jj102unit1

Upload: shanthi-tamilselvam

Post on 07-Apr-2018

251 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 JJ102UNIT1

    1/27

    PENGENALAN KEPADA LITAR ELEKTRIK JJ102/UNIT 1/2010

    _____________________________________________________________________________

    BAB 1

    1.0 PENGENALAN KEPADA ELEKTRIK

    Elektrik adalah merupakan satu tenaga yang tidak dapat dilihat tetapi boleh dirasai dan

    digunakan oleh manusia pada hari ini dan akan datang. Tenaga elektrik dapat dihasilkan

    kesan daripada tindakan:-

    a) Geseranb) Habac) Aruhan elektromagnet

    Tindakan daripada tenaga elektrik boleh ditukarkan kepada beberapa punca tenaga yang

    lain yang boleh digunakan seperti:

    a) Tenaga cahaya - seperti lampub) Tenaga haba - seperti seterikac) Tenaga bunyi - seperti radio

    d) Tenaga gerakan - seperti motor

    Elektrik terdiri daripada dua (2) jenis iaitu elektrik statik dan elektrik dinamik.

    a) Elektrik Statik Keadaan di mana tiada pergerakan elektron dalam arah tertentu.b) Elektrik Dinamik Keadaan di mana terdapat pergerakan elektron dalam arah

    tertentu.

    1.1 KUANTITI ASAS ELEKTRIK

    1.1.1 KUANTITI ELEKTRIK

    1.1.1.1 Daya Gerak Elektrik (d.g.e)Daya atau tekanan elektrik yang menyebabkan cas elektrik mengalir. Contoh

    sumber yang menghasilkan tenaga elektrik adalah bateri dan janakuasa.

    Simbol : E

    Unit : Volt(V)

    1.1.1.2 Cas Elektrik

    Terdiri daripada cas positif dan cas negatif. Kuantiti cas ini dinamakan Coulomb.

    Simbol : Q

    Unit : Coulomb(C)

    1.1.1. 3 Arus

    Pergerakan cas elektrik yang disebabkan oleh pergerakan elektron bebas. Iamengalir dari terminal positif ke terminal negatif.

    Simbol : I

    Unit : Ampiar (A)

  • 8/3/2019 JJ102UNIT1

    2/27

    PENGENALAN KEPADA LITAR ELEKTRIK JJ102/UNIT 1/2010

    _____________________________________________________________________________

    1.1.1. 4 Bezaupaya (voltan)

    Perbezaan keupayaan di antara dua titik dalam litar elektrik.

    Simbol : V

    Unit : Volt(V)

    1.1.1.5 RintanganMerupakan penentangan terhadap pengaliran arus.

    Simbol : R

    Unit : Ohm ()

    1.1.1.6 PengalirBahan yang membenarkan arus elektrik melaluinya kerana ia mempunyai

    bilangan elektron bebas yang banyak. Contohnya besi dan kuprum.

    1.1.1.7 PenebatBahan yang tidak membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya. Ia

    mempunyai banyak elektron valensi tetapi sukar dibebaskan. Contohnya getah,

    kaca, minyak dan oksigen.

    1.1.1.8 Separa Pengalir (semikonduktor)

    Bahan yang mempunyai ciri-ciri elektrikal di antara penebat dan pengalir. Ia

    mempunyai empat(4) elektron valensi dan digunakan untuk membuat

    komponen elektronik. Contohnya silikon ,germanium dan karbon.

    1.1.2 Kerintangan

    Merupakan sifat bahan pengalir di mana ianya melawan atau mengurangkan aliran arus

    elektrik untuk melaluinya,

    Simbol : (Rho) dan unitnya : Ohm meter ( )( m

    1.1.2.1 RINTANGAN

    Merupakan satu keadaaan yang menghalang pergerakan arus melaluinya. Terdapat

    empat (4) faktor yang mempengaruhi nilai rintangan iaitu ;

    1.1.2.2 Panjang pengalir, l

    Nilai rintangan dawai akan bertambah tinggi jika dawai tersebut bertambah

    panjang. Ia berkadar terus dengan panjang dawai tersebut,

    lR

    1.1.2.3 Luas Permukaan , A

    Rintangan berkadar songsang dengan luas muka keratan rentas dawai.

    R1

  • 8/3/2019 JJ102UNIT1

    3/27

    PENGENALAN KEPADA LITAR ELEKTRIK JJ102/UNIT 1/2010

    _____________________________________________________________________________

    1.1.2.4 Kerintangan

    Kerintangan adalah berkadar langsung dengan nilai rintangan.

    R

    1.1.2.5 Suhu Pengalir, TSuhu pengalir juga mempengaruhi nilai rintangan. Semakin tinggi suhu pengalir

    semakin tinggi nilai rintangan.

