifat saintifik dan bukan cakap-cakap kosong yang tidak ada sokongan daripada aspek dan fakta saintifik.

LATIHAN KEPADA PENUNTUT LEPASAN SRP

8. Tuan Tiong Hiew King minta Menteri Pendidikan menyatakan, memandangkan bahawa Kerajaan berusaha membasmikan kemiskinan di kalangan rakyat, banyak lepasan SRP (baru berumur lima belas atau enam belas tahun) setiap tahun terpaksa keluar dari alam persekolahan. Mereka tidak berkelayakan untuk

melanjutkan pendidikan menengah atas (Tingkatan IV) atau memasuki sekolah-sekolah vokasional. Adakah Kerajaan akan menimbangkan supaya mereka itu diberi peluang dan diwajibkan untuk menerima latihan­latihan teknik dalam tempoh dua tahun lagi. · .

Dr Leo Michael Toyad: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan memberi peluang kepada penuntut yang tidak dibenarkan mengulangi SRP di sekolah-sekolah Kerajaan untuk memohon untuk belajar di sekolah-sekolah menengah vokasio­nal. Sekiranya mereka ini gagal memasuki sekolah-sekolah tersebut, maka mereka bolehlah juga mengikuti program-program yang dijalankan oleh Kementerian Buruh, Kemen­terian Belia dan Sukan serta Kemen­terian Pembangunan Negara dan Luar Bandar.

KENAIKAN BARGA BARANGAN­KAW ALAN

9. Tuan Foo Boon Liang min ta Menteri Perdagangan dan Perindustrian menyatakan memandangkan kenaikan harga barangan hari ini menimbulkan kesukaran kepada pengguna-pengguna untuk menampung perbelanjaan harian mereka, dan kenaikan harga barangan ini menggambarkan bahawa keadaan inflasi akan kembali sekali lagi ke negara ini, maka apakah langkah­langkah Kerajaan bagi mengawal kenaikan harga barangan hari ini; Kerajaan seharusnya bertindak segera bagi mengelakkan inflasi daripada berulang di negara ini supaya mengurangkan beban tanggungan rakyatnya.

12. Tuan Haji Jaafar bin Baron minta Menteri Perdagangan dan Perindustrian menyatakan sedarkah Kementerian berkenaan iaitu dengan kenaikan harga barang-barang makanan keperluan harian seperti susu, tepung dan sebagainya

1447 6 JULAI 1989 1448

menjadikan rakyat miskin gelisah. Kenapakah harga barang-barang itu dinaikkan. Adakah berkaitan dengan kemerosotan nilai matawang negara kita dan tidak ada jalan lain lagi Kerajaan mengambil tindakan.

7-7-89

16. Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah minta Menteri Perdagangan dan Perindustrian menyatakan apakah Kementerian sedar kenaikan harga barang keperluan harian yang menjadi­jadi di seluruh negara dan apakah tindakan yang diambil.

12-7-89

25. Tuan Lau Keng Siong minta Menteri Perdagangan dan Per­industrian menyatakan apakah tin­dakan yang diambil oleh pihak Kerajaan bagi mengatasi masalah kenaikan harga barang yang tidak terkawal yang mengakibatkan rakyat miskin menderita. Contohnya, harga sekilogram tepung naik 10 sen. Tetapi harga sebutir roti naik 20 sen-30 sen. Harga serbuk kopi dan gula pasir tidak naik. Tetapi secawan kopi-o naik 10 sen.

Timbalan Menteri Perdagangan dan Perindustrian (Dato' Kok Wee Kiat): Tuan Yang di-Pertua, saya pohon izin untuk menjawab soalan ini bersama dengan soalan-soalan yang di­kemukakan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Jaafar bin Haron yang dijadualkan pada hari ini (6hb Julai, 1989), Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah yang dijadualkan pada 7hb Julai, 1989 dan Yang Berhormat Tuan Lau Keng Siong yang dijadualkan pada 12hb Julai, 1989 kerana soalan-soalan tersebut adalah mengenai perkara yang sama.

Tuan Yang di-Pertua: Baiklah.

Dato' Kok Wee Kiat: Tuan Yang di­Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, harga barang-barang tu­run-naik dari semasa ke semasa di-

. sebabkan oleh pengaruh bekalan dan permintaan yang berubah-ubah meng­ikut musim. Kenaikan kos bahan men­tah, pengangkutan serta bahan pem­bungkusan dan kenaikan nilai matawang pembekal juga menjadi faktor-faktor yang menyebabkan kenaikan harga barang-barang ini. Sungguhpun kos-kos ini telah naik begitu tinggi, namun kenaikan harga barang-barang pada keseluruhannya adalah didapati munasabah dan berpatutan.

Untuk makluman Ahli Yang Ber­hormat, Kerajaan sentiasa me­ngambil tindakan dan langkah-langkah perlu bagi mencegah ber­lakunya kenaikan harga barang­barang keperluan harian. Bagi barang­barang yang amat perlu seperti beras, gula, tepung gandum, bahan-bahan petroleum, simen dan besi, Kerajaan telah menetapkan harganya dan sebarang kenaikan harga mestilah mendapat kebenaran Kerajaan ter­lebih dahulu. Siasatan menun­jukkan bahawa barang-b~rang ini dijual dengan harga yang telah di­tetapkan oleh Kerajaan. Bagi barang­barang lain, Kerajaan tidaklah menetapkan harganya. Sungguhpun harga barang-barang ini tidak ditetapkan oleh Kerajaan, barang­barang ini wajib diletakkan tanda harga di bawah Perintah Kawalan Harga. (Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1977. Buat masa ini sebanyak 111 jenis barang wajib diletakkan tanda harga. Di samping itu, sebanyak 20 jenis barang perlu telah diisytiharkan sebagai barang­barang kawalan tetap dan 25 jenis lagi sebagai barang-barang kawalan di musim perayaan dengan tujuan untuk mempastikan bekalan barang-barang ini mencukupi dan senang didapati di pasaran dan juga untuk mencegah sebarang aktiviti penyorokan dan penyelewengan bagi maksud spekulasi. Dengan adanya bekalan barang­barang yang mencukupi di pasaran secara tidak langsung harga barang­barang ini dapat distabilkan.

~

-.\

_•,.,'w

/-",

1449 6 JULAI 1989 1450

Kerajaan akan terus menjalankan pemeriksaan dan pengawasan untuk mempastikan bekalan barang-barang perlu ini mencukupi dan harganya diletakkan mengikut Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1977 dan sebarang penyelewengan akan diambil tindakan yang tegas. Dengan adanya tindakan terus-menerus sepanjang masa ini, adalah didapati bekalan barang-barang mencukupi dan harganya pada keseluruhannya adalah stabil dan berada di paras yang berpatutan dan munasabah. Kerajaan juga telah mempertingkatkan pemeriksaan ter­hadap peniaga-peniaga. Peme­riksaan besar-besaran ini telah di­lancarkan mulai 2hb Januari tahun ini. Semenjak pemeriksaan besar­besaran ini dilancarkan sehingga 24hb Jun tahun ini, sebanyak 66,017 premis­premis pemiagaan, pasaraya-pasaraya, pasar-pasar malam dan sebagainya telah diperiksa dan telah menghasilkan 2,861 kes.

Perlu ditegaskan di sini bahawa peranan Kerajaan sahaja adalah tidak mencukupi untuk memerangi kenaikan harga barang-barang. Pengguna­pengguna juga mestilah mengambil peranan yang sama dengan meng­amalkan sikap jimat cermat dan hanya membeli barang-barang yang difikirkan perlu sahaja dan memulaukan barang-barang yang tidak perlu. Cara ini adalah sebaik-baik cara untuk mengurangkan kesan inflasi dan kenaikan harga barang-barang. ·

Puan Ainon binti Ariftin: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Per­tamanya tahniah dan sokongan ke­pada Kementerian berkenaan yang rnenyedari masalah yang hampir dan dirasai sangat oleh rakyat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah. Soalan tambahan saya ialah setelah menyedari bahawa peranan pengguna juga penting, adakah Kementerian yang diwakili oleh Yang Berhormat itu

mengadakan kempen-kempen kese­daran kepada pengguna-pengguna se­lain daripada yang dianjurkan oleh persatuan pengguna dan adakah pihak Kementerian berhubung rapat dengan media elektronik dan media cetak dalam membuat kempen kesedaran hak-hak pengguna ini?

Dato' Kok Wee Kiat: Tuan Yang di­Pertua, ada.

Puan Valli Muthusamy: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Adakah Kementerian Perdagangan dan Per­industrian sedar bahawa selepas kenaikan harga gula, pekedai-pekedai menaikan harga minuman kopi dan teh dengan sewenang-wenangnya. Apakah tindakan Kementerian telah ambil?

Dato' Kok Wee Kiat: Tuan Yang di­Pertua, kalau kopi dan lain-lain minuman tidak diperlukan, saya mencadangkan supaya kita tak minum minuman itulah.

Tuan Haji Hamid Araby bin Md. Salih: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Pada hari ini sudah menjadi kenyataan pengguna selalunya marah kepada syarikat-syarikat multi­national organization, dengan izin, yang menambah ataupun menokok harga yang tinggi sehingga me­nyusahkan pengguna. Ada juga di kalangan pengguna yang menganggap iklan jenama syarikat yang dikeluarkan itu secara hebat yang membelanja wang banyak, ini juga dijadikan ongkosnya tinggi ataupun overheadnya yang melebih dan menambahkan harga barang-barang itu sekarang. Benarkah ini?

Dato' Kok Wee Kiat: Tuan Yang di­Pertua, saya pun tidak pastilah ada pengguna-pengguna berfikir seperti Yang Berhormat. Tetapi pada pan­dangan saya iklan-iklan itu mesti menambah kos-kos rokok-rokok yang disebut.

Tuan Haji Hamid Araby bin Md. Salih: Tuan Yaqg di-Pertua, maksud

1451 6 JULAI 1989 1452

saya barang keperluan harian. Jadi sekarang harga itu naik seperti barang­barang yang kita makan macam susu naik 20 sen atau 30 sen sebab ada persaingan, syarikat itu mahu belanja wang banyak untuk iklan. Ini juga ditokok untuk modal iaitu ongkos Syarikat itu menambahkan harga barang pula. Tidakkah boleh Kementerian berkenaan mengenepi­kan perbelanjaan iklan yang dibelanja itu dan tidak dimasukkan sebagai perbelanjaan. Ini maksud saya.

Dato' Kok Wee Kiat: Tuan Yang di­Pertua, walaupun saya bersetuju dengan Yang Berhormat, tetapi pada masa sekarang kita tidak ada peraturan-peraturan mengawalkan iklan-iklan seperti itu.

Puan Law Jack Yoon: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Selalunya pengguna-pengguna dikehendaki membayar kenaikan harga barang­barang. Adakah Kerajaan memberi tempoh masa untuk kenaikan harga barang-barang, terutamanya barang­barang keperluan iaitu susu, tepung dan sebagainya. Adakah satu tempoh masa bila harga ini boleh dinaikkan.

Dato' Kok Wee Kiat: Tuan Yang di­Pertua, seperti saya menjawab taqi, oleh kerana barang-barang perlu dikawal oleh Kementerian saya, bila barang-barang itu naik harganya itu mes ti dapat kebenaran dari Kementerian saya dan melalui cara ini kita mengawal harga.

TANAH GETAH ORANG ASLI

10. Tuan Hassan bin Nam minta Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah menyatakan perkara seperti berikut:

(i) jumlah tanah-tanah kebun getah di perkampungan Orang Asli di seluruh negara yang telah ditanam semula oleh pihak RISDA sama ada secara tanam

semula dan Mini Estet di bawah Rancangan Malaysia Keempat dan Kelima. Berapa luas yang telah mengeluarkan basil; dan

(ii) dan jumlah peruntukan RISDA bagi menanam semula kebun getah Orang Asli mulai tahun 1988 hingga tahun 1990 di seluruh negara (jika ada) dan keluasan yang terlibat.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Datin Paduka Hajjah Zaleha binti Ismail): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin menjawab bagi pihak Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah.

(i) Sehingga akhir tahun 1988, seluas 1,615.12 hektar tanah getah Orang Asli meliputi 877 orang peserta telah diberi bantuan tanam semula. Dari jumlah ini, seluas 660 hektar telah mengeluarkan basil.

(ii) RISDA tidak mempunyai peruntukan kewangan yang khusus untuk menanam semula tanah getah Orang Asli. Walaupun demikian, semua permohonan daripada Jabatan Orang Asli untuk menanam semula tanah-tanah Orang Asli yang didapati layak, adalah diberi keutamaan dan dilu­luskan.

PENDATANG TANPA IZIN DI LADANG-LADANG

11. Tuan Lau Keng Seong minta Menteri Buruh menyatakan apakah tindakan tegas diambil oleh pihak Kerajaan bagi mengatasi masalah berikut:

Dasar-dasar Kerajaan sentiasa tidak dapat diperlaksanakan dengan cara baik, adil dan licin, kerana ada sebahagian kakitangan Kerajaan tidak mahu memberi kerjasama penuh dan mereka juga tidak mahu

#.

,,-...

"

,/J·

i.

1453 6 JULAI 1989 1454

mematuhi arahan-arahan dan dasar­dasar yang telah disetujui oleh pihak berkuasa Kerajaan. Contohnya, Jabatan Buruh sentiasa bersikap tidak berkeras dan tegas inengenai pendatang-pendatang haram yang menyorok dan bekerja di ladang­ladang luar bandar. Ada sebahagian mereka telah menjadi perompak, pencuri dan pembunuh.

Timbalan Menteri Buruh (Tuan Kalakau Untul): Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Buruh kesal dan menyangkal dakwaan bahawa se­bahagian kakitangan Kerajaan tidak memberi kerjasama serta tidak mematuhi arahan-arahan untuk melaksanakan dasar-dasar Kerajaan.

Mengenai tindakan ke atas pendatang-pendatang tanpa izin di ladang-ladang, Yang Berhormat sedia maklum bahawa kemasukan pen­datang tanpa izin, adalah secara senyap-senyap dan ini amat sukar untuk dikawal. Waiau bagaimanapun, dengan penguatkuasaan ketat Akta Sekatan Kerja 1968, di bawah kuasa Kementerian ini, lebih kurang 100 majikan telah didakwa di mahkamah sejak 1985 dengan dikenakan denda di dalam perkara-perkara tersebut. Selain daripada tindakan mahkamah itu, Kementerian Dalam Negeri juga sentiasa berusaha untuk mengesan, menangkap, mendakwa serta mengusir pendatang-pendatang tanpa izin ini.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Haji Jaafar bin Harun.

Tuan Haji Jaafar bin Harun: Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua, sebab tadi sudah dijawab.

Tuan Yang di-Pertua: Oh!. Saya silap.

Tuan Haji Jaafar bin Harun: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya ringkas sahaja. Bolehkah Kerajaan menurunkan harga barang-barang keperluan hari ini seperti susu, tepung dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua: Soalan ini tidak ada kena mengena.

Tuan Haji Jaafar bin Harun: Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Baik, mihta maaf. Yang Berhormat Tuan Haji Jaafar bin Harun. Soalan No. 1'2.

Tuan Haji Jaafar bin Harun: Saya difahamkan soalan No; 12, Tuan Yang di-Pertua, telah dijawab tadi.

Tuan Yang di-Pertua: Sudah, ya? -

Tuan Haji Jaafar bin Harun: Jadi, saya mengemukakan soalan tambahan.

Tuan Yang di-Pertua: Sudah lepas.

L.L.N.-KEROSAKAN BARTA

13. Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah minta Menteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakan, apakah perbuatan menebang dan merosakkan harta LLN yang berlaku di Kampung Paya Terap, Temerloh itu berlaku juga di tempat lain:

(a) berapa banyak kejadian yang berlaku;dan

(b) berapa jumlah kerugian yang ditanggung.

12-7-89

2. Tuan Hassan bin Nam minta Menteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakan berapakah dianggarkan kerugian ditanggung oleh pihak L.L.N. di atas kerosakan tiang-tiang letrik dan dua menara Grid 275 K v di Kampung Awah baru-baru ini yang dilakukan oleh orang-orang yang tidak ber­tanggungjawab dan apakah motif­nya sebab dilakukan oleh mereka dan adakah kemungkinan dilakukan perkara tersebut kerana permohonan mereka untuk mendapatkan bekalan api letrik lambat dilayan atau sebaliknya.

Tuan Haji Ghaoi bin Othman: Tuan Yang di-Pertua, memandangkan

---------

1455 6 JULAI 1989 1456

soalan ini adalah hampir sama dengan soalan Yang Berhormat Tuan Hassan bin Nam untuk dijawab pada 12-7-1989, saya memohon untuk menjawab kedua-duanya serentak hari ini.

Tuan Yang di-Pertua: Sila.

Tuan Abdul Ghani bin Othman: Untuk makluman, Ahli-ahli Yang Berhormat baru-baru ini empat kejadian kerosakan harta benda Lembaga Letrik Negara telah berlaku dalam jangkamasa yang singkat iaitu di antara 8-5-1989 hingga 6-6-1989.

/ Semua kejadian ini telah berlaku di daerah Temerloh di kawasan

, kampung-kampung yang berhampiran. _,Kejadian-kejadian tersebut telah

berlaku pada tarikh-tarikh berikut:

(i) 8-5-1989, 4 batang tiang kayu voltan rendah telah ditebang di Kg. Paya Luas;

(ii) 18-5-1989, 1 batang tiang kayu voltan rendah telah ditebang di Kg. Paya Pulai;

(iii) 4-6-1989, 2 menara Voltan Tinggi 275KV dari Kuala Lumpur ke Kg. Awah telah ditebang dari pinggir Kg. Paya Terap lebih kurang 4 km dari pencawang Kg. Awah; dan

(iv) 6-6-1989, 3 batang tiang kayu voltan rendah telah ditebang di Kg. Paya Pulai.

Jadi, anggaran kos untuk mem­perbaiki kerosakan tersebut ialah lebih kurang $45,000.00 terdiri daripada kerja untuk meodirikan semula 2 Menara Voltan Tinggi dan juga untuk menggantikan 8 batang tiang kayu voltan rendah berjumlah lebih kurang $5 ,000.00.

Tuan Yang di-Pertua, motif atau sebab pihak yang melakukan kejadian­kejadian tersebut masih belum diketahui. Waiau bagaimanapun, kes ini masih dalam siasatan pihak polis.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Ber­hormat Tuan C. Krishnan.

Tuan K. Sivalingam: Tuan Yang di­Pertua, dengan izin, soalan No. 14.

RANCANGANTUMPUAN MINGGU-PEMBATALAN

14. Tuan K. Sivalingam (di bawah S.O. 23 (2)) minta Menteri Pene­rangan menyatakan sama ada beliau sedar mengenai perasaan kurang sihat di kalangan kaum India berikutan dengan pembatalan rancangan "Tumpuan Minggu". Adakah Kementeriannya bercadang untuk mengekalkan rancangan Tamil ini memandangkan bahawa Kerajaan Barisan Nasional sedia memenuhi aspirasi segala kaum.

Tuan Railey bin Jaffrey: Tuan Yang di-Pertua, RTM sentiasa mengkaji dan menilai rancangan-rancangan terbitannya dari semasa ke semasa. Mengikut pandangan Kementerian ini, rancangan-rancangan seperti "Tumpuan Minggu" (dalam bahasa Tamil), "Skop" (dalam bahasa Inggeris), "Fokus" (dalam bahasa Malaysia) dan "Lembaran Minggu" (dalam bahasa Mandarin) perlu ditukarkan untuk memupuk hasrat perpaduan yang lebih bermakna. Rancangan-rancangan majalah yang diterbitkan oleh RTM haruslah lebih menumpukan kepada ciri-ciri "Communalities", dengan izin, dan mengurangkan unsur-unsur "com­munal" atau perkauman.

Kerana itu rancangan-rancangan majalah dalam bahasa sesuatu kaum telah dikaji semula dan diganti dengan rancangan-rancangan yang bercorak kebangsaan dengan menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa nasional untuk menyatupadukan rakyat. Dengan cara itu apa-apa masalah yang dihadapi oleh sesuatu kaum di Malaysia akan juga disedari dan difahami oleh masyarakat dari lain-lain keturunan bagi menimbulkan kesedaran bersama dan memupuk perpaduan rakyat. Oleh yang demikian, perkara-perkara yang

,,.

,;

·-..

_,:?·

r

1457 6 JULAI 1989 1458

selalunya ditunjukkan dalam ran­cangan "Tumpuan Minggu" sudah­pun _dimasukkan dalam program­program lain seperti "Berita", "Dimensi", "Selamat Pagi Malaysia" dan "Wawancara" yang ditonton oieh semua keturunan rakyat dalam negara kita.

Tuan K. Sivalingam: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Adakah rancangan penggantian "Tumpuan Minggu" akan disiarkan dalam bahasa Tamil a tau Mandarin untuk kepentingan golongan orang tua yang masih belum fasih dalam Bahasa Malaysia.

Tuan Railey bin Jaffrey: Tuan Yang di-Pertua, tadi saya telah sebutkan bahawa satu daripada tujuan kenapa Tumpuan Mingguan ini diberhentikan sama juga dengan majalah-majalah yang lain seperti "Skop", "Fokus" dan "Lembaran Minggu" ialah ianya telah dimasukkan ke dalam rancangan­rancangan dalam Bahasa Malaysia seperti "Berita", "Dimensi", "Selamat Pagi Malaysia" dan juga "Wawancara" supaya ianya boleh difahami oleh semua. Jadi, buat masa ini tidak ada rancangan untuk mengubah semula apa yang telah diputuskan.

TAHUN MELA WAT MALAYSIA 1990-PERSEDIAAN

15. Tuan Mohd. Noor bin Bedah minta Menteri Kebudayaan dan Pelancongan menyatakan:

(a) jumlah wang yang sudahpun dibelanjakan untuk membina Papan Tanda Iklan di dalam dan luar negeri sempena Tahun Melawat Malaysia 1990;

(b) persediaan pihak TDC bagi mengadakan jualan cendera­mata dan kraftangan kepada pelancong-pelancong;

(c) anggaran pelancong yang dijangka datang dan program untuk "menggembirakan" mereka; dan

(d) sama ada pihak Kementerian mengadakan perbincangan dengan Thailand dan Singapura untuk menarik pelancong-pelancong yang akan datang ke negara tersebut tahun hadapan, untuk turut singgah di Malaysia.

Menteri Kebudayaan dan Pelan­congan (Dato' Haji Sabbaruddin Chik): Tuan Yang di-Pertua, jumlah keseluruhan yang telah dibelanjakan untuk membina papan tanda di dalam dan di luar negeri ialah sebanyak $6.09 juta. Ini ada kaitannya dengan Tahun Melawat Malaysia 1990. Papan-papan tanda ini telah dibina di luar negeri seperti di Thailand, Amerika Syarikat, Timur Tengah, German Barat, United Kingdom dan juga di India selain daripada yang dibina di dalam negeri.

Berkenaan dengan soalan (b), suka saya memaklumkan iaitu Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia (TDC) tidak mengendalikan urus­niaga atau jualan cenderamata atau­pun keraf tangan kepada para pe­lancong. Kementerian juga tidak terlibat menjual barang-barang kraftangan ini. Waiau bagaimanapun, bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 1990, satu Jawatankuasa Kecil Souvenir telah ditubuhkan dan Jawatankuasa ini diketuai oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia yang bertanggungjawab merangka strategi-strategi berhubung dengan pembekalan dan juga pemasaran barang-barang cendera­mata dan kraftangan ini. Jawatankuasa ini akan berusaha mendapat dan menggalakkan pengusaha-pengusaha kraftangan supaya mengeluarkan seberapa banyak jenis barang cenderamata yang akan dipasarkan di pasaran terbuka.

(

1459 6 JULAI 1989 1460

Tuan Yang di-Pertua, Jawatan­kuasa ini juga bertanggungjawab mendapatkan kerjasama daripada pasar-pasar besar (super-market), pusat-pusat membeli belah dan tempat-tempat lain yang strategik di samping mengawal harga barang­barang ini.

Anggaran jumlah kedatangan pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia ialah 4.2 juta dan sepanjang tahun itu kita telah merancangkan 107 aktiviti untuk diadakan sepanjang tahun 1990 dan mungkin akan ditambah lagi aktiviti-aktiviti ini mengikut keperluan dan kehendak pada waktu tertentu. Tujuan kita mengadakan ini ialah untuk memikat para pelancong datang ke Malaysia dan diharap mereka akan tinggal lebih lama daripada sekarang ini.

Secara khususnya, acara-acara yang akan diadakan ini terbahagi kepada lapan semuanya:

(1) Perayaan berupa Perayaan Kebangsaan seperti Hari Kemerdekaan, Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di­Pertuan Agong.

(2) Perayaan di peringkat Negeri. Ini termasuk Hari Keputeraan Sultan-sultan dan Raja-raja.

(3) Perayaan Tradisi. Ini termasuk Hari Raya, Thaipusam, Tahun Baru Cina, Gawai, Dayak dan sebagainya.

( 4) Sambutan Bersejarah. · Ini termasuk , menyambut Tahun Menjelang 600 Tahun atau Ulangtahun ke 600 bagi negeri Melaka dan juga ulangtahun ke 50 bagi Taman Negara.

(5) Ada juga Pesta-pesta Tempatan. Ini termasuk pesta-pesta yang diadakan di Pulau Langkawi dan di Port Dickson, serta juga Malaysia Fest, Sabah Fest dan sebagainya.

( 6) Kemudian itu juga Pertandingan Sukan dan Permainan Rakyat. Ini termasuk Pertandingan Gasing, Pertandingan Wau, Rebana dan sebagainya.

(7) Pameran-pameran juga diada­kan. Ini termasuk Pameran Pakaian Tradisi, Pameran yang ada kaitannya dengan Sejarah Melayu serta juga pameran yang ada kaitannya dengan bunga­bunga termasuk Pameran Orkid.

(8) Pesta-pesta Kebudayaan. Ini termasuk misalannya, Pesta Filem Asia Pacific dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, kerjasama di antara Malaysia dengan negeri Thai dan juga kerjasama dengan Singapura sebenarnya mernang sudah lama wujud supaya menggalakkan pelancong­pelancong yang melawat kedua-dua buah negara tersebut juga melawat Malaysia. Dengan negeri Thailand, misalannya, k.ita mengaqakan satu Jawatankuasa Galakan Pelancongan yang telah ditubuhkan dan dengan Singapura kita ada Majlis Bersama Pelancongan Malaysia-Singapura. Ini juga telah ditubuhkan. Tujuan Jawatankuasa ataupun Majlis ini ialah supaya kita mengadakan pameran bersama yang menguntungkan kedua­dua buah negara; kita mengadakan iklan bersama; kita juga membiayai lawatan-lawatan suaikenal pada para penulis dan pada ajen-ajen pengernbara secara bersama untuk mengurangkan lagi perbelanjaan bagi kedua-dua buah negara. Kita juga bertujuan untuk memberi bantuan kepada pengusaha-pengusaha pelan­congan secara bersama. Akhir sekali, Jawatankuasa ataupun Badan Majlis Bersama ini ialah untuk menganjurkan seminar ataupun mengadakan klinik secara bersama, di Jepun, Australia, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Jerman Barat dan juga di United Kingdom.

~

..

-..

.,...-"·

1461 6 JULAI 1989 1462

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhorrnat, rnasa bagi pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Mulut sudah cukup.

(Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Mulut telah cukup dan Jawapan bagi Pertanyaan No. 16 hingga 54 adalah diberi di bawah ini.)

TANAM SEMULA KEPADA PEKEBUN KECIL--BANTUAN

16. Puan Hajjah Habidah binti Jusoh rninta Menteri Kernajuan Tanah dan Kernajuan Wilayah Persekutuan rnenyatakan:

(a) sehingga kini, berapa banyakkah bantuan di bawah program tanam semula telah dikeluarkan oleh pihak RISDA kepada pekebun-pekebun kecil, daripada . bantuan tersebut, berapa luaskah tanah ke­punyaan burniputera telah di­bangunkan dan berapa pula tanah kepunyaan bukan burniputeta; dan

(b) adakah Kerajaan berpuashati dengan pencapaian RISDA untuk rnembangunkan semula tanah-tanah kepunyaan pekebun-pekebun kecil, jika tidak, apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh RISDA untuk meningkatkan lagi prestasinya.

Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah (Datuk Kasitah bin Gaddam):

(a) Sehingga akhir tahun 1988, sebanyak $2,149,083,487.84 telah dibayar sebagai bantuan tanam semula kepada pekebun­pekebun kecil yang menyertai Rancangan Tanam Semula. Angka keluasan tanam semula yang dipecahkan mengikut kaum bumiputera dan bukan

bumiputera hanya ada setakat 31-12-1987 sahaja. Oleh itu, dari jumlah 942,895 hektar yang menyertai Rancangan Tanam Semula sehingga 31-12-1987, 432,141 hektar (atau 45.8%) adalah kepunyaan bumiputera dengan bilangan peserta seramai 326,844 orang (atau 63.8% ). Baki 510,754 hektar (atau 54.2%) adalah kepunyaan bukan bumiputera dengan peserta seramai 185,350 orang (atau 36,2%)

(b) Pencapaian RISDA pada masa ini, dari segi pembangunan tanah, untuk penanaman semula, adalah memuaskan. Misalnya, di bawah RML, RISDA telah diberi matlamat untuk menanam semula seluas 161,875 hektar (atau 32,375 hektar setahun). Bagi tempoh tiga tahun pertama RML, iaitu 1986-1988, jumlah yang telah ditanam semula ialah 103,494 hektar. Dengan ini adalah dijangka matlamat RML akan dapat dicapai sepenuhnya.

BILIK DARJAH DI SEKOLAH­KEKURANGAN

17. Dr Tan Chong Keng minta Menteri Pendidikan menyatakan bagaimana Kementeriannya bercadang mengatasi masalah kekurangan bilik kelas yang dihadapi oleh kebanyakan sekolah menengah di sessi apabila Kurikulum

· Bersekutu Sekolah Menengah (KBSM) dilaksanakan. Diminta Menteri memberi satu anggaran kos pembinaan dan bilangan bilik kelas tambahan untuk seluruh negara yang akan dibina.

Dr Leo Michael Toyad: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan menyedari akan kekurangan bilik-bilik darjah di beberapa buah sekolah apabila KBSM dilaksanakan. Sukalah dimaklumkan bahawa dalam mengatasi kekurangan

1463 6 JULAI 1989 1464

bilik-bilik darjah bagi pelaksanaan KBSM, Kementerian Pendidikan telah merancang pembinaan 6,560 buah bilik-bilik darjah tambahan di seluruh negara dan melibatkan anggaran kos pembinaan sebanyak $187 ,078,000.00.

PEPERIKSAAN SPM/STPM­JADUAL WAKTU

18. Puan Law Jack Yoon min ta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) apakah mata pelajaran-mata pelajaran da!am peperiksaan• peperiksaan Sijil Persekolahan Malaysia (STPM) yang bertembung dan menyebabkan kesukaran kepada calon-calon peperiksaan; dan

(b) apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan

·~ untuk mengela~ kejadian­kejadian itu.

Dr Leo Michael Toyad: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

(a) Pertembungan jadual waktu antara peperiksaan SPM dan STPM bagi mata pelajaran-mata pelajaran tertentu hanya dilaporkan berlaku pada tahun 1988. Mata pelajaran-mata pelajaran yang terlibat ialah antara:

(i) Bahasa Inggeris (SPM) dengan Bahasa Malaysia (STPM).

(ii) Bahasa Cina (SPM) dengan Pengajian Am (STPM).

Seperti Yang Berhormat sedia maklum, peperiksaan SPM dan STPM berjalan serentak. Oleh yang demikian, jika sekiranya seseorang calon itu didapati mengambil kedua-dua peperik­saan tersebut pertembungan jadual waktu tersebut akan berlaku.

(b) Kementerian ini tidak dapat mengelakkan pertembungan jadual waktu antara mata pelajaran-mata pelajaran SPM dengan STPM. Oleh itu, calon-calon adalah dinasihatkan supaya mengambil satu peperiksaan sahaja bagi sesuatu tahun.

ANGKATAN TENTERA­KEMAHIRAN KETUKANGAN

19. Tuan Abdul Hamid bin Ibrahim minta Menteri Pertahanan menya­takan tindakan-tindakan yang telah diambil oleh Kementerian Pertahanan supaya kemahiran ketukangan anggotan-anggota Angkatan Tentera Malaysia dapat diiktirafkan oleh pihak­pihak berkenaan.

Menteri Pertahanan (Tengku Dato' Ahmad Rithauddeen . Al-Haj): Kementerian Pertahanan telah pun mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mendapatkan pengiktirafan kemahiran ketukangan anggota Angkatan Tentera Malaysia bagi pengiktirafan pihak-pihak berkenaan. Kementerian Pertahanan telah menubuhkan satu Jawatankuasa penyelarasan pengiktirafan kemahiran ketukangan Tentera oleh pihak Awam yang telah pun selesai men­jalankan kajian ke atas 107 jenis ketukangan tentera daripada 21 cawangan Kor Tentera Darat, Laut dan Udara dan membandingkannya dengan 53 jenis piawaian ketukangan Kebangsaan.

Untuk makluman Ahli Yang Ber­hormat satu kertas Jemaah Men­teri telah pun disediakan bagi men­dapatkan pengik!irafan bagi 22 jenis ketukangan tentera daripada 5 cawangan Angkatan Tentera iaitu Kor Jurutera Letrik Jentera, Kor Jurutera, Kor Semboyan dan Kor Ordinan yang didapati mempunyai persamaan dengan 27 piawaian ketukangan Kebangsaan yang ditetapkan oleh

..

,,,.-,

lit

·""·

r-

1465 6 JULAI 1989 1466

Majlis Vokesional Kebangsaan. Ketukangan-ketukangan itu meliputi 8 bidang yang besar iaitu, bidang Automotif, Bangunan, Kerja Kayu, Elektrik dan Elektronik Mekanikal, Percetakan, Jahitan dan Pembuat Alas dan Lukisan Plan. Kertas Kerja Jemaah Menteri tersebut akan di­bentangkan di dalam Mesyuarat Jemaah Menteri tidak lama lagi.

MAJLIS PERUNDINGAN EKONOMI NEGARA­

KEMAJUAN

20. Tuan Hassan bin Harun minta Perdana Menteri menyatakan kemajuan yang telah dicapai setakat ini oleh Majlis Perundingan Ekonomi Negara. Adakah Kerajaan bercadang untuk memakai kesemuanya pandangan dan perakuan yang bakal akan dibuat oleh MPEN.

11-7-89

38. Tuan Dahalan bin Haji Embun minta Perdana Menteri menyatakan apakah benar bahawa perjalanan MPEN begitu bergelora dengan sentimen-sentimen perkauman hinggakan golongan profesional pun terikut-ikut. Sekira ini benar mengapakah ini berlaku.

12-7-89

42. Dr Tan Chong Keng minta Perdana Menteri menyatakan tahap kemajuan yang dicapai oleh Majlis Perundingan Ekonomi Negara yang menjalankan kajian terhadap Dasar Ekonomi Baru Malaysia dan yang akan men­cadangkan haluan dasar ekonomi negara selepas 1990. Adakah Majlis tersebut bercadang mengemukakan laporan kajian peringkat demi peringkat supaya orang ramai dapat peluang mengetahui perkembangan kajian tersebut.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Dato' Dr Siti Zaharah binti Haji Sulaiman): Saya mohon izin untuk menjawab soalan ini

bersama-sama dengan soalan daripada Tuan Haji Dahalan Haji Embun dari Perlis untuk soalan pada 11 Julai 1989 dan Yang Berhormat Tuan Dr Tan Chong Keng untuk soalan pada 12 Julai 1989 sekali gus kerana ketiga-tiga soalan itu adalah saling berkatian iaitu mengenai Majlis Perundingan Ekonomi Negara.

Sehingga setakat ini, Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MPEN) telah mengadakan 6 sidang pleno iaitu sekali pada tiap-tiap bulan bermula dari bulan Januari 1989 yang lalu. MPEN juga telah menubuhkan 5 jawatankuasa bagi mengkaji prestasi aspek-aspek yang berkaitan dengan DEB iaitu Jawatankuasa Mengkaji Prestasi Pelaksanaan Dasa1 Pembasmian Kemiskinan, Jawatan­kuasa Mengkaji Pelaksanaan Dasar Penyusunan Semula Masyarakat, Jawatankuasa Berkenaan Ekonomi Negara dan Perkembangan Antara­ban gsa, J awatankuasa Tentang Pengutipan Methodologi dan Analisa Data dan Maklumat dan Jawatankuasa Pembangunan Sumber Tenaga Manusia.

Jawatankuasa-jawatankuasa ini kini sedang giat menyediakan laporan berdasarkan hasil penyelidikan dan perbincangan mereka untuk dike­mukakan kepada sidang pleno. Dalam mesyuarat MPEN yang telah diadakan pada 21 dan 22 Jun yang lalu, persetujuan juga telah dicapai supaya satu Jawatankuasa Penyelaras bagi ·perpaduan negara ditubuhkan bagi mengkaji kesan DEB terhadap mat­lamat perpaduan negara. Untuk mak­luman, MPEN mempunyai tempoh selama satu tahun untuk menyem­purnakan tanggungjawabnya dan mengemukakan laporan kepada Kerajaan. Sejauhmana perakuan dan pandangan Majlis akan dipertimbang dan diterima oleh Kerajaan bergantunglah kepada corak consensus yang akan dicapai. Seterusnya, sama ada orang ramai akan diberi peluang untuk mengetahui hasil kerja-kerja

1467 6 JULAI 1989 1468

MPEN, akan diputuskan setelah Kerajaan sendiri mengkajinya dengan mendalam.

Sehingga hari ini, semua sidang pleno dan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa yang telah diadakan adalah berjalan dengan licin. Ahli-ahli berpeluang mengemukakan pendapat masing-masing secara bebas dan berbincang secara hati ke hati. Majlis mempunyai peraturan-peraturannya sendiri yang telah dipersetujui bersama di kalangan ahli-ahlinya dan mereka saling ingat mengingati untuk mengikut peraturan tersebut demi kelicinan perjalanan Majlis. Dengan demikian, soal perjalanan Majlis bergelora dengan sentimen perkauman tidak timbul.

KERETA TRAK DAN KENDERAAN DIIMPORT

21. Tuan Ng Peng Hay minta Menteri Perdagangan dan Perindustrian menyatakan bilangan unit kereta­kereta trak dan kenderaan yang diimport pada 1988 hingga sekarang dan dari negara mana.

Dato' Kok Wee Kiat: Untuk mak­luman Yang Berhormat, bilangan ken­deraan perdagangan (trak) dan kere­ta penumpang yang diimport pada tahun 1988 adalah seperti berikut:

Bilangan Kenderaan

Kereta penumpang baru 650 Kereta penumpang ter- 7 ,793 pakai

Kereta perdagangan baru 365

Kereta perdagangan ter- 565 pakai Kenderaan duaguna baru 477 Kenderaan duaguna ter- 854 pakai

Sebahagian besar dari kenderaan yang diimport adalah dari negara Jepun dan Eropah.

PUSAT SAKIT JANTUNG

22. Puan Hajjah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh minta Menteri Kesihatan menyatakan bilakah pusat sakit jantung sendiri yang lengkap atau cardiology akan dibina. Berapa pera­tuskah orang-orang Malaysia mengi­dap sakit jantung.

Menteri Kesihatan (Tuan Ng Cheng Kjat): Pembinaan Pusat Sakit Jantung dijangka akan dapat dimulakan pada awal tahun 1990.

Pada tahun 1988, sebanyak 58,838 kes jantung telah dimasukkan ke hospital-hospital Kerajaan iaitu 4.9% dari semua kes yang dimasuk­kan di semua hospital Kerajaan.

LEBUHRAYA UTARA-SELATAN­TOL

23. Dr Ng Khek Kiong minta Menteri Kerjaraya menyatakan:

(a) sejak pembukaan Lebuhraya Utara-selatan, apakah basil jumlah basil kutipan tol;

(b) sama ada jumlah kutipan tersebut mencukupi membayar balik pinjaman yang diperolehi untuk permbinaan jambatan terse but;

(c) jumlah perbelanjaan operasi bulanan jambatan tersebut; dan

( d) bilangan kemalangan yang telah berlaku serta jenis kende­raan yang terlibat dalam kema­langan-kemalangan tersebut.

Timbalan Menteri Kerjaraya (Tuan Luhat Wan):

(a) jumlah kutipan tol Lebuhraya Utara-Selatan sejak beropera­si pada tahun 1982 sehingga plus mengambilalih pada 31 Mei 1988 adalah berjumlah $153.13 juta. Jumlah kutipan tol bagi J ambatan Pulau Pinang sehingga 18-6-1989 adalah $88 juta;

_r-.

'

~'"··

r--

1469 6 JULAI 1989 1470

(b) jumlah kutipan tol Jambatan Pulau Pinang tidak dapat menampong bayaran balik pinjaman bagi pembinaan jambatan. Kutipan tol di Lebuhraya Utara-Selatan tidak lagi menjadi basil kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia kerana Lebuhraya tersebut telah diswastakan kepada Plus Bhd;

(c) jumlah perbelanjaan operasi bYlanan bagi Jambatan Pulau Pinang adalah $143,043.00;

( d) bilangan kes kemalangan yang berlaku di Jambatan Pulau Pinang sehingga akhir Mei 1989 ialah 251 kes.

KBSM~PELAKSANAAN

24. Tuan Chan Choong Tak minta Menteri Pendidikan menyatakan laporan ringkas atas perkembangan KBSM khasnya berkenaan dengan:

(a) reaksi daripada guru-guru;

(b) reaksi, minat dan kehadiran murid-murid; dan

(c) masalah yang dihadapi oleh guru-guru dan murid-murid.

Dr Leo Michael Toyad: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

(a) melalui pernilaian yang di­jalankan oleh Kementerian ini ke atas pelaksanaan KBSM dida­pati bahawa guru-guru menun­jukkan reaksi yang positif ter• hadap KBSM kerana mendapati bahawa KBSM bertujuan untuk meningkatkan mutu pendidikan serta mutu keikhtisasan mereka. Walau bagaimanapun, mereka perlu melakukan beberapa pe­nyesuaian tertentu dalam pen­dekatan dan kaedah penga­jaran agar matlamat pendidikan dapat dicapai.

(b) pada amnya reaksi pelajar ada­lah positif. Mereka dapati penekanan-penekanan dalam

KBSM dan pendekatan penga­jaran pembelanjaan yang ber­pusatkan pelajar menjadikan pembelajaran menyeronokan. Masalah kehadiran timbul di peringkat aw al kerana kekangan-kekangan tenipat, pengangkutan dan sebagainya. Jabatan Pendidikan Negeri dan sekolah-sekolah telah berusaha mengatasi masalah ini dan kehadiran pelajar pada masa kini adalah memuaskan.

(c) Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mempunyai pendekatan yang berbeza. Oleh itu, guru-guru perlu diberi kursus pendedahan. Guru-guru yang belum mengikuti kursus KBSM mempunyai masalah dalam pengajaran KBSM dan bagi guru-guru yang telah mengikuti kursus memerlukan masa untuk memahami dan menguasai pendekatan KBSM. Bagaimanapun, masalah ini boleh diatasi apabila pihak sekolah mengadakan kursus­kursus "in-house" untuk guru­guru berkenaan.

Sementara itu pelajar-pelajar menghadapi masalah pengang­kutan dan kekurangan bilik darjah, apabila KBSM dilaksa­nakan. Masalah pengangkutan telah pun diatasi melalui rundingan antara pihak seko­lah, PIBG dan pihak pengang­kutan. Manakala masalah ke­kurangan bilik-bilik darjah akan diatasi melalui ranca­ngan pembinaan sebanyak 6560 buah bilik-bilik darjah di seluruh negara mulai tahun ini melibatkan kos pembinaan sebanyak $187 ,078,000.00.

COMMODITY FUTURES TRADING-KA WALAN

25. Tuan Dahalan bin Haji Embun minta Menteri Perusahaan Utama

1471 6 JULAI 1989 1472

menyatakan terdapat banyak rungutan mengenai operasi Syarikat "Futures Market" terutama di bandar-bandar kecil. Apakah kawalan yang dikenakan. Adakah kawalan tersebut mencukupi untuk melindungi pelabur­pelabur yang terpedaya dengan kempen "good returns" oleh setengah syarikat-syarikat yang tidak bertang­gungjawab dan mengambil kesempatan dengan kejahilan pelabur-pelabur yang tidak berdosa terutama dari luar bandar.

Dato' Alias bin Md. Ali: Kawalan ke atas perniagaan dagangan serahan hadapan komoditi atau "commodity futures trading" adalah dilaksanakan oleh Suruhanjaya Dagangan Komoditi mengikut peruntukan-peruntukan di bawah Akta Dagangan Komoditi, 1985 dan peraturan-peraturan serta garispanduan yang dibuat di bawahnya. Di peringkat pasaran, Bursa Komoditi Kuala Lumpur (BKKL) bertanggungjawab mengawal aktiviti perniagaan ahli-ahlinya di bawah peraturan BKKL yang dilaksanakan berdasarkan peruntukan Akta Dagangan Komoditi dan dengan kelulusan Suruhanjaya Dagangan Komoditi. Tujuan utama kawalan ini ialah untuk melindungi orang awam di samping memelihara intergriti pasaran.

Di bawah Akta Dagangan Komoditi, 1985, mana-mana syarikat atau individu yang menjalankan perniagaan dalam bidang komoditi serahan hadapan bagi pihak kelayan adalah dikehendaki berdaftar ataupun mendapat lesen daripada Suruhanjaya Dagangan Komoditi. Mereka yang layak memohon mendapat pendaf­taran atau lesen mestilah memenuhi keperluan-keperluan kewangan seper­ti yang ditetapkan, bukan seorang yang bankrap, mempunyai pengala­man dan pengetahuan dalam bidang itu dan tidak pernah melakukan se­suatu yang melibatkan kesalahan berhubung dengan "fraud" atau­pun tidak jujur. Pesuruhjaya boleh

mengambil tindakan untuk menggan­tungkan dan membatalk:· i- lesen jikalau pemegangnya melanggarpe.untukan di bawah Akta dan pihak BKKL pula boleh mengambil tindakan yang Sama terhadap ahli-ahlinya jikalau mereka melanggarperaturan BKKL itu sendiri.

Akta Dagangan Komoditi juga memperuntukkan sekatan-sekatan ke atas amalan dangangan yang menyalahi undang-undang. Di bawah Seksyen 74 dan 75, seorang broker tidak boleh membuat skim atau tipu helah dan kenyataan palsu yang boleh mengelirukan kelayan. Mereka juga tidak boleh berkempen untuk mendapat "good returns" ataupun memberi jaminan untuk mendapat keuntungan yang lumayan bagi kelayan. Pihak broker juga adalah dikehendaki memberitahu kelayan tentang risiko yang amat tinggi dalam perniagaan komoditi serahan hadapan sebelum mengambilnya sebagai seseorang _ kelayan. Kelayan pula adalah dikehendaki menandatangani satu surat kenyataan atau "Risk Disclosure Statement" sebelum syarikat dapat menjalankan urusniaga yang berkenaan itu.

Bagi tujuan untuk mengelakkan penipuan di kalangan pelabur yang tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang perniagaan yang agak kompleks ini, Pesuruhjaya telah mengeluarkan beberapa arahan dan garispanduan kepada industri serahan hadapan. Mengikut garis­panduan itu, seseorang broker tidak dibenarkan berjaja atau pergi dari rumah ke rumah untuk berkempen untuk mendapat kelayan. Persuruh­jaya juga telah mengeluarkan garis­~anduan mengenai perniagaan secara ' discretionary" di mana kelayan memberi kuasa penuh kepada broker untuk menjalankan perniagaan bagi pihaknya. Mana-mana broker yang melanggar garispanduan yang dike­luarkan oleh Pesuruhjaya, mereka itu boleh dianggap sebagai melakukan satu kesalahan di bawah Akta dan

«

<:

r.

'

,.,,_ ........

,,,.,.-'.

1473 6 JULAI 1989 1474

mereka boleh dikenakan denda atau lesen mereka boleh digantung atau dibatalkan. Selain daripada itu, Pesuruhjaya juga telah mengeluarkan risalah kepada orang awam yang berjodol "Jangan Menjadi Mangsa Penipuan" supaya orang awam sentiasa peka terhadap masalah penipuan dalam bidang dagangan komoditi ini.

. Untuk memberi perlindungan kepa­da kelayan, Suruhanjaya Dagangan Komoditi telah mewujudkan satu sis­tem bayaran pampasan kepada mereka yang dapat menunjukkan bukti yang pihak syarikat telah melakukan satu kemungkiran dalam menjalankan perniagaan bagi pihaknya. Syarikat­syarikat yang berdagang di seberang laut adalah dikehendaki menyimpan deposit dengan Suruhanjaya Dagangan Komoditi sebanyak $750,000 dan jikalau didapati mereka itu melakukan sesuatu· kemungkiran atau "default" bagi pihak kelayan atas pasaran seberang laut yang diiktirafkan, maka Pesuruhjaya adalah diberi kuasa untuk menggunakan wang deposit syarikat itu untuk membuat bayaran pampasan kepada kelayan yang berkenaan itu,. Bagi kemungkiran yang berlaku dalam pasaran BKKL, maka kelayan yang berkenaail bolehlah membuat tuntutan terus kepada BKKL yang mempunyai tabung pampasan khas bagi maksud itu.

Semenjak tahun 1980, Suruhanjaya Dagangan Komoditi telah mengambil tindakan membatalkan pendaftaran 4 syarikat, menggantungkan pendaf­taran 40 syarikat dan mencela atau "reprimand" 18 syarikat kerana kesalahan di bawah Akta. Pesuruhjaya juga telah menolak 35 permohonan untuk mendapat pendaftaran kerana tidak memenuhi syarat-syarat pendaftaran dan telah mengenakan denda kepada 3 syarikat kerana melanggar peruntukan di bawah Akta. Selain daripada itu, 12 buah syarikat telah didakwa dan dihukum oleh Mahkamah ker:ana beberapa

kesalahan dan 20 kes lagi masih dalam siasatan pihak Polis dengan tujuan untuk didakwa di Mahkamah. Tindakan-tindakan terhadap syarikat­syarikat yang berkenaan itu telah melahirkan satu suasana yang lebih berdisiplin di kalangan syarikat­syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Dagangan Komoditi.

Pada hakikatnya, pihak Kerajaan mempunyai peruntukan undang­undang dan peraturan yang jelas untuk mengawal dan mengawas broker yang menjalankan perniagaan dalam serahan hadapan komoditi ini. Tetapi peruntukan undang-undang sahaja tidak akan berkesan jikalau pihak kelayan tidak dapat mengawal perasaan tamak dan juga senang dipengaruhi oleh skim lekas kaya atau tidak mempunyai keupayaan untuk menjaga kepentingan mereka itu sendiri. Waiau bagaimanapun jikalau pihak kelayan merasakan bahawa mereka telah terpedaya oleh broker komoditi, mereka bolehlah berhubung terus dengan Suruhanjaya Dagangan Komoditi untuk mendapat penjelasan selanjutnya.

FELDA-PENEROKA YANG DISINGKIRKAN

26. Tuan Mohd. Wajdi bin Dato Haji Ishak minta Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah menya­takan jumlah peneroka FELDA yang telah disingkirkan dan diambil tindakan dari menjadi peserta rancangan. Apakah bentuk kesalahan yang telah mereka lakukan.

Datuk Kasitah bin Gaddam: Sehingga kini, seramai 5,583 orang peneroka telah disingkir daripada rancangan FELDA iaitu sebanyak 4.9% daripada jumlah peneroka seramai 114,789 keluarga. Dari jumlah terse but, seramai 5 ,302 orang peneroka telah disingkir kerana meninggalkan rancangan tanpa kebenaran Tadbiran Rancangan, 67 orang peneroka · disingkir atas

1475 6 JULAI 1989 1476

kesalahan jenayah, 54 orang pene­roka disingkir atas kesalahan penyalahgunaan dadah, 22 orang peneroka disingkir atas kesalahan berzina dan 138 orang peneroka disingkar kerana kesalahan tidak mematuhi peraturan atau arahan pentadbiran.

(Soalan No. 27 Sila lihat jawapan No. 4).

MAS KE LONDON­TAMBAHAN PENERBANGAN

28. Dr Nawawi bin Mat Awin minta Menteri Pengangkutan menyatakan sama ada beliau sedar bahawa permintaan untuk penerbangan­penerbangan dari dan ke luar negeri begitu meningkat, tambah-tambah lagi kerana pemesatan usaha me­narik pelancong ke negara ini, menyebabkan ramai penumpang terpaksa menaiki kapalterbang melalui negara ketiga dan sama ada Kerajaan British akan memberi

. tambahan hak mendarat di London kepada syarikat penerbangan nasional MAS, memandangkan Kerajaan Malaysia akan membeli alat-alat pertahanan daripada British sebanyak 4 billion ringgit.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Datin Paduka Hajjah Zaleha binti Ismail): Kerajaan sememangnya sedar bahawa permintaan untuk pener­bangan-penerbangan dari dan ke luar negeri kian meningkat. Dalam hal ini, Kerajaan akan meneruskan usaha­usaha untuk mendapatkan hak-hak trafik baru dan tambahan bagi tujuan menampung permintaan yang meningkat itu menerusi rundingan­rundingan Perjanjian Udara.

Berhubung dengan ini juga, sukalah saya memaklumkan bahawa beberapa perkidmatan baru dan tambahan telah dan akan dilaksanakan oleh Pener­bangan Malaysia (MAS) bagi meme­nuhi permintaan yang meningkat khususnya bagi penerbangan­penerbangan antarabangsa.

Di antara perkhidmatan-per-khidmatan baru yang telah di­laksanakan pada tahun ini ialah pe­nerbangan-penerbangan ke Fukuoka di Jepun, Guangzhou di Repub­lik Rakyat China dan Zurich di Switzerland. Di antara penerbangan­penerbangan tambahan yang diadakan ialah penerbangan keenam ke London dan penerbangan ketiga ke Seoul, MAS juga bercadang untuk mengadakan penerbangan-pener-bangan tambahan iaitu penerbangan keempat dan kelima ke Los Angeles pada akhir tahun ini. Masa juga mempunyai rancangan untuk mengadakan perkhidmatan ke destinasi-destinasi baru seperti Istanbul, Brussels, Kaherah serta destinasi-destinasi di Kanada dan New Zealand.

Mengenai hak-hak mendarat tambahan di London, ingin saya memaklumkan bahawa Kerajaan Malaysia dan United Kingdom telahpun mencapai persetujuan baru­baru ini mengenai hak-hak penerbangan tambahan bagi MAS ke London berasaskan kepada pertukaran hak trafik di bawah Perjanjian Udara Malaysia/United Kingdom. Perlulah saya tegaskan di sini bahawa persetujuan yang tercapai di antara Malaysia dan United Kingdom itu adalah semata-mata di bawah Perjanjian Udara Malaysia/ United Kingdom dan tidak ada apa­apa kaitan dengan pembelian alat-alat pertahanan oleh Malaysia daripada pihak United Kingdom.

PETRONAS-CARIGALI MINYAK

29. Tuan Haji Jaafar bin Harun minta Perdana Menteri menyatakan semenjak PETRONAS menjalankan usaha carigali minyak, berapa tempat sudah didapati, di mana-mana tempatnya, berapa banyak hasilnya diperolehi dan tahun berapa didapati. Sehubungan dengan itu ada berapa tempat lagi perojek baru didapati, dan

t

,,-...

9

.,,,.;-.-. ..

~

-~-·

1477 6 JULAI 1989 1478

adakah atau tidak PETRONAS menyumbangkan kepada masyarakat sebagai rancangan kebajikan dan pelajaran.

Dato' Dr Sulaiman bin Haji Daud: Kerja-kerja mencarigali petroleum di Malaysia dijalankan oleh kontraktor­kontraktor PETRONAS dan juga oleh anak syarikatnya iaitu PETRONAS Carigali Sdn. Bhd. (PCSB) di bawah Kontrak Perkongsian Pengeluaran.

Semenjak PETRONAS menanda­tangani Kontrak Perkongsian Pengeluaran yang pertama pada bulan November 1976, sebanyak 32 lapangan minyak dan 31 lapangan gas telah ditemui. Ke semua lapangan­lapangan minyak dan gas tersebut di temui di luar pantai Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Jumlah penemuan lapangan minyak dan gas mengikut tahun adalah seperti berikut:

Tahun Bilangan Lapangan Di jumpai

1977-1980

1981-1985

Min yak Gas

16

12

19

12

1986-1989 4

32 31

Purata pengeluaran rninyak dan gas rnengikut tahun-tahun tersebut adalah seperti berikut:

Tahun Pengeluaran Pengeluaran

1977-1980

1981-1985 1986-1989

Minyak Gas (Tonglsehari) (Juta kaki

padu sehari)

240 ribu

366 ribu

515 ribu

281

760

1,180

Penemuan-penernuan tersebut telah meningkatkan jumlah penemuan lapangan yang di temui setakat ini

kepada 56 lapangan minyak dan 54 lapangan gas.

