jkhjkji jhk

10
PENJAGAAN KESIHATAN PRIMER (PRIMARY HEALYTH CARE) Aktiviti utama dalam penjagaan kesihatan Primer adalah penjagaan kesihatan melalui 1 . Rawatan Pesakit Luar (Akut dan Kronik) di Klinik Kesihatan dan institusi seperti Depo tahanan sementara dan PLKN 2 . Saringan wellness dikalangan remaja, warga dewasa dan warga emas. 3 . Mewujudkan Perkhidmatan kecemasan secara jaringan dengan hospital 4 . Perkhidmatan Kesihatan Primer untuk golongan terpinggir melalui K1Malaysia dan Perkhidmatan Kesihatan bergerak. 5 . Melibatkan komuniti dalam kesihatan Primer melalui penglibatan wakil kesihatan kampong dan Panel Penasihat Klinik Kesihatan 6 . Mewujudkan infrastruktur dan infostruktur bagi tujuan pemantauan perkhidmatan dan perancangan strategik Objektif Perkhidmatan: 1 . Memperkukuh dan mengintigrasikan aktiviti pencegahan dan penilaian risiko penyakit,pengurusan penyakit akut dan kronik bagi penyakit berjangkit dan tidak berjangkit, limitasi ketidakupayaan dan rehabilitasi penyakit melalui perkhidmatan penjagaan kesihatan primer yang berkualiti 2 . Memperkukuh dan mempertingkatkan kerjasama serta penglibatan komuniti dan sektor swasta kearah penjagaan kesihatan primer yang mantap, bersepadu dan tanpa sempadan 3 . Merancang dan mengurus keperluan dan perkembangan anggota selaras dengan keperluan perkhidmatan penjagaan kesihatan primer 4 . Merancang dan mengawal selia perkhidmatan sokongan teknikal bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan penjagaan kesihatan primer 5 . Membantu penyampaian perkhidmatan kesihatan yang bersepadu, komprehensif dan berkualiti secara berterusan tanpa sempadan melalui ICT serta menyediakan perkhidmatan kepakaran berdekatan dengan tempat tinggal 6 . Bekerjasama dengan agensi kerajaan dalam pengunaan system teknologi maklumat untuk memperkasakan komuniti di peringkat penjagaan kesihatan primer Terminologi 1 . Klinik Kesihatan dikategorikan kepada KK Jenis 1, 2 3 4 5 dan 6. Ia dikategorikan mengikut skop perkhidmatan dan jumlah populasi dalam lingkungan kawasan operasi.

Upload: mohd-anuar-ibrahim

Post on 10-Dec-2015

234 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

yyuuopkjkjh kljljgiyfkjk; lkjkgyh

TRANSCRIPT

Page 1: jkhjkji jhk

PENJAGAAN KESIHATAN PRIMER (PRIMARY HEALYTH CARE)Aktiviti utama dalam penjagaan kesihatan Primer adalah penjagaan kesihatan melalui1. Rawatan Pesakit Luar (Akut dan Kronik) di Klinik Kesihatan dan institusi seperti Depo tahanan

sementara dan PLKN2. Saringan wellness dikalangan remaja, warga dewasa dan warga emas.3. Mewujudkan Perkhidmatan kecemasan secara jaringan dengan hospital4. Perkhidmatan Kesihatan Primer untuk golongan terpinggir melalui K1Malaysia dan Perkhidmatan

Kesihatan bergerak.5. Melibatkan komuniti dalam kesihatan Primer melalui penglibatan wakil kesihatan kampong dan Panel

Penasihat Klinik Kesihatan6. Mewujudkan infrastruktur dan infostruktur bagi tujuan pemantauan perkhidmatan dan perancangan

strategikObjektif Perkhidmatan:1. Memperkukuh dan mengintigrasikan aktiviti pencegahan dan penilaian risiko penyakit,pengurusan

penyakit akut dan kronik bagi penyakit berjangkit dan tidak berjangkit, limitasi ketidakupayaan dan rehabilitasi penyakit melalui perkhidmatan penjagaan kesihatan primer yang berkualiti

2. Memperkukuh dan mempertingkatkan kerjasama serta penglibatan komuniti dan sektor swasta kearah penjagaan kesihatan primer yang mantap, bersepadu dan tanpa sempadan

3. Merancang dan mengurus keperluan dan perkembangan anggota selaras dengan keperluan perkhidmatan penjagaan kesihatan primer