    Faktor faktor di sebelah boleh digambarkan dalam bentuk persamaan matematik (1.1.2);

    (1.1.2)

    di mana, A = Luas permukaan ( m2)

    = Kerintangan ( m )

    l = Panjang (m)

    R = Rintangan ( )

    Contoh 1.1.2

    Kirakan rintangan bagi dawai aluminium yang mempunyai panjang 1.5 km. Diberi garis pusat

    dawai adalah 10 mm dan kerintangannya ialah 0.025 .m.

    Penyelesaian :

    Diberi, mxd3

    1010= , mx

    3105.1=l , mx =

    610025.0

    diketahui,A

    Rl

    = ,

    di mana 2623

    2 1054.78)21010()

    2( mxxdA

    ===

    ==

    477.01054.78

    )105.1)(10025.0(6

    36

    x

    xxR

    AR l=

  • 8/3/2019 JJ102UNIT1

    4/27

    PENGENALAN KEPADA LITAR ELEKTRIK JJ102/UNIT 1/2010

    _____________________________________________________________________________

    1.2 JENIS-JENIS LITAR ELEKTRIK

    Litar elektrik merupakan suatu susunan pengalir atau kabel untuk membawa arus dari

    punca bekalan voltan ke komponen-komponen elektrik (beban). Ianya terbahagi kepada

    dua iaitu:

    1.2.1 Litar LengkapIa juga dikenali sebagai litar asas atau litar mudah (Rajah 1.1). Ia merupakan suatu

    penyambungan tertutup yang membolehkan arus mengalir dengan sempurna iaitu arus

    mengalir dari bekalan dan balik semula ke bekalan tersebut. Litar-litar tersebut mestilah

    terdiri daripada voltan bekalan (V), arus elektrik (I) dan rintangan (R).

    I

    V R

    Rajah 1.2.1 : Litar Mudah/Asas

    1.2.2 Litar Tidak Lengkap

    Litar tidak lengkap ialah litar yang mengalami kekurangan salah satu daripada tiga

    perkara tersebut iaitu samada voltan bekalan atau rintangan beban. Pengaliran arus

    tidak akan berlaku dengan sempurna pada litar tidak lengkap. Litar tidak lengkap

    terbahagi kepada dua ;

    1.2.2.1 Litar buka - litar dimana punca beban dalam litar tersebut dibuka. Oleh

    itu tiada pengaliran arus berlaku. Nilai rintangan dalam litar adalah terlalu tinggi. Rajah

    1.2 menunjukkan satu contoh litar buka.

    V beban (R)

    di tanggalkan

    Rajah 1.2.2.1 : Litar Buka

    1.2.2.2 Litar pintas - sambungan pada punca bebannya dipintaskan

    dengan menggunakan satu pengalir yang tiada nilai rintangan. Ia ditunjukkan

    seperti Rajah 1.3 Arus yang mengalir adalah terlalu besar. Biasanya jika berlaku

    litar pintas, fius akan terbakar. I

    V Rpintaskan dengan

    seutas kabel

    Rajah 1.2.2.2 : Litar Pintas

  • 8/3/2019 JJ102UNIT1

    5/27

    PENGENALAN KEPADA LITAR ELEKTRIK JJ102/UNIT 1/2010

    _____________________________________________________________________________

    1.3 HUKUM OHM

    1.3.1 Definisi Hukum Ohm

    Hukum Ohm menyatakan bahawa arus di dalam litar yang lengkap adalah berkadar terus

    dengan tekanan atau voltan dan berkadar songsang dengan rintangan bagi litar tersebut.Jika nilai rintangan pada satu litar dikekalkan dan nilai voltan digandakan, maka nilai

    arus turut berganda.

    1.3.2 Hubungan Antara Voltan Dan Arus

    Hukum ohm boleh ditulis dalam bentuk persamaan matematik (1.3).

    (1.3)

    di mana:

    I = Arus (A)

    V = Voltan (V)

    R = Rintangan (

    1.3.3 Rintangan Linear Dan Rintangan Tidak Linear

    Dari ujikaji yang dijalankan, hubungan di antara arus dan voltan boleh digambarkan

    dalam bentuk graf seperti Rajah 1.4 di bawah ketika rintangan dan suhu tetap.

    V (volt)

    R (pemalar)

    I (Ampere)

    Rajah 1.3.3.1 : Graf V melawan I pada rintangan tetap

    Jika ujikaji menggunakan rintangan tidak tetap (tidak linear), graf yang diperolehi adalah seperti

    Rajah 1.3.3.2.

    IRV=

  • 8/3/2019 JJ102UNIT1

    6/27

    PENGENALAN KEPADA LITAR ELEKTRIK JJ102/UNIT 1/2010

    _____________________________________________________________________________

    V

    I

    Rajah 1.3.3.2 : Graf V melawan I pada rintangan tidak tetap

    Contoh 1.3

    Kirakan nilai arus yang mengalir di dalam litar jika rintangannya ialah 10 dan voltan bekalan

    ialah 15V. Seterusnya, kirakan pula nilai arus jika nilai rintangan di tukarkan kepada 10 k.