Adakah dijangkakan banyak lagi lapangan-lapangan rninyak dan gas akan dijurnpai di masa akan datang basil daripada usaha-usaha mencarigali. Pada tahun ini sahaja, dua lapangan minyak telah dijumpai, satu di luar pantai Sernenanjung Malaysia dan satu di luar pantai Sabah.

Setakat ini sebanyak 31 lapangan minyak dan 4 lapangan gas sedang di dalam pengeluaran. Pengeluaran minyak daripada lapangan-lapangan tersebut pada rnasa ini adalah lebih kurang 551,000 tong sehari manakala pengeluarari gas pula adalah sebanyak 1,800 _juta kaki padu sehari.

Sebagai warganegara korporat yang bertanggungjawab, PETRONAS memang sentiasa menghulurkan sumbangan-sumbangan amal dari masa ke semasa di dalam berbagai­bagai bidang seperti Kesihatan, Pemuliharaan, Pelajaran, Sukan dan Kebudayaan dan Kebajikan. Dari tahun 1975 sehingga 1988, PETRONAS telah memberi sumbangan lebih daripada Rgt 32 juta bagi tujuan-tujuan tersebut. Di samping itu, PETRONAS juga telah mengeluarkan biasiswa dan pinja­man kepada pelajar-pelajar untuk melanjutkan pelajaran mereka di institusi-institusi pengajian tinggi di . dalam dan luar negeri. Sejak tahun 1975, lebih daripada 3,500 pelajar telah mendapat faedah daripada skim biasiswa dan pinjaman PETRONAS ini dengan nilainya melebihi Rgt 270 ju ta.

ANG.KATAN TENTERA­SAMBUNGAN PERKHIDMATAN

30. Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah minta Menteri Pertahanan menyatakan Majlis Angkatan Tentera Malaysia telah meluluskan pindaan akta tentera bagi memboleh anggota

1479 6 JULAI 1989 1480

teknikal tentera udara di Raja (TUDM) berkhidmat lebih 21 tahun:

(a) berapa ramai anggota yang terlibat dengan pindaan tersebut; dan

(b) adakah yunit lain ATM juga diberi peluang yang sama.

Tengku Dato' Ahmad Rithauddin Al-haj: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, seksyen-seksyen tertentu dalam Akta Angkatan Tentera 1972 dan Peraturan-Peraturan tertentu dalam "Army and Air Force (Terms of Service) Regulations. 1961 mem­bolehkan Majlis Angkatan Ten­tera meluluskan penyambungan per­khidmatan seseorang anggota lain­lain pangkat yang telah menyem­purnakan perkhidmatan 21 tahun.

Waiau bagaimanapun Majlis Angkatan Tentera tidak meluluskan apa-apa pindaan terhadap Akta dan Peraturan-peraturan tersebut tetapi sebaliknya telahpun baru-baru ini menurunkan kuasanya dalam hal penyambungan perkhidmatan anggota lain-lain pangkat melebihi 21 tahun kepada Ketua Staf Jawatan Anggota bagi mempercepatkan proses per­lanjutan. Ini adalah bukan sahaja bagi anggota-anggota teknikal Tentera Udara Di Raja Malaysia malahan meliputi semua anggota dalam ketiga­tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia.

TANAH TERBIAR

31. Tuan C. Krishnan minta Menteri Pertanian menyatakan jumlah tanah­tanah yang berbiar, apakah tindakan yang diambil oleh Kementeriannya untuk menarik balik tanah-tanah yang terbiar oleh pihak yang tertentu.

Timbalan Menteri Pertanian (Tuan Mohd. Kassim bin Ahmad): Tanah terbiar terbahagi kepada dua kategori iaitu tanah terbiar bukan sawah dan tanah sawah terbiar. Kementerian

Pertanian bertanggungjawab dalam program pemulihan tanah sawah terbiar manakala Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar dan Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah bertanggungjawab memajukan tanah terbiar bukan sawah.

Pada masa ini keluasan tanah sawah terbiar yang masih belum dipulihkan ialah lebih kurang 78,338 hektar.

Kementerian Pertanian meng-galakkan petani/pengusaha untuk memulihkan tanah sawah terbiar dengan menyediakan bantuan dalam bentuk geran bagi penyediaan infrastruktur asas seperti sistem peparitan, jalan ladang dan jambatan. Bagi membiayai kos-kos lain pinjaman di bawah Sekim Pinjaman Khas Pertanian ada disediakan dengan syarat pinjaman yang lebih mudah.

Di dalam Kanun Tanah Negara, ada peruntukan yang membenarkan Pihak Berkuasa mengambil alih tanah-tanah yang tidak diusahakan selama tiga tahun berturut-turut untuk di­majukan. Waiau bagaimanapun, tindakan mengambil alih tanah-tanah tersebut bukanlah di bawah bidang kuasa Kementerian Pertanian.

TABUNG KUMPULANWANG AMANAH PEMBANGUNAN

EKONOMI BELIA

32. Tuan K. Sivalingam minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan setakat manakah rancangan Tabung Kumpulanwang Amanah Pem­bangunan Ekonomi Belia anjuran Kementerian telah berjaya.

Menteri Belia dan Sukan (Dato' Seri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak): Sejak rancangan Tabung Kumpulanwang Amanah Pembangunan Ekonomi Belia dilancarkan sehingga Jun 1989, sebanyak 148 projek perniagaan, perusahaan dan pertanian telah dapat

~

.r-,

!t

_,.,.

"

,,.-.,

1481 6 JULAI 1989 1482

diwujudkan yang melibatkan 500 pekerjaan. Setakat ini projek yang diwujudkan itu telah menunjukkan prestasi dan pencapaian kemajuan yang berkembang dan menggalakkan. Kejayaan ini akan dapat memberi dorongan dan galakan kepada belia lain untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan.

PESAKIT MEMBELI BUAH PINGGANG

33. Puan Law Jack Yoon min ta Menteri Kesihatan menyatakan:

(a) sehingga sekarang, berapa kes-kes Kementerian · telah merekodkan tentang rakyat Malaysia yang membeli buah pinggang di negeri India; dan

(b) adakah sebarang tindakan yang telah diambil oleh Kementerian untuk memberi perlindungan kepada penerima-penerima buah pinggang itu supaya mereka tidak menghidap penyakit-penyakit lain ter-masuk penolakan buah pinggang.

Tuan Ng Cheng Kiat:

(a) Sa ya suka memaklumkan Ahli Yang Berhormat bahawa pesakit-pesakit yang membeli buah pinggang di India adalah membuatnya dengan cara sendiri dan tidak pernah dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan. Dari itu Kementerian tidak ada rekod yang tepat berkenaan kes-kes tersebut. Bagaimanapun rekod yang disimpan oleh ke­menterian ialah rekod-rekod mereka yang menjalani pembedahan buah pinggang di India dan sekembalinya ke Malaysia mereka mendapatkan rawatan selanjutnya di hospital­hospital Kerajaan. Sehingga lhb Julai 1989 ada kira-kira 70

kes seperti ini dirawat di beberapa hospital Kerajaan di seluruh negara.

(b) Walaupun kes yang di-maksudkan oleh Ahli Yang Berhormat itu sepatutnya dirawati di mana pembedahan buah pinggang dijalankan, tetapi oleh sebab-sebab peri kemanusiaan Kementerian sanggup menerima kes-kes tersebut dan meneruskan apa­apa rawatan yang diperlukan misalnya memberi rawatan susulan secara regular, memberi ubat-ubat yang diperlukan dan mereka juga diberi pendidikan kesihatan berkenaan penyakit yang dihadapi oleh mereka.

Bagi kes-kes yang mungkin mengalami penolakan buah pinggang atas sebab mem-perolehi buah pinggang dari "unmatched donors" me.reka dikehendaki membeli sendiri ubat cyclosporine bagi rawatan mereka.

ASEAN-KERJASAMA KETENTERAAN

34. Tuan Hassan bin Harun minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah maksud beliau apabila beliau membuat cadangan di satu per­sidangan di Singapura pada Mei, 5 baru-baru ini supaya ASEAN mengkaji kemungkinan menubuhkan satu pakatan pertahanan di rantau ini. Tidakkah cadangan itu akan bercanggah dengan dasar berkecuali negara dan prinsip asas Kerajaan ASEAN sendiri.

Dato Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan: ASEAN ditubuhkan bertujuan untuk memupuk dan mengukuhkan kerjasama serantau di dalam bidang ekonomi, sosial dan politik. Selepas dua puluh dua tahun, ASEAN te~ah berjaya menjad:i organisasi seran~au

1483 6 JULAI 1989 1484

yang maju dan dinamik dan dihor­rnati oleh masyarakat antarabangsa. ASEAN terus berusaha untuk men­capai matlamat ka arah menjadi­kan rantau ini rantau bebas. aman dan berkecuali.

Waiau bagaimanapun, cadangan yang say a utarakan berupa kemungkinan kajian dibuat untuk mempertingkatkan kerjasama ken­tenteraan di antara negara-negara ASEAN, tidaklah bermakna ASEAN akan menubuhkan pakatan tentera. Kerjasama tersebut harus dikekalkan dalam bentuk hubungan dua hala atau bilateral. Cadangan ini dibuat secara peribadi dan tidak mencerminkan hasrat Kerajaan atau Kementerian Luar Negeri untuk ASEAN bertukar corak dan pendirian mengem!.i hal ini.

LESEN PEMAJU YANG DIBATALKAN

35. Tuan Ng Peng Hay minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan rnenyatakan berapa banyakkah lesen pernaju perumahan yang telah ditarik atau dibatalkan dari tahun 1984 hingga Jun 1989 dan nyatakan sebab­sebabnya.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Datuk Haji Hussein bin Ahmad): Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sejak tahun 1984 sehingga sekarang, sebanyak 10 lesen pemaju telah dibatalkan. Di antara sebab lesen­lesen itu dibatalkan ialah kerana syarikat-syarikat berkenaan sama ada telah menjual, melupuskan atau menubuhkan semula perniagaan mereka berhubung dengan pemajuan perumahan setelah mendapat kebenaran daripada Pengawal Perumahan mengikut Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966. Terdapat hanya satu lesen sahaja dibatalkan atas sebab bayaran lesen yang dibuat melalui eek tidak laku dan pemaju berkenaan tidak dapat dikesan.

PROTON SAGA-PASARAN

36. Puan Ha,ijah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh minta Perdana Menteri menyatakan kedudukan pasaran Proton Saga dalam negeri, adakah ianya meningkat. Bagairnana pasaran di luar negeri, adakah perrnintaan dapat dipenuhi, jika tidak mengapa.

Dato Dr Sulaiman bin Haji Daud: Untuk maklurnan Yang Berhormat, pasaran Proton Saga bagi dalam negeri adalah menggalakkan. Sehingga 31 Mei 1989, sebanyak 115,489 unit proton Saga telah dijual. Dari segi penguasaan pasaran, Proton Saga telah menguasai 73 % pasaran kereta penumpang tempatan bagi tahun 1988, berbanding dengan 47% dalam tahun 1986 dan 65% dalam tahun 1987.

Mengenai pasaran di luar negeri pula, sehingga kini pihak PROTON tidak menghadapi apa-apa masalah memenuhi perrnintaan terse but kecuali di United Kingdom.

PROTON SAGA-UNIT DUVAL

37. Dr Ng Khek Kiong min ta Per­dana Menteri rnenyatakan:

(a) bilangan unit bagi Proton Saga yang telah dijual setakat akhir bulan Jun 1989;

(b) bilangan pengedar kereta Proton Saga yang telah dilantik.

Dato' Dr SuJaiman bin Haji Daud:

(a) Kerajaan berasa dukacita tidak dapat menyatakan bilangan Proton Saga yang telah dijual sehingga akhir bulan Jun 1989 kerana rnaklumat tersebut sedang dikurnpul. Bagai­manapun, untuk rnakluman Yang Berhormat, sehingga 31hb Mei 1989, sebanyak 115,489 unit Proton Saga telah dijual di pasaran dalam negeri dan 5,280 unit telah dieksport.

r-,

.--

~

/""".

1485 6 JULAI 1989 1486

(b) Sehinga 22hb. Jun 1989 wakil penjual Proton Saga telah dilantik.

KENDERAAN BERDAFTAR

38. Tuan G. Rajoo minta Menteri Pengangkutan menyatakan:

(a) jumlah kenderaan yang ber­daftar di negara ini mengikut jenis kenderaan sehingga 31 Mei 1989;

(b) sama ada Kementerian Pe­ngangkutan sedar kesesakan lalulintas berlaku akibat pertambahan pesat jumlah kenderaan di negara ini;

(c) sama ada Kerajaan akan menggubal undang-undang untuk "condemn" sesebuah kenderaan setelah digunakan beberapa tahun untuk me­ngurangkan kesesakan lalu­lintas serta keselamatan pe­numpang. Jika tidak apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Pengang­kutan untuk mengawal kese­sakan lalulintas dan kese­lamatan penumpang.

Datin Paduka Hajjah Zaleha binti Ismail:

(a) Sehingga tarikh 31hb Disember 1989 jumlah kenderaan yang berdaftar di negara kita termasuk Sabah dan Sarawak ialah 4,782,916 buah mengikut jenis-jenis kenderaan seperti berikut:

Motosikal

Motokar

Bas

Teksi

2,702,932

1,549,600

23,346

25,132

Kereta Sewa Pandu- 4,134 Sendiri/Limousine

Kenderaan - 328,594 Barangan

Lain-lain (trailer,­traktor, jentera bergerak dan lain­lain)

Jumlah ..

122,655

4,782,916

(b) Kadar pertambahan bilangan kenderaan ialah: -

Tahun 1986 - 5.1 % Tahun 1987 - 3.1% Tahun 1988 - 3.9%

Kementerian Pengangkutan sedar bahawa pertambahan pesat jumlah kenderaan di negara kita ialah salah satu sebab yang mengakibatkan kesesakan lalulintas di jalan­raya. Walau bagaimanapun ada juga faktor-faktor lain yang menyebabkan kesesakan iaitu:

(i) kesesakan yang berlaku setiap hari pada waktu pagi dan petang di bandar-bandar dise­babkan pekerja-peker­ja pergi ke pejabat dan kilang-kilang dan pulang ke rumah pada waktu yang sama.

(ii) kesesakan yang berlaku di lebuhraya atau jalan­jalan raya tertentu semasa perayaan kera­na orang ramai pulang ke kampung masing-ma­sing untuk menyambut hari perayaan ter­sebut.

(iii) kesesakan yang berlaku di jalanraya-jalanraya tertentu kerana ada kemalangan jalan raya, kerja-kerja membaiki jalan atau pada hari hujan.

(c) Kerajaan tidak bercadang un­tuk menggubal undang-undang bagi "condemn" kenderaan

1487 6 JULAI 1989 1488

lama sebagai satu langkah un­tuk mengurangkan kesesakan lalulintas kerana tindakan sedemikian akan membebankan golongan pendapatan rendah yang mengguna kenderaan tetapi masih berada dalam keadaan selamat di jalan (road worthiness). Untuk mengawal keselamatan penumpang, Ja­batan Pengangkutan Jalan adalah menjalankan peme­riksaan berkala (routine in­spection) sekali tiap-tiap enam bulan ke atas semua kende­raan perdagangan. Mengenai langkah-langkah yang diambil untuk mengawal kesesakan lalulintas, peranan menga­walnya tidak terletak di ba­wah tugas Kementerian Pe­ngangkutan. Pihak Polis ber­operasi setiap masa untuk me­ngawal kelicinan perjalanan lalulintas, manakala Kemen­terian Kerja Raya dan pi­hak-pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab mem­bina dan menyelenggara ja­lanraya serta lebuhraya, ada­lah juga mengkaji keadaan lalulintas dari masa ke semasa. Jika diperlukan, pihak mereka akan membina jalan-jalan baru atau mempertingkatkan taraf jalan serta memasangkan isyarat-isyarat lalulintas bagi memperbaiki keadaan lalulintas di seluruh negara ini.

GURU-GURU-MEMINDAHKAN

39. Tuan Chan Choong Tak minta Menteri Pendidikan menyatakan rancangan untuk memindah guru-guru CZ yang mengajar di Sekolah Menengah ke Sekolah Rendah, adakah Kementerian kini meluluskan secara automatik pemohon-pemohon suka­rela sekarang untuk pindaan ini. Sekiranya tidak, sila berikan sebab­sebab.

Dr Leo Michael Toyad: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan memang mempunyai rancangan untuk me­mindahkan guru-guru C2 yang me­ngajar di Sekolah Menengah ke Sekolah Rendah secara berperingkat­peringkat. Buat masa ini pemindahan guru-guru tersebut belum dijadualkan lagi. Pemohon-pemohon sukarela akan diberi pertimbangan sewajarnya oleh pihak Kementerian Pendidikan.

HARGA DAHAN BINAAN­KENAIKAN

40. Tuan Dahalan Haji Embun minta Menteri Kerjaraya menyatakan se­tiap kali berlaku kenaikan harga­bahan binaan kontraktor terpaksa menanggung kerugian. Ganti rugi mengikut formula JKR tidak tepat dengan kenaikan harga sebenar. Adakah Kementerian bercadang untuk mengguna sistem yang lebih sesuai dan senang dikira seperti ganti rugi secara kenaikan mutlak.

Tuan Luhat Wan: Mengikut pe­raturan yang ada sekarang kenaikan harga bahan binaan dikira melalui satu angkatunjuk khas yang meliputi kenaikan harga semua jenis bahan yang digunakan dalam binaan bangunan dan lain-lain.

Perubahan harga dikesan melalui angkatunjuk yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan tiap-tiap bulan berdasarkan turun naik harga dalam pasaran bebas. Angkatunjuk tersebut berdasarkan kepada bahan-bahan berikut:

1. Simen 2. Besi keluli 3. Batu bata 4. Kaea 5. Batu baur 6. Bahan-bahan siling 7. Bahan-bahan bumbung 8. Kayu 9. Papan lapis

10. Lengkapan kebersihan

..