4. Merancang dan mengawal selia perkhidmatan sokongan teknikal bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan penjagaan kesihatan primer

5. Membantu penyampaian perkhidmatan kesihatan yang bersepadu, komprehensif dan berkualiti secara berterusan tanpa sempadan melalui ICT serta menyediakan perkhidmatan kepakaran berdekatan dengan tempat tinggal

6. Bekerjasama dengan agensi kerajaan dalam pengunaan system teknologi maklumat untuk memperkasakan komuniti di peringkat penjagaan kesihatan primer

Terminologi1. Klinik Kesihatan  dikategorikan kepada KK Jenis 1, 2 3 4 5 dan 6. Ia dikategorikan mengikut skop

perkhidmatan dan jumlah populasi dalam lingkungan kawasan operasi.2. Klinik Ibu dan Anak  adalah fasiliti yang member perkhidmatan kesihatan Ibu dan Anak di dalam

kawasan bandar3. Klinik Desa adalah fasiliti di luar bandar yang memberi perkhidmatan kesihatan Ibu dan Anak sahaja.

Klinik ini dikendalikan oleh Jururawat Masyarakat.4. Perkhidmatan Kesihatan bergerak adalah perkhidmatan kesihatan yang  digerak melalui sungai, jalan

darat dan Udara  untuk golongan terpinggir yang mendiami kawasan pendalaman.5. Klinik 1 Malaysia adalah klinik yang diwujudkan untuk memberi perkhidmatan kesihatan kepada

golongan terpinggir di bandar. Klinik ini dibuka pada pukul 1000 pagi hingga 2200 malam.6. Wakil Kesihatan kampong adalah sukarelawan kesihatan yang dipilih oleh komuniti setempat dan dilatih

oleh jabatan kesihatan Sarawak  mengenai  aspek  asas kesihatan untuk membantu jabatan kesihatan dalam pengesanan awal dan rujukan pesakit dari kampong kampong di kawasan mereka keklinik kesihatan.

PENJAGAAN KESIHATAN PRIMER 

Objektif Am

Page 2: jkhjkji jhk

Memperkukuhkan perkhidmatan kesihatan primer dari segi segi promosi kesihatan, pencegahan penyakit, pengesanan awal dan

rawatan segera, limitasi penyakit dan rehabilitasi di samping meningkatkan perkhidmatan sokongan pembangunan sumber

manusia dan pelaksanaan tele-jagaan primer.

Objektif Khusus

§  Menyediakan perkhidmatan kesihatan yang bersepadu dan komprehensif pada peringkat temu pertama dengan masyarakat.

§  Mewujudkan penglibatan dan penyertaan masyarakat ke arah penjagaan kesihatan diri dan keluarga yang mantap.

§  Mewujudkan kerjasama dengan sektor swasta dan badan bukan kerajaan ke arah perkhidmatan kesihatan primer yang

bersepadu dan tanpa sempadan.

§  Menyediakan perkhidmatan tele-jagaan primer untuk poliklinik komuniti dan klinik desa

Objektif

1. Untuk memperkukuh dan mengintegrasikan aktiviti pencegahan dan penilaian risiko penyakit, pengurusan penyakit akut dan

kronik bagi penyakit berjangkit dan tidak berjangkit dan rehabilitasi penyakit.

2. Untuk memperkukuh dan mempertingkatkan kerjasama serta penglibatan komuniti dan sektor swasta ke arah penjagaan

kesihatan primer yang mantap, bersepadu dan tanpa sempadan. aktiviti-aktiviti kesihatan terutama promosi kesihatan dan

pencegahan penyakit bagi memperbaikki status Kesihatan masyarakat dengan lebih berkesan.

3. Perlaksanaan kesihatan wellness di klinik-klinik dilaksanakan secara bersepadu.

Strategi

1.1  Penglibatan masyarakat secara aktif bagi mengurangkan mobiditi dan motaliti penyakit.

1.2  Perkhidmatan yang disediakan di klinik-klinik kesihatan adalah mengikut prosedur dan standard serta garis panduan yang

ditetapkan

1.3   Penyediaan perkhidmatan bantuan kecemasan primer yang lengkap, berkesan dan berkualiti oleh anggota yang mahir dengan

sistem komunikasi dan rangkaian yang efektif dengan perkhidmatan di peringkat sekunder

1.4  Perkhidmatan rehabilitasi, paliatif dan perawatan di rumah, klinik dan komuniti dilaksanakan bagi mengurangkan disabiliti,

mobiditi dan motaliti penyakit bagi meningkatkan kualiti hidup.