    Penyelesaian :

    Diberi , V= 15V

    i). Untuk R = 10,

    Daripada Hukum ohm, V= IR

    AR

    VI 5.1

    10

    15===

    ii). Untuk R = 10k ,

    mAxxR

    VI 5.1105.1

    1010

    15 33

    ====

  • 8/3/2019 JJ102UNIT1

    7/27

    PENGENALAN KEPADA LITAR ELEKTRIK JJ102/UNIT 1/2010

    _____________________________________________________________________________

    1.4 KUASA ELEKTRIK

    1.4.1 Definisi Kuasa Elektrik

    Kuasa elektrik merupakan kerja yang dapat dilakukan dalam satu unit masa. Persamaan

    (1.4.1) menunjukkan perhubungan antara kuasa dengan arus dan voltan. Ia juga boleh

    dihubungkan dengan rintangan melalui Hukum Ohm seperti persamaan (1.4.2).

    Simbol : P

    Unit : Watt (W)

    (1.4.1)

    1.4.2 Hubungan Bagi Kuasa Elektrik

    Daripada Hukum Ohm, IRV = danR

    VI= ,

    RIP2=

    dan (1.4.2)

    VP

    2

    =

    1.4.3 PENGGUNAAN METER WATT

    Meter watt digunakan untuk menyukat nilai kuasa yang telah digunakan. Terdapat dua

    gelung di dalamnya iaitu gelung voltan yang disambungkan secara selari dengan litar

    dan gelung arus yang disambungkan secara sesiri dengan litar. Simbol meter watt

    ditunjukkan seperti Rajah 1.4.3.1 manakala cara sambungan pula ditunjukkan seperti

    Rajah 1.4.3.2

    Rajah 1.4.3.1 : Simbol Meter Watt

    W

    IVP =

    di mana P = Kuasa (W),

    I = Arus (A)

    R = Rintangan () dan

    V = Voltan (V)

  • 8/3/2019 JJ102UNIT1

    8/27

  • 8/3/2019 JJ102UNIT1

    9/27

    PENGENALAN KEPADA LITAR ELEKTRIK JJ102/UNIT 1/2010

    _____________________________________________________________________________

    1.5 TENAGA ELEKTRIK

    1.5.1 : Definisi Tenaga Elektrik

    Tenaga elektrik adalah hasil darab kuasa, daya dan masa. Persamaan (1.5) menunjukkan

    perhubungan antara tenaga elektrik dengan kuantiti-kuantiti elektrik yang lain.

    Simbol : T atau E

    Unit : Kilowatt jam (kWj) atau Joule

    1.5.2: Hubungan Bagi Tenaga Elektrik

    1.5.3 Penggunaan Meter Kilowatt-JamMeter kilowatt-jam digunakan untuk mengukur jumlah tenaga yang digunakan oleh

    pengguna. Simbol meter ini ditunjukkan oleh Rajah 1.8.

    Rajah 1.5.3 : Simbol Meter Kilowatt Jam.

    1.5.4 Hubungan Antara Tenaga Elektrik Dengan Tenaga Haba

    Apabila berlaku pengaliran arus, elektron di dalam pengalir akan berlanggar antara satu

    sama lain dan ini akan menghasilkan haba dan seterusnya menyebabkan kabel yang di

    gunakan menjadi panas.

    kWj

    tRVT

    RtIT

    VItT

    PtT

    2

    2

    =

    =

    =

    =

    di mana, T- tenaga elektrik (kWj)

    P- kuasa (W)t - masa (s)

    V- voltan (V)

    I- arus (A)

    R- rintangan ( )

  • 8/3/2019 JJ102UNIT1

    10/27

    PENGENALAN KEPADA LITAR ELEKTRIK JJ102/UNIT 1/2010

    _____________________________________________________________________________

    1.5.5 Unit Elektrik Untuk Kerja, Kuasa Dan Tenaga.

    Unit bagi kerja yang dilakukan dan tenaga yang digunakan ialah Joule. Ini bersamaan

    dengan tenaga yang dikeluarkan untuk menggerakkan 1 Coulomb cas melalui rintangan

    1 ohm. Jumlah tenaga yang digunakan untuk mengalirkan 1 A arus untuk 1 saat melalui

    rintangan 1 ohm dikira sebagai 1 Joule. Ianya juga boleh dinyatakan sebagai 1 watt saat,

    iaitu 1 watt kuasa digunakan untuk 1 saat. Dalam bentuk matematik ia boleh

    ditunjukkan seperti persamaan (1.5.5).

    (1.5.5)

    Kerja adalah tenaga yang diserap dengan membekalkan beban sebanyak 1 Kw untuk

    jangka masa 1 jam. Watt ialah kuasa yang digunakan bila terdapat arus sebanyak 1 A

    yang mengalir di antara dua titik yang mempunyai keupayaan 1 volt.