r-.

~~~ ...

,,--..

1489 6 JULAI 1989 1490

11. Jubin lantai dan dinding 12. Bahan kerja pail 13. Keratan keluli dan logam 14. Barang besi 15. Pasir 16. Cat

Mengikut taksiran Jabatan Kerja­raya bagi projek-projek Kerajaan, sebarang kenaikan harga bahan­bahan binaan. telah pun diambilkira sepenuhnya mengikut perubahan angkatunjuk ini dan kontraktor se­patutnya dibayar sewajarnya apa­bila berlaku sebarang kenaikan harga bahan binaan.

Buat masa ini Kerajaan berpendapat cara ini memadai dan sesuai dilaksanakan. Oleh itu Kerajaan tidak ada cadangan untuk menggunakan cara-cara lain dalam menentukan bayaran gantirugi kenaikan bahan­bahan binaan kepada kontraktor.

BILIK DARJAH SEKOLAH RENDAH~KEKURANGAN

41. Tuan Dahalan bin Haji Embun minta Menteri Pendidikan menyatakan sentiasa pihak Kementerian mengaku kesesakan di Sekolah-sekolah Rendah oleh sebab bilik tidak cukup. Tidakkah boleh pihak Kementerian mengguna bilik-bilik darjah dari Sekolah-sekolah Menengah yang berdekatan sebagai penyelesaian sementara untuk darjah 5 dan6.

Dr Leo Michael Toyad: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sememangnya Kementerian ini sedar dan mengaku akan kesesakan di sekolah-sekolah rendah oleh sebab kekurangan bilik-bilik darjah. Waiau bagaimanapun, Kementerian ini tidak pernah berdiam diri, bahkan sentiasa berusaha menambah kemudahan bilik­bilik darjah dari masa ke semasa dan di mana yang boleh dan sesuai. Cadangan Ahli Yang Berhormat itu telahpun di­laksanakan.

PELANCARAN PENCA WANG UTAMA TANJONG RHU

42. Tuan V. K. Sellapan minta Menteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakan tentang pengumuman Menteri dalam Dewan Negara ini mengenai pelancaran Pencawang Utama Tanjong Rhu di Daerah Sepang, Negeri Selangor Darul Ehsan pada pertengahan tahun 1989 yang akan mengatasi masalah gangguan elektrik di kawasan Sungai Tanjong Rhu telah terbengkalai. Apakah langkah­langkah Kerajaan untuk mengatasi projek tersebut.

Tuan Abdul Ghani bin Othman: Memang benar Dewan yang mulia ini telah dimaklumkan pada 12 Disember 1988 bahawaa tarikh menyiapkan pembinaan Pencawang Pembahagian Utama Tanjong Rhu adalah pada pertengahan tahun 1989. Malangnya tarikh sasaran itu tidak dapat dicapai kerana kerja-kerja awam bagi menyiapkan bangunan dan kerja-kerja yang berkaitan dengannya telah terbengkalai disebabkan Kontraktor yang berkenaan telah lari dan meninggalkan projek.

Berikutan dengan itu kontrak yang asal telah dibatalkan dan tawaran telah dipanggil. Adalah dijangkakan bangunan pencawang ini akan dapat disiapkan dalam bulan Mac 1990.

PAKAIAN SERAGAM POLIS

43. Dr Nordin bin Selat minta Menteri Dalam Negeri memberitahu sama ada uniform polis akan ditukar sebab warna khaki itu adalah warisan kolonial. Banyak negara-negara di dunia menggunakan warna biru sebagai warna universal polis.

Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri (Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad): Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setelah satu kajian dibuat mengenai pakaian seragam polis, Kerajaan tidak bercadang untuk menukar warna pakaian seragam polis

1491 6 JULAI 1989 1492

yang sedia ada. Warna khaki yang digunakan sekarang ini telah pun menjadi identiti pakaian seragam polis dan telah diterima tanpa rungutan oleh semua · lapisan pegawai · dan anggota polis. Warna ini juga adalah didapati sesuai dengan cuaca dan keadaan di negara ini.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, di samping warna khaki, warna-warna lain juga turut digunakan sebagai pakaian seragam polis di negara ini berdasarkan kepada kesesuaian dengan tugas dan peranan. Warna biru yang dikatakan sebagai warna universal polis telah pun ada digunakan di dalam PD RM seperti pakaian seragam Pasukan Simpanan Persekutuan.

JABATAN HAL EHWAL ORANG ASLI

44. Tuan Hassan bin Nam minta Menteri Dalam Negeri menyatakan bahawa tidakkah Kerajaan bercadang untuk menempatkan J abatan Hal Ehwal Orang Asli di bawah Kementerian yang lebih sesuai serta berorientasikan pembangunan. Um­pamanya di Kementerian Pembangu­nan Negara dan Loar Bandar.

Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat ini Kerajaan tidak bercadang meletakkan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli di bawah lain­lain Keme,nterian. Sungguhpun begitu ini tidak bermakna pembangunan kepada masyarakat Orang Asli diabaikan.

PEMIMPIN KESATUAN SEKERJA MEMPERALATKAN

KESATUAN

45. Tuan Haji Hamid Araby bin Haji Mohd. Salih minta Menteri Buruh menyatakan mengapa dibenarkan

pemimpin-pemimpin Kesatuan Se­kerja memesongkan perjuangan ke­satuan untuk kepentingan politik dan diri masing-masing. Tidakkah Kementerian tersebut bercadang untuk menggubal dan meminda Rang Undang-undang Buruh dan Akta Kesatuan Sekerja yang ada sekarang untuk mengharamkan politikus me­libatkan diri secara langsung dan tidak langsung dalam aktiviti Kesatuan Sekerja.

Menteri Buruh (Dato' Lim Ah Lek): Kerajaan sentiasa mengawasi supaya pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja tidak memperalatkan kesatuan mereka untuk kepentingan politik peribadi kerana perbuatan seumpama ini adalah bercanggah dengan tujuan asal kewujudan kesatuan sekerja untuk memberi perlindungan dan menjaga kebajikan kaum pekerja. Bagi mengawasi perkara ini, mengikut Akta Kesatuan Sekerja 1959 seseorang yang memegang jawatan Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, Setiausaha Agung, Timbalan Setiausaha Agung, Bendahari dan Timbalan Bendahari dalam sebuah badan politik tidak dibenar memegang sebarang jawatan dalam kesatuan sekerja. Undang­undang semasa adalah mencukupi untuk mengawal pergerakan ahli-ahli kesatuan sekerja. Kerajaan tidak bercadang untuk memindanya pada masa sekarang.

Sehubungan dengan ini, perlu ditegaskan juga bahawa pekerja­pekerja sendiri harus lebih berjaga­jaga akan tingkah laku dan tindakan pemimpin-pemimpin mereka yang boleh· menjejaskan kedudukan dan kepentingan kaum pekerja sendiri.

PENGA WAL PENJARA YANG DITANGKAP

46. Tuan K. Sivalingam minta Men­teri Dalam Negeri menyatakan berapa orang "warder" penjara telah ditangkap setakat hari ini kerana disyaki terbabit dalam kegiatan

,-..

I

_.,,._

r"

1493 6 JULAI 1989 1494

membekalkan dadah kepada banduan­banduan di penjara.

Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad: Untuk inakluman Ahli Yang Berhormat, jumlah pengawal penjara (warder) yang telah ditangkap kerana disyaki terbabit di dalam kegiatan membekalkan dadah kepada banduan-banduan di penjara sehingga 30hb. Jun, 1989 adalah seramai 80 orang.

PENDAFTARAN ANAK ANGKAT

41. Tuan G. Rajoo minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) sama ada beliau sedar kesu­karan seseorang mendaftarkan anak angkat yang mengakibat­kan kebanyakan kes-kes pe­nipuan dan pembelian bayi di negara ini;

(b) apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk memudahkan pendaf­taran seseorang anak angkat;

(c) sama ada Kerajaan akan me­nimbangkan kemungkinan me­masukkan nama ibu bapa angkat dalam sijil lahir se­seorang bayi yang dianak­angkatkan itu. Jika ya, bila dan jika tidak, kenapa.

Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad:

(a) Pendaftaran. anak angkat tidak menimbulkan masalah ataupun menyukarkan mereka yang terlibat. Seseorang yang hendak mengambil anak angkat boleh mendaftarkan sama ada di Mah­kamah atau di Jabatan Pen­daftaran Negara.

(b) Prosedur yang diamalkan se­karang adalah mudah dan tidak perlu diperkenalkan lang­kah-langkah lain pada masa ini. ini.

(c) Kerajaan tidak bercadang ber­buat demikian kerana;

(i) Nama ibu/bapa angkat dicatatkan dalam sijil anak angkat.

(ii) Sijil kelahiran mencatat­kan butir-butir mengenai kanak-kanak tersebut.

(iii) Kedua-duanya diperun­tukkan di bawah Akta yang berasingan iaitu Akta Kelahiran dan Kematian dan Akta Pen­daftaran Pengangkatan.

PITA VIDEO LUCAH­PENGEDARAN

48. Puan Ainon binti Ariff'm minta Menteri Dalam Negeri menyatakan langkah diambil mengatasi pita-pita video lucah di pasaran gelap di Malaysia.

Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad: Kementerian Dalam Negeri dengan kerjasama Jabatan­jabatan dan agensi-agensi Kerajaan yang lain sentiasa berusaha mengatasi pengedaran pita-pita video lucah ini dari masa ke semasa dengan cara:

( i) mengetatkan pemeriksaan semua bentuk filem, termasuk pita video, di pintu-pintu masuk ( tugas ini dilaksanakan oleh Jabatan Kastam dan Eksais);

(ii) menapis secara rawak filem­filem yang dibawa masuk oleh orang-orang perseorangan untuk kegunaan persendirian; dan

(iii) mempergiatkan penguat-kuasaan ke pusat-pusat video, pengedar-pengedar video dari masa ke semasa. Penguat­kuasaan ini dijalankan oleh Lembaga Penapisan Filem, Perbadanan Filem Nasional

1495 6 JULAI 1989 1496

(FINAS) serta Polis Diraja Malaysia.

LABUAN-LANGKAH MEMAJUKAN

49. Tuan Tan Chai Ho minta Perdana Menteri menyatakan apakah langkah akan diambil untuk memajukan Labuan, Wilayah Persekutuan. Ada­kah Kerajaan menimbang untuk menjadikan kedudukan Labuan sebagai sebuah pelabuhan bebas sama seperti Pulau Langkawi.

Timbalan Menteri di Jabatan Per­dana Menteri (Ors Suleiman bin Mohamed): Kerajaan akan mengam­bil langkah-langkah tertentu untuk memajukan Wilayah Persekutuan Labuan. Antara langkah-langkah tersebut ialah seperti berikut:

(a) menjadikan Labuan sebagai Pusat Perniagaan Tukar Barang;

(b) menjadikan Labuan Pusat Pengedaran barang bagi Sabah, dan Brunei;

sebagai barang­

Sarawak

(c) galakan aktiviti membeli belah di Labuan;

(d) menggalakkan perkembangan industri di Labuan.

Menyentuh saranan Ahli Yang Berhormat supaya menjadikan ke­dudukan Labuan sebagai sebuah pelabuhan bebas sama seperti Pulau Langkawi, saya ingin menyatakan bahawa pada masa ini Kerajaan sedang mengkaji semula pengecualian duti import ke atas minuman keras dan rokok/tembakau di Pulau Langkawi. Oleh yang demikian, untuk mengatasi perbezaan 1ayanan cukai yang wujud di Labuan dan Langkawi pada masa ini, kedai bebas cukai untuk vienjual tembakau/rokok dan minuman keras akan ditubuhkan di Labuan. Penjualan dihadkan kepada pelancong-pelancong asing.

PENGGUNA TELEFON

50. Tuan V. K. Sellapan min ta Menteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakan:

(a) adakah Kerajaan sedar bahawa pengguna-pengguna telefon di kawasan Sungai Pelek dan Sepang, Negeri Selangor Darul Ehsan terpaksa menanggung kos perbelanjaan yang aga~ tinggi, dengan menggunakan ibusawat telefon Seremban untuk menghubungkan lbu Negeri Selangor, Shah Alam dan Kuala Lumpur bagi urusan rasmi Kerajaan dan sebagainya; sedangkan Sepang dan Sungai Pelek ·. adalah dalam Negeri Selangor masih bergantung kepada perkhidmatan dari Negeri Sembilan; dan

(b) dengan faktor ini, bolehlah STM melaksanakan pemindahan ibusawat telefon dari Negeri Sembilan ke Negeri Selangor seperti dicadangkan dalam tahun 1986.

Tuan Abdul Ghani bin Othman: Soalan seperti ini telah beberapa kali dijawab dalam Dewan yang mulia ini dan paling terakhir, ialah pada 30-3-1989.

Memandangkan bahawa tidak ada perubahan di dalam perkara ini, maka saya tidak bercadang membuat apa­apa tambahan.

PESARA POLIS-KEMUDAHAN

51. Dr Nordin bin Selat minta Menteri Dalam Negeri menjelaskan sama ada Kerajaan memberi kemudahan­kemudahan yang cukup bagi polis yang telah bersara kerana didapati kerap kali sangat diadakan kutipan derma untuk menolong polis-polis yang bersara ini.

Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad: Untuk makluman Ahli

'

~

"-~

4

~r~

/"""',

1497 6 JULAI 1989 1498

Yang Berhormat, selain daripada pencen dan ganjaran anggota polis yang telah bersara, Kerajaan telah menyediakan beberapa kemudahan seperti berikut:

(1) Kemudahan-kemudahan ra-watan percuma di Hospital Kelas 2;

(2) Kemudahan potongan tambang keretapi sebanyak 40%;

(3) Kemudahan-kemudahan lain dalam mendapatkan lesen per­niagaan, gerai-gerai, permit teksi dan rumah-rumah ke­diaman;

(4) Peluang pekerjaan sebagai Pengawal Keselamatan di J abatan-Jabatan Kerajaan dan sektor swasta.

Kerajaan juga memberi bantuan kepada Persatuan Bekas-Bekas Polis seperti berikut:

(1) Bantuan tahunan dari Kerajaan Pusat sebanyak $50,000;

(2) Sumbangan wang dari Ke­rajaan-kerajaan Negeri se­perti Sabah, Sarawak dan Terengganu;

(3) Kurniaan tanah dari Kerajaan­kerajaan Negeri iaitu Sarawak, Perlis, Johor, Pahang, Tereng­ganu, Selangor dan Pulau Pinang;

(4) Kemudahan ruangan pejabat percuma untuk lbu Pejabat Persatuan di Bukit Aman.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kutipan-kutipan derma yang dibuat oleh pihak persatuan adalah sebagai kegiatan tambahan untuk menambah pendapatan tabung persatuan bagi kegunaan bantuan kebajikan, perubatan dan pelajaran. Semenjak tahun 1988 pihak persatuan telah mengadakan 3 (tiga) kali kutipan derma sahaja iaitu 1 (satu) dianjurkan oleh lbu Pejabat dan 2 (dua) oleh peringkat daerah.

Kementerian sentiasa mengawasi setiap kegiatan persatuan supaya tidak menyeleweng dari lunas undang­undang.

PASAR TANI-BEKALAN

52. Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah minta Menteri Pertanian menyatakan memandangkan pesatnya pasar-pasar tani menjalankan ke­giatannya di seluruh negara, apakah Kerajaan membuat kajian supaya bekalan tidak berkurangan terutama hasil-hasil tani, ada dakwaan me­nyatakan bekalan mulai berkurangan di sesetengah tempat.

Tuan Mohd. Kassim bin Ahmed: Untuk makluman Ahli Yang Ber­hormat Kementerian Pertanian sen­tiasa mengawasi agar bekalan hasil­hasil pertanian tidak berkurangan bagi mempastikan pasar tani terus berkembang maju. Sebelum pasar tani baru diwujudkan FAMA sebagai agensi pelaksana akan menjalankan kajian daya maju bagi menentukan sumber bekalan, penyertaan dan penggunaannya di pasar tani. Pihak FAMA akan menentukan bahawa peserta pasar tani adalah terdiri daripada petai tulen yang ber­keupayaan membekalkan hasil-hasil pertanian sama ada secara per­sendirian atau bergabung dengan petani-petani yang lain. Dengan perkembangan pesat pasar tani peserta diberi peluang untuk berniaga lebih sekali dalam seminggu di pasar­pasar tani yang berhampiran. Jentera perlaksanaan di peringkat daerah juga telah diwujudkan yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah dan dianggotai oleh semua jabatan/agensi seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Per­khidmatan Haiwan, LPP, LKIM, FAMA dan lain-lain jabatan/agensi yang berkaitan dengan pembangunan sosio ekonomi para petani. Jawa­tankuasa pengurusan pasar tani daerah ini akan mengkaji keperluan bekalan basil pertanian di pasar tani dengan mengaturkan perancangan

1499 6 JULAI 1989 1500

pengeluarannya dengan Kerjasama jabatan/agensi pengeluaran yang berkaitan.

MURID BERTUTUR DALAM BAHASA TAMIL

53. Tuan C. Krishnan minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah benar sebuah sekolah yang mengenakan denda kepada murid-murid yang bertutur dalam bahasa Tamil. Jika benar, apakah tindakan yang diambil oleh Kementeriannya kerana isu bahasa Tamil tidak patut dikaitkan dengan tindakan disiplin.

Dr Leo Michael Toyad: · Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dakwaan adanya sebuah sekolah yang mengenakan denda kepada murid­murid yang bertutur dalam bahasa Tamil tidak dapat dipastikan. Ini adalah kerana Kementerian Pen­didikan tidak ada menerima se­barang laporan berhubung dengan perkara tersebut.

PERTUBUHAN BURUH MALAYSIA (MLO}-PENDIRIAN KERAJAAN

54. Tuan Hassan bin Harun minta Menteri Dalam Negeri menyatakan pendirian Kerajaan terhadap dua kesatuan sekerja kebangsaan iaitu MTUC dan MLO yang wujud sekarang. Apakah Kerajaan bercadang untuk mengiktirafkan kedua-dua atau salah satu sahaja.

Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad: Oleh kerana Pertubuhan Buruh Malaysia (MLO) belum didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966, maka setakat ini soal sama ada Kerajaan akan mengiktirafk.annya ataupun menjadikannya alternatif kepada MTUC belum Iagi timbul. Waiau bagaimanapun, pihak Kerajaan akan mengkaji perkara tersebut setelah ianya didaftarkan kelak.

USUL

KAJIAN SEPARUH PENGGAL RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

1986-1990

Aturan Urusan Mesyuarat di­bacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah,

Bahawa Dewan ini-

menyedari kemajuan yang telah dicapai dalam usaha melaksanakan tiga tahun pertama Rancangan Malaysia Kelima;

bersetuju dengan usaha-usaha Kerajaan meneruskan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru untuk mencapai tujuan utama iaitu perpaduan negara serta me­ngekalkan keamanan dan kese­lamatan, dalam konteks per­tumbuhan ekonomi yang stabil;

meluluskan dan menyetujui Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelima, yang telah dirangka untuk meliputi dasar-dasar dan program-program bertujuan untuk meninggikan lagi pertumbuhan ekonomi dan melaksanakan langkah-langkah untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat, seperti yang dibentangkan dalam Kertas Peritah Bil. 23 Tahun 1989.

Bahawa dalam meluluskan Kajian Separuh Penggal ini, Dewan ini menyeru semua rakyat Malaysia dari segenap lapisan untuk ber­usaha dengan lebih gigih lagi, sesuai dengan hasrat Rukun­negara dan bersatupadu untuk mewujudkan negara yang adil, progresif dan kukuh. (5hb Julai, 1989)

Tuan Y~g di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Ng Peng.

6

/"""'

A

,r-

--

1501

3.33 ptg.

6 JULAI 1989 1502

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di­Pertua, saya bangun untuk memohon izin untuk saya mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelima. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong usul yang telah di­kemukakan oleh Yang Amat Ber­hormat Timbalan Perdana Menteri pada petang semalam.

Selepas meneliti Buku Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelima, saya tertarik di bawah tajuk Tenaga Buruh dan Guna Tenaga, bahawa dalam tempoh 1986 hlngga 1988 sebanyak 460,000 pekerjaan baru telah diwujudkan. Sebahagian besar adalah dalam sektor-sektor pem­buatan, perkhidmatan dan per­tanian.

Tuan Yang di-Pertua, saya suka mengambil kesempatan ini me­ngucapkan tahniah dan syabas di atas usaha gigih untuk mengurangkan kadar pengangguran daripada 8.3% pada tahun 1986 kepada 8.1 % pada tahun 1988. Dalam ramalan dan anggapan saya, saya yakin dan percaya dalam tempoh beberapa tahun akan datang kadar pengangguran akan lebih banyak dapat dikurangkan daripada apa yang dijangkakan memandangkan pertumbuhan ekonomi negara yang begitu pesat. Walaupun ramalan yang dibuat, kadar pengangguran menurun kepada 7. 6% berbanding dengan 8.1 % dalam tahun 1988 tetapi saya berpendapat iaitu dengan syarat kalau kita hendak mencapai peratusan 7 .6% maka dengan syarat rakyat kita tidak terlalu memilih pekerjaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya sebut demikian kerana sebagai seorang daripada penyelaras pelaburan asing, kami telah mendapat maklumbalas bahawa ada di antara pelabur asing yang telah mendirikan kilang mengalami kesulitan pekerja iaitu di Pulau Pinang dan Johor. Ini telah dikemukakan di dalam satu seminar

pelaburan di luar negeri yang mana saya sendiri hadir di seminar tersebut. Saya suka menarik perhatian Kementerian Buruh yang sepatutnya peka tentang masalah kekurangan pekerja yang saya sebut tadi. Kemungkinan Jabatan Buruh dan Tenaga Rakyat di negeri-negeri kekurangan data-data yang lengkap ataupun kajian yang tidak kemaskini. Contohnya, di Melaka baru-baru ini saya sendiri telah melawat Jabatan Tenaga Rakyat dan mendapati bahawa ianya kekurangan kelengkapan yang moden. Sepatutnya Kementerian Buruh harus membekalkan komputer untuk menyimpan maklumat­maklumat penganggur-penganggur dengan lebih tepat. Dengan keadaan sedemikian barulah benar-benar Jabatan Buruh berfungsi seperti yang diharap-harapkan.

Tuan Yang di-Pertua, oleh itu saya menggesa Kementerian Buruh bertindak segera untuk menyiasat sebab-sebab aduan pelabur-pelabur yang mengalami masalah kekurangan pekerja yang saya sebut tadi. Saya ingin tahu apakah yang menyebabkan kekurangan ataupun kesukaran untuk mendapatkan pekerja di kilang yang saya sebut tadi? Adakah ianya disebabkan kerana pekerja-pekerja kita kurang minat untuk bekerja di dalam kilang, ataupun mereka terlalu memilih kerja, ataupun kerana bayaran gaji yang terlalu rendah, ataupun negara kita kekurangan tenaga mahir? Sekiranya keadaan yang saya sebut tadi benar-benar berlaku, satu tindakan yang wajar dan "efficient" mestilah diambil. Saya suka mencadangkan agar Kerajaan me­lipatgandakan usaha-usaha untuk mempergiatkan lagi latihan-latihan kepada belia-belia kita dalam bidang­bidang kemahiran yang diperlukan dalam pasaran buruh masa kini.

Tuan Yang di-Pertua, dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelima kita dapati sumber per­tumbuhan ekonomi negara punca

1503 6 JULAI 1989 1504

utama adalah daripada sektor eksport. Nilai eksport negara pada tahun 1988 telah meningkat kepada $55 .3 ribu ju ta iaitu 55% lebih tinggi daripada tahun 1986 dan pengeluaran sektor pembuatan meningkat pada kadar 12.8% dalam tahun 1987 dan 18% dalam tahun 1988.

Sehubung dengan sektor eksport, khususnya pengeluaran sektor pembuatan, saya suka menimbulkan satu masalah yang dihadapi oleh kilang-kilang yang ada dalam negara kita iaitu berkenaan dengan perkhidmatan kontena. Sehingga hari ini, walaupun Kabinet dan Kerajaan kita telah membenarkan 3 buah syarikat kontena bersaingan di dalam perkhidmatan kontena di seluruh negara tetapi kos menunda ataupun kos untuk menunda sebuah kontena daripada kilang ke pelabuhan masih sangat tinggi jika dibandingkan dengan negara-negara jiran. Misalnya, kontena yang 20 kaki panjangnya, kos untuk menunda daripada Melaka ke Pelabuhan Klang, ialah $750 dan kalau dibandingkan dengan negara-negara lain ini adalah satu bayaran yang amat tinggi. Oleh yang demikian, saya berharap Kementerian yang ber­kenaan dan Kerajaan kita haruslah mengambil tindakan dan membuat satu kajian dan penyelesaian kenapa kos menunda ataupun kos perkhidmatan untuk menunda kontena daripada kilang ke pelabuhan masih begitu tinggi, walaupun 3 buah syarikat kontena telah diberi peluang untuk bersaing antara satu dengan lain. Saya sebutkan kos perkhidmatan menunda kontena yang tinggi ini kerana sekiranya kos ini tidak dikurangkan maka kos untuk pengeluaran daripada sebuah kilang itu akan bertambah tinggi dan pengeluaran di negara kita tidak akan dapat bersaingan dengan barang yang sama yang dikeluarkan oleh negara jiran.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada kos untuk menunda kontena itu tinggi, saya pun telah mendapat

maklumbalas daripada setengah­setengah pelabur iaitu sikap perkhidmatan daripada Kontena Nasional patut diperbaiki. Kalau sekiranya Kerajaan kita berusaha untuk hendak menarik lebih ramai pelabur asing dan pelabur tempatan untuk meriubuhkan kilang untuk mewujudkan peluang-peluang pe­kerjaan, maka apa yang saya ·sebut tadi iaitu berkenaan dengan masalah kontena patut diperbaiki dengan tindakan segera.

Selain daripada itu, Tuan Yang di­Pertua, dalam pertumbuhan ekonomi negara sektor swasta adalah memainkan peranan yang penting. Kalau mengikut Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia yang Kelima, iaitu sektor swasta telah memainkan peranan yang besar dalam pertumbuhan ekonomi semenjak tahun 1977, iaitu mengikut rekod MIDA, dalam tahun 1988, sebanyak $9,094 juta iaitu 31 % lebih tinggi dibandingkan dengan jumlah yang telah diluluskan dalam tahun 1987 bagi permohonan untuk membuat kilang.

Tuan Yang di-Pertua, di bawah peranan sektor swasta yang saya suka timbulkan pada petang ini, iaitu selain daripada pihak Kerajaan telah berusaha untuk menarik pelabur asing menubuhkan kilang dalam negara kita, iaitu patut Kerajaan memainkan peranan menggalakkan lebih ramai lagi pelabur-pelabur tempatan me­nubuhkan kilang di dalam negara kita. Apa yang saya difahamkan iaitu walaupun Kementerian Perdagangan dan Perindustrian telah bercadang untuk menggalakkan perindustrian sederhana dan kecil di dalam negara kita, tetapi sehingga hari ini saya berpendapat penggalakannya tidak dijalankan dengan licin. Walaupun saya telah dapat jawapan daripada Yang Berhormat Menteri Perdagangan dan Perindustrian menyebutkan "bahawa sehingga Jun 1989". Ini mengikut jawapan bertulis oleh Yang Berhormat Menteri Perdagangan dan

-, 0

--

--

1505 6 JULAI 1989 1506

Perindustrian kepada saya, 1a1tu sehingga Jun 1989, sejumlah 352 buah syarikat industri kecil dan 449 buah syarikat industri sederhana telah diberi galakan taraf perintis.

Saya tidak tahu sama ada jawapan yang disebut ini syarikat industri kecil, dan industri yang disebut ini adakah semua daripada pelaburan tempatan, kerana apa yang saya difahamkan iaitu galakan untuk menubuhkan industri sederhana dan kecil ini, Kementerian harus mengadakan lebih banyak lagi seminar di seluruh negara supaya lebih ramai lagi pelabur-pelabur tempatan faham, apakah dan macamana cara mereka untuk dapat memohon insentif-insentif yang akan diberi untuk menggalakkan penubuhkan industri kecil dan sederhana.

Pada masa ini ada ramai lagi pe­labur tempatan masih menunggu Kementerian Perdagangan dan Per­industrian mengumumkan senarai industri-industri sederhana dan kecil yang layak mendapatkan galakan taraf perintis.

Saya juga berpendapat selain daripada pihak Kementerian Per­dagangan dan Perindustrian, pihak swasta seperti Dewan~dewan Per­niagaan Cina, Melayu dan India patut memainkan peranan yang penting dan mengambil inisiatif untuk menganjurkan seminar-seminar ke­pada ahli-ahli mereka supaya me­reka peka bahawa Kerajaan sedang menggalakkan industri sederhana dan kecil.

Tuan Yang di-Pertua, di sini juga selain daripada apa yang saya sebut tadi, saya suka menyentuh se­dikit berkenaan dengan masalah membasmikan kemiskinan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia yang Kelima, iaitu saya menyokong usaha-usaha Kerajaan yang telah dijalankan sekarang, iaitu Kerajaan memberi sumbangan kepada keluarga-keluarga yang miskin. Dan saya suka menyentuh di Dewan ini iaitu

kriteria yang telah digunakan untuk membantu keluarga miskin perlu diperluaskan lagi, ia tidak sahaja ditumpukan di luar bandar dan tidak dinikmati oleh satu kaum sahaja kerana kemiskinan itu berada di mana­mana.

Dalam keadaan sekarang Kerajaan memberi bantuan kepada keluarga­keluarga miskin tanpa mendapat sumbangan tenaga daripada mereka. Oleh itu saya mencadangkan Kerajaan harus merancangkan satu projek yang sesuai untuk mereka, umpamanya mengadakan latihan kemahiran bagi keluarga-keluarga miskin mengikut kesesuaian. Sebagai contoh saya sedang merancangkan satu projek latihan bersama-sama dengan seorang pelabur di sebuah kilang kasut yang akan beroperasi di Melaka tidak lama lagi untuk mengadakan kursus kemahiran di dalam menjahit kasut di mana kelak selepas kursus tersebut mereka akan dilantik sebagai pemborong kecil, bagi pihak kilang dan menyiapkan kerja-kerja mereka di rumah di samping mereka membuat kerja-kerja sendiri. Selepas itu kerja­kerja yang telah disiapk~n akan di­hantar ke kilang untuk mendapatkan upah. Ini telah pun diamalkan oleh beberapa buah kilang di Taiwan dan juga lain-lain negeri, dengan cara yang demikian di samping kita membantu keluarga-keluarga miskin negara juga akan mendapat sumbangan tenaga dalam sektor perindustrian.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri ucapan saya pada petang ini, saya juga suka mengambil kesempatan ini menyokong ucapan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dalam pembentangan Usul pada petang semalam dengan menyentuh, "Bahawa pertumbuhan ekonomi yang berterusan bergantung kepada kestabilan politik tanahair. Oleh itu ahli-ahli politik seharus­nya berwaspada apabila hendak mengeluarkan kenyataan, kenyataan yang berunsur berbau perkauman