Page 3: jkhjkji jhk

Aktiviti

3.1 Mempertingkatkan kapasiti penglibatan masyarakat bagi memperbaiki status Kesihatan komuniti melalui 'community action'.

·      Mengenalpasti dan menyenarai keutamaan aktiviti komuniti yang memberi impak kesihatan.

·      Membangun dan memperkukuhkan penglibatan komuniti dalam aktiviti penjagaan kesihatan.

·      Menyelaras dan memantau program/aktiviti promosi kesihatan dalam komuniti.

·      Menyedia garis panduan untuk kegunaan program komuniti

·      Mengenalpasti 'amalan terbaik' dalam aktiviti penglibatan komuniti untuk perlaksanaan amalan tersebut secara menyeluruh

dan lebih berkesan.

3.2  Membangun perkhidmatan Wellness yang komprehensif dan tersusun di peringkat penjagaan kesihatan primer untuk

memperbaiki tahap kesihatan individu dan masyarakat

·      Mengenalpasti risiko kesihatan termasuk pekerjaan dan persekitaran yang perlu diberi intervensi

·      Menyediakan kaedah penilaian risiko mengikut keutamaan yang memberi impak paling berkesan terhadap kesihatan

·      Menyelaras dan memantau aktiviti pencegahan dan intervensi dan pengurusan risiko di peringkat penjagaan kesihatan primer.

·      Menilai kesesuaian 'teknologi/tool' yang diguna serta hasil output berbanding dengan peningkatan kesedaran.

·      Memperkukuhkan penilaian risiko kesihatan melalui program, aktiviti dan protokol saringan kesihatan di peringkat penjagaan

kesihatan primer di sektor awam dan swasta.

3.3  Mengintegrasi aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pengurusan penyakit akut dan kronik bagi penyakit berjangkit dan tidak

berjangkit serta memperkukuhkan perkhidmatan yang berkualiti di peringkat Penjagaan Kesihatan Primer.

·      Mengkaji secara menyeluruh prevalens penyakit di peringkat klinik Kesihatan

·      Menyediakan kaedah-kaedah intervensi secara 'pakej' dari pelbagai program bagi penyakit mengikut kumpulan sasaran.

·      Memantau sumber yang diluluskan, membuat "prioritization" dan penggunaan mengikut jenis penyakit yang diurus.

·      Menyediakan kaedah dan konsep program-program kualiti seperti program kepastian kualiti (QAP) dan prosedur operasi

piawai (SOP) mengikut program yang diurus.

·      Mempertingkatkan penggunaan Clinical Practice Guideline secara konsisten dan mewujudkanClinical Pathway di peringkat

Penjagaan Kesihatan Primer

3.4  Memperkukuhkan Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Pra-hospital Di Peringkat Penjagaan Kesihatan Primer

Page 4: jkhjkji jhk

·      Membuat 'mapping' perkhidmatan kecemasan yang disediakan oleh Poliklinik Komuniti dan Klinik Desa mengikut tahap.

·      Mengenalpasti 'gaps' dan keperluan bagi membangun perkhidmatan kecemasan yang 'appropriate' dan 'effisien' di peringkat

klinik.

·      Menyelaras dan memperkukuhkan kemahiran tenaga manusia melalui program latihan 'emergency and trauma care' di

penjagaan kesihatan primer

·      Mempertingkatkan infrastruktur dan keperluan asas bantuan kecemasan termasuk sistem rangkaian untuk berhubung terus

dengan perkhidmatan 'call center' di hospital.

·      Menyelaras dan memantau proses 'credentialing and privileging' untuk prosedur-prosedur kecemasan untuk anggota kesihatan

penjagaan kesihatan primer.

·      Menyelaras dan memperkukuhkan pemberian perkhidmatan bantuan kecemasan di antara penjagaan primer dan sekunder

dalam "first response in crisis and disaster'.

3.5  Mengintegrasi perlaksanaan aktiviti yang berkaitan dengan limitasi ketidakupayaan dan rehabilitasi pesakit di peringkat

kesihatan primer.

·      Mengenalpasti skop program rehabilitasi penyakit kongenital, akut atau kronik yang bersepadu di peringkat primer mengikut

resos yang ada dan dirancang.