    1.5.6 : Pengiraan Berkaitan Dengan Tenaga Elektrik

    Contoh 1.5.6

    Sebuah pembakar roti yang mengambil arus 10A dari bekalan 250 V selama 25 minit. Kirakan ,

    i. Kuasa yang digunakan.

    ii. Tenaga yang diserap dalam kJ

    Penyelesaian;

    Diberi: I = 10 A , V = 250V dan t = 25 x 60 = 1500s

    i. WIVP 2500)250)(10( === .

    ii. T = Pt = (2500)(1500) = 3750000W

    = 3750kWj = 3750kJ

    1 Joule = 1 Watt saat

    kerja (J) = kuasa (W) x masa (s)

  • 8/3/2019 JJ102UNIT1

    11/27

    PENGENALAN KEPADA LITAR ELEKTRIK JJ102/UNIT 1/2010

    _____________________________________________________________________________

    LATIHAN

    1. Kirakan nilai rintangan bagi dawai zink yang mempunyai nilai kerintangannya0.05m dan panjangnya 0.5km. Garispusat bagi dawai tersebut adalah 15mm.

    2. Kira rintangan bar aluminium yang panjangnya 10m dengan keratan rentasnya8cm x 1 cm. Kerintangan aluminium ialah 0.0269m.

    3. Kerintangan bagi aluminium ialah 28mm. Pengalir aluminium ini berjejari1mm dan berintangan 30. Kirakan panjang pengalir ini jika pengalir berbentukselinder.

    4. Kirakan rintangan bagi satu dawai tembaga 31m panjang dan bergarispusat1.5mm. Diberi kerintangan tembaga ialah 0.017m. (Jwp : 0.298)

    5. Buktikan P = I2R dan P = V2/R

    6. Satu litar elektrik yang mengandungi 2 perintang disambung bersiri dansetiapnya bernilai 10 dan 20, jika disambungkan bekalan 60V, didapatikuasa yang terhasil pada R = 20 ialah 80 watt ; kirakan

    a. voltan pada setiap perintangb. kuasa pada R = 10

    7. Kirakan nilai arus yang mengalir didalam litar jika rintangannya ialah 10 danvoltan bekalan ialah 15v. Kirakan pula nilai arusnya jika rintangan ditukarkepada 10k.

    8. Sebuah lampu 100w dibekalkan dengan 250V. Kirakan:i. arus yang mengalir pada lampuii. rintangan lampu tersebut

    9. Kirakan kuasa yang dilesapkan bila arus 5mA melalui rintangan 6k.

    10. Sebuah lampu filamen dibekalkan dengan bekalan 240V mempunyai rintangan960. Kira arus dan kuasa yang diserap oleh lampu filamen itu.

    11. Sebuah lampu berkadar 70W, 120V disambung sesiri dengan sebuah perintang50. Jika arus mengalir dalam litar ialah 0.7A. Kirakan yang berikut:

    i) rintangan lampu

    ii) nilai voltan bekalan

    12. Elemen cerek elektrik yang berintangan 40 mengalirkan arus sebanyak 24A.Dapatkan nilai lesapan kuasa dalam elemen cerek tersebut

  • 8/3/2019 JJ102UNIT1

    12/27

    PENGENALAN KEPADA LITAR ELEKTRIK JJ102/UNIT 1/2010

    _____________________________________________________________________________

    JAWAPAN

    1) 0.141

    2) 483.09K

    3) 3.365km

    4) 0.298

    5) Terbukti

    6) i. 2A ii. 40watt

    7) i. 1.5A ii. 1.5mA

    8) i. 0.4A ii. 625

    9) 150mW

    10) 0.25A

    11) i. 171.4 ii. 155V

    12) 23040W

  • 8/3/2019 JJ102UNIT1

    13/27

    PENGENALAN KEPADA LITAR ELEKTRIK JJ102/UNIT 1/2010

    _____________________________________________________________________________

    1.6 CIRI CIRI LITAR SESIRI DAN LITAR SELARI

    1.6.1 : Definisi Litar Sesiri

    Ia dinamakan litar siri kerana cara sambungan perintang di dalam litar tersebut.

    Sambungan sesiri adalah sambungan terhadap perintang yang disambungkan sederet

    dari hujung ke hujung seperti yang di tunjukkan dalam Rajah 1.6.1

    Ij

    Vj

    Rajah 1.6.1 Sambungan Litar Sesiri

    Kita boleh menerbitkan beberapa formula- formula matematik daripada Rajah 1.6.1

    yang melibatkan rintangan jumlah, arus litar dan voltan jumlah.

    1.6.1.1 Rintangan Jumlah, jR

    Jumlah rintangan adalah hasil tambah semua rintangan yang ada di dalam litar seperti

    persamaan (1.6.1.1).