1507 6 JULAI 1989 1508

patut dielakkan dan sekiranya ada isu­isu perkauman yang timbul, maka haruslah kita mengatasi dengan cara bermesyuarah dan menyelesaikan dengan semangat Barisan Nasional".

Saya suka timbulkan dalam Dewan yang mulia ini iaitu pandangan umum daripada majoriti masyarakat orang Tionghua, iaitu majoriti masyarakat orang Tionghua bersetuju dengan nasihat daripada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri kerana kita mahu negara ini stabil dan kita mahu ekonomi kita terus tumbuh dan ahli-ahli politik khususnya daripada parti pembangkang, iaitu parti DAP mereka tidak semestinya mewakili majoriti masyarakat kaum Tionghua. Jadi pemimpin-pemimpin parti kita dan juga pemimpin­pemimpin Kerajaan kita tidak perlu melayan sebarang tohmahan daripada mereka. Itu adalah pandangan daripada saya dan juga pandangan. daripada majoriti masyarakat kaum Tionghua. Sekian, Tuan Yang di­Pertua, ucapan saya dan saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Ber­hormat Puan Ainon.

3.58 ptg.

Puan Ainon binti Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, saya bangun di Dewan yang mulia ini bagi turut bersama­sama membahas, membincang dan menyokong kepada satu Usul yang dibawa ke Dewan ini bagi Dewan Negara, yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan bagi Dewan Rakyat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu mengenai Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelima 1986-1990.

Tuan Yang di-Pertua, Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelima yang telah dirangka untuk meliputi dasar-dasar dan program­program bertujuan untuk meninggikan lagi pertumbuhan ekonomi, dan

melaksanakan langkah-langkah untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat seperti yang dibentangkan dalam Kertas Perintah Bil. 23/89 ini sesunguhnya perlu disokong, dipersetujui dan diluluskan kerana di dalam Rancangan Laporan Kajian ataupun KSP, Rancangan Malaysia Kelima ini telah tercatat perkara-perkara benar yang telah disiasat dan yang telah dianjurkan serta diadakan research, dengan izin, siasatan dan kajian yang terperinci.

Di dalam membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelima ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, pemimpin yang dikasihi dan yang benar-benar berjiwa rakyat ini, telah menyatakan menyeru semua rakyat Malaysia dari segenap lapisan untuk berusaha dengan lebih gigih lagi sesuai dengan hasrat Rukunegara dan bersatupadu untuk mewujudkan satu negara yang adil, progresif dan kukuh. Ini ·merupakan satu rayuan yang sangat ikhlas dan yang bererti serta bermakna dan perlu disedari oleh sekalian rakyat jelata dan kemudian mengambil iktibar serta mengamalkannya kerana matlamat pembangunan itu adalah matlamat pembangunan untuk memastikan per­tumbuhan ekonomi yang stabil dalam jangka panjang. Bagi mencapai matlamat ini, ianya menekankan betapa perlunya setiap daripada kita mengubah sikap dan berusaha, ber­pandangan positif serta mempunyai keyakinan diri untuk maju. Kerajaan sendiri telah memberikan segala bentuk dorongan ke arah perubahan­perubahan tersebut dan bersikap positif selalu dalam usaha melak­sanakannya.

Dalam konteks ini saya merasa syukur dengan ucapan seorang sahabat saya yang baru lalu iaitu seorang Senator dari Melaka yang sebelumnya selalu sahaja membawakan perkara­perkara yang tiak begitu selaras dengan citarasa negara dan juga dengan kepimpinan kepada pemerintah yang

0

-,

.,

/""

/-.

,-

,,

r---

1509 6 JULAI 1989 1510

ada. Saya menyokong penuh iaitu segala kemajuan ekonomi yang telah kita capai dan yang akan kita capai pasti tidak akan terlaksana kalau tidak ada perpaduan di kalangan rakyatnya. Adalah merupakan satu intisari yang maha penting, bukan sangat penting, Tuan Yang di-Pertua, tetapi yang "maha penting" bahawa segala ke­stabilan di negara kita ini walau dalam apa aspek pun, ianya berpandu teguh, ianya memerlukan keutuhan dan kemantapan perpaduan semua rakyatnya terutama perpaduan di antara rakyat yang berbilang kaum di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya merasa syukur kepada Allah dan nampaknya sebahagian dari mimpi rakyat jelata telah menjadi kenyataan. Dengan pengurusan ekonomi yang teratur di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melalui Kabinetnya terutama Yang Berhormat Menteri Kewangannya, pertumbuhan keluaran negara telah meningkat kepada kadar yang lebih pesat dalam tempoh yang lebih singkat dari­pada yang pernah kita dugakan. Pertumbuhan ekonomi tahun lalu umpamanya telah mencapai kadar yang baik, 8.7% iaitu satu pencapaian yang paling tinggi dalam tahun 1980an. Kedudukan kewangan Kerajaan pada satu ketika yang membebankan, yang banyak menimbulkan kontroversi, yang menjadi senjata kepada parti­parti Pembangkang dan mereka yang anti-nasional. Nampaknya sumber kewangan negara juga telah pulih lebih awal dari yang dijangkakan. Sementara jurang sumber yang men­jadi masalah utama sebelum pe­lancaran RML juga telah dapat di­atasi. Setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan dan rakyat Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh mengenai sumber pertumbuhan, pun­ca-punca utama kepada pemulihan ekonomi kita tidaklah dinafikan datangnya daripada perkembangan yang pesat dalam sektor eksport.

Selain daripada bahan-bahan mentah yang menjadi bahan utama untuk bahan-bahan eksport kita iaitu getah, bijih timah, minyak kelapa sawit, petroleum, maka tidak juga dinafikan pengeluaran sektor pertanian moden dan pembuatan memainkan peranan yang penting. Saya menyarankan supaya pengagihan yang adil saksama dapat dikekalkan dan diwujudkan di kalangan rakyat jelata dalam usaha­usaha mereka yang berkecimpung dalam sektor pembuatan dengan tu­juan eksport diberikan layanan yang sesuai dan diberikan perhatia·n yang adil serta saksama. Kerana, Tuan Yang di-Pertua, berlaku beberapa perkara yang tidak wajar berlaku di mana ada terjadi, bukan keseluruhan, ada terjadi perkara-perkara remeh­remeh, redtape, double-standard dari Kementerian-kementerian yang berkaitan menyebabkan banyak usahawan-usahawan terutama bumi­putera yang ingin mendapatkan

. permit mengimport barang-barang buatan mereka telah tidak berjaya walaupun ada di antara mereka te­lah mendapat akuan atau telah menandatangani perjanjian secara peribadi dengan negara-negara luar untuk mengeksport bahan-bahan perniagaan terutamanya barang-ba­rang pembuatan tetapi telah tidak mendapat restu dan permit dari Kementerian yang berkaitan.

Jadi, demi untuk menstabilkan dan untuk melancarkan lebih pesat lagi rancangan ekonomi kita, Dasar Ekonomi Baru kita, Rancangan Malaysia Kelima kita, maka perkara ini eloklah diambil perhatian. Kita tidak nafikan pada keseluruhannya memang ada kejayaan tetapi tidak juga dinafikan ada beberapa kelemahan­kelemahan lagi yang perlu diperbaiki segera yang mungkin dilakukan oleh pegawai-pegawai dari Jabatan tanpa disedari oleh boss masing-masing.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh mengenai program meng­hapus kemiskinan dalam buku Kajian

1511 6 JULAI 1989 1512

Separuh Penggal Rancangan Malay­sia Kelima ini iaitu di mukasurat 17, perenggan 25 yang berbunyi:

"Kadar kemiskinan di Semenanjung Malaysia telah dapat dikurangkan daripada 49 peratus dalam tahun 1970 kepada paras yang jauh lebih rendah iaitu kira-kira 17 peratus dalam tahun 1987''.

Ini satu prestasi yang meng­gembirakan dan bersyukurlah me­reka yang berpendapatan rendah dan yang miskin, kerana dengan kekurangan kadar kemiskinan ini memberikan pertanda yang baik kepada kemajuan perekonomian kita. Cuma, Tuan Yang di-Pertua, dari segi pelaksanaannya, saya masih mera­sakan ada beberapa perkara yang perlu juga diberikan titikberat. Kita tahu dasar kita memang secantik­cantik dasar, bukan sahaja bagi negara kita tetapi dipuji oleh negara-negara lain di dunia. Kalau dibandingkan dengan negara-negara rakan sejawat kita atau rakan dialog kita pun, kita memang mempunyai dasar yang begitu cantik, teratur, kemas dan punya potensi-potensi yang dinamik, teta­pi pelaksanaan inilah yang perlu dititikberatkan. Umpamanya, dalam memberikan bantuan-bantuan khas, program khas kepada mereka yang diletakkan di bawah kadar kemis­kinan, biarlah ianya menyeluruh, biarlah ianya adil, biarlah ianya dapat dinikmati oleh mereka yang benar­benar memerlukan dan yang berhak di atas bantuan tersebut. Saya mintalah kepada Kerajaan melalui Jabatan­jabatan dan melalui Wakil-wakil Rakyat dapat mempastikan kelancaran perjalanan kepada program-program khas ini.

Semalam sahabat saya telah membawakan perkara mengenai un­tung nasib yang menyedihkan di ka­langan para pekerja estet dari segi perekonomian, kebajikan dan juga pembangunan sosial mereka. Saya rasa bukan pekerja-pekerja estet sahaja

yang masih memerlukan penelitian dan perhatian, mereka yang duduk di pendalaman-pendalaman, di kam­pung-kampung yang jauh di ulu­ulu perlu juga diberikan perhatian, kerana ada perkara yang sama berlaku, bukan di kalangan orang kita berketurunan India atau Cina sahaja, malahan di kalangan bumiputera lebih ramai lagi yang memerlukan penelitian dan yang memerlukan pengendalian dari segi untung nasib mereka yang adil dan saksama. Kita setuju dengan pendapatbahawasemuarakyatberhak menyatakan kesulitan dan berhak meminta, Kerajaan memberikan perhatian kepada mereka, tetapi kalau sekadar menyatakan hanya satu kaum sahaja yang tertindih dan tertindas, ianya sama sekali tidak benar. Sebagai sebuah Kerajaan yang aqil saya menyeru beri perhatian kepada mereka yang memerlukannya, bukan sahaja di kalangan oang India, orang Cina, tetapi juga di kalangan bumiputera dan janganlah hendaknya ada yang merasakan bahawa hanya kaum mereka sahaja yang tertindas, yang tidak dipedulikan, tetapi bumiputera mendapat nikmat yang keseluruhannya, atau dimanjakan, kerana ini sama sekali tidak benar.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh sedikit mengenai kelancaran 'pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara yang berkaitan dengan pengangguran. Tuan Yang di-Pertua; kita tidak nafikan bahawa Malaysia masih lagi menghadapi masalah yang besar dalam hal ehwal pengangguran. Banyak ikhtiar telah dijalankan, kita mengucapkan tahniah kepada Kerajaan kerana berbagai-bagai perkara telah dilaksanakan melalui Kementerian-kementerian, antaranya ialah sektor pertanian yang dikendalikan oleh Kementerian Pertanian. Saya ingin menyarankan terdapat satu trend dalam negara kita ini, terutama oleh anak-anak muda kita--entah di mana silapnya, sama ada mungkin daripada sistem

.--..

~..,,.-.......

..

..

,,......

1513 6 JULAI 1989 1514

pendidikan atau pelajaran kita yang bermula dari penjajah dahulu­sekarang telah berubah banyak, maka menyebabkan anak-anak muda kita tidak berkecendurungan, malahan kebanyakannya tidak mahu bekerja di sektor pertanian, perladangan dan juga di sektor pembuatan, terutama pertanian dan perladangan. Saya me­nyarankan supaya dapat menarik dan menyedarkan mereka bahawa ini juga merupakan satu profesion, satu peluang pekerjaan, maka ada baiknya Kerajaan menganjurkan satu skim atau satu rancangan bagi meninggikan tanggapan dan nilai kepada kerja-kerja atau kepada mereka yang melibatkan diri dalam sektor pertanian dart perladangan.

bekerja di sawah, office boy dahulu dapat tempat, dari segi peminangan atau dari segi pemilihan boyfriend, umpamanya. Ini akan terlebih dahulu padahal pendapatan, seorang office boy lebih rendah daripada pendapatan seorang petani yang mungkin boleh mendapat ribuan setiap bulan. Lagi sekali saya menekankan dari masalah nilai, mungkin ianya boleh diserapkan dalam pendidikan supaya sesiapa yang bertani merasa bangga kerjanya se­bagai petani, kalau dia pekerja ladang merasa bangga bahawa ia seorang pekerja ladang dan kalau ia seorang pekerja kilang, bangga bahawa ia seorang pekerja kilang.

Tuan Yang di-Pertua, dari segi status pekerja kilang lebih tinggi nilainya

Tuan Yang di-Pertua, maksud daripada petani dan daripada peladang saya-dahulu kalau orang kerja askar di negara kita, di negara luar, di (tenteralah maksudnya) sangat J\merika, umpamanya-pernah kita dihormati, kalau meminang, seorang "melawat-dan di negara-negara tentera dengan seorang guru, maka Europe yang lain, peladang ataupun tentera dipilih dahulu dan kalau guru petani mendapat nilai yang lebih tinggi pula dengan seorang penoreh getah, daripada pekerja-pekerja Kerajaan maka guru dipilih dahulu, walaupun atau pekerja-pekerja swasta. Jadi, zaman harga getah mahal, Tuan Yang Tuan Yang di-Pertua, saya rasa bagi di-Pertua-penoreh getah penda- mengurangkan pengangguran, antara patannya $3,000 sebulan, cikgu se- aspek-aspek yang menyebabkan kolah masa itu lebih kurang $450 pengangguran berlanjutan ialah sebulan. Tetapi nilai, Tuan Yang di- memilih kerja. Jadi, dengan adanya Pertua, mereka menilai guru itu satu peninggian nilai ini, saya percaya anak-profession yang tinggi dan mulia, anak muda kita yang berpelajaran, mereka menilai tentera itu satu keija sama ada yang berpelajaran tinggi, yang tinggi dan mulia. Tetapi kalau jadi~"'- ·~ berpelajaran sederhana, berpelajaran penoreh getah, apatah lagi kalau jadi ""'rendah, akan berebut-rebut untuk pak tani, abang tani, adik tani atau mengerjakan sawah ladangnya dan mereka kerja di ladang, itu merupa- untuk masuk dalam sektor pertanian kan satu nilai yang rendah. Mengapa kerana ia tahu itu adalah bernilai. tidak, Kerajaan dan Negara, mass Maka terpulanglah kewajipan ini media menjalankan usaha supaya kepada Kerajaan dan rakyat, memandang tinggi dan meninggikan terutamanya kepada pendidikan kita, nilai atau perlu barangkali kita jadinya mass media kita untuk melan-ianya satu budaya-maka kita adakan carkannya. nilai seorang penoreh getah itu lebih, nilainya tinggi sama dengan seorang lecturer, umpamanya, seorang guru, umpamanya, atau seorang kerani, umpamanya.

Tuan Yang di-Pertua, office boy kalau meminang, dengan seorang yang

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh mengenai pendidikan, kita me­ngucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Menteri Pendidikan Malaysia yang telah membawa banyak perubahan dengan berani dan ikhlas menyatakan pendirian Kerajaan dan

1515 6 JULAI 1989 1516

Dasar Negara dalam hal yang berkenaan, kita memang akui bahawa pendidikan juga mengambil peranan penting dalam meninggikan per­ekonomian negara.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini kita dilanda lagi oleh satu cabaran yang agak hebat juga yang ada juga sedikit sebanyak menjelaskan imej negara kita, iaitu apabila pihak GMC, United Kingdom (Majlis Perubatan Am, United Kingdom) telah menarik balik pengiktirafan iaitu pengiktirafan bagi ijazah perubatan Universiti Malaya di mana Universiti Malayalah yang telah mendapat pengiktirafan pen uh daripada GMC, iaitu satu-satunya Universiti yang mendapat peng­iktirafan itu sebelumnya di negara_ kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga bersetuju dengan pendapat cen­diakawan (maaf, bukan cenda­wan)-ertinya kaum cerdik pan­dai negara kita, bahawa tindakan yang dibuat oleh GMC itu tidak menjejaskan dari segi prestasi kepada Fakulti Perubatan Universiti Malaysia kita. Saya juga bersetuju, tetapi ada baiknya dikaji siasat bagaimana keadaan ini berlaku, ianya merupakan satu cabaran kepada kita, apakah ada politikingnya atau memang benar kita perlu mengkaji, menyelidiki mengenai fakulti berkenaan, mungkin kerana kekurangan bahan-bahan a tau kekurangan pelatih-pelatih yang terhandal atau oleh kerana persediaan yang tidak lengkap maka menyebabkan pihak GMC merasakan fakulti itu tidak perlu lagi diberi pengiktirafan kerana kernerosotannya dan kita tidak boleh rnembenarkan rnana-mana pihak pun dalam pertikaian fakulti kita itu semata-mata kerana bahasa pengantar bagi fakulti berkenaan untuk dua tahun pertama, atau untuk penggal dua tahun, dalam Bahasa Malaysia. Kita tidak boleh rnenerirna alasan ini, kerana Bahasa Malaysia juga mampu menjadi bahasa ilmu. Yang penting barangkali diberikan perhatian berat ialah sikap

mahasiswa atau siswazah-siswazah kita yang di dalam fakulti berkenaan. Tidak ada masalah dari segi pengantar bahasa, Tuan Yang di-Pertua, sebab di negara-negara lain pun fakulti­fakultinya ada menggunakan bahasa mereka, tidak semuanya dalam bahasa Inggeris, tetapi mereka boleh mencapai tahap kelulusan dan kemampuan yang tinggi.

Saya rasa ini satu cabaran yang mungkin, kata orang, dengan izin, "blessing in disguise" kerana dengan ini kita boleh mengkaji kembali kelemahan-kelemahan kita terutama dalam soal-soal pentadbiran dan dalam soal-soal pengemaskinian fakulti yang berkenaan.

Tu,ap Yang di-Pertua, Tan Sri Awang Had Salleh iaitu Penasihat kepa,da Kementerian Pendidikan telah menyatakan pendapatnya mengenai pe,rkara yang berkaitan. Menurut beliau Universiti Malaya masih boleh mengundang pemeriksa dari luar negara untuk menilai mutu pencapai­annya seperti yang dilakukan sela­ma ini bagi memastikan universiti ini mengekalkan mutu pengajian yang tinggi. Beliau mensifatkan pengik­tirafan GMC tidak begitu penting sekiranya UM sendiri meyakini mutu pengajiannya setaraf dengan univer­siti lain di dunia yang diikitiraf se­penuhnya oleh GMC. Satu pandangan yang positif dan baik diambil per­hatian. Ianya keluar dalam surat­khabar Berita Harian pada 4hb Julai, 1989.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai seorang ibu, saya juga mengharapkan Menteri Pendidikan yang bijaksana akan segera dapat mengatasi masalah ini dan akan dapat memenuhi keperluan di peringkat antarabangsa, di peringkat negara mengenai imej dan juga kemampuan Fakulti Perubatan yang memang sangat penting bagi negara kita itu.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu saya juga ingin menyentuh

/"""-

e

_c

--

,....._

1517 6 JULAI 1989 1518

sedikit pendidikan ini mengenai isu dadah di sekolah-sekolah. Ia juga merupakan ada kaitannya dengan perkembangan sosio ekonomi negara. Menteri Pendidikan pernah menyaran­kan bahawa terdapat lebih kurang 20,000 pelajar-pelajar di sekolah menengah dan di sekolah tinggi yang terlibat dalam dadah pada keseluruhannya. Saya mengucapkan syabas kepada Menteri berkenaan kerana berterus-tetang dalam masalah yang menyentuh kepada kestabilan sosial di negara kita ini dan juga keselamatan negara ini. Kalau mungkin Menteri yang ingin mencari populariti, dia tidak mahu cakap ini, Tuan Yang di-Pertua, sebab ini akan menjadi boomerang kepada Kemente­rian beliau. 20,000 orang itu bukan­lah dalam tahun 1989 tetapi kese­luruhannya, bermakna beliau menye­dari keadaan-keadaan ini dan berikh­tiar mencari jalan mengatasinya dan ianya tidak boleh di atasi oleh pihak Kementerian sahaja. Sekolah-sekoJah juga kena memainkan peranan pen­ting, termasuklah persatuan ibubapa dan ibubapa murid-murid itu sendiri.

Yang saya bimbangkan ialah masalah dadah akan menjurus kepada masalah AIDS. Negara kita dikatakan bersih daripada wabak AIDS. Saya kurang yakin sebab dalam kajian yang dibuat dan di dalam penerangan, penjelasan pakar-pakar yang berkaitan dengan dadah bahawa selepas dadah datang AIDS, sama juga daripada kaki pergi ke kepala, ada kaki ada kepala, kerana mereka yang menghisap dadah ini tidak akan terkecuali akan dapat atau akan mengidap penyakit AIDS yang walaupun sumber permulaan wabak ini datangnya daripada hubungan jenis d;m darah.

Saya menyarankan supaya hal ehwal yang mengenai AIDS ini diberikan penjelasan dalam ko-kurikulum di sekolah-sekolah supaya murid-murid sekolah, kalau tidak sesuai rendah, di menengah dan di tinggi, siang-siang

dapat mengetahui, dan dapat menga­singkan diri, dapat membentengkan diri daripada terjebak dalam dadah dan kemudiannya mungkin pergi kepa­da AIDS. Setiap penagih dadah menggunakan suntikan-suntikan ja­rum yang berkuman. Jarum-jarum ber­kuman ini juga satu pengembangan kepada kuman AIDS. Selain daripada mereka setelah tidak siuman melaku­kan segala perkara yang kemung­kinan besar hubungan antara sama­sama sejenis atau hubungan rambang jenis dengan jenis dan lain-lain dan ini mengakibatkan AIDS. Jadi, saya ingin mencadangkan supaya AIDS ini segera diberi perhatian melalui sekolah­sekolah dan institusi tinggi selain daripada pihak Kerajaan di Kementerian Kesihatan atau Kemen­terian Penerangan menjalankan usaha­usaha untuk membenteng rakyat daripada terjebak di dalam wabak yang boleh dikatakan barang dijauhkan Allah dari berlakunya di negara kita ini.

Tuan Yang di-Pertua, begitu juga rne_ngenai kejadian liar di sekolah. Seorang sahabat saya semalam bangun bercakap meminta barangkali ada baiknya Kementerian Pendidikan mengadakan jaga-jaga untuk menen­tukan keselamatan murid-murid. Disebut di situ "murid-murid", tetapi biasanya yang kena ceroboh, yang kena cabul, yang kena rogol ialah perempuan, Tuan Yang di-Pertua. Belum pula pernah kejadian murid laki-laki dicabul-belum, dan belum ada kejadian pula orang laki-Iaki dirogol. Jadi kebanyakannya perem­puan, jantina saya. Sebab itu kami berasa ragu dan bimbang kerana ke­jadian demi kejadian berlaku dan nampaknya ada pertambahan­pertambahan walaupun belum sangat buruk, tetapi apa salahnya kita menggunakan pepatah orang tua-tua: kita beringat sebelum kena; jangan sudah terantuk baru terngadah. Saya menyarankan Kementerian ambillah perhatian berat kepada keliaran mhrid-murid, kepada perkara-perkara sumbang yang mula berkembang di

1519 6 JULAI 1989 1520

sekolah-sekolah, bukan sahaja dalam bandar tetapi juga sekolah-sekolah di luar bandar.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh dalam menyokong KSP Rancangan Malaysia Kelima ini iaitu mengenai peranan kesatuan sekerja kerana mereka mempunyai peranan penting dalam pengembangan ekonomi. Mereka 100% dan dikenal­pasti sebagai pekerja-pekerja atau jentera-jentera kepada pertum­buhan dan perkembangan ekonomi negara. Saya rasa syukur kerana baru-baru ini telah tertubuh kesa­tuan sekerja yang kedua, sebelum­nya kesatuan sekerja MTUC atau Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia, Presidennya Encik Zainal Rampak dan kemudian atas kesedaran yang mendalam, mungkinnya setelah men­dapati MTUC selalu sahaja berpo­litik, maka satu persatuan lain, MLO telah ditubuhkan yang dianggotai oleh 140,000 orang. Saya menaruh harapan penuh semoga MLO benar­benar akan memperjuangkan hanya masalah-masalah pekerja, kebajikan pekerja, keuntungan pekerja, bukan menjadikan platform politik seperti MTUC dan diguna, ditonggang oleh pemimpin-pemimpin yang tertentu untuk kepentingan diri mereka.

Tuan Yang di-Pertua, saya harap­kan pihak media akan memetik ucapan saya bahagian ini kerana saya ingin menyampaikan ucapan syabas, harapan yang tinggi kepada MLO menjadi kesatuan sekerja benar-benar pembela kepada pekerja-pekerja dan menganggap Kerajaan sebagai saha­bat, bukannya musuh, sebagaimana pernah berlaku sebelumnya.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa tidak lengkap hujah-hujah dan ucapan saya kalau saya tidak menyentuh mengenai jenayah kolar biru ....

Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, saya mohon maaf sebentar untuk membuat satu pengumuman.

Puan Ainon binti Ariffin: Baik, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Nanti boleh disambung semula.

Puan Ainon binti Ariffin: Ya.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, mengikut Peraturan Mesyuarat 6 (3), dengan sukacitanya saya menjemput Yang Berhormat Datuk Haji Abu Bakar bin Lajim untuk mempengerusikan Majlis Me­syuarat kita pada petang ini meng­gantikan saya. Dipersilakan.

(Datuk Haji Abu Bakar bin Lajim mempengerusikan Mesyuarat)

Datuk Haji Abu Bakar bin Lajim: Teruskan.

Puan Ainon bin Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyambung hujah saya. Ucapan tahniah saya kepada rakan saya yang menjadi Yang di-Pertua untuk session ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh mengenai jenayah kolar putih dalam turut membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelima 1986-1990. Kita telah mendengar kejadian-kejadian kolar putih, semua orang maklum apa yang dimaksudkan kolar putih ertinya di kalangan pegawai-pegawai tinggi yang bertug.as memakai tie dan baju kemeja yang cantik, segak dan kebanyakan­nya putih, memakai overcoat atau lounge suit yang kelihatan gagah perkasa dan handsome semua. Kita dapati akhir-akhir ini terlalu banyak kejadian-kejadian jenayah, kejadian songlap, kejadian tipu, kejadian rasuah, putar belit yang dilakukan oleh mereka yang berke­naan terutamanya peristiwa-peris­tiwa yang baru berlaku di bank­bank yang saya rasa semua pihak faham dan tahu kerana telah pun didedahkan kepada masyarakat dan rakyat umum. Mungkin juga mereka jadi begini kerana pengaruh-pengaruh kewangan, kerana terlalu materialis-

~

,,......_.

fl

I'

,.-

1521 6 JULAI 1989 1522

tik. Walaupun banyak ada etika, ada banyak garis panduan, ada banyak tata susila yang telah ditentukan melalui Akta-akta Kerja dan lain­lain tetapi kerana pesakan ingin sentiasa smart, senang lenang, mewah muncah, maka mereka ini sanggup melakukan kerja-kerja yang dikutuk bukan sahaja oleh agama tetapi oleh undang-undang dan masyarakat.

Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 1987 kejadian jenayah kolar putih ini mencapai tahap yang kritikal, ini mengikut laporan yang dikeluarkan oleh pihak Kerajaan dan yang di­buat kajian oleh pihak-pihak media. Banyak wang yang telah lesap, berjuta-juta ringgit umpamanya kita baru sahaja dengar cerita bagaimana daripada Bank Negara $22.2 juta lesap yang dikendalikan oleh seorang kerani dan seorang lawyer sahaja. Dan kesalahan-kesalahan itu mengi­kut hukumannya di negara kita yang paling maksima, paling tinggi atau paling penuh hukuman atau dendanya ialah sebanyak $50,000.

Tuan Yang di-Pertua, saya merasa­kan hukuman dengan jenayah yang dilakukan tidak setimpal sama sekali, dilesapkan juta-juta, didenda $50,000. Ini memberikan daya tarikan kepada mereka yang hendak membuatnya, sebab kalau dia boleh simpan di Bank Switzerland di Geneva, di London, Australia, juta-juta dia serah diri, denda $50,000 sahaja. Lepas itu orang kaya besar.

Tuan Yang di-Pertua, saya me­rasakan Akta ini perlu . dipinda dan perlu diperketatkan lagi. Saya meng­harapkan perkara ini akan diberi perhatian oleh Kementerian Keha­kiman. Apabila hukumannya tidak setimpal, ini tidak menggerunkan mereka yang hendak melakukannya,

"kacang" sahaja, apa ada benda. Sekarang ini pula melakukan jena­yah sudah tidak lagi menimbulkan rasa malu. .Contoh yang berkenaan

apabila TV fokus dia, dia senyum, dia posing kata orang, dia posing, dia senyum. Dia lambai-lambai pula lagi. Dan kebanyakan mereka yang melakukan jenayah-jenayah bukan sahaja kolar putih, yang kolar hitam, kolar biru pun merasakan itu perkara satu trend biasa, tidak ada rasa penghinaan lagi. Setiap orang akan rasa senang berkawan dengan orang yang pernah melakukan jenayah besar. Tidak ada masalah, tidak malu. Kalau dahulu malu muka, tebal. Ini juga datangnya dari nilai.

Tuan Yang di-Pertua, sekarang masyarakat kita tidak lagi memandang hina, rendah kepada yang melakukan kejahatan atau yang melakukan jenayah, "Nilai". Jadi, mereka ini merasakan malu pun tidak ada lagi, rasa terhina pun tidak ada lagi, rasa tersisih pun jauh sekali maka dengan mudah mereka akan terdorong melakukan jenayah-jenayah yang berbentuk kolar putih atau kolar biru.