·      Menyelaras dan memantau perlaksanaan perkhidmatan rehabilitasi di klinik kesihatan dan komuniti (rumah, sekolah dan lain-

lain).

·      Menyedia dan mengawalselia perkhidmatan penjagaan pasca-operasi dan paliatif di peringkat kesihatan primer.

·      Menyelaras dan memantau perlaksanaan perkhidmatan rawatan penjagaan di rumah.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB Penolong Pegawai Perubatan bertanggungjawab dalam memberi perkhidmatan kesihatan merangkumi aspek promotif (promosi), preventif (pencegahan), kuratif (perawatan), dan rehabitatif (pemulihan) pada tahap yang bersesuaian dalam program kesihatan awam dan perubatan di bawah pengawasan Pegawai Perubatan. Perkhidmatan-perkhidmatan yang terlibat adalah seperti berikut :- i. Penjagaan Kesihatan Primer (Prima) Memberi rawatan primer (pesakit luar) dan kecemasan di Klinik Kesihatan, Klinik 1 Malaysia, Pusat Latihan Khidmat Negara, Klinik-klinik khas di Penjara Malaysia, Puspen, Sekolah-sekolah Sukan, Pusat Tahanan Imigresin, Institusi Pengajian Tinggi Awam, perkhidmatan kesihatan komuniti, kem-kem kesihatan dan sebagainya. Membuat saringan ke atas pesakit yang memerlukan rawatan.

Memeriksa, mendiagnosa penyakit dan memberikan rawatan keatas penyakit ringan.

Page 5: jkhjkji jhk

Memberi kaunseling dan pendidikan kesihatan kepada pesakit dan masyarakat setempat.

Memberikan rawatan awal bagi kes-kes kecemasan

rujukan

http://www.prn.usm.my/old_website/mainsite/bulletin/kosmik/1998/kosmik2.htmlPenjagaan Kesihatan Primer Lebih Popular

Oleh Dr. Mohd Izham Mohamed IbrahimPusat Racun Negara, USM

Sistem penjagaan kesihatan di negara ini sememangnya sedang mengalami perubahan yang drastik. Kes-kes kejadian penyakit berjangkit seperti malaria, denggi, kolera, tifoid, tuberkulosis, dan poliomielitis telah berkurangan dan terkawal manakala kes-kes penyakit kronik contohnya penyakit jantung, diabetis, hipertensi, asma dan kanser pula semakin meningkat.

Perubahan cara hidup dan faktor perpindahan tempat tinggal serta kemasukan pendatang asing telah sedikit sebanyak memberi kesan kepada status kesihatan di negara kita.

Kerajaan telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk pembangunan sektor kesihatan. Misalnya menumpukan sepenuh perhatian kepada pembangunan sistem kesihatan di kawasan luar bandar supaya rakyat tidak bertumpu hanya kepada hospital-hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan serta perkhidmatan kesihatan yang lain. Ia juga bertujuan supaya setiap individu berpeluang mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang terbaik. Sebab itu sistem kesihatan primer jika dibandingkan dengan sistem sekunder di hospital dan sistem tertiar menerusi khidmat pakar adalah penting bagi negara kita.

Menurut World Health Organisation (WHO), penjagaan primer boleh dikaitkan sebagai penjagaan kesihatan yang awal bagi individu mahupun keluarga sebelum mendapatkan rawatan lanjut di hospital atau berjumpa dengan doktor pakar.

Pembangunan bidang farmasi klinikal dan sosial dalam profesion farmasi telah memberi peluang yang luas kepada ahli farmasi komuniti untuk mempergunakan ilmu dalam bidang-bidang tersebut dalam praktis mereka. Mereka boleh menumpukan skop aktiviti kepada penjagaan kesihatan primer dan mengamalkan konsep penjagaan farmasi.

Selain daripada peningkatan kes-kes penyakit kronik, peningkatan bilangan golongan warga tua juga menyebabkan sistem penjagaan kesihatan primer

Page 6: jkhjkji jhk

menjadi amat penting. Golongan warga tua didapati mengalami penyakit kronik dan memerlukan banyak ubat-ubatan. Sebahagian daripada harga ubat-ubatan ini amat mahal manakala kos untuk mengubati penyakit ini juga tinggi. Inilah yang membuatkan masyarakat negara ini lebih gemar mengamalkan penjagaan kesihatan primer. Selain dapat mempraktiskan apa yang diketahui, ahli keluarga terdekat juga dapat mengeratkan struktur kekeluargaan kerana sifat ambil berat dan prihatin ahli keluarga yang lain kepada si pesakit. Kaedah ini juga secara psikologinya dikatakan mampu merawat pesakit.