    (1.6.1.1)

    1.6.1.2 Arus Jumlah,j

    I

    Arus yang melalui setiap perintang adalah sama dengan arus jumlah atau arus litar dan

    ditunjukkan dalam persamaan (1.6.1.2).

    (1.6.1.2 )

    1.6.1.3 Voltan Jumlah,j

    V

    Voltan jumlah adalah hasil tambah semua kejatuhan voltan (voltan susut) pada setiap

    rintangan seperti persamaan (1.6.1.3.1) di bawah.

    (1.6.1.3.1)

    Manakala, kejatuhan voltan pada setiap rintangan dikira menggunakan Hukum Ohm

    seperti yang telah dibincangkan sebelum ini.

    Persamaan (1.6.1.3.2) di bawah menunjukkan kaedah untuk mengira kejatuhan voltan

    pada setiap rintangan.

    nJ RRRRR ++++= .....321

    nj IIIII ===== ......221

    nj VVVVV ++++= ......321

    R1 R3

    Rn

    R2

    + V1 - + V2 - + V3 -

    +

    Vn

    -

  • 8/3/2019 JJ102UNIT1

    14/27

    PENGENALAN KEPADA LITAR ELEKTRIK JJ102/UNIT 1/2010

    _____________________________________________________________________________

    njn

    j

    j

    j

    RIV

    RIV

    RIV

    RIV

    =

    =

    =

    =

    33

    22

    11

    1.6.2 LITAR SELARI

    Sambungan selari adalah sambungan terhadap perintang yang disambung bertentangan

    di antara satu sama lain seperti Rajah 1.6.2 di bawah.

    Ij I1 I2 I3+ + +

    Vj R1 V1 R2 V2 R3 V3

    - - -

    Rajah 1.6.2 : Litar Selari

    Formula- formula matematik yang boleh diterbitkan daripada litar di atas adalah seperti

    persamaan persamaan di bawah ;

    1.6.2.1 Voltan Jumlah, Vj

    Voltan yang melintangi setiap cabang adalah sama dengan voltan bekalan yang

    diberikan seperti persamaan (1.6.2.1);

    (1.6.2.1)

    1.6.2.2 Arus Jumlah, Ij

    Jumlah arus setiap cabang adalah sama dengan arus bekalan litar seperti

    persamaan (1.6.2.2);

    (1.6.1.3.2)

    nj VVVVV ===== ......221

    nJ IIIII ++++= .....321 (1.6.2.2)

  • 8/3/2019 JJ102UNIT1

    15/27

    PENGENALAN KEPADA LITAR ELEKTRIK JJ102/UNIT 1/2010

    _____________________________________________________________________________

    1.6.2.3 Rintangan jumlah, Rj

    Rintangan jumlah di dalam litar selari boleh dikira dengan menggunakan kaedah berikut

    seperti persamaan (1.6.2.3);

    a) Bagi litar yang mempunyai 3 perintang

    321

    1111

    RRRRj

    ++= atau

    313221

    321

    RRRRRR

    RRRRj

    ++=

    1.6.3: HUKUM PEMBAHAGI ARUS DAN HUKUM PEMBAHAGI VOLTAN

    1.6.3.1 Hukum Pembahagi Arus

    Kita juga boleh menggunakan Hukum Pembahagi Arus bagi menentukan nilai arusbagi setiap cabang seperti persamaan (1.6.3.1).

    i). Bagi litar yang mempunyai 2 perintang seperti Rajah 1.6.3.1.

    Ij I1 I2+ +

    Vj R1 V1 R2 V2

    - -

    Rajah 1.6.3.1

    jIRR

    RI )(

    21

    21

    +=

    dan

    jIRR

    RI )(21

    12

    +=

    (1.6.2.3)

    (1.6.3.1)

  • 8/3/2019 JJ102UNIT1

    16/27

    PENGENALAN KEPADA LITAR ELEKTRIK JJ102/UNIT 1/2010

    _____________________________________________________________________________

    1.6.3.2 Hukum Pembahagi Voltan

    Kita juga boleh menggunakan Hukum Pembahagi Voltan bagi menentukan nilai

    voltan yang melintangi setiap rintangan di dalam litar sesiri seperti yang ditunjukkan

    oleh persamaan (1.6.3.2.1) dan (1.6.3.2.2).

    i). Bagi litar yang mempunyai 3 perintang :

    jVRRR

    RV )(

    321

    11

    ++=

    jVRRR

    RV )(

    321

    22

    ++= ___________ (1.6.3.2.1)

    jVRRR

    RV )(

    321

    33

    ++=

    ii). Bagi litar yang mempunyai 2 perintang :

    jVRR

    RV )(

    21

    11

    +=

    jVRR

    RV )(

    21

    22

    +=

    1.6.4 LITAR GABUNGAN

    Kebanyakan litar elektrik yang dibina terdiri daripada litar gabungan siri selari.