Tuan Yang di-Pertua, mengikut Menteri Kewangan, Yang Berhormat Dato' Paduka Daim Zainuddin, beliau telah memberikan satu kenyataan bahawa jenayah kolar putih semakin meningkat iaitu terdapat 580 kes yang membabitkan $52 juta dilaporkan kepada Bank Negara pada tahun 1987 dari bulan Januari hingga Mei, dalam lima, enam bulan sahaja itu. Kemudian penyelewengan dalam koperasi dan juga dalam pengambilan deposit di Bank Kerjasama yang juga turut mengancam kestabilan negara yang kita baru sahaja puji tadi sedang bertumbuh, berkembang, bertunas menu juke arah kecemerlangannya. Ini boleh menjejas atau menghalang pertumbuhan ekonomi kita. Dan kemudian mengikut laporan polis pula, 10,785 kes jenayah kolar putih yang membabitkan $467 juta telah berlaku pada tahun 1987 dari Januari hingga Mei iaitu tahun yang paling kritikal mengenai jenayah ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya menya­rankan supaya perkara ini dapat

1523 6 JULAI 1989 1524

dicegah, supaya perkara ini dapat diatasi maka langkah-langkah untuk pindaan Rang U ndang-undang Bank dan Institusi Kewangan 1989 amat wajar dilakukan.

Tuan Yang di-Pertua, terakhir saya ingin menyentuh Al-Arqam yang juga ada kaitannya dengan jejasan perkembangan ekonomi negara. Saya telah berkali-kali bawa ke Dewan ini mengenai gejala buruk akibat buruk termasuk masalah ekonomi, akhlak, penindasan, penipuan dan juga pemonopolian serta penganiayaan yang dilakukan oleh orang-orang tertentu yang menjadi pemimpin­pemimpin tertinggi. Saya tepatkan "pemimpin tertinggi Al-Arq am".

Tuan Yang di-Pertua, mudah-mu­dahan dapat Tan Sri (Ketawa) pe­nulis yang saya minati, Dato' Professor Haji Shahnon Ahmad telah menulis dalam Mingguan Wanita. Syabas Mingguan Wanita makin lama semakin meningkat prestasi penge­luaran dan juga isi kandungan. Beliau telah menulis dengan jelas dan terang mengenai perkara-perkara yang dibawa, yang merupakan gejala dan akibat oleh pemimpin Al-Arqam. Sang at j elas dan terang cerita-cerita yang telah dipaparkannya. Antaranya bagaimana orang-orang berkenaan ini telah menggunakan agama lalu meng­eksploitasikannya untuk kepuasan nafsu mereka terutama dalam meramaikan isteri-isteri dan menindas wanita-wanita menjadi abdi-abdi atau gundek-gundek secara yang dikatakan halal tetapi melalui secara haram menyelewengkan agama yang mereka lakukan.

Tuan Yang di-Pertua, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di luar-luar negeri, di negara Thailand dan lain­lain.

Ada satu pertanyaan telah ditanyakan di Dewan ini oleh mereka yang macam sayalah, runsing, risau, bimbang. Kita ada anak perempuan, ada cucu perempuan, Tuan Yang di-

-- --

Pertua. Dalam Dewan· ini pernah ditanyakan daripada pertanyaan yang dibuat oleh Yang Berhormat Tuan Mohamed bin Abdullah, maksud saya dalam Dewan Rakyat. J awapan Menteri kita ialah dia kata tidak begitu berat masalah ini kerana kata dia terdapat kumpulan kecil pelajar­pelajar kita yang menuntut di luar negeri sahaja yang terlibat. Kemudian dijawab juga mengatakan bahawa di Thailand dan di Singapura, pertubuhan ini tidaklah begitu mengecewakan. Umpamanya di Thailand katanya tidak ada kaitan dengan Malaysia.

Sebenarnya mungkin jawapan ini jawapan yang tidak mahu menim­bulkan keraguan, kebimbangan di kalangan rakyat mengenai kegiatan mereka ini. Tetapi sebenarnya perkara yang mereka telah jalankan perkara yang mereka telah lancarkan sudah agak kronik. Bagaimana dengan eksploitasi di kalangan hak-hak wanita? Baiklah kalau ini juga dipandang kecil, bagaimana pula dengan penyelewengan dari ajaran akidah Islam itu sendiri, bagaimana? Apakah kita merasakan perkara ini tidak berat, tidak perlu diambil perhatian dan ianya boleh dipandang ringan sahaja, sedangkan ianya merupakan pegangan, keyakinan, kepercayaan. Kalau seseorang rakyat itu kepercayaan dan keyakinannya sudah menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenarnya dan mereka sudah tidak lagi mengikut lunas-lunas Islam, maka sudah tentu ada jejas­annya kepada perkembangan masyara­kat keliling. Apabila ada perkem­bangan masyarakat keliling yang ter­jejas dengan ajaran yang demikian, ia juga boleh menjejaskan pertum­buhan dan perkembangan ekonomi. Katalah mereka ini tidak begitu memberatkan masalah ekonomi dan lebih mementingkan ajaran-ajaran yang berbentuk taksub, fanatik dan kemudian kebanyakannya i~.pt tok guru, taat setia yang boleh dikatakan membabi buta sahaja. Apa akan jadi

\

!"""'

,.

,,.._

~

.r-.

1525 6 JULAI 1989 1526

kalau kumpulan ini kian besar dan besar?

Saya ingin menarik perhatian Dewan kepada apa yang telah didedahkan oleh Professor Shahnon Ahmad di dalam Mingguan Wanita yang saya ada salinannya di sini. Saya tidak dapat memanjangkan mukkadimah ini tetapi saya memohon kepada Kerajaan terutama Kementerian Luar Negeri, Kementerian Dalam Negeri, berilah perhatian be rat kepada pendedahan, kepada rayuan, kepada kegelisahan dan permintaan untuk menyekat mereka ini daripada berkembang membuat sesuatu yang boleh menda­tangkan pulangan yang tidak baik kepada agama, kepada masyarakat dan kepada negara. Dan janganlah selalu dipandang ringan perkara-pekara begini dan apabila besok mencetuskan sesuatu yang besar yang menjejaskan kestabilan maka barulah hendak bertindak. Kita pernah melalui peristiwa-peristiwa demikian. Satu daripadanya yang masih pahit untuk dikenang ialah Peristiwa Memali.

Tuan Yang di-Pertua, saya akhirilah ucapan saya bagi menyokong dan menyetujui di atas Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelima yang dibawa ke Dewan ini. Sekian.

Datuk Haji. Abu Bakar bin Lajim: Yang Berhormat Puan Hajj ah Rogayah binti Che Mat.

4.44 ptg.

Puan Hajjah Rogayah binti Che Mat: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun untuk menyokong dan membahaskan satu usul yang diben­tangkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri di Dewan yang mulia ini di mana membentang­kan satu Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelima 1986-1990. Dasar Ekonomi Barn yang di­laksanakan sejak tahun 1971 telah menunjukkan kemajuan dalam menca­pai matlamat pembasmian kemis­kinan.

Dalam menyentuh pertanian, peruntukan adalah bagi pembasmian kemiskinan dalam Rancangan Malaysia Kelima, sebanyak $15.8 juta dan dikurangkan kepada $13.7 ribu ju ta peruntukan pembangunan pertanian masih merupakan 56% dari jumlah peruntukan pembasmian kemiskinan keseluruhannya. Apa yang ingin ditekankan di Dewan yang mulia ini bahawa peruntukan-peruntukan bermula dari Rancangan Malaysia Pertama hingga Rancangan Malaysia Kelima. Sektor pertanian adalah mendapat peruntukan yang agak lebih, ini bagi membolehkan sektor ini menguruskan bekalan-bekalan perparitan dan tali air untuk pengaliran air ke sawah-sawah padi khususnya di mana beras adalah makanan utama negara dan sehingga sekarang beras juga merupakan tukaran wang asing yang agak besar.

Soalnya apakah jumlah peruntukan yang dibelanjakan hampir 20 tahun di segi perparitan dan sektor yang termasuk tanah-tanah juga banyak terbiar dan apakah kita akan terus mengimport beras sedangkan Kemen­terian Pertanian boleh mengambil satu langkah yang positif dengan membuka peluang kepada pihak swas­ta untuk mengambil bahagian sama dalam mengusahakan kilang-kilang padi misalnya dengan memperuntuk­kan kuota-kuota kepada pengilang­pengilang tersebut di mana ke­upayaan dan keluasan ladang yang boleh diusahakan oleh pengilang­pengilang yang berkenaan seperti apa yang dilakukan oleh pihak Lem­baga Tembakau Negara tanpa mengi­ra di mana kilang itu dibangunkan pokoknya dari kuota-kuota yang dike­luarkan itu pihak Kementerian Per­tanian atau LPN agensi yang ter­libat secara total dapat menentukan banyak mana pengeluaran setiap tahun diperlukan. pan akan terus mengusahakan me~eroka kawasan­kawasan baru dan dengan cara yang sama penglibatan swasta di bidang ini bukan sahaja dapat menjamin

1527 6 JULAI 1989 1528

pengeluaran yang dikehendaki kera­na pengilang-pengilang akan dengan sendirinya berlumba-lui:nba membuka kawasan tanaman baru bagi padi khususnya, malah akan sekaligus membuka peluang-peluang pekerjaan dan tidak ketinggalan pula hasil sampingan yang tidak kurang pentingnya untuk bahan makanan ternakan yang kita juga sedia maklum bahan ini juga diimport untuk tujuan makanan ternakan.

Menyedari hakikat makanan utama ini perlu dikeluarkan sendiri oleh negara maka kita mengkaji semula rancangan Separuh Penggal Ran­cangan Malaysia Kelima sampailah masanya tumpuan diberi ke arah mengubahsuai aturan dan peraturan yang menyekat usaha-usaha ke arah ini dan membeli beras dan bijian­bijian lain di negara-negara luar. Malahan peruntukan itu disumbang­kan ke arah perlaksanaan program raksasa di mana sektor pertanian mengawal dan mempastikan makanan cukup untuk keperluan negara. Naik turun nilai ringgit kita apa pun akan corak inflasi berlaku yang akan melanda kita sudah bersedia dan mampu untuk berdikari dalam menentukan cukup makanan negara. Sekian, terima kasih.

Datuk Haji Abu Bakar bin Lajim: Yang Berhormat Dr Tan Chong Keng.

4.50 ptg.

Dr Tan Chong Kheng: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih diucapkan kerana saya diberi peluang untuk turut mengambil bahagian dalam per­bahasan untuk menyokong usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelima.

Adalah termaklum bahawa -ke­melesetan ekonomi antarabangsa dan juga di dalam negara kita ini telah menjadi satu halangan utama kepada perlaksanaan Rancangan Malaysia Kelima. Walau bagaimanapun, de­ngan langkah-langkah penyesuaian

yang lebih ketat lagi untuk memulihkan ekonomi dan mempastikan pertumbuhan yang stabil dan berterusan, Kerajaan kita telah berjaya dalam usaha memper­tingkatkan pertumbuhan ekonomi sehingga KDNK telah meningkat sampai kepada kadar 8. 7% sementara sektor swasta pula telah menunjukkan prestasi yang menggalakkan dalam tahun 1988.

Oleh kerana itu saya ingin menyokong Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelima, tetapi saya rasa adalah tugas saya untuk menarik perhatian Dewan yang mulia ini terhadap beberapa aspek Kerajaan kita supaya usaha dan tindakan memperbaiki dan mempertingkatkan pengurusan dan perkhidmatan dapat dijalankan demi faedah rakyat jelata negara ini.

Saya berpendapat bahawa pen­didikan sebagai satti bahagian per­khidmatan sosial adalah satu baha­gian yang penting sekali di dalam negara ini, kerana pendidikan adalah bahagian yang mengeluarkan tenaga manusia sebagai pemimpin-pemimpin baru bagi masa depan negara kita. Oleh kerana itu, saya 'akan mehumpukan ucapan saya pada aspek­aspek pendidikan yang saya rasa ada kelemahan-kelemahan . di mana Kerajaan kita perlu memberi perhatian dan perlu mengambil tindakan yang sesuai untuk membetulkan keadaan.

Baru-baru ini seperti yang telah disebutkan oleh rakan saya Senator Puan Ainon Arifin iaitu Majlis Perubatan England (UK) telah menolak pengiktirafan ijazah peru­batan daripada Universiti Malaya. Perkara ini adalah membimbangkan pelajar-pelajar perubatan kerana me­reka tentu akan menghadapi masalah apabila mereka cuba melanjutkan latihan perubatan mereka ke peringkat pakar.

Pada asasnya rakyat kita akan bertanya adakah pengumuman Majlis

_____________ ,,

---,

~

.,

.,

_r-

"

'1

~~-

~

,-.

1529 6 JULAI 1989 1530

Perubatan England itu bermaksud standard pelajaran perubatan yang diberikan kepada pelajar-pelajar di Universiti Malaya itu telah pun jatuh berbanding dengan masa dahulu? Kalau begitu, adakah pengumuman itu bermaksud standard itu sudah jatuh kerana ada kelemahan-kelemahan dalam sistem pengajaran perubatan dalam universiti tersebut dari segi seperti tenaga pengajar, peralatan, kualiti pelajar yang memasuki fakulti perubatan, cara latihan praktikal yang dijalankan dan lain-lain faktor yang menyumbang ke arah pendidikan doktor perubatan yang sempurna?

Saya yakin bahawa jika fakulti perubatan memenuhi syarat-syarat keperluan untuk pengiktirafan Majlis Perubatan England, tentu tidak akan menjadi masalah untuk ijazah perubatan Universiti Malaya diik­tirafkan semula. Oleh kerana itu, saya ingin merayu kepada Menteri Pendidikan supaya menjalankan siasatan yang mendalam untuk mengkaji apakah yang sebenarnya berlaku yang menyebabkan Majlis Perubatan England itu menolak pengiktirafan ijazah perubatan Universiti Malaya baru-baru ini.

Dalam dua tahun yang kebe­lakangan ini pula siswazah dengan kelulusan Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan telah didapati menganggur kerana tidak mendapat perjawatan dalam sektor Kerajaan ataupun dalam sektor swasta. Mereka yang meminta menjadi guru pula tidak mendapat jawatan kerana Kementerian Pen­didikan sudahpun mengatakan ada kelebihan guru sains di kalangan guru­guru sekolah. Tetapi baru-baru ini Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan telahpun membuat peng-· umuman bahawa Kementerian­nya akan mengambil guru-guru sains, terutama sekali guru-guru dengan kelayakarl ijazah. Oleh kerana itu, ramai siswazah dengan kelayakan sains telah mula membuat permohonan kepada Kementeriannya.

Tetapi malangnya Kementeriannya hanya menghantarkan surat notis dan borang-borang permohonan yang baru untuk siswazah-siswazah yang pernah memohon jawatan tersebut dalam tahun-tahun yang lepas. Apa yang berlaku kepada sebilangan besar graduan lepasan sains yang tidak membuat permohonan di masa lalu, mereka itu tidak mendapat tahu bilakah tarikh tutup untuk permohonan itu.

Oleh sebab itu, selepas 15hb Jun, 1989, mereka pun tidak dapat membuat permohonan cuba menjadi guru-guru sains di sekolah pula. Oleh kerana itu, saya ingin merayu kepada Kementerian Pendidikan supaya melonggarkan tarikh tutup itu supaya suatu iklan boleh dikeluarkan dalam suratkhabar supaya semua siswazah dengan kelayakan Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan diberi suatu peluang untuk membuat permohonan secara formal kepada Kementerian Pendidikan supaya mereka boleh dapat satu peluang menjadi guru sains setelah kekosongan guru sains telah pun sedia ada sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini Jabatan Pendidikan Pulau Pinang telah pun menjalankan proses kenaikan pangkat bagi guru-guru sekolah. Walaupun perlantikan kepada jawa­tan-jawatan seperti Guru Besar, Penolong Kanan I, Penolong Kanan II,

. · Penyelia Petang dan Peno long Kanan 1 Ko-kurikulum itu semua dibuat

oleh Jabatan Perkhidmatan Awam sebenarnya secara formal, tetapi cadangan calon adalah dibuat daripada Jabatan Pendidikan Negeri berasaskan penilaian prestasi guru oleh Guru Besar dan juga prestasi yang didapati di dalam temuduga yang dijalankan oleh Panel Penilaian oleh J abatan Pendidikan Negeri. Akan tetapi suatu pekara yang tidak dapat diberikan penjelasan yang memuaskan oleh Jabatan Pendidikan Pulau Pinang adalah bahawa di antara lebih daripada 300 orang guru yang membuat

1531 6 JULAI 1989 1532

permohonan kenaikan pangkat daripada kawasan Seberang Prai Tengah dan Utara tidak ada seorang pun yang telah mendapat kenaikan pangkat-Tuan Yang di-Pertua, tidak ada seorang pun di antara 300 orang itu mendapat peluang kenaikan pangkat.

Penjelasan yang diberikan oleh Jabatan Pendidikan Pulau Pinang ialah bahawa laporan prestasi oleh Guru Besar menunjukkan markah yang rendah bagi semua guru di kawasan­kawasan tersebut. Tambahan pula guru-guru itu pun tidak mendapat markah yang cukup tinggi bagi sesi temuduga. Oleh itu, jumlah markah penilaian bagi semua guru-guru kawasan itu adalah lebih rendah apabila dibandingkan dengan yang diperolehi oleh guru-guru kawasan lain dan terutama sekali bila dibandingkan dengan guru-guru pulau, Pulau Pinang.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, bolehkah pen jelasan itu diterima? Sa ya rasa tidak boleh diterima oleh kerana perkara itu tidak mengikut logik. Kita tidak boleh katakan bahawa di antara 300 orang guru yang memohon kenaikan pangkat daipada satu kawasan tertentu itu, di antara mereka tidak ada seorang pun yang boleh memperolehi prestasi yang memuaskan, yang boleh melayakkan mereka untuk jawatan kenaikan pangkat. Dan saya rasa soal ini bukanlah suatu soal perkauman kerana di antara 300 orang guru yang terlibat itu kebanyakannya datang daripada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan sebahagian besar juga datang daripada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) dan yang bakinya daripada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil). Oleh kerana itu, soal perkauman itu tidak masuk dalam masalah ini.

Tuan Yang di-Pertua, keberatan Laporan Prestasi Guru oleh Guru Besar diberikan keberatan 70% apa­bila penilaian secara temuduga diberi­kan keberatan 30% untuk mencari

jumlah markah penilaian guru-guru masing-masing.

Satu perkara yang diakui oleh Jabatan Pendidikan Pulau Pinang adalah bahawa markah-markah pe­nilaian oleh Guru Besar-Guru Besar Seberang Perai Utara dan Tengah adalah pada puratanya semua lebih rendah daripada yang diperolehi oleh guru-guru kawasan lain. Tetapi walaupun Jabatan Pendidikan Pulau Pinang sedar bahawa ini sudah berlaku tidak ada langkah seperti dikatakan, dengan izin, statistical normalization dilakukan sebelum perbandingan pres­tasi dibuat untuk guru-guru seluruh negeri Pulau Pinang. Langkah statis­tical normalization itu adalah penting apabila kita cuba membandingkan skor-skor yang didapati daripada kumpulan-kumpulan data yang puncanya adalah berbeza dan puratanya adalah berbeza, dan me­dium serta motivasinya semua ber­beza. Jikalau normalisasi statistikal itu tidak dibuat sebelum perbandingan dibuat, perbandingan itu adalah tidak sah dan saya rasa pakar-pakar penilaian di Kementerian Pendidikan semua tahu berkenaan dengan fakta ini tetapi tidak mahu melakukan langkah ini untuk mendapatkan satu per­bandingan prestasi guru-guru yang lebih adil dan lebih sah. Berasaskan perbandingan prestasi guru-guru yang tidak sah itu J abatan Pendidikan Pulau Pinang sudah meluluskan kenaikan pangkat kepada guru-guru ter­utamanya guru-guru dari pulau, Pulau Pinang. Dan kita dapati bahawa di antara guru-guru yang mendapat kenaikan pangkatnya itu adalah di antara mereka yang mempunyai prestasi mengajar, prestasi pen­tadbiran yang sangat lemah tetapi sudahpun berjaya mendapat kenaikan pangkat menjadi Penolong Kanan I atau II dan sebagainya. Oleh kerana itu saya ingin merayu kepada Kementerian Pendidikan supaya menjalankan satu penyiasatan yang lebih mendalam dan kalau boleh mengambil tindakan-tindakan yang

,

.r--

:;

-.

f

~

1533 6 JULAI 1989 1534

lebih membetulkan situasi yang tidak memuaskan untuk guru-guru sekolah khasnya bagi bahagian sekolah­sekolah kawasan Seberang Prai Utara dan Tengah.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin timbulkan lagi satu masalah yang baru berlaku di Pulau Pinang juga. Kabinet negara kita telah membuat keputusan supaya jawatan Penolong Kanan Ko­Kurikulum Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina perlu diisikan dengan guru yang sesuai iaitu guru yang mempunyai pengetahuan bahasa Cina tetapi tidak mempunyai ke­layakan bahasa Cina secara pepe­riksaan seperti SRP atau SPM. Yang sesuai itu maksudnya mereka ini mesti mempunyai sekurang-kurangnya pengetahuan bahasa Cina iaitu boleh bercakap ataupun faham percakapan dalam bahasa Cina. Dalam proses kenaikan pangkat guru yang baru dilakukan oleh Jabatan Pendidikan Pulau Pinang ini, bagi tahun ini, malangnya didapati di antara 12 jawatan1 Penolong Kanan Ko-Kuri­kulum yang diisi, 8 adalah diisikan dengan guru yang tidak langsung mempunyai pengetahuan bahasa Cina. lni adalah bercanggah dengan per­setu juan yang sudah dicapai pada peringkat Kabinet. Adakah didapati persetujuan Kabinet ini tidak disam­paikan secara terperinci melalui surat pekeliling kepada Jabatan-jabatan Pendidikan Negeri ataupun ada pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan yang tidak mahu mengikut persetujuan atau arahan itu. Saya rasa Kementerian Pendidikan perlu menjalankan siasatan untuk memberikan gambaran yang sebetulnya.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini pihak MARA telah membuat peng­umuman bahawa dengan adanya banyak kampus Institut Teknologi MARA dan Maktab Rendah Sains Mara di kebanyakan negeri, MARA bercadang mula mengambil pelajar­pelajar asing terutama sekali yang

·---·---·

datangnya daripada negara-negara ASEAN untuk memupuk perse­fahaman dan perpaduan belia dari rantau ini.

Saya ingin menyokong tujuan itu tetapi saya juga ingin menarik per­hatian Dewan yang mulia ini ter­hadap jawapan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan kepada Yang Berhormat Senator C. Krishnan pada hari kelmarin apabila dia tanya dan apabila dia minta Menteri Pendidikan menyatakan sama ada dia bercadang untuk mengamalkan cadangan yang dikemukakan oleh Penasihat Ke­menteriannya, Tan Sri Awang Had Salleh supaya Kolej TAR dan MARA hendaklah menggalakkan para pe­nuntut berbilang kaum kerana ini akan menguatkan perpaduan di kalangan rakyat kita. Padahal jawa­pannya sudah menunjukkan bahawa Kementerian tidak berhasrat untuk membuka pintu Maktab MARA dan MRSM kepada belia berbilang kaum. Soalan saya, kalau MARA tidak membuka pintunya kepada rakyat Malaysia berbilang kaum, adakah perpaduan di antara kaum-kaum dalam negara kita tidak begitu penting apabila dibandingkan dengan per­paduan dan persefahaman belia ran tau ASEAN pula. Yang manakah yang lebih penting, asas perpaduan belia dalam negara ataupun dalam rantau ASEAN? Yang manakah terlebih dahulu mesti dipupuk, yang manakah yang lebih luas? Pada hal Kerajaan telah memperuntukkan wang rakyat untuk membina dan menguruskan pengajaran MARA di kebanyakan negeri Malaysia. Saya ingin membuat rayuan kepada Menteri Pendidikan Malaysia supaya dapat mempertimbangkan cadangan supaya membuka pintu MARA kepada rakyat jelata tidak kira kaum supaya per­sefahaman dan perpaduan jenerasi baru dapat dipupukkan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat kepada sedikit perbezaan

1535 6 JULAI 1989 1536

data penyertaan mengikut kumpulan etnik di pelbagai peringkat pendidikan berdasarkan bilangan pelajar di institusi awam dalam negeri 1985 yang dinyatakan dalam Jadual 19.4 RML terbitan 1986 dan yang ditunjukkan dalam Jadual 13.2 Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelima terbitan tahun ini.

Bahagian yang didapati menge­lirukan adalah seperti berikut:

Peringkat Pendidikan Sekolah Menengah Rendah.

Jumlah bilangan pelajar yang dicatat dalam RML 1986 adalah 914,434 orang di mana bumiputera merupakan 65.2%, Cina 27.3%, India 5.7%, lain­lain 1.8%. Tetapi dalam KSP Rancangan Malaysia Kelima 1989 ini data yang ditunjukan itu adalah berbeza. Jumlah bilangan pelajar adalah 918,237 orang. Bumiputera merupakan 55.6%, Cina 35.6%, India 8.0% dan lain-lain 0.8%. Bagi bahagian pelajaran atau pendidikan menengah atas aliran Sastera, jumlah pelajar yang ditunjukkan dalam Rancangan Malaysia Kelima adalah 215 ,067 orang. Peratusan bagi kaum bumiputera 71 %, Cina 21.4%, India 6.9%, lain-lain 0.8% tetapi dalam kajian separuh penggal juga, data yang berlainan ditunjukkan. Jumlahnya bagi pelajar sastera menengah atas 211,395 orang. Peratusan bumiputera 71.5%, Cina 20.8%, India 6.9% dan lain-lain itu serupa. Bagi menengah atas tetapi bahagian teknik, gambaran yang diberikan itu adalah berbeza pula.

Bagi Rancangan Malaysia Kelima, jumlah pelajar 6,694 orang tetapi dalam KSP, gambaran yang diberikan itu 5,552 orang. Peratusan-peratusan yang diberikan adalah berbeza. Bagi menengah tinggi (post-secondary), dalam sastera lebih kurang 16,105 orang. Peratusan yang diberikan itu adalah 19.8% untuk bumiputera, 71.7% untuk Cina dan 7.5% untuk India, tetapi dalam kajian separuh penggal, gambaran yang diberikan itu

berlainan. Jumlahnya menjadi 27,745 orang, peratus bagi bumiputera 75.2%, bagi orang Cina 19.2%, bagi pelajar India 4.9%. Perbezaan itu ada didapati untuk Sains dan Teknologi juga. Dan bagi bahagian ijazah pula, semuanya ada perbezaan­perbezaan yang boleh didapati jikalau Ahli-ahli Yang Berhormat boleh kaji semula Jadual 19.4 Rancangan Malaysia Kelima dan Jadual 13.2 Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelima.

Saya menunjukkan perbezaan data statistik ini untuk menyarankan supaya pihak Kerajaan sendiri mesti memberikan data statistik bagi pencapaian ekonomi negara secara selaras. Oleh kerana adanya MPEN ataupun Majlis Perundingan Ekonomi Negara di mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sudah meminta orang ramai dan ahli-ahli Majlis itu untuk membrkalkan data statistik yang lebih bet I. Kerajaan sendiri mesti memberik n gambaran data statistik yang selaras di dalam dua laporan yang telah disebutkan oleh saya iaitu Rancangan Malaysia Kelima dan juga Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelima. Jikalau pihak Kerajaan sendiri tidak dapat memberikan data statistik yang selaras, apa lagi kalau kita harapkan orang lain pula yang memberikan data statistik yang lebih boleh dipercayai.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin minta pihak Kerajaan supaya men­jalankan siasatan untuk menentukan yang manakah yang betul, gambar yang diberikan oleh Jadual yang saya sebutkan dalam Rancangan Malaysia Kelima ataupun gambar yang diberikan oleh Jadual yang didapati dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelima. Sebelum perbincangan dan perundingan berguna dapat dijalankan dalam Majlis Perundingan Ekonomi Negara, amatlah penting jika sekiranya· ahli­ahli Majlis tersebut dapat dibekalkan dengan angka-angka statistik yang

--...

;

"

r--·

,,,..-.

;<

1537 6 JULAI 1989 1538

dapat disahkan dengan beberapa cara. Tanpa data statistik yang menyeluruh dan selaras, tidak mungkin dapat dicapai satu cara untuk menghasilkan satu persetujuan ke arah pembangunan ekonomi negara kita yang sempurna. Oleh kerana itu kalau MPEN akan diharap berjaya, data-data statistik yang dibekalkan itu mesti dapat dipercayakan.

Kebelakangan ini, masalah disiplin pelajar dalam sekolah-sekolah sudah menjadi satu isu tumpuan perhatian guru, Jabatan Pendidikan dan juga Kementerian Pendidikan. Selain daripada dibimbangi oleh semua ibubapa yang mempunyai anak-anak di bangku sekolah, penyalahgunaan dadah, ponteng sekolah untuk melawat pusat hiburan snooker dan permainan video atau pusat beli belah atau bersiar-siar sahaja di stesen keretapi ataupun bas, semua itu adalah masalah disiplin yang kita boleh melihat dengan biasa dan masalah itu semakin teruk kerana sampai hari ini kita sudah dapati bahawa pihak polis pun campur tangan untuk menolong Jabatan Pendidikan tiap-tiap negeri untuk mencegah berlakunya ponteng sekolah dan salahguna dadah dan sebagainya dan apa-a.pa masalah yang ditimbulkan oleh budak-budak sekolah.

Memang kita sudah ada Guru-guru Kaunseling dan Kerjaya di semua sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi tetapi nampaknya usaha kita itu tidak mencukupi lagi selagi masyarakat memberikan peluang-peluang yang menarik pelajar­pelajar kita seperti bekalan dadah di negara kita yang tidak dapat diputuskan sampai hari ini. Pengaruh kumpulan sebaya pelajar-pelajar yang bercorak anasir buruk, adanya banyak pusat hiburan dengan permainan video, permainan snooker dan permainan judi seperti, dengan izin, "one-arm bandit" dan sebagainya selagi lesen-lesen seperti itu senang dikeluarkan oleh Kementerian yang berkenaan. Banyak lagi yang tidak

dapat saya sebutkan di sini kerana terhad masa.

Tuan Yang di-Pertua, saya masih ingat lagi semasa di bangku sekolah dahulu, jikalau sekiranya seseorang budak dipukul dengan rotan kerana membuat sesuatu kesalahan di sekolah dan jikalau budak itu balik ke rumah dan mengadu kepada ibubapanya, keberangkalian besar adalah dia akan mendapat sekali hukuman daripada ibubapanya, oleh kerana pada masa itu tindakan ibubapa itu menegurkan hukuman yang diberi oleh guru di sekolah. Tetapi zaman sudah berubah, dahulu lain sekarang lain. Pernah Ahli­ahli Yang Berhormat dengar cerita yang dikatakan seorang bapa kepada seorang budak sekolah di Pulau Pinang yang marah sahaja apabila mendengar anaknya dipukul oleh gurunya kerana tidak dapat menghabiskan kerja rumah. Bapa yang marah pun pergi ke sekolah dan memukul cikgu itu, sebenarnya seorang cikgu wanita, dengan buku limanya. Oleh kerana itu kita nampak dengan jelasnya contoh ini menunjukkan sifat peribadi yang buruk di antara kalangan ibu-bapa zaman moden ini.