Status Kesihatan

Selain daripada itu, penunjuk-penunjuk kesihatan negara kita seperti statistik penting (vital statistics), menunjukkan kita masih perlu memperbaiki status kesihatan rakyat Malaysia. Maklumat-maklumat ini harus digunakan oleh ahli farmasi komuniti untuk memikirkan cara yang terbaik serta inovatif dalam menyumbangkan kepakaran mereka dalam menangani masalah kesihatan masyarakat di peringkat primer.

Sebagai ahli profesional kesihatan yang mempunyai tanggung jawab penting dalam menyumbang kepada penjagaan kesihatan primer, ahli farmasi komuniti harus menumpukan praktis farmasi berlandaskan perkara-perkara berikut:

1. Fokus kepada keperluan kesihatan individu dan keluarga2. Hubungan awal untuk penjagaan kesihatan3. Membekalkan sekurang-kurangnya 80 peratus penjagaan kesihatan yang

perlu4. Menjadi penghubung kepada sumber penjagaan kesihatan sekunder dan

tertiar5. Mudah dihubungi dan praktisnya boleh diterima dan disenangi oleh

masyarakat sekeliling6. Aktif dalam aktiviti promosi kesihatan dan pencegahan penyakit

Oleh kerana, mereka mempunyai kepakaran dalam bidang ubat-ubatan, ahli farmasi komuniti mempunyai peranan yang penting dalam penjagaan kesihatan primer kerana peningkatan jumlah ubat yang poten serta mempunyai indeks terapeutik yang sempit, terapi ubat moden yang kompleks dan kejadian penyakit iatrogenik. Seorang ahli farmasi juga boleh membuat penilaian masalah ke atas pesakit dan membekalkan ubat ataupun bahan bukan ubat yang sesuai kepada ke atas pesakit berkenaan. Selain itu, ahli farmasi juga boleh menggalakkan aktiviti penjagaan kesihatan dan pengubatan diri sendiri di kalangan pesakit atau penghidap penyakit-penyakit yang ringan.

Farmasi penjagaan kesihatan primer merupakan peluang yang terbaik untuk ahli farmasi menonjolkan imej profesion serta memperlihatkan sumbangannya kepada rakyat dan negara. Perkara ini adalah realistik dan praktikal kerana masalah

Page 7: jkhjkji jhk

peningkatan kos penjagaan kesihatan, masalah peningkatan kes-kes penyakit kronik dan jumlah penduduk yang masih mendiami kawasan luar bandar (dianggarkan antara 40-60 peratus) adalah ketara. Oleh itu, ahli farmasi komuniti perlu menumpukan kepada aktiviti yang berkonsepkan penjagaan farmasi. Mereka perlu bersedia untuk memikul tanggungjawab mereka sejajar dengan perancangan dan pembangunan penjagaan kesihatan rakyat Malaysia bagi mencapai "Health for All in the Year 2000" sebagai yang tercatat dalam Deklarasi Alma Ata.

Penolong Pegawai Perubatan bertanggungjawab dalam memberi perkhidmatan kesihatan merangkumi aspek promotif (promosi), preventif (pencegahan), kuratif (perawatan), dan rehabitatif (pemulihan) pada tahap yang bersesuaian dalam program kesihatan awam dan perubatan di bawah pengawasan Pegawai Perubatan. Perkhidmatan-perkhidmatan yang terlibat adalah seperti berikut :-  i. Penjagaan Kesihatan Primer (Prima) Memberi rawatan primer (pesakit luar) dan kecemasan di Klinik Kesihatan, Klinik 1 Malaysia, Pusat Latihan Khidmat Negara, Klinik-klinik khas di Penjara Malaysia, Puspen, Sekolah-sekolah Sukan, Pusat Tahanan Imigresin, Institusi Pengajian Tinggi Awam, perkhidmatan kesihatan komuniti, kem-kem kesihatan dan sebagainya.

Membuat saringan ke atas pesakit yang memerlukan rawatan. Memeriksa, mendiagnosa penyakit dan memberikan rawatan keatas penyakit ringan. Memberi kaunseling dan pendidikan kesihatan kepada pesakit dan masyarakat setempat. Memberikan rawatan awal bagi kes-kes kecemasan.