    Kedua-dua formula bagi litar sesiri dan selari akan digunakan untuk tujuan

    pengiraan bagi menentukan nilai arus, voltan dan rintangan jumlah litar. Rajah 1.6.4 di

    bawah menunjukkan contoh sambungan litar gabungan.

    R2 I2

    R1 R3 I3

    I

    V

    Rajah 1.6.4 : Litar Gabungan

    (1.6.3.2.2)

  • 8/3/2019 JJ102UNIT1

    17/27

    PENGENALAN KEPADA LITAR ELEKTRIK JJ102/UNIT 1/2010

    _____________________________________________________________________________

    Contoh 1.6.4 :

    Berdasarkan Rajah 1.6.4 di atas, jika R1 = 10, R2 = 20 , R3 = 15 dan bekalan kuasa yang

    dibekalkan ialah V = 120 V. Kirakan,

    a). Rintangan Jumlah, Rj

    b). Arus jumlah, I

    c). Arus I2 dan I3

    Penyelesaian :

    a). Rintangan jumlah, Rj

    32

    3223

    RR

    RRR

    += = =

    +1520

    )15)(20(8.57

    Rj = R23 + R1 = 8.57 + 10 = 18.57

    b). Arus Jumlah , I

    I =j

    R

    V=

    57.18

    120= 6.46 A

    c). Arus , I2 = 46.6)1520

    15()(

    32

    3

    +=

    +I

    RR

    R= 2.79 A

    I3 = I I2 = (6.46 2.79) = 3.67 A

    1.7 HUKUM KIRCHOFF

    Untuk menyelesaikan masalah litar elektrik yang lebih rumit. Contohnya, bagi litar yang

    mempunyai bekalan kuasa lebih dari satu. Terdiri daripada dua (2) hukum, iaitu;

    a) Hukum Kirchoff Arus

    b) Hukum Kirchoff Voltan

    1.7.1 Hukum Kirchoff Arus

    Hukum Kirchoff Arus juga dikenali sebagai Hukum Kirchoff Pertama. Ia menyatakan

    bahawajumlah arus yang menuju pada satu titik adalah sama dengan jumlah arus yangmeninggalkan titik tersebut, atau pada sebarang titik persimpangan di dalam litar,

    jumlah algebra arus yang memasuki titik tersebut adalah sama dengan jumlah arus yang

    keluar.

  • 8/3/2019 JJ102UNIT1

    18/27

    PENGENALAN KEPADA LITAR ELEKTRIK JJ102/UNIT 1/2010

    _____________________________________________________________________________

    Ia boleh dihubungkan dalam persamaan matematik seperti persamaan (1.7.1) ,

    321 III += (1.7.1)

    i1 i2

    i3

    Rajah 1.7.1

    1.7.2 Hukum Kirchoff Voltan

    Ia juga dikenali sebagai Hukum Kirchoff Kedua. Hukum Kirchoff Voltan menyatakann

    bahawa di dalam satu litar tertutup, hasil tambah nilai kenaikan voltan dan kejatuhan

    voltan adalah sifar atau dalam sebarang litar elektrik yang lengkap, jumlah algebra bagi

    kenaikan voltan mestilah sama dengan jumlah kejatuhan voltan. Secara matematik ia

    boleh diungkapakan dalam bentuk persamaan (1.7.2),

    321 VVVVj ++= (1.7.2)

    + V1 -

    +

    Vj V2-

    + V3 -

    Rajah 1.7.2

  • 8/3/2019 JJ102UNIT1

    19/27

    PENGENALAN KEPADA LITAR ELEKTRIK JJ102/UNIT 1/2010

    _____________________________________________________________________________

    Contoh 1.7.2: A

    R1

    = 1 R2

    = 6 R3

    = 2

    5V 10V

    Rajah 1.7.2

    Kirakan nilai arus yang mengalir pada setiap cabang menggunakan Hukum Kirchoff bagi Rajah

    1.7.2 di atas..

    Penyelesaian :

    Hukum Kirchoff Arus :

    1. Dapatkan persamaan yang menghubungkan semua arus dalam litar pada titik (nod) A

    I2 = - (I3 + I1 ) (1)

    Hukum Kirchoff Voltan :

    1. Binakan gegelung anggapan pada setiap gelung ,I1 A I2

    I3R1 = 1 R2 = 6 R3 = 2

    I II

    5V 10V

    2. Dapatkan satu persamaan daripada setiap gelung .

    Gelung I :

    56010)(6)1(5

    31

    31

    ==++

    IIII

    (2)

    Gelung II :

    0)(2)6(10 23 =+ II (3)

  • 8/3/2019 JJ102UNIT1

    20/27

    PENGENALAN KEPADA LITAR ELEKTRIK JJ102/UNIT 1/2010

    _____________________________________________________________________________

    masukkan (1) ke dalam (3) :