lbu-bapa zaman moden ini tidak sudi melihat anak-anaknya dipukul ataupun dihukum oleh guru sekolah kerana kesalahan yang sudah dilakukan oleh anak mereka. Jika murid-murid itu salah, saya berpendapat tindakan disiplin sekolah itu perlu disokong dengan tindakan disiplin di rumah. Jika tidak, tentulah masalah disiplin di sekolah akan berterusan dan tidak dapat diubati.

Tuan Yang di-Pertua, apabila saya katakan atau cadangkan supaya sokongan pihak ibu bapa perlu diberikan apabila tindakan disiplin sekolah dijalankan, saya tentu tidak bermaksud menyeru semua ibu bapa menyokong sebarang tindakan sekolah tanpa memahami cerita yang penuh berkenaan dengan masalah disiplin di sekolah. Ada kalanya, di mana sekolah itu mengambil tindakan disiplin yang

1539 6 JULAI 1989 1540

terlampau dan tidak patut jika dijalankan. Jika berlaku penya­lahgunaan kuasa disiplin oleh se­seseorang guru, saya yakin ibu bapa semua berhak untuk membawa perkara itu kepada pihak Guru Besar ataupun kepada pegawai di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri supaya boleh mencegah berlakunya salah guna kuasa disiplin dan tindakan disiplin yang tidak patut dijalankan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membawa satu kes di mana seorang guru sekolah menengah menyuruh murid perempuan berdiri di atas meja sekolah sehingga kepala murid itu Iuka terpukul oleh kipas ceiling yang sedang berputar. Kes ini berlaku di sebuah sekolah menengah Seberang Prai Utara. Malangnya, di dalam kawasan yang dekat dengan rumah saya. Jika sekiranya guru berkenaan ingin menjalankan tindakan disiplin ke atas muridnya, dia perlu mempastikan bahawa tindakan itu akan membawa ancaman ke atas keselamatan dan kesihatan muridnya. Kalau tidak, guru berkenaan akan dituduh cuai dalam menjalankan tugasnya dan dalam kes yang saya sebut tadi, kecuaiannya mengakibatkan murid itu dimasukkan ke dalam hospital untuk rawatan kecemasan. Saya rasa cerita itu adalah satu pengajaran kepada guru-guru yang ingin menjalankan kerja disiplin murid tetapi sudah menjalankan dengan terlampau. Oleh kerana itu, saya rasa guru-guru perlu mencari jalan untuk memberi nasihat yang sempurna kepada murid-muridnya selain daripada menggunakan cara hukuman fizikal terhadap murid-muridnya. Jika diberikan dengan cara betul, saya yakin nasihat guru-guru akan diambil oleh murid. Tentunya ibu bapa pun akan menyokong tindakan sekolah berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini kerjasama Balai Polis tempatan untuk mengambil sekolah-sekolah tempatan sebagai anak angkat adalah satu langkah perkhidmatan sosial yang

berfaedah kepada sekolah dan satu langkah yang boleh menolong pihak sekolah untuk mengatasi masalah disiplin budak-budak sekolah. Kita mesti mengalu-alukan kerjasama yang dtberikan oleh pihak Polis. Selain daripada menolong pihak sekolah mengatasi masalah disiplin, Balai Polis boleh menolong sekolah untuk mengendalikan kerja ko-kurikulum seperti Kadet Polis ataupun Kadet Tentera dengan memberikan satu bimbingan yang betul kepada belia dalam bangku sekolah.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya, saya ingin memperkenalkan satu kes nasib kurang baik golongan guru-guru Kategori B dalam negara kita. Pada masa dahulu, apabila Kementerian Pendidikan ingin mengga\akan belia menyertai latihan perguruan, kelayakan SRP pun diterima sebagai kelayakan yang minima untuk memasuki maktab-maktab perguruan di mana golongan guru pelatih itu menerima 3 tahun latihan sebelum menjadi guru Kategori B. Apabila Laporan Aziz dilaksanakan, guru-guru Kategori B itu yang telah lulus peperiksaan Bahasa Malaysia pe­ringkat ketiga untuk kakitangan Kerajaan Malaysia, telah dibenarkan diserapkan masuk C2 guru sebagai satu kelonggaran atas sebab mereka telah lama berkhidmat dengan Kementerian Pendidikan. Tetapi pada masa itu

· masih ada ramai guru Kategori B yang belum mendapat kelayakan Bahasa Malaysia sama ada daripada pe­periksaan peringkat ketiga untuk kakitangan Kerajaan Malaysia ataupun peringkat kepujian Bahasa Malaysia, Sijil Pelajaran Malaysia, (SPM). Oleh itu, selepas tarikh itu, guru-guru Kategori B pun terus dikekalkan dalam Kategori B jika mereka tidak dapat diserapkan ke dalam Kategori C2 semasa skim Aziz mula dilaksanakan.

Baru-baru ini skim gaji 2 peringkat, dengan izin, two-tier pay-scheme, telah

-----

'

--...,

"'

/',.--_

1541 6 JULAI 1989 1542

diumumkan oleh Kementerian Pen­didikan. ltu merupakan satu berita bagus untuk kebanyakan guru kecuali golongan guru Kategori B lebih kurang sebilangan 10,000 kurang nasib baik sekali lagi. Hanya mereka yang berumur melebihi 50 tahun boleh diserap masuk skim itu jika mereka dapat membuktikan sudah nienduduki peperiksaan SPM dengan tidak payah lulus kalau mereka sudah ada masuk peperiksaan SPM mereka boleh masuk skim itu. Untuk guru-guru Kategori B di bawah 50 tahun, nasib mereka adalah berlainan. Mereka perlu lulus SPM dengan kepujian Bahasa Malaysia. Padahal guru-guru itu kebanyakan adalah dalam lingkungan umur 40an dan sudah berkhidmat bertahun-tahun dengan berterusan, dengan berdedikasi kepada profesion guru sepanjang masa itu. Saya berpendapat tidak melampau jika mereka ini diberikan sedikit ke­longgaran terhadap syarat memasuki skim gaji 2 peringkat baru itu.

Satu sebab tambahan, bilangan guru Kategori B ini adalah terhad sahaja kepada yang sedia ada sekarang. Kementerian Pendidikan tidak lagi melatih guru kumpulan ini oleh kerana itu untuk kumpulan yang sebilangan kecil, bolehkah Menteri Pendidikan mempertimbangkan nasib mereka, mempertimbangkan pengalaman mengajar mereka, mempertim-bangkan dedikasi perkhidmatao mereka untuk meluluskan satu kelonggaran syarat untuk memasuki skim gaji 2 peringkat yang baru dicadangkan, yang baru dilaksanakan.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyuarakan ini oleh kerana saya berasa cukup bersimpati dengan guru kumpulan ini, yang sudah lama berkhidmat, tetapi nampaknya per­khidmatan mereka itu tidak di­hargai melalui tindakan yang wajar. Saya suarakan masalah-masalah pen­didikan ini untuk menarik per­hatian Ahli-ahli Yang Berhormat

dalam Dewan yang mulia ini, supaya semua orang dalam negara ini tahu bahawa walaupun negara kita sudah maju dalam bidang ekonomi, masih ada banyak kelemahan-kelemahan di mana Kementerian Pendidikan boleh memperbaiki.

Saya berharap dengan ikhlas Menteri Pendidikan dapat menyemak semula kes-kes yang saya sudah sebutkan tadi, dan saya berharap Menteri Pendidikan boleh memper­baiki pengurusan dan perkhidmatan pendidikan dalam negara ini, supaya dengan sistem yang lebih berkesan kita dapat mengeluarkan tenaga ma­nusia yang lebih ramai, yang lebih berkepakaran, yang lebih berdedi­kasi kepada produktiviti, yang boleh menolong pembangunan ekonomi ne­gara.

Akhir sekali, saya ingin memohon untuk menyokong Usul yang mem­bentangkan Kajian Separuh Peng­gal Rancangan Malaysia yang Ke­lima. Terima kasih.

Datuk Haji Abu Bakar bin Lajim: Yang Berhormat Tuan Hassan bin Harun.

5.32 ptg.

Tuan Hassan bin Harun: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk menyertai perbahasan mengenai Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelima pada hari ini.

Terlebih dahulu saya ingin me­ngambil kesempatan ini, untuk me­ngucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan dan pucuk pimpinan Kerajaan kerana berjaya mengubah keadaan ekonomi kita, daripada keadaan yang merungsingkan 2-3 tahun dahulu sehingga sekarang yang boleh kita banggakan. Berjayanya Kerajaan untuk turn around ekonomi kita, menunjukkan bahawa Kerajaap sanggup membuat perkara-perkaI1a radikal dan mentiikar dasar-dasar dan

1543 6 JULAI 1989 1544

peraturan-peraturan demi untuk mencapai tujuan itu. Banyak perkara telah pun disebut mengenai kejayaan berhubung dengan ekonomi negara, tetapi ada beberapa kejayaan ber­kaitan dengan perkembangan eko­nomi kita yang tidak disebut, per­kara-perkara yang tidak boleh di­quantify, perkara-perkara intangible seperti kurangnya akhir-akhir ini perasaan prasangka di antara kaum.

Walaupun kedengaran pertikaian di kalangan ahli-ahli politik mengenai perkara-perkara perkauman, tetapi di bawah, di kalangan rakyat biasa, saya berpendapat perasaan antagonism, dengan izin, di antara kaum sudah berkurangan. Sebagai contoh dan sebagai pengukuran ialah apabila sampai masa kempen di dalam pilihanraya, terutama sekali pili­hanraya kecil akhir-akhir ini, soal­soal perkauman tidak lagi kedengaran dengan hebatnya seperti pada tahun­tahun 1960an dan 1970an. Misalnya, ambil masa pilihanraya kecil Johor Bahru, Parit Raja, Bentong dan baru­baru ini Teluk Pasu hampir tidak ada langsung lagi usaha-usaha untuk menakutkan pengundi-pengundi, de­ngan membawa hujah-hujah me­ngenai ancaman kaum di antara satu dengan yang lain. Ini satu per­kembangan yang positif bagi negara kita dan saya kaitkan ini dengan kemajuan yang telah tercapai dalam bidang ekonomi.

Kurangnya perasaan perkauman terutama sekali di kalangan orang Melayu ialah kerana basil daripada kemajuan yang telah kita capai kerana Dasar Ekonomi Baru. Kejayaan­kejayaan ini telah menimbulkan perasaan yakin diri di kalangan orang Melayu sepertimana yang diharapkan oleh pucuk pimpinan kita.

Kalau dahulu orang Melayu berasa takut, berasa bimbang diancam oleh kaum lain di negara ini, tetapi sekarang ini perasaan ancaman itu tidak lagi menjadi satu perkara yang amat

menakutkan. Ini ialah kerana misal­nya dalam bidang pendidikan, walau­pun tahap kejayaan di kalangan bumiputera tidak setanding dengan jumlah mereka dalam negara ini, tetapi rata-rata menunjukkan bahawasanya mereka telah mencapai tahap-tahap tertentu yang menyebabkan mereka merasa lebih yakin daripada masa yang dahulu. Dan perasaan yakin diri ini kalau dipupuk, dikembangkan lagi sudah tentu akan menimbulkan aspek­aspek positif lain lagi. Berkaitan dengan ini proses urbanisasi orang Melayu juga telah menimbulkan perasaan yakin diri.

Kalau tahun 1960an apabila kita masuk bandar Kuala Lumpur. kita tidak terasa duduk di negeri Melayu, tidak rasa seperti Malaysia, kita berasa seolah-olah kita berada di Hong Kong dan tempat lain. Sekarang perasaan itu tidak lagi timbul di kalangan kita dan ini ialah satu perkembangan yang amat baik bagi negeri ini.

Di kalangan kaum peniaga pula kita dapati eksekutif-eksekutif muda bercampur-gaul dengan bebas di hotel­hotel, di tempat-tempat yang patut. Pada masa dahulu, tidak ada langsung orang Melayu tetapi sekarang sudah terdapat orang Melayu merata-rata, dan ini juga menimbulkan per­sefaharnan dan akhirnya meng­hasilkan keyakinan diri, dan ini­lah satu-satu yang kita harapkan terus berkembang. Berkaitan dengan ini juga kita tidak sedar bahawasanya Dasar Pelajaran kita telah meng­hasilkan juga satu perkembangan yang amat positif dalam masyarakat Melayu iaitu pendidikan agama Islam.

Pendidikan agama Islam yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan selama ini juga telah menimbulkan pemahaman yang mendalam mengenai Islam, menyebabkan orang Melayu tidak lagi berpandangan sempit dan rnereka telah rnenganuti nilai-nilai yang lebih tinggi, nilai-nilai yang lebih halus, iaitu nilai-nilai yang universal menyebabkan

1

...

~

'I

~

"

1545 6 JULAI 1989 1546

tidak lagi terasa perasaan perkauman. Dan ini sudah tercermin dalam perkembangan politik tanahair.

Akhir-akhir ini, dalam masa 5-10 tahun kebelakangan ini, parti pem­bangkang utama di kalangan orang Melayu ialah parti PAS tidak lagi menekan masalah-masalah berkaitan dengan kaum, tetapi menekan masalah-masalah sejagat, "universality of Islamic values" dan ini penting bagi perkembangan perkauman di tanah­air kita. Dan basil daripada perkembangan positif ini parti pembangkang seperti PAS mula mengambil langkah yang baru, membuat hubungan dengan parti­parti pembangkang lain, dan ini perkembangan yang harus diawasi dari segi konteks perlawanan politik di antara pemerintah sekarang dengan parti pembangkang. Tetapi bagi Malaysia, dengan kurangnya desakan daripada parti pembangkang tentang perkauman, maka dengan sendirinya UMNO yang memerintah negeri ini akan dapat bersikap lebih liberal. Sebab itulah respond UMNO kepada perkembangan politik tanahair se­karang dalam menentukan dasar dan strategi negara sudah berubah banyak kerana tekanan daripada parti lawan, parti PAS tidak begitu sempit lagi. Maka penubuhan MPEN. Ke­beranian Kerajaan membuka pintu untuk berbincang, untuk menentukan dasar ekonomi masa depan adalah berpunca daripada keyakinan ini. Dan tentang data· dan statistik, ke­sanggupan Kerajaan syer dengan semua kaum, dalam masalah ini serta sanggup berdepan membetulkan apa yang disalahfahami, sudah tentu juga menunjukkan keyakinan Kerajaan tentang kedudukan sebenar di tanahair ini.

Oleh itu, saya ingin tegaskan di sini bahawa apa yang berlaku di negeri kita sekarang adalah satu perkara yang memberangsangkan, satu perkara yang kita semua patut sanjung tinggi dan keberanian Kerajaan bukan sahaja

terhenti di situ. Keberanian untuk mengubah dasar daripada apa yang boleh dikatakan "total interventionist policy", dengan izin, kepada "de­regulation" sekarang juga merupakan satu pengakuan bahawa dasar dan cara dahulu itu mungkin tidak betul. Perubahan, kelonggaran, liberalisasi dasar-dasar Kerajaan berhubung dengan ekonomi dan lain-lain lagi juga menunjukkan bahawa kita sanggup membuat apa sahaja demi untuk kebaikan negara keseluruhannya.

Di antara perkara yang terpenting yang Kerajaan buat akhir-akhir ini ialah penekanan kepada pelaburan pihak swasta untuk mempastikan pertumbuhan ekonomi. Dalam kaitan ini, saya ingin menarik perhatian pihak perancang negara, dalam menekankan masalah pertumbuhan ekonomi yang berlandaskan pelaburan swasta ini sudah tentu pertumbuhan ekonomi tidak akan seimbang di antara wilayah dengan wilayah sebab para pelabur sudah pasti akan melabur di kawasan­kawasan yang mempunyai infra­struktur-infrastruktur yang meng­untungkan mereka. Pertimbangan pihak pelabur adalah keuntungan, "the bottom line", dengan izin, dengan sendirinya negeri-negeri dan wilayah-wilayah tertentu di Malaysia tidak akan dapat menarik pelaburan daripada para pelabur swasta. Dan dengan itu, negeri-negeri seperti negeri saya-Kelantan, akan ke­tinggalan. Tambahan pula ada dasar yang deliberate untuk menetapkan bahawasanya Pantai Barat sebagai "corridor" utama untuk menggalakkan pelaburan dan Pantai Timur "mini­corridor" dan dengan sendirinya ini seolah-olah menghukumkan negeri­negeri ini sebagai negeri-negeri yang tak layak untuk menerima investments yang besar.

Saya ingin ingatkan pihak perancang negara bahawa negeri Kelantan yang mempunyai 1,100,000 rakyat Melayu iaitu mewakili 13.4% daripada rakyat

1547 6 JULAI 1989 1548

Melayu keseluruhannya akan ke­tinggalan basil daripada deliberate policy yang memisahkan mereka daripada "main-stream", dengan izin, pembangunan negara. Kalau Ahli-ahli Yang Berhormat semua pergi ke Kelantan, Yang Berhormat akan dapati Kelantan sekarang seolah-olah "ghost country", dengan izin, yang tidak ada pelaburan sedikit pun kalau dibandingkan dengan Johor Bahru, Klang Valley, Pulau Pinang dan tempat-tempat lain. Kelantan hanya mampu mengeluarkan anak-anak bangsa yang sanggup bekerja di kilang­kilang di Pantai Barat, meninggalkan negeri Kelantan kepada orang-orang tua sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan ini say a berharap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang kerap ke negeri Kelantan akan memberi perhatian baru kepada perancangan ini, takut-takut dasar "non-interventionist", yang mengu­rangkan campurtangan Kerajaan se­karang ini, · yang menggalakkan pelaburan swasta, akan membawa akibat yang buruk kepada negeri­negeri yang terpencil ini dan akhir­nya membawa kesan kepada masalah integrasi nasional.

Tuan Yang di-Pertua, dalam masalah ini saya ingin menarik perhatian sekiranya negeri Kelantan tidak dapat menarik para pelabur sepertimana negeri Joh or, Melaka, Klang Valley, Pulau Pinang dan lain­lain, saya teringat pada suatu masa dahulu saya telah diyakinkan oleh seorang Timbalan Menteri di dalam Dewan ini, bahawasanya mungkin Kelantan, melalui Dasar Pelancongan Kebangsaan sekarang, akan dapat menarik lebih ramai pelancong dan ini akan menolong ekonomi negeri itu. Untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat, apa yang dikatakan mengenai dayatarikan Kelantan adalah "metos" semata-mata. Kalau tuan­tuan ke Kelantan, negeri Kelantan

akan dapat dilawati dalam masa satu hari untuk melihat negeri itu. Dari segi potensi pelancongan amat kecil sekali. Jadi, apakah yang boleh dibuat untuk negeri itu dalam konteks pem­bangunan keseluruhan untuk mem­pastikan perimbangan pertumbuhan ekonomi seluruh negara termasuklah negeri-negeri yang terpencil seperti Kelantan? Maka, dalam perancangan Kerajaan saya mengeyorkan supaya dasar "intervention" Kerajaan di­teruskan bagi negeri-negeri seperti Kelantan, Sabah, dan Sarawak supaya mereka tidak ketinggalan dalam per­kembangan keseluruhan tanahair.

Dalam soal ini, apabila saya membaca buku Kajian · Separuh Penggal ini saya dapati hanya ada satu dua perkara yang disebut khusus mengenai Kelantan. Satunya ialah jalan yang bakal akan dibina di antara Kuala Berang melalui Gua musang ke Cameron Highlands; dan satu lagi Gua Musang ke Sungai Siput/Ipoh. Ini memakan belanja beratus juta ringgit agaknya tetapi tidak disebut, dan rancangan ini sudah tentu akan dapat menolong negeri Kelantan tetapi masa yang ia akan mengambil untuk mendapat basil, untuk memberi Kelantan peluang bersama-sama dalam "main-stream" ekonomi negara sudah tentu tidak akan tercapai dalam jangka niasa yang dekat.

Yang lebih penting pada masa ini ialah masalah berkaitan dengan pengangguran. Kadar pelajar-pelajar Kelantan di pusat-pusat pengajian tinggi sama ada dalam negeri atau seberang laut adalah boleh jadi di antara tertinggi di kalangan bumiputera. Angka-angka tepat tidak ada tetapi mengikut observation, perbincangan, saya yakin bilangan bumiputera yang mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam negeri dan luar negeri daripada negeri Kelantan amat tinggi sekali. Tetapi malang, kadar pengangguran di kalangan mereka tinggi bukan mereka tidak mahu bekerja, bukan mereka

'

>

~

~

1549 6 JULAI 1989 1550

memilih kerja, mereka sanggup buat apa kerja-tetapi peluang yang wujud di negeri Kelantan tidak ada langsung dan oleh itu saya bimbang Kerajaan yang kita bina sekarang ini boleh jadi terancam dalam pilihanraya yang akan datang kerana tidak ada satu usaha yang serius untuk mempastikan masalah-masalah ini diatasi dengan segera yang mungkin.

Oleh itu, Tuan Yang di-Pertua, saya menyeru kepada pihak perancang ekonomi negara dan Kementerian­kementerian yang terlibat dengan perancangan ekonomi-Kementerian Perdagangan dan Perindustrian, Ke­menterian Pendidikan dan semua­nya yang terlibat supaya memikir sekali lagi masalah negeri Kelantan dalam konteks perkembangan tanah­air dan mengkaji dengan sedalam­dalam untuk mempastikan sama ada strategi yang ada sekarang ini betul ataupun tidak, sebab akibat dan implikasinya kepada 13.4% kaum bumiputera bagi seluruh tanahair yang berada di negeri Kelantan. Kalau mereka ketinggalan, sudah tentu apa sahaja kemajuan yang di­buat di Pantai Barat oleh bumiputera lain akan ditarik turun peratusnya, maka performance atau prestasi ke­seluruhannya akan terjejas.

Oleh itu, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menamatkan ucapan saya yang pendek ini dengan merayu kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang memahami masalah ini dengan mendalamnya supaya sekali lagi panggil balik pegawai-pegawainya dan menanya apakah rancangan untuk Kelantan itu betul ataupun tidak. Kalau tidak, ubahlah sebelum kita terlambat. Sekian saya mohon menyokong Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelima.

Datuk Haji Abu Bakar bin Lajim: Yang Berhormat Puan Hajjah Habidah binti Jusoh.

5.51 ptg.

Puan Hajjah Habidah binti Jusoh: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, kerana mengizinkan saya turut sama di dalam perbahasan Usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelima yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Encik Ghafar Baba petang semalam, yang mana kajian ini dibuat ialah bagi meneruskan pelak­sanaan Dasar Ekonomi Baru untuk mencapai tujuan utama perpaduan negara serta mengekalkan keamanan dan keselamatan di dalam konteks pertumbuhan ekonomi yang stabil.

Tuan Yang di-Pertua, "Bersatu" adalah kata keramat yang memberi seribu makna, kata hikmat yang membawa seribu pengertian, tetapi kenapa "Bersatu" pula, setelah "Rakyat Tegas Negara Maju", "Nasionalisme Teras Perpaduan" dan "Amanah Asas Kejayaan". Apakah tema-tema muluk ini tidak memberi makna lagi ada harapan yang tidak tercapai, ada hasrat yang tidak terlaksana atau apakah tujuan "Bersatu" itu dan untuk siapakah perpaduan itu? Adakah untuk sesama Melayu atau terdapat keretakan hubungan antara kaum? "Bersatu" untuk siapa, untuk pemimpin atau untuk rakyat? Sudah pasti ada yang tidak lancar di mana setelah hampir 32 tahun kita mengharapkan soal-soal perpaduan dan integrasi telah selesai.

Tuan Yang di-Pertua, negara Malaysia ini dihuni oleh rakyat berbilang kaum serta menganuti fahaman dan mengamalkan ke­budayaan yang berbeza-beza, harus hidup dengan realiti, kepentingan dan nilai yang berbeza, tetapi keunikan bersama, sikap toleransi dan semangat setia kawan. Inilah yang menjamin kesejahteraan negara selama ini. Bukankah Malaysia tempat ber­himpunnya segala tradisi dan tamaddun kebudayaan pelbagai rupa bangsa dari seluruh pelusuk alam? Tanpa paksaan kaum pendatang dan

1551 6 JULAI 1989 1552

penduduk asal bercampur dan berinteraksi secara bebas, bukan tidak ada perselisihan dan konflik, malah konflik-konflik foilah yang sebenarnya mematangkan dan menyedarkan kita bahawa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti kita, soal-soal perpaduan, muhibah dan setia kawan perlu ada.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan hendaklah membantu sampai berjaya kaum-kaum yang benar-benar lemah di dalam mencapai matlamat ranc~ngan Dasar Ekonomi Baru agar perpaduan akan tumbuh dan kecurigaan di antara kaum akan lenyap dan tidak timbul lagi kempen­kempen di luar negara bahawa orang kaum ini tidak boleh berniaga di taraf antarabangsa, hanya kaum ini sahaja yang boleh berniaga dan membuka kilang-kilang besar dan boleh diterima sebagai rakan kongsi dalam per­niagaan antarabangsa. Kalau ada sahaja kaum bumiputera yang ingin mencebur diri di dalam sektor antarabangsa akan dipersoal dari angkatan manakah mereka, adakah ia dari golongan yang sebulu dengan yang ada atau adakah ianya semata­mata orang· pendatang baru dan sampai bilakah konsep yang dilaung­laungkan ini akan tercapai. Maka kita merasa hampa kerana kita sedar bahawa seandainya institusi kewangan dan Kerajaan tidak campurtangan untuk memajukan kaum bumiputera, maka selama itulah rancangan demi rancangan akan menjadi gendang kosong sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan faktor hutang pula, memanglah faktor hutang tidak pernah selesai diperkatakan. Apa lagi ianya mengenai kaum peniaga bumiputera. Apa yang boleh kita tinjau ialah pengajaran-pengajaran yang boleh didapati untuk digunakan oleh para usahawan kita, meng­hindarkan berlakunya bencana hutang ke atas diri mereka. Ini amat ketara, terutama bagi usahawan bumiputera

yang baru 10 tahun kebelakangan ini mencebur diri dalam dunia per­niagaan, modal mereka bukan sahaja terhad, tahap budaya niaga mereka juga masih rendah berbanding dengan masyarakat lain.

Tuan Yang di-Pertua, amalan meminjam dari institusi kewangan atau bank untuk tujuan berniaga kadang-kadang disalahgunakan juga bagi tujuan lain yang sebelum ini mereka tidak pernah menikmatinya. Bank-bank pula tidak mempunyai keyakinan terhadap kebolehan usahawan kita menguruskan hutang dan terdapat pula di antara para peminjam yang gagal membayar hutang. Di akhir-akhir ini terlalu ramai kaum bumiputera yang diisytiharkan bankrap dan tanah-tanah orang kampung yang tidak mengerti makna perniagaan, bank, kebanyakannya di lelong oleh bank­bank atau syarikat-syarikat kewangan di mana tempat peminjam atau piutang itu berhutang. Kita merasa seolah-olah telunjuk lurus, kelingking berkait, kerana dari satu segi kita mengutamakan atau menggalakkan orang Melayu mencebur diri di dalam perdagangan, tetapi dari segi yang lain bila mereka mula menunjukkan minat berniaga secara besar-besaran, maka ada pula pihak lain merasa tidak senang. dengan hal-hal begitu, maka dicarinya j alan bagi memusnahkannya walau dengan apa cara sekalipun, Akhirnya peniaga bumiputera terjerat dengan sistem hutang dan ramai pula yang menjadi miskin, papa setelah menceburkan diri di dalam per­niagaan.

Tuan Yang di-Pertua, untung atau rugi di dalam perniagaan adalah lumrah biasa yang lazim dan semua usahawan telah pun maklum, tetapi punca kegagalan sebenar di lihat dari dua aspek iaitu faktor luaran dan faktor dalaman. Faktor luaran, misalnya, kemelesetan ekonomi bukan sahaja di negara ini bahkan risiko ini ditanggung oleh seluruh

;;.

5

"

"

1553 6 JULAI 1989 1554

dunia iaitu pelanggan lambat bayar atau gagal membayar balik. Perkara ini mungkin boleh melumpuhkan per­niagaan, lebih-lebih lagi mereka yang modalnya hanya sekilas pandang ataupun modal setikam. Kadang­kadang bumiputera yang dapat projek dari Kerajaan pun akan keciwa andainya kelambatan membayar balik menyebabkan projek berkenaan terbengkalai dan usahawan ini pula melayang jatuh kerana tekanan­tekanan bank dan pekerja. Sementara faktor dalaman pula seperti kurangnya ilmu berniaga, kekurangan modal, budaya niaga yang rendah, pemikiran yang sempit ataupun enggan membayar hutang.

Tuan Yang di-Pertua, kadang­kadang kita didedahkan dengan maklumat bahawa bank-bank telah memberi pinjaman kepada pengusaha­pengusaha bumiputera sebanyak sekian-sekian ribu juta, tetapi kita tidak tahu sejauh mana kejayaannya. Oleh itu dicadangkan bahawa Kabinet perlulah menubuhkan satu badan khas bagi mengkaji dan menyelesaikan masalah peniaga yang tidak dapat menjelaskan hutang-hutang mereka supaya kalau boleh diberi nasihat dan tunjuk ajar bagi menyelesaikan kes mereka itu dan tidak akan tergambar kepada kita bahawa satu hari nanti ramai usahawan-usahawan kita yang akan menjadi b::l'.nkrap dan nanti akan timbul pula Persatuan Bankrap Bumiputera.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh masalah pengangguran pula, per­tumbuhan ekonomi yang perlahan menyebabkan peluang pekerjaan baru turut terjejas dengan teruknya dan perkembangan ini telah menyebabkan masalah pengangguran di negara ini menjadi serius. Walaupun masalah pengangguran dijangka berterusan namun para perancang ekonomi meramalkan dengan Rancangan Malaysia Kelima ini akan bertambah baik. ltulah harapan kita semua. Ini berasaskan andaian bahawa penduduk

negara ini akan bersikap lebih positif dalam menghadapi cabaran ini, malahan perubahan sikap tenaga kerja yang tertuju ke arah berdikari dan juga sikap bersaing. Hal ini ditambah dengan hakikat bahawa Malaysia mempunyai ciri-ciri yang istimewa dari segi sumber alam semula jadi yang masih banyak belum diterokai, tambahan pula mempunyai infras­truktur yang melebar. Walaupun begitu, kita pula berdepan dengan per­tumbuhan ekonomi dunia yang tidak menentu dan kita terdedah dengan persoalan ini, terutama mengenai eksport pertanian negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, keupayaan fizikal sektor awam yang semakin lemah merumitkan lagi masalah ini. Kelemahan keupayaan kewangan Ke­rajaan melalui perbelanjaan defisitnya yang kian meningkat menyebabkan sektor awam tidak lagi dapat bergiat cergas bagi meningkatkan kegiatan ekonomi negara dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelima.