    1082

    0)(2)(610

    31

    133

    =+

    =+

    II

    III(4)

    3. Selesaikan dengan menggunakan Petua Cramer bagi persamaan (2) dan (4).

    i) Bentukkan persamaan matriks bagi persamaan (2) dan (4)

    =

    10

    5

    82

    61

    3

    1

    I

    I

    ii) Dapatkan nilai penentu, katakan

    =

    82

    61D

    20)2)(6()8)(1(82

    61==

    =D

    iii). Dapatkan nilai penentu bagi setiap arus,

    20)10)(6()8)(5(810

    651 ==

    =I

    AD

    II 1

    20

    2011 ===

    ADII

    I

    5.12030

    301020102

    51

    33

    3

    ===

    =+=

    =

    daripada persamaan (1);

    AIII 5.3)15.1()( 132 =+=+=

  • 8/3/2019 JJ102UNIT1

    21/27

    PENGENALAN KEPADA LITAR ELEKTRIK JJ102/UNIT 1/2010

    _____________________________________________________________________________

    Terdapat satu lagi kaedah lain untuk menyelesaikan persamaan (2) dan (4) di dalam contoh diatas, tetapi kaedah petua cramer adalah lebih sesuai digunakan jika ia melibatkan banyakpersamaan. Kaedah menggunakan petua Cramer ;

    a). Tuliskan persamaan dalam bentuk am ;

    feydx

    cbyax

    =+

    =+

    b) Tuliskan persamaan tersebut dalam bentuk matriks;

    =

    f

    c

    y

    x

    ed

    ba katakan,

    =

    ed

    baD

    c) Dapatkan nilai penentu bagi ,

    )( bdaeed

    baD ==

    d) Dapatkan penentu bagi,

    bfceef

    bcx ==

    D

    xx =

    e) Dapatkan penentu bagi,

    cdaffd

    cay ==

    D

    yy =

  • 8/3/2019 JJ102UNIT1

    22/27

    PENGENALAN KEPADA LITAR ELEKTRIK JJ102/UNIT 1/2010

    _____________________________________________________________________________

    LATIHAN

    1). I = 1.5A R1 = 8 R2 = 6

    Vj R3 = 4

    Rajah A2.1

    Berdasarkan gambar rajah litarA2.1 di atas, kirakan ;

    i. Rintangan jumlah.ii. Nilai Vj

    iii. Kejatuhan voltan pada rintangan R3 , menggunakan Hukum Pembahagi voltan.

    2) Tiga (3) buah perintang yang disambung secara selari masing-masing bernilai = 61

    R ,

    = 52R dan = 203R dan dibekalkan dengan sumber bekalan 100V. Kirakan

    i. Jumlah rintanganii. Jumlah arusiii. Voltan melintangi setiap perintangiv. Arus melalui setiap perintang

    3) Berikan takrifan bagi Hukum Kirchoff Pertama dan Hukum Kirchoff Kedua.

    4) Berpandukan gambar rajah litar 4.0 di bawah, dapatkan ;

    i). Rintangan jumlah.ii). Voltan pada R2 .

    ii). Arus pada R2 .dan R3 .

    iii). Kuasa yang dilesapkan pada rintangan R1 dan kuasa keseluruhan litar.

    R3 = 8

    Vs = 240V

    R1 = 2 R2 = 4

    Rajah 4.0

  • 8/3/2019 JJ102UNIT1

    23/27

    PENGENALAN KEPADA LITAR ELEKTRIK JJ102/UNIT 1/2010

    _____________________________________________________________________________

    5). Berdasarkan Rajah 5.0 di bawah, voltan yang melintangi R1 = 72 V. Tentukan nilai-nilai

    berikut :

    i). Arus yang melalui setiap perintang R1, R2, R3 dan R4

    ii). Voltan yang merintangi setiap perintang R2, , R3 dan R4

    iii). Voltan punca, Vs

    R1 = 8

    Ij

    VS

    R2 = 6 R3 = 3

    R4 = 4

    Rajah 5.0

    6). Berpandukan Rajah 6.0, kirakan nilai arus pada setiap cabang dan kejatuhan voltan

    pada setiap perintang dengan menggunakan Hukum Kirchoff.