Tuan Yang di-Pertua, sumber utama basil Kerajaan seperti cukai, terutamanya cukai eksport terjejas akibah kemelesetan ekonomi dunia dan pertumbuhan eksport negara yang baru pulih. Keadaan ini akan menjadi lebih buruk apabila lebih banyak sumber cukai terpaksa dilepaskan untuk memperbaiki suasana kewangan negara. Hutang negara yang sebaha­gian besarnya dari pinjaman luar negeri yang amat tinggi, dengan ini harapan untuk meningkatkan per­tumbuhan ekonomi dalam Rancangan Malaysia Kelima bergantung kuat kepada kegiatan sektor swasta. Berikutan dengan itu, maka pekerjaan baru tidak banyak dapat disediakan dan kekurangan ini kerana sektor utama menyediakan pekerjaan seperti perkhidmatan Kerajaan tidak banyak dapat disediakan. Kadar yang rendah ini menyebabkan berlakunya pe­nyerapan buruh ataupun pekerja tidak dapat dilaksanakan seman:ipu yang boleh kerana kadar penyerapan buruh sektor Kerajaan amat tinggi.

1555 6 JULAI 1989 1556

Tuan Yang di-Pertua, bagi me-ringankan masalah ini sektor swasta terpaksalah mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, termasuklah peluang kerja di peringkat tinggi, tetapi kemampuan pihak swasta juga terhad dan masalah pengangguran di kalangan siswazah lepasan sekolah akan menjadi lebih meruncing seandainya persoalan ini tidak disekat dan mencari alternatif baru untuk menampung masalah pengangguran itu.

Tuan Yang di-Pertua, manakala sektor yang paling banyak dapat me­wujudkan peluang pekerjaan baru dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelima ialah sektor perkilangan yang mana dijangka paling banyak dapat mewujudkan peluang pekerjaan baru dalam Rancangan Malaysia Kelima diikuti pula oleh sektor pembinaan yang telah dititikberatkan kepada pembinaan rumah-rumah kos rendah dan sederhana. Kerumitan-kerumitan di dalam sektor perkilangan dan binaan ialah mengenai pembiayaan bank, pinjaman dan syarat-syarat Kerajaan yang kadang-kadang bersifat menekan dan terlampau terdedah dengan berbagai-bagai syarat yang perlu dilalui oleh sesebuah syarikat sehingga orang boleh mengambil kesempatan dengan syarat-syarat yang banyak itu untuk mendapat komisyen ataupun rasuah, sama ada rasuah benda, wang, masa atau rasuah wanita-wanita jelita bagi mendapat satu-satu projek atau pinjaman.

Tuan Yang di-Pertua, kita sedar bahawa perniagaan yang sebegini rupa bukanlah · suatu latihan yang diajar oleh datuk nenek kita dan bukanlah suatu ajaran yang diterima dari guru­guru agama kita kerana kebanyakan dari perdagangan ini semuanya di­import dari ajaran-ajaran yang sesat dan mengikut pemikiran manusia semasa, sedangkan bagi umat Islam memang telah diajar dan disematkan di dalam sanubari muslimin bahawa konsep perdagangan yang sebenar

ialah telah diajar di dalam Al-Quran dan Sunnah dan kitab-kitab Feqah yang muktabar yang boleh diterima oleh seluruh manusia kerana ianya diturunkan oleh Allah dalam me­laksanakan konsep muamalah ataupun cara-cara business atau tijarah di dalam Islam juga tidak bersifat menekan dan merosakkan.

Tuan Yang di-Pertua, melalui Dewan yang mulia ini saya men­cadangkan supaya diserapkan per­niagaan dan perdagangan secara Islam supaya ianya dapat mereali­sasikan kehendak rakyat banyak dan sesuai dengan kehendak Allah s.w.t. supaya manusia menurut titah perintah yang dapat dilakukan oleh manusia itu sendiri dan kita juga rasa lega bila pelaksanaan perniagaan secara Islam dapat diwujudkan di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh berkenaan dengan pertanian pula dan pertumbuhan gunatenaga, pada pandangan saya adalah kurang meng­galakkan kerana pembangunan tanah dapat dibuka dengan lebih meluas, nanti akan timbul lagi masalah besar iaitu kekurangan buruh di kawasan perladangan seperti yang berlaku hari ini. Apakah kita telah dapat mengatasi masalah buruh di ladang-ladang ini? Kalau belum, telahkah wujud suatu cara bagi mengatasinya? Saya mencadangkan supaya Kementerian Buruh meng­ambil dayausaha bagi mendaftar­kan seluruh belia-belia di kampung­kampung dijadikan suatu gerakan menyeluruh untuk diberi tugas sebagai pasukan tentera ladang, yakni pe­kerj a-pekerja ladang yang ditempat­kan di ladang-ladang yang ber­hampiran dengan kampung-kampung mereka dan diberi subsidi elaun sara hidup bagi tiap-tiap mereka yang menyertainya.

Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha Kerajaan membasmikan kemiskinan dan menyusun semula masyarakat sepatutnya Kerajaan memberi lebih

t

.,.

..

~

('

1557 6 JULAI 1989 1558

banyak lagi penumpuan kepada penduduk di kawasan luar bandar kerana usaha yang telah dibuat oleh Kerajaan selama ini masih tidak memadai kalau dibandingkan pe­numpuan yang dibuat oleh Kerajaan kepada penduduk-penduduk di dalam bandar. Di bandar lebih berkesan pe­numpuan yang diberikan daripada luar bandar, sebagaimana contohnya rumah setinggan. Dengan wujudnya rumah-rumah setinggan di bandar­bandar ini Kerajaan telah berjaya mengatasinya dengan mendirikan rumah-rumah flat untuk mereka itu, tetapi di dalam berjaya menyelesaikan masalah semasa ini, lahir pula masalah setinggan baru dan masalah ini ber­terusan kerana mereka yang men­duduki setinggan ini adalah berasal dari kampung yang jadi punca setinggan yang sebenarnya adalah datangnya daripada kampung. Oleh itu dicadangkan lebih baik Kerajaan menyelesaikan punca masalah dengan memberi penumpuan yang lebih kepada penduduk-penduduk luar bandar ataupun kepada tempat­tempat yang kurang maju seperti menambahkan kemudahan-kemu-dahan asas dan kemudahan-kemudahan lain yang diperlukan oleh rakyat di luar bandar. Dengan ini akan mengurangkan penghijrahan penduduk-penduduk di luar bandar ke bandar-bandar. Tetapi apa yang kita nampak sekarang ini Kerajaan banyak menumpukan kemudahan di bandar­bandar sahaja, termasuklah baru-baru ini kita dengar Kerajaan telah meluluskan projek monorail yang memakan belanja sebanyak $140 juta.

Pada pandangan saya projek ini kurang penting walaupun pihak Dewan Bandaraya telah pun me­luluskannya yang bertujuan untuk mengatasi kesesakan di bandar. Banyak lagi cara lain yang lebih murah dan praktikal, seperti memperluaskan ataupun memperbaiki jalan-jalan yang sedia ada, m.embuat jalan-jalan baru, menghadkan jentera-jentera tertentu

sahaja memasuki kawasan bandar, memperbanyakkan lagi pengangkutan awam dan juga memindahkan pe­numpuan orang ramai dari bandaraya ke bandar-bandar lain, iaitu dengan memindahkan Kementerian­kementerian atau Jabatan­jabatan Kerajaan yang tidak perlu diletakkan di bandaraya ke bandar­bandar lain, misalnya Kementerian Pertanian, Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah, Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar selaras dengan pe­nyusunan semula masyarakat yang mana pertumbuhan ekonomi tidaklah setempat seperti yang kita saksikan sekarang ini hanya di Bandar Kuala Lumpur sahaja.

Dengan itu, Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong usul ini diterima. Terima kasih.

Datuk Haji Abu Dakar bin Lajim: Yang Berhormat Tuan Hassan Nam.

6.09 ptg.

Tuan Hassan bin Nam: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang kepada saya untuk turut sama berucap dengan Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini bagi membahas dan menyokong usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelima yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri di Dewan ini pada petang kelmarin.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil peluang untuk meng­ucapkan tahniah kepada Kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Perdana Menteri Malaysia kerana walaupun menghadapi suasana dunia yang meleset telah dapat menunjukkan prestasi yang baik di dalam separuh masa pertama Rancangan Malaysia Kelima. Dengan kadar perubahan KDNK negara yang dicapai pada tahap-tahap yang ditunjukkan adalah pada kadar yang "respectable"

1559 6 JULAI 1989 1560

walaupun ada setengah pihak yang mengatakan bahawa ini adalah disebabkan oleh sumbangan dari hasil minyak atau hasil petroleum.

Pada hakikatnya tanpa satu sistem pengurusan negara yang teratur, tersusun rapi dan cekap pengeluaran minyak yang berjuta-juta tong sehari pun tidak akan dapat menyumbang kepada pertumbahan KDNK yang pesat yang telah kita capai itu. Saya ucapkan syabas kepada Kerajaan di atas pengurusan yang baik dan keberanian Kerajaan membuat penyesuaian di sektor awam dan swasta yang diperlukan apabila keadaan memaksanya. Saya berharap dengan pertumbuhan ekonomi yang membanggakan ini masa depan Malaysia dan rakyatnya akan lebih terj amin dan cerah lagi dan mereka mampu menghadapi cabaran dari masa ke semasa dengan penuh harapan dan keyakinan.

18 bulan lagi Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Rancangan Malaysia Kelima (RML) 1986-1990 akan tamat dan matlamat Dasar Ekonomi Baru jelas tidak tercapai seperti yang diharapkan sungguhpun terdapat beberapa kemajuan. Pencapaian hakmilik syarikat bagi bumiputera hanya 19% sahaja, 11 % kurang dari target 30%. Kalau ditolak ekuiti yang dipegang oleh agensi amanah dan Kerajaan yang tidak boleh dianggap sebagai kepunyaan bumiputera individu bumiputera barangkali cuma di antara 7% atau 8% sahaja manakala pencapaian bukan bumiputera pula melebihi dari targetnya 40% meningkat kepada 58%. Pendapatan purata sebenarnya bukan bumiputera 65% lebih tinggi daripada bumiputera.

Pencapaian bumiputera dalam perkilangan, pembuatan dan pem­binaan atau profesion akauntansi dan percukaian ditahap yang paling rendah dan amat menyedihkan. Pengeluaran sektor pembuatan me­ningkat pada kadar 12.8% tapun 1987 dan 8% tahun lepas dan nilai

eksport 75% lebih tinggi daripada nilai tahun sebelumnya tetapi pencapaian bumiputera di bidang-bidang yang penting ini hanya 15% sahaja. Para kelulusan doktor-doktor bilangan peratusnya lebih rendah bumiputera daripada bukan bumiputera. Saya berharap kemudahan-kemudahan medical dan perubatan dipertingkat dan diperluaskan lagi bagi semua rakyat di bandar dan luar bandar agar semua rakyat yang miskin dan melarat mendapat perkhidmatan di semua bidang perubatan yang baik.

Saya mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan bukan bumiputera kerana kejayaan sebahagian daripada mereka yang cemerlang walaupun ada sekatan­sekatan yang · tidak tersekat pada umumnya. Ini adalah kerana mereka cekap dan bijak menggunakan peluang-peluang dan jelas Dasar Ekonomi Baru membawa keuntungan kepada semua bangsa. Dasar Ekonomi Baru (DEB) bukannya untuk bumiputera sahaja bahkan bukan bumiputera telah meraih lebih keuntungan.

Tuan Yang di-Pertua, pencapaian individu bumiputera dalam sektor koperatif sangat lemah jika dibandingkan dengan pencapaian bukan bumiputera.

DEB bukan menjadi sebab ekonomi negara lembab pada tahun-tahun 1981-1986 kerana negara-negara yang tiada DEB pun seperti Singapura, Thailand bahkan lain-lain negara di sebelah barat pun ekonomi mereka turut meleset. Sesungguhnya kemelesetan ekonomi Singapura dan negara jiran lain lebih teruk lagi. Bukti apa yang saya katakan ini ialah jumlah modal naik 131 % tahun lepas berbanding dengan tahun sebelumnya. Pelaburan swasta meningkat sebanyak 23.5% tahun 1988 berbanding dengan 6.5% dalam tahun 1987. Seperti kata Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapannya di Dewan Rakyat baru-baru ini, minat pelabur-pelabur asing dan tempatan terus meningkat

1'

~

~

!;'

1561 6 JULAI 1989 1562

dan ini adalah pertanda yang baik dan syabas saya ucapkan kepada Kerajaan kita.

Tuan Yang di-Pertua, kata setengah­setengah pihak tanpa DEB pertumbuhan ekonomi kita mungkin lebih tinggi, ini mungkin benar dan mungkin tidak benar. Apa pun jawabnya tanpa Dasar Ekonomi Baru kalaulah kita mengikut selera dasar fiskal yang kolot sebelum DEB dahulu pencapaian kita sudah tentu lebih rendah dan penting lagi tanpa DEB, peluang ekonomi, pertumbuhan eko­nomi tiada langsung kerana negara sudah tentu tidak akan stabil dan teguh akibat kehampaan dan tidak kesenangan rakyat bumiputera kerana kedaifan dan kemunduran mereka. Kalau tiada Dasar Ekonomi Baru huru-hara telah berlaku dan dalam keadaan begitu pun, apa pun tidak akan berkembang.

Tuan Yang di-Pertua, tanpa DEB bumiputera akan terus daif dan miskin, maka kerana itulah Kerajaan terpaksa menyambungkan DEB dalam apa bentuk sekali pun dan tanpa mengorbankan penyusunan semula masyarakat. Pembasmian kemiskinan dan objektif _ asalnya yang lain barangkali cara perlaksanaannya sahaja mungkin berubah tetapi emphasisnya tidak akan berubah kalaulah Kerajaan terus mahu didokong oleh bumiputera.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengalu­alukan ikrar yang diulangi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan beliau di Dewan Rakyat bahawa DEB akan terus mendapat tempat utama di sebarang agenda pembangunan negara dan pelaksanaannya dijalankan dengan sebaik-baik mungkin yang boleh memberi faedah kepada negara dan mereka yang menerimanya dari segi jangka panjang. Peipaduan negara adalah objektif DEB dan national silidarity hanya akan wujud jika majoriti rakyatnya hidup sempurna, maka rakyat bumiputera dan bukan

bumiputera hendaklah bekerjasama dan hidup dalam harmoni. Bumiputera mestilah diberi haknya yang sewajar yang boleh seperti di Semenanjung terdiri dari orang Melayu, Orang Asli, bumiputera Sabah dan Sarawak serta rakyat Cina pun harus mendapat pembelaan yang wajar, orang India yang senasib daif seperti bumiputera harus juga dapat pembelaan. Sesuai dengan sumbangan dan keperluannya saya mahu Kerajaan memberi perhatian yang berat ke atas masalah yang dihadapi oleh semua rakyat yang miskin dan melarat tidak kira bangsa dan keturunan mereka.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri serta Kerajaan berharap seperti yang mereka berdua pemimpin bayangkan dalam Dewan Rakyat dan di Dewan ini ada consensus, ada sebulat suara dari Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MPEN) dan begitu juga harapan saya dan mereka yang cintakan negara ini iaitu semua rakyat yang taat setia tidak berbelah bahagi kepada negara ini menyokong Dasar Ekonomi Baru.

Tuan Yang di-Pertua, da~m mem­bahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelima, 1986-1990 ini, saya ingin juga menyentuh lagi dan menyaran mempercepat kerja­kerja atau proses kerja mewartakan tanah-tanah rizab kawasan Orang­orang Asli yang dipohon oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Orang-orang Asli untuk masyarakat Orang-orang Asli di Semenanfung bagi kemudahan di segi pembangunan disalurkan. Dalam hal ini, saya memohon Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah dan Kementerian Dalam Negeri supaya menghubungi Kerajaan­kerajaan Negeri yang berkenaan supaya dapat mereka meluluskan dengan kadar yang cepat penggezetan segala tanah yang dipohon itu demi kesejahteraan bersama khasnya ke­pada masyarakat Orang-orang Asli yang amat merasainya. Sebab dalam

1563 6 JULAI l989 1564

lawatan dan tinjauan saya ke kam­pung-kampung Orang-orang Asli banyak dapat rungutan diterima dari mereka yang tanah mereka belum diwartakan lagi.

Tuan Yang di-Pertua, saya me­nyokong penuh usaha-usaha Kera­jaan meneruskan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru dan kesin:;im­bungan melalui Dasar Ekonomi Baru ini yang baru selepas 1990 untuk mencapai perpaduan negara serta mengekalkan keamanan, har­moni antara kaum dan keteguhan politik dalam konteks ekonomi yang berkembang dan stabil yang ber­terusan.

Dengan ini, Tuan Yang di-Pertua, saya sukacita menyokong Usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelima yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri pada Dewan ini kelmarin. Terima kasih.

Datuk Haji Abu Bakar bin Lajim: Yang Berhormat Tuan Haji Hamid Araby.

6.24 ptg.

Tuan Haji Hamid Araby bin Md. Salih: Terima kasih, Tuan Yang di­Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil bahagian dalam per­bahasan Usul untuk Kajian Se­paruh Penggal Rancangan Malaysia Kelima di Dewan yang mulia ini dan ingin menyampaikan setinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tuan Abdul Ghafar bin Baba, Timbalan Perdana Menteri yang telah men­jelaskan dengan terperinci dan meng­harapkan perpaduan dan kerjasama rakyat Malaysia berbilang kaum di Malaysia ini untuk meningkatkan pencapaian matlamat perancangan Dasar Ekonomi Baru serta kejayaan lebih besar dalam tempoh 11/2 tahun lagi iaitu pada penghujung tahun 1990.

Di Dewan yang mulia ini semalam, beliau menasihatkan semua lapisan rakyat, terutama pemimpin-pemimpin perlu bersikap tolak-ansur mengurang­kan pertelingkahan politik dan menumpukan kepada pembangunan negara bagi membolehkan Malaysia menjadi sebuah Negara Perindustrian Baru (NIC).

Tuan Yang di-Pertua, beliau ber­harap rakyat Malaysia dapat meng­hapuskan rasa curiga di antara satu sama lain dan berganding bahu dan bekerja dengan penuh semangat ber­saing untuk turut sama menyum­bang ke arah meningkatkan ekonomi negara. Kita Ahli-ahli Dewan Negara dan Ahli-ahli Dewan Rakyat adalah menjadi contoh dan teladan bagi anak-anak buah kita dan rakyat jelata mencontohinya. Janganlah kita mendengar dengan telinga kanan dan membuang ke telinga kiri dan mula pula yang mahu mengungkit-ungkit yang bukan-bukan daripada Kerajaan seolah-olah apa yang dibuatnya semua tidak kena.

Ketika Yang Amat Berhormat Tuan Abdul Ghafar bin Baba berucap semalam, kita mendengar dengan teliti, beliau menyeru agar segala pertelingkahan dan rasa tidak puas ha ti perlu dibawa ke meja perundingan untuk mencari penyelesaian. Kita mengangguk-angguk kepala seperti burung tekukur, tetapi selepas itu dipertikaikan pula isu-isu dan karenah­karenah satu-satu kaum kononnya tidak mendapat perhatian Kerajaan dan sebagainya. Janganlah pula ada yang mengikut jejak langkah Ahli-ahli Parlimen DAP, yang sentiasa memburukkan usaha-usaha Kerajaan dan tidak sanggup menerima kenyataan. Politikus jenis ini percaya kepada pepatah Inggeris kuno yang berbunyi "politics is the art of possible". Saya ambil kesempatan di sini mengucap setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad kerana berani menegur Ahli-ahli Dewan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~.~~--~-

,.

.. \

"'i

._I

"' ii "

1565 6 JULAI 1989 1566

Rakyat DAP yang menangguk di air keruh dan selalu membakar api perkauman di dalam Parlimen Ian luar Parlimen.

Tuan Yang di-Pertua, kejaya n yang tercapai dalam bidang sosio-e onomi hari ini sehingga rakyat Malaysia boleh hidup aman dan damai, membuktikan bahawa Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri peka dalam tugasnya menjaga keselamatan negara dan keharmonian rakyat. Hampir sudah menjadi kenyataan hari ini bahawa Anggota Tentera dan Polis sedia menentang segala kebatilan, kejahatan dan perbuatan-perbuatan yang tidak diredhai Allah dan dibenci oleh manusia dan mereka menyeru pula kepada kemuliaan, aktif dan progresif. Prinsip-prinsip ini boleh menjamin semangat umat Islam sentiasa berkobar-kobar yang mana boleh dicontohi oleh orang-orang bukan Islam juga. Justeru itu, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin me­nekankan di sini bahawa jasa-jasa perajurit dan polis, yang sudah bersara perlu direnung sedikit agar mereka tidak berasa hampa dan kecewa dalam usaha menyambung sisa-sisa hidup mereka di dunia yang fana ini.

Saya sudah berulang-ulang bang­kitkan hal ini kerana saya sendiri tidak begitu puas hati dengan jawapan Menteri Pertahanan tempoh hari maka saya ingin syorkan kepada Kerajaan agar satu peruntukan atau tabung khas diwujudkan. Ini rayuan saya kali kedua bagi membantu bekas-bekas perajurit dan polis yang ingin berkecimpung dalam perniagaan dan perusahaan supaya mereka yang menganggur itu tidak terjerumus dalam kegiatan haram dan jenayah serta diperangkap dalam kumpulan yang mahu melihat Kerajaan Malaysia berada dalam keadaan kucar-kacir yang boleh menakut-nakutkan rakyat. Ramai mereka hidup meleset walaupun usia mereka belum sampai 50 tahun, ini khususnya di kalangan bekas-bekas perajurit.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyarankan Kementerian Kebu­dayaan dan Pelancongan agar ber­waspada selalu dari sekarang lagi tentang pelancong-pelancong wanita ala-hippies dari Benua Eropah yang melawat Malaysia yang mana kalau kita pergi ke tempat-tempat pe­lancongan, khususnya tempat-tem­pat seperti Pulau Pinang dan juga di pantai-pantai peranginan, mereka ini tidak membawa faedah atau keuntungan kerana pendatang-pen­datang yang terhormat ini dengan aktiviti-aktiviti yang khusus mencari rezeki di sini dan juga di negara Thai. Hal ini ada dalam pengetahuan Polis dan Imigresen, tetapi sindiket-sindiket yang memberi kerjasama atau recruit, dengan izin, mereka ini untuk satu-satu kegiatan itu terlalu pintar dan bijak tanpa dikesan bukti-buktinya.

Datuk Haji Abu Bakar bin Lajim: Ahli Yang Berhormat, masa sudah cukup. Ahli Yang Berhormat bolehlah sambung pada hari esok. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri mengemukakan Usul Penangguhan Mesyuarat.

USUL

PENANGGUHAN MESYUARAT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Dato' Dr Sulaiman bin Haji Daud): Tuan Yang di-Pertua, saya memohon mencadangkan:

Bahawa mengikut peruntukan Per­aturan Mesyuarat 16 (3) ini ditang­guhkan sekarang.

Timbalan Menteri Kewangan (Dato' Wan Abu Bakar bin Wan Mohamed): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

1567 6 JULAI 1989 1568

' UCAPANPENANGGUHAN

RANCANGAN TUMPUAN MINGGU

6.31 ptg.

Tuan C. Krishnan: Tuan Yang di­Pertua, Tumpuan Minggu merupakan satu-satunya rancangan pendidikan dan pengajaran yang disiarkan oleh TV Malaysia semenjak tahun 1964. Ianya disiarkan setiap minggu dengan tujuan menyalurkan pesanan pembangunan Kerajaan kepada rakyat.

Dalam masa 25 tahun yang lalu, isi kandungan rancangan itu telah ber­jaya memberi liputan seluas-luasnya tentang dasar Kerajaan kepada rakyat dan rancangan itu telah menjadi salah satu unsur yang menyebabkan masyarakat Malaysia yang berbahasa Tamil di negara ini memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Kerajaan dan dasar-dasar yang diamalkannya. Akan tetapi malangnya mulai 14hb Disember, 1988 rancangan tersebut telah ditamatkan siarannya tanpa memberi alasan yang kukuh mengapa ia sepatutnya dihentikan oleh TV Malaysia. Ini menjadikan rasa kurang puas ha ti sudah mula berleluasa di dalam masyarakat India. Agen-agen perubahan seperti Pegawai-pegawai Penerangan Daerah sudah mula menghadapi beberapa soalan yang dilemparkan kepada mereka tentang penamatan siaran rancangan Tumpuan Minggu.

Tuan Yang di-Pertua, daripada analisa kami diturunkan beberapa faktor yang menjadikan timbulnya rasa kurang pasti dalam masyarakat India tentang tamatnya siaran rancangan Tumpuan Minggu.

Yang pertama, ia merupakan satu­satunya rancangan berpendidikan bahasa Tamil selain dari Berita Tamil.

Yang keduanya, kaum India pada keseluruhannya memerlukan suatu rancangan mingguan dalam bahasa

Tamil untuk mengetahui dan memahami dasar Kerajaan dengan lebih jelas dan padat.

Yang ketiganya, mereka rasa bahawa perkembangan budaya dan seni tempatan eloklah disampaikan dalam bahasa Tamil dengan lebih berkesan dan natural.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa inilah suatu aspirasi yang adil dan saksama kerana para penonton India rasa lebih selesa dan bangga jika ciri­ciri kebudayaan dan adat resam digambarkan dalam bahasa original iaitu bahasa Tamil.

Dengan sedihnya saya katakan RTM sudah jauh berpisah daripada masyarakat India selepas membunuh minat mereka dalam rancangan­rancangan televisyen seperti me­namatkan rancangan Tumpuan Minggu.

Saya merayu dalam Dewan yang mulia ini supaya program Tumpuan Minggu hendaklah dimulakan semula dengan segera sebagai suatu persediaan untuk menghadapi pilihanraya yang akan datang di mana liputan-liputan dapat menggambarkan projek-projek Kerajaan yang berjaya dan dasar-dasar yang diamalkan dengan bantuan visual dan audio. Dalam hal ini radio dan hubungan inter-personal tidak dapat ber­fungsi dengan sepenuhnya kerana penggambaran melalui visual dan audio dan dibantu oleh hubungan inter-personal lebih berkesan dalam membawakan kesan yang diharapkan iaitu memperolehi sokongan yang tidak terbahagi daripada masyarakat India kepada Kerajaan Barisan dalam pilihanraya yang akan datang. Sekian, terima kasih.

6.38 ptg.

Tuan Railey bin Jaffrey: Tuan Yang di-Pertua, RTM sentiasa menjalankan penyelidikan dan membuat perubahan

"'.'.

,~:

~

' .... ~

~-j

) '

~

( '

1569 6 JULAI 1989 1570

kepada rancangan-rancangan ter­bitannya. Tindakan tersebut di­ambil bukan sahaja untuk mem­perbaiki mutu kandungan per­sembahan siaran RTM tetapi juga supaya skop rancangan terbitannya adalah lebih luas. Rancangan­rancangan majalah seperti Tumpuan Minggu (bahasa Tamil), Skop (bahasa Inggeris), Fokus (Bahasa Malaysia) dan Lembaran Minggu (bahasa Mandarin) sudah begitu lama di­siarkan. Rancangan-rancangan untuk rakyat keturunan tertentu ini boleh membahagi-bahagikan penonton pada hal perkara yang disentuh adalah melibatkan semua rakyat di negara kita.

Oleh kerana itu, Kementerian Penerangan berpendapat rancangan­rancangan yang berbentuk majalah yang dikhaskan bagi satu-satu kaum tertentu dan menggunakan bahasa kaum itu, harus ditiadakan. Ia harus digantikan dengan rancangan­rancangan jenis yang sama, tetapi mengandungi berbagai-bagai perkara mengenai semua kaum dengan menggunakan Bahasa Malaysia iaitu Bahasa Kebangsaan boleh menyatu­padukan semua rakyat kita.

Dengan Iain perkataan, Ke­menterian ingin mewujudkan ran­cangan majalah yang mengandungi unsur-unsur ilmu pengetahuan yang boleh ditonton dan dinikmati oleh semua keturunan untuk memupuk kesedaran bersama dan sama berusaha untuk menyatupadukan rakyat mengatasi masalah-masalah tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, melalui rancangan begitu, sesliatu masalah atau kegiatan masyarakat India atau dari keturunan lain akan didedahkan kepada semua kaum di Malaysia supaya menyedari dan memahaminya. Ini adalah dirasakan lebih

L-A06442.

menguntungkan kepada negara dari segi perpaduan dan membina sikap toleransi di samping menumpukan perhatian mereka kepada isu-isu yang sama. Ini akan memupuk sikap sama rasa.

Pendekatan ini digunakan dalam rancangan baru bertajuk "Dimensi" yang telah disiarkan melalui RTM pada 5 haribulan iaitu semalam. Waiau bagaimanapun, memang banyak liputan mengenai kegiatan-kegiatan masyarakat keturunan tertentu telah dimasukkan ke dalam Betita dalam bahasa rakyat keturunan berkenaan. Begitulah halnya dengan perkara­perkara yang menyentuh masyarakat keturunan India yang banyak dimuatkan dalam Betita bahasa Tamil. Perkara-perkara itu akan diulangi lagi dalam Betita dan rancangan yang bercorak nasional untuk tatapan rakyat semua keturunan. Ini amatlah penting untuk memupuk perpaduan rakyat dan negara demi kesejahteraan negara. Sekian, terima kasih.

Datuk Haji Abu Dakar bin Lajim: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya kemukakan usul kepada Dewan ini untuk diputuskan. U sulnya ialah bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang.

Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Diputuskan,

Bahawa mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 16 (3) Dewan ini ditangguhkan sekarang.

Datuk Haji Abu Dakar bin Lajim: Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ini ditangguhkan sekarang sehingga pukul 3.00 petang hari Jumaat esok.

Dewan ditangguhkan pada pukul 6.42 petang.