    R2 = 4 R3 = 5

    12V 4V 6V

    R1 = 1

    Rajah 6.0

  • 8/3/2019 JJ102UNIT1

    24/27

    PENGENALAN KEPADA LITAR ELEKTRIK JJ102/UNIT 1/2010

    _____________________________________________________________________________

    JAWAPAN

    1) i). Rintangan jumlah, Rj = R1 + R2 +R3 = 8 + 6 + 4 = 18

    ii). Nilai , Vj = IRj = (1.5) (18) = 27 V

    iii). Kejatuhan voltan pada R3, VR3 = jj

    VRR )( 3 = 27)

    184( = 6 V

    2) i) Rintangan jumlah,j

    R

    ==

    =++=++=

    4.2417.0

    1

    417.020

    1

    5

    1

    6

    11111

    321

    j

    j

    R

    RRRR

    ii). Jumlah arus, jI

    ARVI

    j

    j 7.414.2

    100 ===

    iii). Voltan melintangi setiap perintang

    VVVVV 100321 ==== (kerana litar selari)

    iv). Arus setisp perintang

    AR

    VI 7.16

    6

    100

    1

    1 === , AR

    VI 20

    5

    100

    2

    2 === dan AR

    VI 5

    20

    100

    3

    3 ===

    3) Hukum Kirchoff Pertama menyatakan bahawa jumlah arus yang menuju pada satu

    titik adalah sama dengan jumlah arus yang meninggalkan titik tersebut, atau padasebarang titik persimpangan di dalam litar, jumlah algebra arus yang memasuki titik

    tersebut adalah sama dengan jumlah arus yang keluar.

    Hukum Kirchoff Kedua pula menyatakann bahawa di dalam satu litar tertutup, hasil

    tambah nilai kenaikan voltan dan kejatuhan voltan adalah sifar atau dalam sebarang litar

    elektrik yang lengkap, jumlah algebra bagi kenaikan voltan mestilah sama dengan

    jumlah kejatuhan voltan.

    4) i). Rintangan jumlah, Rj

    R23 ==

    +

    =

    + )84(

    )8)(4(

    3

    32

    RR

    RR2.667

    Rj = ==+ 667.4

    )667.2)(2(

    231

    231

    RR

    RR1.143

    ii). Voltan pada R2 ,

    V2 = Vs = 240V (kerana litar selari)

  • 8/3/2019 JJ102UNIT1

    25/27

    PENGENALAN KEPADA LITAR ELEKTRIK JJ102/UNIT 1/2010

    _____________________________________________________________________________

    iii). Arus pada R2 .dan R3,

    I2 === )

    4

    240()(

    2R

    VS60 A

    I3 = )

    8

    240()(

    3

    =

    R

    V S = 30 A

    iv). Kuasa yang dilesapkan pada rintangan R1 dan kuasa keseluruhan litar.

    P1 =1

    2)(

    R

    VS = =2

    )240(2

    28.8kW

    Pj =

    j

    S

    R

    V2)(

    =143.1

    )240(2

    50.4kW

    5) i). Arus setiap perintang,Ij = IR1 (kerana sesiri)

    di mana,8

    72

    1

    11 ==

    R

    VIR = 9A

    IR4 = IR1 = 9 A (kerana sesiri)

    IR2 =9)

    9

    3()(

    32

    3 =+

    jIRR

    R= 3 A

    IR3 = (Ij IR2) = (9 3) = 6 A

    ii). Voltan setiap perintang,VR2 = VR3 = I2 R2 = (3)(6) = 18 V (selari)

    VR4 = IR4 R4 = (9)(4) = 36 V

    iii). Voltan jumlah, Vs

    Vs = VR1 + VR2 + VR4

    = 72 + 18 + 36

    = 126 V

  • 8/3/2019 JJ102UNIT1

    26/27

    PENGENALAN KEPADA LITAR ELEKTRIK JJ102/UNIT 1/2010

    _____________________________________________________________________________

    6). I1 A I3

    I2R2 = 4 R3 = 5

    12V I 4V II 6V

    R1 = 1

    Pada nod A : 321 III += (1)

    Gelung I :

    0)1(4412 12 =+++ II (2)

    Gelung II :

    253

    06534

    32

    32

    =+

    =++

    II

    II(3)

    Masukkan (1) ke dalam (2)

    85

    8)(4

    32

    232

    =+

    =++

    II

    III(4)

    selesaikan persamaan (3) dan (4) menggunakan petua Cramer atau kaedah lain yang sesuai;

    =

    8

    2

    15

    53

    3

    2

    I

    I katakan ,

    =

    15

    53D

    nilai penentu bagi, 28)5)(5()1)(3(15

    53==

    =D

    42)8)(5()1)(2(18

    522 ==

    =I

    AD

    II 5.1

    28

    4222 =

    ==

  • 8/3/2019 JJ102UNIT1

    27/27

    PENGENALAN KEPADA LITAR ELEKTRIK JJ102/UNIT 1/2010

    _____________________________________________________________________________

    AD

    II

    I

    5.028

    14

    14)5)(2()8)(3(85

    23

    3

    3

    3

    =

    ==

    ==

    =

    dari persamaan (1) : AIII 25.05.1321 =+=+=

    Kejatuhan voltan pada setiap perintang ;

    VRIV

    VRIV

    VRIV

    R

    R

    R

    5.2)5)(5.0(

    6)4)(5.1(

    2)1)(2(

    333

    222

    111

    ===

    ===

    ===